Sabtu, 7 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 07 May 2011 11:21 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Suara Bob Tutupoly pukau setiausaha

Posted:

Suara Bob Tutupoly pukau setiausaha

Suara Bob Tutupoly pukau setiausaha


BOB TUTUPOLY mendendangkan lagu Widuri pada majlis Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUARANYA masih merdu dan mempesonakan. Pada usia 71 tahun, Bob Tutupoly masih mampu membuatkan audiensnya terpaku di tempat duduk terhadap persembahan beliau.

Biarpun ketika tidak menyanyi, ungkapan di bibirnya ketika bercerita mengenai lagu dan anekdot peribadinya, kelunakan suara penyanyi veteran dari negara seberang itu membuatkan peminatnya terpaku.

"Saya telah mendendangkan lagu yang mempopularkan nama saya, Widuri lebih sejuta kali. Versi bahasa Inggeris akan diterbitkan tidak lama lagi. Widuri juga dinyanyikan dalam banyak bahasa. Antaranya termasuklah bahasa Tagalog, Thai dan Jepun," kata ikon hiburan dari Indonesia itu sambil tersenyum mesra.

Bob tidak perlu berlatih atau mengadakan sesi latihan formal untuk memastikan suaranya merdu.

"Saya tiada masa untuk memilih dan berlatih setiap lagu sebelum persembahan. Isteri saya pun tahu. Saya tidak tetapkan sebarang sesi latihan.

"Jadual saya selalunya padat. Malah, saya baru pulang dari Belanda dan akan ke Indonesia untuk satu lagi persembahan," katanya.

Lontaran suara

Beliau berada di Malaysia hanya satu malam untuk menghiburkan para setiausaha, majikan mereka dan para peminat pada majlis jamuan tengah hari di Hotel Royal Chulan sempena sambutan Minggu Setiausaha.

Bob mengakui tentang ramai wanita yang asyik apabila mendengar lontaran suaranya terutama pada usia muda. Bahkan kemerduan suara lelaki itu menyebabkan beliau menjadi dambaan ramai wanita. Tetapi Bob menegaskan: "Saya setia dengan seorang wanita iaitu isteri saya.

"Kami telah berkahwin selama 34 tahun dan perkahwinan kami sangat membahagiakan. Saya suka mendendangkan lagu-lagu cinta kerana melaluinya saya dapat meluahkan rasa hati dengan baik.

"Cinta memang membuatkan kita bahagia dan saya percaya cinta jugalah yang membuatkan saya sentiasa rasa muda dan dikasihi."

Peminat setia kepada penghibur Hollywood terkemuka sekitar tahun 60-an, Matt Monroe itu mengakui mendengar lagu-lagu nyanyian Michael Buble ketika ditanya siapakah penyanyi generasi baru kegemaran beliau.

"Saya memang sukakan suara penyanyi Amerika yang juga pemain pioano jazz, Nat King Cole. Persamaan suara dan nada kami adalah secara kebetulan. Suara saya memang begini. Saya seronok jika dikaitkan dengan kedua-dua idola saya iaitu Monroe dan Nat King," katanya.

Bob menghargai peranan setiausaha yang dianggapnya mengawal pintu laluan untuk bercakap dan bertemu dengan ketua mereka.

"Saya sudah mengalaminya. Saya mengusahakan perniagaan dari semasa ke semasa. Jika saya perlu bercakap dengan pembuat keputusan, setiausaha adalah mereka yang memegang kunci untuk hubungan yang berjaya. Jadi, kali ini saya menyanyi untuk mendendangkan para setiausaha. Mungkin selepas ini mudah bagi saya untuk dapat bercakap dengan bos mereka," katanya bergurau.

Hargai setiausaha


PARA peminat Bob Tutupoly berpeluang melihat beliau dari dekat dengan persembahannya.


Acara tersebut merupakan persembahan kedua beliau berdendang pada majlis minggu setiausaha di Malaysia. Persembahan pertama beliau adalah 18 tahun yang lalu.

Hampir semua tempat duduk menerusi 58 buah meja yang ditawarkan dibeli oleh syarikat-syarikat korporat sebagai menghargai para setiausaha atas tugas dan tangggungjawab yang mereka laksanakan.

Dendangan lagu-lagu baru dan malar segar oleh Bob sememangnya memukau para setiausaha.

Ramai juga yang turut bernyanyi mengikut setiap patah lagu yang didendangkan penyanyi itu antaranya Aku Malu, Can't Help Falling in Love, Sway, New York, New York dan Aku Cinta Pada Mu.

Sementara itu, Bob akan melahirkan album barunya sebelum akhir tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada para peminatnya sepanjang 54 tahun beliau berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dan bangga kerana pada peringkat umur begini, saya telah mencapai semua ini. Saya hanya ada sedikit masalah kesihatan, tapi saya rasa ini yang membuatkan diri dan suara saya sentiasa manis," kata Bob berjenaka sambil melambai tangan kepada para peminatnya sebelum mereka meninggalkan dewan persembahan pada tengah hari itu.

"Bob Tutupoly seperti keluarga bagi saya dan keluarga. Beliau berfikiran kritikal, tetapi tidak pernah cakap belakang. Beliau telus. Saya suka mendengar nasihat beliau dan saya mengambil nasihatnya secara serius," kata Chandra Chasmala, pengarah muzik Bob yang juga anggota kumpulan D'Lloyd.

Chandra mengikut Bob ke mana sahaja penyanyi Widuri itu membuat persembahan. Menurut beliau, Bob memberikan beliau banyak pengalaman dan peluang baru dalam kerjayanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 07 May 2011 09:33 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Kraf tekap daripada bunga-bunga kering

Posted:

Kraf tekap daripada bunga-bunga kering

Kraf tekap daripada bunga-bunga kering

Oleh RASMI ABDULLAH


ESIAH Kaimun menunjukkan bagaimana membuat bunga tekap di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting, Selangor, baru-baru ini.


HAMPIR saban hari dia melihat kelopak-kelopak bunga satu persatu layu dan jatuh berguguran memenuhi ruang halaman rumahnya. Bunga-bunga layu dan kering itu kemudian hanya disapu begitu sahaja.

Entah kenapa, kerana memikirkan betapa sayangnya bunga-bunga kering itu terbuang begitu sahaja akhirnya mencetuskan idea kepada seorang ibu tunggal untuk mengusahakan kraf bunga tekap pada 1998.

Ketika itu, Esiah Kaimun, 59, baru sahaja kembali ke desa kelahirannya di Kampung Lang Tengah, Banting, Selangor setelah berpisah dengan suaminya.

Kesedihan tidak membuatkan Esiah hanya berpeluk tubuh atau termenung mengenang nasibnya. Masa lapangnya diisi dengan usaha baktinya kepada tanah dengan menanam pelbagai pokok bunga hiasan.

Selain itu, dia juga menanam pelbagai pokok herba, ulam-ulaman dan pokok buah-buahan.

"Saya rasa sayang pula apabila melihat bunga-bunga dan daun-daun kering yang bertaburan di halaman rumah tanpa dimanfaatkan.

''Sedangkan hendak menjaganya bukan suatu yang mudah tetapi apabila ia layu dan kering terpaksa dibuang begitu sahaja. Ketika itu terdetik di hati saya untuk mengeringkan bunga-bungaan itu," katanya.

Kata Esiah, pada mulanya, dia hanya mengeringkan bunga itu dalam buku sebagaimana yang pernah dilakukan semasa alam persekolahan dahulu.

''Kini kita sudah boleh mengunakan ketuhar gelombang mikro untuk mempercepatkan proses pengeringan bunga-bunga tersebut.

''Setelah kering, kita boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan menyusun bunga-bunga dan daun-daun pokok sehingga terhasilnya kraf bunga tekap," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menyatakan, hasil bunga tekapnya itu kemudian dihantar ke Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat.

Melihatkan kepada hasil kraf yang berpotensi tinggi untuk dimajukan, Esiah kemudian telah dihantar menjalani kursus di Kalumpang, Tanjung Malim, Perak bagi memperkukuhkan kemahirannya.

Bermula dari situlah hidup Esiah bersinar kembali seperti mekarnya bunga-bungaan di taman halaman rumahnya. Hasil rekaan bunga tekap Esiah semakin berkembang malah produknya itu pernah dipasarkan ke luar negara.

Tiada siapa yang menyangka, rupa-rupanya bunga-bunga layu dan kering di depan rumahnya kini membuahkan pulangan pendapatan yang lumayan.

''Menghasilkan bunga tekap bukan sesuatu yang mudah kerana banyak menggunakan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Oleh itu saya mengamalkan beberapa petua untuk menggerakkan daya imaginasi contohnya tidak memakan daging," katanya.

Terang Esiah lagi, bunga tekapnya banyak menggunakan bahan-bahan seperti bunga tiga bulan, orkid, kiatan, batang pisang, rumput, daun pandan dan daun jagung, '' katanya.

Hasil kreativitinya juga pernah mendapat pengiktirafan apabila Esiah pernah muncul johon dalam pertandingan bunga tekap di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Melaka.

Katanya, bagi menghasilkan satu rekaan bunga tekap, seseorang itu perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit malah kadang kala mengambil masa berhari-hari mengikut reka bentuk diinginkan.

Hasil produk kraf Esiah dijual daripada harga serendah RM3 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Antaranya rekaan yang dihasilkan pada 10 Oktober tahun lalu berharga RM10,000.

''Kini saya semakin sibuk dengan jualan bunga tekap dalam ekspo-ekspo jualan selain menjadi tenaga pengajar kemahiran kraf bunga tekap kepada asnaf zakat di Pusat Zakat Selangor dan Kolej Komuniti Kuala Langat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Carlo Rino tampil warna terang

Posted:

Carlo Rino tampil warna terang

Carlo Rino tampil warna terang

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA


BEG tangan yang tampak lebih feminin menyerlahkan penampilan.


CARLO Rino, satu jenama yang tidak lagi perlu diperkenalkan. Kemunculan koleksi terbarunya di pasaran bukan sahaja sentiasa dinanti-nantikan, malah ia tidak pernah mengecewakan.

Terkenal dengan himpunan kasut dan beg tangan, apa yang ditawarkan sentiasa mengikut konsep dan trend fesyen serta memenuhi cita rasa wanita moden hari ini.

Terbaru, koleksi untuk musim bunga/panas 2011 pasti memikat peminat fesyen tanah air.

Keberanian Carlo Rino menampilkan warna-warna terang di samping warna biasa, ia bukan sahaja dilihat satu penampilan istimewa buat peminat-peminat warna tersebut, malah ia juga dilihat mampu menyerlahkan penampilan di pemakai.

Sentiasa tampil dengan konsep segar, anggun dan bergaya, koleksi Carlo Rino ini sememangnya sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan daripada segi penampilan.

Kepada peminat- peminat warna terang, jangan lepaskan peluang memiliki koleksi beg tangan yang menampilkan warna seperti kuning, biru laut, merah jambu dan juga merah.

Yang pasti, koleksi it u sesuai digayakan ke mana-mana sahaja kerana rekaannya yang ringkas dan sesuai untuk semua acara.

Untuk koleksi kasut pula, keselesaan kaki anda dijamin kerana koleksi yang ditampilkan bukan sahaja menarik tetapi rekaannya juga menggunakan tapak yang tebal dan lembut.

Tidak ketinggalan, Carlo Rino turut tampil dengan koleksi beg tangan yang diperbuat daripada kulit.

Selain itu, terdapat juga beg tangan yang feminin bagi mereka yang menggemarinya kerana ia bukan sahaja menarik untuk dibawa ke majlis-majlis formal, tetapi juga sesuai untuk ke mana-mana juga.

Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi terbaru Carlo Rino dengan mengunjungi kedai yang berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 07 May 2011 09:13 AM PDT

Utusan Online - Johor


'Kami pun mahu air paip'

Posted:

'Kami pun mahu air paip'

'Kami pun mahu air paip'

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


SEORANG penduduk, Lina Leman terpaksa memasak dan membasuh menggunakan air sungai di Kampung Sungai Tuba, Mersing, kelmarin.


MERSING 6 Mei - Sebanyak 18 keluarga di Perkampungan Orang Asli Sungai Tuba, di sini merayu supaya bekalan air paip bersih dibekalkan segera seperti yang dijanjikan kerajaan beberapa tahun lalu.

Pemangku Tok Batinnya, Atan Acheng, 52, berkata, berikutan tiada bekalan air paip bersih, mereka hanya menggunakan air sungai untuk kegunaan harian sejak 1985.

"Penduduk kampung ini telah menggunakan air sungai untuk memasak, membasuh dan mandi sejak 26 tahun lalu sejak kampung ini dibuka pada 1985," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di rumahnya semalam.

Isterinya, Lina Leman, 46, pula memberitahu, penduduk kampung itu telah lama 'mengidam' untuk menggunakan bekalan air paip seperti penduduk lain.

"Kami ingin juga merasakan keselesaan menggunakan air paip yang bersih berbanding air sungai yang ada kalanya bersih dan kadangkala kotor.

Sementara itu, Punti Kasim, 45, mendakwa, tahap kebersihan air sungai berkenaan kian terjejas akibat kerja-kerja perlombongan tanah liat berhampiran kampung itu sejak beberapa tahun lalu.

"Kami telah membuat permohonan bagi mendapatkan bekalan air paip sejak beberapa tahun lalu kepada pihak yang terlibat, namun sehingga kini masih belum dapat lagi," katanya.

Limah Saji, 20, pula berharap keperluan air tersebut seharusnya telah dinikmati mereka kerana permohonan sudah dibuat beberapa tahun lalu.

"Saya inginkan penyelesaian segera terhadap masalah yang melanda penduduk kampung ini dan sekali gus mendapat perhatian pihak-pihak yang berkenaan," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja perlombongan itu juga menjejaskan hasil tangkapan suaminya yang bergantung kepada hasil sungai tersebut.

"Apabila air sungai tercemar dan kotor, ikan pun boleh lari dan kami sudah kehilangan mata pencarian," katanya lagi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tahap kebersihan sungai tersebut memang diragui kerana airnya agak keruh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekalkan bahagian pasport di Pekan Rabu

Posted:

Kekalkan bahagian pasport di Pekan Rabu

Kekalkan bahagian pasport di Pekan Rabu

JOHOR BAHRU 6 Mei - Bahagian Pasport dan Dokumen Perjalanan Jabatan Imigresen negeri diharap terus mengekalkan operasi mereka di Kompleks Pekan Rabu, di sini bagi membantu menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, para peniaga di kompleks tersebut amat bergantung kepada Jabatan Imigresen negeri bagi melariskan jualan setiap hari.

"Saya akui para peniaga di Pekan Rabu boleh meraih jualan yang tinggi sekiranya Jabatan Imigresen mengekalkan operasi mereka. Jika Jabatan Imigresen berpindah, maka kompleks berkenaan akan menjadi lengang kerana bilangan pengunjung akan merudum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Agensi Di Bawah Kementerian Dalam Negeri di Kompleks KDN di Setia Tropika, di sini hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan mengenai rungutan para peniaga di Kompleks Pekan Rabu yang mendakwa perniagaan mereka semakin terjejas ekoran bilangan pengunjung yang semakin berkurangan.

Selain itu, mereka mengakui kewujudan Jabatan Imigresen di kompleks berkenaan banyak membantu melariskan perniagaan kerana orang ramai yang berurusan di kaunter jabatan tersebut akan singgah ke premis di situ.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Amran Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan operasi mereka seperti biasa kerana hingga kini tiada sebarang arahan perpindahan dikeluarkan.

Beliau berkata, sekiranya ada arahan perpindahan dikeluarkan, maka operasi di kompleks tersebut akan dihentikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 07 May 2011 01:59 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Jom bisnes!

Posted: 06 May 2011 08:40 PM PDT

Ratu

pix_gal0
NextCube.com buka ruang cari kawan, niaga dalam talian

DUNIA internet tiada batasan. Dalam kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang, konsep mencari kenalan termasuk peluang perniagaan tidak lagi memerlukan seseorang bersemuka untuk kali pertama.

Melalui perkenalan di laman sosial, kedua-dua pihak boleh mencari keserasian dan merancang strategi untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya - baik dari aspek persahabatan mahupun perhubungan yang berorientasikan perniagaan. Senario ini makin ketara sejak Facebook mencipta fenomena sebagai medium interaksi sosial paling berkesan dan berpengaruh di dunia, kira-kira lima tahun lalu.

Ditambah pula dengan demam aplikasi Blackberry dan gajet komunikasi lain seperti Twitter serta Skype, kecenderungan pelayar internet menjalin hubungan termasuk menjadikannya sebagai medium untuk meluaskan perniagaan termasuk pemasaran, sudah menjadi perkara lumrah sekarang.

Mengambil formula konsep perhubungan melalui jaringan laman sosial, seorang anak tempatan membangunkan suatu bentuk medium baru laman sosial dengan konsep jaringan perniagaan secara online.

Masih mengguna pakai formula perhubungan laman sosial, elemen perniagaan dijadikan tunjang utama yang mampu menarik minat pelayar internet dari pelbagai latar belakang serta komuniti yang mendaftar - sekali gus membuka peluang perniagaan tanpa batasan.
Dikenali sebagai NextCubes.com, portal sosial itu memberi suatu bentuk gaya hidup baru yang membolehkan pelayar menjalinkan ramai kenalan dan pasa masa sama, mewujudkan peluang perniagaan antara pembeli dan penjual secara global.

Pengasas NextCubes.com, Chairul Niza Abd Rahman, berkata idea penubuhan portal sosial, perniagaan dan perhubungan itu timbul selepas pemerhatiannya terhadap populariti laman sosial dengan bentuk jaringan komuniti yang mengikuti perkembangannya.

Chairul Niza berkata, semua pihak perlu memanfaatkan internet termasuk dengan tujuan menawarkan pelbagai bentuk perniagaan untuk menambah pendapatan.

"Kita mahu menjadikan laman sosial ini lebih pelbagai fungsinya, bukan sekadar mencari kenalan baru tetapi boleh mewujudkan perniagaan tanpa had," katanya dalam pertemuan bersama sisipan Sabtu di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Chairul Niza berkata, setakat ini, lebih 10,000 ahli berdaftar di laman sosial itu sejak mula diperkenalkan awal tahun ini. Daripada jumlah itu, lebih 1,500 jenis barangan ditawarkan melalui konsep 'Social, Business, Network" (SBN) yang diperkenalkan laman web itu.

Mengulas lanjut konsep SBN yang mampu melahirkan ramai usahawan baru, Chairul Niza berkata, mana-mana individu yang ingin menjual produk akan dilantik sebagai ejen dikenali sebagai SBN yang berupaya menjana pendapatan menerusi aktiviti jual dan beli melalui talian.

"Untuk menjadi seorang SBN, kadar bayaran minimum dikenakan dengan akses jualan yang tidak terhad.

"Namun, untuk mendaftar sebagai ahli NextCubes.com, pengguna tidak perlu membayar kecuali jika mereka berhasrat menjadi SBN bersama produk yang mahu ditawarkan kepada pengguna," katanya yang memiliki pengalaman lima tahun dalam bidang pemasaran network.

Dibantu lebih 30 kakitangan, Chairul Niza berkata, pihaknya mensasarkan lebih ramai ahli termasuk membuka keahlian di luar negara sebagai usaha memperluaskan jaringan portal itu.

Beli barang dapur menerusi portal

SEJAK diperkenalkan awal tahun ini, Nextcubes.com mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan peniaga yang menyedari potensi internet dalam meluaskan jaringan komunikasi dan penetrasi perniagaan.

Chairul Niza berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan sambutan diterima dan mensasarkan prospek baru dari kalangan ahli laman sosial popular sedia ada untuk membuka akaun dengan NextCubes.com.

"Sekarang, hampir apa saja barangan boleh dimiliki di NextCubes.com tanpa perlu bersusah payah untuk berbelanja di luar.

"Dengan NextCubes.com, pelayar internet hanya perlu klik dan boleh membeli pelbagai jenis barangan termasuk keperluan dapur," katanya.

Menambah tarikan konsep jaringan perhubungan dan perniagaan yang ditawarkan, Chairul Niza berkata, pihaknya merancang memperkenalkan satu lagi konsep perniagaan berteraskan katalog dengan menawarkan pelbagai jenis barangan dapur.

Chairul Niza berkata, dengan menawar pelbagai pilihan barangan dapur, pengguna tidak perlu bersusah payah keluar berbelanja, menempuh kesesakan lalu lintas atau berdepan hiruk pikuk pengunjung di gedung beli-belah.

"Kita memiliki sebuah gudang besar di Shah Alam yang akan menempatkan pelbagai barangan untuk dijual di NextCubes.com. Kita juga mewujudkan pasukan penghantaran yang boleh memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan," katanya.

Info NextCubes.com

  • Satu bentuk jaringan perhubungan unik dengan menggabungkan konsep laman sosial, perhubungan dan perniagaan.
  • Laman sosial itu antara lain menggabungkan rangkaian perniagaan secara moden di hujung jari.
  • NextCubes.com juga adalah tempat di mana pelayar internet boleh bercampur dengan pengusaha, peniaga, pemborong dan pengguna internet lain untuk pelbagai peluang perniagaan, interaksi serta jaringan perhubungan tanpa batasan di seluruh dunia.
  • Bukan sekadar membentuk satu perhubungan baru, konsep mudah dan ringkas yang dipaparkan dalam laman sosial itu menggalakkan urusan jual dan beli.
  • Tidak terhad kepada satu-satu produk saja, hampir apa saja barangan termasuk jual beli kenderaan, rumah, peralatan elektronik, produk kraf hingga kepada barangan dapur boleh didagangkan secara dalam talian.
  • Online shopping yang diperkenalkan membolehkan pelanggan membeli secara mudah tanpa perlu lagi berbelanja di luar.
  • Layari www.NextCubes.com untuk maklumat lanjut.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kasih ibu

    Posted: 06 May 2011 08:36 PM PDT

    Ratu

    Pengorbanan bonda tercinta tiada noktah

    HARI Ibu dianggap sebagai tanda meluahkan rasa cinta, hormat, kasih sayang dan terima kasih di atas pengorbanan yang dicurahkan kepada kita yang sebenarnya tidak pernah ada noktah.

    Jika diimbas, Hari Ibu yang pertama disambut di Amerika Syarikat pada 1914 yang kemudian tersebar ke seluruh dunia dengan sambutan yang berbeza mengikut kaedah masing-masing. Keunggulan dan keagungan ibu juga amat tinggi sehingga sering diingatkan bahawa 'syurga di bawah tapak kaki ibu'. Anak juga amat dituntut menghormati dan tidak sekali-kali menderhaka kepada ibu. Sebagai insan masing-masing mempunyai cerita dan pengalaman mengenai ibu. Sempena Hari Ibu, RATU paparkan kisah perspektif mengenai ibu.
  • Pensyarah Fakulti Seni Bina dan Pembangunan Alam Sekitar, Universiti Kolej Twintech, Elis Syuhaila Mokhtar, 35, Pensyarah

    "PADA 5 Mac lalu, genap dua tahun saya tidak berjumpa Ferris Mokhtar Ven De Ven yang kini sudah pun berusia lapan tahun. Tetapi saya masih tidak berputus asa untuk mencari anak tunggal saya itu yang dipercayai dibawa lari oleh bekas suami, Firdaus @ Frank Theodorus Van De Ven, 40, keluar dari Malaysia dan dibawa ke Belgium.
    Baru-baru ini, saya menyambut hari jadi saya dan ia membuatkan saya terus merindui Ferris terutama apabila mengingatkan yang dia suka menyanyikan lagu untuk saya Sean Kingston dan berkata nakal, Ummie seorang gadis terlalu cantik serta menyentuh dagu saya sambil bernyanyi, kemudian mencium saya lagi dan lagi. Saat itu memang cukup membahagiakan.

    Mengenangkan Ferris, membuatkan saya berasa amat sedih dan berasakan hampir setengah mati kerana terpaksa melalui hidup tanpa bersama seseorang yang paling penting dalam hidup saya. Tetapi saya masih mempunyai keyakinan dalam diri bahawa kasih sayang dan cinta murni antara ibu dan anak ada keajaiban tersendiri serta mengharapkannya cepat berlaku dan Ferris akan segera kembali kepada saya.

    Biarpun tidak berada di depan mata, sebagai seorang ibu saya sentiasa bimbang mengenai kesihatan fizikal dan mental Ferris, di samping berharap selalu dilindungi-Nya dan berada dalam kesejahteraan.

    Kenangan sambutan Hari Ibu yang masih terpahat hingga kini ialah semasa Ferris berusia empat tahun. Ketika itu, di sekolah Ferris ada meraikan sambutan Hari Ibu dan gurunya menyuruh semua kanak-kanak mengecap jari mereka pada batu marmar yang bertulis - I Love You Mama. Semua rakan Ferris berbuat demikian dan menulis perkataan itu tetapi Ferris hanya menulis I Love You dan apabila ditanya gurunya mengapa tidak menulis Mama dia memberitahu, dia memanggil saya Ummi.

    Ini memang melucukan dan paling saya tidak lupa, balik saja dari sekolah dia terus menjerit-jerit memanggil nama saya untuk menunjuk hasil kerjanya itu. Sayangnya, batu marmar yang mempunyai kenangan cap jari Ferris itu tertinggal di rumah lama kami. Jika ada tentu saya akan menyimpannya baik-baik dan menjadikan pengubat rindu.

    Ferris memang tidak pernah memberi saya hadiah pada Hari Ibu kerana dia masih kecil dan tidak faham mengenai sambutan hari itu. Tetapi Ferris pernah bertanya kepada saya apa itu Hari Ibu dan mengapa perlu menyambutnya. Saya cuma menerangkan kepadanya, Hari Ibu di sambut seluruh dunia dan khusus untuk ibu tercinta tetapi kata Ferris dia sentiasa sayangkan saya setiap masa.

    Untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada saya, Ferris ada kala teruja untuk memberikan saya hadiah terutama pada ulang tahun kelahiran saya. Pernah, satu ketika dia begitu beriya-iya membungkus kereta mainan miliknya dan memberikan saya sebagai hadiah. Gelagatnya memang sentiasa menghiburkan hati saya.

    Mengenangkan ketiadaan Ferris membuatkan hati saya parah dan di pejabat apabila rakan bercerita mengenai anak masing-masing, sesekali memang hendak menyampuk serta ingin bercerita keletah anak tunggal saya itu. Tetapi saya hanya mampu imaginasi saja. Saya tidak mahu semua kenangan saya bersama Ferris dan wajah comelnya luput dalam ingatan tetapi mengingatkannya membuatkan saya sentiasa menitis air mata. Inilah antara dilema dan kerinduan sebagai ibu yang saya alami sehingga ke hari ini.

    Saya belum meletakkan noktah dalam pencarian saya terhadap Ferris dan sebab itulah saya masih mahu merayu kerajaan Malaysia atau Wisma Putra tolong saya untuk mendapatkan anak kandung saya itu. Ketika Hari Ibu menjelang tiba ini, hati saya menjadi sayu.

  • Penolong Pendaftar Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Zulfa Zainal Abidin, 41

    "SAYA kehilangan ibu sejak berusia dua tahun, kemudian dibesarkan oleh ibu saudara dan keempat-empat kakak tetapi ketika berusia enam tahun saya mendapat 'ibu baru' apabila bapa berkahwin lain.

    "Sebelum bapa berkahwin, ada jiran yang bercerita dan mengingatkan ibu tiri garang dan suka pukul anak tiri. Kebetulan, waktu itu jiran saya juga mempunyai ibu tiri dan memang garang serta suka memukul anak tirinya. Tetapi seingat saya, ketika itu tiada perasaan takut sebaliknya, ada perasaan seronok kerana dapat ibu baru. Lalu, sering juga saya menyanyi lagu, 'Bapaku kahwin lagi.

    Walaupun tidak begitu manja dengan ibu tiri, saya tetap mendapat kasih sayangnya. Sehingga sekarang hubungan dengan ibu tiri yang saya panggil 'makcik' memang baik, malah ketika kecil saya tidak dipukul seperti mana yang kita lihat dalam filem betapa garang dan kejamnya ibu tiri melayani anak tirinya.

    Bagaimanapun, memang ada perbezaan kasih sayang antara ibu tiri dengan ibu kandung dan tidak dinafikan, kadang-kadang terasa hati, tetapi apabila sudah dewasa dan sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata, faham kenapa adanya perbezaan macam itu.

    Seorang ibu kandung yang melahirkan anak, menyusu serta membesarkan anak itu dengan tangannya sendiri tentu dapat lebih rasakan betapa dekatnya ikatan ibu dan anak itu.

    Hubungan saya dengan ibu tiri tidak akrab seperti itu kerana mungkin juga dia hadir dalam hidup ketika saya sudah besar dan boleh berdikari. Saya mula dijaga ibu tiri ketika berusia enam tahun. Mungkin kalau saya dijaganya sejak bayi jalinan hubungan kasih sayang dan keakraban itu tentu lebih kuat lagi.

    Apapun, saya tetap menghargai kasih sayang yang ibu tiri berikan dan rasa hormat serta ambil berat tetap ada sebab apa-apa pun dia berjasa juga pada kami semua terutama ketika Allahyarham ayah sakit sebulan lebih di hospital.

    Bagaimanapun, saya tetap menghargai jasa ibu tiri kerana menjaga ayah sepenuh masa sehingga sanggup tidur di bangku lipat. Sekiranya tidak ada ibu tiri mungkin kami adik beradik tidak mampu hendak jaga seumpama itu dan paling penting kehadirannya cukup membahagiakan ayah.

    Orang kampung macam kami tidak menyambutnya cuma sekarang ini baru perasan ada Hari Ibu. Anak saya pula masih kecil dan tidak faham pun mengenai sambutan itu. Bagi mereka, asal Ummi mereka ada di rumah sekurang-kurangnya petang dan malam, itu sudah cukup. Untuk ibu tiri, saya dan adik beradik lain juga tidak meraikannya kerana menganggap ia bukan budaya dalam keluarga sebaliknya, kami akan memberi hadiah atau makan tidak kira hari-hari tertentu. Jika ada kesempatan berkumpul dengan keluarga, ketika itu kami akan belikan apa-apa yang patut kemudian berikan dan tidak perlu hendak bungkus cantik.

    Sepatutnya, setiap hari adalah Hari Ibu dan sebagai insan yang melahir dan menjaga kita, ibu patut dihargai dan dihormati sepanjang masa dan bukan pada hanya hari tertentu saja.

  • Pegawai Bank, Zariah Muhammad, 41

    SETIAP hari adalah untuk ibu kerana dialah kita hadir di dunia ini. Justeru, bagi sesiapa yang masih ada ibu, rugi rasanya jika tidak mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama dengannya. Semasa hayat ibu masih adalah, kita perlu sentiasa dekatkan diri dengannya, jika esok lusa tiada pasti akan rasa kehilangan besar dalam hidup.

    Namun, meraikan sambutan Hari Ibu mungkin sesuatu yang lebih istimewa kerana pada hari itulah saya akan menghadiahkan atau melakukan sesuatu yang lebih bermakna sebagai tanda kasih dan penghargaan kepadanya.

    Lazimnya, saya akan membawanya melancong atau mengajaknya makan di restoran makanan laut digemari tetapi sejak empat tahun lalu, ibu sakit terlantar dan terdaya untuk bergerak jauh. Oleh itu saya lebih suka masak makanan kegemarannya dan makan bersama sekeluarga.

    Sebagai ibu pula, dua orang anak saya juga tidak lupa menghadiahkan sesuatu bagi meraikan hari ibu. Hadiah yang mereka berikan biasanya ialah barangan saya sukai seperti coklat yang diubah dalam bentuk jambangan.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rekreasi

    Posted: 07 May 2011 01:06 AM PDT

    Utusan Online - Rekreasi


    Dikir barat pulau

    Posted:

    Dikir barat pulau

    Dikir barat pulau


    DIKIR barat dijadikan sebagai aktiviti paling popular yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing ke D'Lagoon.


    Ini kerana pulau-pulau seperti yang terdapat Terengganu dan Pahang, mula beroperasi setelah kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi menerima kedatangan pelancong.

    Bukan sahaja pelancong tempatan, malah warga asing juga mula membuat tempatan bagi menghabiskan musim percutian masing-masing.

    Antara tumpuan pelancong ialah di Pulau Perhentian yang terletak di Besut, Terengganu.

    Setelah resort-resort dan calet di pulau berkenaan ditutup kira-kira empat bulan lalu, kini ia mula beroperasi semula bagi menerima kedatangan pelancong.

    D'Lagoon antara yang menjadi tumpuan ramai disebabkan pakej menarik disediakannya.

    Malah, faktor geografi kedudukan D'Lagoon itu sendiri yang terasing dari resort dan calet-calet lain, turut menambah hati pelancong.

    Keadaan itu, menjadikan D'Lagoon sebuah penginapan yang tenang dan menyajikan suasana damai.

    Seperti resort dan calet lain, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dengan menawarkan pelbagai produk bagi menarik kedatangan pelancong.

    Berbeza bagi D'Lagoon, ia cuba sedaya upaya mengetengahkan seni budaya masyarakat Melayu agar dapat dikongsi bersama oleh pelancong asing.

    Mereka yang sering berkunjung ke D'Lagoon pasti mengetahui bahawa penginapan tersebut memang terkenal dengan persembahan dikir barat.

    Ekoran itu, pelancong asing yang menginap di D'Lagoon pasti tertunggu-tunggu untuk melihat serta menyertai sendiri persembahan dikir barat berkenaan.

    Pengurus D'Lagoon, Abdul Razak Mohd. Nor memberitahu, bagi menarik kehadiran pelancong, pihaknya turut menyediakan pelbagai kemudahan melibatkan resipi masakan, bilik penginapan, aktiviti laut, skuba dan banyak lagi.

    ''Sejak kebelakangan ini, pelancong asing yang menginap di sini akan membuat permintaan bagi menyaksikan persembahan dikir barat.

    ''Kami di D'Lagoon akan memenuhi permintaan pelancong.

    ''Selalunya persembahan dikir barat akan diadakan pada sebelah malam,'' katanya.

    Abdul Razak berkata, setiap persembahan dikir barat sering disertai oleh para pelancong asing yang begitu berminat menghayati seni budaya masyarakat Melayu itu.

    Di samping itu, dari segi aktiviti luar, orang ramai juga boleh bersiar-siar menaiki bot, memancing, snorkeling, menyelam dan menaiki banana boat,'' katanya.

    Aktiviti menyelam di Pulau Perhentian sepanjang Mei hingga Oktober dianggap paling menarik dan sesuai berdasarkan airnya yang jernih.

    Mereka yang meminati aktiviti menyelam itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi Turtle Bay Divers di talian 019-3336647 atau layari www.turtlebaydivers.com.

    Pihak D'Lagoon juga menguruskan permintaan mana-mana pengunjung yang berminat memandu sendiri bot kecil mengelilingi Pulau Perhentian.

    ''Kalau ada pengunjung yang berminat melakukan snorkeling sambil melihat penyu, permintaan itu akan dipenuhi. Begitu juga yang berminat memancing, kita akan penuhi permintaan mereka,'' katanya.

    D'Lagoon turut menyediakan bilik-bilik penginapan dan antara yang menjadi rebutan dan tempahan utama pengunjung ialah penginapan ala 'tree house'.

    Bilik penginapan 'tree house' begitu menarik seolah-olah pelancong tinggal dalam rumah yang dibina di atas pokok.

    Menurut Abdul Razak, kalangan pelancong yang datang ke situ, sentiasa mahukan suatu kelainan bagi menghiburkan diri mereka.

    ''Kalau pelancong asing, mereka mahukan suasana kehidupan masyarakat Melayu.

    ''Ini termasuk seni budaya melibatkan muzik. Jawapannya ialah dikir barat.

    ''Kakitangan D'Lagoon akan memainkan alat-alat muzik dikir barat dan pelancong juga boleh mencubanya,'' kata Abdul Razak.

    Menurutnya, semua bentuk lagu sama ada berirama tradisional Melayu, Inggeris, lagu moden dan sebagainya, boleh dinyanyikan dan disesuaikan dengan rentak dikir barat.

    Bagi mereka yang hendak kelainan semasa bercuti boleh mencuba penginapan di D'Lagoon dengan menghubungi Abdul Razak di talian 019-9857089 atau layari www.dlagoonperhentian.net.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pendidikan

    Posted: 06 May 2011 11:32 PM PDT

    Utusan Online - Pendidikan


    55 jawatan pengetua akan diisi segera

    Posted:

    55 jawatan pengetua akan diisi segera

    55 jawatan pengetua akan diisi segera

    PETALING JAYA 6 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengisi kekosongan jawatan pengetua di 55 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dalam tempoh terdekat.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, hanya guru dalam gred DG52 layak menjadi pengetua di kedua-dua jenis sekolah tersebut mengikut ketetapan dan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    "Kita sedang mengendalikan urusan 55 jawatan kosong pengetua ini dan ia akan diisi secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menghantar Peserta Pameran Sains dan Kejuruteraan (ISEF) Intel 2011 ke California, Amerika Syarikat di sini, hari ini.

    Mengulas mengenai biasiswa JPA yang bakal diumumkan Isnin ini, Ka Siong yakin ia tidak akan meliputi kesemua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak.

    "Bagi biasiswa JPA ini, kita akan memilih calon yang terbaik dan paling sesuai sahaja," katanya.

    ends

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 06 May 2011 07:52 PM PDT

    Harian Metro: Hati


    Cipta penampilan unik

    Posted: 06 May 2011 04:10 PM PDT

    GAYA santai, anggun serta mudah disuai padan menjadi tema utama dalam rekaan F&F bagi musim bunga dan panas tahun ini yang hadir dengan pilihan pelbagai rona menarik.

    Kepelbagaian stail sama ada untuk wanita mahupun lelaki jelas dipersembahkan F&F menerusi pertunjukan fesyen pada majlis minum petang sempena 20 tahun meraikan Harian Metro, baru-baru ini. Ia bukan saja menyerlahkan penampilan pakaian asas seperti seluar dan kemeja-T tetapi turut mencipta penampilan unik menerusi suai padan bersama aksesori ringkas.

    Kemeja, kemeja-T, jaket dan rompi yang digabungkan bersama seluar panjang mahupun pendek dan seluar kargo, juga jean, nyata memberi banyak pilihan untuk si jejaka tampil bergaya ke majlis rasmi mahupun kasual.

    Biarpun kebanyakan himpunan lelakinya lebih terarah kepada warna maskulin seperti hitam, perang gelap, biru, biru gelap dan kelabu, F&F turut menitikberatkan perincian dengan lipatan minimum pada kemeja, tambahan butang pada lengan pendek, potongan mengikut tubuh serta butang berganda untuk lipatan unik pada lengan panjang.


    Material yang digunakan seperti kapas, lycra dan kain jersi pada kemeja serta kemeja-T turut sesuai untuk cuaca panas dan lembap seperti Malaysia kerana ia memberi keselesaan malah tidak berat apabila dilapiskan bersama jaket atau rompi.


    Ada juga juga disediakan kemeja daripada kain jenis renyuk yang tidak perlu digosok, sekali gus memudahkan penggunaannya.

    Untuk wanita, padanan gaun paras lutut, blaus dan seluar jean sendat serta legging daripada material jenis berkilat sememangnya mencuri tumpuan.

    Didatangkan dengan rona lembut dan terang, setiap padanan menampilkan gaya berbeza untuk gaya kasual tetapi pada masa sama, sopan dibawa ke majlis rasmi.

    Blaus putih jarang misalnya, tampak anggun digayakan bersama pakaian dalam (inner) berlengan panjang hitam dan dipadankan bersama seluar jean sendat rona sama.

    Aksesori rantai ringkas sudah cukup untuk melengkapkannya dan berikan tumpuan kepada lilitan tudung pelbagai warna.

    Bagi yang berani, boleh mencuba gaun toga bermotifkan flora ungu lembut bersama platform stiletto atau gaun pendek polos rona hijau zaitun yang dipadankan dengan legging hitam. Seksi namun tetap manis dipandang.

    Selain itu, cetus daya kreativiti dengan memadu padan jaket denim pendek tanpa lengan bersama kemeja-T dan seluar jean sendat. Untuk gaya lebih anggun, tambahkan aksesori menonjol seperti rantai dan himpunan gelang yang asalnya adalah rantai mutiara.

    Menariknya, F&F tidak terhad untuk generasi muda kerana ia turut menawarkan rekaan comel untuk kanak-kanak dan bayi menerusi F&F Kids.

    Mula dikenali di United Kingdom pada 2001, singkatan F&F membawa maksud Florence and Fred itu kini menjadi pilihan nombor satu wanita di sana kerana harganya berpatutan tanpa perlu berkompromi daripada segi rekaan dan gaya.

    Dianggarkan seorang daripada empat wanita memilih F&F sebagai jenama pilihan mereka dan Malaysia dipilih menjadi negara ke sembilan selepas kejayaan di beberapa negara seperti Hungary, Turki, China, Korea dan Thailand.

    F&F kini boleh didapati di semua rangkaian Tesco seluruh negara pada harga bermula RM29.90 ke atas.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sarat elemen etnik

    Posted: 06 May 2011 04:00 PM PDT

    MUSIM panas kali ini Esprit Kids menampilkan koleksi rekaan menarik inspirasi daripada gaya 1990-an.

    Pelbagai rekaan boleh didapati antaranya pakaian jalanan, gaya vintaj Amerika serta pengaruh etnik yang dilengkapkan dalam kemasan yang cukup kontemporari.

    Rekaan yang sarat dengan elemen etnik seperti blaus ringan dengan potongan tangan pari-pari, dipadankan dengan seluar linen bersama manset bergaris pada hujung dan pinggang baju menyerlahkan lagi gaya comel si kecil.

    Tidak ketinggalan, jaket berenda digayakan bersama tali pinggang denim serta baju-T cetakan grafiti, jaket nilon, blaus panel dengan tunik serta seluar kargo yang mampu memenuhi cita rasa mereka.


    Keselesaan material yang digunakan untuk koleksi itu pula tidak perlu dipertikaikan kerana banyak menggunakan denim, kapas lembut, jersi, nilon, kain berkait dan kain chambray.


    Untuk menceriakan lagi rekaan, rona asas seperti putih, kuning air, hijau muda, biru, merah jambu, oren, ungu lembut serta merah senduduk menjadi pilihan.

    Namun, berbeza dengan rekaan musim sebelumnya, koleksi terbaru itu menampilkan elemen suai padan yang cukup kontemporari.

    Merealisasikan elemen itu, kemasan rekaan juga dipelbagaikan termasuk menyelitkan sulaman, renda serta semburan kesan khas untuk menyerlahkan lagi kelainan koleksi berkenaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Pemotoran

    Posted: 06 May 2011 01:41 PM PDT

    Kosmo Online - Pemotoran


    Penuhi kehendak 180 pasaran seluruh dunia

    Posted:

    Penuhi kehendak 180 pasaran seluruh dunia

    Penuhi kehendak 180 pasaran seluruh dunia

    Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
    syukran.zainuddin@kosmo.com.my



    SEGMEN trak pikap satu tan mengalami revolusi yang pantas. Jentera yang sebelum ini merupakan pilihan golongan kontraktor atau bos-bos estet, kini dilihat sudah beralih ke tangan kepada mereka yang gemarkan gaya hidup aktif. Walaupun tidak semeriah pasaran Thailand, pengeluar menyedari minat yang ditunjukkan oleh pengguna terhadap trak pikap di Malaysia. Ford, Isuzu, Mazda, Misubishi, Toyota dan Ssangyong masing-masing menawarkan trak pikap yang memiliki pelbagai kelebihan tersendiri. Disebabkan oleh peralihan minat itu juga, trak pikap mula menerima pelbagai elemen yang lebih mesra pemandu dan penumpangnya. Sebagai contoh, kualiti pemanduannya tidak lagi sekasar dahulu. Malah anda boleh mengharapkan mudahnya membawa trak seperti memandu sebuah sedan, kecuali dari segi saiznya.

    Tidak cukup? Rekaan dalamannya juga semakin maju. Kalau dahulu, fungsi pada papan pemukanya cukup asas, kini hampir semua aspek yang ada pada kereta sedan boleh diperolehi dalam trak pikap. Sebut sahaja, sistem audio dengan skrin sentuh atau navigasi GPS semuanya sudah dipasang di kilang. Reka bentuk luaran tidak terkecuali. Kurang sudah rekaan yang berkotak-kotak. Lihat sahaja model Mitsubishi Triton atau Ssangyong Actyon Sports rekaannya begitu menarik dan lari daripada kebiasaan. Menyentuh soal trak pikap, kita memang tidak boleh lupa kepada trak keluaran Ford. Apa lagi kalau bukan model Ranger.

    Inspirasi Pikap F - Series


    REKABENTUK dan teknologi yang ada pada Ranger membuatkannya berada dalam liganya tersendiri.


    Sebenarnya, Ford Ranger terhasil daripada cubaan Ford Motor Company untuk bersaing dengan model trak pikap dari Jepun pada tahun 1983. Ia menggantikan model Courier yang pada asasnya sebuah pikap keluaran Mazda yang ditambah dengan gaya daripada Ford. Bermula dengan varian pacuan dua roda, Ranger dibina melalui inspirasi trak pikap Ford yang lebih besar iaitu F-Series. Persamaan paling ketara antara kedua-duanya boleh dilihat pada garis sisi tubuh dan rekaan grilnya. Walaupun baru memasuki generasi ketiga, Ranger tetap boleh dianggap matang kerana banyak pembaharuan dialaminya sepanjang perjalanannya sehingga kini. Pembaharuan meliputi segala segi. Rekabentuk, teknologi, kuasa enjin dan fungsi. Semuanya demi memenuhi kehendak pengguna, selain tidak mahu ketinggalan dalam trend trak pikap semasa.

    Debut ASEAN Ranger serba baru dibuat pada acara Bangkok International Motor Show (BIMS) ke-32 yang berlangsung pada Mac lalu. Ditawarkan dengan tiga gayaan cab iaitu Regular, Super dan Double, ia pasti memberikan pengguna pilihan yang lebih luas.

    Satu platform global

    Direka dan dibangunkan di Australia, Ranger baru ini adalah sebahagian dan merupakan trak pertama yang termasuk dalam strategi One Ford. One Ford adalah program menyatukan semua kepakaran kejuruteraan Ford ke dalam satu produk untuk pasara global. Ini juga bermakna Ranger akan dibangunkan di atas satu platform global, sekali gus menggantikan dua platform untuk trak pikap sedia ada. "Dengan strategi One Ford, kami mampu menghasilkan sebuah trak yang tiada kompromi dari aspek kualiti dan teknologinya.

    Pasukan jurutera di Australia mempunyai akses sepenuhnya ke atas kemampuan global Ford, kemudahan ujian serta pengetahuan berkaitan penghantaran trak pikap Ford di peringkat global," jelas Pengarah Kejuruteraan, Pembangunan Produk, Ford Asia Pasifik dan Afrika, Jim Baumbick. Ranger dikilangkan di tiga buah kilang iaitu di Thailand, Afrika Selatan dan Argentina mulai pertengahan tahun ini untuk 180 pasaran di seluruh dunia. Malaysia dijangka menerima Ranger yang dihasilkan di kilang AutoAlliance Thailand (ATT) milik Ford di Rayong Thailand pada awal tahun 2012.

    Tiga enjin baru


    RUANG kabin yang menggabungkan aspek praktikaliti dan gaya.


    Pikap kebanggaan Ford itu dikuasakan tiga unit enjin baru. Dua enjin diesel yang dikenali sebagai Duratorq TDCi dan satu enjin petrol Durateq. Varian petrol ditawarkan untuk memenuhi permintaan terutama di pasaran Asia Barat. Lebih penting lagi, enjin yang menjimatkan minyak itu dipadankan dengan transmisi manual atau automatik enam kelajuan. Berbeza dengan pengeluar trak yang lain, Ranger hadir bersama enjin diesel bersesaran 2.2 liter. Namun, enjin tersebut masih mampu menjana sehingga 150PS dan 375Nm tork. Lebih baik berbanding output beberapa enjin diesel berkapasiti 2.5 liter di pasaran sekarang.

    Satu lagi enjin diesel bersesaran 3.2 liter. Enjin lima silinder ini didakwa dapat menghasilkan kuasa 200 PS dengan tork maksimum 270Nm. Sementara enjin petrol pula (berkemungkinan besar tidak sampai ke pasaran Malaysia) berupaya menyalurkan kuasa sebanyak 166PS dan tork 226Nm. Ranger mahu memastikan setiap penumpangnya berada dalam keadaan selamat pada setiap masa. Mahu mencipta satu penanda aras baru dalam aspek keselamatan, Ranger dilengkapi dengan beg udara sisi, Electronic Stability Program (ESP), ABS, Emergency Brake Assist dan banyak lagi.

    "Ranger ini berada dalam liganya yang tersendiri. Ia unik kerana mampu menepati apa jua ekspektasi bakal pemiliknya. Jadi, pelanggan bukan hanya memiliki trak yang berkemampuan dari segi membawa beban, malah jimat bahan api, kabin yang luas dan aplikasi teknologi terkini," jelas pengarah pengeluaran kenderaan untuk Ford Australia, Gary Boes.

    21st Century Tough


    RANGER dilengkapi dengan beg udara sisi untuk keselamatan para penumpangnya.


    Sebagaimana yang dijangka, konotasi 'tough' pada Ranger tidak pernah hilang. Untuk model kali ini, ia memiliki kemampuan menarik beban sehingga 3.35 tan dan kapasiti muatan sebanyak 1,500 kilogram pada beberapa variannya. Harus tahu bahawa Ranger ialah antara pikap kompak satu tan yang paling canggih. Teknologi pintar seperti Bluetooh dengan ciri kawalan suara dan sistem kamera yang membolehkan pemandu melihat imej pada cermin pandang belakang membuatkannya lebih premium berbanding para pesaingnya.

    Rekaan Ranger berpaksikan kepada penggayaan "21st Century Tough". Ketua perekanya, Crag Metros menyatakan pihaknya perlu menghasilkan sebuah trak yang sporty dan dinamik. Pendek kata, trak yang tidak janggal untuk dipandu ke tapak pembinaan dan mungkin kelab malam. Metros juga yakin bahawa hasil rekaan bersama pasukannya akan membawa jenama trak Ford lebih maju ke hadapan. "Kami telah menghasilkan satu rangkaian produk yang menarik dan pelbagai demi memenuhi pasaran global yang kian berkembang. Pada masa yang sama memastikan kami berpegang kepada DNA sebenar trak Ford," kata Metros.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Satu lagi Pusat Pameran Volkswagen

    Posted:

    Satu lagi Pusat Pameran Volkswagen

    Satu lagi Pusat Pameran Volkswagen


    BILIK pameran terbaru Volkswagen yang menepati standard global kini beroperasi di Sungai Besi, Kuala Lumpur.


    VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn. Bhd. (Volkswagen Malaysia) mengumumkan pembukaan bilik pameran terbaru yang menepati standard global di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

    Terletak bersebelahan pusat servis dan alat ganti Volkswagen, premis tersebut dijangka menawarkan pengalaman pembelian premium kepada pelanggan dan menjadi sebahagian daripada strategi pengembangan syarikat tersebut. Model-model terbaru akan ditempatkan di bilik pameran itu.

    Pengarah Jualan Volkswagen Malaysia, Daniel Tan berkata, kesedaran terhadap jenama Volkswagen semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Faktor pendorongnya bukan sekadar tawaran pelbagai barisan produk menarik, malah berkait rapat dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pengedar mereka.

    Pusat Pameran Volkswagen Sungai Besi dikendali oleh Wearnes Automotive Sdn. Bhd. (Wearnes Automotive). Ia merupakan premis ketiga buat Wearnes Automotive selepas cawangan di Ampang dan Bangsar, Kuala Lumpur.

    Secara keseluruhannya, Volkswagen Malaysia sudah mempunyai sebanyak 10 pusat pameran dan 12 pusat servis di seluruh negara.

    Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengurus Besar Wearnes Automotive, Jack Zaal. Menurut Jack, dengan adanya premis itu, ia memberikan satu platform baru kepada pihaknya untuk meningkatkan penanda aras dalam aspek kecemerlangan peruncitan automobil.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Goodyear Assurance Fuel Max

    Posted:

    Goodyear Assurance Fuel Max

    Goodyear Assurance Fuel Max


    IVY PENG dan Pengurus Q-Tech Goodyear Malaysia, Duane Ready melancarkan tayar Goodyear Assurance Fuel Max baru-baru ini


    TAHUKAH anda bahawa tayar memberi kesan sebanyak 20 peratus terhadap penggunaan bahan api kenderaan? Memahami kehendak pengguna, pengeluar tayar terkemuka dunia, Goodyear tampil dengan tayar yang mampu membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

    Terimalah Goodyear Assurance Fuel Max. Tayar terbaru daripada rangkaian tayar Assurance keluaran Goodyear. Dihasil dengan teknologi penjimatan bahan api, ia didakwa mampu menjimatkan sehingga empat peratus penggunaan minyak dan 15 peratus lebih perbatuan (85,777 kilometer) berbanding teknologi tayar konvensional.

    Teknologi penjimatan bahan api yang ada pada tayar itu terdiri daripada kompaun silika termaju.

    Selain itu, bahagian bawah tayar telah diperkuat untuk mengelakkan berlakunya masalah kecacatan pada bunga tayar dan mengurangkan penghasilan haba panas. Dengan ciri pengedaran tekanan, ia berperanan meminimumkan tenaga geseran. Sebab itulah tahap kehausan tayar dapat dikurangkan.

    Bukan itu sahaja, Goodyear tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan. Justeru, tayar Assurance Fuel Max diperkukuh dengan penggunaan DuPont Kevlar®. Kevlar ialah material ringan yang lima kali kuat berbanding keluli dan digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru.

    Namun begitu, penjimatan minyak bukan bergantung kepada tayar semata-mata. Faktor seperti tabiat pemanduan, beban di dalam kereta, kondisi enjin, tahap tekanan tayar dan model kereta yang anda pandu juga perlu diambil kira.

    Penggunaan tayar Assurance Fuel Max boleh memberikan anda penjimatan sehingga 320 liter bahan api. Sebagai contoh, penggunaan petrol secara purata bagi sebuah kereta dengan sesaran enjin 1.6 liter ialah 10 liter untuk setiap 100 kilometer (km). Apabila dipasang dengan tayar Assurance Fuel Max saiz 195/65R15 91V dan bergerak sejauh 80,000km pengiraan potensi penjimatannya adalah seperti berikut:

    80,000km (perbatuan) x 10L/100 km (kadar penggunaan minyak) x 4% (kadar penjimatan) = 320 L (potensi penjimatan). Secara asasnya, ini bermakna jika anda menggunakan petrol RON95 dan didarabkan dengan 320 liter, penjimatan yang dapat dibuat ialah sebanyak RM608.

    Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng memberitahu, rangkaian tayar Assurance Fuel Max yang terdiri daripada saiz 15 hingga 17 inci boleh diperolehi pada harga bermula RM270 hingga RM520 seunit.

    Dibangunkan di pusat teknikal Goodyear di Luxemburg, Jerman tayar itu adalah untuk pasaran global. Rangkaian tayar Goodyear Assurance Fuel Max kini boleh didapati di semua kedai Goodyear Servitekar dan Autocare di seluruh negara.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan