gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 16 May 2011 07:37 AM PDT

Kosmo Online


Biasiswa pengajian di Komanwel

Posted:

Biasiswa pengajian di Komanwel

Biasiswa pengajian di Komanwel

16/05/2011 9:20pm

KUALA LUMPUR - Sejajar hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, Persatuan Komanwel Diraja (RCS) di sini melancarkan Yayasan Biasiswa dalam usaha mempopularkan negara sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran di kalangan negara Komanwel.

Pengasas Yayasan Biasiswa RCS Malaysia, Daud Ahmad berkata, sebanyak 12 universiti dan kolej swasta tempatan telah berikrar untuk menawarkan biasiswa bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana selain Doktor Falsafah dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, teknologi maklumat, hospitaliti, seni lukis dan seni reka, seni bina, kejuruteraan serta kejururawatan.

"Pada 2011 sahaja, Yayasan Biasiswa berjaya mengumpul kira-kira RM32 juta dana untuk ditawarkan kepada penuntut yang layak dari Malaysia dan negara Komanwel untuk mengikuti pengajian di sini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran yayasan itu hari ini oleh Puteri Sultan Perak Datuk Seri Raja Azureen Sultan Azlan Shah. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mandur maut disengat tebuan

Posted:

Mandur maut disengat tebuan

Mandur maut disengat tebuan

16/05/2011 9:17pm

DUNGUN - Seorang mandur ladang kelapa sawit milik Risda maut selepas disengat sekumpulan tebuan semasa sedang menunggang motosikal di Kampung Serdang, di sini pagi ini.

Mohd Taufiq Jusoh, 26, dari Kampung Batu 48, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Dungun di sini selepas sebahagian badan dan kepalanya disengat dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cederakan warga emas untuk samun RM2

Posted:

Cederakan warga emas untuk samun RM2

Cederakan warga emas untuk samun RM2

16/05/2011 7:29pm

SHAH ALAM – Seorang pemandu kereta tunda hari ini didakwa memukul seorang warga emas dengan sebatang besi dan topi keledar sehingga jari telunjuk kiri mangsa patah dalam satu kejadian samun membabitkan RM2 di Seksyen 27 di sini, dua tahun lepas.

S. Kumarvellan, 26, dari Seksyen 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap S. Arumugam, 62, bersama dua lagi yang masih bebas, di tepi Jalan Selayang 27/27A, Seksyen 27, kira-kira 6.40 pagi, 26 Julai 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen, Slamat Yahya membenarkan Kumarvellan, yang ditahan 6 Mei lepas, diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Beliau juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan.

Kumarvellan didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh didenda atau disebat jika sabit kesalahan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 16 May 2011 07:13 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Kontrak Mufti Perak disambung

Posted: 16 May 2011 04:45 AM PDT

POH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuatkuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.


"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan...saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pukul warga emas

Posted: 16 May 2011 04:43 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang pemandu kereta tunda hari ini didakwa memukul seorang warga emas dengan sebatang besi dan topi keledar sehingga jari telunjuk kiri mangsa patah dalam satu kejadian samun membabitkan RM2 di Seksyen 27 di sini, dua tahun lepas.

SHAH ALAM: Seorang pemandu kereta tunda hari ini didakwa memukul seorang warga emas dengan sebatang besi dan topi keledar sehingga jari telunjuk kiri mangsa patah dalam satu kejadian samun membabitkan RM2 di Seksyen 27 di sini, dua tahun lepas.


S.Kumarvellan, 26, dari Seksyen 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap S.Arumugam, 62, bersama dua lagi yang masih bebas, di tepi Jalan Selayang 27/27A, Seksyen 27, kira-kira 6.40 pagi, 26 Julai 2009. Hakim Mahkamah Sesyen Slamat Yahya membenarkan Kumarvellan, yang ditahan 6 Mei lepas, diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Beliau juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 16 May 2011 03:36 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Polis gagalkan cubaan sindiket seludup masuk dadah guna ubi kayu dan keledek

Posted: 16 May 2011 03:06 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Polis berjaya menggagalkan kegiatan satu sindiket jenayah yang cuba membawa masuk dadah ke dalam negara dengan cara menyembunyikannya di dalam ubi kayu dan ubi keledek, dalam dua rampasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini sejak dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik baru itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria, masing-masing pada Sabtu lalu dan pagi ini di KLIA, sebaik sahaja mereka tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria.

Beliau berkata, ketika ditahan kedua-dua lelaki yang berumur 31 dan 32 tahun itu didapati membawa dua beg, iaitu beg pakaian dan sebuah beg plastik bersaiz besar yang diisi dengan ubi kayu serta ubi keledek yang masih mempunyai kesan tanah. Katanya, selepas diperiksa beg plastik itu, ia didapati mengandungi beberapa ketul ubi kayu serta keledek dan apabila diteliti terdapat kesan potong serta cantuman menggunakan dawai pada bahagian ubi yang dibawa mereka.

"Selepas diperiksa kami menemui 11 bungkusan berisi dadah dipercayai syabu disembunyikan di dalam ubi kayu dan keledek yang dibuang isi dalamnya itu," katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini.

Nordin berkata, kesemua bungkusan dadah jenis syabu seberat 9.64 kilogram itu bernilai kira-kira RM2.41 juta.

"Kami percaya kedua-dua lelaki ini merupakan anggota sindiket yang sama berdasarkan modus operandi dan taktik yang digunakan. Ketika ditanya mengapa mereka bawa ubi kayu dan ubi keledek itu, mereka mendakwa ia dipesan oleh rakan yang tinggal di sini," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan rekod, suspek berumur 32 tahun yang ditahan Sabtu lalu datang ke Melaysia buat pertama kali, manakala bagi suspek kedua berumur 31 tahun yang ditahan kira-kira jam 7.30 pagi ini, ia adalah kunjungan kali kedua ke Malaysia.

Katanya, kedua-dua suspek bekerja di kedai menjual barangan aksesori motosikal di negara mereka.

Nordin berkata, mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengguna tinggalkan kediaman kurang setahun disaran buat potongan air sementara

Posted: 16 May 2011 03:00 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pengguna yang bercadang meninggalkan kediaman sehingga 12 bulan disaran membuat pemotongan bekalan air sementara bagi mengelak dikenakan caj penggunaan air berlebihan, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, jika tempoh itu lebih setahun, mereka disaran menutup akaun bekalan air.

Katanya, jika enggan berbuat demikian, pengguna tetap dikenakan caj bayaran minimum RM6 sebulan bagi pengguna domestik dan RM36 sebulan bagi pengguna industri walaupun kediaman ditinggalkan kosong. "Caj ini adalah caj tetap perkhidmatan, mula berkuatkuasa sejak 1 November 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, walaupun pengguna menjelaskan bil (caj bayaran minimum), mereka masih menerima bil melebihi caj minimum kerana berkemungkinan menghadapi masalah kebocoran saluran air dalaman atau masalah kecurian air.

"Menjadi tanggungjawab pengguna memastikan sistem perpaipan dalaman kediaman mereka bebas daripada kebocoran atau tidak menjadi sasaran kecurian air bagi mengelak caj yang melampau," katanya.

Dalam pada itu, pengguna yang gagal menyelesaikan bil dalam tempoh 30 hari akan diberi notis pemotongan berbentuk cop merah selama 14 hari. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 16 May 2011 03:28 AM PDT

Utusan Online - Utara


Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Posted:

Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 15 Mei - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini yang berusia lebih 65 tahun akan digantikan dengan muka-muka baru.

Sebaliknya Pengerusi Keda, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan kesemua JKKKP berusia 65 tahun yang layak berkhidmat masih menjalankan tanggungjawab mereka seperti biasa pada masa ini.

"Tiada berlaku penamatan tugas seperti yang didakwa itu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan Keda selaku agensi yang bertanggungjawab menyelia JKKKP di negeri ini akan menggantikan pemegang jawatan dan ahli JKKKP berusia lebih 65 tahun.

Dakwaan itu antara lain mengatakan seramai 700 orang JKKKP di Kedah akan terlibat dalam penggantian berkenaan.

Menurut Ahmad Bashah, JKKKP berusia lebih 65 tahun yang matang dan kaya dengan pengalaman diperlukan bagi menjaga dan memajukan kawasan mereka.

Katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka mempunyai pengaruh yang kuat serta dihormati dan ia boleh memberi sumbangan yang berkesan kepada kampung masing-masing.

Ahmad Bashah bagaimanapun menegaskan bahawa JKKKP yang gagal menjalankan tugas dengan berkesan akan diganti dengan orang lain seperti yang dimaklumkan beliau sebelum ini.

"Perkara ini saya sudah tegaskan berulang kali pada majlis perjumpaan dengan JKKKP iaitu sesiapa yang gagal menjalankan tugas dengan berkesan akan digantikan. Saya telah mengarahkan Keda memantau prestasi setiap JKKKP," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

Posted:

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

PARIT BUNTAR 15 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi mewujudkan Pusat Pembangunan Belia Perak yang beroperasi di Greentown, Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pusat berkenaan bertujuan memberikan latihan kemahiran di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini.

Menurut beliau, pusat itu merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberikan latihan kemahiran kepada generasi muda yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Katanya, kerajaan juga berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebagai pilihan utama pelajar sekolah seperti yang diamalkan oleh beberapa negara lain.

"Generasi muda sentiasa menjadi fokus dan keutamaan dalam merencanakan program pembangunan yang sesuai mengikut cita rasa dan kehendak semasa.

"Kementerian Belia dan Sukan juga telah mengadakan strategi yang komprehensif bagi merapatkan golongan belia dengan persatuan belia," katanya merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Dataran Sungai Kerian di sini.

Zambry berkata, fokus pembangunan belia negara pada masa kini adalah untuk menjadikan golongan tersebut sebagai ejen perubahan selaras program transformasi negara.

Katanya, belia adalah aset terpenting dalam sesebuah negara kerana jatuh bangun sesuatu bangsa bergantung kepada peranan belia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera

Posted:

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera


Che Harun Hussin (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Sabri Along di Kampung Senangit, RPS Kemar di Gerik, kelmarin.


GERIK 15 Mei - Sekeluarga tiga beranak nyaris cedera apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin di Kampung Senangit, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.

Mangsa, Sabri Along, 26, berkata, semasa kejadian pukul 3 petang itu, dia bersama isteri serta seorang anaknya sedang berehat di ruang tamu.

"Kejadian itu berlaku sekelip mata dan sedar-sedar sahaja, angin bertiup kencang dan menerbangkan keseluruhan bumbung rumah beratap zink.

"Mujurlah kami sempat menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini.

Selain kediaman Sabri, sebuah rumah di Kampung Leudaw yang terletak bersebelahan perkampungan tersebut, turut rosak akibat ditimpa sebatang pokok durian.

Kejadian malang yang menimpa Sabri sekeluarga itu mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat setempat yang melawat ke lokasi kejadian.

Ketua Zon UMNO RPS Kemar dan Banun, Che Harun Hussin telah menyerahkan sumbangan awal sejumlah wang tunai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit untuk menggantikan atap rumah tersebut.

Beliau menambah, bantuan itu sebagai tanda prihatin kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir terhadap masyarakat Orang Asli di sini.

Katanya, Menteri Besar dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shaarani Mohamed serta wakil rakyat kawasan ini, Datuk Hasbullah Osman tidak pernah mengabaikan masalah penduduk walaupun perkampungan itu terletak jauh di pedalaman.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan UMNO RPS Kemar, Aziz Asuh berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan bantuan kepada penduduk terlibat.

"Rata-rata penduduk berpendapatan rendah bersyukur kerana setiap kejadian mendapat perhatian Ketua Zon RPS dan Kemar.

"Apa yang pasti, kewujudan sebuah pencawang telekomunikasi di penempatan Orang Asli sejak beberapa bulan lalu, membantu mereka berhubung dengan pihak luar apabila berlaku sesuatu kejadian buruk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 16 May 2011 03:17 AM PDT

Utusan Online - Selatan


DUN belia, sekretariat tangkis fitnah

Posted:

DUN belia, sekretariat tangkis fitnah

DUN belia, sekretariat tangkis fitnah

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (barisan belakang tengah) bersama sebahagian Belia 4B Cawangan Kampung Uu Beting yang memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, semalam. – utusan/Abd Razak Aid


SEREMBAN 15 Mei – Pengwujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi belia serta sekretariat menangkis fitnah merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan suara belia di negeri ini dapat didengari.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan dua entiti itu dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik kerajaan dalam mendekati golongan berkenaan supaya segala permasalahan itu dapat dirungkai.

Justeru, katanya, bagi penubuhan DUN belia, semua belia pelbagai lapisan akan dilibatkan dalam membangkitkan apa juga isu yang dihadapi oleh mereka supaya kelonggaran yang dihadapi oleh kerajaan serta golongan itu dapat diberikan perhatian.

''Kita mahu melihat pemikiran matang, kritis dan praktikal lahir dari minda belia untuk dilontarkan secara terus kepada kerajaan supaya jurang kerajaan dan golongan ini dapat dirapatkan.

''Mengenai soal sekretariat menangkis fitnah ini, kita mahu supaya belia diberikan penerangan melalui media baru yang akan berperanan untuk menjelaskan isu secara berkesan," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Belia Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Baharudin Jali.

Dalam pada itu, Mohamad juga mahu supaya gerak kerja belia tidak seharusnya bercorak konvensional, sebaliknya perlu mendepani apa juga isu, penyelesaian krisis dan paling utama menyuarakan pendapat untuk membangunkan masyarakat.

Jelasnya lapan 'sentuhan' digariskan buat generasi belia di negeri ini supaya ia dijadikan sebagai petunjuk dalam menggerakkan agenda belia demi kecemerlangan agama, bangsa dan negara.

Katanya, garis panduan itu meliputi penekanan aspek pemikiran baru, kedaulatan diri untuk bergerak secara bebas tanpa pengaruh, menjadi seorang pemimpin ukuran kepada masyarakat selain fikirkan belia untuk diperkasakan kegiatannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia perlu dialog bersama pemimpin negara

Posted:

Belia perlu dialog bersama pemimpin negara

Belia perlu dialog bersama pemimpin negara

ALOR GAJAH 15 Mei — Golongan belia perlu diberikan lebih banyak ruang untuk berdialog dengan pemimpin negara sebagai langkah memperkasa golongan itu bagi menyumbang kepada masa depan tanah air.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, melalui langkah itu, kerajaan juga boleh memahami dengan lebih tepat keperluan serta kemahuan belia bagi memastikan mereka sentiasa maju."Kerajaan kini bersedia menjadi pendengar yang baik dan mempunyai empati terhadap sudut pandangan belia sendiri," katanya dalam teks ucapan sempena Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2011 di Dataran Keris hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri Datuk Gan Tian Loo.Mohd Ali berkata, pada waktu yang sama, menerusi sesi dialog berkenaan, golongan belia dapat memahami dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan.Beliau berkata, golongan itu juga perlu mempersiapkan diri bagi merealisasi Model Baru Ekonomi yang ingin melihat rakyat di negara ini berpendapatan tinggi dengan menggarap ilmu serta kemahiran secukupnya dalam kehidupan mereka.Mohd Ali juga berkata, persatuan belia serta agensi kerajaan harus berusaha menarik lebih ramai anggota di kalangan generasi muda ini, dan media alternatif seperti Internet perlu dimanfaatkan untuk menawan hati mereka.

Bercakap kepada pemberita, Gan berkata kerajaan berusaha keras bagi membanteras gejala sosial di kalangan remaja, dan bagi tujuan itu, Jelajah 1Malaysia Kami Prihatin dilancarkan, iaitu sebahagian daripada program Rakan Muda.Beliau berkata, program itu, yang melibatkan penjelajahan lebih 200 motosikal berkuasa tinggi ke seluruh negara mulai esok sebelum berakhir 22 Mei ini, turut disertai selebriti terkenal Linda Onn dan Fauziah Latiff."Pada program ini, peserta akan mengedarkan pamplet mengenai pembuangan bayi dan gejala sosial, mengadakan ceramah ringkas serta sesi hati ke hati dengan golongan belia untuk memastikan golongan itu bebas daripada masalah sosial," katanya.Melaka dipilih sebagai tuan rumah program berkenaan. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Sayang Wanita UMNO berkesan

Posted:

Skuad Sayang Wanita UMNO berkesan

Skuad Sayang Wanita UMNO berkesan

SEREMBAN 15 Mei - Skuad Sayang yang digerakkan oleh Pergerakan Wanita UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang bertujuan mendampingi rakyat telah menampakkan kesan yang besar, terutamanya di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia terbukti apabila skuad itu ada di mana-mana menyumbangkan khidmat bakti kepada rakyat, terutamanya apabila berlaku bencana seperti banjir yang melanda negeri ini pada awal tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, rakyat sudah mula nampak dan kenal identiti skuad itu yang sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan di pelbagai peringkat dalam masyarakat.

"Skuad Sayang telah berjaya meninggalkan kesan di hati rakyat di merata pelosok negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan weskot Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Sembilan di sini kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Datuk Norhayati Omar dan isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Pada majlis itu, Mohamad menyerahkan 8,000 helai 'weskot' Skuad Sayang kepada kesemua lapan bahagian Wanita UMNO di negeri ini yang disumbangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sementara itu, Shahrizat dalam ucapannya pada majlis itu, menggesa lebih 55,000 ahli pergerakan berkenaan di negeri ini berusaha memenangi hati rakyat melalui kerja-kerja kebajikan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, dua program teras yang boleh dilaksanakan adalah mengunjungi surau dan masjid serta menziarahi orang sakit serta memenuhi undangan kenduri.

"Wanita tidak perlu bimbang dengan sebarang pandangan yang negatif terhadap mereka kerana apa yang penting ialah kita ikhlas dalam menjayakan usaha-usaha itu.

"Malah berilah senyuman yang manis ketika melakukan kerja-kerja kebajikan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 16 May 2011 03:11 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Langgar, pukul, larikan kereta

Posted: 15 May 2011 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga menerima lapan jahitan di dagu serta patah gigi selepas mendakwa dipukul seorang lelaki di Kawasan Perindustrian Kinrara, Bukit Jalil, dekat sini, sebelum melarikan kereta Toyota Camry miliknya menyebabkan kerugian kira-kira RM145,000, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Lee Chin Yap, 40, keluar dari rumah menuju ke tempat kerja sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah Perodua Myvi menyebabkan mangsa terkejut lalu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


Menurutnya, dia keluar dari kereta untuk melihat keadaan belakang kenderaannya yang kemek.

"Ketika itu, saya lihat Perodua Myvi itu turut berhenti di tepi jalan sebelum seorang lelaki keluar dan menuju ke arah saya.


"Pada mulanya, saya menyangkakan kejadian ini tidak disengajakan dan menuntut lelaki terbabit membayar ganti rugi.


"Bagaimanapun, lelaki itu memberitahu ia hanya perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan," katanya.

Katanya, penjelasan lelaki terbabit sukar diterimanya menyebabkan dia sekali lagi meminta bayaran ganti rugi.


"Namun, dia tetap tidak mahu membayar, sebaliknya seorang lagi rakannya keluar dari kereta dan menuju ke arah saya sebelum terus menolak menyebabkan saya terjatuh.

"Belum sempat saya bangun, lelaki terbabit menendang muka saya menyebabkan dagu cedera dan gigi patah," katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit terus memaki hamun mengatakan perkara sekecil itu pun mahu diperbesarkan sedangkan kereta itu hanya mengalami kerosakan kecil.


"Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terbaring menahan kesakitan sambil melihat rakan lelaki itu masuk dalam kereta saya dan terus memecut laju melarikan kereta berkenaan.


"Lelaki yang memukul saya kemudian beradar dengan Perodua Myvi itu sebelum terus beredar meninggalkan saya di tepi jalan," katanya.


Katanya, mujur ketika kejadian, sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan membantu membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.


"Selepas menerima rawatan, saya kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Sungai Besi.


"Saya kerugian kira-kira RM145,000 selepas kereta bersama barangan berharga dilarikan suspek," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Saya diugut bunuh’

Posted: 15 May 2011 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin sebuah parti politik mendakwa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dipercayai dilakukan seorang lelaki selepas mempersoalkan kepemimpinan lelaki berkenaan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Kejadian berlaku selepas mangsa, G Kalaicelvan (gambar) yang juga Ketua MIC Cawangan Kampung Meru, Klang, mempersoalkan kepemimpinan lelaki itu melalui laman sosial, Twitter hingga menaikkan kemarahan individu berkenaan.


Menurutnya, ugutan itu dibuat melalui panggilan telefon dan SMS, kelmarin selain panggilan telefon 20 kali yang enggan dijawabnya, Rabu lalu.

Menurutnya, selepas menerima ugutan itu, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Klang, masing-masing Rabu lalu dan kelmarin untuk melindungi diri dan keluarganya.


"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat perkara itu kerana membabitkan nyawa dan keluarga.


"Kami kini dalam ketakutan selepas diganggu tanpa henti," katanya yang sudah menghantar bukti ugutan itu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai tindakan individu berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 16 May 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Qatar tawarkan RM434 bilion

Posted:

Qatar tawarkan RM434 bilion

Qatar tawarkan RM434 bilion

Oleh Zulkiflee Bakar


Najib Tun Razak memberi penerangan mengenai senarai usahawan Malaysia yang terkandung dalam buku yang diserahkan kepada Emir Qatar, Sheikh Hamad Khaliffa Al-Thani di Emri Diwan, Doha, semalam. Turut sama, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Al-Thani (kanan). Najib mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Qatar. – BERNAMA


DOHA 15 Mei – Kerajaan Qatar membuka peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek infrastruktur bernilai lebih RM434 bilion yang kini sedang rancak dilaksanakan oleh negara tersebut.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru syarikat-syarikat Malaysia merebut peluang pembangunan tersebut memandangkan Qatar kini dalam persiapan menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.

Pendirian kerajaan Qatar yang mengalu-alukan penyertaan syarikat Malaysia itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani dalam pertemuan dengan Najib hari ini.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi dua hari ke Qatar di sini, Najib berkata, pada masa ini terdapat beberapa syarikat Malaysia yang berjaya memenangi bida antarabangsa seperti membina bangunan kerajaan dan lapangan terbang antarabangsa Doha.

''Saya telah menyatakan bahawa syarikat Malaysia bersedia mengambil bahagian dalam pelbagai projek infrastruktur yang akan dilakukan oleh Qatar dan pada prinsipnya mereka mengalu-alukan penyertaan tersebut dengan syarat tawaran oleh syarikat Malaysia adalah kompetitif," katanya.

Beliau berkata, salah satu projek gergasi di Doha ialah projek 'The Heart Of Doha'' membabitkan 100 bangunan dan pembinaan stadium dan kompleks sukan.

''Ini juga salah satu projek yang boleh disertai oleh syarikat Malaysia dan pada masa ini nilai projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat dari negara kita di Qatar ialah RM21.7 bilion," katanya.

Selain itu, kata Perdana Menteri, secara khusus beliau juga membincangkan perkembangan dalam bidang petroleum di mana Petronas dilihat sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang berjaya menjadi pemain global dalam bidang minyak dan gas.

''Ini membuka peluang kepada Petronas untuk berbincang sama ada mereka boleh memperolehi sumber gas dan petroleum dari Qatar dan juga sama ada Petronas dan syarikat petroleum Qatar bekerjasama di negara-negara ketiga atau pun mereka boleh mengambil bahagian terutama sekali dalam industri hiliran minyak dan gas di negara kita," katanya.

Najib berkata, dalam perbincangan tersebut juga ia menyentuh mengenai peluang Qatar melabur di Malaysia dan pada masa ini mereka terlibat dalam projek seperti pembangunan pusat beli-belah Pavillion di Kuala Lumpur di mana 49 peratus projek berkenaan milik Lembaga Pelaburan Qatar.

''Selain itu, syarikat Qatar juga menandatangani memorandum persefahaman dengan 1MDB bagi membangunkan tanah di Sungai Besi.

''Mereka telah sediakan peruntukan sebanyak RM15.5 bilion bagi tujuan berkenaan namun ia belum dapat dilaksanakan kerana masalah tanah memandangkan urusan pemindahan melibatkan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka selesai pertengahan tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Mizan hadiri taklimat pembangunan

Posted:

Tuanku Mizan hadiri taklimat pembangunan

Tuanku Mizan hadiri taklimat pembangunan


Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) menerima taklimat daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bashiruddin Abdul Jamil di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam. - BERNAMA


ALOR SETAR 15 Mei - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Negeri Kedah, yang merupakan sebahagian daripada program sempena lawatan tiga hari baginda ke negeri ini.

Keberangkatan tiba baginda di Wisma Darul Aman di sini disambut Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Baginda kemudiannya melihat pameran pembangunan negeri sebelum mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir di bilik gerakan, yang antara lain menyentuh visi pembangunan negeri untuk mewujudkan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'.

Tuanku Mizan juga dimaklumkan mengenai misi Kedah yang mahu menjadi destinasi pelaburan dan hub pengeluaran makanan di Malaysia, selain pencapaian ekonomi negeri.

Terdahulu, Azizan dalam ucapannya, berkata lawatan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memberi gambaran jelas mengenai hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep demokrasi berparlimen.

"Sebanyak 10 acara rasmi telah disusun bagi menjayakan lawatan rasmi ini.

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat di negeri ini," katanya.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba di sini kelmarin dan dijadual berangkat pulang petang ini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia bersama bina negara

Posted:

Belia bersama bina negara

Belia bersama bina negara

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian daripada para belia yang hadir pada Pelancaran Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2011 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 15 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh golongan belia untuk bersama-sama kerajaan menjadi rakan kongsi dalam pembinaan negara.

Sambil menyifatkan hubungan kerajaan dan golongan belia ibarat aur dan tebing, Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak juga perlu saling membantu dan berganding bahu untuk mara sebagai sebuah pasukan.

"Bersama-sama, kita membawa negara ke era yang lebih gemilang," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran sambutan Hari Belia Negara Peringkat kebangsaan 2011 di bukit Bintang, di sini malam ini.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya, Datuk Razali Ibrahim.

Selaras dengan hasrat itu juga, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mendekati dan mendengar pandangan golongan belia kerana adanya potensi untuk mendapatkan idea-idea baru yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan negara.

Tambah beliau, dalam hubungan yang konstruktif itu, kerajaan berharap golongan belia juga bersedia memberi pandangan yang membina sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

"Walaupun golongan belia kebiasaannya mempunyai pandangan yang agak kritis dalam membicarakan isu-isu semasa, namun jika ia diajukan secara konstruktif, kita akan dapat melihat sesuatu isu itu daripada perspektif berbeza.

"Mungkin lebih baik daripada pandangan yang biasa kita dengar," ujarnya.

Muhyiddin berkata, dalam usaha bersama-sama memacu kemajuan negara, adalah sangat mustahak untuk golongan belia meningkatkan kecemerlangan diri.

Justeru tambah beliau, golongan belia perlu menggembleng usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merupakan dua senjata utama ke arah kecemerlangan diri.

"Dengan adanya iltizam di kalangan para belia untuk mengamalkan budaya kecemerlangan, saya pasti hasrat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, seterusnya mencapai status negara maju berjaya dicapai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 16 May 2011 02:30 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Dulu air bukit, kini tadah hujan

Posted: 15 May 2011 03:59 PM PDT

Wilayah

ABDULLAH di sisi kolah yang menakung  air hujan di rumahnya di Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor, Kuala Krai.

ABDULLAH di sisi kolah yang menakung air hujan di rumahnya di Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor, Kuala Krai.

23 tahun penduduk Jeram Panjang, Sungai Sam Luar tagih bekalan bersih

KUALA KRAI: Selama 23 tahun penduduk Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor di sini, terpaksa menggunakan tadahan air bukit bagi keperluan seharian berikutan tiadanya bekalan air bersih ke kampung itu.

Bagaimanapun, mereka kini menghadapi satu lagi masalah baru apabila tadahan air bukit itu kini terdedah dengan pencemaran berikutan pembukaan Ladang Rakyat di kawasan berhampiran kampung itu. Kini lebih 200 penduduk di dua kampung berkenaan terpaksa menadah air hujan dengan membuat satu kolah besar di setiap rumah bagi mendapatkan bekalan air.

Keadaan berkenaan amat menyusahkan penduduk yang menyebabkan mereka mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan bekalan air bersih untuk kampung berkenaan.

Penduduk, Abdullah Hussain, 38, mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan kemudahan air bersih sebagaimana yang disuarakan dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Beliau berkata, penduduk di kampung pedalaman sejak kebelakangan ini berdepan dengan pelbagai masalah terutama keperluan air bersih kerana kawasan tadahan air bukit yang digunakan selama ini kerap tercemar dengan kegiatan pembukaan Ladang Rakyat.
Malah, katanya, pemimpin kerajaan negeri tidak pernah menjenguk kesusahan penduduk kampung terutama bagi memberi pembelaan terhadap masalah yang dihadapi itu.

Mohamad Deris, 63, pula membidas sikap pemimpin kerajaan negeri yang hanya tahu berceramah, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib hidup rakyat terutama yang tinggal di luar bandar.

Beliau berkata, sepanjang dia tinggal di Kampung Sungai Sam Luar sejak 30 tahun lalu belum ada pemimpin tertinggi kerajaan negeri datang menjenguknya dan hanya melaungkan janji berbuat demikian semasa pilihan raya umum saja.

"Pemimpin terbabit sepatutnya turun melihat sendiri kesusahan rakyat menikmati kemudahan asas khususnya keperluan air bersih kerana penduduk berdepan risiko pelbagai penyakit disebabkan menggunakan air hujan dan tadahan bukit yang kotor," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kera liar kotorkan kawasan Astaka Village

Posted: 15 May 2011 03:57 PM PDT

Wilayah

KERA liar menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan Astaka Village.

KERA liar menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan Astaka Village.

KUANTAN: Kehadiran kumpulan kera liar di kawasan perumahan Astaka Village, dekat Kampung Derhaka, di sini, meresahkan penduduk sekitar kerana haiwan terbabit bukan saja mengotorkan kawasan kediaman, malah dikhuatiri menjejaskan kesihatan mereka.

Justeru, mereka merayu kepada pihak berkaitan termasuk PERHILITAN supaya membantu menghalau kera berkenaan daripada terus mengganggu mereka.

Penduduk, Shahrul Idham Ahmad, 27, berkata kumpulan kera liar berasal dari hutan bakau yang terletak di belakang taman perumahan berkenaan sering keluar mencari makanan dalam tong sampah yang diletakkan di hadapan rumah penduduk pada tengah hari dan petang. "Kera liar berkenaan bukan saja menyelongkar tong sampah dan mengotorkan kawasan kediaman, malah menceroboh halaman rumah dengan memanjat pagar dalam antara 10 hingga 15 ekor," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, penduduk bimbang jika haiwan berkenaan bertindak ganas dan menyerang orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sering bermain di hadapan rumah selain tersebarnya penyakit berbahaya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shukor Abdullah, 35, berkata pembukaan kawasan perumahan baru di sekitar menyebabkan semakin banyak kera liar yang berkeliaran di taman perumahan berkenaan.

"Bagaimanapun, kera liar berkenaan tidak seharusnya dihapuskan sebaliknya perlu ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai sebagai habitat mereka sekali gus dapat menjamin keselamatan penduduk di sini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 16 May 2011 01:38 AM PDT

Utusan Online - Timur


6,000 unit rumah dibina

Posted:

6,000 unit rumah dibina

6,000 unit rumah dibina

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 15 Mei – Kerajaan negeri setakat ini menyediakan kira-kira 6,000 rumah mampu milik di negeri ini bagi mengatasi masalah perumahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, walaupun rumah tersebut dikategorikan sebagai rumah kos rendah, namun aspek keselesaan termasuk dari segi saiz dan ruang tetap menjadi keutamaan dalam pembinaannya.

"Kerajaan negeri memberi subsidi yang tinggi iaitu sehingga 50 peratus kepada bakal pemilik rumah itu dan berharap mereka yang menerima kemudahan ini akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan pada pilihan raya umum nanti," katanya pada program Turun Padang Gerak Mesra Rakyat di Mukim Cendering di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam pada itu Ahmad berkata, 1,000 lagi unit rumah mampu milik akan dibina di DUN Batu Burok sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di kawasan itu pada pilihan raya akan datang.

"Kita akan arahkan pegawai daerah supaya mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk membina perumahan ini demi keselesaan rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM

Posted:

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM


Rohana Mohamad bersama anak-anak menerima wang bantuan MAIDAM daripada Wan Harujan Sulaiman di Kampung Bukit Payong, Besut, Terengganu, kelmarin.


BESUT 15 Mei - Balu kepada mangsa yang maut dihempap lori sendiri di Kampung Batu 13, Hulu Besut, minggu lalu menerima bantuan segera daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Terengganu semalam.

Bantuan berjumlah RM1,000 kepada Rohana Mohamad, 35, disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman yang mengunjungi rumah keluarga itu di Kampung Bukit Payong dekat sini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Zuraimi Jusoh, 40, bersama dua anaknya, Mohd. Ikmal Hakim, 7, dan Amirul Hamdi, 5, dalam perjalanan untuk menghantar bekalan kayu potong ke sebuah kilang kayu berhampiran.

Bagaimanapun, ketika melalui jalan berbukit, lori dipandu Zuraimi mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal sebelum menuruni bukit dengan laju secara mengundur.

Dalam keadaan cemas itu, mangsa membuka pintu lorinya untuk melihat laluan sebelum dia tercampak keluar dari kenderaannya setelah bahagian belakang lorinya melanggar tiang lampu konkrit.

Kepala lori dipandunya telah menghempap pinggangnya menyebabkan dia mati di tempat kejadian manakala dua anaknya selamat.

Wan Harujan berkata, memandangkan Rohana mempunyai pengalaman berniaga, MAIDAM akan memberikan bantuan sebanyak RM5,000 untuk mengubahsuai rumahnya bagi dijadikan gerai makan.

Katanya, sebanyak RM1,000 lagi akan diberi kepada Rohana sebagai bantuan modal sebelum memulakan perniagaan gerai makan bagi menampung kehidupan bersama lima anak yang berumur dua hingga 11 tahun.

"Ini untuk memastikan dia dapat meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga meskipun ketiadaan suami supaya soal persekolahan dan kehidupan seharian dapat diteruskan seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu, Rohana berkata, dia berharap dapat memanfaatkan bantuan yang diberi demi memastikan persekolahan tiga daripada lima anaknya itu tidak terganggu meskipun sudah kehilangan suami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

Posted:

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

PASIR MAS 15 Mei - Kehilangan suami tersayang yang menjadi tempat bergantung hidup kira-kira lapan bulan lalu begitu dirasai oleh Raja Tamtini Raja Yaakob, 24, dari Kampung Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.

Bagaimanapun, kesulitan itu sedikit terubat apabila Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyampaikan pampasan sebanyak RM20,000 hasil caruman arwah suaminya, Nik Mohd. Bhukari Jusoh, 23, yang merupakan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Raja Tamtini ketika ditemui, terkejut menerima pampasan di bawah skim perlindungan insurans itu selepas arwah suaminya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika bertugas.

"Saya sama sekali tidak menyangka, rupa-rupanya, semua ahli SRS ini ada caruman masing-masing sebanyak RM10 setahun dan saya memang tidak tahu arwah juga berbuat demikian sejak dia menjadi anggota SRS pada 2007.

"Saya akan manfaatkan wang yang diterima ini sebaik mungkin untuk masa depan dua anak saya berusia tiga tahun dan tiga bulan," katanya ketika ditemui selepas menerima cek pampasan tersebut pada Majlis Sambutan Minggu Perpaduan dan Karnival Maju SRS Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Stadium Mini dekat sini, semalam.

Cek berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang turut merasmikan karnival.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah JPNIN Kelantan, Abdul Hadi Salleh.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sejak 2004 sehingga tahun lalu, jumlah pampasan yang telah dibayar di bawah Skim Insurans Berkelompok kepada keluarga anggota SRS di negeri ini ialah sebanyak RM648,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 16 May 2011 01:25 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


25 peratus pelajar obes pada 2020?

Posted:

25 peratus pelajar obes pada 2020?

25 peratus pelajar obes pada 2020?


NASI lemak menjadi pilihan utama ketika tinjauan bagi laporan khas mengenai para pelajar yang mengalami masalah obesiti di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak, baru-baru ini.



ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya.

Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan?

Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya.

Ikuti laporan wartawan unit khas Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN mengenai isu membimbangkan itu.

Selain bertemu dengan pihak tertentu, tinjauan juga dilakukan di kantin-kantin sekolah selain mengikuti kehidupan seharian pelajar obes.

Esok, ikuti pula pengalaman Mohd. Khairul Mohd. Zain, 27, yang mempunyai berat badan luar biasa dan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati Malaysia mempunyai paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR 15 Mei – Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit.

Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya.

"Maka itu tidak mustahil jika tidak ditangani segera, pada 2020 sejumlah 25 daripada 100 pelajar atau satu perempat daripada mereka akan mengalami masalah itu.

"Jika diperincikan lagi, ini bermakna 10 pelajar dalam kelas yang mengandungi 40 orang adalah pelajar gemuk yang tidak aktif dan berisiko berpenyakit," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada masa ini terdapat lebih 5.24 juta pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ridzoni berkata, walaupun selepas pelbagai pendedahan dan usaha dilakukan kerajaan, gejala obesiti atau kegemukan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah masih gagal diatasi.

"Oleh sebab itu, kantin berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar berkaitan pemakanan seimbang sekali gus boleh mempengaruhi ibu bapa di rumah.

"Seandainya pengusaha kantin sekolah mampu menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu, budaya pemakanan sihat secara praktikal dapat dibentuk dan menggalakkan para pelajar membawa amalan tersebut ke rumah," katanya.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan masalah tersebut dengan mencadangkan larangan 15 jenis makanan 'tidak sihat' dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah.

Turut dicadangkan ialah supaya indeks jisim badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Mengambil pengalaman beliau ketika berada di Jepun, Ridzoni berkata, pakar nutrisi dan pengusaha kantin sekolah akan bekerjasama dalam memastikan hidangan dijual adalah sihat.

Tambah Ridzoni, pelajar memerlukan kalori sebanyak 1,500 hingga 2,200 dalam sehari bergantung pada aktiviti harian yang dilakukan dan pihak berkaitan seharusnya peka dengan jumlah kalori yang sepatutnya diambil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes

Posted:

Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes

Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes

KUALA LUMPUR 15 Mei – Memiliki berat 110 kilogram (kg) dengan ketinggian 160 sentimeter (sm) menjadikan U. Alvinderpal, 13, mengalami masalah obesiti sehingga dia kelihatan pasif berbanding rakan sebayanya.

Latar belakang keluarga yang mempunyai susuk tubuh besar turut mempengaruhi Alvinderpal mempunyai saiz badan sebegitu.

Tambahan pula, dia seorang yang tidak memilih makanan dan tidak gemar melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola ataupun berbasikal.

"Saya makan apa saja tanpa mengira masa. Di waktu lapang, saya lebih gemar bermain permainan video atau menonton televisyen berbanding melakukan aktiviti fizikal," katanya yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 43 ketika di temui di sini baru-baru ini.

Jelas ibunya, Jaswant Kaur, satu-satunya aktiviti fizikal yang digemari anak bongsunya itu adalah berenang tetapi aktiviti yang berupaya membakar lebih 400 kalori dalam tempoh sejam itu jarang dilakukan Alvinderpal kerana dia menghidap asma.

"Sejak menghidap asma ketika di sekolah rendah, Alvinderpal semakin tidak berminat melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sukan, baik di rumah mahupun sekolah. Saya pernah belikan Alvinderpal basikal namun sehingga hari ini, dia tidak pernah menunjukkan minat untuk menunggangnya," katanya.

Seawal pagi, Alvinderpal akan mengambil minuman milo ais sebagai sarapan sebelum pergi ke sekolah dengan dihantar oleh ibunya.

Setiap hari, dia diberikan belanja RM6 untuk mengisi perut. Ketika waktu rehat, Alvinderpal gemar mengambil makanan seperti roti berbanding nasi mahupun mi. Jika dia berasa lapar, nasi ayam akan menjadi menu pilihannya.

Biarpun hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki dari sekolah pulang ke rumah, Alvinderpal tetap menaiki teksi kerana tidak tahan dengan cuaca panas.

Ketika berada di rumah pula, Alvinderpal lebih gemar menikmati nasi campur yang mengandungi ayam atau ikan berlaukkan kari tanpa mengambil sebarang sajian sayur-sayuran.

Menurut Jaswant, jika tidak mengambil nasi putih bersama lauk-pauk sebagai sajian malam, anaknya itu lebih gemar makan di gerai dengan memilih menu bergoreng seperti nasi goreng dan mi goreng atau menikmati makanan segera.

"Dia seorang yang mudah terasa lapar. Sekiranya terasa lapar, dia akan memasak mi segera walaupun jam sudah menunjukkan 12 malam. "Sebagai ibu, saya pernah menasihatkan dia untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidupnya tetapi diabaikan begitu sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bilik gantung ‘sunyi’ sejak 2009

Posted:

Bilik gantung 'sunyi' sejak 2009

Bilik gantung 'sunyi' sejak 2009

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati yang terhenti sejak tahun 2009, menjadikan bilik gantung di beberapa buah penjara yang menjalankan hukuman itu menjadi 'sunyi' dan keranda yang disediakan juga seperti terbiar.

Situasi tersebut juga dikatakan kali pertama berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun hukuman itu sering dijatuhkan oleh mahkamah tetapi kesemua kes hukuman gantung sejak 2009 masih belum selesai dan di peringkat rayuan.

Sumber berkata, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung, pesalah masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga pelaksanaan hukuman tertangguh.

"Proses rayuan itu ada yang tertangguh dan tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sebab itu tiada pesalah digantung sampai mati dipenjara di seluruh negara sejak 2009," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengikut sistem perundangan di Malaysia, seseorang pesalah itu akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, hukuman itu disebut semula di Mahkamah Tinggi, diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah tersebut mensabitkan kesalahan tertuduh, maka satu rayuan pengampunan boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau ketua-ketua negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan.

Keputusan yang diambil adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 16 May 2011 01:07 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


4 beranak bagai dirasuk setan

Posted: 15 May 2011 10:39 AM PDT

JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi 'syaitan' apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.


"Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melambung 10 meter

Posted: 15 May 2011 10:38 AM PDT

TAHAN...lelaki rempuh pelajar tahun lima ditahan.
TAHAN...lelaki rempuh pelajar tahun lima ditahan.

KUALA TERENGGANU: "Biarlah Mat Rempit itu dikenakan hukuman setimpal, seboleh-bolehnya hukuman sebat, tak pun dipenjara," kata Azni Arif, 44, yang geram dengan tindakan seorang Mat Rempit merempuh anaknya dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri Azni, 11, patah tulang belakang, retak tempurung kepala, menerima tujuh jahitan di kepala, luka di tangan dan badan akibat dirempuh mat rempit terbabit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya polis dipercayai kerana tidak mempunyai lesen memandu.


Ahmad Fakri yang ketika itu bermain basikal di hadapan rumah dikatakan melambung sejauh 10 meter selepas dirempuh Mat Rempit berkenaan yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5.

Kejadian itu turut disaksikan Azni yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan dia meluru mendapatkan anaknya sebelum mengejarkannya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, di mana pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga berkenaan menerima rawatan di unit kecemasan selama lima jam.


"Sebagai ayah, saya kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja boleh berlaku kepada anak saya, tetapi juga anak orang lain juga," katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat berkata, mat rempit berusia 18 tahun berasal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong melarikan diri daripada sekatan polis di Simpang Empat Tok Ku, di sini dengan melawan arus serta menunggang secara berbahaya.

"Motosikal yang ditunggang suspek dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh pelajar berkenaan sambil disaksikan bapa mangsa yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.


"Pelajar terbabit melambung sejauh 10 meter akibat rempuhan itu dan Mat Rempit berkenaan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan orang ramai yang kebetulan berada di situ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 16 May 2011 01:05 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa

Posted: 16 May 2011 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan.

"Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian.

"Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian.

"Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia.

"Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya.

Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAIWP mahu naik taraf Institut Profesional Baitulmal universiti

Posted: 16 May 2011 12:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang memajukan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dengan mengangkat pusat pengajian tinggi itu setaraf dengan universiti atau kolej.

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rancangan untuk memajukan IPB telah dibincangkan dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat badan itu akan datang.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, IPB perlu dinaik taraf agar ia mampu bersaing dengan pusat pengajian tinggi yang lain.

"Jika IPB berjaya mendapatkan taraf sebagai salah sebuah universiti dari Kementerian Pengajian Tinggi, sekurang-kurangnya pelajar dari institut ini berasa bangga apabila dia keluar dan tamat belajar dari IPB.

"Ini kerana IPB dilihat sebagai salah satu institusi yang menjadi jalan penyelesaian masalah kepada fakir miskin dan golongan asnaf supaya mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri," katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Baru IPB di sini.

IBP merupakan institut pengajian tinggi di bawah MAIWP dengan tujuan memberi peluang kepada orang Islam yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi kerana tidak berkempampuan dari segi kewangan.

Sehingga kini penuntut di IPB sudah mencecah 1,837 orang yang mana MAIWP memperuntukkan RM12 juta setahun bagi membiayai yuran pengajian dan elaun sara hidup penuntut yang terdiri daripada golongan miskin.

Antara program yang ditawarkan di IPB adalah Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Sains Komputer, Diploma Sistem Maklumat Perakaunan dan Pradagangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu Pengerusi IPB Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz yang memulakan tugas itu secara rasmi bermula awal bulan ini berkata cadangan menaik taraf pusat pengajian tinggi itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

"Itu tugas pertama yang saya akan lakukan untuk selepas menjadi pengerusi kepada IPB.

"Tetapi IPB juga perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk dinaik taraf menjadi sebuah kolej atau universiti di Malaysia," katanya yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Hanafiah Ahmad.

Jelas beliau, walaupun MAIWP berhasrat menaik taraf IPB, namun ia akan terus mengekalkan matlamat penubuhan pusat pengajian tinggi itu yang ditubuhkan pada 1992.

"Saya mahu IPB tetap dengan misi mereka mahu mengasilkan graduan yang profesional khususnya kepada pelajar golongan Muslim," kata bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 15 May 2011 11:33 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Menabur bakti di pendalaman

Posted:

Menabur bakti di pendalaman

Menabur bakti di pendalaman

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



SETIAP hari Azhar Mat Daud, 38, akan bangkit daripada lenanya tepat pukul 3 pagi. Lengkap berpakaian sesuai dengan imej seorang guru, dia menuju ke stesen kereta api Wakaf Bharu dengan menaiki motosikal.

Cerita Azhar, dia tidak boleh bangun lewat atau tidur selepas pukul 11 malam. Jika itu berlaku, dia akan lewat ke sekolah. Hal itu juga boleh mencalarkan imejnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong.

Meskipun perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan ke stesen berkenaan hanya mengambil masa kurang setengah jam, Azhar sentiasa berwaspada. Cikgu Matematik itu memberitahu, dia sering menoleh kiri kanan jalan dan pada masa sama, mulutnya terkumat-kamit membaca doa pelindung diri.

"Dalam waktu-waktu sebegini ramai yang masih tidur cuma 'orang-orang tertentu' saja yang masih berjaga dan bekerja," ujarnya yang membawa maksud yang tersirat.

Ketibaan tren di stesen Wakaf Bharu lazimnya tepat pukul 4 pagi. Dengan langkah lemah longlai sambil bertemankan suara cengkerik dan unggas yang ditenggelamkan oleh bunyi bingit kereta api, Azhar mengambil tempat duduk. Untuk seketika, dia menjadi penumpang pertama tren itu.

Suasana yang masih gelap membuatkan Azhar tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali melelapkan mata. Barangkali itu perkara terbaik yang dilakukan kerana sebelum sampai ke Dabong, kereta api akan melalui 20 stesen dengan jarak melebihi 200 kilometer (km). Perjalanan adakalanya memakan masa lebih tiga jam. Pernah sekali, akibat terlena, dia dibawa kereta api hingga ke stesen Kemubu.

"Inilah yang saya lalui selama tiga tahun berturut-turut. Pemeriksa tiket pun dah kenal kerana saya ialah pelanggan setia yang membeli tiket tiap-tiap hari.

"Percaya atau tidak, perjalanan saya ke tempat kerja lebih lama daripada waktu saya mengajar," seloroh Azhar. Namun sepanjang wawancara berlangsung, dia tidak pernah menunjukkan sekelumit pun rasa kesal. Sebaliknya, Azhar menganggap ia adalah satu pengorbanan tulus untuk membantu murid-murid di pendalaman.


PADA asalnya, Norazlina berasa canggung tinggal dan bertugas di Dabong, tetapi setelah beberapa bulan di sana, dia mula berasa selesa.


Menceritakan latar dirinya, Azhar sebelum ini merupakan guru di SK Jalan Pasar 1, Pudu, Kuala Lumpur selama lapan tahun. Penyakit strok yang dihidapi oleh ibunya mendorong Azhar membuat permohonan untuk bertugas di negeri kelahirannya supaya hampir dengan orang tuanya.

"Walaupun berasal dari Kelantan, saya tak pernah ke Dabong. Pada asalnya, saya duduk di asrama, tetapi selepas kejadian rumah saya dirompak, saya khuatir untuk meninggalkan isteri dan dua anak saya," terangnya.

Adakah rutinnya yang sangat memenatkan memberi impak kepada kesihatan Azhar? Lelaki itu mendiamkan diri sejenak. Daripada bebola matanya, barangkali Azhar enggan berkongsi rasa. Namun, apabila diasak, akhirnya dia mengaku.

"Saya ada hipertensi dan setiap tiga bulan saya mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Otorinolaringologi kerana mengalami masalah pernafasan.

"Jika dulu berat badan saya 110 kilogram (kg), kini 80kg setelah bertugas di Dabong," katanya yang masih lagi boleh mengukir senyuman.

Barangkali masalah kesihatan bukan satu isu besar kepada Azhar. Ada kisah yang lebih meruntun perasannya.

Kematian ibu

"Saya sanggup berpindah ke kawasan pedalaman kerana ibu saya tetapi pada 3 Mac 2009, ibu saya meninggal dunia ketika saya sedang mengajar kelas tambahan.

"Saya dapat tahu berita kematian agak lewat kerana talian telefon di Dabong pada ketika itu kurang memuaskan, setengah jam kemudian barulah saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan berita sedih itu," katanya menahan perasaan ketika menitipkan cerita.

Gambaran perjalanan seorang guru di sekolah yang sama iaitu Noor Azainab Abdullah, 32, persis Azhar. Bezanya, hentian Noor Azainab bermula dari Kuala Krai. Azhar turut berada dalam tren yang sama.


SELAIN digunakan oleh para guru, kereta api juga merupakan pengangkutan utama bagi majoriti pelajar SK Dabong dan SMK Dabong setiap hari.


Ujar guru pendidikan khas yang menetap di Kampung Pek, Machang, Kelantan itu, dia bukanlah individu yang gemar menaiki kereta api. Namun, wanita ini tidak menyangka kereta api menjadi pengangkutan utamanya ke tempat kerja.

Jadual Noor Azainab bermula pada pukul 4.20 pagi. Tepat 4.50 pagi, dia bergerak dan memakir keretanya di stesen kereta api Kuala Krai. Noor Azainab berkata, dia membiarkan wajahnya polos tanpa sebarang solekan.

"Biasanya, bila azan bergema saya berada dalam kereta api, jadi saya mengambil wuduk dan bersolat (dengan cara duduk) dalam kereta api," kongsinya yang pernah sampai ke sekolah pada pukul 12 tengah hari disebabkan berlaku tanah runtuh dan kemalangan antara kerets api dan haiwan di landasan.

Ketika ditanya mengapa dia tidak tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah, jawab bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu: "Saya seorang guru yang mengajar kanak-kanak istimewa, jadi saya perlu sentiasa mencari material terbaik untuk mereka daripada Internet, tapi malangnya di Dabong liputan jalur lebarnya sangat lemah."

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tugas Noor Azainab bukan saja menuntut pengorbanan masa, malah ketahanan mental kerana dia mengendalikan pelajar lembam.

"Saya pernah terfikir untuk tukar sekolah. Mula-mula kerja oleh ibu saya kerap merayu supaya saya berbuat demikian tapi lama-kelamaan, saya rasa sayang kerana saya suka persekitaran di Dabong yang tenang.

"Perjalanan yang panjang ketika pergi dan pulang dari sekolah membolehkan saya menanda buku pelajar dan buat persediaan untuk mengajar," ujarnya yang menempuh pengalaman yang sama pada bulan puasa.

Noor Azainab mengambil tren pukul 2.30 petang untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu, selain menyaksikan gerabak kereta api dipenuhi pelajar sekolah, suasana pelajar mengulangkaji pelajaran dalam tren merupakan satu pemandangan yang cukup berharga bagi dirinya.

Mahir dialek Kelantan


SUDAH MENJADI RUTIN. Perjalanan pergi dan balik yang panjang dalam kereta api membolehkan Azhar menanda buku sekolah para pelajarnya.


Melewati kelas murid prasekolah di SK Dabong, Norazlina Abd. Aziz, 32, dilihat sedang mengajar pelajar-pelajarnya dengan penuh ketekunan. Dia sangat petah bertutur dialek Kelantan. Sangkaan penulis dan jurufoto, Hafiz Johari, dia sememangnya anak jati Kelantan, tetapi telahan itu ternyata silap besar.

"Saya orang Perak, tapi bila dah beberapa bulan mengajar di Dabong, secara automatik saya pandai bertutur dialek Kelantan," katanya sambil tertawa kecil.

Siswazah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu itu tidak perlu disoal lanjut. Dia memberitahu, keputusannya untuk ke Dabong kerana suaminya bekerja di Pengkalan Chepa.

"Saya tak pernah tahu ada kawasan bernama Dabong, puas mencari maklumat dan apabila saya sampai di Dabong, saya sangat cuak sebab saya tengok jalan-jalannya sangat kecil," ujarnya yang merasakan nasibnya lebih baik berbanding kepayahan yang dilalui oleh Azhar dan Noor Azainab.

Tidak seperti kedua-duanya, Norazlina tinggal di asrama bersama dua anaknya yang masing-masing berusia empat dan enam tahun. Dia hanya berkesempatan bertemu suaminya pada hujung minggu.

Pertemuan kami diakhiri dengan luahan kata-kata yang penuh bermakna daripada Norazlina: "Di Dabong, saya belajar erti dan tanggungjawab sebagai pendidik yang sebenar. Saya mengakui jiwa saya semakin dekat dengan kampung ini dan masyarakat Dabong yang penuh berhemah."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 15 May 2011 11:16 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Posted:

Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei – Penculikan seorang ahli perniagaan Malaysia di Pulau Jolo, selatan Filipina minggu lalu dipercayai berpunca daripada keinginan mangsa untuk mencari tiga ekor cicak tokek yang kononnya dipelihara di sebuah perkampungan di pulau itu.

Mangsa, Nazarudin Saidin, 38, yang baru beberapa bulan berjinak-jinak dalam perniagaan cicak tokek dikatakan sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan sebanyak RM4,500 untuk pergi ke Filipina menemui pemilik cicak itu yang dikenali sebagai Ghafar.

Perkara itu didedahkan oleh rakan mangsa, dikenali sebagai Ali yang mendakwa, Nazarudin dipercayai terpedaya dengan pelawaan Ghafar untuk pergi ke Filipina dan melihat koleksi cicak tokek milik lelaki terbabit untuk dijual.

Ali mendakwa, mereka dan beberapa lagi rakan pada mulanya melabur dalam perniagaan itu bersama seorang lagi kenalan dari Filipina yang dikenali sebagai Dr. Rodi, namun kerana kesempitan duit, Ghafar dilihat begitu berminat untuk membantu.

"Menurut Ghafar, dia mempunyai tiga ekor cicak tokek yang disimpan di rumah ibu mertuanya di Zamboanga dan atas galakan Dr. Rodi, kami mahu melihat sendiri haiwan itu.

"Bagaimanapun, Ghafar kemudian datang sendiri ke Kuala Lumpur memberitahu, cicak itu tiada di Zamboanga sebaliknya disimpan di sebuah perkampungan di Pulau Jolo dan saya bersama Dr. Rodi merasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas mahu membatalkan hasrat itu," kata Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Namun, dakwa Ali, Nazarudin tetap mahu ke sana dan berlepas pada 27 April lalu setelah menyediakan perbelanjaan sebanyak RM4,500 kerana mahu melihat sendiri koleksi cicak tokek milik Ghafar.

"Dia kemudian menghubungi saya beberapa hari kemudian dan memberitahu tidak melihat cicak itu lagi kerana ia berada di atas gunung di Pulau Jolo.

"Malangnya, pada 8 Mei lalu, Dr. Rodi menghubungi saya dan memberitahu, Nazarudin diculik dan ketika itu barulah kami tahu bahawa semua ini berkemungkinan perangkap Ghafar," ujarnya.

Bercerita lanjut, Ali mendakwa, dia diminta menyediakan 80 juta Peso (RM5.6 juta) untuk membebaskan Nazarudin ketika menghubungi penculik itu.

"Mereka meminta 5 juta Peso (RM348,317) sebagai duit pendahuluan dan disediakan beberapa hari ini jika tidak mahu melihat nyawa kawan saya itu terancam.

"Jumlah itu terlalu besar untuk disediakan keluarga Nazarudin mahupun kami kawan-kawannya. Apa yang kami pinta, penculik itu menangguhkan waktu serta bantuan dari kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya buntu - Isteri mangsa

Posted:

Saya buntu - Isteri mangsa

Saya buntu - Isteri mangsa

KUALA LUMPUR 15 Mei - Isteri kepada ahli perniagaan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina minggu lalu, Mazlina Mohamad, 38, mengaku dia kini buntu serta hilang arah bagi mencari jalan untuk membebaskan suaminya.

Meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Filipina kini berusaha membebaskan suaminya, Nazarudin Saidin, dia berkata, adalah mustahil untuknya mengumpul wang tebusan berjumlah 80 juta Peso (RM5.6 juta) seperti yang dituntut kumpulan penculik berkenaan.

"Saya buntu dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi. Sekarang saya cuma bergantung harap pada pihak berkuasa dan menunggu apa tindakan mereka.

"Saya amat berharap pihak berkuasa melakukan apa sahaja cara untuk membebaskan suami kerana kami sekeluarga amat memerlukan dia dan kami tidak berupaya untuk melakukan itu semua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina pada 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut.

Kumpulan penculik itu dikatakan meminta wang tebusan pendahuluan berjumlah 5 juta Peso (RM348,317) yang perlu dijelaskan selewat-lewatnya esok.

Polis Diraja Malaysia semalam mengesahkan pihaknya kini sedang berunding dengan pihak berkuasa Filipina untuk membebaskan ahli perniagaan tersebut.

Menurut Mazlina, hatinya dilanda kebimbangan apabila diberitahu bahawa Wisma Putra tidak menyediakan sebarang dana bagi membebaskan orang tebusan yang diculik sebegitu.

"Tetapi ada seorang wanita yang menawarkan bantuan untuk berjumpa 'orang kuat' Kementerian Dalam Negeri dikenali sebagai 'Encik Din' yang boleh membincangkan mengenai harga pembebasan suami. Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan lagi," ujarnya.

Mazlina hari ini turut membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai berhubung penculikan suaminya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 15 May 2011 11:03 PM PDT

Utusan Online - Politik


Hanya UMNO bela Melayu

Posted:

Hanya UMNO bela Melayu

Hanya UMNO bela Melayu

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 15 Mei – Tiga parti serpihan yang telah ditubuhkan selepas kelahiran UMNO pada 1946 merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan bukan membela kaum tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hanya UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah terbukti mampu membela kaum tersebut kerana ia diasaskan dengan tujuan suci apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union.

Keadaan itu katanya, berbeza dengan Pas, Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan ekoran kekecewaan segelintir pemimpin mereka demi kepentingan peribadi, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

"Pas ditubuhkan pada 1951 apabila Ahmad Fuad kalah kepada Datuk Onn Jaafar, S46 pula ditubuhkan pada 1988 apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala PKR pada 1989 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

"Jadi, tiada sebab ketiga-tiga parti tersebut terutamanya Pas dan PKR mendakwa mereka adalah parti yang mewakili serta membela orang Melayu sedangkan asas penubuhannya lahir daripada perasaan kecewa kerana tidak dapat menjadi pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada golongan muda yang lahir selepas penubuhan UMNO supaya mereka memahami parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Pas yang kononnya memperjuangkan Islam juga tidak ikhlas kerana melabelkan kaum sebangsa dan seagama mereka sebagai kafir dan tidak masuk syurga sekiranya tidak mengundi calon-calon mereka dalam pilihan raya.

"PKR pula kini hanya menjadi kuda tunggangan dan boneka kepada DAP serta telah lari daripada konsep asal penubuhannya apabila ramai pemimpin kanan dan ahli mereka meninggalkan parti tersebut," katanya.

Justeru, beliau menasihati generasi muda Melayu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang dan sewajarnya menyedari bahawa UMNO sahaja yang dapat membela nasib dan mempertahankan maruah agama Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

Posted:

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

PAPAR 15 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk merampas kembali empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan proses transformasi dan reformasi telah membuahkan hasil dan ia diterima dengan baik oleh rakyat.

Menurut beliau, sokongan semula rakyat diterjemahkan melalui kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di negeri yang dikuasai pembangkang dan terbaru di Sarawak.

"BN dan UMNO sudah bersedia sepenuhnya terpulang kepada Perdana Menteri untuk tiup wisel. Apa yang penting semua pihak dalam BN perlu bekerja keras tingkatkan sokongan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pelajar termiskin luar bandar dan sumbangan sekolah sempena Pesta Kaamatan di Sekolah Kebangsaan Our Lady Of Fatima, Kampung Kelatuan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan sesetengah UMNO Bahagian yang menuntut supaya dikembalikan beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi mereka, Mohd. Shafie berkata, perkara pokok bukannya soal pengagihan kerusi tetapi adalah kemenangan kerusi.

Jelas beliau, ia adalah selari dengan ingatan Perdana Menteri bahawa ciri-ciri utama pemilihan calon BN ialah yang boleh memberikan kemenangan kepada parti tanpa mengira kedudukan dan jawatan yang tidak tertakluk kepada parti komponen tertentu sahaja.

"Jangan kita sibuk untuk mengambil kerusi tetapi tidak menang, apa gunanya? Ini kerana tujuan utama bertanding ialah untuk menang bukannya untuk kalah," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan beliau mempunyai hubungan dingin dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah, Mohd. Shafie menjelaskan bahawa tidak timbul sebarang masalah, malah menyatakan kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO banyak dibantu oleh mereka yang memberikan sokongan padu kepadanya.

"Ia bukan masalah tetapi yang paling penting ialah saya dan semua pihak bekerja dan berkhidmat untuk rakyat seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, tetapi ada sesetengah yang mungkin bimbang dan ragu dengan saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 15 May 2011 07:47 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Orang Asli dapat ‘durian runtuh’

Posted:

Orang Asli dapat 'durian runtuh'

Orang Asli dapat 'durian runtuh'

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) menyampaikan cek pampasan kepada salah seorang penduduk Orang Asli pada majlis penyerahan pampasan pembangunan Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai, di Pos Leryar, Cameron Highlands baru-baru ini.


CAMERON HIGHLANDS 15 Mei – Seramai 300 penduduk Orang Asli di tiga kampung dekat sini menerima 'durian runtuh' apabila Tenaga Nasional Bhd. (TNB) memberi pampasan berjumlah RM8.2 juta bagi Projek Hidrolektrik Hulu Jelai, tahun ini.

Kampung terlibat ialah Kampung Susu, Kampung Pinang dan Kampung Tiat yang mana penduduk menerima cek pampasan masing-masing bernilai antara RM21,825 hingga RM212,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pampasan itu diberikan berasaskan penilaian tanaman dan harta benda lain menerusi bancian yang dilakukan oleh TNB pada Ogos hingga Disember lalu.

''Pembayaran itu dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan kepada penduduk Orang Asli terlibat," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek tersebut kepada penduduk kampung terbabit di Pos Leryar di sini.

Wan Rosdy berkata, pemberian itu dilaksanakan setelah selesai kerja penilaian, manakala tanah dan kawasan kediaman masing-masing diambil untuk projek hidroelektrik berkenaan.

Tambahnya, langkah itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dan TNB dalam menunaikan janji untuk membayar setiap bidang tanah serta kediaman yang dimajukan bagi projek tersebut.

''Saya berharap masyarakat Orang Asli yang menerima pampasan itu berbelanja secara berhemah dan menabung di institusi kewangan selain digunakan untuk tujuan perubatan, membesarkan kediaman dan persekolahan anak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

523 ketua kampung dilantik semula

Posted:

523 ketua kampung dilantik semula

523 ketua kampung dilantik semula

MARAN 15 Mei - Seramai 523 ketua kampung di negeri ini akan dilantik semula bermula 1 Julai ini setelah mengambil kira Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan kemampuan mereka selari dengan aspirasi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, faktor lain yang turut diambil kira adalah hasil sokongan wakil rakyat yang memantau prestasi mereka.

Menurut beliau, selaku ketua kampung, mereka wajar berusaha memastikan masyarakat kawasan masing-masing adalah penyokong kerajaan, sekali gus melancarkan projek pembangunan di situ.

"Pelantikan kesemua ketua kampung terlibat turut dipersetujui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan mereka diiktiraf sebagai 'pakar rujuk' wakil rakyat, agensi kerajaan dan swasta dalam mendapatkan maklumat kampung mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian cek elaun bulanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Parlimen Maran di Maran Hill Golf Resort, di sini semalam.

Dalam pada itu, Tan Mohd. berkata, ketua kampung yang sentiasa proaktif diperlukan supaya sebarang keperluan penduduk setempat dapat disalurkan oleh pihak berkuasa secara segera.

"Oleh itu, JKKK perlu mempunyai pangkalan data atau organisasi yang mantap untuk memudahkan segala maklumat yang diperlukan dapat disalurkan dengan cepat dan efisyen," katanya.

Selain itu, katanya, mereka perlu ada etika seperti tidak membelakangkan wakil rakyat setempat, tetapi sentiasa berbincang untuk melaksanakan program pembangunan.

Tegasnya, kepentingan dan kebajikan orang kampung perlu diberi keutamaan tanpa menjadikan mereka sebagai landasan untuk memperolehi sesuatu projek demi kepentingan diri sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

Posted:

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

KUANTAN 15 Mei - Seorang pengedar dadah dan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara lapan yang ditahan membabitkan kes dadah dalam dua operasi di sini dan Genting Highlands semalam.

Dalam kes pertama, tujuh lelaki termasuk tiga pelajar IPT itu ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan kira-kira pukul 5 pagi di sebuah apartmen di Genting Highlands.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata ketika serbuan terdapat 40 lelaki dan 27 wanita dalam apartmen berkenaan.

"Semua mereka diminta menjalani ujian air kencing, tujuh daripada mereka didapati positif penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu dalam satu lagi operasi di Jalan Haji Ahmad di sini petang semalam, seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan polis hasil maklumat awam.

Lelaki berusi 30 tahun itu ditahan di pekarangan rumahnya dalam operasi pukul 5.45 petang.

Turut ditemui satu paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.2 gram, katanya.

Yap berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 15 May 2011 07:34 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Laporan isu sensitif, Hisham cadang jumpa editor

Posted: 16 May 2011 03:14 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercadang mengadakan perjumpaan dengan semua ketua editor akhbar berhubung pelaporan isu sensitif.

Katanya beliau mahu memastikan ketua-ketua editor bersikap berhati-hati dalam melaporkan isu sensitif mengenai kaum dan agama dan memastikan mereka faham bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan bagi tindakan mereka.

NONEMengulas laporan yang diterbitkan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa ada pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, Hishammuddin berkata:

"Ada masanya masyarakat Melayu kecewa dengan laporan di akhbar-akhbar Cina (mengenai isu sensitif) dan sebaliknya.

"Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab ketua-ketua editor memastikan organisasi media mereka tidak melampaui batas dalam melaporkan kes-kes sedemikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Sungai Besar dekat Sabak Bernam hari ini.

Walaupun garis panduan dalam undang-undang penerbitan adalah jelas, "setiap akhbar pernah melanggarnya (dalam melaporkan isu sensitif tertentu). Kini membabitkan Utusan (yang melanggar garis panduan)."

Hishammuddin berkata adalah sukar untuk mengawal aliran maklumat membabitkan isu-isu sensitif, khususnya dengan kemunculan media baru.

"Kita tidak dapat menghalang maklumat daripada merentasi sempadan. Jika ia tidak dipaparkan melalui akhbar-akhbar perdana, ia akan dapat dipaparkan menerusi media baru seperti portal berita online, facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Mengenai kes simbah cecair yang dipercayai asid di sekitar Lembah Klang, Hishammuddin berkata orang ramai perlu menyalurkan maklumat mengenai suspek yang terlibat bagi membantu pihak berkuasa memberkas mereka yang terbabit dengan secepat mungkin.

"Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Negara meminta saya buat rayuan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tepat mengenai kes asid ini agar tampil ke hadapan membantu polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehingga Jumaat lepas, polis menerima 22 laporan mengenai kes simbah asid sekitar Lembah Klang.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hakim akan umum keputusan - keadaan tegang

Posted: 15 May 2011 06:43 PM PDT

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 06Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 04Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

anwar sodomy trial 160511 anwar arriveAnwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 15 May 2011 07:11 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Remaja dihukum gantung

Posted:

Remaja dihukum gantung

Remaja dihukum gantung

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Ridzuan Taib dibawa keluar setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh neneknya di Mahkamah Tinggi, Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 15 Mei – Tiga tahun lalu, seorang remaja sanggup menikam dan menjerut leher neneknya sehingga mati setelah gagal memperoleh wang RM50 untuk keluar bersama kekasih.

Di sebalik kekesalan kerana membunuh darah daging sendiri itu, remaja terbabit hari ini pasrah apabila dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan berkenaan.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Mohd. Azman Husin setelah tertuduh, Ridzuan Taib, 21, disabitkan atas pertuduhan yang dihadapinya selepas keterangan pembelaannya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Terdahulu, Hakim Mohd. Azman sempat bertanya kepada tertuduh sama ada pada firasatnya dia akan didapati bersalah dan akan menerima hukuman gantung sampai mati atau sebaliknya dan dijawabnya: "Saya pasrah tuan hakim."

Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan, tertuduh dilihat teresak-esak di kandang tertuduh, sementara di galeri awam beberapa ahli keluarga termasuk ibunya turut mengalirkan air mata.

Mengikut pertuduhan, Ridzuan didakwa membunuh Basah Ahmad, 75, di rumah No. 15, Taman Berlian, Jitra antara pukul 9 pagi hingga 3.15 petang pada 11 Mei 2008.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ridzuan yang berasal dari Kampung Pulau Pak Ubin, Jitra dalam pembelaannya sebelum ini menyatakan, pembunuhan tersebut dilakukan oleh bekas teman wanitanya, Norain Mutalid.

Mohd. Azman dalam penghakimannya bagaimanapun menyifatkan keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dengan meletakkan kesalahan kepada teman wanitanya.

Mengikut fakta kes, Ridzuan yang berusia 18 tahun ketika kejadian, pergi ke rumah neneknya untuk meminta wang RM50 bagi membolehkan dia keluar bersama teman wanita.

Keengganan wanita tersebut menyerahkan wang itu menyebabkan tertuduh bertindak di luar kewarasan dengan menjerut lehernya dengan tali selain menikam menggunakan pisau di bahagian abdomen.

Warga emas tersebut turut ditemui dengan kesan lebam pada badan selain mengalami patah tulang rusuk akibat dipukul objek keras.

Tertuduh ditahan beberapa jam selepas kejadian dan hasil pemeriksaan ke atasnya polis berjaya menemui semula kesemua barang kemas milik mangsa seperti gelang dan rantai yang dilaporkan hilang.

Sementara itu, wang RM150 yang disamun tertuduh dikatakan digunakan untuk membeli belah termasuk membeli barangan kosmetik teman wanitanya.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Sharif Mat akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penoreh edar dadah dihukum gantung

Posted:

Penoreh edar dadah dihukum gantung

Penoreh edar dadah dihukum gantung

ALOR SETAR 15 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah kerana mengedar 381 gram dadah jenis kanabis empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Nasarudin Mohd. Nopiah, 44, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dan disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Tertuduh yang berkemeja T putih dan berseluar biru dilihat tenang menerima keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori.

Menurut pertuduhan, Nasarudin didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 381 gram di hadapan sebuah kedai bunga di Taman Wira Mergong di sini pada pukul 5.45 petang 14 Januari 2007.

Hakim dalam prosidingnya memberitahu, keterangan pembelaan tertuduh merupakan satu penafian semata-mata.

Katanya, tertuduh ketika ditangkap membawa plastik hijau berisi dadah itu dan tertuduh memang terlibat dengan jual beli dan pengedaran dadah.

"Tertuduh ada berbincang dengan salah seorang saksi pendakwaan iaitu polis yang menyamar sebagai pembeli untuk memproses jual beli dadah pada 13 Januari 2007 dan serahan akan dibuat pada 14 Januari," katanya.

Peguam tertuduh, Sharif Mat dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh mempunyai tanggungan seorang isteri dan tujuh anak yang masih bersekolah selain menjaga ibu bapa yang sakit.

Katanya, ia juga adalah kesalahan pertama dan tertuduh sudah insaf serta berjanji tidak mahu mengulangi kesalahan sama.

Norhayati memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana dadah adalah antara musuh utama negara.

Katanya, pengedaran dadah bukan berlaku secara biasa tetapi wujud transaksi melalui penyamaran yang dibuat oleh polis.

"Keperibadian tertuduh hanya boleh diambil sedikit berbanding implikasi akibat dan kemudaratan yang besar kepada masyarakat berikutan pengambilan dadah itu," katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meminta bakal pembeli itu berjumpa di sebuah medan selera di Mergong dan kemudian meminta mengikutnya menaiki kenderaan pacuan empat roda ke kawasan perniagaan di Taman Wira.

Sejurus tiba di situ, sepasukan polis membuat serbuan dan tertuduh melarikan diri sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Ketika ditarik dari longkang, sebungkus plastik hijau berisi dadah jenis kanabis masih terlilit pada tangan kanan tertuduh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 15 May 2011 03:12 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Mengenang legasi tiga tokoh

Posted:

Mengenang legasi tiga tokoh

Mengenang legasi tiga tokoh

BUKU dalam bahasa Inggeris yang ditulis bekas Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar bertajuk Legacy of Honour berkisar mengenai biografi tiga tokoh yang banyak berjasa kepada negara pada era penjajahan British, perjuangan mendapat kemerdekaan dan pembentukan Malaysia selepas pasca merdeka.

Tokoh-tokoh itu ialah Menteri Besar Johor yang pertama, Datuk Ja'afar Mohamed; anaknya yang juga pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Onn Ja'afar dan cucu beliau yang merupakan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.

Ja'afar (1838-1919) ialah daripada keturunan Bendahara Tepok Tun Hamzah iaitu bendahara kerajaan Melaka yang terakhir sebelum ia jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Abu Bakar pada 1882 sehingga akhir hayat.

Beliau yang diberikan kepercayaan memangku tugas Sultan Johor ketika baginda ke luar negara ialah individu yang terlibat menjayakan cita-cita Sultan Abu Bakar untuk memoden negeri itu dan mewujudkan pentadbiran awam yang cekap sehingga menyebabkan British tiada alasan untuk menjajah negeri berkenaan.

Ja'afar sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan Abu Bakar kerana anaknya dengan isteri ketiga iaitu Hasnah telah berkahwin dengan anakanda baginda, Sultan Ibrahim.

Beliau juga telah berkahwin dengan isteri keempat, Datin Rogayah Hanim Abdullah yang merupakan bekas isteri adinda Sultan Abu Bakar, Ungku Abdul Majid.

Rogayah Hanim ialah wanita keturunan Turki yang dihantar oleh Khalifah Empayar Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid sebagai tanda persahabatan dengan kesultanan Johor.

Perkahwinan Ja'afar dengan Rogayah Hanim mempunyai lapan anak termasuk Onn (1895-1962). Selain sebagai pengasas dan Presiden UMNO, beliau ialah Menteri Besar Johor yang ketujuh. Dalam pada itu, empat Menteri Besar sebelumnya juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ja'afar.

Dalam buku berkenaan, turut dijelaskan bahawa idea menubuhkan UMNO telah dicetuskan dalam satu pertemuan antara Onn dengan rakan-rakannya di rumah Tan Sri Mohamed Noah Omar (ketika itu seorang majistret yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama) di Batu Pahat, Johor pada 1946.

Dua anak Mohamed Noah iaitu Toh Puan Suhailah dan Tun Rahah masing-masing kemudiannya telah berkahwin dengan anak Onn, Hussein dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Turut hadir ketika pertemuan itu ialah Setiausaha Sulit Onn yang juga sepupu kepada Mohamed Noah, Tan Sri Anwar Abdul Malek.

Anwar yang juga bapa penulis buku ini adalah individu yang mencadangkan nama parti baru itu sebagai Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO) sempena nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun atas nasihat nasionalis Melayu, Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za'aba), perkataan 'Kebangsaan' turut dimasukkan dalam nama itu dengan singkatan UMNO.

Dalam pada itu, dalam buku berkenaan, pembaca akan dapat mengetahui kisah sebenar mengapa Onn kemudiannya bertindak keluar UMNO pada 1951 bagi menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara yang keanggotaan dibuka kepada pelbagai kaum.

Anak beliau, Hussein (1922-1990) turut keluar UMNO bersama-samanya dan kemudiannya menyertai kembali parti itu pada 1969. Sikap Hussein yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu yang ketinggalan dalam pendidikan menarik minat Abdul Razak yang kemudian melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

Ketika memegang jawatan itu Hussein telah memperkenalkan sekolah berasrama penuh aliran sains untuk memberi pendidikan kepada penduduk luar bandar. Selepas kematian Abdul Razak pada 1976, Hussein dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga.

Hussein ialah individu yang dikenali kerana amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Sebagai seorang sentiasa memegang prinsip integriti dan amanah, beliau terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bersara pada 1981.

Sebenarnya, ulasan ini tidak cukup untuk mencatatkan segala apa yang terkandung dalam buku 287 halaman ini. Adalah diharapkan buku ini dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui apakah hubungan tokoh besar negara sekarang dengan keluarga ini.

Antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menulis kata-kata aluan dalam buku berkenaan.

Tokoh-tokoh lain daripada keluarga ini ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan isterinya yang juga tokoh budayawan, Sharifah Azah Syed Mohammed (Azah Aziz).

Ia termasuk pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas; pengasas Gerakan, Profesor Syed Hussein Al-Attas dan bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Sebenarnya banyak kisah sebalik tabir keluarga ini yang tidak diketahui umum. Antaranya berkenaan kesetiaan Ja'afar terhadap Sultan Abu Bakar (1833-1895) dan anakanda baginda, Sultan Ibrahim (1873-1959).

Sebelum meninggal dunia, Ja'afar telah menghimpun semua ahli keluarganya dan berpesan bahawa kesetiaannya sebelum ini adalah kerana mengikut adat Melayu yang melarang menderhaka kepada sultan.

Bagaimanapun, tegas Ja'afar, generasi keluarga selepasnya harus berani untuk menentang dan bercakap benar sekiranya sultan bersikap kejam dan tidak mengutamakan rakyat.

Pesanan ini kemudiannya dipatuhi oleh anaknya, Onn yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan beliau dibuang daerah dari 1927 hingga 1936 ke sebuah perkampungan nelayan di Singapura. Onn ketika itu menyara hidup dengan pendapatan sangat kecil sebagai penulis di beberapa akhbar.

Sementara itu, ramai tidak tahu, Hussein juga pernah menjadi pelakon dalam satu pementasan di Johor Bahru yang diadakan bagi mengutip wang untuk membiayai kegiatan UMNO.

Pada 1971, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menemu ramah beliau, bagaimanapun rakaman itu tidak disiarkan kerana beliau mengkritik Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beberapa sultan yang telah meminggirkan Onn.

Buku ini yang akan dilancarkan oleh Hishammuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok boleh didapati di kedai buku MPH di seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukti baru dan jawapan

Posted:

Bukti baru dan jawapan

Bukti baru dan jawapan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
Noor.Azmah@utusan.com.my

DUA laporan oleh tiga pakar psikiatri termasuk seorang warganegara Britain yang dikemukakan sebagai bahan bukti pada 10 Mei lalu mengakhiri prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang bersidang sejak 14 Februari.

Prosiding bertempat di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NcVc), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selama 50 hari itu ternyata berjaya meraih lebih banyak maklumat dan bukti baru bagi menghuraikan misteri yang menyelubungi kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Ia bukan semata-mata berdasarkan keterangan saksi-saksi tetapi juga hasil siasatan oleh penyiasat persendirian, bekas polis Britain yang dilantik khas oleh suruhanjaya, Michael Leslie Squires.

Antaranya, isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komputer riba serta akses Internet oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung atau tidak dalam operasi siasatan penyelewengan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Begitu juga maklumat-maklumat berhubung siasatan oleh SPRM yang sebelum ini langsung tidak dibenarkan disentuh dalam prosiding inkues telah dibongkar habis-habisan berikutan prinsip suruhanjaya yang mengambil kira kemungkinan setiap satunya relevan dengan kematian Beng Hock.

Tidak ketinggalan kehadiran saksi-saksi yang tidak pernah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner Shah Alam antara Julai 2009 dan Januari lalu seperti tunang Beng Hock, Soh Cher Wei, kontraktor yang turut disiasat oleh SPRM pada malam yang sama, Lee Wye Wing dan banyak lagi.

Misteri persoalan nota 'selamat tinggal' juga berakhir apabila pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Wong Kong Yong mengesahkan ia sepadan dengan contoh tulisan dan tandatangan Beng Hock yang diambil dari pejabat ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Menjawab persoalan tentang dakwaan berlakunya penyelewengan peruntukan ADUN, Pegawai Siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee mengesahkan hasil siasatannya mendapati tiada sebarang bukti yang mengaitkan ketua Beng Hock, Hian Wah dalam kes tuntutan palsu.

Bagaimanapun, beliau dalam masa sama mendedahkan bahawa wujud elemen penipuan berhubung penggunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F untuk membolot projek-projek kecil dengan menuding jari ke arah Hian Wah, Beng Hock dan Wye Wing sebagai suspek.

Malangnya, siasatan lanjut terhadap kesalahan-kesalahan tersebut tidak dapat dilakukan berikutan kematian Beng Hock telah menimbulkan kontroversi serta keadaan yang tidak sesuai selepas kejadian tersebut.

Fakta itu disokong oleh keterangan Wye Wing sendiri yang mengaku mempergunakan kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek-projek kecil di bawah peruntukan ADUN serta menyalurkan sebahagian wang tuntutan kepada parti politik DAP.

Keterangan kontraktor tidak terhenti di situ apabila beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang bunyi atau tanda yang menunjukkan Beng Hock telah didera secara fizikal mahupun mental sepanjang beliau berada di pejabat SPRM Selangor.

Begitu juga keterangan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang bukan sahaja melihat Beng Hock dalam keadaan sihat dan selamat pada awal pagi 16 Julai 2009, tetapi kelihatan mundar-mandir sambil menundukkan kepala sebagaimana keterangan pegawai-pegawai SPRM.

Ia disokong oleh bukti forensik apabila empat pakar patologi forensik yang terlibat dengan bedah siasat pertama dan kedua, Dr. Khairul Azman Ibrahim, Dr. Shahidan Md. Noor, Dr. Peter Vanezis dari Britain dan Dr. Prashant Naresh Samberkar sependapat bahawa ia berpunca daripada kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Mereka sekali gus menolak pendapat pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa kecederaan pada leher dan dagu Beng Hock akibat dicekik serta dipukul dengan senjata tumpul.

Malah, Prashant yang merupakan warganegara India dan bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta terlibat dalam kajian jatuh dari tempat tinggi sejak 10 tahun lalu bertegas bahawa lelaki itu berada dalam keadaan mencangkung di tingkap sebelum terjun dari tingkat 14.

Menyentuh tentang keadaan minda Beng Hock sebelum dia ditemui mati, dua pakar psikiatri, Dr. Ba'diah Yahya dan Dr. Norhayati Ali berpendapat bahawa kemungkinan untuk Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14, Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 lebih kuat berbanding faktor-faktor lain.

Sementara seorang lagi pakar psikiatri forensik, Profesor Paul E. Mullen dari Universiti Monash dan dilantik oleh Majlis Peguam Malaysia pula berpendapat, berlaku gangguan kepada kestabilan psikologi serta ketakutan yang mendorong Beng Hock jika dia dikatakan membunuh diri kerana lelaki itu seorang yang berisiko rendah untuk berbuat demikian.

Meskipun terdapat perbezaan, pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen menganggap kedua-dua laporan itu saling melengkapi antara satu sama lain serta mampu membantu pihaknya membuat rumusan.

Mengimbas prosiding yang berlangsung selama hampir tiga bulan itu, tidak dinafikan SPRM seolah-olah menjadi pihak yang dibicarakan berikutan penemuan mayat Beng Hock berhampiran premis SPRM Selangor selain dia berada di bawah jagaan agensi tersebut sebelum kejadian.

Berikutan itu, pegawai-pegawai SPRM bukan sahaja diasak oleh peguam-peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, malah anggota-anggota suruhanjaya turut mengambil peranan yang aktif untuk bertanya soalan-soalan, lebih-lebih lagi jika jawapan yang diberi tidak konsisten atau dianggap tidak logik.

Meskipun prosiding suruhanjaya tidak disertai keluarga Beng Hock dan peguam yang mewakili mereka, Gobind Singh Deo, wakil-wakil daripada Majlis Peguam Malaysia telah mengambil alih peranan itu dengan baik dengan memainkan peranan yang sama.

Ketelusan suruhanjaya kali ini juga direalisasikan melalui siaran langsung yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak hanya boleh ditonton di luar mahkamah, tetapi juga dimuatkan di dalam laman web dan boleh ditonton di seluruh dunia.

Malah setiap yang berlaku di dalam prosiding termasuk kemarahan anggota suruhanjaya mahupun peguam terhadap saksi-saksi boleh dibaca melalui twitter SPRM yang disiarkan tanpa sebarang tapisan.

Biar apa pun kesimpulan yang bermain di fikiran masing-masing, suruhanjaya adalah pihak yang paling layak untuk membuat keputusan dan kesimpulan yang bakal dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 24 Jun ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lalu untuk menyiasat punca kematian Beng Hock serta prosedur soal siasat SPRM selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka.

Selain Cheng Yuen, panel suruhanjaya itu dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 15 May 2011 01:13 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Mazlina rayu selamatkan suami

Posted:

Mazlina rayu selamatkan suami

Mazlina rayu selamatkan suami

Oleh ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my


MAZLINA sayu melihat dua anaknya, Nur Athirah dan Adib Irfan (kiri) yang menunggu kepulangan bapa mereka di Sungai Buloh kelmarin.


KUALA LUMPUR – Isteri Nazaruddin Saidin yang menjadi mangsa penculikan bersenjata api di selatan Filipina minggu lalu, Mazlina Mohamad, 38, merayu kepada pihak berkuasa untuk menyelamatkan suaminya yang kini ditahan penculik di Pulau Sulu, selatan Filipina.

Mazlina yang berada dalam kebingungan mengakui sudah mati akal untuk membebaskan suaminya lebih-lebih lagi selepas para penculik tersebut meminta wang tebusan sebanyak 80 juta peso (RM5.6 juta).

"Adalah mustahil untuk saya mendapatkan wang tebusan sebanyak itu (RM5.6 juta).

"Saya sudah tidak tahu untuk lakukan apa lagi, cuma merayu dan bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai kebimbangan Mazlina terhadap suaminya, Nazaruddin, 38, yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika berada di Pulau Sulu, selatan Filipina pada Ahad minggu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia usah amal budaya cincai

Posted:

Belia usah amal budaya cincai

Belia usah amal budaya cincai

Oleh LUQMAN HAKIM ABDUL RAHIM dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (tengah) memotong kek harijadinya yang ke-64 sambil diraikan oleh Ahmad Shabery (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Hari Belia Negara 2011.


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya 'cincai' atau 'biasa-biasa' dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini.

"Jika kita mengambil sikap acuh tak acuh atau cincai dalam amalan seharian, maka kita akan ketinggalan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta Gan Ping Sieu; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri pelancaran tersebut yang bertemakan 'Pemangkin Transformasi'.

Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, kerajaan dan belia sentiasa mendekatkan diri antara satu sama lain kerana ia mampu mencambahkan idea-idea baharu yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan negara.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib sampaikan syarahan di Oxford

Posted:

Najib sampaikan syarahan di Oxford

Najib sampaikan syarahan di Oxford

LONDON - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan syarahan di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford di sini hari ini.

Syarahan bertajuk 'Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun' adalah sebahagian daripada aturcara Najib pada lawatan kerja dua hari beliau di sini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong berkata, syarahan itu antara lain akan mengupas mengenai isu ektremisme, toleransi dan Islamofobia.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada wartawan Malaysia sebelum ketibaan Najib di London pada pukul 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Katanya, kira-kira 700 orang termasuk ahli akademik dan pemimpin industri akan menghadiri pada syarahan itu.

Selain menyampaikan syarahan, Zakaria berkata, Perdana Menteri yang lawatannya itu atas jemputan Oxford Centre of Islamic Studies (OXCIS) juga dijadual melawat pusat itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 15 May 2011 11:30 AM PDT

Utusan Online - Kota


Pangsapuri terbengkalai

Posted:

Pangsapuri terbengkalai

Pangsapuri terbengkalai

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
utusankota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan perhimpunan aman bagi meminta pihak bertanggungjawab membantu mereka menyelesaikan masalah Pangsapuri Bahtera yang mereka beli terbengkalai sejak 12 tahun lalu.


PELABUHAN KLANG 14 Mei - Kira-kira 1,400 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah di sini mendesak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju dan pihak bank yang didakwa bersekongkol melakukan penipuan dalam penjualan unit-unit berkenaan.

Desakan itu dibuat setelah kesemua pembeli kini berhadapan dengan risiko muflis akibat menanggung hutang pinjaman bank sedangkan projek kediaman yang dibeli sejak 12 tahun lalu melibatkan harga di antara RM45,000 hingga lebih RM120,000 seunit terbengkalai sehingga hari ini.

Ia melibatkan pembeli bagi projek Pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights yang dimajukan oleh syarikat Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. yang sepatutnya siap pada 2003. Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Pangsapuri Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights, Wan Zamzahidi Wan Zahid kesal kerana pembeli terpaksa menanggung keperitan akibat menjadi mangsa keadaan.

"Terdapat sebahagian pembeli diisytiharkan muflis sedangkan rumah mereka tidak siap dan nasib yang sama mungkin menimpa pembeli lain.

"Apa yang kami persoalkan ialah mengapa pemaju boleh melaksanakan pembinaan lima projek tersebut sedangkan tapak tanah itu tidak pernah mendapat kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK)," katanya di sini hari ini.

Wan Zamzahidi yang mengesyaki ada unsur penipuan dalam projek itu berkata, maklumat daripada MPK mendapati status tapak projek lima pangsapuri itu adalah tanah pertanian dan tidak pernah ditukar kepada status kediaman sehingga ke hari ini.

Katanya, pihak bank didapati tidak meneliti status lima projek pangsapuri itu termasuk syarikat pemaju yang difahamkan telah muflis.

"Malah, pihak bank dikatakan telah meluluskan pinjaman dan mengeluarkan perjanjian jual beli hanya dengan menggunakan kad pengenalan," katanya.

Selain itu, dakwanya pihak bank telah membuat bayaran penuh kepada pemaju sedangkan pembinaannya hanya mencapai tahap 40 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Pangsapuri Bahtera, Anuar Ibrahim pula meminta kerajaan khususnya agensi-agensi berkaitan tidak 'menutup mata' mengenai masalah yang dihadapi oleh para pembeli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen 'Bandar Selamat' bermula

Posted:

Kempen 'Bandar Selamat' bermula

Kempen 'Bandar Selamat' bermula


Kamaruddin Ahmad (tengah) bersama Abbas Jalil (kiri) menjamu selera dengan makan durian bersama penduduk sempena Kempen Kota Anggerik Bandar Selamat di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 14 Mei - Kempen Kota Anggerik Bandar Selamat hari ini memulakan program pertamanya dengan menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Seksyen 16 malam ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad berkata, kempen itu akan diperluaskan ke seksyen-seksyen lain dalam kawasan DUN tersebut.

"SRS yang kita gerakkan hari ini mendapat kerjasama pasukan polis sekali gus melicinkan segala tugasan dan rondaan di kawasan kejiranan.

"Inilah kebaikannya apabila anggota polis dan masyarakat setempat dapat bekerjasama erat sudah pasti penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia pada majlis pelancaran kempen tersebut di padang bersebelahan Dewan Orang Ramai Seksyen 16 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Balai Polis Seksyen 15, Sarjan Mejar Abbas Jalil, anggota-anggota polis dan penduduk pangsapuri Seksyen 16.

Pelancaran kempen yang berkonsepkan mesra masyarakat itu dimeriahkan lagi dengan jamuan makan durian yang taja oleh Pejabat Penyelaras DUN tersebut di sini.

Kamaruddin berkata, acara makan durian itu diadakan supaya masyarakat dapat beramah mesra dengan anggota polis dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

"Melalui jalinan kemesraan itu, ia akan memudahkan orang ramai dan pasukan keselamatan bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan di kejiranan mereka," katanya.

Sempena kempen tersebut, Pejabat Penyelaras DUN Kota Anggerik turut menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar bandar raya ini sebagai penghargaan terhadap sokongan akhbar ini kepada program mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. Pagar

Posted:

22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. Pagar

22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. Pagar

KUALA LUMPUR 14 Mei - Seramai 22 pemegang kad warga emas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berpeluang menaiki kereta api ke Stesen Kereta Api Tanjung Pagar, Singapura sebelum stesen itu ditutup sela ma-lamanya 30 Jun depan.

Kesemua mereka yang menyertai program Selamat Tinggal Tanjung Pagar anjuran KTMB itu berlepas dari stesen KL Sentral hari ini dan akan tiba di Stesen Tanjung Pagar esok.

Seorang daripada mereka, Arben Samah, 72, berkata, beliau tidak sabar untuk menaiki kereta api ke stesen yang dikatakan sebuah titik pertemuan masyarakat kedua-dua negara ini dan Singapura buat kali kedua dan yang terakhir.

"Keputusan kerajaan dan Singapura mewartakan stesen tersebut sebagai monumen kebangsaan membuatkan keinginan saya untuk melihatnya sekali lagi membuak-buak," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di stesen KL Sentral di sini hari ini.

Semasa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari republik itu, Lee Hsien Loong bulan lalu, Najib mengumumkan KTMB akan dipindahkan dari Tanjung Pagar ke Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai nanti.

Mazlan Ibrahim, 73, berkata, peluang melihat tinggalan stesen yang pernah menjadi pusat kemasyarakatan pelbagai kaum itu untuk bergaul dengan penuh muhibah harus diambil oleh rakyat kedua-dua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List