gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 11 May 2011 07:30 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Anak dan ibu bertemu setelah berpisah 60 tahun

Posted: 11 May 2011 05:09 AM PDT

GEORGE TOWN: Setelah seorang anak dan ibu terpisah antara dua benua selama lebih 60 tahun, mungkin apa yang terfikir dihati kita ialah adalah mustahil untuk bertemu semula antara satu sama lain lagi.

Namun pada sambutan Hari Ibu dua hari lepas sangat bermakna bagi seorang ibu Asabi Bakar, 76, apabila doanya selama lebih 60 tahun akhirnya termakbul apabila mendapat berita bahawa anak kandungnya Fatimah Beevi Mohamed Ishak, 64, akan bertemu dengannya hari ini setelah mereka terpisah selama 63 tahun.


Fatimah terpisah dengan ibunya ketika berusia setahun lebih apabila ayahnya seorang peniaga dari India membawanya ke India dan tinggal bersama datuk dan ibu tirinya di Nakkambadi, daerah Tanjavur.

Dalam pertemuan yang penuh emosi itu, Asabi berkata, pertemuan itu adalah bagaikan mimpi tetapi beliau selalu berdoa dan menangis terkenangkan anak sulungnya itu.


"Saya bersyukur, semua ini adalah kekuasaan Allah apabila hajat saya termakbul untuk berjumpa kembali anak saya ini sebelum meninggal dunia. Saya tidak sangka masih berpeluang memeluk dia walaupun setelah sekian lama,"katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Asam, Jelutong di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas ditemui lemas

Posted: 11 May 2011 04:06 AM PDT

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang, Teluk Intan, 100 km dari sini petang tadi.

Yap Tiong Choo, 68, ditemui terapung pada 3.30 petang tadi oleh angota Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang.


Beliau berkata kehilangan Yap yang berasal dari Kapar, Klang, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 12.20 tengah malam Isnin lepas setelah dia tidak pulang ke rumah.

Sebelum itu, keluarganya membuat laporan itu setelah mereka menemui kereta Yap di jambatan Sungai Bernam dan dia tiada di situ.


Goh berkata polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 11 May 2011 07:05 AM PDT

Kosmo Online


Warga emas lemas di Sungai Bernam

Posted:

Warga emas lemas di Sungai Bernam

Warga emas lemas di Sungai Bernam

11/05/2011 7:14pm

IPOH — Seorang lelaki warga emas ditemui mati lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang, Teluk Intan, 100 km dari sini petang tadi.

Yap Tiong Choo, 68, ditemui terapung pada 3.30 petang tadi oleh angota Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang.

Beliau berkata, kehilangan Tiong Choo yang berasal dari Kapar, Klang, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 12.20 tengah malam Isnin lepas setelah dia tidak pulang ke rumah.

Sebelum itu, keluarganya membuat laporan itu setelah mereka menemui kereta Tiong Choo di jambatan Sungai Bernam dan dia tiada di situ.

kok Liang berkata, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesron zon utara cari bakat OKU baru

Posted:

D5100 tidak perlu lagi Photoshop

PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Judi Bola: Polis minta bantuan FIFA

Posted:

Judi Bola: Polis minta bantuan FIFA

Judi Bola: Polis minta bantuan FIFA

11/05/2011 7:06pm

SHAH ALAM — Pihak polis mahu meminta bantuan perisikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung dakwaan wujud rangkaian sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan bola sepak yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin berkata, ia penting dilakukan bagi membolehkan polis menganalisa dan melancarkan operasi tertentu berhubung dakwaan tersebut.

"Kita mahu pasukan siasatan FIFA memberi maklumat risikan berhubung dakwaan rangkaian menetukan perlawanan beroperasi di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dilaporkan, Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton akan mengetuai pasukan siasatan ke Malaysia sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan lebih 300 perlawanan di tiga buah benua dipengaruhi sindiket mengatur perlawanan.

Mohd. Bakri berkata pihak polis akan menangani isu berkenaan kerana "kita tidak mahu memberi gambaran bahawa Malaysia merestui aktiviti demikian". — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 11 May 2011 03:44 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Acara dalam bahasa Melayu

Posted:

Acara dalam bahasa Melayu

Acara dalam bahasa Melayu

Oleh Rosni Hassan


Muhyiddin Yassin berbincang dengan Menteri Pelajaran Denmark Troels Lund Poulsen (kanan) sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME) kali ketiga di Axelborg Hall di sini semalam. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan). – BERNAMA


COPENHAGEN 10 Mei – Acara-acara antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia mungkin akan dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya pada masa akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau tidak nampak pelaksanaannya akan mendatangkan masalah besar jika segala kemudahan dan logistik yang diperlukan seperti menyediakan penterjemah dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sebagai contoh jelas beliau, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini menyampaikan ucapan dasar dalam bahasa Indonesia dan ia disiarkan oleh pihak media ke seluruh negara.

''Ia boleh dilakukan kerana di rantau ASEAN saja mungkin lebih separuh penduduk dapat memahami bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

''Begitupun jika ia hendak dilakukan, mesti ada persediaan seperti dari segi penterjemah dan sebagainya, itupun saya tidak fikir akan menjadi satu masalah besar," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai cadangan supaya Malaysia membantu menghantar tenaga pengajar untuk mengajar bahasa Melayu bagi anak-anak warga Malaysia yang berada di luar negara, Muhyiddin berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah Pelajaran dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memikirkan pendekatan terbaik bagi melaksanakannya.

''Mungkin kita boleh memberikan kursus kepada bakal tenaga pengajar yang ada di sini sebagai contoh dengan membawa mereka ke Malaysia atau kita menghantar tenaga pengajar Malaysia di kalangan guru mahir berbahasa Melayu ke sini," katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau memahami kebimbangan warga Malaysia di luar negara terhadap anak-anak mereka yang mungkin tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik apabila pulang ke tanah air kerana tidak berpeluang untuk mempelajari bahasa kebangsaan itu.

Sehubungan itu, jelas beliau, perkara tersebut akan dikaji terlebih dahulu bagi menentukan pendekatan yang paling sesuai untuk melaksanakannya dengan mengambil kira pelbagai aspek. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukar nama sekolah vokasional jadi kolej

Posted:

Tukar nama sekolah vokasional jadi kolej

Tukar nama sekolah vokasional jadi kolej

COPENHAGEN 10 Mei - Nama sekolah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Perubahan itu, jelas beliau, sedang dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kurikulum, tempoh pembelajaran di kolej serta kursus lanjutan yang boleh ditawarkan.

Menurutnya, ia dilakukan antara lain bagi menghapuskan tanggapan bahawa hanya pelajar yang tidak memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik akan disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

''Kebiasaannya pelajar akan disalurkan untuk mengambil bidang vokasional dan teknikal kalau mereka tak memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, maka itulah peluang mereka yang kedua, kalau tak ada peluang lain.

''Ini satu pendekatan yang tidak tepat kerana di negara maju sekalipun aspek vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan bidang akademik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, prestasi setiap pelajar akan dinilai dan jika di peringkat awal lagi seperti ketika di sekolah menengah rendah kecenderungan mereka adalah dalam hal yang tidak terlalu akademik, maka pelajar terbabit akan terus disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

Jelasnya, kalau pun tidak disalurkan ke sekolah vokasional sepenuhnya, mereka boleh mengikuti kursus pra vokasional dalam sistem pendidikan biasa supaya di peringkat awal lagi mereka dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati.

Ditanya kemungkinan kolej-kolej vokasional itu menjalin kerjasama dengan institusi lain, Muhyiddin berkata, ia boleh dilakukan dengan institusi pengajian di negara-negara maju termasuk Eropah menerusi pertukaran pelajar dan tenaga pengajar. - utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rapatkan jurang untuk tingkat kerjasama sektor industri - akademik

Posted:

Rapatkan jurang untuk tingkat kerjasama sektor industri - akademik

Rapatkan jurang untuk tingkat kerjasama sektor industri - akademik

COPENHAGEN 10 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor industri dan ahli akademik perlu mencari pendekatan sesuai untuk menentukan bentuk kerjasama yang boleh dijalin dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial dengan matlamat memastikan kedua-dua pihak mendapat faedah daripada kerjasama itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, bagi menjayakan kerjasama ini, kedua-dua pihak terlebih dahulu perlu mengurangkan jurang atau halangan yang dihadapi, memandangkan pihak industri dan akademik mempunyai keutamaan serta minat yang berbeza.

Dalam hal ini, jelas beliau, pihak universiti mengutamakan peranan institusi untuk mewujudkan pengetahuan baru dan usaha-usaha membangunkan bidang pendidikan, sedangkan pihak industri dan perniagaan lebih memfokuskan kepada mendapatkan pengetahuan untuk lebih berdaya saing.

''Sehubungan itu, adalah penting untuk pihak akademik dan industri mengurangkan halangan itu bagi mewujudkan kerjasama yang tulen dan dapat memberi faedah bersama dengan memfokus kepada soal kepercayaan dan memperluaskan interaksi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (Asem) ketika (ASEMME3) di sini hari ini.

Muhyiddin percaya, gabungan kerjasama pihak industri dan akademik boleh dibentuk, dikekalkan malah, dipertahankan sekiranya wujud budaya kerjasama yang antara lain memerlukan kedua-dua pihak saling memahami dan mempunyai komitmen yang jelas tentang usahasama yang dilakukan itu.

Selain itu, jelas beliau, perlu juga ada pengurusan yang mantap di pihak universiti, pemahaman yang jelas tentang objektif yang ingin dicapai dan matlamat kerjasama tersebut bagi kedua-dua pihak.

Dalam hubungan ini, jelas beliau, matlamatnya antara lain untuk membantu institusi pendidikan tinggi berkembang lebih maju bagi melahirkan modal insan yang bukan setakat dapat memenuhi tuntutan industri tetapi dapat membangunkan ilmu pengetahuan.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya memberitahu, ucapan beliau itu antara lain bagi menyatakan komitmen Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan lebih rapat dalam bidang pendidikan antara Asia dan Eropah.

''Saya percaya kita boleh menimba banyak pengalaman menerusi pencapaian negara-negara Eropah melalui perkongsian bijak dalam bidang pendidikan antara Timur dan Barat, pada Malaysia ia agak penting dan dalam beberapa hal kita telah mendepani kemajuan dalam bidang pendidikan," katanya.

Jelasnya, antara bidang yang Malaysia agak ke hadapan adalah dalam soal jaminan kualiti justeru ia boleh menjadi penghubung untuk membantu memajukan institusi pendidikan di negara yang sedang membangun terutama di kalangan negara-negara Islam.

Dalam konteks itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) jelas beliau, mungkin boleh berperanan bersama-sama dengan badan lain di peringkat Eropah untuk memajukan bidang tersebut dengan membantu proses mobiliti antara pelajar dan tenaga pengajar di benua Asia dan Eropah.

Selain itu, kata beliau, soal pembelajaran sepanjang hayat juga menjadi tumpuan dan dalam hal ini Malaysia sudah pun memulakannya melalui penubuhan kolej-kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 11 May 2011 03:21 AM PDT

Utusan Online - Selatan


13,000 panggilan 'main-main'

Posted:

13,000 panggilan 'main-main'

13,000 panggilan 'main-main'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersemangat melafazkan ikrar pada majlis sambutan Hari Anggota Bomba 2011 peringkat negeri di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 10 Mei - Sebanyak 13,000 panggilan 'main-main' telah diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri melalui talian kecemasan 994 sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Zainuddin Md. Alip berkata, panggilan itu bukannya panggilan palsu tetapi ia dibuat segelintir kanak-kanak nakal semata-mata untuk mengacau dan mengganggu jabatan penyelamat itu.

Menurutnya, angka panggilan itu dikumpul dari lapan balai bomba di seluruh negeri dan kebanyakan panggilan dibuat pada hari biasa iaitu antara pukul 7 pagi dan 5 petang.

"Secara purata, dalam sehari pihak bomba menerima 100 hingga 400 panggilan 'main-main' termasuk ada yang memarahi kami sebelum memutuskan panggilan.

"Apabila kami cuba mengesan pemanggil berdasarkan nombor yang tertera, ia adalah nombor pondok telefon awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Anggota Bomba 2011 peringat negeri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, perbuatan itu boleh menjejaskan tugasan harian anggota jabatan itu kerana ia secara tidak langsung menganggu kelancaran tugas pihak bomba.

"Sehubungan itu, saya berharap ibu bapa dapat menasihatkan anak mereka supaya tidak bermain dengan menelefon dan mengganggu operator bomba menerusi talian 994," tegasnya.

Terdahulu pada majlis sama, seramai 20 orang termasuk anggota dan petugas media negeri menerima sijil penghargaan kerana membantu meningkatkan imej jabatan berkenaan melalui laporan disiarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan mahu lebih banyak program belia

Posted:

Kerajaan mahu lebih banyak program belia

Kerajaan mahu lebih banyak program belia


Mohamad Hasan, meluangkan masa bersama sekumpulan kanak-kanak ketika beriadah di Kompleks Belia Paroi ketika hadir membuat lawatan sebagai tanda mula operasi Jabatan Belia Sukan Negeri di Kompleks Belia Paroi, seremban.


SEREMBAN 10 Mei - Kerjaan negeri meminta agar lebih banyak program serta platform pembangunan belia dijalankan secara berterusan di negeri ini ke arah memperkasakan modal insan yang bakal menjadi penentu masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjana lebih ramai belia yang lebih produktif, proaktif dan positif dalam membangunkan negara yang dicintai ini.

"Saya selaku pentadbir negeri ini mahu melihat isu dan hal ehwal belia ini diberikan penekanan kerana golongan ini merupakan kumpulan yang akan menentukan nasib dan masa depan negara.

"Jika mulai sekarang kita tidak mengambil langkah memperkembangkan belia, kita akan rugi nanti kerana satu hari nanti golongan ini tidak lagi dapat kita dekati," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Jabatan Belia dan Sukan negeri Bersama Menteri Besar di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir

Posted:

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir


Anak-Anak M. Sutha gembira menunjukkan sijil kelahiran masing-masing di Taman Bahau, Jempol, semalam.


JEMPOL 10 Mei - Hampir 11 tahun, seorang ibu lapan anak, M. Sutha, 30, hidup dalam keresahan. Ia gara-gara lima daripada anaknya yang berusia antara 6 dan 11 tahun tidak memiliki sijil kelahiran.

Lebih merumitkan lagi apabila Sutha sendiri tidak memiliki kad pengenalan dan hanya mempunyai sijil kelahiran sebagai pengenalan dirinya.

Namun semua kebimbangan itu telah berakhir apabila dia mampu mengukir senyuman selepas kerajaan menjalankan kempen 'my-daftar' baru-baru ini, di mana dia berpeluang membuat sijil kelahiran anaknya serta kad pengenalan untuk dirinya.

Ketua MIC bahagian Jempol, G. Rajan berkata, sebaik menerima maklumat, pihaknya terus merujuk kes Sutha ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan ini untuk tindakan lanjut.

"Selepas permohonan dibuat selama dua bulan, akhirnya lima orang anak Sutha ini mendapat sijil kelahiran.

"Sutha pula telah mendaftar untuk diberikan kad pengenalan diri," katanya di sini hari ini.

Tambah Rajan, perkara ini timbul apabila keluarga tersebut kurang mendapat maklumat mengenai keperluan sijil kelahiran ini, apatah lagi mereka melalui kehidupan yang sukar.

"Penting bagi setiap anak yang lahir mendapatkan sijil kelahiran ini bagi membuktikan mereka telah dilahirkan dalam negara ini, sekali gus menerima pelbagai faedah sebagai warganegara Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Sutha yang ditemui memberitahu, dia merasa terharu dan gembira selepas penantian sejak sekian lama untuk anak-anaknya memperoleh sijil kelahiran sudah berakhir.

''Anak saya tidak bersekolah dan saya pula sukar mendapatkan pekerjaan kerana tidak memiliki sijil ini dan kad pengenalan," ujarnya.

Sutha menambah selepas ini, kehidupan keluarganya akan berubah dan terima kasih kepada MIC kerana membantu menyelesaikan perkara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 11 May 2011 03:18 AM PDT

Utusan Online - Utara


MBI senarai hitam kontraktor

Posted:

MBI senarai hitam kontraktor

MBI senarai hitam kontraktor

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 10 Mei - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan teragak-agak menyenaraihitamkan kontraktor yang menjual projek kepada syarikat lain demi mengaut keuntungan singkat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim (gambar) berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana ia boleh menjejaskan perancangan membangunkan bandar raya ini.

"Saya memandang serius kegiatan menjual projek ini kerana ia boleh menjejaskan matlamat MBI untuk memastikan bandar raya Ipoh bersih, hijau dan membangun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Peranan dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Peraturan dan Prosedur Kerja di Tapak Bina anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan MBI di sini, hari ini.

Roshidi berkata, beliau ada menerima aduan mengenai tindakan segelintir kontraktor menjual projek demi mengaut keuntungan singkat.

Katanya, siasatan mendapati gejala tersebut berlaku di dalam semua bidang termasuk pembinaan dan memotong rumput.

Lebih mengejutkan tambahnya, ada sesetengah kontraktor tersebut tidak mengetahui lokasi sebenar projek yang hendak dijalankan itu.

"Oleh itu saya berharap pihak kontraktor tidak akan menyalahkan MBI atau agensi berkaitan jika mereka tidak diberikan projek pada masa akan datang, sebaliknya menyalahkan diri sendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook

Posted:

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook


Mohd. Johari Baharom bersama penerima-penerima Netbook menunjukkan tanda 1 Malaysia di Jitra, semalam.


KUBANG PASU 10 Mei - Sejumlah 4,600 unit komputer riba (Netbook) 1Malaysia diagihkan secara berperingkat kepada pelajar yang layak di Parlimen ini dalam usaha membantu mereka supaya celik teknologi maklumat (IT).

Netbook berkenaan yang disumbangkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pemberian komputer tersebut bertujuan mencapai matlamat kerajaan untuk meluaskan kadar penembusan akses jalur lebar di kalangan penduduk di negara ini, khususnya pelajar di kawasan luar bandar.

Katanya, ia juga diharapkan dapat merapatkan jurang digital serta komunikasi antara penduduk di kawasan bandar dan luar bandar dalam usaha membentuk masyarakat celik IT selaras dengan sasaran menuju ke arah negara maju.

"Penggunaan IT memudahkan pelbagai perkara termasuk memperoleh maklumat tanpa sempadan dengan cepat. Justeru itu, jika ia digunakan dengan penuh tanggungjawab, maka manfaatnya adalah besar," katanya pada Majlis Penyampaian Komputer 1Malaysia dibawah NBI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 990 unit Netbook berkenaan diberikan kepada pelajar yang layak dari lima buah sekolah iaitu SMK Hosba, SMK Bukit Kayu Hitam, SMK Bandar Baru Sintok, SMK Changlun dan SMK Pulau Nyiur.

Menurut Mohd. Johari, selain pemberian Netbook, kerajaan Persekutuan turut membelanjakan peruntukan wang yang besar demi membantu membangunkan bidang pendidikan di negara ini.

Umpamanya, kata beliau, kerajaan membelanjakan sejumlah RM4.3 juta untuk wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada 12,674 pelajar di Parlimen ini yang akan diagihkan selewat-selewatnya Jun ini.

Di samping itu, kata beliau, kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM948,000 sebagai sumbangan kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini dan memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta dalam Rancangan Makanan Tambahan kepada 3,598 pelajar di Parlimen ini.

"Ini tidak termasuk pelbagai sumbangan lain seperti buku teks, pemansuhan yuran peperiksaan, wang asrama dan pelbagai biasiswa dan dermasiswa yang diberi kerajaan dari awal persekolahan sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih dengan kerajaan yang ada pada masa sekarang. Bukan semua kerajaan di dunia boleh buat seperti kerajaan kita buat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Johari menyatakan kekecewaan beliau dengan sambutan dingin di kalangan ibu bapa terhadap program yang melibatkan kepentingan anak mereka di sekolah seperti majlis penyerahan komputer 1Malaysia tersebut.

Katanya, ibu bapa dan penjaga sepatutnya melibatkan diri secara bersama dalam program seumpama itu kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan bidang pendidikan terus berkembang maju.

"Penyertaan ibu bapa dan waris dapat membantu mereka mendapat maklumat berguna bagi kepentingan masa depan pelajaran anak-anak mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keluarga panik ular tedung masuk rumah

Posted:

Keluarga panik ular tedung masuk rumah

Keluarga panik ular tedung masuk rumah


Dua remaja, Hamdan Alias (kanan) dan Azli Azmi memegang bangkai ular tedung yang dibunuh di Kampung Banggol Chicar Kupang, Baling, baru-baru ini.


BALING 10 Mei - Tindakan pantas seorang anak berjaya menyelamatkan ibunya daripada dipatuk ular tedung senduk sepanjang kira-kira satu meter yang memasuki rumah mereka di Kampung Banggol Chicar Kupang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pukul 9.15 pagi ketika Robeah Md. Dom, 82, sedang mengemas di bahagian dapur rumah sebelum haiwan tersebut tiba-tiba muncul di hadapannya.

Robeah yang melihat haiwan itu mengembangkan kepala, menjerit meminta tolong anak bongsunya, Mohd. Nasri Abdul Rahman, 45, yang berada di luar rumah.

Menurut Mohd. Nasri, sebaik sahaja mendengar jeritan ibunya, dia segera ke dapur dan terus menarik Robeah.

"Saya memukul ular berkenaan menyebabkan reptilia tersebut mula bertindak lebih agresif. Pada masa sama, seorang jiran, Abdul Rahim Abdul Rahman, 47, datang membantu sebelum dapat membunuh ular tersebut.

"Inilah kejadian pertama kali rumah kami dimasuki ular yang dipercayai masuk melalui bilik air dan syukurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 11 May 2011 03:14 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


PAS disyor sertai UMNO demi kebaikan bangsa, negara

Posted: 11 May 2011 03:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan PAS menyertai Barisan Nasional (BN untuk kebaikan bangsa Melayu dan rakyat negara ini secara menyeluruh.

Polis mahu minta FIFA bantu kes tentukan keputusan perlawanan

Posted: 11 May 2011 02:59 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Polis mahu meminta bantuan perisikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung dakwaan wujud rangkaian sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan bola sepak yang turut membabitkan rakyat Malaysia.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, ia penting dilakukan bagi membolehkan polis menganalisis dan melancarkan operasi tertentu berhubung dakwaan terbabit.

"Kita mahu pasukan siasatan FIFA memberi maklumat risikan berhubung dakwaan rangkaian menetukan perlawanan beroperasi di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dilaporkan ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton akan mengetuai pasukan siasatan ke Malaysia sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan lebih 300 perlawanan di tiga buah benua dipengaruhi sindiket mengatur perlawanan.

Mohd Bakri berkata, polis akan menangani isu berkenaan kerana "kita tidak mahu memberi gambaran bahawa Malaysia merestui aktiviti demikian".

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, pasukan khas sedia bekerjasama dengan pasukan siasatan FIFA yang menyiasat dakwaan wujud rangkaian mengatur perlawanan yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Mohd Bakri berkata, polis meminta bantuan kedutaan Malaysia di Filipina untuk memantau kes seorang ahli perniagaan Malaysia yang dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Laporan media menyebut Nasaruddin Bensaidin, 38, ditahan oleh kira-kira 10 orang bersenjata Sabtu lalu di pulau Jolo, 1,000 kilometer dari selatan Manila.

"Kita berkerjasama dengan Interpol dan Asianapol berhubung kes ini dari semua aspek," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 11 May 2011 03:02 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Paksa telan heroin

Posted: 10 May 2011 11:41 AM PDT

SHAH ALAM: Taktik dua Awang Hitam menawarkan percutian percuma ke Macau, China kepada dua gadis berusia 21 tahun dengan hasrat menjadikan mangsa sebagai 'keldai dadah' tidak kesampaian apabila polis bertindak lebih awal menyerbu rumah suspek di Puchong, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata serbuan dilakukan pada 6 Mei lalu selepas pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan intipan kira-kira seminggu.


Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam ketulan kapsul dan dua peket plastik dipercayai mengandungi heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai RM28,000. Polis turut menemui satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai RM700.

Menurutnya, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu mendapati suspek iaitu dua lelaki warga Nigeria berusia 27 dan 28 tahun yang juga penuntut di kolej swasta mengurung mangsa selama beberapa jam sebelum merancang bertolak ke Macau, China, pada keesokan harinya.


"Berdasarkan siasatan suspek memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau.


"Dua wanita tempatan itu bertemu lelaki Nigeria terbabit melalui perkenalan di sebuah kedai makan sebelum bersetuju dengan pelawaan itu dan pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum kononya akan berlepas pada 7 Mei lalu. "Sebaik tiba di pangsapuri berkenaan kedua-dua wanita terbabit dipaksa menelan kapsul berisi dadah untuk diseludup ke China, namun disebabkan enggan melakukannya, mereka dikurung," katanya.

Nordin memberitahu mangsa dipaksa menelan enam kapsul yang dibalut dengan pita pelekat supaya tidak pecah, tetapi mangsa yang juga pelajar kolej swasta enggan menelan kapsul terbabit.


Beliau berkata, polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Nigeria terbabit di pangsapuri berkenaan pada hari sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaki menggigil teringat penyamun acu parang di leher

Posted: 10 May 2011 10:27 AM PDT

GOMBAK: "Sehingga kini kaki saya masih menggigil ketakutan dan terbayang kejadian diacu parang panjang di leher oleh empat penyamun yang memecah masuk rumah saya," kata mangsa, Mashuri Marwan, 52, selepas rumahnya disamun di Fasa 4 Taman Sri Gombak, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mashuri yang berbaring di ruang tamu bersama cucu lelaki berusia setahun tergamam apabila tiga lelaki tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya sebelum mengacukan parang panjang di lehernya.


Beliau berkata, dia yang terlelap seketika bersama cucu pada mulanya menyangka lelaki terbabit rakan anaknya kerana ketika itu, anak lelakinya baru pulang dari kerja dan berehat di luar rumah.

Menurutnya, bagaimanapun sangkaannya meleset apabila tiba-tiba mereka mengeluarkan parang panjang dan menyuruhnya diam jika tidak mahu diapa-apakan.


"Saya ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa dan berdoa supaya mereka tidak melakukan sesuatu kepada cucu saya yang tidur.


"Seorang daripada suspek yang berada di luar rumah menyuruh anak lelaki saya masuk ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Katanya, lebih menakutkan, mereka mengugut akan membunuh dia dan cucunya jika tidak bekerjasama, malah ketika kejadian seorang lagi cucu perempuannya yang berusia 5 tahun berada di dapur bersama isterinya.


"Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya hanya berdiam diri melihat rakan suspek yang lain pergi ke dapur dan menggeledah seluruh rumah.

"Mujur ketika kejadian cucu perempuan saya tidak menjerit sebaliknya seperti kebingungan melihat orang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. Mereka juga tidak mempedulikannya sebaliknya menggeledah seluruh rumah," katanya. Selain itu katanya, mereka sekeluarga juga gagal mengecam wajah suspek kerana semua mereka memakai topi keledar dan menutup muka dengan kain.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak selepas penyamun terbabit melarikan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 11 May 2011 01:33 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Cukai mungkin dikurangkan?

Posted:

Cukai mungkin dikurangkan?

Cukai mungkin dikurangkan?

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berjalan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.


PUTRAJAYA 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cukai pendapatan persendirian dan korporat mungkin boleh dikurangkan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu meneruskan Program Pendidikan Kesedaran Awam untuk mendidik masyarakat tentang manfaat yang bakal diperoleh menerusi GST.

''Kita perlu melihat penerimaan orang ramai terhadap GST dan kerajaan akan lakukan tinjauan yang tepat.

''Pengumuman mengenai pelaksanaannya akan dibuat apabila sampai masanya agar kadar ditetapkan boleh diterima rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diberitahu kemudian.

GST yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara ialah cukai penggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri turut menyarankan agar Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan cukai itu.

"Apabila rakyat sudah faham dan ada penerimaan, maka itulah masa yang paling sesuai untuk kita laksanakan GST. Saya akan umumkan apabila tiba masanya," kata Najib.

Beliau turut membayangkan bahawa orang ramai boleh menjangkakan berita baik pada belanjawan seterusnya kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

''Sebagai contoh apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi, ia tidak bermakna kami tidak mengutamakan rakyat sebaliknya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan pada masa akan datang," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amaran PM jika gugat keharmonian negara

Posted:

Amaran PM jika gugat keharmonian negara

Amaran PM jika gugat keharmonian negara

PUTRAJAYA 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya ada mana-mana pihak cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara.

Serentak itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan kestabilan di negara ini.

Menurutnya, ini kerana keamanan dan ketenteraman sudah sekian lama dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia tidak seharusnya diganggu-gugat.

''Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana, saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita.

''Kerajaan tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini.

Najib mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan para militan di negara ini.

Dakwaan tersebut dibuat ekoran briged tersebut diberikan latihan oleh Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bajet 2012 inklusif – PM

Posted:

Bajet 2012 inklusif – PM

Bajet 2012 inklusif – PM

PUTRAJAYA 10 Mei – Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini adalah inklusif dengan bertumpukan kepada rakyat serta meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan akan diberikan kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 untuk kesejahteraan rakyat.

''Usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar, atas faktor itu negara perlu berani berdepan dengan cabaran dan mengemukakan pelbagai kaedah ke arah pembaharuan dan penyelesaian.

''Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi satu kenyataan, kita perlu bangkit dan menyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," katanya semasa berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dua Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan amat komited dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik sekali gus menghapuskan kemiskinan tegar.

Majlis Konsultasi itu akan diguna untuk merangka Bajet 2012. Ia merupakan usaha penting kerajaan berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakyat.

Kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010.

Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MEB) untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang mampan menjelang 2020.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 11 May 2011 01:33 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Loji Lynas: Jangan buat bukan-bukan, polis bagi amaran

Posted: 11 May 2011 12:52 AM PDT

Pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

KUANTAN, 11 Mei — Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani berkata, ketika ini polis memantau setiap program bantahan, demonstrasi atau ceramah berhubung bantahan projek kilang berkenaan.

"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri bantahan, ceramah dan demonstrasi pihak-pihak tertentu di sekitar Kuantan sejak kebelakangan ini berhubung projek pembinaan kilang berkenaan.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia itu, di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom  dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Taib Mahmud cerai isteri talak satu

Posted: 11 May 2011 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Mahmud Abu Bekir membuat lafaz itu di hadapan Hakim Mohamad Abdullah, yang membenarkannya selepas berpuas hati bahawa tidak boleh menyelamatkan perkahwinan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 11 May 2011 01:29 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


'Pasar Indonesia, Pakistan'

Posted: 10 May 2011 02:29 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Tidak perlu mengunjungi Bandung di Indonesia atau Pakistan jika mahu membeli belah pakaian kerana Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, boleh menggambarkan suasana di negara berkenaan.

Bina benteng sebelum tengkujuh

Posted: 10 May 2011 02:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]DUNGUN: Pantai Teluk Lipat sebelum ini adalah lukisan alam yang pasti memukau setiap pengunjung ke daerah ini. Bagaimanapun, seperti kata pepatah, sekali air bah sekali pasir berubah, musim tengkujuh hujung tahun lalu mengubah rona indah di sini.

Utusan Online - Timur

Posted: 11 May 2011 01:24 AM PDT

Utusan Online - Timur


10 rumah rosak dipukul ribut

Posted:

10 rumah rosak dipukul ribut

10 rumah rosak dipukul ribut

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Wan Zatusy Wan Zain mengangkat kayu yang menghempap bahagian hadapan rumahnya di Kampung Pulau Belangga, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 10 Mei - Sejumlah 10 buah rumah di Kampung Pulau Belangga, Kota Jembal di sini rosak dilanda ribut dalam kejadian malam semalam.

Ketika kejadian pukul 9 malam, kebanyakan penduduk sedang berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dengan bunyi angin dan dentuman yang kuat.

Seorang penduduk, Wan Zatusy Wan Zaid, 29, berkata, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan dahan pokok cengal di hadapan rumahnya patah dan menghempap bumbung dan garajnya.

"Ketika kejadian emak saya sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama dua adik saya, tetapi syukur mereka bertiga tidak mengalami kecederaan, manakala saya sedang bekerja di Cherang.

"Kejadian itu juga menjejaskan sedikit persiapan saya untuk berkahwin pada 4 Jun ini kerana kos untuk baik-pulih dianggarkan RM20,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Zainun Ahmad, 60, pula berkata, dia nyaris dihempap serpihan bumbung akibat ribut berkenaan yang berlangsung lima minit.

"Saya terus ke dapur untuk menyelamatkan anak yang sedang mengandung enam bulan. Sebaik sahaja menyelamatkan dia, saya melihat pusingan angin menerbangkan bumbung rumah dan sebahagiannya jatuh betul-betul di sebelah saya.

"Alhamdulillah kami lapan beranak yang berada dalam rumah selamat," katanya yang memerlukan RM10,000 untuk membaiki kerosakan bumbung rumahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT

Posted:

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT


Salbiah Mat Isa terharu menerima sumbangan yang disampaikan oleh Mohd. Rozali Salleh (kanan) di Pusat Warga Emas, Kampung Gong Mak Som, Alor Lintah, Besut, baru-baru ini.


BESUT 10 Mei - Seorang ibu tunggal menitiskan air mata apabila kehidupannya dijengah oleh rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sempena Program Turun Padang jabatan itu di sini kelmarin.

Salbiah Mat Isa, 45, tenyata terharu dengan kehadiran rombongan pegawai JHEAT yang diketuai Pesuruhjayanya, Mohd. Rozali Salleh sambil bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Dia yang menghidap kencing manis dan penyakit buah pinggang tinggal bersama empat anaknya di Pusat Warga Emas, Kampung Gong Mak Som, Alor Lintah di sini dan kehidupan keluarga ditampung hasil pendapatan anak sulungnya yang bekerja sebagai pembantu kedai.

Sempena program dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Mak Som itu, Mohd. Razali bersama pegawainya turut menziarah keluarga yang menghuni pusat tersebut.

Sementara itu, Mohd. Rozali berkata, usaha itu merupakan pendekatan ke arah mendekati masyarakat sejajar dengan seruan pemimpin untuk lebih kerap menyelami kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Katanya, di setiap daerah, pegawai agama daerah akan memilih lokasi sesuai untuk menjalankan kerja amal seperti gotong-royong sambil menemui golongan kurang bernasib baik di samping membantu jika mereka berdepan dengan masalah tertentu.

Menurutnya, Besut merupakan daerah pertama JHEAT menjalankan program tersebut yang akan diikuti daerah lain selepas ini, dengan kerjasama pejabat agama daerah masing-masing.

"Pejabat agama daerah akan menjadi lokasi pertama dilawati diikuti dengan masjid sambil berjumpa dengan pihak pengurusan masjid termasuk imam dan bilal selain menjadi khatib tamu untuk membaca khutbah pada solat Jumaat," jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, JHEAT kini berusaha memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan masjid dengan setiap pejabat agama daerah akan memilih sebuah masjid di daerah masing-masing sebagai masjid angkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

Posted:

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

KUALA TERENGGANU 10 Mei - Kerajaan akan menghulurkan bantuan kira-kira RM33,000 bagi meringankan beban lapan sekeluarga yang hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Pengkalan Maras di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh berkata, peruntukan sebanyak 33,000 menerusi Tabung Darul Iman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu akan digunakan untuk membina rumah baru buat keluarga Zaidi Ismail, 47.

Menurutnya, pembinaan akan dimulakan selepas sisa kebakaran dibersihkan dan mangsa sekeluarga bakal menduduki rumah baru selewat-lewatnya tiga bulan lagi.

"Selain itu, kita turut membawa wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk melihat bantuan lain yang wajar diberikan," katanya kepada pemberita semasa melawat keluarga mangsa petang semalam.

Zaidi yang merupakan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu hanya mampu berputih mata apabila rumah dan harta bendanya musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 6.30 petang, Ahad lalu.

Rumah yang didiami mangsa bersama isteri, Rohani Omar, 41, dan enam anak dipercayai terbakar akibat litar pintas yang bermula dari bilik anak sulung pasangan itu.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Sementara itu, Zaidi yang masih terkejut dengan kejadian itu berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak yang segera tampil membantu meringankan bebanan yang sedang dihadapi mereka sekeluarga akibat kejadian itu.

"Namun, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga termasuk anak yang masih kecil selamat dan kebakaran itu tidak merebak ke rumah-rumah jiran berdekatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 11 May 2011 12:16 AM PDT

Berita Harian: Nasional


Majlis antarabangsa dalam bahasa Melayu

Posted: 10 May 2011 03:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ada kemungkinan besar acara antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada masa akan datang, dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Sekolah vokasional akan dinaik taraf jadi kolej

Posted: 10 May 2011 03:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MALAYSIA akan merombak sistem pendidikan teknikal dan vokasional, sekali gus mengubah nama sekolah vokasional kepada kolej vokasional, yang akan menawarkan diploma atau diploma lanjutan.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 10 May 2011 11:39 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Pelajar dipaksa jadi keldai dadah

Posted:

Pelajar dipaksa jadi keldai dadah

Pelajar dipaksa jadi keldai dadah

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 10 Mei - Meskipun sudah diberi peringatan berkali-kali, masih ada gadis di negara ini yang terus termakan pujuk rayu teman lelaki warga asing sehingga dijadikan keldai dadah.

Mangsa terbaru ialah dua pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Walaupun baru kenal sebulan tapi pelajar ini mudah terpengaruh dengan ganjaran tawaran percutian menarik ke China oleh dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan.

Kedua-dua pelajar berusia 21 tahun itu hanya sedar mereka diperalatkan apabila dipaksa menelan enam biji kapsul dadah heroin gred tinggi sebelum menaiki penerbangan ke China yang sepatutnya berlepas pada 7 Mei lalu.

Apabila enggan mengikut arahan, mereka dikurung di sebuah apartmen di Puchong, Petaling Jaya dekat sini.

Bagaimanapun, kecekapan polis berjaya menyelamatkan mereka daripada dipaksa menjadi keldai dadah oleh kedua-dua 'Awang hitam' yang juga pelajar IPTS di negara ini pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum penerbangan mereka berlepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, dua warga Nigeria terbabit serta wanita tempatan berkenaan turut diberkas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui enam biji kapsul dan dua peket plastik heroin gred tinggi seberat 0.372 kilogram bernilai RM28,000 dan ketulan mampat ganja seberat 0.07 kilogram (RM700).

"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa mengenali dua warga Nigeria terbabit di sebuah restoran di apartmen tempat kejadian sebulan lalu dan mereka belajar di kolej berlainan.

"Kita kini sedang menyiasat sama ada kedua-dua suspek pernah memperdaya pelajar lain sebelum ini," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Menurut Nordin, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 28 tahun kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua mangsa pula telah dihantar ke rumah masing-masing selepas diambil kenyataan.

"Polis nasihatkan wanita muda terutama pelajar agar tidak mudah terpedaya dengan hadiah, tawaran atau janji manis oleh warga asing kerana mereka mungkin berniat jahat untuk mempergunakan mereka menjadi keldai dadah," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua wanita Iran cuba seludup syabu

Posted:

Dua wanita Iran cuba seludup syabu

Dua wanita Iran cuba seludup syabu

SHAH ALAM 10 Mei – Dua beradik wanita warga Iran diberkas selepas didapati membawa empat kilogram syabu bernilai RM1 juta yang disembunyikan dalam bengkung semasa pemeriksaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Khamis lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 25 tahun ditahan di balai ketibaan terminal berkenaan sejurus tiba dengan penerbangan dari Tehran pukul 11.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kesemua dadah yang dirampas diisi dalam lapan peket plastik dan disembunyikan dalam bengkung berpoket yang dipakai kedua-dua suspek.

"Kedua-dua beradik itu memakai jubah pendek untuk mengelak dari disyaki. Bagaimanapun kelakuan mereka yang mencurigakan menyebabkan mereka diperiksa.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan peket syabu seberat empat kilogram disorok dalam bengkung yang dipakai mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 10 May 2011 11:33 PM PDT

Utusan Online - Politik


UMNO perlu mantapkan persiapan hadapi PRU Ke-13 - Najib

Posted:

UMNO perlu mantapkan persiapan hadapi PRU Ke-13 - Najib

UMNO perlu mantapkan persiapan hadapi PRU Ke-13 - Najib

KUALA LUMPUR 10 Mei — Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan disambut esok.

Perdana Menteri berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.

"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya.

Beliau berkata, anggota parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.

Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota UMNO silih berganti.

"Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya.

Najib berkata, dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi.

"Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya.

Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara, katanya.

"Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn (Jaafar), Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.

"Sementara kita semua menghargai jasa dan sumbangan para pejuang bangsa ini, pemimpin, ahli, dan penyokong UMNO perlu sedar bahawa segala jasa dan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara tidak menjamin kelangsungan sokongan rakyat kepada UMNO sebagai parti pemerintah di negara ini.

"Untuk itu kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat," katanya.

Najib berkata, UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

"Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa.

"Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, UMNO akan terus berjaya," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Anwar tak buat tidur saya tak jenera'

Posted:

'Anwar tak buat tidur saya tak jenera'

'Anwar tak buat tidur saya tak jenera'

PUTRAJAYA 10 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kata-kata kesat yang dilaporkan dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menyebabkan tidurnya tidak lena.

Beliau yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai mengamalkan politik tidak beretika sebaliknya yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Dalam hal ini, tegas beliau, perbezaan pendapat dalam politik seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

''Ini tak menyebabkan saya tidur tak jenera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya.

''Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai dan saya tak perlu buat ulasan lebih lanjut mengenainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri memberikan reaksi demikian ketika mengulas laporan termasuk portal berita Free Malaysia Today yang menyebut Anwar menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu dilaporkan menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 10 May 2011 11:28 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Penawar khusus dalam ayat suci

Posted:

Penawar khusus dalam ayat suci

Penawar khusus dalam ayat suci

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my



"SERATUS peratus menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Perubatan ini tidak menggunakan sebarang perantara seperti jin, syaitan, makhluk halus atau khadam," tegas lelaki berwajah serius di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor itu.

Namun, dia tenang dan mesra menerangkan konsep rawatan di premis yang dipenuhi orang ramai tersebut. Dalam pemerhatian Kosmo!, orang yang datang ke tempat itu sedang sabar menunggu giliran bertemu ahli terapi di pusat itu bagi sesi rawatan dan perubatan masing-masing.

"Ramai yang bertanya berkenaan hal-hal di sebalik cara rawatan. Sesungguhnya saya memang tidak berminat atau berhajat untuk berdamping dengan 'benda-benda' halus. Banyak masalah kalau berdamping dengan benda-benda yang ghaib ini," tegas Perunding Kesihatan dan Terapis yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid.

Menurutnya, dalam Islam, komponen yang paling penting untuk berubat cara Islam adalah dengan memanfaatkan ayat suci al-Quran yang disertai dengan doa.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Haji Lokman, 52, berkata rangkaian ayat al-Quran yang berbeza-beza boleh digunakan bagi mengubati jenis-jenis penyakit tertentu.

Sudah berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang rawatan Islam, Lokman mengakui tidak pernah berguru dan tidak ada orang yang mengajarnya. Katanya, ilmu perubatan itu dianugerahkan oleh Allah SWT kepada dirinya.

Di pusat rawatan itu, kehadiran ratusan pesakit dalam sehari adalah perkara biasa. Tanpa membuat temu janji lebih awal, mungkin seseorang pesakit perlu menunggu lama.

Lokman berkongsi cerita, ketika dia berusia 40 tahun, dirinya terdetik untuk mencari sesuatu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada ketika itu, dia banyak melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, solat tahajud, solat taubat, membaca al-Quran setiap hari dan sentiasa berzikir.

"Paling jelas, setiap kali saya balik dari menunaikan ibadah haji atau umrah, ada merasakan peningkatan di dalam diri saya dari segi keimanan dan ilmu perubatan ini," ujarnya jujur.

Jenis penyakit


JUMLAH pesakit yang berkunjung ke Al-Hidayah terlalu ramai pada hujung minggu hinggakan ada yang terpaksa pulang.


Menurut Lokman, di Al-Hidayah, para pesakit yang datang berjumpanya terdiri daripada 40 peratus pesakit kanser, 30 peratus sakit jantung, darah tinggi, urat saraf, sakit tulang belakang hepatitis dan 30 peratus yang mengalami gangguan sihir, santau rasuk, susuk serta saka.

Berdasarkan pengalaman bapa kepada lima orang anak itu, sesetengah pesakit yang datang tidak mengetahui penyakit yang dihidapi walaupun sudah menjalani rawatan di hospital. Hal itu memerlukannya mengenal pasti simptom penyakit menggunakan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadanya.

"Kalau di hospital, doktor akan kenal pasti dengan menggunakan mesin dan peralatan canggih yang lain. Saya tidak menafikan kebolehan alat itu. Tetapi kadangkala, ada sesetengah penyakit yang tidak boleh dikenal pasti menggunakan mesin," ujarnya yang memberi contoh sakit gangguan seperti sihir, iblis, jin atau lain-lain.

Bagi sakit fizikal pula, pesakit akan diperiksa dengan prosedur khas. Sekiranya pesakit itu menghidap barah, Lokman akan menerangkan kepada pesakit itu mengenai organ yang terjejas atau dijangkiti virus.

Sekali lagi menafikan penggunaan sebarang mantera, jampi serapah, tangkal mahupun buah limau seperti yang digunakan oleh bomoh atau dukun tertentu, anugerah yang dimilikinya itu adalah untuk membantu masalah kesihatan saudara seIslam yang meminta pertolongannya.

"Pernah juga pesakit bukan Islam datang berjumpa saya. Bukan tidak boleh, tetapi rawatan menjadi lebih mudah bagi pesakit Islam kerana mereka sendiri perlu membaca ayat al-Quran, memahami maksudnya, berdoa dan yakin kepada Allah.

"Mereka juga dinasihatkan untuk berwuduk, menutup aurat (bertelekung bagi pesakit wanita) dan ditemani ahli keluarga atau rakan.

Tambahnya, jika pesakit Islam itu tidak lancar membaca al-Quran, mereka boleh mengikut bacaan ibu, bapa, suami atau isteri dan juga melalui bantuan audio bacaan al-Quran.

Begitupun, para pesakit yang diberikan surah-surah untuk dibaca perlu membacanya dalam bahasa Arab. Jika membaca terjemahan ayat tersebut, ia tidak akan memberi kesan. Itulah kehebatan ayat al-Quran.

Lulusan University of New Haven, Connecticut dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) itu juga merendah diri dengan mengakui dirinya sekadar manusia biasa yang tidak mempunyai latar pendidikan dalam aliran keagamaan.

Lokman yang telah meninggalkan kerjaya selama 15 tahun di Suruhanjaya Sekuriti itu memberitahu, keikhlasan membantu orang yang memerlukan adalah sangat penting. Sama seperti orang lain, dia juga mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah.

"Biarlah amalan itu kecil dan sedikit. Paling mustahak adalah ia perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya sesekali atau mengikut mood," katanya yang sebelum ini hanya merawat pesakit pada waktu malam hingga menyebabkan dia perlu berjaga sehingga pukul 4 atau 5 pagi.

Transformasi diri


RUANG rawatan yang bersih, tersusun dan terbuka di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.


Dalam pada itu, tugas Lokman di pusat rawatan itu turut dibantu pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 30, dan Zulhaidi Ahmad, 38, yang telah dilatih menjadi perunding kesihatan dan juga pakar terapi.

Mengimbas kembali transformasi diri daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

"Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itu menjadikan saya lebih kuat dan lebih arif memikirkan antara perkara salah dan betul. Walaupun sebelum ini saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan tetapi hati saya terasa kosong.

"Sampailah saya berjumpa Lokman ketika menemani adik saya berubat di tempat ini. Dia yang menasihatkan saya mendekatkan diri dengan Tuhan dengan sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.

Menurut Ashraf, sekembalinya dari menunaikan umrah, dia berasa gembira dan tenang. Sejak itu dia mula dilatih untuk menjadi ahli terapi di Al-Hidayah.

Sementara itu, Zulhaidi pula sebelum ini, dia pernah membawa ayahnya, Ahmad Omar, 62, untuk berubat secara Islam selepas rawatan di hospital tidak lagi memberikan khabar gembira.

"Sejak 20 tahun lalu, ayah saya menghidap penyakit kencing manis. Kemudian selepas menjalani diagnosis susulan, buah pinggangnya pula didapati rosak. Jadi ayah perlu melakukan dialisis, tetapi doktor memberitahu proses itu boleh menjadikan jantungnya lemah. Jika diabaikan pula, buah pinggang akan bertambah rosak," ujarnya.

Bimbang berlaku rantaian komplikasi seterusnya, Zulhaidi membawa ayahnya bertemu Lokman.

"Selepas berjumpa dan mendapat rawatan menggunakan surah-surah khusus, keadaan ayah saya bertambah baik. Doktor di Institut Jantung Negara (IJN) juga terkejut apabila mendapati hasil ujian pemeriksaan kesihatan ayah menunjukkan dia semakin pulih," katanya yang nekad berhenti kerja sebagai Pengurus Senior bahagian teknologi maklumat (ICT) di sebuah syarikat swasta untuk berkhidmat di klinik Lokman.

Lulusan Teknologi Maklumat dari Universiti of Rhode Island, Amerika Syarikat itu kemudiannya mendalami ilmu agama dan berkhidmat bersama Lokman demi membantu merawat saudara Islam yang lain.

"Asalnya saya pun tidak lancar membaca Al-Quran dan tidak mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai kandungannya, tetapi Alhamdullillah selepas belajar dengan ayah saya dan Lokman, saya kini boleh membantu orang lain," katanya yang mengakui kehidupannya kini lebih tenteram.

Tempat terbuka


AYAT-AYAT al-Quran mempunyai 'khasiat' istimewa dalam penyembuhan penyakit.


Dalam pada itu, menurut pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, cara perubatan Islam yang sebenar seharusnya menggunakan ayat al-Quran sepenuhnya serta bahan-bahan yang tidak syirik seperti akar kayu dan buah-buahan daripada kayu seperti habatus sawda.

Tambah beliau, penggunaan bunga dan limau nipis juga tidak salah sekiranya ia diperlukan untuk sesetengah jenis penyakit.

Walau bagaimanapun beliau berkata, penggunaan bahan tersebut hanya sebagai sampingan kerana ayat al-Quran yang telah diturunkan Allah SWT dalam kitab suci adalah penawar terbaik.

Selain itu, rawatan yang dilakukan itu mestilah di tempat terbuka dan di hadapan orang ramai untuk mengelakkan timbulnya fitnah atau syak wasangka.

Mohd. Daud turut menerangkan bahawa ahli terapi cara Islam juga dibolehkan memegang pesakit bagi sesetengah penyakit yang memerlukan sentuhan seperti untuk mengenal pasti penyakit atau dirasuk jin. Dalam kes seperti itu, ahli terapi perlu memegang pesakit untuk menarik jin itu keluar tetapi dengan izin muhrim bagi pesakit perempuan.

Terang Mohd. Daud, firman Allah dalam surah al-Isra ayat 84 hingga 88 memberi maksud bahawa al-Quran bukanlah sekadar petunjuk dalam merencanakan kehidupan yang diredai malah turut menjadi penyembuh pelbagai penyakit manusia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 10 May 2011 07:20 PM PDT

Utusan Online - Pahang


RM1.2j bantu keluarga miskin

Posted:

RM1.2j bantu keluarga miskin

RM1.2j bantu keluarga miskin


MOHAMAD Shahrom Osman (dua dari kiri) bersama M. Halimee Mohmad (kanan) menyaksikan peralatan pertanian selepas majlis Penyerahan Input dan Peralatan Program Azam Tani di Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 10 Mei - Kerajaan memperuntukkan RM1.2 juta untuk membantu seramai 123 keluarga miskin tegar menerusi program Azam Tani di daerah ini pada tahun ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, daripada jumlah itu, 85 penerima terdiri daripada kategori miskin manakala selebihnya miskin tegar.

"Peruntukan fasa pertama ini disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Dana ini untuk membantu keluarga miskin berpendapatan bulanan bawah RM830 dan miskin tegar berpendapatan bawah RM520 sebulan yang dipilih menyertai program Azam Tani bagi meningkatkan pendapatan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Input dan Peralatan Program Azam Tani di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Pertanian Kuala Lipis, M. Halimee Mohmad; Pegawai Agama Islam Lipis, Mohd. Fadzli Mat Saman dan Pegawai RISDA daerah, M. Azmi Mohamad.

Menurut Mohamad Shahrom, objektif program berkenaan untuk membantu keluarga terbabit menerusi sektor pertanian, penternakan, perikanan, usahawan kecil dan penghasilan produk industri asas tani.

Menerusi program itu, jelasnya, setiap keluarga miskin yang tersenarai dalam e-Kasih berpeluang meningkatkan pendapatan isi rumah sekali gus mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan.

Justeru itu katanya, setiap peserta akan dibantu berdasarkan minat dan kemahiran mereka menerusi empat komponen yang terdapat dalam program Azam Tani.

Sementara itu, Halimee berkata, seramai 18 peserta terbabit dengan kegiatan pertanian manakala 13 lagi memilih untuk melaksanakan bidang penternakan.

"Sebanyak RM310,000 diperuntukkan bagi menyediakan peralatan pertanian dengan setiap peserta program menerima bantuan bernilai RM10,000," katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap penerima bantuan dapat memanfaatkan peralatan berkenaan dengan sebaik-baiknya terutama bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri merealisasikan kemiskinan sifar pada tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADap tingkat penguasaan subjek

Posted:

ADap tingkat penguasaan subjek

ADap tingkat penguasaan subjek


Mohd. Padil Osman (duduk, lima dari kanan) bersama pelajar dan guru di Bera, kelmarin.


BERA 10 Mei - Sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam akhbar Utusan Malaysia amat berguna kepada pelajar terutama sebagai rujukan dan ulang kaji bagi meningkatkan penguasaan subjek Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman berkata, sisipan ADaP juga dapat membantu guru meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Katanya, persembahan ADaP yang berkualiti mampu menarik minat dan memudahkan pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran.

"Saya menaja 4,000 naskah akhbar ini untuk pelajar di lapan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di DUN Kemayan kerana saya dapati kandungan ADaP boleh membantu pelajar menguasai mata pelajaran berkenaan dengan berkesan.

"Saya harap guru dapat memanfaatkan ADaP bagi membantu melahirkan pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia," kata Mohd. Padil.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penyerahan cek penajaan Utusan Malaysia dan menutup Bengkel Puisi Tradisional di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera, di sini, semalam.

Bengkel dikendalikan penggiat seni tempatan, Roslan Madun, dihadiri 80 pelajar dan guru dari sekolah menengah di sini.

Hadir sama Pegawai PPD Bera, Ramli Awang.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Padil berkata, novel Interlok menjadi mangsa eksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan politik sempit kerana rakyat negara ini tidak memahami fungsi dan peranan sastera.

Katanya, Interlok tidak menghina sesiapa terutama kaum India tetapi ia digarap agar para pembaca menghargai perpaduan yang wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati para pelajar supaya menghayati pelajaran Sastera kerana ia mampu mendidik mereka menjadi pelajar dan warganegara yang mempunyai integriti dan jati diri.

"Sastera tidak hanya boleh dilihat sebagai mata pelajaran untuk lulus peperiksaan semata-mata kerana ia memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk jati diri pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayar cukai tanah pada Sabtu, Ahad sepanjang Mei

Posted:

Bayar cukai tanah pada Sabtu, Ahad sepanjang Mei

Bayar cukai tanah pada Sabtu, Ahad sepanjang Mei

TEMERLOH 10 Mei - Orang ramai yang tidak sempat membayar cukai tanah pada hari biasa kini boleh berbuat demikian pada hari Sabtu dan Ahad di Pejabat Tanah Daerah (PTD) di sini, sepanjang bulan ini.

Penolong Pegawai Daerah (Unit Hasil dan Kuat Kuasa), Fauzi Jaafar berkata, PTD Temerloh mengambil inisiatif membuka kaunter bayaran bersepadu pada Sabtu dan Ahad supaya pemilik tanah dapat membuat bayaran dengan mudah.

Menurutnya, ada pemilik tanah yang tidak dapat membuat bayaran pada hari biasa kerana tinggal jauh dari bandar ini.

"Apabila kaunter bayaran dibuka pada Sabtu dan Ahad, tidak ada lagi alasan mereka gagal berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fauzi berkata, kaunter bayaran yang dibuka pada Sabtu dan Ahad juga tidak sesak seperti hari biasa dan ia memudahkan orang ramai berurusan.

Beliau berkata, dua Pembantu Tadbir Kewangan dan beliau sendiri akan berurusan dengan pelanggan di kaunter pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurutnya, bayaran hasil tanah yang bermula pada 1 Januari, akan berakhir pada 31 Mei ini dan dengan inisiatif PTD, kaunter dibuka selama tujuh hari seminggu sepanjang bulan ini.

Bagaimanapun katanya, kaunter bayaran hasil pada Sabtu dan Ahad hanya dibuka pada pukul 9 pagi dan berakhir 3 petang berbanding hari biasa dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau mengingatkan, mereka yang gagal membuat bayaran hasil tanah boleh dikenakan tindakan denda tunggakan di bawah Kanun Tanah Negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Fauzi memberitahu, Unit Hasil PTD Temerloh telah berpindah ke bangunan baru bersebelahan pejabat lama dan semua bayaran boleh dibuat di kaunter bersepadu.

Sementara itu, seorang pembayar cukai, Muhamad Sabaruddin Abdul Hamid, 39, berkata, kaunter bayaran yang dibuka pada Sabtu dan Ahad sangat memudahkan urusannya.

"Inisiatif yang dilakukan PTD Temerloh ini sepatutnya dicontohi semua PTD di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 10 May 2011 07:09 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Faktor bunuh diri lebih kuat

Posted:

Faktor bunuh diri lebih kuat

Faktor bunuh diri lebih kuat

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mei - Dua pakar psikiatri, Dr. Ba'diah Yahya dan Dr. Norhayati Ali berpendapat bahawa kemungkinan untuk Teoh Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14, Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 lebih kuat berbanding faktor-faktor penyebab kematian lain.

Berdasarkan laporan yang disediakan kedua-dua pakar itu, mereka menyimpulkan demikian selepas mengambil kira semua perkara termasuk ketiadaan tanda-tanda pergelutan, kesan darah dan senjata serta keadaan tingkap yang terbuka luas dengan kesan-kesan comot dan berminyak padanya.

Walaupun Beng Hock mempunyai emosi yang stabil serta sihat tubuh badan, mereka berpendapat setiausaha politik Exco Selangor itu mengalami dua peristiwa besar pada Julai 2009 yang menyebabkan dia lebih tertekan dan sekali gus menunjukkan keadaan mindanya ketika itu.

Peristiwa tersebut ialah tunangnya, Soh Cher Wei disahkan hamil pada 3 atau 4 Julai yang menyebabkan tarikh perkahwinan dipercepatkan kepada 3 Oktober 2009 serta kesibukan membuat persiapan perkahwinan dua minggu sebelum menemui ajal.

Begitu juga siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang turut menimbulkan kebimbangan apabila Beng Hock dilihat bertindak memberi peringatan kepada tujuh ADUN dalam tempoh yang sama.

Ba'diah yang turut memberi keterangan pada prosiding hari ini bagi menjelaskan beberapa isu dalam laporannya juga berpendapat, sebanyak 27 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan yang dibuat oleh Beng Hock antara pukul 3.35 dan 6.15 petang, 15 Julai 2009 iaitu ketika pegawai SPRM membuat siasatan di pejabatnya menunjukkan dia berada dalam keadaan tertekan dan terdesak.

"Beng Hock juga keberatan untuk meninggalkan pejabat SPRM kerana tidak mahu mengambil dokumen yang diminta serta tidak mahu berhadapan dengan ketuanya sebab dia seorang yang suka membantu, menyelesaikan masalah selain setia kepada ketua dan organisasi.

"Beng Hock dilihat cemas berdasarkan corak panggilan yang dibuat. Beliau juga berubah sikap semasa di pejabat SPRM apabila berjalan mundar-mandir, tunduk ke bawah, banyak berfikir serta menyesal menyerahkan komputer ribanya kepada SPRM," jelas beliau.

Laporan kedua-dua pakar psikiatri itu bagaimanapun turut menyatakan Beng Hock mempunyai faktor-faktor yang menghalang dia membunuh diri walaupun mereka tidak berhak untuk menyatakan dia mungkin ditolak atau diheret ke tingkap kerana tiada bukti sedemikian.

Sementara itu, seorang lagi pakar psikiatri forensik, Profesor Paul E Mullen yang dilantik oleh Majlis Peguam Malaysia pula berpendapat, personaliti dan sikap Beng Hock tidak menunjukkan dia seorang yang berisiko atau cenderung untuk membunuh diri.

"Saya berpendapat, sebelum ditahan, Beng Hock berada dalam kumpulan berisiko rendah untuk membunuh diri. Sekiranya dia membunuh diri, bagi saya beberapa perkara mungkin timbul sehingga mengganggu kestabilan psikologinya serta menakutkannya sehingga menyebabkan kematian.

"Sekiranya ia dapat membantu suruhanjaya, saya boleh memberi nasihat bagi mengurangkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri dalam tahanan. Perkara pertama adalah memastikan pihak berkuasa tidak melakukan tindakan yang mendorong seseorang membunuh diri," katanya dalam laporan beliau.

Ba'diah bertugas sebagai Perunding Psikiatri Forensik di Hospital Permai Johor Bahru manakala Norhayati dari Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri Hospital Selayang. Mullen pula merupakan profesor pelawat di Institut Psikiatri, London.

Mereka sebelum ini menemubual ahli keluarga Beng Hock serta beberapa rakan sekerja termasuk ketuanya, Ean Yong Hian Wah selain berpeluang meneliti pelbagai dokumen berkaitan seperti kenyataan Beng Hock, laporan bedah siasat termasuk lawatan ke tempat kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Prosiding suruhanjaya siasat kematian Beng Hock berakhir

Posted:

Prosiding suruhanjaya siasat kematian Beng Hock berakhir

Prosiding suruhanjaya siasat kematian Beng Hock berakhir

KUALA LUMPUR 10 Mei - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang bersidang di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari lalu berakhir hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengumumkan demikian selepas saksi ke-70, pakar psikiatri forensik, Dr. Ba'diah Yahya dari Hospital Permai Johor Bahru selesai memberi keterangan pada pukul 5.30 petang.

Pada prosiding hari ini, beliau turut menetapkan 25 Mei ini untuk semua pihak termasuk peguam yang mewakili Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hujahan bertulis masing-masing.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya pula akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 24 Jun ini.

Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan mengakhiri prosiding hari ini dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk para petugas media yang disifatkan telah membuat laporan yang tepat sepanjang prosiding berlangsung.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka.

Sepanjang prosiding yang bersidang selama 60 hari itu, seramai 70 saksi telah memberi keterangan termasuk mereka yang tidak dipanggil pada prosiding inkues seperti tunang Beng Hock, Soh Cher Wei; Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan dan semua pegawai SPRM Selangor yang bertugas pada malam 16 Julai 2009.

Prosiding suruhanjaya dibantu oleh tiga pegawai pengendali iaitu Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Amarjeet Singh, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa.

Majlis Peguam turut menghantar beberapa peguam iaitu Christopher Leong, Cheow Wee dan Edmund Bon manakala SPRM diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Selain Cheng Yuen, panel suruhanjaya itu dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Suruhanjaya turut melantik penyiasat persendirian warga Britain, Michael Leslie Squires yang membawa kepada beberapa pendedahan baru seperti kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) pegawai-pegawai SPRM, maklumat dari komputer mereka serta ketiadaan bukti menunjukkan Beng Hock akan mendaftarkan perkahwinan sehari selepas dia ditemui mati.

Suruhanjaya juga berjaya membongkar beberapa isu seperti penggunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F oleh kontraktor yang mempunyai kaitan dengan DAP bagi mendapatkan projek- projek kecil di bawah peruntukan ADUN Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 10 May 2011 03:08 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Cabaran UMNO seterusnya

Posted:

Cabaran UMNO seterusnya

Cabaran UMNO seterusnya

PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia


Potret Presiden UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 hingga sekarang. UMNO kini berusia 65 tahun sudah tentu banyak cabaran dan kejayaan diharungi oleh barisan kepimpinannya.


ABAD ke-18 hingga 20, adalah era Barat menghancurkan negara-negara empayar di Eropah seperti Prussia, Timur Tengah, empayar Otthoman Turki iaitu empayar Islam terakhir. Sebelum itu, dalam abad ke-15, Empayar Melayu Melaka di Nusantara dan Empayar Islam di Andalusia (Eropah) ditumpaskan.

Sejak abad ke-19, lahirlah nation states atau negara bangsa seperti Iraq, Syria, Lebanon, India, Pakistan, Arab Saudi, Malaya, Indonesia, Singapura, Australia, Kanada dan lain-lain. Agenda Barat mewujudkan negara bangsa diteruskan dengan menciptakan teori pemerintahan "demokrasi" daripada falsafah Yunani dan Rom untuk diterapkan di negara-negara bangsa yang baru muncul itu.

Tanah Melayu tidak terkecuali mengalami proses penjajahan dan proses menerima konsep sistem politik demokrasi Barat tersebut.

Di situlah, UMNO yang kini berusia 65 tahun sempena 11 Mei 2011 hari ini, muncul di tengah-tengah perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan British!

UMNO berjuang di tengah-tengah masyarakat majmuk ciptaan British semasa menduduki negara ini lebih 120 tahun lalu.

Apabila konsep negara bangsa itu diperkenalkan, kebanyakan negara di dunia baik Asia, Eropah, Amerika atau Australia, majoriti penduduk negara-negara itu adalah satu bangsa, kaum dan budaya yang sama, malah agama.

Hal ini unik bagi Malaysia, yang mempunyai jumlah penduduk bukan Melayu hampir sama jumlahnya dengan kaum pribumi dan berbeza agama, budaya dan bahasa.

Sistem politik demokrasi Barat itu semacam dipaksa untuk dipraktikkan di semua negara bangsa yang dimerdekakan itu, termasuk Malaysia!

Apabila Perang Dunia Kedua dan Perang Jepun tamat pada 1945, di situlah peranan UMNO yang berjaya menyatukan orang Melayu yang sebelum ini berpuak-puak dan pelbagai fahaman ke dalam satu wadah politik Melayu UMNO, yang mana semua penduduk Melayu yang beragama Islam berada di bawah UMNO ketika menentang Malayan Union 1946.

Ketika itu, UMNO dianggap parti sederhana yang berslogan "untuk bangsa, agama dan negara" berbanding parti-parti politik lain seperti Hisbul Muslimin, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya yang dianggap British sebagai parti kiri, radikal dan revolusioner dan tentunya dihapuskan daripada bergerak dalam politik.

Dalam keadaan serba kekurangan, menjelang 1957, orang Melayu melalui UMNO mengajak parti-parti kaum Cina (MCA) dan India (MIC) untuk berkongsi kuasa dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

British memberikan kemerdekaan atas dasar Perikatan yang dipimpin UMNO yang tentunya banyak mengorbankan hak Melayu sendiri sebagai pribumi negara ini dan menerima perlembagaan baru bagi Tanah Melayu merdeka yang memberi kewarganegaraan dan hak yang sama kepada Cina dan India (kerana British bertanggungjawab membawa Cina dan India ke Tanah Melayu, dan mereka tidak mahu pulang ke negara asal - ini menggusarkan British), dengan beberapa syarat dipersetujui bersama dalam suatu kontrak sosial oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Ketika itu, UMNO, MCA dan MIC dianggap mewakili kaum masing-masing berdepan dengan pihak British menuntut kemerdekaan.

Pemimpin Perikatan tidaklah menyangka sama sekali akan wujud parti-parti pembangkang yang agak kuat daripada orang Melayu (Pas), Cina (DAP) dan kini ditambah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggugat Barisan Nasional (BN).

Kerajaan pula ketika itu membenarkan kewujudan parti berlainan ideologi dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara atas dasar "kebebasan bersuara" dan "acuan Barat" tersebut!

Sebenarnya, semacam satu kemujuran sejarah, di mana UMNO berada dalam suasana orang Melayu terpaksa menyokong parti itu, kerana orang Melayu semacam tidak ada banyak pilihan untuk memilih parti yang boleh mewakili dan memperjuangkan kepentingan mereka. Sedangkan di negara-negara lain, rakyat bebas memilih mana parti yang mereka suka kerana penduduknya tidak bersifat majmuk seperti di Malaysia!

Inilah dilema Melayu! Dalam keadaan kemajmukan itu, jika orang Melayu beralih daripada UMNO kepada parti lain, yang terjadi parti itu tidak dapat mempertahankan kekuasaan politik terus berada di tangan orang Melayu. Jika pun berada di tangan Melayu seperti di Perak, ia hanya dianggap "boneka" kepada pembangkang seperti DAP, kerana undi Melayu berpecah! Jika berlaku di peringkat nasional seperti di Perak, sukar diramalkan apa akan berlaku!

Namun, dalam pada orang Melayu tidak banyak pilihan dalam berpolitik, parti UMNO/ BN meneruskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera dan rakyat umumnya dan pencapaiannya tidak boleh dinafikan.

Pencapaian ekonomi bukan Melayu juga melonjak naik dari dahulu hingga kini. Itulah Malaysia, politiknya berasaskan kaum, tetapi ekonominya hebat!

UMNO dan Perikatan memenangi kesemua pilihan raya umum (PRU) yang diadakan sejak 1955 hingga PRU 2008.

Dalam meniti era pembangunan, memang terdapat pasang surut dalam perjuangan parti tersebut. Peristiwa paling mengecewakan adalah PRU 1969, di mana UMNO menghadapi kemerosotan undi daripada orang Melayu dan bukan Melayu dengan Perikatan mendapat 76 kerusi Parlimen, pembangkang 37 kerusi; dan berlaku sekali lagi pada PRU 2008 di mana BN hanya mendapat 142 kerusi, pembangkang 80 kerusi.

UMNO yang hampir patah sayap, tetap bertongkatkan paroh, terus menerajui negara sehingga pada 1 Januari 1973, UMNO dan Pas menubuhkan kerajaan campuran.

Saat yang paling manis ini memperlihatkan kedua-dua parti Melayu itu, satu nasionalis (UMNO), dan yang satu lagi Islamis (Pas) bersatu dan membentuk sebuah kerajaan campuran. Perkahwinan Pas -UMNO tidak lama, pada 1977 berakhir dengan perceraian "talak" tiga! Masing-masing mencari haluan sendiri.

Dalam keadaan politik pasang surut, UMNO berjaya mengatasinya dengan pelbagai pendekatan. Misalnya pada 1946, UMNO di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar berjaya menyatukan orang Melayu dengan "Hidup Melayu." Tahun 1957 Tunku membawa wadah "Merdeka." Tahun 1963 Tunku membawa Gagasan Malaysia dan berjaya menghadapi "Konfrontasi Indonesia." Tahun 1969 - UMNO menghadapi pergaduhan kaum tetapi berjaya memulihkan keadaan dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Tahun 1970, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Pada 1973 UMNO dan Pas bergabung mewujudkan kerajaan campuran. Pada 1987, Tengku Razaleigh menentang Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan UMNO diharamkan pada 12 Februari 1988. Pada 14 Februari 1988 UMNO Baru diwujudkan sebagai wadah baru UMNO. Diikuti dengan penubuhan Semangat 46.

Pada 1996 Semangat 46 diserap semula ke dalam UMNO. Pada 1998/1999 sebahagian ahli UMNO keluar mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli UMNO kerana dituduh hendak menjatuhkan kepimpinan Dr. Mahathir dan menubuhkan PKR.

Pada PRU 2008, UMNO mengalami kekalahan yang teruk di mana lima buah negeri ditawan oleh pakatan pembangkang.

Cabaran UMNO kini sangat berat. Yang mendatang belum tahu! Antaranya, DAP tidak hanya menentang UMNO/BN tetapi menentang sebahagian besar kandungan Perlembagaan! Pengundi Cina mula berpaling daripada menyokong MCA dan Gerakan.

Penulis hanya melontarkan persoalan, apakah UMNO sekali lagi terpaksa mengorbankan hak-hak Melayu demi hendak memperoleh sokongan kepada BN dan melayan tuntutan golongan ini?

Ketiga, Pas sukar diajak berunding seperti era kerajaan campuran UMNO-Pas dahulu. UMNO masih menganggap dengan kerjasama Pas, masalah perpecahan sesama Melayu boleh diredakan. Pas memang dikenang banyak memberi sumbangan kepada negara semasa di bawah kepimpinan Datuk Asri Muda. Antaranya, menyokong gagasan Malaysia, menyokong ISA, menyokong Singapura keluar dari Malaysia dan tentunya semasa Pas berada di dalam kerajaan campuran 1973-1977 dahulu.

Atas dasar itulah UMNO tidak berhenti mengundang Pas untuk berunding ke arah penyatuan Melayu! Masalahnya, Pas dahulu macam benang, sekarang sudah menjadi kain. Dahulu ideologi Islam Pas lain dengan ideologi Islam Pas sekarang. Pas kini mirip fahaman pemerintahan ulama ala-Iran.

Lagi pun Pas sudah mendapat rakan baru iaitu DAP dan PKR. Sebab itu, Pas kini berlainan fahaman dan aspirasinya berbanding semasa era Datuk Asri dahulu.

Dahulu mereka berhasrat hanya mahu menjadi parti pendakwah Islam, soal politik dan menjadi pembangkang adalah soal kedua. Kini Pas mahu "memerintah Malaysia". Tentulah "politik" didahulukan" daripada agenda lain.

Perbezaan fahaman politik UMNO dan Pas kian melebar dan tentunya disebabkan tiada usaha memupuk hubungan antara UMNO dan Pas sejak 1977 hingga kini. Justeru, jarak masa 34 tahun itu tentu sekali membuatkan kedua-dua parti itu mempunyai jurang pendapat yang luas dan haluan berbeza.

Cabaran keempat, adalah bagaimana UMNO hendak memperoleh semula sokongan padu orang Melayu? Dikatakan parti itu sedang melakukan beberapa pendekatan baru. Di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, diyakini akan dapat mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO, begitu juga sokongan bukan Melayu.

Antara langkah-langkah yang sedang diambil adalah memperkenalkan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Di bawah transformasi politik, difahamkan agenda untuk mengajak Pas bergabung dengan UMNO masih diteruskan. Ini akan kita analisis kemudian.

UMNO juga telah membuat perubahan drastik berhubung sistem pemilihan pemimpin supaya lebih demokratik. Lebih 160,000 ahli UMNO akan terlibat dalam pemilihan tersebut, berbanding hanya 1,800 ahli sahaja sebelum ini.

Strategi menerapkan beberapa ciri penting untuk dijadikan panduan kepimpinan. Contohnya memilih pemimpin yang amanah, jujur, dedikasi, beragama, berakhlak mulia , mempunyai etika dan sahsiah diri. Semua bakal calon pilihan raya mestilah terdiri daripada mereka yang profesional dalam pelbagai bidang.

Para pemimpin muda yang berkaliber perlu dilatih dari sekarang sebagai persediaan apabila sampai waktunya nanti akan mengambil alih kepimpinan di semua peringkat. Ini mengelakkan parti tidak punya banyak pilihan.

Beberapa tingkah laku yang tidak baik membawa kepada kekalahan BN/UMNO pada PRU-12. Justeru pemimpin-pemimpin UMNO haruslah bersikap tidak mengada-ngada, memahami perasaan dan kehendak rakyat, perlu menerima maklumat dari akar umbi, perlu ada rasa "kekitaan" tidak bersikap angkuh, sombong, bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, bersikap simpati dan "empati" terhadap kesusahan rakyat dan berfikiran terbuka.

Anggapkan kemasukan orang muda dalam parti sebagai "aset, bukan musuh yang mengancam kedudukan; tidak mencantas kepimpinan baru; pemimpin perlu turun padang secara berkala, perlu merapatkan diri dengan masyarakat, jangan terlalu yakin dan selesa dengan prestasi parti."

Budaya politik baru perlu diwujudkan, UMNO sedang dalam proses mengubah mindset daripada budaya politik yang lama kepada budaya politik yang baru; UMNO perlu berwajah baru - wajah yang memberi harapan baru kepada bangsa Melayu ke arah menawan semula hati mereka yang sudah luka, rawan dan tidak keruan sekarang ini.

UMNO sedang dalam proses membuka seluas-luasnya keahlian kepada semua pihak, profesional, pegawai kerajaan, ahli-ahli korporat dan usahawan-usahawan Melayu.

Akhir sekali, UMNO harus menonjolkan budaya politik yang berteraskan kasih sayang dan tolak ansur sesama manusia walaupun berbeza ideologi politik.

Budaya politik baru ini seharusnya berteraskan prinsip agama dan nilai akhlak yang mulia dan tidak terjerat dengan emosi melulu serta fahaman agama yang sempit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cita rasa Melayu Singapura

Posted:

Cita rasa Melayu Singapura

Cita rasa Melayu Singapura

Oleh Azmi Hassan


Calon Parti Pekerja menjalankan kempen ketika bertemu penduduk di GRC Aljunid, Singapura, baru-baru ini. – AFP


PILIHAN Raya Umum Singapura Ke-11 yang baru berlangsung mempamerkan anjakan cita rasa pengundi yang berani memberi kepercayaan kepada calon parti pembangkang yang selama ini begitu sukar memperolehi sokongan pengundi.

Perolehan jumlah undi sebanyak 60 peratus yang diperolehi oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) adalah terendah semenjak memerintah Singapura lebih lima dekad yang lepas. Ketika pilihan raya tahun 2006, PAP yang diterajui oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong memperolehi 66 peratus keseluruhan undi.

Merosotnya jumlah undi yang diperolehi oleh PAP dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pengundi terhadap kos sara hidup yang terlalu tinggi dan jurang pendapatan yang begitu ketara di antara golongan mewah dan sederhana. Pengundi yang kebanyakannya pertama kalinya berpeluang mengundi, lebih berani membuat keputusan yang menongkah arus.

Tetapi apa yang lebih menarik untuk dianalisis adalah sikap atau cita rasa pengundi Melayu yang dianggap sebagai kaum minoriti, tetapi mempunyai kuasa penentu di beberapa kawasan mengundi. Walaupun digembar-gemburkan pengundi Singapura yang dianggap matang dan tidak mengundi mengikut kaum, tetapi hakikatnya bangsa calon itu masih memainkan peranan penting.

Sebab itu Singapura terpaksa memperkenalkan konsep Kawasan Pilihan Raya Berkumpulan (GRC) pada 1988 untuk memastikan calon kaum minoriti tidak terpinggir dan mempunyai peluang yang saksama dengan calon kaum Cina.

Ketika pilihan raya 2001, sebahagian besar pengundi Melayu tidak menyokong PAP kerana merasa terkilan dengan sikap kerajaan Singapura yang menyokong kempen memerangi keganasan Amerika Syarikat yang ditafsirkan sebagai kempen untuk menindas umat Islam.

Walaupun PAP memperolehi jumlah sokongan yang begitu padu iaitu sebanyak 75 peratus undi, tetapi sokongan tersebut hanya datang dari satu kelompok pengundi iaitu dari pengundi kaum Cina.

Tetapi keputusan pilihan raya 2006 telah mempamerkan penghijrahan pengundi Melayu yang mana hampir 80 peratus telah kembali ke pangkuan PAP. Malah PAP dikatakan bernasib baik masih mampu memperolehi 66 peratus undi hanya kerana ihsan pengundi Melayu.

Berlakunya perubahan sikap pengundi Melayu dari 2001 hingga 2006 adalah kerana selama lima tahun kaum Melayu bagaikan terpinggir dari arus pembangunan Singapura gara-gara dilabel sebagai penyokong pembangkang.

Bukan menjadi satu rahsia bahawa kerajaan yang diterajui oleh PAP akan menghukum secara tersirat dan sistematik penduduk yang menyokong pembangkang kerana arus pembangunan kawasan tersebut tiba-tiba akan menjadi terbantut atau setidak-tidaknya perlahan.

Menteri Mentor, Lee Kuan Yew telah memberi amaran kepada penduduk Aljunid bahawa mereka mempunyai masa lima tahun untuk ambil iktibar dengan pemilihan yang telah dilakukan. Kekecewaan yang diluahkan Kuan Yew adalah ekoran kekalahan PAP di GRC Aljunid di tangan parti pembangkang Parti Pekerja (WP).

Ramai yang menjangkakan pilihan raya kali ini akan menyaksikan penghijrahan sekali lagi pengundi Melayu kepada pembangkang. Malah sekilas pandang, penambahan jumlah undi sebanyak 10 peratus yang diperolehi oleh pembangkang bagaikan telah mengesahkan persepsi tersebut.

Jangkaan tersebut diperkuatkan lagi dengan saranan Kuan Yew kepada Melayu Singapura agar melunturkan pegangan agama Islam mereka supaya lebih mudah mereka bergaul dengan kaum lain.

Saranan tersebut yang terkandung dalam buku beliau yang bertajuk Hard Truths: To Keep Singapore Going telah mendapat bantahan bukan sahaja daripada penduduk Melayu tetapi juga ahli politik Melayu dari PAP.

Isu penghinaan terhadap pegangan agama Melayu Singapura telah dipergunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang walaupun Kuan Yew telah memohon maaf atas keceluparan beliau. Calon Parti Perpaduan Nasional (NSP) Nicole Seah umpamanya telah memohon maaf bagi pihak Kuan Yew dalam usaha beliau menarik undi Melayu. Beliau yang bertanding di GRC Marine Parade bagaimanapun tewas di tangan kumpulan calon PAP yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Goh Chok Tong.

Sokongan pengundi Melayu terhadap PAP masih utuh seperti mana pola undian pada 2006 dan tidak berlaku penghijrahan kepada pembangkang seperti yang dijangkakan sebelum pilihan raya.

Walaupun PAP tewas kepada WP di GRC Aljunid pada hal kumpulan PAP ini diketuai oleh Menteri Luar George Yeo, tetapi peratus undian yang diperolehi oleh calon minoriti PAP iaitu Zainul Abidin Rasheed melebihi peratus undi yang diperolehi oleh empat rakan PAP beliau.

Malah peratus undi Zainul juga jauh meninggalkan calon Melayu WP iaitu Muhamad Faisal Abdul Manap. Pola pengundian Melayu di GRC Aljunid iaitu kawasan Eunos jelas menunjukkan kaum bumiputera Singapura ini jauh lebih selesa dengan calon Melayu PAP berbanding dengan pembangkang.

Walaupun pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada empat calon Cina PAP yang lain, tetapi pengundi Melayu tetap menyokong Zainul walaupun mempunyai pilihan Faisal dari WP.

Begitu juga dengan GRC Marine Parade, penghijrahan ketara berlaku terhadap pengundi Cina yang menyokong parti pembangkang NSP. Tetapi pengundi Melayu tetap bersama PAP walaupun NSP mempunyai calon minoriti Melayu yang agak popular iaitu Mohamad Maliki Osman.

Cita rasa pengundi Melayu Singapura jelas mempamerkan sikap pragmatik apabila berhadapan dengan masa hadapan kaum mereka.

Pengundi Cina tidak gentar memberi undi kepada pembangkang kerana mereka akur PAP tidak boleh menyisihkan kaum Cina kerana mereka adalah majoriti di Singapura.

Tetapi Melayu Singapura adalah golongan minoriti dan sokongan terhadap parti pembangkang sudah tentu dengan mudah boleh dihukum oleh kerajaan pimpinan PAP.

PENULIS ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG),

Universiti Teknologi Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 10 May 2011 01:30 PM PDT

Kosmo Online - Negara


10 lagi pengimport kereta diserbu

Posted:

10 lagi pengimport kereta diserbu

10 lagi pengimport kereta diserbu

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 buah lagi syarikat jualan kereta mewah import milik bumiputera diserbu pihak berkuasa semalam atas dakwaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan premis yang diserbu sekumpulan pihak berkuasa di seluruh negara setakat ini melebihi 30 buah.

Beberapa orang ahli lembaga pengarah syarikat terbabit turut disoal siasat oleh para pegawai daripada empat agensi kerajaan yang melakukan serbuan itu bagi membantu siasatan.

Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman ketika dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan perkara tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon, penulis hiburan veteran Aimi Jarr meninggal dunia

Posted:

Pelakon, penulis hiburan veteran Aimi Jarr meninggal dunia

Pelakon, penulis hiburan veteran Aimi Jarr meninggal dunia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


NORIAH mencium jenazah suaminya yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Ulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan penulis hiburan veteran, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi semalam di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini.

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan Parkinson sejak beberapa tahun lalu disyaki diserang sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia sakit malah perwatakannya sentiasa ceria sebelum meninggal dunia.

"Sebelum ini ayah kelihatan sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital. Namun, sejak malam semalam, dia asyik termenung, batuk-batuk dan badannya pula sejuk," ujar anak lelaki tunggal Aimi Jarr itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GST kurangkan cukai pendapatan

Posted:

GST kurangkan cukai pendapatan

GST kurangkan cukai pendapatan


NAJIB bersalaman dengan peserta yang menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 10 May 2011 09:52 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Eksklusif: Kuarters hantu

Posted: 09 May 2011 11:52 AM PDT

KUARTERS Institusi Pendidikan (KIP) Kampung Pandan, di Kuantan  yang mempunyai empat blok dengan 80 unit rumah kediaman serta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau tetapi hanya dihuni enam keluarga.

KUARTERS Institusi Pendidikan (KIP) Kampung Pandan, di Kuantan yang mempunyai empat blok dengan 80 unit rumah kediaman serta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau tetapi hanya dihuni enam keluarga.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 unit kuarters guru, khususnya di luar bandar di seluruh negara dikatakan terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru yang bertugas di kawasan berkenaan atas pelbagai faktor termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Ada sesetengahnya semakin usang kerana tidak didiami dan kelihatan umpama 'rumah berhantu' jika dilihat dari luar. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bANG

Bertuahnya kakitangan golongan perguruan disediakan kuarters, jika dibandingkan dengan penjawat awam yang lain. Buat pengetahuan pihak kerjaan kuarters lebih di perlukan di kawasan bandar. ini kerana sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Sewa satu bilik kecil pun dah memcecah RM 450.00 ke atas kalau rumah apa lagi.. sedang kan elaun perumahan lebih rendah lagi daripada sewa sebilik. Kepada pihak yang bertanggungjawab, bagi saja peluang kepada kakitangan yang bukan golongan perguruan memduduki kuarters tersebut atau bina saja kuarters untuk penjawat awam yang lain, lagi berfeadah. Harap maklum sekian terima kasih.

rOnie

sepatutnya kena buka untuk org ramai, kalau d biarkan mcm nie sama mcm telah menghabiskan duit rakyat. baik tak perlu di bina jika terus di biarkan.

Mawar

Saya rasa Kem. Pelajaran tidak sesuai membena kuarters untuk guru dibandar-bandar kecil, sebab ramai guru lebih selesa membeli rumah sendiri unruk diduduki. Harap pihak Kem. membuat kajian teperinci sebelum membena.... perlu atau tidak.

parJUSA nusajaya

Salah satu projek pembaziran dari kerajaan,harap semua ambil iktibar,ada banyak lagi kuarters yang sebegini rupa dan tidak diselia dengan betul di seluruh negara,harap kerajaan persekutuan dan negeri melalui pejabat daerah/pejabat setiausaha kerajaan pantau dan cari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kuarters-kuarters bermasaalah ini.

nayem

saya pernah mendiami kuarters guru. memang banyak masalah ; 1: air selalu tak ada 2: jauh, di hujung kg, dekat kubur cina, tak ada kemudahan langsung, satu2nya kediaman, 3;Selenggaraan tak ada 4: Bangunan rosak & merbahaya. Repot ke ppd @ jkr : suruh repai sendiri dulu, kalau ada peruntukan boleh claim nanti, 5: Perabot tak lengkap & tak ada;sepatutnya semua ada perabot, tapi kadang2 ada yg tak ada langsung, kalau tanya org kata hilang di PPD

alan

itulah lebih baik buat kuaters dekat sekolah erea bndr..boleh jimatkan kos sikit..dah lah umah sewa kat erea bandar mahal gila...kalau nak buat kuarters yg kat pendalaman sana boleh ler yg kat sabah ngn sarawak...

din

Saya setuju dgn pandangan sri santan, di kawasan luar bandar rumah sewa lebih murah dari potongan untuk menduduki kuarters. oelh sebab itu kurang mendapat sambutan..cadangan saya untuk menjaga kuarters tersebut dari terus rosak elok lah di buka untuk kakitangan kerajaan yg lain untuk mendudukinya..

raymondjr

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Saya bersetuju dengan cadangan Sri Siantan agar Kuarters ini dibuka kepada kakitangan awam yang lain selain daripada kakitangan perguruan.Pihak Pentadbiran juga perlu mencari jalan agar Kuarters dalam keadaan baik kerana jika kuarters ini tidak dijaga akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan.Marilah kita bersama-sama menjaga kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan kepada kakitangan Awam.Sekian, terima kasih.

yusof

saya pun kurang faham..kenapa krjn byk bina kuarters di luar bandar...sedangkan di bandar lebih memerlukan..taraf hidup tinggi dan sewa rumah yg mahal...tp inilah hakikatnya..hrp ambil perhatian

Kucing Gersang

wah belambak quarters perguruan kat sana? kami kakitangan awam di sabah ni mengharap sangat kemudahan seperti ini kerana keadaan kuarters kami yang sememangnya tidak mencukupi dan cukup daif.

mat

setuju dengan Sri Siantan..berikan saja kpd org lain yang lebih memerlukan..

Pedas

Kebanyakan kuarters guru memerlukan penyelenggaraan kerana kerosakan. Namun, oleh kerana faktor peruntukan, proses baik pulih tidak dapat dijalankan. Akhirnya rumah-rumah ini terbiar dan mengakibatkan kerugian yang lebih besar.

sri siantan

Kuarters berkenaan patut dibuka kepada mana kakitangan awam dan bukan terhad kepada kakitangan perguruan sahaja. Selain itu, dicadangkan agar kuartes berkenaan dijual kepada sesiapa yang belum mempunyai rumah. Isunya bukan jauh, tetapi kos menyewa rumah diluar lebih murah terutama jika berkongsi menyewa dan ramai guru adalah penduduk tempatan yang telah mempunyai rumah sendiri. Contohnya di Jerantut Pahang kuartes hanya terletak 1.5 km daripada bandar, 1 km daripada sekolah menengah dan rendah tetapi tidak mendapat sambutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List