Selasa, 10 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 10 May 2011 01:04 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Suami penyayang bertukar jadi garang

Posted:

Suami penyayang bertukar jadi garang

Suami penyayang bertukar jadi garang

Oleh ZUHAYATI YAZID


SIKAP panas baran suaminya menyebabkan Zafira sentiasa tidak tenteram. - Gambar hiasan


BIARPUN sakit dan malu kerana ditampar dan diterajang suami, Zafira (bukan nama sebenar) tetap sayang kepada suaminya, Farhan (bukan nama sebenar) dan seolah-olah sudah kalis dengan sikap panas baran suaminya.

Sekiranya suami naik angin dia akan membiarkan dia sendirian sehinggalah keadaan reda.

"Kalau tengok dia naik angin saya selalu letak segelas air kosong di sebelahnya dan cepat-cepat bawa anak-anak masuk bilik,'' ujarnya menceritakan pengalaman mempunyai suami yang panas baran.

Dia memang cukup masak dengan perangai suaminya ketika sedang mengamuk bagai gajah naik minyak.

Punca kemarahan pula selalunya tidaklah sebesar mana. Tetapi amukan suami boleh memakan masa berminggu-minggu.

Apabila panas baran sudah sampai, muka si suami serta-merta akan berubah. Ia menjadi merahpadam manakala tangan pula terketar-ketar.

"Masa mula-mula kahwin memang saya trauma. Tetapi kini selepas hampir tujuh tahun bersama, saya semakin lali dengan keadaan itu" ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Ceritanya lagi, dia pernah demam akibat ditampar suami hanya kerana ingin menukar langsir baru di rumah tetapi tidak dipersetujui oleh suami.

"Masa itu, saya takut sangat. Lepas kena tampar terus demam dan langsung tak jadi nak tukar langsir,'' ujarnya.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui kadang-kadang dia terfikir sifat baran suaminya itu mungkin ada kaitan dengan genatik atau cara seseorang itu dibesarkan.

Ini katanya, semua adik beradik suaminya juga bersikap panas baran.

"Suami memberitahu masa kanak-kanak dulu dia sering dipukul ibu tiri.

"Mungkin sebab itu juga dia bersikap panas baran untuk melepaskan kemarahan yang dipendam semasa zaman kanak-kanak.

"Sekarang saya takut anak-anak akan mengikut jejak mewarisi panas bapa mereka,'' ujarnya.

Menurut Zafira, bukan tidak pernah berusaha untuk 'mengubati' panas baran tersebut, malah suaminya pernah beberapa kali menjalani sesi kaunseling.

Namun sikap suaminya tetap tidak berubah.

"Biasanya seminggu saja dia berubah. Selepas itu perangainya kembali seperti asal,'' ujarnya.

Cerita Zafira lagi, sikap panas baran suaminya itu sudah diketahui sejak mereka bercinta lagi. Namun dia mengharapkan keadaan tersebut berubah selepas berkahwin dan mempunyai anak.

Sangkaan tersebut meleset apabila selepas berkahwin panas baran suami semakin menjadi-jadi.

Malah, ada ketikanya Zafira mendapat laporan daripada rakan-rakan dan teman-teman sepejabat mengenai sikap baran suaminya dan selalu bertegang urat dengan rakan-rakan.

Mujurlah, ramai di kalangan rakan-rakan mengetahui mengetahui sikap baran suaminya itu dan mengambil sikap berdiam diri agar pertelingkahan tidak berpanjangan menjadi sesuatu yang lebih buruk.

Selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Zafira sendiri masih boleh bersabar dan mendiamkan diri walaupun sedar dirinya terlalu dikongkong oleh suami.

Segalanya disebabkan oleh rasa sayang yang kuat terhadap suami dan tidak mahu anak-anak kehilangan bapa mereka.

Namun di lubuk hatinya, dia berharap suaminya berubah menjadi normal.

Ditanya mengenai latar belakang suaminya, Zafira memberitahu suaminya mempunyai adik beradik yang ramai dan tinggal bersama ibu tiri.

"Mungkin keadaan dirinya yang sering didera oleh ibu tiri dan sering dimarahi oleh ayahnya sendiri membuatkan dia berdendam sehingga kini.

"Malah sehingga kini suami sangat marah dan akan melenting sehari suntuk apabila saya menghidangkan ikan sardin untuk keluarga.

"Hidangan tersebut seolah-olah mengingatkan dia tentang kehidupan silamnya yang penuh duka," katanya.

Ceritanya lagi, ketika suaminya berang, dia hanya mendiamkan diri mengelakkan terus di 'dibaham' suaminya itu.

"Sebab itu, setiap kali suami mengamuk, saya akan membawa anak-anak masuk ke bilik. Ini bagi mengelakkan anak-anak juga menjadi mangsanya,'' ujarnya serius.

Katanya lagi, dahulu dia pernah bertikam lidah semasa suaminya mengamuk tetapi keadaan itu hanya memanaskan lagi keadaan.

"Jadi jalan yang terbaik untuk melegakan adalah biarkan dia bersendirian, lama-lama dia akan sejuk sendiri," ujarnya berterus terang

Bagaimanapun, katanya lagi, walaupun dia bertukar menjadi singa semasa marah tetapi apabila keadaan dirinya normal, dia adalah seorang yang penyayang.

Kata Zafira lagi, apabila keadaan suaminya sudah 'sejuk' dia adalah seorang suami yang penyayang dan romantik.

"Sikap itu menjadi benteng kepada hubungan kami," katanya.

Apabila ditanya pernahkah dia cuba bertanya dengan suaminya sehingga sanggup bersikap sedemikian kepada dirinya, suaminya pernah memberitahu bahawa ketika dirinya sedang marah dia seolah-olah tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukan.

Tetapi jelasnya, selepas menyedari perbuatan dia sangat menyesal dengan tindakan dirinya itu.

"Ada juga menasihati dirinya supaya mengamalkan ayat-ayat suci sebagai pelindung selain mengawal diri supaya tidak terlalu pemarah.

"Malah saya sendiri turut mendoakan dirinya supaya berubah,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Marah itu dari syaitan

Posted:

Marah itu dari syaitan

Marah itu dari syaitan

Oleh ZUHAYATI YAZID


Sikap marah ada pada seseorang namun bergantung kepada individu itu bagaimana mereka mengawalnya. - Gambar hiasan


RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

"Sebab itu, ketika berdepan dengan orang yang sedang marah, kita disarankan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat.

"Keadaan itu mampu melegakan keadaan kerana air yang digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan."

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail ketika diminta mengulas mengenai bagaimana mengatasi panas baran dalam kaedah Islam.

Jelas beliau, sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal.

"Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas.

"Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air.

"Walaupun sedikit ia mampu mengurangkan api kemarahan yang sedang membara itu.

"Malah dalam Quran sendiri memberitahu air adalah kepada penawar yang menyembuhkan segala penyakit.

"Selain itu, kita juga disaran untuk mengubah posisi diri ketika sedang dalam keadaan marah.

"Keadaan itu juga mampu meredakan keadaan yang tengah membara itu.

"Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat-cepat memperingati Allah dengan beristighfar. Yang paling baik bersolat bagi mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yang ada pada dirinya,'' ujarnya.

Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yang tidak kena, namun dalam Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bagi mengelakkan daripada terus berlarutan.

Dalam situasi tersebut, berikan ruang individu itu meluahkan untuk melepaskan ketidakpuasan hati, sementara kita pula yang menjadi pendengar janganlah pula cuba memprovokasi keadaan tetapi sebaliknya cukuplah menjadi pendengar setia.

"Dalam situasi itu, dengarlah luahannya dengan keadaan tenang sekurang-kurang memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya,'' ujarnya lagi.

Sekiranya dimarahi anggaplah itu sebagai perantara untuk individu berkenaan melepas ketidakpuasan yang berlaku.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).

* Minum air.

* Mendiamkan diri ketika marah.

* Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

* Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

* Berfikiran positif.

* Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

* Bawa bertenang seperti menarik nafas.

* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 10 May 2011 09:46 AM PDT

Utusan Online - Johor


Sengaja menempah maut

Posted:

Sengaja menempah maut

Sengaja menempah maut

Saudara Pengarang,
JEJAKA JB
Johor Bahru


TINDAKAN segelintir orang ramai yang enggan menggunakan jejantas boleh membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya yang lain. (Gambar Hiasan)


SAYA kerap menggunakan jalan utama khususnya di hadapan JB Sentral dan Jalan Wong Ah Fook di Johor Bahru untuk pergi dan balik kerja.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah segelintir sikap masyarakat yang enggan menggunakan jejantas untuk pejalan kaki yang disediakan di kawasan tersebut.

Bukan kedua-dua tempat itu sahaja, tetapi saya sengaja memberi tumpuan kepada tempat tersebut kerana ia merupakan kawasan yang sibuk dan sentiasa dipenuhi dengan pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

Mereka lebih suka melintas jalan di kawasan yang sentiasa dipenuhi dengan kenderaan tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kadangkala saya kecewa kerana ada segelintir masyarakat yang sering meminta kemudahan seperti itu, namun apabila disediakan, mereka tidak mahu pula menggunakannya.

Jika tidak silap saya, mereka yang tidak menggunakan jejantas ini boleh dikenakan denda sehingga RM300.

Adakah kerana jumlah denda yang sedikit menyebabkan mereka tidak takut dikenakan tindakan atau pelaksanaan undang-undang yang kurang berkesan menyebabkan segelintir masyarakat enggan menggunakan jejantas?

Justeru, saya berharap agar masyarakat lebih peka terhadap keselamatan diri masing-masing dan gunakanlah jejantas yang telah disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banteras kegiatan sindiket gores dan menang

Posted:

Banteras kegiatan sindiket gores dan menang

Banteras kegiatan sindiket gores dan menang

Saudara Pengarang,
ANTI GORES MENANG
Pontian

SAYA hairan apabila membaca di akhbar tentang orang ramai yang menjadi mangsa kes sindiket gores dan menang.

Meskipun banyak cerita mengenai penipuan sindiket gores dan menang ini didedahkan dalam media massa, namun masih ada juga yang menjadi mangsa.

Adakah mereka ini tidak langsung sedar akan kewujudan sindiket ini ataupun kerana sifat tamak dan mahu mencuba mereka akhirnya terperangkap?

Sindiket ini memang bijak menggunakan pelbagai helah seperti menunjukkan gambar-gambar pemenang yang pernah mendapat hadiah seperti kereta mewah dan sebagainya.

Tidakkah mereka terfikir tidak logik dengan hanya menggores sebanyak RM2 mereka boleh mendapatkan hadiah bernilai puluhan ribu ringgit?

Bukan itu sahaja, ada juga mangsa yang sanggup mengeluarkan wang ribuan ringgit dengan harapan mereka akan memperoleh hadiah yang lebih lumayan.

Namun, apa yang berlaku kesudahannya mereka hanya memperoleh hadiah saguhati berupa barangan elektrik yang entah berkualiti ataupun sebaliknya?

Apa yang saya baca dalam akhbar baru-baru ini adalah sindiket ini menyasarkan pelancong dari Singapura yang memasuki negara ini melalui pintu masuk di selatan tanah air.

Mungkin kerana warga Singapura kurang mengetahui kewujudan sindiket ini kerana tidak berlaku di negara mereka menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa.

Justeru, saya berharap agar pihak berkuasa terus meningkatkan lagi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan sindiket gores dan menang yang penuh penipuan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 10 May 2011 09:04 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Wanita lebih bijak urus wang

Posted:

Wanita lebih bijak urus wang

Wanita lebih bijak urus wang


Wanita dikatakan lebih berhemah ketika berbelanja. - Gambar hiasan


Wanita adalah golongan istimewa kerana dikurniakan dengan pelbagai kelebihan. Segala pengurusan rumah tangga mampu dilakukan oleh mereka walaupun jika mereka bekerjaya. Tetapi adakah dari aspek pengurusan kewangan rumah tangga mereka lebih bagus daripada lelaki?

Pengurusan kewangan bukannya terletak pada individu sama ada lelaki atau perempuan, tetapi pendidikan tentang pengurusan kewangan perlu dipelajari oleh setiap golongan.

Namun bagi saya, lelaki lebih bijak menguruskan kewangan kerana mereka mempunyai pandangan yang lebih jauh.

Dalam pengurusan pembelian keperluan asas, saya bersama-sama isteri menentukan barangan yang hendak dibeli dan juga bajet kewangan.

— Mohd. Fauzi Ahmad

Pembantu Pengurus

Memang diakui wanita lebih bijak daripada lelaki dalam pengurusan kewangan, tetapi bukan semua golongan wanita mampu melakukan ini kerana terdapat sebahagian daripada mereka suka membazir dengan membeli barangan yang tidak berfaedah.

Saya akan memberi wang kepada isteri setiap bulan dan dia yang akan tentukan barangan apa yang perlu dibeli.

Selalunya wanita lebih pandai menguruskan kewangan apabila tiba musim perayaan.

— Mohd. Faizal Mohd. Pajam,

Pemandu Bas

Wanita lebih pandai menguruskan kewangan berbanding lelaki terutamanya mengenai pengurusan pembelian keperluan rumah.

Mereka pandai menentukan apa yang perlu dibeli mengikut keperluan bajet yang ada.

Bagi saya cara untuk berjimat adalah dengan membuat senarai belian dan membeli barang hanya yang betul-betul penting sahaja.

— Dennis Sigat, Polis

Tidak dinafikan jika perbelanjaan mengenai keperluan rumah wanita lebih prihatin dan memilih. Oleh sebab itu, wanita akan lebih berhati-hati dan berhemah ketika berbelanja berbanding lelaki.

Wanita apabila membuat perbelanjaan mereka akan memikirkan keperluan untuk masa panjang, bukannya untuk satu hari sahaja.

— Harisah Salleh, Pelajar

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 10 May 2011 03:14 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Psoriasis hilangkan keyakinan diri

Posted:

Psoriasis hilangkan keyakinan diri

Psoriasis hilangkan keyakinan diri

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Xamiol ubat yang tersedia untuk pesakit psoriasis kulit kepala.


KULIT kepala juga boleh menjadi punca penyakit serius jika salah satu sistem imunisasi tubuh terjejas.

Psoriasis kulit kepala adalah nama yang telah dipersetujui oleh sekumpulan para doktor dalam mentakrifkan senario di mana sistem imunisasi menerima arahan yang salah dari otak lalu menyebabkan sel kulit dihasilkan terlalu cepat.

Perunding Dermatologi dari Hospital Pantai, Dr. Steven Chow memberitahu, bagi kulit kepala yang sihat dan normal, sel kulit baru terhasil setiap 28 hingga 30 hari.

Tetapi dalam kes penyakit psoriasis kulit kepala, sel baru terhasil selang tiga hingga lima hari sahaja. Ini menyebabkan sel kulit menebal dan menjadi keruping.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila sel tersebut bukan sekadar tumbuh di kepala malah mula merebak ke bahagian dahi dan pipi.

"Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada kawasan retroauricular fold atau bahagian belakang telinga sekali gus menjadi punca pengumpulan keruping di bahagian rerambut.

"Memang ia bukanlah menjadi punca rambut gugur. Namun psoriasis yang tidak dirawat boleh menyebabkan luka dan satu lagi simptom yang dinamakan Alopecia," ujarnya.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit psoriasis kulit kepala.

Mengikut kajian, satu daripada 50 orang di dunia ini mengalami masalah psoriasis. Daripada jumlah itu 50 hingga 80 peratus adalah psoriasis kulit kepala.

"Di Malaysia pula satu hingga dua peratus daripada penduduk di negara ini mengalaminya.

"Ia bukanlah penyakit yang berjangkit. Tetapi mahukah anda dipandang sebagai seorang individu yang kotor sekali gus menyebabkan anda hilang keyakinan diri?

"Pada yang mengalaminya turut merasai kesakitan apabila kulit kepala terasa panas, tegang dan kegatalan melampau sehingga mengganggu rutin harian seperti tidur serta bekerja di pejabat," ujarnya.

Tambah Dr. Steven, psoriasis kulit kepala juga terbukti memberi kesan psikologi dari aspek perasaan dan ketidakselesaan untuk melakukan apa juga aktiviti sosial oleh penghidapnya.

Sehingga kini, para saintis masih tidak mempunyai bukti kukuh tentang punca sebenar penyakit psoriasis kulit kepala. Namun mereka tidak menafikan yang ia bersangkut-paut dengan genetik.

Antara penyebab lain ialah perubahan cuaca dan kerosakan sel kulit kepala selain akibat tekanan emosi.

Bagi sesetengah individu, punca psoriasis kulit kepala mungkin daripada ubat-ubatan yang diambil, tabiat merokok dan jangkitan kuman dari jenis streptococcol.

Psoriasis kulit kepala masih belum ditemui penawarnya. Tetapi ia boleh dikawal jika kena pada caranya.

Menurut Dr. Steven, psoriasis kulit kepala ini sebenarnya satu penyakit kronik tetapi terdapat ubat di pasaran untuk merawatnya.

"Bagaimanapun ramai pesakit keliru dengan penyakit ini kerana mereka menyangka ia hanya masalah kelemumur biasa.

"Jalan mudah yang mereka ambil ialah dengan mencuba rawatan kelemumur tanpa mendapat kesan positif daripadanya," jelasnya.

Pesakit katanya, perlu tahu bahawa ubatan untuk penyakit itu dirumus untuk bertindak dengan baik, berkesan, tidak comot di kepala dan amat mudah digunakan.

"Gel lutsinar dan tidak berbau ini diberi nama Xamiol adalah merupakan ubatan pertama dalam kelasnya yang tersedia untuk pesakit psoriasis kulit kepala di Malaysia.

"Ia selamat dan terbukti secara klinikal mengurangkan kesan rengsa, kegatalan dan penghasilan keruping hanya selepas seminggu menggunakannya," katanya yang mencadangkan pemakaian ubat selama maksimum empat minggu untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Xamiol yang dibangunkan oleh syarikat penghasilan ubatan dermatologi terkemuka LEO Pharma, adalah dalam kategori ubatan topikal yang tidak berminyak dan mudah dibasuh.

"Untuk penghidap psoriasis kulit kepala di Malaysia, tidak perlu memencilkan diri kerana rawatan sudah tersedia untuk anda," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalani mamogram awal

Posted:

Jalani mamogram awal

Jalani mamogram awal


Pemeriksaan mamogram lebih awal mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat kanser payu dara. - Gambar hiasan


Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu.

Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram.

Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak.

Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi.

Pakar Bedah Am Hospital Ampang, Dr. Suraya Baharudin berkata, mamogram perlu dilakukan wanita berusia 40 tahun ke atas dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun sekali.

Katanya, bagi wanita berusia di bawah usia 40 tahun, mereka tidak digalakkan menjalankan Mamogram kerana tisu payu dara yang lebih tebal menyebabkan hasil ujian itu kurang berkesan.

Suraya memberitahu, wanita di bawah usia 40 tahun digalakkan melakukan PSP tiga atau empat hari selepas haid setiap bulan.

"Ujian mamogram amat penting kerana ia dapat mengesan sehingga 97 peratus simptom barah payu dara dan hasil kajian perubatan yang dijalankan, mamogram mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat penyakit ini.

"Bila doktor mengesyaki ada simptom barah payu dara, doktor akan menghantar tisu pesakit ke makmal bagi mengesahkannya.

"Jadi sekiranya disahkan barah, ia adalah peringkat satu yang mana boleh dirawat dengan mudah tanpa menggunakan kimoterapi," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga berpenyakit barah payu dara harus menjalani mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 09 May 2011 08:00 PM PDT

Harian Metro: Hati


Cendawan bantu tingkat pendapatan

Posted: 09 May 2011 08:56 AM PDT

USAHA tani nyata mampu menjana pendapatan yang baik jika dilaksanakan sebaik mungkin.

Bagi 25 individu miskin serta ibu tunggal di Kampung Merchong, Pekan, Pahang, program e-Kasih menyediakan bantuan mengusahakan projek tanaman cendawan tiram bagi menambah pendapatan masing-masing.

Setiap peserta dibekalkan sebuah rumah tanaman, 2,000 beg cendawan dan peralatan menyiram selain kursus sebagai pendedahan terhadap projek yang diusahakan secara berkumpulan itu.

Peserta, Hayah Osman, 53, berkata pendapatan daripada projek itu dapat meringankan beban suami yang hanya bekerja sebagai nelayan pantai.


Menurutnya, tidak sampai sebulan mengusahakan projek berkenaan, setiap peserta memperoleh pendapatan antara RM40 hingga RM120 sehari bergantung kepada permintaan pemborong.


"Mengusahakan projek tanaman cendawan tidak memerlukan terlalu banyak masa atau tumpuan. Kami hanya perlu menyiram dua kali sehari bagi mengekalkan kelembapan rumah tanaman selain mengawal pertumbuhan.

"Kerja memetik cendawan dilakukan awal pagi bagi mengekalkan kualiti," katanya yang turut berniaga pelbagai jenis kuih sebagai usaha sampingan.

Setiap beg cendawan matang mengeluarkan hasil lima hingga lapan kali bergantung kepada penjagaan dan kualiti benih digunakan.

"Selepas berjaya dengan projek pertama ini, saya bercadang menambah jumlah beg sehingga 3,000 bagi memenuhi permintaan yang semakin menggalakkan daripada masyarakat setempat termasuk pemborong dari Pekan dan Rompin," katanya.

Dia berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Pekan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) daerah yang membantu menjayakan projek berkenaan.

Bagi Hasmah Awang Kecik, 45, kursus tiga hari yang disediakan Jabatan Pertanian daerah sebelum ini berjaya meningkatkan kemahiran peserta untuk mengusahakan projek walaupun ada di kalangan mereka yang buta huruf.

Sebelum ini peserta tidak pernah membayangkan mampu mengusahakan projek tanaman cendawan tiram walaupun mengetahui ia boleh memberikan pulangan yang menguntungkan.

"Projek ini diusahakan secara berkumpulan, peserta saling tolong menolong dan bertukar pendapat antara satu sama selain turut terbabit membantu daripada segi pemasaran.

"Sokongan diberikan agensi kerajaan berkaitan melancarkan lagi semua urusan yang

sebelum ini tidak pernah terbayang di hati setiap peserta," katanya.

Rakannya, Robiyah Ibrahim, 55, mengakui sanggup menaiki bas semata-mata untuk menjual cendawan kepada pekedai termasuk pekan sehari di Rompin.

Menurut ibu tunggal ini, untuk mengubah taraf hidup, setiap individu perlu berusaha gigih tanpa mengira penat dan malu. Selagi ada usaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka.

"Saya berminat dengan kerja pertanian. Tawaran mengusahakan projek cendawan disambut dengan penuh harapan untuk memastikan pendapatan sebagai pesawah bertambah.
"Kini saya mampu memperoleh pendapatan tambahan antara RM50 hingga RM100 sehari bergantung kepada permintaan," katanya yang bercadang untuk membesarkan lagi projek berkenaan sehingga dua kali ganda.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian daerah, Syed Abdul Raffar Ismail, berkata seramai 45 peserta terdiri daripada golongan miskin dan ibu tunggal terbabit dalam projek tanaman cendawan e-Kasih Parlimen Pekan itu.

Menurutnya, setiap peserta mendapat peruntukan sebanyak RM10,000 membabitkan rumah tanaman, beg cendawan dan kursus.

"Kami bekerjasama dengan Fama daerah dalam menjayakan projek kerajaan yang kali pertama diperkenalkan di daerah ini dengan matlamat menambah pendapatan golongan miskin dan ibu tunggal.

"Harapan kami supaya projek ini dapat menambah pendapatan golongan berkenaan, seterusnya bebas daripada kelompok kemiskinan," katanya yang sentiasa memantau perkembangan projek berkenaan.

Selepas mencatat kejayaan membanggakan pada projek pertama, pihaknya berharap setiap peserta dapat menambah jumlah beg cendawan pada pusingan kedua akan datang.

"Saya yakin sekiranya projek ini dapat diteruskan pada masa akan datang, semua peserta mampu keluar daripada kelompok kemiskinan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 39): Ketika Duka Tersenyum

Posted: 09 May 2011 08:49 AM PDT

"KENAPA kau suruh aku jumpa Ummar Qayyum?" "Sebab dia nak sangat jumpa kau sebelum kita kahwin."

"Kau tak takut ke Halim? Pandai-pandai saja kau suruh aku jumpa Ummar Qayyum."

"Aku yakin pada kau Ren. Qayyum sanggup redah majlis doa selamat rumah kau tapi kau pula tak turun," sindir Halim.

Rania diam. Dia yakin Rais yang sampaikan pada Halim tentang peristiwa itu.


"Kau dah putus dengannya bukan bermakna langsung tak boleh berhubungan," nasihat Halim lagi.


Rania akhirnya akur. Atas nasihat Halim, dia berjanji akan bertemu Ummar Qayyum. Lagipun antaranya dengan Ummar Qayyum sudah jadi sejarah. Lebih malang lagi dia yang memutuskan ikatan itu atas desakan Murni.

Walaupun akhirnya Ummar Qayyum tahu perkara sebenar tapi keadaan sudah berubah. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan.

Dia akan melangsungkan pernikahan dengan Halim tidak lama lagi sedangkan antara Ummar Qayyum dengan Murni tetap tiada apa-apa ikatan. Terkenang dia akan kata-kata Murni.

"Murni tak kisah kalau antara Murni dengan Ummar Qayyum tidak berkahwin asal saja Kak Ren dengan Ummar Qayyum tidak bersatu."

Puaslah hati Murni barangkali, getus hatinya separuh kesal. Menyesalkah aku? Hatinya berlagu. Cepat-cepat ditepisnya perasaan pelik yang selalu bertandang dan mengusiknya pada kala kakinya sedang masuk ke Restoran Endang untuk bertemu Ummar Qayyum.

Belum sempat sepasang matanya mencari kelibat seseorang, suara yang sering menyapanya dulu-dulu hinggap di telinga menyeru namanya.

Berderau darah Rania. Ummar Qayyum sudah berdiri di sebelahnya, menegurnya dengan sopan lantas mengiringinya ke tempat duduk yang sudah dikhaskan untuk mereka.

"Terima kasih kerana sudi jumpa saya."

Wajah Ummar Qayyum tenang sekali. Senyumnya mesra dan nampak ikhlas benar. Ummar Qayyum memesan makanan mengikut alur rasanya setelah Rania berkeras tidak mahu makan. Rania hanya memesan jus tembikai.

"Kalau Ren tak sudi tak mengapa tapi boleh temankan saya makan?" mohon Ummar Qayyum.

Rania sekadar angguk tapi jantung Rania berdebar-debar. Berbagai-bagai perasaan menalu dirinya. Rasa sedih, sayu, bersalah dan kesal datang timpa-menimpa.

Ummar Qayyum menyuarakan rasa terkilan atas beberapa kesalahan yang dilakukan. Suaranya tetap tenang seperti sebelumnya.

"Atas apa jua kesalahan yang saya buat sedar atau tidak, saya harap Ren maafkan."

Tutur lembut Ummar Qayyum masuk perlahan ke telinga terus menusuk ke hati Rania. Sayunya hati hanya Tuhan yang tahu. Sengaja dibiarkan Ummar Qayyum meluahkan apa saja yang dirasa sebab dia sendiri sudah hilang kata-kata. Melihat Ummar Qayyum tunduk, Rania jatuhkan matanya pada Ummar Qayyum tapi sebaik saja pelupuk mata Ummar Qayyum terangkat, segera dilarikan matanya. Begitulah yang berlaku berulang kali.

"Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan saya," ucap Ummar Qayyum entah untuk kali yang ke berapa.

Rania angguk. Sebak rasa hati segera ditepis. Dia tidak mahu hatinya berbolak-balik. Dia tidak mahu merosakkan rancangan yang sudah pun diatur bersama Halim. Atas jasa baik Halim, Ummar Qayyum dapat peluang bertemu empat mata dengannya. Itu saja yang sepatutnya berlaku dan tidak boleh lebih daripada itu.

Selesai perbualan ringkas tapi padat antara mereka, Rania minta diri untuk pulang. Ummar Qayyum menghantarnya dengan pandangan sayu. Rania tidak menoleh lagi. Makin lama bersama Ummar Qayyum makin perit rasa di hati.

Selesai penanggungan Ummar Qayyum seusai salam kemaafan dihulurkan buatku tapi bagaimana pula dengan aku? Soalnya dalam perjalanan pulang ke rumah, beban yang digalas terasa makin berat. Fikirannya menerawang sehingga sampai ke kisah silam. Tiba-tiba saja semua peristiwa yang pernah dilalui bersama Ummar Qayyum datang satu persatu bagai dirakam-rakam. Cuba dikuis tetapi sukar sekali. Rania berasa sangat rimas. Konsentrasinya benar-benar terganggu. Akukah yang bersalah pada Ummar Qayyum? Detik hatinya tiba-tiba.

Dia bersendirian di sekolah. Hanya dia sahaja guru sesi pagi berada di sekolah pada waktu itu. Dia menyusun buku-buku latihan pelajar yang baru dikutip pagi tadi. Semua sudah disemak. Sesekali dilemparkan pandangan pada guru-guru sesi petang yang keluar masuk ke bilik guru. Hingga saat itu, tidak ada seorang guru pun yang tahu bahawa dia di ambang berumah tangga. Sengaja tidak mahu dihebohkan. Kalau sudah sampai masa, kad undangan perkahwinan akan dilayangkan. Fikirnya sendiri tapi hati tetap gelisah.

"Benarkah apa yang telah aku buat? Kalau benar kenapa hatiku rusuh sebegini?"

Dia mahu pulang tapi hairannya berat benar kakinya mahu diangkat. Peristiwa pertemuannya dengan Ummar Qayyum semalam benar-benar mengganggu benaknya.

Akukah yang berdosa pada Ummar Qayyum? Hati kecilnya terusan berbisik sedemikian.

Telefon bimbitnya berbunyi. Halim.

"Kau di mana Ren?"

"Aku masih di sekolah."

"Aku dah ada di rumah kau bersama dengan Encik Zul Fadzli."

Penjelasan Halim membuatkan Rania kelam kabut. Baru dia teringat temu janji mereka dengan Encik Zul Fadli, penasihat perkahwinan mereka.

"Aku terlupa. Kau tunggu sekejap, aku balik sekarang," ujar Rania.

Bergegas dicapai beg sekolah dan menuju ke pejabat. Selepas merakam masa keluar, Rania terus memandu pulang.

Halim, Ros Ilyani bersama Encik Zul Fadzli dan ibunya sedang leka meneliti pelbagai jenis dan saiz contoh kad undangan perkahwinan di atas meja. Rania duduk di sebelah kiri manakala Halim mengadapnya. Penasihat perkahwinan mereka setia menunggu.

Melihat Rania dengan Halim masih lagi belum memutuskan konsep rekaan perkahwinan mereka, akhirnya Puan Sri Zalia bersama Ros Ilyani beredar ke ruang beranda mengadap ke taman air mini.

"Kad yang mana nak pilih ni?" tanya Rania.

"Yang mana kau suka?" tanya pula Halim.

"Aku tak kisah Lim."

"Aku pun tak kisah tapi kau kena kisah," sahut Halim.

"Apa maksud kau ni?" Rania pura-pura meneliti contoh-contoh kad undangan perkahwinan di atas meja.

Halim pandang wajah Rania dalam-dalam. "Ren, pandang wajah aku," arah Halim tapi Rania tidak mampu berbuat demikian. Dia pura-pura sibuk memilih kad.

"Kalau Encik Halim dengan Cik Rania masih perlukan masa, saya boleh datang lagi," ujar Encik Zul Fadzli menyedari pasangan tersebut masih belum mampu membuat keputusan.

"Nanti saya akan hubungi Encik Zul," janji Halim.

Mereka berdua menghantar Encik Zul Fadzli di depan pintu utama. Puan Sri Zalia bersama Ros Ilyani masih berbual-bual di beranda.

"Ren...," panggil Halim.

Rania menoleh. Wajahnya sayu benar di mata Halim.

"Kenapa dengan kau ni?" tanya Halim.

"Tak ada apa-apalah Lim."

"Pandang mata aku."

"Dahlah Lim, Kak Ros pandang tu."

"Aku tak kisah siapa-siapa pun pandang. Yang aku kisah kau."

"Apa kena kau Lim?"

"Aku nak kau lafazkan bahawa kau cintakan aku," suara Halim tegas.

Rania terkejut tapi segera disembunyikan rasa terkejutnya itu.

"Pandang mata aku!" arah Halim.

"Dahlah Halim, mari kita tengok kad mana yang sesuai," dalih Rania.

"Selagi aku tak dengar dari mulut kau perkataan itu, aku tak hendak pilih kad."
"Kau jangan nak buat hallah, pilih cepat," marah Rania.

Halim memerhatikan tingkah laku Rania. Semalaman dia memikirkan hal itu dan hari ini dia mulai nampak apa yang dicari dalam diri Rania.

"Cukuplah Ren...," kata Halim tiba-tiba.

"Cukuplah? Cukup apa?" Rania tercengang.

"Cukuplah kau berlakon, aku dah tak larat nak tengok, dah tak larat kena kelentong dengan kau," ujaran Halim mengejutkan Rania.

Berubah air muka anak gadis yang sangat Halim sayangi itu.

"Apa maksud kau Halim?" Pucat muka Rania.

"Kau ingat aku bodoh sangat?"

"Lim, tolong Lim...," Rania pandang ke kiri dan kanan. Risau melihat fi'il Halim yang tiba-tiba bagai disampuk itu.

"Kau ingat aku tak dapat teka apa yang berkocak dalam hati perut kau tu?"
"Apa yang kau merepek Lim?"

"Aku dah biasa jadi suami orang walaupun akhirnya kena tinggal macam orang bengong."

"Tolong Lim. Aku tak mengerti."

"Dahlah kau tipu diri kau sendiri, dengan aku dan keluarga kau juga kau nak bohongi?"

"Cukup Lim!" suaranya dikeraskan. Rania merenung dalam ke muka Halim.

"Aku tak semudah itu nak kau tipu seperti mana kau bohongi Qayyum. Mak kau dan siapa-siapa saja."

Rania termangu. Air matanya mulai bergenang. "Apa yang kau nak cakap sebenarnya hah?"

"Aku minta maaf. Semalam, aku ikut masa kau jumpa Ummar Qayyum." Halim membuka pekung.

Rania menghela nafas. Matanya terpejam. Butiran air menitis laju dari kelopak matanya. "Kau yang suruh aku jumpa kan!"

"Memang aku suruh kau jumpa."

"Kalau begitu, jangan ungkit." Esakan kecil Rania bergema.

"Aku tak ungkit Ren. Aku hanya nak sampaikan sesuatu." Wajah Halim gersang. "Walau sekuat mana kau cuba, kau harus ingat Ren, cinta manakan boleh dipaksa-paksa."

"Cakap saja yang kau tak pernah menyintai aku," potong Rania.

"Sekali aku menyintai kau, selamanya juga perasaan itu takkan hilang."

"Habis apa masalahnya?"

"Masalahnya, kau tak pernah cintakan aku, kau hanya ada rasa belas dan kasihan padaku. Aku tak perlukan ihsan kau Ren. Cukuplah kakak aku seorang berbelas kasihan pada aku."

"Kau silap Halim," bantah Rania.

"Memang. Memang aku silap. Silap percaturan. Aku kira dalam proses kita menuju ke satu destinasi, perlahan-lahan perasaan cinta kau pada si dia akan berkurang, tapi lain yang aku harap, lain yang jadi. Bertambah jauh kau pergi darinya, makin dekat perasaan dan menebal cinta kau pada dia kan?"

Rania terkedu. Air matanya menitis terus.

"Aku minta maaf sebab intip kau dengan Qayyum. Aku perhatikan kau berdua. Aku nampak sesuatu di mata kau sewaktu kau curi-curi memandang Qayyum."

Dada Rania bergemuruh. Air matanya bergenang-genang.

"Cara kau pandang dia, aku tak boleh nak terima."

Rania pejamkan matanya. Telinganya menangkap setiap butiran kata yang keluar dari mulut Halim.

"Kau pandang dia penuh cinta, penuh kasih, penuh rindu. Yang tak mampu kau buat tiap kali kau pandang aku - pandangan simpati. Aku tak perlu pandangan sedemikian," tutur Halim ikhlas. Suaranya tersiat-siat.

Rania terjebik. "Aku minta maaf Lim, kalau apa yang kau nampak melukakan hati kau," Rania sapu air mata yang berlinangan.

"Dan begitu juga cara dia pandang kau. Masih terbayang-bayang di mata aku. Aku cemburu Ren! Aku cuba nak tipu diri sendiri seolah-olah aku tak nampak tapi aku bukan munafik, bukan hipokrit."

Sesak nafas Rania menahan pilu.

"Aku sayang kau Ren. Sejak pertama kali aku jumpa kau, berkawan dengan kau, daki bukit, naik roller coaster, cintaku pada kau tak pernah kurang, mekar sampai kini. Tapi semalam baru aku sedar, aku tak boleh berkahwin dengan orang yang tidak menyintai aku."

"Halim...maafkan aku," tangisan Rania bertali arus.

"Menyintai seseorang seharusnya merelakan dia berbahagia dengan orang yang dia cintai dan aku tak pernah lihat wajah yang seindah dan sebahagia wajah kau di kala berdampingan dengan Ummar Qayyum."

Hibanya hati Rania mendengar kata-kata Halim. Rania menangis teresak-esak. "Kau pun sama macam aku, dah tahu aku tak cintakan kau, kau setuju juga nak kahwin dengan aku."

"Kau ajak, siapa yang tak hendak."

Dalam tangis Rania tersenyum. Senyum cebik!

"Aku memang gilakan kau Ren tapi aku takkan jadi segila itu untuk mengahwini orang yang sah-sah tak mampu menyintai aku."

"Halim...," air mata Rania gugur ke pipi. "Jangan buat aku macam ni," rayu Rania.

"Nanti kau beritahu pada Ummar Qayyum yang aku tak jadi kahwin dengan kau."
"Sampai hati kau Halim..."

Air mata Rania mengalir deras. Suara esakannya yang makin kuat terdengar pula dek Puan Sri Zalia bersama Ros Ilyani. Terkocoh-kocoh mereka berdua hampiri pasangan yang dalam proses mahu disatukan itu.

"Eh, kenapa ni Ren, Halim?" tanya Puan Sri Zalia cemas. Begitu juga Ros Ilyani.
Sepi seketika. Masing-masing berpandangan. Tinggal Rania saja yang masih dengan esak tangisnya.

"Kami tak jadi kahwin Puan Sri," sahut Halim tenang.

"Hah!!!" Wajah Puan Sri pucat lesi. Hampir saja dia terjelepok di lantai kalau tidak dipaut Halim.

"Apa lagi ni Ren, Halim?" Menggeletar suara Puan Sri Zalia. Malang apakah yang menimpa anakku ini. Rania masih dengan sisa-sisa tangisnya.

"Kenapa Halim?" Suara Ros Ilyani kedengaran tegas.

"Saya nak serahkan Ren kembali pada Ummar Qayyum." Tenang saja ungkapan tersebut terluncur dari mulut Halim. Tercengang Puan Sri Zalia mendengarnya.

"Kenapa?" Suara Puan Sri Zalia menggigil. "Apa salah Ren?" Macam-macam perkara bersimpang-siur di kepala Puan Sri Zalia.

"Nanti Ren akan jelaskan pada puan. Saya nak minta diri pulang," kata Halim.

Dengan isyarat, Halim mengajak Ros Ilyani pulang. Puan Sri Zalia masih dengan muka tidak mengerti. Rania pandang langkah kaki Halim bersama Ros Ilyani yang makin jauh meninggalkan dirinya.

Maafkan aku Halim!

"Kau tak menyesal lepaskan Ren, Lim?" tanya Ros Ilyani sebaik diceritakan perkara yang baru berlaku antara dirinya dengan Rania.

"Menyesal?" Halim tersengih. "Kakak nak tahu apa yang saya rasa tiap kali bersama Ren?"

Ros Ilyani pandang sayu pada adiknya.

"Saya rasa saya macam Beauty and the Beast."

"Teruknya kau mengutuk diri sendiri, Lim."

"Kak, saya sedar diri saya. Waktu Ren ajak saya kahwin dengan dia, saya rasa nak tergelak. Tapi saya redah juga. Saya terima ajakan dia walaupun jauh di sudut hati saya sedar siapa saya. Dahlah duda! Tak sedar diri betul. Sekarang saya rasa lapang bila saya lepaskan Ren. Ikhlas, saya doakan yang terbaik untuk Rania, seorang gadis yang paling istimewa yang pernah saya jumpa."
Ros Ilyani mengeluh.

"Tapi akak yakin Ren takkan hubungi Ummar Qayyum."

"Tahulah saya main peranan nanti kak. Bukan saya tak kenal Ren. Ego tinggi. Kerana egonyalah dia tinggalkan Ummar Qayyum."

Ros Ilyani peluk adik kesayangannya. Dia rasa sebak. Halim pula rasa sayu tapi di pelupuk matanya, dia sudah terbayang pertemuan antara Rania dengan Ummar Qayyum. Alangkah bagusnya kalau aku dapat menyaksikan jejak kasih antara mereka.
"Mulianya hati adik akak. Akak bangga dengan kau Lim."

Halim tersenyum bahagia. Itu yang terbaik untuk Rania. Menyintai seorang gadis yang istimewa seperti Rania adalah membiarkan dia memiliki yang terbaik. Ummar Qayyum barangkali anugerah paling indah untuk Rania yang seumpama bunga anggerik di pinggir kota.

Berbeza pula dengan Rania. Sejak Halim bersama Ros Ilyani pergi, dia berasa kosong sekosongnya. Bukan kerana ditinggalkan Halim tetapi perasaan kosong itu sudah lama bertakhta di hati. Benar sekali kata Halim. Aku menipu diri sendiri.
Tapi bagaimana harus aku memutar kembali masa? Soalnya sedih.

Petang semakin suram.

Rania kesat air mata. Dia memandang sayu bunga-bunga cintanya yang gugur di laman jiwa. Mahu dikutip tapi tidak upaya.

Bersambung...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 09 May 2011 03:41 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

Posted:

Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis


TAJUDIN (berdiri dua dari kanan) melihat Zull Aznam menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat, Kangar baru-baru ini.


DERMA. Seramai 127 pegawai dan anggota polis kontinjen Perlis menyertai kempen menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat di Kangar baru-baru ini.

Kempen sehari itu merupakan acara tahunan yang turut diadakan serentak di seluruh negara sempena Hari Polis ke-204.

Aktiviti derma darah itu dikendalikan oleh Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi mengisi bekalan tabung darah hospital tersebut.

Kempen tersebut turut dihadiri Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa dan timbalannya, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 pelatih Akademi Laut bersihkan pantai

Posted:

50 pelatih Akademi Laut bersihkan pantai

50 pelatih Akademi Laut bersihkan pantai


PELATIH Akademi Laut Malaysia bergambar sebelum bergotong-royong membersihkan pesisiran pantai di Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.


KHIDMAT SOSIAL. Seramai 50 pelatih dari Akademi Laut Malaysia (Alam) menyertai gotong-royong membersihkan kawasan pesisiran pantai Taman Rekreasi Mengabang Kapal, Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung, Pelancongan Trevicosta serta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu itu bermula seawal pukul 8.30 pagi.

Pengerusi JKKK Kampung Tanjung, A. Bakar @ Mad Amin Ali berkata, program sehari itu adalah bertujuan membersihkan kawasan pantai yang merupakan lokasi tarikan pengunjung untuk aktiviti santai komuniti dan rehat bersama keluarga.

Program yang dirasmikan Pengarah Pelancongan Trevicosta, Datuk Wan Zahari Wan Ngah itu turut disertai penduduk kampung dari kawasan berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program pelancongan pelajar sebagai kokurikulum sekolah

Posted:

Program pelancongan pelajar sebagai kokurikulum sekolah

Program pelancongan pelajar sebagai kokurikulum sekolah


ARSHAD (berdiri barisan pertama empat dari kanan) bersama peserta Program Pelancongan Pelajar di Petaling Jaya baru-baru ini.


KOKURIKULUM. Majlis pengenalan Program Pelancongan Pelajar (3P) negeri Selangor anjuran pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Selangor telah diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memperkenalkan konsep 3P sebagai kelab kegiatan kokurikulum sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Ia dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Industri Pelancongan Malaysia, Rashidi Hasbullah dan turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Selangor, Arshad Mustapa.

Program berkenaan melibatkan kira-kira 200 peserta terdiri daripada pelajar dan guru dari Kelab 3P dan wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah di negeri Selangor, Jabatan Pelajaran negeri Selangor dan Tourism Malaysia Selangor/Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 09 May 2011 01:39 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Jaga pemakanan warga emas

Posted:

Jaga pemakanan warga emas

Jaga pemakanan warga emas


KUrangkan pengambilan makanan yang berlemak bagi warga emas yang mengalami lebihan berat badan. - Gambar hiasan


STATUS pemakanan warga emas sangat dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku apabila usia semakin meningkat.

Akibat pengurangan deria rasa dan bau, keupayaan menghadam dan menyerap makanan, melihat dan mendengar, kehilangan gigi, ketahanan melakukan aktiviti fizikal, kurangnya pepejal otot, jumlah air dalam badan, kepadatan tulang dan kemurungan serta kekeliruan menyebabkan warga emas ini perlu diberi perhatian khususnya dalam hidangan makanan.

Justeru sebenarnya, apakah makanan yang baik untuk warga emas?

Ia merupakan semua makanan yang mewakili kumpulan makanan seperti yang digariskan dalam Piramid Makanan, iaitu makan sedikit makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam. Makan sederhana susu dan produk tenusu, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan makan secukupnya nasi, mi, oat, bijirin dan ubi.

Makanan yang kaya dengan kalsium terutamanya susu dan produk tenusu serta makanan lain yang kaya dengan kalsium seperti tauhu, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kailan, ikan bilis dan ikan sardin yang dimakan bersama-sama tulangnya baik untuk pemakanan warga emas.

Begitu juga makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging lembu dan kambing, hati ayam dan sayur-sayuran seperti pucuk paku dan sawi, makanan yang kaya dengan zink seperti ikan dan makanan laut lain, hati dan daging, bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti sarapan pagi yang tidak ditambah gula, roti atau biskut mil penuh, capati dan semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, air sama ada air kosong atau jus buah-buahan.

Panduan menyediakan hidangan

Hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil dan sesuai dengan cita rasa setempat yang mempunyai kepelbagaian dari segi jenis, rasa, warna, bentuk, tekstur dan bau.

Gunakan pelbagai perencah asli seperti halia, lengkuas, bawang, daun bawang, daun sup, herba dan rempah asli seperti ketumbar, jintan dan halba untuk membangkitkan rasa makanan.

Pilih makanan yang kaya dengan nutrien sebagai asas menu, contohnya mi sup yang disediakan dengan sup daging adalah pilihan yang lebih baik jika dibandingkan dengan mi segera.

Cara menggalakkan warga emas makan

Galakkan mereka makan bersama kawan-kawan, juga berjalan-jalan sebelum makan untuk merangsang selera makan.

Bagi warga emas yang mengalami masalah mengunyah makanan sendiri, sediakan peralatan makan yang dapat membantu mereka berlatih menyuap makanan dengan sendiri jika perlu, bantu mereka menyuap makanan itu.

Sediakan ruang makan yang bersih, selesa dan ceria serta minta pendapat tentang makanan yang disediakan dan cuba perbaiki makanan daripada maklum balas yang diterima daripada mereka.

Makanan lembut perlu disediakan bagi warga emas yang tidak bergigi, memakai gigi palsu yang tidak sesuai atau yang mengalami masalah pernafasan seperti lelah dan mengah.

Ia boleh dilakukan dengan memotong kecil atau cincang makanan sebelum dimasak, pilih sumber protein lembut seperti telur, tauhu, tempe, keju, kacang panjang, dadih atau ikan yang berlemak. Gunakan daging cincang, bebola ayam, ikan, udang atau sotong, pilih sayur yang berdaun hijau untuk penghadaman.

Bagi warga emas yang mengalami masalah berat badan, faktor ini akan meningkatkan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Warga emas yang berlebihan berat badan perlu menurunkan berat badan mereka. Untuk ini kurangkan penyediaan makanan bergoreng atau yang tinggi kandungan lemak, kurangkan penggunaan semua jenis minyak dan lemak, gula dan kurangkan saiz hidangan bagi setiap waktu makan.

Pilihlah buah-buahan sebagai snek bagi menggantikan kuih-muih. Untuk memudahkan penyediaan makanan warga emas yang menghidap diabetes, makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu makanan yang bebas dimakan, yang perlu disukat dan yang perlu dielakkan.

Warga emas memang tidak akan lari dari keadaan osteoporosis, justeru perbaiki keadaan ini di kalangan warga emas daripada menjadi lebih buruk dengan menyediakan makanan yang lebih tinggi kandungan kalsium.

Pastikan warga emas terdedah kepada matahari untuk memperoleh vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan galakkan mereka bersenam untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan juga mengekalkan peningkatan jisim tulang mereka.

Anemia di kalangan warga emas berlaku disebabkan kurangnya pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik atau vitamin B. Anemia juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan penyakit-penyakit kronik dan keadaan yang menganggu penyerapan zat besi oleh badan.

Sembelit pula merupakan masalah yang sering dialami oleh warga emas disebabkan kurangnya pengambilan air dan makanan yang kaya serat.

Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal. Bagi mengatasi masalah sembelit di kalangan warga emas, golongan ini perlu mengamalkan minum air yang banyak, iaitu 6 hingga 8 gelas sehari walaupun mereka tidak merasa dahaga. Berilah mereka air kosong dan jus buah-buahan.

Apabila mereka makan, lebihkan kepada makanan yang mengandungi banyak air seperti sup, bubur dan puding juga makan makanan yang kaya dengan air dan serat seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

Melakukan aktiviti fizikal seperti berkebun dan berjalan juga dapat mengatasi masalah sembelit kerana fizikal mereka menjadi aktif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minum petang Hari Ibu

Posted:

Minum petang Hari Ibu

Minum petang Hari Ibu


Normala Hamzah (kiri) bertukar dokumen bersama Nurulnaha Abdul Razak sambil diperhatikan Ketua Pengarang Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Rahman pada majlis sidang media sempena Hari Ibu di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


IBU merupakan wanita pertama yang hadir dalam kehidupan setiap insan. Malah, sejak dari dalam kandungan lagi, ibulah insan yang cukup akrab dengan kita.

Malah ibu juga merupakan guru pertama yang menjadi pendidik dalam mengenal erti sebuah kehidupan.

Setiap kali hadirnya Mei, pasti momen-momen indah meraikan ibu tercinta diabadikan oleh hampir setiap anak kepada ibu mereka kerana inilah satu-satunya bulan yang dikhaskan untuk meraikan para ibu sempena sambutan hari ibu.

Menyedari kepentingan diri seorang ibu, majalah Wanita yang merupakan anak syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. akan menganjurkan satu majlis minum petang sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan 28 Mei ini dengan kerjasama syarikat kosmetik, Nu Della Sdn. Bhd.

Menurut Pengurus Kanan Unit Majalah Keluarga, Normala Hamzah, penganjuran majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu dan akan diadakan di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

"Pada majlis itu, tetamu yang hadir diraikan adalah terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib baik,''ujarnya pada majlis sidang media yang diadakan di butik Ainaa Alia di Bangi,Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya majlis yang julung kali diadakan ini menjanjikan kelainan daripada sambutan Hari Ibu sebelum ini kerana pendekatan yang digunakan lebih bersifat motivasi diri.

"Pada majlis tersebut, kita akan mengumpulkan lebih 200 orang ibu tunggal bersama anak-anak mereka untuk diraikan dalam majlis yang penuh ceria.

"Kali ini kesemua peserta akan diraikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, tetapi pada masa yang sama mereka juga akan diberikan motivasi sebagai dorongan untuk menghadapi kehidupan yang lebih ceria,'' ujarnya.

Selain itu katanya, objektif utama seminar adalah untuk memberi peluang kepada ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib baik di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor menghadiri majlis ini supaya mereka dapat diraikan dalam suasana yang gembira.

Pada masa sama, katanya, majlis tersebut akan diisi dengan segmen motivasi, pertunjukan fesyen dan juga tatacara solekan.

Malah lebih menarik, penganjuran majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran persembahan penyanyi terkenal Aishah dan juga kehadiran penyanyi cilik, Afiq (Idola kecil 1) dan Dayana (Idola kecil 2) .

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Pembangunan Waita, Keluarga dan Masyarakat (JPW), Wan Hasmah Wan Mohd.

Lebih menarik, turut dijemput beberapa wanita yang kisah mereka pernah tersiar di dalam majalah Wanita menerusi segmen Kongsi Rasa untuk diraikan bersama.

"Penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi juga kita akan menyelitkan segmen motivasi untuk menyuntik semangat ibu-ibu tunggal ini dalam meneruskan kehidupan,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Ainaa Aila Sdn. Bhd, Nurulnaha Abdul Razak pula menjelaskan, program seumpama itu merupakan tanggungjawab sosial syarikatnya terhadap masyarakat khas kaum ibu yang selama ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wanita, isteri dan ibu di dalam rumah tangga.

"Acara ini lebih merupakan amal jariah bagi menghiburkan dan meraikan para wanita yang kurang bernasib baik.

Malah, dalam majlis beliau sendiri akan berkongsi pengalaman dan motivasi ketika mula-mula menceburi diri dalam bidang perniagaan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai, bolehlah menaja meja yang masing-masing bernilai masing-masing bernilai RM2,000 dan RM1,000.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan penajaan boleh menghubungi melalui talian 03-89255002 atau 03-89262999. sambungan ke 468/476.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Urban

Posted: 09 May 2011 01:34 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Ekspresi seni sang sifu

Posted:

Ekspresi seni sang sifu

Ekspresi seni sang sifu

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com



BERCAKAP mengenai seni tidak kira seni lukisan, fotografi, arca mahupun seni halus, kita tidak dapat menafikan hakikat betapa kerjaya dalam bidang itu sehingga hari ini masih menjadi cita-cita kedua atau bukan pilihan ibu bapa.

Ramai yang menganggap bidang itu kurang popular, tiada prospek kerjaya, tiada pengiktirafan konkrit serta tidak menjanjikan pendapatan yang tetap.

Namun, pameran Bicara Sifu yang diadakan di Galeri Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan betapa bidang seni bukan sekadar hobi atau dibuat pendapatan sampingan. Ia sebenarnya boleh dijadikan teras kehidupan.

Antara hasil seni yang mengajak pengunjung berfikir adalah sebuah karya ekspresif ruang yang terdiri daripada himpunan kotak yang 'diatur' secara berselerak, di atas setiap satunya diletakkan pula sebuah balang berisi imej fotografi. Kurator Bicara Sifu, Badrol Hisham Mohamad Tahir, 44, merasakan hasil seni itu sebagai antara yang menarik dan unik.

"Fotografi dalam balang di antara kedudukan kotak-kotak ini adalah idea persembahan yang diformat secara koreografi karton. Ia mengungkit persoalan tentang seluruh penyampaian seni ini," kata Badrol.


BAGI sesetengah orang, karya ini dianggap mustahil untuk difahami, namun bagi penciptanya, setiap objek menyimpan maksud tersendiri.


Menurutnya, pada tahun 80-an, pernah berlaku revolusi kebudayaan terhadap apresiasi estetika. Tetapi sekarang kebudayaan seni mengalami satu lagi revolusi.

"Ia bukan sekadar untuk dilihat tetapi disentuh, dirasai dan dipegang. Penyampaian itu ternyata disampaikan dalam seni ini," jelas Badrol.

Karya pensyarah

Bagi menjayakan pameran tersebut, kira-kira 51 buah karya seni yang merangsang minda telah dihasilkan oleh 85 orang ahli akademik dan pendidik dari sembilan buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara mengambil ruang di Galeri Petronas.

Selari dengan nama Bicara Sifu, pameran yang dikhaskan untuk pensyarah IPTA itu adalah inisiatif pihak galeri untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan dan keutamaan yang diberikan institusi pengajian tinggi terhadap bidang seni.

"Ternyata seni mempunyai pengaruh yang kuat. Kalau tidak, tentu tidak ada pengajian seni di IPTA dan kita memberikan ruang seumpama ini bagi pameran-pameran seni," tambah Badrol sambil menunjukkan satu lagi hasil seni yang mengambil satu ruang yang luas.


KARYA yang dihasilkan Noor Azizah Rahman Paiman ini diberi judul Hopeless Image Awards.


Sambil menunjukkan sebuah karya bertajuk The Creative Home, ungkap Badrol, hasil seni itu dihasilkan dengan kerjasama lebih 10 orang artis (pensyarah). Ia menunjukkan satu ruang kosong yang diubah menjadi rumah yang penuh nilai kehidupan. Ternyata kreativiti melampaui imaginasi.

Berkongsi maklumat mengenai pameran itu, Badrol memberitahu, keistimewaan penganjuran tersebut adalah dari segi temanya iaitu penyelidikan.

Ubah suai

"Setiap karya yang dipaparkan di sini adalah hasil kreativiti pakar-pakar dalam bidang tersebut. Malah, setiap reka bentuk karya ini juga bersifat sementara di mana ia boleh diperluas, dipanjangkan atau diubah suai tanpa menganggu keasliannya," terangnya.

Bagi mengiringi pameran itu, satu penerbitan pameran setebal 200 muka surat juga diterbitkan oleh Galeri Petronas. Selain memaparkan imej karya seni dalam pameran, penerbitan itu merangkumi penulisan daripada empat orang profesor seni, reka bentuk dan pendidikan seni yang menawarkan pandangan intelektual bernilai tentang topik-topik yang berkaitan.


KARYA Dari Kota Bharu ke Pattani ke Hadyai oleh Mohd. Nawi Ali dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.


Mereka ialah Profesor Madya Dr. Abu Talib Putih (Universiti Malaya), Dr. Izmer Ahmad dan Dr. Sareena Abdullah (Universiti Sains Malaysia), serta Profesor Dr. Tjetjep Rohendi Rohidi (Indonesia).Pameran seni yang mengambil masa sekitar enam bulan untuk dilengkapkan ini turut berkongsi ruang bersama-sama sebuah lagi pameran menarik.

Antara Budaya menampilkan karya seni atau objet d'art daripada Himpunan Seni Petronas. Ia membabitkan pelbagai cenderamata yang dihadiahkan kepada pihak PETRONAS oleh rakan-rakan korporat dan industri serta negara-negara lokasi operasi PETRONAS.

Mesej di sebalik pameran tersebut adalah untuk menggalakkan kemajmukan budaya dan kepelbagaian seni dengan menggabungkan hasil karya dari pelbagai perspektif kebudayaan.

Majlis pelancaran kedua-dua pameran tersebut disempurnakan oleh Raja Datin Paduka Fuziah Raja Tun Uda, Presiden Majlis Kraf Malaysia.

Bicara Sifu akan dipamerkan sehingga 19 Jun 2011, manakala ANTARA BUDAYA berlangsung sepanjang tahun. Masuk adalah percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah Melayu asli Penghulu Natar

Posted:

Rumah Melayu asli Penghulu Natar

Rumah Melayu asli Penghulu Natar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


TANGGA di rumah ini dihiasi dengan jubin yang diimport dari negara China.


RUMAH Penghulu Natar yang terletak di Merlimau, Melaka sudah berusia hampir dua abad. Namun, ia masih tegap dan gah di tapak asalnya. Sesungguhnya, ia kekal tersergam atas titik peluh dan kemahiran tukang kayu pada zaman dulu sangat mengagumkan.

Pewaris rumah bersejarah itu, Md. Ramli Md. Natar, 66, berasa bertuah. Dia telah mewarisi satu hasil seni bina yang dikatakan melampaui zaman dan warisan budaya.

Rumah persis Istana Melaka itu mula dibina pada tahun 1895 sebelum menjalani siri proses ubah suai dan siap sepenuhnya pada tahun 1918. Sesetengah penduduk Merlimau memberi jolokan rumah itu sebagai Istana Merlimau atau Rumah Merlimau.

"Datuk saya, Datuk Demang Haji Abdul Ghani Haji Abdul Majid dan ayah saya, Penghulu Natar berjaya melahirkan nilai-nilai estetika dan kehalusan pada rumah yang kami anggap sebagai satu yang luar biasa," kata Md. Ramli. Ketika kedatangan Kosmo!, anaknya, Rizal, 37, yang merupakan pewaris seterusnya turut serta.

Mahkamah rakyat

Md. Ramli dengan rela hati membawa penulis meninjau isi dalam rumah yang penuh nostalgia itu. Rumah yang mempunyai pengaruh Palembang, Kemboja, Champa dan Filipina itu boleh disimpulkan sebagai unik.

Bentuk rumah itu mempunyai ciri Melayu tetapi anjungnya berbumbung limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapur masaknya berbumbung lintang dan ruangnya juga sangat luas. Rumah besar dan dapurnya dipisahkan oleh sebuah pelantar simen, tiga buah anjung, serambi, dapur memasak dan perigi.

Perkara yang menarik dalam rumah itu ialah tiang serinya. Ia mempunyai tiang asas tetapi tiang tersebut telah dilapik dengan papan berlorek yang hiasi kelopak bunga. Tangga di hadapan rumah pula dihiasi dengan jubin yang diimport dari China.

Rumah Penghulu Natar mematuhi prinsip rumah Melayu asli yang mengekalkan tradisi seni bina alam Melayu. Rumah itu cukup luas tetapi tidak berbilik. Kata Md. Ramli, jika ia berbilik, rumah itu akan bertentangan dengan elemen rumah Melayu tulen.

Pada era dahulu, rumah tradisional bukan semata-mata dijadikan kawasan kediaman tetapi fungsinya umpama istana.


RUANG luas serambi rumah dijadikan sebagai Mahkamah Rakyat yang membicarakan kes-kes jenayah di Melaka pada zaman dulu.


Antara peranan penting ialah rumah itu juga bertindak sebagai Mahkamah Rakyat. Demang Abd. Ghani ketika itu telah diberi kuasa oleh pihak British untuk menyelesaikan dan membicarakan masalah sosial rakyat. Antara kes yang dibicarakan mengikut pertimbangan ialah kes mencuri, melarikan anak dara dan masalah tanah.

Lazimnya, Mahkamah Rakyat akan bersidang pada sebelah malam. Di belakang rumah itu juga, terdapat lokap untuk penahanan sementara, sebelum pesalah dihantar kepada pihak polis.

Pelamin kekal dan loteng

Md. Ramli menambah, rumah tersebut juga pernah dijadikan sebagai Pejabat Daerah dan Pejabat Memungut Cukai.

"Mesyuarat rasmi kerajaan selalu diadakan di sini. Pegawai British biasanya akan menaiki kuda untuk datang ke sini dan selalu akan bermalam di rumah ini," katanya.

Perang Naning (1831-1832) dan Perang Rokam (1887) yang meletus di Serkam, Melaka telah menyebabkan British memaksa orang Melaka membayar cukai. Cukai yang dibayar dalam bentuk tunai atau hasil tanaman seperti padi dan kelapa turut berpusat di rumah bersejarah itu. Setiap hari ada saja cukai yang dihantar melalui kereta lembu ke rumah itu.

Sepanjang tinjauan Kosmo! di kawasan rumah tradisional itu, tumpuan jadi terarah ke kawasan tengah rumah.

"Itulah pelamin yang dibina secara kekal. Ia digunakan ketika masyarakat Merlimau melangsungkan perkahwinan," terang Md. Ramli.

Pelamin itu mempunyai dua aras dan lengkap dengan pagarnya sekali. Ukirannya begitu menarik dan teliti. Pada masa dulu, di kiri kanan pelamin itu terdapat ukiran dua ekor naga yang dicat dengan warna emas.

Satu lagi ciri rumah Melayu yang terdapat di rumah Penghulu Natar ialah loteng.


PELAMIN kekal disediakan untuk upacara berinai mempelai wanita.


Lotengnya sangat luas. Untuk naik ke loteng berkenaan, sebuah tangga kayu disediakan.

Menurut Md. Ramli, biasanya ruang loteng itu menempatkan anak-anak gadis ketika majlis perkahwinan.

Inap desa

Baru-baru ini, Kerajaan negeri Melaka berhasrat menjadikan rumah tradisional Penghulu Natar menjadi produk pelancongan inap desa. Memetik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, keunikan dan populariti rumah tersebut wajar dikomersialkan.

Menurutnya, usaha itu selain meningkatkan pencapaian industri pelancongan negeri, turut menyumbang kepada pendapatan negeri dalam sektor berkenaan.

"Amat wajar keunikan dan keistimewaan rumah ini diketengahkan kepada masyarakat luar terutama pelancong asing yang belum pernah melihat sendiri rumah kampung tradisional," kata beliau.

Mohd. Ali sendiri terpesona dengan keunikan jubin lama dan saiz rumah itu yang boleh menampung kehadiran pelancong, termasuk mereka yang ingin bermalam.

Sementara itu, tokoh sejarah Melaka, Baharam Azit, 69, berkata, rumah itu perlu diawasi dan dijaga sebaik-baiknya supaya tidak lenyap ditelan zaman.

"Sejarah rumah ini harus dipelihara supaya terus menjadi kenangan bangsa dan kebanggaan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersukan di gelanggang Sri Sinar

Posted:

Bersukan di gelanggang Sri Sinar

Bersukan di gelanggang Sri Sinar


WALTHER (paling kanan) menandatangani plak tanda perasmian gelanggang Sri Sinar sambil diperhatikan Jun Hong (kiri) dan para pemain lain.


PENGGEMAR badminton tidak perlu lagi buntu fikiran jika mahu mencari gelanggang sukan tersebut yang turut menawarkan kemudahan terbaik.

Bagi menambah nilai kepada lokasi kesukanan dan akademi sukan di bawah satu jenama produk sukan badminton, satu lagi lokasi kini menjadi tumpuan ramai.

Pusat Badminton Sri Sinar di Segambut Dalam berdekatan Sri Hartamas, Kuala Lumpur sudah dijadikan tempat untuk komuniti setempat dan dari lokasi sekitarnya beriadah.

"Kami memperkenalkan jenama paling popular di Denmark dan beberapa negara Eropah, FZ Forza. Forza ingin memulihkan semula populariti gelanggang ini dengan membuka akademi badminton kepada generasi muda untuk bergiat aktif," demikian kata Pengurus Asia FZ Forza, Bjarne Jeppesen.

Bercakap tentang jenama yang diasaskan lebih dua dekad lalu itu, Jeppesen memberitahu, setakat ini, jenama itu sudah diperkenalkan di lapan buah negara di Asia termasuk China, Singapura, Vietnam dan Taiwan selain menyasarkan ke negara-negara seperti Filipina dan Thailand.

"Kami mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menilai kepenggunaan serta keperluan rakyat Asia yang mempunyai saiz dan tangan yang lebih kecil berbanding pemain Eropah," tambahnya.

Jurulatih berpengalaman

Bercakap mengenai akademi, duta FZ Forza di Malaysia, John Micheal memberitahu, pihaknya mempelawa kanak-kanak dan remaja menyertai akademi itu dengan bayaran keahlian RM150 sebulan. Kelas akan berlangsung setiap hari Sabtu dari pukul 1 petang hingga 3 petang dengan bantuan jurulatih berpengalaman termasuk Micheal sendiri.

"Buat masa sekarang kami mempunyai kira-kira 20 orang ahli. Jika kanak-kanak yang menyertai akademi itu dilihat berpotensi tetapi menghadapi masalah kewangan, kami di Forza sedia memberi bantuan dan mengasah bakatnya sehingga berjaya," katanya yang membuka peluang kepada orang awam yang tidak mempunyai latar belakang kesukanan untuk menyertainya.


BAKAT-BAKAT muda sibuk berlatih di gelanggang Sri Sinar.


Pada majlis yang sama, produk sukan badminton FZ Forza, seperti raket, bulu tangkis dan baju-T FZ Forza dilancarkan dan dijual pada harga berpatutan.

"Raket badminton dijual dalam lingkungan harga antara RM200 hingga RM400. Bulu tangkis pula RM58 bagi satu tiub dan baju-T berharga RM80. Selain itu, kedai ini menawarkan khidmat membetulkan tali raket yang terputus," kata pemilik kedai JJ Sports House yang membekalkan barangan FZ Forza, Ong Jia Juen.

Sempena majlis pembukaan gelanggang itu, bekas pemain Denmark dan Pengurus Jualan Asia, Thomas Walther sibuk berkongsi kemahiran pemain kanak-kanak yang menghadiri Pusat Badminton Sri Sinar.

"Pusat ini mempunyai 10 gelanggang badminton dan sebuah kedai pusat jualan produk FZ Forza di samping tempat letak kereta yang mencukupi," kata pemilik pusat badminton tersebut, Lim Jun Hong.

Hanya beberapa minit dari Sekolah Kebangsaan Sri Sinar, Segambut, pusat badminton itu menawarkan bayaran yang berpatutan bagi menarik penglibatan orang ramai.

Pada hari Isnin hingga Jumaat, caj sebanyak RM8 sejam dikenakan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan RM16 sejam dari pukul 6 petang hingga 7 malam serta pukul 11 malam hingga 12 tengah malam. Dari pukul 7 malam hingga pukul 11 malam pula, cajnya adalah RM22 setiap jam.

"Pada hujung minggu, bayaran yang dikenakan ialah RM12 pada jam pertama, RM20 jam kedua dan berkurangan dari segi nilai tambahan pada jam-jam seterusnya. Waktu bermain ialah dari pukul 9 pagi hingga 6 petang," terang Jun Hong.

– NIZHA PERIASWAMY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan