gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 04 May 2011 07:44 AM PDT

Kosmo Online


Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan

Posted:

Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan

Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan

04/05/2011 5:25pm

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pemandu lori yang membuat laporan polis mendakwa lori dengan muatan 355 unit komputer netbook 1Malaysia bernilai RM324,825 yang dibawanya dicuri ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 7.30 pagi, 28 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemandu lori berusia 45 tahun itu ditahan selepas membuat laporan mengenai kejadian itu pada hari yang sama setelah mendapati laporan itu mencurigakan.

Siasatan yang dijalankan mendapati pemandu lori itu bersama rakannya berusia 47 tahun merancang untuk mencuri muatan lori berkenaan katanya, pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, susulan penahanan pemandu lori itu, polis membuat serbuan di dua lokasi iaitu Taman Sutera Prima dan Taman Tun Hussein Onn dan menemui semula semua komputer netbook berkenaan.

"Polis berjaya menemui semula kesemua netbook 1Malaysia yang dibawa dari Taman Tanjung Aman dan sepatutnya dihantar ke beberapa buah sekolah di Sungai Bakap dan Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) itu," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

66 penipuan sindiket

Posted:

66 penipuan sindiket <i>fly-by-night</i> diselesaikan

66 penipuan sindiket fly-by-night diselesaikan

04/05/2011 5:02pm

SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menyelesaikan 66 kes penipuan yang didalangi sindiket fly-by-night dengan tertangkapnya tiga anggota sindiket melibatkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah Klang 29 April lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor.

Setelah disoal siasat, kesemua suspek yang berusia antara 30 dan 58 tahun itu membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala Lumpur dan polis merampas beberapa barangan kes yang antara lain 200 gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000.

Beliau berkata, polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank dari tempat itu.

"Kerugian yang dialami mangsa-mangsa sindiket ini sejak Jun 2009 hingga April 2011 ialah sebanyak RM1.66 juta di seluruh negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak

Posted:

Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak

Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak

04/05/2011 4:24pm

TELUK INTAN - Seorang peniaga kayu dan papan yang dilapor hilang oleh keluarganya 26 April lepas ditemui mati lemas di Sungai Perak, di sini hari ini.

Mayat Tan Jock Seng, 53, dari Taman Sri Manggis di sini ditemui terapung pada pukul 2 petang oleh seorang lelaki yang sedang memancing di sungai itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kehilangan Jock Seng dilaporkan oleh keluarganya pada petang 26 April lepas apabila dia tidak pulang ke rumah.

Hasil bedah siasat mendapati Jock Seng mati akibat lemas dan tidak mempunyai unsur jenayah, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 04 May 2011 07:23 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Wanita maut ditikam tunang

Posted: 04 May 2011 04:04 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui mati, dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini, hari ini.

Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.


"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan, kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Beliau berkata selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun. Daripada maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), katanya pada sidang akhbar di sini.


Beliau berkata menurut rakan sekerja wanita itu, Karimah tiba tempat kerja pada pukul 7 pagi dan masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaian sebelum seorang lelaki berusia 35 tahun datang dan turut masuk ke bilik yang sama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami isteri dibunuh

Posted: 04 May 2011 04:02 AM PDT

BENTONG: Seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh di rumah mereka di Kampung Gemeti dekat sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasegaran berkata Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut manakala isterinya, Fatimah Pachu, 68, mengalami kecederaan di bahagian tengkuk.


Kedua-duanya ditemui dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat milik pasangan itu.

"Polis sebelum itu menerima laporan pihak awam kira-kira 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Narenasegaran berkata Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu manakala isterinya ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring.


Polis menemui sebatang cangkul yang dipercayai turut digunakan untuk mencederakan kedua-dua mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 04 May 2011 03:49 AM PDT

Utusan Online - Utara


Mana janji manifesto pilihan raya DAP?

Posted:

Mana janji manifesto pilihan raya DAP?

Mana janji manifesto pilihan raya DAP?


Pemangku Ketua Pembangkang, Dr. Hilmi Yahaya (dua dari kanan) bersama beberapa ADUN dari UMNO menunjukkan resit dan gambar bagi membuktikan pihaknya telah memasukkan duit yang dipulang oleh warga emas ke dalam akaun kerajaan negeri di Pulau Pinang, semalam.


GEORGETOWN 3 Mei - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini dibidas kerana masih gagal menunaikan beberapa janji dalam manifestonya walaupun telah mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) lebih tiga tahun lalu.

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), masih belum menunaikan janji Pilihan Raya Umum 2008 lalu dengan sepenuhnya.

Antara janji yang belum ditunaikan ialah pemansuhan tol Sungai Nyior di Butterworth dan memberikan bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000.

"Selain itu, mereka juga janji hendak buat pilihan raya kerajaan tempatan padahal mereka sudah tahu enakmen itu sudah dimansuhkan di peringkat (kerajaan) pusat," katanya ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kerana merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga gagal untuk mengotakan janjinya untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala, mengisytiharkan aset Exco dan menghapuskan caj parkir pada waktu malam.

Beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya bilakah janji-janji manis yang diumum sebelum pilihan raya itu akan mampu ditunaikan.

Hilmi juga menggesa kerajaan negeri mencari jalan untuk mengatasi masalah harga rumah di Pulau Pinang yang mendadak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ini bagi memastikan mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli rumah sendiri," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Exco cuba tutup kelemahan

Posted:

Exco cuba tutup kelemahan

Exco cuba tutup kelemahan

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Mei - Tindakan Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) cuba mengelak soalan lisan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pada sidang Dewan Undangan Negeri menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua selama kira-kira 15 minit.

Hon Wai sedaya-upaya enggan mengakui kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah membina kediaman kos rendah untuk rakyat sepanjang 2009 dan 2010.

Tindakan itu menyebabkan Ariff Shah mendesak Hon Wai bertubi-tubi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Saya tanya Yang Berhormat (Hon Wai), benarkah sepanjang 2009 dan 2010 kerajaan negeri tidak bina rumah kos rendah dengan menggunakan dana sendiri?,'' ujar Ariff Shah.

Namun Hon Wai menjawab: "Pemaju menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu anak syarikat kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah untuk rakyat."

Soalan dan jawapan tersebut diulangi berkali-kali sehinggalah Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain mencelah supaya perbuatan tersebut dihentikan.

Abdul Halim kemudian memutuskan apa yang diperkatakan oleh Hon Wai dianggap jawapan kepada soalan Ariff Shah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PISB bayar lima bulan bonus

Posted:

PISB bayar lima bulan bonus

PISB bayar lima bulan bonus

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 3 Mei – Pens Industries Sdn. Bhd., (PISB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengumumkan pembayaran bonus lima bulan kepada pekerjanya bagi tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (gambar) berkata, pemberian bonus tersebut sebagai penghargaan kepada 64 pekerjanya yang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu memajukan syarikat.

"Selain bonus, PISB menyediakan mereka (pekerja) pakej pelancongan bersama keluarga selama tiga hari di dua destinasi iaitu Pahang dan Terengganu," katanya pada majlis penyerahan dividen PISB di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar PISB, Rosli Mat Hussin.

Md. Isa berkata, sejak tiga tahun lalu, prestasi jualan premix dan kuari batu PISB dianggarkan lebih RM19 juta manakala sasaran pada tahun ini melebihi RM20 juta berikutan peningkatan dalam beberapa sektor khususnya infrastruktur.

"PISB mendapat langganan daripada kontraktor dan syarikat pem binaan di sekitar Perlis dan utara Kedah dan tawaran membaik pulih jalan raya di seluruh negeri ini. Syarikat juga terlibat dalam sektor hartanah termasuk pembelian rumah kedai untuk disewakan sebagai sumber pendapatan," tambah beliau.

Dalam perkembangan lain kata Menteri Besar, kerajaan negeri menarik balik cadangan penutupan kuari batu di Sungai Batu Pahat dekat sini berikutan prestasi keuntungan yang memberangsangkan dan akan memantau perkembangan kuari berkenaan supaya ia tidak menjejaskan alam sekitar.

"Sebelum ini terdapat cadangan menutup beberapa syarikat yang beroperasi di kawasan berkenaan kerana kedudukannya berhampiran pusat rekreasi terkenal dan berada dalam Taman Negeri Perlis," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, syarikat terlibat diarah mengikut piawaian atau garis panduan ditetapkan bagi mengelak timbul masalah kepada alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 04 May 2011 03:41 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak risiko anak cacat kekal

Posted:

Elak risiko anak cacat kekal

Elak risiko anak cacat kekal


Najib Tun Razak bermesra dengan kanak-kanak OKU, G. Muniswaran,5, dari Persatuan Pemulihan Komuniti Buntong sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor dan Zambry Abd. Kadir di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam. - UTUSAN/Najib Mohd. Nor


IPOH 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibu bapa perlu memahami punca kepada risiko yang boleh menyebabkan berlaku kecacatan dalam kalangan anak-anak.

Menurutnya, pemahaman awal terhadap punca itu akan membolehkan tindakan pencegahan dilakukan segera, sekali gus dapat mengelak sebarang risiko kecacatan kepada anak-anak.

Beliau menarik perhatian, ada ketikanya, tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelak kepada berlakunya risiko kecacatan itu sangat mudah.

''Sebagai contoh, jika suhu badan anak kita tinggi kerana demam, terapi untuk menurunkan suhu badan tersebut sangat mudah iaitu dengan hanya meletakkan seketul ais di kepala.

''Tetapi jika kita tidak sedar dan tidak ada pengetahuan, ia boleh memberi kesan buruk kerana demam panas pada tahap tinggi boleh menyebabkan kecacatan sepanjang hayat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semai Bakti, Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kepada Kanak-Kanak anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib berkata, keupayaan serta keperluan ibu bapa untuk menguasai ilmu mencegah kecacatan awal sangat penting demi perkembangan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau memuji langkah Bakti menerbitkan Buku Manual Panduan Pencegahan Kecacatan Kanak-Kanak dan berharap sektor swasta dapat bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerbitkan lebih banyak buku manual seumpama itu.

Sementara itu, Najib memberitahu, sejak Program Semai Bakti dilancarkan pada 2005, seramai 14,000 kanak-kanak istimewa telah menerima latihan di 428 pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK) dan hampir 4,500 lagi menerima latihan daripada petugas PDK di rumah masing-masing.

''Di sebalik kejayaan pusat PDK ini, saya percaya terdapat lagi kanak-kanak istimewa yang belum diketengahkan oleh ibu bapa, mungkin disebabkan perasan malu atau mengambil sikap berserah.

''Sewajarnya perasaan sedemikian tidak harus wujud kerana berdasarkan pendapat pakar perubatan, kanak-kanak kelainan upaya ini berpotensi diberikan latihan, didikan dan bimbingan bagi membolehkan mereka menjadi individu produktif dan berupaya menyumbang kepada masyarakat dan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan perlu seimbang

Posted:

Pembangunan perlu seimbang

Pembangunan perlu seimbang

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Adnan Md. Ikhsan (kanan) melawat kaunter khidmat pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya selepas majlis perasmian Menara Seri Wilayah di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 3 Mei - Pembangunan ekonomi perlu dilakukan secara seimbang, dinamik dan berdaya saing bagi memastikan tiada jurang ekonomi wujud di kalangan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyedari hakikat itu, menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan dan menggalakkan kelahiran profesional daripada setiap isi rumah bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan negara.

''Selain itu kita juga menyedari hakikat bahawa aspek pembangunan yang seiring dengan teknologi dan mesra alam dapat dijadikan pemangkin dalam mewujudkan kesejahteraan.

''Semua aspek kesejahteraan ini telah diambil kira dalam rancangan kerajaan untuk mewujudkan Greater KL dan Lembah Klang bagi menjadikan ia bertaraf dunia dan antara 20 bandar raya yang sesuai untuk didiami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Menara Seri Wilayah yang menempatkan pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Menara Seri Wilayah atau nama sebelumnya, Menara PJH yang terletak di Presint 2 telah dibeli kerajaan daripada PJH Holdings Sdn. Bhd. pada 2010.

Muhyiddin berkata, perubahan nama bangunan kepada Menara Seri Wilayah merupakan satu bentuk inisiatif dalam penjenamaan semula imej Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menjadikan ia lebih dinamik.

''Saya difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya telah memutuskan supaya bangunan ini dijadikan sebagai bangunan contoh yang mengamalkan pengurusan fasiliti dan operasi secara komprehensif, mementingkan kecekapan pengurusan tenaga serta penggunaan ruang secara optimum.

''Usaha ini merupakan satu elemen inovasi ke arah penjimatan tenaga, ia akan menjadi perintis kepada bangunan lain milik kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan transformasi dalam semua bidang supaya negara ini berada di landasan betul untuk mencapai agenda yang telah ditetapkan.

''Transformasi ini memerlukan loncatan berganda bagi setiap penjawat awam termasuk di kalangan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta agensi di bawahnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

Posted:

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

PUTRAJAYA 3 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu dengan anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah yang dilantik berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa khas itu akan membantu melihat semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah bagi melahirkan murid yang mempunyai perasaan cinta kepada tanah air, setia kepada negara dan semangat jati diri sebagai warganegara.

Muhyiddin melantik Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu manakala Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam sebagai Timbalan Pengerusi.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, selaras dengan status mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid, pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air diajar agar mereka dapat memahami dan mengamalkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa serta negara Malaysia.

''Matlamat ini diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai 2013.

''Jawatankuasa Khas ini dilantik untuk tempoh setahun dan berperanan dalam aspek menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mereka juga bertanggungjawab mengkaji kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah sedia ada dengan hasil pembelajaran sejarah yang menekankan kepada penghayatan dan pengamalan perpaduan serta patriotisme.

Kenyataan itu menambah, anggota jawatankuasa perlu mengkaji ketepatan fakta dalam kurikulum dan buku teks Sejarah dan membuat perakuan hasil kajian dalam bentuk laporan kepada Menteri Pelajaran.

Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan anggota lain iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Pakar Sejarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM); Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Prof Dr Danny Wong Tze Ken.

Yang lain ialah Prof. Dr. Ranjit Singh Darshan Singh dari Universiti Utara Malaysia; Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Penolong Prof. Dr. Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial (Pascasiswazah dan Penyelidikan) Universiti Malaysia Sarawak dan Dr. Benedict Topin dari Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Dr. Benedict Topin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 04 May 2011 03:24 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Lubuk maksiat terus digempur

Posted:

Lubuk maksiat terus digempur

Lubuk maksiat terus digempur

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 3 Mei - Semua lokasi panas yang dikenal pasti sebagai 'lubuk maksiat' akan terus digempur anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), termasuk 'sarang' kaki ekor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak jabatan berkenaan tidak pernah memandang ringan gejala itu dan akan terus memburu pesalah jenayah syariah, selain memberi nasihat kepada individu terbabit.

"Banyak operasi telah dilakukan, termasuk rondaan harian dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa yang lain seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), imigresen dan pihak berkuasa tempatan," katanya di sini hari ini.

Mohamad menegaskan, berikutan tindakan tanpa henti itu, beberapa kawasan panas yang dahulunya menjadi lokasi maksiat, kini berjaya dikurangkan.

"Pusat hiburan juga diserbu untuk memeriksa dan menahan umat Islam yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti meminum arak serta mabuk. Ini juga telah berkurangan," katanya.

Beliau menjelaskan, pegawai JHEAINS turut ditempatkan di premis menjual nombor ekor untuk mengekang pembabitan umat Islam dalam aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, JHEAINS turut memantau perkembangan ideologi yang dibawa oleh orang bukan Islam yang mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam.

Untuk itu katanya, jabatan tersebut sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada umat Islam seperti kursus, seminar, kempen kesedaran, khususnya di kawasan bandar.

"Maklumat kepada orang awam melalui usaha dakwah juga dilakukan termasuk Modul Teras Kefahaman Islam yang menjurus kepada pemahaman tauhid dan sunnah.

"Selain program kesedaran ini, usaha penguatkuasaan juga dilakukan bagi membendung kegiatan yang boleh memesongkan akidah termasuk yang tidak bersesuaian dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat

Posted:

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat


Sebahagian daripada peserta yang mengusahakan projek berkelompok tanaman sayur-sayuran di Kampung Sungai Siput, Lubok Cina kerugian apabila tanaman mereka musnah akibat banjir kilat malam semalam.


MELAKA 3 Mei - Lapan peserta yang mengusahakan projek berkelompok tanaman sayur-sayuran di Kampung Sungai Siput, Lubok Cina kerugian kira-kira RM200,000 apabila tanaman mereka musnah akibat banjir kilat yang melanda kawasan tersebut malam tadi.

Akibat hujan lebat, kawasan tanaman seluas 16 hektar yang diusahakan oleh bekas lulusan Institut Skill-Tech Durian Tunggal di sini dengan kerjasama Syarikat Green Land ditenggelami air antara 0.2 hingga 0.4 meter.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek yang melawat ke tempat kejadian berkata, sebahagian besar tanaman sayur-sayuran jenis berbuah dan daun yang musnah akibat banjir seperti sawi, kangkung, kobis, cili, bendi serta ulam-ulaman seperti pegaga, kesom dan cekur manis.

''Ini merupakan kejadian kedua menimpa kawasan ini apabila kali pertama banjir besar yang melanda Disember lalu turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan tanaman sayur-sayuran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, banjir kilat yang melanda kawasan tersebut berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.

Sejak kejadian pertama Disember lalu katanya, kesemua lapan peserta telah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah mengenai masalah yang mereka hadapi setiap kali hujan lebat melanda kawasan tersebut.

''Tetapi malangnya, JPS tidak mengambil sebarang tindakan dan keadaan itu menyebabkan tanaman kesemua peserta musnah akibat banjir kilat ekoran hujan lebat malam tadi," katanya.

Ujarnya, sistem perparitan yang tidak sempurna dan tersumbat menyebabkan air hujan mudah bertakung kerana tidak dapat keluar ke sungai berhampiran.

Sementara itu Pengurus projek berkelompok itu, Norzaikana Saad berkata, dia serta tujuh peserta lain terkejut apabila melihat seluruh kawasan tanaman sayur-sayuran mereka ditenggelami air.

Katanya, sebahagian besar sayur-sayuran seperti bendi, kangkung, bayam, sawi serta ulam-ulaman baru ditanam musnah.

''Saya harap pihak yang bertanggungjawab terutama JPS membantu kami menyelesaikan masalah sistem perparitan di sini. Kami sudah banyak mengalami kerugian akibat banjir kilat yang kerap berlaku," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada kejadian pecah rumah

Posted:

Waspada kejadian pecah rumah

Waspada kejadian pecah rumah

SEREMBAN 3 Mei - Penduduk taman perumahan Lavender Heights, Senawang dekat sini, dinasihatkan supaya berwaspada dengan kehadiran individu yang tidak dikenali terutamanya pada waktu siang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lavender Heights Fasa 1, Pazilan Abd. Hadi memberitahu, wujud kumpulan tertentu yang menjadikan rumah kosong tanpa penghuni sebagai sasaran merompak dan pecah masuk.

"Berwaspadalah dengan taktik ini dan sentiasa perhatikan kawasan sekeliling kita, yang dilihat boleh menjadi laluan keluar masuk penjenayah sama ada waktu siang mahupun malam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 3, Mohammed Sharif dan beberapa jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman tersebut. Terdapat lebih 1,000 buah rumah pelbagai model di taman perumahan berkenaan.

Katanya, berikutan banyak kerja pembinaan termasuk pengubahsuaian rumah di taman berkenaan, pemantauan juga perlu dibuat ke atas pekerja asing yang keluar masuk ke kawasan ini.

"Rumah kosong, pagar yang bocor, kawasan tadahan hujan yang penuh dengan semak samun serta kealpaan penduduk, dikhuatiri menjadi pilihan terbaik kepada penjenayah untuk melakukan pecah masuk di rumah tanpa penghuni," katanya.

Dalam kejadian semalam, sebuah rumah di Fasa 1 di sini telah dipecah masuk perompak menyebabkan beberapa barangan elektrik, barang kemas dan wang tunai lesap akibat dikebas penyamun ketika penghuninya balik ke kampung pada hujung minggu.

"Kita perlu juga mengingatkan pembantu rumah yang kadangkala tinggal bersendirian bersama anak-anak supaya tidak membuka pintu atau pagar dan membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki rumah," katanya.

Justeru Pazilan meminta, penduduk di taman perumahan itu mengambil sikap berjaga-jaga dan segera menghubungi pihak polis jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 04 May 2011 03:24 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Dua pelancong wanita Singapura hilang di Taman Negara

Posted: 04 May 2011 03:15 AM PDT

Mutakhir

KUANTAN: Dua pelancong wanita warga Singapura dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti "jungle trekking" di kawasan Hutan Taman Negara dekat Kuala Tembeling, Jerantut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Wendy Zhao, 26; dan Yiling Neo, 20-an, dikatakan melakukan aktiviti itu pada 10 pagi Isnin lalu tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong.

"Kedua-dua sahabat itu sepatutnya daftar keluar dari tempat penginapan mereka semalam. "Pihak hotel telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak mendaftar keluar dan dipercayai telah tersesat ketika melakukan aktiviti berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, gerakan mencari membabitkan pasukan keselamatan dan penduduk kampung dijalankan sejak petang semalam.

"Sehingga kini mereka belum ditemui dan operasi mencari dan mengesan masih diteruskan sehingga jam 7 petang ini, dan akan disambung semula esok," katanya.

Beliau berkata, pihak kedutaan Singapura dan keluarga mangsa dimaklumkan berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakistan patut tahu tempat tinggal Osama

Posted: 04 May 2011 03:11 AM PDT

Mutakhir

KABUL: Kerajaan Afghanistan hari ini mendakwa Pakistan sepatutnya mengetahui rumah yang menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan markas tentera di ibu negara berkenaan.

"Bukan hanya Pakistan yang mempunyai perkhidmatan perisikan yang kuat, tapi kerajaan yang lemah sekali pun perkhidmatan perisikannnya mudah mengetahui lokasi kediaman seperti ini," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi.

Rumah yang menjadi tempat tinggal Osama terletak di pekan Abbottabad yang berhampiran dengan pintu pagar Akademi Tentera Kakul, markas yang memberi latihan kepada pegawai tertinggi Pakistan. Malah, Azimi berkata, kebanyakan rumah yang berjiran dengan rumah Osama itu adalah terdiri daripada pegawai tentera Pakistan.

"Banyak persoalan yang memerlukan jawapan mengenai perkara ini," katanya. - AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 04 May 2011 03:22 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Along beri pilihan mahu mati dibakar atau diracun

Posted: 03 May 2011 01:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angkara meminjam dengan along sebanyak RM140,000, seorang lelaki kini berada dalam ketakutan apabila diugut bunuh sama ada dibakar atau dipaksa minum racun serangga.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Venu, 43, berkata dia membuat pinjaman peribadi daripada along berkenaan pada 2008 untuk menjalankan perniagaan dengan membayar balik hutang sebanyak RM8,000 sebulan, tetapi berhenti membayarnya sejak setahun lalu apabila perniagaan merosot.


Beliau berkata, berikutan itu, dia bersama isteri dan dua anaknya kini diburu along yang bertindak menghantar lima lelaki untuk meminta hutang dengan cara kekerasan dan mengugut untuk membunuhnya.

"Pada 29 April lalu kira-kira jam 6.30 petang, saya berjumpa dengan lima lelaki yang dihantar along terbabit untuk berbincang.


"Saya memberitahu sudah membayar RM75,000 dan minta tempoh empat bulan untuk menyelesaikan semua baki hutang itu," katanya, semalam.


Menurutnya, dia juga mencadangkan membayar hutang itu secara ansuran sebanyak RM500 sebulan hingga Disember ini dan RM1,000 sebulan dari Januari 2012 hinggalah selesai namun lelaki berkenaan tidak setuju dan memintanya membayar RM30,000 dengan kadar segera.

Katanya, dia yang tidak ada wang seperti diminta kemudian diugut bunuh sama ada memilih hendak mati dengan cara dibakar di ladang getah atau meminum racun serangga.


"Mereka juga mengugut mahu mengambil isteri dan dua anak saya di rumah untuk menghapuskan kami dengan cara kejam.

"Sekarang saya berasa takut kerana nyawa keluarga terancam dan mahu pihak berkuasa bertindak menyiasat kegiatan mereka," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cuma denda RM5,000

Posted: 03 May 2011 01:40 PM PDT

AMPANG: "Saya kesal dan minta maaf atas kejadian berlaku kerana ia tidak dapat dielakkan," kata seorang jurujual dalam rayuannya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Koon Kim Chuan, 47, berkata demikian selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan melanggar pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang sedang membantu sepasang suami isteri yang terbabit kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Kampung Pandan, tiga minggu lalu.


Majistret Aida Mastura Mohamed Aman menjatuhkan hukuman denda RM5,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda serta lesen memandu ditulis dengan kesalahan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Khoo yang memandu kereta Toyota Estima berwarna putih bernombor pendaftaran WQR9883 tanpa pertimbangan munasabah menyebabkan kemalangan terhadap Perodua Viva, WTL9017 yang dipandu Zainal Md Yusoff dan Rossaimiah Hashim dan Ong pada jam 12.30 tengah malam, 12 April lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum seksyen sama yang membawa hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000. Khoo yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan terhadapnya dengan alasan ketika kejadian dia cuba mengelak, namun tidak berjaya. Terdahulu, dalam prosiding sama, Ben Si Shen, 26, didenda RM6,500 atau penjara enam bulan jika gagal bayar serta lesen perlu ditulis selepas mengaku bersalah melanggar Perodua Viva sehingga menyebabkan kemalangan berlaku sebelum Ong datang membantu pasangan suami isteri itu.


Mengikut pertuduhan, ejen insuran itu didakwa memandu Toyota Vios bernombor pendaftaran WNU608 sehingga menyebabkan kemalangan terhadap Perodua Viva yang dipandu pasangan suami isteri berkenaan pada waktu dan hari sama.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Fauziah Hanim Abuhan.

Sementara itu, waris mangsa, Ong Kah Hui, 27, berkata, dia dan keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khoo atas kematian bapanya disebabkan kemalangan itu.


"Saya akan berbincang dengan peguam untuk memfailkan saman kerana pengajaran perlu diberikan untuk dia (Khoo) lebih bertanggungjawab selepas ini" katanya. Harian Metro 14 April lalu melaporkan keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan daripada paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ong, dilanggar daripada belakang ketika berusaha mengeluarkan Zainal dari Perodua Viva yang dipandunya. Bagaimanapun, Ong yang mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah kakinya meninggal dunia jam 12.15 tengah malam, 22 April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 04 May 2011 01:45 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Shazryl: Saya akan dedah perkara baru pasal Anwar

Posted: 04 May 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun tegas Shazryl (gambar), pendedahan itu hanya akan dibuat selepas polis menyelesaikan siasatan dan mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

"Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai.

"Selain itu, saya juga tunggu polis mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks itu... kemudian baru saya akan buat tindakan.

"Pendedahan terbaru ini tiada kena-mengena dengan rakaman video seks, ini soal lain," katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan berhubung kekecohan yang berlaku ketika beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As.

Shazryl, salah seorang "Datuk T" pada 21 Mac lalu telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Dua lagi "Datuk T" adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang media ringkas itu juga Shazryl juga menafikan dakwaan kononya rakaman video seks itu dibuat di Thailand ekoran klip yang disiarkan di laman Youtube mempunyai perkataan Thailand.

"Saya tidak tahu, video yang saya dapat hanya ada tarikh sahaja dan tiada perkataan-perkataan lain.

"Video itu diperoleh di Malaysia," katanya sambil menambah terpaksa memakai baju kalis peluru ketika melakukan sumpah laknat kerana bimbang akan diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada di Masjid Amru al-As.

Beliau juga berkata baju kalis peluru adalah miliknya sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak.

"Ia baju saya sendiri sebab sebelum ini saya adalah konsul besar Thailand dan jurucakap untuk negara ini dalam soal keamanaan, jadi anda tahu bagaimana keadaan di sana?

"Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib saya tidak tahu daripada mana mereka dapat," katanya.

Mengenai keengganan Anwar melakukan sumpah laknat dan ujian poligraf, Shazryl bagaimanapun berkata "biar rakyat sahaja menilai siapa sebenar Anwar."

"Saya tidak buat qazaf sebab saya tidak tuduh Anwar berzina, saya tanya betulkah beliau?" katanya.

Selain itu, beliau juga meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat yang mencetuskan kekecohan ketika upacara sumpah laknat itu meminta maaf kepada umat Islam.

"Ya... ya.. mereka perlu minta maaf kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam masjid.

"Saya minta Allah melaknat saya, bukan saya minta melaknat orang itu... saya minta Allah laknat saya kenapa perlu halang?

"Kenapa perlu halang saya minta Allah laknat saya? Masjid bukan tempat buat kecoh," katanya.

Shazryl pada 27 April telah memberikan sampel DNA kepada pihak polis bagi membantu siasatan rakaman video seks itu.

Mengulas keterangan yang diberikan hari ini, Shazryl berkata menerima panggilan telefon pagi tadi meminta beliau hadir ke Balai Polis Kepong untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku itu.

"Saya menerima panggilan telefon pagi tadi meminta saya hadir memberikan keterangan di Balai Polis Kepong berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As.

"Saya hadir pada pukul 11 pagi sehingga 1.30 petang tadi. Dalam keterangan itu mereka bertanyakan bagaimana keadaan yang berlaku dalam masjid itu dan saya telah memberikan kerjasaman," katanya.

Tambah Shazry, Rahim dan Shuib juga akan memberi keterangan hari ini.

Kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As itu diketuai Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan kepimpinan sayap pemuda PKR itu selain mendapat sokongan penyokong Pakatan Rakyat.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Shazryl bagaimanapun berjaya melafazkan sumpah laknat dengan dikawal ketat polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu Lynas: IAEA tubuh panel pakar nasihat Malaysia

Posted: 03 May 2011 10:51 PM PDT

VIENNA, 4 Mei — Agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membentuk panel bebas bagi menasihat kerajaan Malaysia berhubung potensi risiko yang akan diterima kesan daripada projek loji pemprosesan nadir bumi oleh syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation, kata agensi itu.

Pendirian itu dibuat selepas Malaysia meminta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna untuk membantu mengesan kesan yang akan diterima penduduk setempat terutamanya membentuk panel bebas bagi mengkaji tahap kesihatan dan keselamatan sekiranya projek itu diteruskan.

Ekoran projek loji pemprosesan nadir bumi itu, ia mendapat bantahan keras daripada aktivis yang mengatakan Malaysia akan menjadi lokasi pembuangan sisa radioaktif selain akan menyebabkan tahap kesihatan terjejas.

"Melalui program kerjasama teknikal IAEA, agensi akan menyokong usaha misi pakar antabangsa untuk mengkaji projek Lynas agar ia mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan keperluan yang baik akan memberikan faedah terhadap aspek keselamatan projek Lynas," katanya dalam satu kenyataan.

"Misi itu dijadualkan bermula pada 29 Mei 2011," katanya.

Bulan lalu, Lynas berkata Malaysia hanya memerlukan kajian selama satu bulan berhubung kesan radioaktif dan tidak akan menangguhkan pembinaan loji pemprosesan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu panel bebas akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif, yang berpotensi menyekat bekalan dari China.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lynas Malaysia berkata loji pemprosesan itu menerima bahan mentah dari firma Mount Weld di Barat Australia.

Pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.

Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.

Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan mejadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas China.

Pegawai syarikat berkenaan berkata keuntungan yang akan diperoleh dari projek loji pemprosesan nadir bumi Malaysia akan mencecah sehingga 22,000 tan, dan ia akan memenuhi keperluan selain China menjelang 2013.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 04 May 2011 01:39 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


&#8216;Tak berakal&#8217;

Posted: 03 May 2011 03:00 PM PDT

Wilayah

PAPAN tanda jalan sengaja ditampal iklan haram menyukarkan pengguna jalan raya  mencari arah  di sekitar Taman Datuk Harun. - Foto Hafizzul Mohamad

PAPAN tanda jalan sengaja ditampal iklan haram menyukarkan pengguna jalan raya mencari arah di sekitar Taman Datuk Harun. - Foto Hafizzul Mohamad

Tindakan tampal iklan, conteng papan tanda susahkan pengguna

PETALING JAYA: "Kalau ada banyak lagi tempat sebegini rupa, sudah pasti ramai pengguna jalan raya tidak akan sampai ke destinasi," keluh Mohammed Yusoff Abdullah, 64, mengenai kesukarannya mencari rumah saudaranya di Taman Datuk Harun di sini.

Beliau yang menghabiskan masa lebih dua jam sebelum tiba di tempat dituju, kecewa terhadap tindakan sesetengah pihak yang menampal pelbagai bentuk pelekat selain menconteng papan tanda isyarat di kawasan itu sehingga menyukarkan pengguna jalan raya terutama mereka yang datang dari luar kawasan.

"Saya tak sangka susah betul nak cari rumah saudara saya. Ini semua disebabkan kesukaran untuk membaca nama jalan serta hala tuju kerana kebanyakan papan tanda di sekitar Taman Datuk Harun ini sama ada telah ditampal pelekat atau diconteng," katanya yang datang dari Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau yang tidak faham tujuan sebenar perbuatan itu berkata, usahanya untuk bertanyakan penduduk di situ tidak membuahkan hasil kerana hujan lebat menyukarkan beliau untuk keluar masuk dari kenderaannya untuk bertanya arah.

"Malang berganda apabila kereta saudara saya rosak dan tidak dapat menjemput saya dari lokasi di mana saya menunggu. Yang tinggal cuma basikal, jadi takkan nak berkayuh ketika hujan lebat," katanya ketika ditemui Sentral.

Mohammed Yusoff kemudian terus berlegar mencari rumah saudaranya itu sehingga menjumpainya selepas hujan berhenti.

Sementara itu, tinjauan Sentral di sekitar kawasan itu mendapati hampir kesemua papan tanda di situ menjadi medan menampal iklan haram.
Malah, tidak cukup dengan itu, beberapa papan tanda jalan juga didapati diconteng dengan menggunakan cat semburan betul-betul pada bahagian maklumat jalan itu yang perlu diketahui pengguna.

Pengguna jalan raya, Meor Amir Hakim Meor Amir Hamzah, 33, berkata masalah papan tanda jalan yang ditampal pelekat haram itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan ia dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

"Kalau dulu, sasaran golongan yang tidak `berakal' ini untuk menampal pelekat itu adalah di pondok telefon awam dan perhentian bas, kini sikap kurang ajar mereka menjadi-jadi sehingga tergamak menjadikan papan tanda jalan untuk tujuan berkenaan. Ini sudah melampau," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi seorang penduduk, Mohamad Jamaluddin Ngah Baharuddin, 58, yang menggesa individu yang hanya memikirkan keuntungan peribadi itu agar menyedari kesan negatif yang dilakukan mereka terhadap masyarakat dan segera menghentikan perbuatan itu.

"Cukuplah dengan menampal pelekat di tembok, pondok telefon dan perhentian bas. Jangan pula dijadikan papan tanda jalan sebagai mangsa. Kesukaran yang dihadapi pengguna jalan raya amat ketara," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seludup diesel

Posted: 03 May 2011 03:00 PM PDT

Wilayah

Dua awak-awak ditahan di muara Kuala Perlis

LANGKAWI: Dua awak-awak ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Langkawi selepas dikesan menggunakan sebuah bot pukat hanyut untuk menyeludup 2,500 liter diesel subsidi ke negara jiran di muara Kuala Perlis, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 21 dan 38 tahun itu ditahan bersama bot pukat hanyut jenis A selepas dikesan belayar dalam keadaan mencurigakan di muara Kuala Perlis kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Pemerintah PGM Wilayah Satu Langkawi, Deputi Superintendan Salehuddin Mat Zaman, berkata pihaknya percaya semua diesel subsidi berkenaan cuba dibawa keluar untuk diseludup ke Thailand. "Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota PGM Langkawi diketuai Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan bersama lima anggota diarah melakukan rondaan di kawasan itu jam 3 pagi.

"Sejurus kemudian, anggota PGM terserempak bot berkenaan lalu mendekati dan mengarahkan awak-awak supaya berpatah balik ke pangkalan PGM di Kuala Perlis untuk melakukan pemeriksaan," katanya di sini, semalam.

Katanya, ketika bot berkenaan merapat ke pangkalan kedua-dua suspek cuba memanjat ke atas jeti untuk melarikan diri tetapi berjaya ditahan anggota PGM.

"Pemeriksaan awal mendapati bot yang berdaftar di Kuala Sanglang, Kedah itu dikesan dilengkapi sebuah tangki besar yang mampu mengisi sehingga 2,500 liter minyak.
"Tangki terbabit dipasang di ruang depan kabin bot yang kebiasaannya digunakan nelayan untuk tujuan berehat, meletak tong menyimpan hasil tangkapan atau peralatan menangkap ikan.

"Berdasarkan siasatan, kita juga percaya bot berkenaan memang digunakan khusus sindiket sebagai transit untuk tujuan penyeludupan diesel subsidi ke negara jiran kerana tangki dan tudung penutupnya sudah lusuh," katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan diesel mencecah RM37,000 dan kes diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana membawa minyak diesel berlebihan tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 04 May 2011 01:17 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Pengkhianat Islam

Posted:

Pengkhianat Islam

Pengkhianat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

"Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah".

"Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fikirkan faedah terbaik

Posted:

Fikirkan faedah terbaik

Fikirkan faedah terbaik

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Mei - UMNO tidak akan terlalu memikirkan kesan yang berlaku pada masa hadapan sekiranya bersatu dengan Pas sebaliknya memikirkan faedah terbaik kepada rakyat dalam membangunkan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut jika dilakukan hanya akan menyebabkan apa yang dirancangkan untuk kebaikan rakyat tidak dapat dilaksanakan.

"Kalau kita terlalu memikirkan apa yang terjadi pada masa akan datang disebabkan tindakan pada hari ini, maka sesuatu yang dirancang itu pasti sukar untuk dilaksanakan.

"Rakyat kini sudah matang untuk memahami apa yang kita lakukan, tidak kiralah berpakat Pas atau DAP, apa yang penting adalah untuk masa depan bersama selagi ia tidak menjejaskan keselamatan negara serta keadaan tidak huru hara," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar India, S.M Krishna di pejabatnya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas kesan sekiranya penyatuan UMNO dengan Pas hanya akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang undi daripada kaum Cina.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, rakyat kini mahukan kebajikan, kepentingan dan suara mereka didengari oleh para pemimpin dalam memastikan hak masing-masing terus dipelihara.

Sehubungan itu, beliau berkata, Program Transformasi Politik (PTP) merupakan tindakan terbaik yang perlu diamalkan oleh parti untuk memahami keperluan dan citarasa rakyat.

"Sebab itu kita (UMNO) diterima oleh rakyat kerana dapat melakukan perubahan dan transfomasi kepada parti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara

Posted:

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara


Muhyiddin Yassin bersama para anggota panel Anugerah Sastera Negara Ke-11 di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abd Aziz (empat dari kiri).


PUTRAJAYA 3 Mei - Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala, 70, diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Mengumumkan demikian hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anugerah itu melayakkan Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya bernilai maksimum RM500,000.

Karya tersebut akan dibeli oleh kerajaan dan disebarkan secara meluas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa sama, Kemala akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, menerbitkan karya dan terjemahan karya ke bahasa asing.

''Panel Penilai Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dilantik oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan saya mempengerusikan mesyuarat terakhir hari ini.

''Setelah membuat pertimbangan secara adil dan saksama, panel penilai mengisytiharkan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11," katanya kepada pemberita di sini.

Kemala yang dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang cukup luas dan menulis sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah buku antologi puisi, 10 buah buku kajian sastera, empat buah buku kumpulan cerpen, lapan buah buku antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

Muhyiddin menambah, karya- karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renungannya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

Ini terutamanya puisi nukilannya yang bukan sahaja menjadi ikutan generasi baru malah diminati oleh sarjana dalam dan luar negara, katanya.

Beliau berkata, karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

''Tokoh ini telah mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

''Beliau juga telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986), gaya, sebutan dan rentak suara pembacanya menjadi ikon selain aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 04 May 2011 01:10 AM PDT

Utusan Online - Timur


Elak diserang penyakit kronik

Posted:

Elak diserang penyakit kronik

Elak diserang penyakit kronik

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


AHMAD Said (empat dari kiri) melawat gerai pameran selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di Setiu, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


SETIU 3 Mei – Rakyat negeri ini diseru sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam bagi mengelak diserang penyakit kronik dan mengalami obesiti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, masyarakat perlu mengubah sikap dengan tidak memandang ringan kegiatan kecergasan atas alasan kesibukan kerja atau urusan keluarga menyukarkan mereka berbuat demikian.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukan menerusi penganjuran pelbagai program riadah termasuk senamrobik seminggu sekali.

"Banyak aktiviti dan kemudahan sukan kita sediakan untuk rakyat melibatkan diri seperti gelanggang futsal," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar; Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan.

Selain itu, Ahmad berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Selain senaman yang cukup, amalan pemakanan yang seimbang juga perlu dititikberatkan," katanya sambil mengajak masyarakat agar mencontohi amalan masyarakat berketurunan Cina di negara ini dan rakyat Korea dalam menjaga kesihatan mereka.

Beliau juga kesal kerana masih ada di kalangan masyarakat yang berdepan dengan gejala penyakit kronik memilih untuk mendapatkan rawatan bomoh tradisional berbanding pakar perubatan.

Katanya, kebanyakan mereka mula terdesak untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital selepas penyakit yang dihidapi berada pada tahap berbahaya atau sukar dirawat.

Menurut beliau dalam keadaan itu, ia menjejaskan kualiti kehidupan diri dan keluarga apabila tidak lagi mampu bekerja dan terpaksa pula menanggung kos rawatan yang tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

Posted:

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

BESUT 3 Mei - Seramai 600 murid menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysia yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud II di sini, baru-baru ini.

Ia bagi memeriahkan Karnival Sekolahku Hebat selama dua hari yang diisi dengan pelbagai kegiatan bermaklumat yang turut memupuk hubungan kerjasama antara sekolah berkenaan dengan masyarakat, pemimpin setempat, jabatan kerajaan dan swasta.

Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, tiga kategori dipertandingkan iaitu prasekolah, tahun satu dan dua bagi kategori A, tahun tiga dan empat (kategori B) serta tahun lima dan enam (kategori C).

"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.

Bagi kategori A, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Ikhzal Afrizel Ismail, tempat kedua oleh Nor Syarifah Nor Halmizi manakala tempat ketiga, Mohamad Hamzi Asyraf Khir.

Che Muhammad Danial Che Arif muncul sebagai johan kategori B manakala tempat kedua dimenangi Anis Syarifah Rusdi dan ketiga, Nor Annisa Syakira Masrizan.

Nor Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi memenangi tempat pertama bagi kategori C manakala Norhafizah Ahmad Zuradi dan Nur Syazwani Mohamad Sabri, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof. Turut hadir, Guru Besar SK Tengku Mahmud II, Mohd. Abd. Wahab.

Selain mewarna, aktiviti lain ialah gerai jualan FAMA, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi Jabatan Pertahanan Awam, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan sukaneka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

Posted:

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

KUALA TERENGGANU 3 Mei - Terengganu bakal mempunyai sebuah akademi badminton selewat-lewatnya awal tahun depan dalam usaha kerajaan negeri melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya dalam proses mencari lokasi sesuai untuk membina akademi berkenaan selain mendapatkan khidmat jurulatih profesional.

"Sudah tiba masanya Terengganu melonjak pula dalam sukan ini dan saya yakin kita akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi menggerakkan pembangunan sukan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2009/2010 di Wisma Darul Iman dekat sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin.

Pada majlis tersebut, dua jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa dianugerahkan sebagai Olahraga dan Olahragawati Negeri dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi, sijil penghargaan dan sehelai jaket sukan.

Ahmad berkata, usaha melahirkan bakat dalam sukan badminton diberi penekanan pada tahun ini memandangkan pencapaian atlet negeri dalam sukan itu agak terkebelakang berbanding sukan lain.

Ujarnya, ia ekoran sistem pengurusan atlet yang tidak efisien selain tidak mempunyai jurulatih profesional.

"Kita belum putuskan lagi sama ada mahu melantik jurulatih tempatan mahupun luar negara.

"Apa yang penting, dengan penubuhan akademi ini akan memudahkan pelatih memberi tumpuan memandangkan segala kemudahan sudah tersedia," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 03 May 2011 11:52 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Cegah kecacatan anak peringkat awal

Posted: 03 May 2011 03:57 PM PDT

Nasional

NAJIB bertanyakan sesuatu kepada G Muniswaran, 5 tahun    yang mengalami kecacatan tulang belakang   pada majlis pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan   Kanak-Kanak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

NAJIB bertanyakan sesuatu kepada G Muniswaran, 5 tahun yang mengalami kecacatan tulang belakang pada majlis pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-Kanak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

Najib mahu maklumat faktor risiko disebar

IPOH: Datuk Seri Najib Razak berkata pengetahuan mencegah kecacatan kanak-kanak di peringkat awal perlu disebar luas ke seluruh anggota masyarakat, terutama ibu bapa bagi membolehkan masalah itu dirawat segera, sekali gus mengelak anak mengalami cacat sepanjang hayat sehingga mengorbankan masa depan mereka yang cerah.

Perdana Menteri berkata, ibu bapa perlu mengetahui faktor risiko yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan. Sebagai contoh, kegagalan memberi rawatan awal mudah dengan meletakkan ais pada dahi anak yang demam panas bagi menurunkan suhu, boleh mengakibatkan kesan kepada otak kanak-kanak berkenaan.

"Pencegahan awal atau intervensi awal maknanya pencegahan jangan berlaku sesuatu yang boleh membuat seseorang itu menjadi cacat. "Peringkat kedua pula, Kementerian Kesihatan boleh hantar pakar ke sekolah mengesan sama ada seorang pelajar ada tanda-tanda awal menjadi autistik atau sindrom down atau apapun yang mungkin ibu bapanya menafikan (kecacatan), tetapi (jika) doktor dapat kesan dan kenal pasti (kecacatan), ibu bapa kenalah terima hakikat yang tidak boleh dinafikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan serentak Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-Kanak, laman web kempen berkenaan, siri dokumentari 13 siri kisah kanak-kanak autisme bertajuk Jika Itu Takdirnya di TV1 bermula malam tadi serta penerbitan buku Manual Pencegahan Kecacatan Kanak-kanak di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Kempen berkenaan adalah sebahagian program Semai Bakti anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Terdahulu, Rosmah menasihatkan ibu bapa supaya mengelak daripada sindrom penafian semata-mata kerana tidak dapat menerima hakikat kecacatan atau abnormaliti yang berlaku kepada anak mereka, sebaliknya mereka harus menerima kenyataan itu dan menganggap ia sebagai fitrah daripada Allah.

Katanya, apa yang penting ibu bapa seharusnya membawa anak untuk pemeriksaan awal kerana semakin lewat mereka dirawati, semakin sukar masalah itu diatasi.

Beliau berkata, pengalaman dari serata dunia menunjukkan program intervensi awal mampu membantu kanak-kanak autisme memaksimumkan potensi mereka dalam bidang tertentu seperti seni lukis, matematik, muzik dan seni.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawatankuasa khas kaji kurikulum Sejarah ditubuh

Posted: 03 May 2011 03:55 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud (kiri) dan Omar (kanan).

MUHYIDDIN mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud (kiri) dan Omar (kanan).

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui 10 anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah, yang dilantik berkuat kuasa semalam bagi memastikan kandungannya dapat memupuk semangat menjiwai 1Malaysia di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, dalam kenyataan semalam, berkata jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Datuk Omar Mohd Hashim yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, manakala timbalannya ialah Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam.

"Penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Justeru, kita mahu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah. "Matlamatnya, kurikulum Sejarah yang mahu diperkenalkan ini harus mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta tanah air, sekali gus memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia," katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Ahli lain ialah Pakar Sejarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman; Pensyarah Jabatan Sejarah UM, Prof Dr Danny Wong Tze Ken dan Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ranjit Singh Darshan Singh.

Anggota lain termasuk Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Ismail Ali; Penolong Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Ilan Mersat dan wakil Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Dr Benedict Topin.

Perjumpaan pertama jawatankuasa khas itu berlangsung di Kementerian Pelajaran, semalam dan akan mengadakan perbincangan selama setahun untuk menyumbang pendapat atau memberi cadangan dalam empat aspek utama bagi menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai 2013.
Ia termasuk mengkaji kesesuaian kandungan kurikulum subjek Sejarah dan buku teks Sejarah sedia ada dengan hasil pembelajaran Sejarah yang menekankan penghayatan dan pengalaman perpaduan serta patriotisme selain mengkaji ketepatan fakta.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 03 May 2011 11:51 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Bandar pencen elemen klasik Muar

Posted:

Bandar pencen elemen klasik Muar

Bandar pencen elemen klasik Muar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



HISTORIOGRAFI bandar Muar yang ditelaah sentiasa menerawang di benak fikiran sehingga terpantul ke dasar mimpi. Penulis juga sentiasa dibayangi dengan ayat yang paling signifikan dalam sebuah naskhah lama yang dibaca.

Pada satu catatan, Muar yang merupakan kota kedua Portugis di Semenanjung Tanah Melayu adalah saksi kepada permulaan keagungan bangsa. Kota itu juga menjadi medan kepada kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang cukup masyhur pada zaman silam.

Baris ayat-ayat itu sememangnya mempunyai satu takwil yang cukup besar bagi penulis. Ia telah memberi pemahaman kepada penulis bahawa Muar adalah sebuah bandar yang bukan calang-calang pada suatu ketika dahulu. Tidak keterlaluan juga untuk disimpulkan, kekayaan sejarah Muar setanding dengan Melaka.

Benar, seperti kata tokoh sejarah Melaka, Baharam Azit, Muar atau Teluk Dalam dilingkari dengan gugusan pengkisahan lampau yang perdana.

Muar yang menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Majapahit pada tahun 1350 sememangnya tidak mewariskan sebarang artifak untuk ditatapi.

Namun, selepas Muar menjadi kubu terakhir serangan Jepun dan kemudian dicengkam oleh Inggeris, bandar itu telah meninggalkan banyak warisan yang kekal utuh sehingga kini.

Penulis dan jurufoto, Amin Farij Hasan menganggap Muar bukanlah sebuah bandar biasa. Jujur kami suarakan, aura zaman kolonial Inggeris di bandar yang pernah dihikayatkan dalam Suma Oriental masih segar menyapa.

Opera kehidupan khalayak Muar juga jauh berbeza dengan kota raya Kuala Lumpur. Masyarakat Muar bercitra tinggi. Semangat mereka memelihara apresiasi seni warisan jelas menunjukkan kesungguhan untuk memberitahu dunia bahawa Muar pernah makmur pada era silam.

Seni bina klasik

Tidak hairanlah jika bandar diraja di selatan Johor itu digelar bandar pencen. Atas faktor itulah, Muar berjaya memukau pandangan si pengembara. Melintasi Jambatan Sultan Ismail, anda seolah-olah berada di 'dunia' lain.

Seperti kata seorang anak jati Muar, Salleh Minhat, 62, bandar itu sesungguhnya tewas dalam usaha mendirikan bangunan pencakar langit.

"Namun, Muar telah menjalankan tugas yang paling sukar iaitu mengekalkan seni reka bangunan yang dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua. Malah, di merata ceruk, banyak ejaan bahasa Melayu lama masih dikekalkan oleh si empunya premis," katanya ketika bersembang bersama penulis baru-baru ini.

Kata lelaki itu lagi, wilayah bandar Muar juga unik kerana ia dikelilingi bangunan yang berciri klasik.

"Sama ada anda berada di Jalan Abdullah, Jalan Maharani, Jalan Sisi hinggalah ke Jalan Petrie, pasti terselit dua tiga buah kedai yang kebanyakannya menjual barang dapur kuno.


MONUMEN yang terletak di tengah-tengah bandar ini mengalu-alukan kehadiran pelancong.


"Terdapat juga bangunan kedai yang berunsur pascakolonial seperti bangunan Hotel Embassy," ujarnya bangga.

Selain itu, masih terdapat tulisan Cina yang dilukis dengan menggunakan cat merah pada tiang sebesar kayu balak.

Namun, yang paling mencuri tumpuan lensa pelancong ialah Bangunan Kastam. Bangunan itu siap dibina pada tahun 1909 ketika Muar menjadi satu-satunya bandar yang mempunyai landasan kereta api.

Jalan Petrie mungkin layak dilabelkan sebagai lorong bersejarah. Kawasan tersebut membariskan bangunan seperti Mahkamah Tinggi Muar yang berusia 126 tahun dan mempunyai sentuhan neoklasik.

Pejabat Tanah Muar (dulu Bangunan Sultan Abu Bakar) yang terletak bersebelahan juga mempunyai elemen sejarah yang tidak terperi. Begitu juga dengan Sekolah Tinggi Muar yang dibina dalam tahun 1914 dan Balai Polis Cawangan Trafik.

Berjalan kaki mungkin cara terbaik untuk menghayati keindahan dan sejarah yang terpatri di Muar. Jika tidak, para pengembara barangkali gagal menemui hotel-hotel lama seperti Hotel Federal, Hotel Embassy dan Hotel Paris. Premis-premis itu bagaimanapun hanya tinggal nama sahaja.

Kopi Muar

Barangkali ramai yang bersetuju dengan penulis bahawa tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati secawan kopi di Jalan Maharani. Bukan setakat rekaan dan susun atur kedainya yang unik, bahkan aroma kopinya mampu mententeramkan gelodak jiwa.

"Kata orang, apabila minum kopi di Muar ibarat mengembalikan nostalgia zaman 60-an kerana corak hidangannya tidak berubah sejak dulu," kata Kiar Cher Yong, 26, pewaris jenama Kopi 434.

Di kala senja, ziarah terhenti seketika di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Papan tanda masjid masih mengekalkan ejaan lama. Percikan cahaya lampu neon melambai kami untuk singgah sebentar.

Rumah Allah yang dibina pada tahun 1927 itu mempunyai pengaruh Inggeris. Bumbung bangunan utama merupakan bumbung limas beratapkan genting lama. Menariknya tentang masjid yang terletak di tebing Sungai Muar ini, terdapat menara empat tingkat yang mempunyai kontur dan reka corak yang unik.

Mercu tanda terbaru di Bandar Maharani ini ialah Masjid Jamek Sultan Ismail yang didirikan betul-betul di utara tebing Sungai Muar. Pelan arkiteknya persis kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Jika posisi kedudukan anda dari bandar Muar atau dari Jambatan Sultan Ismail, lokasi penyatuan ummah itu dilihat seakan-akan terapung di atas sebatang sungai.

Untuk menikmati panorama masjid atau rutin aktiviti komoditi masyarakat Muar, apa kata anda menaiki bot menyusuri Sungai Muar yang memakan masa lebih kurang sejam.


MASJID Jamek Sultan Ismail yang mempunyai pengaruh Inggeris antara tarikan di Muar.


Dalam lipatan sejarah tertulis akan keunggulan Muar. Bandar itu satu-satunya bandar di negara ini yang mempunyai sistem kereta apinya sendiri yang ditubuhkan pada tahun 1889 dan berakhir pada tahun 1925. Ia menghubungkan Jalan Sulaiman dan Sungai Pulai sejauh 22.5 kilometer (km).

Pencapaian itu dikatakan sungguh luar biasa memandangkan tiada satu bandar pun di Malaya pada ketika itu mengimplemenkan idea yang sedemikian.

Memetik kenyataan dalam beberapa rujukan, pihak pentadbiran Keretapi Kerajaan Muar (MSR) mempunyai perancangan untuk memanjangkan landasan kereta api hingga ke Batu Pahat. Bagaimanapun, impian itu tidak kesampaian ekoran halangan geografi dan kewangan.

Kesan landasan kereta api telah hilang selepas tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Bagi membuktikan cerita tentang kewujudan MSR bukan dongengan, lokomotif MSR yang diiktiraf tertua di Malaysia kini dipamerkan di Taman Tanjung Emas.

Kata seorang pengunjung ketika berbual bersama penulis, Haseena Seelan, 29 : "Saya teruja melihat Muar lebih hebat daripada mana-mana negeri di Malaysia kerana ia memiliki segala-galanya sejak dulu lagi."

Khazanah berharga

Hari terakhir di Muar, kami mengalihkan stereng menuju ke Kolam Air Panas Sungai Gersik yang terletak di Kampung Sungai Gersik, Mukim Sungai Balang. Lokasi itu kira-kira 30 km dari bandar Muar.

Kolam Air Panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya lokasi air panas semulajadi yang kini dikomersialkan. Terpercik perasaan gerun tatkala dikisahkan tentang peristiwa ganjil di kolam berkenaan. Namun kolam yang ditemui oleh seorang penduduk kampung yang bernama Abd. Rahman Harshad pada tahun 1911 merupakan khazanah yang tidak ternilai untuk bandar Muar.

Penerokaan sejarah di bandar Maharani semakin bermakna apabila berpeluang melawati Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh. Almarhumah permaisuri Sultan Alauddin juga dimakamkan bersebelahan dengan makam baginda. Batu nisan kedua-duanya dipercayai ditempah khas dari Acheh dan diukir dengan kalimah al-Quran. Kawasan makam dikawal rapi oleh penduduk kampung dan pihak berwajib bagi mengelakkan aktiviti pemujaan di makam itu.

Meskipun Muar dibaluti dengan kepadatan sejarah, bandar pencen itu turut membangun selari dengan arus kemodenan. Program mengindahkan pesisir pantai dan pembukaan penempatan baru yang lebih moden telah memesatkan pembangunan bandar itu.

Seperti kata seorang anak jati Muar, Mohd. Zamani Abdullah, 75 : "Kita telah membangun tapi kita sedikit pun tidak jejaskan elemen-elemen klasik yang di tinggalkan oleh nenek moyang dan penjajah kita. Orang Muar harus berbangga kerana bandar ini sebenarnya telah menyimpan banyak peristiwa sejarah walaupun tiada bukti arkeologi yang mengesahkannya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 03 May 2011 11:28 PM PDT

Utusan Online - Politik


Pas semakin tak percaya Anwar?

Posted:

Pas semakin tak percaya Anwar?

Pas semakin tak percaya Anwar?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan. com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pucuk pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio 'Datuk T' adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya.

Dakwa Wan Khairul lagi, hakikat tersebut juga dapat dilihat apabila Anwar sendiri tidak mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Pas Kelantan semasa beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, beberapa hari lalu.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sewaktu berkunjung ke Kelantan hanya berceramah di kawasan yang majoritinya penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya di kubu kuat Pas seperti kebiasaan.

"Saya boleh katakan di sini bahawa semakin ramai pemimpin Pas Kelantan meragui penafian Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam video seks. Rata-rata mereka percaya Anwar terbabit dalam video itu sebagaimana didakwa.

"Namun atas pertimbangan politik mereka ini terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan mengenai siapa pelaku dalam video seks didedahkan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, cabaran exco Kelantan, Datuk Husam Musa supaya Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjalani poligraf juga sebenarnya bersifat serampang dua mata yang bertujuan memerangkap Anwar.

Katanya, ini kerana sebagai ahli politik berpengalaman, Husam sebenarnya sudah dapat membaca bahawa Shazryl Eskay tidak takut untuk menjalani ujian tersebut, memandangkan sumpah laknat pun ahli perniagaan itu berani laksanakan.

Dalam pada itu, Wan Khairul mencabar Anwar supaya membawa kes rakaman video seks tersebut ke mahkamah syariah dengan segera jika benar beliau yakin dirinya tidak bersalah dan sengaja difitnah oleh Shazryl Eskay.

"Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain. Bukti yang ada sekarang sebenarnya semakin tidak berpihak kepada dia. Jika dia yakin tuduhan ini satu fitnah segera failkan kes ini ke mahkamah syariah memandangkan untuk bersumpah pun dia takut,'' tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahfuz guna bahasa kesat

Posted:

Mahfuz guna bahasa kesat

Mahfuz guna bahasa kesat

KUALA LUMPUR 3 Mei - Maruah Pas selaku parti yang memperjuangkan Islam tercemar gara-gara sikap biadab Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat di laman Twitternya.

Mahfuz dikesan berbuat demikian sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Pas meninggalkan pembangkang kerana dilihat kerjasama itu hanya membawa keuntungan kepada DAP.

Malangnya, yang menjadi sasaran maki-hamun pemimpin kanan Pas itu bukan setakat Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) mahu pun UMNO tetapi, turut 'diserang' ialah seorang rakan dalam talian Twitternya iaitu Jack Fadzli.

"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini," kata Mahfuz kepada Jack Fadzli, Sabtu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 03 May 2011 11:14 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


'Tolonglah bawa anak saya pulang'

Posted:

'Tolonglah bawa anak saya pulang'

'Tolonglah bawa anak saya pulang'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Azmi Sulaiman dan isterinya, Pahzin Fatimah Mohd. Noor menunjukkan gambar Azhlina yang didakwa dilarikan seorang pemuda ke Kalimantan Timur, Indonesia di rumahnya Kampung Bukit Tiu, Machang, semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH


MACHANG 3 Mei - Seorang bapa merayu agar pihak berkuasa membantu membawa pulang anak perempuan sulungnya, Azhlina Azmi, 23, yang dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok, Indonesia dikenali sebagai Salleh sejak tiga tahun lalu.

Menurut Azmi Sulaiman, 50, dia dan ahli keluarga sangat berharap Azhlina dapat dibawa pulang kerana mereka amat merinduinya.

"Sudah lama kami merinduinya, saya sudah tidak tahan menanggung derita, tolonglah bawa anak saya pulang. Kami tidak mampu, jadi kami berharap ada pihak yang sudi kerana dia juga ingin pulang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Azmi memberitahu, anak sulung daripada enam beradik itu dipercayai mengikut Salleh yang pernah bekerja di sebuah kilang papan di Padang Tengku, Pahang, sementara anaknya itu bekerja sebagai akauntan di kilang yang sama.

Menurutnya, mereka yang sebelum ini menetap di Pahang, telah berpindah ke Kampung Bukit Tiu dekat sini, sementara Azhlina mengambil keputusan untuk terus bekerja di sana.

"Kali terakhir kami berjumpa dengan Lina (Azlina) semasa dia pulang ke kampung pada 21 Februari 2008 sempena cuti Tahun Baru Cina.

"Selepas tiga bulan kehilangannya, anak lelaki saya, Azizul Hafiz, 22, menerima panggilan telefon daripada Lina yang memberitahu dia berada di Indonesia dan sudah berkahwin tetapi tidak mengingati bagaimana dia ke sana dan di mana dia berkahwin," katanya.

Azmi berkata, Azhlina turut memberitahu dia berada di rumah kongsi di kawasan Desa Kebun Agung Rantau Pulung, Balik Papan, Kalimantan Timur, Indonesia bersama suaminya yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dengan pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jelasnya, Azhlina kerap menelefon dan merintih mengenai kehidupannya di sana yang begitu daif selain merayu supaya dia dapat dibawa pulang.

"Dia sudah mempunyai anak dan bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak untuk membantu suami. Dia terlalu ingin pulang tetapi tidak mampu. Kehidupan mereka sekeluarga sangat miskin kerana pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung hidup setiap bulan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

Posted:

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

ALOR SETAR 3 Mei – Seorang gadis berusia 23 tahun maut ditikam teman lelakinya dipercayai setelah menolak lamaran untuk berkahwin dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 10.45 hingga 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzah Riyyanti Omar mati di tempat kejadian akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dada, perut dan tangan oleh suspek yang berusia lingkungan 50-an.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini baru sebulan berpindah ke Alor Setar.

"Sebelum ini suspek bekerja sebagai chef di sebuah hotel di Genting Highlands dan dipercayai telah mempunyai keluarga di Johor Bahru. Mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham setelah mangsa mahu perhubungan mereka diputuskan semalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu.

"Sebaik sahaja menikam mangsa, suspek terus menceritakan perkara tersebut kepada majikannya dan atas nasihat majikannya suspek menyerah diri kepada polis pada pukul 1.30 pagi ini," katanya.

Mohd. Adzaman memberitahu, suspek yang mengaku menjalin hubungan dengan mangsa sejak lima tahun lalu kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya mangsa akan pulang ke rumahnya di Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang selewat-lewatnya pukul 7 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 03 May 2011 07:48 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

Posted:

Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

KUALA LUMPUR 3 Mei — Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan analisis saintifik dilakukannya, ada kemungkinan Beng Hock mati kerana jatuh dari tempat tinggi

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat persendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Beng Hock dengan menggunakan analisis saintifik berkaitan pergerakannya jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan Beng Hock jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga adalah tidak mungkin Beng Hock mencangkung di birai tingkap dan terus jatuh ke depan dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

''Sekiranya Beng Hock terjun dalam keadaan itu, mungkin kepala mangsa akan terkena pada panel tingkap berdasarkan saiz bukaan tingkap itu," katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga merupakan pakar penyiasat dalam kemalangan melibatkan pesawat udara berkata, keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Beng Hock jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Mohamed Noor; Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim: Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr. Peter Vanezis.

Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S.Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

Posted:

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari mulai hari ini ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga 1 Ogos ini.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan penangguhan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memaklumkan terdapat 23 dokumen sulit kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) antara 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007 perlu dinyahrahsiakan terlebih dahulu sebelum dikemukakan sebagai eksibit (bahan bukti).

Beliau yang juga Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara berkata, baru-baru ini Kabinet telah meluluskan untuk dokumen tersebut diklasifikasikan semula namun pihaknya perlu merujuk kepada pelbagai kementerian.

Ini kerana dokumen terbabit bukan sahaja penting bagi perbicaraan tersebut bahkan terdapat hal-hal lain yang perlu diambil kira dan ia perlu kekal sebagai rahsia, ujar beliau ketika memohon penangguhan.

Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik menyatakan pihaknya bersedia sekiranya mahkamah meneruskan kes meskipun belum menerima dokumen-dokumen berkaitan.

''Anak guam saya yang berusia 67 tahun telah berada dalam Kabinet dan kerajaan selama 17 tahun. Tertuduh mahu membuktikan dirinya tidak bersalah, maka saya berharap pendakwaan dapat melakukannya secepat mungkin dan ini merupakan penangguhan terakhir,'' kata Kian Kheong.

Tun Abd. Majid memaklumkan, daripada 80 saksi yang tersenarai, pihaknya akan memanggil seramai 40 orang sahaja.

Hakim Ahmadi dengan nada tegas berkata, ia adalah penangguhan terakhir dan mahkamah akan mendengar perbicaraan selama 10 hari sehingga 12 Ogos depan.

Bekas Presiden MCA itu yang ditemani isteri, Toh Puan Ena Ling didakwa pertama kali pada 29 Julai 2010 atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 03 May 2011 07:24 PM PDT

Utusan Online - Pahang


IPD Kuantan baiki rumah balu

Posted:

IPD Kuantan baiki rumah balu

IPD Kuantan baiki rumah balu

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanpahang@utusan.com.my


Mohd. Jasmani Jusof (kiri) bersama beberapa pegawainya melawat rumah Ramlah Jusoh yang hidup daif bersama enam anaknya di Kampung Cherating Baru, Kuantan, semalam.


KUANTAN 3 Mei – Seorang ibu tunggal, Ramlah Jusoh, 47, tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila hasrat arwah suaminya untuk membaiki rumah tercapai selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan memilih rumah mereka untuk dibaiki sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di sini hari ini.

Ramlah berkata, selepas suaminya, Wan Ahmad Wan Mat Zain, meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah hati lebih empat tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga semakin terhimpit.

Ramlah yang bekerja di kilang papan berhampiran rumahnya memberitahu, kemiskinan hidup menyebabkan dia tidak mampu membaiki rumahnya yang rosak kerana terpaksa menanggung sembilan ahli keluarga termasuk menantu dan dua cucu.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan saya sekeluarga apabila ada pihak yang sudi membaik pulih rumah yang sudah rosak kerana saya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaikinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof sempena Peringatan Hari Polis ke-204 anjuran Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuantan, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar.

Sementara itu, Mohd. Jasmani berkata, kira-kira RM10,000 digunakan bagi membaiki lantai dapur dan bumbung rumah yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan kerjasama anggota polis IPD Kuantan.

"Selama ini masyarakat lebih memandang kami sebagai pembanteras kegiatan jenayah.

"Menerusi program amal seumpama ini, masyarakat lebih terbuka dan pada masa sama menjalin hubungan erat antara penduduk dan anggota polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Operasi cari warga asing hilang diteruskan

Posted:

Operasi cari warga asing hilang diteruskan

Operasi cari warga asing hilang diteruskan

TEMERLOH 3 Mei - Polis masih meneruskan usaha mencari seorang pekerja asing warga Indonesia yang terjatuh ke dalam Sungai Semantan dekat Kampung Paya Kecik di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, operasi mencari pekerja sangkar ikan itu yang dikenali sebagai Wantriyadi, 20, diperluaskan sehingga ke muara Sungai Semantan dan Sungai Pahang sejauh empat kilometer.

Katanya, operasi disertai lebih 40 anggota terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung dengan menggunakan lapan bot.

"Polis menyusur kiri dan kanan tebing Sungai Semantan termasuk mencari di celah-celah rumpun buluh dan kayu, namun hingga kini tiada sebarang tanda atau mayat ditemui.

"Mangsa dikatakan turun memberi makan ikan sangkar tetapi tergelincir lalu terjatuh ke dalam Sungai Semantan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd. Nor memberitahu, beberapa rakan dan penduduk yang cuba memberi bantuan, tetapi gagal kerana mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan

Posted:

Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan

Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan


Mohamad Shahrom Osman (kiri) menyampaikan replika cek Geran Pentadbiran Komuniti Bestari kepada Abdullah Sulaiman di Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 3 Mei - Pemimpin Komuniti Bestari di negeri ini perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai gagasan 1Malaysia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, terdapat pihak yang cuba menafikan keberkesanan konsep yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyamakannya dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang dibawa DAP.

Menurut beliau, pihak terbabit didapati cuba memainkan isu tersebut untuk mengelirukan pandangan dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat negara ini.

"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri ini amat bersesuaian kerana ia berpaksikan Perlembagaan.

"Selagi kita berpandu kepada Perlembagaan, ia dapat menjaga dan memelihara hak rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam dan Penyampaian Geran Pentadbiran Komuniti Bestari 1Malaysia, di sini malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Lipis, Md. Zain A. Rahman, Ketua Polis Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan dan Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Lipis, yang juga Pengerusi Bestari 1Malaysia Kampung Kuala Lanar Datuk Abdullah Sulaiman.

Pada majlis itu, Mohamad Shahrom menyampaikan replika cek Geran Pentadbiran Komuniti Bestari masing-masing bernilai RM3,800 kepada 12 penghulu.

Menurut beliau, konsep 1Malaysia bukan sahaja mampu memperkukuhkan perpaduan malah berupaya membawa kecemerlangan kepada negara.

Ujarnya, konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sering diputarbelitkan pihak tertentu bahawa kerajaan mengagihkan pembangunan kepada pihak berkepentingan sahaja dan bukan mengisi kebajikan rakyat keseluruhannya.

"Dakyah yang menyeleweng pemikiran rakyat hanya permainan politik pihak tertentu semata-mata dan perlu diperjelaskan kepada penduduk setempat.

"Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat menerusi pelbagai kemudahan asas dan bantuan kemanusiaan," katanya.

Justeru, katanya, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin atau penggerak Komuniti Bestari untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia dengan lebih mendalam di peringkat akar umbi.

Beliau turut berharap Jabatan Penerangan dapat memperluaskan lagi program Komuniti Bestari hingga ke perkampungan Orang Asli di daerah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 03 May 2011 03:31 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Hanya DAP dapat untung

Posted:

Hanya DAP dapat untung

Hanya DAP dapat untung

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

APABILA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru Pas keluar daripada pakatan pembangkang, ia bukanlah bermaksud mahu parti itu bergabung dengan Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Tetapi Najib sebenarnya ingin memberi isyarat atau menyedarkan Pas daripada mimpi bahawa kerjasama mereka dengan pakatan itu hanya sia-sia.

Ia kerana DAP walaupun mengaku rakan sekutu tetapi pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas meneruskan perjuangan Islamnya.

Namun seperti mana dijangkakan pemimpin-pemimpin Pas bukan sahaja tidak mahu memikirkannya malah menolak gesaan Perdana Menteri mentah-mentah.

Semua orang tahu bagaimana corak politik yang diamalkan oleh DAP yang boleh dikatakan mempunyai hubungan lebih rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding Pas.

Sejak awal lagi, kerjasama pembangkang hanya melibatkan PKR dan DAP, Pas hanya diterima selepas tidak lagi bernada lantang untuk meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam.

Sebab itulah dalam apa soal sekali pun, DAP tidak begitu mengambil berat apa perasaan dan pandangan Pas, sebaliknya merujuk kepada PKR.

Tambahan pula, corak perjuangan antara DAP dan PKR tidak ada bezanya. Kedua-dua parti itu mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya umum lalu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah kerana memainkan isu perkauman.

Di Pulau Pinang semua masih ingat bagaimana DAP dikatakan berkempen dengan 'menjaja' kononnya mengundi parti Gerakan sama dengan mengundi UMNO.

Ini sekali gus mempengaruhi pengundi-pengundi Cina untuk menyebelahi mereka. Di Selangor, PKR turut menggunakan pendekatan yang sama apabila memainkan isu hak kaum India melalui perjuangan perkauman pertubuhan haram Hindraf.

Tetapi Pas bukan sahaja bersedia mengorbankan perjuangan Islam malahan untuk bercakap soal kepentingan orang Melayu pun takut demi menjaga hati DAP dan PKR.

Mengulas perkara ini, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof.Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pas mesti sedar matlamat politik DAP ialah Malaysian Malaysia.

Katanya, sesiapa sahaja yang faham konsep berkenaan akan mengetahui betapa bahayanya ideologi dan matlamat DAP itu dalam konteks Perlembagaan negara, orang Melayu dan agama Islam.

''Tetapi Pas kelihatannya lebih utamakan jumlah kerusi. Mungkin Pas sudah letih berjuang, begitu juga para pemimpinnya yang mahukan kerjasama dengan DAP,'' katanya ketika dihubungi.

Selain itu pemimpin-pemimpin DAP lebih melihat pemimpin PKR jauh berwibawa berbanding pemimpin Pas sebab itulah, apabila kerusi PKR semakin mengurang di dalam Dewan Rakyat, DAP tetap memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang.

Sedangkan kalau hendak dibandingkan dengan Anwar yang berhadapan dengan pelbagai dakwaan berkaitan moral, pemimpin Pas sepatutnya diberi penghormatan kalau benar DAP menyerahkan jawatan itu atas dasar setiakawan biarpun mereka mempunyai kerusi yang lebih, tetapi DAP langsung tidak mempelawa Pas.

Semua ini membuktikan bahawa DAP hanya memperalatkan Pas demi keuntungan politik mereka terutamanya bagi meraih sokongan orang Melayu.

Dalam soal ini DAP amat memahami berbanding PKR yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah, Pas lebih berwibawa untuk tujuan itu.

Apatah lagi melalui peranan ulama-ulama di dalam Pas yang bercakap soal Islam, maka ia memberikan kelebihan kepada Pas untuk menarik sokongan orang Melayu.

Pas perlu faham bahawa corak politik yang diamalkan oleh DAP sekarang lambat-laun akan memusnahkan Pas.

Ia kerana orang Melayu semakin mampu melihat dengan jelas bagaimana tindak-tanduk DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang jelas tidak menghormati Pas.

DAP memahami kononnya atas kesepakatan bersama, Pas akan berusaha keras memastikan undi orang Melayu di kawasan yang ditandingi oleh DAP memihak kepada parti itu.

Ia sudah berlaku di Pulau Pinang, apabila DAP menang di sesetengah kerusi atas sokongan pengundi Melayu.

Ketika ditanya mengenai fakta ini, Mohamed Mustafa berkata, hakikatnya DAP yang akan mendapat lebih banyak kerusi dan akhirnya menjayakan agenda mereka sebagai parti utama dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjayakan perjuangan Malaysian Malaysia.

''Pas hanya akan dibekalkan kawasan-kawasan Melayu yang mereka telah biasa bertanding dan tidak lebih daripada itu, sedangkan DAP akan bolot semua kawasan bandar dan mungkin menang semuanya jika trend pengundi bandar tidak berubah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, akhirnya siapa yang untuk? Islam? Melayu? Pas? atau DAP,'' tanya beliau.

Berdasarkan hujah itu, Pas akan dilihat selama-lamanya hanya akan diperalatkan oleh DAP bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Mudah kata, dalam apa keadaan pun selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang - yang untung tetap DAP.

Justeru masih belum terlambat untuk Pas mengkaji dengan mendalam corak politik DAP kerana jika Pas masih leka dan terlalu yakin bahawa mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya nanti, percayalah ia kesudahannya boleh meletakkan Pas bagaikan menang sorak kampung tergadai.

Jika Pas benar-benar hendak mempertahankan Islam seperti mana nasihat Najib maka keluarlah daripada pakatan pembangkang. Ia selaras dengan pesanan pejuang Pas, Zulkifli Mohamad iaitu:

''Pangkal pokok perjuangan Islam di dalam negeri ini datangnya daripada hati orang-orang Islam. Bukan alat yang dipentingkan, bukan kemuliaan yang dipentingkan, bukan bilangan yang dipentingkan, tetapi yang lebih dahulu yang mesti dipentingkan ialah iman dan semangat Islam, iman kepada Allah dan Rasul-Nya dan semangat untuk berjuang kepada jalan Allah dan jalan Rasul-Nya.''

Semoga Pas akan memahami pesanan ini dan tidak terus hanya menjadi 'tangga' kepada DAP untuk mencapai tampuk kekuasaan negara sedangkan perjuangan Islam entah ke mana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eskay cabar Anwar lakukan ujian poligraf pula...

Posted:

Eskay cabar Anwar lakukan ujian poligraf pula...

Eskay cabar Anwar lakukan ujian poligraf pula...

Oleh Zaini Hassan

TERUS terang saya katakan Anwar ini hebat orangnya. Hebat dalam permainan kata-kata. Hebat sebagai pemidato awam. Dan hebat dalam serba-serbi!

Jika orang Melayu mendengar pidatonya pasti mereka akan cair jiwa raga dan ternganga rongga mulut. Malah bukan orang Melayu sahaja, dia juga berjaya menggunakan kemahiran kata-katanya sehingga 'mat-mat salleh' Amerika dan orang asing pun jatuh hati kepadanya.

Pendek kata kemahiran itu bukan datang secara semula jadi, tapi melalui ilmu yang dipelajarinya.

Difahamkan dia mempelajari seni oratori atau pengucapan awam itu di Indonesia. Seni yang dipelajari oleh Anwar ini bukan seni pidato sembarangan, bahkan seni yang disokong oleh aura spiritual yang dapat menundukkan pendengar sekali gus mempengaruhi pemikiran dalaman pengikutnya.

Saya difahamkan kemahiran itu pernah dipelajarinya daripada seorang guru pidato awam terkenal di Indonesia yang bernama Prof. H. S. Soenarjo.

Dalam tempoh isu video seks itu membelenggu dirinya sekarang, beliau menggunakan talian hayatnya dengan merangka program jelajah untuk berpidato – bagi mempengaruhi orang ramai mempercayainya.

Seperti biasa, ramai yang mendengar pasti akan terpegun dengan gurindam kencananya. Orang Melayu terbuai-buai dengan antonasi suara dan gerak mimik wajahnya yang cukup meyakinkan.

''Saya difitnah, saya dikhianati, saya tidak bersalah, saya bukan lelaki yang berzina dengan perempuan Cina itu..." Orang ramai yang mendengar pidato bertenaga Anwar itu tergamam.

Hakikatnya, semasa beliau berkata begitu aliran darahnya berkocak-kocak. Naluri dalaman menyentap dirinya. Anwar, sebenarnya kini sedang menghadapi satu situasi yang paling sukar dalam hidup dan karier politiknya dengan tuduhan terbaru berhubung video seks itu.

Nyawa politiknya kini di hujung tanduk. Semua orang yang melihat video aksi seks dengan pelacur Cina itu mengenali si pelakunya. Difahamkan seorang pemimpin tertinggi Pas yang sudah melihat versi penuh aksi seks itu memberitahu "sahlah dia".

Yang pasti Anwar kini cukup tertekan. Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Eskay) sudah pun bersumpah laknat mengatakan dia adalah lelaki yang memakai seluar jeans yang berjalan ke hulu ke hilir di dalam video itu.

Eskay bersumpah bahawa dialah di dalam video itu dan beliau bersumpah mengetahui siapa pelaku yang memakai tuala dan tanpa tuala di dalam video itu. Sumpah telah dibuat, namun tidak disambut oleh si pelakunya, yang dakwa oleh Eskay sebagai Anwar bin Ibrahim.

Setakat drama bersiri yang membelenggu Anwar ini, sudah dua sumpah laknat dibuat. Saiful Bukhari Azlan, pemuda lemah lembut yang mendakwa diliwat Anwar juga telah bersumpah laknat. Kini Eskay pula, bekas rakan karib Anwar yang sudah tidak sanggup menutup kemungkaran sahabatnya itu.

Anwar, sehingga saat ini masih enggan bersumpah. Bersumpah kepada Allah Taala mengatakan dia tidak terbabit dalam perbuatan liwat atau pun berzina dengan pelacur Cina itu.

Tapi Eskay tetap mahu Anwar bersumpah. Jika utidak mahu bersumpah dengan Allah Taala, Eskay mencabar Anwar melakukan ujian poligraf pula. Ia adalah ujian saintifik untuk menentukan sama ada orang itu berbohong atau bercakap benar.

Eskay mahu polis atau jurupoligrafi bebas melakukan ujian itu ke atasnya dan ke atas Anwar.

Dalam Cuit bertarikh 6 April lalu bertajuk: Episod malang dan bala Anwar: Rakyat berhak tahu! saya ada menulis mengenai kaedah poligraf ini. Tulisan itu dibuat dua hari setelah petikan pertama video seks tersiar di YouTube.

Ini petikannya: SAYA tertarik untuk memetik surah Yasin ayat 65 yang berbunyi: "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".

Ia membawa erti mulut manusia mungkin boleh bercakap bohong, mendusta, tapi tangan dan kaki akan menjadi saksi kepada pendustaan kita itu, kata sahabat seorang ahli matematik dan komputer sains yang percaya sejenis alat boleh membuktikan seseorang itu bercakap bohong atau tidak.

Katanya, apabila wayar-wayar dipasang di jari-jari tangan dan anggota badan maka orang itu akan diuji untuk bercakap benar atau bohong. Mesin itu dikenali sebagai poligraf (polygraph) atau alat kesan pembohongan, mungkin boleh menjadi salah satu alat ujian untuk kes-kes seperti itu. Orang yang bohong biasanya boleh dikesan melalui dengupan jantung dan nadi, peluh di jari-jari, getaran di halkum dan lain-lain.

Ujian poligraf jarang-jarang dilakukan di Malaysia. Difahamkan ada beberapa agensi penguat kuasa mempunyai alat itu tapi hanya digunakan untuk urusan dalaman sahaja. Pihak polis tidak menggunakan poligraf untuk mengesan peringkat awal pengakuan tertuduh dalam sesuatu kes.

Di Amerika ia banyak digunakan untuk orang yang disyaki terbabit dalam jenayah seksual. Ia juga banyak digunakan ke atas pesalah seksual yang dibebaskan secara parol atau di bawah pemerhatian. Banyak mahkamah rayuan persekutuan di Amerika menyokong penggunaan poligram untuk pesalah seksual yang dibebaskan di bawah pemerhatian bagi menilai keinginan seks, pemikiran dalaman dan naluri.

United Kingdom juga dikatakan akan mewajibkan ujian poligram ke atas pesalah seksual yang dibebaskan atas jaminan.

Menurut sahabat tersebut, ayat Kursi itu dengan jelas membuktikan bahawa anggota badan lain kita tidak akan menipu sekiranya mulut asyik mengatakan dia difitnah, ditipu atau tidak melakukannya.

Walaupun poligraf ada kelemahannya, sahabat itu berkata, banyak kes yang boleh diselesaikan jika ujian tersebut digunakan dalam urusan siasatan dan forensik di Malaysia. Apa kata polis?

Setelah Eskay bersumpah laknat, kini beliau akan mencabar Anwar melakukan ujian poligraf pula. Sanggupkah Anwar?

Episod ini akan lebih mendebarkan, kita tunggu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 03 May 2011 01:47 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Amerika dituduh berbohong

Posted:

Amerika dituduh berbohong

Amerika dituduh berbohong


KEDIAMAN Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan dikunjungi penduduk tempatan yang rata-rata tidak percaya pemimpin Al-Qaeda itu telah mati dibunuh.


ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.

Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.

Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.

Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.

Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.

Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Obama tonton Osama ditembak

Posted:

Obama tonton Osama ditembak

Obama tonton Osama ditembak


OBAMA (dua dari kiri), Biden (kiri) dan Clinton (dua dari kanan) bersama para pegawai kanan keselamatan AS menyaksikan operasi pemburuan Osama di White House, Washington pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menonton skrin televisyen yang menunjukkan detik-detik seorang komando menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden, 54, secara langsung pada malam Ahad lepas, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Detik-detik itu dilihat Obama di pejabatnya bersama beberapa pegawai kanan lain termasuk Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di White House di sini menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu.

Obama dapat melihat Osama ditembak di bahagian kepala dekat mata kiri pada skrin televisyen tersebut yang turut disaksikan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden dan pegawai-pegawai pasukan keselamatan negara AS.

Anggota komando itu kemudian menembak Osama sekali lagi di bahagian dada bagi memastikan dia sudah mati. Ia merupakan amalan biasa dalam pasukan tentera.

Dalam video itu juga, salah seorang isteri Osama dikatakan bertindak seperti perisai manusia untuk melindungi diri suaminya semasa seorang anggota komando AS memasuki sebuah bilik tidur di dalam rumah agam yang bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) dekat bandar Abbottabad, Pakistan.

Beberapa jam kemudian, jenazah Osama dikebumikan di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gadis tolak cinta lelaki dibunuh

Posted:

Gadis tolak cinta lelaki dibunuh

Gadis tolak cinta lelaki dibunuh

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


TUKANG masak yang dipercayai membunuh Ratna.


ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.

"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.

Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 03 May 2011 11:34 AM PDT

Utusan Online - Kota


Terminal Sejahtera diwujud

Posted:

Terminal Sejahtera diwujud

Terminal Sejahtera diwujud

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah, baju merah) bersama penerima anugerah cemerlang SPM 2010 pada majlis penyampaian sijil penghargaan dan insentif di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menubuhkan pusat ulang kaji pelajaran yang dikenali sebagai Terminal Sejahtera untuk kemudahan pelajar sekolah sekitar ibu kota.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pusat tersebut ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar mengulang kaji pelajaran dalam persekitaran yang lebih selesa.

Katanya, tempat yang akan diberi tumpuan untuk ditubuhkan pusat itu ialah di kawasan rumah pangsa yang persekitarannya pada kebiasaannya agak kurang selesa untuk belajar.

"Terminal Sejahtera ini diharapkan dapat menyediakan tempat mengulang kaji yang selasa kepada pelajar sekolah rendah dan menengah supaya mereka dapat belajar dengan lebih baik.

"Idea untuk menubuhkan pusat tersebut timbul apabila melihat pusat seumpamanya yang ada di Lembah Pantai di bawah kelolaan pihak swasta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 kawasan Parlimen Lembah Pantai di Kompleks Sukan Bangsar, di sini, malam tadi.

Raja Nong Chik berkata, peruntukan bagi pusat itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, sementara pihaknya masih dalam proses mengenal pasti beberapa lokasi untuk membina terminal tersebut.

Ujarnya lagi, pihaknya menjangkakan pusat itu akan mula dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menyediakan peruntukan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi program pembangunan pendidikan.

"Sebanyak RM10,000 telah diperuntukkan bagi PIBG di 13 buah sekolah di Lembah Pantai untuk digunakan oleh pihak tersebut dalam memartabatkan pendidikan negara.

"Majlis pelancaran dan pemberian peruntukan itu akan diadakan 15 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesal pengedar lepas tangan

Posted:

Kesal pengedar lepas tangan

Kesal pengedar lepas tangan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Seorang pemilik salon hari ini kesal kerana pengedar produk kosmetik yang menyebabkan dua pelanggannya mengalami kerosakan kulit dan parut setelah menerima 30 suntikan untuk menguruskan badan enggan bertanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Beliau yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya mendapatkan produk berkenaan sejak kira-kira setahun lalu dan telah menggunakannya terhadap lebih 30 pelanggannya.

Katanya, namun dua daripada pelanggannya itu mengalami kesan kerosakan kulit dan parut yang kekal selepas menggunakan produk tersebut.

"Saya kesal kerana pihak pengedar melarikan diri apabila kami ingin mendapat penjelasan mengenai produk itu yang mengakibatkan permukaan kulit pelanggan rosak.

"Ekoran kejadian malang itu, saya kerugian sekitar RM40,000 hingga RM50,000 untuk membayar ganti rugi, kos perubatan dan kos guaman kepada pelanggan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA Cheras, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan MCA Bahagian Cheras, John Su Kuan berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung perkara tersebut iaitu satu daripada pemilik salon dan dua daripada pelanggan.

"Pemilik salon berkenaan mendakwa memperoleh bekalan produk kecantikan yang diimport dari Jerman daripada seorang pengedar di Puchong.

"Bagaimanapun, apabila aduan diterima, pihak pengedar itu enggan bertanggungjawab terhadap kejadian menimpa pengguna," katanya.

Lebih malang ujarnya, produk tersebut telah mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan proses kelulusan yang dilakukan kementerian tersebut sebelum membenarkan produk seumpama itu berada di pasaran.

Sebelum ini, akhbar melaporkan tindakan seorang ahli perniagaan lelaki mencuba satu produk menguruskan badan melalui 30 suntikan kosmetik dalam tempoh sejam mengundang padah apabila dia terpaksa menanggung kesan parut kekal di tubuhnya kesan daripada rawatan itu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dan enggan dikenali itu bukan sahaja terpaksa menanggung kesan parut di perut dan belakang badan, malah terdapat kesan lubang di bahagian yang disuntik itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO pindah ‘keluarga lumpuh’

Posted:

UMNO pindah 'keluarga lumpuh'

UMNO pindah 'keluarga lumpuh'

Oleh NUR NAZLINA NADZAR
pengarang@utusan.com.my


Nabil Najmi dan Zainal Abidin Md. Said ditolak masuk ke rumah baru mereka di tingkat bawah Blok 27 Perumahan Polis, Desa Tasik, Sungai Besi pada program gotong-royong memindahkan keluarga itu oleh UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, baru-baru ini. – UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah


KUALA LUMPUR 3 Mei – Keluarga Rosnah Abd. Walad, 45, kini berasa lebih tenang dalam mengharungi kehidupan apabila telah berpindah ke rumah baru di tingkat bawah yang lebih memudahkannya tinggal bersama suami dan anak yang terlantar akibat lumpuh.

Penantian selama tiga minggu untuk berpindah ke rumah baru terkabul setelah kediaman itu, di Blok 27 Perumahan Polis, Desa Tasik, Sungai Besi, dibaik pulih menerusi bantuan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dengan kos RM12,000.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Azami Mohamad berkata, pihaknya bersama Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah bergotong-royong membaik pulih rumah itu serta memindahkan keluarga itu.

Katanya, gotong-royong itu turut dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Tasik Polis yang memindahkan barangan keluarga itu dari rumah lama mereka yang terletak di tingkat satu, Blok 1 perumahan tersebut.

"Sepanjang tiga minggu lalu, pihak kami telah melakukan kerja-kerja membaik pulih seperti mengecat semula, memperbaiki bumbung dan pelbagai lagi bagi memberi keselesaan kepada mereka.

"Diharapkan dengan perpindahan ini akan memudahkan keluarga itu yang kini tidak perlu turun dan naik tangga apabila ingin pergi mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program gotong-royong memindahkan keluarga tersebut baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar dan Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Tasik, Mohd. Khir Abdullah.

Keluarga malang ini mendapat perhatian UMNO Bahagian Bandar Tun Razak kerana suami Rosnah, Zainal Abidin Md. Said lumpuh akibat diserang penyakit saraf sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, anak mereka, Nabil Najmi Zainal Abidin, 15, mengidap penyakit palsi serebrum.

Azami berkata, pihaknya telah pun meminta bantuan sebuah katil khas seperti di hospital kepada Zainal untuk memudahkan pergerakannya.

"Saya berharap pihak Baitulmal dapat mempertimbangkan bantuan itu untuk meringankan beban keluarga ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 03 May 2011 09:31 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Laut kubur Osama

Posted: 02 May 2011 01:43 PM PDT

MukaDepan

GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan  wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP

GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP

Pemimpin Al-Qaeda ditembak di kepala, anak lelaki turut maut dalam serangan komando AS

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.

Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas akibat kegagalan mekanikal. Pekarangan rumah yang diserbu dalam operasi itu adalah lapan kali ganda lebih besar daripada rumah berhampiran dan dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi tidak mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet.

Pegawai AS memberitahu Agensi Perisikan Pusa (CIA) menjejaki Osama di tempat persembunyiannya, sebelum pasukan elit keenam tentera laut AS diterbangkan ke lokasi itu.

Katanya, Osama ditembak di kepala dalam pertempuran itu dan pegawai AS mengesahkan identiti pemimpin Al-Qaeda itu berdasarkan rupanya. Pegawai itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada DNA sudah dilakukan.

Presiden AS, Barack Obama ketika membuat pengumuman kejayaan operasi itu yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia menyifatkan kematian Osama sebagai 'keadilan akhirnya ditegakkan'.
Obama berkata tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.

Obama mengesahkan beliau mengarahkan operasi tengah malam itu, selepas AS kali pertama mendapat maklumat risikan mengenai tempat persembunyian Osama, Ogos tahun lalu.

"Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya," kata Presiden AS itu.

Beliau berkata, tiada seorang pun tentera AS atau orang awam terbunuh dalam operasi itu.

Obama turut memuji Pakistan di atas kerjasama yang diberi negara itu. Bagaimanapun seorang pegawai berkata hanya AS mengetahui mengenai operasi itu sebelum ia dilancarkan.

Pengumuman Obama itu mencetuskan perhimpunan spontan di hadapan Rumah Putih dan di Ground Zero, tapak menara World Trade Center (WTC) yang runtuh dalam serangan 11 September 2001, selepas dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas didakwa anggota kumpulan Al-Qaeda.

Berita dramatik kematian Osama itu menutup pergolakan dunia yang dicetuskan serangan 9/11 ke atas pengganas yang mengorbankan lebih 3,000 orang.

Serangan didakwa dilakukan Al-Qaeda itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut digunakan sebagai alasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menceroboh Iraq.

Seorang diplomat Barat di Afghanistan berkata, kematian Osama juga dijangka membawa perubahan besar kepada dasar luar AS.

"Perkembangan ini akan mengubah senario, tetapi masih kabur apakah perubahan ini," katanya.

Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah."

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azman5227

Bharian online jangan pulak tak berani nak pamirkan segala komen orang. Baik tutup je ruangan komen anda kalau penakut atau anda adalah penyokong tegar amerika.

Ee'

takkan masa meninggal pun muka sebiji dlm gambar yang di ambil 15 tahun dulu...kot!

azman5227

Selepas ini ada lagi jadi buruan jahat Amerika apabila ada penjuang baru yang mempertahankan kedaulat Islam. Orang yang mengaku Islam pun memburu dan menghina para pejuang menegak keadilan Islam.

azman5227

Bukan Osama bin laden yang menhuru harakan dunia tetapi pemimpin Amerika dan sekutu kuatnya Israil Laknatullah.
Kalau benar itu Osama Al-Fatihah buatnya semoga Allah meletakkan bersama-sama orang yang SAHID. Setiap insan yang memperjuangkan dan menegakkan ISLAM akan di cop sebagai pengganas oleh Amerika dan sekutu-sekutunya serta negara penyokong Amerika termasuklah negara kita Malaysia kot.

tansri azizul

benarkah osama b laden mati?..xpercaya lansung..

wanjeff

Sekiranya Osama benar2 mati, mungkin itu adalah takdir bgi pemimpin Al Qaeda itu. Tapi gambar Osama yg d siarkan oleh Amerika itu adalah satu pbohongan. Takkan tak beza muka yg sihat dan muka yg dah jadi mayat. Apa..?? dia urg ingat kita ni budak kecik yg tak pandai mbezakan yg sahih dan yg palsu..dasar penipuuu

Aisyah

Photoshop edited?? Hanya Allah yang tahu...8-)

NUR ALIYA

haha nampak sangat tipu kot.....jelas teknik photoshop.

yob

terang lg bersuluh.. mmg gambar super impose. ntah ape tujuan dia nak war2kan tentang kematian ni... bersedialah....

halimin

foto osama mcm superimpose jer. aku rasa mcm org lain jer.

takkan la muka masa dia mati sama dengan muka masa b'ucap...nampak benor menipu nye...zaman dah canggih boleh edit gambar...dunia2...

are

propaganda barat jer semua nie...

sri siantan

gambar jenazah sama seperti wajah masa hidup, masih senyum. pelik betul, betul ke osama dah mati?

MOELYADI

Saya belumm percaya atas kematian Osama bin Laden,Sebab wajah Osama yang tayang media elektronik tidak mirip , Justru saya bertaya kenapa mayat Osama dikubur dilaut.

haruniderus

amerika musuh utama islam...bangkitlah wahai seluruh umat islam..

-sEpaSanG keRusI©-

says: 100% fake!! bh better start to get a better news....

Putra Eddy

ni gmbar paslsu ni..please click the link below.
http://www.admiralhafiz.com/2011/05/gambar-mayat-osama-bin-laden-mati.html

sheng korosing

knp suma urg bngga osama ni mati . .

rashidi adam

aku igt ni bkn osama la....ni org lain....

nano

gambar tu memang sama la.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List