gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 13 May 2011 11:44 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Himpunan terbesar pemilik Ducati

Posted:

Himpunan terbesar pemilik Ducati

Himpunan terbesar pemilik Ducati

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


TURUT dipamerkan ialah model terbaru Ducati Diavel.


MESKIPUN hujan lebat melanda ibu kota, ia bukan penghalang kepada pemilik-pemilik jentera kuasa Ducati untuk meneruskan konvoi ke Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

Berlepas dari Ducati Naza Auto Mall di Petaling Jaya, hasrat pelbagai lapisan penunggang jenama Itali itu hanya satu iaitu mencatatkan rekod perhimpunan terbesar motosikal Ducati di satu lokasi pada satu masa yang sama. Akhirnya misi itu tercapai jua apabila angka rasmi berjaya merekodkan sebanyak 110 jentera menyertai konvoi itu. Lebih manis rekod tersebut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Program hasil usahasama Next Bike Sdn. Bhd. (Next Bike) dan Ducati Club Malaysia (DCM) itu diadakan bersempena pameran bergerak Shell Advance 4T. Next Bike merupakan pengedar tunggal motosikal Ducati di negara ini dan juga syarikat subsidiari syarikat Kumpulan Naza.


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama model Ducati yang dipamerkan.


Selain aktiviti konvoi, acara itu juga menganjurkan pameran pelbagai model Ducati termasuk beberapa model motosikal baru termasuk Diavel, 848 Evo superbike dan Multistrada.

Eratkan silaturrahim

Pengerusi DCM, Tengku Mohd. Saad Tengku Mansur berkata, penubuhan DCM bertujuan mengumpul pemilik-pemilik Ducati di negara ini di bawah satu bumbung untuk mengeratkan silaturahim menerusi pelbagai aktiviti.

"Pada awal penubuhan kelab tahun lalu, DCM memiliki 14 orang ahli. Kami kemudiannya dengan bantuan Naza berusaha untuk menghubungi dan mempelawa pemilik-pemilik Ducati sedia ada untuk menyertainya.

"Ketika ini, DCM sudah mengumpul keahlian kira-kira 150 individu termasuk lapan penunggang wanita dari seluruh negara," katanya yang memberitahu terdapat hampir 500 pemilik Ducati di negara ini.


Linda Onn turut menyertai konvoi DCM.


Antara aktiviti DCM termasuk aktiviti trek di litar Sepang, konvoi, tunjuk ajar menunggang secara betul serta aktiviti sokongan seperti Pameran Bergerak Shell Advance 4T, Ride it Right dan Moto GP.

Berhubung faedah dinikmati ahli kelab, Tengku Mohd. Saad berkata, pemilik jentera dapat menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk peralatan dan barangan selain subsidi aktiviti seperti pemanduan di Litar Sepang.

Yuran pendaftaran kali pertama ialah RM150. Daripada jumlah tersebut, RM30 untuk pendaftaran sekali seumur hidup manakala bakinya adalah yuran tahunan. Bermula tahun kedua keahlian, yuran tahunan ialah sebanyak RM120. Maklumat lanjut mengenai DCM, sila layari laman sosial Facebook Ducati Club Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warisi Avon daripada ibu

Posted:

Warisi Avon daripada ibu

Warisi Avon daripada ibu

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


NORSAHIDA (kiri) bergambar dengan wakil-wakil Avon seluruh negara.


JENAMA Avon bukanlah label yang asing dalam diri wanita kelahiran Kuantan, Pahang ini kerana dirinya mula mengenali Avon sejak di bangku sekolah. Jenama itu telah melingkari hidupnya sejak berusia 11 tahun lagi selepas diperkenalkan oleh arwah ibunya.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Norsahida Mohd. Said, 32, itu turut membantu ibunya menjual Avon secara kecil-kecilan ketika zaman persekolahan.

Betapa sebatinya jenama Avon dalam dirinya, Norsahida yang kini menetap di Jengka, Pahang meneruskan minatnya berniaga produk Avon ketika meneruskan pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.

"Sebaik sahaja tamat pengajian dalam jurusan Pengajian Perniagaan pada tahun 2002, saya terus melibatkan diri dengan Avon dan mula terlibat dengan serius pada tahun 2003.

"Tidak perlu melabur banyak. Modal permulaan hanya RM15 bagi melayakkan diri menjadi ahli dan kita akan menerima brosur serta katalog," katanya yang merupakan salah seorang daripada 10 Sales Leader Terbaik Negara.

Tambahnya, tidak seperti syarikat atau produk lain yang bermula dengan modal permulaan ratusan ringgit, sesiapa sahaja boleh melibatkan diri dalam perniagaan Avon asalkan ada kemahuan.

Norsahida bukan sahaja menjual produk Avon malah, turut menggunakan sebahagian rangkaian produk Avon sejak di bangku sekolah lagi iaitu produk penjagaan kulit khusus untuk remaja iaitu Clear Skin sebagai produk pertamanya.

"Tidak perlu bersusah payah menjual produk Avon kerana jenamaya dan kualiti produknya sudah dikenali ramai. Dalam masa yang sama semua produknya mampu dimiliki daripada barangan budak sekolah hinggalah golongan dewasa.

"Suka saya untuk menggalakkan wanita mahupun lelaki di luar sana untuk menyertai Avon kerana ia mampu memberikan peluang pendapatan yang lumayan bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat kini," katanya.

Norsahida yang banyak membuat jualan di Universiti Teknologi Mara, Jengka terutamanya untuk produk lelaki memberitahu jenama Avon sudah menjangkau usia 125 tahun di dunia dan 33 tahun jenama tersebut berkembang di Malaysia.

Ganjaran lumayan


NORSAHIDA mahu wanita terutama suri rumah meraih kejayaan sepertinya bersama Avon.


"Mungkin ramai yang tidak tahu betapa beruntungnya menjual barangan Avon dan jika kita berusaha lebih kita akan dapat ganjaran yang lumayan.

"Saya sendiri semasa mula-mula menjual Avon, saya tiada apa-apa. Tiada kereta dan tiada rumah apatah lagi hidup dalam kemewahan. Namun, selepas beberapa tahun bersama Avon, impian saya memiliki rumah sendiri dan kereta mewah Mercedes-Benz tercapai juga," ujarnya yang kini hamil anak ketiga.

Menurutnya, Avon banyak membantu daripada segi pemberian kredit.

"Sampai satu tahap, kita boleh menerima kredit tanpa cagaran dan faedah. Avon cagarkan kepercayaannya untuk berikan kredit. Itu kelainan Avon berbanding syarikat-syarikat lain.

"Bukan setakat pemberian kredit tanpa cagaran, malah dapat pula pergi trip melancong ke luar negara yang tidak pernah diimpi-impikan sebelum ini setiap tahun," ceritanya yang mendapat sokongan penuh suaminya, Imran@Burhan Mahmood, 39.

Antara lokasi yang pernah dilawati Norsahida ialah Shanghai, Busan, London, Paris, Los Angeles dan New Zealand selain berpeluang menaiki kapal mewah Royal Caribbean Cruise.

Pesannya, jika seseorang itu mahu berjaya, pertama sekali yang perlu dilakukan adalah kaji terlebih dahulu syarikat yang mahu diceburi.

"Avon merupakan sebuah syarikat yang kukuh dengan peningkatan jualan setiap tahun. Sejak berkecimpung dengan Avon, pelbagai anugerah diraih.

"Tanpa Avon, mungkin saya tidak mencapai apa yang saya miliki sekarang ini. Bagi wanita di luar sana, marilah bersama-sama menyertai perniagaan Avon kerana ia mampu mengubah nasib diri dan keluarga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gangguan mental ancam wanita

Posted:

Gangguan mental ancam wanita

Gangguan mental ancam wanita

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


SITI NURHALIZA (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat lain pada majlis sambutan Hari Wanita.


KURANGNYA sokongan moral dan perhatian daripada ahli keluarga boleh mendedahkan golongan wanita kepada gangguan mental.

Sehubungan itu, golongan wanita digesa untuk mendapatkan bantuan pakar jika didapati terdedah kepada masalah mental supaya ia dapat dikawal pada peringkat awal. Pakar Psikiatri Gleneagles, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh pada majlis sambutan Hari Wanita Sedunia 2011 baru-baru ini mendedahkan, lebih 70 juta wanita di seluruh dunia mengalami masalah kemurungan setiap tahun.

"Angka ini lebih banyak disumbangkan dari Barat tetapi negara-negara membangun seperti Malaysia juga mencatatkan masalah mental dalam kalangan wanita," katanya.

Beliau yang menyampaikan ceramah mengenai Kesihatan Mental Wanita memberitahu, di Malaysia, wanita mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi mendapat masalah mental berbanding lelaki dengan kadar 12.1 peratus wanita dan 10.4 peratus lelaki.

Antara sebab berlakunya fenomena itu adalah tekanan kerja, tekanan dalam keluarga dan malu membuat pendedahan atau enggan berbincang mengenainya. Selain itu, gaya hidup masa kini juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Wanita pada masa kini lebih berdikari dan menggalas banyak tanggungjawab pada satu-satu masa. Tekanan untuk memenuhi keperluan dan tidak mendapat sokongan moral daripada ahli keluarga atau dilanda pelbagai masalah menjadikan mereka lemah.

Sokongan keluarga

Sehubungan itu, Hamidah menyifatkan sokongan ahli keluarga khususnya suami kepada wanita yang sudah mendirikan rumah tangga sebagai salah satu cara mengatasi gangguan mental dalam kalangan mereka. Hamidah menyambung, dalam kebanyakan situasi masalah membabitkan kesihatan mental boleh diatasi jika golongan lelaki , khususnya si suami memainkan peranan positif.

"Seorang suami yang sentiasa menyokong isteri boleh membina kesihatan mental yang baik. Saya pernah melihat wanita yang berjaya dalam hidupnya kerana didampingi suami yang prihatin dan menyayangi isterinya. Apabila seorang isteri gembira dan sihat, mereka akan menjadikan seluruh keluarga itu sejahtera," kata Hamidah.

Bagi ikon selebriti negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang diundang sebagai tetamu khas, mengakui dirinya juga tidak pernah lari daripada tekanan, khususnya sebagai artis dan wanita berkeluarga.

"Saya sendiri pernah menghadapi pelbagai tekanan, lebih-lebih lagi sebagai seorang artis. Tetapi semua itu ditangani secara positif. Saya akan merujuk kepada orang yang prihatin terhadap saya untuk mendapatkan nasihat yang terbaik," kata Siti Nurhaliza yang merujuk kepada gosip, kritikan dan pelbagai cabaran dalam dunia seni.

Justeru, Siti Nurhaliza menasihatkan golongan wanita supaya berfikir secara rasional dan sentiasa peka terhadap kesihatan diri. "Kalau menyedari simptom-simptom gangguan mental, segeralah dapatkan bantuan pakar. Jangan malu atau takut," jelas beliau.

Beliau menambah, apabila keadaan bertambah buruk, mangsa gangguan mental ada kecenderungan membunuh diri yang lazimnya berlaku di negara-negara maju.

"Jadi untuk mencegah wanita di Malaysia melakukan perkara seumpamanya itu, seluruh komuniti harus bersama-sama membantu dan menyelamatkan wanita yang mengalami gangguan mental," kata beliau yang juga merujuk gangguan mental seperti kemurungan, tekanan dan keresahan.

Majlis itu turut mengundang Ketua Pengarang Majalah International Business Review & Passion Datuk Beatrice Nirmala Adaikalaraj, penganalisis politik terkenal juga Pengarah Urusan Paddy Schubert, Datuk Paddy Bowie untuk rahsia kejayaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 13 May 2011 10:18 AM PDT

Utusan Online - Johor


MBJB rugi RM180,000 setahun

Posted:

MBJB rugi RM180,000 setahun

MBJB rugi RM180,000 setahun

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Jaffar Awang (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang peniaga di Pasar Kampung Melayu, kelmarin.


JOHOR BAHRU 12 Mei – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kerugian kira-kira RM180,000 setahun berikutan tindakan segelintir pihak yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka.

Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang berkata, daripada bancian awal yang dijalankan, terdapat hampir 30,000 peniaga di seluruh bandar raya ini yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

Beliau berkata, berdasarkan jumlah tersebut, dianggarkan 20 peratus atau 6,000 peniaga tidak mendaftarkan perniagaan mereka.

"Pemeriksaan lesen perniagaan dan iklan yang digerakkan oleh 500 petugas MBJB bertujuan mengenal pasti jumlah peniaga yang ada di kawasan bandar raya di samping menggalakkan mereka yang belum mendaftarkan perniagaan untuk berbuat demikian.

"Data banci yang diperoleh nanti akan digunakan sepenuhnya oleh MBJB dalam melaksanakan program pembangunan peniaga di dalam bandar raya ini," katanya sempena Program Turun Padang Banci Lesen Perniagaan dan Iklan MBJB 2011 di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Whip MBJB, Tan Hong Hua dan Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam.

Dalam pada itu Mohd. Jaffar berkata, pihaknya telah memohon peruntukan sebanyak RM25 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja menaik taraf Pasar Kampung Melayu di sini supaya lebih teratur dan kondusif kepada pengguna.

Beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih dan naik taraf itu akan dijalankan sebaik sahaja mendapat peruntukan berkenaan.

"Daripada tinjauan yang kita buat, didapati terdapat kerosakan di kawasan perniagaan penjaja di pasar tersebut serta masalah bau busuk akibat keadaan longkang dan saliran yang tidak diselenggara dengan betul dan sempurna.

"Saya akan memastikan pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan kebersihan melaksanakan tugas mereka dengan sistematik dan berjadual," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

27,238 katrij tiruan RM333,129 dilupus

Posted:

27,238 katrij tiruan RM333,129 dilupus

27,238 katrij tiruan RM333,129 dilupus


DUA petugas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor melupuskan perkakasan komputer tiruan pelbagai jenis dan jenama di Kempas, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri melupuskan 27,238 unit perkakasan komputer tiruan pelbagai jenis dan jenama bernilai RM333,129 di setornya, dekat sini, hari ini.

Semua barang tiruan berupa katrij pelbagai warna dan mesin pencetak itu adalah hasil rampasan PPDNKK melalui enam serbuan dari 2008 hingga tahun lalu di sekitar bandar raya ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, barangan tiruan itu dijual di pasaran dengan harga yang sama seperti barangan tulen iaitu antara RM200 hingga RM450 bagi katrij yang besar dan RM60 hingga RM80 untuk kecil.

"Pelanggan sama sekali tidak perasan sama ada tulen atau tidak kerana tidak banyak perbezaan. Kebanyakan perkakasan komputer tiruan itu diimport dari China, Jepun dan Puerto Rico," katanya pada sidang akhbar selepas melupuskan barang-barang tiruan itu di setornya di Kempas.

Katanya, perkakasan komputer tiruan berjenama Hewlett-Packard (HP), Epson, Canon dan Samsung itu dijual secara berleluasa sekitar bandar raya ini untuk kegunaan pejabat dan isi rumah.

Menurutnya, barangan tersebut dibeli peniaga tempatan dengan harga murah sebelum ia dijual semula kepada pelanggan pada kadar sama seperti produk tulen bagi mengaut keuntungan besar.

Logo hologram pada barangan palsu mudah ditanggalkan berbeza dengan produk tulen, katanya sambil menasihati pengguna supaya berhati-hati semasa membeli barangan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 13 May 2011 01:16 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Cemburu bawa padah

Posted: 12 May 2011 07:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]CEMBURU bagai garam dalam masakan. Sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera malah pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa. Begitu juga rasa cemburu kala bercinta. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap cemburu perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.

Menu wanita berkerjaya

Posted: 12 May 2011 07:11 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SENARIO menghabiskan sebahagian besar hari dengan menghadiri mesyuarat bukan asing bagi wanita berkerjaya, malah ada kalanya tuntutan kerja membuatkan mereka tidak sempat meluangkan masa untuk menghadapi sarapan atau makan tengah hari dengan sempurna atas alasan 'tidak sempat'.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 08 May 2011 03:31 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

Posted:

Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis


TAJUDIN (berdiri dua dari kanan) melihat Zull Aznam menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat, Kangar baru-baru ini.


DERMA. Seramai 127 pegawai dan anggota polis kontinjen Perlis menyertai kempen menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat di Kangar baru-baru ini.

Kempen yang berlangsung sehari itu merupakan acara tahunan yang turut diadakan serentak di seluruh negara sempena Hari Polis ke-204.

Aktiviti derma darah itu dikendalikan oleh Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi mengisi bekalan tabung darah hospital tersebut.

Kempen tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa dan timbalannya, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah

Posted:

Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah

Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah


SEBAHAGIAN pengunjung menikmati karipap percuma yang disediakan oleh penganjur pada sambutan ulang tahun ke-5 Uptown di Shah Alam baru-baru ini.


MERIAH. Majlis ulang tahun ke-5 Uptown, Seksyen 24, Shah Alam disambut meriah apabila kira-kira 200 pengunjung diraikan dengan 5,000 biji karipap percuma baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, lima daripada karipap itu bukan sahaja berintikan kentang tetapi pengunjung yang bertuah itu turut disediakan dengan inti istimewa.

Pengurus Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd., Aizul Hisham Mohd. Dom berkata, pihaknya telah membungkus nota hadiah bertuah dengan plastik gula-gula dan dimasukkan dalam lima karipap tersebut.

Katanya, pengunjung bertuah itu bukan sahaja dapat menikmati karipap percuma dan bergembira sempena sambutan ulang tahun tersebut tetapi turut menerima hadiah telefon bimbit sumbangan DiGi Telecomunications Sdn. Bhd.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan

Posted:

Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan

Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan


SEBAHAGIAN daripada ahli BKP yang menghadiri mesyuarat agung di Baling, Kedah baru-baru ini.


BERTEMU. Kira-kira 100 ahli Badan Kebajikan Kontraktor dan Pembekal (BKP) Daerah Baling menghadiri mesyuarat agung kali ke-3 yang diadakan di Hotel Bayu, Jalan Baling, Kedah baru-baru ini.

Pada mesyuarat tersebut, kesemua yang hadir sebulat suara mengekalkan Pengerusi BKP, Harun Zulkifli Abdullah manakala dua ahli jawatankuasa, Ishak Mokhtar dan Mahmud Abdullah dipilih sebagai Timbalan dan Naib Pengerusi.

Mesyuarat itu turut meluluskan usul agar kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya mengutamakan kontraktor kelas F bagi kerja-kerja pembinaan dan menyelenggara berskala kecil.

Majlis penutup mesyuarat tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Baling, Ahmad Fisol Md. Nor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 08 May 2011 03:31 PM PDT

Utusan Online - Megabait


Cara guna enjin carian

Posted:

Cara guna enjin carian

Cara guna enjin carian



APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

Heri, Alor Setar

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.

Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.

Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.

Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.

Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.

Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.

Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.

*Perpaduan

*perpaduan

*PERPADUAN

nPerpaduan

nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.

Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.

Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.

Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.

Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.

nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.

nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.

nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.

nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.

Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.

Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.

Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.

Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.

Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

Posted:

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

SIRI Inovasi bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pemasangan sistem paip jaringan rumah walit.

Dalam penternakan walit, sistem paip jaringan adalah sangat penting kerana ia berfungsi mengawal kelembapan rumah walit tersebut.

Ini penting supaya ia berada dalam kelembapan semula jadi atau seperti di dalam gua yang sama dengan habitatnya yang sebenar.

Sistem paip jaringan adalah sangat penting untuk menarik minat burung walit.

Sistem ini diletakkan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.

Untuk mendapatkan percikan air yang sempurna dalam sistem harus memilih nozel yang tepat dan yang terbaik.

Nozel mempunyai pelbagai jenis iaitu halus, sederhana dan kasar. Jika mengunakan halus,air yang dikeluarkan seperti kabus.

Jika menggunakan yang kasar ia boleh membasahkan pakaian. Nozel tersebut boleh didapati dari pasaran yang berhampiran.

Apa yang perlu dibuat pada sistem ini adalah menyambungkan sebatang paip PVC ke pam dan pada paip tersebut harus ditebuk dan dipasangkan dengan nozel.

Untuk mendapatkan kejituan pada sistem harus menambahkan kelembapan (humidity) sensor yang disambung pada geganti (relay).

Pada para pembaca dan peminat MEGA, inovasi yang kurang memahami cara-cara penyambungan boleh rujuk pada inovasi-inovasi sebelum ini yang telah dibincangkan.

Sila dapatkan maklumat-maklumat inovasi tersebut rujuk pada Utusan Online.(www.utusan.com.my)

Harus diingat penggunaan penyukat suhu dan kelembapan satu set mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung walit dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan.

Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung tersebut.

Bersambung pada minggu hadapan dengan sistem kawalan keselamatan walit. Selamat mencuba!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

Alat-alat yang digunakan

nNozel

nPaip PVC ½"

nPum

nTangki air

nTimer

nPengesan kelembapan (humidity sensor)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 08 May 2011 03:21 PM PDT

Utusan Online - Agrobiz


Kebun rempah di laman sekolah

Posted:

Kebun rempah di laman sekolah

Kebun rempah di laman sekolah

Rencana dan gambar AZMAN MD.NOOR


para pelajar turut terbabit memastikan landskap berasaskan sayur dan herba di smk chepir diuruskan dengan baik.


SEBAIK memasuki kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chepir, Sik, Kedah deretan pasu yang menghiasi kawasan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja.

Deretan pasu itu agak istimewa kerana ia dipenuhi bunga kubis dan landskap menghijau dengan tumbuhan segar.

Kebiasaannya sudut kawasan sekolah dihiasi indah dengan bunga-bungaan pelbagai warna sebaliknya warga kerja sekolah ini menjanjikan kelainan dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekolahnya.

Buah tomato, terung dan bendi bergantungan hasil kerja kuat pihak sekolah cukup membanggakan manakala sayuran kubis, bayam dan beberapa sayuran lain sudah mampu dipetik membuatkan hati yang melihat menjadi semakin tertarik.

Itulah sedikit gambaran untuk tatapan pembaca terutama mereka yang mempunyai minat terhadap berkebun.

Sekolah Menengah itu ada kelainan tersendiri yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah berasrama ini dalam menjadikan kawasan sekolah tidak hambar dan membosankan.

Gabungan tanaman ulam-ulaman, sayuran sayurandan herba menjadi fokus kepada menggalakkan semua guru, pelajar dan warga kerjanya terus menjadikan sekolah ini lebih ceria dan mempunyai imej tersendiri.

''Kami mahu jadikan sekolah ini indah dan segar dan memberikan banyak manfaat bukan sahaja kepada guru malah pelajar,'' kata Zahara Ismail, Pengetua SMK Chepir.

Menurutnya, mata pelajaran elektif menengah atas, Sains Pertanian, MPV-Lanskap dan Nurseri akan menjadi lebih bermakna apabila guru mengajar pelajar menerima dan melihat sendiri pembelajaran itu di hadapan mata mereka.

Lantaran kebun kebun dapur yang diwujudkan ini memberi pengertian yang lebih bermakna dalam menggalakkan kecintaan kepada sesiapa sahaja untuk menjadikan kawasan tanah dihargai dengan memaksimumkan penggunaanya dengan tanaman berfaedah.

Menurut Zahara, idea menghidupkan suasana sekolah dengan landskap atau taman yang boleh dimanfaatkan itu menggalakkan guru dan pelajar dengan menanam tanaman berfaedah untuk diri bukan sahaja hanya untuk dilihat cantik dan tontonan sahaja.

Cabang aktiviti landskap itu menggabungkan tanaman ulaman, sayuran, herba dan lain-lain untuk membentuk sebuah taman yang indah dan menarik.

Katanya, di SMK Chepir kebun dapur itu dibina sejak beberapa tahun lalu selaras dengan pembelajaran pelajarnya yang turut tertumpu kepada mata pelajaran berasaskan pertanian.

''Secara tidak langsung pembelajaran dapat dihayati bagi membantu pelajar dalam menimbulkan suasana ceria dan kondusif di persekitaran sekolah," katanya kepada Mega baru-baru ini.

Zahara menambah, fokus untuk mewujudkan sudut taman khas itu adalah kelangsungan dari pelawaan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk sekolah ini menyertai pertandingan taman dapur atau kitchen garden kategori sekolah menengah.

Hasil pelawaan dan penyertaan sekolah itui maka terbentuklah sebuah kawasan taman dapur yang menarik bertemakan dari laman dapur bonda diambil sempena merujuk kepada panggilan mesra semua warga SMK Chepir kepada Zahara sebagai bonda.

Walaupun penyertaan pertama mendapat tempat kedua, ia telah membuka minat yang cukup mendalam kepada warga sekolah berkenaan bekerja kuat untuk terus berusaha dalam mempertingkatkan keupayaan dan menanam minat di kalangan pelajar dan guru.

Sudut kebun dapur itu dilatari dengan lebih 60 jenis tanaman yang terdiri dari sayuran, herba, ulaman dan lain-lain lagi.

Antara tanaman ialah stevia, bayam, serai, lengkuas, buluh madu, kangkung dan yang paling menyerlah adalah tanaman kubis yang mengeluarkan hasil yang baik.

Di bahagian belakang bangunan utama satu kawasan milik sekolah telah dijadikan kawasan tanaman nanas menunjukkan pihak pengurusan sekolah telah memanfaatkan kawasan yang ada untuk kebaikan bersama.

Menariknya, pihak sekolah turut menyediakan sudut maklumat mengenai tanaman yang terdapat di kawasan landskap bagi membolehkan pelajar atau sesiapa sahaja mengetahui lebih dekat khasiat atau kebaikan sesuatu tanaman.

Kesungguhan meletakkan nama sains dan tradisional pada tumbuhan yang terdapat di situ membuktikan pihak berkenaan amat menitikberatkan projek ini tidak terbiar.

Idea menarik itu lebih bermakna dan perlu dicontohi oleh semua pihak apabila pengurusan skolah ini akan menjadikan tanaman kobis sebagai hadiah kepada tetamu rasmi yang berkunjung ke sekolah ini.

''Kami jadikan kubis sebagai ole-ole untuk dibawa pulang oleh setiap pelawat rasmi yang hadir ke sekolah ini," kata Zahara.

Bagi guru sains pertanian dan aliran MPV-Lanskap, Zunaizah Ahmad untuk melaksanakan sudut kebun dapur itu memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama semua pihak.

''Kaedah yang kami gunakan sesiapa sahaja warga SMK Chepir yang mendapat tumbuhan baharu akan dibawa balik ke sini untuk ditanam atau dicambah, supaya diperbanyakkan variasinya," ujarnya.

Guru Kanan Teknik dan Vokasional, Nor Zaidi Nordin pula berkata, dengan adanya taman atau kebun dapur ini menjadikan pelajar lebih banyak mengetahui tanaman yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Katanya, kesedaran sudah mulai timbul di kalangan pelajar yang sudah bersedia dan mengambil peluang belajar.

Kini sudut taman dapur ini telah menjadi satu mercu atau sudut pandang utama oleh setiap pelawat yang hadir ke SMK Chepir.

Penat lelah menghasilkan idea terbaik ini mencetuskan satu perasaan sayang pelajar kepada suasana sekolah yang damai dan cantik.

Sekalipun kedudukan sekolah ini agak jauh dari pusat bandar namun sikap terpuji ini wajar diberikan tahniah buat semua warga SMK Chepir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ternak burung unta lumayan

Posted:

Ternak burung unta lumayan

Ternak burung unta lumayan

BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang.

Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi.

Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu.

Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang.

Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri.

Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara.

Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama.

Baka burung unta

Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn.

Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia.

Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.

Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan.

Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha.

Sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks.

Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah.

Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit.

Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.

Sifat burung unta

Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia.

Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan.

Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari.

Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Pembiakan

Pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.

Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan.

Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun.

Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman, tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari.

Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai.

Pengurusan

Pengurusan bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas.

Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar).

Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta.

Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan.

Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust.

Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana.

Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi.

Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut.

Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka.

Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna.

Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka.

Kawalan dan Kesihatan

Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh.

Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini.

Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung.

Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 08 May 2011 01:25 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Jatuh bangun usahawan roti

Posted:

Jatuh bangun usahawan roti

Jatuh bangun usahawan roti

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


Wan Khadijah Othman menunjukkan aneka roti dan kek keluaran syarikatnya.


TIDAK pernah terlintas di fikirannya untuk terlibat dalam dunia perniagaan. Tambahan pula, di kalangan ahli keluarga tiada seorang pun memilih menceburi bidang itu.

Namun, bagi Wan Khadijah Othman, 39, penglibatan dalam perusahaan membuat roti berlaku secara kebetulan.

Segalanya bermula ketika dia menemani seorang rakan mendaftar kursus perniagaan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu.

''Waktu itu, salah seorang pegawai Mara yang bertugas meminta saya turut menyertai kursus berkenaan.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju.

''Kursus jangka panjang yang dikenali sebagai Latihan Pembentukan Usahawan Mara itu dijalankan selama enam bulan.

''Sejak menyertainya, saya mula membuka mata dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan,'' katanya yang pernah bertugas di salah sebuah bank sebelum terlibat secara serius dalam dunia perniagaan.

Setelah tamat kursus, Wan Khadijah cuba mencari peluang-peluang perniagaan yang sesuai untuk diceburi.

Tahun 2002 menyaksikan dia mula membuat penyelidikan tentang potensi dan kelebihan berniaga roti.

''Saya memilih perusahaan roti kerana tidak ramai pengusaha bumiputera terutama orang Melayu terlibat dalam perniagaan ini.

''Saya memang tiada ilmu langsung mengenainya. Jadi, sebelum memulakan perniagaan ini, saya banyak membuat kajian mengenai peluang pasaran selain mengambil tahu apa yang pelanggan mahu.

''Melalui pinjaman modal daripada Mara bernilai RM40,000, saya memulakan perniagaan membuat roti secara kecil-kecilan di rumah,'' jelasnya ketika ditemui di kilangnya di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Bukan setakat itu, dia turut mengambil bekalan roti sejuk beku daripada beberapa syarikat lain sebelum membakar dan menjualnya semula.

Bagi melancarkan urusan perniagaannya, dia menyewa sebuah kedai kecil di Kota Damansara dengan kos RM600 sebulan.

''Untuk tempoh lapan bulan pertama, saya terpaksa menanggung kerugian kerana ketika itu saya belum begitu mahir dengan operasi pengiraan kos selain tidak memahami saiz pasaran dan kehendak pengguna.

''Selepas lebih kurang setahun, perjalanan perniagaan semakin stabil dan saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kilang kecil di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

''Rezeki saya bertambah murah apabila mendapat tender membekalkan roti kepada Kelab Diraja Selangor di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan kafe di Universiti Malaya (UM),'' jelas ibu kepada dua orang anak itu.

Usaha Wan Khadijah tidak terhenti setakat itu, dia turut memasarkan produk roti buatannya di pasar malam berhampiran dengan pendapatan antara RM250 hingga RM350 sehari.

''Pengalaman berniaga di pasar malam banyak mengajar saya tentang ilmu perniagaan daripada segi kekuatan semangat dan keazaman,'' katanya.

Dia kemudian mendaftarkan perniagaannya di bawah syarikat Lovely Cake Enterprise pada 2002 sebelum ditukar kepada Tanjung Cindai Sdn. Bhd. setahun kemudian.

Kesemua produk kek dan rotinya pula dikeluarkan menerusi penjenamaan Wan Bakers.

Walaupun perniagaanya telah stabil ketika itu, dia yang berperanan sebagai Pengarah Urusan masih terus mempelajari teknik pemasaran dan promosi syarikat.

Dalam usaha memperluaskan perniagaannya pula, dia telah menjual kesemua mesin pembuat roti bersaiz kecil yang terdapat di kilangnya.

Tujuannya untuk menampung deposit pembelian bangunan kilang lebih besar dan dijadikan modal membeli mesin lebih canggih.

Menurut Wan Khadijah lagi, kilangnya kini mempunyai lebih 15 mesin sokongan operasi pembuatan pelbagai jenis roti.

Beberapa tahun selepas itu, dia telah membuat pinjaman modal sebanyak dua kali daripada pihak Agrobank dengan nilai RM20,000 setiap satu.

Dana yang diperoleh menerusi skim Pinjaman Mikro Modal Usahawan Tani (MUST), Agrobank digunakan untuk memperbesarkan operasi kilangnya.

''Selain kilang di Industri Jaya Sungai Buloh ini, kita turut mempunyai sebuah lagi kilang membuat roti di Batu Caves, Selangor,'' katanya yang mempunyai 23 orang kakitangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hasilkan lebih 20 jenis roti

Posted:

Hasilkan lebih 20 jenis roti

Hasilkan lebih 20 jenis roti

SETAKAT ini, jenama Wan Bakers telah mempunyai lebih daripada 20 jenis produk roti dan kek.

Ia termasuk roti sandwich, roti wholemeal, ban kaya, sardin, bilis, kacang, krim, roti burger, roti hotdog, kek pisang, kek mable, kek krim dan mufin.

Menurut Pengarah Urusan Tanjung Cindai Sdn. Bhd., Wan Khadijah Othman, setiap hari kilangnya menghasilkan pengeluaran maksimum untuk beberapa jenis roti yang mendapat permintaan tinggi.

''Antaranya roti sandwich dikeluarkan 1,000 buku sehari, roti wholemeal 1,000 buku sehari, ban 7,000 hingga 8,000 biji sehari dan 7,000 biji kek sehari.

''Kesemua roti dan kek ini dijual dalam lingkungan harga RM0.50 hingga RM2.10,'' jelasnya yang memperolehi keuntungan sekitar RM150,000 sebulan.

Daripada segi pasaran, produk rotinya telah diedarkan ke beberapa kem-kem askar di Negeri Sembilan dan Selangor serta hospital-hospital di daerah Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Di samping itu, roti-roti keluarannya turut dihantar ke sekolah-sekolah berasrama penuh, kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Penjara dan Pusat Serenti.

Bercerita mengenai resipi pembuatan roti, ramuannya telah dicipta dan dihasilkan sendiri menggunakan bahan mentah tempatan yang mudah diperolehi.

''Saya tidak menghadiri mana-mana kelas pembuatan roti. Untuk resipi roti-roti ini, ia dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan yang saya jalankan sendiri,'' katanya yang merancang memperluas pasaran produknya ke pasar raya besar tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

Posted: 08 May 2011 11:43 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Busana khas untuk menyusu

Posted:

Busana khas untuk menyusu

Busana khas untuk menyusu

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my



MEMILIKI hobi mengambil gambar ketika menyusukan anaknya dan memuat naik gambar tersebut ke laman Twitter, Wan Edrynas Wan Mokhtar atau Dynas menjadikan pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukanlah lagi sesuatu yang tabu atau memalukan.

Bagi mereka yang tidak melihat gambar-gambar Dynas dan anaknya Khyra di Twitter secara teliti, barangkali mereka menganggap Dynas sekadar memangku anaknya yang sedang tidur. Ini kerana, inovasi fesyen telah memudahkan tugas Dynas sebagai ibu kepada Khyra Khalyssa Mohd. Hafizy.

Si kecil yang baru menginjak usia setahun itu kini dapat menyusu secara eksklusif di mana-mana sahaja termasuk di tempat awam. Menurut Dynas, ramai teman-temannya tidak sedar dia sedang menyusukan Khyra kerana kelebihan rangkaian busana rekaannya.

"Selepas ini, Dynas harap ramai ibu-ibu di luar sana dapat memiliki pengalaman menyeronokan seperti Dynas yang dapat menyusukan Khyra secara eksklusif tetapi dalam masa sama masih dapat berfesyen untuk semua jenis acara," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Dynas kini sedang sibuk dengan persediaan pembukaan butik Dynas Nursing Attire atau DNA yang akan dibuka minggu ini di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Dynas memberitahu, beliau teruja dengan pembukaan butik DNA tersebut kerana ia adalah sentuhan cita rasa fesyennya sendiri.

"Dynas memang amat mementingkan fesyen. Sebelum bergelar ibu lagi sehinggalah selepas melahirkan Khyra, Dynas suka tampil bergaya dengan dres yang menyerlahkan sisi feminin.

"Bezanya kini, Dynas lebih selesa memilih pakaian yang lebih sopan untuk kegunaan harian seperti blaus berlengan dan skirt yang menutup lutut, busana berciri klasik, kasual atau sekadar berkemeja," katanya.


SEBAGAI wanita yang sensitif dengan aliran fesyen, Dynas sentiasa menitikberat soal penampilannya.


Justeru, untuk rekaan busana DNA, Dynas memastikan ia boleh dipakai oleh semua golongan wanita termasuk mereka yang bertudung.

"Rangkaian busana yang Dynas tampilkan bukan sahaja sesuai untuk digayakan ketika mengandung malah, selepas melahirkan anak ia masih boleh dipakai tetapi perlu dipadankan dengan tali pinggang atau mengikut kreativiti masing-masing.

"Kesemua rekaan boleh disuai padankan atau mix and match. Baju kurung moden yang Dynas reka untuk butik DNA juga boleh dipakai tanpa kainnya bagi mereka yang tidak bertudung. Ia ajkan menjadi sehelai dres yang cantik," katanya.

Rekaan ibu anak

Sempena hari ibu yang disambut seluruh dunia pada 8 Mei, Dynas juga teruja meraikannya bersama Khyra dan suami, Mohd. Hafizy Hafiz.

Jelas Dynas, sempena hari bermakna itu, dia membuat empat rekaan sedondon ibu dan anak bagi melengkapi 30 koleksi DNA yang lain.

"Kini ibu dan anak boleh tampil sedondon dengan rekaan yang bergaya dan fabrik yang selesa untuk ibu dan anak. Idea ini timbul kerana Dynas tidak mahu membazirkan kain lebihan yang digunakan untuk membuat baju ibu.

"Bukan itu sahaja, DNA akan tampil dengan pam payu dara dan beg kulit yang bergaya untuk menyimpan pam dan susu bagi ibu-ibu yang bekerja yang mahu menyusukan anak-anak mereka secara eksklusif," katanya.


DYNAS selesa menyusukan Khyra walaupun di tempat awam dengan baju yang mesra untuk menyusukan bayi.


Menurut Dynas, semua idea mewujudkan DNA adalah bermula daripada keperluan peribadinya sendiri. Dia tidak mahu mengabaikan hobi berfesyen apabila bergelar ibu dan mahu menyusukan anaknya secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan.

"Dahulu sukar untuk Dynas mendapatkan baju mengandung dan menyusukan anak yang moden. Tetapi dengan wujudnya DNA, Dynas dapat berkongsi hobi berfesyen walaupun sedang menyusukan anak.

"Dynas juga masih lagi menyusukan Khyra secara eksklusif walaupun dia sudah berusia setahun. Dynas juga mahu menggalakkan ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan," katanya yang mahu menyusukan Khyra sehingga dia berusia dua tahun.

Bercerita lanjut tentang koleksi DNA, Dynas memberitahu walaupun amat mementingkan fesyen, dia tidak mengabaikan pemilihan fabrik dan perincian bagi memberi keselesaan kepada ibu dan anak.

"Sekiranya seseorang ibu tidak selesa dengan pakaian mereka, ia akan membuat mereka tertekan. Perasaan itu akan membuatkan mereka sukar menghasilkan susu badan yang banyak.

"Begitu juga bagi koleksi ibu dan anak. Walaupun Dynas mahu tampilkan pakaian anak yang bergaya tetapi keselesaan si kecil tetap menjadi keutamaan.


DYNAS yang obses dengan haruman pernah menjadi Duta Pesta dan Anugerah Wangian SaSa 2008.


"Perincian manik untuk pakaian ibu juga Dynas pastikan ia tidak tajam bagi mengelakkan kecederaan kepada bayi ketika menyusu," katanya yang gemar menggunakan perincian mutiara yang lebih selamat atau manik berbentuk rata.

Tambahnya, bagi Khyra, dia memilih apa sahaja pakaian bayi yang nampak comel tetapi, selesa untuk dipakai.

"Walaupun sesetengah pakaian bayi amat cantik, sekiranya fabriknya tidak selesa saya tidak akan pakaikan kepada Khyra. Saya memastikan pakaian yang dipilih selesa, tidak panas serta tidak mempunyai perincian yang boleh mencederakan," katanya.

Tambah jelitawan itu, walaupun terdapat banyak pilihan pakaian ibu mengandung di pasaran, dia mahu ibu-ibu berpeluang tampil bergaya dengan busana yang membolehkan mereka menyusukan anak dengan mudah di tempat awam.

Contohnya ada busana DNA yang didatangkan dengan zip atau butang pada bahagian dada untuk memudahkan bayi menyusu.

"Testimonial saya adalah dalam kalangan rakan-rakan saya sendiri. Teman baik saya, Aishah Sinclair turut menggunakan koleksi DNA dan teman baik saya, Sazzy Falak turut sama merasai pengalaman menjadi ibu yang menyeronokan lebih-lebih lagi dia memiliki anak kembar," ujarnya teruja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nuansa fesyendua gedung fabrik

Posted:

Nuansa fesyendua gedung fabrik

Nuansa fesyendua gedung fabrik


KEMEJA dengan cetakan batik merupakan pilihan gaya yang tidak ditelan masa.


GEDUNG fabrik terkemuka tempatan Euro Moda dan Gulati's sentiasa menampilkan koleksi fabrik menawan dan terbaru untuk dimiliki oleh semua peringkat umur dan masyarakat. Kesanggupan merantau ke beberapa buah negara semata-mata untuk mendapatkan rekaan kain yang terbaik buat masyarakat tempatan ternyata berbaloi.

Bayangkan dalam tempoh lebih sedekad Euro Moda dan Gulati's masih terus bertahan dan melebarkan empayar meskipun terpaksa bersaing dengan gedung fabrik tempatan yang lain. Namun, situasi berkenaan sedikitpun tidak menjejaskan objektif jenama itu untuk menampilkan variasi fabrik buat pengguna.

Selain menawarkan fabrik sifon, sutera dan organza, butik Euro Moda dan Gulati's yang berdiri gah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur itu turut menyediakan kain kapas, renda serta Batik 1Malaysia.


BUSANA daripada fabrik sifon dan sutera sesuai untuk wanita yang ingin tampil lebih feminin dan anggun.


Sehubungan itu sebagai langkah mempromosi keistimewaan fabrik yang terdapat di Euro Moda dan Gulati's, maka jenama berkenaan mengambil kesempatan menganjurkan pertunjukan fesyen pada Majlis Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza 2011.

Acara yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur itu memberi peluang kepada para tetamu menyaksikan seleksi busana yang direka menggunakan fabrik koleksi Euro Moda dan Gulati's.

Pertunjukan fesyen yang terbahagi pada tiga segmen itu bukan sekadar mempamerkan fabrik terkini malah, secara tidak langsung mendedahkan kepada para tetamu bahawa fabrik Euro Moda dan Gulati's ideal dijadikan pelbagai konsep busana.

Pada segmen pertama barisan model mengatur langkah sambil memperaga busana yang diperbuat daripada fabrik sifon Perancis eksklusif hasil kreativiti Zuhair Murad dan Ellie Saab.


CETAKAN huruf pada bahagian bawah gaun menonjolkan elemen funky dan chic.


Ini diikuti pula dengan pakaian sedia pakai yang menggunakan fabrik daripada jenama terkemuka seperti Gianni Versace dan Valentino. Dalam segmen tersebut Euro Moda dan Gulati's menonjolkan konsep suai padan antara jaket, kemeja, blaus dan seluar yang berasaskan fabrik pelbagai warna, corak dan material. Koleksi berkenaan sesuai digayakan ke pejabat atau pun majlis korporat.

Dari segi permainan warna, nampaknya Euro Moda dan Gulati's cenderung menggunakan palet warna terang dan kontra. Barangkali ingin menunjukkan kepada para setiausaha yang hadir pada acara itu bahawa pakaian ke pejabat tidak semestinya berona gelap seperti hitam, kelabu atau coklat.

Tidak salah sekiranya sesekali para setiausaha hadir ke pejabat dengan pakaian warna terang dan ceria. Selain busana wanita, Euro Moda dan Gulati's turut menghasilkan tuksedo buat sang jejaka menggunakan fabrik tafeta Itali.

Dalam pada itu, pada pertunjukan tersebut koleksi jubah moden, gaun meleret dan baju tradisonal turut membaluti tubuh para model.

Menariknya tentang himpunan busana berkenaan ia tidak dihasilkan daripada sejenis fabrik saja sebaliknya, Euro Moda dan Gulati's bijak bereksperimen dengan menggabungkan dua hingga tiga jenis fabrik pada sehelai busana. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pop stail kontra

Posted:

Pop stail kontra

Pop stail kontra

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


PADANAN top hijau dengan skirt paras lutut yang kontra menampilkan kelainan kepada si pemakainya.


KOMBINASI baju-T nuansa hijau bersama skirt pendek kembang warna biru terang sudah cukup membuatkan segelintir wanita ragu-ragu untuk menggayakannya. Apatah lagi penampilan berkenaan dipadankan dengan sepasang sepatu rona biru dan anting-anting warna hijau pucuk pisang.

"Ironinya, bukan semua wanita sanggup mengunjungi pusat beli-belah atau bersantai bersama teman di kafe dalam persalinan busana warna terang dan kontra. Mereka menyifatkan warna pakaian sebegini menyebabkan penampilan kelihatan seperti badut atau dilabel individu yang kurang bijak dalam bab berfesyen.

"Persepsi ini seharusnya tidak membelenggu wanita zaman moden yang berpeluang bergaya dengan lambakan koleksi fesyen konsep unik, funky, chic dan ranggi. Sudah tiba masanya wanita menolak seketika item fesyen warna selamat seperti hitam, coklat atau biru gelap dan beralih pada warna kontra dan terang," jelas perunding imej bebas dan pemilik butik I Nee by Melson Collection, Melvin Ashley Shah.

Menyingkap fenomena stail padanan pakaian dan aksesori wanita warna kontra, Melvin yang merupakan graduan Diploma Seni dan Ukiran Tekstil di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), menyifatkan trend fesyen itu sudah mula popular sekitar tahun 1980-an. Bintang pop antarabangsa seperti Cyndi Lauper yang popular dengan lagu Time After Time dan Shila E antara selebriti yang berani tampil di atas pentas atau pun sesi fotografi dengan konsep fesyen berkenaan.


PADANKAN penampilan anda dengan seleksi aksesori yang berona terang.


Menyerlahkan karakter ceria

Tambah Melvin, pemilihan warna-warna kontra dalam penampilan seharian membantu menyuntik mood dan menyerlahkan karakter ceria kepada si pemakai. Sebab itu, jika diperhatikan sejak tiga tahun kebelakangan ini rumah fesyen antarabangsa mula cenderung pada stail suai dan padan pakaian warna-warna kontra.

"Sama ada di Paris atau New York, konsep fesyen warna kontra bukan saja membaluti tubuh langsing barisan model di atas pentas peraga malah, ia sudah dipraktikkan oleh wanita tempatan dalam pemakaian harian. Pakaian warna kontra kini dirasakan relevan dipakai ke pejabat, minum petang atau parti, asalkan wanita bijak memilih palet warna yang ideal," saran Melvin.

Tambah Melvin: "Bagi wanita yang masih segan untuk menyarungkan pakaian berwarna kontra, sebagai pemulaan padankan aksesori rona berbeza dengan warna baju yang digayakan. Contohnya, pilih beg tangan nuansa merah jambu atau ungu bersama pakaian berasaskan warna hitam.

"Ini termasuklah memakai aksesori seperti gelang tangan atau rantai yang berwarna-warni.

Sementara itu, jurusolek dan pegawai pemasaran alat solek 4U2 Cosmetics, Vie Xenddra, memberitahu konsep warna kontra tidak hanya tertumpu pada pakaian semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dipraktikkan pada teknik solekan wajah.


Produk kosmetik 4U2 Cosmetics sesuai untuk wanita yang inginkan solekan anggun dan versatil.


"Sekiranya bosan dengan pembayang mata warna coklat gelap atau hitam beralih pada penggunaan palet warna-warna yang terang dan ceria. Jika sebelum ini kelopak mata dirias pembayang mata satu warna saja maka kini semarakkan jendela mata dengan sapuan pembayang mata dua warna.

"Selain menggabungkan nuansa jingga dan merah jambu terang, wanita boleh memilih palet warna hijau dan kuning, ungu dan merah jambu atau biru gelap dan merah jambu," ulas Vie yang tidak menggalakkan wanita mengaplikasi solekan warna terang dan kontra pada setiap bahagian wajah.

"Jika kelopak mata sudah berwarna terang pastikan bahagian pipi dan bibir menggunakan warna lembut begitulah sebaliknya.

Sehubungan itu, bagi mendidik wanita agar mencuba solekan warna terang dan kontra maka koleksi mekap 4U2 Cosmetics antara pilihan yang sesuai.

Alat solek yang terdiri daripada pembayang mata, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir itu hadir dalam pelbagai warna terang dan ceria. Ia boleh didapati di semua farmasi Watsons di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM12.90 hingga RM59.90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 08 May 2011 09:21 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Tak serik main futsal

Posted:

Tak serik main futsal

Tak serik main futsal

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Solekan NURUL MOHTAR 010-4220499
nrstudiogallery.blogspot.com



SAMBIL menunjukkan kuku kakinya yang lebam akibat bermain futsal, gadis manis berwajah ayu ini tetap menggagahkan diri menjayakan sesi fotografi tengah hari itu. Mulanya dia agak kekok dan malu-malu. Namun lama kelamaan dengan bimbingan jurugambar FARIZWAN HASBULLAH bakatnya semakin menyerlah.

"Maaf ya kak, saya tak pandai nak beraksi depan kamera. Lagi pun kaki masih rasa sakit sebab ada darah beku di situ," ujarnya.

Nadhira Mustapha, 21, lebih mesra disapa Diera, walau kelihatan pemalu dan lemah lembut namun lasak orangnya. Gemar bermain futsal dan berjalan-jalan bersama teman, sesuai dengan jiwa mereka yang sebaya dengannya.

Bagi gadis berbintang Gemini ini, kesakitan akibat cedera ketika bermain futsal sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus meminati permainan itu. Aksi ligatnya di gelanggang juga memukau perhatian. Malah menurutnya, dia juga pernah menjaringkan gol ketika perlawanan.

"Setiap kali ada perlawanan futsal di kolej, saya pasti ikut. Kadang-kadang kalau tak ada perlawanan sekali pun, bila dah cukup korum kami tetap bermain untuk melepaskan gian," kata anak bongsu empat beradik itu.

Diera baru sahaja menamatkan diploma jurusan Pengajian Perniagaan di Kolej Politeknik Mara Bangi. Bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara September nanti, dia sangat berharap permohonannya akan diterima. Tambahan pula, dia ingin menambah ilmu sebanyak mungkin dalam bidang perniagaan sebelum cuba berdikari bagi merealisasikan impian sendiri.

Bercakap mengenai fesyen, gadis berasal dari Ampang ini sangat menyukai gaya kasual terutama seluar denim. Diera memiliki himpunan seluar jenis itu bagi dipadankan dengan pelbagai jenis baju dan jaket yang turut menjadi koleksi peribadi kesayangannya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List