Selasa, 3 Mei 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 03 May 2011 07:31 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


`chedet' diserang malware

Posted: 03 May 2011 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.

Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.


Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada Bernama hari ini.

Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer. Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.


Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang lagi askar Thai terkorban

Posted: 03 May 2011 03:13 AM PDT

BANGKOK: Seorang lagi tentera Thai terbunuh dalam pertempuran di sempadan Thai-Kemboja di Surin malam semalam, menjadikan jumlah kematian di pihak Thai meningkat kepada 12 orang sejak pertempuran bermula 11 hari lepas.

Suthep Thaugsuban, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, berkata sebelum itu, tiga anggota tentera mengalami kecederaan, meningkatkan jumlah mangsa yang cedera kepada lebih 120 orang sejak 22 April.


Rundingan gencatan senjata membabitkan pegawai tentera darat dari kedua-dua pihak berjaya menghentikan siri berbalas tembakan. Bagaimanapun gencatan senjata itu hanya bertahan beberapa jam sahaja dan selepas itu gagal menghentikan pertempuran.

Suthep mengakui kesukaran untuk mengadakan perbincangan gencatan senjata dengan pihak Kemboja pada masa ini.


"Mungkin, apabila pemimpin dari kedua-dua negara bertemu semasa Sidang Kemuncak Asean di Jakarta dari 6-8 Mei, beberapa perkembangan positif dapat dipersetujui," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 03 May 2011 07:22 AM PDT

Kosmo Online


Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan

Posted:

Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan

Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan

03/05/2011 6:49pm

KANGAR — Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk dua pelajar perempuan serta seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian di kolej kediaman IPTA yang terletak di Arau itu.

Kedua-dua pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan 12.10 tengah hari pada Ahad lalu ketika mereka selesai menduduki peperiksaan akhir semester di IPTA itu manakala pelajar lelaki berusia 21 tahun dan seorang penjawat awam berusia 27 tahun ditahan 2.30 petang semalam di kediaman masing-masing di Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Mohd. Nadzri Hussain berkata, mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak Oktober tahun lalu dan ketiga-tiga pelajar berkenaan adalah penuntut tahun kedua dan kesemua mereka berasal dari Alor Setar, Kedah.

Mohd. Nadzri berkata, polis menjalankan risikan sebaik menerima laporan daripada seorang pelajar IPTA itu pada 16 Oktober tahun lalu yang mendakwa barangnya hilang.

Hasil soal siasat, pihak polis menemui semula barang curi iaitu sebuah kamera digital manakala komputer riba yang turut dilaporkan hilang dipercayai telah dilupuskan kepada pihak kedua.

"Polis masih giat mengesan pihak kedua yang terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan dan pihak polis percaya dengan penangkapan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM bantu krew kapal dagang

Posted:

APMM bantu krew kapal dagang

APMM bantu krew kapal dagang

03/05/2011 6:16pm

GEORGE TOWN — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang membantu memindahkan seorang krew kapal dagangan warga India yang dilaporkan sakit dalam kapal di perairan Teluk Bahang di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kapal dagang MT Eagle Vermouth pada 1.45 tengah hari semalam dan bertindak menjalankan operasi untuk memindahkan krew terlibat dari kapal dagang itu tujuh batu nautika dari Muka Head.

Beliau berkata, krew yang dikenali sebagai Bhagat Singh, 25, dilaporkan mengalami sakit perut yang serius sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 6 petang semalam.

Kapal dagangan dari China itu sedang dalam perjalanan ke Fujairah, Arab Saudi. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih

Posted:

PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih

PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih

03/05/2011 6:17pm

IPOH — Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak meminta senarai golongan miskin dalam sistem e-Kasih disemak semula dan dibuat pengesahan bagi memastikan bantuan yang dihulurkan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Pengerusinya Datuk Seri, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, PAC banyak menerima aduan mengenai kesilapan dalam sistem itu sehingga ada mereka yang tidak sepatutnya, menerima bantuan.

"Senarai yang ada perlu diperhalusi dan melalui proses pemutihan...dalam keadaan ini kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sehingga menyebabkan ada mereka yang layak tercicir. Jangan sampai perkara ini menjadi masalah besar kepada kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu perlu dilakukan segera berikutan aduan dan rungutan daripada orang ramai yang mengatakan sistem e-Kasih tidak merangkumi kesemua mereka yang benar-benar layak. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 03 May 2011 03:47 AM PDT

Utusan Online - Utara


Terus dibayangi kekotoran

Posted:

Terus dibayangi kekotoran

Terus dibayangi kekotoran

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my


JIJIK! Pemandangan yang boleh dilihat di perairan Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang. – Zabry


PULAU PINANG 2 Mei – Di sebalik kekayaan nilai sejarah serta keunikan budaya penduduknya, Pulau Pinang terus dibayangi isu kekotoran yang selama ini dianggap kudis dalam sektor pelancongan tempatan.

Walaupun banyak papan tanda larangan membuang sampah terpampang besar di merata tempat, sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk gemar membuang sampah menyebabkan masalah tersebut berlarutan.

Kempen 'Pulau Pinang Bersih, Hijau' yang sering dilaungkan-laungkan nampaknya hanya tinggal slogan apabila masalah kekotoran masih boleh dilihat di banyak tempat.

Entah di mana silapnya, keindahan pesisir pantai yang selama ini mengangkat nama Pulau Pinang dalam kalendar pelancongan negara, kini turut berdepan ancaman kekotoran.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia sudah dijadikan 'tong sampah' oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Antara kawasan terbabit adalah Persiaran Gurney dipenuhi timbunan sampah-sarap yang menyakitkan mata dapat dilihat walaupun ia sangat dikenali sebagai antara lokasi riadah yang terkenal.

Dulu, Persiaran Gurney adalah pilihan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk bersantai bersama kenalan mahupun keluarga.

Tembok batu yang dibina sepanjang pesisir pantai pula membolehkan pengunjung duduk dan merasai hembusan angin selain menjadi tempat kaki pancing beradu nasib mendapat hasil laut.

''Tapi itu dulu. Pemandangan indah dengan pukulan ombak memecah desiran pasir putih sudah tiada lagi sebaliknya bertukar dipenuhi lumpur tebal kehitaman terutama apabila air surut.

''Saya takut, kalau dibiarkan, keadaan menjadi lebih teruk kelak," luah seorang peniaga, Habibul Rahman Mohamad, 43, ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Habibul Rahman memberitahu, selain pantai di Persiaran Gurney, banyak sungai sekitar Pulau Mutiara turut menerima nasib sama dan ia diburukkan lagi dengan longgokan sampah tidak dikutip beberapa hari.

Menurutnya, lebih menyedihkan dan memalukan kerana masalah itu sudah berlarutan sejak sekian lama tetapi sehingga kini tiada langkah sewajarnya diambil bagi menanganinya.

''Masalah ini berlaku hampir di semua sungai di Pulau Pinang. Ada antaranya pernah menjadi tempat berkelah tetapi sekarang sudah jadi tempat longgokan sampah yang menjijikkan," katanya.

Dia menambah, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pesisir pantai serta sungai-sungai di negeri ini diselamatkan daripada ancaman kekotoran yang semakin membimbangkan.

''Jangan ambil mudah isu ini kerana jika kekotoran sudah tidak dapat ditangani, maka usaha membetulkan keadaan pasti mengambil masa yang panjang malah generasi akan datang tidak lagi dapat melihat keindahan sungai," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agihan petrol subsidi pulih

Posted:

Agihan petrol subsidi pulih

Agihan petrol subsidi pulih

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 2 Mei – Lebih 300 nelayan sekitar Kuala Muda dekat sini yang tidak turun ke laut gara-gara tidak memperoleh petrol subsidi sejak Jumaat lalu kini sudah boleh menarik nafas lega apabila sistem pengagihan bahan bakar itu sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Raja Khalid Raja Ariffin berkata, syarikat perunding yang dilantik melaksanakan sistem tersebut sudah menyelesaikan masalah teknikal yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, masalah berkenaan berlaku ekoran proses pelaksanaan penggunaan MyKad nelayan bagi mendapatkan petrol subsidi di stesen-stesen minyak terpilih berkuatkuasa bulan ini.

"Sebelum ini, nelayan menggunakan kad pintar e-petrol untuk mendapatkan petrol tetapi apabila penggunaan MyKad mula dikuatkuasakan, kita dapati wujud sedikit masalah teknikal.

"Tetapi syarikat perunding berkenaan sudah mengatasi masalah tersebut dan nelayan boleh mendapatkan petrol bersubsidi seperti biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kira-kira 300 nelayan Kampung Kuala Muda semalam mengadu tidak dapat turun ke laut sejak empat hari lalu kerana menghadapi masalah mendapatkan petrol subsidi di stesen-stesen minyak sekitar sini menghadapi masalah.

Nelayan terbabit mendakwa, masalah itu bermula ekoran sistem kad pintar, e-petrol yang diguna pakai sebelum ini digantikan dengan penggunaan MyKad bagi mendapatkan petrol subsidi.

Ekoran masalah itu, sebahagian besar daripada nelayan kawasan tersebut terpaksa membeli sendiri petrol tanpa subsidi di stesen minyak sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Raja Khalid bagaimanapun menjelaskan, perubahan kaedah pengagihan petrol subsidi adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan MyKad sebagai kad pintar bagi pelbagai urusan di pejabat agensi kerajaan.

"Tidak timbul soal kita hendak membebankan nelayan kerana masalah teknikal yang berlaku hanya bersifat sementara dan ia sudah diselesaikan. Kalau ada sebarang masalah, nelayan boleh merujuk kepada LKIM untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaunter bergerak SSM mudahkan peniaga daftar syarikat

Posted:

Kaunter bergerak SSM mudahkan peniaga daftar syarikat

Kaunter bergerak SSM mudahkan peniaga daftar syarikat

ALOR SETAR 2 Mei - Kesibukan bukan lagi alasan untuk peniaga memohon atau memperbaharui lesen perniagaan dengan penyediaan kaunter bergerak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sekitar daerah ini.

Begitu juga dengan 483 peniaga di pasar besar di sini yang boleh melaksanakan urusan demikian di Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) di pasar terbabit.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama SSM, Persatuan Peniaga Pasar Besar Alor Setar dan Persatuan Penjaja Kota Setar.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Alor Setar, Mohd. Fauzi Sharip memberitahu, program itu dilaksanakan sejak empat tahun lalu bagi memudahkan peniaga berurusan dengan agensi kerajaan tersebut.

Katanya, menerusi KBPP peniaga tidak perlu meninggalkan perniagaan semata-mata mahu berurusan dengan SSM sebaliknya agensi kerajaan berkenaan datang kepada peniaga.

"Peniaga boleh berniaga seperti biasa dan setelah selesai berniaga mereka boleh berurusan di kaunter itu," katanya di sini hari ini.

Turut hadir meninjau kaunter yang dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 2 petang itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustafa.

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar SSM negeri, Zahidah Ibrahim memberitahu, di kaunter itu peniaga boleh membuat urusan seperti pendaftaran peniagaan dan pembaharuan lesen perniagaan.

"Walaupun kaunter itu dibuka sekitar lima jam, namun ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga dengan menerima lebih 60 pelanggan pada tahun lalu," katanya.

Seorang peniaga yang ditemui, Ahmad Fazli Khalid, 35, menyambut baik perkhidmatan itu kerana mereka tidak perlu pergi ke pusat bandar untuk berurusan dengan SSM.

"Selepas selesai berniaga boleh terus berurusan di SSM. Ia memudahkan peniaga yang sibuk dengan rutin harian mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 03 May 2011 03:46 AM PDT

Harian Metro: Setempat


37 kontraktor pembersihan protes khidmat ditamat

Posted: 02 May 2011 11:53 AM PDT

AMPANG: Seramai 37 kontraktor syarikat pembersihan awam yang menerima tender daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memprotes tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menamatkan perkhidmatan mereka.

Berikutan itu, satu sidang akhbar diadakan kumpulan kontraktor terbabit di Bangi Kopitiam, Taman Putra Sulaiman, dekat sini, semalam.


Sidang media terbabit diadakan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan PBT mengambil alih kerja pembersihan awam di kawasan Ampang Jaya yang disampaikan melalui media pada 20 April lalu.

Wakil kontraktor pembersihan awam Ampang Jaya, Norazmi Baharuddin, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan dan menuntut penjelasan munasabah daripada kerajaan negeri mengenai pengambilalihan berkenaan kerana ia menjejaskan hampir 1,000 pekerja yang berada di bawah 37 kontraktor terbabit yang akan hilang sumber pendapatan.


Menurutnya, alasan pihak terbabit yang mengatakan pengambilalihan itu menjimatkan kos alasan semata-mata tanpa mengemukakan perancangan terperinci sedangkan proses penswastaan yang dibuat sebelum ini terbukti berkesan memberi khidmat terbaik kepada penduduk di sini.


"Kegagalan MPAJ menguruskan kerja pembersihan ini sudah terbukti apabila mereka mengambil alih pada 2005 dan menyerahkannya semula kepada kami pada Julai 2007 kerana gagal menguruskannya dengan baik.

"Selama ini kami sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam kerja pembersihan di Ampang Jaya, malah membuat kerja segera tanpa bayaran tambahan sedangkan ia memerlukan kos tambahan," katanya.


Norazmi berkata, beliau mempersoalkan tindakan pihak terbabit yang menamatkan kontrak kontraktor lama dan melantik syarikat kontraktor baru sedangkan mereka lebih berpengalaman.

"Selama ini, kami bersabar apabila mengalami masalah pembayaran tertunggak melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut sejak dua tahun lalu. Malah, pembayaran juga tidak mengikut perjanjian yang ditandatangani apabila kami tidak menerima bayaran secara penuh," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mahu perkara terbabit dipertimbangkan semula dan jika tidak berpuas hati dengan khidmat mereka diharap dapat berbincang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Datuk’ naik kereta mewah penipu

Posted: 02 May 2011 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memperkenalkan diri sebagai 'Datuk' dan mengaku memiliki rangkaian perniagaan terbesar di negara ini, seorang lelaki dikesan giat menipu agensi peminjam wang berlesen di Lembah Klang sejak empat bulan lalu.

Lelaki berusia lewat 40-an yang digelar Datuk Tan itu memperdayakan mangsa untuk memberikan pinjaman kepadanya konon sebagai modal tambahan perniagaan yang dijalankan.


Dua institusi peminjam wang berlesen yang menjadi mangsa Datuk terbabit masing-masing kerugian RM10,000 dan RM15,000. Perkara itu didedahkan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong dan Presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen Malaysia, R C Veeraseelan dalam sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurut Michael, Datuk terbabit bijak bermain kata selain gayanya yang bagaikan tokoh korporat dengan menunjukkan gambar dan dokumen peribadi bagi meyakinkan setiap mangsa.


Katanya, ketika menjalankan urusan pinjaman, dia ditemani pembantu peribadi dan menaiki kereta mewah yang menggambarkan kehebatannya.


"Dia berjanji akan melunaskan bayaran itu selewat-lewatnya tiga minggu dari tarikh pinjaman. Bagaimanapun, lelaki terbabit menghilangkan diri dan gagal dikesan," katanya.

Sementara itu, Veeraseelan berkata, pihaknya percaya lelaki itu masih menjalankan kegiatan penipuan terbabit.


"Kami berharap semua peminjam wang berlesen meneliti terlebih dulu latar belakang peminjam tanpa mengira status dan pangkat mereka.

"Pastikan proses pinjaman mengikut prosedur supaya jika berlaku sebarang masalah, peminjam boleh dikesan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 03 May 2011 03:41 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Eskay janji pendedahan baru

Posted:

Eskay janji pendedahan baru

Eskay janji pendedahan baru

oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mei – Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

"Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio 'Datuk T' menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.

Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.

Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.

"Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.

"Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin 'terhebat' pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

Posted:

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA 2 Mei - Lafaz sumpah laknat yang dilakukan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan lebih bermakna jika pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China difailkan di Mahkamah Syariah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh Shazryl Eskay hanya bertujuan untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap pertuduhannya ke atas Anwar.

"Sumpah itu tidak akan membawa sebarang makna jika pertuduhan tidak dibawa ke Mahkamah Syariah.

"Sepatutnya isu ini difailkan ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilakukan. Selepas difailkan di Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan perbicaraan dengan kedua-dua belah pihak akan bersumpah untuk membuktikan siapa yang benar dalam hal tersebut dengan disaksikan hakim," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas saranan beberapa ahli ulama yang mahu Anwar bersumpah bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, dekat sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu juga tidak ada dalam syariat Islam.

"Bagaimanapun, jika mana-mana pihak ingin mengetahui kebenarannya, maka sebaiknya perkara tersebut difailkan ke Mahkamah Syariah dan biar mahkamah yang tentukan adakah Anwar patut bersumpah atau tidak.

"Jika kita desak Anwar bersumpah sekarang pun tidak ada gunanya kerana tiada sebarang desakan undang-undang yang boleh mendesak beliau berbuat demikian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lesen peniaga Melayu kurang

Posted:

Lesen peniaga Melayu kurang

Lesen peniaga Melayu kurang

oleh ZABRY MOHAMAD
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 2 Mei - Hanya 14.9 peratus lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini pada tahun lalu diagihkan kepada peniaga Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, angka tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan orang Melayu yang merangkumi 45.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini.

Menurutnya, kaum Cina merupakan yang paling ramai diberikan lesen perniagaan, manakala kaum India juga sedikit.

"Justeru, UMNO ingin bertanya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, apa langkah drastik yang positif boleh dilakukan mereka bagi menambah jumlah lesen berniaga untuk orang Melayu."

"Ramai lagi orang Melayu yang tidak dapat lesen niaga. Adakah mereka (kerajaan negeri) mengamalkan konsep Hitlerisme iaitu hanya kaum tertentu diutamakan sedangkan kaum-kaum lain ditindas atau dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri, di sini malam tadi.

Hadir sama timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Bendahari UMNO Pulau Pinang, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai maklumat mengenai pengagihan lesen tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

"Biarlah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang jelaskan sendiri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 03 May 2011 03:12 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Animasi saintifik tunjuk Teoh mati kerana terjun: Saksi

Posted: 03 May 2011 03:02 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter. Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.
Sebelum ini idea untuk menggunakan kaedah animasi ini tercetus selepas Dr Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh berkemungkinan mencangkung di tepi tingkap sebelum jatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Kedah tingkat kawalan di lokasi strategik

Posted: 03 May 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

ALOR SETAR: Polis Kedah meningkatkan kawalan di beberapa lokasi strategik, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing dari negara Barat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata pemantauan yang ditingkatkan di kawasan tumpuan pelancong asing serta pintu masuk di sempadan di negeri ini bertujuan memastikan pelancong terbabit berasa selamat berada di negara ini berikutan perkembangan terbaru itu.

"Kita sudah meningkatkan pemantauan keselamatan pelancong asing, terutama warga Eropah dan AS yang datang ke negeri ini untuk melancong, termasuk yang datang melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam. "Walaupun belum menerima arahan daripada Bukit Aman mengenai perkara itu, polis Kedah sudah mengambil pendekatan proaktif dengan meningkatkan tahap keselamatan pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah sempena Hari Polis Ke-204 di sini, hari ini.

Seramai 150 pegawai dan anggota polis dari kontinjen Kedah menderma darah untuk mengisi Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Osama terbunuh dalam pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di Timur Laut Islamabad, Pakistan tengah malam kelmarin.

Osama yang dikatakan memberikan tentangan sebelum terbunuh, ditembak di kepala dalam serangan yang turut menggunakan dua helikopter oleh pasukan gerak khas tentera laut AS.
Pembunuhan Osama itu dikhuatiri akan meningkatkan serangan balas dendam terhadap kepentingan AS di seluruh dunia oleh puak pelampau Islam, khususnya pengikut Al-Qaeda.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 03 May 2011 03:10 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Kobemas tingkat pendapatan

Posted:

Kobemas tingkat pendapatan

Kobemas tingkat pendapatan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 2 Mei - Penglibatan dalam perniagaan koperasi diyakini membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat terutama penduduk luar bandar.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Amirudin Yusof berkata, antara usaha yang digerakkan bagi menghapus kemiskinan tegar serta mengurangkan kemiskinan di negeri ini adalah melalui penubuhan Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas).

Menurutnya, penubuhan Kobemas setakat ini berjaya membantu lebih 21,000 penduduk miskin di Melaka keluar daripada belenggu kemiskinan.

''Melaka kini sudah diiktiraf sebagai negeri maju pada tahun lalu dan kita harap dengan pencapaian ini, lebih ramai masyarakat berminat menyertai perniagaan koperasi seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju di Eropah," katanya.

Beliau berucap pada penutupan Coop Fest Zon Selatan 2011 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bermula kelmarin itu diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh dengan disertai 74 pengusaha koperasi dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Amirudin berkata, setakat ini, sebanyak 289 koperasi telah berdaftar di negeri ini dengan bilangan anggota seramai 155,561 orang.

Pada masa yang sama, ujarnya, SKM Melaka telah mendaftarkan sebanyak 35 buah koperasi komuniti yang terdiri daripada koperasi keluarga, institusi pengajian tinggi, usahawan, Koperasi Bela Rakyat (Kobera), belia dan ahli sukan.

Mengenai penganjuran Coop Fest Zon Selatan, Amiruddin berkata, ia telah bermula dua tahun lalu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor mempromosi dan memasarkan produk, membudayakan keusahawanan koperasi dan menjalin rangkaian antara koperasi.

Usaha ini, kata beliau, menyediakan ruang kepada operator koperasi melaksanakan hubungan kerjasama lebih luas antara koperasi lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga ibu tunggal dapat rumah

Posted:

Tiga ibu tunggal dapat rumah

Tiga ibu tunggal dapat rumah

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


NORPIPAH Abdol (dua dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah PPRT kepada Patimah Abdul di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 2 Mei – Hidup sendirian tanpa suami bagi meneruskan kehidupan yang serba kekurangan amat sukar dilakukan apatah lagi terpaksa bertindak sebagai ketua keluarga menyara hidup anak-anak yang ramai dan masih kecil.

Namun, demi masa depan anak-anak, Patimah Abdul, 52; Roslina Abd. Rahman, 36, dan Noraini Guarani Abdullah, 31, terpaksa menguatkan semangat untuk meneruskan hidup yang serba mencabar.

Ia termasuklah melakukan pelbagai kerja seperti mengambil upah mencuci pakaian, membersihkan masjid, menjual kuih dan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung.

Jumlah upah yang diterima pula hanya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan, tidak cukup menampung keperluan keluarga dan perbelanjaan sekolah anak-anak terutama Roslina yang mempunyai tujuh anak berusia antara empat hingga 18 tahun.

Roslina yang memperoleh pendapatan RM500 dengan menjual kuih di Kampung Solok Jeram, Rembia di sini tidak mencukupi baginya untuk menampung keperluan sekolah enam anaknya, namun mujurlah ada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyumbang RM450 setiap bulan untuk keluarga itu.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, hasil pendapatan jualan kuih yang diusahakan Roslina semakin berkurangan disebabkan wanita itu hilang tumpuan ekoran tiga anaknya yang masih kecil berusia empat hingga tujuh tahun dibawa ke Sabah untuk tinggal bersama keluarga suami.

"Saya seperti tiada semangat lagi untuk hidup, dahulu masa semua anak ada dengan saya terasa hidup penuh bermakna tetapi sejak suami bawa tiga anak saya ke Sabah dan tidak balik-balik, kehidupan saya semakin tawar," katanya.

Wanita itu hanya mampu berdoa agar anaknya dapat dikembalikan segera ke pangkuannya bagi memulihkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam serba kekurangan.

Sementara itu, ibu tunggal, Noraini dari Jalan Hospital di sini, telah kematian suaminya akibat penyakit jantung lebih tiga tahun lalu.

Kini, dia sendirian meneruskan kehidupan bersama anaknya yang berusia 7 tahun, Nur Azuwan Jamaludin sambil bekerja mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan kurang RM180 sebulan.

"Saya tidak sanggup lagi hidup dalam kemiskinan, sejak dulu lagi, kehidupan saya sentiasa dirundung malang, tempat tinggal pun tiada sehingga terpaksa menumpang rumah ahli keluarga lain," kata Noraini.

Menurut wanita itu, dia kini bertekad untuk mengubah kehidupannya untuk menjadi lebih baik dan bersedia melakukan apa juga pekerjaan demi memastikan masa depan yang cerah boleh dinikmati oleh anak tunggalnya itu.

Di samping itu, menurut Patimah pula, kehidupannya tanpa suami telah menjadikan dia seorang wanita yang kuat dan tabah walaupun dihimpit kemiskinan.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sentiasa bertukar tempat kerja disebabkan pelbagai masalah, sebab itu kehidupan saya amat sukar," katanya.

Namun, kata Patimah, sumbangan rumah Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol hari ini membantu mengurangkan beban kesusahan hidup yang dialami.

Sebelum ini, wanita itu menyewa di sebuah rumah usang di Kampung Solok Rembia bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

16 kampung Orang Asli diwarta

Posted:

16 kampung Orang Asli diwarta

16 kampung Orang Asli diwarta

MELAKA 2 Mei - Sebanyak 16 buah kampung Orang Asli di negeri ini telah diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi bagi menghalang kegiatan pencerobohan tanah di kawasan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia melibatkan kawasan seluas 520.39 hektar yang menampung 1,345 penduduk dari 363 keluarga bertujuan memastikan hak golongan minoriti itu terus dipulihara.

"Antara 16 kampung terlibat ialah Kampung Bukit Seraya, Kampung Air Sialang, Kampung Tebong Stesen, Kampung Hutang Percha, Kampung Kubang Badak, Kampung Bukit Besar dan Kampung Bukit Payung," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco kerajaan negeri di sini, baru-baru ini.

Tambah Mohd. Ali, sebelum ini kerajaan negeri telah mewartakan dua kawasan penempatan Orang Asli iaitu Kampung Lubok Bandung, Chabau seluas 66.7 hektar dan Kampung Gapam Baru, Durian Tunggal seluas 55.42 hektar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 03 May 2011 02:38 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Dikebumi di laut

Posted: 02 May 2011 12:50 PM PDT

WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat semalam berkata, operasi tentera negara itu terhadap Osama bin Laden tidak dimaklumkan kepada sekutunya, Pakistan.

Kata pegawai yang enggan dikenali itu, semua maklumat diperoleh dirahsiakan daripada mana-mana negara, termasuk Pakistan.


"AS bertindak begitu bagi memastikan operasi berkenaan kekal rahsia sepenuhnya," katanya.

Semalam, Presiden AS, Barack Obama, mengumumkan Osama terbunuh dalam pertempuran dengan tentera negara itu di sebuah kawasan di Pakistan selepas sedekad bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York runtuh dirempuh kapal terbang.


Kata Osama, dia mengarahkan helikopter tentera AS melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan berkawal ketat di Abbottabad, Pakistan, hasil maklumat awal diperoleh pada Ogos lalu.


Pegawai kanan AS berkata, selain Osama, turut terbunuh dalam serangan semalam adalah tiga lelaki dewasa dan dua daripadanya dipercayai pembawa utusan bagi pemimpin al-Qaeda itu.

Seorang lagi dipercayai anak lealki Osama.


Turut maut, seorang wanita.

Kata pegawai itu, sejak serangan 11 September 2001, AS menegaskan kepada Pakistan bahawa mereka akan memburu Osama 'walau apa pun terjadi.' "Pakistan memang memahami sejak dulu, kita berperang dengan al-Qaeda dan AS mempunyai kewajipan moral dan perundangan untuk bertindak atas maklumat diperoleh," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beranak berebut tanah

Posted: 02 May 2011 12:47 PM PDT

MARANG: Disebabkan berebut tanah, seorang ayah bertindak di luar jangkaan apabila merobohkan rumah anak kandungnya di Batu 13, Jalan Kuala Berang dekat sini, menggunakan dua jentolak walaupun ketika itu anaknya bersama anggota keluarga masih berada di dalam kediaman berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, ayah berusia 67 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan apabila tidak menghiraukan keselamatan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, menantu dan dua cucu walaupun sedar tindakan itu boleh mencederakan darah dagingnya sendiri.

Malah, lelaki itu dan tiga anaknya hasil perkahwinan kedua turut mengugut mencederakan mangsa sekeluarga jika mereka keluar dari rumah itu untuk menghalangnya daripada merobohkan kediaman berkenaan.

Mangsa, Yusof Mat Yasin, 52, berkata, perselisihan antara dia dan ayahnya bermula sejak Disember lalu apabila bapanya menuntut tanah yang didudukinya sejak 30 tahun lalu.


Katanya, tanah itu pada asalnya milik ayah dan ayah saudaranya sebelum dia membeli bahagian tanah milik ayah saudaranya untuk membina rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 03 May 2011 01:43 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Osama bin Laden terkorban

Posted:

Osama bin Laden terkorban

Osama bin Laden terkorban


DUA wajah Osama semasa hidup (kiri) dan selepas terbunuh dalam serangan ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar Abbottabat, utara Islamabad. Bagaimanapun gambar kecederaan Osama itu diragui oleh banyak pihak.


WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.

Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut berkata, Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.

Beliau berkata, turut maut dalam operasi selama 40 minit diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu ialah tiga lelaki termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita.

"Keadilan telah ditegakkan," kata Obama lewat malam tadi di White House, sambil menambah kata, jenazah ketua al-Qaeda itu kini berada dalam simpanan AS dan akan disemadikan mengikut hukum Islam.

Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.

Seorang anggota al-Qaeda di Yemen yang dihubungi menerusi telefon turut mengesahkan ketua rangkaian militan itu terbunuh dan menyifatkannya sebagai 'malapetaka'.

Beberapa jam selepas pengumuman mengenai kematian Osama dibuat, AS segera mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya di seluruh dunia dengan menyatakan satu keganasan anti-AS mungkin tercetus.

"Jabatan Negara AS memberi amaran kepada rakyat negara ini yang berada di luar negara supaya berjaga-jaga terhadap sebarang keganasan yang mungkin berlaku," kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Rangkaian televisyen terbesar Pakistan, Geo turut menyiarkan satu rakaman imej muka Osama yang berlumuran darah, tetapi ia masih belum disahkan. – AFP/AP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM: Dapat pulih imej Islam

Posted:

PM: Dapat pulih imej Islam

PM: Dapat pulih imej Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

"Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

"Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,'' katanya.

Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Najib mengulas laporan bahawa pemimpin al-Qaeda, Osama maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS seperti yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata, selama ini Osama telah menggunakan Islam yang akhirnya memberi gambaran yang buruk terhadap agama suci itu.

"Sebab itulah sebagai negara di mana majoritinya umat Islam kita kena menunjukkan pendirian kita bahawa dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya kita wajib memegang kepada prinsip-prinsip yang dibenarkan oleh agama kita,'' katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan telah mengambil sikap menentang segala bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem seperti mana yang dibawa oleh al-Qaeda.

Ujarnya, pendirian kerajaan itu adalah selaras dengan prinsip Islam terutama dalam isu membunuh orang awam atas apa jua alasan termasuk mahu menentang ketidakadilan kerana perbuatan itu dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harapan bawa keamanan sejagat

Posted:

Harapan bawa keamanan sejagat

Harapan bawa keamanan sejagat

KLUANG 2 Mei - Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinar keamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun turut memberi amaran, perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak terhad kepada seorang individu sahaja sebaliknya melibatkan gerakan yang besar.

"Saya sudah meminta laporan penuh daripada pihak perisikan mengenai hal ini bagi mengetahui kesahihan perkara ini, bagaimanapun laporan awal yang diterima masih belum dapat mengesahkan kejadian berkenaan.

"Jika benar perkara itu berlaku, saya harap ia akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini, hari ini.

Hari ini media antarabangsa melaporkan, pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelbagai unit khasnya sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan militan.

"Tidak ramai yang tahu pelbagai perkara dilakukan oleh PDRM bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin dan membolehkan mereka tidur dengan lena pada waktu malam.

"Saya ingin tekankan di sini, PDRM, unit risikan dan segala unit khas yang ada di dalam negara ini sentiasa memantau segala pergerakan militan yang wujud secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat," katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan Australia berhubung isu keganasan dan imigresen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 03 May 2011 01:37 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Bergenang air najis

Posted: 02 May 2011 01:33 PM PDT

Wilayah

PENDUDUK menunjukkan kawasan  kolam takungan najis yang  tidak diselenggara di Taman Indah, Serendah. - Foto Md Fuzi Abd Lateh

PENDUDUK menunjukkan kawasan kolam takungan najis yang tidak diselenggara di Taman Indah, Serendah. - Foto Md Fuzi Abd Lateh

Sistem loji kumbahan Taman Indah tak berfungsi

SERENDAH: Hidup digenangi air najis setiap hari. Begitulah nasib yang dihadapi penduduk Taman Indah dekat sini yang terpaksa berdepan dengan masalah bau meloyakan disebabkan sistem loji kumbahan najis di taman itu gagal beroperasi dengan sempurna sejak tiga tahun lalu.

Paling malang apabila air najis dari tandas milik 40 penduduk di taman yang tidak seindah seperti namanya itu sering melimpah keluar di lantai bilik air rumah mereka sehingga ada antara mereka mengunci terus tandas berkenaan.

Yang pasti, keadaan itu mengundang kehadiran lalat yang banyak dan dikhuatiri menjejaskan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak. Penduduk, R Singaraja, 41, berkata mereka terpaksa menumpang menggunakan tandas rumah jiran atau di stesen minyak berhampiran setiap hari.

Beliau berkata, sejak tiga tahun lalu, penduduk mengumpulkan peruntukan sendiri untuk mengupah kontraktor membersihkan saluran najis di loji berkenaan, tetapi kos tinggi membebankan mereka.

Katanya, jika dulu upah untuk melakukan kerja menyedut najis hanya antara RM500 dan RM600, kini meningkat sehingga mencecah lebih RM2,000.

"Bagaimanapun, yang pasti selepas kontraktor menjalankan kerja membersihkan saluran najis, ia hanya mampu bertahan dua atau tiga hari saja, selepas itu kerja pembersihan terpaksa dilakukan lagi.
"Sampai bila kami harus menanggung masalah ini, sedangkan ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju dan syarikat pengendali sistem pembetungan," katanya kepada Sentral di sini, semalam.

Rakannya, Boon Koon Poon, 53, pula berkata, kemelut yang mereka hadapi itu boleh diatasi sekiranya kolam takungan najis di taman itu diselenggara oleh pihak berwajib.

"Jika penyelenggaraan kolam takungan najis itu dilakukan dengan betul, masalah itu tidak akan berlaku.

"Masalah itu kini menjadi beban kami setiap hari terutama rumah penduduk yang terletak di bawah bukit," katanya.

Sementara itu, Muslim Ibrahim, 57, berkata beban menanggung kos pembersihan saluran kumbahan tidak sewajarnya ditanggung penduduk kerana mereka membayar cukai taksiran.

Katanya, PBT kena bertanggungjawab dan bertindak segera menyelesaikannya.
"PBT tak wajar menyalahkan pihak lain kerana yang menanggung kesannya adalah penduduk," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail ketika dihubungi berkata, walaupun MDHS tidak mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kerja atau operasi sistem pembetungan, tindakan sewajarnya akan diambil.

"MDHS akan menyelesaikan masalah itu dengan segera. Kita tidak mempunyai kepakaran dalam hal ini, tetapi akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk melakukan kerja pembersihan," katanya.

Menurutnya, pelbagai faktor mengundang masalah itu termasuk isu penyerahan tanggungjawab daripada pemaju kepada MDHS atau syarikat pengendali sistem pembetungan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masih ada sinar

Posted: 02 May 2011 01:32 PM PDT

Wilayah

Penagih harap C&C 1Malaysia mampu ubah tabiat negatif

JOHOR BAHRU: Walaupun terpalit dengan kepahitan hidup akibat dosa lampau, namun pesakit yang mengalami ketagihan beberapa jenis dadah yang mendapatkan perkhidmatan di Cure & Care 1Malaysia (C&C 1Malaysia) Tampoi di sini, nyata mempunyai harapan baru.

Mereka berharap, masih ada sinar di hujung terowong, untuk pulih daripada ketagihan, selain membuktikan kepada masyarakat dan keluarga bahawa mereka mampu berubah menjadi insan lebih baik di mata orang ramai.

Penagih heroin, Badariah Salim, 53, dari Johor Bahru, yang menagih seawal usia 16 tahun itu, berkata hidupnya punah sekelip mata kerana terpengaruh dengan bekas suami pertamanya yang menagih dadah. Katanya, bermula saat itu, hidupnya berubah apabila menjadi penagih tegar, malah anak kandungnya hasil daripada perkahwinan itu juga turut terbabit dengan najis itu hingga meninggal dunia akibat penyakit AIDS pada usia 32 tahun.

"Hidup saya sungguh menyedihkan, sudahlah ibu dan bapa kandung saya memberikan saya pada keluarga angkat, saya juga menjadi mangsa kerakusan bapa angkat yang sanggup merogol sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Malah, saya pernah terlanjur untuk mendapatkan duit bagi membeli bekalan dadah sehingga sanggup melacurkan diri, namun sejarah paling hitam adalah apabila saya menukar agama sejak berkenalan dengan suami kedua," katanya sambil menangis teresak-esak ketika ditemui di sini.

Badariah berkata, keputusan untuk menukar agama adalah perkara yang paling dikesalinya, namun ketika itu dia sama sekali tidak berfikir panjang kerana bekas suaminya yang berasal dari Singapura itu juga turut menjadi penagih dadah.
"Hasil daripada perkahwinan itu dan menganut Kristian selama hampir 20 tahun itu, saya dikurniakan anak perempuan yang kini tinggal di Singapura, namun apa yang saya dikesalkan adalah dia juga menjadi penganut Kristian.

"Saya kecewa kerana memang benar dadah menghancurkan segala-galanya dan saya pasti tidak mahu terbabit lagi dengan najis itu serta berharap masyarakat sekarang tidak membiarkan diri dipengaruhi sesiapa untuk mencuba dadah," katanya.

Seorang lagi penagih yang turut mendapatkan khidmat di C&C 1Malaysia) Tampoi, Aziz Harun, 36, dari Temerloh, Pahang, berkata pengalaman terbabit dengan dadah jenis heroin adalah sesuatu yang paling dikesalkan sepanjang hidupnya.

Katanya, akibat perasaan ingin mencuba dadah pada usia 19 tahun itu merubah segala-galanya, namun dia masih bernasib baik kerana mendapat sokongan keluarga terutama isteri yang masih setia untuk bersamanya melayari perkahwinan yang dikurniakan anak berusia 15 tahun itu.

"Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk berubah keadaan menjadi lebih baik sejak masuk di sini, namun apa yang pasti saya mahu mulakan kehidupan baru di negeri ini dan tidak ingin balik ke kampung lagi kerana ia hanya akan mengingatkan saya pada dosa silam.

"Saya berharap apa yang dipelajari di sini akan membantu saya menjalani kehidupan lebih baik lagi di masa akan datang dan saya bercadang untuk membuka bengkel kereta sendiri sehingga berjaya seterusnya membuktikan bahawa bekas penagih juga boleh berubah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 03 May 2011 01:37 AM PDT

Utusan Online - Timur


YPM wujudkan Anjung Ilmu

Posted:

YPM wujudkan Anjung Ilmu

YPM wujudkan Anjung Ilmu

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 2 Mei – Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mengenal pasti 14 kawasan luar bandar di seluruh negara untuk diwujudkan pusat Anjung Ilmu pada tahun ini dengan anggaran kos sebanyak RM1.1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Prof. Dr. Abdul Shariff Hamid (gambar) berkata, anjung ilmu yang diwujudkan itu merupakan sebuah pusat penyelidikan dalam pembelajaran bagi membantu masyarakat luar bandar mendapat maklumat dengan lebih cepat dan tepat.

Katanya, melalui projek tersebut, YPM akan menyediakan kemudahan komputer dan program pembelajaran dengan menggunakan kaedah e-learning untuk membantu pelajar.

"Sehingga kini, tiga kawasan di Sarawak dan Sabah telah diperkenalkan dengan program berkenaan yang dimulakan Mac lalu sebagai program perintis dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan institusi pengajian tinggi awam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penutup Program Pandu Puteri Turun Padang oleh Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Padang Astaka Seberang Dungun di sini, kelmarin.

Selain itu katanya, YPM juga akan memperkenalkan alat pembelajaran e-block atau mesin pembelajaran muda yang dihasilkan menggunakan teknologi Brazil kepada pelajar sekolah rendah.

"E-block merupakan satu kaedah pembelajaran dengan menggunakan pen drive yang memberi tumpuan kepada subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik,'' ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mara penuhi impian Izamuddin

Posted:

Mara penuhi impian Izamuddin

Mara penuhi impian Izamuddin

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my


Kilang pembuatan batu-bata yang berupaya menghasilkan sehingga 24,000 unit dalam sehari. – utusan/Sapee Mat Junus


DUNGUN 2 Mei – Izamuddin Idris, 41, amat meminati bidang hartanah dan dia yang menyimpan cita-cita untuk menjadi usahawan sejak kecil, akhirnya berpeluang menimba ilmu di institusi pengajian tinggi.

Dia mengikuti pengajian luar kampus sambil mengutip pengalaman di syarikat- syarikat pemaju perumahan di Kota Bharu.

Setelah hampir 10 tahun bekerja sebagai pegawai pemasaran di tiga buah syarikat, dia memberanikan diri untuk berdikari bagi memenuhi impiannya.

Dengan bantuan serta bimbingan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), dia terus melangkah jauh dan mengembang rangkaian perniagaannya. Selain sebagai pemaju perumahan, dia juga memiliki pusat jualan perkakasan rumah dan binaan (hardware), kilang bata dan pusat latihan.

''Semasa makan gaji, saya telah melihat potensi dalam bidang pembinaan ini begitu cerah, justeru dalam diam-diam saya telah belajar selok-belok bidang ini namun yang menjadi halangan pada waktu itu adalah modal.

''Oleh itu, pada tahun 2003, buat permulaan, saya menjual rumah di Kota Bharu, lalu kembali ke sini, tempat kelahiran ayah saya untuk memulakan perniagaan bersama isteri," ujarnya.

Izamuddin menubuhkan syarikat SIZ Hardware dan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif manakala isterinya, Roslina Mat Husin, 39, selaku Pengarah Kewangan dan mereka berdua memulakan usaha awal dengan bantuan ayah dan abangnya dengan membina lima unit rumah teres dua tingkat.

''Bila rumah-rumah itu berjaya dijual, kami teruskan dengan 16 lagi unit disusuli fasa kedua dengan tujuh unit rumah teres satu tingkat dan empat unit kedai pejabat dua tingkat, manakala tujuh lagi unit rumah teres dua tingkat masih dalam pembinaan.

''Semasa dalam proses menyiapkan projek, akhirnya pihak kami dapat menyakinkan bank untuk membantu menyalurkan pembiayaan," katanya, di sini baru-baru ini.

Kata Izamuddin, menyedari kos bahan mentah akan menjejaskan keuntungan, maka dia telah mengemukakan permohonan pinjaman kepada Mara bagi membuka sebuah kedai hardware.

"Alhamdullilah, saya memperoleh RM300,000 bagi modal permulaan untuk membuka premis hardware.

"Pada awalnya, kedai itu beroperasi di sebuah premis yang disewa tetapi kini telah berpindah ke Batu 50, Jalan Paka iaitu di bangunan empat tingkat milik sendiri yang turut menempatkan pejabat operasi,'' katanya.

Bidang pembinaan ini sememangnya luas dan banyak cabang rezeki. Maka, Izamuddin turut mengusahakan pembuatan batu-bata bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi untuk dijual.

"Rupanya rezeki saya sememangnya terletak dalam bidang pembinaan ini. Berdikit-dikit saya berjaya melunaskan pinjaman permulaan daripada Mara.

''Setelah selesai pinjaman, saya bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan, maka sekali lagi saya membuat permohonan pinjaman dengan tujuan bagi membina kilang bata simen, kilang bata konkrit ringan dan kilang simen siap bancuh di kawasan perindustrian Batu Tujuh.

''Pada hari ini, kilang tersebut berupaya mengeluarkan sehingga 2,000 blok bata konkrit ringan dan bata simen sehingga 24,000 unit dalam sehari.

''Mara juga membantu saya mendapatkan jentera pengepam pasir yang kini beroperasi di Kampung Padang Pulut bagi menampung keperluan kontrak bekalan bahan itu bagi projek Lebuh Raya Pantai Timur," ujarnya.

Berdasarkan pengalaman dan prestasi Izamuddin, pihak Mara telah melantik syarikatnya sebagai sebagai pusat bertauliah bagi melatih kontraktor, usahawan, belia-belia teknik memasangkan bata konkrit ringan terutama untuk bangunan tinggi.

Menurutnya, apa yang dicapai sehingga ini mungkin tidak tercapai jika tiada bantuan daripada Mara.

"Saya bersyukur dan berterima kasih dengan Mara kerana memberi kepercayaan dan bimbingan sehingga impian yang saya cita-citakan akhirnya tercapai,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM2.5 juta untuk Hulu Terengganu

Posted:

RM2.5 juta untuk Hulu Terengganu

RM2.5 juta untuk Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU 2 Mei - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan hampir RM2.5 juta bagi pembangunan prasarana di daerah ini, tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diagihkan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membiayai projek pembinaan jalan-jalan kecil, menurap dan memperbesarkan jalan sedia ada.

Selain itu, peruntukan tambahan RM300,000 disediakan bagi kawasan DUN Kuala Berang untuk projek pembinaan jalan di Padang Setenga dan membina surau baru di Felda Bukit Bading (DUN Ajil) bernilai RM150,000.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar), berkata, kerajaan negeri juga sedia meluluskan projek pembinaan longkang di kawasan Kuala Ping, tetapi kosnya belum ditentukan lagi.

"Kita akan sediakan segala prasarana ini untuk meningkatkan keselesaan penduduk," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di sekitar daerah ini, di sini hari ini.

Selain itu, Menteri Besar berkata, projek pembinaan stesen bas baru bandar Kuala Berang akan dikeluarkan tidak lama lagi bagi membolehkan ia dibina segera kerana keperluannya agak mendesak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 03 May 2011 01:02 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Shamsul: PKR tak akan minta maaf, kecoh bukan kerana kami

Posted: 02 May 2011 11:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan membantah upacara sumpah laknat oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah walaupun berlaku kekecohan di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul pada Jumaat lalu - yang didakwa dilakukan penyokong parti itu.

Justeru tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, pihaknya tidak akan meminta maaf berhubung kekecohan itu sambil menyifatkan ia bukannya dicetuskan oleh penyokong beliau.

Sebaliknya, kata beliau, kekecohan itu timbul ekoran provokasi penyokong Umno dan Perkasa yang turut berada dalam masjid ketika itu.

"Isu minta maaf ini tidak timbul sebab kekacauan yang berlaku itu adalah kerana propaganda yang dilakukan penyokong kerajaan apabila ada penyokong yang kita syaki daripada Umno dan Perkasa cuba menghalang jemaah daripada keluar daripada masjid.

"Jadi kekecohan yang berlaku disebabkan provokasi yang dilakukan ini dan ia telah menyebabkan ketengangan berlaku, malah mereka juga menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai.

"Yang kita syaki kekecohan itu berlaku disebabkan penyokong Umno dan Perkasa, itu yang berlaku... bukan kita yang sebabkan kekecohan itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Jumaat lalu, sebelum Shazryl bersama dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tiba di Masjid Amru al-As, kekecohan tercetus ekoran tindakan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan ketiga-tiga individu itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Ekoran kekecohan di Masjid Amru al-As itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan sejak itu, Tambah Shamsul, beliau menafikan sekeras-kerasnya pihaknya cuba menghalang Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya kami menghalang Datuk Eskay (Shazryl) lakukan sumpah, isu ini tidak timbul sebab akhirnya Datuk Eskay bersumpah juga, kita tidak halang pun.

"Kita perlukan qazaf bukan sumpah, kita tidak halang Datuk Eskay angkat sumpah," katanya sambil menambah pihaknya tidak akan dikenakan sebarang tindakan walaupun laporan polis dibuat terhadap mereka.

"Mengenai laporan polis yang dibuat saya rasa tiada tindakan yang akan diambil sebab kita bukan lakukan rusuhan tapi kita hanya nyatakan pendirian kita sahaja," tambah Shamsul.

Tegas beliau, pihaknya juga mempersoalkan kehadiran Jawi dalam upacara sumpah laknat itu dan mendakwa jabatan agama itu yang mengatur agar ia berjalan dengan lancar.

"Jadi apa yang kita lakukan adalah menuntut Pengarah Jawi (Datuk Che Mat Che Ali) melakukan qazaf bukan membenarkan sumpah dilakukan, bila ia berlaku kita syak Jawi bersekongkol atas majlis angkat sumpah Datuk Eskay ini.

"Apa yang kita lakukan adalah menuntut tindakan qazaf dilakukan terhadap Datuk T ini dan ketika di dalam masjid kita ternampak Pengarah Jawi," katanya.

Sumpah laknat bagaimanapun berjaya dilafazkan Shazryl kira-kira pukul 4.15 petang dengan ditemani Rahim dan Shuib.

Ketiga-tiga mereka memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan yang berlaku selepas solat Jumaat itu.

Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini.

Bagaimanapun, sebaik sahaja ketiga-tiga individu itu cuba meninggalkan masjid penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mula menimbulkan semula kekecohan yang memaksa polis masuk campur bagi menghalang insiden tidak diingini berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin temu anggota panel kaji silibus sejarah

Posted: 02 May 2011 11:37 PM PDT

PUTRAJAYA, 3 Mei — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan anggota-anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah yang dilantik berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Datuk Omar Mohd Hashim dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu manakala Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam sebagai timbalannya.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim iaitu pakar sejarah Universiti Malaya (UM); Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (pakar prasejarah Akademi Tamadun Melayu), Prof Dr Danny Wong Tze Ken dari Jabatan Sejarah UM dan Prof Dr Ranjit Singh Darshan Singh dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Yang lain ialah Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Ismail Ali, Penolong Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak Dr Neilson Ilan Mersat dan Dr Benedict Topin dari Persatuan Kebudayaan Kadazandusun.

Laporan Bernama menyebut, perjumpaan itu berlangsung di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Pada 14 Februari lalu, pentadbiran Najib menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji semula silibus subjek Sejarah yang kini diajar di sekolah rendah dan menengah — langkah susulan selepas mata pelajaran dijadikan wajib bagi peperiksaan SPM. 

Jawatankuasa itu akan memberi syor pindaan atau penambahbaikan jika diperlukan.

Ketika itu, Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 14 pakar yang terdiri daripada pensyarah dan wakil pelbagai pihak telah dipilih untuk menganggotai jawatankuasa itu.

Kata Muhyiddin, jawatankuasa itu dibentuk bagi memastikan sejarah pembentukan Malaysia digambarkan dengan baik dan tepat.

Jawatankuasa itu akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah untuk memperbaiki sukatan sedia ada.

Kata beliau, tujuannya ialah kajian itu boleh menjana generasi yang benar-benar faham tentang sejarah dan patriotik selain mempunyai jatidiri yang kuat.

Muhyiddin berkata tidak semestinya akan berlaku perubahan besar terhadap kurikulum sejarah sedia ada, cuma mengambil kira perkembangan baru yang mungkin perlu dimasukkan dalam kurikulum mata pelajran itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 02 May 2011 11:15 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Wanita hamil, bapa cedera dipukul dua penyamun

Posted:

Wanita hamil, bapa cedera dipukul dua penyamun

Wanita hamil, bapa cedera dipukul dua penyamun

TELUK INTAN 2 Mei - Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan cedera manakala bapanya berusia 61 tahun menerima 31 jahitan di kepala apabila dipukul dua penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Permatang Jambu, Langkap di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi apabila mangsa, Siti Fairuz Abdul Hamid, 28, terjaga daripada tidur setelah mendengar bunyi bising sebelum mendapati bapanya, Abdul Hamid Mahmud sedang dipukul oleh dua lelaki dengan besi.

Siti Fairuz berkata, dia cuba membantu namun turut dibelasah kedua-dua suspek dengan parang.

"Saya terkejut melihat bapa yang dibungkus dengan kelambu sedang menahan serangan suspek. Saya cuba tolong tetapi turut dipukul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Hamid, kedua-dua suspek kemudian meloloskan diri ke arah kebun kelapa sawit di belakang rumah dan hanya sempat melarikan wang tunai RM38 dan telefon bimbit.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Langkap sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan dan menerima 31 jahitan di kepala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu bimbang keselamatan anak perempuan hilang

Posted:

Ibu bimbang keselamatan anak perempuan hilang

Ibu bimbang keselamatan anak perempuan hilang


SITI NAFSIAH


KUALA LUMPUR 2 Mei - Seorang ibu tidak tidur lena sejak enam hari lalu setelah anak tunggalnya, Siti Nafsiah Hanim Mohd. Shukor, 21, menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Fuziah Ab. Kadir, 56, dari Taman Koperasi Polis, Fasa 1, Batu Caves dekat sini berkata, anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sejak Selasa lalu.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa Siti Nafsiah Hanim atau panggilan manjanya Hanim ialah pada pukul 7.30 pagi iaitu semasa menghantarnya ke tempat kerja di sebuah sekolah di Taman Greenwood di sini.

"Saya hanya menyedari kehilangan Hanim semasa mahu mengambilnya pulang untuk makan tengah hari pada pukul 11.45 pagi.

"Memang menjadi rutin harian saya untuk menghantar dan mengambil Hanim yang bekerja sebagai kerani di sekolah tersebut pada setiap hari termasuklah waktu makan tengah hari," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi Polis Fasa 1, hari ini.

Bagaimanapun, kata Fuziah, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan sekerja Hanim bahawa anaknya itu sudah pulang ke rumah dan memohon cuti mulai 29 April lalu sehingga esok.

Lebih mengejutkan, kata pesara Telekom Malaysia ini, ialah anaknya sudah menghantar surat berhenti kerja kepada majikannya dengan alasan mahu pergi ke Sabah menguruskan masalah keluarga.

Namun, kata Fuziah, suaminya yang tinggal dan bekerja di Sabah juga gagal mengesan anaknya di negeri berkenaan.

Fuziah berkata, melalui rakan Hanim, dia mendapat tahu anaknya pernah dilihat keluar dengan seorang duda bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel tidak jauh dari rumahnya dikenali sebagai Bob berusia lingkungan 40-an.

"Kami sekeluarga mencari Bob di tempat kerja dan cuba mengesannya melalui laman sosial Facebook tetapi gagal," katanya.

Katanya, sesiapa mempunyai maklumat mengenai Hanim boleh menghubungi Sarjan Rahim di talian 019-6474716 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 02 May 2011 11:11 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Ketakutan Amerika kepada Osama

Posted:

Ketakutan Amerika kepada Osama

Ketakutan Amerika kepada Osama

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



DENGAN langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.

Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan: "Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.

"Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.

"Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam."

Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan.

Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS. Osama terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar-askar AS di sebuah rumah agam mewah bernilai RM2.96 juta yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad, 60 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.

Abbotabad dikatakan lokasi yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan. Ia juga disebut sebagai salah satu lokasi pelancongan dan pusat pendidikan di negara itu.

Osama ditembak di kepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan pasukan keselamatan Pakistan.

Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita turut ditahan semasa serbuan itu dilakukan.

Bagaimanapun, tiada rakyat AS yang cedera dalam serbuan itu. Ujian asid deosirikbonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah Osama.

Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama yang didakwa maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Abbotabad, Pakistan kini dilapor berada dalam simpanan AS.

Untuk meyakinkan penduduk dunia bahawa berita kematian pemimpin Islam itu bukan sekadar khabar angin, sebuah stesen televisyen Express TV menyiarkan secara bertalu-talu wajah Osama yang berlumuran darah.

Tanggapan AS bahawa Osama atau nama sebenarnya Osama Mohamed Awad Laden, 54, mudah ditewaskan seperti yang pernah dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ternyata meleset.

Osama adalah manusia yang paling sukar diburu di dunia.

Dendam berbalas

Meskipun AS dikatakan perintis kepada kemajuan teknologi dunia, mereka gagal mengesan lokasi Osama yang dipercayai bersembunyi di kawasan permukaan bumi yang paling sukar di dunia dan dikelilingi penyokong yang setia.

Akibat terdesak, The Washington Post melaporkan, AS pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penahanannya. Namun, hampir sedekad Osama berjaya mengelak diri daripada ditangkap.

Jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.

Osama yang dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi sebenarnya menjadi buruan AS sejak Disember 1992 selepas Al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Hotel Gold Mihor di Aden, Yemen.

Sejak itu, operasi kumpulan tersebut berpindah-randah. Al-Qaeda dipercayai pernah menjadikan Albania, Algeria, Iran, Sudan, Pakistan, Afghanistan dan Bosnia Herzegovina sebagai kubu dan pusat persembunyiannya.

Menghukum AS

Kepada AS, Bosnia dianggap lokasi yang paling selamat untuk Al-Qaeda. Namun pada tahun 1999, perisik AS berjaya menghidu Osama dan pembantunya yang merupakan rakyat Tunisia yang memperoleh kerakyatan Bosnia pada tahun 1993. Namun, ia dinafikan oleh kerajaan Bosnia.

Kemuncak kepada kemarahan AS sebenarnya ialah peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang mengakibatkan 2,973 orang maut dan 24 disahkan hilang. Laporan Pentagon menyebut, serangan pada pagi 11 September 2001 itu dilakukan oleh 19 orang anggota Al-Qaeda yang beragama Islam.

Pada petang 11 September yang hitam itu juga, di atas timbunan runtuhan WTC, Presiden Bush berikrar untuk memerangi teroris itu hingga ke akar umbi.

Mengapakah Osama bertindak sebegitu radikal? Menerusi video berdurasi 18 minit yang disiarkan oleh TV Al-Jazeera pada tahun 2004, Osama dengan nada bersahaja berkata:

"Setelah saya melihat kemusnahan menara-menara di Lebanon, saya tiba-tiba terfikir untuk menghukum AS dengan cara sama iaitu dengan menghancurkan menara di AS, saya mahu AS merasakan apa yang dirasakan oleh mangsa-mangsa di Lebanon."

Sementara itu, pada 23 Mei 2006, menerusi saluran yang sama, pemimpin Islam itu berterus terang: "Saya seorang yang bertanggungjawab dalam serangan itu, bukan 19 orang seperti yang disebut-sebut."

Bermula pada saat itu juga, sentimen Islamofobia dalam kalangan warga AS semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama, AS terus melaksanakan diskriminasi terhadap orang Islam. Bagi persepsi Barat, Islam disekutukan dengan terorisme.

Menyorot latar belakang Osama, dia berasal daripada sebuah keluarga hartawan. Bapanya, Mohamed bin Awad bin Laden adalah seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi. Mohamed berasal dari Hadramaut, selatan Yemen dan berkahwin dengan Hamida Al-Attas, seorang wanita warga negara Syria.


OSAMA bin Laden (tengah) bersama beberapa rakyat Afghanistan di kawasan sekitar Jalalabad. Gambar ini dirakam pada tahun 1989.


Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut perkiraan, Osama adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.

Sejak kecil, Osama berpegang kepada ajaran Wahhabi. Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang mengkombinasikan pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.

Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.

Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd. Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.

Sisi sebagai pejuang keagamaan dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.

Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun semakin berani.

Detik itu bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan.

Pada tahun 1984, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab.

Kemarahan Osama terhadap kuasa besar itu semakin membuak-buak. Justeru, pada 20 Ogos 1988, lahirlah Al-Qaeda yang dikatakan mempunyai jaringan negara, kumpulan militan dan ratusan ribu ahli daripada pelbagai negara.

Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.

Namun, perjuangan Osama mahu membela nasib bangsa dan agama tidak direstui dan kerakyatannya digugurkan oleh pemerintah Arab Saudi.

Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.

Fiksyen kematian Obama

Sementara itu, selepas kematian Osama stesen TV Pakistan mendakwa bahawa imej gambar yang memaparkan wajah Osama yang berlumuran darah adalah palsu.

"Ia adalah gambar palsu, gambar itu pernah dipaparkan di Internet pada tahun 2009," kata Ketua Biro Islamabad TV Geo, Rana Jawad kepada AFP.

Jamaah Ansharut Tauhid (JAT) pimpinan Abu Bakar Baasyir yang membuat kenyataan di akhbar Koran Baru di Jakarta semalam menegaskan, berita kematian Osama bukan pertama kali dilaporkan.

Abu Bakar melalui jurucakapnya, Sonhadi berkata: "Kami masih menunggu pengesahan daripada Al-Qaeda sama ada benar atau tidak berita kematian tersebut.

"Kalau benar sekalipun, itu tidak akan membuat Al-Qaeda mati."

Sememangnya itu yang menjadi tanda tanya penduduk dunia. Bahkan ramai berpendapat laporan itu cuma sandiwara yang dipentaskan oleh AS ke mata dunia.

Menyingkap semula khabar angin kematian Obama, ejen-ejen perisik Perancis melaporkan Osama telah mati pada 23 Ogos 2006.

Yang lucunya, punca kematian dipercayai akibat demam kepialu dan kegagalan buah pinggang. Berita itu diulang semula pada 4 September 2006. Menafikan laporan itu, Osama kemudian muncul di kaca TV menyatakan beliau masih hidup lagi.

Apa pun juga tanggapan, persoalannya adakah dengan kematian Osama akan menyebabkan kegiatan pengganas tidak akan wujud lagi? Apa pula yang akan dilakukan oleh proksi-proksinya?

Seperti kata Abu Bakar Baasyir dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, kematian Osama tidak akan mematikan Al-Qaeda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 02 May 2011 11:03 PM PDT

Utusan Online - Politik


Bukan 'payung' Melayu Islam

Posted:

Bukan 'payung' Melayu Islam

Bukan 'payung' Melayu Islam

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


SHAFIE Apdal bersama Shahrizat Abdul Jalil dan Rizuan Abd. Hamid (kanan) disambut oleh ahli Puteri UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Tiada satu pun parti daripada pakatan pembangkang yang mampu menjadi 'payung' kepada Melayu Islam di negara ini, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurutnya, bukti perkara itu sudah pun jelas melalui pembentukan pakatan pembangkang yang dilihat lebih banyak menguntungkan DAP.

"Kalau mahu bergantung kepada Pas, lihat saja di Kelantan. Siapa yang membina prasarana pendidikan serta agama walaupun mereka yang memerintah? Ke mana disalurkan dana kerajaan negeri?

"Kalau mahu bergantung kepada PKR di Selangor pula, lihat berapa ramai usahawan Melayu telah mereka lahirkan berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Manifesto termasuk pemberian RM1,000 kepada golongan tertentu ada mereka laksanakan?" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Rizuan Abd. Hamid.

Mengenai dakwaan pakatan itu gabungan pembangkang hanya menguntungkan DAP, Shafie berkata ia ternampak jelas sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.

"Orang Pas termasuk yang berserban sanggup pakai baju 'roket' berkempen untuk DAP di kawasan bandar tetapi orang DAP tidak keluar ke kawasan luar bandar untuk bantu calon Pas.

"Akibatnya Pas kalah semua lima kerusi manakala DAP menang 12 kerusi atas bantuan Pas," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tetap akan mendengar suara rakan-rakan komponen BN termasuk MCA dan MIC dalam membuat sebarang keputusan sekiranya terjadi sebarang penggabungan dengan Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

Posted:

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pergerakan Wanita UMNO tidak perlu meminta pucuk pimpinan parti supaya memperuntukkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, permintaan seumpama itu hanya akan menyusah serta membebankan pucuk pimpinan sahaja.

"Tidak perlu menyusahkan pimpinan parti kerana mereka pun ada banyak tugas lain seperti hendak menyediakan kuota kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Bagi sahaja senarai calon Wanita UMNO kepada pucuk pimpinan, kalau ada rezeki tidak ke mana. Perpaduan dalam parti lebih penting, tolong jangan susahkan pucuk pimpinan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Dalam pada itu, Rafidah turut menggesa supaya Wanita UMNO memberi keutamaan untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program di peringkat akar umbi dan bukannya menganjurkan program bersifat 'syok sendiri'.

"Program yang dianjurkan perlulah berdasarkan kepentingan rakyat dan bukannya berkisar kepada kelompok kita sahaja. Ia perlulah merangkumi semua rakya Malaysia tanpa mengira kaum jika kita mahu orang menerima kita," katanya.

Menyentuh mengenai soal perpaduan, Rafidah berkata, konsep 1Malaysia sebenarnya sudah cukup baik untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan semua kaum di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 02 May 2011 07:38 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Temenggong Inisiatif dilancar

Posted:

Temenggong Inisiatif dilancar

Temenggong Inisiatif dilancar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Tengku Fahd Mua'adzam (empat dari kanan) bersama Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom mengaminkan doa selepas pelancaran program Temenggong Inisiatif di Kuala Tahan Seberang, Jerantut, baru-baru ini. –utusan/Haris Fadilah Ahmad


JERANTUT 2 Mei – Rakyat di daerah ini begitu teruja apabila kerabat diraja Pahang mencemar duli berangkat melancarkan program Temenggong Inisiatif sempena pelancaran Kampung Angkatku di Kuala Tahan Seberang, Hulu Tembeling, dekat sini baru-baru ini.

Program itu memaparkan legitimasi konsep raja berjiwa rakyat yang diwarisi sejak turun temurun oleh kerabat diraja yang bertakhta di Istana Abu Bakar, Pekan itu.

Pelancaran Temenggong Inisiatif merupakan usaha anakanda Sultan Ahmad Shah, Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Pembabitan pihak istana menyuntik kesedaran rakyat di Hulu Tembeling untuk melestarikan kehijauan alam dan menghargai khazanah flora dan fauna yang berusia jutaan tahun di Taman Negara.

Program yang penuh bersejarah bagi penduduk Kuala Tahan itu disempurnakan Tengku Fahd Mua'adzam.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar menyaksikan program itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun.

Sempena pelancaran program Kampung Angkatku, keluarga diraja terbabit menanam beberapa batang pokok hutan di sekitar kawasan pelancongan di Kuala Tahan Seberang.

Sempena program itu, Tengku Fahd Mua'adzam menerima replika cek bernilai RM500,000 daripada ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah untuk dana program Pembangunan Ekonomi Rakyat dan Pemuliharaan Khazanah Alam Negeri Pahang.

Program Kampung Angkatku di bawah penubuhan Temenggong Inisiatif kini menjadi platform penting berasaskan kesedaran dan pendidikan untuk menjaga keseimbangan ekosistem menerusi pemuliharaan alam semula jadi.

Usaha itu juga dibantu oleh pengalaman dan kemahiran beberapa anggota renjer yang dilantik khas untuk memantau kebersihan serta keceriaan alam sekitar di bawah penubuhan Temenggong Inisiatif.

Dalam titah baginda sempena pelancaran program itu, Sultanah Hajah Kalsom bertitah, penubuhan Temenggong Inisiatif antara usaha meningkatkan taraf hidup penduduk setempat berasaskan sektor pertanian dan pelancongan.

Titah baginda, penubuhan Temenggong Inisiatif merintis usaha pemuliharaan khazanah alam semulajadi di Pahang dengan membabitkan kerjasama anggota renjer yang dilantik di kawasan Kampung Angkatku.

"Saya gembira dan bersyukur apabila sikap kasihkan rakyat kepada Sultan Pahang menjadi sumber inspirasi bagi anakanda beta untuk turut serta menzahirkan keprihatinan terhadap permasalahan dan kesusahan rakyat negeri ini.

"Justeru, ia bukan sahaja menyelami masalah rakyat tetapi juga keprihatinan kepada isu pencemaran khazanah alam semulajadi di negeri ini," titah baginda.

Menurut Sultanah Pahang, program Kampung Angkatku dapat memacu kegiatan sosioekonomi penduduk di samping berperanan menjana pemuliharaan khazanah alam semula jadi.

Sementara itu, Tengku Fahd Mua'adzam bertitah, program Kampung Angkatku bertujuan menyedarkan penduduk termasuk Orang Asli dan pelancong terhadap menjaga kebersihan tempat tinggal masing-masing.

Menurut baginda, Temenggong Inisiatif juga mengharapkan peranan individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan untuk berganding bahu memajukan rakyat serta pada masa sama memulihara khazanah alam semulajadi di negeri ini.

"Jika usaha kolaborasi dimantapkan secara sukarela oleh semua pihak, sudah pasti ekonomi rakyat bertambah kukuh.

"Justeru, projek Kampung Angkatku akan membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam semula jadi, sekali gus membentuk kehidupan rakyat lebih sejahtera," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masalah air di Bera bakal berakhir

Posted:

Masalah air di Bera bakal berakhir

Masalah air di Bera bakal berakhir

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my

BERA 2 Mei – Kerajaan memberi jaminan masalah bekalan air yang dihadapi kira-kira 30,000 penduduk kampung tradisional, tanah rancangan Felda dan perkampungan Orang Asli di sini dapat diatasi pada pertengahan tahun depan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jaminan itu diberikan selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta baru-baru ini bagi menyelenggara projek bekalan air di daerah ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk daerah ini telah meluluskan peruntukan tersebut baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat dan karnival Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Batu Papan, dekat sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, paip berkarat berusia lebih 25 tahun yang ditanam ke rumah penduduk dan ketika pembukaan tanah rancangan Felda dikatakan antara punca bekalan air sering terjejas.

Menurut beliau, Felda turut meluluskan peruntukan RM120 juta bagi membaiki sistem saluran air di tanah rancangan di seluruh negeri ini.

"Jabatan Bekalan Air (JBA) sedang menyiapkan proses tender bagi membolehkan projek itu disegerakan," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai perlu bersabar sementara menunggu kerja menaik taraf bekalan air itu dilaksanakan.

Terdahulu ketika berucap kepada penduduk Orang Asli Bukit Rok dekat sini, Ismail meminta masyarakat minoriti itu berhubung dengan wakil rakyat, pemimpin tempatan dan tok batin jika menghadapi sebarang masalah di penempatan mereka.

"Orang Asli jangan dengar hasutan atau tohmahan pembangkang yang mahu mengapi-apikan masyarakat pribumi itu untuk membenci kerajaan.

"Mereka perlu mendapat maklumat sebenar daripada kerajaan atau pemimpin setempat serta tidak menerima bulat-bulat hasutan itu kerana ia adalah palsu yang bertujuan memecahbelahkan Orang Asli bagi tujuan politik," tegasnya.

Beliau juga meminta JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), UMNO, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) duduk semeja berunding sebelum memohon sesuatu projek kerajaan.

Tambahnya, dengan pakatan dan rundingan seumpama itu, ia dapat mengelakkan berlaku projek bertindih, sekali gus mempercepatkan kerajaan memberi kelulusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cari kaedah terbaik pasar produk

Posted:

Cari kaedah terbaik pasar produk

Cari kaedah terbaik pasar produk

MARAN 2 Mei - Usahawan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan perlu berusaha mencari kaedah terbaik memasarkan produk mereka bagi membantu menambah pendapatan seisi keluarga demi kehidupan lebih terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil berkata, golongan itu tidak seharusnya malu atau memikirkan masalah kewangan kerana kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.

"Menyedari peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik adalah penting, kerajaan negeri menyusun strategi supaya potensi golongan itu dapat ditingkatkan," katanya pada Karnival Keusahawanan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Desa New Zealand, di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 02 May 2011 07:25 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Penuntut batal hasrat keluar Islam

Posted:

Penuntut batal hasrat keluar Islam

Penuntut batal hasrat keluar Islam

KOTA BHARU 2 Mei - Seorang penuntut universiti yang berhasrat keluar Islam, akhirnya menukar pendiriannya dan kekal Islam ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini.

Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, menukar hasratnya itu ketika dihadapkan di hadapan Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dia turut mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar dan membaca surah al-Fatihah setelah diminta berbuat demikian oleh Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 02 May 2011 03:14 PM PDT

Utusan Online - Rencana


AS semakin terancam?

Posted:

AS semakin terancam?

AS semakin terancam?

Oleh IRMAN HASHIM
pengarang@utusan.com.my


DUA anggota polis berdiri di sebelah poster orang yang paling dikehendaki, Osama bin Laden di New York pada 18 September 2001. - REUTERS


BERITA kematian perancang serangan 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Osama bin Laden dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) telah menggemparkan dunia.

Ada yang gembira dengan berita tersebut terutama mereka yang kehilangan ahli keluarga, rakan dan kenalan dalam serangan-serangan yang didalangi pengganas paling dikehendaki itu dan ada juga yang tidak mempercayainya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang berkongsi pandangan dengan ketua rangkaian keganasan, al-Qaeda itu, merasakan kematian Osama satu kehilangan besar dan kerugian.

AS mendakwa berjaya membunuh Osama dalam satu serangan yang diketuai tentera negara itu di Pakistan, kelmarin. Presiden AS, Barrack Obama menyatakan mayat Osama kini berada dalam simpanan negara itu.

Pengumuman kematian tersebut menimbulkan perasaan ingin tahu yang tinggi di kalangan orang ramai mengenai maklumat terperinci berhubung bagaimana, bila dan di mana ketua al-Qaeda itu dibunuh, selain apakah kesan dan impak kematiannya.

Jika dilihat latar belakang Osama, pasti ramai yang tidak mempercayai beliau akan menjadi penjenayah paling dikehendaki di dunia.

Ini kerana Osama yang dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 1957, merupakan anak ke-17 kepada seorang hartawan pembinaan di negara itu.

Osama juga merupakan seorang yang berjaya dalam kerjayanya. Sebagai seorang jurutera sivil, beliau terkenal dalam sektor pembinaan dan dianggarkan memiliki aset dan harta bernilai AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Dia turut dilaporkan mempunyai tiga orang isteri dan lebih 20 orang anak.

Osama bekerja di syarikat bapanya sebelum menyertai perang di Afghanistan menentang penaklukan Kesatuan Soviet di negara itu pada 1979 di mana dia dilapor mula menubuhkan kem dan pusat ketenteraan al-Qaeda pada 1988.

Dia pulang semula ke Arab Saudi selepas askar Kesatuan Soviet berundur dari Afghanistan pada 1989, namun setahun kemudian berpindah pula ke Yemen kerana kecewa atas tindakan pemerintah Arab Saudi, negara kelahirannya membenarkan tentera AS menggunakan negara itu sebagai pangkalan menyerang Iraq semasa Perang Teluk.

Selepas dibuang oleh keluarga dan kerakyatan beliau ditarik pada 1994 kerana didakwa menyalurkan dana untuk aktiviti keganasan, Osama menetap di Afghanistan.

Dengan membentuk hubungan dengan beberapa organisasi pelampau dari pelbagai negara, dia menjadikan al-Qaeda sebagai nukleus dalam kempennya menghalau rakyat Amerika dan Israel dari negara-negara Arab.

Osama turut dituduh oleh AS mendalangi serangan bom ke atas berek tentera AS di Dhahran, Arab Saudi pada 1996, Kedutaan AS di Kenya dan Tanzania (1998) selain kapal perang AS di Yemen pada 2000.

Nama Osama dimasukkan dalam senarai pengganas paling dikehendaki di AS pada 1999 dengan tawaran hadiah bernilai AS$5 juta (RM15 juta).

AS mula melancarkan serangan besar-besaran ke atas al-Qaeda dan tuan rumah kepada kumpulan itu di Afghanistan, Taliban selepas AS mengisytiharkan Osama sebagai dalang utama dalam serangan 11 September ke atas WTC dan Pentagon.

Ketika pemburuan ke atas Osama berlanjutan sehingga mengambil masa hampir 10 tahun, AS dimalukan kerana beberapa kali gagal menemui pengganas nombor satu dunia itu.

Petunjuk-petunjuk mengenai kedudukannya tidak membantu ketika perisikan AS berterusan menerima maklumat bahawa Osama bersembunyi di sempadan Afghanistan-Pakistan.

Misi-misi dalam jumlah tidak terkira yang dilancarkan oleh tentera AS termasuk serangan peluru berpandu drone AS bagi membunuh Osama ternyata sekadar membunuh anggota Taliban dan al-Qaeda, namun Osama tetap selamat dan masih bebas.

Bagaimanapun, selepas 3,539 hari insiden serangan ke atas WTC yang mengakibatkan hampir 3,000 orang terbunuh, Osama ditemui di bandar Abbottabad, Pakistan kelmarin dan dibunuh selepas satu serangan tentera AS ke atas sebuah rumah agam di bandar itu yang dikatakan menjadi tempat persembunyian Osama.

Di AS, berita kematian Osama disambut gembira oleh penduduknya dan sekutunya.

Beribu-ribu rakyat AS berkumpul di Ground Zero, WTC bagi meraikan dan menyambut pembunuhan dalang utama serangan 11 September dan musuh AS.

Namun, adakah kematian Osama membawa perubahan terutama dalam membantu menangani keganasan? Mungkin tiada sesiapa menangis di atas kematian Osama, tetapi pembunuhannya dilihat tidak akan mengurangkan ancaman militan ke atas Washington.

AS sendiri menyedari hakikat itu dan Obama telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di luar negara supaya berjaga-jaga terhadap ancaman keganasan ekoran kematian Osama.

Ini ditambah dengan perasaan tidak senang dunia Arab terhadap kehadiran AS di rantau Asia Barat yang dilihat semakin meningkat sejak pencerobohan AS di Afghanistan dan Iraq, selain konflik Israel-Palestin.

Osama yang mahu menamatkan pengaruh AS di dunia Islam, dilihat berjaya dalam beberapa insiden termasuk pengunduran AS dari Beirut, Lebanon pada 1985 selepas Hizbullah meletupkan berek tentera marin AS yang mengakibatkan 200 askar maut.

Ideologi anti-Amerika yang dibawa oleh Osama dan al-Qaeda turut dijadikan landasan beberapa kumpulan ekstremis dan militan lain di seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keganasan bukan Osama

Posted:

Keganasan bukan Osama

Keganasan bukan Osama

Mustafa Kamal Basri

OSAMA bin Laden, akhirnya tumpas di tangan musuh ketatnya, tentera Amerika Syarikat (AS) yang dibantu tentera Pakistan.

Pengganas nombor satu dunia itu disahkan terkorban bersama anak lelakinya dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah agam di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad, dipercayai menjadi tempat persembunyian beliau.

Kematiannya itu membawa kepada tamatnya pemburuan AS dan sekutunya selama hampir 10 tahun ke atas pengganas yang paling ditakuti AS dan Barat yang didakwa mendalangi serangan 11 September 2001, yang meruntuhkan dua menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan menggemparkan Pentagon.

Sejurus kematiannya, Presiden Barack Obama mengeluarkan pengumuman di White House mengucapkan syabas kepada tentera AS atas kejayaan operasi itu diikuti dengan sambutan kegembiraan oleh penduduk AS yang berkumpul di Ground Zero, bekas tapak WTC sambil mengibarkan bendera Amerika.

Pemimpin-pemimpin Barat terutama sekutu AS termasuk Israel memberi reaksi 'puas' atas kematian Osama dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan menggambarkan kegembiraan mereka atas kejayaan menumpaskan Osama.

Barat yang menganggap Osama sebagai igauan ngeri pada siang hari dan mimpi buruk di waktu malam tidak putus-putus memburu pemimpin yang mengasaskan rangkaian pengganas yang digeruni Barat – al-Qaeda kerana didakwa melancarkan serangan-serangan berani matinya terhadap sasaran Barat terutama Amerika di seluruh dunia sejak era George W. Bush selepas insiden 11 September 2001.

Walaupun beberapa kali AS mendakwa berjaya membunuhnya, setiap kali pula Osama muncul di kaca televisyen melalui video-video yang dirakam di tempat persembunyiannya dan memberitahu beliau masih hidup diikuti kenyataan amaran, ancaman serta seruan mengajak umat Islam bersama-samanya menyertai 'jihad' bagi menentang musuh Islam.

Kemunculan Osama dengan doktrin keganasannya adalah terjemahan perasaan tidak puas hati dan ketidakadilan dunia Barat terhadap Islam terutama dalam menangani isu Palestin.

Osama muncul mewakili segelintir komuniti Islam yang tidak puas hati dengan tindakan AS dan sekutunya termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didakwa menjadi alat Barat menyebelahi Israel dan bertindak mengetepikan keadilan dan hak asasi kemanusiaan.

Osama 'mendokong prinsip militan' sebagai jawapan kepada sikap berat sebelah Barat yang bertindak menutup mata atas kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dan umat Islam.

Jika AS percaya militan dan keganasan sudah dihapuskan dengan kematian Osama, sebenarnya Osama bukan keganasan dan keganasan bukan Osama. Perang menangani keganasan dan militan hanya akan berjaya sekiranya AS dan Barat dapat mendokong keadilan dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya tanpa mengira ras, politik, agama, kaum dan warna kulit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 02 May 2011 01:09 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Osama mati ditembak di kepala

Posted:

Osama mati ditembak di kepala

Osama mati ditembak di kepala



WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh anggota-anggota pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan malam kelmarin selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh.

Osama, 54, terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad yang merupakan lokasi pelancongan, pusat pendidikan dan menempatkan Akademi Tentera Pakistan.

Rumah dua tingkat tersebut yang dikelilingi tembok tinggi dan kawat berduri terletak sekitar 100 meter dari akademi tentera Pakistan dan 60 kilometer dari Islamabad.

Empat buah helikopter menyertai operasi serbuan ke atas rumah tersebut.

Menurut beberapa pegawai Pakistan di bandar itu, sekumpulan pejuang yang berada di atas bumbung rumah berkenaan melepaskan tembakan grenad ke arah helikopter-helikopter itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jenazah Osama dibuang ke laut

Posted:

Jenazah Osama dibuang ke laut

Jenazah Osama dibuang ke laut


DUA anggota tentera Pakistan berkawal di sekitar kawasan Abbotabad, Pakistan, tempat Osama bin Laden dipercayai mati dibunuh.


WASHINGTON - Jenazah ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi rahsia di Pakistan awal pagi semalam didakwa telah disempurnakan secara Islam sebelum disemadikan di laut.

Beberapa media AS seperti rangkaian televisyen kabel AS termasuk CNN, MSNBC dan Fox melaporkan, seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut.

Beberapa pegawai kanan AS lain bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan apabila mereka diminta mengesahkan laporan itu oleh agensi berita Associated French Press (AFP).

Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam.

"Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan mudah terkeliru tafsiran 1Malaysia

Posted:

Jangan mudah terkeliru tafsiran 1Malaysia

Jangan mudah terkeliru tafsiran 1Malaysia


MAGLIN (tiga dari kiri) mengibar Jalur Gemilang pada majlis perasmian Program Malam Aspirasi 1Malaysia di Bestari Jaya, Kuala Selangor malam kelmarin.


KUALA SELANGOR - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terkeliru dengan tafsiran kurang tepat mengenai gagasan 1Malaysia oleh pihak tertentu termasuk pembangkang.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba diputarbelitkan pembangkang demi kepentingan politik mereka semata-mata.

"Jangan mudah terkeliru dengan pandangan negatif pembangkang mengenai gagasan 1Malaysia kerana mereka (pembangkang) hanya mahu menabur tohmahan terhadap konsep itu demi kepentingan politik mereka semata-mata," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 02 May 2011 11:35 AM PDT

Utusan Online - Kota


1,000 bakal hilang kerja

Posted:

1,000 bakal hilang kerja

1,000 bakal hilang kerja

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


WAKIL Kontraktor Melayu Bumiputera Kawasan Ampang Jaya menunjukkan surat makluman mengenai penyerahan semula kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal kepada MPAJ di Ampang, semalam.


AMPANG 2 Mei – Kira-kira 1,000 penduduk khususnya di kawasan Ampang Jaya di sini, bakal kehilangan pekerjaan mereka sekiranya kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal di daerah itu diambil alih oleh lima pihak berkuasa tempatan (PBT), berkuat kuasa 1 Julai ini.

Wakil Kontraktor Melayu Bumiputera Kawasan Ampang Jaya, Norazmii Baharuddin berkata, ia berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menamatkan pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan oleh Alam Flora Sdn. Bhd.

Katanya, mereka yang terlibat dengan kehilangan pekerjaan itu merupakan pekerja di bawah sekurang-kurangnya 37 kontraktor baru dan lama di bawah Alam Flora dengan mengambil kira secara purata 25 pekerja bagi setiap kontraktor.

"Oleh itu, kami inginkan penjelasan yang kukuh daripada kerajaan negeri Selangor dan pihak MPAJ. Kami kecewa kerana kerajaan negeri Selangor tidak pernah berbincang dengan kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor pada 18 April lalu, untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada PBT yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora di negeri tersebut.

Tambah Norazmii, dalam hal itu, kerajaan negeri Selangor seharusnya menasihati kontraktor lama sekiranya prestasi tidak mencapai piawaian yang ditetapkan dan bukannya menyamaratakan semua pihak.

Katanya, pihaknya juga telah lama bersabar dengan sistem pembayaran oleh MPAJ yang tidak mengikut harga kontrak penuh dan tunggakan pembayaran melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut.

"Pihak MPAJ hanya akan membuat pembayaran tiga bulan sekali kepada kontraktor. Lebih dikesali apabila pihak MPAJ juga akan memotong jumlah pembayaran dengan alasan tidak berpuas-hati dengan prestasi pembersihan awam kontraktor terbabit.

"Pemotongan ini tidak termasuk dalam perjanjian dan walaupun tidak dibayar penuh, kami tetap mengekalkan prestasi yang baik," katanya.

Beliau memberitahu, pada 2005, pihak MPAJ pernah mengambil-alih tugas pembersihan kawasan dan kutipan sisa pepejal tetapi pada Julai 2007, MPAJ terpaksa menyerahkan semula kepada Alam Flora kerana gagal melaksanakannya dengan baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPS diminta nilai semula

Posted:

MPS diminta nilai semula

MPS diminta nilai semula

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my

RAWANG 2 Mei – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta menyemak semula projek pembinaan bangunan komersial di tapak pasar lama pekan Rawang yang kini mahu membina tapak tempat letak kereta sehingga ke atas longkang.

Penyelaras Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Lee Li Yew berkata, MPS perlu menyemak sama ada pembinaan tersebut termasuk dengan pembinaan tapak meletak kereta di atas sebatang longkang kerana ia akan menjadikan jalan kecil di situ menjadi lebih sempit dan menyebabkan masalah lain.

Katanya, sepucuk surat telah pun dihantar kepada pihak MPS pada 28 April lalu mengenai perkara tersebut dan pihaknya masih menunggu jawapan balas.

"Pembinaan di tapak tersebut, di Jalan Tokong, menyusahkan pemilik kedai di sepanjang jalan itu dan di Jalan Maxwell kerena ia akan menyebabkan jalan sempit serta akan menyumbang pada kejadian banjir.

"Setiap kali hujan, banjir akan berlaku di kawasan ini. Kalau tapak (letak kereta) itu dibina dan longkang tertutup sudah tentulah kejadian banjir akan lebih teruk lagi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke kawasan tersebut bersama pemilik kedai yang tidak berpuas hati di Seksyen 7, pekan Rawang, di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Penyelaras Parlimen Selayang, Chan Wun Hoong.

Li Yew berkata, pembinaan di atas longkang itu telah dibuat kira-kira dua minggu lalu.

Tambahnya, MPS perlu mengambil tindakan atas perkara itu bagi membela nasib pemilik kedai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang pemilik kedai emas, Chua Chin Hooi berkata, dia risau pembinaan itu akan menjadikan banjir kilat yang sering berlaku di situ bertambah teruk lagi.

"Kami terpaksa menanggung kerugian setiap kali banjir kerana perabot rosak selepas kedai dimasuki air.

"Pembinaan itu juga akan menjejaskan perniagaan kami kerana jalan menjadi sempit dan menyebabkan lori susah untuk masuk dan memunggahkan barang," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

Posted:

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Aduan berkaitan kualiti air yang diterima oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada tahun lalu menunjukkan pengurangan ketara iaitu sebanyak 92,088.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, aduan menerusi panggilan telefon kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) pada 2010 ialah sebanyak 207,151 berbanding 299, 439 yang diterima pada tahun sebelumnya.

"Kejayaan menurunkan jumlah aduan ini adalah berdasarkan beberapa program yang telah dijalankan oleh Syabas dengan mengerakkan tenaga kerja kakitangan unit yang terdapat di bawah naungannya untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan kualiti air," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai program Skuad Ronda Puspel bersama 1Malaysia Task Force Team serta wakil persatuan penduduk di kawasan Bukit Bintang, di sini baru-baru ini.

Dalam rondaan tersebut, skuad itu telah melakukan demonstrasi ujian kualiti air di rumah dan premis perniagaan pelanggan kawasan berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh skuad ronda itu, didapati tahap kekeruhan air di rumah serta premis pelanggan adalah selamat digunakan dan berada dalam keadaan yang baik.

Abdul Halem menjelaskan, Skuad Ronda Puspel adalah merupakan program terbaru Syabas dalam usaha meningkatkan kualiti air di setiap kawasan.

Katanya, skuad itu akan membuat rondaan pada setiap hari dengan memberi penerangan, termasuklah melakukan demonstrasi ujian kualiti air yang bertujuan memberi gambaran sebenar tentang tahap kualiti air yang dibekalkan Syabas kepada semua pelanggan.

Ujarnya, program itu akan dianjurkan secara berperingkat di kesemua wilayah Syabas iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak dan Sepang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1 ulasan:

  1. Saya Widya Okta, saya ingin memberi kesaksian tentang karya bagus Tuhan dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan sebagian lain dari kata tersebut, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman yang curang di sini di internet, tapi mereka tetap asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban penipuan pemberi pinjaman 6-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka.

    Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya yang saya jelaskan situasi saya, kemudian mengenalkan saya ke perusahaan pinjaman yang andal yaitu SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya sebesar Rp900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM dengan tarif rendah 2% dalam 24 jam yang saya gunakan tanpa tekanan atau tekanan. Jika Anda membutuhkan pinjaman Anda dapat menghubungi dia melalui email: (sandraovialoanfirm@gmail.com)

    Jika Anda memerlukan bantuan dalam melakukan proses pinjaman, Anda juga bisa menghubungi saya melalui email: (widyaokta750@gmail.com) dan beberapa orang lain yang juga mendapatkan pinjaman mereka Mrs. Jelli Mira, email: (jellimira750@gmail.com). Yang saya lakukan adalah memastikan saya tidak pernah terpenuhi dalam pembayaran cicilan bulanan sesuai kesepakatan dengan perusahaan pinjaman.

    Jadi saya memutuskan untuk membagikan karya bagus Tuhan melalui SANDRAOVIALOANFIRM, karena dia mengubah hidup saya dan keluarga saya. Itulah alasan Tuhan Yang Mahakuasa akan selalu memberkatinya.

    BalasPadam