gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 02 May 2011 11:16 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Kulit kekal licin dua tahun

Posted:

Kulit kekal licin dua tahun

Kulit kekal licin dua tahun


SEGARKAN kulit selepas rawatan membuang bulu dengan sapuan krim ais daripada Strip.


PENGALAMAN membuang bulu di badan menggunakan teknik melilin pasti meninggalkan memori yang sukar dilupakan. Ramai yang sanggup menahan sakit saat lilin yang disapukan pada bahagian tertentu badan ditarik dengan pantas sekali gus mencabut bulu-bulu halus yang tidak diingini.

Walaupun sakitnya hanya sekejap, perasaan gemuruh dan pedih bagi mereka yang pertama kali menjalani rawatan ini tidak sama dengan mereka yang sudah melakukannya secara rutin kerana bulu yang tumbuh lebih halus kurang menyakitkan apabila menjalani rawatan ulangan.

Bagi mereka yang berkemampuan pula, mereka lebih suka memilih teknik laser yang dapat menghapuskan bulu roma secara kekal. Tetapi, teknik ini juga tidak kurang menyeksakan.

Namun, wanita hari ini mempunyai alternatif rawatan membuang bulu roma yang bukan sahaja tidak menyakitkan, malah pantas dan dapat kekal licin dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Menurut Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam, Strip Ministry of Waxing, Janet Lim, rawatan Intense Pulsed Light (IPL) ialah kaedah membuang bulu roma di badan secara separa kekal menggunakan cahaya untuk menggugurkan bulu roma yang tidak dikehendaki.


KESELESAAN pelanggan menjadi keutamaan semasa rawatan dijalankan.


"Teknik ini melambatkan pertumbuhan bulu baru dan sekiranya tumbuh, ia sangat halus dan seakan-akan tidak kelihatan. Justeru, pelanggan mungkin tidak perlu lagi menjalani rawatan membuang bulu. Struktur kulit juga lebih cerah," katanya.

Janet memberitahu, IPL ialah pilihan rawatan membuang bulu di badan yang ideal kerana selepas rawatan kali keempat hingga keenam, bulu tidak akan tumbuh untuk sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun atau lebih.

"Masa dan wang yang dihabiskan untuk mencapai impian ini juga telah terbukti jauh lebih rendah berbanding rawatan lain jika dikira untuk jangka masa panjang. Melalui rawatan selama empat tahun atau lebih dengan IPL, anda boleh menjimatkan wang sebanyak RM1,500 setahun," katanya.

Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, Janet memberitahu, sebanyak enam sesi rawatan diperlukan dan dijalankan secara mingguan.

"IPL boleh dilakukan di mana-mana kawasan di seluruh badan. Untuk rawatan IPL di wajah, sebanyak sepuluh sesi diperlukan kerana kulit wajah lebih sensitif dan rawatan yang lebih lembut diperlukan untuk membuang bulu di kawasan tersebut," katanya yang menjamin Strip menitikberatkan kualiti perkhidmatan dan kebersihan.

"Strip menjadi salun kecantikan pertama yang menawarkan rawatan IPL di Malaysia tetapi rawatan ini sudah diakui berkesan oleh pelanggan-pelanggan kami di salun Strip di Singapura, New York, London, Shanghai, Hong Kong, Bangkok, Jakarta dan Manila," katanya.

Dalam pada itu katanya, Strip juga popular dengan losen yang merawat bahagian kulit yang telah dililin seperti krim luar Bromelaine-laced X'ED, krim ais Strip dan krim IPL yang melegakan kulit yang telah dirawat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serban Hari Vaisakhi

Posted:

Serban Hari Vaisakhi

Serban Hari Vaisakhi

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB


PERTANDINGAN memakai serban antara aktiviti dilakukan pada sambutan Hari Vaisakhi.


BACAAN kitab Guru Granth Sahib setebal 1,430 halaman memecah kesunyian di rumah ibadat Gurdwara Sahib di Sentul, Kuala Lumpur. Bacaan sejak pukul 8 pagi itu dihayati penuh khusyuk oleh tetamu yang hadir.

Bacaan itu adalah simbol kepada kemuncak perayaan Hari Vaisakhi yang disambut pada 14 April setiap tahun. Di Malaysia, terdapat hampir 100,000 penganut Sikh.

Mereka merayakan Vaisakhi sebagai memperingati penubuhan Akal Khalsa (Tentera Abadi) oleh guru Sikh ke-10, Guru Gobind Singh pada tahun 1699.

Perayaan itu jugalah yang menjadi pemula gelaran Singh bagi lelaki dan Kaur kepada wanita Sikh.

Presiden rumah ibadat itu, Gurdiall Singh berkata, Vaisakhi dirayakan selama tiga hari berturut-turut menjelang 14 April dengan pelbagai aktiviti mengiringinya.

Ini termasuklah upacara sembahyang, nyanyian, tarian, pertandingan rambut terpanjang serta pertandingan memakai serban.

"Seperti perayaan kaum lain, sambutan Vaisakhi hanya sekali dalam setahun. Jadi, kemeriahan perayaan itu semestinya meninggalkan kenangan berpanjangan kepada para penganut khususnya kanak-kanak.

"Lebih penting, ia membina dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan dalam kalangan penganut Sikh," katanya sambil memerhati gelagat kanak-kanak yang berlari-lari riang di rumah ibadat tersebut.

Figura berusia 50-an itu memberitahu, sepanjang sambutan selama tiga hari tersebut, kerjasama antara penganut dapat dilihat apabila mereka bertungkus-lumus menyediakan juadah berasaskan sayur-sayuran seperti zarba atau nasi manis, manisan dan minuman.

Tujuannya adalah untuk memastikan dewan makan Gurdwara Sahib itu sentiasa dipenuhi pelbagai sajian untuk tetamu yang bertandang.

Gurdiall berkata, dianggarkan seramai 5,000 penganut Sikh membanjiri rumah ibadat itu. Mereka datang dari kawasan seperti Selayang, Kepong, Batu Caves dan Kuala Lumpur.

Rambut


SELAIN golongan lelaki, wanita Sikh juga menyimpan rambut panjang.


Majlis sambutan Vaisakhi di Gurdwara Sahib, Sentul itu turut dimeriahkan oleh kehadiran beberapa tetamu kehormat seperti Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Gurdiall memberitahu, amalan menyimpan rambut panjang oleh masyarakat Sikh adalah satu tuntutan tidak kira lelaki ataupun perempuan kerana ia melambangkan kesyukuran kepada tuhan.

"Kami pakai minyak kelapa untuk pastikan rambut sentiasa sihat dan panjang sebelum disikat menggunakan sikat khas yang dipanggil kengga," katanya.

Mengulas lebih lanjut tentang keunikan masyarakat Sikh, Gurdiall berkata mereka berpegang kepada 5K iaitu rambut (kesh), sikat kayu (kengga), gelang besi (khada), senjata berupa kerambit (kirpan) dan seluar pendek (kachara).

Tahap kesetiaan penganut Sikh dapat dilihat apabila mereka mempraktikkan K yang diwajibkan kepada mereka pada hari pembaptisan menjadi seorang Sikh termasuk kengga.

Ulasnya, seorang Sikh perlu rajin membersihkan rambutnya yang panjang menggunakan kesh agar kesucian rambut itu dapat dikekalkan.

"Sikat kayu bukan sahaja untuk menyisir rambut malah diletakkan di atas kepala di dalam serban oleh kaum lelaki," katanya sambil menambah amalan itu sebagai mencontohi Guru Nanak, seorang pendakwah agama itu.

Gurdiall berkata, pemakaian kirpan di pinggang melambangkan sifat mempertahankan diri dan membantu mereka yang teraniaya. Bagaimanapun, ia tidak bertujuan mencederakan orang lain.

Khada atau gelang besi yang dipakai di pergelangan tangan dan kaki pula sebagai menghormati agama mereka.

Bagi melengkapkan perayaan Vaisakhi, Gurdiall memberitahu setiap penganut Sikh harus mempunyai hati yang bersih dan suci.

"Hati memainkan peranan yang penting dalam menghayati agama yang dianuti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 02 May 2011 09:47 AM PDT

Utusan Online - Johor


Kelas bahasa Punjabi dibuka

Posted:

Kelas bahasa Punjabi dibuka

Kelas bahasa Punjabi dibuka

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman (kiri) menerima cenderamata daripada pemimpin Sikh Johor di Rumah Terbuka Vasakhi 2011 di Restoran Grand Straits Garden, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 1 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan RM150,000 dalam bentuk geran bagi membuka kelas bahasa Punjabi bertujuan memulihara dan mengangkat martabatnya yang semakin dilupakan generasi muda sekarang.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kelas itu juga bagi memudahkan masyarakat Sikh untuk melakukan rujukan dan pada masa sama bahasa itu akan terus diwarisi oleh generasi baru.

"Difahamkan, pada masa ini, penggunaan bahasa Punjabi tidak sebaik dahulu kerana ramai antara mereka yang tidak fasih menuturkannya. Oleh itu, satu pendekatan untuk memartabatkan bahasa tersebut perlu dilakukan.

"Masyarakat Sikh di negeri ini hendaklah kerap mengadakan kelas bahasa Punjabi untuk membantu mereka yang kurang fasih dalam bahasa ini agar ia terus digunakan," katanya ketika berucap merasmikan Rumah Terbuka Vasakhi 2011, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamari.

Abdul Ghani berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan yakin usaha tersebut akan membolehkan penggunaan bahasa Punjabi mencapai ke tahap yang tinggi.

Menurutnya, penganjuran kelas itu jelas menunjukkan masyarakat Sikh yang merupakan antara kaum minoriti iaitu seramai 15,000 orang di Johor tidak pernah dipinggirkan.

Mengenai cadangan mewujudkan Kelab Aman Johor oleh masyarakat Sikh di negeri ini, beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti tapak di luar daerah ini untuk tujuan berkenaan.

"Kawasan itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri bagi memaju dan merealisasikan Kelab Aman Johor dan percaya projek itu dapat dilakukan dengan jayanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

37 sekolah Pontian terima komputer riba

Posted:

37 sekolah Pontian terima komputer riba

37 sekolah Pontian terima komputer riba

PONTIAN 1 Mei - Sebanyak 37 sekolah di Parlimen Tanjung Piai di sini, menerima sumbangan 111 komputer riba daripada Philip Morris (Malaysia), baru-baru ini.

Sekolah yang terlibat ialah 25 Sekolah Kebangsaan (SK), 11 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang setiap sekolah menerima tiga komputer riba.

Pengarah Urusan Philip Morris, Tarkan Demirbas berkata, program anjuran bersama pihaknya dengan Yayasan Salam, Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Piai dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian itu adalah selari dengan model program komputer riba 1Malaysia.

Katanya, pihak bangga kerana dapat memainkan peranan untuk menyokong aspirasi pendidikan di negara ini bagi melancarkan perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di sekolah.

"Usaha ini merupakan tanggungjawab sosial pihak syarikat bagi melihatkan pendidikan di negara ini seiring dengan kemajuan ICT bagi memudahkan tenaga pendidik menggunakannya di kelas mereka," katanya pada majlis penyampaian sumbangan yang disempurnakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng di Dewan Tunku Ibrahim, Pekan Nanas, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Nai Soon; Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Lamin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Salam Malaysia, Md. Ghani Ibrahim.

Kata Demirbas, program itu merupakan inisiatif kemasyarakatan yang ketiga di daerah Pontian selepas program kembali ke sekolah dan penubuhan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Kukup.

"Menerusi kerjasama dengan Yayasan Salam, kami sepakat menubuhkan program E-Inisiatif yang bertujuan merapatkan jurang digital menerusi penubuhan 14 pusat ICT bagi masyarakat di luar bandar," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, berkata program sama juga akan diadakan pada 5 Mei ini dengan penyampaian komputer riba kepada 26 sekolah agama di kawasannya, membuktikan mereka tidak dipinggirkan dalam menikmati kemudahan teknologi tersebut.

"Secara keseluruhan, kami mengagihkan sebanyak 219 komputer riba bagi membantu meningkatkan pendidikan di kawasan Parlimen Tanjung Piai sejajar dengan transformasi pendidikan pada hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 02 May 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Menentukan telur tulen berkualiti

Posted:

Menentukan telur tulen berkualiti

Menentukan telur tulen berkualiti

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar Mohd Farizwan Hasbullah


nORAZIAH mokhtar menunjukkan cara-cara mengukur ketebalan albumen telur di makmal mARDI serdang.


ADA beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi mengenai industri telur di negara ini. Antaranya ialah, Malaysia merupakan antara negara pengeksport telur dengan pengeluaran tahap sara diri (SSL) mencapai 123 peratus.

Industri telur kita mengeluarkan 9.2 bilion biji telur setahun dengan nilai RM2.2 bilion setahun.

Angka itu diperoleh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2009.

Ini bermakna kita mengeluarkan telur yang melebihi keperluan.

Fakta-fakta ini sudah cukup menggambarkan tidak ada sebab kita perlu mengeluarkan telur sintetik atau boleh disebut dengan mudah sebagai telur palsu.

Malaysia mula mencapai tahap SSL sejak 1980-an lagi dengan adanya teknologi terkini dalam pengurusan ayam penelur dan sistem pemakanan yang baik.

Penggunaan sistem reban tertutup dengan persekitaran terkawal, pemberian makanan , pengutipan telur serta penggredan secara automatik menjadikan industri ini berkembang cukup pantas.

Justeru kewujudan apa yang dianggap sebagai telur palsu seperti yang dilaporkan di Pulau Piang baru-baru ini menimbulkan sedikit kesangsian.

Sebagai negara pengeksport, tidak ada sebab untuk mengeluarkan telur palsu yang mungkin harganya lebih mahal dan tidak mungkin ia dapat bertahan untuk menyaingi telur asli.

Sebab itu, penyelidik berpendapat, telur yang didakwa palsu itu sebenarnya telur bergred rendah yang ditolak dalam sistem penggredan dan tidak dipasarkan.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempunyai makmal tersendiri untuk menilai dan mengenal pasti telur berkualiti.

Menurut Timbalan Pengarah yang juga Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Wong Hee Kum, perbandingan dengan telur asli boleh digunakan untuk membuktikan ketulenan atau sebaliknya.

"Ada beberapa faktor luaran dan dalaman telur boleh dijadikan ciri-ciri perbandingan untuk membuktikan telur asli atau telur palsu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang baru-baru ini.

Telur asli mempunyai warna cangkerang sama ada putih atau perang (coklat). Warna ini pula ditentukan daripada baka ayam yang digunakan .

Baka ayam bulu dan cuping telinga putih akan mengeluarkan telur cangkerang putih manakala ayam berbulu merah dan cuping telinga merah mengeluarkan telur warna perang.

Meskipun terdapat perbezaan warna, ia tidak membezakan kualiti.

Sementara itu Penolong Pegawai Penyelidik Kanan di bahagian yang sama, Noraziah Mokhtar berkata, telur putih tidak lagi terdapat di pasaran ketika ini kerana pengguna di negara ini tidak menggemarinya.

"Komposisi kimianya atau kandungannya adalah sama dengan telur perang tetapi pengguna di negara ini tidak memilihnya menyebabkannya ia tidak lagi dihasilkan," ujarnya.

Seperti juga rakan penyelidiknya, Noraziah berkata, ujian kualiti boleh mengesahkan sama ada telur tersebut palsu atau sebaliknya.

Antara yang dilakukan ialah menjalani proses candling (pendianan) yang mana telur berkenaan dilalukan di bawah cahaya dan beberapa kriteria diperhatikan.

Telur normal yang berkualiti biasanya mempunyai ruang udara pada hujung atas yang lebih kecil. Bagi telur lama ruang udaranya lebih besar.

Cangkerang yang nipis juga menunjukkan telur berkenaan tidak berkualiti.

Selain itu kuning telur dipegang oleh tisu yang dipanggil sebagai kalaza.

Oleh itu beberapa teori mudah ialah tidak mungkin pembuat telur palsu mampu menghasilkan tisu berkenaan dalam sebiji telur.

Pada masa sama, saiz telur asli dan bentuknya tidak terlalu sekata sedangkan jika ia cuba ditiru, maka pembuat telur perlu menyediakan acuan khas.

Ini sekali gus dapat membezakan rupa bentuk luaran telur antara yang palsu dan asli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bahaya telur palsu

Posted:

Bahaya telur palsu

Bahaya telur palsu

Oleh LAUPA JUNUS

ISU pengeluaran telur yang dikatakan palsu baru-baru membuka mata kita betapa bahayanya menikmati apa yang kita suka tanpa mempedulikan dari mana sumbernya.

Seperkara lagi ialah, kita tidak menyangka ada pihak sedia mengambil kesempatan untuk mengaut untung tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.

Demikian risiko yang kita tanggung apabila memakan telur yang dikatakan palsu.

Telur palsu itu dikatakan dihasilkan daripada bahan-bahan kimia yang sudah pasti mengundang bahaya kepada badan.

Telur palsu atau fake egg dikatakan dihasilkan di China kerana mereka berpendapat, menghasilkan telur palsu lebih murah berbanding memelihara ayam penelur.

"Tidak mustahil (menghasilkan telur palsu), kerana benda serumit manapun manusia boleh hasilkan inikan pula telur palsu," kata Pengarah Institut Pertanian Tropika Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Zulkifli Idrus.

Beliau yang pakar menjalankan penyelidikan berkenaan ayam bagaimanapun berkata, sekiranya pereka telur palsu itu ingin bersaing dengan yang asli mereka terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi

"Ini kerana, jika hanya meniru menghasilkan kuning telur , putih telur (albumen) dan cangkerang, maka ia tidak mampu bersaing dengan telur asli (daripada segi zat)," ujarnya.

Pada masa sama, agak mudah untuk membezakan antara telur asli dan palsu daripada segi luaran dan dalaman.

Laporan menyebut bahawa menghasilkan telur sendiri lebih murah berbanding menternak ayam penelur di China.

Mengenai perkara itu, Zulkifli berkata, penternakan ayam penelur memang rumit dan kos tinggi.

Ini kerana, penternak memerlukan ratusan ribu ekor ayam penelur untuk memastikan mereka memperoleh keuntungan minimum sedangkan keuntungan yang sama boleh diperoleh dengan menternak ayam pedaging pada kuantiti yang jauh lebih rendah.

Ayam penelur pula hanya mengeluarkan hasil (mula bertelur) selepas 20 minggu sedangkan ayam daging sudah boleh dijual selepas lima minggu.

"Keuntungan menjual telur pula hanya dua atau tiga sen sebiji," ujar beliau.

Apatah lagi sebiji telur asli dibentuk oleh ayam dalam tempoh 24 jam termasuk pembentukan cangkerang sahaja hampir 20 jam.

Oleh itu jika pihak yang menghasilkan telur tiruan berkata, mereka ingin menjual telur pada harga yang lebih murah, ia bertentangan dengan logik kerana bahan tambahan mineral yang perlu disuntik memerlukan kos yang tinggi.

"Saya kurang setuju jika telur tiruan ini murah. Banyak perkara perlu ditiru selain kuning, putih dan cangkerang telur.

"Ini termasuk kalaza dalam telur yang fungsinya memegang kuning telur. Ini saya rasa sukar ditiru," katanya.

Melainkan ada usaha untuk mengabui mata pembeli yang menggunakan taktik mencampurkan telur asli dan telur palsu untuk mengaut untung

Namun, bagi pengguna, Zulkifli memberi peringatan bahawa amat bahaya memakan telur palsu kerana ia dihasilkan daripada bahan kimia.

Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa mereka menemui telur palsu di negeri itu, Zulkifli berkata, ia tidak mustahil berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 02 May 2011 01:17 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Jane Iredale solekan selamat

Posted: 01 May 2011 05:38 PM PDT

Ratu

Mineral semula jadi jaga kesihatan kulit

BAHAN kimia yang terkandung dalam produk solekan boleh memberi kesan kepada kulit untuk jangka masa panjang. Agak sukar untuk dapatkan produk solekan yang selamat untuk kulit kerana jenama tempatan atau antarabangsa yang lazimnya mengutamakan keputusan yang cepat kepada tekstur solekan.

Produk solekan dan kecantikan kulit dari Itali, Jane Iredale dikatakan jenama pertama yang menggunakan campuran mineral semula jadi untuk menjaga kesihatan kulit.

Objektif utama pengasas jenama itu yang menggunakan namanya sendiri dipercayai memberi kesan kepuasan wanita yang gemar bersolek tetapi pada masa sama melindungi kulit daripada pencemaran sekeliling. Pengasas jenama itu, Jane Iradele, berkata rangkaian alat solek Jane Iredele dihasilkan dengan menggunakan teknologi eksklusif membentuk kristal mikroskopik.

Katanya, ia adalah bagi membentuk penapis yang membolehkan kulit bernafas dan berfungsi normal sekali gus melindungi kulit daripada pencemaran sekeliling.

Beliau turut bekerjasama dengan pakar bedah plastik terkenal dunia dan pakar dermatologi untuk membangunkan kosmetik berkenaan.

"Koleksi kosmetik Jane Iredale bukan saja memberikan hasil garis solekan penuh dengan memberikan warna tambahan pada wajah malah turut memberi manfaat kepada kulit. Jenama ini dibuat sepenuhnya menggunakan kandungan mineral mikronize tanpa menggunakan bahan pengawet, pewarna kimia," katanya ketika ditemui sempena pelancaran jenama berkenaan, baru-baru ini.
Antara produk kosmetik yang dibawa Jane Iredale hasil mineral semula jadi ialah bedak asas, pembayang mata, penutup cela, penggaris mata, maskara, pemerah pipi, pembayang, gincu dan pengilat bibir dan banyak lagi.

Walaupun baru memasuki Malaysia, Jane Iredale sudah memperluaskan pasarannya ke lebih 40 negara dan kini jenama berkenaan menembusi pasaran Malaysia. Pada masa sama, Jane Iredale juga mencari pembekal untuk jenama itu di negara ini.

Koleksi rangkaian kosmetik Jane Iredale boleh didapati di salun kecantikan terpilih, termasuk IS'BELLE dan Vibrant Dermal Physiological.

Sebelum terbabit dalam bidang kosmetik pada 1994, Iredale bertugas sebagai penerbit filem, teater dan televisyen, yang juga bermain dengan dunia teknik solekan apabila perlu bekerjasama dengan jurusolek.

Sebagai orang penting dalam industri hiburan, beliau perlu bertanggungjawab bagi memastikan setiap solekan wajah selebriti yang akan muncul di kaca televisyen dan khalayak ramai nampak sempurna.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ancaman kulit sensitif

Posted: 01 May 2011 05:37 PM PDT

Ratu

Masalah jejaskan penampilan, keyakinan

RAMAI yang melihat, jerawat adalah musuh utama kulit sehingga boleh menjejaskan penampilan. Namun, jerawat bukan satu-satunya masalah yang patut diberi perhatian.

Kulit sensitif juga satu ancaman, satu masalah yang boleh menjejaskan maruah dan menyebabkan tuan punya badan berasa rendah diri. Kulit kemerah-merahan, pedih, perit, bertompok gatal, menggelupas dan bersisik, satu keadaan yang pastinya tidak mahu dihadapi sesiapa, terutama wanita.

Kekurangan faktor kelembapan semula jadi, kerosakan daya rintangan kulit (kulit tidak dapat mengekalkan kelembapan), pendingin udara dan cuaca lampau (panas, kering dan berangin) menyebabkan kulit terasa tegang dan kering. Justeru, penghidratan adalah penting untuk melegakan kulit kering dan sensitif.
Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr Koh Chuan Keng, berkata dermatitis atopik (DA) atau ekzema adalah masalah lazim yang dihidapi satu dalam lima masyarakat Malaysia. Namun, yang membimbangkan, masalah itu semakin meningkat pada masa kini dan dijangka lebih ramai lagi akan berdepan dengan masalah ekzema.

Dr Chuan Keng berkata, persidangan mengenai dermatologi di luar negara dua tahun lalu mendedahkan, 50 peratus penduduk di dunia berdepan dengan masalah ekzema dan tidak mustahil angka itu kini boleh mencecah sehingga 70 peratus.

"Di Malaysia, ekzema adalah masalah kulit yang paling biasa berlaku, selain masalah jeragat. Oleh itu, amat penting memahami dan mengenal pasti kulit sensitif untuk memudahkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, DA atau ekzema adalah ruam kulit yang timbul pada individu tertentu dengan kulit sensitif dan mudah kerengsaan.

Umumnya ekzema terjadi pada bayi serta anak kecil dan ia hilang sebelum dewasa walaupun masalah ini boleh berlaku pada semua peringkat usia.

"Sebanyak 85 peratus pengidap ekzema adalah mereka yang berusia sebelum lima tahun dan ia boleh menghilang pada bila-bila masa atau berterusan sehingga dewasa. Fakta menunjukkan, lebih 50 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema sebelum usia dua tahun akan bebas daripada masalah itu apabila mereka membesar. Kebanyakan masalah ekzema berkaitan alahan atau penyakit atopik lain, termasuk asma dan alahan makanan," katanya.

Tambahnya, punca pastinya tidak diketahui tetapi ada kaitannya dengan faktor keturunan dan penyakit itu dianggap cacat kulit warisan, yang cenderung dialami dalam suatu keluarga.

Namun, ekzema tidak menular dan tiada kaitan dengan kesihatan seseorang, tetapi alahan tertentu boleh memburukkan lagi keadaan.

"Diet, tekanan dan persekitaran berperanan utama terhadap masalah ekzema. Bagi diet, sesetengah individu alah dengan makanan tertentu dan biasanya seperti susu lembu, telur ayam, kekacang, gandum, soya dan makanan bercengkerang. Begitu juga dengan persekitaran, misalnya yang berhawa dingin boleh meningkatkan masalah kekeringan kulit sehingga tiga hingga lima kali ganda," katanya.

Justeru, seperti badan, kulit juga memerlukan air, lebih-lebih lagi, kulit kering yang sentiasa memerlukan kelembapan.

Menyapukan krim ada rumusan pelembap yang baik boleh digunakan dengan berkesan untuk melindungi kulit kerana ia membantu mengubah suai ciri fizikal dan kimia lapisan stratum untuk mengekalkan air. Pelembap ini juga menyediakan rintangan eksogenous (luaran) untuk mencegah kehilangan air merentasi epidermis yang dikenali sebagai trans epidermal water loss (Tewl).

"Menggunakan pelembap boleh mengekalkan kelembapan atau mengurangkan masalah kulit kering. Tetapi ingat, tidak semua pelembap sesuai untuk kulit sensitif. Malah, sesetengah pelembap boleh menyebabkan masalah lebih teruk. Jika ada masalah seperti gatal atau didapati tidak sesuai, anda perlu serta-merta berhenti menggunakannya," nasihat Dr Chuan Keng.

Ekzema boleh memberi kesan kerengsaan yang teruk sehingga kulit berdarah kerana kerap digaru, kudis, mengganggu tidur dan keselesaan untuk menjalani rutin seharian.

Dr Chuan Keng berkata, antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ekzema ialah menggunakan krim pelembap yang sesuai. Namun, penghidap ekzema kronik, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya.
Pengidap ekzema juga dinasihatkan tidak menggunakan sabun yang tidak sesuai kerana penggunaannya mungkin boleh menimbulkan lagi masalah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 01 May 2011 11:18 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Kuasai bahasa punyai nilai komersial

Posted:

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud menyarankan pelajar supaya menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris terutamanya yang ada nilai komersial seperti bahasa Jepun, Korea, Mandarin, Perancis dan Jerman. ... Berita Penuh

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berhasrat menambah 100,000 lagi keahliannya di kalangan guru-guru di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.... Berita Penuh

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


TRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita Penuh

BIDANG pengacaraan majlis merupakan sebuah bidang yang berkait rapat dengan etika dan protokol serta penampilan diri. ... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

TRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YGMB sasar tambahan 100,000 ahli baharu

Posted:

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud menyarankan pelajar supaya menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris terutamanya yang ada nilai komersial seperti bahasa Jepun, Korea, Mandarin, Perancis dan Jerman. ... Berita Penuh

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berhasrat menambah 100,000 lagi keahliannya di kalangan guru-guru di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.... Berita Penuh

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


TRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita Penuh

BIDANG pengacaraan majlis merupakan sebuah bidang yang berkait rapat dengan etika dan protokol serta penampilan diri. ... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

TRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 01 May 2011 07:25 PM PDT

Harian Metro: Hati


Si ibu perlu sokongan berterusan

Posted: 01 May 2011 03:13 PM PDT

WARDINA...pernah mengalami kemurungan selepas melahirkan anak kedua.
WARDINA...pernah mengalami kemurungan selepas melahirkan anak kedua.

"PERASAAN saya tiba-tiba tidak menentu. Bagaikan terlalu banyak bebanan yang perlu saya pikul dan fikiran seakan-akan tidak mampu lagi untuk berfikir secara rasional.

"Keadaan sekeliling seperti menekan jiwa dan fikiran hingga ke satu tahap saya hampir memecahkan pintu kaca lalu serpihannya digunakan untuk mencederakan diri.

"Ia menjadi lebih buruk apabila ibu tiada di sini untuk membantu dan suami pula tidak faham dengan apa yang saya lalui," ujar pengacara serta pelakon popular, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot mengenai kisah pergelutannya berdepan masalah kemurungan selepas bersalin.

Biasanya, meroyan, masuk angin, terkena buatan orang atau diganggu makhluk halus kerana melanggar pantang sering menjadi mainan mulut dalam kalangan masyarakat kita apabila seseorang wanita yang baru melahirkan anak secara tiba-tiba berubah tingkah laku.


Kata Wardina, persepsi umum seakan-akan tidak mahu menjadikan penyakit kemurungan selepas bersalin itu sebagai satu perkara normal yang dialami majoriti wanita yang baru melahirkan cahaya mata susulan perubahan kepada gaya hidup dan persekitaran.


Lalu, si ibu yang dipersalahkan kerana dikatakan mengada-ngada atau sengaja mencari perhatian.

"Saya pasti ramai wanita pernah atau sedang melaluinya dan tidak salah seseorang ibu baru untuk mengalami fasa itu.

"Tidak salah untuk mereka merasa sedih atau kecewa secara tiba-tiba kerana kita berhak mengalami perasaan itu selepas berdepan pelbagai cabaran ketika hamil dan sejurus melahirkan anak.

"Saya mula berdepan masalah ini selepas kelahiran kedua dan ketika itu saya keseorangan kerana ibu baru berhijrah ke Australia sementara suami bekerja di luar negara.

"Jadi saya berasakan diri bagaikan terasing hingga menyebabkan perasaan tidak tenang dan mudah marah," ujarnya.

Sedar dengan perubahan itu dan bimbang penyakitnya akan memberi kesan kepada anak terutama bayi yang baru dilahirkan, Wardina segera meminta bantuan perubatan di samping menyertai kumpulan sokongan golongan ibu dari Amerika Syarikat menerusi laman sembang di Internet.

"Apa yang penting bagi saya adalah sokongan berterusan daripada orang sekeliling. Ketika kita sibuk dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, jangan sesekali diabaikan si ibu kerana mereka juga perlukan perhatian dan dorongan untuk mengharungi perubahan dalam hidup mereka.

"Kini setiap kali keluarga atau teman bergelar ibu baru, saya pasti segera bertemu mereka untuk berbual-bual dan bertanyakan khabar supaya mereka berasakan diri mereka juga dihargai serta diberi perhatian," katanya.

Sememangnya setiap ibu baru pasti sedikit sebanyak mengalami perasaan yang bercampur-baur antara gembira, sedih, bingung dan teruja kerana ia disebabkan perubahan serta penurunan hormon yang mendadak selepas bersalin.

Seperti kata Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia (MPA), Dr Abdul Kadir Abu Bakar, ketika kempen Hari Kesedaran Kemurungan Selepas Bersalin, minggu lalu, perubahan kepada rutin hidup membuatkan ibu baru hilang punca, tidak keruan, pola tidur yang terjejas menjadi salah satu punca kepada penyakit kemurungan selepas bersalin ini.

"Majoriti dalam kalangan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi serta tindakan luar biasa ketika hamil dan penyakit ini biasanya berlaku dalam tiga bulan pertama selepas bersalin.

"Perasaan bimbang, tertekan dan kepenatan adalah perkara yang berlaku pada ibu baru dalam tempoh dua minggu selepas bersalin. Perasaan ini biasanya dipanggil 'blues' dan simptom ini akan hilang selepas beberapa minggu, tanpa perlu menjalani rawatan.

"Tetapi kemurungan selepas bersalin diklasifikasikan apabila 'blues' itu masih dialami golongan ibu atau ketika tanda kemurungan mula kelihatan sebulan selepas kelahiran," katanya.

Jelasnya, selain penurunan hormon, wujud banyak faktor menyebabkan penyakit ini berlaku antaranya perubahan pada tubuh dan hubungan sosial, kebimbangan sama ada mampu menjadi ibu yang baik atau sebaliknya serta masa terhad untuk diri sendiri.

"Selain faktor yang dinyatakan, kami pernah menjalankan kajian kecil di beberapa negeri membabitkan sekumpulan ibu baru apabila kami memantau otak mereka seawal dua minggu hingga dua tahun selepas bersalin.

"Wujud perubahan kecil pada otak mereka, jadi kami berasakan ada kemungkinan perubahan itu turut menyumbang kepada penyakit kemurungan di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

"Saya juga ingin menegaskan kemurungan ini adalah penyakit yang boleh disahkan menerusi diagnosis meskipun ramai yang tidak bersetuju dan melihat penyakit ini sebagai satu masalah.

"Amat menyedihkan apabila mereka yang mengalami kemurungan ini dinafikan haknya untuk berasa sedih hanya semata-mata orang lain berasakan si ibu perlu gembira atas kelahiran anaknya.

"Masyarakat di sekeliling mereka juga menjangkakan wanita hamil tidak sabar untuk menimang cahaya mata dan memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka sedangkan hakikatnya ramai bakal ibu belum bersedia secara mental dan fizikal untuk berdepan hari menggembirakan itu," tegasnya.

Sementara itu, Profesor Dr Nor Zuraida Zainal daripada Bahagian Perubatan Psikologikal, Universiti Malaya menjelaskan penyusuan susu ibu kepada bayi dapat membantu dalam proses pemulihan, sekali gus mengurangkan simptom penyakit itu.

"Jangan bimbang jika ibu belum dapat menyusukan bayi mereka selepas bersalin. Jangan cepat putus asa kerana doktor dan jururawat bersedia mengajar mereka cara untuk menyusukan bayi.

"Apa yang penting ialah hubungan erat antara ibu dan anak, jadi secara tidak langsung ia membuatkan si ibu kurang tekanan dan lebih sihat.

"Selain itu pastikan ibu baru ini tidak ditinggalkan sendirian terutama apabila bersama bayi kerana dikhuatiri boleh membahayakan diri dan bayi jika ada tanda kemurungan.

"Temankan mereka kerana saat itulah mereka amat memerlukan sokongan berterusan daripada orang sekeliling. Andai simptom masih ada, jangan bimbang untuk mendapatkan bantuan atau rawatan perubatan.

"Bagi kes biasa, sesi kaunseling dan kumpulan sokongan banyak membantu mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

INFO

  • Dianggarkan kemurungan selepas bersalin berlaku sekurang-kurangnya 20 peratus di kalangan ibu baru.
  • Hari Kesedaran Kemurungan diadakan bagi memberi maklumat serta kefahaman kepada orang ramai mengenai simptom serta bantuan untuk penyakit ini.
  • Terdapat lebih 500 pusat kesihatan seluruh Malaysia yang dapat membantu mereka bagi mengatasi penyakit kemurungan ini.
  • Pfizer turut memperkenalkan program Prime MD bagi memperkasakan barisan pakar perubatan dalam menangani penyakit ini.
  • Selain itu, wujud talian bantuan seperti Befrienders yang boleh dihubungi menerusi 03-79568144 atau 03-79568145 di samping talian Nur di 15999.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Fenomena Sh’Bam masuk Malaysia

    Posted: 01 May 2011 03:05 PM PDT

    TIDAK dinafikan senaman sememangnya memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan baik lelaki atau wanita.

    Bagaimanapun, rutin gerakan senaman biasa mungkin membosankan bagi sesetengah individu. Sebagai alternatif, ramai yang beralih kepada senaman berbentuk tarian yang lebih bebas dan menyeronokkan.

    Senaman jenis berkenaan bukan hanya berbentuk hiburan semata-mata, tetapi dikatakan antara terapi berkesan untuk membantu merangsang minda.

    Untuk itu, rangkaian pusat kecergasan, Celebrity Fitness, membawa kelainan dengan memperkenalkan senaman ala tarian kelab, Sh'Bam buat pertama kali di Malaysia.


    Hasil inspirasi rentak tarian latin moden, Sh'Bam adalah sejenis senaman yang merangkumi adunan beberapa lagu popular dan klasik yang biasa dimainkan di kelab hiburan.


    Gerak tari menarik itu diubah suai dan kini menjadi antara senaman tarian popular di pusat kecergasan Celebrity Fitness.

    Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho, berkata senaman tarian Sh'Bam amat popular di New Zealand, Eropah dan Amserika Syarikat dan kini ia bakal menawan hati penduduk Asia terutama masyarakat di negara ini.

    Senaman unik itu adalah daripada Les Mills dan ia sudah diubah suai untuk ahli pusat kecergasan berkenaan di Malaysia.

    "Ahli yang menyertai kelas tarian pasti tidak akan berasa bosan kerana ia amat menghiburkan dengan menggunakan banyak lagu popular selain gerakan senaman yang dinamik.

    "Seperti mana program Les Mills yang lain, Sh'Bam juga dikemas kini setiap tiga bulan dengan muzik dan koreografi terbaru bagi membolehkan ahli mendapat senaman yang optimum.

    "Gerakannya tidak susah dan bagi yang belum biasa, tenaga pengajar akan membantu jika sukar untuk mengikuti gerak tari berkenaan," katanya pada majlis pengenalan senaman itu di ibu negara, baru-baru ini.

    Hadir sama, barisan artis tempatan seperti Jimmy Shanley, Tony Eusoff, Zizan Nin, Juliana Ibrahim dan Baki Zainal.

    Menurut Choi, pergerakan senaman itu yang pantas, ligat dengan diiringi muzik rancak membuatkan hati terhibur dan membangkitkan semangat serta perasaan teruja untuk individu meneruskan senaman tarian itu tanpa berasa ingin berhenti.

    Sh'Bam sesuai bagi semua peringkat kecergasan menjadikan individu lebih cergas jika menyertai kelas secara tetap iaitu tiga kali seminggu.

    Setiap kelas hanya mengambil masa selama 45 minit dengan memaparkan 12 gerak langkah berbeza.

    "Sh'Bam bakal menjadi fenomena kepada masyarakat di negara ini kerana ia membawa banyak kebaikan antaranya membantu untuk meningkatkan metabolisme badan selain membakar lemak secara konsisten dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular.

    "Senaman ini jika dilakukan secara konsisten, boleh membuatkan anda lebih berkeyakinan dengan bentuk tubuh baru," katanya.

    Mengenai Sh'Bam

  • Kelas senaman Sh'Bam yang tipikal biasanya memakan masa sehingga 45 minit dengan 12 trek pergerakan berbeza.
  • Setiap trek menampilkan koreografi unik dan pelbagai dengan rutin senaman yang penuh dinamik.
  • Sebelum bermula, pengajar akan membimbing sesi pemanasan seluruh badan merangkumi kaki, pinggang, dada dan bahu selama 10 minit.
  • Kemudian, senaman bermula dan ia berterusan selama 35 minit dengan pelbagai kombinasi senaman tarian.
  • Gerakannya tidak susah dan ringkas namun ia mampu memberi kepuasan maksimum jika memberi tumpuan penuh kepadanya.

    Apa yang perlu dibawa?

  • Pakaian selesa untuk bersenam
  • Kasut yang ringan bagi membolehkan anda menggerak dan berpusing dengan selesa
  • Air minuman
  • Tuala
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 01 May 2011 03:29 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Pelajar KPTM bantu rumah kebajikan kanak-kanak

    Posted:

    Pelajar KPTM bantu rumah kebajikan kanak-kanak

    Pelajar KPTM bantu rumah kebajikan kanak-kanak


    SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Poly-Tech Mara mengadakan program 'Kami Sayang Kami Prihatin' di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Kuala Lumpur baru-baru ini.


    RIANG. Seramai 21 anak yatim dan kanak-kanak yang menghuni Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Kuala Lumpur diraikan oleh pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Taman Shamelin, Perkasa, Cheras baru-baru ini.

    Kanak-kanak berusia antara 2 hingga 11 tahun terbabit turut menerima sumbangan berupa hamper, pakaian dan pelbagai barangan keperluan yang lain melalui program 'Kami Sayang Kami Prihatin'.

    Ahli Jawatankuasa Media program berkenaan, Lisyaa Zamzam berkata, dia bersama 22 rakannya mengadakan program tersebut atas dasar prihatin terhadap kebajikan anak-anak yatim dan kanak-kanak terbiar.

    "Kami turut membantu menjual produk keluaran rumah kebajikan itu seperti air minuman serta minyak wangi di kolej kami dan hasil jualan lebih RM700 diserahkan kepada mereka," katanya.

    Turut hadir beberapa pensyarah Kampus Induk KPTM Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan Pengurus Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Mohd. Dzahari Abd. Majid.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    150 berentap tunjuk kemahiran dalam bidang automobil

    Posted:

    150 berentap tunjuk kemahiran dalam bidang automobil

    150 berentap tunjuk kemahiran dalam bidang automobil


    SEBAHAGIAN daripada peserta melakukan pengukuran enjin kereta pada Pertandingan Kemahiran Malaysia-Teknologi Automobil kali ke-20 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


    BERSAING. Seramai 150 peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)- Teknologi Automobil kali ke-20 berentap menunjukkan kemahiran membuka dan memasang enjin kereta jenis Campro di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar baru-baru ini.

    Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Zainal Rahim Seman berkata, PKM yang diadakan setiap tahun itu merupakan platform untuk mengiktiraf pelatih dan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang automobil.

    "Selain itu, pertandingan seperti ini juga mampu meningkatkan kebolehan mereka agar setanding dengan tahap kemahiran di peringkat ASEAN dan dunia," katanya.

    Pemenang pingat emas menerima wang tunai RM5,000, sijil dan pingat, pemenang pingat perak memperoleh RM2,500, sijil dan pingat, manakala pemenang pingat gangsa menerima RM1,500, sijil dan pingat.

    Para pemenang PKM peringkat akhir akan dipilih untuk mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN pada September tahun hadapan dan seterusnya Pertandingan Kemahiran Sedunia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Persatuan Penduduk Taman Mulia adakan mesyuarat kali kedua

    Posted:

    Persatuan Penduduk Taman Mulia adakan mesyuarat kali kedua

    Persatuan Penduduk Taman Mulia adakan mesyuarat kali kedua


    AHLI-AHLI Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster/Lotus di Mantin, Negeri Sembilan menghadiri mesyuarat tahunan kali kedua persatuan itu baru-baru ini.


    BERSATU. Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster/Lotus, Mantin, Negeri Sembilan mengadakan mesyuarat tahunan kali kedua persatuan itu di dewan taman perumahan tersebut baru-baru ini.

    Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua persatuan tersebut, Jaafar Sidek dihadiri seramai lebih kurang 50 orang ahli itu.

    Dalam ucapannya, Jaafar berharap ahli-ahli persatuan itu akan terus bersatu dan bekerjasama dalam menggerakkan sebarang aktiviti dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

    Katanya, kewujudan persatuan itu amat penting bagi mengeratkan hubungan antara penduduk dan melahirkan semangat kejiranan yang lebih harmoni.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 01 May 2011 03:07 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Pengurusan sempurna puyuh

    Posted:

    Pengurusan sempurna puyuh

    Pengurusan sempurna puyuh


    BURUNG puyuh memerlukan kawasan pembiakan yang bersih serta dilengkapi sistem pengudaraan sempurna bagi memastikannya bebas daripada jangkitan penyakit.


    JAPANESE quail atau Coturnix japonica adalah nama saintifik bagi puyuh pedaging. Ia tergolong dalam famili Phasianidae. Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil daripada unggas lain seperti ayam.

    Pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain.

    Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.

    Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan reban yang perlu didirikan. Peredaran udara yang baik juga perlu diambil kira dalam pemilihan kawasan.

    Keperluan reban tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging.

    Bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan unit.

    Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal.

    Begitu juga bagi keperluan kawasan. Saiz reban untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan seekor sebanyak 210 sentimeter persegi.

    Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara dua reban. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakkan gangguan dari ternakan atau binatang lain.

    Persiapan penerimaan anak puyuh

    Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene bagi mengelakkan kemasukan angin sejuk dari luar.

    Hanya tiga perempat ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Serbuk kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal lapan sentimeter hendaklah dialaskan di atas lantai.

    Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam.

    Bulatan untuk perindukan 1,000 ekor anak puyuh dan peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

    Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal juga perlu ditutup. Gunakan kertas daripada jenis corrugated sebagai alas lantai dalam kotak.

    Tempatkan lebih kurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

    Sistem Pengurusan

    Sistem pemeliharaan atas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada dalam satu bangsal.

    Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.

    Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan.

    Anak puyuh diinduk di dalam kotak perindukan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

    Peringkat perindukan

    Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat.

    Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna selama antara 10 dan 14 hari.

    Luas kawasan perindukan bagi 1,000 ekor anak puyuh adalah 30 sentimeter persegi/ekor.

    Keperluan suhu yang sesuai adalah antara 35 dan 36darjah Celsius pada tiga hari pertama. Selepas itu suhu dalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari.

    Pemberian haba tamat pada hari ke-10. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh ia akan berhimpit dan bertindih. Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan.

    Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut situasi.

    Dalam sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan di dalamnya selama antara 10 dan 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis corrugated paper.

    Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya.

    Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut.

    Setiap petak berukuran satu meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh.

    Reban hendaklah ditutup semasa perindukan dengan polyethelene sheets. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

    Peringkat pembesaran

    Dalam sistem pemeliharaan atas lantai sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya dalam satu bangsal sehingga dijual.

    Selepas perindukan bekas minuman automatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu.

    Makanan perlu diberikan sepanjang masa tanpa had untuk pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakkan daripada gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini.

    Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari.

    Pada ketika itu berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram seekor.

    Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

    Bagi sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepungan di reban.

    Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan di atasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan dalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan.

    Palung makanan hendaklah digantung di sebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging.

    Puyuh akan dibesarkan dalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung di luar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.

    Pemakanan puyuh

    Puyuh diberi makanan dari jenis Quail Starter Mash atau makanan permulaan puyuh untuk mendapatkan hasil pembesaran yang cepat.

    Makanan permulaan ayam pedaging boleh digunakan sebagai ganti Quail Starter Mash.

    Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan kurang menjual makanan puyuh pedaging kerana jumlah yang kecil.

    Kesihatan

    Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas lain.

    Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan flighty behaviour dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian.

    Puyuh juga mempunyai sifat terkejut dan 'excitability yang boleh menjejaskan prestasi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kardiomate pengganti garam

    Posted:

    Kardiomate pengganti garam

    Kardiomate pengganti garam

    Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
    ashriq.ahmad@utusan.com.my
    Gambar Hayat Sueet

    KADANG kala lidah kecur melihat keenakan pelbagai masakan yang terhidang, namun risau menanggung kesan sampingan seperti peningkatan darah tinggi dan kencing manis, hasrat untuk menjamu selera terpaksa dilupakan.

    Namun, bagi pesakit darah tinggi yang agak berdegil, masakan yang agak masin ditelan jua sambil mengharap tiada apa akan berlaku.

    Jika tabiat tersebut tidak terkawal, ia pasti akan memberikan kesan yang buruk terhadap mereka yang menghidapi penyakit berkenaan.

    Apa yang pasti, makanan tanpa rasa masin mampu memutuskan selera makan. Malah masakan yang tawar turut membantutkan keghairahan semasa menikmatinya.

    Namun apakan daya, ia harus dihadapi bagi mengelakkan pesakit darah tinggi mengalami kesan sampingan yang lebih teruk.

    Buat pesakit darah tinggi dan yang memiliki masalah ginjal, penemuan baru penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini bakal menceriakan suasana menjamu selera mereka kini.

    Malah, mereka tidak lagi perlu takut untuk mengambil makanan yang agak masin pada masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan.

    Dikenali sebagai Kardiomate, penemuan baru oleh penyelidik UPM, Profesor Dr. Suhaila Mohamed bersama barisan penyelidik beliau mampu menghasilkan bahan perasa masin bagi menggantikan garam.

    Lebih menggembirakan ia tidak memiliki kesan sampingan terhadap kesihatan jika diambil oleh pengidap penyakit darah tinggi walaupun dalam kuantiti yang berlebihan.

    Kardiomate memiliki kandungan natrium yang lebih rendah dan tinggi kandungan kalsium berbanding garam biasa di mana komponen utamanya adalah natrium klorida.

    Menurut Suhaila, Kardiomate direka khas daripada tumbuhan laut dan darat.

    "Selain memberikan rasa masin, ia juga mengandungi ciri-ciri seperti antioksidan yang tinggi, kandungan natrium yang rendah, kaya dengan serat dan mengandungi mineral penting.

    "Malah melalui beberapa uji kaji yang dilakukan ternyata ia mempunyai banyak manfaat kesihatan kepada manusia," ujarnya ketika ditemui di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM, Serdang baru-baru ini.

    Jelas beliau lagi, Kardiomate terhasil daripada gabungan nutrien mikro pada kadar nisbah optimum yang dikhususkan untuk kesihatan sistem kardiovaskular dan minda.

    Sistem kardiovaskular adalah merupakan sistem penghantar oksigen dan nutrien kepada setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. Sistem ini juga berfungsi mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolisma daripada setiap sel dalam badan.

    Malah, ia juga berfungsi mengangkut hormon dari kelenjar endokrin kepada sel-sel sasaran melalui plasma darah.

    Justeru, sistem tersebut berkait rapat dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit darah tinggi dan ginjal.

    Tambah Suhaila, penggunaan Kardiomate telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang mendalam terhadap haiwan dan manusia.

    Produk tersebut dilihat mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan kolestrol.

    "Komponen yang terdapat di dalamnya juga mampu membantu menghindarkan kerosakan pembuluh darah, memelihara otak dan organ dalaman manusia.

    "Jadi, ia juga bertindak sebagai penggalak kepada proses pemulihan organ, mengimbangkan homeostasis metabolisma serta mengimbangkan aktiviti enzim dalam tubuh badan seseorang," katanya.

    Penemuan baru itu juga dikatakan mengandungi kandungan galian yang penting seperti magnesium, kalium, kalsium, ferum, zink, asid amino, anti oksida asli serta asid lemak omega tiga yang sukar didapati dalam makanan.

    Kandungan kalsium dan anti oksidanya dapat memberi faedah kepada tulang dan saraf.

    Manakala kandungan iodin yang terdapat didalam Kardiomate dapat memenuhi keperluan kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon thiroxin.

    Kardiomate juga sesuai diambil oleh individu hipertensi dan memiliki masalah ginjal yang memerlukan diet rendah natrium.

    Ia berbentuk serbuk dan perlu ditabur dalam makanan ketika makanan dihidangkan untuk dimakan.

    Berbeza dengan garam yang akan dimasukan terlebih dahulu ke dalam makanan tetapi Kardiomate tidak sedemikian.

    Malah jika dimasukan terlebih awal ia akan membentuk jeli kerana ia turut dihasilkan melalui campuran ekstrak rumpai laut.

    Apabila digunakan sebagai ramuan dalam makanan, ia membantu menurunkan indeks glisemik makanan sekali gus membantu menguruskan kandungan gula dalam darah dan berat badan penggunanya.

    Ketika ditanya mengapakah beliau memilih untuk membangunkan produk tersebut, Suhaila berpendapat di Malaysia satu pertiga daripada kes kematian adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular (CVD).

    "Dua pertiga daripada kematian CVD adalah akibat kegagalan jantung berfungsi dan satu pertiga lagi akibat angin ahmar (strok).

    "Malah peningkatan kemasukan pesakit di hospital kerajaan untuk kes CVD meningkat sebanyak 14 peratus dari tahun 1995 sehingga tahun 2000," jelasnya.

    Justeru bagaimana Kardiomate mampu memberi kesan terhadap masyarakat dan alam sekitar?

    Jelas beliau, salah satu punca utama penyakit kardiovaskular menular adalah melalui amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

    Pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol, lemak dan kalori tinggi secara berlebihan telah menjadi trend masa kini.

    Meskipun terdapat pelbagai ubat untuk merawat penyakit tersebut, secara idealnya adalah lebih baik sekira ia bermula daripada unsur dalam diet makanan harian yang diambil.

    Ia bukan sahaja boleh membantu mencegah sebarang penyakit dengan lebih pantas malah mampu membantu memperbaiki sistem kardiovaskular seseorang dari dalam tubuh jika digunakan secara berterusan.

    Produk tersebut dihasilkan menggunakan ekstrak tumbuhan yang boleh membantu meningkatkan kadar oksigen apabila ia ditanam.

    Malah penggunaan sisa tumbuhan juga membantu memelihara alam sekitar berasaskan prinsip menjana kekayaan daripada bahan buangan (waste to wealth)

    Kajian yang dijalankan terhadap Kardiomate bermula sejak tahun 2002 dan sehingga kini ia masih diteruskan bagi memperbaiki mutu produk berkenaan.

    "Beberapa syarikat perindustrian telah menunjukkan berminat untuk memasarkannya, namun beberapa kajian terperinci perlu dilakukan sebelum ia dijual kepada orang awam bagi memastikan keberkesanan dan kualitinya terjamin.

    "Malah harga Kardiomate ini juga agak berpatutan sesuai dengan khasiat yang terdapat di dalamnya, ia berharga RM8 bagi seberat 80 gram (g)," ujar Suhaila.

    Sepanjang kajian dilakukan, ia melibatkan kos sehingga RM500,000 dan geran bagi kajian tersebut telah disediakan oleh pihak universiti, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 01 May 2011 03:04 PM PDT

    Utusan Online - Megabait


    Format komputer riba

    Posted:

    Format komputer riba

    Format komputer riba

    SAYA merupakan pembaca ruangan MEGA Utusan Malaysia dan melihat ada ruangan baru, iaitu Sembang ICT. Soalan yang ingin saya kemukakan kepada saudara Sembang ICT ialah:

    1.Bagaimana mahu memformat komputer riba (Format C) kerana komputer riba saya kini agak perlahan.

    2.Bolehkah memori (RAM) komputer riba ditingkatkan kepada yang lebih tinggi? Jika boleh apakah cadangan Sembang ICT? Adakah ia akan menjejaskan komputer saya (atau rosak)? Saya menggunakan komputer riba dari jenama Acer Inspire.

    Sekian terima kasih.

    - ASH, Serdang.

    SEBELUM menjawab persoalan pertama, anda perlu tahu bahawa sekiranya kita Format C pada cakera keras, segala data yang berada di dalamnya akan dibuang termasuk sistem pengoperasian Windows.

    Jadi, selepas melakukan Format C, anda perlu memasang semula sistem pengoperasian Windows ke dalam komputer riba tersebut.

    Pastikan anda membuat salinan data-data yang penting ke tempat lain sebelum melakukan Format C.

    Anda boleh melakukan format kepada cakera keras ini sama ada ia pemacu C,D,E dan lain-lain menerusi sistem pengoperasian Windows atau menggunakan program komputer yang lain semasa but komputer dijalankan.

    Bagi melaksanakan format ini menerusi Windows, ada dua cara iaitu melaksanakan baris arahan dengan menggunakan COMMAND PROMPT atau menggunakan program Windows sedia ada.

    Bagi melaksanakan baris arahan, anda perlu pergi ke START > RUN, taip cmd pada ruangan kosong dan tekan ENTER atau pergi ke START > PROGRAMS > ACCESSORIES > COMMAND PROMPT.

    Apabila sudah berada dalam program COMMAND PROMT ini, taipkan perkataan seperti yang berikut:

    C:\format C:

    Dalam sistem pengoperasian Windows juga terdapat program sedia ada yang boleh melakukan format C ini.

    Antaranya adalah seperti berikut, pergi ke START. Klik kanan dan pilih EXPLORE. Seterusnya pergi ke MY COMPUTER. Pilih mana pemacu yang hendak diformat dan klik kanan. Pilih FORMAT. Ikut arahan yang seterusnya. Klik START.

    Kebanyakan komputer riba pada masa kini mempunyai bahagian pada cakera keras yang dikenali sebagai Recovery Partition.

    Ia dikhaskan untuk melaksanakan penyelenggaraan terhadap sistem pengoperasian Windows pada cakera keras yang bermasalah.

    Jadi, anda boleh masuk ke dalam bahagian ini dengan menekan butang tertentu pada papan kekunci anda seperti F5 dan sebagainya mengikut kepada manual komputer riba yang digunakan seperti Acer.

    Seterusnya, anda akan mempunyai pilihan untuk membuang, memformat, membuat bahagian pada cakera keras dan memasang sistem pengoperasian.

    Anda boleh menggunakan CD atau DVD pemasangan Windows. Aktifkan dan masuk ke dalam CD atau DVD anda ketika but permulaan komputer. Seterusnya anda akan mempunyai pilihan seperti mana dalam Recovery Partion di atas.

    Akhir sekali, boleh menggunakan mana-mana program komputer seperti Spin Rite, Disk Manager, Fdisk dan sebagainya dengan but menggunakan CD,DVD, Disket atau cakera Flash USB. Pastikan ia sesuai dan disokong oleh komputer riba anda.

    Bagi persoalan kedua, memori RAM boleh dinaik taraf kapasitinya mengikut kemampuan sistem komputer riba anda. Penaikan taraf memori RAM yang baik dan betul berupaya meningkatkan prestasi komputer riba anda.

    Sebelum membuat sebarang naik taraf memori RAM, beberapa perkara berkenaan perlu diketahui terlebih dahulu. Antaranya adalah seperti berikut:

    nKenal pasti jenis, kelajuan dan kapasiti memori RAM yang sedia ada dalam komputer riba anda.

    nKena pasti modul dan bilangan slot memori yang ada dalam komputer riba dan berapa slot yang telah digunakan seperti SIMM, DIMM, SODIMM dan lain-lain.

    nBagi kapasiti dan kelajuan memori RAM yang tinggi, pastikan komputer riba anda menyokong fungsi Error Corecting Code (ECC).

    Bagi mengetahui berapa kapasiti memori RAM yang ada dalam sesebuah komputer, boleh taipkan dalam kotak dialog RUN, msinfo32 dan tekan ENTER atau cari program SYSTEM INFORMATION dalam Windows.

    Jenis memori yang sama dan disokong oleh sistem komputer sedia ada sahaja yang dibenarkan di naik taraf seperti sama ada ia SD RAM, DDR, DDR2, DDR3 atau sebagainya. Begitu juga dengan kapasiti bagi setiap kepingan RAM seperti 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2GB, 4GB dan lain-lain, perlu dirancang mengikut keperluan dan sokongan oleh komputer riba anda.

    Pastikan anda membuat pemasangan kepingan RAM kepada slot dengan cara yang betul dan berhati-hati.

    Ini kerana ia boleh menyebabkan memori RAM rosak sekiranya tercalar dan sebagainya. Begitu juga dengan kelajuan bagi setiap kepingan RAM tersebut, sama kelajuannya di antara satu sama lain adalah antara cara yang terbaik.

    Maklumat lanjut berkenaan dengan memori RAM, anda boleh layari laman web syarikat pengeluar komputer riba seperti Acer, Dell dan sebagainya atau laman web syarikat pengeluar memori RAM seperti Kingston di www.kingston.com, Crucial di www.crucial.com dan lain-lain.

    Anda juga boleh ke laman web berikut, http://www.laptopmemoryupgrade.com.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Memasang pembesar suara penternakan walit

    Posted:

    Memasang pembesar suara penternakan walit

    Memasang pembesar suara penternakan walit

    SIRI Inovasi Bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pembesar suara walit. Pembesar suara ada komponen yang paling penting dalam penternakan burung walit kerana pembesar suara berfungsi untuk mengeluarkan suara walit untuk memikat burung tersebut masuk ke rumah baru.

    Pada mulanya Zull Design Autotronic (ZDA) akan berkongsi pengetahuan jenis-jenis pembesar suara.

    Pembesar suara mempunyai pelbagai jenis dan ada yang digunakan untuk mengeluarkan bass, suara, kicauan dan lain-lain. Bass biasanya dipanggil wofer dan range yang panjang dipanggil twitter.

    Twitter mempunyai dua jenis iaitu jika selombongnya pendek suaranya lebar dan jika selombongnya panjang suaranya jauh.

    Dalam penternakan burung walit, kebiasaannya pembesar suara yang digunakan adalah jenis jenis twitter.

    Jika kawasan penternakan tersebut mempunyai banyak bangunan, pembesar suara yang digalakkan adalah short range dan jika kawasan penternakan di kawasan lapang seperti sawah padi digalakkan menggunakan pembesar suara jenis long range.

    Jika pemilihan pembesar suara kurang tepat maka akan menganggu kedatangan burung ke rumah tersebut.

    Harus diingatkan juga dibelakang pembesar suara mempunyai dua terminal iaitu positif (+) dan negatif(-) , maka jangan sekali-kali tersalah pasang ketika pemasangan kerana jika penyambungan tersilap akan menganggu pengeluaran suara burung walit.

    Ketika pemasangan pembesar suara tersebut tidak boleh ada penghalang dihadapan dalam jarak 20 kaki kerana ini akan mengakibatkan pantulan (echo). Jika ada pantulan suara ia akan terganggu dan ini boleh mengakibatkan ketidakaslian suara tersebut.

    Pada pintu masuk harus dipasang minimum dua buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk ke dalam bangunan.

    Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minimum 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

    Selain itu, satu set pembesar suara yang mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walit masuk ke dalam rumah baru yang dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas.

    Untuk mendapatkan suara yang terbaik hendaklah miliki DB Meter yang boleh didapati dipasaran dengan harga antara RM400 dan RM500.

    DB Meter digunakan untuk mengukur kekuatan suara yang dikeluarkan dari pembesar suara. Selamat mencuba!

    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List