gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 21 May 2011 09:15 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Laut telan kampung

Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT

MukaDepan

OMAR menunjukkan geran yang tanahnya sudah dihakis dan ditenggelami laut di Kampung Pulau Pak Amat.

OMAR menunjukkan geran yang tanahnya sudah dihakis dan ditenggelami laut di Kampung Pulau Pak Amat.

KOTA BHARU: "Hanya geran tanah ini yang menjadi bukti satu ketika dulu, kira-kira dua kilometer dalam Laut China Selatan sekarang, ada satu penempatan dinamakan Kampung Pulau Pak Amat.

"Di penempatan itulah juga saya dilahir serta dibesarkan, namun kini perkampungan itu semua sudah hilang dan hanya tinggal sebagai sejarah, bagaikan cerita dongeng, 'ditelan' laut," kata Omar Senik, 82.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabarlah cikgu

Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT

MukaDepan

TPM janji usul kenaikan gred guru akan diselesaikan

BALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1 Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerima aduan, SMS dan tuntutan beberapa kesatuan guru yang mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu. "Saya akan teruskan usaha berbincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA yang akan memutuskan cara untuk me-menuhi tuntutan berkenaan.

"Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam.

Beliau berkata, guru terbabit tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai masa enam bulan lagi untuk meneliti perkara itu sebelum ia berkuat kuasa Januari tahun depan.

Sebelum ini, beberapa kesatuan dalam perkhidmatan perguruan menyatakan kekecewaan mereka kerana enam tuntutan mereka tidak diberi perhatian, termasuk kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid (SKM).
Selain itu, mereka menuntut kerajaan mewujudkan jawatan baru gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilaksanakan.

Mereka juga berharap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid, khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah diberi perhatian.

Muhyiddin berkata: "Kita masih ada masa enam bulan dan dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku... apa ada dalam fikiran Perdana Menteri pun saya tidak tahu tetapi yakin beliau tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.

"Bersabarlah... kerana bila Perdana Menteri umum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012, kita ada masa dan saya harap bila sampai Januari nanti dia (Perdana Menteri) akan tokok sikitlah."

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran diarah mengkaji insentif dan pengiktirafan kepada guru yang menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan prestasi serta pencapaian atlet dan sukan di sekolah.

Beliau berkata pengiktirafan kepada guru terbabit adalah sama seperti yang diberi kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan.

"Guru terbabit juga perlu diberi pendedahan supaya kewujudan mereka sebagai pegawai kejohanan diterima di persada antarabangsa.

"Atlet yang berjaya dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan tertentu harus dilatih secara intensif sebelum menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa.

"Begitu juga dengan pegawai kejohanan, pendedahan harus diberi kepada mereka supaya kewujudan pegawai kejohanan ini diterima di peringkat antarabangsa seperti atlet," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-53 2011 di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hakhak

heran aku..mentang2 la gred sokongan ni xde ijazah,langsung korang xmik kisah ye...

hsms

saya amat berterima kasih atas saranan dan cadangan kesatuan guru memang sudah lama menenantikan perubahan gred diskm terutamanya pentadbir sekolah mudah2an akan mendapat perhatian dari pihak kementerian

Rosida

Kenapa kerajaan mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan gred guru Penolong Kanan Hakiki DGA32 dan Guru Besar DGA 34 sekolah rendah yang banyak mengurus dan perancangan program pembangunan peningkatan prestasi sekolah rendah. Kalau tidak bermula dari sekolah rendah sudah pasti tidak ada yang wujud di sekolah menengah. Mesti adil dan saksama ke atas semua guru dan tidak memandang kepada menengah atau rendah atau sekolah klauster, kecil atau besar sekolah itu kerana tanggungjawabnya adalah sama. kalau sekolah rendah SKM dibanding sekolah SBT maka sudah tentu matapelajarannya adalah sama cuma yang berbeza ialah kemudahan dan keistimewaan yang ada. Pentadbiran sekolag Rendah Gred A yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem dan Penolong Ko-kurikulum tidak mampu mentadbir dengan bilangan guru timebess DGA32 yang sama dengan Penolong Kanan Hakiki DGA32. Dari segi arahan tadbir urus yang berkesan ternyata lemah. Bantu dan tolonglah prihatin dengan nasib Penolong Kanan Hakiki DGA32 dan Guru Besar DG34 sekolah rendah yang tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan semenjak 4 tahun kebalakangan ini. Malah keadaannya mereka telah dimusnahkan oleh timebess iaitu sama gred.

cam

guru sibuk berpolitik. Kementerian sibuk dgn projek dan bermacam macam tanda aras. Akhirnya pelajar yg tertinggal dan malas. kemudian bila besar jadi mat rempit, penagih dan membawa masalah kepada masyarakat.
Ibu bapa akan akhirnya menerima akibat dan tohmahan serta kutukan kerana tak reti beri anak pelajaran. Pelik kan?

mohd hosnee mohd nor

Kerajaan hanya menjaga guru-guru yang berada disekolah cemerlang sahaja bagaimana pula guru-guru yang berada di sekolah yang kurang cemerlang padahal mereka juga mampu melahirkan modal insan yang cemerlang.Dalam hal ini kerajaan perlu adil agar semua para pendidik dapat menikmati imbuhan yang diberikan.

Abdullah Hamzah

Cerita guru lepasan diploma terutama gred DGA32 yang sering tercicir dalam kenaikan pangkat dan jawatan adalah cerita lama dan selalu terlepas pandang,bagaimanapun dengan kenyataan TPM semalam diharap tidak menghampakan kami yang sudah bertagar di kategori ini.Permohonan ke DGA34 sejak tahun 2009 sampai saat ini masih tiada jawapan atas alasan tiada kekosongan.Kalau tiada ke kosongan kenapa jawatan itu diiklankan?

zam

"Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam. sungguh tertarik dengan statement tersebut..tp bagaimana pula dengan nasib penjawat awam yang lain..kalo dh tau xckup peruntukkan kenapa hendak diberikan juga??tahun lepas apabila kakitangan awam mtk bonus n buat prnyalarasa gaji,alasan nya ekonomi blm kukuh..tp yg peliknya kenapa PDRM blh berbuat demikian..adakah mereka sahaja yg blh memberi komitment kpd negara???

cikgu kecil

..........." tokok sikit lah'.....

hanapiah ishak

harap elaun untuk guru sukan yang berjemur tengah panas untuk kejohanan mssm jadi kenyataan. Claim perjalanan untuk latihan pusat dah lama tak dapat tapi kami tetap tabah menjalankan tugas demi agama bangsa dan negara Malaysia tercinta.

mohd. lasa

guru yang ada kemahiran seni mempertahan diri yang dipergunakan oleh pihak sekolah juga perlu diberi insentif.

Khairy

Sabar-sabarlah guru...kjaan nak tumpukan pilihan raya dulu...

zulkifly b mohd yusof

kelulusan guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran juga perlu diambil kira dalam urusan memberi insentif sesuai dengan usaha negara melakukan transformasi dalam bidang pendidikan.

cikgu Azahar

Pihak persatuan guru juga perlu prihatin kepada guru-guru yang sambung belajar (PKPG) mereka antara guru yang teraniaya dengan pelarasan gaji dan gred 41 juga seolah-olah tidak dipandang oleh kesatuan..oleh mereka kebanyakkan memberontak berada di sekolah..walhal merekalah antara guru yang berpengalaman khususnya yang dari mengambil sijil atau diploma dari IPG.. dan mereka juga anatara guru yang paling aktif berkerja sisekolah berbanding guru terus dari Universiti...saya persatuan dapat melihat semula pelarasan gaji kepada guru-guru yang sambnug belajar ini. Sekian terima kasih.

zuhal2020

Terima kasih TPM. Sebenarnya apa yang penting adalah semua orang dapat merasanya. Keutamaan utama guru-guru bukanlah pangkatnya tetapi bebebarapa perhatian seperti berikut :
1. Beban tugas guru
2. Gaji dan sistem elaun yang lebih baik tanpa pelbagai syarat atau karenah birokrasi
3. Sekolah Kurang Murid yang seringkali tertinggal atau kurang diberi perhatian. Pangkat,gred dan elaun tidak harus dibezakan antara sekolah gred A, Gred B, dan SKM. Tugas yang dijalankan adalah sama. Siapa kata SKM tugas x banyak

Harap ada pihak yang faham

Ruzlan Ramli

Indah Khabar dari rupa........

Wan Abdul Rahim Wan Ahmad

Wahai para guru! Alhamdulillah dan kerajaan telah banyak bagi perhatian kepada tuntutan piahk guru. Semoga ini akan memberi semangat yang tinggi untuk menjadi guru yang sabar dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anak2 bangsa. Saya rasa selama ini banyak insentif untuk pihak guru di berikan. Hinggakan pensyarah2 belum mendapat perhatian keistimewaan yang diperolehi oleh guru walaupun menjalankan tugas yang sama, untuk mendidik anak bangsa...hingaa ada rungutan, asyik cikgu aje yang perlu kenaikan...pensyarah tak ade ke? Minta di renungkan

Nysa Alya Miklin

Sangat memahami masalah yg dihadapi oleh penjawat awam.. Apa yg blh sya kongsikan ialah contohnya Elaun Perumahan yg diterima mmg x mncukupi (RM180/RM250,sdgkn sewa/byrn ansuran rumah mencecah RM500-1000 ke atas). Namun,msalah yg dihadapi negara dlm sumber kewangan ni perlu dipertimbangkn oleh penjawat awam.. Buat masa skrg,kesabaran adalah amat penting agar tdk terjadi perkara yg x diingini berlaku spt tunjuk perasaan dn sbgnya... Sya sbg salah seorg penjawat awam d negara ini hnya mampu meluahkan pndpt/idea/perkongsian masalah yg dihadapi,bukan utk mencaci atau mengata pihak pentadbir negara.. Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan walaupun dlm tempoh yg agak lama.. Sekian.. Terima kasih atas kesudian membaca komen ini..

atan bin kamaruddin

Salam,

LUAHAN HATI SEORANG GURU TUA

Guru lepasan maktab (1979) menunggu LEBIH DARI 30 tahun untuk kenaikan pangkat ke Guru Besar DGA34 , senioriti tidak diambil kira lagi DALAM KENAIKAN PANGKAT , sedang kami telah tua dan jenuh mencurah bakti ketika muda . Telah 10 tahun pegang jawatan GPK (guru penolong kanan) , tak naik-naik pun ke GB sedangkan guru muda pengalaman 20 -24 tahun (baru terlibat dengan AKRAM beberapa tahun) dapat ke GB apa sudah jadi dengan pegawai unit naik pangkat di JPN TERENNGANU , KPM .

Ada antara kami ini gaji telah mati di gred DGA 32 P2 sudah 4 tahun dan beberapa tahun sahaja lagi akan pencen dengan menghabiskan servis sebagai guru hampir 37 tahun.

Bermakna kami tidak menikmati kenaikan gaji 10 tahun atau lebih dan kerana tidak ada peningkatan dalam kenaikan gred jawatan.

Prestasi kami tidak tinggi hanya mencecah 90%, prestasi adalah nilaian sekolah, dan sangat berbeza-beza dari seorang GB ke GB keran ia subjektif dan kemanusiaan

Ada antara kami pernah menerima 4 kali APC (anugerah perkhidmatan cemerlang), pernah terlibat panel pembina soalan peringkat daerah sebelum zaman AKRAM lagi , fasilitator negeri,penceramah teknik menjawab dan ketua pasukan pemeriksa kertas peperiksaan awam .

Bukankah tugas ini perlu diambil kira untuk kenaikan pangkat ke GB ,Kami tidak mampu untuk bertandingan dengan guru muda berusia 50 tahun ke bawah kerana usia kami beberapa jari sahaja lagi akan bersara. Kami tidak lagi sesuai untuk berceramah dihadapan murid-murid. Murid tidak minat melihat cikgu tua dan tugas kami sudah dalam pengurusan dan pentabiran dan banyak masa tertumpu disekolah sendiri.

Kami tidak terlibat dengan kenaikan time based (KUP) kerana kami lebih awal dapat DG5 dimana kenaikan gaji hanya beberapa RM30 -60 sahaja , bukan seperti guru muda sekarang bila dapat time based kenaikannya RM400 -500.selepas berkhidmat 10 tahun . Kami dapat naik ke DGA 32 selepas lebih 20 tahun berkhidmat.

Tolong siarkan luahan ini di akhbar tuan.

Sekian , semoga luahan ini dapat diambil oleh pegawai berkenaan.

Othman Sitlin

Diharap apa yang dijanjikan dapat dikotakan demi kebajikan semua guru......

guru tua

jangan lupa juga dengan guru-guru pendidikan khas

waja

untungnya cikgu gred dinaikkan... pasukan polis pula mcm terlepas pandang oleh kerajaan...

ujang gagah

rasanya pengumunan yg dilakukan oleh PM mmg kurang bijak dan tidak menampakkan penghargaan kpd guru secara menyeluruh. Bukan menggembirakan malah menyakitkan hati serta ini akan menambahkan bilangan guru yang akan menyokong pembangkang, percayalah.

gurangak

kenapa perhatian bagi guru DG29 atau guru lepasan diploma sahaja..?? kami golongan guru DG41tidak di beri perhatian. kenapa?? kami ni guru kelas kedua kah atau ketiga... kamiini tiada perasaaan kah?? pikirlah wahai kerajaan yang tulus. kami guru-guru DG41 setiap bulan kena potong gaji untuk bayar pinjaman PTPTN. kanapa kerajaan tidak tau semua itu. sebenarnya kami malu dengan guru-guru DG29 dan DG32 sebab kadang-kadang ada sindiran bahawa walaupun kami tidak masuk universti tetapi kereta kami lebih besar daripada diorang punya.... najib jangan kecewakan kami...

Norazmi bin ohd nor

layan

AMNA

Kerajaan wajar kaji semula kerana guru2 gred rendah tidak menerima faedahlangsung atas kenaikan yang diberi, ekoran pengumuman tersebut mencetuskan kenaikan harga barang dipasaran.

Pensyarah Usang

Nasib guru-guru seringkali dibela oleh kerajaan. Syabas YB TPM yang sering prihatin kepada nasib pekerja di Kem. Pendidikan. Namun, kami di Institusi Pengajian Awam hanya mampu melihat dan tumpang gembira atas pembelaan kepada rakan pendidik ini. Nasib kami sering dilupakan. Bilalah nak ada pengumuman oleh pihak berkaitan tentang perubahan gaji atau kenaikan pangkat pensyarah IPTA? Mohon kiranya dapat pihak tertentu melihat nasib kami. Kos barang semakin meningkat, nasib kami tidak dibela.

orang kampung

semua pegawai awam nak naik pangkat, nak naik gaji, bukan guru saja. nanti semua naik gaji, orang tak bergaji, kerja kampung, lebih susah kerana peniaga juga akan naikkan harga perkhidmatan dan barangan.

azmel

selamat hari guru. Tanpa guru, kita tidak akan memperoleh kedudukan dan pangkat seperti hati ini. Terima kasih, cikgu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 21 May 2011 08:17 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Kejadian tanah runtuh: Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus

Posted: 21 May 2011 07:14 AM PDT

Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Yang selamat
1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal


Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)


Maklumat terkini setakat jam sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejadian tanah runtuh: Seorang mangsa lagi meninggal

Posted: 21 May 2011 07:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]HULU LANGAT: Seorang lagi mangsa meninggal menjadikan jumlah kepada 6 kematian, 10 lagi masih tertimbus, 8 selamat tapi cedera.

Kosmo Online

Posted: 21 May 2011 07:30 AM PDT

Kosmo Online


Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

Posted:

Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

21/05/2011 7:43pm

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori berusia 50-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi pasir di sebuah tapak pembinaan padang permainan di Jinjang Selatan di sini, ditahan dalam satu serbuan hari ini.

Sebuah jentolak turut disita, namun lima individu lain berjaya meloloskan diri dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan Mohd Salleh Sadri berkata serbuan itu dilakukan berikutan aduan penduduk sekitar yang mendakwa terdapat kegiatan curi pasir di kawasan tanah rizab berkeluasan seekar itu sejak empat hari lepas.

"Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada melakukan pemantauan ke atas tapak padang tersebut, dan telah memberi mereka amaran, namun mereka berdegil," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penduduk mendakwa lori itu melakukan kira-kira 50 trip dalam sehari untuk membawa pasir keluar dari kawasan tersebut.

"

Dianggarkan satu lori itu membawa pasir bernilai pasaran sehingga RM800," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai SPRM berkata kes disiasat mengikut Seksyen 426(1)(a) Akta Hartanah Negara kerana mengeluarkan bahan batuan tanpa permit, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penunggang motosikal mahu nahas

Posted:

Penunggang motosikal mahu nahas

Penunggang motosikal mahu nahas

21/05/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki laluan salah dalam kejadian langgar lari di Jalan Cheras menghala ke Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.45 petang tadi apabila Yip Yoon Kong, 51, hendak keluar dari sebuah lorong sebelum bertembung dengan sebuah Proton Putra yang memasuki simpang itu.

"Akibat pertembungan itu, Yoon Kong yang beralamat di Batu 9 Cheras, maut di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini.

Abdullah berkata menurut saksi, pemandu kereta dengan nombor pendaftaran WGB 4438 adalah seorang lelaki tetapi dia kemudian melarikan diri.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Posted:

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

21/05/2011 6:26pm

KUALA LUMPUR – Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil "mak" itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Natrah berkata, selepas diberi ubat keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 21 May 2011 03:36 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Bank tarik balik pinjaman

Posted: 20 May 2011 12:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans bukan saja terpaksa berputih mata apabila hasratnya untuk memiliki rumah pertama tidak kesampaian malah turut kehilangan deposit yang sudah dibayar kepada pemaju sejurus pihak bank menarik balik pinjaman yang sudah diluluskan, Januari lalu.

Mangsa, Normazrizan Daud, 23, berkata, dia mendapat kelulusan pinjaman sebuah bank di ibu kota pada 26 Oktober tahun lalu bagi membeli sebuah kondominium di Batu Caves berharga RM225,980 malah menerima berita gembira sesudah mendapat tahu bank berkenaan meluluskan pinjamannya sebanyak RM208,092 sejurus diberikan surat tawaran rasmi.


Katanya, dengan pendapatan lebih RM3,000 sebulan dia meyakinkan pihak bank untuk membayar ansuran bulanan dan diminta menandatangani pinjaman berkenaan pada 28 Oktober tahun lalu melalui Perjanjian Jualan dan Belian Rumah selain turut memberikan nama isterinya, Nur Fatin Nadhirah Abdullah, 25, sebagai peminjam bersama. "Selepas mendapat pinjaman bank saya membayar deposit rumah RM1,000 kepada pemaju dan diberikan kertas projek pembelian pada 1 November tahun lalu.

"Namun, impian saya musnah sesudah dihubungi bank terbabit pada 6 Januari lalu yang pinjaman saya ditarik balik tanpa sebarang alasan," katanya.


Normazrizan berkata, tidak berpuas hati dengan tindakan itu dia berjumpa pengurus bank berkenaan pada 25 Mac lalu dan dimaklumkan permohonannya ditolak kerana dia bekerja sendiri sebagai penjual insurans selain baru bekerja tidak sampai dua tahun, sijil pengesahan pekerjaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah tamat tempoh seminggu dan peminjam bersama tidak mempunyai penyata gaji.


"Perkara yang membuatkan saya tidak berpuas hati adalah kecuaian pihak bank yang tidak meneliti dokumen permohonan saya. Kenapa bila perjanjian sudah dimeterai mereka tarik balik pinjaman itu.

"Saya kecewa pihak bank tidak memeriksa dengan teliti permohonan saya terlebih dulu sedangkan pada 28 Oktober tahun lalu mereka yang meminta saya menandatangani perjanjian terbabit kerana mereka takut kehilangan pelanggan," katanya.


Normazmizan mengemukakan surat tidak puas hati kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna Pemuda Umno pada 30 Mac lalu.

Jurucakap BNM ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu dan mengkaji punca berlaku kejadian berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ramai warga kota masih berdegil

Posted: 20 May 2011 12:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap segelintir warga kota masih tidak berubah apabila sanggup menggadai nyawa dengan memilih menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas atau laluan pejalan kaki.

Walaupun operasi kerap dilakukan pihak berkuasa membanteras kesalahan ini, ia bagaikan tidak memberi kesedaran kerana menganggap penggunaan jejantas membazirkan masa bagi warga kota yang sibuk.


Tinjauan Harian Metro di Jalan Tun Tan Cheng Lok berhampiran persimpangan Jalan Petaling dan Plaza Kota Raya mendapati warga kota masih tidak mahu menggunakan jejantas dan laluan disediakan sebaliknya melintas di laluan yang tidak dibenarkan tanpa menghiraukan keselamatan.

Pekerja swasta, Azri Abdullah, 31, berkata, segelintir pengguna tidak mahu menggunakan jejantas kerana mahu menjimatkan masa walaupun bakal berdepan risiko dilanggar kenderaan.


"Penatlah jika ikut jejantas. Setiap hari terpaksa berkejar ke tempat kerja dan jika mahu ikut jejantas memerlukan masa sedangkan tempat yang dituju hanya di seberang jalan.


"Selain kesuntukan masa, penat juga untuk mendaki tangga jejantas. Namun jika tangga bergerak ada pada setiap jejantas, mungkin dipertimbangkan orang ramai untuk menggunakannya," katanya.

Warga kota yang mahu dikenali Aida, 20, berkata, walaupun sedar operasi kerap dijalankan, namun tindakan orang ramai yang degil menggunakan jejantas memaksanya bertindak berani melintas jalan.


"Lagipun saya tengok ramai yang tidak guna jejantas walaupun laluan ini sering berlaku kemalangan membabitkan pejalan kaki.

"Tambahan pula, kebanyakan pengguna akan melintas secara berkumpulan. Keadaan Itu menyebabkan ramai yang berani bertindak sedemikian walaupun sedar bakal dikenakan tindakan saman sebanyak RM300," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 21 May 2011 03:34 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Tragedi tanah runtuh: MB Selangor kerah misi bantuan segera

Posted: 21 May 2011 03:23 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

49 anak yatim berkumpul ketika tanah runtuh: Polis

Posted: 21 May 2011 03:05 AM PDT

Mutakhir

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20

pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian
supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 21 May 2011 03:26 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Melaka masih perlu RM78 juta

Posted:

Melaka masih perlu RM78 juta

Melaka masih perlu RM78 juta

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (tengah) bersama peserta Kembara Rumpun Melayu ke Singapura, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia anjuran Gapena dan ISMMA di Melaka, semalam.


MELAKA 20 Mei - Melaka masih memerlukan peruntukan RM78 juta daripada kerajaan Pusat dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masih banyak lagi kawasan khasnya di pusat bandar memerlukan sistem pengairan sempurna bagi mengelak banjir besar berulang.

Menurutnya, fasa pertama yang melibatkan RM50 juta bagi mengatasi masalah banjir kilat sudah siap sepenuhnya.

"Jika dahulu apabila hujan lebat saya sering menerima aduan berkaitan banjir kilat, tetapi selepas memperbaiki sistem pengairan, keadaan banjir kilat sudah tidak lagi berlaku di pusat bandar.

"Bagaimanapun, kita memerlukan peruntukan itu untuk projek fasa kedua bagi membina benteng dan tebatan banjir lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kembara Rumpun Melayu ke Singapura, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) serta Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) di sini, hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan peruntukan banjir yang diperlukan oleh kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion bagi menangani permasalahan tersebut menjelang 2020.

Beliau berkata, peruntukan itu juga turut diperlukan untuk membina empangan dan kolam takungan banjir di Sungai Gangsa, Belimbing Dalam di Alor Gajah, Lipat Kajang di Jasin dan Sungai Rambai.

Pada masa yang sama kata beliau, pihaknya akan menimbang cadangan membina benteng penghalang air khas di sepanjang pesisiran pantai Selat Melaka, termasuk sungai di negeri ini bagi mencegah kejadian luar jangka seperti hakisan serta kenaikan air secara mendadak.

Usaha itu katanya, dilihat mampu mengatasi keraguan yang timbul dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keadaan air laut yang dikatakan semakin meningkat hingga mampu menenggelamkan beberapa bandar utama di negara ini, termasuk di Melaka.

"Kejadian air laut yang meningkat ini akan berlaku antara 25 hingga 35 tahun dan Melaka pernah mengalami kejadian itu pada 1971 yang menyebabkan Jalan Hang Tuah dilimpahi air laut.

"Fenomena terbaru ini akan diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri dan cadangan awal kita adalah membina benteng khas penghalang air sebagai persediaan mengatasi kejadian serupa berulang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam lelaki, seorang wanita ditahan kes dadah

Posted:

Enam lelaki, seorang wanita ditahan kes dadah

Enam lelaki, seorang wanita ditahan kes dadah


R. Ravichandran (kiri) menunjukkan senjata kejutan elektrik 'Stunt Gun' dan pelbagai jenis dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 20 Mei - Enam lelaki dan seorang wanita, termasuk pasangan suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat kes dadah dalam empat kes berasingan di negeri ini, semalam dan Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan R.Ravichandran berkata, dalam kes pertama, sepasukan polis bertindak menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 51 tahun pukul 10.45 malam selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Tiong dekat Gemas di Tampin di sini, semalam.

Jelasnya, hasil serbuan pihaknya menemui dadah jenis heroin 448.9 gram (g) bernilai RM149,633.

"Salah seorang suspek cuba menyerang polis dengan senjata renjatan elektrik. Bagaimanapun, polis berjaya menumpaskannya dan menahan kedua-dua mereka yang berasal dari Segamat, Johor itu.

"Siasatan lanjut mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Turut dirampas dua buah kereta Toyota dan Proton Wira serta sebuah motosikal Yamaha LC," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Ravichandran memberitahu, dalam kes kedua pada hari yang sama, polis turut menahan dua lelaki berusia 30-an pada pukul 12.45 tengah hari selepas menyerbu sebuah rumah di Park Avenue, Seremban 2 di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah jenis ganja seberat 563g dan heroin 40.3g di rumah tersebut yang kesemuanya bernilai RM15,992.

"Kes ketiga pada hari yang sama juga polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 20-an pada pukul 5.45 petang di sebuah rumah di Pinggir Senawang di sini selepas menerima maklumat awam.

"Hasil tangkapan polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 16.9g bernilai RM5,866 di rumah suspek," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ravichandran berkata, kes keempat Selasa lalu pula, sepasang suami isteri berusia 30-an ditahan oleh polis kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Desa Anggerik di Nilai di sini.

"Hasil tangkapan polis menemui dadah jenis ganja 490g bernilai RM1,200 dan suami kepada wanita terbabit turut disahkan positif dadah menerusi ujian air kencing," ujarnya.

Kata beliau, kes semua kes dadah terbabit disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Antologi puisi hasil Kembara Rumpun Melayu diterbitkan Oktober ini

Posted:

Antologi puisi hasil Kembara Rumpun Melayu diterbitkan Oktober ini

Antologi puisi hasil Kembara Rumpun Melayu diterbitkan Oktober ini

MELAKA 20 Mei - Kembara Rumpun Melayu ke Indonesia dan Singapura melibatkan 50 penulis puisi tempatan dan luar negara di bawah gagasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bertujuan menghasilkan himpunan antologi puisi yang dijangka diterbitkan Oktober ini.

Pengerusi Biro Sosio Budaya DMDI, Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, program anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan penulis dari Singapura, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia bakal bekerjasama untuk menghasilkan karya tersebut.

Menurutnya, penghasilan antologi puisi itu bertujuan untuk membentuk sambungan warisan tamadun Melayu antara negara DMDI terlibat.

"Di bawah negara-negara rumpun ahli DMDI melalui kesatuan dan perpaduan, kita memfokuskan antologi bercorak sebegini untuk terus menghidupkan sejarah-sejarah Melayu.

"Malah, memberi ruang kepada orang muda khasnya untuk berkarya melalui pengalaman masing-masing sempena kembara ini," katanya pada majlis pelancaran Kembara Rumpun Melayu ke Singapura, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini, hari ini.

Abdul Latif berkata, setiap lapisan masyarakat berpeluang menghayati antologi berkenaan, termasuk pelayar laman web sosial Facebook.

Katanya, 50 penulis yang terlibat dalam program itu akan diberi kesempatan menemui penulis puisi dari Indonesia dan Singapura untuk berkongsi pengalaman sebelum ia dibukukan dalam bentuk antologi puisi nanti.

''Kita mahu mewujudkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemimpin adat dan penggiat seni melalui kegiatan budaya di samping bertukar pandangan dalam bidang masing-masing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 21 May 2011 03:23 AM PDT

Utusan Online - Utara


Penduduk perlu beri kerjasama

Posted:

Penduduk perlu beri kerjasama

Penduduk perlu beri kerjasama

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Penduduk Kampung DBI menyerahkan seekor ular sawa kepada anggota bomba yang didakwa ditangkap dari kawasan semak samun di kampung berkenaan yang terletak berhampiran Ipoh, kelmarin.


IPOH 20 Mei - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta penduduk setinggan yang menduduki tanah rezab pihak berkuasa berkenaan di Jalan Spooner Buntong di sini supaya memberikan kerjasama bagi membolehkan masalah membabitkan kampung tersebut diselesaikan segera.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, walaupun beberapa pendekatan telah dilaksanakan pihaknya namun masih tidak berjaya ekoran tiada kerjasama daripada penduduk kampung tersebut.

Katanya, antara pendekatan yang digunakan MBI adalah menawarkan rumah unit kos rendah bernilai RM12,000 di Taman Perpaduan namun tawaran itu telah ditolak mentah-mentah oleh setinggan di situ.

"Ingin saya tegaskan tidak wujud Kampung DBI seperti didakwa penduduk. Tanah ini dikesan diduduki secara haram sejak 1970-an lagi dan pelbagai usaha telah dilakukan MBI untuk memindahkan setinggan supaya pembangunan dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang membawa seekor ular yang didakwa ditangkap di kampung setinggan berkenaan ketika hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Ular tersebut bagaimanapun tidak dibawa masuk sebaliknya hanya disimpan di dalam kereta berhampiran Bangunan SUK.

Roshidi berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, MBI akan membina rumah teres kos rendah bagi tujuan disewa beli atau disewa manakala bagi setinggan yang tidak mampu akan ditempatkan di rumah pangsa MBI di sekitar Ipoh.

"Cadangan ini sudah lama ada dalam perancangan MBI namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiada sambutan daripada mereka," katanya.

Dalam pada itu Roshidi menafikan dakwaan setinggan di situ mengenai semak-samun dan kebersihan yang tidak diendahkan MBI.

Katanya, kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilakukan kerana kehadiran anggota MBI telah dihalang penduduk dengan meletakkan penghadang di jalan masuk ke kampung itu.

"Tindakan mereka mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang MBI daripada melakukan kerja-kerja pembersihan dan merobohkan bangunan hanya boleh dilakukan selepas memenuhi syarat-syarat tertentu.

"Namun atas rasa perikemanusiaan dan sifat prihatin, MBI akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta-merta termasuk meroboh bangunan-bangunan kosong di kampung tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

Posted:

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

IPOH 20 Mei - Kerajaan negeri sedia membantu Halijah Awi, 30, yang menderita penyakit ketumbuhan misteri di seluruh badan dengan merujuk ke pakar kulit Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pada masa ini agak sukar untuk menyatakan punca sebenar penyakit tersebut.

"Saya sendiri telah menghubungi keluarga Halijah dan meminta mereka datang ke HRPB bagi membolehkan kita mengaturkan sesi rawatan untuk mengenal pasti punca penyakit tersebut.

Kita akan bantu Halijah mengubati penyakit tersebut agar dia sembuh dan boleh menikmati kehidupan seperti orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.

Penderitaan Halijah yang menghidap penyakit ketumbuhan misteri sejak berusia lima tahun itu mendapat perhatian banyak pihak sejak kisahnya disiarkan Utusan Malaysia Ahad lalu.

Ketumbuhan misteri yang semakin merebak itu menyebabkan Halijah kini hanya mampu melihat dengan sebelah mata kerana mata kirinya membengkak.

Akibat penyakit itu, Halijah terpaksa bersekolah sehingga darjah enam kerana tidak tahan dengan ejekan teman sekolah.

Sementara itu, jurucakap HRPB ketika dihubungi memberitahu, pihaknya memerlukan butiran peribadi wanita itu seperti nombor kad pengenalan dan nama sebenar bagi mengesan rekod perubatannya di hospital tersebut.

Katanya, melalui butiran peribadi tersebut ia akan membantu mengenal pasti dan membuktikan kesahihan sama ada Halijah pernah mendapatkan rawatan di hospital itu dua tahun lalu seperti didakwa.

"Kita perlukan kerjasama Halijah bagi mengesan semula rekod kesihatannya dalam sistem pesakit di hospital ini. Rekod itu akan memudahkan kita meneruskan rawatan sewajarnya kepada Halijah," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

Posted:

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

PADANG BESAR 20 Mei - Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas pelbagai jenis pokok orkid bernilai RM4,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara ini melalui perkhidmatan kereta api, pagi semalam.

Ketuanya, Khairi Arif berkata, rampasan dilakukan pada pukul 9.30 pagi ketika pemeriksaan rutin pihaknya bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pihak polis di Stesen Keretapi Padang Besar, di sini.

Menurut beliau, ketika pemeriksaan dalam koc kereta api penumpang dari Bangkok, Thailand ke Butterworth, Pulau Pinang itu, pihaknya menemui dua kotak besar mengandungi 360 pasu berisi pokok orkid yang cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit.

"Kesemua orkid itu dibungkus menggunakan surat khabar termasuk spesies dilindungi iaitu 'Tiger Orchid' dan pelbagai jenis orkid 'Dendrobium'.

''Bagaimanapun tiada penumpang yang mengaku membawa orkid berkenaan atau menuntutnya daripada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan dibuat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 manakala semua orkid berkenaan akan dimusnahkan.

Sementara itu, beliau berkata, pada Isnin lalu, MAQIS turut merampas 740 kilogram mempelam susu dari negara jiran yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit.

Menurut beliau, hasil ujian terhadap mempelam seakan-akan mempelam Harumanis itu mendapati ia mengandungi sejenis serangga di dalam bijinya.

Khairi berkata, mempelam berkenaan dijual dengan harga RM1 sekilogram di negara jiran manakala di negara ini, RM10 bagi tiga kilogram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 21 May 2011 03:12 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

Posted:

Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

BALING 20 Mei - Orang ramai dinasihatkan agar tidak meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun bekalan susu tersebut diimport dari Korea Selatan, namun ia terlebih dahulu disyaratkan mempunyai sijil halal daripada jabatan terbabit.

"Apabila kerajaan nak bekalkan susu tersebut ke sekolah-sekolah, masalahnya kita tidak mempunyai bekalan susu yang cukup. Jadi sebahagian daripada susu ini terpaksa kita bawa masuk dari luar.

"Apa pun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu sudah mengeluarkan arahan agar syarikat yang membekal susu ini memperoleh sijil halal, jadi jangan risau," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu UHT tersebut yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

Dalam perkembangan lain kata Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MCA bagi membincangkan isu kegagalan pelajar Cina mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Keputusan tentang biasiswa sebelum ini membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jemaah Menteri dan semua pemimpin parti komponen yang mewakili kaum masing-masing. Keputusan dibuat mengikut formula yang ditetapkan.

"Namun apabila MCA membangkitkan semula perkara ini dengan mengatakan ada pelajar Cina cemerlang gagal mendapat biasiswa, kita akan teliti semula," katanya.

Jelasnya, mana-mana pelajar yang mempunyai kelayakan dan merit yang ditetapkan termasuk memperoleh semua A+ tetapi gagal memperoleh biasiswa tersebut wajar diketengahkan.

"Pihak kementerian tidak mempunyai sebarang masalah dalam memperuntukan biasiswa ini kepada mereka yang layak. Kadang-kadang ibu bapa beranggapan anak mereka layak kerana memperoleh semua A sedangkan kriteria yang ditetapkan adalah A+.

"Namun, sekiranya mereka memenuhi kriteria A+ ini tetapi tertinggal, boleh bawa kepada pengetahuan dan kita akan baiki (keadaan)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Posted:

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


ZAHID Hamidi (depan, dua dari kanan) bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (depan, tengah), menteri-menteri pertahanan ASEAN dan pegawai kanan Indonesia selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kali kelima di Jakarta, semalam. - Agensi


JAKARTA 20 Mei – Pengeluaran raifal tempur Colt M4 Carbine akan menjadi projek integrasi pertama antara Malaysia dengan dua negara anggota ASEAN iaitu Indonesia dan Thailand.

Cadangan itu kelak, akan menjadi projek perintis dalam program Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN (ADIC) seperti yang dikemukakan oleh Malaysia kepada pertubuhan serantau itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi perbincangan beliau dengan menteri-menteri pertahanan ASEAN, idea pelaksanaan projek integrasi itu diterima dengan baik.

"Menteri-menteri pertahanan ASEAN juga bersetuju jika ada aktiviti hiliran bagi pengeluaran komponen tertentu dalam M4 itu dapat dikeluarkan di negara-negara berkenaan," katanya pada sidang media pada akhir lawatan kerjanya sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kali kelima di sini hari ini.

Projek yang akan dilaksanakan itu disasar untuk direalisasikan menjelang hujung tahun ini berteraskan kertas konsep ADIC.

Pada mesyuarat ADMM semalam, ASEAN bersetuju menerima pakai kertas konsep ADIC yang disediakan oleh Malaysia.

Menurut Zahid, keupayaan Malaysia menghasilkan M4 menggantikan M16 sudah terbukti menerusi penghasilan 20,000 laras M4 oleh sebuah syarikat besar di Malaysia dengan 85 peratus komponennya menggunakan bahan tempatan.

Colt M4 Carbine yang digunakan sebagai raifal tempur infantri oleh angkatan tentera Amerika Syarikat sangat fleksibel kerana ia boleh ditukar ganti dengan aksesori khusus seperti skop optikal dan pelancar grenad.

Kriteria senjata itu yang tahan lasak menjadikan ia tahan lama dan padat yang membuatkan senjata itu lebih menjadi pilihan dalam operasi tempur taktikal moden.

"Kita mahu tawarkan dalam bentuk ekuiti saham atau kolaborasi dengan Indonesia dan Thailand.

"Untuk itu, sebuah syarikat khas (SPV) sebagai syarikat baru akan ditubuhkan dan ia akan menjadi projek kolaborasi ASEAN yang pertama seandainya dipersetujui ketiga-tiga negara," kata beliau.

Zahid berkata, jika penubuhan SPV dipersetujui, Indonesia dan Thailand mungkin boleh mengeluarkan komponen tertentu untuk raifal M4 itu untuk dipasang di Malaysia.

Susulan kepada cadangan projek integrasi ini akan melibatkan mesyuarat peringkat syarikat perniagaan dengan syarikat perniagaan.

Projek perintis itu, kata Zahid, akan memberikan manfaat yang cukup besar kepada pembangunan industri pertahanan ASEAN dan membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih kukuh dalam kalangan negara anggota. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kestabilan negara dorong pelabur asing

Posted:

Kestabilan negara dorong pelabur asing

Kestabilan negara dorong pelabur asing

KUALA LUMPUR 20 Mei – Rakyat perlu mengekalkan kestabilan dan keharmonian yang menjadi tunggak utama keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Umum, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, kestabilan negara serta toleransi antara kaum mempengaruhi minat pelabur asing untuk menjalinkan usaha sama tanpa bergantung kepada kekuatan ekonomi negara semata-mata.

"Usaha-usaha transformasi jangan hanya retorik. Dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan teliti," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik minat beberapa firma multinasional Amerika Syarikat (AS) untuk melabur antara RM5 bilion dan RM6 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 21 May 2011 01:43 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Kampung Melayu tergadai

Posted: 13 May 2011 02:23 PM PDT

Wilayah

Tanah didiami sejak 150 tahun dijual untuk projek rumah mewah

GEORGETOWN: Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah. Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.

Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.
"Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju," katanya.

Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.

"Saya berharap jika ingin memajukan kawasan ini, penduduk tidak diusir dan pihak berwajib dapat menjaga kepentingan orang Melayu supaya penempatan ini dikekalkan," katanya.

Siti Khadijah Osman, 60, berkata dia akan tetap tinggal di kampung itu kerana tidak mahu orang Melayu diusir dari tanah sendiri selain mempertahankan rumah warisan nenek moyangnya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Desak MB batal roboh 50 rumah penduduk

Posted: 13 May 2011 02:21 PM PDT

Wilayah

KUALA KUBU BHARU: Lebih 700 peneroka Kampung Sungai Kerandang, di sini yang kecewa dengan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendesak kerajaan negeri membatalkan keputusan untuk merobohkan kira-kira 50 rumah penduduk.

Wakil peneroka, Azhar Mat Rai, berkata penduduk sudah menghadapi tekanan kerajaan negeri sejak 2009, tetapi tetap mempertahankan rumah serta tanaman mereka.

"Kampung Sungai Kerandang berusia lebih 35 tahun dan sebagai peneroka, kami meneruskan kehidupan bergantung kepada hasil jualan tanaman dan buah-buahan. Selama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kami tidak menghadapi masalah memperbaharui lesen pendudukan sementara (TOL). "Bila pakatan pembangkang memerintah Selangor pada 2008, mereka bekukan pembaharuan TOL. Kini rumah kami pula mahu dirobohkan, tanaman akan dimusnahkan ekoran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan kerja pemuliharaan Hutan Simpan Bukit Tarik di atas arahan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu lebih 20 anggota penguat kuasa JPNS diketuai Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan, Mohd Yussainy Md Yusop tiba di Kampung Sungai Kerandang pada kira-kira jam 9 pagi untuk melaksanakan kerja pemuliharaan hutan dan penanaman semula pokok.

Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama Azhar dan beberapa peneroka untuk mengadakan perbincangan bersama Mohd Yussainy.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 21 May 2011 01:32 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Kecewa sikap Jamal

Posted: 20 May 2011 01:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

"Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.' Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang," katanya.

Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.


Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut kejar peragut

Posted: 20 May 2011 01:32 PM PDT

PADANG BESAR: "Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya."

Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.


Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 21 May 2011 01:26 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Johns Hopkins kelas pertama

Posted:

Johns Hopkins kelas pertama

Johns Hopkins kelas pertama


Najib Tun Razak bersama dekan dan sebahagian daripada pensyarah serta kakitangan 'Johns Hopkins Medicine International' di Bangunan Pengajian Perubatan Anne and Mike Amstrong di Universiti Johns Hopkins, Washington, semalam. Turut hadir Mohamed Khaled Nordin, Edward D. Miller (empat dari kanan) dan Mohan Swami (lima dari kiri). - bernama


WASHINGTON 20 Mei - Pembukaan institusi pengajian dan penyelidikan perubatan Universiti Johns Hopkins di Malaysia pada September ini dijangka mendapat sambutan hebat di rantau itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, institut yang akan ditubuhkan di Serdang itu dijangka menarik penuntut bukan saja dari negara-negara di rantau itu, tetapi juga dari Timur Tengah dan benua kecil India.

"Saya yakin program perubatan Johns Hopkins ini akan menjadi satu tarikan luar biasa," katanya pada majlis sempena penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr. Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, kira-kira satu jam perjalanan dari sini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Mohan Swami dan ketua pegawai eksekutif universiti itu, Edward D. Miller.

Program perubatan Johns Hopkins itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Perdana yang menawarkan hospital pengajian swasta yang mempunyai kemudahan perubatan kelas pertama. Ia akan dibina di Serdang oleh kumpulan Chase Perdana yang diterajui oleh Mohan.

Najib berkata, beliau gembira kerana hospital itu akan mempunyai tenaga kerja bukan sahaja dari Baltimore, tetapi juga dari seluruh dunia.

Perdana Menteri menambah, pentadbiran beliau telah merangka pelan untuk mencari dan menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut untuk pulang berkhidmat di Malaysia, dan pada masa yang sama, meningkatkan usaha ke arah latihan kemahiran.

"Inilah sebabnya saya secara peribadi amat teruja dengan perkongsian ini," katanya.

Johns Hopkins terkenal kerana merintis pelbagai hasil bidang perubatan antaranya penggunaan sarung tangan getah untuk pembedahan.

"Ini telah memberi kesan positif kepada industri getah di Malaysia yang kini merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar sarung tangan getah untuk perubatan," kata Najib.

Beliau berkata, penubuhan kampus itu di Malaysia akan mendorong lebih ramai graduan terbaik dari universiti-universiti di Malaysia untuk kekal di negara sendiri, kerana mereka kini berpeluang mengikuti pengajian dari sekolah perubatan terbaik di dunia dan juga menjalankan penyelidikan klinikal lanjutan tanpa perlu ke luar negara.

Mohan pula berkata, pengambilan pertama 100 penuntut adalah pada September ini dan mereka akan ditempatkan di kampus sementara berdekatan ibu pejabat Mardi sehingga kampus tetap siap pada 2013.

"Kita akan mengambil 75 penuntut dari Malaysia. Seramai 50 pemegang biasa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dijangka belajar di universiti kami," kata Mohan yang juga Canselor pertama Universiti HIHT di India pada 2008.

Katanya, kos keseluruhan program itu, termasuk membina hospital pengajian yang mempunyai 600 katil, adalah sekitar RM2.4 bilion.

Universiti Perdana, yang menawarkan program ijazah sarjana mulai tahun depan, akan dibina di satu kawasan seluas 52 hektar di Serdang.

Ia dibiayai sepenuhnya oleh Chase Perdana dan Turiya Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang juga diterajui oleh Mohan. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM

Posted:

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM


Muhyiddin Yassin disambut oleh perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling, Kedah, semalam.


BALING 20 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO di setiap peringkat supaya tidak mengambil mudah cabaran pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang sebagai pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

"Biar saya bagi amaran kerana pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi Barisan Nasional (BN) dan parti-parti politik lain.

"Tengok saja pilihan raya kecil yang kita lalui sebanyak 16 kali. Daripada jumlah itu, separuh daripadanya saya pimpin selaku Pengarah Pilihan Raya. Memang pahit, getir dan bukan mudah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita UMNO bahagian yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkembangan semasa menyaksikan rakyat kini lebih terbuka dari segi pemikiran dan mempunyai harapan serta cita-cita tinggi terhadap perjuangan parti politik terutama UMNO dan BN.

"Rakyat memang terbuka, mereka tahu apa yang berlaku di seluruh dunia. Rakyat mahu kita menjadi parti yang lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sebab itu, mereka menuntut pelbagai perkara," katanya.

Tambah beliau, permainan politik era pasca Pilihan Raya Umum 2008 juga dikesan menyaksikan perubahan ketara dan tidak lagi disifatkan sama seperti dahulu.

"Oleh itu, kita perlu mengubah pemikiran. Memang yang kita lalui puluhan tahun lalu satu proses politik biasa. Namun, pada pilihan raya akan datang menuntut kita membuat persiapan lebih rapi serta bersedia menghadapi tentangan hebat daripada parti lawan," katanya.

Muhyiddin menegaskan, para pemimpin UMNO seharusnya menyedari perkara tersebut dan mengambil langkah serius menghadapi tentangan daripada parti lawan.

"Jangan fikir mereka menyerah dengan mudah. Di Kedah contohnya, apakah saudara-saudari fikir Pas serahkan kepada UMNO dengan senang kuasa yang ada. Takkan mereka kata ambillah Bashah, kita sudah tak mahu. Sudah tentu, mereka akan pertahan bermati-matian," katanya.

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana semangat ahli UMNO dilihat kembali kuat berbanding tempoh dua hingga tiga tahun lalu, malah sokongan rakyat terhadap BN juga dikesan kembali pulih.

"Meskipun sokongan lebih baik, namun ia belum cukup. Kita masih mempunyai ruang untuk perbaiki kelemahan dan merangka strategi bagi terus mengukuhkan UMNO dan BN," katanya.

Muhyiddin turut mengulangi gesaan agar semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut.

Katanya, perkara berkenaan perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan UMNO dan BN mencapai kekuatan maksimum untuk menghadapi pilihan raya umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru 'tercicir' diminta sabar

Posted:

Guru 'tercicir' diminta sabar

Guru 'tercicir' diminta sabar

Oleh OPAT RATTANACHOT dan JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 21 May 2011 01:04 AM PDT

Utusan Online - Timur


Saya tidak simpan dendam - MB

Posted:

Saya tidak simpan dendam - MB

Saya tidak simpan dendam - MB

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


ahmad Said (tiga, kiri) bersalaman dengan barisan perwakilan UMNO Bahagian Setiu sebelum merasmikan mesyuarat agung bahagian itu di Dewan SMK Tengku Ibrahim, Setiu, semalam.


SETIU 20 Mei - Perpaduan di kalangan barisan kepimpinan UMNO negeri kini di tahap semakin baik dan membolehkan momentum jentera parti terus dipertingkatkan dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membayangkan keadaan itu berdasarkan kesepakatan dan kesediaan yang ditunjukkan hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bergerak bersamanya kini.

"Kita sedang mempersiapkan jentera ke arah pilihan raya dan di Terengganu, usaha ini dilakukan sepanjang masa melalui pelbagai gerak kerja," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, di sini hari ini.

Ahmad turut menepis gembar-gembur yang terus dimainkan setengah pihak kononnya konflik dalaman parti masih berlarutan apatah lagi ketika soal pemilihan calon semakin menjadi perhatian.

Beliau menegaskan tidak berdendam dengan sesiapa sahaja yang sebelum ini dikatakan sukar menerima kepimpinannya, malah akan terus membuktikan bahawa sikap itu tiada padanya.

Menjawab satu pertanyaan, beliau berkata, tidak timbul soal sesiapa sahaja yang dikatakan tidak disenanginya sukar berpeluang untuk kekal sebagai calon.

Beliau menarik perhatian bahawa mereka yang akan dipilih bukan berasaskan pertimbangan peribadinya tetapi kepentingan rakyat, parti dan negeri.

"Bagi saya tiada masalah. Perasaan saya tidak penting tetapi perasaan rakyat dan juga parti lebih penting. Kalau saya menang tetapi BN kalah buat apa," ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, keputusan itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersandarkan penilaian pelbagai bahawa bakal-bakal calon benar-benar boleh memenangkan parti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabar mat rempit sertai sukan permotoran

Posted:

Cabar mat rempit sertai sukan permotoran

Cabar mat rempit sertai sukan permotoran


SEBAHAGIAN Geng Orang Muda memeriahkan sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu di Dataran Astaka, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.


HULU TERENGGANU 20 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar kalangan mat rempit menyertai sukan permotoran secara profesional bagi memenuhi minat mereka dan tidak 'membunuh diri' di jalan raya.

Katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak menyediakan peruntukan, kemudahan dan kelengkapan sekiranya mereka mahu membuktikan kejaguhan sebenarnya dengan kejayaan yang boleh disanjung.

"Tidak guna hebat beraksi di jalan raya sehingga membahayakan nyawa diri dan orang lain," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Hari Belia Negara peringkat negeri di Padang Astaka Kuala Berang, di sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Program selama dua hari itu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 10,000 orang dan ia dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan yang menarik penglibatan golongan remaja.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika ramai golongan tersebut tampil menyertai sukan permotoran itu, Terengganu mungkin bakal melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan itu tidak lama lagi.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk membantu golongan muda agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah.

Beliau turut mengingatkan golongan belia pada masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bertahan dengan pengaruh-pengaruh negatif.

"Dalam aspek ini, persatuan belia memainkan peranan penting untuk menyediakan pelbagai aktiviti berfaedah kepada mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri akan membina dua gelanggang futsal baru bagi setiap kawasan DUN di negeri ini untuk memudahkan golongan belia menjalankan aktiviti sukan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda menyamar anak Exco Kelantan didakwa

Posted:

Pemuda menyamar anak Exco Kelantan didakwa

Pemuda menyamar anak Exco Kelantan didakwa

KOTA BHARU 20 Mei - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamar sebagai anak kepada Exco Kerajaan Kelantan untuk memperdayakan seorang mangsa membabitkan kerugian bernilai lebih RM1,450 pada bulan lalu.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 28, dari Taman Uda Murni di sini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Noor Haslinda Che Seman.

Dia didakwa menipu dengan menyamar sebagai anak kepada Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan untuk memperdaya mangsa memberikan empat rim tayar dan wang tunai RM1,450 kepadanya di hadapan Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Noor Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 9 Mei lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, polis menahan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin untuk mempengaruhi mangsanya bagi mendapatkan wang atau barangan termasuk set komputer riba.

Penangkapan lelaki tersebut yang turut mendakwa sebagai ahli keluarga Takiyuddin dipercayai mampu menyelesaikan enam kes penipuan di sekitar daerah ini membabitkan kerugian bernilai RM24,000.

Jelas beliau, lelaki tersebut yang berkelulusan diploma komputer dari sebuah institusi pendidikan, pernah dipenjarakan selama 36 bulan atas tiga kesalahan sama dan baru dibebaskan Ogos tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 20 May 2011 11:35 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Diari penghidap multiple sclerosis

Posted:

Diari penghidap multiple sclerosis

Diari penghidap multiple sclerosis

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



MASIH segar di dalam memori wanita itu mengenai peristiwa yang menimpanya empat tahun lalu ketika dia berkelana di bumi asing, Bahrain.

Nazatul Aqmar Nazri, 26, yang bertugas sebagai chef ketika itu ditahan oleh pihak polis dan hampir masuk ke lokap gara-gara dikatakan mabuk kerana dia berjalan terhuyung-hayang.

Walaupun puas meyakinkan anggota polis terbabit bahawa dirinya tidak mabuk, namun anggota polis berkenaan menganggap penjelasannya itu sekadar alasan untuk melepaskan diri.

Tidak berang dengan tindakan pihak polis yang hanya menjalankan tugas, Nazatul Aqmar terpaksa menunggu penuh sabar selama enam jam untuk membuat ujian mengesan alkohol melalui nafas. Namun, dia dilepaskan kerana hasil ujian tersebut negatif.

"Seminggu selepas kejadian tersebut keadaan saya semakin teruk kerana kaki kiri tidak bergerak dan dimasukkan ke hospital. Pada masa itulah baru saya tahu bahawa saya menghidap sejenis penyakit saraf iaitu sklerosis multipel (MS).

"Segala jawapan terhadap apa yang saya alami sejak di bangku sekolah akhirnya terjawab walaupun sebelum ini doktor pernah mengambil cecair tulang belakang saya pada usia 14 tahun, namun misteri penyakit yang saya hidap tidak terungkai," katanya yang lebih mesra dipanggil Nazatul.

Menurut Nazatul, dia mengalami beberapa simptom seperti gangguan memori, berjalan tidak betul dan tidak seimbang. Selain itu, dia juga mengalami kebas sebelah muka, kebas kaki kiri sehingga terpaksa menyeret kaki apabila berjalan selain penglihatannya sebelah kanannya kabur.

Katanya, ketika di sekolah rendah, dia sangat suka menggigit jari dan mengopek kuku kaki sehingga kukunya tercabut, namun Nazatul tidak merasa sebarang kesakitan walaupun jarinya berdarah.

Berfikiran positif

"Pada mulanya saya lebih banyak mendiamkan diri selepas disahkan menghidap MS. Namun, saya berfikiran positif kerana banyak lagi penyakit lain yang lebih teruk berbanding penyakit saya ini.


SESEORANG itu dapat dikesan menghidap sklerosis multipel selepas hasil ujian MRI.


"Serangan MS berlaku di antara tiga hingga empat kali setahun dan ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih daripada serangan tersebut," jelas anak keempat daripada lima beradik itu ketika ditemui pada Pelancaran Kempen A Wake Of Hope anjuran Persatuan MS Malaysia dan syarikat farmaseutikal Merck Serono baru-baru ini.

MS merupakan penyakit sistem saraf yang menjejaskan otak dan saraf tunjang. Penyakit ini mengakibatkan sistem imun tubuh memusnahkan beberapa tisu lemak yang dipanggil myelin. Myelin berfungsi membantu serat-serat saraf untuk menghantar mesej elektrik dari otak ke bahagian tubuh yang lain.

Kemusnahan myelin menyebabkan individu terbabit hilang upaya seperti kelesuan, penglihatan kabur, rasa lemah pada kaki dan kebas. Selain itu, penghidap juga mengalami rasa seperti dicucuk-cucuk pada muka, tangan, kaki atau badan serta kebas di sekitar dada dan abdomen.

MS buat julung-julung kalinya dijelaskan oleh Jean-Martin Charcot pada tahun 1868. Sehingga kini, punca sebenarnya penyakit ini tidak diketahui. Ia boleh diklasifikasikan sejenis penyakit autoimun kerana sistem imun menyerang tubuh sendiri. Lazimnya, keseriusan penyakit tersebut pada tahap sederhana, bagaimanapun sesetengah individu hilang keupayaan menulis, bertutur atau berjalan. Pakar Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. V. Shanti memberitahu, MS memberi kesan yang berbeza terhadap individu.

"Wanita berisiko tinggi menghidap penyakit MS pada kadar dua kali ganda berbanding lelaki dan biasanya dikesan pada usia di antara 20 hingga 40 tahun. Sungguhpun begitu, MS boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.

"Serangannya datang dan pergi. Simptomnya lebih kurang sama dengan penyakit lain seperti hipertensi dan strok menyebabkan ramai yang tidak ambil pusing mengenai penyakit ini," katanya yang menyarankan orang ramai mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda MS.

Dahulu MS hanya dihidapi oleh orang Kaukasia yang kebanyakannya tinggal di Barat. Ia melibatkan satu atau dua orang dalam 100,000 orang.

Antara tanda-tanda MS ialah masalah penglihatan, kesukaran pertuturan, rasa lemah dan letih pada anggota tubuh.

Selain itu, mereka juga akan mengalami koordinasi terjejas, sakit dan kebas, kekejangan otot pada tangan atau kaki serta masalah ingatan, penumpuan, kawalan pundi kencing atau usus.

Tanda-tanda dan gejala-gejala yang berlaku bergantung kepada lokasi serat saraf yang rosak.

"Jika tanda-tanda tersebut berulang, seseorang itu perlu segera berjumpa pakar perunding neurologi untuk memastikan sama ada tanda-tanda tersebut disebabkan MS atau sebaliknya.


PERBEZAAN antara sel saraf yang normal dan sel saraf yang rosak akibat skelrosis multipel.


"Kebiasaannya, untuk mendiagnosis sama ada seseorang itu menghidap MS, doktor akan melakukan ujian darah, pengimejan resonans magnetik (MRI) dan mengambil cecair tulang belakang," jelasnya.

Bagi seorang ibu muda, Farah Diana Mohd. Amin, 25, dia diserang MS buat pertama kalinya ketika berumur 16 tahun.

"Badan sebelah kiri saya kebas. Ingatkan kebas-kebas biasa sahaja. Apabila rasa kebas itu berulang saya menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Sebelum didiagnosis menghidap MS, kaki saya bengkak jika terlalu lama berjalan atau jalan jauh dan mengambil masa berhari-hari untuk menghilangkan rasa penat," katanya yang turut mengalami simptom penglihatan kabur.

Farah Diana memberitahu, pada sambutan hari raya tahun lalu, bahagian kanan mukanya jatuh sehingga terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Lebih membimbangkan Farah Diana apabila doktor memberitahu, kemungkinan kecacatan pada wajahnya akan kekal. Namun, isteri kepada Mohd. Fariq Salin, 28, yang juga ibu kepada anak lelaki berusia setahun tujuh bulan itu pasrah dengan ujian yang dilaluinya.

"Macam-macam saya ikhtiar untuk memulihkan keadaan bentuk muka yang jatuh. Suami pula banyak memberikan sokongan dan menyuruh saya mengunyah gula-gula getah bagi memulihkan keadaan. Syukur, muka saya pulih seperti sediakala selepas beberapa bulan.

"Sepanjang kehamilan tiada sebarang serangan berlaku, cuma selepas melahirkan anak, serangan semakin kerap dan teruk. Terbaru, saya mengalami serangan yang sama pada bulan Februari lalu," katanya yang mengalami empat kali serangan MS setahun.

Perkara yang paling ditakutinya ialah apabila anaknya menangis ketika suami tiada di sisi.

"Bukan tidak mahu dukung dan memujuknya tetapi saya khuatir dia cedera kerana saya tidak kuat untuk mendukungnya," ujarnya yang kini membuka perniagaan menjual aksesori dan barangan bayi serta kanak-kanak secara talian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gejala obesiti hantui Tonga

Posted:

Gejala obesiti hantui Tonga

Gejala obesiti hantui Tonga



DI rak barangan sebuah pasar raya di Tonga, terdapat banyak tin-tin besar yang menyamai saiz sebuah tin cat. Tin-tin tersebut mengandungi daging kisar bagi menggantikan hidangan tradisi kepulauan tersebut seperti ikan dan kelapa sejak sekian lama.

Senario itu menjadi penyumbang kepada masalah obesiti di rantau Pasifik yang kini berada di kedudukan teratas jumlah penduduk obes di dunia.

Pasaran daging di Tonga lazimnya didatangkan dalam bentuk tin, sama ada ayam belanda, lembu atau babi. Ia dijual dalam pelbagai bentuk seperti daging salai dicampur cili atau keju untuk rasa lebih lemak.

Ketua Pegawai Perubatan, Malakai Ake berkata, daging yang ditinkan itu merupakan makanan ringan yang mempunyai kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi, sekali gus menyebabkan berat badan penduduk di kepulauan itu semakin meningkat.

"Ia merupakan masalah terbesar yang dihadapi Tonga," kata Ake sambil memberitahu peningkatan penyakit-penyakit berkaitan obesiti seperti jantung koronari, diabetes dan strok.

"Setiap hari ada saja upacara pengkebumian, jiran sebelah rumah, saudara-mara dan kenalan. Selalunya kematian mereka dikaitkan dengan penyakit-penyakit ini, ia langsung tidak masuk akal."

Menurut Jabatan Kesihatan Tonga, lebih 90 peratus daripada populasi penduduk di negara itu diklasifikasikan sebagai berat badan yang berlebihan dan 60 peratus obes.

Gaya hidup

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lalu, negara-negara Kepulauan Pasifik berada di tangga kelapan daripada 10 buah negara yang mempunyai populasi lelaki yang obes.

Obesiti sering dikaitkan dengan tiga perempat kadar kematian di rantau itu, menurut pakar nutrisi WHO yang berpangkalan di Fiji, Temo Waqanivalu. Katanya, kes-kes diabetes di negara-negara Kepulauan Pasifik meningkat sebanyak 50 peratus.

"Sistem kesihatan kita sedang bergelut untuk menangani masalah tersebut," kata Waqanivalu.


MAKANAN dalam tin yang tinggi lemak dan kandungan garamnya kini menjadi pilihan penduduk Tonga berbanding makanan tradisional.


"Jika anda ke mana-mana hospital di negara-negara Kepulauan Pasifik, sekitar 75 hingga 80 peratus rawatan yang dijalankan adalah berkaitan penyakit tidak berjangkit seperti obesiti.

Pakar memberitahu, gabungan faktor ekonomi, budaya dan gaya hidup menyebabkan obesiti kini menjadi satu wabak yang membimbangkan di peringkat global khususnya di Pasifik.

Waqanivalu berkata, gaya hidup tradisional seperti aktiviti perladangan dan menangkap ikan mewujudkan bidang pekerjaan baru sejak beberapa tahun lalu dan kemunculan kenderaan di jalan raya.

"Ketika saya muda dahulu, semua orang berjalan kaki sekiranya hendak ke mana-mana atau berenang.

"Hari ini mereka lebih suka berkereta walaupun ia tidak begitu jauh."

Diet tradisional di Tonga seperti ikan dan akar-akar kayu kini digantikan dengan makanan berlemak yang diimport dari negara-negara Barat. Makanan tersebut dilihat lebih mudah disediakan dan kelihatan lebih berprestij.

"Makanan tradisi sukar bersaing dengan makanan import yang lebih glamor dan popular," kata Waqanivalu, sambil menambah kemiskinan dalam kalangan penduduk di Pasifik menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan dalam memilih diet harian yang sesuai.

"Di sesetengah negara, harga minuman bergas lebih murah berbanding sebotol air mineral.

"Apabila mereka ke pasar raya, lazimnya perkara terakhir yang mereka akan lihat ialah maklumat nutrisi yang dipaparkan, sebaliknya mereka hanya melihat harganya."

Ada kalangan penduduk-penduduk di kepulauan itu berpendapat, oleh kerana rangka tubuh mereka yang besar, maka mereka lebih mudah menambah berat badan berbanding orang yang mempunya rangka tubuh yang normal.

Bukan kebanggaan

Bagaimanapun, teori itu ditolak sama sekali oleh Waqanivalu.


GOLONGAN remaja di Tonga melakukan senaman sebagai usaha untuk mencegah obesiti.


Katanya, mempunyai ukuran badan yang besar merupakan satu simbol status di rantau itu suatu ketika dahulu. Namun tradisi itu kian terhakis kerana memiliki tubuh yang besar bukan lagi satu kebanggaan.

"Kami mahu beritahu masyarakat tidak mengapa memiliki rangka tubuh yang besar, namun menjadi obes adalah satu perkara berbeza dan ia adalah sesuatu yang kami tidak mahu lihat di sini," katanya.

Bekas Raja Tonga, King Tupou IV, yang mangkat pada tahun 2006 telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tentang obesiti sekitar tahun 1990-an. Baginda telah menganjurkan diet kebangsaan dan rutin senaman selepas diberi amaran oleh doktor tentang masalah berat badannya.

Tersenarai di dalam Guinness Book of Records sebagai antara monarki yang terberat di dunia iaitu 210 kilogram (kg), baginda berjaya mengurangkan berat badannya kepada 70 kg.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tonga, Lord Tu'ivakano berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memerangi obesiti dan pihak pemerintah akan melakukan sekatan pengimportan makanan seperti daging kambing yang murah dan hirisan biri-biri berlemak yang popular di negaranya.

"Kita perlu kembali semula kepada cara lama, makan makanan berkhasiat seperti keladi, keledek dan ubi kayu," katanya.

"Adalah penting untuk berkata, 'Maaf, anda perlu mencari alternatif lain', seelok-eloknya makan ikan berbanding hirisan daging kambing." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 20 May 2011 11:22 PM PDT

Utusan Online - Politik


Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

Posted:

Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

PUTRAJAYA 20 Mei - Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengarahkan semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi 'bapa angkat' kepada 195 bahagian UMNO supaya menyerahkan laporan pemantauan mereka untuk dianalisis Ibu Pejabat parti.

Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan hasil mesyuarat jawatankuasa itu semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia sebagai langkah persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kita minta ahli-ahli MT yang jaga bahagian-bahagian ini menyediakan laporan situasi bahagian yang dipantau.

"Ini meliputi janji-janji yang telah dibuat ketua bahagian kepada penduduk di bahagian masing-masing.

"Selepas laporan dihantar ke Ibu Pejabat, kita akan buat analisis. Kalau ada kekurangan, kita akan lihat di mana lompangnya...antaranya bolehkah dirujuk kepada sektor tertentu dan dari segi parti, kalau masih ada percakaran dalam bahagian terbabit, kita akan panggil pihak berkenaan. Ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di Presint 15, di sini hari ini.

Mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU Ke-13, Tengku Adnan berkata, kesemua parti komponen perlu memberi tumpuan kepada isu sebenar iaitu masalah rakyat yang berkaitan himpitan kenaikan harga barang.

"PKR ke, Anwar Ibrahim ke, ia bukan isu pokok, yang utama sekali ialah masalah rakyat seharian iaitu kenaikan harga bahan api. Inilah cabaran kita yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, UMNO yang mempunyai 3.5 juta ahli sedang giat mendaftarkan baki 400,000 ahlinya sebagai pengundi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

Posted:

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

PADANG TERAP 20 Mei – Perubahan landskap politik nasional yang berbeza selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut ahli-ahli UMNO untuk membuat perubahan yang besar dalam perjuangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, disebabkan senario politik yang sudah bertukar juga, ahli-ahli UMNO perlu meletakkan cara pemikiran mereka dalam keadaan yang betul.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali berpesan kepada saya untuk memberi peringatan ini kepada ahli-ahli UMNO.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, UMNO dalam keadaan yang tidak tentu arah, namun kita yakin dengan perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara jadi sebab itu, kita semua perlu pastikan ahli-ahli UMNO terus berada dalam objektif yang betul," kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Dewan Sekolah Menengah Dato Syed Ahmad, di sini hari ini.

Menurut beliau, ahli-ahli UMNO juga perlu meningkatkan usaha untuk mendekati rakyat dengan mengadakan program-program yang menyentuh jiwa rakyat.

"Program-program sebegini tidak memerlukan wang yang banyak, hanya kita turun berjumpa rakyat sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 20 May 2011 11:21 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Gadis kejar peragut maut

Posted:

Gadis kejar peragut maut

Gadis kejar peragut maut

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my

PADANG BESAR 20 Mei - Seorang kakak yang geram terhadap peragut kerana cuba meragut rantai leher adiknya bertindak nekad mengejar suspek dengan motosikal di Jalan Kangar-Padang Besar, di sini malam semalam.

Namun, dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, motosikal tersebut hilang kawalan setelah dihimpit suspek lalu melanggar belakang sebuah kenderaan.

Mangsa, Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, kemudian terjatuh dan digilis sebuah kereta sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Nur Syaza Yasmin ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri.

Dia sedang menuju ke sebuah kedai menjual telefon bimbit selepas mengisi minyak di Beseri apabila seorang remaja lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Remaja itu berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum bertindak cuba meragut rantai adiknya, Nur Syaza Naurah, 15.

Menurut Nur Syaza Naurah, suspek gagal meragut rantai dipakainya yang hanya diperbuat daripada plastik, namun kakaknya yang marah dengan tindakan lelaki itu bertindak mengejarnya.

"Saya membonceng untuk mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek. Suspek yang melihat kami mengejarnya telah bertindak menghimpit motosikal kami menyebabkan kakak hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar belakang sebuah kenderaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Keteri, di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya, kakaknya tercampak di tengah jalan raya dan tidak sedarkan diri akibat hentakan di kepala, manakala dia sendiri terlantar di bahu jalan.

Katanya, dia cuba membantu kakaknya untuk ke tepi jalan raya, namun sebuah kenderaan dari arah belakang menggilis kakaknya sebelum memecut ke arah Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros ketika dihubungi hari ini mengesahkan kemalangan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Jenazah Nur Syaza Yasmin yang dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keteri, sebelum solat Jumaat, hari ini.

Bapa mangsa, Ruslan Ali, 49, ketika ditemui memberitahu, Nur Syaza Yasmin sebelum ini pernah memberitahu bermimpi memakai pakaian, namun semuanya tidak muat kerana kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga keldai dadah ditahan

Posted:

Tiga keldai dadah ditahan

Tiga keldai dadah ditahan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kanan) dan pegawainya melihat dadah jenis syabu yang dirampas daripada tiga warga Bulgaria di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 20 Mei – Biarpun taktik menggunakan bagasi yang diubah suai untuk menyeludup dadah ke negara ini sering ditumpaskan pihak polis, masih ada keldai dadah cuba-cuba 'menyembunyikannya' dengan kaedah itu.

Terbaru, tiga warga asing dari Bulgaria ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 5.68 kilogram, bernilai RM1.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) Senai di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 25, 26 dan 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pukul 4.15 petang.

"Kesemua suspek yang dipercayai keldai dadah dari satu sindiket dadah antarabangsa Asia Barat ke Malaysia, ditahan sejurus tiba di LTASI.

"Mereka membawa dua bagasi pakaian yang diubah suai dengan dadah tersebut disorokkan di dalam ruang khas dan dilekatkan dengan pita pelekat.

"Berdasarkan siasatan awal, seorang daripada suspek telah empat kali masuk ke Malaysia manakala dua lagi kali pertama ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Mokhtar, sekiranya dadah tersebut terlepas ke pasaran dan diedarkan, ia mampu menampung kira-kira 20,000 penagih dadah.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, modus operandi mereka menggunakan lapangan terbang domestik bagi mengelirukan pihak berkuasa tempatan.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti destinasi suspek sebelum memasuki Malaysia.

"Kejayaan menumpaskan sindiket dadah tersebut adalah kali kedua kerana kita turut mematahkan cubaan menyeludup dadah dengan tertangkapnya dua lelaki warga Iran di LTASI pada 30 April lalu," ujarnya.

Kesemua suspek, katanya, direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 20 May 2011 11:18 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Johns Hopkins Malaysia tarikan luar biasa: PM

Posted: 20 May 2011 04:52 PM PDT

Nasional

     NAJIB menunjukkan  ‘The Dean’s Special Recognition Award’ yang disampaikan  Edward (tengah) pada majlis penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, semalam.

NAJIB menunjukkan 'The Dean's Special Recognition Award' yang disampaikan Edward (tengah) pada majlis penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, semalam.

Program perubatan di Serdang tumpuan rantau lain

WASHINGTON: Pembukaan institusi pengajian dan penyelidikan perubatan Universiti Johns Hopkins di Malaysia September ini dijangka mendapat sambutan hebat di rantau itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, institut yang akan ditubuhkan di Serdang itu dijangka menarik penuntut bukan saja dari negara di rantau itu, malah dari Asia Barat dan benua kecil India.

"Saya yakin program perubatan Johns Hopkins ini akan menjadi satu tarikan luar biasa," katanya pada satu majlis sempena penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, kira-kira sejam perjalanan dari sini. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; ahli perniagaan, Tan Sri Mohan Swami dan ketua pegawai eksekutif universiti itu, Edward D Miller.

Program perubatan Johns Hopkins itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Perdana yang menawarkan hospital pengajian swasta yang mempunyai kemudahan perubatan kelas pertama. Ia dibina di Serdang oleh kumpulan Chase Perdana diterajui Mohan.

Najib berkata, beliau gembira kerana hospital itu akan mempunyai tenaga kerja bukan saja dari Baltimore, malah dari seluruh dunia.

Perdana Menteri berkata, pentadbiran beliau sudah merangka pelan untuk mencari dan menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut untuk pulang berkhidmat di Malaysia, pada masa sama, meningkatkan usaha ke arah latihan kemahiran.
"Inilah sebabnya saya secara peribadi amat teruja dengan perkongsian ini," katanya.

Johns Hopkins terkenal kerana merintis pelbagai hasil bidang perubatan antaranya penggunaan sarung tangan getah untuk pembedahan.

"Ini memberi kesan positif kepada industri getah di Malaysia yang kini menjadi pengeluar dan pengeksport terbesar sarung tangan getah untuk perubatan," kata Najib.

Beliau berkata, penubuhan kampus itu di Malaysia akan mendorong lebih ramai graduan terbaik dari universiti di Malaysia untuk kekal di negara sendiri kerana mereka kini berpeluang mengikuti pengajian dari sekolah perubatan terbaik di dunia dan juga menjalankan penyelidikan klinikal lanjutan tanpa perlu ke luar negara.

Mohan pula berkata, pengambilan pertama 100 penuntut adalah pada September ini dan mereka ditempatkan di kampus sementara berdekatan ibu pejabat MARDI sehingga kampus tetap siap pada 2013.

"Kita akan mengambil 75 penuntut dari Malaysia. Seramai 50 pemegang biasa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dijangka belajar di universiti kami," kata Mohan yang juga Canselor pertama Universiti HIHT di India pada 2008. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tingkat kawalan kekang kes serangan asid

Posted: 20 May 2011 04:51 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil beberapa pendekatan proaktif, termasuk menambah bilangan pegawai di lokasi yang dikenal pasti bagi mengekang kegiatan simbah cecair yang kini sebanyak 23 kes sudah direkodkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata selain itu, pihaknya juga menyebarkan maklumat kepada masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melalui operasi yang dijalankan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya sudah mempunyai maklumat tertentu berhubung kes berkenaan, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat berikutan dikhuatiri mengganggu siasatan polis. "Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Kuala Lumpur dan Selangor sudah berbincang bersama bagi mengesan individu yang mendalangi puluhan kes simbah cecair itu, namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

"Hasil perbincangan berkenaan juga, polis mengambil beberapa pendekatan terbuka, termasuk menyebarkan kes berkenaan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan menambah bilangan anggota di kawasan yang dikenal pasti, selain melalui operasi," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Ismail berkata, sejak langkah itu dimulakan minggu lalu, terbukti ia berkesan apabila tiada lagi kes dilaporkan membabitkan mangsa yang disimbah cecair oleh lelaki bermotosikal.

"Bagaimanapun, sehingga minggu lalu, sebanyak 23 kes di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor direkodkan menggunakan modus operandi sama. Polis tidak berdiam diri dan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan dalang kejadian itu berjaya ditumpaskan dan masyarakat berada dalam keadaan selamat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, pihaknya sedang berusaha menyelamatkan ahli perniagaan yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata di wilayah Sulu, Filipina, 8 Mei lalu.

Terdahulu, Ismail menyaksikan majlis serah tugas membabitkan Datuk Salleh Mat Rasid yang dilantik sebagai Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Datuk Zulkifli sebagai Pengarah Logistik.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 20 May 2011 07:40 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

Posted:

Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

SHAH ALAM 20 Mei - Seorang nenek warganegara India hanya mampu menangis tersedu-sedu apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis ketamine seberat 2,925 gram semasa tiba di negara ini, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Fazila Bee Abdul Kareem, 62, selepas berpuas hati bahawa keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau berkata, keterangan tertuduh didapati penuh dengan percanggahan serta tidak langsung dapat diterima akal.

Jelas beliau, tertuduh mendakwa datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan diminta oleh seorang wanita yang akan bekerja di tempat sama untuk mendaftar masuk sebuah beg semasa berada di India.

Bagaimanapun, kata Hakim Noor Azian, tertuduh bukan sahaja tidak mempunyai permit kerja dan hanya masuk menggunakan visa pelancong, tetapi tidak mengetahui siapa majikannya dan tidak mempunyai alamat tempat dia dikatakan akan bekerja.

''Tertuduh dikatakan lahir pada 1949 tetapi hasil pemerhatian terhadap keterampilannya, saya berpendapat umurnya lebih daripada itu dan tidak mungkin ada orang yang ingin mengambilnya sebagai pembantu rumah.

''Keterangan tertuduh juga penuh dengan percanggahan. Contohnya orang yang bernama Mohd. Zafar, sekejap tertuduh mendakwa dia adalah cucunya, tetapi kemudian memberitahu dia adalah ejen. Cerita tertuduh tidak konsisten dan lebih kepada rekaan serta cerita tokok-tambah yang gagal membangkitkan sebarang keraguan,'' katanya.

Fazila Bee yang berbaju-T lengan panjang putih, berseluar sukan biru gelap serta bertudung hitam dilihat masih mengelap air mata semasa dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara.

Dia yang mempunyai beberapa orang cucu didakwa mengedar dadah tersebut di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang, 13 Februari 2009.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam K.A. Ramu.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi manakala tertuduh pula memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

Posted:

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

DAPUR boleh diibaratkan sebagai ruang kedua penting di setiap kediaman kerana di situlah tempat ahli keluarga terutama ibu-ibu dan anak perempuan mereka berkumpul menyediakan juadah sambil merapatkan ikatan kekeluargaan.

Sambil menurunkan pengetahuan dan petua memasak, ibu-ibu juga boleh mendengar cerita atau masalah yang ingin diluahkan anak-anak mereka, begitu juga sebaliknya.

Suasana mesra sedemikian mengeratkan lagi hubungan anak-beranak. Begitulah peranan besar yang dimainkan oleh ruang dapur bagi setiap keluarga.

Bermula daripada inspirasi sedemikian, seorang suri rumah, Azlin Azmi, 30, berhasrat menghias dapurnya dengan mengupah syarikat kontraktor untuk memasang kabinet dapur di kediamannya.

Pada November tahun lalu, dia telah memanggil kontraktor tersebut untuk mengukur ruang kabinet dapur yang ingin dipasang dan pekerja tersebut kemudian memberitahu bahawa Azlin perlu membayar RM8,180.

Tanpa melengah-lengahkan masa, wanita berkenaan bersetuju membayar sebahagian jumlah tersebut iaitu sebanyak RM7,620 antara November 2010 dan 27 Mac 2011.

Biarpun telah banyak wang dikeluarkan sehingga hampir habis bayaran yang dikehendaki, namun hanya sebahagian kabinet dapur dipasang. Itupun bahan yang digunakan tidak berkualiti dan mudah rosak.

Memikirkan impiannya untuk memiliki dapur yang selesa masih belum dapat dijelmakan, wanita itu ligat memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalahnya.

Maklumlah, duit telah dilaburkan tetapi kontraktor terbabit masih tidak menyiapkan baki pemasangan kabinet dapur tersebut.

Akhirnya dia pasrah dengan masalah yang dihadapinya dan menyerahkan nasibnya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara, baru-baru ini dengan harapan kontraktor terbabit memulangkan kembali wang yang telah dijelaskan.

Nasib menyebelahinya apabila Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak mengarahkan kontraktor tersebut memulangkan semula wang itu kepada Azlin dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah berkenaan dikeluarkan.

Beliau turut mengarahkan Azlin mengembalikan perkakas-perkakas yang telah dipasang sekiranya kontraktor terbabit selesai memulangkan wang itu semula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 20 May 2011 07:21 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Amalkan gaya hidup sihat

Posted:

Amalkan gaya hidup sihat

Amalkan gaya hidup sihat

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Maznah Mazlan (duduk kiri) bermesra dengan seorang kanak-kanak orang kurang upaya, Mohd. Aminuddin Abdul Manan, 9, pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Gugusan Felda Perantau Damai di Muadzam Shah, kelmarin.


MUADZAM SHAH 20 Mei - Masyarakat di negeri ini diminta mengamalkan gaya hidup sihat yang secara tidak langsung akan meningkatkan kadar jangka hayat masing- masing bagi meneruskan kehidupan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, purata kadar jangka hayat dalam negara sehingga kini adalah 74 tahun berbanding di Afrika yang mencatatkan usia sehingga 45 tahun.

"Masyarakat perlu memahami dan mengetahui tentang amalan tersebut, kerana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan diri mereka.

"Bukan itu sahaja, kadar jangka hayat tersebut juga menunjukkan bahawa taraf teknologi dalam negara semakin tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Pemimpin Bersama Rakyat di Gugusan Felda Perantau Damai di Felda Keratong 8 di sini, semalam.

Maznah juga berbangga kerana masih ada yang mengekalkan kesihatan sehingga kadar jangka hayatnya mencecah lebih 80 tahun.

Katanya, contoh tersebut dapat dilihat apabila terdapat 15 orang di Felda Keratong 8 yang berusia lebih 80 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

32 Perpustakaan Jalur Lebar

Posted:

32 Perpustakaan Jalur Lebar

32 Perpustakaan Jalur Lebar

MARAN 20 Mei - Sebanyak 32 perpustakaan desa di negeri ini akan dinaikkan taraf kepada Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) bagi membolehkan komuniti luar bandar mengakses maklumat menerusi Internet.

Pengarah Prasarana dan Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara, Salbiah Mohd. Yusof berkata, 64 perpustakaan itu di negeri akandinaikkan taraf secara berperingkat- peringkat.

Menurut beliau, kelebihan yang bakal dinikmati pengunjung terlibat adalah membuat pinjaman buku secara dalam talian dari Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur.

''Penduduk kampung yang akan menikmati kemudahan itu perlu memanfaatkannya bagi meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya mereka tidak ketinggalan,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Karnival Promosi dan Kesedaran PJL Kampung Senggora dekat sini, semalam.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

Posted:

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

JERANTUT 20 Mei - Usaha kerajaan negeri menganjurkan Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang baru- baru ini, memberi peluang kepada golongan belia mengamalkan gaya hidup sihat berkonsepkan Malaysia Cergas.

Seorang belia Kampung Pagi di sini, yang menghiasi ruangan Gadis Pahang minggu ini, Rosnainah Ahmad (gambar) 23, berkata, keindahan sungai itu membuatkan golongan tersebut termasuk dirinya teruja menyertai program berkenaan.

Dia yang mewakili Persatuan Belia 4B kampungnya yang menyertai ekspedisi tersebut berkata, sejak dimaklumkan tentang program itu, dia tidak melepaskan untuk peluang menyertainya.

"Rumah saya terletak di pesisiran Sungai Tembeling dan banyak mengajar erti kehidupan berasaskan sungai dan hidupan akuakultur.

"Saya kerap berakit atau berperahu bersama rakan di Hulu Tembeling untuk mengisi masa lapang, selain menimba pengalaman sebelum menyertai ekspedisi itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 20 May 2011 03:30 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Madah berhelah Anwar berterusan

Posted:

Madah berhelah Anwar berterusan

Madah berhelah Anwar berterusan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SESIAPA juga yang mengikuti segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, kelmarin yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi panelnya - akan membuat satu sahaja kesimpulan iaitu hujah Anwar penuh madah berhelah.

Ia kerana sepanjang tempoh interaktif itu berlangsung, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh orang ramai dengan jujur dan ikhlas.

Sebaliknya Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai insan teraniaya, menjadi mangsa konspirasi, dihumban dalam penjara kerana mahu memperjuangkan keadilan dan semua sistem dalam negara ini tidak boleh dipercayai.

Malahan Anwar juga seolah-olah ingin menggambarkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejahat-jahatnya kerajaan di muka bumi Allah ini.

Ternyata sekali lagi, kita terpaksa menyaksikan gelagat madah berhelah Anwar dalam menjawab kontroversi yang melibatkan dirinya.

Bagi Anwar, kes liwat pembantu peribadinya dan rakaman video seks yang dikatakan mirip wajahnya, segala-galanya adalah konspirasi.

Malahan untuk menyelamatkan diri atau menyembunyikan kebenaran, ada ketikanya dalam interaktif tersebut Anwar membidas kembali mereka yang bertanya soalan sensitif kepadanya.

Turut diseret bagi mempertahankan dirinya ialah fatwa Dr. Yusuf Qaradawi terutamanya dalam isu liwat. Anwar juga tidak mahu mengiktiraf keputusan dua pakar luar negara yang mengesahkan rakaman video seks tersebut adalah tulen.

Jelaslah, Anwar kini semakin tersepit dan tertekan. Namun beliau masih mahu terus bersandiwara dengan menggunakan kepetahannya berhujah.

Dalam hujah-hujahnya tiada satu pun menunjukkan bahawa beliau ikhlas ingin menegakkan kebenaran, apa yang lebih ditekankannya ialah beliaulah insan yang teraniaya kononnya akibat konspirasi UMNO, Perkasa dan BN.

Tetapi apa yang anehnya, Anwar tidak pula mengemukakan bukti terhadap setiap tuduhannya kepada UMNO termasuklah dalam soal rakaman video seks tersebut.

Anwar sengaja cuba menutupi fakta sebenar bahawa rakaman itu tiada kaitan sama sekali dengan UMNO mahupun BN.

Tetapi ia adalah pendedahan orang yang pernah menjadi sahabat baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh itu kenapa pula hendak dikaitkan dengan kedua-dua pihak tersebut?

Kalau Anwar begitu yakin bahawa dirinya teraniaya kenapa beliau tidak mahu melaksanakan empat perkara yang boleh membersihkan namanya seperti mana dicadangkan oleh bekas rakan seperjuangannya dalam PKR iaitu Senator Ezam Mohd. Noor.

Empat perkara tersebut ialah sumpah laknat, menjalani ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak berbohong, menyaman Shazryl Eskay Abdullah dan tuduh Shazryl Ezkay sebagai pembohong.

Namun Anwar tidak mahu melakukan perkara itu biarpun dalam interaktif tersebut beliau antara lain ketika ditanya buku apa dan tulisan siapa yang paling banyak mempengaruhi beliau dengan penuh bangga menjawab, ''Al-Quran, kitab hadis...''

Jika benar pemikiran Anwar dipengaruhi oleh al-Quran dan hadis kenapa takut jika berada di pihak yang benar.

Tidakkah Anwar memahami hadis Qudsi yang mana Allah SWT berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat."

Malahan Allah juga berjanji bahawa doa orang teraniaya tidak ada hijab antaranya dengan Allah SWT.

Oleh itu kenapa Anwar takut jika beliau begitu yakin dan cuba meyakinkan orang lain bahawa dirinya tidak bersalah dan semua yang berlaku adalah konspirasi politik.

Anwar sememangnya sedang berusaha menggunakan segala saluran termasuklah interaktif di Yahoo! tersebut bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dirinya tidak bersalah.

Kita percaya gelagat Anwar dalam berhadapan isu moral melibatkan dirinya tidak akan terhenti begitu sahaja.

Ia kerana keinginan Anwar untuk menawan Putrajaya dan sekali gus meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri tidak pernah pupus.

Impian Anwar itu jelas apabila dalam interaktif itu beliau mahu orang ramai membaca buku jingga yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang.

Buku itu mengandungi perancangan pakatan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya.

Malahan Anwar juga memberikan keyakinan bahawa bukan sahaja Perak akan ditawan semula malahan Putrajaya juga akan berada dalam genggaman.

Demikianlah hebatnya mainan politik putar belit Anwar. Isu moral yang dihadapi tidak dijawab dengan telus sebaliknya cuba mengajak rakyat mempercayai pembohongannya bahawa kerajaan BN adalah dalang di sebalik apa yang berlaku ke atas dirinya.

Anwar juga menuduh pemimpin-pemimpin yang meninggalkan perjuangan PKR adalah orang yang sudah dibeli oleh UMNO biarpun hakikatnya golongan tersebut yang suatu ketika dulu sanggup menggadaikan segala-galanya demi mempertahankan beliau.

Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana wang atau kedudukan tetapi melihat Anwar seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjadi Perdana Menteri.

Namun semua itu tidak diketengahkan, sebaliknya Anwar terus berbohong dan berbohong. Medan interaktif tersebut bagaikan satu lagi platform beliau untuk memutar-belitkan fakta, biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak memihak kepadanya.

Tetapi Anwar perlu faham bahawa dalam kehidupan ini pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran. Kepetahan bercakap tidak selamanya mampu menutupi kebatilan dan fikiran manusia tidak selamanya boleh dikelirukan.

Jika Anwar terus mempertahankan perkara yang tidak benar, percayalah hukuman bukan sahaja datang daripada manusia tetapi lebih dahsyat daripada Allah SWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu Lynas hanya mainan politik pembangkang

Posted:

Isu Lynas hanya mainan politik pembangkang

Isu Lynas hanya mainan politik pembangkang

Oleh ABDUL HIBBAH AL-AHYA


SEBAHAGIAN daripada penduduk Kuantan yang hadir pada sesi taklimat awam mengenai status terkini projek pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. pada 6 April lalu.


SEJAK 2009 lagi apabila bermula penentangan terhadap pembinaan kilang pemprosesan logam tanah jarang milik Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang hinggalah kini, banyak pihak mengambil kesempatan untuk mempolitikkan projek ini.

Terbaru 200 orang ahli daripada parti pembangkang berhimpun secara haram di depan pejabat DAP Pahang di Jalan Beserah, bagi menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan.

Pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berucap pada perhimpunan itu sama ada dari pusat atau peringkat negeri, menjelaskan lagi tentang sifat sebenar parti politik tersebut.

Sehari sebelum itu, pejabat-pejabat media sama ada cetak atau elektronik di negeri ini telah dihubungi untuk liputan majlis berkenaan. Menyedari kehadiran pihak media khususnya jurufoto dan jurukamera ini, pembangkang menyifatkannya sebagai satu kejayaan sementelah yang turut hadir ialah media cetak 'vernacular' yang sering memberi liputan berbaur simpati terhadap mereka.

Apabila sahaja polis mengarahkan perhimpunan haram itu dihentikan, ketika itulah juga empat orang membuat aksi meniarap mereka. Sudah tentu, itulah photo opportunity terbaik bagi pembangkang dan jurufoto. Bagi menambahkan tarikan, keempat-empat mereka ini yang ketika itu sudah pun dilihat sebagai hero, dengan sengaja bersikap degil lalu membenarkan diri untuk ditahan. Media 'vernacular' memainkan foto-foto tentang kejadian meniarap itu di muka depan.

Kira-kira dua minggu sebelum itu pula, agenda politik pembangkang dalam isu Lynas ini terus menyerlah menerusi kononnya sesi penerangan umum di sebuah restoran di Teluk Chempedak. Pada majlis inilah beberapa penduduk dari Bukit Merah, Ipoh, Perak dan Bukit Koman, Raub turut dibawa sebagai bahan bukti.

Penduduk dari Bukit Merah menceritakan kononnya pengalaman perit mereka akibat radiasi daripada kilang pemprosesan logam tanah jarang dari tinggalan amang bijih timah - Asian Rare Earth (ARE) itu.

Sementara itu, dari Bukit Koman pula, menceritakan penentangan mereka terhadap kilang pemprosesan emas yang menggunakan bahan kimia sianida yang dikatakan membahayakan kesihatan.

Sedangkan, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah memberi taklimat kepada umum bahawa kandungan bahan 'thorium' yang terdapat dalam tanah jarang yang mengeluarkan radiasi di Bukit Merah adalah berbeza dengan yang ada di Lynas.

Kandungan 'thorium' di Bukit Merah itu sebenarnya, adalah 37 kali ganda lebih tinggi daripada logam tanah jarang yang dibawa dari Mount Weld, Australia Barat yang bakal diproses di kilang Lynas di Gebeng.

Apa pula kaitan pemprosesan emas menggunakan sianida di Bukit Koman dengan pemprosesan tanah jarang di kilang Lynas di Gebeng ini, tidaklah pula dapat diduga selain hanya untuk mempolitikkan keadaan khususnya menyemarakkan semangat penentangan terhadap projek Lynas ini dan secara tidak langsungnya, kerajaan.

Umum mungkin tidak menyedari betapa sejak Julai 2009 lagi, wakil-wakil rakyat daripada parti pemerintah dan pembangkang sama-sama mengikuti taklimat mengenai projek pemprosesan logam tanah jarang ini.

Taklimat pada 23 Julai, melibatkan 24 orang termasuklah keempat-empat wakil rakyat parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang meliputi dua masing-masing dari Pas dan DAP, serta ahli Parliman PKR dari Indera Mahkota dan ahli Parlimen Pas dari Hulu Langat.

Parlimen Kuantan yang wakil rakyatnya merupakan punca kepada bantahan projek Lynas ini sejak 2009, sekadar menghantar lima wakil termasuklah seorang doktor yang didakwa pernah merawat lapan pesakit leukemia kononnya akibat terkena pancaran radiasi dari kegiatan ARE di Bukit Merah.

Pada 29 Julai 2009 pula, satu taklimat khusus diberikan pula kepada 12 wakil rakyat serta kepemimpinan Pas negeri dan daerah ini yang turut termasuk wakil rakyat Pas dari Beserah dan wakil rakyat Pas Parlimen Hulu Langat.

Pada pertengahan taklimat itu, wakil rakyat Pas itu yang juga bekas pensyarah dalam bidang sains nuklear, dikatakan mengambil alih peranan bagi menerangkan lagi mengenai hal berkaitan radiasi.

Pada akhir sesi taklimat itulah, pemimpin tertinggi Pas negeri telah menemui serta berpesan kepada seorang pemimpin tertinggi Lynas agar menghubunginya jika timbul apa-apa masalah berkaitan dengan projek tersebut!

Sekiranya wakil-wakil rakyat ini ada bantahan sejak Julai 2009 lagi, kenapa mereka tidak turut melakukannya secara lantang pada lima sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang selepas taklimat Julai 2009 itu?

Kelima-lima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung pada Ogos (pada 17 Ogos sahaja) dan November (antara 13 dan 20 November) 2009; serta pada bulan April (antara 19 dan 28 April), Ogos (pada 9 Ogos sahaja) dan November (antara 22 dan 30 November) 2010.

Ekoran laporan New York Times mengenai kononnya bahaya projek Lynas bertarikh 8 Mac lepas (2011), yang disiarkan sepenuhnya pada 10 Mac oleh akhbar The Star dan diserabutkan lagi dengan kejadian gempa bumi disusuli tsunami hingga merosakkan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun pada 11 Mac; isu ini menjadi hangat semula.

Hanya selepas kira-kira dua tahun, barulah wakil-wakil rakyat ini bersuara lantang mempertikaikan ia pada persidangan DUN Pahang baru-baru ini yang berlangsung antara 11 dan 19 April lepas.

Maka benarlah kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa rakyat berasa terancam kerana pembinaan kilang tersebut telah disensasikan oleh pembangkang apabila dikaitkan dengan kesan kebocoran radiasi yang berlaku di Fukushima, Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.

Kini, yang terperangkap di tengah-tengah mainan politik pembangkang dalam isu Lynas ini ialah segelintir penduduk termasuk badan-badan bukan kerajaan khususnya yang menggelar diri sebagai penggerak Kempen 'Stop Lynas, Save Malaysia' yang diketuai oleh Vincent Jiam, seorang pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak.

Namun, selepas menyedari isu ini semakin dipolitikkan, segera pula penggerak kempen ini cuba menjarakkan diri daripada parti politik pembangkang dengan tindakan menggugurkan frasa 'Save Malaysia' tetapi kekal dengan 'Stop Lynas' sahaja.

Ini demi membezakan kempen mereka dengan kempen pembangkang yang menggunakan kedua-dua frasa berkenaan.

"Kami tidak tahu macam mana nak panggil media (untuk liputan) pada awalnya. Sebab itu kami perlukan parti pembangkang yang lebih tahu untuk menguruskan hal-hal ini," kata seorang ahli jawatankuasa Kempen 'Stop Lynas' itu semasa penulis temui secara kebetulan di premis perniagaannya baru-baru ini.

Masyarakat atau sekurang-kurangnya penggerak Kempen Stop Lynas mulai sedar tentang agenda politik pembangkang dalam isu Lynas ini. Langkah seterusnya dan terbaik adalah menyediakan medan perbincangan dan pertemuan yang selesa bagi penggerak kempen mendapatkan maklumat sahih daripada kerajaan khususnya pengurusan Lynas tentang butiran projeknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 20 May 2011 01:49 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Noor Jan jawab tuduhan

Posted:

Noor Jan jawab tuduhan

Noor Jan jawab tuduhan


RAJA NOOR JAN SHAH


KUALA LUMPUR – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Beliau dengan tegas menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Menurut Raja Noor Jan, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun, terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia

Posted:

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia


MUHYIDDIN bersama para pelajar sekolah pada pelancaran program Susu UHT 1Malaysia di Putrajaya tahun lalu.


BALING – Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu itu yang diimport dari Korea Selatan mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa diimport dari luar negara.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik di Pulai di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Posted:

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.

Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.

Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 20 May 2011 11:34 AM PDT

Utusan Online - Kota


Penduduk dakwa hak dirampas

Posted:

Penduduk dakwa hak dirampas

Penduduk dakwa hak dirampas

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusangroup.com.my


Padang permainan Taman Palm Grove kini semakin kecil selepas sebahagian daripadanya dikatakan diluluskan untuk pembinaan banglo mewah. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah


KLANG 19 Mei – Penduduk Taman Palm Grove di sini kecewa dengan tindakan Kerajaan Selangor yang didakwa 'merampas' hak rakyat dengan memberikan tapak padang permainan di kawasan perumahan itu kepada sebuah syarikat pemaju untuk membina 19 buah banglo mewah bernilai jutaan ringgit.

Tindakan tersebut menyebabkan padang untuk kegunaan awam itu semakin mengecil dan pada masa yang sama, tuntutan penduduk supaya diberikan padang permainan baru sebagai ganti tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Palm Grove Lama, R. Selvaraju, 53, berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan negeri kerana sudah jelas kawasan tersebut diwartakan sebagai padang permainan.

"Kami telah membuat aduan kepada kerajaan negeri dan telah dipanggil ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), namun sehingga kini tiada sebarang langkah penyelesaian yang diambil.

"Kita menuntut hak sebagai penduduk yang telah lama tinggal di kawasan ini dan berharap kerajaan negeri lebih prihatin dengan masalah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang penduduk, Raymond Tan, 39, pula mempersoalkan tindakan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang meluluskan projek perumahan banglo mewah tersebut di tapak yang merupakan padang permainan.

Dia juga membidas sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran yang juga Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahnya, projek banglo mewah tersebut juga didakwa telah menyebabkan penduduk menghadapi masalah tekanan air rendah sehingga menjejaskan keperluan harian kira-kira 500 unit rumah sedia ada di situ.

"Sejak berjaya menawan kerajaan negeri beberapa tahun lalu, wakil rakyat kawasan ini tidak pernah turun padang dan mengambil tahu masalah kami," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga gerai makanan, Samsudin Daud, 60, berkata, sebelum ini, dia berniaga di kawasan padang permainan tersebut, namun selepas projek itu berjalan pada 2009, gerainya terpaksa dipindahkan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pendapatannya merosot teruk dan nyaris gulung tikar sehingga terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu membayar wang ansuran kepada pihak bank.

"Selepas perniagaan di tempat baru gagal, saya terpaksa juga membuka gerai berdekatan dengan lokasi lama," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 30 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor ancam mogok

Posted:

Kontraktor ancam mogok

Kontraktor ancam mogok

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Sebahagian pekerja dan wakil syarikat kontraktor mengadakan bantahan secara aman terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor mahu menamatkan kontrak pembersihan di Kajang semalam.


KAJANG 19 Mei – Kesemua 118 kontraktor pembersihan di kawasan Hulu Langat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan mogok sekiranya kerajaan negeri Selangor tetap dengan keputusan mengambil alih peranan mereka.

Pengarah Konsortium Hulu Langat Jati Sdn. Bhd., Razali Nasir, 57, berkata, keputusan penamatan kontrak itu bukan sahaja menyebabkan lebih 2,000 orang pekerja akan kehilangan pekerjaan tetapi juga membunuh ekonomi hampir 90 peratus kaum bumiputera yang selama ini mencari rezeki menerusi kontrak tersebut.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan negeri diminta mempertimbangkan semula keputusan itu demi memastikan nasib dan masa depan mereka terbela.

"Sekiranya tindakan itu diteruskan ia hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, tetapi bukan kepada rakyat. Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan, sebaliknya lebih kepada kepentingan membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai sesi bantahan secara aman melibatkan lebih 50 wakil kontraktor pembersihan bagi daerah Hulu Langat dan pekerja mereka di sebuah hotel di sini hari ini

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan kerja-kerja pembersihan longkang, padang dan jalan raya di negeri ini diambil alih semula oleh PBT daripada Alam Flora Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Razali berkata, mereka berharap untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan isu tersebut.

Bagi Mohd. Zin Isa, 50, kesemua kontraktor terlibat bukanlah baru dalam bidang tersebut sebaliknya mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dan sekiranya tindakan itu benar-benar terjadi ia sudah tentu mendatangkan kerugian besar kepada mereka.

Menurutnya, apa yang dimaklumkan, pada 25 Mei ini, tender akan mula dibuka dan jika dihitung, hanya 50 peratus daripada 118 kontraktor boleh memohon dan hanya 10 peratus mempunyai peluang memperoleh tender tersebut.

"Setahu kami banyak kawasan baru dibuka di sini dan mengapa tidak tender itu dibuka kepada kontraktor baru dan mengekalkan kami sebagai kontraktor di kawasan sedia ada," ujarnya.

Pendapat Mohd. Zin turut dipersetujui Mohd. Rafik Maeni, 56, yang sudah hampir 18 tahun terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di daerah Hulu Langat.

"Sebagai kontraktor berpengalaman, kami memiliki segala kemudahan infrastruktur dan keupayaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 kes guna perisian haram

Posted:

6 kes guna perisian haram

6 kes guna perisian haram


Mohamad Mokhtar Yeop (dua dari kanan) berbincang dengan Roland Chan (kanan) selepas sidang akhbar mengenai kegiatan penggunaan perisian cetak rompak di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Mei - Bahagian Penguat Kuasa, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan berjaya menumpaskan enam kes membabitkan penggunaan perisian cetak rompak dengan nilai rampasan sebanyak RM847,000 bermula sejak awal tahun sehingga kini.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Mohamad Mokhtar Yeop, kesemua kes dilakukan oleh syarikat konsultan yang menggunakan perisian reka bentuk seperti Autodesk AutoCAD.

"Serbuan telah dibuat bersama pemilik hak cipta perisian, Business Software Alliance (BSA) di sekitar Damansara, Kuchai Lama, Bangsar, Sri Petaling dan Cheras.

"Terbaru, iaitu pada 10 Mei lalu, pihak berkuasa berjaya merampas lapan unit komputer yang didapati menyalin 36 perisian cetak rompak membabitkan rampasan bernilai RM224,000 di sebuah syarikat konsultan di Cheras.

"Ia diikuti rampasan kedua pada 18 Mei lalu di sebuah syarikat pembangunan laman-laman web di Kuchai Lama yang dikesan menyalin 50 perisian cetak rompak membabitkan rampasan bernilai RM159,400.

"Antara perisian yang dicetak rompak adalah Microsft Office, Microsoft Windows, Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adpbe InDesign, Autodesk 3ds Max, Autodesk AutoCAD dan Autodesk AutoCAD LT," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad Mokhtar berkata, siasatan dibuat terhadap pengarah dan pemilik syarikat berkenaan mengikut Seksyen 41(1)d Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun.

"Perisian AutoCAD yang asli boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit, dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap pengeluar perisian-perisian cetak rompak terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pemasaran BSA, Roland Chan berkata, Malaysia mencatatkan 56 peratus kes perisian cetak rompak membabitkan kerugian sebanyak RM1.8 bilion sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List