Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia, Al-Fatihah.
Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, juga ibu kepada pelakon Faizal Hussein telah kembali ke rahmatullah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri.
Laporan Mstar ada menyebut, cucunya Ayang Hussein berkata bahawa arwah telah dihantar ke klinik ekoran demam panas & batuk. Namun, doktor disyaki telah memberikan ubat yang tidak bersesuaian sehingga sistem imunisasi arwah gagal berfungsi.
Ayang Hussein & ibunya kemudian menghantar arwah ke hospital & dimasukkan ke ICU setelah koma pada pukul 10 malam tadi. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota selepas waktu Asar nanti.
Al-Fatihah buat Mahyon Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tarikh Siaran: 7 Mei 2011 (Sabtu) Masa: 11.00 pagi Bahasa: Inggeris Episod: 15 Episod
Sudahkah anda bersedia untuk menonton siri kegemaran ramai Hannah Montana? Ya, Miley Stewart kembali meriuhkan hari Sabtu anda!
Dicalonkan dalam kategori 'Performance in a TV Series (Recurring Young Actress Ten and Under)' dan 'Best Performance in a TV Series' '32ndYoung Artist Awards' pencapaian Miley memang tidak boleh dipertikaikan. Miley juga turut dicalonkan di 2011 Kids' Choice Awards. Idola remaja ini akan kembali mewarnai hari anda dalam siri popular Hannah Montana musim ke-4 di saluran hip 8TV!
Siri ini akan membawa anda mengikuti perjalanan gadis remaja Miley Stewart yang mempunyai dua personaliti yang berbeza di mana pada siang hari Miley menjalani kehidupan seperti remaja biasa manakala pada malam hari beliau menjalani kehidupan sebagai penyanyi pop terkenal.
Musim terbaru ini menyaksikan Miley dan keluarga berpindah ke rumah baru mereka di Malibu. Berpindah ke tempat baru bukanlah satu perubahan yang besar pada Miley kerana kisah cinta Robby dan Jackson mungkin akan lebih menarik perhatian penonton!
Tahun ini merupakan tahun akhir Miley di sekolah dan seperti remaja-remaja lain, Miley juga berada di persimpangan di mana beliau sendiri masih tidak dapat memastikan apa yang beliau mahukan dalam hidup. Adakah Miley akan terus menjadi Hannah Montana seorang bintang terkemuka yang digilai ramai atau Miley akan memilih untuk menjalani kehidupan sebagai gadis biasa?
Musim terbaru Hannah Montana ini juga bakal diisi dengan lagu-lagu menarik disamping kehadiran bintang-bintang undangan yang cukup popular. Setiap episod pastinya menjadi episod yang wajib ditonton peminat setia siri ini!
"Fenomena Hannah Montana ini sememangnya sesuatu yang luar biasa berlaku. Miley digilai dan menjadi idola remaja-remaja di serata dunia. Populariti yang dikecapi Miley menjadikan siri Hannah Montana ini sebagai siri yang paling digemari dan mencatat jumlah penonton paling tinggi dalam sejarah penerbitan Disney Channel!" ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.
Airin menambah, "Kini kami di 8TV akan berkongsi dengan penonton, kisah suka duka Miley Stewart dalam siri popular ini!"
Bagi peminat setia Hannah Montana pastikan anda tidak ke mana-mana kerana Miley Stewart bakal menghiburkan anda di rumah setiap Sabtu jam 11.00 pagi eksklusif di 8TV!
Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Selamat menonton!
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Sunday, May 22nd, 2011 pada 11:51 am dan di bawah kategori 8TV.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Sunday, May 22nd, 2011 pada 10:35 am dan di bawah kategori Peraduan.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu, di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.
"Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi.
"Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.
"Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dab mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.
Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin.
Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak, Sabtu. -mStar
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
Wilma Rudolf (1940-1994) adalah seorang wanita kulit hitam dari Amerika Syarikat. Dia adalah seorang atlit lari yang pernah menjuarai olimpik sebanyak 2 kali berturut-turut. Wilma tercatat sebagai wanita terpantas pada eranya (60-an). Namun yang teman-teman harus tahu iaitu Wilma Rudolf terlahir dalam keadaan cacat. Lahir prematur hanya dengan berat 1,5 kg, terserang penyakit polio hingga lumpuh. Lalu pada usia 12 tahun, penyakit cacar dan campak menyerangnya pula. Dengan keadaan yang sangat memprihatinkan tersebut, Wilma memiliki sebuah impian iaitu ingin menjadi seorang juara lumba lari. Cuba bayangkan, berjalan saja dia tidak mampu, bagaimana boleh berlari? Apa lagi ingin jadi juara? Tetapi dia dengan gigih terus berlatih berjalan dan terus berubat secara teratur, hingga setahap demi setahap dia pun mulai pulih dan boleh berjalan. Lalu berlari… Pada usia dewasa, Wilma telah mendapatkan berbagai penghargaan dari pemerintah Amerika dan Eropah, selain itu dia dijuluki sebagai "The Tornado" atau "wanita tercepat". Sungguh, segala penyakitnya di masa kecil tidak membatasinya untuk bermimpi. Dengan mimpinya yang semua orang bahkan mengatakan itu "Tidak Mungkin" akhirnya dia buktikan hingga menjadi "Mungkin". Keadaan masa kecil Wilma Rudolf tentunya bukan keadaan yang kita ingin miliki. Bila kita memiliki keadaan yang lebih baik dari dia, sepatutnyalah kita dapat melakukan hal yang lebih baik pula. Terakhir yang ingin saya sampaikan, Ketika mula patah semangat, ingatlah kembali impian kita.
Liu Fuyang 15 tahun , di berhentikan dari sekolah oleh gurunya kerana bau badannya. Di rumah, dia menolak untuk membahas topik sekolah, guru, dan teman sekolah nya kenara dia enggan kesekolah. Dipaksa oleh gurunya, Liu Fuyang menulis catatan bersaksi untuk keengganannya untuk bersekolah.Liu Fyuang dan ayahnya. Liu Fuyang dipaksa keluar dari sekolah oleh gurunya kerana bau tubuhnya. Ayahnya sudah berusaha meminta bantuan agar sekolahnya mahu menerima anaknya kembali ke sekolah.Namun, , Liu Fuyang sakit hati dan tidak ingin pergi ke sekolah lagi sama sekali kerana malu dengan penghinaan gurunya itu.
Dalam surat Liu Fyuang yang dia pegang, salah satu bahgian mengatakan "Saya telah menganiaya ramai orang, dan jika saya terus bersekolah, saya akan lebih banyak menganiaya orang lain."
KOTA BELUD: Seorang lelaki yang cemburu melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain 'naik hantu' apabila membelasah wanita itu separuh mati termasuk menetak hingga putus jari hantu tangan kiri mangsa sebelum membunuh diri dalam kejadian di Kampung Gentoung Rosok, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Dua Tulis, 46, parah di kepala selain patah tangan kiri selepas suaminya, Sibin Tetobok, 46, membelasahnya menggunakan parang dan kayu.
Difahamkan, suami mangsa dikatakan berang melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain di sawah padi kampung berkenaan lalu mengamuk, termasuk mengeliling kampung dan menjerit akan membunuh isterinya.
Beberapa penduduk yang menyedari perkara itu menghubungi polis berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini.
Selain itu, jiran mangsa mendakwa terdengar pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa dalam keadaan parah manakala suaminya menghilangkan diri.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintendan Mohan Nadasen mengesahkan perkara itu dan memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis menuju ke rumah pasangan berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam rumah terbabit.
"Polis turut menemui parang dan kayu dengan kesan darah, dipercayai digunakan suspek untuk menetak dan memukul isterinya," katanya.
Mohan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui jari hantu mangsa dan dihantar ke hospital untuk disambung semula, namun doktor mendakwa sudah terlambat.
"Polis kemudian menjejaki suspek sebelum dimaklumkan penduduk bahawa lelaki itu berada di sebuah pondok di sawah padi.
"Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis meminum sejenis cecair dipercayai racun sebelum rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.
Katanya, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat suspek untuk mengetahui punca kematiannya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. saya petik dari myMetro
ALOR SETAR – Kehilangan seorang doktor pelatih, Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sejak lima hari lalu menjadi bertambah misteri apabila dia pernah hilang sebanyak dua kali bulan ini selepas dipercayai dipukau seorang gadis bertudung merah.
Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, anaknya menghilangkan diri pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Katanya, dalam kejadian pada 3 Mei lalu itu, anak sulungnya itu hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.
"Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500," katanya di sini semalam.
Ujarnya, pada 12 Mei lalu, Mohd. Noor Azam sekali lagi hilang ketika berada di kawasan HSB dan pulang ke rumah semula dua hari kemudian.
Seorang lelaki dituntut cerai oleh isterinya setelah isterinya mendapati Mr.P suaminya palsu. Hal ini terbongkar ketika mereka sedang berhubungan seks. Sang suami, Grigory Toporov (48), mengatakan bahawa dia tidak tahu seberapa besar Mr P yang diinginkan isterinya sehingga dia melakukan 'sambungan' Mr.P. Namun, isterinya justru kaget dan ketakutan ketika Mr. P suaminya patah saat mereka sedang asyik melakukan aksi panas. Greg mengatakan akan melakukan extension Mr. P lagi, namun sang isteri sudah terlanjur jenuh dengan kegagalannya ketika di ranjang dan dia tetap minta cerai. Aneh-aneh saja!
NAIROBI, RIMANEWS — Jangan dikira ancaman pemerkosaan hanya dihadapi anak-anak dan perempuan muda. Di Kenya, kaum perempuan usia lanjut pun sering menjadi korban kekerasan seksual. Di Nairobi, ibu kota Kenya, hampir 20 peratus korban pemerkosaan adalah kaum perempuan berusia di atas 60 tahun.
Ancaman itu mendorong sejumlah perempuan lanjut usia di Nairobi berlatih beladiri. Mereka tergabung dalam sebuah kelab beladiri yang digagas Sheila Kariuki, seperti dilaporkan GlobalPost.
"Waktu pertama kali membentuk kelab beladiri untuk nenek, mereka kaget sekali. 'Kami latihan karate? Tidak ah, itu untuk orang muda,'" ucap Kariuki yang mendirikan kelab ini pada 2007.
"Namun, ketika kami sudah duduk bersama dan saya menunjukkan teknik-teknik sederhana untuk membela diri, mereka berlatih dengan antusiasme tinggi. Sekarang, setelah tiga tahun, mereka tetap rajin datang berlatih dan terus belajar," imbuh Kariuki.
Dalam video yang ditampilkan GlobalPost, nampak nenek-nenek itu bergiliran memukul sansak atau menendangnya. Kadang mereka belajar menangkis serangan lawan. Kariuki juga menunjukkan titik-titik mana saja yang boleh menjadi titik lemah penyerang.
Mereka juga berlatih berpasangan. Salah satu berperanan sebagai penyerang, sedangkan pasangannya berusaha melawan.
Usaha Kariuki kini berbuah. Salah seorang muridnya, nenek berusia 70 tahun, menceritakan pengalamannya membela diri ketika diserang sekelompok lelaki.
"Suatu kali, anak-anak muda itu datang ke rumah saya. Seorang di antara mereka memegang gaun saya, tetapi saya terlalu cepat buat mereka. Tangan saya langsung memukul kemaluannya. Ketika dia menjerit, para tetangga mendengar dan datang. Akhirnya mereka lari," kata sang nenek dengan nada bangga.
Rakannya punya pengalaman berbeza. "Sejak dulu saya memang pemberani. Tetapi, sekarang saya makin percaya diri kerana boleh membela diri," ujarnya.
TRIBUNNEWS.COM - Polis berhasil menangkap seorang lelaki yang memakan hati manusia dicampur kentang. Demikian diberitakan The Korea Herald/ANN, Sabtu (21/5/2011).
Polis di Moscow Russia berhasil menangkap si tersangka setelah menemukan sejumlah bahagian tubuh manusia yang tercicir termasuk tangan dan kepala. "Ketika berhasil diltangkap dia sedang makan hati manusia dengan kentang," kata juru cakap polis Moscow, Russia.
Seluruh hati manusia itu ditemukan di peti sejuk di rumah tersangka. Pihak polis belum boleh memastikan penyebab kematian dari pemilik hati yang dimakan tersangka.
"Tersangka mengakui kejahatannya dan memakan hati dari mangsanya," demikian pernyataan yang dikeluarkan pejabat kejaksaan setempat.
MEDAN- Akibat stress tidak mampu membiayai kehidupan anak-anaknya, seorang ibu sanggup mencuba membunuhnya. Ibu tersebut sanggup menaruh anaknya di tengah jalan raya di kawasan Stesen Kereta Api Medan, Sabtu (16/5/2011).
Beruntung anak malang ini berhasil diselamatkan warga. Setelah diselamatkan, akhirnya kanak-kanak berusia dua tahun bernama Imam Suhada itu dirawat penduduk yang telah menyelamatkannya. Imam pun langsung dimandikan dan diberi pakaian .
Anak pasangan Suheri dan Ismayani itu diduga juga mengalami sejumlah penyiksaan sebelum diletakkan di tengah jalan raya. Ketika diselamatkan warga ditemukan sejumlah luka bekas sundutan ubat nyamuk bakar di sekujur tubuh anak malang itu. Sundutan tersebut tak lain dilakukan oleh ibunya, Ismayani, warga Gudang Arang, Belawan, Medan, Sumatera Utara.
Menurut Marudut Hutagalung, seorang petugas yang telah menyelamatkan anak malang tersebut, sang ibu tega tersebut meletakan anak kesayangannya di jalan raya dengan maksud cuba membunuhnya. Beruntung dia berhasil mengamankan Imam dan membawa ibunya ke Pollantas Medan
Sementara itu, Ismayani mengaku sanggup membuang anaknya kerana himpitan ekonomi yang memaksanya melakukan perbuatan keji tersebut. Bahkan dia juga sanggup menyulut tubuh anaknya dengan ubat nyamuk dengan dalih ingin mendapat belas kasihan dari warga. (Rudy Hermansyah/SUN TV/ugo)
Di Berlin yang membenarkan pelacuran, 40 peratus dari 3.200 mahasiswi yang dijadikan kajian menyatakan tidak keberatan jika harus terjun ke industri seks baik sebagai PSK, penari erotis, atau pertunjukan seks melalui internet . Angka ini lebih tinggi dibanding hasil kajian yang sama di Paris (29,2 peratus dan Kiev (18,5 peratus).
Hasil kajian ini cukup mengejutkan. Kajian ini dilakukan setelah banyak laporan yang menyebutkan banyaknya mahasiswi yang terjun ke dunia pelacuran namun belum diketahui hubungannya dengan pendidikan di Jerman.
"Motif utama mereka memasuki dunia itu adalah mendapatkan dana tambahan kerana upahnya cukup tinggi," jelas Eva Blumenschein, mahasiswi Universiti Humbold Berlin yang terlibat dalamkajian ini.
Blumenschein mengatakan reformasi pendidikan yang bertujuan mempercepat waktu studi mahasiswi diperkirakan menjadi penyebab utama mengapa banyak mahasiswi yang mempertimbangkan terjun ke dunia pelacuran.
"Ini sangat memungkinan kerana reformasi pendidikan menambah beban bagi mahasiswa dan membuat mereka hanya memiliki sedikit waktu untuk mencari wang. Ditambah bayaran sekolah yang tinggi, membuat mereka memilih terjun ke dunia hina ini," jelasnya.
Ramai orang berkata "teknologi itu boleh berguna tetapi juga bolehmenjadi malapetaka", mungkin kerana anggapan seperti itu membuat sebuah kuil di Jepun memberikan pelayanan untuk "memberkati" gadget yang baru saja anda beli. Kuil Kanda-Myojin di Tokyo akan "mendoakan" gadget anda, terutama untuk komputer dan notebook agar terhindar dari masalah seperti diserang virus, hardisk yang rosak mahupun "Blue Screen".
Untuk melakukan itu semua, anda diwajibkan untuk membawa komputer atau notebook ke kuil tersebut. Setelah selesai "diberkati", sebuah pelekat (berfungsi sebagai azimat) akan diberikan untuk diletakkan di rumah supaya si komputer tidak akan "rosak".
Entah suatu kebetulan atau tidak, letak kuil tersebut sangat berdekatan dengan daerah Akihabara yang terkenal dengan pusat elektronik di Jepun. Orang Jepun itu memang aneh-aneh.
KAJANG: Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.
Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.
Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Tragedi tanah runtuh: MB Selangor kerah misi bantuan segera
2011/05/21
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.(myMetro)
Untuk mengetahui lebih lanjut kita ikuti berita di malam ini.....
Heboh Chimpanze memperkosa seekor katak. Chimpanze ini kelihatannya masih muda. Kenapa boleh sampai begitu ya ?? Memang dasar nalurinya macam tu ko.Kejadian ini tertangkap kamera di Honolulu Zoo Hawaii .
WartaNews-Copenhagen - Sperma lelaki Denmark diminati para wanita yang ingin mempunyai anak, lantaran boleh diperoleh tanpa memberikan nama dan nombor telefon, sebagaimana di beberapa negara Eropah lain. "Kebanyakan pelanggan kami memang menginginkan penderma yang paling tidak memiliki tinggi 180 cm dan bermata biru," ungkap Peter Bower, direktor Nordic Cryobank, bank data penderma sperma.
Para pelanggan dapat mengklik profil calon penderma dan dengan membayar. Mereka dapat melihat rakaman audio wawancara dan foto calon ketika masih bayi. Tetapi yang paling penting, tidak satu pun informasi akan mengenali penderma kecuali mereka memang menginginkannya. Di Denmark, penderma sperma tidak menwajibkan penyertaan nama dan nombor telefon, berbeza dengan di Britain atau negara Eropah lain. Hal ini membuat Denmark menjadi negara yang sangat disukai wanita asing yang ingin menjalani pembuahan buatan kerana tidak terdapat kelangkaan sperma "rasmi" yang sudah diuji.
Umumnya, sejumlah klinik di Denmark memberikan layanan inseminasi kepada tiga kelompok pelanggan iaitu pasangan lesbian, heteroseksual dan wanita sudah lanjut usia atau belum kahwin. Wanita single adalah kelompok yang jumlahnya meningkat pesat.
Peter Bower mengungkapkan, wanita Inggris merupakan pengguna "terbanyak" layanan ini, tetapi pelanggan luar Denmark secara umum juga meningkat. Menurut data terakhir Jabatan Kesihatan Denmark pada tahun 2008, 2.694 wanita asing datang ke Aarhus dan Copenhagen untuk menjalani pembuahan buatan. Tahun 2010 jumlahnya meningkat menjadi 4.665.
Sampel dikirim dari bank sperma ke Klinik Jabang Bayi di copenhagen dengan menggunakan basikal berbentuk satu sel sperma. Sperma tersebut kemudian dibekukan dalam nitrogen cair dan disimpan di bahagian kepala sperma,di bahagian depan. (*/dar)
PROBOLINGGO-Hanya karena salah faham ketika membuat minuman susu bayi, seorang menantu sanggup menyiram air panas ke tubuh mertuanya, Ma'i (70). Karsiah (35) warga Kelurahan, Mangunharjo, Kecamatan Mayangan, Kota Probolinggo kini di tahan ole polis. Peristiwa ini terjadi ketika mangsa sedang membuatkan susu untuk cucunya, tanpa sebab yang jelas Karsiah marah, sehingga terjadi pertengkaran. Karsiah yang ketika itu sedang memasak air, menjadi gila hingga menyiram air panas ke tubuhmak mertuanya. Tetangga yang mengetahui kejadian tersebut segera melerai dan menolong mangsa Ma'i mengalami luka melecur pada bahagian tangan dan lehernya. "Sering saya di marahi dan kali ini saya di siram air panas," kata Ma'i kepada wartawan, Jumaat (20/5/2011). Setelah menyiram, kerana takut dihakimi warga, Karsinah bersembunyi. Polis yang mendapat laporan segera menahan pelaku untuk dibawa ke Mapolresta untuk diproses secara hukum.
TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki secara tak sengaja menemukan wang di rumahnya yang jumlahnya 45 ribu dollar AS . Lebih mencengangkan, lelaki bernama Josh Ferrin ini mengembalikan wang tersebut.
Dilansir Yahoo News, Ferrin membeli rumah baru di Bountiful,Salt Lake City, Amerika Syarikat (AS).Ketika dia berjalan menuju garaj dia melihat banyak bungkusan dan ketika dia memanjat di bahagian atas garaj dia melihat sebuah kotak besi.
"Saya takut, dan menguncinya dalam kendaraan serta menelefon isteri saya," katanya. Tak berapa lama kemudian ia kembali menemukan beberapa kotak besi dan isinya adalah wang yang jumlahnya 45 ribu dollar AS.
Meski memiliki uang tersebut, Ferrin kemudian memutuskan mengembalikan wang itu kepada anak pemilik rumah sebelumnya, Arnold Bangerter, dan menyerahkan rumah ini kepada anaknya.
Ferrin yang bekerja sebagai ahli biologi di Utah Department of Fish and Game mengatakan bahawa walaupun dirinya memerlukan wang itu namun ia berfikir untuk mengembalikannya kepada yang berhak.
BUKAN sekali dua Joyah dengar gosip buruk tentang artis seorang ini. Tapi Joyah pekakkan telinga saja. Tak berminat. Sebab Joyah malas nak ambil tahu pasal dia. Kalau masa dia remaja dulu, ada juga Joyah menyibuk nak tahu pasal dia. Tapi itu dululah.
Sekarang ni, katanya, Elyana dah berubah. Berubah bukan sebab dia dah bertukar status jadi bini orang, bukan. Tapi berubah peel. Kalau peel okey tak mengapa, tapi kalau sebaliknya, macam mana?
Joyah nak tanya, kenapa Elyana tak datang pada hari sidang akhbar sempena lancarkan single pertama sendiri baru-baru ini? Kenapa Elyana sendiri tak terangkan dari mulut sendiri? Kenapa nak guna suami sebagai pengantara. Sedangkan berpuluh kali peringatan tentang majlis itu dibuat. Apa ni Elyana oi?
Takkanlah sebab tak ada baju yang sesuai langsung tak nak datang majlis sendiri. Kriteria baju macam mana yang padan untuk majlis pelancaran single macam tu agaknya? Tak-kanlah nak baju yang vogue-vogue, berkelipan baru nak jumpa wartawan. Tolonglahhhh...!!
Sedih sungguh Joyah tengok muka wakil syarikat rakaman FMC mencurahkan perasaan kecewa dia. Malu dia dengan wartawan bila artis bawah naungan syarikat tak tepati janji.
Dan sedihnya ini bukan kali pertama Elyana buat hal. Dah banyak kali dah dia berjanji tapi saat-saat akhir batal tanpa alasan kukuh. Sudahlah kerenah dia macam-macam, permintaan peribadi berjela-jela pula tu.
Tapi, wakil FMC itu tak kisah. Sebab katanya, Elyana anak emas FMC. Jadi dilayankan saja perangai Elyana tu.
Joyah tak nak tulis lanjutan keluhan wakil FMC itu. Kalau Joyah tulis satu persatu, malu besar Elyana. Sebab Joyah tahu Elyana mengandung dan wanita hamil memang banyak kerenah, tapi jangan sampai menyusahkan orang.
Tapi kan Elyana lepas ini, jangan buat kenyataan maaf kat Facebook sendiri ye. Joyah bukan senarai kawan Elyana. Buatlah sidang akhbar. Biar semua tahu kesalahan Elyana tu. Tak baik pedajal orang. Lagi satu, jangan sekali tuding kesalahan sendiri pada orang lain.
Sebelum keadaan bertambah teruk. Lebih baik Elyana mengaku salah. Lagi cepat, lagi bagus. Sebelum orang industri senarai hitam awak!
BILA bercerita mengenai penyanyi ini, memang ramai yang cukup kagum dengan Alyah. Bukan sebab apa, sebab dia pandai bawa diri walau dalam apa juga keadaan. Yalah, kalau tengok balik sejarah bukan senang dia nak naik.
Hampir 10 tahun juga Alyah merangkak untuk terus popular sampai tahap ini. Tapi kalau ada yang perhati betul-betul tak banyak kisah cinta penyanyi yang cukup popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini dipaparkan di media massa.
Mungkin sebab dia lebih selesa berbicara soal kerjaya berbanding jaja kisah cinta. Memang bab-bab macam ni Syed respect dengan dia. Pandai sorok rahsia gitu.
Tapi baru-baru ini ada yang menyampai cerita yang mengatakan Alyah dah nak bertunang. Eh, betul ker macam tu sebab yang menyampaikan cerita bukan calang-calang orang tau. Orang berpengaruh bab solek menyolek yang bercerita pada Syed.
"Betul, Alyah dah nak bertunang hujung tahun ni. Kalau tak silap aku dalam bulan November. Dia dah buat persiapan manja-manja untuk majlis tersebut.
"Aku tak bolehlah bagi tahu dengan siapa dia nak bertunang. Apa yang boleh aku cerita dia tak bertunang dengan mana-mana Datuk, Tan Sri atau mana-mana orang besar yang lain.
"Sebaliknya dia hanya bertunang dengan lelaki muda yang lebih kurang sebaya dengan dia jer. Orang Gelang Patah, Johor juga kalau tak silap. Yang lain aku tak boleh beritahu, nanti akan diberitahu kemudian yer," kata mak andam popular Gelang Patah pada Syed.
Kalau betul seperti mana yang diceritakan pada Syed, awal-awal lagi Syed nak ucapkan tahniah. Kahwin nanti jangan lupa jemput yer.
Syed: Selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu di Malaysia.
Marilah kita sama-sama sedekahkah surah Al-Fatihah untuk Arwah,
Al-Fatihah kepada keluarga banyaklah berdoa untuk arwah
Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya seseorang benar-benar akan diangkat derajatnya di Syurga, lalu ia bertanya: 'Dari mana aku mendapatkan ini?' Maka dikatakan (kpdnya): 'Kerana anakmu memohon ampunan utkmu.'" (HR. Ahmad & Ibnu Majah)
Info news :
PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar. Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Dihukum internet: Lapan gambar aib Syahrini mula tersebar di laman maya
SATU persatu musibah melanda diri. Belumpun reda isu permusuhannya bersama pasangan duetnya, Anang Hermansyah, kini gambar-gambar panas penyanyi seksi Indonesia, Syahrini dan adiknya, Aisyahrani bertebaran menerusi internet.
Sekurang-kurangnya lapan gambar memalukan tersebar di internet. Antaranya, gambar Syahrini berkemban depan bilik mandi dan aksi menggoda dengan memakai baju tidur nipis berwarna biru di atas ranjang hingga menampakkan sebahagian besar peha dan punggungnya yang menggiurkan itu.
Lebih menggemparkan foto Syahrini bersama Daniel Mananta yang ketika itu meramas payu daranya, selain gambar berpelukan mesra dengan Glenn Fredly dan seorang jejaka Indonesia yang tidak dapat dipastikan siapa gerangannya. Pendek kata, penyanyi ini memang sering mengundang kontroversi menerusi aksinya yang bergambar 'berani mati'. Gambar panas lain membabitkan adiknya, Aisyahrani yang juga pengurusnya bercium mulut dengan seorang jejaka di atas katil beralaskan cadar putih, selain pose seksinya yang menampakkan sebahagian besar payu dara.
Syahrini yang berasakan dirinya teraniaya dengan tersebarnya semua gambar panasnya dan Aisyahrani menerusi alam siber nekad membuat laporan polis pada 14 Mei lalu. Dia mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar peribadinya itu diseret ke muka pengadilan. Dia ditemani peguamnya, Warsito Sanyoto, Syarini membuat laporan polis bagi mengesan pelaku yang dianggap merobek imejnya sebagai penyanyi.
Syahrini percaya pelaku mempunyai niat sengaja mahu menjatuhkan kerjayanya yang kini meniti puncak populariti. Bagaimanapun, Syahrini melalui Warsito mengakui gambar-gambar panas itu miliknya. Hingga kini, Syahrini belum membuat kenyataan kecuali Warsito dan Aisyahrani yang menjadi wakil bagi menjawab segala tanda tanya.
"Ya, gambar itu adalah koleksi peribadi Syahrini dalam telefon bimbit. Syahrini sendiri bingung memikirkan bagaimana gambar dalam telefon bimbit dapat diceroboh pengguna internet. Telefon bimbitnya tidak hilang, tetapi bagaimana ia boleh diakses keluar. Ia perlu dibongkar dan siapakah yang melakukannya?
"Apa yang berlaku bukan disengajakan, jadi peminat seharusnya bersimpati dengan apa yang berlaku Syahrini. Hormati privasinya kerana gambar-gambar itu berada di dalam telefon bimbit Blackberry miliknya. Lokasinya juga dalam ranah peribadi, misalnya bilik mandi.
"Awalnya Syahrini tidak mahu memperbesarkan isu ini hingga membawa ke muka pengadilan, tetapi melihat maraknya cerita panas mengaibkan hingga menimbulkan fitnah dan memburukkan nama baiknya, Syahrini akur mahu mengheret penyebar gambar supaya tidak terlepas daripada hukuman," kata Warsito.
Warsito juga menjelaskan, Syahrini pad aketika ini dalam berkeadaan baik, dia akur kehidupannya sebagai artis sentiasa dipandang masyarakat dan berasakan setiap artis melalui kontroversi yang berbeza jika tidak bernasib baik. Bagaimanapun, kegiatan seni Syahrini tidak terjejas, malah dia masih mengadakan persembahan di luar kota.
Syahrini tidak mahu menuduh sesiapa. Bagaimanapun, penyanyi berdarah Sunda itu bimbang jika ada pihak yang ingin menjatuhkan nama baiknya. Harapan Syahrini supaya pelaku dan orang yang mempunyai keinginan merosakkan namanya yang kini di puncak populariti terketuk pintu hati supaya tidak melakukan perkara penganiayaan seumpama ini.
"Dia sudah memaafkan pelakunya, malah dia mengucapkan terima kasih atas cubaan mahu mengaib dan mencemarkan nama baik keluarganya. Baginya, inilah asam garam kehidupan seorang artis. Semakin tinggi pohon, semakin kencang angin bertiup.
Gambar Syahrini yang dilihat bersama beberapa selebriti seperti Daniel Mananta dan Glenn Fredly cukup wajar, ia bukan untuk tatapan umum, hanya koleksi peribadi. Syahrini menjadi korban, tidak dapat dikira malunya," kata Warsito dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Sebelum ini, Syahrini, 27, pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Krisdayanti, Anang. Malah, anak kelahiran Bogor, Jawa Barat itu disebut-sebut pengganti Krisdayanti dalam kehidupan Anang. Bagaimanapun, tekaan itu meleset sama sekali. Selepas lebih setahun bersama, hubungan mereka menjadi keruh. Syahrini mendakwa dirinya dicampakkan Anang.
Penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku itu turut berasakan kontraknya berat sebelah. Kerjasama Anang dan Syahrini bermula awal 2010 sejurus Anang bercerai dengan Krisdayanti. Mereka berduet menerusi lagu Jangan Memilih Aku. Lagu duet menjadi siulan, bagaimanapun pelbagai aksi kemesraan mereka bagaikan sepasang kekasih dalam setiap persembahan lebih menjadi tumpuan ramai.
Disaman ganti rugi RM1.4 juta
SYAHRINI Syahrini yang pernah menyanyikan semula lagu Aku Tak Biasa dendangan asal Alda mula dihujani tawaran persembahan dan iklan sejak popularitinya melonjak apabila muncul bersama Anang.
Bagaimanapun, tiada angin, tiada ribut, Anang dan Syahrini memutuskan untuk berpisah, malah hati Anang turut beralih pada Ashanty sebagai rakan duet, seterusnya Syahrini ditinggalkan terkontang kanting mencari arah sebagai penyanyi solo. Anang mendakwa Syahrini meminta layanan mewah terutama apabila mengadakan konsert di luar kota. Bagaimanapun, Syahrini menafikannya. Selama berduet, Syahrini mengakui bersikap adil dan membahagi rezeki yang diperoleh sama rata.
Syahrini, graduan undang-undang Universitas Pakuan Bogor dalam kenyataan dalam sebuah tabloid, turut menuding jari mengatakan Anang mencampakkan dirinya.
"Banyak bercakap tidak membantu apa-apa. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih pada kenyataan keji dan fitnah yang menyebabkan imej saya nampak buruk di mata masyarakat. Yang jelas, kebanyakan kenyataan digembar-gemburkan tidak benar.
"Kenapa dalam hidup saya harus dikaitkan dengan Anang? Bagi saya, duet atau kolaborasi dengan sesiapapun tiada bezanya. Dan tentunya kolaborasi dengan sesiapa akan mendatangkan semangat baru buat saya," katanya yang kini menjalinkan hubungan cinta dengan pengusaha batubara dari Kalimantan, Aman Jagau.
Ketika ini, Syahrini dianggap antara penyanyi yang mendapat imbuhan lumayan sehingga memperoleh kereta jenis Mercedes Benz sport bernilai Rp100 juta (RM351,000) sebagai imbuhan untuk kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Pelangi Record. Untuk kontrak tiga album, Syahrini dikatakan mendapat Rp400 juta (RM1.4 juta).
Bagaimanapun, di sebalik mendapat durian runtuh itu, Syahrini berdepan kes saman Rp400 (RM1.4 juta) juta kerana tidak hadir dalam satu persembahan. Syarikat Blue Eyes menuntut ganti rugi Rp400 juta untuk membiayai tuntutan dan kos ganti rugi mencari penyanyi lain. Syahrini terpaksa membatalkan persembahan kerana bapanya meninggal dunia. Blue Eyes tidak menyalahkan Syahrini tetapi mereka meminta penyanyi yang dihadapkan ke Pengadilan Negeri Bogor Jawa Barat pada bulan lalu itu mengembalikan wang pendahuluan Rp100 juta yang dibayar. Namun, Syahrini mendakwa tiada tertera dalam kontrak mewajibkannya membayar ganti rugi.
Filem: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
Genre: Pengembaraan, fantasi, aksi
Pengarah: Rob Marshall
Pelakon: Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Geoffrey Rush, Kevin McNally,
Stephen Graham, Sam Claflin, Astrid Berges-Frisbey
Tayangan: Mulai 19 Mei
SELEPAS kejayaan tiga filem pertama Pirates of the Caribbean iaitu The Curse of the Black Pearl (2003), Dead Man's Chest (2005) dan At World's End (2007), kini Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films menghidangkan pula filem keempatnya, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang diterbitkan Jerry Bruckheimer di bawah arahan Rob Marshall.
Masih mengekalkan teraju utama seperti Johnny Depp dan Geoffrey Rush, filem lanun terbaru ini dimeriahkan juga dengan kehadiran Penelope Cruz dan Ian McShane, selain Kevin McNally, Stephen Graham dan beberapa lagi pelakon lain. Seperti mana filem terdahulu, keseronokan memang dirasa saat menonton filem keempat dalam siri francais ini. Tidak sah namanya jika filem Pirates of the Caribbean tidak diisi dengan babak aksi yang menghiburkan.
Selepas 10 minit pertama, peminat sudah pun disuap dengan babak aksi Kapten Jack Sparrow yang cuba melepaskan diri daripada istana raja. Babak kejar-mengejar di dalam istana dan di sekitar kota London yang berlumpur cukup seronok untuk disaksikan.
Apatah lagi kali ini filem yang menjalani penggambaran di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hawaii itu dipersembahkan dalam format 3D. Lalu, keseronokan menontonnya juga bagaikan dua kali ganda. Ditambah pula dengan set dan pemandangan hebat yang dihidangkan.
Ceritanya juga mudah untuk diikuti. Boleh dikatakan, Ted Elliott dan Terry Rossio menulis sebuah kisah yang paling mudah untuk difahami menerusi filem ini, berbanding tiga judul sebelumnya. Ia berkisar mengenai Jack yang dipaksa menaiki kapal Queen Anne's Revenge oleh bekas teman wanitanya, Angelica. Wanita itu ialah anak lanun yang digeruni ramai, Blackbeard. Mereka kini berusaha untuk mencari telaga sakti yang dikatakan mampu mengekalkan keremajaan seseorang yang meminum airnya.
Dalam pencarian itu, mereka berdepan halangan bukan saja daripada Kapten Hector Barbossa yang kini berkhidmat untuk raja England, malah daripada pasukan tentera Sepanyol yang turut menuju ke destinasi serupa.
Walaupun ada saatnya On Stranger Tides agak perlahan rentaknya, namun apabila kumpulan lanun ini tiba ke kawasan teluk yang didiami sekumpulan duyung, suasana mula berubah. Sejak itu, penceritaan semakin menarik dan aksinya juga kian mendebarkan.
Boleh dikatakan, kemunculan duyung yang cantik tetapi sebenarnya menggerunkan itu memberikan nafas lebih segar kepada siri filem ini, lebih-lebih lagi apabila dihasilkan dengan begitu mempesonakan hasil kecanggihan teknologi terkini.
Depp sendiri masih tegar dengan lawaknya dalam lakonan yang mengesankan. Berbaloi bayaran kira-kira RM160 juta yang dikeluarkan pihak penerbit untuknya, apabila pelakon ini tidak mengecewakan mereka dengan aksinya yang memang luar biasa.
Begitupun, penonton juga pasti membuka mata dengan persembahan diberikan McShane sebagai lanun kejam, Blackbeard. Kemunculannya nyata mengimbangi aspek lakonan dalam episod terbaru ini, begitu juga dengan aktor veteran, Rush, yang menghidupkan kembali watak Barbossa.
Hubungan percintaan antara 2 selebriti muda ini bukan lagi rahsia. Ramai peminat perempuan Justin Bieber kecewa dan frust bila Justin Bieber sudah berpunya. Ramai juga yang benci kat Selena Gomez ni sebab kononnya Selena rampas Bieber dari diorang. hahaha
Sekarang gambar mereka tidur bersama tengah panas tersebar kat internet, jadi makin panas la hati peminat justin Bieber ni. Ramai peminat Bieber cemburu dan mengatakan Selena sengaja menyebarkan gambar tidur bersama untuk buktikan hubungan mereka serius.
Lemah lembut lagak gayanya. Bidang modeling menjadi sebahagian dirinya. Namun jangan disangka lembut tiada bahaya. Bekas anggota polis ini pernah mengalami pengalaman menakutkan dan maki hamun menjadi makanannya sewaktu menyertai pekerjaan berisiko tinggi ini, namun segalanya hanya menjadi kenangan kini. Berpangkat Lans Koperal, Salwa Md Razak atau nama pentasnya, Arrora Salwa meninggalkan Polis yang disertai sejak 2004 untuk menyertai syarikat rakaman Sony Music Malaysia. Mengembangkan bakat dengan menyertai kumpulan D'Muse semasa di Pusat Latihan menguatkan lagi azamnya untuk terjun dalam bidang seni muzik tanah air. Mengintai peluang tika itu namun rezeki masih tidak memihak kepada dirinya. Tanggal 23 Julai 2010, usahanya nyata membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan kontrak rakaman lima tahun bersama Sony Music. "Bila dapat peluang besar macam ni, memang saya akan genggam betul-betul. Sebab tu saya sanggup tinggalkan karier untuk capai impian jadi penyanyi. Bukan senang nak dapat peluang begini, lebih-lebih lagi terlalu banyak artis yang dilahirkan melalui program realiti. Memang bagus sertai program realiti sebab orang akan lebih kenal. "Namun saya tak berminat tonjolkan bakat melalui program begitu kerana saya lebih suka bermula daripada bawah. Saya nakkan cabaran perjalanan untuk sampai ke puncak, dengan itu barulah pengorbanan itu dihargai. Biar saya naik dengan bakat yang ada," ujarnya. Bukan sedikit tohmahan yang diterima apabila keputusan ini diambil. Gelaran penyanyi kampung kerapkali singgah di telinganya. Namun Arrora tidak berpaling lagi, terus menongkah maju menyempurnakan cita-citanya. "Banyak cabaran yang saya lalui bila mengejar impian ini. Tak kurang ada yang menghina dan mengeji. Mereka tak percayakan kebolehan yang ada. Kata mereka saya hanya penyanyi kampung. Tapi tak apalah, cuma satu hari nanti saya akan buktikan apa yang mereka kata itu semuanya tak betul. Dan saya sekali-kali tak akan balik menyertai polis semula sekiranya cita-cita ini gagal," katanya yang bakal muncul dengan single berjudul Ahmad ciptaan Panji. Memang senang untuk bergelar selebriti pada masa ini, namun tidak semuanya berkualiti. Ada setengahnya hanya menjual rupa dan kontroversi tanpa sebarang produk berkualiti. Sebagai artis yang baru mencipta nama, pastinya sukar untuk gadis kelahiran Kota Tinggi Johor ini mendapatkan perhatian peminat seni muzik. Alyah sendiri mengambil masa 10 tahun untuk dikenali. Arrora pula bagaimana? Biarlah masa yang menentukannya.
DEMAM Pirates of the Caribbean kembali dan kali ini lebih banyak aksi menarik ditampilkan dalam filem diterbitkan Disney dan diarahkan Rob Marshall.
Begitupun, kebanyakan peminat setia siri filem ini berasakan lakonan ditampilkan pelakon utamanya Johnny Depp menjadi tarikan utama.
Malah, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Elm Street itu dikatakan begitu sinonim dengan watak Kapten Jack Sparrow sejak muncul dalam siri pertama, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada 2003 diikuti Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World's End (2007).
Paling menarik apabila aktor kesayangan ramai ini diganding dengan pelakon jelita Penelope Cruz menerusi siri keempat, Pirates of the Caribbean: On Strangers Tides yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Sebelum ini Depp beraksi di sisi Keira Knightly dan juga Orlando Bloom.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Depp dan Penelope digandingkan di layar perak kerana sebelum ini pada 2001 mereka beraksi dalam Blow bertemakan aksi dan komedi.
Bintang Alice In Wonderland dan The Tourist itu berkata, dia berasa agak terkejut dengan penerimaan penonton seluruh dunia terhadap siri Pirates of the Caribbean dan watak Kapten Jack Sparrow.
"Apabila difikirkan kembali sewaktu pertama kali melakonkan watak Kapten Jack Sparrow ia agak mudah. Saya hanya mengambil sebahagian daripada diri saya dan cuba menzahirkan mengikut imaginasi.
"Waktu pertama kali diberikan tawaran untuk membintangi filem ini, ada orang berkata bahawa Jack Sparrow adalah diri saya sebenarnya.
"Sepanjang melakonkan watak ini, saya boleh menjadikan atau menyerap karakter itu seperti apa yang saya mahukan. Bagi saya, sebagai seorang pelakon amat jarang peluang seperti ini diperoleh. Saya gembira apabila ramai meminati watak Kapten Jack Sparrow. Saya sangat menghargainya," katanya.
Membawakan karakter sama kali keempat dalam filem sudah tentu ia sesuatu yang mudah dan perkara itu turut diakui Depp.
Jelasnya, antara semua karakter yang pernah dilakonkan baginya Captain Jack boleh masuk ke dalam dirinya dengan pantas.
Tidak seperti sebelum ini kerana ada antara watak yang dilakonkan perlu penghayatan tinggi dan sedikit kerja keras.
Antara pengalaman menyeronokkan bagi Depp, 48, sewaktu penggambaran filem ini apabila sekali lagi diberi peluang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman, Judi Dench.
"Bagaimanapun selalunya watak kami bertembung sedikit saja. Sebagai contoh, sewaktu membintangi Chocolat, kami hanya ditemukan dalam satu atau dua babak.
"Pada saya, dia seorang pelakon yang sangat bersungguh-sungguh, bijak dan menarik. Dalam Chocolat kami dapat menari bersama, tetapi kali ini saya perlu menggigit telinganya," katanya.
Memandangkan watak dibawakan terlalu popular sehingga mempunyai pengikut setia terutama di kalangan orang muda, ramai beranggapan ia bakal memberikan pengaruh tidak baik kerana remaja mudah dipengaruhi.
Bagaimanapun, bapa dua anak, Lily-Rose Melody Depp dan John Christopher Depp III ini menjelaskan, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab sendiri iaitu memberikan lakonan bagus agar karektor hidup.
"Tanggungjawab saya yang sebenarnya adalah menghiburkan iaitu membuat orang ketawa apabila menonton filem ini. Menjadi lanun sudah tentu ia tidak akan memberikan anda satu tanggapan positif mengenainya," katanya.
Sepanjang menjayakan watak Kapten Jack, jelas Depp, banyak juga pengalaman lucu yang harus dilalui termasuk berpeluang memakai pakaian dalam wanita yang menurutnya tidak dapat dilakukan setiap hari kecuali sewaktu membintangi Pirates of the Carribbean.
Sementara itu, cerita menarik mengenai Penelope yang kali pertama diberi peluang membintangi Pirates of the Carribbean, apabila penggambaran dijalankan dalam keadaan dirinya sedang berbadan dua.
Penelope menggantikan tempat Keira yang menarik diri kerana terikat dengan projek lain.
Penelope berkata, dia bernasib baik, malah berterima kasih dengan pengarah dan pelakon filem itu yang diibaratkan seperti pegawai keselamatan dengan sentiasa memastikan keadaannya baik.
"Pihak produksi sudah pun dimaklumkan mengenai kandungan saya sewaktu mereka mahu memulakan penggambaran. Reaksi mereka begitu bagus.
"Saya tidak akan melupakan pengalaman ini. Pada saya, ia satu saat cukup istimewa kerana bekerja dalam waktu sama dilindungi semua pihak. Ia menjadi detik paling manis buat saya," katanya.
Bintang jelita kelahiran Madrid, Sepanyol ini mengakui, apabila bergelar ibu ia mengubah dirinya menjadi lebih positif.
Sebelum ini dia terlalu sibuk hingga dalam setahun sempat menghasilkan tiga hingga empat filem.
"Segalanya kini sudah berubah. Saya hanya membintangi satu atau paling banyak pun dua filem dalam setahun. Ia penting untuk saya mengimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun sejak bergelar ibu, saya mudah berasa penat," katanya bahagia bersama aktor Javier Bardem.
Menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem mega ini, Penelope berpeluang memegang pedang kali pertama dan mereka menyediakan seorang tenaga pengajar berpengalaman untuknya.
Mereka sudah mengajarnya bagaimana hendak bertarung menggunakan pedang beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan.
Penelope berkata, dia memang meminati kehidupan seorang lanun dan filem itu sendiri pembikinannya sangat bagus dan watak dilakonkan Depp sudah menjadi ikon di seluruh dunia.
"Membintangi filem ini juga sangat menyeronokkan dan saya mahu melakukannya sekali lagi. Kami juga mempunyai jurulatih aksi lasak yang sangat bagus. Jadi, walaupun saya sedang mengandung, saya dilindungi. Datang ke lokasi setiap hari rasa seperti berada di taman tema Disneyland," katanya.
Penelope mengandung tujuh bulan apabila selesai penggambaran Pirates of the Caribbean dan melahirkan Leo Encinas Bardem di Cedars Sinai Hospital, Los Angeles pada 22 Januari 2011.
Cabaran Empat Jam Stabilo Sempena Tayangan Pirates of The Carribean: On Stranges Tide.
SEMPENA tayangan filem Pirates of the Carribean: On Stranges Tide, Stabilo Malaysia menganjurkan Cabaran Empat Jam menonton dua filem Pirates of The Caribbean di TGV, KLCC, baru-baru ini.
Bermula dengan tayangan Pirates of The Caribbean: At The World Ends selama dua jam, penonton dibawa pula mengikuti siri keempat filem itu sebagai pratonton istimewa sebagai pembukaan.
Seramai 1000 orang menyertai cabaran dianjurkan yang mana pendaftarannya dilakukan menerusi laman sosial facebook Stabilo Malaysia.
Sambutan diberikan juga amat menggalakkan kerana dalam masa dua minggu ia berjaya menarik minat 4,000 orang mendaftar untuk mengambil bahagian.
Stabilo turut mengundang wakil media menyertai acara ini dengan hadir mengikut tema filem dan pada masa sama pertandingan kostum terbaik diadakan.
Peserta hanya perlu menggayakan salah satu watak pilihan dalam filem terbabit dan mereka yang mampu bergaya seakan-akan watak terbabit memenangi hadiah sampingan berupa edisi terhad produk filem dan Stabilo.
Cabaran menonton filem selama empat jam ini diadakan selaras dengan pelancaran Stabilo 'swing cool' pen penyerlah yang mempunyai teknologi anti kering bagi memastikan dakwat tidak kering walaupun tidak ditutup dalam persekitaran berhawa dingin selama empat jam.
Dalam persekitaran tanpa hawa dingin pen penyerlah terbabit boleh tahan lebih lama. Bersama cabaran filem, Stabilo turut mengadakan kuiz mengenai filem dan pen penyerlah di facebook supaya peminat Pirates of the Caribbean dapat memenangi hadiah sampingan edisi terhad produk filem.
Bagi pertandingan meniru gaya watak dalam filem Pirates of the Caribbean dimenangi Catherine Benedict selaku juara, Jamie Chang (naib juara) dan Andrea Tan tempat ketiga.
PROFIL
NAMA SEBENAR: John Christopher Depp II TARIKH LAHIR: 9 Jun 1963 TEMPAT LAHIR: Kentucky, Amerika Syarikat PASANGAN: Vanessa Paradis ANAK: Lily-Rose melody Depp (27 Mei 1999), John Christopher Depp III (9 April 2002) DRAMA: 21 Jump Street FILEM: Elm Street, Edward Scissorhands, Donnie Brasco, The Astronaut's Wife, Chocolat, Blow, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest, Pirates of the Caribbean: At World's End, Alice In Wonderland, The Tourist
PROFIL
NAMA SEBENAR: Penelope Cruz Sanchez TARIKH LAHIR: 28 April 1974 UMUR: 37 tahun ASAL: Madrid, Sepanyol STATUS: Berkahwin (14 September 2011) SUAMI: Javier Bardem ANAK: Leo FILEM: Jamon Jamon (1992), The Greek Labyrinth (1993), Framed (1992), The Age of Beauty (1992), Live Flesh (1997), Open Your Eyes (1997), The Girl of Your Dreams (1998), All About My Mother (1999), Volavrunt (1999), Woman on Top (2000), Blow (2001), All the Pretty Horses (2000), Vanilla Sky (2001), Waking Up in Reno (2002), G-Force (2002) Sahara (2005), Vicky Cristina Barcelona (2008), the thriller Gothika (2003), the Christmas movie Noel (2004), Sahara (2005), Volver (2006), Nine (2009) dan Sex and the City 2 (2010). Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Goya Sepanyol menerusi filem The Girl of Your Dreams, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah BAFTA (Vicky Christina Barcelona) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Academy (Vicky Cristina Barcelona).
HUJAN lebat yang membasahi Kuala Lumpur sejak petang Khamis yang berlarutan sehingga malam, sememangnya membantutkan pergerakan warga kota yang berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk berserta banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian jalan raya di ibu kota.
Keadaan itu turut merencatkan majlis tahlil buat tiga penggiat seni yang meninggalkan kita baru-baru ini iaitu Allahyarham Seri Bayu, Aimi Jarr dan Datin Orchid Abdullah. Majlis anjuran Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) ini diadakan di kediaman keluarga Aimi Jarr di Taman Melawati, Hulu Klang.
Bagaimanapun, situasi dan kesukaran yang berlaku langsung tidak menghalang dan menjejaskan semangat sahabat lama, rakan taulan dan anggota keluarga mereka apabila sudi meluangkan masa dalam majlis bertujuan mengenang dan mendoakan kesejahteraan buat ketiga-tiga mereka yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.
Majlis yang dimulakan sedikit lewat bagi menunggu ketibaan tetamu, dihadiri antara lain penggiat seni terdiri dari Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail, Ahmad Ibrahim (Mat London), Rosyam Nor, Rubiah Suparman dan Habsah Hassan.
Hadir sama, tokoh wartawan hiburan veteran seperti Ahmad Idris (Abi) dan isterinya, Bahyah Mahmood (Bam).
Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, ini bukan kali pertama mereka menganjurkan majlis sebegini.
Sebelum ini aktiviti sama pernah diadakan bagi mengingati penggiat seni yang meninggal dunia.
"Kami sentiasa buat majlis sebegini sebagai mengenang sumbangan mereka yang banyak berjasa membangunkan dunia seni tanah air.
"Majlis ini diadakan pada semasa ke semasa dan sentiasa mendapat sambutan yang baik dari rakan artis. Kali ini kami pilih buat di rumah arwah Aimi Jarr kerana selain wartawan, arwah juga dekat dengan dunia artis.
"Kami cuma menggunakan rumah keluarga Aimi, tapi tak nak menyusahkan mereka apabila menempah makanan dari luar.
"Kami turut menjemput keluarga arwah Datin Orkid, tapi mereka memaklumkan mengadakan majlis sama sempena kematian suaminya, Datuk Mokhtar. Keluarga arwah Seri Bayu juga turut dimaklumkan," katanya yang dibantu ahli jawatankuasa Wham antaranya Zohara Ghani Batusha (Lola).
Tambah Fauziah, majlis ini adalah sinambungan aktiviti keagamaan yang dijalankan Wham.
Ia diadakan menggunakan dana Wham dan kadangkala mereka mendapat sumbangan dari pihak tertentu antaranya Rosyam Nor yang bekerjasama menayangkan filem Castello untuk mencari dana Wham.
"Menerusi sumbangan ini, kami adakan aktiviti seperti sumbangan buat anak-anak yatim dan ibu tunggal. Penaung kami, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee juga kerap menghulurkan dana buat Wham.
"Kami hanya bertindak menyampaikan sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya. Inilah sebahagian sumbangan sosial Wham buat masyarakat.
"Saya juga ada perancangan nak buat pertandingan musabaqah tilawah al-Quran antara wartawan dan artis namun belum terlaksana lagi.
"Sebenarnya aktiviti kami turut mendapat sokongan baik daripada barisan artis muda. Kerika Datuk Freddie Fernandez mengetuai Maestro, beliau sering menghantar artis kendaliannya terbabit dengan aktiviti kami.
"Cuma untuk majlis malam ini, artis muda tak dapat hadir mungkin kerana kesibukan sendiri. Saya faham situasi mereka.
"Sekarang matlamat saya ialah mahu menubuhkan Tabung Ehsan Media (Team) untuk membantu golongan wartawan hiburan. Saya nak cari satu benda yang boleh menjana dana. Saya tengok ahli sukan pun ada tabung kebajikan, tetapi wartawan hiburan tiada.
"Adakah wartawan hiburan kebal dan tak pernah sakit? Perkara ini sudah lama difikirkan. Saya harap wartawan hiburan generasi baru dapat bagi komitmen untuk Wham kerana persatuan ini bertujuan nak menjaga kebajikan mereka," katanya.
Rosyam Nor ketika ditemui menjelaskan, orang filem sentiasa sibuk dan terikat dengan kerja masing-masing. Ini mungkin menjadi faktor kurangnya pembabitan artis muda dalam majlis sebegini.
"Ini tak perlu dijadikan isu kerana asalkan mereka yang sibuk bekerja tujukan Al-Fatihah buat penggiat seni yang telah pergi, akan sampai juga.
"Saya pernah lalui zaman muda dan tak dinafikan ketika itu sibuk bekerja mencari rezeki. Apapun terpulang kepada cara masing-masing. Kebetulan saya tiada aktiviti, bolehlah datang ke majlis ini," katanya yang menganggap ketiga-tiga tokoh yang pergi ini memberi sumbangan besar terhadap dunia seni tanah air.
TEMU BUAL yang diatur oleh pihak Sony Music Malaysia dengan grup terkenal dari Indonesia, Sheila On 7 atau mesra digelar SO7 berlangsung selama setengah jam.
Ini temu bual terbaharu bersama grup yang digawangi Duta (vokalis), Eross (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) selepas kali terakhir pada tahun 2008 sewaktu mereka muncul dengan album Menentukan Arah.
Kali ini, untuk album ketujuh, SO7 menamakan album terbaharu mereka dengan nama Berlayar. Ada signifikan tersendiri yang dituangkan di dalam album yang menjalani pembikinan selama lebih kurang dua bulan itu.
Lebih bermakna, kata Eross, Berlayar adalah album yang dianggap sebagai terbaik oleh mereka. "Ini kerana ia memuatkan karya semua orang, bukan hasil karya saya sahaja," katanya.
Ia dipersetujui oleh Duta yang menganggap Berlayar adalah sisi lain SO7 yang sebelum ini cukup terkenal dengan identiti Eross yang menggarap hampir semua karya mereka sejak album pertama pada tahun 1996. Berlayar mendapat sentuhan Duta, Adam dan Eross serta bercampur dengan dua buah lagu bahasa Inggeris.
Berlayar yang mengandungi sembilan buah lagu, kata Eross adalah signifikan daripada pelayaran 15 tahun SO7 sebagai sebuah grup muzik.
SHEILA ON 7. Dari depan: Duta, Brian, Eross dan Adam.
"Kami telah menaiki sebuah kapal besar dengan harapan agar ia terus berlayar terus. Ia juga adalah signifikan selepas album yang lalu, Menentukan Arah, kini kami berlayar selepas mendapat arah itu. Semoga pelayaran kami akan terus mampu dikemudi dengan baik oleh kelompok SO7," ujarnya.
Ditanya adakah maksud di sebalik harapan terhadap pelayaran tersebut yang ditebak kerana mereka pernah hampir karam atau bubar sepanjang 15 tahun bermuzik, Eross tidak menafikan hal tersebut. Dia mengaku, SO7 hampir karam atau bubar beberapa tahun lalu.
Katanya serius: "Empat tahun lalu, kami pernah punya perasaan untuk bubar. Namun kami bertahan dan kami cuba meloloskan diri daripada hal-hal tersebut yang membolehkan kami terus bangkit dan bermuzik lagi. Syukur, selepas kami berjaya melewati masa sulit itu, kini kami telah menjadi orang-orang yang lebih kuat lagi. Sebab itu saya katakan Berlayar adalah album terbaik kami kerana semua hal turun dan naik SO7 ada di dalam album ini."
Hal bubar SO7 kemudian dipanjangkan oleh Duta. Kata Duta, soal SO7 bubar adalah hal terakhir yang akan difikirkannya. Malah tidak pernah terfikir di fikirannya untuk membubarkan grup yang telah 'merasuk' peminat tempatan terhadap muzik Indonesia lebih 10 tahun lalu ini.
Kata Duta, sebagai seorang yang optimistik, dia hanya mahu melihat SO7 terus maju di sebalik lambakan grup-grup baru. "Saya takut memikirkan hal itu. Mungkin kalau bubar pun bila usia saya sudah mencecah 80 tahun," ungkapnya sedikit ketawa namun terkesan dia begitu menyayangi grup tersebut.
SHEILA ON 7 merupakan grup Indonesia pertama yang telah membuka pintu muzik republik itu diterima baik peminat di Malaysia.
Bercakap mengenai 15 tahun usia mereka, Eross memberitahu, rahsia mereka bertahan adalah kerana mempunyai sokongan padu daripada peminat mereka yang dikenali sebagai SheilaGank, selain terus memberi fokus terhadap pekerjaan yang mereka sedang jalani.
Biar ada yang menganggap magis SO7 semakin surut, Eross pula berpendapat SO7 hari ini lebih mantap berbanding tahun-tahun terdahulu. Dia menganggap SO7 tidak bermain muzik kerana ia adalah satu trend, sebaliknya mereka terus mengekalkan jenama yang telah dibina sejak tahun 1996.
"Dengan segala hal yang telah kami lewati, SO7 hari ini telah lebih mantap daripada sebelumnya. Kami telah menjalin hubungan yang sangat akrab dengan peminat kami dan muzik kami bukan satu trend, tetapi satu jenama yang sudah terkenal," katanya memilih untuk lebih memberi fokus untuk bermain dan mempamer skil bermain gitar berbanding membuat lagu di dalam album terbaharu itu.
SHIHA dan mentornya, Datuk Sharifah Aini memberi saingan sengit pada pusingan semi final pertama minggu lalu.
KONSERT Separuh Akhir Pertama Mentor Kelima baru-baru ini menyaksikan pertarungan sengit empat wanita.
Tekanan yang dirasai bagi merebut tempat ke peringkat akhir jelas kelihatan dalam persembahan kesemua peserta itu di mana masing-masing cuba menyampaikan yang terbaik.
Peserta pilihan ramai, Salma terus unggul memikat hati juri awam yang tanpa ragu-ragu memberikan markah penuh sebanyak 20 markah.
Protege kepada Erra Fazira itu memukau audiens di auditorium dengan kelantangan vokalnya tatkala mendendangkan lagu Sedalam Mana Cintamu, nyanyian asal Safura.
Namun, konsep kabaret dalam persembahan duet bersama mentornya nyata menjerat diri apabila juri profesional mengkritik pemilihan lagu Penipu (Rini) yang tidak bersesuaian dengan Salma.
"Kedua-dua lagu yang dipersembahkan Salma tidak meletakkan dirinya di tahap di mana dia sepatutnya berada," jelas ketua juri, Ramli MS pada sidang akhbar sejurus selepas konsert berakhir.
Memikat hati ramai orang pada malam itu ialah protege kepada Datuk Sharifah Aini (Kak Pah), Shiha yang kelihatan selesa dan yakin ketika beraksi di pentas.
Membuka tirai konsert malam itu dengan menyampaikan lagu Memori Tercipta oleh Shila Amzah, peserta dari Kuala Lumpur itu tampil hanya dengan mempertaruhkan vokalnya.
Gandingan dengan mentornya menyampaikan medley lagu Sabar Menanti (Broery Marantika) dan Hapuslah Air Matamu (Datuk Sharifah Aini), Shiha konsisten cemerlang.
Sedondon berbaju ungu, kolaborasi Shiha dan mentornya membuatkan penonton terpegun dan ibarat memberi amaran kepada peserta lain bahawa Shiha bukan calang-calang pencabar.
SALMA dan Erra Fazira yang tampil dengan konsep kabaret kurang mencuri hati juri.
Juri jemputan, Marcell mengakui bakat dimiliki Shiha dan memuji penghayatan yang dibawa wanita berumur 24 tahun itu.
"Anda kelihatan selesa di atas pentas dan anda tahu apa yang anda ingin sampaikan kepada penonton dan mesej itu dapat dirasai oleh semua orang," ujar penyanyi tanah seberang itu.
Selain Salma dan Shiha, dua lagi pesaing terdekat mereka iaitu Iqa dan Ratnah tetap menyinar dengan persembahan yang diserikan dengan gimik yang menghiburkan hati.
Walaupun persembahan pertama Iqa ketika menyampaikan lagu Khatimah Cinta (Sixth Sense) kelihatan hambar lantaran vokalnya yang mendatar, ia dapat diselamatkan dengan persembahan keduanya.
Tenaga 'Edriqa' (Edry dan Iqa) menyampaikan lagu Kitalah Bintang yang dipopularkan Ratu Rock tanah air, Ella itu membuatkan penonton turut sama berdiri menari dan bersorak tanda berpuas hati dengan gabungan ideal itu.
Sementara itu protege kepada Afdlin Shauki, Ratnah kekal menyajikan kelebihan bakat tarian miliknya ketika mempersembahkan rangkaian lagu Bukannya Aku Takut (Mulan Jameela) dan Seksis (Anita Sarawak).
Bagaimanapun markah keseluruhan peserta-peserta itu hanya akan diumumkan pada malam Konsert Separuh Akhir Kedua esok malam yang akan menyaksikan penyingkiran sebelum Konsert Akhir Mentor pada 29 Mei ini.
JAMAL begitu syahdu saat menyanyi sambil ditemani seorang peminatnya yang merupakan seorang ibu.
SEJAK awal pembabitannya di dalam dunia seni tanah air, Jamal Abdillah sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi yang agak pemalu dan kurang berkomunikasi dengan penonton.
Namun, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali tampil dengan personaliti berbeza seramai hampir 660 orang ibu hadir menontonnya semasa mengadakan persembahan sempena sambutan hari ibu yang diadakan oleh Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ini merupakan kali yang kedua Jamal meraikan para ibu bersama PWTC, dan jika tahun lepas Jamal berpasangan bersama Aishah, tahun ini Jamal tampil solo di dalam sambutan yang dinamakan Kasihnya Ibu itu.
"Kali ini saya banyak berceloteh kerana saya tahu ibu-ibu yang hadir kesemuanya pasti ingin melihat persembahan dan berjumpa dengan saya.
"Jadi, saya ingin hiburkan para ibu semua yang telah banyak berkorban. Kerana ini, saya ingin beri yang terbaik buat mereka," ujar Jamal yang telah menyampaikan sebanyak 11 buah lagu termasuk lagu baru dari album Raja Pop 2, Secupak Dua Cupak.
BERGANDING. Jamal menyanyi dengan iringan tiupan saksafon oleh Alif Nasir.
Antara lagu lain yang dinyanyikan ialah Takdir Penentu Segala, Kau Lupa Janji, Padamu Kekasih, Azura, Kasihnya Ibu, Jeritan Batinku, Sandarkan Pada Kenangan, Di Sudut Kamar Hatiku dan Gadis Melayu.
Jamal juga turut menyanyikan sebuah lagu yang belum pernah dinyanyikan dan sebenarnya lagu itu ditujukan khas kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.
Lagu yang berjudul Penawar Kasih itu digubah oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh Habsah Hassan.
Tambah Jamal, pemilihan lagu-lagu tersebut dipilih untuk meruntun dan mencuit hati para ibu dan tetamu yang hadir untuk sama-sama menghargai jasa ibu.
Apa yang pasti, setelah 32 tahun bergelar anak seni, vokal Jamal masih lagi mantap dan berjaya memukau para tetamu yang hadir pada petang itu.
Menambah kegembiraan dan keterujaan para ibu yang hadir, 10 orang yang bertuah telah dipilih untuk menikmati makan malam secara eksklusif bersamanya di PWTC.
Suasana petang tersebut turut digamatkan oleh pelawak terkenal, Syed Muradzi Syed Shamsul atau lebih dikenali sebagai Dee sebagai pengacara majlis.
Telatah selamba Dee berjaya memeriahkan majlis dan sepanjang tiga jam berlangsung, tetamu yang hadir tidak kering gusi dengan lawak yang disampaikan.
Majlis tersebut juga turut dihiburkan dengan alunan merdu saksofon dari seorang saksofonis muda yang bernama Alif Nasir yang mana dia juga turut mengiringi lagu Jeritan Batinku bersama nyanyian Jamal.
JAMAL ABDILLAH dikerumuni peminat yang begitu mengagumi bakat luar biasanya.
Sebagai pembuka tirai, PWTC juga turut menjemput seorang penyanyi muda, Zuliana.
Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, sambutan Kasihnya Ibu dan aura Jamal Abdillah sangat hebat hingga kesemua 66 meja yang memuatkan 10 orang sebuah habis dijual dan perlu lagi menambah sebuah meja kerana tempahan minit terakhir.
"Pada acara tahun hadapan kami akan mengambil Jamal semula dan mungkin kali ini kami akan gandingkan Jamal dengan seorang artis lain," ujar Fadzilah tentang perancangan sambutan hari ibu PWTC pada tahun hadapan.
TARIKH SIARAN: 20 MEI 2011 HARI: KHAMIS MASA: 11.00 MALAM EPISOD: 20 EPISOD BAHASA: INGGERIS
Ini bukan rancangan 'prank'. Ini merupakan sebuah rancangan 'game show' yang penuh inovatif di mana perserta-peserta dalam rancangan ini tidak menyedari bahawa mereka berada di dalam sebuah rancangan 'gameshow'. Ya, segalanya boleh berlaku dalam OBLIVIOUS yang menemui anda untuk musim ke-2 di 8TV!
OBLIVIOUS merupakan sebuah 'game show' yang mengandungi kamera tersorok untuk merakamkan aksi-aksi peserta. Peserta akan dipilih secara rawak oleh pengacara program ini dan mereka akan diberi lima soalan trivia atau satu tugasan mudah yang perlu diselesaikan. Peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan ini dengan betul dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan akan memenangi wang tunai bernilai $20!
Salah satu segmen dalam rancangan ini, menyaksikan peserta akan diberi masa untuk menjawab soalan sebanyak yang mungkin dalam masa 60 saat. Sekali lagi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20 untuk setiap jawapan yang betul. Di akhir permainan ini, mereka akan berpeluang menerima wang tunai bernilai $100 sekiranya dapat menjawab soalan bonus dengan tepat!
Dalam segmen "lighting round", peserta harus bertukar peranan iaitu peserta harus berlakon sebagai pengacara dan menyoal orang awam dengan 5 soalan trivia. Untuk setiap soalan yang berjaya dijawab dengan tepat, mereka akan menerima $20 sekaligus membolehkan si 'pengacara' tadi menerima $100!
Permainan ini mudah dan sangat melucukan. Soalan-soalan trivia dari budaya pop dan seni hingga ke soalan politik dan hiburan diajukan oleh pengacara OBLIVIOUS Regan Burns kepada peserta. Peserta yang dapat memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi hadiah! Mudah bukan?
"Lawak spontan dari Regan Burns dan peserta-peserta ini pasti membuat anda ketawa tanpa henti. Apa yang lebih mengujakan, orang ramai yang menyertai rancangan ini kelihatan 'sporting' dan selamba tanpa ada yang tersinggung," ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7
OBLIVIOUS akan disiarkan di 8TV setiap Khamis jam 11.00 malam bermula 20 Mei 2011. Pastikan anda sekeluarga menonton aksi-aksi spontan dalam OBLIVIOUS yang cukup menghiburkan! Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708 atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my untuk menonton rancangan kegemaran anda!
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, May 21st, 2011 pada 11:50 am dan di bawah kategori 8TV.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
VUE PALACE HOTEL BANDUNG :SELANGKAH MENUJU PASAR BARU oleh Shah Shamshiri
Dalam satu hari sahaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Hussein Sastra Negara di Bandung menerima kunjungan daripada pelbagai pesawat syarikat penerbangan serantau dan di antara pengunjung Bandung yang paling ramai adalah rakyat Malaysia. Dengan perbezaan jarak sebanyak dua jam (melalui udara) sahaja di antara Bandung dan Kuala Lumpur, tidak hairanlah sekiranya kota yang digelar Paris kepulauan Jawa ini menjadi salah satu tujuan popular pelancong untuk membeli-belah serta bersiar-siar.
Pelancong Malaysia yang datang ke Bandung tidak lengkap rasanya kalau tidak berbelanja di Pasar Baru serta factory outlet pakaian dan aksesori berjenama tinggi di sekitar kota. Untuk itu, Vue Palace Hotel merupakan lokasi penginapan yang paling sesuai kerana kedudukannya yang hanya beberapa langkah sahaja dari Pasar Baru bagi mereka yang inginkan tempat bermalam terdekat dengan pasar tersebut.
Lokasi yang strategik di daerah ring 1 kota Bandung, serta kedudukannya yang benar-benar di depan Rumah Dinas Gubernur Jawa Barat menjadikannya pilihan terbaik buat mereka yang ingin makan angin di Bandung. Untuk menuju ke Pasar Baru, para tamu Vue Palace Hotel hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja kerana kedudukannya yang terlalu dekat. Demi membeli oleh – oleh dari kedai-kedai ternama lain di Bandung seperti Kartika Sari pula, para tamu tidak perlu berjalan terlalu jauh kerana ia juga sangat dekat dengan hotel.
Vue Palace Hotel juga amat sesuai buat para usahawan yang mahu ke Bandung atas urusan perniagaan kerana hotel ini memiliki kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan dan macam-macam lagi. Tidak lupa juga Sauna , Spa, pusat kesihatan (fitness center), serta kolam renang buat mereka yang ingin bersenam dan beriyadah.
Seperti hotel lain juga, tidak lengkap sekiranya tiada tempat untuk menjamu selera dan untuk itu bersantailah di Coffee Shop serta restoran yang tersedia. WIFI percuma juga ada terdapat di dalam semua bilik hotel yang turut dilengkapi dengan bilik air berserta tab mandi. Selain daripada itu, Vue Palace juga memberikan kemudahan menjemput dan menghantar (airport transfer) ke lapangan terbang Bandung. Oleh itu, Vue Palace Hotel merupakan hotel yang paling sesuai buat anda yang mencari kemudahan dalam bersiar-siar di Bandung!
VUE PALACE HOTEL Jl. Otto Iskandardinata No. 3 Bandung – Indonesia Phone : +62 22 4266288 – 89 Fax : +62 22 4206590 Email : info@vuepalacehotel.com
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, May 21st, 2011 pada 10:49 am dan di bawah kategori Travel.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.