Ahad, 8 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 08 May 2011 01:25 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Jatuh bangun usahawan roti

Posted:

Jatuh bangun usahawan roti

Jatuh bangun usahawan roti

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


Wan Khadijah Othman menunjukkan aneka roti dan kek keluaran syarikatnya.


TIDAK pernah terlintas di fikirannya untuk terlibat dalam dunia perniagaan. Tambahan pula, di kalangan ahli keluarga tiada seorang pun memilih menceburi bidang itu.

Namun, bagi Wan Khadijah Othman, 39, penglibatan dalam perusahaan membuat roti berlaku secara kebetulan.

Segalanya bermula ketika dia menemani seorang rakan mendaftar kursus perniagaan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu.

''Waktu itu, salah seorang pegawai Mara yang bertugas meminta saya turut menyertai kursus berkenaan.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju.

''Kursus jangka panjang yang dikenali sebagai Latihan Pembentukan Usahawan Mara itu dijalankan selama enam bulan.

''Sejak menyertainya, saya mula membuka mata dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan,'' katanya yang pernah bertugas di salah sebuah bank sebelum terlibat secara serius dalam dunia perniagaan.

Setelah tamat kursus, Wan Khadijah cuba mencari peluang-peluang perniagaan yang sesuai untuk diceburi.

Tahun 2002 menyaksikan dia mula membuat penyelidikan tentang potensi dan kelebihan berniaga roti.

''Saya memilih perusahaan roti kerana tidak ramai pengusaha bumiputera terutama orang Melayu terlibat dalam perniagaan ini.

''Saya memang tiada ilmu langsung mengenainya. Jadi, sebelum memulakan perniagaan ini, saya banyak membuat kajian mengenai peluang pasaran selain mengambil tahu apa yang pelanggan mahu.

''Melalui pinjaman modal daripada Mara bernilai RM40,000, saya memulakan perniagaan membuat roti secara kecil-kecilan di rumah,'' jelasnya ketika ditemui di kilangnya di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Bukan setakat itu, dia turut mengambil bekalan roti sejuk beku daripada beberapa syarikat lain sebelum membakar dan menjualnya semula.

Bagi melancarkan urusan perniagaannya, dia menyewa sebuah kedai kecil di Kota Damansara dengan kos RM600 sebulan.

''Untuk tempoh lapan bulan pertama, saya terpaksa menanggung kerugian kerana ketika itu saya belum begitu mahir dengan operasi pengiraan kos selain tidak memahami saiz pasaran dan kehendak pengguna.

''Selepas lebih kurang setahun, perjalanan perniagaan semakin stabil dan saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kilang kecil di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

''Rezeki saya bertambah murah apabila mendapat tender membekalkan roti kepada Kelab Diraja Selangor di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan kafe di Universiti Malaya (UM),'' jelas ibu kepada dua orang anak itu.

Usaha Wan Khadijah tidak terhenti setakat itu, dia turut memasarkan produk roti buatannya di pasar malam berhampiran dengan pendapatan antara RM250 hingga RM350 sehari.

''Pengalaman berniaga di pasar malam banyak mengajar saya tentang ilmu perniagaan daripada segi kekuatan semangat dan keazaman,'' katanya.

Dia kemudian mendaftarkan perniagaannya di bawah syarikat Lovely Cake Enterprise pada 2002 sebelum ditukar kepada Tanjung Cindai Sdn. Bhd. setahun kemudian.

Kesemua produk kek dan rotinya pula dikeluarkan menerusi penjenamaan Wan Bakers.

Walaupun perniagaanya telah stabil ketika itu, dia yang berperanan sebagai Pengarah Urusan masih terus mempelajari teknik pemasaran dan promosi syarikat.

Dalam usaha memperluaskan perniagaannya pula, dia telah menjual kesemua mesin pembuat roti bersaiz kecil yang terdapat di kilangnya.

Tujuannya untuk menampung deposit pembelian bangunan kilang lebih besar dan dijadikan modal membeli mesin lebih canggih.

Menurut Wan Khadijah lagi, kilangnya kini mempunyai lebih 15 mesin sokongan operasi pembuatan pelbagai jenis roti.

Beberapa tahun selepas itu, dia telah membuat pinjaman modal sebanyak dua kali daripada pihak Agrobank dengan nilai RM20,000 setiap satu.

Dana yang diperoleh menerusi skim Pinjaman Mikro Modal Usahawan Tani (MUST), Agrobank digunakan untuk memperbesarkan operasi kilangnya.

''Selain kilang di Industri Jaya Sungai Buloh ini, kita turut mempunyai sebuah lagi kilang membuat roti di Batu Caves, Selangor,'' katanya yang mempunyai 23 orang kakitangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hasilkan lebih 20 jenis roti

Posted:

Hasilkan lebih 20 jenis roti

Hasilkan lebih 20 jenis roti

SETAKAT ini, jenama Wan Bakers telah mempunyai lebih daripada 20 jenis produk roti dan kek.

Ia termasuk roti sandwich, roti wholemeal, ban kaya, sardin, bilis, kacang, krim, roti burger, roti hotdog, kek pisang, kek mable, kek krim dan mufin.

Menurut Pengarah Urusan Tanjung Cindai Sdn. Bhd., Wan Khadijah Othman, setiap hari kilangnya menghasilkan pengeluaran maksimum untuk beberapa jenis roti yang mendapat permintaan tinggi.

''Antaranya roti sandwich dikeluarkan 1,000 buku sehari, roti wholemeal 1,000 buku sehari, ban 7,000 hingga 8,000 biji sehari dan 7,000 biji kek sehari.

''Kesemua roti dan kek ini dijual dalam lingkungan harga RM0.50 hingga RM2.10,'' jelasnya yang memperolehi keuntungan sekitar RM150,000 sebulan.

Daripada segi pasaran, produk rotinya telah diedarkan ke beberapa kem-kem askar di Negeri Sembilan dan Selangor serta hospital-hospital di daerah Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Di samping itu, roti-roti keluarannya turut dihantar ke sekolah-sekolah berasrama penuh, kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Penjara dan Pusat Serenti.

Bercerita mengenai resipi pembuatan roti, ramuannya telah dicipta dan dihasilkan sendiri menggunakan bahan mentah tempatan yang mudah diperolehi.

''Saya tidak menghadiri mana-mana kelas pembuatan roti. Untuk resipi roti-roti ini, ia dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan yang saya jalankan sendiri,'' katanya yang merancang memperluas pasaran produknya ke pasar raya besar tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

Posted: 08 May 2011 11:43 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Busana khas untuk menyusu

Posted:

Busana khas untuk menyusu

Busana khas untuk menyusu

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my



MEMILIKI hobi mengambil gambar ketika menyusukan anaknya dan memuat naik gambar tersebut ke laman Twitter, Wan Edrynas Wan Mokhtar atau Dynas menjadikan pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukanlah lagi sesuatu yang tabu atau memalukan.

Bagi mereka yang tidak melihat gambar-gambar Dynas dan anaknya Khyra di Twitter secara teliti, barangkali mereka menganggap Dynas sekadar memangku anaknya yang sedang tidur. Ini kerana, inovasi fesyen telah memudahkan tugas Dynas sebagai ibu kepada Khyra Khalyssa Mohd. Hafizy.

Si kecil yang baru menginjak usia setahun itu kini dapat menyusu secara eksklusif di mana-mana sahaja termasuk di tempat awam. Menurut Dynas, ramai teman-temannya tidak sedar dia sedang menyusukan Khyra kerana kelebihan rangkaian busana rekaannya.

"Selepas ini, Dynas harap ramai ibu-ibu di luar sana dapat memiliki pengalaman menyeronokan seperti Dynas yang dapat menyusukan Khyra secara eksklusif tetapi dalam masa sama masih dapat berfesyen untuk semua jenis acara," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Dynas kini sedang sibuk dengan persediaan pembukaan butik Dynas Nursing Attire atau DNA yang akan dibuka minggu ini di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Dynas memberitahu, beliau teruja dengan pembukaan butik DNA tersebut kerana ia adalah sentuhan cita rasa fesyennya sendiri.

"Dynas memang amat mementingkan fesyen. Sebelum bergelar ibu lagi sehinggalah selepas melahirkan Khyra, Dynas suka tampil bergaya dengan dres yang menyerlahkan sisi feminin.

"Bezanya kini, Dynas lebih selesa memilih pakaian yang lebih sopan untuk kegunaan harian seperti blaus berlengan dan skirt yang menutup lutut, busana berciri klasik, kasual atau sekadar berkemeja," katanya.


SEBAGAI wanita yang sensitif dengan aliran fesyen, Dynas sentiasa menitikberat soal penampilannya.


Justeru, untuk rekaan busana DNA, Dynas memastikan ia boleh dipakai oleh semua golongan wanita termasuk mereka yang bertudung.

"Rangkaian busana yang Dynas tampilkan bukan sahaja sesuai untuk digayakan ketika mengandung malah, selepas melahirkan anak ia masih boleh dipakai tetapi perlu dipadankan dengan tali pinggang atau mengikut kreativiti masing-masing.

"Kesemua rekaan boleh disuai padankan atau mix and match. Baju kurung moden yang Dynas reka untuk butik DNA juga boleh dipakai tanpa kainnya bagi mereka yang tidak bertudung. Ia ajkan menjadi sehelai dres yang cantik," katanya.

Rekaan ibu anak

Sempena hari ibu yang disambut seluruh dunia pada 8 Mei, Dynas juga teruja meraikannya bersama Khyra dan suami, Mohd. Hafizy Hafiz.

Jelas Dynas, sempena hari bermakna itu, dia membuat empat rekaan sedondon ibu dan anak bagi melengkapi 30 koleksi DNA yang lain.

"Kini ibu dan anak boleh tampil sedondon dengan rekaan yang bergaya dan fabrik yang selesa untuk ibu dan anak. Idea ini timbul kerana Dynas tidak mahu membazirkan kain lebihan yang digunakan untuk membuat baju ibu.

"Bukan itu sahaja, DNA akan tampil dengan pam payu dara dan beg kulit yang bergaya untuk menyimpan pam dan susu bagi ibu-ibu yang bekerja yang mahu menyusukan anak-anak mereka secara eksklusif," katanya.


DYNAS selesa menyusukan Khyra walaupun di tempat awam dengan baju yang mesra untuk menyusukan bayi.


Menurut Dynas, semua idea mewujudkan DNA adalah bermula daripada keperluan peribadinya sendiri. Dia tidak mahu mengabaikan hobi berfesyen apabila bergelar ibu dan mahu menyusukan anaknya secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan.

"Dahulu sukar untuk Dynas mendapatkan baju mengandung dan menyusukan anak yang moden. Tetapi dengan wujudnya DNA, Dynas dapat berkongsi hobi berfesyen walaupun sedang menyusukan anak.

"Dynas juga masih lagi menyusukan Khyra secara eksklusif walaupun dia sudah berusia setahun. Dynas juga mahu menggalakkan ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan," katanya yang mahu menyusukan Khyra sehingga dia berusia dua tahun.

Bercerita lanjut tentang koleksi DNA, Dynas memberitahu walaupun amat mementingkan fesyen, dia tidak mengabaikan pemilihan fabrik dan perincian bagi memberi keselesaan kepada ibu dan anak.

"Sekiranya seseorang ibu tidak selesa dengan pakaian mereka, ia akan membuat mereka tertekan. Perasaan itu akan membuatkan mereka sukar menghasilkan susu badan yang banyak.

"Begitu juga bagi koleksi ibu dan anak. Walaupun Dynas mahu tampilkan pakaian anak yang bergaya tetapi keselesaan si kecil tetap menjadi keutamaan.


DYNAS yang obses dengan haruman pernah menjadi Duta Pesta dan Anugerah Wangian SaSa 2008.


"Perincian manik untuk pakaian ibu juga Dynas pastikan ia tidak tajam bagi mengelakkan kecederaan kepada bayi ketika menyusu," katanya yang gemar menggunakan perincian mutiara yang lebih selamat atau manik berbentuk rata.

Tambahnya, bagi Khyra, dia memilih apa sahaja pakaian bayi yang nampak comel tetapi, selesa untuk dipakai.

"Walaupun sesetengah pakaian bayi amat cantik, sekiranya fabriknya tidak selesa saya tidak akan pakaikan kepada Khyra. Saya memastikan pakaian yang dipilih selesa, tidak panas serta tidak mempunyai perincian yang boleh mencederakan," katanya.

Tambah jelitawan itu, walaupun terdapat banyak pilihan pakaian ibu mengandung di pasaran, dia mahu ibu-ibu berpeluang tampil bergaya dengan busana yang membolehkan mereka menyusukan anak dengan mudah di tempat awam.

Contohnya ada busana DNA yang didatangkan dengan zip atau butang pada bahagian dada untuk memudahkan bayi menyusu.

"Testimonial saya adalah dalam kalangan rakan-rakan saya sendiri. Teman baik saya, Aishah Sinclair turut menggunakan koleksi DNA dan teman baik saya, Sazzy Falak turut sama merasai pengalaman menjadi ibu yang menyeronokan lebih-lebih lagi dia memiliki anak kembar," ujarnya teruja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nuansa fesyendua gedung fabrik

Posted:

Nuansa fesyendua gedung fabrik

Nuansa fesyendua gedung fabrik


KEMEJA dengan cetakan batik merupakan pilihan gaya yang tidak ditelan masa.


GEDUNG fabrik terkemuka tempatan Euro Moda dan Gulati's sentiasa menampilkan koleksi fabrik menawan dan terbaru untuk dimiliki oleh semua peringkat umur dan masyarakat. Kesanggupan merantau ke beberapa buah negara semata-mata untuk mendapatkan rekaan kain yang terbaik buat masyarakat tempatan ternyata berbaloi.

Bayangkan dalam tempoh lebih sedekad Euro Moda dan Gulati's masih terus bertahan dan melebarkan empayar meskipun terpaksa bersaing dengan gedung fabrik tempatan yang lain. Namun, situasi berkenaan sedikitpun tidak menjejaskan objektif jenama itu untuk menampilkan variasi fabrik buat pengguna.

Selain menawarkan fabrik sifon, sutera dan organza, butik Euro Moda dan Gulati's yang berdiri gah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur itu turut menyediakan kain kapas, renda serta Batik 1Malaysia.


BUSANA daripada fabrik sifon dan sutera sesuai untuk wanita yang ingin tampil lebih feminin dan anggun.


Sehubungan itu sebagai langkah mempromosi keistimewaan fabrik yang terdapat di Euro Moda dan Gulati's, maka jenama berkenaan mengambil kesempatan menganjurkan pertunjukan fesyen pada Majlis Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza 2011.

Acara yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur itu memberi peluang kepada para tetamu menyaksikan seleksi busana yang direka menggunakan fabrik koleksi Euro Moda dan Gulati's.

Pertunjukan fesyen yang terbahagi pada tiga segmen itu bukan sekadar mempamerkan fabrik terkini malah, secara tidak langsung mendedahkan kepada para tetamu bahawa fabrik Euro Moda dan Gulati's ideal dijadikan pelbagai konsep busana.

Pada segmen pertama barisan model mengatur langkah sambil memperaga busana yang diperbuat daripada fabrik sifon Perancis eksklusif hasil kreativiti Zuhair Murad dan Ellie Saab.


CETAKAN huruf pada bahagian bawah gaun menonjolkan elemen funky dan chic.


Ini diikuti pula dengan pakaian sedia pakai yang menggunakan fabrik daripada jenama terkemuka seperti Gianni Versace dan Valentino. Dalam segmen tersebut Euro Moda dan Gulati's menonjolkan konsep suai padan antara jaket, kemeja, blaus dan seluar yang berasaskan fabrik pelbagai warna, corak dan material. Koleksi berkenaan sesuai digayakan ke pejabat atau pun majlis korporat.

Dari segi permainan warna, nampaknya Euro Moda dan Gulati's cenderung menggunakan palet warna terang dan kontra. Barangkali ingin menunjukkan kepada para setiausaha yang hadir pada acara itu bahawa pakaian ke pejabat tidak semestinya berona gelap seperti hitam, kelabu atau coklat.

Tidak salah sekiranya sesekali para setiausaha hadir ke pejabat dengan pakaian warna terang dan ceria. Selain busana wanita, Euro Moda dan Gulati's turut menghasilkan tuksedo buat sang jejaka menggunakan fabrik tafeta Itali.

Dalam pada itu, pada pertunjukan tersebut koleksi jubah moden, gaun meleret dan baju tradisonal turut membaluti tubuh para model.

Menariknya tentang himpunan busana berkenaan ia tidak dihasilkan daripada sejenis fabrik saja sebaliknya, Euro Moda dan Gulati's bijak bereksperimen dengan menggabungkan dua hingga tiga jenis fabrik pada sehelai busana. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pop stail kontra

Posted:

Pop stail kontra

Pop stail kontra

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


PADANAN top hijau dengan skirt paras lutut yang kontra menampilkan kelainan kepada si pemakainya.


KOMBINASI baju-T nuansa hijau bersama skirt pendek kembang warna biru terang sudah cukup membuatkan segelintir wanita ragu-ragu untuk menggayakannya. Apatah lagi penampilan berkenaan dipadankan dengan sepasang sepatu rona biru dan anting-anting warna hijau pucuk pisang.

"Ironinya, bukan semua wanita sanggup mengunjungi pusat beli-belah atau bersantai bersama teman di kafe dalam persalinan busana warna terang dan kontra. Mereka menyifatkan warna pakaian sebegini menyebabkan penampilan kelihatan seperti badut atau dilabel individu yang kurang bijak dalam bab berfesyen.

"Persepsi ini seharusnya tidak membelenggu wanita zaman moden yang berpeluang bergaya dengan lambakan koleksi fesyen konsep unik, funky, chic dan ranggi. Sudah tiba masanya wanita menolak seketika item fesyen warna selamat seperti hitam, coklat atau biru gelap dan beralih pada warna kontra dan terang," jelas perunding imej bebas dan pemilik butik I Nee by Melson Collection, Melvin Ashley Shah.

Menyingkap fenomena stail padanan pakaian dan aksesori wanita warna kontra, Melvin yang merupakan graduan Diploma Seni dan Ukiran Tekstil di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), menyifatkan trend fesyen itu sudah mula popular sekitar tahun 1980-an. Bintang pop antarabangsa seperti Cyndi Lauper yang popular dengan lagu Time After Time dan Shila E antara selebriti yang berani tampil di atas pentas atau pun sesi fotografi dengan konsep fesyen berkenaan.


PADANKAN penampilan anda dengan seleksi aksesori yang berona terang.


Menyerlahkan karakter ceria

Tambah Melvin, pemilihan warna-warna kontra dalam penampilan seharian membantu menyuntik mood dan menyerlahkan karakter ceria kepada si pemakai. Sebab itu, jika diperhatikan sejak tiga tahun kebelakangan ini rumah fesyen antarabangsa mula cenderung pada stail suai dan padan pakaian warna-warna kontra.

"Sama ada di Paris atau New York, konsep fesyen warna kontra bukan saja membaluti tubuh langsing barisan model di atas pentas peraga malah, ia sudah dipraktikkan oleh wanita tempatan dalam pemakaian harian. Pakaian warna kontra kini dirasakan relevan dipakai ke pejabat, minum petang atau parti, asalkan wanita bijak memilih palet warna yang ideal," saran Melvin.

Tambah Melvin: "Bagi wanita yang masih segan untuk menyarungkan pakaian berwarna kontra, sebagai pemulaan padankan aksesori rona berbeza dengan warna baju yang digayakan. Contohnya, pilih beg tangan nuansa merah jambu atau ungu bersama pakaian berasaskan warna hitam.

"Ini termasuklah memakai aksesori seperti gelang tangan atau rantai yang berwarna-warni.

Sementara itu, jurusolek dan pegawai pemasaran alat solek 4U2 Cosmetics, Vie Xenddra, memberitahu konsep warna kontra tidak hanya tertumpu pada pakaian semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dipraktikkan pada teknik solekan wajah.


Produk kosmetik 4U2 Cosmetics sesuai untuk wanita yang inginkan solekan anggun dan versatil.


"Sekiranya bosan dengan pembayang mata warna coklat gelap atau hitam beralih pada penggunaan palet warna-warna yang terang dan ceria. Jika sebelum ini kelopak mata dirias pembayang mata satu warna saja maka kini semarakkan jendela mata dengan sapuan pembayang mata dua warna.

"Selain menggabungkan nuansa jingga dan merah jambu terang, wanita boleh memilih palet warna hijau dan kuning, ungu dan merah jambu atau biru gelap dan merah jambu," ulas Vie yang tidak menggalakkan wanita mengaplikasi solekan warna terang dan kontra pada setiap bahagian wajah.

"Jika kelopak mata sudah berwarna terang pastikan bahagian pipi dan bibir menggunakan warna lembut begitulah sebaliknya.

Sehubungan itu, bagi mendidik wanita agar mencuba solekan warna terang dan kontra maka koleksi mekap 4U2 Cosmetics antara pilihan yang sesuai.

Alat solek yang terdiri daripada pembayang mata, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir itu hadir dalam pelbagai warna terang dan ceria. Ia boleh didapati di semua farmasi Watsons di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM12.90 hingga RM59.90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 08 May 2011 09:21 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Tak serik main futsal

Posted:

Tak serik main futsal

Tak serik main futsal

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Solekan NURUL MOHTAR 010-4220499
nrstudiogallery.blogspot.com



SAMBIL menunjukkan kuku kakinya yang lebam akibat bermain futsal, gadis manis berwajah ayu ini tetap menggagahkan diri menjayakan sesi fotografi tengah hari itu. Mulanya dia agak kekok dan malu-malu. Namun lama kelamaan dengan bimbingan jurugambar FARIZWAN HASBULLAH bakatnya semakin menyerlah.

"Maaf ya kak, saya tak pandai nak beraksi depan kamera. Lagi pun kaki masih rasa sakit sebab ada darah beku di situ," ujarnya.

Nadhira Mustapha, 21, lebih mesra disapa Diera, walau kelihatan pemalu dan lemah lembut namun lasak orangnya. Gemar bermain futsal dan berjalan-jalan bersama teman, sesuai dengan jiwa mereka yang sebaya dengannya.

Bagi gadis berbintang Gemini ini, kesakitan akibat cedera ketika bermain futsal sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus meminati permainan itu. Aksi ligatnya di gelanggang juga memukau perhatian. Malah menurutnya, dia juga pernah menjaringkan gol ketika perlawanan.

"Setiap kali ada perlawanan futsal di kolej, saya pasti ikut. Kadang-kadang kalau tak ada perlawanan sekali pun, bila dah cukup korum kami tetap bermain untuk melepaskan gian," kata anak bongsu empat beradik itu.

Diera baru sahaja menamatkan diploma jurusan Pengajian Perniagaan di Kolej Politeknik Mara Bangi. Bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara September nanti, dia sangat berharap permohonannya akan diterima. Tambahan pula, dia ingin menambah ilmu sebanyak mungkin dalam bidang perniagaan sebelum cuba berdikari bagi merealisasikan impian sendiri.

Bercakap mengenai fesyen, gadis berasal dari Ampang ini sangat menyukai gaya kasual terutama seluar denim. Diera memiliki himpunan seluar jenis itu bagi dipadankan dengan pelbagai jenis baju dan jaket yang turut menjadi koleksi peribadi kesayangannya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 08 May 2011 09:06 AM PDT

Utusan Online - Johor


Palang halang tugas bomba

Posted:

Palang halang tugas bomba

Palang halang tugas bomba

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


SHUKOR Sani Hashim menyampaikan sumbangan kepada (dua dari kiri) Halimah Husin dan Siti Rahayu Abdul Rahman di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID


JOHOR BAHRU 7 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri bimbang dengan trend memasang palang bagi menghalang lori melalui kawasan perumahan oleh segelintir penduduk kerana ia boleh menghalang bomba sampai ke tempat kejadian jika berlaku kebakaran.

Timbalan Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Shukor Sani Hashim berkata, biarpun trend itu belum berada pada tahap membimbangkan, namun ia dilihat antara pendekatan digemari penduduk atas faktor keselamatan.

Menurutnya, tinjauan pihaknya ke kawasan perumahan di sekitar bandar raya ini mendapati terdapat 15 hingga 20 palang seumpama itu telah dipasang dan ia telah dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan.

"Kita faham dengan kehendak masyarakat yang berbuat demikian, namun ia sebenarnya boleh menyebabkan waktu sampai ke tempat kejadian menjadi lebih lama sekali gus kita khuatir perkara lebih buruk berlaku.

"Pada kebiasaannya, kita mampu sampai ke tempat kejadian dalam tempoh kurang 10 minit tetapi disebabkan palang, kita sampai lebih lewat," katanya selepas Sambutan Hari Anggota Bomba ke-36 peringkat negeri, di sini hari ini.

Pada majlis yang bermula pukul 8.30 pagi yang dimeriahkan dengan perbarisan kehormatan oleh 36 anggota bomba pelbagai pangkat itu, seramai 15 anggota yang cemerlang turut menerima sijil penghargaan masing-masing.

Selain itu, Shukor turut menyampaikan sumbangan Koperasi Persatuan Bomba dan bantuan Cuepacs kepada waris keluarga salah seorang anggota bomba, Abdul Rahman Md. Yasin yang meninggal semasa bertugas pada 2010 diterima oleh Halimah Husin, 57 dan anaknya, Siti Rahayu Abdul Rahman

Dalam pada itu, Shukor memberitahu, beliau juga telah mengarahkan pegawai dan anggotanya untuk memantau pili bomba di kawasan masing-masing kerana pihaknya turut menerima laporan membabitkan kecurian besi pada pili berkenaan.

"Tahun lalu sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menyelenggara pili-pili bomba yang mengalami kerosakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peranan guru, ibu bapa penting

Posted:

Peranan guru, ibu bapa penting

Peranan guru, ibu bapa penting

LEDANG 7 Mei - Kejayaan pelajar bukan sahaja atas bimbingan guru, tetapi dorongan dan komitmen ibu bapa amat diperlukan untuk memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaran serta aspek lain.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, komitmen ibu bapa amat penting supaya anak- anak dapat menyedari betapa pentingnya pelajaran demi masa depan mereka.

"Kesedaran mengenai kecemerlangan pelajaran perlu dipupuk sejak usia muda agar mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

"Anak-anak kita mungkin ada yang berbeza dari segi kecerdikan tetapi saya percaya masing-masing mempunyai keupayaan untuk berjaya," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tangkak, di sini semalam.

Turut hadir, Guru Besar SK Sri Tangkak, Ngarisan Jurimi dan Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Zakaria Osman.

Abdul Ghani berkata, pelajar tidak sewajarnya hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi harus aktif melibatkan diri dalam kokurikulum yang dapat mencungkil pemikiran kreatif.

"Usaha kerajaan menerusi pelbagai pendekatan termasuk dedikasi para guru sememangnya memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar di seluruh negeri ini ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 08 May 2011 03:21 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Pengalaman pesakit saraf MS

Posted:

Pengalaman pesakit saraf MS

Pengalaman pesakit saraf MS

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SELEPAS disahkan menghidap penyakit saraf multiple sclerosis (MS) setahun lalu, kehidupan Nazatul Aqmar Nazri, 25 mula berubah.

Ketika berumur 14 tahun, dia mula mendapat tanda awal tentang MS. Kadang-kadang dia mengalami gangguan memori, percakapan sukar untuk berjalan dan badan sebelah kiri terasa berat. Lebih berat lagi, apabila dia tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan besar. Namun simptom tersebut kadang-kadang datang dan hilang. Namun, Nazatul tidak menghiraukan keadaan itu kerana ingin menumpukan pada pelajaran dan aktiviti sekolah.

Dia pernah dimasukkan ke wad dan doktor mendapati ada tanda putih di otaknya. Dia menolak apabila pihak hospital mahu mengambil air tulang belakang untuk memastikan punca sebenar penyakitnya.

Sepanjang sepuluh tahun, Nazatul berhadapan dengan tanda-tanda MS yang dianggapnya normal kerana ia hanya hadir buat sementara.

Bahkan, wanita muda yang bekerja sebagai pelatih pengurusan ini tetap aktif dalam acara sukan dan kebudayaan sekolahnya.

Perubahan

Melalui usia remaja dengan pelbagai cabaran, Nazatul sekali lagi diuji apabila dia terpaksa dibawa ke hospital pada tahun lalu dan menjalani ujian air tulang belakang dan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Dengan perasaan penuh debar, dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika disahkan MS, Nazatul tidak menyangka pada usia muda dia diserang penyakit saraf. Lebih membimbangkan, dia baru sahaja mahu membina karier.

Sejak itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya. Nazatul kerap diserang gangguan memori dan hilang ingatan.

"Jika seminggu MS menyerang saraf lidah saya, percakapan saya menjadi pelat. Jika ia mengganggu saraf tangan, saya tidak dapat memegang benda dengan betul. Saya terpaksa melupakan cita-cita saya sebagai tukang masak ketika itu," ujarnya yang kini mendapatkan rawatan ubat daripada Hospital tetapi tidak mampu menampung perbelanjaan ubat-ubatannya yang mencecah ribuan Ringgit Malaysia.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah penderitaan Nazatul yang tidak menghalangnya meneruskan kehidupan. Dia bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.

Dia pernah dikatakan berjalan dengan sugar daddy gara-gara berpegangan tangan dengan bapanya ketika berjalan.

"Orang lain tidak tahu apa yang dialami oleh pesakit MS. Ada yang beranggapan kami mengada-ngada. Ini mungkin disebabkan penyakit ini tidak menyerang sepanjang masa tetapi boleh hadir secara tiba-tiba. Keluarga amat memberi sokongan kepada saya. Kalau saya berjalan dengan bapa, dia akan pegang tangan saya. Dia tahu saya mungkin tidak nampak atau tiba-tiba berasa kebas.

Namun, ada juga orang kutuk saya sebab jalan dengan kekasih tua. Tetapi saya dikelilingi kawan-kawan yang positif. Mereka sokong dan ada yang menyediakan keperluan saya apabila saya memerlukan bantuan," ujarnya dengan tenang.

Harapan

Selain rawatan daripada aspek ubat-ubatan, Nazatul turut mendapat khidmat nasihat dan motivasi yang membaik pulih kesihatan emosinya. Dengan sokongan rakan senasib sepertinya, dia lebih yakin dan kuat.

Kini Nazatul aktif dalam persatuan MS dan membantu pesakit lain dengan berkongsi pengalamannya.

"Saya harap orang ramai mendapat kesedaran MS pada peringkat awal. Jika penyakit ini dapat dikesan awal, masalah yang lebih serius dapat dikawal. Bagi pesakit sendiri, mereka tidak boleh berfikiran negatif. Sebaliknya, mereka perlu positif dan mengambil langkah untuk memulihkan keadaan. Misalnya, jika anda mungkin diserang masalah gangguan memeri, anda perlu catat segala keperluan atau aktiviti harian yang perlu dilakukan," katanya.

Punca

Dalam pada itu, ahli neurologi HKL, Dr. Shanti Viswanathan berkata, MS sebenar penyakit yang sukar dipastikan puncanya secara tepat. Ia adalah sejenis penyakit iaitu sel-sel daripada sistem imun badan pesakit sendiri menyerang lapisan luar saraf iaitu "myelin" yang mustahak untuk penghantaran dorongan mengakibatkan saraf itu itu tidak berfungsi dengan baik. Serangan ini boleh terjadi kepada saraf mata, otak atau saraf tunjang dan serangan ini adalah berulang-ulang. Pada mulanya, pesakit boleh sembuh dengan sepenuhnya daripada serangan sistem imun ini tetapi lama kelamaan badan pesakit tidak dapat berbuat demikian dan pesakit ditinggalkan dengan kecacatan atau disabiliti seperti masalah berjalan, melihat atau kebas-kebas anggota badan.

"Jika seseorang doktor mengesan kelainan pada pesakit mungkin simptom yang berulang, adalah wajar beliau merujuk pesakit ini kepada pakar neurologi. Setiap anggota masyarakat mendapat kesedaran mengenai wujudnya penyakit ini dan betapa pentingnya didiagnosakan dengan tepat dan awal serta meneriam rawatan yang optima.

''Kini terdapat ubat-ubatan yang baru yang walaupun tidak dapat menyembuhkan penyakit ini dapat mengawalnya supaya risiko serangan berulang keatas system saraf dapat dielakkan dan dengan itu risiko kecacatan seperti lumpuh kaki mahupun kurang penglihatan dapat di kurangkan. Memang tidak dapat dinafikan kos ubatan ini adalah tinggi dan setiap pesakit perlulah diperiksa sama ada sesuai dimulakan ubat ini atau tidak," jelasnya.

Sementara itu, Persatuan MS akan mengadakan kempen kesedaran, 'I Walk for MS' terbuka untuk pesakit MS dan orang ramai. Kempen ini akan berlangsung pada 22 Mei 2011 di Taman Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen MS, orang ramai boleh melayari www.mswalk.com.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Homeopati rawat secara holistik

Posted:

Homeopati rawat secara holistik

Homeopati rawat secara holistik

Oleh BINTU RASYADA A.RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my


Dos penawar diberi kepada pesakit berdasarkan punca kesakitan dan keadaan tubuh badan. Maklumat lanjut layari www.mphm.org.my


MASIH ramai yang tidak tahu mengenai apa sebenarnya perubatan homeopati. Justeru kami sangat berharap satu rang undang-undang mengenainya akan diluluskan supaya tidak ada yang tertipu," kata Pengerusi Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Zainul Azmi Ahmad.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini berkata, perubatan homeopati bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia kerana ia sudah bertapak selepas perang dunia kedua lagi.

Menurut beliau, perubatan alternatif itu dibawa oleh Kolonel Sheikh Amin Rajah, iaitu seorang pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an lagi di Singapura. Ketika itu ia digunakan bagi merawat tentera yang sakit dan juga cedera ketika perang.

Selepas itu, tokoh politik terkenal, Dr. Burhanuddeen Helmi pula meneruskan rawatan tersebut sehinggalah ia dibawa ke Kuala Lumpur pada tahun 1960-an dan berkembang dengan pesat ke seluruh negara.

Mengimbas asal-usul perubatan homeopati kata beliau, ia diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann sekitar abad ke 18 di Jerman dan kemudian ia berkembang ke seluruh Eropah. Banyak peristiwa membuktikan rawatan itu berkesan menyembuhkan penyakit. Antaranya Perang Leipsig yang berlaku pada 1813 melibatkan tentera Napolean Bonaparte mengalami typhoid ketika kembali ke Perancis. Sebanyak 180 daripada mereka berjaya dirawat oleh Hahnemann dan hanya seorang menemui maut.

Selepas kematian Hahnemann, kaedah homeopati tersebar di seluruh dunia malah rawatan jenis itu turut diluluskan di Parlimen United Kingdom, India dan Pakistan.

Rawatan

"Homeopati adalah rawatan secara holistik dan bersifat individualistik. Tiada dua orang yang mengalami keadaan yang sama. Kita boleh bercakap mengenai sakit kepala contohnya, namun puncanya tidak sama," kata beliau.

Bercakap mengenai rawatan yang diberikan kata Zainal Azmi, ia lebih kepada penawar yang diberikan berdasarkan keperluan seseorang. Pengamal homeopati katanya akan mengenal pasti punca kesakitan terlebih dahulu dan latar seseorang sebelum sesuatu penawar diberi.

Ia berdasarkan kepada Prinsip Kesamaan yang bermaksud apabila simptom penyakit dikenalpasti berpandukan simptom yang dialami oleh individu sihat ketika tempoh percubaan rawatan, maka ia dirawat dengan cara memperbaiki dan menghilangkan simptom penyakit selepas diberi penawar yang spesifik.

"Sebagai contoh pengambilan allium cepa (bahan terdapat dalam bawang merah) oleh individu sihat, lalu simptom viral rhinitis dan demam biasa dikenalpasti wujud. Justeru dengan pengambilan sedikit dos allium cepa oleh mereka yang mengalami viral rhinitis mampu menghilangkan keadaan tersebut," katanya.

Beliau tidak menafikan homeopati sememangnya bukan penawar segala penyakit kerana ia mempunyai batas-batas tertentu. Misalnya penyakit berkaitan dengan jantung yang semestinya memerlukan pembedahan. Begitu juga akibat kemalangan dan sebagainya.

Namun bagi sesetengah penyakit kronik yang jika dirawat dari awal menggunakan pendekatan homeopati, ia mampu menyekat penularan penyakit secara perlahan-lahan dan seterusnya tidak mustahil mampu menyembuhkan.

"Kadangkala pesakit datang kepada kita bila keadaan sudah berada pada tahap kritikal. Memang kita tak mampu untuk berbuat apa-apa," kata beliau yang mempunyai klinik homeopati sendiri di Alor Setar, Kedah.

Bercakap mengenai ubat atau lebih tepat disebut penawar yang diberikan jelas beliau, ia berdasarkan kepada sumber tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi dadah. Jenis-jenis rawatan ubat makan berbentuk tablet, globul, kapsul dan sirap. Kadangkala untuk rawatan tertentu, krim dan losyen turut digunakan.

Di negara Barat kata beliau, terdapat juga rawatan homeopati dalam bentuk suntikan tetapi tidak di Malaysia.

Perubatan komplimentari

Dalam usaha memartabatkan rawatan homeopati sebagai perubatan alternatif dan komplimentari kata Zainul Azmi, pihaknya sedang berusaha bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan undang-undang mengenainya diluluskan dalam masa terdekat.

"Kami mahu homeopati menjadi salah satu rawatan yang dipercayai dan tidak ada lagi pihak yang menjalankan penipuan atas nama rawatan ini untuk mencari keuntungan peribadi," kata beliau.

Selain itu menurutnya, pihak MPHM juga katanya akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai homeopati yang bakal diadakan pada Julai nanti.

Pada persidangan tersebut, pakar-pakar homeopati dari seluruh dunia akan berkumpul untuk berkongsi maklumat dan pendedahan mengenai rawatan tersebut.

Antara yang menarik perhatian katanya jurucakap dari Cuba yang akan berkongsi pengalaman perubatan homeopati dalam merawat masalah virus leptospirosis di negara tersebut. Disebabkan berstatus negara dunia ketiga, keterbatasan kewangan menyebabkan pakar-pakar di situ cuba mendapatkan rawatan alternatif dalam mengekang sesetengah penyakit.

"Sebenarnya rawatan homeopati sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia. Malah jika ke negara seberang, rawatan ini dianggap mewah dan mereka yang mampu sahaja mendapatkannya," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 08 May 2011 01:30 AM PDT

Kosmo Online - Kesihatan


Sakit kronik kanak-kanak

Posted:

Sakit kronik kanak-kanak

Sakit kronik kanak-kanak

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my


BERAT badan Aiqqal menyusut sehingga 15 kilogram walaupun mampu menghabiskan enam pinggan nasi pada satu masa.


MISTERI kelainan tabiat pemakanan yang dialami Muhammad Aiqqal Azman, 12, mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya pelbagai pihak.

Mana tidaknya, dia didakwa mempunyai selera makan yang luar biasa sehingga mampu menghabiskan sehingga enam pinggan nasi sekali gus apabila lapar.

Apa yang peliknya, tubuh kanak-kanak yang mesra dipanggil Aiqqal ini semakin hari semakin melidi malah berat badannya menyusut daripada 35 kilogram (kg) kepada 20kg.

"Kalau dia kata lapar, bukan kira pinggan, satu periuk pun boleh dihabiskan seorang. Selera makannya bertambah berkali-kali ganda.

"Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak, tetapi dia juga makan dengan kerap tanpa mengira masa dan tempat.

"Pernah juga dia bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan. Dia menjadi kuat makan secara tiba-tiba tetapi apa yang peliknya, badannya semakin kurus, sampaikan tinggal kulit dan tulang sahaja," kata ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkifli, 37.

Lantaran keadaan anaknya yang luar biasa itu, Aiqqal dibawa ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Ampang Puteri untuk diberi rawatan.

Perut tikus

"Doktor yang merawat anak saya juga bingung dengan keadaannya. Dia disahkan tidak menghadapi masalah kesihatan dan gagal mencari punca misteri yang menimpanya.

"Apa yang lebih mengejutkan, doktor memberitahu, saiz perut Aiqqal hanya sebesar perut tikus seolah-olah dia tidak pernah makan.

"Kami sendiri hilang punca, ke mana semua makanan yang diambil selama ini?" kata bapanya, Azman Che Mohd. Salleh, 40.

Keadaan Aiqqal kini bertambah baik. Kombinasi rawatan Islam dan perubatan moden yang diterima sepanjang berada di hospital sepanjang minggu lalu mula memberi kesan positif buat anak ini.

Tubuhnya sudah berupaya untuk dimasukkan nutrien bagi membina semula zat-zat dalam tubuhnya.

Mengulas tabiat pemakanan yang dialami oleh Aiqqal, Ketua Dietetik dan Pemakanan Berkhasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad menganggap ia sebagai satu kes ganjil yang perlu ditangani segera bagi mengelak timbul masalah kesihatan lain.

"Aiqqal mungkin mengalami gejala pola pemakanan sporadik iaitu makan dengan kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

"Dia juga mungkin mempunyai masalah organ hati yang tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengganggu sistem penyerapan lemak.

"Bagaimanapun, ini semua adalah jangkaan sahaja. Masih banyak pemeriksaan dan ujian yang perlu dijalankan ke atas pesakit untuk memperoleh maklumat latar belakang yang lebih terperinci mengenai kelainan tabiat pemakanan yang dihadapi Aiqqal," jelas Fatimah.

Iklan televisyen

Menerangkan lebih lanjut tentang pemakanan kanak-kanak normal, Fatimah menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau pengambilan makanan oleh anak-anak mereka.

"Kanak-kanak berada dalam pola tumbesaran yang mana pada fasa ini mereka memerlukan makanan berkhasiat.

"Tidak dinafikan kanak-kanak mudah terdedah kepada iklan makanan di televisyen terutamanya makanan segera.

"Namun, ibu bapa perlu bertegas kerana pengambilan makanan yang tidak betul boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak-anak.

"Jangan terkejut jika pada hari ini kanak-kanak juga boleh mendapat penyakit orang dewasa seperti kencing manis dan darah tinggi, apatah lagi jika pengambilan makanan tidak dikawal dan jarang melakukan aktiviti fizikal," katanya.

Taska rangsang selera

Di sebalik isu penjualan nasi lemak yang hangat diperkatakan sebagai punca pelajar obes, Fatimah berpendapat penekanan terhadap pengambilan makanan semata-mata tidak cukup untuk menjamin kanak-kanak kekal sihat.

"Kanak-kanak cenderung untuk menjadi kurus atau gemuk. Rasa lapar dan selera memang merangsang kanak-kanak untuk makan lebih, lebih-lebih lagi apabila berada dalam persekitaran yang mengamalkan makan secara beramai-ramai seperti di taska.

"Sebagai ibu bapa, kita perlu kawal dan pantau pembesaran anak dengan memberi mereka makan makanan berkhasiat.

"Bagi kanak-kanak yang kurang berat badan, mereka perlu diberi makan dengan kerap dalam kuantiti yang sederhana.

"Bagi kanak-kanak yang lebih berat badan pula, mereka boleh diberi makan tiga kali sehari.

"Selain diberi makanan bernutrisi, mereka juga perlu bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

"Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk memberi ruang kepada pelajar bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya.

Trend global yang menunjukkan peningkatan penyakit kronik dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat memang menjadi cabaran yang semakin sukar ditangani.

Ia menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila statistik kesihatan mendedahkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis atau diabetes jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dulu obes kini anoreksia

Posted:

Dulu obes kini anoreksia

Dulu obes kini anoreksia


MALISSA mampu bertahan hanya setahun selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Kini dia sedang bertarung dengan anoreksia yang boleh membawa maut.


EMPAT tahun lalu, Malissa Jones, merupakan remaja tergemuk di Britain dengan berat badan 215 kilogram (kg).

Dia sangat menggemari coklat, kerepek dan makanan bergoreng malah mampu menghabiskan 10 bar coklat Mars dalam satu-satu masa.

Selain itu, pola pemakanannya juga bukan di tahap normal apabila dia mengambil 15,000 kalori sehari iaitu 7.5 kali ganda daripada kadar yang sepatutnya diambil oleh gadis seusianya.

Keinginan untuk sentiasa makan dan mengunyah memuncak apabila waktu malam. Dia mengaku pernah berkejar ke peti ais dan makan daging burger mentah dengan gelojoh.

Tabiat pemakanannya yang melampau itu akhirnya memberi masalah lain kepada Malissa.

Tubuhnya yang semakin berat menyukarkan pergerakannya sehingga dia memerlukan alat bantuan oksigen ketika tidur. Malissa turut menghidap lelah dan mengalami masalah jantung yang sering dihidapi orang berusia.

Lantaran itu, ketika umurnya 17 tahun, pada tahun 2008, Malissa mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik walaupun kaedah itu boleh membawa risiko maut kerana dilakukan pada remaja sepertinya.

Dia mengakui doktor memberi amaran tentang risiko yang terpaksa diambil dan dia boleh meninggal dunia. Namun, Malissa berpendapat dia tiada pilihan kerana lama-kelamaan dia akhirnya akan mati.

Menjadi orang termuda yang menjalani pintasan gastrik di dunia, pembedahan ke atas anak kelahiran Selby, North Yorkshire itu bukan sahaja berjaya malah lebih separuh berat badannya hilang dalam masa setahun.

"Dalam tempoh itu saya seperti menemui dunia baharu. Saya pergi ke kelab malam setiap hujung minggu dan memiliki ramai teman lelaki kerana rasa lebih menarik dan yakin terhadap diri sendiri," katanya.

Menurut laporan Daily Mail Online, Malissa sempat berpacaran dengan teman lelakinya, Chris Robottom, 22. Mimpi ngeri Malissa bermula ketika dia hamil enam bulan.

Dia berdepan dengan masalah kegagalan fungsi hati sehingga memaksa bayinya dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia sejam selepas dia dilahirkan.

Kehamilan itu turut menyebabkan berat badan Malissa menyusut secara mendadak sehingga dia hilang minat terhadap makanan dan disahkan anoreksia.

"Badan saya seperti menerima kejutan apabila menjadi terlalu kurus.

"Bukan tidak mahu makan, tetapi menelan secebis makanan hanya membuat saya bertambah sakit," katanya yang hanya mengambil tiga batang lobak merah, sebiji ubi dan kentang panggang dengan nilai 300 kalori setiap hari.

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Funke Baffour dari Waltham Cross, Malissa mungkin menerima gangguan psikologi apabila dia kini terpaksa berdepan dengan kesan pembedahan yang dijalaninya dahulu.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia cuba menyekat sebarang perhubungan dengan makanan.

"Kemungkinan Malissa takut untuk menjadi gemuk kembali, jadi dia mencuba untuk menjauhi dirinya dari menjamah makanan," katanya.

Memiliki ketinggian 1.7 meter, Malissa kini hanya memiliki berat 50kg.

Terkini, doktor memberinya amaran untuk meningkatkan selera makan atau dia terpaksa berdepan dengan risiko maut dalam tempoh enam bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 07 May 2011 01:39 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Selesa berjumpa doktor lelaki

Posted:

Selesa berjumpa doktor lelaki

Selesa berjumpa doktor lelaki

Soalan 1

Doktor, saya ada terbaca kenyataan akhbar baru-baru ini yang menyatakan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan .

Menurut laporan tersebut, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.

Persoalan saya, adakah punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk?

* Kay, Klang Selangor.

Kay,

Mungkin kenyataan bahawa kebanyakan lelaki malu untuk membuat pemeriksaan kesihatan agak kurang tepat kerana kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki memang mahu menjalankan pemeriksaan cuma mereka memerlukan suasana yang bersesuaian dengan mereka. Ini termasuklah masa yang sesuai contohnya selepas waktu pejabat, doktor yang memahami masalah lelaki yang memberikan maklumat dengan ringkas, tepat dan jelas dalam suasana yang riang dengan sedikit jenaka. Golongan lelaki mungkin lebih selesa jika mereka dapat berjumpa dengan doktor lelaki terutamanya apabila ingin membincangkan isu-isu yang sensitif contohnya permasalahan seksual.

Amalan 'mencuba' ubat-ubatan dan kaedah perawatan yang tidak diperakui oleh pihak berkuasa atau pakar perubatan bakal mengundang padah. Baru-baru ini saya melihat dua pesakit yang menyesal kerana menyuntik bahan kimia ke zakar mereka dengan harapan dapat 'membesarkan' zakar tetapi telah memberi kesan buruk terhadap zakar dan seterusnya kehidupan seksual mereka.

Saya bersetuju dengan pendapat Kay bahawa banyak masalah yang timbul di kalangan lelaki dan juga wanita berpunca dari cara hidup yang tidak sihat ditambah dengan stress yang yang semakin meningkat sekarang. Ini memberi kesan negatif terhadap kualiti kehidupan mereka.

Kanser prostat boleh dielak

Soalan2

BERCAKAP tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki . Soalan saya, bolehkah kanser prostat dielakkan?

* DZUL, Kuala Lumpur.

Dzul,

Kanser prostat biasanya berlaku pada usia selepas 60-an dan ia berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pesakit boleh jadi tidak ada tanda-tanda khusus. Bagaiamanapun tanda-tanda yang mungkin berlaku termasuklah berkaitan masalah kencing sama ada kencing berdarah, tidak boleh kencing dan sebagainya. Tanda-tanda lain apabila kanser telah merebak ke tempat lain termasuklah sakit tulang atau masalah penyakit hati. Bagaimanapun tanda-tanda am yang disebabkan oleh semua jenis kanser juga boleh berlaku. Contohnya, hilang berat badan, pucat, letih, tak lalu makan dan sebagainya.

Kanser prostat mungkin berkaitan dengan faktor keturunan, pemakanan yang melibatkan kekurangan beberapa jenis vitamin, pengambilan alkohol yang berlebihan, jangkitan kuman di kelenjar prostat dan masalah kegemukan. Secara amnya, kalau kita dapat menjaga pemakanan yang seimbang dan mempunyai berat badan yang ideal secara tidak langsung boleh mengelakkan kanser prostat. Begitu juga dengan menjauhkan amalan seks rambang yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di kelenjar prostat juga boleh mengelakkan masalah kanser prostat. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat contohnya ayah atau abang yang mengidap kanser prostat, elok dilakukan pengesanan awal dengan menjalankan beberapa pemeriksaan termasuklah pemeriksaan prostat dan darah prostate specific antigen (PSA).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadiah istimewa buat ibu

Posted:

Hadiah istimewa buat ibu

Hadiah istimewa buat ibu

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Kasih ibu membawa ke syurga. Segala pengorbanannya tidak cukup dibalas pada Hari Ibu yang jatuh pada hari ini sahaja tetapi perlu diingati sepanjang hayat kita. Mencari hadiah istimewa untuk ibu pula bukanlah mudah. Ini kerana hadiah yang diberikan itu mewakili rasa kasih, sayang, hormat juga tanda terima kasih si anak kepada insan yang telah membawa mereka ke dunia ini.

Mencari hadiah terbaik mungkin antara dilema yang dihadapi oleh anak-anak dengan harapan si ibu akan berbesar hati menerimanya dan sekali gus memberi satu perasaan puas dan bangga kepada si anak.

Percayalah walau apa jua hadiah yang anda berikan kepada ibu sempena hari istimewa itu akan membuatkan dia seronok, tetapi jika anda memilih koleksi penjagaan wajah dan solekan terbaru pasti membuatkan ibu anda terharu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan