gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 04 May 2011 01:17 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Baby shower ganti lenggang perut

Posted:

Baby shower ganti lenggang perut

Baby shower ganti lenggang perut

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar HALIM KHALID dan sumbangan ANNA JOE


INTAN Suhana juhari bersama anaknya, muhammad luqman wazif yang melakukan majlis baby shower.


BABY SHOWER. Kalau diterjemah secara tepat ke bahasa Melayu 'mandi bayi' memang kedengaran agak janggal memandangkan ia berasal dari budaya orang Barat.

Secara jelasnya, baby shower atau membawa maksud 'sirami bakal ibu dengan hadiah' adalah majlis untuk meraikan bakal ibu yang mengandung sulung ketika usia kandungan mencecah tujuh hingga lapan bulan

Di Malaysia, majlis baby shower masih baru sekalipun ada segelintir masyarakat Melayu yang telah menganjurkannya.

Dalam dunia artis pula, Erra Fazira dikatakan antara yang paling awal terlibat dalam majlis baby shower iaitu pada 9 Februari 2009.

Dituruti pula dengan Dynas Mokhtar pada 17 Mac 2010 dan terbaru Sazzy Falak pada 18 Mac lalu di mana banyak gambar sekitar majlis baby shower telah dipaparkan di dalam blog-blog tempatan.

Sekali gus ini menunjukkan petanda majlis baby shower mula mengambil alih peranan adat melenggang perut atau mandi tian dalam adat Melayu.

Melenggang perut atau mandi tian yang mempunyai pengaruh adat Hindu ini kini dipinggirkan memandangkan ia dikatakan ada unsur kurafat yang bertentangan dengan Islam.

Baby shower dilihat lebih baik berbanding adat melenggang perut kerana majlis ini boleh diubah suai mengikut budaya negara masing-masing.

Pengertian memberi hadiah kepada ibu juga bukan menjadi matlamat penganjuran upacara ini sebaliknya ia merupakan sebuah majlis kenduri bagi meraikan ibu mengandung anak sulung dengan rakan-rakan.

Disebabkan majlis baby shower masih kurang dianjurkan di negara ini maka tidak ramai yang boleh diajak berkongsi pengalaman bagi menganjurkan majlis ini.

Tetapi tidak sukar untuk mendapatkan maklumat baby shower kerana ia boleh didapati dengan banyak di Internet iaitu penyediaan dari peringkat awal sehingga akhir.

Intan Suhana Juhari atau lebih dikenali sebagai Su Anna Joe juga mendapat tahu upacara baby shower hasil dari melayari Internet.

Segala maklumat mengenai upacara baby shower memang menarik sehingga membuatkan Anna, 29, sangat teruja untuk melakukan baby shower.

Lagi pun Anna memang mengimpikan untuk melakukan satu majlis yang boleh dijadikan sebagai kenangan manis ketika mengandungkan anak sulungnya.

''Budaya ini memang dari Barat dan maklumat yang banyak mengenai baby shower ini telah membuatkan saya tak sabar-sabar untuk merealisasikannya,'' katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bagi Anna apa salahnya dia menganjurkan majlis ini walaupun namanya 'berbau kebaratan' tetapi berlangsung dalam suasana seperti kenduri biasa yang tidak melanggar ajaran Islam.

Lagipun katanya, para jemputan hanya terdiri daripada kaum wanita yang dibuat dalam satu majlis tertutup.

Anna bernasib baik kerana niatnya untuk melakukan baby shower ini mendapat sokongan daripada suaminya seorang peguam, Mohd. Hafiz Zainol Abidin.

''Memang banyak persiapan yang perlu dilakukan supaya majlis yang bakal diadakan itu benar-benar menepati ciri-ciri majlis baby shower walaupun ia tidak mencapai tahap seratus-peratus,'' katanya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Anna adalah memilih tarikh dan tempat mengadakan baby shower sebelum merancang persiapan selanjutnya.

''Saya tetapkan majlis baby shower diadakan pada 16 Januari 2010,'' katanya.

Kata Anna, tarikh ini sesuai di mana cuma ada masa tiga minggu lagi sebelum dia dijangka melahirkan bayi pada 8 Februari 2010.

Semenjak itu Anna mula merancang senarai jemputan kira-kira 50 orang selain memilih menyediakan makanan, hadiah dan permainan.

Selain itu kata Anna bagi menepati konsep majlis baby shower maka hiasan dalaman rumah juga perlu diubah.

Oleh kerana Anna telah dimaklumkan akan melahirkan anak lelaki, maka barang-barang untuk hiasan utama seperti belon, bendera dan pakaian bayi yang digantung pada majlis baby shower itu hanya dalam warna biru, kuning dan putih.

Beliau juga tidak dapat melupakan perisitiwa tidak tidur hingga pukul lima pagi hanya kerana hendak menyiapkan sebuah kek dari pakaian bayi, tuala dan juga selimut yang juga termasuk dalam persiapan untuk majlis itu.

''Saya tidak menyangka ramai rakan-rakan yang dijemput hadir ke majlis ini dan paling menyeronokkan antara tetamu itu ada yang sedang mengandung dan turut membawa anak masing-masing,'' katanya.

Anna juga menempah sebiji kek tiramisu warna putih di mana bahagian atas dihiasi dengan patung kecil wanita mengandung dan bendera kertas yang dihasilkan beliau sendiri yang ditertulis perkataan can't wait to see you, a bun in over dan oh boy.

Jelas Anna, majlis itu juga dimeriahkan dengan acara memotong kek bersama suaminya.

Paling riuh kata Anna ketika diadakan acara mengukur perut yang merupakan antara bentuk permainan yang diadakan serta menjadi kemestian ketika menganjurkan baby shower.

Anna menambah walaupun dalam tradisi majlis baby shower tetamu akan menghadiahkan pakaian dan barangan untuk bakal bayi tetapi itu semua bukan matlamat utama.

''Apa yang penting majlis ini membolehkan saya bertemu semula dengan rakan lama malah bertukar-tukar pengalaman dengan mereka yang telahpun melahirkan anak,'' kata Anna.

Selain itu tambah Anna, beberapa hari sebelum baby shower itu pihak keluarganya telahpun mengadakan majlis solat hajat dan bacaan doa untuk keselamatan beliau dan kandungannya.

Anna telah selamat melahirkan Muhammad Luqman Wazif pada 5 Februari 2010 dan kini bayi lelaki yang comel itu telah berusia setahun dua bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mandi tian sekadar adat

Posted:

Mandi tian sekadar adat

Mandi tian sekadar adat

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar HALIM KHALID

DARIPADA cakap-cakap orang, upacara melenggang perut atau mandi tian di negeri-negeri sebelah utara seakan sudah tidak menjadi amalan lagi.

Bagaimanapun tanggapan ini sebenarnya jauh meleset.

Dalam diam-diam rupanya, masih ada sebilangan kecil di kalangan masyarakat Melayu yang masih melakukan adat yang sekian lama diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Kemungkinan adat ini diteruskan kerana ia sudah menjadi tradisi di dalam sesebuah keluarga itu secara turun-temurun.

Bagaimanapun untuk melaksanakan adat ini juga sebenarnya tidak mudah kerana bukan mudah di zaman sekarang untuk mencari bidan kampung.

Ini kerana hanya bidan kampung sahaja yang berkemampuan untuk melaksanakan upacara adat mandi tian ini dengan sempurna.

Bagaimanapun di Alor Setar, Kedah sebenarnya masih ada lagi yang bergelar bidan kampung iaitu Norizan Said, 42, atau lebih dikenali sebagai Kak Zan.

Bidang keturunan ini dikatakan mempunyai kepakaran yang datang secara semulajadi untuk menyambut kelahiran bayi dan berurut ibu selepas bersalin.

Yang menariknya, bidan kampung tidak perlu menjalani sebarang kursus di mana-mana kolej kejururawatan tetapi mempunyai kebolehan pakej lengkap berkaitan ilmu perbidanan.

Kak Zan mengakui kepakaran membidan yang diwarisi itu tidak dilakukan lagi kerana tugas itu telah diambil oleh perubatan moden.

Katanya, bidan kampung hari ini lebih kepada melakukan tugas mengurut wanita selepas bersalin.

Selain mengurut wanita selepas bersalin bidan kampung ini juga turut memberikan khidmat untuk melakukan upacara mandi tian.

''Sejak menjadi bidan kampung lapan tahun lalu saya telah menjalankan upacara mandi tian ke atas kira-kira 40 wanita beranak sulung di bandar ini,'' katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dengan sambutan ini katanya, petanda bahawa adat ini masih dipegang oleh sesetengah keluarga.

Ibu kepada enam orang anak ini menceritakan beliau mewarisi kepakaran sebagai bidan kampung ini yang disebut 'bidan keturunan' sebagai pewaris bagi generasi ketiga.

''Arwah nenek saya yang dikenali sebagai Bidan Chah memang terkenal di sekitar Langgar, Alor Setar, Kedah. Begitu juga dengan ibu yang kini walaupun sudah berusia 72 tahun tetapi masih melakukan tugas mengurut orang bersalin," katanya.

Kebetulan kata Kak Zan beliau memang dilahirkan dalam keluarga bidan keturunan iaitu pada sebelah emak dan juga bapa.

''Saya tidak pernah berguru dan tidak mempelajarinya secara rasmi tetapi boleh melakukan kerja-kerja mengurut ini secara semula jadi apabila menyentuh mana-mana bahagian badan," ujarnya.

Disebabkan mandi tian telah dipertikaikan dari sudut Islam kata Kak Zan, memang upacara mandi tian yang ada sekarang jauh berbeza dengan dahulu.

Ujar Kak Zan, mandi tian hari ini telah diubah suai di mana lebih ringkas dan mudah.

Jelasnya, peralatan yang digunakan untuk mandi tian cuma sintok, limau purut, air sebaldi dan kain batik yang telah dipakai oleh bakal ibu.

Bagaimanapun katanya, beliau masih mengamalkan 'pengeras' yang berjumlah RM25.25 lebih diibaratkan sebagai upah menjalankan upacara tersebut.

''Saya akan mencampurkan akar sintok, limau di dalam sebaldi air yang disertakan dengan bacaan doa," katanya.

Katanya, air ini nanti akan diratakan ke seluruh badan ibu tadi pada siraman mandi yang terakhir.

Selepas itu kain basahan yang dipakai oleh ibu tadi akan dikoyakkan dan kemudiannya akan dikeringkan untuk digunakan sebagai pelapik pada tempat tidur ibu tadi semasa menjalani tempoh berpantang.

Jelasnya, biasanya adat itu akan dilakukan apabila usia kandungan ibu yang mengandung sulung itu mencecah tujuh bulan.

Katanya, ketika upacara itu juga beliau akan menyentuh perut ibu bagi memastikan kandungan berada di dalam kedudukan yang akan memudahkan bayi mudah untuk dilahirkan.

Jelasnya disebabkan sekarang ini ada ujian yang boleh mengesan jantina bayi maka sebahagian daripada proses mandi tian iaitu meletakkan kelapa ke atas perut ibu mengenal pasti jantina bayi sudah tidak diperlukan.

''Teknik dan perubatan moden telah banyak melakukan tugas yang sebelum ini dilakukan oleh bidan kampung,'' katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya selepas menjalankan upacara mandi tian akan diadakan majlis kenduri dan doa selamat supaya ibu dan anak dilindungi Allah.

Secara tidak langsung katanya, pada majlis ini juga memberi peluang kepada ibu berkenaan untuk mendapat pengalaman daripada tetamu yang hadir petua dan sebagainya untuk menyambut kelahiran anak sulung.

Tambahnya, disebabkan bidang kampung kini semakin pupus maka permintaannya juga semakin tinggi.

Kak Zan mengakui dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan ini yang hanya dihadkan di sekitar bandar Alor Setar sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 04 May 2011 11:32 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Wanita penjual curut

Posted:

Wanita penjual curut

Wanita penjual curut

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



NORAZIRA MOHD. NOOR, 30, tidak semberono menjalankan perniagaan yang di luar jangkauan pemikiran seorang wanita. Dia memberitahu, ramai yang menempelak dan tidak kurang yang skeptikal dengan opsyen bisnes pilihannya. Kata Norazira, pandangan negatif yang ditebarkan itulah yang dijadikan sebagai asas untuk lebih maju ke depan.

Mengapa membuka perniagaan menjual curut? Balas Norazira: "Saya rasa, saya ada kemampuan, wanita zaman sekarang sudah berubah, kita perlu mencari kelainan dalam bisnes. Apabila kita melakukan sesuatu yang luar biasa, ia sebenarnya adalah satu tarikan untuk mempopular dan memantapkan bisnes kita."

Jawapannya bukan sesuatu yang klise. Dia ada aura untuk menjadi usahawan wanita yang terkemuka suatu hari nanti.

Sememangnya wanita ini mengenali intipati dan susur galur bisnes curutnya. Dia memperkenalkan kepada penulis beberapa jenama curut yang menjadi tumpuan dunia.

Curut asli Havana

Dia membawa penulis ke kedainya yang bernama World Of Cigar di The Mall, Kuala Lumpur.

Beritahu Norazira, jenama yang menjadi kegilaan ramai dalam kalangan kaki curut ialah Cohibba, Montecristo, Pomeo Julieta, Hoyo Epicure Especial, Ramon Aliones, Trinidad dan Punch. Jenama-jenama itu yang juga tidak asing kepada rakyat di negara ini terdapat di kedainya.

Lazimnya, dia memberitahu, sekotak curut yang mengandungi 25 batang curut, berharga antara RM1,600 hingga RM1,800. Namun, jika ada pelanggan yang mahu membeli pada kapasiti yang kecil, Norazira mengalu-alukannya.

Seorang penghisap curut yang kurang tegar, boleh mendapatkan sebatang curut pada harga RM25 hingga RM200 di kedai wanita.

"Kesemua curut ini asli-asli belaka kerana saya mengimportnya khas dari Havana, Cuba," katanya yang turut menjalankan bisnes kecantikan.

Cuba adalah lokasi utama pembuatan curut dunia. Memetik satu laporan, negara itu sangat berhati-hati dalam menghasilkan curut bagi mengelak terjadinya usaha memplagiat ramuannya.


BAGI seorang penghisap curut tegar, peralatan ini antara yang wajib dimiliki dan harganya ada mencecah ribuan ringgit mengikut jenama.


Sebelum pergi lebih jauh, Norazira menceritakan pembabitan awalnya dengan bisnes ini.

Dengan gaya penuh karakter, beritahu Norazira: "Pada asalnya, saya hanya tolong kawan-kawan saja, kemudian saya jual secara kecil-kecilan.

"Namun, apabila melihat saya mempunyai pelanggan tetap, saya mula terfikir, mengapa saya tidak buka perniagaan ini pada skala yang lebih besar," katanya yang memulakan perancangan bisnesnya sejak dua tahun lalu dan menyimpan sejumlah wang untuk membangunkan perniagaannya.

Bagaimanapun, misi Norazira tidak dilaksanakan secara sendirian. Dia bersama-sama dua rakan kongsi membuka perniagaan di sebuah kedai di pusat beli-belah The Mall.

Norazira melihat potensi bisnes yang dijalankannya cukup cerah. Mengapa? Kata Norazira, curut khususnya yang berjenama dan berkualiti tinggi hanya dijual di hotel-hotel dan kompleks beli-belah terkemuka sahaja.

Menariknya lagi tentang perniagaan ini, Norazira mengamalkan konsep penghantaran secara pos.

"Tempat untuk golongan pertengahan yang ingin menghisap curut sangat terhad. Maka, kedai saya ini adalah platform terbaik kepada mereka yang ingin mencuba," katanya.

Barangkali agak sukar memisahkan stigma bahawa curut ini sinonim dengan golongan mewah seperti orang kenamaan dan ahli politik yang biasanya menghisapnya di lokasi-lokasi mewah.

Dalam hal ini, Norazira tidak menafikan bahawa ada juga pelanggannya terdiri daripada golongan sebegitu.

Wanita itu memberitahu, cara seseorang memegang curut, secara psikologinya membolehkan seseorang wanita mengenali karakter kaum Adam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 04 May 2011 09:15 AM PDT

Utusan Online - Johor


‘Mana tunggakan gaji kami?’

Posted:

'Mana tunggakan gaji kami?'

'Mana tunggakan gaji kami?'

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor.utusan.com.my


ELIAS Abdullah menunjukkan laporan polis yang dibuat setelah lebih sebulan tidak menerima gaji di Johor Bahru, kelmarin. – utusan/Zulhisham Isahak


JOHOR BAHRU 3 Mei – Beberapa bekas pekerja di sebuah syarikat pengawal keselamatan di Menara Iskandar Investment di Pusat Beli Belah Kotaraya, di sini merayu supaya gaji mereka yang sudah tertunggak sejak lebih sebulan lalu segera dibayar.

Menurut mereka, ramai pekerja dan bekas pekerja mencuba pelbagai cara untuk menuntut bayaran masing-masing sama ada gaji penuh atau separuh tetapi tidak dilayan.

Seorang bekas pekerjanya, Elias Abdullah, 60, berkata, syarikat itu masih belum membayar RM1,050 iaitu gajinya untuk Mac lalu selepas menamatkan perkhidmatan dengan syarikat itu.

Katanya, sehingga kini, pengurus syarikat masih berdolak dalih dan tidak memberikan jawapan meyakinkan untuk menjelaskan tunggakan tersebut.

"Apabila ditanya pengurus itu akan kata esok, esok dan esok. Jawapan itu diberi sejak berhenti 31 Mac lalu walaupun notis berhenti kerja dihantar Februari lalu.

"Masalah ini telah lama berlarutan tetapi tidak ada tindakan dikenakan dan nasib pekerja serta bekas pekerja tidak pernah terbela kerana tiada bekas pekerja yang pernah bersuara.

"Setelah melihat sikap pihak syarikat itu yang liat membayar gaji, saya ambil keputusan buat laporan di Balai Polis Johor Bahru Selatan baru-baru ini," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia Johor, di sini semalam.

Elias yang merupakan pesara tentera berkata, masalah itu pernah diajukan kepada pihak pengurusan menara tersebut tetapi tiada tindakan malah didiamkan begitu sahaja.

Bagi Jamil Mat Nasir, 49, yang baru sebulan berhenti kerja mendakwa, syarikat tersebut tidak mengikut perjanjian seperti yang ditawarkan sebelum berkhidmat di situ.

Dia yang berhenti kerja 7 April lalu dan masih tidak mendapat gaji menambah, syarikat itu langsung tidak memikirkan keadaan pekerjanya yang rata-rata bukan orang senang.

S.Chandran, 48, pula yang baru berhenti kerja bulan lalu berkata, bekas pekerja bukan mahu menimbulkan masalah tetapi hanya menuntut hak mereka.

"Kami semua ada anak isteri dan inilah sumber pendapatan kami. Tindakan syarikat itu benar-benar menyusahkan kami," katanya yang berkhidmat selama enam bulan dengan syarikat itu.

Sepanjang berkhidmat dengan syarikat tersebut dakwanya, pihak pengurusannya kerap mencari peluang untuk melakukan pemotongan tidak munasabah terhadap gaji bulanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Kg. Air Papan diminta bersihkan kubur

Posted:

Penduduk Kg. Air Papan diminta bersihkan kubur

Penduduk Kg. Air Papan diminta bersihkan kubur

MERSING 3 Mei - Penduduk Kampung Air Papan di sini digesa bekerjasama membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam di kampung tersebut setelah ia terbiar sejak setahun lalu sehingga dipenuhi semak-samun.

Ketua Kampung, Mohd Asri. Jaafar berkata, kawasan perkuburan seluas 0.8 hektar itu telah digunakan sejak 30 tahun lalu.

"Amatlah menyedihkan apabila setiap kali saya meronda ke kawasan perkuburan yang bertentangan Pantai Air Papan itu, keadaan di situ dipenuhi semak-samun," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di tanah perkuburan tersebut sebelum ini mendapati ada pusara diliputi dengan lalang dan ada sesetengahnya tidak nampak batu nisan.

Selain itu, katanya, kawasan tanah perkuburan tersebut tidak mempunyai pagar sejak ia mula digunakan lagi.

"Saya sudah memajukan permohonan untuk diberikan peruntukan bagi membina pagar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan yang diberikan," katanya.

Mohd. Asri meminta semua waris kepada jenazah yang dikebumikan di situ agar dapat bersama-sama membersihkan tanah perkuburan milik keluarga atau saudara masing-masing.

Ini bagi memastikan masyarakat luar tidak memandang serong kepada penduduk kampung memandangkan kubur-kubur tersebut berhadapan dengan Pantai Air Papan yang sering dikunjungi pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 04 May 2011 09:06 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Nur Ayuni reka kasut melalui Internet

Posted:

Nur Ayuni reka kasut melalui Internet

Nur Ayuni reka kasut melalui Internet

Oleh Mariatul Qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Segala rekaan yang dihasilkan Nur Ayuni Azri akan terus dilakarkan di dalam komputer ribanya.


NAMANYA mungkin tidak setanding Jimmy Choo mahupun Zhang Toi, namun Nur Ayuni Azri, 21, berkongsi minat yang sama dengan dua pereka tersohor ini - iaitu mencipta kasut-kasut yang cantik.

Bidang rekaan kasut di negara ini sememangnya semakin diminati malah kian ramai anak muda yang mencuba nasib lebih-lebih lagi dengan adanya kursus-kursus rekaan kasut untuk mendalami lagi ilmu tersebut.

Bagi Nur Ayuni dorongan minat membuatkan dia berjinak-jinak dengan dunia rekaan kasut biarpun secara sambilan.

Ini kerana, anak kelahiran Kuala Lumpur ini masih menuntut di salah sebuah kolej swasta di ibu negara dalam jurusan kejuruteraan perisian.

Walaupun bidang yang dipelajari amat berbeza dengan kerjaya sambilannya hari ini, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada Nur Ayuni malah beliau aktif menghasilkan rekaan kasut yang unik dan cantik sejak beberapa tahun lalu.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman SPPK, Kuala Lumpur, Nur Ayuni bercerita bahawa dia menceburi bidang rekaan kasut tanpa sebarang pengetahuan khusus dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun oleh kerana minat yang terlalu tinggi dan mendalam, ilmu mereka cipta kasut sanggup dipelajarinya melalui Internet.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam bidang rekaan kasut, Nur Ayuni memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang suka membeli belah melalui Internet.

Sebelum itu pun, Ayuni pernah menjual kasut dari China tetapi tidak lama kerana ada masalah dari segi saiz dan kadang kala ada kasut yang diperbuat daripada kulit babi.

Selepas berhenti sebentar dan akhirnya dia mula terfikir untuk berniaga semula tetapi kali ini lebih serius.

''Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman apatah lagi pengetahuan dalam bidang perniagaan, tetapi kerana minat yang mendalam, saya pelajari juga melalui Internet.

''Bagaimanapun, sebelum melibatkan diri secara serius dalam bidang rekaan kasut, saya terlebih dahulu membuat kajian dan penyelidikan apakah rekaan dan fabrik yang digemari pengguna.

''Alhamdulillah, segala penat lelah selama ini berbaloi dan apabila rekaan saya berada di pasaran (online), sambutannya amat menggalakkan dan ia di luar dugaan,'' ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Berbicara lebih lanjut mengenai pemilihan fabrik, Nur Ayuni gemar membeli fabrik dari Indonesia kerana, selain murah, coraknya pelbagai dan cantik serta lain daripada yang lain.

Sementara itu, setiap kasut yang dihasilkan rekaannya adalah ilham daripada hasil bacaan majalah dalam negara ataupun luar negara dan tidak ketinggalan Internet.

Menamakan rekaannya YMS Koleksi, setiap satu rekaan yang dihasilkan adalah eksklusif dan hanya terdapat 50 pasang untuk setiap rekaan.

Boleh didapati pada harga terendah RM140 dan termahal RM200, YMS koleksi hanya boleh dibeli secara online dan bagi mereka yang ingin melihat koleksi-koleksi Ayuni bolehlah layari www.youmeandshoes. blogspot.com atau melalui laman sosial Facebook you, me and shoes.

Dijahit oleh tukang jahit tempatan, Nur Ayuni turut menerima tempahan mengikut rekaan dan cita rasa pelanggan.

''Untuk setiap rekaan, saya memerlukan sebulan bagi menyiapkannya dan saya turut menerima tempahan mengikut rekaan dan cita rasa pelanggan.

"Bagaimanapun, pelanggan juga boleh memilih rekaan yang telah sedia ada,'' katanya mengakhiri perbualan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesona mutiara Laut Selatan

Posted:

Pesona mutiara Laut Selatan

Pesona mutiara Laut Selatan


Set mutiara putih tidak pudar dek zaman.


MUTIARA sememangnya cukup serasi dengan wanita kerana nilai keindahannya yang tinggi. Daripada rantai, cincin, gelang dan subang membawa kepada aksesori lain seperti kerongsang dan butang baju, kilauan mutiara bagaikan tidak pudar dek zaman.

Memahami minat wanita terhadap mutiara tidak mungkin surut, DeGem, jenama unggul dalam industri perhiasan dan rias diri, sekali lagi menampilkan koleksi mutiara terbaru bertema hitam dan putih.

Pesona mutiara Laut Selatan menawan dan elegan dengan kolaborasi rekaan-rekaan moden.

Pengarah Eksekutifnya, Stephen Choong berkata, Degem yang beroperasi sejak dua dekat lalu cuba untuk mengubah persepsi masyarakat tentang mutiara.

"Koleksi pada tahun ini pasti menggamit nostalgia dengan penggunaan tema yang menampakkan rekaan lebih kreatif dan menarik,"katanya.

Katanya, turut ditampilkan koleksi Earth yang bagai mahu memberi nafas baru dalam penghasilan barangan kemas.

Koleksi ini sebagai penghormatan terhadap sambutan Hari Bumi Sedunia dengan penggunaan elemen-elemen semulajadi.

Antaranya, loket berbentuk bumi, cincin bermotif pokok dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 04 May 2011 01:44 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Misteri gaun Kate

Posted: 03 May 2011 06:01 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Busana pengantin menyamai baju pelakon Grace Kelly semasa perkahwinannya dengan Putera Rainer

MESKIPUN hampir seminggu Duchess of Cambridge, Kate Middleton bergelar permaisuri hati pewaris takhta Britain, Putera William dalam perkahwinan penuh gilang gemilang yang disaksikan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia, cerita mengenai masih hangat diperkatakan.

Fesyen gaun pengantin berwarna putih gading diraja Britain dipakai Kate itu juga menjadi perbualan. Pemerhati berpendapat gaun berwarna putih gading itu mengingatkan kita kepada gaun pengantin yang pernah dipakai pelakon Grace Kelly semasa perkahwinannya dengan Putera Rainer dari Monaco pada 1956.

Tahukan anda, pembikinan gaun itu yang turut dilakukan sekumpulan wanita yang berusia 19 hingga 70 an itu bekerja secara sambilan menghasilkan renda sesuai dengan gaun itu. Studio menghasilkan renda itu turut menggunakan tenaga pelajar yang bukan saja dari United Kingdom tetapi juga Jepun, China, Amerika, Thailand dan Jerman.

Dikatakan seramai 12 orang yang bekerja keras menyiapkan renda itu terpaksa membasuh tangan mereka setiap 30 minit untuk memastikan renda dan benang sentiasa putih bersih, selain jarumnya pula diganti setiap tiga jam bagi memastikan ia bersih dan tajam.

Rekaan renda itu dan prosesnya dipengaruhi renda tradisional Carrickmacross yang berasal dari Ireland pada 1920 an. Kerja membuat renda itu menggunakan fabrik kain kapas halus serta tegang dengan latar belakang yang bersih serta dikait dengan benang tali yang halus.

Rahsia pembuatan gaun itu diteruskan walaupun ia sudah dilihat lebih dua bilion orang di seluruh dunia sehingga ia dibongkar tiga hari selepas perkahwinan itu.
Malah, sebelum itu, selepas beberapa bulan spekulasi mengenai gaun pengantin berkenaan, akhirnya terjawab Jumaat lalu dan dunia terpukau menyaksikan keanggunan Kate Middleton keluar dari kereta klasik Rolls Royce Phanton V1 dan memasuki gereja Westminster Abbey untuk upacara perkahwinan gilang-gemilang.

Rahsia mengenai rekaan pakaian pengantin diraja itu disimpan kemas sejak beberapa bulan lalu.

Malah, penyulam yang bekerja keras menghasilkan sulaman indah dan anggun itu turut tidak mengetahui yang hasil kerja tangan mereka bakal digunakan dalam perkahwinan diraja sehingga saat terakhir menjelang majlis gilang-gemilang itu.

Akhbar The Telegraph melaporkan Sarah Burton, pereka pakaian Middleton, terbang ke New York, Ahad lalu bagi mengelakkan diri daripada tumpuan media, tetapi kumpulan wanita yang terbabit menceritakan kejayaan menghasilkan gaun yang memukau setiap mata yang memandang.

Pengarah Kreatif di Alexander McQueen, Burton dipilih untuk mereka gaun pengantin perkahwinan paling gemilang dalam dekad ini dengan gaya zaman pertengahan berlengan panjang yang dipenuhi renda.

Skirt pula daripada kain satin sutera organza putih gading. Burton mengambil alih firma fesyen avant garde pakaian pengantin selepas pengasasnya yang juga pereka terkemuka Alexander McQueen mati akibat membunuh diri tahun lalu.

Pereka gaun pengantin terkemuka Vera Wang memberitahu CNN, "Ia seperti yang saya jangkakan, tidak begitu melampaui kemodenan fesyen dan tidak lapuk apabila dirakamkan," katanya.

Berbeza dengan gaun Grace Kelly yang rendanya penuh hingga ke leher, pakaian Middleton mendedahkan lehernya dengan kain renda berbentuk V pada lehernya.

Malah, jika dibandingkan dengan layah yang digunakan ibu William, Puteri Diana semasa perkahwinannya pada 1981, layah yang dipakai Middleton lebih sederhana panjangnya iaitu 2.7 meter.

Gaun memaparkan pinggang dan pinggul yang tampak 'simple' yang mengekalkan tradisi korset Victoria dan antara ciri rekaan firma Alexander McQueen yang menekankan fizikal langsing pengantin perempuan.

Menurut sumber, Middleton sudah mendapat idea yang jelas mengenai gaun perkahwinannya sebelum William mengajaknya berkahwin. Beliau meminati gaun anggun yang pernah dipakai Puteri Grace Kelly semasa berkahwin dengan Putera Rainer. Gaun itu dipamerkan di Muzium Victoria & Albert, April lalu.

Burton meminta Royal School of Needlework (RSN) menghasilkan rekaan renda yang unik. Setiap motif sebesar duit siling lima pence, dijahit setiap dua hingga tiga milimeter.

Pembuatan renda untuk gaun pengantin itu dibuat di studio RSN di Hampton Court Palace, tetapi pasukan penyulam itu tidak mengetahui mana pengantin yang bakal menerima hasil kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif RSN, Susan Kay-Williams berkata, pihaknya tidak mengetahui siapa pereka pakaian itu sehingga saat akhir sebelum orang ramai mengetahuinya.

Kay-Williams masih mengunci mulut mengenai jumlah mereka yang terbabit dalam projek itu dan bila ia dimulakan dan gaun itu siap.

Anne Butcher, 44, dari Sandhurst, Berkshire, berkata : "Kami seronok kerana pengalaman seumur hidup ini. Kami bekerja dalam satu kumpulan dan gembira dengan penerimaan orang ramai mengenainya,".

Keanggunan Duchess of Cambridge itu lebih terserlah apabila turut memakai tiara dibuat oleh Cartier, yang dipinjam daripada Ratu Elizabeth.

Menurut sumber, tiara itu adalah hadiah moyang William, George VI kepada isterinya dan kemudian diberikan kepada anak perempuannya yang juga Ratu Britain.

Pengantin perempuan yang turut melepaskan rambut panjang yang didandan James Pryce dan memakai sepasang anting-anting berlian, hadiah daripada ibu bapanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 03 May 2011 11:28 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Jubli Perak SMK Jeli Khamis ini

Posted:

JELI 3 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli akan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak sekolah itu pada Khamis hingga Sabtu ini.... Berita Penuh

KUANTAN 2 Mei - Suasana sayu menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih di sini apabila pengetuanya, Moy Wah Goon, 58, dirai dalam majlis persaraannya baru-baru ini.... Berita Penuh

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud menyarankan pelajar supaya menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris terutamanya yang ada nilai komersial seperti bahasa Jepun, Korea, Mandarin, Perancis dan Jerman. ... Berita Penuh

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berhasrat menambah 100,000 lagi keahliannya di kalangan guru-guru di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.... Berita Penuh

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


KOTA BHARU 3 Mei - Seramai 15 pelajar jurusan Tekstil dan Fesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menampilkan rekaan masing-masing dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di sebuah resort terkemuka di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 3 Mei - Ketika kebanyakan rakan seusia sudah memiliki kerjaya dan berkeluarga, Anuar Ismail, 28, masih dengan buku-buku dan sibuk memenuhi rutin harian seorang pelajar.... Berita Penuh

LABUAN 3 Mei – Semangat jati diri dan sayangkan negara perlu disemaikan dalam diri generasi muda kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.... Berita Penuh

MIRI 3 Mei - Dua pelatih berketurunan Penan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri telah dipilih untuk menerima biasiswa bernilai RM8,200 setiap seorang daripada Syarikat Samling Timber Sdn. Bhd. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 3 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Cameron International Malaysia Systems Sdn. Bhd., (CIMS) menjalin kerjasama pintar untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam industri minyak dan gas di negara ini.... Berita Penuh

JEMPOL 3 Mei – Semangat cintakan negara khususnya di kalangan generasi muda perlu digerakkan secara berterusan dalam usaha memelihara kesejahteraan dan keamanan negara.... Berita Penuh

ALOR SETAR 3 Mei – Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menjalinkan kerjasama dengan Midwest Universities Consortium For International Activities (MUCIA) di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat (AS). ... Berita Penuh

KULIM 3 Mei - Kira-kira 500 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai Karnival Mountain Bike anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUANTAN 3 Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) meningkatkan keupayaan sistem teknologi maklumat (IT) apabila menaik taraf pangkalan data 'Oracle' bagi membolehkan prasarana itu lebih mantap dan berkesan di universiti tersebut.... Berita Penuh

KUALA KRAU 3 Mei - Golongan graduan bumiputera wajar menguasai pelbagai bahasa terutama Mandarin berikutan ia semakin penting di pasaran pekerjaan pada masa ini.... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 03 May 2011 09:24 PM PDT

Kosmo Online - Infiniti


Kaspersky lindungi gajet mobil

Posted:

amir.azam@kosmo.com.my
(Yang mengikuti Persidangan Pelajar Generasi Masa Hadapan Keselamatan IT Kaspersky Lab di Munich, Jerman baru-baru ini)"

HIDUP bagaikan kosong tanpanya. Ungkapan tersebut amat sinonim dengan masyarakat hari ini yang sukar berenggang dengan telefon bimbit mereka.

Apatah lagi apabila perkembangan teknologi menyaksikan lebih banyak produk peranti telefon pintar dan tablet berada di pasaran untuk memenuhi permintaan gaya hidup pengguna yang semakin canggih dan berdaya maju.

Peranti telefon pintar dan tablet hari ini boleh dianggap teman setia kepada pengguna untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia tidak lagi digunakan sebagai pengantara komunikasi semata-mata, tetapi mampu membantu melancarkan pelbagai urusan harian dan kerja pejabat.

Dalam rancak melayari internet melalui telefon pintar, mereka tidak menyedari bahawa pelbagai data penting dan maklumat sulit yang tersimpan dalam peranti tersebut boleh diceroboh melalui siber.

Rekod ancaman gajet mobil

Ia terbukti apabila peneraju perisian keselamatan dan pengurusan ancaman kandungan, Kaspersky Lab telah merekodkan 106 keluarga dan 514 variasi program berniat jahat menyasarkan peranti mudah alih pada pertengahan bulan Ogos 2009.

Pada penghujung 2010 pula, terdapat peningkatan mendadak apabila sebanyak 153 keluarga dan lebih 1,000 variasi program berniat jahat dikesan oleh Kaspersky Lab. Dalam erti kata lain, ia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 65.12 peratus berbanding tahun 2009.

Pengarah Pasukan Penyelidikan dan Analisis Kaspersky Lab (Eropah), Magnus Kalkuhl berkata, platform mudah alih seperti telefon bimbit dan tablet menjadi tarikan terbaru kepada penulis malware dan penjenayah siber hari ini.

"Kebanyakan telefon pintar kini mempunyai sambungan internet dan ia akan memudahkan lagi penulis malware serta penjenayah siber menceroboh peranti pengguna kerana peranti mereka tidak dilindungi antivirus. Begitu juga dengan tablet.

"Walaupun, telefon pintar dan tablet mempunyai sistem perlindungan sendiri, tetapi masih ramai yang tidak menggunakannya sehingga terdedah kepada ancaman siber," katanya ketika ditemui Kosmo!.


TELEFON bimbit kini bukan sekadar gajet untuk berhubung tetapi juga sebagai penyimpan maklumat penting.


Bahkan, dia memberitahu, data penting dan maklumat sulit yang terdapat di dalam telefon pintar mereka juga mudah dimiliki orang lain apabila berlaku kecurian atau pun kecuaian jika tidak berhati-berhati.

Ujarnya lagi, senario tersebut mungkin berlaku disebabkan kurang pendedahan dan kesedaran mengenai sistem penyelesaian keselamatan peranti mudah alih yang terdapat pada telefon pintar mahu pun pasaran.

Menyedari kepentingan peranti mudah alih perlu dilindungi, Kaspersky Lab mempunyai sistem penyelesaian keselamatan mudah alih terkini iaitu Kaspersky Mobile Security 9 untuk membendung pelbagai ancaman seterusnya melindungi hak pengguna.

Kaspersky Mobile Security 9 dapat membantu melindungi telefon pintar pengguna daripada serangan rangkaian dan malware. Ia boleh melakukan pelbagai perlindungan termasuk mengimbas antimalware, menghalang rangkaian berbahaya, mengemaskinikan secara automatik dan banyak lagi.

Kalkuhl menambah, sistem penyelesaian keselamatan mudah alih itu turut menawarkan proses untuk mengaburkan maklumat fail, data, imej dan banyak lagi supaya tidak dapat dibaca tanpa pengetahuan pengguna.

Katanya lagi, ia tentu sekali amat berguna apabila berlaku kecurian atau pun kehilangan telefon mereka. Terdapat juga Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang terbina dalam untuk membantu memainkan peranan apabila pengguna boleh mengetahui lokasi telefon pintar mereka.

Selain daripada itu, Kaspersky Mobile Security 9 turut didatangkan dengan fungsi terbaru dalam melindungi data peribadi. Pengguna hanya perlu menekan butang peribadi dan segala data tidak dapat dilihat oleh orang lain selain pengguna telefon pintar itu.

Ia juga dapat membantu ibu bapa memantau gerak-geri anak mereka apabila boleh menyekat panggilan, khidmat pesanan ringkat (SMS) malah, mengetahui kedudukan dengan menggunakan carian GPS.


PAKAR teknologi Kaspersky sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam memastikan mereka sentiasa berada di hadapan.


Jenama dunia siber

Sementara itu, Timbalan Presiden Pemasaran Kaspersky Lab, Roger Wilson berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan jenama Kaspersky Lab lebih dikenali dalam dunia siber.

"Selama hampir 18 bulan pelbagai usaha telah dilakukan dalam penjenamaan semula Kaspersky Lab dan kami berjaya mengenal pasti lima kaedah utama.

"Lima kaedah tersebut ialah kepakaran berterusan, selalu di hadapan, berlainan, mengoptimumkan dan menyakinkan. Dalam singkatannya ialah RADOR," kata lelaki yang cukup peramah itu.

Dia juga memberitahu, Kaspersky Lab telah menjengah pasaran baru di India, China, Amerika Latin dan Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Wilson turut ditanya mengenai pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky menjadi duta produk mereka.

Katanya, Eugene Kaspersky merupakan seorang berkarisma dan bersungguh dalam menyelamatkan dunia dalam talian.

"Dia mempercayai misi dalam menyelamatkan dunia dalam talian. Bagaimanapun, tidak semua produk yang menggunakan wajah dia sebagai ikon dan duta produk.

"Seperti di Asia, kita menjadikan Jackie Chan sebagai duta produk kerana dia lebih dikenali malah, negara-negara lain mempunyai duta mereka sendiri," katanya.

Ujarnya lagi, Kaspersky Lab turut menjalin kerjasama bersama pasukan Formula Satu, Ferrari dalam perlumbaan penuh berprestij itu.

Katanya, terdapat juga produk khas Ferrari yang dijual Kaspersky Lab mengandungi logo dan permainan video Formula Satu untuk peminat sukan permotoran.

"Proses penjenamaan ini akan berterusan untuk memastikan jenama Kaspersky Lab terus dikenali dunia siber," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Kaspersky Lab boleh melayari laman web www.kaspersky.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gua bersejarah Laas Geel

Posted:

Gua bersejarah Laas Geel

Gua bersejarah Laas Geel

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


LAAS GEEL kini cuba dimajukan sebagai sebuah kawasan tarikan pelancong.


LAKARAN penuh warna-warni haiwan dan manusia menghiasi gua-gua yang terletak di kawasan berbukit hutan gersang berdekatan utara Somalia.

Keunikan pemandangan penuh magis itu merupakan kawasan terawal dan seni batu paling asli di utara Benua Afrika.

Bagaimanapun, tapak arkeologi yang terletak di sebuah rantau bergelumang dalam rusuhan awam selama dua dekad tanpa belas kasihan dan undang-undang kini berdepan ancaman kemusnahan, rampasan dan penggalian haram.

Terdapat sebanyak 10 gua di Laas Geel, Somalia di luar Hargeisa, menunjukkan gambaran jelas sejarah ahli pastoral yang bertarikh lebih 5,000 tahun lalu.

Lukisan-lukisan tersebut telah ditemui sekumpulan pasukan arkeologi Perancis pada tahun 2002 dan dilindungi daripada penjarah selepas nilainya menjadi perhatian penduduk tempatan.

Sebelum ini, mereka tidak berani mendekati lukisan itu kerana menyangka ia adalah disebabkan roh jahat.

"Penduduk sekitar menyangka gua-gua tersebut mempunyai roh jahat dan tidak pernah menghampiri tapak arkeologi itu.

"Mereka turut menawarkan pengorbanan agar tidak diganggu," imbas Penolong Arkeologi bersama kerajaan Somaliland, Ali Said.

Penemuan galeri-galeri gua tersebut menawarkan sekelumit sejarah mengenai kawasan yang cukup terkenal dengan konflik berdarah dan ketidakstabilan di mata dunia.

"Lukisan lembu-lembu berhias dengan beberapa jalur cerah di leher.

"Bahan himpunan dan haiwan liar menunjukkan zaman tempoh antara glasier apabila rantau Horn of Africa subur dan mempunyai banyak hidupan liar," terang ahli arkeologi Britain kelahiran Somalia, Sada Mire yang bertugas mengekalkan warisan luar biasa itu.

Kini kebanyakan rantau Somalia merupakan tanah gersang dan Laas Geel kering kontang sehingga tidak lagi mampu menarik gerombolan lembu meragut, manakala penempatan manusia pula sukar ditemui di rantau berkenaan.

"Kita tahu bahawa pelukis lukisan di dalam gua berkenaan merupakan ahli pastoral yang tinggal di satu keadaan iklim lebih baik berbanding hari ini," kata Mire.


LAKARAN prasejarah yang terdapat pada dinding gua perlu dipelihara dan pulihara agar tidak lenyap disebabkan cuaca.


"Ia merupakan penemuan yang agak penting kerana hanya sebahagian kecil sejarah di rantau ini diketahui umum dan banyak warisan arkeologi telah hilang akibat kemusnahan, rampasan dan pengabaian," tambah dia lagi.

Gua-gua batu Laas Geel terletak berdekatan kuala dua sungai yang kini kering membuktikan kebenaran namanya. Amalan menggores dinding-dinding gua dengan haiwan serta gambaran lain menunjukkan wujudnya penempatan manusia di situ.

Walaupun beberapa lukisan yang terdapat di Laas Geel kelihatan jelas dan mengagumkan terdapat lukisan lain kelihatan luntur disebabkan degradasi batu serta kesan cuaca.

Gua-gua tersebut menempatkan satu gugusan lakaran prasejarah berwarna perang, jingga, putih dan merah di dinding serta silingnya.

"Lukisan-lukisan tersebut akan lenyap jika tindakan pemuliharaan tidak dilakukan dengan segera. Buat masa ini, kami melindungi dan merekod warisan sejarah ini.

"Keadaan cuaca dan manusia tidak dirancang menjadi ancaman," kata Mire lagi.

Dia kini bertugas bersama kerajaan Somaliland untuk melatih penduduk tempatan melindungi artifak dan membantu pihak berkuasa merangka undang-undang pemuliharaan di tapak bersejarah rantau itu.

Somaliland telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada negara Somalia apabila perang meletus berikutan penggulingan Presiden Mohamed Siad Barre pada tahun 1991. Bagaimanapun, ia tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Rantau kecil di utara Somalia itu turut mempunyai tapak prasejarah lain seperti lukisan-lukisan di dalam gua dan kehidupan awal manusia.

Di rantau utara Dhambalin, gua-gua batu juga mempunyai lukisan berwarna-warni lembu dan haiwan liar seperti anjing serta manusia menunggang kuda.

"Orang ramai kini menghargai lukisan berkenaan dan berharap mampu menarik pelancong yang dapat memberi faedah ekonomi kepada mereka," kata Said sambil menunjukkan lukisan haiwan liar di dalam salah satu gua-gua itu.

"Kerajaan menggalakkan pemaju yang berkemampuan membina hotel-hotel dan resort sekitar Laas Geel untuk dikunjungi pelancong-pelancong," ujarnya lagi. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Momen indah di hujung jari

Posted:

Momen indah di hujung jari

Momen indah di hujung jari


SPESIFIKASI SAMSUNG NX11
Piksel: 14.6 Megapiksel
Berat: 353 gram
Dimensi: 12.3 x 8.7 x 3.98 sentimeter
Harga: RM2,399


KELETAP! bunyi punat kamera dipetik menggunakan jari penunjuk sambil menanti imej rakaman bak imej profesional memang menyeronokkan.

Tetapi keterujaan menanti imej pegun pasti akan terbantut apabila rakaman diambil tidak menjadi seperti diharapkan.

Namun, dengan menggunakan kamera digital Samsung NX11 yang dilengkapi inovatif sistem lensa i-Function dan pelbagai ciri terkini ia mampu menzahirkan rakaman kanvas hidup lebih mudah serta berkesan mengikut daya imaginasi pengguna.

Model terbaru ini tidak memerlukan pengguna pening kepala mengendalikan pengaturcara kompleks kamera.

Antara muka yang didatangkan bersama kamera itu mudah difahami sama ada bagi pengguna baru mahupun profesional untuk menghasilkan karya terbaik mereka.

Dalam pada itu, revolusi teknologi lensa model NX tersebut tidak memerlukan pengguna bersusah-payah menyusun atur kamera. Hanya menggunakan butang i-Function dan memutar lensa sahaja sudah memadai untuk melihat kamera tersebut beroperasi dengan baik.

Mereka yang gemar menukar lensa pula, Samsung NX11 dilengkapi mod keutamaan lensa bagi mengenal pasti lensa digunakan pengguna.

Ia akan mengetahui pengaturcara sesuai untuk digunakan lensa tersebut.

Apabila lensa ditukar pengaturcara akan berubah secara automatik untuk memberi rakaman optimum sekali gus dapat membantu menghasilkan karya bak jurugambar profesional.

Kelebihan itu dapat membantu penggemar fotografi meningkatkan daya kreativiti mereka.

Skrin paparan AMOLED 7.62 sentimeter (sm) menawarkan imej lebih jelas untuk tatapan pengguna malah, boleh digunakan ketika terdapat sinaran matahari. NX11 turut dilengkapi kelajuan pantas auto fokus (AF) bagi memudahkan pengguna merakam imej sepintas lalu.

Bagi menjadikan imej pegun yang dirakam lebih menarik, kamera itu juga mempunyai kapasiti untuk merakam bunyi latar belakang apabila merakam imej pegun.

Selain merakam imej pegun, NX11 juga boleh digunakan untuk merakam video berdefinisi tinggi (HD) sehingga resolusi 720p.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung NX11 anda boleh layari laman web www.samsung.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 03 May 2011 03:03 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


SK Wawasan juara Pertandingan Bijak Mengeja Jawi

Posted:

SK Wawasan juara Pertandingan Bijak Mengeja Jawi

SK Wawasan juara Pertandingan Bijak Mengeja Jawi


MOHD. RAUDHI (tengah) bergambar bersama para pemenang Pertandingan Bijak Mengeja Jawi peringkat negeri Perak di Ipoh baru-baru ini.


PEWARIS. Sekolah Kebangsaan (SK) Wawasan, Parit Buntar muncul juara Pertandingan Bijak Mengeja Jawi peringkat negeri Perak anjuran Utusan Melayu (M) Berhad di Dewan Belia dan Sukan Perak, Ipoh baru-baru ini.

Diwakili Nur Nawwarah Mohd. Nazri, 11, Jaafar Siddiqie Abu Hanifah, 11, dan Fatin Aliah Ahmad Rayani, 12, sekolah yang mewakili daerah Kerian itu menewaskan SK Sri Adika Raja, Gerik dan SK Muhammad Saman, Seri Manjung pada pusingan akhir.

Ketiga-tiga murid yang mewakili SK Wawasan menerima wang tunai RM200, trofi, sijil penyertaan, langganan 50 naskhah Utusan Melayu Mingguan selama 30 minggu dan tiket masuk Taman Eco, Bukit Merah Laketown Resort bernilai RM600.

Hadiah tajaan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. disampaikan Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohd. Raudhi Mohd. Isa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stesen Petronas Tandop rai pelanggan

Posted:

Stesen Petronas Tandop rai pelanggan

Stesen Petronas Tandop rai pelanggan


SAADON (lima dari kanan) bersama ahli kelab Nothern Bikers yang hadir pada majlis Hari Mesra Pelanggan Pertronas Tandop di Alor Setar baru-baru ini.


RAI PELANGGAN. Stesen Petronas Tandop, Alor Setar, Kedah menerima kunjungan kira-kira 1,000 pelanggan pada majlis Hari Mesra Pelanggan Petronas Tandop yang diadakan baru-baru ini.

Para pelanggan yang hadir termasuk ahli kelab motosikal berkuasa tinggi, Northern Bikers disajikan dengan pelbagai juadah seperti mi rebus, kuetiau goreng dan kuih-muih.

Rakan Niaga Petronas, Saadon Awang berkata, selain meraikan pelanggan, majlis itu juga diadakan bagi mempromosikan minyak baru Petronas Primax 95 Extra yang menggantikan RON 95.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Kawasan Petronas Wilayah Utara, Nur Sarhanah Rosli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen tidak menonton televisyen

Posted:

Kempen tidak menonton televisyen

Kempen tidak menonton televisyen


KIN LEN (kanan) melayan kerenah beberapa kanak-kanak Tadika Kinderland sewaktu pelancaran kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di Bukit Kemuning, Shah Alam baru-baru ini.


KESEDARAN. Seramai 80 kanak-kanak di Tadika Kinderland, Bukit Kemuning, Shah Alam mengambil bahagian sempena kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) baru-baru ini.

Menurut pengurus projek kempen tersebut, Yu Kin Len kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga selain dapat menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Ia merupakan sebahagian daripada Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012 dan tahun ini merupakan tahun ketiga penganjurannya.

Dalam kempen ini, kanak-kanak itu dengan pemantauan ibu bapa hanya dibenarkan menonton televisyen selama dua jam sehari dan segala aktiviti selama seminggu akan direkodkan dalam sebuah buku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 03 May 2011 01:14 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Pewaris legasi Sosilawati

Posted:

Pewaris legasi Sosilawati

Pewaris legasi Sosilawati

Oleh Siti Zaleha Jorimai
zaleha.jorimai@utusan.com.my
Gambar DJohan Shahrin Shah


Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau mesra disapa sebagai Rita.


Mewarisi empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit pada usia baru mencecah 26 tahun bukan itu rancangan awal Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Namun takdir dan perjalanan hidupnya berubah sekelip mata apabila ibu tercinta yang merupakan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya pergi yang tidak akan kembali.

Dipercayai dibunuh dengan kejam bersama pemandu dan dua rakannya pada Ogos lalu oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, pemergian Sosilawati memaksa Erni atau lebih senang disapa sebagai Rita, menggalas tanggungjawab mengemudi syarikat ibunya.

Biarpun masih 'hijau', sebagai anak sulong dia tidak mampu menolak tanggungjawab tersebut apatah setelah menjadi dahan berteduh kepada lima adik-adiknya, Erwan Suwari Ridzuan, 25, Erni Erinawati Sofea, 22, Md Erwan Nasri, 24, Erni Reenilawati, 21 dan Siti Nur Fatimah, 14.

Kini dia bertindak sebagai Ketua Pengawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Center Sdn. Bhd, pemegang jenama produk kecantikan Nouvelles Visages (NV).

"Memang dari awal lagi perjalanan hidup saya sudah diatur untuk mewarisi apa yang telah dimulakan arwah mama tetapi saya tidak menjangka seawal ini.

"Apa pun saya bersyukur kerana arwah mama sudah membuka laluan ini untuk saya sejak awal lagi. Sebab itu sebaik menamatkan pengajian peringkat ijazah di UiTM (Universiti Teknologi Mara) pada 2008, mama terus hantar saya ke London untuk ikuti bidang perniagaan.

"Tamat saja pengajian dia suruh saya balik, sehingga angan-angan untuk berkerja di sana buat sementara terpaksa dibatalkan.

"Awal tahun 2010 saya balik ke tanah air dan sekitar ibu sudah mula menyerahkan sedikit demi segala urusan syarikat bagaikan dia tahu dia akan pergi meninggalkan kami," katanya yang nyata masih belum kebah daripada kedukaan akibat kehilangan insan tersayang itu.

Menurut Rita, ketiadaan mama semakin dirasai menjelang Hari Ibu yang bakal disambut tidak beberapa hari lagi.

Kalau tahun lalu bersama-sama adik-adiknya yang lain mereka meraikan dengan keluar makan bersama, semua itu kini tinggal kenangan.

"Walaupun sudah hampir sembilan bulan dia pergi, rindu pada arwah mama tak pernah padam. Paling terasa apabila tidak dapat lagi menjamah masakan air tangan mama.

"Arwah mama memang pandai dan suka masak bukan saja untuk anak-anak malah pada rakan-rakannya yang selalu datang ke rumah.

"Kalau bulan puasa, meja makan rumah kami akan penuh dengan makanan sebab mama akan masak makanan kegemaran setiap seorang anak-anaknya. Tapi semua itu tinggal kenangan, tiada siapa mampu mengganti tempat mama di hati kami," katanya.

Bergelar usahawan

Walaupun baru bergelar usahawan, Rita mengakui dunia perniagaan bukan terlalu asing buatnya.

Malah dia sudah didedahkan dengan dunia tersebut seawal usia remaja lagi apabila kerap disuruh oleh ibunya membantu kerja-kerja di pejabat.

"Itulah cara mama. Dia lebih suka kalau anak-anaknya bermula dari bawah, merasai sendiri kepayahan untuk mencari wang.

"Malah sejak kecil kami adik-beradik tidak pernah dididik dengan kemewahan. Kata mama kesenangan hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan tidak ada jalan pintas," katanya.

Rita mengakui arwah memang seorang yang tegas, berpendirian dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diingini.

Biarpun tidak berpelajaran tinggi tetapi arwah berpandangan jauh, kalau tidak masakan dia boleh menjangka industri kosmetik boleh berkembang seperti hari ini.

Malah sifat tersebut yang membuatkan arwah berjaya membina empayarnya.

"Selepas ini mungkin ramai yang beranggapan kerja saya jadi lebih mudah sebab mewarisi nama yang sudah besar, tapi hakikatnya cabaran untuk saya lebih kerana hebat kerana untuk mempertahankan sesuatu kejayaan ada lebih payah daripada membinanya.

"Apa pun saya bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi bukan saja daripada adik-beradik bahkan seluruh kakitangan NV," ujarnya Rita ikhlas.

Lebih penting katanya, kepercayaan daripada pengedar-pengedar NV yang disifatkan sebagai nadi dan tulang belakang kepada kejayaan perniagaan ini.

"Ketika mama ada, tidaklah rasa takut sangat sebab dia ada untuk sokongan dari belakang. Tetapi sekarang saya perlu hadapi seorang diri, jadi saya perlu kuat dan tabah.

"Ada masanya saya juga perlukan seseorang untuk mendapatkan nasihat dan biasanya saya akan rujuk pada abah," katanya.

Sebagai 'orang baru' Rita tidak pernah menyekat dirinya daripada belajar dan bertanya terutama ketika membuat sesuatu keputusan perniagaan.

Sesekali dia juga akan turun padang bertemu stokis dan pengedar bagi mendekatkan hubungan.

Katanya, dalam perniagaan kosmetik cabaran paling besar ialah mengekalkan kepercayaan pelanggan terhadap produk.

Sebab itu dia sangat menitik beratkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan syarikat terus memberi yang terbaik kepada pelanggan.

"Saya perlu sentiasa berada selangkah ke hadapan dalam menghalusi trend pasaran semasa. Bukan saja supaya tidak ketinggalan, tetapi mengekalkan persaingan

"Tidak dinafikan memang akan ada yang membandingkan cara saya berkerja dengan cara arwah mama. Sebagai ahli perniagaan arwah memang tidak tandingan terutama dari segi ketegasan dan keberaniannya membuat keputusan.

"Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik bagi memastikan empayar mama terus kukuh," katanya

Pemindahan ibu pejabat NV ke bangunan sendiri di CyberJaya pada hujung tahun ini merupakan antara projek pertama Rita sebaik mengetuai syarikat tersebut.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Wisma NV itu bakal menjadi one stop center yang menempatkan semua kegiatan perniagaan syarikat tersebut termasuk spa yang merupakan antara produk baru mereka.

"Proses pemindahan sudah bermula sedikit demi sedikit dan Insya-Allah akan selesai sepenuhnya pada hujung tahun ini. Memang sudah tiba masanya untuk kami beroperasi di bawah satu bumbung memandangkan tahun depan NV akan menyambut ulang tahun ke 18.

"Insya-Allah selepas ini akan ada banyak lagi projek-projek baru yang akan menyusul," katanya

Kisah cinta

Sebagaimana rakan sebaya lain, Rita juga tidak dapat lari daripada naluri ingin dicintai dan mencintai.

Pernah digembar-gemburkan bercinta dengan pembaca berita sebuah stesen televisyen tempatan, namun cerita tersebut tinggal sekadar gosip.

Masih mahu berahsia tentang hati dan perasaan cukup sekadar mengatakan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang.

Kata Rita, jejaka yang mula mengisi hatinya sejak tujuh bulan lalu itu sekadar orang biasa.

Belum merancang yang terlalu jauh kerana ingin menumpukan pada perniagaan, Rita berserah pada ketentuan jodoh dan menerima saja apa yang terbaik untuknya.

Ditanya lagi tentang ciri-ciri lelaki pilihan katanya; "Tidak ada ciri-ciri tertentu, memadai seseorang yang sayangkan saya, mengambil berat dan sentiasa ada ketika saya memerlukannya."

Minat fesyen

Seperti anak-anak gadis seusianya, Rita juga gemar berfesyen malah bercita-cita untuk membuka butik dan memiliki jenama pakaian sendiri suatu hari nanti.

namun dia bukan seseorang yang taksub dengan jenama tertentu, asalkan selesa dan sesuai dikenakan memadai untuknya.

"Sejujurnya agak lama juga saya tidak mengisi wardrobe dengan pakaian baru. Lagipun ketika di London dulu 'gila' membeli jadi ada pakaian yang masih belum terusik," katanya yang pernah mengikuti jurusan tekstil selama lima tahun di UiTM sebelum beralih ke bidang perniagaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Erin harapan ibu

Posted:

Erin harapan ibu

Erin harapan ibu

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD ZAFARAN NASIB


Nor Hezreen Abdul Rahim bersama ibu tercinta, Kamaliah Abdul Halim.


Nama Nor Hezreen Abdul Rahim mungkin tidak begitu dikenali berbanding jika disebut nama ibunya, Datuk Kamaliah Abdul Halim, yang merupakan pengasas produk kecantikan terkenal, RZAC Cosmetic

Dia mengakui memegang status anak perempuan tunggal kepada jutawan kosmetik tersebut memang sesuatu yang membanggakan.

Namun rasa bangga tersebut datang bersama tanggungjawab yang berat apabila di bahunya turut disandarkan harapan yang menggunung tinggi.

Lebih memberikan tekanan apabila si ibu sudah punya perancangan sendiri agar suatu hari anak perempuan tunggal itu mewarisi empayar kosmetik yang telah dibina hasil titik peluh sendiri.

"Pada mulanya memang saya susah nak menerima kerana tidak begitu berminat dalam bidang kosmetik, namun setelah tamat pengajian saya menimba pengalaman di syarikat ibu dan dari situ minat mula bercambah," jelas gadis berusia 28 tahun ini ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Memiliki ijazah sarjana perakaunan dari Universiti John Moores di Liverpool, United Kingdom, Nor Hezreen atau manja dengan panggilan Erin, bukan hanya menyambung legasi si ibu dalam bidang perniagaan tetapi turut mempunyai visi dan misi tersendiri.

Buat masa ini dia diberi kepercayaan oleh ibunya untuk menerajui ReenZac, juga kosmetik yang menumpukan kepada golongan remaja.

"Bagi saya apa yang telah dimulakan oleh ibu adalah asasnya sahaja. Menjadi tanggung jawab saya untuk bukan sahaja meneruskan malah mengembangkan lagi perniagaan ini," jelas anak sulung kepada empat beradik ini.

Menurut Erin, dia diberi pendedahan tentang perniagaan seawal usianya enam tahun lagi apabila sering dibawa ibunya menemui para stokis mahupun pengedar dan pengguna RZAC Cosmetic.

Dari situ juga dia mula memahami susah-payah yang dihadapi ibunya dalam membangunkan perniagaan.

"Sejujurnya saya kagum dan tabik dengan ketabahan dan kegigihan ibu. Kalau saya berada di tempatnya dan berhadapan dengan apa yang dia lalui belum tentu saya boleh berjaya melakukan sebagaimana ibu telah lakukan," katanya yang mahu merahsiakan kejutan yang akan dilakukan untuk ibunya ketika sambutan Hari Ibu hujung minggu ini.

Bagi Erin, ibu adalah idolanya di mana hubungan mereka bukan setakat ibu dan anak malah bagaikan rakan karib.

Hampir semuanya dikongsi bersama daripada pakaian hingga kepada kasut dan beg tangan sementelah mereka berdua mempunyai cita rasa yang sama seperti ibunya.

Anak gadis ini juga gemar dengan aktiviti mendaki gunung kerana ia salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan alam.

"Aktiviti ini secara tidak langsung memberikannya satu perspektif tentang alam semula jadi dan juga memberi saya ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata," katanya.

Walaupun dirinya berhak untuk memilih apa jua jenama terkenal yang terdapat di pasaran, Erin lebih gemar memilih untuk mengikut stailnya sendiri.

Fesyen kegemaran Erin ialah tidak suka mengikut trend atau apa yang menjadi kegilaan wanita. Dia lebih senang mengikut cita rasanya sendiri.

Erin juga menetapkan had untuk tidak berlebihan dalam berfesyen dengan mengutamakan penampilan sederhana, sopan dan bercirikan kemelayuan," kata penggemar jenama Chanel dan Marc Jacob ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List