gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Stailo

Posted: 01 May 2011 11:38 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Persalinan putih puteri diraja

Posted:

Persalinan putih puteri diraja

Persalinan putih puteri diraja

Susunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



SELEPAS pewaris takhta kedua Britain, Putera William mengumumkan pertunangannya dengan Kate Middleton, 29, pada bulan November tahun lalu, tiada siapa pun yang berjaya menghidu siapa pereka gaun pengantin pilihan Kate.

Baik keluarga Kate mahupun William, 28, masing-masing mengunci mulut meskipun pelbagai spekulasi tentang gaun itu bertebaran.

Keengganan mendedahkan rahsia berkenaan adalah bagi menghormati permintaan Istana Buckingham yang hanya ingin mempamerkan gaun itu tatkala Kate mengatur langkah memasuki Gereja Westminster pada hari perkahwinan berlangsung.

Ia bagaikan simbolik kepada transformasi diri Kate daripada orang kebanyakan menjadi seorang puteri diraja pada 29 April lalu.

Sehari sebelum majlis perkahwinan itu, di sepanjang jalan dari Gereja Westminster ke Istana Buckingham, orang ramai penuh sesak bagi mendapatkan sudut padangan terbaik demi melihat pasangan William-Kate dari dekat.

Pada masa yang sama, mereka enggan melepaskan peluang menyaksikan pesona Kate dalam persalinan gaun pengantin yang dirahsiakan selama ini.

"Saya terpukau dengan kejelitaan Kate sebaik saja dia keluar dari kereta. Rekaan dan potongan gaun pengantinnya sangat mengagumkan dan sempurna.

"Ia umpama penghormatan terbaik buat mendiang Alexander McQueen," luah pengarang majalah Vouge, Hamish Bowles mengenai gaun pengantin Kate yang dihasilkan oleh pereka terkenal, Sarah Burton dari gedung fesyen Alexander McQueen.


KAIN renda buatan tangan yang menampilkan motif empat jenis flora yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Britain.


Sementara itu, Vera Wang yang cukup sinonim dalam mereka koleksi gaun pengantin memberitahu CNN, rekaan Burton membuatkan Kate kelihatan elegan dan berseri.

Tambah Wang: "Gaun pengantin Burton menonjolkan personaliti Kate yang feminin dan lemah lembut.

"Teknik jahitan dan perincian tidak terlalu sarat. Paling penting penampilan Kate kelihatan sangat cantik dalam foto."

Ternyata kombinasi idea Kate dan Burton tidak sia-sia. Kate yang kerap bertemu Burton secara rahsia di studio Hampton Court Palace bagi membincangkan rekaan gaun pengantinnya menyifatkan Burton seorang pereka yang paling ideal.

Pemilihan Burton bukan sekadar dinilai pada tahap kreativiti malah Burton dianggap individu yang boleh dipercayai dan mampu menyimpan rahsia terutamanya daripada pengetahuan pihak media.

Sememangnya kebanyakan mata tertumpu pada gaun pengantin rona putih gading yang turut menampilkan konsep kembang di bahagian bawah.

Gaun tersebut memiliki keseimbangan gaya moden dan tradisional, apatah lagi potongan pada bahagian atas mengikut bentuk badan Kate yang langsing.

Kejelitaan anak kepada pasangan Carole dan Michael Middleton itu masih terserlah meskipun pakaian pengantin rekaan Burton yang pernah bekerja dengan McQueen selama 14 tahun itu boleh dianggap sopan tetapi anggun.


SECARA purata, sejam diperlukan bagi menyiapkan seinci jahitan.


Gaun yang mempunyai leretan sepanjang 2.7 meter dan berbentuk V di bahagian kolar itu diperbuat daripada fabrik gazar yang membantu mengindahkan teknik lipatan pada bahagian pinggang. Ia disertai korset yang direka mengikut stail tradisional era Victoria.

Kaki gaun pula menggunakan material berkualiti seperti kain net yang digabung bersama renda kluni iaitu sejenis renda biku kasar yang diperbuat daripada benang linen atau benang kapas tebal berwarna putih gading.

Renda sulaman

Selain kain satin, Burton turut mengaplikasi penggunaan kain renda Inggeris dan renda Perancis Chantilly di bahagian atas.

Ia merupakan pilihan utama Kate bagi menyuntik elemen moden dan tradisional.

Bersesuaian dengan status Kate yang bergelar isteri kepada Putera William, maka kain renda eksklusif buatan tangan para pekerja di Sekolah Diraja Needlework menjadi pilihan.

Kain renda yang dihasilkan oleh pekerja separuh masa dan pelajar dari Britain, Jepun, China, Amerika Syarikat (AS), Thailand serta Jerman itu dihiasi empat jenis motif flora yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Britain.

Motif flora yang terdiri daripada ros, tisel, dafodil dan syamrock itu diperbuat menggunakan teknik pembuatan kain renda Carrickmacross yang telah dipraktikkan sejak tahun 1820 di Ireland.

Proses menjahit kain renda berkenaan cukup rumit dan mengambil masa yang lama.

Secara purata, sejam diperlukan bagi menyiapkan seinci jahitan walaupun proses itu dilakukan oleh tukang jahit profesional.

Selain itu, semua petugas yang berusia antara 19 hingga 70 tahun diwajibkan membasuh tangan setiap 30 minit bagi memastikan kain renda warna putih itu tidak tercemar manakala setiap tiga jam tukang sulam harus menukar jarum yang lebih tajam agar kehalusan pembuatannya dikekalkan.

Salah seorang tukang sulam yang terlibat, Anne Butcher, 44, melahirkan rasa gembira kerana diberi kepercayaan menghasilkan kain renda untuk gaun pengantin puteri diraja itu.

"Ia merupakan pengalaman manis yang berlaku sekali seumur hidup.

"Kami bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan kain renda yang dihasilkan berkualiti dan terbaik," jelas Butcher dari Sandhurst, Berkshire, England.

Dia turut memberitahu bahawa Kate terlibat sama pada fasa awal pembuatan dalam aspek pemilihan motif dan corak.

Sementara itu, Charlotte Macfarlane dari Tunbridge Wells, Kent, pula menyatakan cabaran utama yang dihadapi adalah menyimpan rahsia bahawa dia dan ibunya ialah antara individu yang terlibat dalam proses menjahit sulaman untuk Kate.


BUSANA pengantin Grace Kelly (kiri) memberi inspirasi kepada rekaan gaun Kate.


"Sepanjang menyiapkan kain berkenaan, kami duduk di rumah saja kerana tidak mahu meninggalkan kain itu di rumah," ujar Macfarlane.

Inspirasi Grace Kelly

Cita rasa Kate telah meletakkan standard perkahwinan diraja Britain ke tahap yang membanggakan apabila dia menginginkan sepasang gaun yang ringkas berbanding mahal dan glamor.

Semasa memikirkan rekaan gaun yang sesuai, Kate yang kini dianugerahkan Duchess Cambridge daripada Ratu Elizabeth II, sentiasa membayangkan keindahan gaun pengantin Grace Kelly ketika berkahwin dengan Putera Rainier dari Monaco pada tahun 1956.

Ini terbukti apabila gaun pengantin Kate turut menggabungkan fabrik kain renda di bahagian atas dan satin di bawah. Cuma yang membezakannya, kolar gaun Kate berbentuk V sementara Grace memilih konsep tertutup.

Situasi ini jelas menunjukkan Kate yang anggun memakai tiara Cartier milik Ratu Elizabeth tidak berniat untuk meniru gaun pengantin Grace.

Sebaliknya, dia menjadikan Grace inspirasi terbaik untuk menyerlahkan keanggunannya pada hari perkahwinannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggun santai rona pastel

Posted:

Anggun santai rona pastel

Anggun santai rona pastel


BLAUS bercorak bunga abstrak ini sesuai dipadankan dengan seluar putih atau denim.


PERASAAN bimbang untuk bergaya seringkali wujud dalam kalangan wanita yang berbadan gempal atau berisi. Tetapi, kenyataan itu kini ibarat mitos kerana wanita zaman ini lebih berani untuk tampil dengan gaya mengikut cita rasa masing-masing.

Pilihan rona pakaian juga semakin bervariasi. Wanita sekarang tidak lagi terhad kepada pilihan warna-warna gelap yang dikatakan mampu menimbulkan efek kurus. Sebaliknya, mood warna yang cerah mampu memberikan keyakinan agar mereka tampil lebih menarik.

Sempena musim bunga 2011, Ms Read menampilkan koleksi bertemakan Saya Adalah Wanita dengan gaya anggun dan santai bagi menghargai wanita yang ingin tampil penuh keyakinan tanpa terikat kepada rona dan rekaan tertentu.


PILIHAN kemeja yang sedikit labuh menutup punggung sesuai digayakan wanita bertubuh gempal.


Koleksi Ms Read kali ini menghimpunkan rangkaian blaus potongan feminin, skirt labuh dan top daripada fabrik kapas, linen dan viscose. Rona-rona yang ditawarkan pula adalah seperti hijau lemon, biru lembut dan merah jambu.

Wanita bertubuh comel juga boleh bereksperimen dengan rangkaian Ms Read terbaharu ini. Rangkaian blaus sesuai dipadankan dengan seluar panjang rona putih atau jean denim yang memberikan gaya kasual dan sofistikated.

Dengan penampilan yang yakin, wanita berbadan berisi atau gempal juga boleh kelihatan menarik dan mencuri tumpuan. Selain itu, ia juga memberi keselesaan dan mood riang sepanjang hari.


LUANGKAN masa bersama teman-teman tanpa perlu terikat dengan rona gelap sepanjang masa.


Justeru, kenyataan bahawa wanita bertubuh gempal tidak mampu menyerlahkan imej diri sudah tidak boleh diterima lagi. Baik untuk ke pejabat atau tampil kasual, wanita berisi kini sudah boleh mempunyai pilihan fesyen ideal di dalam almari pakaian mereka.

Bagi koleksi Ms Read, rekaan untuk ke pejabat hadir dalam blaus polos atau bercorak yang sesuai dipadankan dengan seluar atau skirt bagi menjadikan penampilan lebih sofistikated.

Gaya anggun pula disediakan melalui hiasan daripada perincian manik pada bahagian leher yang menyerlah penampilan wanita sama ada memakai seluar atau blaus bersama kardigan.

Secara keseluruhannya, koleksi musim bunga tahun ini menjadikan setiap padanan dalam rangkaian rekaan Ms Read mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Himpunan Ms Read musim bunga kini boleh didapati di Alamanda Putrajaya, Midvalley Megamall, 1 Utama, Subang Parade, Empire, Bangsar Village II, Pavilion, Sogo, Isetan KLCC, The Mines, Gurney Plaza Pulau Pinang dan Plaza Pelangi Johor Bahru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu sepatu Princess

Posted:

Ibu sepatu Princess

Ibu sepatu Princess

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


BEG tangan dan kasut berpotongan moden daripada Princess menarik perhatian golongan muda.


PADA tiga dekad lalu, Alice Yong, 60, hanyalah peniaga beg tangan di kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Saban hari tepat saja pukul 9 pagi, Alice sudah mula sibuk menyimpan koleksi beg tangannya yang ditempah daripada beberapa pembuat beg tangan tempatan.

Sementara menanti kunjungan pelanggan, Alice akan mengambil kesempatan membersihkan beg tangan yang ditawarkannya itu.

Anak kelahiran Sungai Siput, Perak, berkenaan enggan membiarkan pelanggan memiliki beg tangan yang kotor dan berhabuk. Inisiatif itu sejajar dengan prinsipnya yang sentiasa ingin memberikan khidmat terbaik dan produk berkualiti kepada pelanggan.

"Saya berniaga bermula seawal 9 pagi hingga 7 malam bagi memastikan sekurang-kurangnya dalam sehari saya menjual kira-kira tiga buah beg. Biarpun terpaksa berniaga di kaki lima dan tanpa pendingin hawa, ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat saya untuk terus berniaga.

"Biasanya, tengah hari adalah detik yang ditunggu-tunggu kerana ia merupakan waktu rehat bagi pekerja kerajaan dan swasta. Kadangkala, tak menang tangan saya melayan ragam pelanggan yang memiliki cita rasa warna, rekaan dan saiz beg yang berbeza-beza," imbas Alice mengenai momen manisnya bertungkus-lumus mencari rezeki harian sekitar tahun 1976.

Semangat Alice itu antara lain disebabkan kesempitan hidupnya bersama 12 orang adik-beradik. Sebagai anak kedua, dia berasa bertanggungjawab untuk meringankan beban keluarga.

Berkat kesabaran dan kegigihan, akhirnya Alice berjaya membuka sebuah butik jenama Princess sekitar tahun 1981.

Berbekalkan modal hasil perniagaan beg tangannya itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata tersebut berpeluang menyewa sebuah kedai kecil di Jalan TAR dan membeli stok beg tangan dan sepatu wanita daripada pengilang tempatan.

"Perniagaan butik lebih cenderung pada variasi kasut yang sesuai digayakan wanita ke pejabat, majlis formal ataupun keluar bersantai.

"Sebab itu, saya memilih nama Princess kerana ia adalah simbolik usaha saya untuk membuatkan para wanita tampil anggun dan menawan bak puteri setiap kali menyarungkan sepatu jenama ini," kata Alice yang berasa lega apabila empayar bisnesnya kini diterajui anak bongsunya, Alan Lok Yet Luan, sejak dua tahun lepas.


PELBAGAI pilihan kasut jenama Princess boleh dicuba mengikut cita rasa pelanggan.


Sepatu bersaiz besar

Menurut Alan yang merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Princess Shoe & Handbang Centre Sdn. Bhd., sudah tiba masanya dia meneruskan perjalanan operasi syarikat. Pada masa yang sama, dia ingin mengubah persepsi pelanggan yang berpendapat bahawa kasut Princess hanya ideal buat wanita berusia 40 tahun ke atas.

"Sebaik saja saya menamatkan pengajian di Universiti Canterbury Christ Church, Kent, England, dalam jurusan Pemasaran dan Pengurusan Jualan Runcit, saya terus bertekad untuk lebih memajukan Princess dengan menarik minat golongan muda.

"Jika diperhatikan, kebanyakan koleksi terbaharu Princess menawarkan seleksi kasut yang mengikut rekaan semasa. Antaranya adalah kasut bertumit tinggi antara empat hingga enam inci, selipar santai, kasut baji dan but," ujar Alan.

Sewaktu Alan mula membantu ibunya berniaga, dia berusia lima tahun. Tugasnya ketika itu hanyalah membungkus kasut atau beg tangan yang dibeli pelanggan.

Tambah Alan yang lahir pada 25 Mei 1988: "Pengalaman menuntut di luar negara menyebabkan saya terdedah pada banyak rekaan fesyen kasut yang moden, unik dan funky. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi saya sewaktu proses mereka dan memilih material.

"Selain sepatu cetakan haiwan dan berasaskan kain renda, saya turut memilih perincian manik serta batu stud yang sedang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan remaja."

Walau bagaimanapun, Princess yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-30 pada Jun ini masih mengekalkan signatur mereka iaitu kasut wanita yang bersaiz antara sembilan hingga 13.

Butik Princess kini mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam, Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 01 May 2011 09:41 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Idam payu dara besar

Posted:

Idam payu dara besar

Idam payu dara besar

SOALAN 1
Saya berumur 24 tahun. Saya ingin memiliki payu dara yang besar kerana sejak saya anak dara hingga sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak payudara saya sangat kecil. Buat pengetahuan doktor ketika kecil, ibu saya pernah memicit puting bagi mengeluarkan cecair seperti sebiji nasi. Adakah itu menyebabkan payudara tidak boleh besar dengan ideal? saya sudah cuba berbagai produk antaranya jamu pengencang payu dara, krim dan serum tetapi langsung tiada kesan. Mungkinkah hormon payu dara saya sudah tiada? Apakah yang perlu saya ambil bagi mendapatkan hormon itu semula supaya dapat membesarkannya?

terima kasih., Banting Pahang.

Jawapan: Payu dara merupakan kelenjar yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Struktur utama payu dara dibentuk oleh kilang kelenjar susu. Di sekeliling kilang kelenjar susu tersebut terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payu dara tidak mempunyai otot atau tulang. Oleh itu saiz payu dara bukan sahaja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu tersebut. Manakala, bentuk payu dara seseorang ditentukan oleh keanjalan ligamen yang mengampu payu dara. Bentuk dan saiz payu dara yang normal juga berbeza-beza. Ada yang bersaiz kecil dan ada yang besar. Ada yang berbentuk bulat dan ada juga yang berbentuk panjang dan lonjong. Begitu juga dengan bentuk puting payu dara. Ada puting yang timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian yang normal. Jadi apa yang dialami oleh Puan Zu adalah tergolong dalam kepelbagaian yang normal.

Mengikut kefahaman saya peristiwa ibu Puan Zu memicit puting bagi mengeluarkan cecair seperti sebiji nasi itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan saiz payu dara yang dimiliki. Ia tidak menyebabkan payu dara Puan Zu terbantut pembesarannya. Bentuk dan saiz payu dara seseorang sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti genetik (keturunan), bangsa dan pemakanan seseorang wanita.

Saya juga tidak pasti keberkesanan pelbagai produk seperti jamu pengencang payudara, krim dan serum yang pernah Puan Zu amalkan. Setakat ini tiada kajian secara saintifik yang dijalankan untuk melihat keberkesanan ubatan tersebut. Ubatan tersebut juga belum diuji secara menyeluruh keselamatannya sama ada ianya tidak memudaratkan pengamalnya.

Saiz payu dara Puan Zu tidak berkait dengan hormon utama wanita seperti aras hormon estrogen yang boleh mempengaruhi saiz payu dara yang kebiasaannya dialami oleh wanita di usia menopaus (setelah putus haid).

Saya nasihatkan Puan Zu untuk tidak mengambil apa-apa hormon tambahan atau ubatan yang pernah diamalkan kerana berkemungkinan tinggi boleh mendatangkan kemudaratan. Sebagai seorang wanita semangat yakin diri adalah amat penting kerana tidak semestinya dengan mempunyai saiz payu dara yang besar anda yakin akan tampak sentiasa menarik dan disayangi suami. Yang paling dihargai, anda dapat menggunakan payu dara bagi menyusu bayi sepenuhnya tanpa mengira saiz payu dara tersebut.

Haid setahun sekali?

SOALAN 2

SAYA berusia 22 tahun dan kali pertama didatangi haid ketika berusia 17 tahun. Sejak itu, kedatangan haid saya tidak pernah teratur. Maksudnya, dalam setahun, hanya dua hingga tiga hari sahaja saya kedatangan haid. Melihat kepada keadaan itu, saya pernah ke klinik swasta memandangkan usia saya sudah mencecah 22 tahun. Namun, doktor sekadar memberitahu ia perkara biasa dan mungkin disebabkan oleh tekanan. Masalahnya, jika saya tidak didatangi haid, saya lagi tertekan. Setakat ini pun, sudah setahun saya tidak didatangi haid. Apa yang harus saya lakukan? Saya bimbang masalah ini akan menyukarkan saya apabila berkahwin nanti. Tolonglah saya, doktor.

Suri, Johor.

Jawapan: Daripada cerita di atas, saya mengagak bahawa Cik Suri mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Ia merupakan sejenis sindrom apabila ovari gagal berfungsi secara normal dan mengakibatkan peningkatan aras hormon androgen(hormon lelaki). Tanda klinikal sindrom ini termasuklah haid tidak teratur, berat badan yang berlebihan (obes) dan ciri-ciri hormon androgen berlebihan dalam badan seperti berjerawat dan pertumbuhan bulu roma yang berlebihan ('hirsutism') berbanding dengan wanita normal.

Biasanya seseorang wanita yang mengalami sindrom ini akan mengalami haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Sesetengah wanita pula tidak mengalami haid dalam masa setahun.

Selain daripada kitaran haid yang begitu panjang jangka waktunya, wanita boleh mengalami perdarahan haid tidak seperti biasa tetapi mungkin berlaku dengan sedikit sekali, iaitu haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Wanita yang menghidap penyakit sindrom ovari polisistik akan mengalami haid yang sangat sedikit, iaitu selama 2 atau 3 hari sahaja. Gejala sebegini dikenali sebagai oligomenorea iaitu haid yang tidak tetap yang biasanya dialami 3 atau 6 bulan sekali dan selalunya berpanjangan. Keadaan ini mengakibatkan folikel matang tidak dapat dihasilkan. Kesan ini membantut proses pengovulan dan menyebabkan haid yang tidak teratur. Kadang-kadang keadaan ini juga menyebabkan ketebalan dinding rahim yang menebal tidak seperti wanita normal disebabkan stimulasi hormon androgen yang berterusan dalam pengidap PCOS. Oleh sebab itu sesetengah pengidap PCOS mengalami pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Gejala ini hendaklah diambil berat oleh pengidap dan juga doktor yang merawat sebab stimulasi hormon androgen yang berpanjangan dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko barah rahim terhadap wanita tersebut.

Sindrom PCOS ini juga boleh menimbulkan gejala pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, pengidap sindrom ini dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala secara tetap. Saya ingin menasihatkan Cik Suri supaya segera berjumpa dengan doktor bagi memastikan sama ada masalah yang dialami adalah sindrom PCOS atau tidak. Harap diagnosis awal dapat dipastikan dan dengan itu rawatan dan langkah pencegahan dapat diberikan dengan sewajarnya. Walaupun wanita yang mengidap PCOS mempunyai masalah untuk mendapat anak, tetapi dengan pemeriksaan rapi dan rawatan yang sempurna, mereka juga mampu untuk hamil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rahsia kecantikan semula jadi

Posted:

Rahsia kecantikan semula jadi

Rahsia kecantikan semula jadi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH



ANGELICA Lee Sin-je, aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong mula dikenali menerusi filem The Eye (2002) sehingga menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Golden Horse.

Wanita berusia 35 itu beranggapan kecantikan terpancar daripada fizikal dan psikologi yang sihat.

"Apabila saya sihat, gembira dan mempunyai keyakinan, saya akan merasai diri ini cantik," ujarnya yang mengamalkan disiplin kecantikan untuk kekal muda.

Menggunakan rangkaian produk SK - II sebagai penjagaan asas kulit, minum segelas air kosong setiap pagi selepas bangun daripada tidur dan duduk sambil merehatkan fikiran selama beberapa minit, sudah cukup membuat Sin-je gembira dan tenang bagi memulakan hari baru.

Pada awalnya, Sin-je merasakan tidak perlu bergantung kepada produk kecantikan sehinggalah dia merasakan perubahan pada kulitnya.

Dia kerap ke serata tempat dan menyedari kulitnya menjadi kering apabila berada di negara sejuk seperti China.

Kebetulan dia ditawarkan menjadi duta SK II dan pada masa sama dia melihat Qiqi dalam komersial televisyen SK II.

"Ketika itu saya mahu memiliki kulit bersih kristal seperti kulit Qiqi. Sejak itu, saya pun mendapatkan nasihat pakar kulit dan mula menggunakan SK II sejak empat tahun lalu.

''SK-II Facial Treatment Essence (FTE) sangat berkesan pada wajah saya. Saya dapat lihat kulit wajah saya berubah dari hari ke sehari.

''Ia kelihatan berseri dan tidak kering. Pori-pori kulit saya mengecil dan tidak hairanlah jika orang ramai menggelarkan FTE air ajaib di dunia," ujarnya yang turut menerima teguran rakan-rakan dan keluarga yang menyedari perubahan kulitnya.

Sin-Je memang dikenali di kalangan ahli keluarganya seorang yang menjaga kecantikan kulit sejak usia muda dan tidak menunggu sehingga kulitnya bermasalah.

" Apabila saya tidak berkerja, saya tidak menggunakan sebarang solekan supaya kulit saya boleh bernafas. Tetapi saya masih membersih dan menggunakan penyegar serta FTE.

''Saya juga percaya emosi memainkan peranan penting. Jangan tertekan kerana ia dapat dilihat pada kulit anda. Cuba menjadi gembira dan apabila anda gembira, anda akan tidur nyenyak dan membantu mencerahkan wajah anda," tambahnya.

Sebagai pelakon, Sin-je tidak lari daripada kesibukan jadual penggambaran namun kepenatan bekerja seharian tidak pernah menghalang dia melakukan rutin penjagaan kecantikan secara teratur.

Setiap hari, dia akan menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap wajah. Berbeza dengan China, cuaca di Malaysia lebih panas dan krim pelindung matahari amat penting untuk kulit. Mujurlah, dia amat serasi dengan produk SK II khususnya topeng wajah dan FTE yang banyak membantu kulit wajahnya.

Untuk kelihatan menawan, pergerakan fizikal amat penting. Justeru itu, dia banyak melakukan senaman seperti berlari, berenang dan kick boxing, yoga dan qi-gong.

Sebagai tambahan, Sin-ju turut mengamalkan diet seimbang dan mengutamakan makanan yang kaya dengan bahan anti oksida.

Bagi wanita kelahiran Kedah itu, kecantikan datang dari hati dan dalaman akal kekal lama sementara kebaikan dan kebijaksanaan memberi kita keyakinan semula jadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 01 May 2011 09:32 AM PDT

Utusan Online - Johor


Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Posted:

Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


RANDOLPH Mank (dua dari kanan) berbual mesra dengan wartawan pada majlis makan tengah hari di Hotel Thistle, Johor Bahru, kelmarin. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 30 April - Perkembangan pesat di Johor terutamanya Iskandar Malaysia, mempunyai prospek yang tinggi untuk menarik minat pelabur syarikat-syarikat dari Kanada.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Randolph Mank berkata, negara itu ini sedang giat mengembangkan perdagangan ke luar negara dan Iskandar Malaysia mempunyai potensi baik kerana lokasinya dekat dengan Singapura, kemudahan pelabuhan di Tanjung Pelepas dan infrastruktur lain.

Menurut beliau, dalam lawatan bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman semalam, dia kagum dengan prestasi pembangunan yang ditunjukkan dan tidak menolak kemungkinan untuk mempromosikan Iskandar Malaysia kepada Kanada.

"Tidak ramai antara kami (di Suruhanjaya Tinggi Kanada) sedar mengenai Iskandar Malaysia tetapi selepas saya melihat sendiri projek itu, saya berasa positif untuk berkongsi peluang pelaburan yang ada di sini dengan syarikat-syarikat di Kanada.

"Setakat ini kami masih dalam peringkat tinjauan mengenai peluang yang ada," katanya pada majlis makan tengah hari bersama media tempatan di sini semalam.

Mank turut menyentuh mengenai hubungan dagang dan pelaburan dua hala yang mana Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar di dalam ASEAN dengan jumlah RM10 bilion penglibatan syarikat Kanada seperti Bombardier dan SNC-Lavalin dalam kemudahan transit aliran ringan (LRT) di ibu negara.

Beliau juga berkata, fasiliti pemprosesan minyak sesawi milik Felda bernilai RM760 juta di Becantour, Quebec juga menunjukkan hubungan rapat Malaysia dan Kanada.

Selain itu, beliau berkata, tugasnya di sini lebih mudah berbanding negara-negara lain sebelum ini kerana agak ramai rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan di Kanada.

"Kebanyakan syarikat Kanada yang beroperasi di negara ini tidak menghadapi sebarang masalah kecuali beberapa isu mengenai kelulusan visa dan kekurangan tenaga pakar dalam sesetengah sektor," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

Posted:

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

JOHOR BAHRU 30 April - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyasarkan pembukaan 23 Pos Polis Komuniti (CPP) baru di dalam kawasan Iskandar Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Ibrahim berkata, sehingga kini terdapat 13 CPP telah dibuka di beberapa lokasi antaranya di Tiram, Kulaijaya, Pasir Gudang, Permas Jaya, Mutiara Rini, Plentong dan Taman Seri Austin di sini.

Beliau berkata, sambutan daripada orang ramai terhadap CPP adalah sangat menggalakkan kerana mereka boleh bekerjasama dengan polis bagi memastikan kawasan kediaman berada dalam keadaan selamat.

"Cadangan penambahan CPP itu turut mendapat sambutan daripada pihak pemaju perumahan dan ada antara mereka bersedia menyumbangkan sebuah rumah yang siap diubahsuai untuk digunakan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian CPP Jalan Tasek, Bandar Seri Alam dekat sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, M. Munusamy.

Pada majlis perasmian itu, Mohd. Mokhtar mengumumkan pelantikan Lans Koperal Wan Haserinizam Wan Hassan sebagai petugas rasmi di CPP berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pembukaan CPP secara tidak langsung akan mengeratkan lagi kerjasama antara masyarakat dan polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah.

"Masyarakat tidak boleh menyerahkan segalanya kepada kerajaan dan polis untuk menjaga keselamatan sebaliknya perlu bekerjasama dengan menyalurkan maklumat serta berinteraksi secara bersama.

"Perlu diingatkan juga bahawa kemajuan sesebuah kawasan tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya turut diukur daripada tahap keselamatannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 01 May 2011 03:23 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Rawatan akupuntur laser

Posted:

Rawatan akupuntur laser

Rawatan akupuntur laser

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Rawatan akupuntur laser pada perut.


BERBEZA dengan perubatan akupuntur yang menggunakan jarum, pena laser yang merupakan teknologi dari Korea diyakini lebih selamat dan mudah diguna.

Dengan pemegang seakan pen, hujung pena ini didatangi dengan tiga 'kepala' berlainan saiz.

Rawatan laser akupuntur ini mampu memberi kesan seperti kaedah klasik akupuntur tanpa rasa sakit hanya dengan tekanan pada satu butang.

"Ini merupakan kesan pena laser yang juga dikenali dengan gelaran Microcurrent Pulse Stimulator ini dikatakan 500 kali ganda lebih kuat dan pantas berbanding tusukan jarum klasik. Di kalangan masyarakat Korea, alat ini diberi jolokan 'Doktor Rumah'," ujar seorang pakar akupuntur yang berpengalaman lebih empat dekad dalam bidang ini, Dr. Muhammad Kim, 76.

Inovasi rawatan akupuntur laser ini dijangka dapat mengatasi masalah individu yang gerun pada jarum akupuntur.

Menurut Dr. Muhammad, penggunaan alat akupuntur laser ini mempunyai kesan yang lebih baik dan ia hanya melibatkan luaran kulit.

Rawatan laser akupuntur menggunakan alat berbentuk seperti pen. Bebola di hujungnya berfungsi menyalurkan tenaga laser pada poin yang tertentu untuk melancarkan peredaran darah.

Kelegaan

Dalam pada itu, penulis berpeluang mencuba rawatan itu pada bahagian pergelangan tangan yang kemudiannya dipindahkan ke poin kepala.

Seperti terkena aliran elektrik ringan, namun ia memberi sedikit kelegaan. Menurut Dr. Muhammad Kim, ia berfungsi untuk melancarkan aliran darah dengan cara merangsang poin-poin akupuntur.

"Poin-poin ini terletak berdekatan dengan sistem saraf. Apabila disalurkan laser , ia akan memberi rangsangan terus dan memindahkan impuls elektrik melalui spinal cord dan otak hingga ke bahagian badan yang bermasalah.

"Kajian perubatan moden juga menunjukkan stimulasi pada poin akupuntur tertentu merangsang penghasilan kimia dari saraf tunjang ke sistem endokrin. Mekanisme ini adalah semula jadi dalam tubuh kita sekali gus mengawal kesakitan," katanya.

Rawatan bekam dan jed

Dalam pada itu, Dr. Muhammad Kim turut menunjukkan fungsi pen bekam yang lebih moden dan tidak sakit. Jika rawatan tradisional menggunakan satu pen bekam dan dicucuk pada kawasan bekam lebih daripada sembilan kali untuk mengeluarkan darah, pen bekam daripada Korea ini hanya berfungsi sebanyak tiga kali.

Pada asasnya, prosedur bekam yang dilakukan Dr. Muhammad Kim adalah untuk mengeluarkan darah kotor daripada badan.

Untuk memperlengkapkan proses rawatan akupuntur laser dan bekam , pesakit juga diberi menggunakan peralatan canggih dari Korea seperti katil urutan badan menggunakan batu jed serta katil elektrik kristal.

Kombinasi rawatan ini disarankan untuk mereka yang mengalami sakit pinggang dan melancarkan perjalanan darah untuk mengurangkan risiko strok.

Pusat rawatan yang terletak di Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dibuka antara hari Isnin hingga hari Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap minggu. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-26980595 atau 019-2652966.

Sementara itu, isteri Dr. Muhammad Kim, Rozita Mior Badri mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjadi pengedar pen akupuntur laser yang diimport dari Korea.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vitamin untuk kulit

Posted:

Vitamin untuk kulit

Vitamin untuk kulit

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan

Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 30 Apr 2011 01:06 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Dirotan kerana disleksia

Posted:

Dirotan kerana disleksia

Dirotan kerana disleksia

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Selepas menjalani latihan intensif di Persatuan Pembelajaran kanak-kanak disleksia, Imran dapat membaca dengan lancar.


ALBERT Einstein tidak pernah belajar membaca sehinggalah umur beliau sembilan tahun. Seorang guru sekolah yang mengajar Thomas Edison melabelkannya sebagai murid yang lembap. Biar pun kedua-dua tokoh ternama itu mengalami disleksia, namun kekurangan itu tidak pernah menjadi batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan.

Pengalaman sama turut dialami Baki Zainal yang menyedari dia sebenarnya menghidap disleksia.

Pada awalnya, pengacara dan pelakon itu tidak tahu pengalaman semasa sekolahnya dulu merupakan simptom-simptom disleksia.

"Saya pun tidak tahu yang saya ada disleksia sehinggalah saya membawa anak saudara saya yang mempunyai masalah pembelajaran ke pusat disleksia di Ampang, Selangor. Kakak ipar saya banyak membuat kajian di Internet dan mendapati simptom anaknya ada hubung kait dengan disleksia. Anak saudara saya tidak mempunyai masalah dalam Matematik dan Sains tetapi dia lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Bayangkan untuk mengeja nama sendiri pun, dia tidak dapat. Melalui ujian yang dia lalui, saya dapati masalah yang dihadapinya sama dengan saya," ujarnya.

Ketika bersekolah, Baki turut berhadapan dengan masalah membaca.

Sehinggalah ke hari ini, dia mempunyai masalah membaca skrip penuh.

Sebagai pengacara, dia hanya memerlukan ayat atau fakta ringkas, kemudian dia akan menyambung sendiri ayat-ayat tersebut.

"Mereka yang mempunyai disleksia biasanya melihat huruf bertindih-tindih atau timbul. Saya pula yang ketika itu bersekolah Cina terpaksa berhadapan dengan masalah pembelajaran kerana terlalu memikirkan logik sesuatu subjek itu. Kadang-kadang saya tidak mahu membuat kerja sekolah dan keesokan harinya saya dirotan. Saya tidak ada masalah untuk mendapat A dalam mata pelajaran Sains, Sejarah dan Geografi tetapi gagal dalam Matematik kerana saya tidak dapat mencari jawapan yang logik," jelasnya sambil tersenyum.

Namun, dia bersyukur kerana keluarganya banyak memberi sokongan dan tidak pernah menggunakan perkataan 'bodoh' atau 'lembap'. Bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar yang mungkin berhadapan dengan disleksia dan orang sekeliling mengkategorikan mereka pelajar lembap.

Justeru itu, dia mahu lebih ramai yang menyedari tentang wujudnya disleksia.

"Ramai ibu bapa yang tidak tahu wujudnya pusat penjagaan disleksia yang berperanan besar untuk mengembalikan keyakinan mereka berhadapan saingan sengit dalam pembelajaran. Berbeza dengan keadaan saya dulu, saya berpendapat ibu bapa sekarang lebih bertuah kerana mereka didedahkan tentang disleksia. ''Cuba bayangkan kalau saya mendapat jolokan pelajar 'lembap' daripada keluarga sendiri, saya mungkin gagal mencapai kejayaan seperti hari ini," katanya yang yang turut berkongsi pengalaman sebagai seorang penghidap disleksia menerusi kempen The Gift of Learning" oleh Procter & Gamble Malaysia (P&G).

Kempen

Kempen ini membolehkan pengguna yang prihatin menyumbang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia dengan membeli produk jenama P&G di Giant atau kedai Guardian.

Kempen tersebut berlangsung sehingga 19 Mei 2011, dan berharap untuk meraih RM100, 000 bagi menyediakan pembelajaran pemulihan secara percuma kepada kanak-kanak disleksia di pusat-pusat Pertubuhan Disleksia Malaysia (DAM) di seluruh negara.

Sementara itu, menurut seorang bapa, Dr. Aziz Abu Hassan, yang menghantar anaknya, Imran Aziz ke Persatuan Pembelajaran Kanak-Kanak Disleksia Kuala Lumpur, selepas diberikan perhatian dan tunjuk ajar serta pembelajaran secara one to one, sudah ada perkembangan positif ke atas anaknya.

"Dahulu anak saya tidak mampu memberikan tumpuan dan sukar belajar. Selepas menghantar ke pusat ini, anak saya sudah boleh mengira, membaca dan melakukan penyelesaian kepada latihan yang diberikan.

''Jangan tunggu terlalu lama untuk membuat keputusan kerana ia penting untuk masa hadapan anak-anak kita," ujarnya yang juga Naib Presiden Disleksia Malaysia.

Dr. Aziz menasihatkan ibu bapa yang telah mengenal pasti masalah anak-anak seperti ini membuat pemeriksaan segera di hospital untuk di diagnos sama ada menghidap sindrom disleksia atau tidak.

"Disleksia, yang mempengaruhi kebolehan seseorang itu membaca, merupakan satu fenomena biasa di negara ini dan melibatkan 314,000 kanak-kanak sekolah. Pengesanan awal penting supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin dan memberi peluang yang lebih cerah untuk dirawati.

'' Saya berharap kesedaran yang diwujudkan oleh kempen 'The Gift of Learning' dapat membantu meraih sokongan orang ramai dan juga badan korporat," jelas Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Puan Sariah Amirin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta api jadi sumber inspirasi

Posted:

Kereta api jadi sumber inspirasi

Kereta api jadi sumber inspirasi

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto MOHD. FAUZI BAHARUDIN


Kebanyakan koleksi Kelvin terdiri dari jenis lokomotif elektrik dan keretapi pantas.


BUNYI kereta api menenangkan fikirannya. Boleh menguraikan segala masalah yang bersarang. Memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan. Sambil menyuntik motivasi tatkala berdepan situasi sukar. Atas alasan tersebut, dia sanggup duduk berjam lamanya di stesen kereta api. Ketagih untuk melihat 'panorama' kenderaan itu bergerak dengan pancainderanya sendiri secara langsung.

Mungkin kedengaran pelik tapi itu yang dirasakan Kelvin Khew. Sejak dia berusia empat tahun lagi minatnya telah berputik. Tatkala dibawa berjalan-jalan oleh neneknya di Mentakab, Pahang.

Kebetulan saat melalui landasan, ada sebuah kereta api melintas. Dengan rasa teruja, dia melihat bagaimana kereta api itu berlalu megah di hadapannya tanpa berkelip mata.

Bertitik tolak dari situ, Kelvin mencari peluang untuk mendekati kawasan rel. Biarpun tak lama, asalkan sempat menghirup bau sudah cukup memadai.

Biarpun orang cakap asap kereta api busuk tetapi tidak bagi dirinya. Mengata yang macam-macam tentang pergerakan gerabak dan bunyi yang kadang kala 'huru-hara'.

''Bagi saya, semua tentang kereta api cukup mempersona. Sempurna dan mengilhamkan banyak perkara baru terhadap saya,'' katanya.

Pemegang Diploma Komunikasi Perhubungan Awam dari Kolej Taylor ini juga mengakui kerap mengulangkaji pelajaran di situ. Termasuk ketika menduduki kertas ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira empat tahun lalu.

Justeru, anak muda berusia 22 tahun ini mengabadikan rasa takjub dengan mencari model kereta api. Termasuk usaha untuk mendapatkan ganjaran berupa kereta api pemberian ibu bapanya.

Bahkan kesemua kereta api dimiliki mempunyai cerita tersendiri. Kebanyakannya dari jenis elektrik lokomotif dan keretapi pantas seperti Eurostar. Lengkap dengan trek gerabak berwarna kelabu sekali.

Eksekutif Komunikasi Korporat di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini juga sangat teruja untuk mencari model kereta api yang baru. Tambahan pula menjadi ahli Kelab Peminat Kereta Api memudahkan misi pencariannya di seluruh dunia.

Ditanya adakah Kelvin merasakan perbuatannya itu sebagai tindakan membuang masa, Kelvin menafikannya. Katanya, dia sanggup melaburkan wang gajinya untuk membeli replika kereta api semata-mata kerana minat.

Kecenderungan untuk memiliki model terbaru itu terus tertanam dalam jiwa. Sehingga dia benar-benar berkesempatan untuk memilikinya satu hari nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List