gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 05 May 2011 09:13 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Kini giliran Ayman

Posted: 04 May 2011 01:29 PM PDT

MukaDepan

Ayman al-Zawahiri

Ayman al-Zawahiri

Amerika jadikan pengganti Osama musuh nombor satu negara

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pengganti Osama bin Laden sebagai pemimpin al-Qaeda bakal menjadi musuh nombor satu negara itu selepas pengasas pergerakan berkenaan dibunuh di kediaman sulitnya di Abbotabad oleh komando SEAL.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat, Leon Panetta, merujuk kepada pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri sebagai sasaran baru, walaupun belum ada kenyataan bila Ayman akan mengambil alih.

"Beliau (Ayman) semakin berada di senarai atas (sebagai musuh nombor satu Amerika) dengan pantas," kata Panetta dalam rancangan televisyen CBS, Evening News with Katie Couric. Ayman, 59, doktor berasal dari Mesir itu turut tersenarai sebagai orang paling dikehendaki Amerika atas sebab keganasan.

Laporan di Amerika menyatakan, komando yang membunuh Osama turut merampas data komputer yang dipercayai dapat membantu mereka mendalami selok belok kepemimpinan dan aktiviti al-Qaeda termasuk mengesan Ayman.

Panetta berkata, sehingga seorang pemimpin baru al-Qaeda dipilih secara rasmi, Amerika akan mengambil peluang memperhebatkan usaha memusnahkan pergerakan itu.

"Kami berpendapat, dalam keadaan sekarang, kami berpeluang terus menyerang al-Qaeda ketika mereka masih berada dalam kekeliruan selain berdebat mengenai siapa pengganti Osama.
"Pada masa sama, siapa saja yang mengambil tempat Osama akan menjadi musuh nombor satu Amerika," kata Panetta.

Tempat persembunyian Osama di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar tentera Abbotabad di utara Islamabad, mencetuskan spekulasi meluas di Amerika bahawa lokasi bekas pemimpin al-Qaeda itu diketahui oleh kerajaan Pakistan.

Namun, Panetta menegaskan, Amerika tidak mempunyai sebarang petunjuk perisikan bahawa 'Pakistan sedar Osama berada di sana atau kediaman yang menjadi tempat persembunyiannya.'

Mengakui bahawa kediaman berkenaan hampir dengan sebuah akademi tentera elit Pakistan dan Osama tinggal di sana selama kira-kira lima tahun, Panetta, mendesak Islamabad untuk memberi lebih banyak penjelasan dalam perkara itu.

"Saya fikir mereka perlu memberi maklum balas terhadap persoalan mengapa tidak tahu tempat seperti itu wujud," katanya.

Ditanya sama ada Pakistan perlu diisytiharkan sebagai negara pengganas, Panetta menolaknya dengan menekankan hubungan Washington-Islamabad sesuatu yang 'amat rumit dan sukar' serta memberi amaran hubungan itu tidak wajar diputuskan.

"Apa yang berlaku ialah kami melakukan operasi perang di negara mereka dengan memburu pemimpin al-Qaeda. Pada masa sama, kami cuba mendapatkan bantuan mereka untuk memerangi keganasan di rantau sebelah sana.

"Mereka sudah bantu kami dan mereka juga memberikan kerjasama dalam perkara itu," katanya. -AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohd.Isa Abdullah

Selagi Amerika tidak ambil tahu keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap dunia Arab khasnya Plastine...selagi itulah sentiasa wujud kumpulan penganas yang menantang Negara Amerika dan Israel...tidak mustahil perang Dunia ketiga akan melatus berpunca daripada kengkuhan Amerika, Sekutunya dan Israel....

Rynes

setuju dengan saudara mustafa...tapi malangnya amerika berlatarbelakangkan yahudi sebenarnya.

esma

Apa boleh buat kita terimalah seadanya , jika kita umat islam tidak kuat dan bersatu.
Yang pentingnya kita harus bersyukur kerana negara kita aman dan makmur, itulah yang harus kita pelihara selamanya....

spirulina

bagi saya, kalau al-qeeda mahu popular dr segi kemanusiaan,jgnlah menggunakan manusia yg tidak bersalah sebagai korban, kalau nak serang pun, biarlah profesional.ini rampas k/terbang, lepas itu kabooooom.ramailah yg mati.fikirkanlah apa yang akan terjadi dgn sanak-saudara yg mati itu.guna kepala hotak dulu sebelum nak bom ka, nak letupkan kapal terbang ka.

iskandar

Amerika mmg jelas dgn aksi2 melampau terhadap org.Islam yg kononye di label penganas ttp pe tindakan mrk terhadap Israel yg mmg diketahui umum menganas membunuh insan yg x berdosa...???pe tindakan kita?

Ayman

Ayman tak kisah Uncle Sam

Amerika BODOH

Amerika lah memang layak menjadi pengganas, dunia tidak akan aman selagi amerika menyokong israel.

mustafa

Amerika tidak perlu mendabik dada untuk menghapuskan pengganas dan kami semua dari golongan Muslim menentang pengganas hanya satu yang Amerika perlu buat selesaikan masalah Arab dengan Israel yang dah nyata pengganas dunia saya yakin dunia akan aman , kalau Amerika masih menyokong keganasan Israel semakin lama semakin banyak lagi pertubuhan yang akan lahir untuk mempertahankan keganasan

ebizz

Sehingga semua umat islam dibunuh, baru puas...

jolkadir unus

keganasan amerika dan negera sekutu lebih hebat keganasan Al-Qeeda ada sebab utk memerangi keganasan Amerika dan kuncu2nya keganasan Israel terhadap palestin tdak di ambil tahu oleh Amerika


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak

Posted: 04 May 2011 01:25 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.

Suspek berusia 35 tahun kemudian melarikan diri ke rumah kakaknya di Bandar Baru Perda di sini, sebelum meminum racun dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Chuping, Perlis, bagi dikebumikan. Mangsa yang bercerai tahun lalu mempunyai dua anak masing-masing lelaki dan perempuan, berusia lima dan tujuh tahun.

Mangsa tinggal bersama ibu angkatnya, Aishah Mohamad, 52, di Bertam, Kepala Batas sejak tiga tahun lalu.

Seorang saksi memberitahu polis, mangsa berada di stesen minyak itu kira-kira jam 6.30 pagi dan masuk ke bilik persalinan sebelum memulakan kerja.

Saksi itu mendakwa dia ternampak seorang lelaki masuk ke bilik berkenaan dan keluar kira-kira sejam kemudian sebelum beredar dari stesen minyak.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata selepas rakan sekerja sedar mangsa tidak keluar bekerja, mereka memeriksa bilik berkenaan dan menemui mayat mangsa berlumuran darah.

"Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang satu kaki dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kami menerima panggilan telefon dari HSJ kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek menerima rawatan selepas dipercayai meminum racun," katanya.

Sementara itu, Aishah mendakwa Karimah pernah memberitahunya bahawa tunangnya yang sangat cemburu dan panas baran pernah memecahkan cermin kereta selepas melihatnya melayan seorang pelanggan di tempat kerja.

"Sebelum keluar bekerja pagi semalam, Karimah memeluk saya tiga kali tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Malam tadi (kelmarin) dia menyuapkan makanan kepada saya serta bersalaman sebelum tidur," katanya yang masih terkejut dengan kematian anak angkatnya itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

iJat

teruk betul ..ape psl la leh terpk nk bwat cmtu skali.. akal da xde da ke

ibnu maro

bunga bkn sekuntum..x perlu bunuh2...
takziah buat famili mangsa...al-fatihah

ibnu maro

al-fatihah buat mangsa & takziah buat familinya...haprak la lu brader....buat malu org laki jer..

mohd asri

Al-Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah.

ZAMRI BIN BAKAR

apa nak jadi dengan dunia ni.....

zzd

dalam banyak-banyak komen komen ZZR paling tepat untuk kebanyakan yang mengomen disini. Jika Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan untuk SEMUA urusan Dunia Insya-Allah sejahtera hidup.

Joe ensem

pasal bodoh sangat laki tu sampai bunuh2 tunang sdiri kalau jeles pun jgn la sampai mcm tu nnti kubur x terima mayat mu harap2 kamu ke tali gantung...amin

Sear

buat pengajaran bagi kita semua,cerminlah diri sendiri, solat jgn tinggal,insyaallah.

janggutsemanggol

Inilah bila hukum Allah ditinggalkan. Hari ni Karimah yg kena.Yakinkah,kita akan selamat.Bila kena anak Menteri/Kenamaan baru nak ikut hukum Allah ke?

botak chin

lantak lar... janji mak dia suko ... apo nak buek ehh...jang

botak chin

lantak lar... janji mak dia suko ... apo nak buek ehh...jang

mukhlisah mustaffa

subahanallah......
banyakan zikir... dan membaca Al-Quran supaya dilindungi Allah...

raihan han

keje gler, mcm kena rasuk syaitan

noryati

kenapa lar sekarang nie... orang melayu dah x der pegangan agama.... dah x ingat tuhan....

sapix si hensem

adoi.. terasa lak bile sebut cemburu ngan panas baran tuh... tp mintak jauh la dgn perkara mcm ni
nauzubillah...

rohania

pengajaran utk smua, kalau rasa2 belum kawin dah teruk cpat2 tinggalkan sbb dah kawin dia akan menyeksa isteri orang mcm ni.

tutty

ni bkn manusia...ni binatang kot...smpai bunuh tunang..apela...selidik la dlu sblm kite memilih pasangan hidup...al-fatihah

spirulina

nampaknya masalah mental di malaysia akan menjadi pembunuh no 1 di msia suatu hari ini

rosma

macam2 perkara berlaku pd zaman skrg..nyawa manusia seolah2 tiada nilai..sanggup membunuh kerana cemburu..Al-Fatihah buat mangsa

zainal

Lelaki tu mesti la muka buruk....ada inferiority complex...kepala sewel. iman zero..dan lain2 negatif....patut dia mati jer...idup pun no value...menyusahkan jer...tapi sian pada anak 2 org si ibu tunggal tu

paksum

lagi teruk dari binatang.....taraf paling rendah...sehina hina binatang...hina lagi manusia yg x mengunakan akal fikiran...selamat beramal ^_^

Adnan b Mamat

Orang yg tdk ada agama bertindak macam binatang...Al fatihah kpd mangsa...
moga keadilan dpt ditegakkan, pembunuh mesti dihukum mati..

Theresa Mainam

saya paling fobia lelaki buat mcm ne...dalam otak setan dia bercakap yg penting puas hati...kemungkinan besar dia telah rancang dari awal-awal lagi..."lepas bunuh tunang aku..terus aku bunuh diri.." tapi dia mana ada kuasa menentang kehebatan kuasa Tuhan...harap2 dia masih hidup di hospital itu seterusnya dia diadili di makahamah...biar dia insaf dan berasa malu atas perbuatan dia...

ili

Aliah..x smua lelaki cam tu. brhati2 mbuat komen agar prkra yg kcil x jadi besar..

chenkoi

runung2kan lah manusia skrg dh x ingat allah.alfatihah.......

muhammad saiful nizam

kemana perginya nilai islam yang diterapakan kepada umat islam...berpegang semula kepad agama islam..mampu menangkis amarah yg tlampau..taubatlah,sesunguhnya dijanjikan balasan bagi golongan begini..

mael nabawan

bodoh punya lelaki...anatar lelaki yang paling bodoh di dunia selain lembu....kasi hukum gantung sampai mati ja dia ni,..darah dibayar dengan darah...

muaz

Inilah Dunia Di Akhir Zaman .....sama-samalah kita menjaga ahli keluarga dan keturunan kita....jangan tinggalkan solat

aliff_ba_ta

kepada semua pembaca pandang2 dan beri bantuan jika ternampak jenayah atau sesuatu yg mencurigakan, dlm kes ni ada saksinampak tp ape tindakan saksi tersebut? (bukan kita nk jg tepi kain org tp kita perlu jg prihatin kepada sesuatu yg berlaku diluar kotak pemikiran akal manusia ini.

ainey

al-fatihah....
ermmm.........knpe karang nie mnsia bgtu zalim cgt???cemburu 2 wajib ad kt sesiapa pn tp xelok lah,lau cemburu buta e2 mbt insn yg kte cntai e2 merana....or sblknye...ape pn takziah kpd arwah..smga d'tmptkn d'ssi owg yg beriman..amin..

zizan

Ikut ati mati la jadinya

zoolhilmi harun.

semua yg terjadi krn manusia hr ini tiada bekalan iman jika iman itu ada pastinya ia insan yg paling berguna di dunia ini.

Mira

Ya Allah...nape la laki zaman skunk mcm tue ye....makin takut la plak ak nk bertunang...minx2 tunang ak xde la smpai tahap cm tue

noriza rahim a'ala

ikut hati mati, ikut rasa binasa. padahnya bila mengikut perasaan. untuk si mati ..Alfatihah.

INTAI

Sesungguhnya cemburu (yakni cemburu yang wajar dan masuk akal adalah bagian) dari keimanan. (HR.Al-Baihaqi dan Ibnu Babawih)

Ulan'el Airish

Cemburu x b'tmpt. Kalau SYG, kenapa sggp bunuh??? Kcyan sungguh. T'utama anak2nya..

Hairudin bin Din

Innalillah...kl syaitan dah menguasai diri, inilah akibatnya...

adeq.fizah

tunang gila.....pergi kt tali gantung jer....
baru padan muka dia.....

sri siantan

Takziah kpd keluarga mangsa. Mudahnye org sekarang,sikit2 bunuh. mana silapnye boleh jd begini?

Aliah Ali

Mengapa lelaki sekarang mudah hilang pertimbangan dan bertindak ganas hingga sanggup membunuh bila bergaduh atau ada masalah dengan pasangan? Sepatutnya lelaki adalah sebagai pelindung,tak kiralah kepada siapa samada tunang, isteri,anak,jiran dan sebagainya.

adnan

al-fatihah. semoga ditempatkan dikalangan org beriman

ZZR

"Jauhilah kamu semua dari(suka menurut) sangkaan, maka sesungguhnya sangkaan adalah percakapan yang paling bohong!" (HR Imam Ahmad bin Hambal, Bukhari dan Muslim)."Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujurat:12)

penjual kasut terpakai

Jahanam punya tunang,cemburu yang terlampau,kalau ye cemburu pun jangan sampai bunuh....tu lah pasal tak hensem!

king shah

si lelaki ni sbnrnya mmpunyai masalah otak yg kronik apapn alfatihah pd roh allahyarhamah karimah binti jusoh smoga diad tmptkn dlm golongan org2 yg beriman amin....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 05 May 2011 07:27 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Dituduh bunuh anak teman wanita

Posted: 05 May 2011 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkannya dalam sebuah kereta.

Hooi War Char, 35, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Dia didakwa membunuh Low Hong Jun, yang merupakan anak kepada teman wanitanya, dalam sebuah kereta di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang, antara 2 pagi dan 12.30 tengah hari 21 April lepas.

Hooi, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larangan Interlok di atas rak perpustakaan

Posted: 05 May 2011 02:35 AM PDT

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata kerajaan negeri dalam mesyuarat Exconya semalam telah memutuskan bahawa walaupun buku itu tidak dihalang untuk berada di perpustakaan awam, namun ia tidak dibenarkan diletakkan di rak buku teks.


Menjawap soalan lisan seorang penyokong kerajaan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima)pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Ramasamy berkata, kerajaan negeri berpendapat kandungan buku itu tetap mempunyai unsur penghinaan etnik walaupun Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa pindaan.

Isu novel Interlok sebenarnya telah selesai apabila kerajaan pusat bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata, daripada 19 perkara itu, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya dan digantikan dengan perkataan 'golongan yang sama'.


Menurutnya, tiga perkara lagi iaitu berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 05 May 2011 07:04 AM PDT

Kosmo Online


77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi

Posted:

77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi

77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi

05/05/2011 7:14pm

JOHOR BAHRU – Polis menahan 77 individu yang terlibat dengan kegiatan judi dan merampas 1,071 unit komputer dalam 281 operasi mesin judi di sekitar bandar raya sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, polis membuka 115 kertas siasatan berhubung kes-kes tersebut, dengan 17 kes sudah dijatuhi hukuman dan selebihnya masih di peringkat perbicaraan mahkamah.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas polis menahan 56 individu yang terlibat dalam kegiatan yang sama dan merampas 2,790 unit komputer dalam 752 serbuan yang dijalankan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata, dalam tempoh itu juga, polis membuka 103 kertas siasatan dengan 39 kes daripadanya sudah dijatuhi hukuman, manakala bakinya masih di peringkat perbicaraan mahkamah. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penganggur didakwa bunuh anak kekasih

Posted:

Penganggur didakwa bunuh anak kekasih

Penganggur didakwa bunuh anak kekasih

05/05/2011 7:11pm

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkannya dalam sebuah kereta.

Hooi War Char, 35, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dia didakwa membunuh Low Hong Jun, yang merupakan anak kepada teman wanitanya, dalam sebuah kereta di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang, antara 2 pagi dan 12.30 tengah hari 21 April lepas.

War Char, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang

Posted:

Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang

Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang

05/05/2011 7:09pm

MARANG - Mayat seorang lelaki sudah berulat ditemui dalam longkang belakang bangunan baru Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, di sini, 11.50 pagi ini.

Mayat mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Serai, di sini dijumpai oleh anak saudara lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata, mangsa difahamkan telah keluar dari rumah pada 1 Mei lalu dan memaklumkan untuk pergi menjerat burung.

"Mangsa dikatakan keluar rumah untuk menjerat burung dan ayam hutan, bagaimanapun sehingga hari ini mangsa tidak pulang ke rumah dan keluarga mangsa juga tidak membuat sebarang laporan polis.

"Bimbang dengan keadaan itu anak saudara mangsa pergi ke tempat yang dimaklumkan mangsa sebelumnya dan terkejut melihat keadaan mayatnya di dalam longkang," kata Manoharan kepada pemberita di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 05 May 2011 03:49 AM PDT

Harian Metro: Setempat


66 kes tipu selesai

Posted: 04 May 2011 11:42 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor menyelesaikan 66 kes penipuan yang didalangi sindiket 'fly-by-night' dengan tertangkapnya tiga anggota sindiket membabitkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, di sini, pada 29 April lalu.


Menurutnya, selepas disoal siasat semua suspek yang berusia antara 30 dan 58 tahun itu membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala Lumpur, sebelum polis merampas beberapa barangan kes.

"Antara barang yang dirampas termasuk 200 gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000. "Polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah Syed Ismail berkata, kerugian yang dialami mangsa sindiket terbabit sejak Jun 2009 hingga April lalu ialah RM1.66 juta di seluruh negara.


Taktik sindiket itu, katanya, membuka premis perniagaan menggunakan pendaftaran palsu dan membuat pesanan pembelian barangan elektrik, arak, barangan perabot dan telefon bimbit daripada mangsa.

"Apabila barangan yang dipesan sampai, mereka akan membayar menggunakan cek tarikh tertunda dan menghilangkan diri meninggalkan pembekal yang tertipu dengan cek tendang," katanya.


Syed Ismail berkata pada tahun lalu 124 kes seumpama itu dilapor di seluruh negara membabitkan kerugian RM7.824 juta dan syarikat yang menggunakan modus operandi 'fly-by-night' ini dikesan menjalankan aktiviti mereka di ibu negara, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Menurutnya, polis masih menyiasat kes itu bagi mengenal pasti dalang sindiket terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 keluarga hilang rumah

Posted: 04 May 2011 11:40 AM PDT

SHAH ALAM: "Habis semua hangus...mesin jahit yang baru dibeli dengan berhutang untuk memudahkan isteri ambil tempahan jahitan pun lebur," kata Ahmad Zakri Abdul Halim, 30.

Dia seorang daripada 45 mangsa yang tinggal sehelai sepinggang membabitkan 12 rumah berkembar separuh papan dan batu di Lorong Haji Husin, Batu 7, Jalan Kebun, Seksyen 30, dekat sini, yang hangus dalam kebakaran, malam kelmarin.


Ahmad Zakri bagaimanapun berkata dia bersyukur sebab isterinya, Hasliza Berahim, 29, yang masih dalam pantang bersalin anak kedua, Mia Kaisara dan anak sulung Mohd Haziq berusia dua tahun terselamat tiada di rumah kerana berpantang di kampung di Jengka, Pahang. Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba, dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, A Romzi Abu, berkata pasukannya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.42 malam dan jentera pertama tiba di tempat kejadian pada jam 10.01 malam. Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.13 malam dan padam sepenuhnya pada jam 11.05 malam. "Kebakaran membabitkan 12 rumah berkembar separuh papan, separuh batu dan sebuah kereta di hadapan satu daripada rumah berkenaan turut terbakar," katanya. Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang ditemui ketika melawat lokasi kejadian semalam berkata, pihaknya mencari rumah sementara mungkin di Pojek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Seksyen 26 atau di Dewan MBSA.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Masjid Al-Falah berdekatan kawasan kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 05 May 2011 03:46 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Posted:

Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tidak sensitif dan membelakangkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Itulah kesimpulan yang dapat dibuat berikutan tindakan beberapa pemilik premis di sekitar ibu kota menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Alor dan Jalan Bukit Bintang mendapati perkara itu berleluasa dan seolah-olah dihalalkan.

Tindakan pemilik premis menggunakan seratus peratus bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka sangat dikesali dan seolah-olah menggambarkan lokasi tersebut bukannya berada di Malaysia.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan harus bertegas dalam perkara ini kerana jika dibiarkan, ia memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia sebagai bangsa yang tidak berbangga dengan bahasa sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

Posted:

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.

Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.

''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.

''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.

Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.

''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

Posted:

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kajian Freedom House yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar tidak menggambarkan realiti sebenar amalan media di negara ini.

Sebaliknya beberapa pemerhati dalam bidang media berpendapat, kajian itu hanya dibuat dengan melihat kepada akhbar arus perdana semata-mata tanpa membandingkan dengan akhbar propembangkang.

Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah berkata, kajian itu juga tidak melihat kepada peranan sebenar akhbar di negara ini yang perlu lebih bertanggungjawab dan mengelak menyentuh isu-isu sensitif.

"Seperti juga amalan demokrasi, akhbar di negara ini memiliki kebebasan tetapi terpimpin sesuai dengan konteks masyarakatnya yang majmuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Freedom House hari ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar.

Malaysia jatuh dua anak tangga berbanding tahun lalu apabila mengumpul 64 mata iaitu dikategorikan sebagai 'tidak bebas' dan berkongsi kedudukan dengan dua lagi negara iaitu Madagascar dan Angola.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 itu dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd. Yahya Ariffin berkata, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya.

Malah ujar beliau, kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti blog dan portal berita.

"Adakah apabila kerajaan tidak berjaya diporakperandakan oleh akhbar maka akhbar di negara ini dikatakan tidak bebas?" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 05 May 2011 03:41 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Lesen 3 pengangkut barang bersubsidi ditarik

Posted: 05 May 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menarik balik lesen tiga pengangkut untuk menghantar barang di bawah Skim Penyelarasan Harga di Sarawak kerana membuat tuntutan palsu, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata, kes pengangkut itu juga dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka membuat tuntutan menghantar barang tersebut walaupun tugas itu tidak dilakukan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, katanya kementerian itu akan terus memantau semua pengangkut dan peniaga yang dilantik di bawah skim itu yang membabitkan bekalan gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel serta beberapa jenis barang keperluan. "Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang kita beri peluang. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun," katanya.

Setakat ini, kementerian itu melantik 115 pengangkut dan 2,442 peniaga di Sarawak untuk menghantar dan membekalkan bahan api dan barangan di kawasan luar bandar negeri ini di bawah skim berkenaan.

Tan berkata, skim itu yang dilancarkan sejak 2009 untuk memastikan harga LPG, bahan api dan barangan keperluan harian di luar bandar sama dengan di bandar.

Bagi tahun ini, beliau berkata kementerian itu memperuntukkan RM100 juta di bawah skim berkenaan di kawasan luar bandar Sarawak, di mana RM53 juta untuk bekalan petrol RON95 dan diesel, RM30 juta untuk barang keperluan dan RM17 juta bagi LPG.
Katanya, 757 kawasan luar bandar di negeri itu sudah dikenalpasti untuk mendapat manfaat di bawah skim tersebut. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siasatan pembunuhan Ratna Sufizzah selesai

Posted: 05 May 2011 03:04 AM PDT

Mutakhir

SUNGAI PETANI: Polis selesai menjalankan siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah Riyyanti Omar, 23, di Alor Setar, Isnin lalu dan kes itu akan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia dalam lingkungan 50an, menikam mangsa kerana dendam atau putus cinta.

"Kita berpuas hati dengan proses siasatan yang dijalankan dan kes pembunuhan gadis berkenaan sudah selesai. Selepas ini Timbalan Pendakwa Raya akan membuat keputusan dan suspek yang ditahan reman selama seminggu akan dituduh tidak lama lagi," katanya selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am Tupah, Merbok, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian sekitar 11 malam Isnin lalu, Ratna Sufizzah Riyyanti, yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, mati akibat ditikam beberapa kali di dada, perut dan tangan di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Setar. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 05 May 2011 03:16 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Pasang sistem amaran awal

Posted:

Pasang sistem amaran awal

Pasang sistem amaran awal

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (kiri) meninjau kawasan tiga kanak-kanak dihanyutkan air deras berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.


KUALA PILAH 4 Mei - Fenomena kepala air yang berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam adalah sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berpunca daripada hujan lebat dan wujudnya takungan di bahagian tinggi sebelah hulu dekat Gunung Angsi.

''Air yang datang secara tiba-tiba dari kawasan gunung menyebabkan tiga kanak-kanak malang itu dihanyutkan air deras," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian itu berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras yang disebut fenomena kepala air ketika sedang mandi di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa kanak-kanak itu, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 18, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Mohamad memberitahu, keperluan menempatkan amaran awal fenomena itu di kawasan sungai hendaklah disegerakan supaya ia dapat memberi ruang kepada pengunjung untuk menyelamatkan diri.

''Amaran seperti loceng mahupun siren perlu dipasang segera di kawasan sebegini, selain papan tanda amaran bagi mengelakkan orang awam mandi ketika hujan di mana-mana kawasan rekreasi," katanya.

Tambahnya, fenomena yang sama juga telah berlaku di kawasan rekreasi Lata Kijang, Jelebu tahun lalu dan berhampiran Gunung Berembun dekat Jalan Pantai, Seremban, semalam di mana turut menyaksikan kerosakan struktur tanah dan meragut satu nyawa.

''Bagi kerajaan negeri dan rakyat, kami menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

Posted:

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

MELAKA 4 Mei - Sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikesan mengalami masalah obesiti atau melebihi berat badan normal.

Kira-kira 20 pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan hari ini menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN terlibat seperti ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin; ADUN Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman; ADUN Machap, Datuk Lai Mei Chong dan ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol di bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir pada program pemeriksaan kesihatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Seramai 20 kakitangan dan pegawai Jabatan Kesihatan negeri terlibat menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN dan mendapati Indeks Jisim Tubuh (BMI) kebanyakan mereka mengalami obesiti.

Bagaimanapun, pemeriksaan lain seperti tahap glukosa dalam air kencing dan darah serta tekanan darah masing-masing berada pada paras normal.

Pemeriksaan kesihatan yang berlangsung selama empat jam berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut menekankan pada pemeriksaan ujian darah di kalangan ADUN bagi mengenal pasti sebarang penyakit serius.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihaknya menasihatkan ADUN terlibat agar mengawal pemakanan berdasarkan hasil ujian kesihatan yang mendapati kebanyakan mereka mengalami obesiti.

''Saya nasihatkan mereka dan diri saya sendiri kerana kami mengalami masalah obesiti. Selepas ini, kita semua perlu kawal gula, makanan berkarbohidrat dan makanan berlemak terutama ketika menghadiri pelbagai majlis.

''Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja, mereka tidak harus mengabaikan waktu tidur dan banyak minum air kosong menggantikan air bergula.

''Begitu juga makanan bersantan yang banyak menyumbang ke arah pertambahan berat badan," katanya yang turut tidak menyangka disahkan mengalami masalah obesiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seremban Sentral akan dibina

Posted:

Seremban Sentral akan dibina

Seremban Sentral akan dibina

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Mei - Sebuah hentian bersepadu yang bakal dikenali dengan Seremban Sentral akan dibina dekat sini dalam usaha menyediakan sistem pengangkutan awam berpusat secara efisien kepada penduduk bandar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, cadangan itu telah dipersetujui oleh kerajaan negeri yang dijangka dibina pada penghujung tahun ini.

''Berdasarkan cadangan, terminal bersepadu ini akan dibina berhampiran stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban.

''Pewujudan hentian bersepadu ini bakal memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam secara komprehensif apabila operasi bas, teksi serta komuter diselaraskan secara berpusat di terminal itu kelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Namun, jelas Chen Pin, buat masa ini, kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Pusat sebelum ia dapat dilaksanakan.

''Jika ia diluluskan, projek ini akan dibangunkan menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," ujarnya.

Katanya, pelaksanaan projek itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap penyediaan kemudahan pengangkutan awam bagi penduduk di bandar ini.

''Kemudahan ini bakal memenuhi keperluan pengangkutan awam penduduk di negeri ini yang semakin bertambah khususnya di sekitar bandar ini," katanya.

Dalam pada itu, Chen Pin turut memberitahu, pihaknya juga sedang menjalankan usaha untuk menambah bilangan teksi di bandar ini serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan tersebut melalui telefon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 05 May 2011 03:13 AM PDT

Utusan Online - Utara


Raja Perlis tegur pekerja hotel

Posted:

Raja Perlis tegur pekerja hotel

Raja Perlis tegur pekerja hotel

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melepaskan ikan ke dalam kolam pada Majlis Perasmian Hotel Seri Malaysia di Kangar, semalam. Turut kelihatan, Raja Perempuan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid (kanan).


KANGAR 4 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur kakitangan hotel yang lokek untuk melemparkan senyuman kepada pelanggan sedangkan mereka mempunyai peranan penting dalam usaha menarik pelancong khususnya ke negeri ini.

Titah baginda, kakitangan hotel bukan sahaja perlu pemurah melemparkan senyuman malah seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik seperti layanan yang boleh memuaskan hati pelanggan.

"Ada hotel, kakitangannya tidak tahu hendak senyum, kurang memberikan layanan kepada pelanggan dan sikap tidak baik ini perlu dikikis," titah baginda sewaktu menyempurnakan majlis perasmian Hotel Seri Malaysia Kangar, di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit dan Pengerusi Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) Sdn. Bhd., Datuk Seri Shafie Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan RHSM, Zahriah Abdul Kadir.

Baginda bertitah, kewujudan hotel baru seperti Seri Malaysia di negeri ini mampu menarik lebih banyak pelancong untuk menginap di Perlis.

"Sekurang-kurangnya pelancong yang tiba di Kuala Perlis dari Langkawi boleh menghabiskan masa dua atau tiga malam di negeri ini daripada mereka pulang terus ke tempat masing-masing," titah baginda.

Hotel Seri Malaysia Kangar bernilai RM27.5 juta itu merupakan hotel milik RHSM ke 21 mempunyai 150 bilik terdiri daripada dua bilik VIP suite, 58 bilik famili dan 88 standard selain menyediakan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan 500 orang serta restoran.

Selain itu, Hotel Seri Malaysia Kangar dilengkapi kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) percuma, saluran televisyen berbayar Astro, kolam renang dan tempat meletak kereta percuma yang luas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

Posted:

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

BUKIT MERTAJAM 4 Mei - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Sayuti Mengkuang yang aktif menjalankan kegiatan curi motosikal di negeri ini dalam operasi 'Ops Lejang' di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 25 hingga 30 April lalu.

Sepanjang operasi itu, seramai 21 lelaki termasuk anggota kumpulan tersebut ditahan manakala 18 motosikal turut dirampas.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 25 tahun dan rata-rata mereka terdiri daripada pelajar sekolah yang sering ponteng untuk menjalankan kegiatan tersebut.

Berikutan kejayaan itu, katanya, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes kecurian motosikal yang dilaporkan di daerah itu sejak beberapa bulan lalu.

"Polis melancarkan Ops Lejang serta menubuhkan satu pasukan khas berikutan kes kecurian motosikal yang semakin meningkat dan menjadi penyumbang utama kepada indeks jenayah di daerah ini.

"Berdasarkan kejayaan ini, kita percaya dapat mencari saki-baki anggota kumpulan terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Rahim memberitahu, pasukan khas itu menjalankan serbuan di beberapa kampung dan taman perumahan termasuk di Kubang Semang dan Mengkuang Titi, dua lokasi yang mencatatkan kes kehilangan motosikal yang tinggi.

Tambah beliau, siasatan polis mendapati, modus operandi kumpulan itu adalah menggunakan 'allen key' yang diubah suai untuk mencuri motosikal sebelum menjual komponennya kepada pihak tertentu.

"Antara motosikal yang dirampas dalam serbuan itu ialah 15 motosikal jenis Honda EX5 iaitu kenderaan paling kerap dilaporkan hilang," jelasnya.

Siasatan polis, katanya, turut mendapati empat daripada mereka yang ditahan positif dadah, manakala lima lagi mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah.

Katanya, kesemua mereka kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TNB minta kerjasama

Posted:

TNB minta kerjasama

TNB minta kerjasama

ALOR SETAR 4 Mei – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kecurian tenaga agar menghubungi pihak mereka dengan segera bagi tindakan lanjut.

Pengurus Besar TNB Kedah, Suid Othman berkata, orang ramai boleh terus menghubungi talian 15454 untuk menyalurkan maklumat kepada pihak TNB.

"Pihak kami sentiasa menjalankan operasi untuk mengesan mereka yang mencuri tenaga elektrik dan kes-kes kecurian tenaga juga semakin berkurangan.

"Namun kami masih memerlukan bantuan daripada orang ramai agar mereka terus menyalurkan maklumat kepada kami untuk membanteras kegiatan ini," ujarnya selepas merasmikan program motivasi UPSR di Dewan Kilat, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 05 May 2011 01:36 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis

Posted: 05 May 2011 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

"Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

"Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik," katanya.

Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.

"Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

"Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

"Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

"Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia," katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.

"Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).

"Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jodoh: Insya-Allah Tuhan akan makbul, titah Sultan Kelantan

Posted: 05 May 2011 12:36 AM PDT

KOTA BARU, 5 Mei — Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Pada satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya," titah baginda dipetik Bernama hari ini.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 September lalu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 05 May 2011 01:29 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Disyaki menipu, salah guna lesen

Posted:

Disyaki menipu, salah guna lesen

Disyaki menipu, salah guna lesen

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Katanya, intipati kesalahan sudah mencukupi kerana Wye Wing yang merupakan kontraktor bukan bumiputera menyedari bahawa projek yang diperoleh daripada kerajaan negeri Selangor dengan meminjam nama syarikat kontraktor bumiputera, adalah dikhaskan untuk bumiputera sahaja.

Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap kesalahan tersebut tidak dapat dilakukan berikutan kematian Beng Hock selain kontroversi dan keadaan yang tidak sesuai selepas kejadian tersebut.

''Bagi saya keterangan Beng Hock paling penting. Walaupun kes merujuk kepada Seksyen 18 (tuntutan palsu), terdapat juga kesalahan lain yang boleh disiasat seperti Seksyen 23 (salah guna kuasa) atau menipu di bawah Kanun Keseksaan.

''Saya ada berbincang dengan pihak atasan, tetapi memandangkan keadaan dan senario pada ketika itu, kita tidak boleh siasat lanjut kesalahan lain kerana kemungkinan tidak akan dapat keterangan yang diperlukan terutama keterangan Beng Hock,'' jelas beliau.

Menurut Ahmad Shafik, keterangan Hian Wah yang merupakan suspek utama dalam siasatan berhubung 80 projek di kawasannya serta ADUN angkat, Kuala Kubu Bharu juga tidak dapat dirakamkan kerana keadaan semasa yang kontroversi serta telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Sementara kenyataan Wye Wing terpaksa dirakam beberapa kali berikutan gangguan oleh beberapa peguam termasuk yang tidak dilantik oleh kontraktor itu kerana pihak SPRM terpaksa mengikut kesesuaian masa mereka selain tidak dibenarkan menyoal siasat selepas pukul 5.30 petang.

Katanya, hasil siasatan beliau bagaimanapun mendedahkan sebanyak sembilan syarikat kontraktor bumiputera digunakan oleh Wye Wing untuk meraih projek dan program di bawah peruntukan ADUN negeri Selangor.

Katanya, penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F itu menyalahi tatacara Perbendaharaan Negeri Selangor yang terikat dengan arahan Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Swasta digesa kerja keras

Posted:

Swasta digesa kerja keras

Swasta digesa kerja keras

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa sektor korporat di negara ini supaya berusaha keras bagi memastikan Malaysia terus berkembang pesat di persada dunia.

Perdana Menteri berkata, usaha keras tersebut penting bagi memastikan syarikat dan produk tempatan mendapat sambutan di pasaran global yang diakui cukup kompetitif.

"Sektor korporat Malaysia perlu memainkan peranan penting di pasaran global dengan penuh nilai kreativiti dan inovatif bagi memastikan syarikat tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

"Ini juga bagi memastikan apa saja bidang yang diceburi syarikat Malaysia akan mengecapi kejayaan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Program Tokoh Korporat anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MID) di sini malam ini.

Hadir sama Presiden MID, Tan Sri Lim Kok Wing; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menerima Anugerah Kehormat MID di atas kepimpinan beliau yang berteraskan inovasi bagi memacu pertumbuhan dan kemajuan negara.

Menurut Najib, keperluan kepada nilai kreativiti dan inovasi harus dititik berat oleh semua sektor korporat dan bukan hanya terhad kepada sektor korporat yang terlibat dalam bidang berteknologi tinggi sahaja.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sejak mengambil alih kepimpinan negara, beliau telah bekerja keras bagi memastikan Wawasan 2020 yang kini tinggal kurang daripada 10 tahun mampu direalisasikan dengan jayanya.

"Kerajaan sedar bahawa masa sebelum tahun 2020 menjelma semakin suntuk. Sebab itulah kerajaan melakukan pelbagai inovasi dan transformasi dalam pentadbiran kerana tanpa perubahan ini cita-cita tersebut sukar dicapai," katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama juga sebanyak lima syarikat milik kerajaan (GLC) daripada 17 buah syarikat tempatan dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Inovatif Global atas kejayaan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sidang ASEAN tumpu penyelesaian konflik serantau

Posted:

Sidang ASEAN tumpu penyelesaian konflik serantau

Sidang ASEAN tumpu penyelesaian konflik serantau

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama para penerima Anugerah Kepimpinan Inovatif Global anjuran Institut Pengurusan Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. – UTusan/Zulkarnain Mohd. Saidin


JAKARTA 4 Mei – Sidang kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Mei ini akan memberi tumpuan terhadap usaha mencari penyelesaian menangani konflik serantau.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata, bagaimanapun, persidangan itu tidak akan membincangkan secara khusus isu berkaitan dengan kematian pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama Bin Laden.

"Saya tidak fikir itu (kematian Osama) akan dibahas secara khusus. Bagaimanapun, isu berhubung bagaimana pendekatan untuk menangani keganasan tentunya akan dibahas oleh negara-negara anggota ASEAN," katanya.

Osama maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001 itu.

Persidangan kali ini juga jelas Marty, akan menilai semula pencapaian ASEAN mencakupi bidang seperti sosio politik, keamanan, ekonomi serta sosio budaya.

Bagi bidang sosio politik dan keamanan, Indonesia sebagai tuan rumah persidangan ASEAN 2011, kata Marty, akan membincangkan pendekatan menangani konflik antara negara-negara ASEAN menggunakan jalan damai tanpa perlu menggunakan kekerasan.

Hal tersebut diakui Marty, berkaitan dengan konflik perbatasan yang tercetus antara Kemboja dan Thailand yang sudah berkali-kali berlaku sehingga mengorbankan banyak jiwa dan memaksa puluhan ribu warganya menjadi pelarian.

"Berhubung isu ekonomi, ASEAN akan memberi penekanan pada pembahasan isu yang berkaitan dengan kawalan keselamatan makanan serta kepentingan tenaga seiring dengan keperluan semasa.

"Sementara dalam aspek sosio budaya pula, Indonesia akan menarik perhatian negara-negara anggota dalam usaha menjadikan ASEAN pusat masyarakat," jelas beliau lagi.

Sementara itu, pejuang dan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi dalam persidangan video sempena Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN mengingatkan, peranan ASEAN amat penting untuk memperjuangkan isu demokrasi terutamanya di kalangan masyarakat sivil.

Sidang tahunan ASEAN ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta di sini dengan tema Komuniti ASEAN Dalam Komuniti Global akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persidangan tahunan itu juga akan turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 05 May 2011 01:21 AM PDT

Utusan Online - Timur


Festival Kenyir bermula esok

Posted:

Festival Kenyir bermula esok

Festival Kenyir bermula esok

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 4 Mei - Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan umum dalam suasana penuh kemeriahan sepanjang tiga hari bermula Jumaat ini dengan berlangsungnya Festival Kenyir.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah berkata, pelbagai acara yang sebahagiannya belum disaksikan seperti belon udara panas dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Program anjuran agensi itu dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Katanya, program yang tertumpu di sekitar Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir itu bertujuan meningkatkan kunjungan pelancong serta memaparkan kesesuaian tasik berkenaan untuk pelbagai jenis aktiviti rekreasi dan sukan darat, air dan udara.

"Program itu juga sebagai persiapan awal dalam usaha mempromosi Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai yang dijangka beroperasi Ogos tahun depan.

"Festival itu turut memperkenalkan program 'Kenyir Island Hopping' di mana pulau-pulau diberikan daya tarikan dengan taman orkid, taman buah-buahan tropika, taman herba, taman burung dan taman rama-rama," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Hamzah, lebih 170 gerai pameran dan jualan daripada agensi kerajaan dan swasta di samping usahawan dari wilayah Ketengah mengambil bahagian dalam program itu.

Pelbagai aktiviti air bakal menarik minat pengunjung katanya, seperti pertandingan jet ski, triathlon Kenyir, bot berhias, pertunjukan perahu naga Putrajaya dan permainan bot kawalan jauh.

"Selain pertunjukan belon udara panas yang bakal mewarnai langit Tasik Kenyir, festival turut dimeriahkan dengan penampilan krew produksi dan pelakon siri kartun terkenal, Upin dan Ipin," katanya.

Sementara itu, pihak penganjur turut memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menyediakan pengangkutan bas dan van dari Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu ke Pengkalan Gawi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lokan jadi pilihan penggemar makanan laut

Posted:

Lokan jadi pilihan penggemar makanan laut

Lokan jadi pilihan penggemar makanan laut

KOTA BHARU 4 Mei - Lokan merupakan sejenis hidupan cangkerang yang boleh dimakan seperti lala, kima, tijah dan etak yang banyak ditemui di kawasan berpasir berhampiran muara.

Dikenali sebagai Polymesoda Expansa dalam bahasa saintifiknya, haiwan ini juga boleh didapati di dalam lumpur di kawasan paya nipah yang menjadi sumber mata pencarian kebanyakan masyarakat yang tinggal berhampiran sungai.

Menurut seorang peraih, Nik Ramlah Nik Yusof, 45, ketika ditemui di Pantai Sri Tujuh, Tumpat di sini semalam, selama 12 tahun berniaga pelbagai jenis ikan kering, kerang, lala, etak termasuk lokan di kawasan tersebut, sambutan orang ramai tidak pernah surut.

''Kebanyakan pelanggan terdiri dari kalangan mereka yang hendak berkhemah di kawasan pantai. Mereka akan mendapatkan bekalan lokan di sini untuk dibakar, cicah dengan air asam untuk dimakan beramai-ramai.

''Ada juga yang membeli lokan untuk dimasak lemak yang dicampur dengan terung atau kobis. Di samping itu, lokan juga enak dibuat masak lemak cili padi, sambal tumis dengan taugeh atau lobak merah. Malah direbus pun sedap," katanya.

Nik Ramlah menambah, di kawasan tempat tinggalnya di Tumpat, lokan juga boleh didapati di dalam pasir di kawasan paya nipah tanpa mengira musim.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kemahiran pencari lokan untuk mengenal pasti kawasan lokan yang mempunyai saiz besar.

''Kebanyakan pencari lokan adalah kalangan nelayan yang tidak turun ke laut mencari ikan atau anak-anak nelayan yang menghabiskan cuti hujung minggu atau cuti persekolahan untuk mencari wang saku.

''Seorang pencari lokan mampu memperoleh 30 kilogram lokan sehari terutama ketika air surut kerana kalau air pasang sukar pula mengharung air untuk mengorek pasir bagi memperolehinya," ujarnya yang turut menjual ikan masin seperti gelama, cencaru, pelata, tamban dan bilis.

Katanya lagi, lokan yang tidak habis dijual boleh disimpan kerana haiwan tersebut dapat hidup sehingga seminggu dalam air biasa.

Menurut Nik Ramlah, dia menjual lokan dengan harga RM5 bagi tiga kilogram.

''Dengan hasil jualan gerai ini termasuk lokan, saya mampu menyara hidup bersama sembilan anak yang berusia sembilan hingga 26 tahun sambil di bantu suami,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masih siasat kebakaran pejabat DUN

Posted:

Masih siasat kebakaran pejabat DUN

Masih siasat kebakaran pejabat DUN

PASIR PUTEH 4 Mei - Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes kebakaran pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 melibatkan kes khianat ke atas bangunan.

"Bagaimanapun, pihak polis tidak boleh memberi sebarang ulasan lanjut mengenai perkara itu sehingga siasatan dijalankan selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 3.40 pagi selepas ADUN Pas itu menang dalam pertandingan sengit merebut jawatan Yang Dipertua Pas kawasan Pasir Puteh yang diadakan Sabtu lalu.

Bagaimanapun kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung yang tinggal berdekatan sebelum merebak keseluruhan bangunan berkenaan.

Dalam pertandingan yang diadakan sempena muktamar dan mesyuarat agung tahunan PAS yang diadakan di Taman Rehlah Semerak, Sabtu lalu, Nik Mazian menang dengan majoriti tiga undi sahaja mengalahkan pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Pas Pasir Puteh, Mohamad Hussin.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, lima anggota bomba yang diketuainya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang telah berjaya memadamkan kebakaran.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebuah meja, kerusi dan permaidani dalam bangunan berkenaan hangus. Bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan punca kebakaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 05 May 2011 01:11 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


‘Orang surau’ dibunuh kejam

Posted: 04 May 2011 01:15 PM PDT

BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.

Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.

Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.


Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Penjara’ OKU

Posted: 04 May 2011 01:12 PM PDT

IPOH: Sebuah premis dua tingkat di Jalan Lapangan Siber 2, Bandar Siber, Taman Botani ibarat penjara bagi 20 orang kurang upaya (OKU) apabila dibiarkan dalam keadaan tidak terurus dan terbiar.

Premis itu tidak berdaftar sebagai pusat jagaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun 20 OKU berusia antara 18 hingga 60 tahun ditempatkan di situ.


Nasib malang OKU yang menghuni pusat jagaan haram itu dikesan selepas sepasukan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta melakukan serbuan pada jam 9 pagi 26 April lalu hasil maklumat orang awam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Chong Phaik Kee berkata, dalam serbuan itu pihaknya menemui penghuni OKU bergelimpangan dalam bangunan yang tidak mempunyai kelengkapan dan peralatan kediaman selesa.


Lebih mengejutkan, OKU berkenaan juga tidak menerima sebarang rawatan dan terapi sepanjang berada dalam premis berkenaan memandangkan tiada sebarang peralatan terapi ditemui di dalam premis itu.


"Malah, kebanyakan mereka mengalami masalah kesihatan termasuk kecacatan akal dan spastik yang memerlukan rawatan rapi, selain kesukaran bergerak.

"Ketika serbuan dilakukan, premis itu dilengkapi 21 tilam, empat tikar, enam kerusi bersandar, dua mesin basuh dan sebuah meja makan serta diuruskan dua penjaga," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan tiada papan tanda dan pada mulanya, cubaan memasukinya gagal kerana penjaga tidak memberi kerjasama menyebabkan pegawainya memanjat menerusi premis sebelah.

"Kami mendapati, 20 OKU itu ditempatkan di tingkat atas dengan beberapa kelengkapan asas seperti tilam dan kerusi bersandar.


"Ketika serbuan, kami menemui dua lelaki dipercayai penjaga pusat jagaan haram itu, masing-masing berusia 35 tahun dan 60 tahun," katanya.


Chong berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana pusat jagaan tidak sepatutnya beroperasi di kedai dua tingkat itu atas sebab keselamatan dan kecemasan.


Menurutnya, rumah kedai tidak sesuai dijadikan pusat jagaan kerana ia tidak memenuhi spesifikasi keselamatan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Menurutnya, tiada sebarang aktiviti pemulihan dan terapi di pusat jagaan haram itu sebaliknya OKU berkenaan terbiar tanpa jagaan sempurna.


"Semua OKU di pusat jagaan haram itu ditempatkan sementara di beberapa pusat jagaan berdaftar di daerah ini, termasuk di Bangunan Persatuan Hock Kean yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan," katanya.


Kata Chong, pihaknya menutup pusat jagaan tidak berdaftar itu dan membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat.


"Kami sedang dalam proses menempatkan OKU berkenaan di pusat jagaan berdaftar termasuk di Rumah Kanak-Kanak Cacat Setia dan Yayasan Latihan Insan Istimewa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 04 May 2011 11:44 PM PDT

Utusan Online - Politik


Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Posted:

Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei – Solat hajat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini dilihat memberi pelbagai petunjuk bagi menggambarkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, walaupun perilaku buruk Anwar semakin jelas kelihatan namun masih ada yang tidak mahu menerima hakikat sebenar terutama mengenai moral Anwar yang ketagihan seks.

"Kita lihat, Raja Petra Kamaruddin telah membongkarkan mengenai penglibatan Anwar dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Anwar.

"Dan kita juga dapat lihat mengenai kebiadaban 'gundik-gundik' Angkatan Muda Keadilan (AMK) Anwar yang membuat pencemaran dan kekecohan di ruang solat Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, lokasi Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelbagai isu yang timbul melibatkan Anwar seperti kes liwat, pendedahan Raja Petra dan isu video seks.

Anuar berkata, selaku isteri kepada Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu dipersalahkan kerana gagal memenuhi tanggungjawabnya.

"Wan Azizah, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin seharusnya membawa Anwar pergi berubat pada awal 1990-an lagi.

"Namun, mereka bukan saja gagal membantu Anwar menangani masalah seksnya, sebaliknya berusaha membendung orang ramai daripada mengetahui kerakusan nafsu seks Anwar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Posted:

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengunakan bahasa kesat di Twitternya menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin Islam yang berkaliber.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keperibadian sesetengah pemimpin Pas sebenarnya tidak langsung mencerminkan imej sebenar Islam dan adakalanya lebih teruk daripada pemimpin bukan Islam.

"Saya yakin Mahfuz tertekan dengan idea murni penyatuan UMNO dan Pas ini. Beliau sudah mula berfikiran tidak rasional dan gagal mengawal emosinya kerana khuatir dengan kedudukannya selepas penyatuan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.

Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini."

Jelas Mohd. Puad, golongan tersebut hanya menggunakan imej Islam untuk kelihatan warak dan berpura-pura alim sedangkan mereka turut melakukan perkara yang tidak bermoral dan tersasar daripada landasan asal ajaran Islam.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Mahfuz itu memperlihatkan sifat riak beliau yang menolak sesuatu yang murni dan menguntungkan semua pihak di peringkat nasional.

"Saya harap mereka (pemimpin Pas) membuang segala prasangka buruk terhadap usaha murni ini dan menghulurkan tangan permuafakatan supaya perjuangan bangsa Melayu lebih mantap dan maju," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai sebuah kenyataan peribadi yang tidak membawa suara sekalian ahli Pas yang secara realitinya mahukan penyatuan UMNO dan Pas.

Katanya, suara majoriti Pas sebenarnya mahukan penyatuan dan bukannya perpecahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali musuh Islam itu sendiri.

"Kenyataan Mahfuz itu hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata dan tidak selaras dengan suara sebenar ahli Pas. Cuba mereka (Pas) fikirkan manfaat yang boleh dirasai mereka jika bersatu di bawah bumbung Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 04 May 2011 11:17 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Pasangan suami isteri dibunuh kejam

Posted:

Pasangan suami isteri dibunuh kejam

Pasangan suami isteri dibunuh kejam

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Sanak-saudara dan jiran tetangga sedih dengan kejadian kontaktor, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu yang mati dibunuh di Kampung Gemeti, Bentong, Pahang, semalam.


BENTONG 4 Mei - Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.

Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis menerima panggilan penduduk mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi setelah terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dipercayai oleh kedua-dua mangsa.

"Ketika kejadian, keadaan di sekitar kawasan itu gelap. Ada jiran mendakwa mereka terdengar bunyi seseorang melarikan diri dari bahagian belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Narenasegaran, sebaik sahaja tiba di rumah itu, polis menemui mayat pasangan terbabit dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka yang terletak berhampiran jalan utama.

Katanya, mayat Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut sementara isterinya ditemui di tepi katil dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di tengkuk.

Kata beliau, polis turut menemui cangkul yang dipercayai diguna untuk membunuh pasangan itu hasil pemeriksaan di sekitar bilik mangsa.

Narenasegaran memberitahu, selain cangkul, polis juga masih mengesan satu lagi objek tajam yang dipercayai diguna dalam pembunuhan tersebut.

"Tiada kesan pecah rumah dan hasil pemeriksaan dijalankan, senapang milik mangsa juga tidak diambil suspek.

"Berdasarkan siasatan, kami percaya kejadian ini melibatkan seorang suspek yang dikenali oleh mangsa namun setakat ini identiti suspek terbabit belum dikenal pasti," ujarnya.

Beliau turut menolak motif pembunuhan pasangan itu melibatkan kes samun atau dendam kerana tiada barangan berharga hilang.

Pihak polis, katanya, akan meneruskan siasatan lebih menyeluruh termasuk mendapatkan keterangan jiran, ahli keluarga dan pekerja mangsa bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung kes ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Janda muda mati ditikam tunang

Posted:

Janda muda mati ditikam tunang

Janda muda mati ditikam tunang

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


Karimah Jusoh


BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.

Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.

Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi.

"Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas.

"Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Karimah yang berasal dari Perlis, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga oleh kakaknya.

Mangsa yang bercerai pada 2009, bertunang sejak tujuh bulan lalu dan berhasrat melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Abdul Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Polis kemudian menerima laporan bahawa tunang mangsa dikejarkan ke HSJ kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dipercayai meminum racun. Petang ini, lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut berikutan keadaannya semakin tenat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 04 May 2011 11:12 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Filem pendek gaya Afiq Deen

Posted:

Filem pendek gaya Afiq Deen

Filem pendek gaya Afiq Deen

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



RUANGAN studio merangkap kediaman Mohd. Afiq Deen Azizan itu kemas teratur. Rak-rak dipenuhi pelbagai buku berbahasa Inggeris tersusun rapi bersama-sama koleksi DVD kegemarannya. Di satu sudut, kelihatan anugerah-anugerah yang dicapai pengarah muda berusia 24 tahun itu selama tiga tahun berkecimpung dalam dunia pengarahan dan pembikinan filem pendek serta iklan.

Walaupun tempoh penglibatan tersebut masih dikira setahun jagung, namun ternyata apabila kreativiti dan keghairahan bersatu, kejayaan yang diraih anak kelahiran Pulau Mutiara itu begitu mengagumkan. Satu demi satu kejayaan dirangkul menerusi karya-karya unik nukilannya.

Walaupun tidak berkelulusan bidang penyiaran dan perfileman, graduan jurusan seni bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mampu memacu minatnya ke peringkat membanggakan.

Afiq Deen meminjam pesanan bapa saudaranya yang mengingatkan dirinya agar melakukan perkara yang sering difikirkan sebelum tidur, dia akhirnya membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.

Video muzik pertama

Sejak kecil Afiq Deen atau lebih mesra dengan panggilan Afiq dilatih untuk menjadi arkitek. Jadi dia tidak banyak membantah melainkan mengikut saja perancangan keluarganya.

Detik bermulanya minat terhadap pembikinan filem berputik setelah dia memenangi anugerah pertama menerusi video muzik yang dibuat sekadar hiburan diri sendiri pada 2007.

"Ketika itu cuti semester di universiti, memandangkan ibu bapa saya tiada di rumah jadi saya terpaksa tinggal di asrama bagi tempoh seminggu. Oleh kerana terlalu bosan, saya menggunakan kamera digital untuk membuat video muzik.

"Saya tidak menyangka video tersebut tersebar dan salah seorang kawan saya menghantar video itu menyertai pertandingan di kampus dan memenangi tempat pertama," ujarnya ketika menyingkap kembali kenangan lucu tersebut.

Sejak peristiwa tersebut, Afiq tidak menunggu lama menghasilkan karya keduanya. Dua bulan selepas itu, Afiq memenangi tempat pertama Green Malaysia Short Film Competition 2007 anjuran Jerneh Insurance.

Menyedari diri masih bergelar pelajar seni bina, Afiq mengingatkan diri untuk fokus kepada pelajaran terlebih dahulu dan setelah tamat, dia memilih haluan berbeza dengan menjadikan bidang perfileman dan pengiklanan sebagai kerjaya.

Pengaruh karya


AFIQ sentiasa bereksperimen agar mampu menghasilkan karya yang lebih baik.


Jika dilihat karya-karya yang dihasilkan Afiq, pasti ramai sukar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

Cenderung menghasilkan karya genre berat, Afiq menyatakan, genre sebegitu mengandungi mesej mendalam serta mampu meninggalkan kesan berpanjangan kepada penonton.

"Saya tidak berapa suka menyampaikan mesej secara langsung. Dengan menyelitkan unsur mesej tersembunyi, penceritaan akan lebih menarik serta mampu menguji pemikiran penonton.

"Jika kita lihat arena perfileman tanah air, tidak banyak pengarah yang berani mempertaruhkan genre berat kerana mungkin tidak yakin mampu menarik minat penonton untuk ke panggung," jelasnya.

Menjadikan Allahyarham Yasmin Ahmad, P. Ramlee dan pengarah Korea, Park Chan-Wook sebagai idola, Afiq melihat karya yang dihasilkan perlu mempunyai keunikan dan identiti tersendiri.

Malah, filem pendeknya berjudul 4 Peringkat Ajal turut menarik perhatian Yasmin sehingga membuatkan dia dipanggil untuk sesi temu duga bersama legenda perfileman tanah air itu.

Kekecewaan melanda Afiq apabila Yasmin meninggal dunia pada minggu temu duga sepatutnya berlangsung. Namun, nasihat Yasmin kepadanya agar tidak mengikut stail orang lain tetap tersemat dalam mindanya.

Evolusi Maria

Tidak keterlaluan jika dikatakan filem pendek terbaik yang pernah dihasilkan Afiq ialah Maria hingga melayakkannya memenangi Anugerah bagi Arahan Seni Luar Biasa di Nextgen Contentpreneur Awards (NCA) 2010 anjuran Astro.

Filem pendek yang mengangkat kisah seorang wanita muda yang dianggap sebagai pelacur itu sarat dengan keunikan yang sukar diterjemah menerusi dialog.

Maria seorang wanita yang tidak boleh merasai perasaan dalam hati sendiri menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang ingin melepaskan rasa sakit hati yang ditanggung. Melalui pembebasan rasa sakit orang lain kepada dirinya, Maria berasa puas dan lengkap sebagai manusia biasa.

Sinematografi menarik dipaparkan Maria menunjukkan kreativiti Afiq sebagai pengarah berbakat. Ujar Afiq, memang menjadi kebiasaannya untuk bermain dengan sinematografi.

"Sinematografi mampu menterjemah mesej tanpa kata-kata, adakalanya cukup dengan persekitaran dan suasana dalam sesuatu filem bagi menyampaikan mesej kepada penonton.

"Malangnya teknik ini tidak dipraktikkan sepenuhnya oleh penggiat filem di Malaysia yang lebih menekankan kepada dialog panjang lebar.

"Bagi saya emosi yang ditunjukkan sesuatu karakter itu lebih berkesan daripada berdialog. Ekspresi muka mampu menyingkap seribu makna tanpa perlu berbicara," jelas penggemar buku Human, All-Too-Human karya Friedrich Nietzsche itu.

Semakin matang dalam menghasilkan sesuatu karya, Afiq memberitahu segala perkara tentang minatnya itu dipelajari sendiri menerusi video di Youtube dan buku-buku berkaitan perfileman.

Dia juga memperbaiki diri dengan menonton Di Sebalik Tabir penghasilan sesebuah filem, menonton pelbagai jenis filem serta banyak bereksperimen secara sendiri.

Karakter unik


AFIQ DEEN (sembilan dari kanan) kini mampu membentuk produksi kecil-kecilan sendiri.


Walaupun pada awalnya, keluarga Afiq tidak bersetuju dengan minat yang ditunjukkannya, namun setelah melihat sendiri potensi pengarah muda itu dalam bidang perfileman, lampu hijau diberikan kepada Afiq bagi mengejar cita-citanya.

Azizan Pawanteh, bapa kepada Afiq memberitahu bahawa anak sulung dari empat beradik itu sering mempunyai pemikiran berbeza daripada orang lain.

"Cara dia berfikir tidak sama dengan orang lain. Dia dapat melihat sesuatu sudut berpandu penterjemahan yang tidak pernah difikirkan orang.

"Jadi apabila saya melihat karya-karya yang dihasilkan Afiq, saya tahu dia mempunyai daya imaginasi tinggi dan mampu pergi jauh dalam industri ini," katanya.

Selain itu, Azizan turut memberitahu, anak lelakinya itu lebih gemar berdikari apabila kesemua peralatan yang dimiliki Afiq hari ini adalah atas hasil titik peluh sendiri.

Seorang teman rapat Afiq, Shazlan Noor Suhaimi pula berkata, setiap karya yang dihasilkan sahabatnya itu mempunyai identiti tersendiri.

"Apabila orang melihat karya Afiq, secara automatik mereka akan tahu ini merupakan karya Afiq," ujarnya yang menuntut bersama-sama Afiq ketika di UIAM.

Teraju utama filem pendek Maria, Charlene Wong menyifatkan Afiq sebagai pengarah muda imaginatif serta tahu apa yang diinginkan ketika bekerja.

Jelas Charlene, sesiapa yang bekerja dengan Afiq pasti akan berasa selesa memandangkan karakternya yang mudah didekati dan ramah dengan orang di sekelilingnya.

Pandangan masa depan

Menjadikan setahun sebagai tempoh baginya menjadi ahli industri perfileman dan pengiklanan tanah air, Afiq tidak terburu-buru dalam mengejar impian bergelar pengarah tersohor satu hari nanti.

Memilih untuk bekerja sebagai pengarah seni dan bekerja di belakang tabir dirasakan mampu memberi banyak pelajaran kepada dirinya dalam memahami selok-belok dunia perfileman.

"Buat masa ini, saya lebih banyak mengambil projek pengiklanan sementara filem pendek pula saya hasilkan untuk dihantar ke beberapa pertandingan," ujarnya.

Bakal menghasilkan sebuah filem pendek baharu sebagai persediaan bagi menyertai Festival Filem Busan 2011, Afiq semakin bijak dalam merangka pembikinan filem pendeknya itu.

Ketika ditanya tentang pelakon tempatan yang diimpikan berlakon dalam karyanya, Afiq lancar menutur nama Scha Alyahya dan Farid Kamil, tanda kedua-dua personaliti itu telah lama menjadi sasarannya.

Walaupun masih muda, Afiq berani bermimpi besar dengan berharap untuk menggenggam anugerah terulung perfileman dunia, Palme d'Or Award yang menjadi rebutan di Festival Filem Cannes.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 04 May 2011 07:37 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

Posted:

Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai kira-kira tiga tahun lalu sebagai tindakan yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sehubungan itu Khairy yang diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan pada 21 Februari lalu supaya saman Ketua Pembangkang itu dibatalkan.

Permohonan itu juga dikemukakan oleh Khairy atas alasan dirinya mempunyai perlindungan bersyarat memandangkan beliau pada masa itu merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang memiliki tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam serta masyarakat Melayu.

Selain itu Khairy menyatakan, beliau berjaya menunjukkan kewajaran pembelaan kerana Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan sabitan tersebut disahkan oleh Mahkamah Rayuan walaupun rayuan pemimpin pembangkang itu dibenarkan oleh majoriti hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi di sini, Peguam Sarah Abishegam hadir bagi pihak peguam utama mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sarah ketika ditemui pemberita memberitahu, Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 16 Jun depan bagi pengurusan kes untuk kedua-dua pihak mengemukakan afidavit berkaitan.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO pada 7 Mac 2008 kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Ekoran ceramah tersebut, plaintif mendakwa defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.

Plaintif mendakwa kata-kata tersebut menyinggung dan merupakan fitnah dengan niat memperkecilkan dirinya sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi selain faedah lapan peratus serta kos.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang’

Posted:

'Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang'

'Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang'

PUTRAJAYA 4 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff didakwa meninggalkan seketika kuorum bersidang sewaktu mendengar permohonan kebenaran merayu oleh peguam terkemuka, Gurbachan Singh berhubung pemilikan tanah bernilai hampir RM80 juta.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Gurbachan berhujah, perbuatan beliau meninggalkan panel tersebut selama kira-kira lapan minit sebelum kembali mempengerusikannya, melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berhujah, akta berkenaan menyatakan, kuorum tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang itu perlu sentiasa dihadiri oleh kesemua ahli panel sepanjang prosiding berlangsung.

Sehubungan itu, Malik Imtiaz menghujahkan, tindakan Hakim Alauddin yang meninggalkan kuorum walaupun hanya sekali telah menyebabkan ketidakadilan terhadap anak guamnya.

Beliau berhujah ketika memohon agar Mahkamah Persekutuan hari ini menyemak keputusan panel tersebut yang menolak permohonan Gurbachan dan empat pihak lagi untuk mendapatkan kebenaran merayu.

Ekoran kegagalan mendapatkan kebenaran merayu, seramai 217 pekerja estet yang merupakan anak guam Gurbachan diisytiharkan sebagai pemilik yang sah terhadap sebidang tanah seluas 1,472 hektar di Hutan Melintang, Perak.

Pemilik tanah terdiri daripada P. Vellasamy dan 216 yang lain menamakan Gurbachan, Tetuan Bachan & Kartar, Simpang Empat Plantations, Regal Establishment Sdn. Bhd. dan MBf Finance Berhad selaku responden-responden.

Sementara itu, peguam D.P.Vijandran yang mewakili pekerja-pekerja estet tersebut berhujah, ketidakhadiran Hakim Alauddin selama beberapa minit tidak menyebabkan prejudis kepada mana-mana pihak kerana kuorum itu mendengar keseluruhan prosiding sebelum membuat keputusan.

Menurut beliau, kejadian hakim itu meninggalkan sidang boleh diragui ekoran tindakan dua peguam memfailkan afidavit menafikan kejadian itu manakala dua lagi memfailkan kenyataan bersumpah bahawa mereka tidak mengingatinya.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Datuk Seri Md. Raus Shariff menetapkan tempoh dua bulan bagi pengurusan kes.

Beliau menangguhkan pendengaran hari ini selepas dimaklumkan bahawa polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Gurbachan terhadap keempat-empat peguam tersebut serta seorang penduduk yang turut menafikan tindakan Hakim Alauddin meninggalkan kuorum bersidang.

Mahkamah turut diberitahu, Gurbachan dan empat yang lain akan memfailkan tindakan prosiding menghina mahkamah terhadap kelima-lima pihak tersebut.

Pada 1 Disember 2009, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 mengarahkan Gurbachan menyerahkan semula tanah itu yang dibelinya dengan harga jutaan ringgit setelah membenarkan rayuan pemilik-pemiliknya.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 1995 yang menolak saman mereka agar proses jual beli tanah itu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 04 May 2011 07:11 PM PDT

Utusan Online - Pahang


20 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

20 rumah rosak dilanda ribut

20 rumah rosak dilanda ribut

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


Penduduk Kampung Paya Sok bergotong-royong menebang pokok yang tumbang hingga menghalang lalu-lintas di jalan utama ke kampung itu setelah dipukul ribut, kelmarin. - utusan/Musazlila Mustapar


KUALA KRAU 4 Mei - Sebanyak 20 buah rumah rosak termasuk tiga daripadanya dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Paya Sok, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, atap balai raya dan kuarters klinik kesihatan turut diterbangkan angin kencang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian selama 10 minit itu.

Seorang mangsa, Noor Atikah Shaarani, 26, memberitahu, ketika kejadian dia tinggal bersama tiga anaknya yang masih kecil manakala suaminya sedang bekerja.

Katanya, dia dan anak-anaknya ketakutan apabila atap rumahnya diterbangkan angin kencang.

"Kami empat beranak ketika itu duduk di ruang tamu dan secara tiba-tiba atap diterbangkan angin. Saya terus menyelamatkan tiga anak saya dan duduk di dapur," katanya.

Seorang lagi mangsa, Ariffin Mat, 82, berkata, ketika kejadian, dia tidak sedar rumahnya dihempap sebatang pokok rambai.

Selepas angin kencang dan hujan berhenti, dia masuk ke ruang tamu dan melihat atap rumahnya itu rosak teruk.

"Saya keluar melihat apa yang berlaku di bahagian atap dan saya terkejut melihat pokok rambai sebesar dua pemeluk di tepi rumah tumbang.

"Saya bersyukur kerana rumah saya tidak ranap dan saya selamat dalam kejadian itu. Ketika kejadian saya ada bersama empat orang ahli keluarga saya. Memang kami tidak sedar rumah dihempap pokok," katanya.

Nasib malang mangsa terbabit mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar yang melawat tempat kejadian hari ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Jenderak 1, Zainal Azman Bidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohamad Yusof Mat.

Ismail ketika ditemui berkata, pihaknya menganggarkan kerugian sebanyak RM100,000 apabila banyak barangan penduduk rosak dalam kejadian itu.

''Kita bersimpati dengan apa yang berlaku dan harap mangsa dapat menerima kejadian ini dengan hati terbuka kerana ini adalah ujian.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.

Mohamed pula berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan segera menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu

Posted:

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu


Suhaimi Jusoh (kanan) melawat rumah mangsa ribut di Gambang, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 4 Mei - Kerajaan akan menyalurkan bantuan segera kepada seramai 60 mangsa ribut di Kampung Baru Gambang dekat sini semalam dalam usaha mengurangkan beban yang mereka hadapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Sohaimi Jusoh berkata, bantuan bakal diberikan berdasarkan nilai kerosakan dan setiap mangsa diminta memberikan maklumat tepat mengenai kerugian akibat kejadian itu.

"Kita mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kepada mangsa ribut sebaik sahaja menerima laporan daripada wakil penduduk mengenai kejadian itu.

"Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut terlibat menyelenggara kembali jalan raya dan rumah yang rosak selain bantuan daripada 10 anggota tentera," katanya ketika ditemui ketika melakukan tinjauan di kampung itu, semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, beberapa rumah rosak di bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang manakala dua lagi rumah ditimpa pokok.

Sementara itu, seorang pemilik rumah, Yan King Wan, 68, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada penyewa rumahnya kira-kira pukul 4 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, dia tidak menyangka dahan pokok durian yang ditanam kira-kira 30 tahun lalu menimpa rumahnya tetapi bersyukur kerana penyewanya tidak mengalami kecederaan.

"Saya bergegas ke rumah itu sebaik sahaja menerima panggilan daripada penyewa dan terkejut melihat dahan pokok durian tersebut menghempap bumbung bilik," katanya yang tinggal di bandar ini.

King Wan memberitahu, kejadian ribut tersebut merupakan kali pertama terjadi di kawasan itu dan bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak larang lombong bijih besi

Posted:

Tak larang lombong bijih besi

Tak larang lombong bijih besi

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 4 Mei - Kerajaan negeri akan mewujudkan garis panduan kepada pelombong berikutan menerima banyak permohonan untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menyiapkan garis panduan tersebut.

"Garis panduan ini diwujudkan berikutan permohonan melombong bijih besi di Pahang kini mencecah 3,000 permohonan sejak 2007.

"Sebelum ini, bijih besi tidak laku tetapi kini ia sangat berharga dan selepas 2007, permintaannya semakin menjadi-jadi. Kita tidak larang untuk orang memohon tetapi perlu ada satu garis panduan," katanya selepas menerima kunjungan Presiden Universiti Yarmouk, Jordan, Prof. Dr. Sutan Abu Orabi di Yayasan Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Adnan berkata, pihaknya tidak boleh memberi kelulusan kepada semua permohonan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Sebelum ini, ujar beliau, tiada syarat khusus untuk memohon melombong bijih besi dan sesiapa sahaja boleh berbuat demikian.

"Hasil daripada perlombongan bijih besi, kerajaan negeri mendapat royalti sebanyak RM4 juta pada tahun lalu manakala pada empat bulan pertama tahun ini sebanyak RM5.5 juta royalti diperoleh.

"Ini jelas menunjukkan sektor perlombongan bijih besi semakin meningkat dan perlu ada satu garis panduan untuk kegiatan itu," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 04 May 2011 03:22 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Kesan pembunuhan Osama

Posted:

Kesan pembunuhan Osama

Kesan pembunuhan Osama

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

MINGGU ini dunia digemparkan dengan berita kejayaan tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh pemimpin utama pergerakan al-Qaeda, Osama bin Laden.

Ironinya, Presiden AS, Barack Obama yang sebelum ini menumpang populariti nama mirip Osama tampil membuat pengumuman rasmi bahawa pentadbirannya berjaya melakukan apa yang gagal dicapai pentadbiran terdahulu.

Di sebalik pengumuman itu, masih ramai yang sangsi dengan kesahihan berita dan bukti yang dikemukakan tentera AS yang telah lama terkenal dengan pelbagai konspirasi dan kerahsiaan.

Berita kematian Osama kelihatan diselubungi fakta mencurigakan seperti tersebarnya gambar mayat Osama yang hanya diubah suai daripada gambar lama sementara mayatnya dikebumikan di laut kononnya mengikut cara Islam dan disebabkan tiada negara yang sanggup menerima mayatnya.

Bagaimanapun, majoriti utama masyarakat dunia terutamanya di Barat telah menerima bulat-bulat khabar tersebut tanpa memikirkan kemungkinan ia membawa kemudaratan lebih besar kepada dunia kelak.

Sebilangan besar umat Islam pula berharap pemergian Osama akan mengurangkan gejala 'Islamofobia' dunia sementara sebahagian kecil lagi menganggap kematiannya itu syahid seorang pejuang.

Para pemimpin kerajaan, politik dan agama dunia juga cuba memberi pandangan optimis dengan harapan kematian Osama membawa kepada era yang lebih baik untuk dunia dan Islam.

Namun, realitinya tidak begitu cerah dengan rangkaian al-Qaeda di seluruh dunia mula membanjiri Internet dengan pelbagai ancaman dan ugutan tindakan balas.

Kekosongan tampuk kepimpinan yang ditinggalkan juga segera diisi oleh Ayman al-Zawahri yang sebelum ini menjadi sumber rujukan dan individu yang amat dipercayai Osama.

Ini menunjukkan al-Qaeda tidak terjejas teruk akibat pembunuhan Osama seperti yang diharapkan tentera AS dan para pemimpin dunia. Sebaliknya ia meningkatkan kebarangkalian tindakan balas bakal menyusul dalam tempoh terdekat.

Bagi pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling, tindakan AS membunuh Osama mungkin akan membawa kepada al-Qaeda menjadi semakin agresif.

"Pergerakan pertubuhan keganasan antarabangsa mungkin menerima kesan ketiadaan Osama tetapi secara umumnya mereka mungkin akan menjadi lebih agresif kelak," katanya.

Menurutnya, Osama bukan sekadar ikon kepada pejuang al-Qaeda malahan ikon keganasan antarabangsa.

Mohamad Faisol menjelaskan, al-Qaeda dan jaringan gerakan pengganas di bawahnya juga bukan milik eksklusif mana-mana negara dan dengan itu semua negara di seluruh dunia bakal terancam dengan perkembangan tersebut.

"Persoalannya kini, adakah al-Qaeda akan hancur atau semakin kuat tanpa Osama dan adakah mereka akan berhenti mengancam dunia? Perkataan utama di sini adalah dunia, bukan AS sahaja.

"Secara peribadi, saya merasakan al-Qaeda akan mempamerkan kuasa yang lebih besar sebagai tindak balas," tegasnya.

Tambahnya, tindakan membunuh ketua kumpulan pengganas seperti al-Qaeda juga tidak akan melumpuhkan pergerakannya kerana pemimpin mereka akan bersilih ganti walau apa yang berlaku tetapi agenda pergerakan itu akan terus berkekalan.

Mohamad Faisol berpendapat perspektif Islamofobia Barat juga tidak dapat dihakis dengan kematian Osama.

"Barat sudah meletakkan satu jurang besar ke atas orang Islam dan perspektif di kedua-dua belah pihak akan kekal selagi jurang ini wujud.

"Pembunuhan Osama ini bukannya kejayaan menentang keganasan sebaliknya hanya kejayaan menghapuskan seorang tokoh pengganas," jelasnya.

Secara umumnya, Mohamad Faisol berpendapat tindakan agresif al-Qaeda dan jaringan militan kecil yang mempunyai kaitan dengannya bukan sahaja akan bertumpu kepada Barat malahan seluruh dunia.

"Pembunuhan Osama boleh dikira sebagai kredit kepada pentadbiran Presiden Obama tetapi impak utamanya bukan kepada al-Qaeda sahaja malahan kumpulan radikal lain juga.

"Buat masa ini kita tidak dapat menjangka bentuk serangan balas yang akan dilancarkan. Dahulu al-Qaeda berbentuk unilateral atau bersendirian sahaja tetapi kini pergerakan itu mempunyai kaitan seperti sistem francais dengan pergerakan kecil di seluruh dunia," katanya.

Menurut beliau, al-Qaeda selaku pertubuhan induk sahaja sementara jaringan kumpulan militan kecil di seluruh dunia yang akan bertindak ganas.

Pandangan sama turut dikongsi Pengarah Pusat Kajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Leftenan Kolonel (B) Ahmad Ghazali Abu Hassan.

Beliau berpendapat pembunuhan Osama tidak memberi implikasi besar kepada peperangan terhadap keganasan dan juga situasi keselamatan seluruh dunia.

"Kita perlu faham al-Qaeda bukan satu kumpulan atau pasukan tentera yang utuh sebaliknya terbina melalui jaringan 'francias longgar' dengan kumpulan militan lain di seluruh dunia.

"Osama cuma pengasas dan diangkat selaku pemimpin utama tetapi bukan seperti sistem tentera Barat, Osama tidak mengeluarkan arahan khusus sepanjang masa sebaliknya lebih kepada ikon dan sumber inspirasi sahaja," jelasnya.

Menjangkakan tindakan balas akan diambil atau akan cuba diambil dalam masa terdekat, beliau berpendapat hanya arahan umum akan dikeluarkan sementara bentuk dan masa tindakan ditentukan sendiri kumpulan militan kecil.

"Perjuangan populariti ini berbentuk berterusan dan tujuan baik atau jahat bergantung kepada perspektif masing-masing.

"Perjuangan sebegini akan mengambil masa lama, selama beberapa generasi dan ketua tidak begitu penting berbanding ideologinya," ujarnya.

Ahmad Ghazali berpendapat, aset dan warga Barat sama ada di dalam atau luar negara mereka bakal menjadi sasaran untuk tindak balas terutamanya di negara yang mempunyai sokongan atau sentimen anti-AS yang tinggi seperti Pakistan dan Indonesia.

"Tindak balas yang akan diambil juga bergantung kepada setiap 'francais longgar' dan mereka mungkin bertindak sendiri tanpa perlu sebarang arahan dari kepimpinan baru al-Qaeda.

"Kematian Osama satu kemenangan kepada AS tetapi itu cuma satu peringkat dalam peperangan menentang keganasan. Yang pasti, ancamannya masih lagi berterusan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anti-intelektualisme di kalangan akademik

Posted:

Anti-intelektualisme di kalangan akademik

Anti-intelektualisme di kalangan akademik

APABILA Presiden Universiti Harvard, Lawrence Summer membuat pernyataan bahawa ada kaitan antara genetik dengan kecilnya bilangan wanita sebagai saintis, kesudahan episod itu menamatkan tugasnya sebagai Presiden universiti ranking pertama dunia.

Namun Summer kemudian kembali menjadi guru di universiti berkenaan dan menjadi ahli kepada komuniti akademik itu. Ringkasnya, Presiden universiti Harvard turun atau diturunkan kerana dikatakan membuat pernyataan yang dikatakan 'anti-intelektual'.

Di Malaysia, satu demonstrasi pelajar agak menyeluruh diadakan pada 1973 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendesak Presiden PMUKM dibenarkan menyambung pengajiannya ke Tahun Kepujian yang dikatakan hanya untuk mereka yang layak, bagaimanapun gagal untuk mengubah pendirian dan keputusan universiti.

Namun pada masa lain, Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak (yang juga Canselor UKM ketika itu) menarik balik keputusannya melantik seorang pegawai tertinggi kerajaan daripada menjadi Naib Canselor UKM kerana demonstrasi gabungan pensyarah dan pelajar diadakan sampai ke hadapan pejabat Perdana Menteri di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Peristiwa melibatkan L. Summer, Presiden PMUKM dan cadangan pelantikan Naib Canselor UKM adalah segelintir peristiwa dunia universiti yang membawa maksud universal, iaitu mempertahankan tradisi intelektualisme. Walau apa pun episodnya, tradisi intelektualisme di universiti dianggap suci dan mesti dipertahankan bukan kerana adanya peraturan atau undang-undang mengenainya.

Semasa saya membuat penyelidikan pada 1989 mengenai tradisi keunggulan universiti di Eropah dari zaman medieval hingga ke hari ini, saya terjumpa pernyataan yang mengatakan 'keagungan universiti di Eropah bukan di pertahankan oleh undang-undang, sebaliknya oleh tradisi dan adat masyarakatnya'.

Para guru universiti di Malaysia yang merupakan generasi pertama dilatih oleh guru-guru daripada Eropah seperti amat memahami dan menjiwai tradisi itu. Tidak hairanlah guru dan pemimpin seperti Tun Abdul Razak akhirnya akur dengan kehendak masyarakat universiti walaupun beliau memiliki senjata undang-undang yang begitu kuat untuk mempertahankan keputusannya.

Tun Abdul Razak yang mengalah (mungkin bagi orang sekarang 'mengalah itu lemah') telah menjadikan beliau kuat, bahkan tersemat sebagai pemimpin 'buah hati' mahasiswa dan guru-guru di UKM.

Masakan saya dapat lupakan Abdul Rahman Embong (sekarang Datuk Profesor) yang mengajar saya mata pelajaran sains politik begitu terbuka membenarkan kami berbahas mengenai pelbagai pendirian tanpa kuasa tangannya untuk menang dalam perdebatan-perdebatan kami.

Masakan juga saya dapat lupakan Allahyarham Ishak Shaari yang mengajar saya ekonomi pembangunan yang begitu melapangkan medan debat walaupun beliau ada aliran pemikirannya sendiri.

Mereka tidak akan menggunakan genggaman buku lima untuk memenangkan sekolah atau aliran pemikiran mereka. Apabila saya dan guru saya Abdul Rahman sama-sama duduk dalam panel SPRM dan setiap kali kami berjumpa dia memanggil saya 'Pak Din', maka setiap kali mendengar panggilan itu akan membuatkan saya sebak.

Sebak saya kerana kekaguman betapa guru saya menghayati maksud hubungan 'collegial' yang berkata akar 'colleague' yang bermaksud kawan dengan kawan – guru dan mahasiswa adalah kawan.

Demikianlah guru seperti Abdul Rahman yang begitu politikal dalam kehidupan sehariannya ketika itu tetapi dia tidak pernah memperhambakan saya dan rakan-rakan di dalam kelasnya.

Kami tidak pernah merasa ditewaskan meskipun di tangannya ada kuasa menentukan gred kami dan disokong pula oleh keluasan pengajian dan bacaannya, tentu tidak akan dapat kami tandingi sebagai intelektual hingusan pada ketika itu.

Rupanya guru yang tidak pernah menunjukkan kuasa dan menunjukkan dia menjulang tangan kerana berjaya menewaskan kami itulah yang akan menjadi 'buah hati' mahasiswa di universiti puluhan tahun kemudian.

Setiap kali saya berjumpa rakan-rakan seangkatan saya di UKM yang mengambil kelas Abdul Rahman, sentiasa dapat berbual kembali mengenai dia - dia yang semuanya positif bagi kami meskipun negara pernah suatu ketika seperti memburunya.

Ketika ini, adakah tradisi itu terus ampuh di pengajian tinggi? Sejak saya pandai menggunakan e-mail dan sekarang facebook (FB), tidak sedikit rakan-rakan saya mengadu tentang cara 'high-handed' para guru terhadap mereka dengan mengemukakan gambaran-gambaran seperti 'nasib pelajar di tangan mereka'.

Mereka mengadu bahawa bukan sahaja pelajar tidak dibenarkan lebih bijak daripada guru, kehidupan pelajar juga hendaklah mengikut definisi para guru feudalistik itu. Hal sebegini tidak akan berlaku dalam tradisi yang mengunggulkan ilmu.

Tidak akan ada suatu komuniti di universiti yang akan merestuinya - baik Naib Canselor yang mewakili pengurusan, persatuan pentadbir, persatuan staf akademik, apa lagi para mahasiswa.

Meskipun hantaran rintihan mahasiswa ke FB atau e-mel saya mungkin hanya peristiwa terpencil, seperti isu yang saya pernah bicarakan sebelum ini bahawa peristiwa terpencil mungkin lebih bererti daripada gambaran peratusan perangkaan yang besar.

Apakah anti-intelektualisme yang mesti tidak diizinkan bertunas di universiti? Utama kepada semuanya adalah autoritarianisme dalam tafsiran.

Benar ada kebenaran yang lebih ampuh daripada sesuatu kebenaran lain, namun memutlakkan sesuatu kebenaran menyebabkan dunia universiti menjadi jumud sedangkan sepanjang sejarah ilmu kebenaran sentiasa diperbaharui.

Bayangkan betapakah wajah hubungan murid-guru di universiti jika hubungan guru-guru juga berbentuk autoritarianisme kelompok disiplin masing-masing.

Hampir pasti hubungan guru-murid yang diurus oleh guru autoritarian akan bersifat patron-client atau 'tuan dengan hamba' bukan 'guru-rakan-murid' yang sewajarnya menjadi budaya hubungan di universiti.

Lalu akan ada yang menyanggah saya dengan merujuk filem kungfu betapa guru melatih muridnya dengan gaya seksaan bagi membolehkan murid itu kemudiannya menjadi pendekar agung.

Namun mereka tidak melihat bahawa seksaan yang tampak di mata adalah aspek fizikalnya yang bermaksud sama dengan latihan kemahiran vokasional.

Cara bermain senjata, menepis serangan dan mengatur langkah adalah semuanya kemahiran vokasional, tiada beza dengan latihan berkawad tentera atau polis atau latihan tubi menganyam tikar. Apabila tiba kepada latihan strategi, minda dan pegangan, tiada lagi kelihatan seksaan dalam latihan kungfu itu.

Universiti bukan sekolah vokasional meskipun pada zaman moden ada unsur vokasional di dalamnya. Universiti adalah tempat mencanai keupayaan intelektual bagi melihat kepelbagaian cara melihat sesuatu kejadian, perkara dan fenomena. Kepelbagaian cara itu dipanggil disiplin dalam dunia ilmu. Itulah nanti yang akan menyempurnakan kefahaman tentang sesuatu permasalahan kehidupan dan hubungannya dengan alam.

Setiap hari saya mendaki bangunan empat tingkat tanpa lif di Institut Peradaban Melayu, UPSI, otot kaki saya semakin keras dan kuat. Sampai di kerusi di bilik, saya terfikir dalam sebulan ini saya mula melihat pencapaian vokasional saya memperkuatkan kaki.

Adakah di Kursi Za'ba ini saya juga akan dapat memenuhi keperluan penyuburan intelektual saya?

Jika ahli akademik selalu mendesak demi moral para pemimpin mesti berani meletak jawatan jika terbukti dia gagal dalam tugasnya, bersedialah saya dan rakan-rakan akademik, atas nama akademik dan moral, untuk juga menamatkan khidmat kami jika ada tanda kami telah menodai 'faham intelektualisme' yang menjadi nadi pengajian tinggi.

TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 04 May 2011 01:15 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Osama tidak bersenjata - AS

Posted:

Osama tidak bersenjata - AS

Osama tidak bersenjata - AS


BEBERAPA orang pegawai keselamatan Pakistan menjalankan siasatan ke atas rumah perlindungan Osama di bandar Abbottabad semalam.


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak bersenjata semasa dia ditembak mati, kata jurucakap White House di sini, Jay Carney kelmarin.

Bagaimanapun, Carney menegaskan, walaupun tanpa senjata, Osama melakukan penentangan semasa ditembak di sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbottabad, Pakistan pada malam Ahad lepas.

Dia juga mengesahkan bahawa Osama ditembak di kepala dan dada.

Carney menyatakan tentangan yang dibuat Osama tidak memerlukan tembakan dilepaskan.

Bagaimanapun, beberapa pengikut Osama di dalam rumah itu bersenjata dan berlaku pertempuran.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendedahan beberapa pegawai AS sebelum ini bahawa Osama memegang raifal AK-47 semasa dia ditembak mati.

Carney turut menjelaskan bahawa isteri Osama ditembak di kaki tetapi tidak mati.

Pendedahan itu juga bercanggah dengan laporan awal bahawa isteri Osama menjadi perisai manusia dengan melindungi suaminya sebelum dia ditembak mati.

"Dia (isteri Osama) menerpa ke arah penyerang AS (komando) dan dia ditembak di kaki," kata Carney.

Carney berkata, wanita yang ditembak mati dalam rumah itu sebenarnya isteri penyampai mesej Osama, Sheikh Abu Ahmed.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minum racun lepas bunuh tunang

Posted:

Minum racun lepas bunuh tunang

Minum racun lepas bunuh tunang


POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.

Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.

"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.

Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib temui pendengar di Hot FM

Posted:

Najib temui pendengar di Hot FM

Najib temui pendengar di Hot FM

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM pada Jumaat ini.

"Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya," kata Perdana Menteri di laman Twitternya semalam.

Kemunculan Perdana Menteri itu adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana yang sebelum ini mengakui di laman Twitternya bahawa ia merupakan idea 'gila' beliau.

"Terbaik. Dapat berita baik. Idea gila nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu.

Pengendali akaun Twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej: "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan."

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 04 May 2011 09:34 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


4 tahun dibayangi maut

Posted: 03 May 2011 03:37 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Lokasi Osama dikesan selepas utusan diekori

WASHINGTON: Lokasi persembunyian Osama bin Laden mula dihidu Amerika Syarikat pada 2007 selepas mengenal pasti dua utusan dipercayai rapat dengan pemimpin al-Qaeda yang dituduh dalang serangan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001 (9/11) di New York.

Dua tahun selepas itu, dua ejen warga Pakistan yang bekerja dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) memperoleh identiti seorang daripada utusan Osama itu di Peshawar, Pakistan.

Berikutan itu, mereka berjaya mengesan kediaman yang dipercayai tempat Osama bersembunyi selepas menjejaki utusan itu ke Abbotabad dan mula memantau lokasi berkenaan mulai Ogos 2010. Sejak Osama melarikan diri dari wilayah pergunungan Tora Bora di Afghanistan pada 2001 selepas serangan 9/11, jejaknya hilang selepas bersembunyi dan mengelak membuat atau menerima panggilan telefon.

Maklumat yang dikumpulkan mendapati dua utusan pemimpin al-Qaeda berkenaan tinggal bersama keluarga masing-masing, malah turut dihuni satu lagi keluarga besar.

Pegawai kanan berkata, keyakinan mengenai tempat itu dihuni seorang pemimpin kanan al-Qaeda semakin kukuh berdasarkan beberapa tanda mencurigakan di kediaman itu.

"Apabila kita lalu di bangunan itu, kita lihat siapa saja yang berada di dalamnya cuba menyembunyikan identiti mereka menerusi cara kawalan keselamatan ketat.
"Atas sebab itu, kami percaya Osama dan keluarganya tinggal di tingkat kedua dan ketiga bangunan utama," katanya.

"Penghuninya mempunyai kediaman berharga jutaan dolar, tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan tertentu. Jika dilihat kes ini, jelas ia adalah bukti menunjukkan militan berprofil tinggi berada di sini dan Osama adalah individu yang sepadan dengan profil itu," kata seorang lagi pegawai.

Sehingga April lalu, Obama diberi tiga pilihan iaitu menghantar satu pasukan bersenjata bagi menahan atau membunuh suspek, melancarkan pengeboman atau terus menunggu perkembangan lanjut.

Hanya tiga perkataan digunakan oleh Obama pada Jumaat lalu untuk melancarkan operasi menahan atau membunuh musuh nombor satu Amerika itu – 'It's a go' (Teruskan rancangan). – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

el hafeez

surah al Hujuraat, ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Pemerhati

ironinya, ada saudara seagama yang mengucapkan tahniah kepada amerika kerana berjaya membunuh osama dan mengatakan dunia akan aman dengan kematian beliau.

Nabil

perlukah kita bersedih diatas kematian dia? Pada pandangan saya, dia benar-benar hanya mengaibkan dunia Islam sahaja selama ini. niat ingin menentang tentera kafir amerika, tapi caranya salah. tpi, orang islam tetap orang islam. klu btul apa yang diuar-uarkan ni, kita berdoalah ja la agar Allah mengampuninya. setuju kat AAR, semoga tuhan menggantikan dengan yang lebih baik. orang yang mampu memimpin orang2 islam ke arah yang lebih bermanfaat dan bermaruah.

pejuang agama

salam..sy setuju dengan kata sri siantan itu..kalau betul osama telah meninggal dunia,masih banyak lagi manusia seperti osama yang ada dan akan megkucar kacirkan amerika untuk masa akan datang..

Yangretibase

Bodohlah kita andainya kita percaya penuh akan wayang celaka Amerika!

zainal abidin kamaruddin

mulanya saya percaya,setelah melihat muka depan berita harian 3 hb.mei,tidak percaya oula,sebabnya nampak sangat gambar itu yg lama telah diubahsuauai,ada udang disebalik batu

mat dungun

Boleh percaya ke AS sesabar itu... tunggu hingga 4 tahun. Canggih betul peralatan yang digunakan oleh CIA ya. Boleh buat filem auta ni.

sri siantan

Macam2 cerita boleh direka oleh amerika. Kalau betul mereka tahu kedudukan osama tentu tangkap hidup2 bagi memastikan seluruh rangkaian al qaedah dapat ditumpaskan. takat bunuh osama bukan musnahkan al qaedah, lebih ramai penganti osama akan muncul dan lebih perit bagi amerika.

As

Laporan berubah setiap hari...masih terlalu banyak perkara yang dirahsiakan

AAR

SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENGAMPUNI DOSA-DOSANYA. GANTILAH YANG TELAH HILANG DENGAN YANG LEBIH BAIK.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List