gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Berita Harian: Hip

Posted: 12 May 2011 11:02 AM PDT

Berita Harian: Hip


Ku Ada Kamu

Posted: 11 May 2011 03:58 PM PDT

Hip

Mengaku hubungan rapat tetapi enggan masing-masing mengulas soal cinta

TIDAK mahu perihal peribadi mahupun hubungan cinta dibayangi perjalanan seni kedua-dua bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini membuatkan pasangan ini memilih untuk mendiamkan diri.

Ketika gosip hangat mengatakan pasangan ini bercinta, Hafiz dan Adira lantas menyifatkan hubungan mereka sebagai hanya teman rapat, namun tidak menolak jodoh jika mereka ditakdirkan bersama. Selebriti juga bagaikan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, namun perihal yang membangkitkan soal hati ini ditolak tepi dulu kerana kedua-dua anak muda ini mahu dikenali berdasarkan bakat dan kerjaya, bukannya bayang-bayang kisah peribadi.

Kami masih muda

Ditemui ketika sesi fotografi di Studio Berita Harian baru-baru ini, Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz, 21, dan Siti Adira Suhaimi yang selesa dengan panggilan Adira, 20, tampak selesa bersama namun masing-masing jelas tenang saja apabila diasak berulang kali mengenai hubungan peribadi mereka.

"Kami hanya teman rapat dan kini masih dalam mengenal hati budi masing-masing. Secara jujur, saya memang antara peminat Adira dan tidak dinafikan saya banyak mengundi dia semasa dia di dalam Akademi Fantasia.
"Saya menggemari sikapnya yang penyayang, ceria dan comel serta karektor itu membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Memang diakui kami rapat namun belum sampai di tahap yang serius.

"Namun, hubungan cinta ini kami ketepikan dulu kerana saya dan juga Adira, masing-masing mahu fokus kepada kerjaya kami, tambah lagi kami masih muda sangat serta banyak lagi yang perlu kami pelajari," ujar jejaka kelahiran Sarawak ini.

Seolah berjanji, turut memberi reaksi yang sama, Adira, gadis berketurunan Kadazandusun ini berkata Hafiz adalah teman rapatnya yang memahami dirinya yang masing-masing berstatus selebriti kelahiran program realiti yang sama.

Katanya, pada usia mereka yang masih muda, mereka mahu memberi tumpuan pada kerjaya dalam bidang seni bukan dengan menghabiskan masa membesar-besarkan gosip peribadi yang mungkin boleh mengganggu kelancarannya kerjaya masing-masing.

"Kami kenal sejak keluar dari AF lagi, dan dari situ terjalinnya persahabatan kami. Makin lama, kami jadi makin rapat dan Hafiz juga banyak membantu saya dalam menguruskan karier seni saya serta kami banyak meluangkan masa bersama melepak bersama rakan-rakan.

"Hafiz seorang yang kelakar dan saya selesa berkawan dengan dia. Oleh itu, beri kami ruang untuk mengenali masing-masing dengan lebih mendalam lagi dan tidak salah rasanya untuk kami berkawan. Hal peribadi bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan," ujar gadis genit ini.

Memang meminati Adira

Hubungan mereka menjadi bertambah hangat apabila Adira dan Hafiz akan tampil berduet menyanyikan runut bunyi untuk filem romantis, Ombak Rindu yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lagu nyanyian duet ini adalah lagu tema utama untuk filem tersebut, diberi judul sempena nama filem itu sendiri Ombak Rindu.

Selain itu, kedua-dua bintang muda ini mahu terus melakar nama mereka dalam dunia seni tanah air di mana Hafiz, jejaka yang popular dengan lagu Awan Nano ini sedang sibuk dengan pembikinan lagu single berjudul Ku Akui yang dijangka keluar pada tahun depan.

Juga, bersempena Hari Ibu ini, Hafiz bersama tiga teman seangkatan iaitu Akim, Aril dan Maulana akan mengeluarkan lagu yang bertajuk Warkah Untuk Ibu, khas untuk kaum wanita yang sudah bergelar ibu di luar sana.

Hafiz juga dilantik sebagai penyanyi lagu tema untuk Sukan Sukma yang diberi judul Sukan Negara. Juara AF7 ini akui rezekinya makin murah selepas memenangi anugerah Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu yang lepas.

Melihat kepada perjalanan seninya yang masih jauh, Hafiz menyatakan hasratnya untuk membuka studio rakamannya sendiri kerana sebagai insan seni pastinya dia mahu terus berkarya selain memperbaiki kehidupan keluarganya yang jauh di Sarawak.

Tenang berdepan gossip

Naib juara AF8, Adira yang tidak putus-putus dikecam kontroversi ini tidak goyah dengan gosip yang melanda dirinya.

"Yang lepas biarkan ia berlepas begitu saja. Jika saya betul, saya tidak perlu takut dengan semua itu dan sedikit pun saya tidak marah dengan gosip yang dilemparkan kepada saya. Malah saya menerima semua ini dengan minda yang terbuka.

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan oleh sebab itu saya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri. Lagi banyak saya bercakap, lagi banyak hal yang timbul. Saya tidak boleh untuk menjaga hati semua orang dan sebagai artis baru yang mahu melangkah dalam bidang ini, saya memerlukan sokongan dari ramai pihak.

"Jika secara tidak langsung saya ada membuat kesalahan sebelum ini ataupun terlanjur, saya ingin meminta maaf. Saya juga sebagai manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan," kata gadis kelahiran Ranau, Sabah ini yang mahu fokus kepada karier seninya di samping melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu dan Ilusi ini dalam usaha mempertajamkan bakat lakonan dan pertuturannya dengan menghadiri kelas Bahasa Melayu serta kelas lakonan.

Nama: Mohd Hafiz Mohd Suip
Umur: 21 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Pencapaian: Juara AF 7, Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik AJL25
Single popular: Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano
Drama: Kau & Aku

Nama: Siti Adira Suhaimi
Umur: 20 tahun
Asal: Ranau, Sabah
Pencapaian : Naib juara AF
Single Popular: Ku Ada Kamu, Ilusi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akui vokal Salma lebih baik

Posted: 11 May 2011 03:51 PM PDT

Hip

Gandingan mantap Erra dan Salma menjadi perhatian ramai. Gambar kecil, Ibu popular ini bahagi masa
sebaiknya buat si kecil, Engku Aleesya.

Gandingan mantap Erra dan Salma menjadi perhatian ramai. Gambar kecil, Ibu popular ini bahagi masa sebaiknya buat si kecil, Engku Aleesya.

Erra enggan berasa selesa, bimbang protegenya cepat lalai

BUNTU seketika apabila penulis mengetahui tugasan seterusnya ialah liputan majlis pelancaran Luna Garden yang terletak di kedai buku MPH, Mid Valley, bersama pelakon jelita Erra Fazira, baru-baru ini. Majlis itu ialah satu daripada aktiviti Erra Art Club yang dilancarkan sejak November lalu.

Ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran, 2 tahun, ini boleh dikatakan kerap juga menghiasi ruangan Hip. Ingin bertanyakan soal rumah tangga, bimbang peminat jelak dengan kontroversi yang belum pasti kesahihannya. Erra sendiri pula, tentu letih menjawab soalan yang sama. Sekalipun berbuih mulut menafikan, tidak ada yang mahu percaya, sebaliknya cerita yang lebih hebat mengenai rumah tangganya tersebar.

Justeru, pada pertemuan itu, perbualan kami lebih banyak menjurus kepada kerjayanya yang terus utuh seakan tidak mampu digugat, biarpun ramai wajah baru silih berganti muncul di persada seni hiburan. Topik juga menyentuh kejayaannya membimbing Salma hingga peserta dari Sabah itu kini memacu tangga teratas dalam pertandingan realiti Mentor 5.

Namun kejayaan Erra membentuk Salma dijadikan pula bahan perbandingan apabila kemampuan vokal mereka dibanding-bandingkan. Kehebatan vokal protegenya dikatakan jauh lebih baik, berbanding Erra.

Pengalaman yang dikutip sepanjang bergelumang dalam kancah seni cukup mengajar Erra Fazira menjadi artis yang tidak mudah melatah. Sekali lagi kematangannya terserlah apabila diminta mengulas perkara itu. Bahkan wanita anggun ini sendiri tidak menafikan kenyataan itu.
"Saya pilih Salma sebab vokal dia. Memang tidak dinafikan vokal dia jauh lebih baik daripada saya, tetapi dalam Mentor, saya bukan bersaing dengan Salma. Tugas saya sebagai mentor ialah mengajar Salma apa yang diperlukan dalam nyanyian.

"Sewaktu memilih protege, Ajai menasihatkan saya supaya pilih peserta yang mampu menyanyi agar tidak menyukarkan tugas. Sekurang-kurangnya saya dapat jimatkan masa dengan memberikan tumpuan pada perkara lain, seperti persembahan dan juga imej.

"Walaupun Salma memiliki kelebihan vokal yang baik, tetapi dari segi persembahan dan sikap, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Saya sering ingatkan Salma supaya lebih yakin di pentas, sebagaimana Ratnah. Kelebihan Ratnah terletak pada keyakinannya ketika berada di atas pentas," katanya memuji protege Afdlin Shauki.

Meskipun Salma kini sedang mendahului dengan pungutan markah yang jauh lebih tinggi berbanding tiga protege lain yang berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu Shiha, Ratnah dan Iqa, namun bagi Erra, dia masih belum boleh berasa selesa dengan pencapaian protegenya itu.

Menurut Erra, apa saja boleh berlaku pada saat akhir kepada sebuah program realiti. Justeru, biarpun Salma sering mendahului namun dia tetap menyimpan debaran saban minggu, apabila protegenya beraksi.

"Saya tidak setuju apabila orang kata Salma dengan mudah boleh menang. Saya bimbang kenyataan sebegitu akan melalaikan dirinya. Jadi, saya sering ingatkan Salma dan diri saya sendiri bahawa kedudukan kami juga berdepan risiko, berada dalam bahaya.

"Benda ini bukan tidak pernah terjadi dalam Mentor apabila protege yang mendahului kecundang pada peringkat akhir. Oleh itu kami menjadikan perkara itu sebagai panduan agar tidak melalaikan Salma," kata Erra.

Gerun jayakan watak Mazni

SEMENTARA itu, Erra membuat pengesahan dia menerima tawaran sebagai pemegang watak utama teater Badai Semalam. yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, 11 hingga 20 November nanti. Dia turut mengaku sudah pun menerima rangka skrip pertama yang ditulis Khairunazwan Rodzi.

Bagaimanapun, dia kini giat mentelaah novel popular itu kerana naskhah berkenaan belum pernah dibacanya sebelum ini.

Terlalu banyak digembar-gemburkan dengan kehebatan novel berkenaan sehingga mengundang perasaan gerun di hati aktres ini. Siapa tidak bimbang membawakan watak Mazni, iaitu watak yang menunjangi jalan cerita teater itu kelak.

"Jika ditanya kepada mereka yang pernah membaca novel ini, ramai yang memuji kehebatan novel tulisan Khadijah Hashim terbabit. Oleh kerana ia tidak lahir pada zaman saya, jadi terus terang saya tidak pernah membacanya dan tidak mendapat gambaran mengenai watak Mazni.

"Begitupun, senaskhah novel berkenaan sudah pun diberikan kepada saya dan sudah beberapa bab juga yang saya baca. Sejujurnya, saya memang gerun kerana ramai yang menantikan pementasan teater ini. Saya akan cuba mengkaji watak Mazni dan berusaha untuk menghayatinya.

"Saya juga bersedia menerima kritikan setelah orang ramai menontonnya. Kita tidak mampu menghalang orang untuk mengkritik. Jika novel itu dibaca oleh 1,000 orang, ia bermakna ada 1,000 imaginasi. Jadi adalah sukar untuk memuaskan hati semua orang," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

Posted: 12 May 2011 03:48 AM PDT

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Suami dakwa Saida curang sehingga rumahtangga terabai

Posted: 11 May 2011 05:34 PM PDT

saida curangSiti Norsaida Tarudin yang telah memfailkan permohonan bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman akhirnya membuka pekungnya sendiri apabila suaminya menceritakan perkara sebenar apa yang telah terjadi sebelum ini.. Menurut suami Saida, Rumah tangga mereka terabai disebabkan Saida sedang angau dengan seorang lelaki lain.. Saida juga pernah kantoi dengan suaminya ketika mereka berdua berjumpa didalam kereta…

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya, Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,"

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab."

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," (petikan dari mstar)

Suami Saida, Mohd Ghazali mendakwa disebabkan perkara itulah Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah sebulan yang lalu… Kes penceraian ini akan disebut semula pada 15 Jun depan..

MyGosip harap kes ini tidak berakhir dengan penceraian.. jika benar apa yang dikatakan oleh suami Saida ni.. MyGosip harap Saida segera la insaf dan taat pada suami serta anak-anak yang tak bersalah tu.. Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa tu kan..

saida mohon cerai

Saida berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Posted: 12 May 2011 01:21 AM PDT

Harian Metro: Rap


Erra tak pernah merajuk

Posted: 11 May 2011 08:10 AM PDT

GANDINGAN dua anak seni berbeza perspektif ini sememangnya menarik dan unik, sekali gus memberikan satu suasana temu bual yang jauh tersasar. Kelainan itu bakal membuka satu dimensi baru yang melangkaui imaginasi.

Mana tidaknya, pertama kali dipertemukan, ia tidak sekali mengundang rasa janggal sebaliknya primadona filem tempatan, Erra Fazira begitu bijak menyusun cerita bagi memancing perhatian pasangannya, aktivis teater terkenal, Namron Abdan yang jelas tampak kekok pada awalnya.

Bagaimanapun, senario itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana mengenali jiwa seni Namron yang sebelum ini ligat beraksi di pentas teater, soal fotografi dan segala macam material publisiti bukanlah 'makanannya'. Mujur Erra yang sudah lebih 15 tahun berdiri depan lensa kamera, bijak membuka ruang buatnya bernafas selesa.

Seloroh Namron yang sebelum ini terkenal menerusi lakonan hebatnya sebagai teraju utama filem Aku Tak Bodoh, pelik sungguh apabila diminta jurugambar memberikan gaya terbaik.


"Maklumlah, kalau ditanya mana kiblat mencari emosi atau teknik menyelongkar perasaan sebelum melontar skrip, itu munasabah saya usahakan. Namun, jika diminta tersenyum depan kamera, ia sedikit cabaran buat saya.


"Kelakarnya, Erra pula membantu menyolekkan saya sebentar tadi kerana bimbang wajah terlalu bersahaja dan tidak selari dengan penampilannya sebagai pasangan," katanya tersenyum.

Entah apa agenda tersembunyi, hakikatnya si empunya nama sebenar Fazira Wan Chek disatukan julung kalinya bersama Namron untuk naskhah sentuhan Sabri Yunus, Sanggul Beracun.

Drama istimewa terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd untuk pakej Citra di Astro itu mengangkat simbolik mitos dan perjalanan misteri seorang wanita yang membunuh kejam 100 suami bagi mengekalkan kejelitaan yang diberikan kuasa syaitan.

Ia digarap mengikut kisah dongeng klasik seram mempertaruhkan Erra selaku teraju utamanya bersama Namron, Haryanto Hassan dan Kaza Saisi bakal menemui penonton Ahad ini, jam 10 malam eksklusif di saluran 131, Astro Citra.

Memegang watak sebagai Siti Aminah, aktres terkenal ini mengakui Sanggul Beracun antara yang terbaik dan berbeza berbanding mana-mana naskhah yang pernah dilakonkannya.

"Meneliti skripnya dan memahami keseluruhan plot cerita, drama ini memerlukan semangat dan kesungguhan yang berbeza. Watak saya menuntut semua perasaan yang ada dan segala macam emosi yang tersorok.

"Saya percaya 10 hari menjalani penggambarannya dengan gandingan hebat bersama Namron, memberikan satu pengalaman dan kepuasan yang luar biasa.

"Mana tidaknya, kisahnya berpaksikan mitos yang kononnya Aminah terperangkap dalam satu perjanjian syaitan. Wajah Aminah hodoh sejak dilahirkan hingga ibu kandung sendiri meninggalkannya sebaik dilahirkan dan tidak lama kemudian, ayahnya pula meninggal dunia.

"Lantas Aminah mengandaikan dirinya pembawa malang dan menyeru akan nasibnya yang memiliki wajah hodoh. Entah mana datangnya kuasa itu, Aminah diberikan wajah jelita, namun berpegang pada satu syarat, dia perlu membunuh 100 lelaki yang dikahwininya pada malam pertama.

"Walaupun pernah singgah rasa ingin berubah dan cintakan lelaki yang dikahwininya, syaitan itu akan datang berbisik kepadanya untuk mengingatkan soal perjanjian jika tidak mahu kembali menjadi buruk.

"Bayangkan, saya perlu memberikan sepenuh rasa untuk menghidupkan watak ini dan semuanya bertambah rumit apabila muncul pula watak Hassan lakonan Namron.

"Namun, semuanya adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat diteka penonton jika gagal mengamati jalan ceritanya nanti. Sanggul Beracun adalah kisah serius penuh konflik," katanya yang begitu mengagumi Sabri selaku pengarah.

Terlanjur bertemu aktres yang popular dengan deretan filem hebat dan pelbagai pengiktirafan pada majlis anugerah ini, lekas bibir bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya.

Sedar atau tidak, bintang berusia 37 tahun kelahiran Rawang, Selangor ini bagai sedikit senyap dan tidak sekerap dulu untuk muncul di gelanggang publisiti untuk lakonan di layar perak. Lama-kelamaan, pesona bintangnya bagai ditenggelami wajah baru yang kian menyinar.

Menafikan ada bayangan ingin bersara atau merajuk daripada mana-mana pihak, Erra yang juga bintang filem Sembilu dan Hingga Hujung Nyawa ini memberitahu dirinya masih ada cuma kini komitmen dan tanggungjawabnya bukan setakat sibuk mengukuhkan kerjaya sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada keluarga.

"Saya sendiri yang memperlahankan kerjaya seni kerana ingin meluangkan lebih masa dengan keluarga dan membesarkan Engku Aleesya. Maklumlah, saya tidak mahu keluarga dan anak membesar tanpa perhatian sepenuhnya daripada saya.

"Jujurnya, lebih 15 tahun bergelumang dalam lapangan seni dan membina empayar hingga ke hari ini, saya sudah puas dan mampu tersenyum dengan pengalaman yang ada.

"Justeru tidak timbul soal merajuk atau terasa dengan kebangkitan wajah baru kerana sebagai seorang anak seni, saya begitu bangga melihat perkembangan industri perfileman yang tidak lagi ketandusan pelakon dan kekeringan idea untuk menggarap filem nafas baru.

"Itu semua lumrah dan saya sudah bersedia untuk mengatur langkah ke fasa baru yang jauh lebih dewasa," katanya yang kini menunggu kontraknya sebagai wajah eksklusif Astro disambung untuk tahun ketiga.

Mendengar sembang si jelitawan itu, Namron atau nama sebenar, Shahili Abdan sesekali menjengah pendapat dari jauh. Namun, jelas gaya mencelah anak kelahiran Kangar, Perlis ini begitu halus berlapik pendapatnya yang sebenarnya pedas.

Peluang mendekati jiwa anak seni berbakat besar ini tidak sekali dipersiakan. Meskipun hadir bagi mempromosikan drama terbaru lakonan mereka berdua yang bakal ditayangkan di Astro Citra, sembangnya jauh melarat.

Melihat pandangan mereka mengenai perkembangan industri seni, meninjau ulasan peribadi akan isu tertentu, malah sesekali masing-masing meluahkan pengalaman lampau untuk dijadikan topik perbualan.

Lain pada gayanya, berbeza pada laras bercerita, kedua-dua bintang penuh warna ini begitu rancak berkongsi pengalaman berlakon bersama.

Namron sendiri umpamanya yang bakal muncul dengan teater Tycoons bermula 20 hingga 28 Mei ini bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka menyifatkan setiap tawaran lakonan itu adalah keajaiban buatnya sebagai anak seni.

"Setiap karya atau naskhah yang datang menjemput saya bagi menghidupkan watak
di dalamnya adalah sesuatu yang begitu indah rasanya. Lantas, peluang melakonkan watak Hassan menerusi Sanggul Beracun ini saya andaikan sebuah ruang bagi terus membuktikan minat lakonan saya yang mendalam.

"Lakonan sebuah budaya seni yang begitu halus dan memerlukan sepenuh fokus untuk menggerakkannya. Namun, peranan pengarah dalam menggarapkan sesebuah emosi itu begitu besar dan itu juga antara faktor utama mengapa saya begitu seronok untuk berlakon dalam drama ini. Sabri Yunus adalah penggiat teater yang begitu kreatif dan punya gaya kepengarahannya sendiri dan pastinya saya percaya dengan kredibilitinya.

"Bercerita soal kerjaya lakonan saya yang lain, memang diakui ia tiada elemen populariti atau sebarang publisiti seperti kerja seni lain kerana kebiasaannya seni pentas teater bukan mencari nama atau mengumpul peminat kerana apa yang penting adalah perjuangannya sendiri. Namun, saya akui walau sejauh mana sekalipun mesej sesebuah teater itu, ia akan lebih lengkap jika ada sedikit suntikan komersial yang diberi.

"Lantas saya kini gigih mencari ruang untuk membawa karya tersembunyi itu untuk dibawa ke depan agar peminat seni lain akan ia dapat dikongsikan dengan semua," katanya yang pernah membintangi beberapa filem lain termasuk Misteri Jalan Lama, Histeria, Gubra dan Paloh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu kembang seni negara

Posted: 11 May 2011 08:05 AM PDT

BUKAN hanya dikenali menerusi lakonan, pembabitan Omar @ Abdul Majid Puteh atau Aimi Jarr, 72, dalam dunia seni tanah air cukup dikenali dengan mata penanya yang kritis dan telus.

Sebagai wartawan hiburan merangkap penulis skrip beliau berpengalaman luas mengenai selok-belok dunia seni tanah air lebih-lebih lagi era filem Melayu sekitar 50-an dan 60-an.

Beliau menyambut seruan Ilahi di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur jam 8.05 pagi Selasa akibat serangan jantung.

Sepanjang hayatnya, minat dan kecenderungan terhadap bidang penulisan tidak pernah padam. Sehinggakan pada usianya itu Allahyarham masih aktif sebagai panel perunding skrip di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selain berkhidmat bersama rakannya, Datuk Yusof Haslam di Skop Productions Sdn Bhd sebagai panel penulisan skrip.


Ia turut diakui rakan seangkatan dan turut mengagumi bakat dan kebolehan arwah dalam bidang seni. Bukan hanya banyak berjasa dalam dunia seni malah penulisannya yang kritis dan telus turut membantu perkembangan dunia seni tanah air.


Bagi bekas Presiden Seniman dan pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang kali terakhir bertemu arwah pada Jumaat lalu, ia satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air.

Beliau yang menganggap rakannya itu cukup dikenali dengan penulisan selain sumber rujukan utama memandangkan berpengalaman luas dalam dunia seni.

"Saya mengenalinya sejak 1955. Dia seorang wartawan hiburan yang banyak mengetahui mengenai artis 50-an dan 60-an. Dia tidak henti menulis sejak bertugas di majalah Gelanggang Filem terbitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee lagi. Ini satu kehilangan besar buat kita.

"Dia bagaikan rujukan kepada kami sehinggakan ada beberapa babak dan lakonan membabitkan saya sendiri cukup diingati. Memang dia banyak mengetahui mengenai selok-belok filem Melayu disebabkan itu dia mendapat kepercayaan Finas.

"Kami juga berkesempatan berlakon bersama dalam drama bersiri 13 episod, Pak Kadok yang masih disiarkan di TV2 setiap Sabtu jam 5 petang," katanya ketika ditemui di Masjid Klang Gate, Hulu Klang, kelmarin.

Mengulas corak penulisan Aimi, Mustapha berkata, arwah agak kritis dan telus.
Bagaimanapun, katanya, ada yang suka dan ada di kalangan beberapa pihak kurang menyenanginya sehingga membabitkan kes pukul. Malah ia menjadi antara kes yang cukup sukar diselesaikan Cathay Keris.

"Saya kagum dengannya yang cukup profesional. Ramai artis terhutang budi kepadanya. Dia banyak berjasa dalam dunia hiburan. Jiwa pada bidang penulisan cukup sebati dalam hidupnya. Selain berlakon dia juga menulis skrip," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, Allahyarham sebagai rakan dan penulis yang baik. Dia mengenali Allahyarham lebih 50 tahun lalu.

"Dia bukan sekadar wartawan tetapi sentiasa memberi pandangan mengenai filem dengan ideanya tersendiri. Kali terakhir kami berlakon bersama dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur (TV1) baru-baru ini.

"Saya agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan bertemunya kali terakhir kerana sebelum ini saya dapat tahu dia kurang sihat," katanya.

Pelawak dan pelukis, A Rahim Muda atau Imuda pula, berkata arwah berpengalaman luas dalam bidang seni.

Katanya, walaupun pernah menulis mengenai berita membabitkan dirinya, namun menganggap arwah cukup profesional dalam kerjayanya.

"Dia seorang penulis yang berani. Saya masih ingat dia ada menulis mengenai gosip saya berkahwin dengan Susan Lancester tidak silap saya ketika dia bertugas di majalah VariaPop.

"Walaupun digosipkan saya tidak memberikan apa-apa maklum balas. Pada saya ia adalah sebahagian daripada tugasnya malah saya juga tidak perlu memberi maklum balas kerana ia hanya khabar angin," katanya.

Jenazah Aimi disembahyangkan di Masjid Klang Gate sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Hulu Klang selepas solat Zuhur, kemarin.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, tiga anak - Norimy, 44, Norlizda, 40, dan Romy, 34, serta dua cucu.

Saudara-mara, kenalan media dan rakan artis turut menziarahi jenazah antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk A Rahman Hassan, Datuk M Daud Kilau, Datuk Sarimah Ahmad, Ahmad Tamimi Siregar, Rubiah Suparman, Habsah Hassan, Abby Abadi, Lydiawati dan Noreen Nor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Posted: 12 May 2011 01:03 AM PDT

Kosmo Online - Hiburan


Artis realiti TV berdikari

Posted:

Artis realiti TV berdikari

Artis realiti TV berdikari



MENJADI 'graduan' program realiti televisyen bagaikan satu bonus buat Ahmad Nubhan Ahmad atau Nubhan dan Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. untuk mudah dikenali atau dalam erti kata lain cepat popular.

Nubhan mula dikenali umum selepas program realiti televisyen Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang berlangsung pada tahun 2008 manakala Mohd. Izwan atau nama komersial Mohd. lahir daripada program Mentor musim keempat pada tahun lepas.

Namun, tidak mudah sebenarnya untuk mereka meredah dunia hiburan. Apatah lagi persaingan hebat dengan muka-muka baru yang wujud daripada pelbagai program realiti TV yang lain.

Tempoh tiga tahun selepas bergelar graduan AF6, membuatkan Nubhan, 25, menimba selok-belok dunia hiburan. Kini, pengalaman yang ada memaksanya untuk berdikari sendiri apatah lagi bebas untuk memilih hala tuju kerjayanya.

Kata Nubhan: "Sudah tiga tahun saya bergerak di bawah pengurusan. Kini tibalah untuk saya berdikari dan bergerak sendiri. Bukan bermakna saya ada masalah dengan pengurusan tetapi ia berlaku dengan cara baik."

Baru sebulan bergerak menguruskan sendiri di bawah syarikatnya, Nubhan Entertainment, pelbagai perancangan kerjayanya pada masa hadapan sedang berlegar-legar di benak anak muda yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Bagi Nubhan, dia kini bebas untuk menentukan hala tujunya sendiri biarpun menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal dilalui.

"Sebelum bergerak menguruskan sendiri, saya sudah mengkaji pelbagai aspek yang akan saya lalui pada masa hadapan. Apabila difikirkan masak-masak, saya telah buat keputusan untuk menanggung risiko yang akan dilalui.

"Dengan bergerak sendiri sekurang-kurangnya saya boleh mencapai impian sendiri dengan lebih mudah tanpa apa-apa kongkongan," kata Nubhan yang telah menubuhkan Nubhan Entertainment sejak setahun lalu.

Fasa baru perubahan Nubhan setelah menguruskan sendiri kerjayanya bermula dengan perubahan pertama iaitu imej yang lebih segar dan sesuai dengan usianya.

Masih mengekalkan imej remaja, Nubhan kini ingin dikenali dengan gaya yang lebih matang dan bergaya agar lebih diterima oleh pelbagai lapisan peminat.

Masih ingin mahu mendapat tempat di hati peminat remaja, Nubhan kini juga berusaha agar lebih dikenali oleh golongan dewasa dan korporat. Buktinya, Nubhan sudah mula meletakkan tapaknya dengan menyertai persembahan di majlis-majlis korporat.

"Imej terbaru saya bukanlah perubahan besar tetapi ia cuma disegarkan dengan gaya yang lebih matang sesuai dengan usia saya kini. Elemen remaja masih dikekalkan dalam penampilan saya.


DUA anak muda ini menaruh harapan yang tinggi untuk mencipta nama dalam dunia nyanyian tanah air.


"Penampilan ini juga perlu agar saya diterima oleh golongan-golongan korporat dan bukan sahaja peminat remaja yang masih menyokong saya," katanya ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Strategi pertama Nubhan seakan tercapai apabila dia kini mula diterima golongan korporat. Tidak mudah untuk penyanyi remaja sepertinya untuk serasi dengan majlis rasmi, Nubhan kini berusaha mencari jalan agar identitinya diterima.

Pelbagai aspek dipelajari termasuklah cara berkomunikasi, etika berpakaian serta lagu-lagu yang sesuai untuk meraikan golongan-golongan eksekutif.

"Saya banyak belajar daripada persembahan artis-artis hebat yang sering diundang melakukan persembahan dalam majlis rasmi.

"Dari situ, saya belajar bagaimana untuk mendekatkan diri dengan mereka. Pastinya cara berkomunikasi mesti betul dan golongan itu lebih meminati lagu-lagu lama. Saya sedang berusaha untuk mencapai ke arah itu," katanya lagi.

Namun, berbeza pula ceritanya dengan Mohd. Namanya pernah melonjak suatu ketika dahulu, apatah lagi menjadi protege penyanyi tersohor Ziana Zain menaikkan lagi popularitinya.

Lesu

Bagaimanapun, setelah bergelar juara dan keluar daripada program itu nama Mohd. seolah-olah tenggelam, tidak seperti juara Mentor sebelum itu iaitu Black dan Fiq.

Tidak menyalahkan sesiapa, Mohd. yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone akur bahawa rezekinya masih belum tiba namun komited untuk mengeluarkan albumnya pada tahun hadapan.

"Memang nama saya agak lesu ketika ini. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Mungkin kerana pasaran hiburan belum membuka ruang untuk saya mengeluarkan album sendiri.

"Namun, saya tetap komited untuk berusaha menghasilkannya (album) kelak. Kak Ziana (Ziana Zain) juga banyak membantu saya walaupun kami tidak lagi bersama selepas berakhirnya program Mentor," kata Mohd. kepada Kosmo!.

Mohd. baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Nasib sejak dua minggu lalu. Kini, lagu-lagu tersebut boleh didengari di stesen-stesen radio tempatan.

Menariknya, single tersebut memberi makna yang besar kepadanya kerana lirik lagu tersebut merupakan ciptaannya sendiri.

"Lagu Nasib yang berentak rancak sudahpun boleh didengari di corong radio. Lagu ini memberi makna yang besar kepada saya kerana liriknya merupakan ciptaan pertama saya sendiri.

"Selain lagu ini, saya juga telah mencipta tiga buah lagu lain untuk dimuatkan dalam album saya itu nanti," kata Mohd.

Mohd. yang masih solo turut menyatakan ciri-ciri gadis pilihannya jika jodoh sampai. Mahu serasi dengan jiwanya, Mohd. memilih untuk mendekati gadis berjiwa tradisional.

"Saya mengimpikan seorang gadis kampung kerana saya juga dari kampung. Dia mestilah bertudung, pandai menjaga hati orang tua dan tidak terlalu bersosial," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yasin tak merajuk

Posted:

Yasin tak merajuk

Yasin tak merajuk

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SIBUK menguruskan syarikat miliknya, Hush Entertainment Sdn. Bhd., Yasin mempunyai projek baharu bersama Amy Search.


RASANYA sudah agak lama tiada berita mengenai penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ketika ini. Kisah-kisah mengenai perjalanan karier seni yang terkenal menerusi lagu Teman Sejati itu juga sudah jarang dipaparkan di media massa.

Sehingga ada cerita-cerita kurang enak yang mengatakan penyanyi yang cukup sinonim dengan kumpulan Brothers suatu ketika dahulu sudah merajuk dan tidak mahu terbabit lagi dalam industri seni.

Malah, pernah juga diberitakan bahawa penyanyi berkenaan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah emosi yang agak kronik sehingga tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, kesempatan bertemu penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila dan Salsabila itu baru-baru ini, dia sempat diajukan pertanyaan mengenai perkara tersebut.

"Saya sebenarnya tidak pernah hilang dan masih lagi bergiat aktif dalam industri seni. Cuma kini saya terbabit dengan kerja-kerja di belakang tabir.

"Jadi tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan saya terus bersara dalam industri ini adalah tidak benar. Saya suka dengan kerja yang saya lakukan ini sebab rasa lebih enjoy dan puas," ujarnya.

Menurutnya, biarpun tidak tampil di media massa, namun kariernya sebagai penyanyi masih lagi berjalan. Malah, biasanya pada hujung minggu dia turut mendapat tawaran untuk membuat persembahan pentas.

Mengenai projek terbarunya pula, beritahu Yasin, buat masa ini dia sedang sibuk menghasilkan single terbaharu menerusi lagu bertajuk Takbir Cinta, kolaborasi bersama Amy Search.

Ketika ini, lagu Nur Kasih yang juga menjadi lagu tema untuk filem Nur Kasih The Movie hasil ciptaan dan nyanyiannya bersama Tiz Zaqyah kerap berkemundang di corong-corong radio.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia sudah kembali semula bersama kumpulan Brothers, penyanyi berkenaan menjelaskan dia kini masih lagi bergerak secara solo.

"Walaupun tidak berada dalam satu kumpulan, tetapi saya dan Brothers masih lagi bersama. Adakalanya kami akan membuat persembahan bersama-sama atau pun kalau saya anjurkan sebarang acara, saya akan jemput mereka," ujarnya.

Pada masa yang sama, dia kini turut sibuk menguruskan syarikatnya sendiri iaitu Hush Entertainment Sdn. Bhd. yang menjalankan kerja-kerja seperti rakaman dan penghasilan lagu.

Hampir batal

Pada tanggal 29 dan 30 April lalu, Yasin membuat persembahan pada Islamic Song Festival yang diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara artis yang bakal menghiburkan para peminat di Malaysia seperti La Rappel (Perancis), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brothahood (Australia), Budi (Jerman) dan Aashiq al-Rasul (United Kingdom)

Bagaimanapun, persembahan yang membabitkan ramai penyanyi di serata dunia itu hampir dibatalkan kerana berhadapan masalah dengan pihak penganjur.

"Mulanya memang saya berasa agak kecewa kerana ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Malah, kebanyakan artis luar negara yang membuat persembahan juga telah datang ke Malaysia.

"Kemudian tampil beberapa pihak yang membantu menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, akhirnya persembahan dapat dilakukan pada 1 Mei yang lalu," jelasnya.

Tambah Yasin lagi, dia berasa lega apabila masalah berkenaan dapat diselesaikan. Namun dia turut bimbang kerana ia boleh mencemarkan nama baik Malaysia memandangkan kehadiran ramai artis luar negara pada festival tersebut.

"Kesemua artis yang datang telah membuat persembahan meskipun hanya berlangsung sehari. Saya sendiri dapat menyanyikan lima buah lagu pada malam itu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Super Junior M di Taiwan

Posted:

Super Junior M di Taiwan

Super Junior M di Taiwan


SUPER JUNIOR M


SUPER JUNIOR M yang merupakan sub unit band popular Korea, Super Junior kini berada di Taiwan selama dua bulan untuk tujuan promosi album mini terbaru mereka yang berjudul Perfection.

Band Super Junior M yang dianggotai oleh Si Won, Donghae, Ryeowook, Kyuhyun, Henry, Zhou Mi, Eunhyuk dan Sungmin itu sibuk menghadiri program televisyen di Taiwan.

Dalam program televisyen Entertainment @ Azio yang dikendalikan oleh Patty Hou dan disiarkan pada 5 Mei lalu, Sungmin mendedahkan selepas menetap di Taiwan untuk jangka masa yang lama, dia kini mampu minum lebih daripada 10 cawan teh buih sehari.

Tabiatnya itu menyebabkan bentuk wajahnya semakin bulat. Anggota yang lain juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di Taiwan terutamanya tentang skil bahasa Mandarin.

Bagi memantapkan bahasa Mandarin mereka, setiap anggota Super Junior M wajib membawa buku nota kecil umpama kamus yang membantu mereka menyebut ayat dalam bahasa Mandarin dengan betul.

Disebabkan bahasa Mandarin mereka masih lemah, mereka kerap kali melakukan kesalahan apabila sesi temuramah dijalankan. Malah, mereka juga sering tersalah tafsir soalan yang diajukan kepada mereka.

Ketika Kyuhyun disoal sama ada dia berminat untuk bekerja dengan penyanyi idolanya Zhang Huimei atau nama pentasnya A-Mei, dia menyangka dia disoal sama ada dia mahu pergi minum dengan A-Mei.

Selain itu, mereka juga berkongsi mengenai barangan yang wajib dibawa sepanjang masa dan tidak secara langsung mendedahkan bahawa Henry tidak suka mandi tetapi selalu membawa berus gigi dan ubat gigi ke mana sahaja dia pergi.

"Saya tidak kisah jika saya tidak mandi selama seminggu, sebulan ataupun setahun tetapi saya tidak boleh hidup tanpa menggosok gigi walaupun sehari," kata Henry.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zon Artis

Posted: 12 May 2011 12:05 AM PDT

Zon Artis


(Gambar) Bakal Isteri Keempat Salih Yaakob

Posted: 11 May 2011 07:35 PM PDT

GAMBAR BAKAL ISTERI KE-4 SALIH YAAKOB

Nampaknya, memang benar yang abang Jem kita, Salih Yaakob akan melengkapkan kuota poligami kerana dia akan bernikah dengan seorang gadis berusia 24 tahun yang berasal dari negeri Johor dan kini menuntut di UiTM Shah Alam. Nama gadis tersebut ialah Emi (nama penuh tak tahu pula kami).

GAMBAR BAKAL ISTERI KEEMPAT SALIH YAAKOB

Mengikut perancangan, Salih Yaakob dan Emi akan melangsungkan pernikahan selepas Aidilfitri nanti berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Tahniah abang Jem. Abang Jem memang hebat. Kalau ada mana-mana lelaki yang rasa nak berpoligami tu, bolehlah dapatkan tips dari abang Jem kita ni. Confirm berjaya punya. Huhu.. Apa-apa pun, Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Psstt: ~ Apalah agaknya dosa minuman ni yer?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Afif & Salima Sudah Clash Dan Gambar Kekasih Baru Afif?

Posted: 11 May 2011 04:41 AM PDT

GAMBAR AFIF AF9 BERSAMA KEKASIH BARU

Serius, kami baru tahu yang Afif AF9 yang juga bekas peserta MyStarz LG sudah clash dengan Salima AF4 selepas membaca artikel di portal murai.com.my. Kami tak sangka yang diorang akan clash sebab tengok gambar diorang suatu ketika dulu (gambar di post ini), macam dah confirm je akan jadi suami isteri. Tapi akhirnya, clash juga.

Ini penjelasan Afif yang kami petik dari portal murai.com.my:

"Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim 9.

Tapi kini Afif sudah ada pengganti. Menurut Afif:

"Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah,"

Dan adakah kekasih baru yang dimaksudkan oleh Afif itu adalah wanita yang dipeluknya pada gambar kat bawah ni? Atau wanita tu adalah kekasih lama sebelum Afif bercinta dengan Salima? Afif, tolong jawab sket.

GAMBAR AFIF AF9 BERSAMA KEKASIH BARU

Psstt: ~ iPad 2, Blackberry Bold 3 dan iPod Touch untuk dimenangi

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List