gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 19 May 2011 09:24 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Hakis, kikis, lenyap

Posted: 18 May 2011 03:42 PM PDT

MukaDepan

MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.

MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.

Negara perlu persediaan awal tangani paras air laut meningkat

KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.

Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais. Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk 'Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies' yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

haizad

Inilah akibat terlalu mengejar pembangunan, sehingga alam sekitar musnah, pokok atau hutan adalah ejen penyejukan alam sekitar, oksigen yang dibebaskan oleh pokok akan menurunkan suhu dan pokok juga bertindak menyedut karbondioksida yg menjadi punca pemanasan global, moralnya hentikan penebangan pokok.

amiramzar mate

KIAMAT DEKAT DOH TU..

faizu

Zaman sekarang manusia terlalu penting diri sendiri ingin hidup mewah..so ini semua soal alam semula jadi diaorang tak penah ambik tahu..

sir.philips

kerajaan malaysia sepatutnya mengambil tindakan segera

Marwan Rabani

Pemanasan global berlaku akibat kelalaian manusia yang mementingkan diri sendiri. Penganjuran EARTH HOUR oleh beberapa negara di dunia tidak kondusif malah pemanasan global semakin berlarutan. Dan inilah hasilnya, akibat daripada sikap manusia dan kekurangan peralatan mesra alam. Jangan hairan, jika negara di dunia ini akan mempunyai bandar di bawah dasar laut!

armie_aleeya@yahoo.com

sentiasa bersiap sedia segala kemungkinan yg datang slps ini....


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 19 May 2011 07:10 AM PDT

Kosmo Online


Polis NS tumpas kumpulan curi kenderaan

Posted:

Polis NS tumpas kumpulan curi kenderaan

Polis NS tumpas kumpulan curi kenderaan

19/05/2011 6:29pm

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menumpaskan satu kumpulan enam lelaki dan merampas 10 kenderaan bernilai lebih RM200,000 yang kesemuanya dilaporkan dicuri di Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata, kesemua kenderaan tersebut iaitu sembilan buah kereta dan sebuah lori tiga tan dirampas di sekitar Sepang, Kajang dan Cheras di Selangor selain di Melaka dan di Negeri Sembilan.

"Kesemua rampasan kenderaan tersebut adalah berkaitan dengan kes kecurian kenderaan di Selangor. Siasatan awal mendapati kenderaan yang dicuri akan dijual pada orang perseorangan dan bengkel kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamdan berkata, enam suspek yang berumur 20-an dan 30-an itu ditangkap di beberapa lokasi berasingan di ketiga-tiga negeri itu bulan lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu lori mengaku tak bersalah dera anak

Posted:

Pemandu lori mengaku tak bersalah dera anak

Pemandu lori mengaku tak bersalah dera anak

19/05/2011 6:29pm

KLANG - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun dengan memukul mangsa menggunakan kayu.

K. Segar, 39, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Tertuduh yang berasal dari Bentong, Pahang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap S. Anusia, di rumah No:8-15, Blok E, Perdana Villa Apartment, Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa di sini, antara 25 Disember tahun lepas sehingga akhir bulan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Puteri Iskandariah Md. Tahir membantah sebarang ikat jamin kerana pertuduhan menggambarkan kekejaman yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa meskipun tertuduh adalah bapa kandungnya sendiri dan ia melibatkan kepentingan awam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wujudkan program realiti cungkil bakat belia

Posted:

Wujudkan program realiti cungkil bakat belia

Wujudkan program realiti cungkil bakat belia

19/05/2011 3:45pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan sebuah program realiti televisyen sebagai satu cara mencungkil bakat-bakat belia selain dijadikan pentas untuk memberi nafas baru kepada program-program belia.

Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, cadangan tersebut wajar dipertimbangkan memandangkan program-program belia sebelum ini tidak diberi pendedahan yang secukupnya dalam media.

Menurutnya disebabkan kekurangan pendedahan dalam media, ramai menyifatkan pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini lesu dari segi penganjuran aktiviti.

"Menariknya mengenai program realiti TV ini ialah ia akan digerakkan sendiri oleh belia-belia kita menerusi aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 19 May 2011 07:09 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Pemandu lori mengaku tidak bersalah dera anak kandung

Posted: 19 May 2011 03:55 AM PDT

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun dengan memukul mangsa menggunakan kayu.

K. Segar, 39, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.


Tertuduh yang berasal dari Bentong, Pahang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap S. Anusia, di rumah No:8-15, Blok E, Perdana Villa Apartment, Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa di sini, antara 25 Dis tahun lepas sehingga akhir bulan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Puteri Iskandariah Md Tahir membantah sebarang ikat jamin kerana pertuduhan menggambarkan kekejaman yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa meskipun tertuduh adalah bapa kandungnya sendiri dan ia melibatkan kepentingan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas maut dalam kebakaran

Posted: 18 May 2011 11:16 PM PDT

KOTA BAHARU: Tindakan seorang lelaki warga emas cuba memadamkan kebakaran kecil di dalam bilik tidurnya membawa malang apabila dia maut dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap dalam kejadian di Jalan Raja Dewa, Telipot, dekat sini awal hari ini.

Omar Ismail, 78, yang uzur sempat mengejutkan dan membawa isterinya, Hasnah Mustafa, 70, keluar dari bilik itu sebaik menyedari kebakaran berlaku.


Hasnah ketika ditemui berkata dia tersedar mengenai kebakaran pada pukul 4.30 pagi selepas dikejutkan suaminya sebelum bergegas keluar menyelamatkan diri dari bilik berkenaan. "Sebaik tersedar saya segera membuka pintu bilik dan mengejutkan anak dan cucu termasuk seorang pembantu rumah.

"Dalam kekalutan itu, saya kemudian terdengar suara suami saya menyebut "Allah! Allah!" dari arah bilik tidur kami yang terbakar, saya cuba menjenguk untuk mencari suami dan melihat bilik itu sudah dipenuhi asap tebal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 19 May 2011 03:43 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Bas berhenti sesuka hati

Posted: 18 May 2011 11:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap mementingkan diri segelintir pemandu bas awam yang menghentikan kenderaan mereka sesuka hati di sekitar persimpangan Chow Kit berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, mengundang bahaya terhadap pengguna lain di sepanjang jalan itu.

Tindakan pemandu bas awam terbabit nyata tidak disenangi orang ramai berikutan jalan itu laluan utama yang menghubungkan pusat bandar raya dengan tempat lain dan menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu.


Tinjauan Harian Metro mendapati dakwaan orang ramai ternyata benar apabila segelintir pemandu bas awam itu menghentikan bas mereka di tengah-tengah laluan berkenaan untuk menurunkan penumpang sehingga berlaku kesesakan teruk.

Abu Bakar Ahmad, 35, berkata, kesesakan jalan di sepanjang laluan itu berpunca daripada tindakan pemandu bas yang tidak memikirkan pengguna lain dengan menurunkan penumpang walaupun berada di tengah laluan.


Katanya, tindakan segelintir pemandu bas itu bukan saja menyusahkan orang ramai malah mereka juga membahayakan nyawa orang lain terutama penunggang motosikal dan penumpang bas yang terpaksa turun walaupun keadaan jalan sesak.


"Saya sudah beberapa kali mengemukakan aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat bas terbabit berhubung sikap pemandu itu.

"Tetapi, sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab," katanya.


Dia berkata, sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris terbabit kemalangan dengan bas yang berhenti di tengah laluan dan sebelum masalah itu bertambah buruk, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan drastik.

Menurutnya lagi, pemandu bas terbabit perlu menurunkan penumpang mereka di tempat yang sudah disediakan tetapi sikap melulu mereka yang semata-mata ingin menjimatkan masa boleh mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain yang tidak bersalah.


"Saya berharap pihak berkuasa prihatin terhadap masalah ini dan mengambil tindakan segera untuk kepentingan semua pihak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serah RM11,000 selepas dipukau

Posted: 18 May 2011 10:53 AM PDT

KAJANG: Seorang kakitangan sebuah restoran kerugian lebih RM11,000 selepas dipukau dalam kejadian di sebuah bank di Tanming Jaya, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari restorannya di Jalan Duta Mas ke bank berkenaan untuk memasukkan wang keuntungan jualan, namun dipukau seseorang tidak dikenali sebelum menyerahkan wang dalam sampul itu dalam keadaan tidak sedar.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 32, berkata, dia ditugaskan memasukkan wang keuntungan jualan ke dalam bank setiap hari.

Katanya, penyelia restoran menyerahkan wang itu di dalam sampul kepadanya dan sebaik tiba di bank itu, dia terus dipukau.


"Saya tidak sedar langsung dan tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan yang memukau hingga sanggup menyerahkan sejumlah wang kepada mereka.


"Saya hanya ingat wang jualan itu diberi penyelia di dalam satu sampul dan saya perlu memasukkan wang itu ke dalam bank seperti biasa, namun nasib malang menimpa apabila dipukau orang tidak dikenali," katanya di sini, semalam.

Roslan berkata, dia hanya menyedari kehilangan wang itu pada waktu petang selepas penyelianya meminta resit bank.


"Pada masa itu, kepala saya pening dan berada dalam keadaan bingung sebelum menyerahkan sekeping kertas kepada penyelia saya yang kemudian terkejut kerana keadaan saya tidak terurus.

"Berikutan keadaan saya, penyelia itu menyuruh saya pulang berehat, namun hingga kini saya masih kebingungan dan tidak mampu mengingati apa yang terjadi," katanya yang berharap individu tidak bertanggungjawab ditangkap.


Menurutnya, dia tidak dapat mengingati apa-apa dan kini masih dalam keadaan bingung dan tidak terurus kerana memikirkan kejadian itu.


Katanya, laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 19 May 2011 03:35 AM PDT

Utusan Online - Utara


Anjing liar punca gangguan

Posted:

Anjing liar punca gangguan

Anjing liar punca gangguan

PULAU PINANG 18 Mei - Perbadanan Bukit Bendera hari ini mengesahkan bahawa kerosakan pada salah sebuah gerabak kereta api bukit itu dua minggu lepas adalah disebabkan perlanggaran dengan sekumpulan anjing liar.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Choon berkata, hasil siasatan mendapati, perlanggaran berlaku apabila terdapat tiga ekor anjing yang melintas landasan kereta api pada kelajuan 4 meter sesaat di kilometer 1.970.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kereta api terlihat dua ekor anjing melintas dari arah kiri ke kanan, manakala seekor lagi tidak berjaya melintas dan terlanggar alat komponen gerabak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan oleh Pengurus Syif, Mohamad Shukri Abdullah telah menjumpai kulit dan kesan tompokan darah anjing yang melekat pada alat komponen dan landasan kereta api itu.

Katanya, perlanggaran itu telah mengakibatkan kerosakan alat penghubung komponen keretapi, alat pendingin hawa dan pintu automatik.

Kah Choon berkata, operasi perkhidmatan kereta api itu terpaksa dihentikan selama dua hari bagi kerja-kerja membaiki alat penjana elektrik koc itu.

Akibat kerosakan itu, Perbadanan Bukit Bendera menanggung kerugian sebanyak RM30,000 untuk kos pembaikian.

Projek naik taraf kereta api itu dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM73 juta. - BERNAMA

bagi menggantikan kereta api jenis furnikular yang digunakan sejak 1923 dan ia telah dirasmikan pada Ahad lepas setelah perkhidmatannya dihentikan lebih setahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

400 petak letak kereta tak diguna

Posted:

400 petak letak kereta tak diguna

400 petak letak kereta tak diguna

Oleh Hamden Ramli
utusanperak@utusan.com.my


Roshidi Hashim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas ketika Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku di pekarangan rumah pangsa Kinta Heights, Ipoh, kelmarin.


IPOH 18 Mei - Sikap pemandu yang suka meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki dan di bahu jalan termasuk secara bertindan menyebabkan masalah meletak kenderaan di Pusat Perniagaan Greentown terus berlarutan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, sikap tidak bertimbang rasa itu adakalanya menjadi punca pertelingkahan sesama pemandu.

"Terdapat 400 tempat letak kereta di bawah bangunan di Pusat Perniagaan Greentown itu tetapi tidak digunakan.

"Sebaliknya mereka lebih gemar untuk meletakkan kenderaan mengikut kesenangan mereka dan akhirnya menyusahkan pihak lain," katanya kepada pemberita selepas Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku di pekarangan rumah pangsa Kinta Heights di sini semalam.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Ipoh Barat, Datuk Tan Chee Ming, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kinta, Dr. Mohamad Nawi Sulaiman dan Pengerusi Biro Kesihatan MCA Ipoh Barat, Dr. Cheng Wai Yee.

Roshid berkata, MBI telah membuat penelitian terhadap masalah itu dan dijangka tampil dengan jalan penyelesaian tidak lama lagi.

Pada masa ini, katanya, MBI akan mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan saman kepada pemandu yang masih berdegil.

Sementara itu, Roshidi berkata, kerjasama positif masyarakat dalam menjayakan setiap program kebersihan MBI mampu membantu mencapai misi Ipoh Bersih, Hijau, Membangun.

"Melalui program melawat kawasan atau turun padang yang dilakukan oleh MBI di sekitar bandar raya Ipoh misalnya kita dapati warga Ipoh kini semakin berdisiplin dan lebih bertanggungjawab.

"Sekali gus, membolehkan mereka menjalani hidup yang sihat," katanya.

Beliau menambah, kawasan rumah pangsa Kinta Heights merupakan satu contoh terbaik perubahan yang telah berlaku di kalangan penduduk bagi memastikan persekitaran setempat bersih dan selamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

Posted:

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

GURUN 18 Mei - Lebih 20 penghuni lima buah rumah di Kampung Sungai Rotan Dalam di sini terpaksa menggunakan air parit berikutan ketiadaan bekalan air bersih di kampung mereka.

Abdul Amor Bakar, 54, yang menetap di kampung itu hampir 46 tahun lalu berkata, perkara itu berlaku kerana tidak terdapat paip besar di kampung berkenaan untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada mereka.

"Pakcik sekeluarga dari dulu lagi guna air parit untuk mandi, memasak mahupun membasuh kerana kampung ini memang tidak ada bekalan air bersih," katanya.

Abdul Amor berkata air parit itu tidak bersih dan keruh kerana disyaki bercampur dengan racun.

"Air parit ini keruh dan bercampur dengan racun sebab air baja dari kilang yang berdekatan mengalir terus ke parit ini termasuk juga dengan racun rumput.

"Kami tahu air ini tidak bersih tetapi kami terpaksa guna dan setakat sekarang tiada sebarang benda buruk berlaku kepada kami sekeluarga namun sampai bila kami mampu bertahan dengan keadaan ini," katanya.

Sabudin Mustafa, 50, berkata, mereka sebelum ini telah mengemukakan aduan dan permohonan kepada pihak yang berkaitan bagi mendapatkan bekalan air bersih namun sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, ketika hujan air parit tersebut akan melimpah menjadi air banjir.

"Air parit ini akan bertukar menjadi banjir sewaktu hujan dan bayangkan kami terpaksa menggunakan air seperti ini untuk mandi mahupun membasuh.

"Selain itu ada juga kes yang mana kami gatal-gatal setelah mandi air parit," katanya.

Sabudin berkata, kampung berkenaan juga tidak mempunyai prasarana lain seperti jalan tar dan lampu jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun, Dr. Leong Yong Kong berkata, beliau dimaklumkan bahawa penduduk akan memohon bekalan air bersih daripada Jabatan Kesihatan Daerah Bukit Selambau.

Katanya, beliau akan turut memberi sumbangan kepada penduduk untuk memasang paip air sebagai saluran bagi menyalurkan bekalan air bersih sekiranya peruntukan dari Jabatan Kesihatan Bukit Selambau tidak mencukupi. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 19 May 2011 03:30 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Ketua IMF perlu dipilih dari Asia: Filipina

Posted: 19 May 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

MANILA: Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisima mencadangkan ketua Tabung Monetari Antarabangsa (IMF) yang baru dipilih dari negara Asia.

Ia susulan peletakan jawatan Dominique Strauss-Kahn yang didakwa terbabit dalam serangan seks ke atas seorang pekerja hotel Manhattan.

Peletakan jawatan Strauss-Kahn mencetuskan perdebatan, apabila negara yang sedang membangun mendesak ketua IMF di pilih dari negara mereka dan seterusnya mengubah tradisi 65 tahun kepimpinan IMF di kalangan individu dari Eropah. "Berdasarkan keperluan mewujudkan kepimpinan yang lebih stabil di IMF, disokong perubahan landskap ekonomi global di mana Asia semakin jelas menunjukkan peningkatan dan memainkan peranan sebagai pemacu ekonomi global...kini adalah tempoh sesuai pemimpin Asia dipilih menerajui institusi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan baru akan memberikan isyarat positif bahawa IMF bertanggungjawab untuk mengubah dunia. - REUTERS


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MALGA bangga Jean Chua layak ke Terbuka Wanita AS

Posted: 19 May 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) bangga pemain negara, Jean Chua layak ke kejohanan golf Terbuka Wanita Amerika Syarikat dari 7 hingga 10 Julai ini.

Chua, 24, adalah pemain wanita kedua dari Malaysia yang layak ke kejohanan berprestij itu selepas Lim Siew-Ai menyertainya pada 2006 dengan menduduki tangga ke-49.

"Kita bangga dengan pencapaian Jean dan berharap semoga dia berjaya," kata Presiden MALGA, Tunku Puteri Tunku Jawahir, dalam satu kenyataan hari ini. Chua yang berpangkalan di Raleigh, North Carolina, sejak pertengahan tahun lalu, pernah menjadi pemain amatur di bawah MALGA sebelum menjadi profesional.

Dia memenangi kejohanan kelayakan Terbuka Wanita Amerika Syarikat yang berlangsung di Carolina Trace Country Club kelmarin.

Sambil menyifatkan penyertaannya dalam kejohanan itu sebagai cabaran paling besar baginya, Chua berkata beliau akan menggunakan tempoh beberapa minggu ini untuk berlatih. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 19 May 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Perubahan positif pantai PD

Posted:

Perubahan positif pantai PD

Perubahan positif pantai PD

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


BANANA boat antara tarikan pengunjung ke pantai Port Dickson.


TELUK KEMANG 18 Mei - Destinasi perkelahan di Port Dickson terus rancak dengan kehadiran pengunjung selepas pelbagai kempen dilakukan kerajaan dalam usaha mencapai sasaran empat juta pelancong menjelang hujung tahun 2012.

Hasrat itu juga disambut baik oleh orang ramai yang datang ke pantai peranginan terkenal di negara ini, apatah lagi ia kini dinobatkan Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peniaga, Zalika Mohd. Hadza, 38, berkata, perniagaannya semakin baik lebih-lebih lagi pada hujung minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum.

''Tengoklah, keadaan pantai juga semakin bersih dan ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan.

''Kalau kita ke Pantai Saujana, Batu 4 di Port Dickson ini, ia lebih cantik," katanya.

Namun begitu katanya, kemudahan tandas di beberapa lokasi mandian awam masih berkurangan dan ada pula yang jauh kedudukannya, begitu juga kawasan letak kereta.

Dia berharap banyak aktiviti diadakan pada hujung minggu dan bukan hanya tertumpu pada acara tahunan yang tidak ada kesinambungannya.

Tambahnya, banyak yang boleh dilakukan seperti car boot sale di kawasan letak kereta di Batu 4 ataupun bola sepak pantai, sukaneka pantai dan sebagainya yang boleh disertai pengunjung.

Dalam pada itu, penjaga tandas awam di Pantai Saujana, Batu 4, Shafie Dahlia, 46, dekat sini memberitahu, ramai pengunjung merungut kerana tandas tidak cukup dan surau pula tidak disediakan di situ.

''Saya segan juga apabila orang tanya di mana surau berdekatan. Saya lihat banyak wakaf tempat istirehat disediakan, tetapi tiada surau berdekatan.

''Binalah surau di kawasan tumpuan ramai khususnya di tepi pantai ini bagi memudahkan umat Islam mengerjakan ibadah sambil berkelah di situ," katanya.

Selain itu, Shafie juga memberitahu, terdapat beberapa ekor anjing liar yang sering kali mengganggu kehadiran orang ramai ke tandas berkenaan.

''Saya pernah melihat seorang pelancong dari negara Libya yang dikejar anjing liar ini.

''Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), tolonglah lihat ancaman anjing liar ini, walaupun saya faham sukar untuk menangkapnya," katanya.

Seorang pengunjung, Sharil Baktiah, 31, dari Kuala Lumpur memberitahu, pembangunan di pantai Port Dickson ini telah banyak berubah dan ia semakin menarik perhatian.

''Kawasan pantainya bersih, landai dan paling menarik ada kemudahan tandas dan tempat mandi.

''Saya mengharapkan lebih banyak aktiviti dijalankan di tepi pantai ini, daripada ia sepi begitu sahaja pada hujung minggu.

''Jadikanlah program itu berkala dan bukan hanya tertumpu pada musim tertentu. Aktiviti malam sepatutnya dihidupkan dengan pancaran laser dan persembahan kebudayaan, sebagai tarikan," katanya.

Manakala, R. Amarnath, 57, dia datang ke pantai ini bersama keluarga dari Cyberjaya untuk melihat keindahan suasana pantai ini.

''Apabila berada di Port Dickson, rasa tekanan hilang. Saya seronok berada di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banjir melanda Felda Gugusan Raja Alias 2

Posted:

Banjir melanda Felda Gugusan Raja Alias 2

Banjir melanda Felda Gugusan Raja Alias 2


Peniaga Felda Gugusan Raja Alias 2 membersihkan premis mereka yang dilanda banjir.


JEMPOL 18 Mei - Hampir 10 premis perniagaan dan 14 buah rumah di perkampungan Felda Gugusan Raja Alias 2 dekat sini dilanda banjir kilat dalam kejadian hujan lebat malam tadi.

Seorang peniaga, Ayob Sitam, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM1,000 berikutan banjir yang berlaku itu.

''Kejadian banjir kilat yang berlaku itu berpunca daripada longkang berhampiran Pejabat Kesihatan daerah yang rosak dan tidak dibaiki sehingga menyebabkan aliran air tersekat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ekoran kejadian itu katanya, air melimpah sehingga ke dalam kedai setiap kali hujan lebat.

Sementara itu, Mohd. Salem Arumadass, 47, berkata, kejadian itu telah empat kali berlaku dan membawa masalah kepada peniaga di sini.

''Setiap kali banjir, saya terpaksa menanggung kerugian. Barangan yang hendak dijual banyak yang rosak," kata Mohd. Salem yang menjual makanan di situ sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Nor Azizi Abd. Hadi, 48, pula berkata, pengurusan Felda dan pihak berkuasa tempatan perlu lebih peka dengan masalah tersebut kerana ramai yang yang kami tanggung ini.

''Kami mencari rezeki dengan berniaga di sini. Kalau banjir berlaku disebabkan faktor longkang, kami berasa amat dukacita,'' ujarnya.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Raja Alias 2 dekat sini, Abd. Razak Md. Isa berharap pihak berkuasa segera mengatasi masalah yang mengakibatkan banjir itu.

''Selain premis perniagaan, terdapat 14 buah rumah juga dilanda banjir yang dipercayai berpunca daripada limpahan Sungai Martiman dekat sini, selain faktor longkang rosak dan tersumbat," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah kecil hati - Menteri Besar

Posted:

Usah kecil hati - Menteri Besar

Usah kecil hati - Menteri Besar

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan (kiri) bersalaman dengan Ishak Ismail selepas mengadakan pertemuan bersama kepimpinan UMNO Bahagian Seremban di Jalan Penghulu Cantik, dekat Seremban, semalam.


SEREMBAN 18 Mei - Sengketa yang berlarutan antara ahli UMNO akan hanya menyaksikan parti dan orang Melayu berpecah, sekali gus meledakkan kehancuran sebuah bangsa, agama dan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tragedi demikian perlu dielakkan sambil menyeru mereka yang merajuk, kecil hati dan meminggirkan perjuangan UMNO dahulunya agar kembali atas nama penyatuan bangsa Melayu dan memacu negara pada masa hadapan.

''Saya sentiasa berhasrat untuk melihat UMNO akan terus kukuh dan kuat.

''Apa yang telah berlaku, kita ketepikanlah. Marilah kita pandang perjuangan lebih besar menyediakan hamparan baik untuk generasi akan datang khususnya untuk orang Melayu dan kepentingan parti keramat iaitu UMNO," katanya.

Mohamad berkata demikian dalam ucapan semasa mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban di Jalan Penghulu Cantik, dekat sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail serta kepimpinan peringkat Wanita, Pemuda, Puteri bahagian berkenaan.

Mohamad yang juga Menteri Besar memberitahu, tiada gunanya menebalkan rasa marah di antara kepimpinan peringkat UMNO bahagian dengan badan perhubungan UMNO negeri atau terhadap dirinya.

''Apa yang lebih penting ketika ini ialah kehadiran saya untuk menghulurkan tangan tanda persahabatan dan mahu bekerjasama dengan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban, khususnya dengan Datuk Ishak.

''Marilah kita padamkan apa yang berlaku, jika hendak diikutkan ego dan hati, saya pun ada perasaan yang tidak suka. Namun selepas difikirkan, siapa yang akan rugi kalau bukan orang Melayu sendiri," katanya.

Mohamad berkata, selepas pertemuan ini nanti, UMNO Bahagian Seremban diyakini boleh menjadi pemacu bahagian hadapan dalam memperjuangkan parti UMNO keseluruhannya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Mohamad melahirkan rasa terima kasih kepada Ishak kerana kehadiran jawatankuasa kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang datang dalam suasana cukup mesra.

''Kepimpinan UMNO Bahagian Seremban kini sudah bersedia untuk menggerakkan jentera pada bila-bila masa berhadapan pilihan raya umum akan datang.

''Dengan keyakinan yang diberikan, kita optimis kerusi UMNO yang tewas seperti Ampangan dan Sikamat akan dapat kita rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 19 May 2011 03:04 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Banjir kilat landa 300 buah rumah

Posted:

Banjir kilat landa 300 buah rumah

Banjir kilat landa 300 buah rumah

JOHOR BAHRU 18 Mei - Lebih 1,000 penduduk di Taman Damai Jaya, Skudai dekat sini panik apabila rumah mereka tiba-tiba dinaiki air sehingga paras lutut ekoran banjir kilat yang berlaku petang ini.

Banjir itu melibatkan lebih 300 buah rumah bermula dari Jalan Makmor 18 hingga 24 di taman tersebut berlaku ekoran hujan lebat yang turun bermula sejak pukul 3.30 hingga 5.30 petang.

Keadaan air naik yang berlaku dengan pantas dan surut dalam masa setengah jam itu menyebabkan rata-rata penduduk kawasan rumah teres dua tingkat tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian apabila beliau sendiri dengan segera turun untuk melawat kawasan tersebut selain mengambil langkah yang perlu.

Beliau yang diiringi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Tambi Omar Latip juga telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Seorang suri rumah, Latifah Ramli, 44, berkata, semasa kejadian berlaku dia bersama lima orang anaknya sedang berehat di rumah dan mereka hanya menyedari mengenai insiden itu selepas terdengar jiran menjerit.

"Kami semua panik apabila melihat air sudah mula memasuki kawasan dalam rumah. Kami kemudian cepat-cepat cuba selamatkan beberapa barangan sebelum rumah terus dinaiki air," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengalaman sama turut dirasai jirannya Shamsiah Mior Shahudin, 50, yang ketika itu berada di rumah bersama seorang cucunya yang masih kecil sekali gus tidak banyak barang yang mampu diselamatkan.

"Biarpun ini bukan kali pertama banjir seumpama ini berlaku, namun seingat saya kejadian ini yang paling teruk pernah kami semua alami sejak menetap di sini sejak sekian lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

jangan gentar

Posted:

<i>Utusan Malaysia</i> jangan gentar

Utusan Malaysia jangan gentar

PUTRAJAYA 18 Mei – Akhbar Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.

"Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.

"Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar," katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat ini yang kononnya bertujuan menolak politik fitnah Utusan Malaysia, Mohd. Jurit berkata, perkara itu tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.

"Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.

"Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.

Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

"Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Posted:

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei – Semua pemimpin dan tokoh agama selain daripada Islam perlu mendisiplinkan penganut ajaran masing-masing supaya menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana setiap agama termasuk Islam menyeru penganutnya supaya menyokong keamanan dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan agama dan kaum.

Menurutnya, setiap penganut agama yang berdisiplin tidak sesekali akan mempertikaikan Perlembagaan Negara kerana mereka mengamalkan sifat syukur, sabar, perbincangan (musyawarah), hormat dan tidak beremosi.

"Justeru itu, setiap tokoh agama perlu memainkan peranan dan memberi fahaman yang betul kepada penganut masing-masing melalui disiplin yang diamalkan sesuatu agama.

"Ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang mendisiplinkan penduduk Madinah yang turut menganuti agama lain selain Islam pada ketika itu supaya duduk bersama mempertahankan Madinah menerusi Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan negara Islam Madinah pada ketika itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang mengingatkan rakyat supaya tidak mempertikai atau mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd Yusoff Hussein berkata, tindakan mempertikaikan kontrak sosial dan isu agama hanya akan mengundang kekecohan dan perpecahan di kalangan rakyat.

Ujar beliau, ingatan Tuanku Syed Sirajuddin itu bernas dan perlu difahami setiap lapisan rakyat sekiranya mereka mahu mengecapi keamanan dan membangunkan Malaysia secara terancang.

Katanya lagi, kerajaan dan media massa perlu memainkan peranan masing-masing sama ada menerusi sistem pendidikan dan pendedahan akan kepentingan memelihara Perlembagaan Negara.

"Ini kerana, rakyat khasnya generasi muda masih tidak didedahkan kepada perjuangan pahit mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara sehingga mengetepikan perkara penting yang menjadi asas kepada pembentukan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 19 May 2011 02:14 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Nelayan laut dalam curi ikan

Posted: 18 May 2011 04:40 PM PDT

Wilayah

AHAMAD Sabki (kiri) mendengar penerangan mengenai model tukun tiruan daripada  Mohamad  selepas merasmikan seminar pembangunan dan penyelidikan tukun tiruan Kebangsaan 2011 di Hotel Vistana Pahang.

AHAMAD Sabki (kiri) mendengar penerangan mengenai model tukun tiruan daripada Mohamad selepas merasmikan seminar pembangunan dan penyelidikan tukun tiruan Kebangsaan 2011 di Hotel Vistana Pahang.

Warga asing guna bot pukat tunda jual hasil tangkapan ke negara asal

KUANTAN: Jabatan Perikanan mendakwa nelayan warga asing laut dalam yang bekerja dengan pemilik bot pukat tunda laut dalam rakyat tempatan menjual hasil tangkapan ke negara asal masing-masing bagi mengaut keuntungan, sekali gus menjejaskan pendaratan ikan bagi kegunaan rakyat tempatan.

Dakwaan itu dibuat selepas mendapati hasil tangkapan ikan oleh 1,315 bot pukat tunda laut dalam (C2) gagal menepati sasaran apabila hanya mampu mendaratkan 315,000 tan ikan atau 80 peratus berbanding sasaran pendaratan 349,500 tan sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, berkata siasatan pihaknya mendapati nelayan asing mengambil kesempatan menutup sistem pemantauan kapal (VMS) yang dipasang pada bot bagi mengelak dikesan pihak berkuasa termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Justeru, beliau meminta majikan mereka yang juga pemilik bot pukat tunda laut dalam supaya memantau perkara itu dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bot jika mendapati turut bersekongkol dan tidak mematuhi peraturan dan syarat pelesenan yang ditetapkan jabatan, termasuk menggantung dan pembatalan lesen bot dan peralatan yang digunakan.

"Kita akan membuat pemantauan secara berterusan bagi menjamin bot C2 yang menggunakan khidmat nelayan asing mendaratkan hasil tangkapan 100 peratus di eti pendaratan yang ditetapkan.
"Kita akan memantau operasi mereka menerusi VMS yang dipasang di setiap bot bagi menjamin hasil laut didaratkan di jeti perikanan negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan dan Penyelidikan Tukun Tiruan Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Gulamsawar Jan Mohammad dan Pengarah Perikanan Pahang, Datuk Mohamad Mat Saman.

Sementara itu, Ahamad Sabki berkata, Jabatan Perikanan memerlukan peruntukan RM25 juta bagi meningkatkan hasil pengeluaran ikan negara sebanyak 1.76 juta tan menjelang 2020, di samping menambah 50 tapak tukun tiruan selain menjalankan pemantauan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seludup dadah guna motosikal

Posted: 18 May 2011 04:39 PM PDT

Wilayah

Sindiket ambil kesempatan ketika kesibukan seberangi Tambak Johor

JOHOR BAHRU: Polis sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga, termasuk menempatkan pengintip di pintu masuk sempadan negara terutamanya di Tambak Johor di sini, bagi membanteras penyeludupan dadah antara dua negara.

Ia adalah susulan kejayaan melumpuhkan sindiket penyeludupan dadah ke Singapura, hasil tangkapan tujuh individu termasuk seorang wanita bersama lebih 4.8 kilogram heroin, selain menyita enam kenderaan yang keseluruhannya bernilai RM1.1 juta awal bulan ini. Kejayaan melumpuhkan sindiket terbabit hasil siasatan polis terhadap kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan modus operandi membawanya dengan motosikal, mengambil kesempatan pada kesesakan ribuan motosikal menyeberangi Tambak Johor pada waktu pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen menerusi perkongsian maklumat.

"Kita sedang mengesan saki baki anggota sindiket terbabit yang dipercayai cuba merekrut atau mengupah penunggang motosikal baru sebagai pembawa dadah upahan untuk menyeludup bahan larangan terbabit ke Singapura.

"Polis juga sudah menubuhkan pasukan khas bagi menangani masalah ini. Kita sudah merangka perancangan teliti termasuk menempatkan pegawai sebagai pengintip di pintu masuk sempadan negara bagi memudahkan polis mengesan mereka yang disyaki," katanya di sini, semalam.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya juga meningkatkan kerjasama risikan antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Biro Narkotik Pusat Singapura bagi mengesan dan melumpuhkan sindiket penyeludupan dadah berkenaan.

Berhubung penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 22 hingga 58 tahun yang terbabit dalam sindiket berkenaan, Mohd Mokhtar berkata, semua suspek masih dalam tahan reman bagi membantu siasatan.

"Kita mahu masyarakat juga memainkan peranan dan bekerjasama dengan polis dalam memerangi kegiatan ini. Apa saja maklumat yang mereka ketahui, boleh disalurkan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kastam Johor, Harun Ishak, berkata pemeriksaan berkala sering dilakukan di Tambak Johor bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

"Kita akan meningkatkan lagi pemeriksaan, malah setiap kenderaan akan diperiksa secara teliti supaya penjenayah tidak mempunyai peluang dan ruang untuk menyeludup bahan terlarang itu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 19 May 2011 01:32 AM PDT

Utusan Online - Timur


Enggan bayar tanah dirampas

Posted:

Enggan bayar tanah dirampas

Enggan bayar tanah dirampas

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterangganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Para pemilik yang masih culas menjelaskan tunggakan cukai tanah selama tiga tahun berturut-turut bakal berdepan tindakan tegas termasuk tanah mereka dirampas dan dilelong.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika mengingatkan perkara demikian berkata, mereka perlu menjelaskan cukai tersebut mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Kita harap semua pemilik tanah membayar cukai mengikut tempoh yang ditetapkan untuk faedah rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, kerajaan negeri memutuskan tempoh membayar cukai tanah yang sepatutnya berakhir 31 Mei ini dilanjutkan kepada 31 Julai depan.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat hari ini yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini.

"Mengikut Seksyen 94(2) Kanun Tanah Negara, para pemilik tanah dikehendaki membayar cukai tanah masing-masing pada atau sebelum 31 Mei ini dan jika gagal, mereka boleh didenda.

"Tapi hari ini kerajaan negeri bersetuju untuk lanjutkan tempoh itu kepada 31 Julai ini yang membolehkan pemilik tanah diberi masa dua bulan lagi untuk berbuat demikian," katanya.

Mazlan mengulas lanjut, pada sepanjang tahun lalu, kerajaan negeri mengutip hasil cukai tanah berjumlah RM7.6 juta sedangkan jumlah yang sepatutnya dipungut ialah RM25.1 juta.

Beliau menjelaskan, daripada keseluruhan pembayar cukai tanah, hanya 30.56 peratus yang menjelaskan bayaran cukai tanah dalam tempoh ditetapkan sepanjang tahun lalu.

Bagi tahun ini pula, tambahnya, kerajaan negeri menyasarkan kutipan cukai tanah berjumlah RM26 juta manakala hasil pungutan setakat empat bulan pertama tahun ini ialah sebanyak RM9.9 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina

Posted:

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina


Kang Eng Hiok, yang cacat tangan kiri dan menyara hidupnya dengan mangambil upah mengasingkan beras adalah antara penerima bantuan daripada Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Mei - Seramai 15 keluarga keturunan Cina di sekitar Kampung Cina, Penambang di sini menerima kunjungan Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Program turun padang yang diketuai komandan negeri, Zarina Md. Eusope itu turut disertai Ketua Wanita MCA, Liew Yuen Thye; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kampung Cina, Eng Yeng Fong dan 15 ahli wanita.

Dalam kunjungan tersebut, Skuad Sayang turut menyampaikan bantuan makanan kering kepada setiap keluarga di samping bertanya khabar mengenai bantuan asas yang diperlukan.

Zarina berkata, sejak ditubuhkan pada tahun lalu pihaknya sentiasa berusaha mendekati masyarakat berbilang kaum terutama di peringkat akar umbi bagi membantu golongan itu menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

''Aktiviti mendekati masyarakat di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini iaitu Panchor, Kijang dan Cempaka dilakukan secara berterusan dan tumpuan diberikan kepada golongan yang ditimpa musibah seperti banjir, ribut, kebakaran terutama daripada golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

''Selain bantuan segera, Skuad Sayang akan memastikan golongan yang berkelayakan menerima bantuan bulanan daripada JKM," ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Zarina yang juga ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa menambah, setakat ini hampir 2,000 keluarga telah menerima kunjungan daripada Skuad Sayang dan lebih setengah daripadanya telah mendapat bantuan daripada JKM.

Salah seorang penerima, Kang Eng Hiok, 71, yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa gembira dengan kunjungan Skuad Sayang yang mengambil berat mengenai dirinya dan adik lelaki yang berusia 48 tahun serta menghadapi penyakit mental.

''Kunjungan mereka memberi makna yang mendalam walaupun kita berlainan kaum dan agama namun hidup aman dan mengambil berat antara satu sama lain. Saya rasa amat seronok hari ini kerana ada yang datang berkunjung dan bertanya khabar," ujarnya.

Eng Hiok mengalami kecacatan di bahagian tangan kirinya apabila tulang lengannya hancur dan tidak dapat diselamatkan selepas jatuh dirempuh meja ketika berusia 13 tahun. Selain mendapat bantuan bulanan JKM, dia masih terus bekerja dengan mengambil upah memilih antah beras pulut untuk diasingkan dengan pendapatan RM1 bagi setiap sekilogram.

''Bukan selalu dapat upah memilih antah kerana bergantung pada bekalan yang dihantar oleh tauke yang simpati dengan nasib kami tetapi saya tetap mahu berusaha berdikari daripada bergantung sepenuhnya pada bantuan yang diberikan, '' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

Posted:

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Sebanyak 406 pertubuhan belia yang berdaftar di negeri ini akan menerima bantuan berjumlah RM1.29 juta sempena sambutan Hari Belia peringkat negeri di Padang Astaka Kuala Berang di sini esok.

Bantuan pentadbiran itu meliputi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) sebanyak RM50,000 dan 19 buah persatuan belia peringkat negeri dan majlis belia daerah yang bergabung dengan MBNT masing-masing akan menerima RM8,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, sebanyak 55 buah persatuan di peringkat daerah masing-masing akan menerima RM3,000 dan 331 persatuan di peringkat cawangan pula sebanyak RM2,000.

Menurut beliau, peruntukan daripada kerajaan Pusat itu dapat membantu meningkatkan lagi kegiatan dan kualiti persatuan dalam usaha melahirkan belia yang inovatif dan cemerlang.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri 2011 di RTM Kuala Terengganu di sini, semalam.

Rozi berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan merasmikan sambutan tersebut dan seterusnya menyampaikan cek bantuan pentadbiran.

''Seramai 10,000 belia daripada seluruh negeri akan berhimpun di Padang Astaka sempena sambutan Hari Belia pada tahun ini yang bertemakan Pemangkin Transformasi," ujar beliau.

Beliau menambah, sambutan selama dua hari itu akan dimeriahkan dengan 25 acara termasuklah karnival sukan tradisional, liga sukan untuk semua, perkhemahan transformasi belia, senamrobik dan konvoi belia bermotosikal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 19 May 2011 01:04 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


PM lancar penubuhan GSIAC

Posted:

PM lancar penubuhan GSIAC

PM lancar penubuhan GSIAC

Oleh Zaini Hassan


Kalangan tokoh-tokoh sains dan inovasi terkemuka dunia mendengar amanat Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS), New York, semalam. – BERNAMA


NEW YORK 18 Mei – Malaysia melakar satu lagi sejarah apabila melancarkan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini yang dianggotai 35 tokoh terkemuka dunia sebagai landasan memberi nasihat ke arah merealisasikan kemajuan rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi majlis itu berkata, buat permulaan tiga projek segera boleh dilaksanakan iaitu model Bandar Pintar dan Kampung Pintar yang turut membabitkan rumah jimat tenaga, kedua, projek biomass iaitu menjadikan sisa kelapa sawit sebagai kuasa elektrik serta vaksin dan ketiga pembangunan modal insan membabitkan kajian-kajian saintifik di pusat-pusat pengajian tinggi.

''Majlis itu juga akan menjadi platform menanda aras penarafan dan tahap kompetitif dalam sains dan inovasi berbanding negara yang sudah maju dalam bidang teknologi di samping meningkatkan keupayaan Malaysia dalam sains dan inovasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis itu di Akademi Sains New York (NYAS) di sini.

Dalam ucapannya, Najib berkata, majlis itu juga akan mewujudkan kolaborasi dengan pakar dunia dan pemimpin global, selain menjana dan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dan nilai pelaburan kepada Malaysia.

GSIAC yang mempunyai 25 anggota mewakili pakar pelbagai bidang di dunia dan 10 tokoh terkemuka tempatan, adalah inisiatif bersama antara Kerjasama Industri Kerajaan Malaysia Dalam Teknologi Tinggi (MIGHT) dan NYAS. Perlu disebut, NYAS, sebuah pertubuhan elit Amerika mempunyai 28 pemenang Hadiah Nobel dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Majlis itu akan disetiausaha bersama oleh Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus, Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif NYAS, Ellis Rubinstein.

Ia bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menerusi peningkatan keupayaan Malaysia dalam sains dan teknologi.

Seramai 25 ahli majlis itu mewakili organisasi dan institusi penyelidikan bertaraf dunia, universiti dan akademi sains terkemuka serta tokoh terbilang dunia.

Najib berkata, menyedari bahawa inovasi adalah kritikal untuk memastikan kemakmuran dan meningkatkan kesejahteraan alam sekitar dan kehidupan rakyat, kerajaan komited untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi dan menjadi pemacu kemajuan ekonomi.

"Malaysia sudah pun berjaya melakukan transformasi dari ekonomi berasaskan pertanian kepada perkilangan dan perkhidmatan. Sekarang kami komited merealisasikan matlamat Wawasan 2020 - ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan kepada inovasi dan penjanaan ilmu - melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya.

Inisiatif ETP adalah untuk meningkatkan pertumbuhan yang memberi faedah kepada Malaysia serta mentransformasikan Malaysia kepada negara maju pada 2020 yang memerlukan jumlah pelaburan AS$444 bilion dan pertumbuhan 6 peratus setahun, menjana 3.3 juta pekerjaan, kebanyakannya jawatan berpendapatan tinggi dan latihan kemahiran. Ia akan meningkatkan pendapatan kasar negara (GNI) dari AS$6,700 pada 2009 kepada AS$15,000 pada 2020.

Najib menjelaskan pelan yang memerlukan 92 peratus daripada jumlah pelaburan itu, dipacu oleh sektor awam dan 27 peratus pelaburan akan diperoleh daripada pelaburan terus luar negara.

Perdana Menteri berkata, cabaran akan datang adalah besar dan meminta mereka melihat semula secara kritikal mengenai dasar, institusi dan proses untuk membina bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mapan, inovatif dan sejahtera dengan memupuk semangat keusahawanan, kreatif dan adil. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia’

Posted:

'Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia'

'Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia'


NAJIB Tun Razak menerima cenderamata daripada Lawrence Leibowitz sebelum majlis Pelancaran Pelaburan Malaysia 2011 di bangunan NYSE, semalam. Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (dua dari kanan) dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah. – BERNAMA


NEW YORK 18 Mei – Dengan kata-kata 'Melaburlah ke Malaysia, anda akan mendapat seluruh Asia', Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kempen galakan pelaburan Invest Malaysia New York 2011 di sini hari ini.

Ternyata kempen itu berjaya. Sambutan daripada para pengurus dana New York dan kapten industri negara ini cukup hebat.

Perdana Menteri yang berazam mahu menjadikan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menjelang 2020 menggariskan 10 sebab mengapa pelabur luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) patut terbabit dalam proses transformasi ekonomi negara.

Najib berkata, bukan mudah untuk menjadi negara maju dan mewujudkan masyarakat yang mewah, namun beliau bertekad melakukannya menerusi transformasi yang dilakukan.

''Jadi kami berazam membangun dan melaksanakannya - dan apabila anda melabur di Malaysia, di bawah rancangan transformasi itu, anda sekarang akan mendapat lebih AS$400 bilion dalam bentuk peluang. Anda juga mendapat masuk ke pasaran yang membabitkan 600 juta pengguna yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan AS$2 trilion tahun ini.

''Dan, oleh kerana sistem dagangan kami dijana oleh platform Pasaran Saham New York (NYSE) Euronext, anda akan mendapat semua itu dalam tempoh mili-saat sahaja.

''Anda tidak perlu mengingatkan kami motto negeri New York ini - Excelsior atau "terus maju"... Tapi bukan anda berseorangan dalam mengejar impian itu. Rakyat Malaysia juga berkongsi bersama.

''Di masa banyak negara bertarung untuk keluar daripada kemelesetan, ekonomi Malaysia terus maju. Tahap pelaburan kami terus meningkat. Dan peluang syarikat-syarikat Amerika (ke Malaysia), seperti anda juga terus melonjak tinggi.

''Sekarang ialah masanya. Malaysia ialah tempatnya. Oleh itu, ikut kami, dan bersama kita akan meneruskan ke tahap tinggi yang baru," katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh hadirin ketika berucap di kempen pelaburan Invest Malaysia New York 2011 yang dihoskan oleh NYSE Euronext di Wall Street di sini semalam.

Turut mengiringi Najib ialah Ketua Pegawai Operasi NYSE Euronext, Lawrence Leibowitz.

Idea Invest Malaysia New York (atau Labur Malaysia New York) tercetus hasil perbincangan Najib dengan Ketua Pegawai Eksekutif NYSE Euronext, Duncan Niederauer pada 2010.

Sambutan yang diperoleh daripada para pedagang di sini cukup hebat. Seramai lebih 350 broker, ahli perbankan, syarikat-syarikat multi-nasional Amerika dan pengurus-pengurus dana hadir di majlis itu. Kesemua mereka yang hadir itu dikatakan mempunyai nilai aset pengurusan berjumlah AS$6 trilion.

Korporat terkemuka Malaysia yang mengambil bahagian adalah AirAsia, Bursa Malaysia, CIMB, Maybank, Genting, Kencana Petroleum, Petronas Chemical, Sapura Crest, Sime Darby dan XL Axiata.

Sebelum itu satu sesi perbincangan panel dan dialog mengenai pelaburan di Malaysia disertai oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar; Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba.

Najib berkata, lebih 5,000 syarikat dari lebih 60 negara sudah pun membuka pintu mereka di Malaysia selain pembukaan 160 ibu pejabat operasi syarikat, 209 Pusat Prokumen Antarabangsa dan 19 pusat penyuraian serantau - bilangannya terus meningkat.

Najib berkata, kekayaan hubungan sejarah dengan China, India dan Timur Tengah bermakna mereka mengadakan hubungan dengan pusat pertumbuhan ekonomi yang baru selain meningkatkan hubungan dengan Barat.

Antara faktor galakan syarikat AS perlu melabur di Malaysia

* Kekuatan ekonomi dalam kepelbagaian (diversity) di Malaysia adalah kerana ia negara pelbagai etnik yang menarik. Ia adalah antara faktor Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat.

* Memberi kebebasan semangat keusahawanan dengan contoh kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia dan Axiata yang mempunyai 150 juta pelanggan telefon dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion rakyat di lebih 10 negara selain mempunyai dua buah daripada lima kumpulan bank terbesar di ASEAN - Maybank dan CIMB.

* Terus melakukan liberalisasi perkhidmatan utama - dua tahun lalu meliberalisasikan 27 perkhidmatan sub-sektor dengan membenarkan pelabur asing meluaskan akses pasaran dengan ekuiti 100 peratus.

* Kerajaan membantu menjayakan bisnes dan bukan sebaliknya - mewujudkan suasana perniagaan dibenarkan berkembang termasuk mewujudkan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

* Turut melakukan transformasi ekonomi - menjadikan negara berpendapatan tinggi. Komitmen jumlah pelaburan melebihi AS$35 bilion dan menjangkakan dapat mewujudkan 298,000 peluang pekerjaan menjelang 10 tahun akan datang.

* Meningkatkan pelaburan asing dalam pasaran modal.

* Pelabur boleh mendapat manfaat sepenuhnya melalui ASEAN. Jika ASEAN sebuah negara, ia bernilai AS$2 trilion dan berada pada kedudukan ke-9 sebagai ekonomi terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.

* Peluang meningkatkan pembabitan syarikat AS termasuk Microsoft, Dell dan Intel yang sudah berada di dalam negara selain memastikan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

Selepas pelancaran itu, Najib dibawa melawat urusan dagangan di galeri urus niaga NYSE. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN perlu ada sistem standard

Posted:

ASEAN perlu ada sistem standard

ASEAN perlu ada sistem standard

JAKARTA 18 Mei - Sudah sampai masanya bagi ASEAN mengasaskan sistem standard peralatan pertahanan dan keselamatan di kalangan negara-negara anggotanya.

Sistem standard pertahanan dan keselamatan itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi akan membantu negara-negara ASEAN mengurangkan kebergantungan terhadap negara di luar rantau itu dalam membekalkan sistem dan alat pertahanan dan keselamatan.

Menurut beliau, seperti mana negara-negara di Eropah yang memiliki sistem standard pertahanan berdasarkan persefahaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), ASEAN juga harus memiliki standard sedemikian.

"Negara-negara ASEAN memerlukan komitmen dari kerajaan masing-masing untuk mendokong keseragaman supaya dapat menghasilkan standard industri pertahanan seperti mana yang diseragamkan di Eropah," katanya ketika berucap pada satu seminar pertahanan di sini hari ini.

Zahid berada di sini untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Pusat Konvensyen Jakarta.

Idea yang dicetuskan oleh Malaysia itu kata Zahid, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh anggota-anggota negara ASEAN yang selama ini membelanjakan hampir AS$25 bilion (RM76 bilion) setahun untuk bekalan sistem pertahanan dan keselamatan.

"Seandainya diasaskan inisiatif membangunkan produk industri pertahanan oleh ASEAN, ia nmampu mengurangkan belanja berkenaan menjadi AS$12.5 bilion (RM38 bilion) setahun menjelang tahun 2030.

"Program membangunkan industri pertahanan ASEAN harus dilaksanakan untuk negara ASEAN sendiri," kata Zahid lagi.

Selama ini, sudah ada kerjasama antara negara ASEAN dalam urusan jual beli senjata seperti Singapura menjual peluncur roketnya ke Brunei Darussalam dan kapal Landing Platform Dock (LPD) ke Thailand.

Malaysia pula kata Zahid, mengeksport trak ketenteraan ke negara Brunei manakala Indonesia pula membekalkan Malaysia pesawat CN325 serta senjata ke negara Filipina.

"Urusan jual beli sistem senjata antara negara ASEAN dapat mewujudkan industri pertahanan ASEAN yang sendiri dan kuat," tambah beliau lagi. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 19 May 2011 12:06 AM PDT

Berita Harian: Nasional


'Labur di Malaysia dapat seluruh Asia'

Posted: 18 May 2011 04:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]"MELABUR di Malaysia dan anda akan mendapat seluruh Asia. Begitu mudah sekali,” kata Datuk Seri Najib Razak kepada peniaga dan pelabur Amerika Syarikat (AS) semalam.

Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun

Posted: 18 May 2011 04:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Utusan Online - Politik

Posted: 18 May 2011 11:28 PM PDT

Utusan Online - Politik


Anwar sekeluarga dicabar

Posted:

Anwar sekeluarga dicabar

Anwar sekeluarga dicabar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.
  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.
  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.
  • Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

    Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

    "Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

    "Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

    Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

    "Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Saya tidak sokong sesiapa - Hadi

    Posted:

    Saya tidak sokong sesiapa - Hadi

    Saya tidak sokong sesiapa - Hadi

    Oleh OPAT RATTANACHOT
    uspetani@utusan.com.my


    ABDUL Hadi Awang (tengah) bersama Azizan Abdul Razak dan Nasharudin Mat Isa (kiri) mendengar penerangan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya berhubung projek kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling, Kedah, semalam.


    BALING 18 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding merebut jawatan utama pada muktamar parti itu bulan depan.

    Katanya, beliau mahu barisan kepimpinan Pas pada penggal akan datang terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang.

    "Saya tidak sokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif yang terdiri daripada campuran calon berlatar belakang agama dan juga profesional," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

    Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali.

    Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, jumlah calon yang ramai dan layak bertanding dalam merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan 3 hingga 5 Jun ini menandakan demokrasi benar-benar wujud dalam Pas.

    "Saya rasa ia satu perkembangan yang sihat malah yakin Pas akan bersih daripada politik wang dan melobi dengan cara kotor," ujarnya.

    Saingan untuk jawatan Timbalan Presiden dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

    Selain Nasharudin dan Azizan, empat nama lagi yang dicalon ialah Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; dua Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu.

    Selain itu, seramai 14 calon layak bertanding jawatan Naib Presiden daripada 18 yang dicadangkan termasuk seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 18 May 2011 11:09 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Sesuai untuk orang sibuk dan malas

    Posted:

    Sesuai untuk orang sibuk dan malas

    Sesuai untuk orang sibuk dan malas

    Oleh NURUL IZZA ROSLY



    MELIHAT sekilas fizikal tumbuhan berona hijau dengan duri bersusun teratur di permukaannya, secara automatik ramai yang sudah boleh meneka tumbuhan itu.

    Tidak kira apa jua jenisnya, asalkan tumbuhan hijau itu berduri atau berbulu halus dan tajam, seantero dunia sudah mengenali pokok kaktus yang menjadi penghias wajib landskap di kawasan gurun.

    Namun, mungkin ada yang hanya pernah melihat beberapa jenis kaktus biasa daripada jenis berduri tanpa mengetahui terdapat juga kaktus berdaun yang tergolong dalam kelompok sukulen.

    Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan yang sinonim dengan duri ini, penulis bersama jurugambar ABDUL NAZIR MOHAMED terpanggil untuk mengharungi perjalanan ke Cactus Valley di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang bagi melihat sendiri variasi kaktus.

    Saat menjejakkan kaki di Cactus Valley yang terletak di Pekan Lama, Brinchang, penulis begitu teruja melihat ribuan jenis kaktus yang kebanyakannya amat asing di mata penulis.

    Di sana dapat dilihat pelbagai jenis dan rupa kaktus. Ada yang panjang, bulat, bentuk seperti ekor kucing, berbalut dengan kapas, berbentuk topi, pendek kata kaktus mempunyai pelbagai bentuk daripada jenis berduri dan sukulen.

    Hobi kumpul kaktus

    Pemilik Cactus Valley, Yeong Su Kok, 60, tidak menyangka hobi mengumpul kaktus sejak muda membolehkannya membuka syarikat Cactus Valley pada tahun 1996.

    Dalam memastikan survival Cactus Valley, Su Kok telah menurunkan ilmu mengenai kaktus kepada lima orang anaknya.

    Menurut anak sulung Su Kok, Yeong Bee Keong, 33, dia sememangnya membesar bersama kaktus.

    "Terdapat ribuan jenis kaktus di seluruh dunia malah, ia mungkin lebih banyak kini apabila manusia mula mencipta variasi baru. Apa yang anda lihat di sini cuma ratusan jenis daripadanya sahaja.

    "Sekali pandang mungkin ada beberapa jenis kelihatan sama tetapi, ia adalah daripada jenis yang berlainan namun, tergolong dalam satu famili yang sama," kata Bee Keong sambil menunjukkan kaktus yang dimaksudkan.


    KAKTUS digemari kerana tidak memerlukan banyak penjagaan.


    Umum mengetahui bahawa pokok kaktus biasanya berwarna hijau tetapi, anda boleh menemui kaktus yang berwarna kuning, putih, merah dan sebagainya.

    Bagaimanapun pokok kaktus 'generasi baru' itu sebenarnya tidak boleh hidup dengan sendirinya tanpa bantuan kaktus hijau.

    Kaktus berwarna selain hijau umpama parasit yang menumpang pada kaktus hijau untuk sumber makanan bagi meneruskan survival.

    Sesiapa sahaja yang bertandang di Cactus Valley pasti terkesima melihat kaktus King yang bersaiz gergasi.

    Menurut Bee Keong, kaktus King yang dipamer pada satu ruangan yang berpagar berusia antara 70 hingga 80 tahun diimport dari Belanda merupakan koleksi kesayangan bapanya dan bukan untuk dijual.

    "Bagi mereka yang benar-benar meminati kaktus, sekurang-kurangnya mereka wajib ada kaktus King ini. Ia seperti suatu kemestian. Kaktus King ini susah nak ada anak dan susah nak berbunga selain tidak boleh dihasilkan melalui kultur tisu. Kami sendiri import anak kaktus ini dari luar negara.

    "Kaktus-kaktus yang dipamerkan di sini bukan untuk dijual. Kami hanya jual yang kecil-kecil sahaja dengan harga berpatutan mengikut jenis dan saiz kaktus," katanya yang sudah menjual kaktus di pasar malam sejak darjah dua lagi.

    Tip menanam kaktus

    Bee Keong memberitahu, kebanyakan orang mempunyai hobi mengumpul kaktus biasanya mengumpul kaktus yang berduri berbanding sukulen kerana ia lebih tahan lama.

    "Menjaga kaktus tidak rumit kerana ia mudah menyesuaikan diri dengan cuaca. Cuma jangan alih-alih tempat untuknya, sekejap di tempat panas dan sekejap di tempat redup kerana ia akan mati.

    "Di sini kami juga menyemai anak-anak kaktus melalui biji benih yang kami peroleh dari pokok kaktus yang ada di sini. Benih itu kami akan keringkan kemudian taburkan di dalam bekas tanah yang bercampur pasir," jelasnya.


    POKOK buah naga salah satu spesies kaktus berbuah yang mempunyai khasiat tinggi.


    Katanya, selepas enam bulan tunas kaktus sebesar biji sagu akan kelihatan tanpa dapat dikenal pasti jenisnya. Hanya selepas setahun jenis sesuatu kaktus itu dapat dikenal pasti.

    Selepas usia setahun barulah kaktus tersebut dialihkan ke dalam pasu baharu mengikut saiz.

    "Jangan sesekali terus menanam kaktus terus ke dalam pasu yang besar kerana ia tidak akan membesar sebaliknya akar kaktus sahaja akan berselirat memenuhi pasu.

    "Kaktus ini pokok yang paling senang dijaga dan ia sangat sesuai untuk mereka yang malas kerana kaktus perlu disiram seminggu sekali atau sebulan sekali sahaja. Yang penting ia akan tetap akan hidup. Jika disiram hari-hari, cukup tiga hari ia akan mati," katanya yang mendapat bekalan kaktus dari Belanda, Korea, Mexico, Amerika Syarikat dan Thailand.

    Jelasnya, campuran tanah untuk kaktus ialah 50 peratus tanah dan 50 peratus pasir dan apabila disiram ia perlu disiram sehingga 'banjir' supaya air meresap ke dalam tanah agar kaktus dapat hidup lama.

    Ditanya mengenai kaitan kaktus dengan feng shui, bapa kepada dua orang anak itu memberitahu, mengikut kepercayaan orang Cina, kaktus yang berbunga sangat bagus kerana memberikan ong (tuah), manakala kaktus yang berduri untuk menghalau hantu dan menghindar kecelakaan.

    "Jika aura di dalam rumah tidak baik, perlu simpan kaktus untuk perbaikinya," katanya.

    35 tahun kumpul kaktus


    CACTUS Valley yang terletak di Pekan Lama Brinchang dibuka setiap hari dengan bayaran masuk RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.


    Dalam pada itu, seorang pengumpul kaktus tegar, Borhan Ali, 63, mula mengumpul kaktus ketika usianya 28 tahun.

    Cintanya terhadap kaktus mula berputik selepas berkunjung ke Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur dan melihat pelbagai jenis tumbuhan kecil berduri.

    "Dengan hobi yang berusia 35 tahun ini, saya sudah pun mengumpul 60 hingga 70 jenis kaktus di dalam lebih 250 pasu yang menjadi penghias bahagian depan dan belakang rumah.

    "Penjagaannya sangat mudah dan orang yang malas sahaja yang boleh membela kaktus," katanya sambil disusuli tawa.

    Pesara Telekom itu memberitahu, dia tidak perlu khuatir jika balik ke kampung atau bercuti bersama keluarga dalam tempoh yang lama kerana kaktus boleh hidup lama sehingga sebulan jika tidak disiram.

    Cerita Borhan, pernah sekali kaktusnya bersaiz besar yang disusun dengan kaktus-kaktus lain di luar rumah hilang kerana ada orang yang 'berkenan' mengambilnya.

    "Orang itu bukan curi, cuma dia berkenan dengan kaktus yang satu itu. Kalau dia curi, pasti semua kaktus yang lain juga turut hilang.

    "Jika ada kenduri kahwin yang berhampiran dengan rumah saya, ada di antara tetamu yang mengutarakan hajat mereka setelah berkenan dengan beberapa jenis kaktus yang saya ada. Satu hari sahaja, tujuh pasu kaktus sudah 'disedekahkan'," ujarnya yang turut mengumpul duit syiling 50 sen, bekas bunga telur dan bunga pananggah majlis kahwin.

    Jika ada yang berkenan dengan kaktusnya, dia tidak lokek memberikan kaktus yang diingini kerana dengan memberikan kepada orang lain, kaktus yang lain dalam jagaannya tumbuh subur.

    "Ramai yang tidak minat membela dan menanam kaktus sebenarnya, mereka hanya gemar melihat sahaja," katanya yang membeli kaktus di Sungai Buloh dan Cameron Highlands.

    Kaktus dalam perubatan


    KAKTUS mudah dijaga malah, ia boleh hidup subur tanpa air biarpun sehingga sebulan.


    Pokok kaktus bukan hanya dijadikan tumbuhan hiasan sahaja malah, ada yang berpendapat kaktus mampu meningkatkan daya ketahanan badan dan ia mampu mengimbangkan badan dengan mengurangkan kandungan glukos.

    Carian maklumat dalam internet mendapati kaktus jenis Pereskia sacharosa atau nama tempatannya jarum tujuh bilah dikatakan boleh merawat kanser terutamanya kanser kolon. Malah, ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.

    Dalam pada itu, saintis mendapati kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus yang mampu membekalkan mineral untuk membina tulang, sendi dan tisu pengantara yang kuat.

    Buah kaktus pula mengandungi antioksida dan fitonutrien. Berdasarkan kajian, kaktus dan buahnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.

    Pada tahun 1979, kaktus (nopalis) dikatakan mampu menurunkan kadar gula selepas kajian dilakukan oleh Dr. Ibanez Camacho dari Mexico, manakala pada tahun 1992 saintis lain pula membuktikan bahawa buah kaktus daripada jenis Prickly Pear mampu menurunkan kadar lemak dan kolesterol.

    Dalam pada itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Zainudin Meon turut mengakui bahawa kaktus punya nilai yang tinggi dalam perubatan terutamanya kaktus jenis Hylocereus undatus dan Hylocereus polyrhizus atau lebih dikenali dengan nama pokok buah naga.

    "Ia adalah spesies kaktus yang mengeluarkan buah. Tidak dinafikan bahawa buah naga cukup kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat meningkatkan daya tahan serta metabolisme badan. Ia juga baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.

    "Dalam masa yang sama, ia juga dapat memberikan tindak balas yang positif untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik di dalam badan," katanya.

    Kata Zainudin lagi, buah naga juga mempunyai kandungan karotena tinggi boleh didapati pada isi dan kulitnya, cuma kajian mengenainya tidak banyak dilakukan di negara ini.

    Buah naga mempunyai fitoalbumin (dalam biji buah naga) yang mengandungi antioksida yang tinggi. Ia mampu mencegah pembentukan radikal bebas penyebab kanser selain rendah kolesterol, kaya sumber vitamin C, E dan serat.

    "Saya sendiri pernah mendengar pengalaman seorang rakan yang menghidap darah tinggi yang mencecah bacaan 200. Dia mengambil ubat yang disarankan oleh doktor dan tekanan darahnya hanya turun sehingga 160 sahaja.

    "Kemudian dia mengamalkan makan buah naga empat biji sehari yang dimakan pada waktu pagi dan petang. Rutinnya itu menyebabkan tekanan darahnya kembali normal iaitu 120," ceritanya.

    Katanya, kajian lebih mendalam terhadap potensi perubatan yang ada pada pokok kaktus dan buah naga seharusnya diperluaskan supaya ia dapat memberi pilihan alternatif kepada pesakit pada masa akan datang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bersenam di parkir pasar raya

    Posted:

    Bersenam di parkir pasar raya

    Bersenam di parkir pasar raya


    SELEPAS bersenam pejalan kaki boleh melakukan aktiviti membeli-belah di pasar raya tersebut.


    SEAWAL pukul 6.30 pagi, kelibat pejalan kaki sudah tampil mengisi ceruk-ceruk ruang di sekitar pusat beli-belah Inorbit di bandar Mumbai, India. Telahan bahawa peniaga sudah mula berjual beli disangkal sama sekali. Ini kebanyakan pejalan kaki lebih tertumpu di laluan yang agak terpinggir di sekitar bangunan tersebut termasuk tempat letak kereta.

    Ironinya, setiap pagi sekumpulan pejalan kaki dan pelari di daerah utara bandar Malad berkumpul untuk bersenam sebelum memulakan tugasan harian mereka.

    "Berjalan membuatkan saya bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari-hari baharu saya," ujar seorang penduduk tempatan, Ravi Wikar yang mengulangi rejim harian berjalan dan naik turun eskalator sekitar bangunan tersebut.

    Ravi, seorang usahawan berusia 37 tahun yang lengkap bertopi besbol dan menyarung sehelai baju putih bersama sut balapan merah dan berkasut sukan berkongsi rutin hariannya kepada penulis.

    "Saya berjalan setiap pagi bermula pukul 6.30 pagi lagi dan jarak biasa yang saya ambil adalah sejauh tiga kilometer," ceritanya.

    Konsep menjadikan pasar raya tertutup itu sebagai lokasi untuk bersenam bukan dianggap situasi yang janggal bagi 50 penduduk warga emas yang menghidap kencing manis dan artritis.

    Lokasi strategik warga Malad itu tercipta bukan atas keperluan sebenar dalam senario kegawatan ekonomi dan modal liburan India.

    Selesa

    Urbanisasi semberono bandar tersebut telah menyaksikan kebanyakan ruang hijau bumi dilitupi binaan konkrit untuk perumahan dan pejabat.

    Jalan raya dan laluan tidak diselenggara sebaiknya sementara kemerosotan sistem trafik beradun pemanasan melampau mencambahkan tahap pencemaran udara dan habuk tebal yang berbahaya.

    Oleh itu, aktiviti riadah dan bersenam amat sukar dilaksanakan melainkan pada awal pagi sebelum kota Mumbai mulai bernafas.

    Permukaan pusat beli-belah tersebut yang rata berserta kelengkapan lantai tar di parkir kenderaan mengurangkan tekanan pada sendi-sendi penduduk berusia untuk melakukan aktiviti di sana.

    "Jika terjatuh, seseorang boleh membantu saya bangkit. Tapi kalau di taman-taman tiada siapa boleh membantu saya," kata teman rapat Ravi, Ranjan Kar yang merupakan seorang pesara eksekutif media.


    PENDUDUK daerah Malad bersenam dengan berjalan kaki di kawasan parkir sebuah pasar raya.


    Tambah pejalan kaki itu, lokasi tersebut dilengkapi dengan pencahayaan yang cukup di samping kawalan keselamatan yang lengkap.

    Sesiapa yang berjalan di dalam kawasan pasar raya tersebut pasti akan melalui pemeriksaan khas pengesanan besi untuk menjamin tiada alatan berbahaya dibawa masuk.

    "Kalau menggunakan jalan raya ada kemungkinan kita akan diragut," kata Ravi sambil menyembunyikan rantai emas di lehernya.

    Tambah bekas pelukis pelan pula, Prabhakar Kishambare, 70, yang mewajibkan dirinya mengelilingi parkir kenderaan tersebut sebanyak empat kali sehari, kedamaian yang diperoleh di lokasi itu sukar dicari di tempat lain.

    "Pasar raya ini amat menenangkan, sunyi dan tiada asap-asap tebal daripada ekzos kenderaan.

    "Ia adalah ruang terbuka yang menarik, bersih dan ada persekitaran sekeliling yang sangat baik," ujarnya.

    Populasi tak setara

    Bagi Neera Punj yang merupakan seorang ahli majlis Forum Penduduk Ruang Perbandaran dan Perlindungan Awam (CitiSpace), kemunculan pusat beli-belah berkonsep sedemikian mengundang pelbagai senario berbeza kepada Mumbai.

    "Kondisi ruang awam yang berbaki kini amat menyedihkan, maka sebab itulah bilangan pejalan kaki di pasar raya kian meningkat," katanya.

    Pihaknya menganggarkan hanya 940 ekar (380 hektar) taman dan kawasan rekreasi yang tinggal untuk populasi berjumlah 14 juta orang.

    Berbanding ibu kota London yang berjumlah hampir lapan juta penduduk dan mempunyai 10 kali ganda ruang awam terbuka.

    "Ruang yang diperuntukkan di India amat kecil jika dibandingkan dengan keluasan yang disarankan," tambah Neera.

    Menurutnya lagi, ruang bukan sesuatu yang dianggap mewah sebaliknya ia adalah satu mandatori dan keperluan hakiki seseorang.

    CitiSpace bukan satu-satunya pihak yang prihatin terhadap peruntukan ruang terbuka kepada penduduk dan kesannya terhadap kesihatan.

    Namun, firma perundingan Ernst and Young dalam satu kenyataan pada tahun lalu memberitahu kekurangan ruang untuk bersukan di bandar India adalah antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kejayaan dalam sukan selain kriket.

    Berdasarkan kajian juga, kurang lima peratus daripada 1.21 bilion populasi negara India mempunyai akses cukup untuk kemudahan bersukan.

    Kemudahan bersukan mungkin wujud namun, biasanya di kelab-kelab persendirian yang bergantung pada keupayaan untuk membiayainya sekali gus mencipta jurang antara golongan berada dan kurang berkemampuan.

    Neera tidak menghalang kewujudan pejalan kaki di pasar raya tertutup sebaliknya memandang senario itu sebagai satu inisiatif yang menjimatkan untuk menggunakan ruang awam seadanya.

    Bicara Ravi mengakhiri bualan; "Aktiviti ini juga amat bersesuaian bagi yang gemarkan window shopping." - AFP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 18 May 2011 11:07 PM PDT

    Utusan Online - Jenayah


    Polis rampas dadah RM10.5 juta

    Posted:

    Polis rampas dadah RM10.5 juta

    Polis rampas dadah RM10.5 juta

    Oleh MALINDA ABDUL MALIK
    pengarang@utusan.com.my


    NOOR Rashid Ibrahim menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam beberapa serbuan pada sidang media di Pulau Pinang, semalam.


    PULAU PINANG 18 Mei - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini bernilai RM10.5 juta selepas membongkar enam buah makmal dadah dalam tempoh empat hari.

    Hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, seramai 10 lelaki dan empat wanita termasuk dua wanita warga China dipercayai dalang sindiket tersebut ditahan.

    Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, selain pelbagai jenis dadah, pihaknya turut merampas peralatan memproses bahan terlarang itu, sepucuk pistol dan 77 butir peluru hidup.

    "Kita percaya dadah ini untuk pasaran tempatan. Kejayaan ini menunjukkan aktiviti memproses dadah kini dipelopori warga tempatan dan mungkin berpunca daripada kesukaran menyeludup masuk dadah ke Malaysia sejak kebelakangan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Dalam serbuan itu, polis turut menyita aset milik suspek terdiri daripada 11 buah kenderaan pelbagai jenis, barang kemas, jam tangan, wang dalam akaun dan wang tunai bernilai lebih RM23,355.

    Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan ke atas pangsapuri mewah memandangkan lokasi itu sering dijadikan pusat operasi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

    "Kita percaya trend sindiket makmal dadah kini sudah berubah dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket itu," ujarnya.

    Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun kini direman sehingga esok.

    Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Taktik baru seludup dadah guna kotak bijirin

    Posted:

    Taktik baru seludup dadah guna kotak bijirin

    Taktik baru seludup dadah guna kotak bijirin


    ANTARA kotak makanan bijirin yang mengandungi syabu yang dirampas di LTAB Bayan Lepas, kelmarin.


    PULAU PINANG 18 Mei - Penguatkuasaan ketat pihak berkuasa di lapangan terbang menyebabkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan pelbagai taktik lain untuk membawa masuk bahan terlarang itu ke negara ini.

    Terbaru, sindiket yang didalangi warga Iran cuba menyeludup masuk dadah menggunakan kotak makanan bijirin bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

    Namun, taktik itu berjaya dikesan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini semalam.

    Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dua lelaki warga Iran berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 7.40 petang di lapangan terbang berkenaan.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui dua bagasi berisi 13 kotak makanan bijirin yang mengandungi 27.8 kilogram syabu yang bernilai RM 5.6 juta.

    "Kita percaya ini taktik terbaru yang dikesan digunakan oleh sindiket dadah. Ini kerana sebelum ini, cubaan mereka menyeludup masuk dadah melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) sering gagal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Beliau menambah, kedua-dua suspek kini direman sehingga 24 Mei ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 18 May 2011 07:50 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    RM84j skim pinjaman rumah

    Posted:

    RM84j skim pinjaman rumah

    RM84j skim pinjaman rumah

    Oleh Ali Mahmood
    utusanpahang@utusan.com.my

    MARAN 18 Mei - Felda memperuntukan sebanyak RM84 juta kepada pengurusan Felda Wilayah Jengka bagi membantu peneroka wilayah tersebut membuat pinjaman perumahan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, seramai 2,719 peneroka Felda wilayah itu boleh memohon pinjaman tersebut untuk membaiki dan membesarkan rumah mereka.

    Menurutnya, pinjaman di bawah Skim Pinjaman Pembaikan dan Pembesaran Rumah Felda itu bertujuan membantu peneroka mempunyai kediaman selesa berikutan pertambahan ahli keluarga mereka.

    ''Setiap peneroka diberikan pinjaman RM40,000 dengan bayaran balik dibuat melalui potongan hasil ladang dan keutamaan diberikan kepada peneroka yang belum mengubah suai rumah asal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Menurutnya, peruntukan itu membuktikan Felda mempunyai kemampuan dalam menyediakan dana mencukupi bagi melaksanakan skim tersebut.

    Beliau memberitahu, dakyah pihak pembangkang kononnya Felda bankrap tidak berasas sama sekali, malah agensi itu banyak membantu peneroka sama ada pengurusan ladang mahupun kehidupan seharian.

    Tegasnya, kerajaan tidak akan membiarkan masyarakat peneroka hidup kembali dalam kemiskinan sebaliknya terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan

    Posted:

    Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan

    Tingkatkan kebersihan di kawasan perumahan


    Chuah Boon Seong menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara Sukaneka Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Temerloh di Temerloh, baru-baru ini.


    TEMERLOH 18 Mei - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini diminta meningkatkan tahap kebersihan kawasan perumahan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyakit khususnya jangkitan nyamuk aedes.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, penduduk perlu memastikan kawasan tempat tinggal mereka selamat setelah beberapa kes demam denggi berlaku dalam KRT bandar Mentakab dan sekitar daerah ini.

    "Amalan gotong-royong merupakan langkah terbaik kerana semua kerja berat dapat dipikul bersama dan memperlihatkan hubungan yang baik antara jiran tetangga," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sukaneka Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Temerloh di Padang Awam, Taman Temerloh Jaya di sini baru-baru ini.

    Sementara itu, Boon Seong menyeru masyarakat supaya mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman bagi mengelak penyakit kronik seperti kencing manis.

    Katanya, masyarakat dilihat banyak menggunakan bahan itu dalam penyediaan makanan menyebabkan timbul masalah obesiti dan diabetes.

    Beliau berharap penggunaan itu dapat dikurangkan demi menjaga kesihatan dan kualiti kehidupan sekali gus mengelakkan penyakit berjangkit dalam diri mereka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan

    Posted:

    Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan

    Tingkatkan martabat wanita melalui pendidikan


    Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarungkan beg sekolah kepada seorang ahli Pandu Puteri selepas merasmikan penutupan Karnival Pandu Puteri Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang, di Kuala Lipis, kelmarin.


    KUALA LIPIS 18 Mei - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, hanya kecemerlangan pendidikan yang dapat mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi dan mencorak pembangunan negara pada masa akan datang.

    Baginda yang juga Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Pahang menyeru ahli persatuan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

    ''Saya yakin kejayaan dalam pendidikan dapat mengubah kehidupan serta menjadi kebanggaan ahli keluarga dan mengisi peluang sebagai penjawat awam peringkat tertinggi sama ada sektor awam atau swasta," titah baginda semasa menutup Karnival Pandu Puteri Sekolah-Sekolah Menengah di sini semalam.

    Hadir sama Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri negeri, Rohani Saad dan Pengerusi Pandu Puteri Lipis, Datin Mahani Sudin.

    Seramai 540 ahli persatuan itu dan 200 guru dari sekolah menengah negeri ini menyertai karnival tersebut.

    Pada majlis berkenaan, Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan kegiatan Pandu Puteri dan penyampaian beg sekolah kepada 25 ahli termasuk Orang Asli.

    Tunku Azizah bertitah, persatuan itu merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat menarik minat remaja kerana mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi membentuk peribadi mereka.

    Selain itu baginda mahu mereka menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menjana kecemerlangan pendidikan termasuk pengurusan kehidupan harian.

    ''ICT perlu digunakan secara bijak dan berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang boleh merosakkan akhlak serta mengikis keutuhan jati diri seseorang," tegas baginda.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 18 May 2011 07:37 PM PDT

    Utusan Online - Mahkamah


    Nota selamat tinggal diperiksa semula

    Posted:

    Nota selamat tinggal diperiksa semula

    Nota selamat tinggal diperiksa semula

    Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
    pengarang@utusan.com.my


    MUHAMMAD Shafee Abdullah memegang nota selamat tinggal yang dijumpai dalam beg sandang Teoh Beng Hock.


    KUALA LUMPUR 18 Mei - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengarahkan supaya nota selamat tinggal yang dijumpai di dalam beg sandang dan dikatakan ditulis oleh setiausaha politik Exco Selangor itu diperiksa semula oleh pakar di Jabatan Kimia Malaysia.

    Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memerintahkan demikian bagi membolehkan perkataan-perkataan yang dipadam dengan pen dalam nota tersebut dikenal pasti sebelum diterjemahkan oleh jurubahasa bertauliah.

    Beliau mengeluarkan arahan itu selepas anggota suruhanjaya sebulat suara membenarkan permohonan peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah agar perkataan yang dipadam itu dikenal pasti.

    ''Kami benarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee iaitu nota tersebut perlu dihantar secepat mungkin ke Jabatan Kimia untuk diperiksa semula bagi membolehkan perkataan yang dipadam itu dikenal pasti.

    ''Sekiranya perkataan itu dalam bahasa lain, ia perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah yang bertauliah,'' katanya pada prosiding yang diadakan khas hari ini di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di sini untuk mendengar permohonan itu biarpun suruhanjaya siasatan tersebut telah selesai pada 10 Mei lalu.

    Terdahulu, Muhammad Shafee memohon agar nota tersebut diperiksa semula khususnya pada bahagian perkataan yang dipadam atau diconteng dengan pen bagi membolehkan minda individu yang menulisnya dianalisis.

    Hujahnya, contengan itu dibuat antara perkataan 'saya' dan 'akibatnya' di dalam ayat 'saya telah menyusahkan kamu' serta berpendapat ada bukti yang kukuh menunjukkan nota itu ditulis dalam dua masa berasingan.

    Peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong pula berkata, pihaknya bersetuju nota itu diperiksa semula, tetapi membantah cara permohonan dibuat termasuk pandangan Muhammad Shafee bahawa perkataan itu dipadamkan oleh orang yang menulisnya.

    Ketika ditemui oleh para petugas media di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu bahawa tindakan memadamkan perkataan tertentu dalam nota selamat tinggal itu menunjukkan penulisnya berada dalam keadaan yang waras.

    Beliau yang berpendapat nota selamat tinggal itu merupakan nota bunuh diri juga menegaskan keseluruhan kes mempunyai kaitan dengan Beng Hock dan SPRM bukanlah pihak yang mendapat keuntungan daripada kematiannya.

    Nota selamat tinggal yang ditujukan kepada seseorang bernama Au Yong itu menimbulkan kontroversi apabila ia hanya dikemukakan dalam prosiding inkues di Shah Alam selepas hampir setahun ia dijumpai.

    Pemeriksa Dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong yang bertanggungjawab membuat perbandingan tulisan sebelum ini berpendapat ia mempunyai persamaan dengan contoh tulisan tangan Beng Hock.

    Beng Hock, 30, setiausaha politik Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

    Posted:

    Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

    Kes nusyuz isteri pertama ditangguh

    Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
    pengarang@utusan.com.my


    Kamarullail Sulaiman bersama isteri kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


    KUALA LUMPUR 18 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menangguhkan kes nusyuz isteri pertama seorang ahli perniagaan, Lailan Nahar Ishak (gambar) berikutan wanita itu mendakwa suaminya Kamarullail Sulaiman pernah melafazkan cerai terhadapnya sebanyak dua kali, tahun lalu.

    Hakim Syarie, Surayah Ramlee memutuskan demikian selepas Lailan selaku defendan yang diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan memaklumkan bahawa Kamarullail pernah berbuat demikian di kediaman mereka di Bukit Gantang.

    Sehubungan itu Irsamuddin memohon mahkamah mengantung tuntutan nusyuz tersebut sehingga kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Taiping, Perak pada 13 Disember tahun lalu selesai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kelak.

    Bagaimanapun, permohonan itu dibantah keras oleh peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili plaintif, Kamarullail, dengan mendakwa pihak defendan sengaja menimbulkan isu lain bagi melambatkan prosiding.

    Ujar Muhammad Nur Hafiz, sepanjang prosiding tuntutan nusyuz yang dikemukakan sejak Januari lalu, beliau dan anak guamnya tidak pernah menerima dokumen pengesahan lafaz cerai itu daripada Lailan.

    Pertikaian antara peguam kedua belah pihak dapat dihentikan sementara setelah Surayah menangguhkan kes itu sehingga esok bagi memberi peluang ia menyemak status kes pengesahan lafaz cerai sebelum membuat keputusan sama ada kes nusyuz itu diteruskan ataupun tidak.

    Lailan, 45, hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani tiga ahli keluarganya pada pukul 9.30 pagi, manakala suaminya Kamarullail, 48, yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang menyusul sejam kemudian.

    Sebelum prosiding bermula, ibu Lailan yang uzur cuba menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Kamarullail, tetapi usahanya gagal kerana ditepis oleh tiga pengawal peribadi yang mengiringi lelaki tersebut.

    Warga emas yang bertongkat itu kemudiannya cuba pula berjalan ke arah Kamarullail dan sekali lagi menghulurkan tangan tetapi menantunya melarikan diri.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 18 May 2011 01:25 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    PTPTN sedia RM6 bilion untuk 235,000 pelajar

    Posted:

    PTPTN sedia RM6 bilion untuk 235,000 pelajar

    PTPTN sedia RM6 bilion untuk 235,000 pelajar


    PARA pelajar kini boleh memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran apabila PTPTN menambah pinjaman dari RM20 bilion kepada RM60 bilion pada tahun ini.


    MARAN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pinjaman kepada 235,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.

    Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan itu sebagai usaha berterusan kerajaan melahirkan generasi baharu negara yang berpendidikan tinggi.

    "PTPTN menambah jumlah pinjaman daripada RM2 bilion kepada RM6 bilion tahun ini supaya pelajar dapat menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran," katanya selepas majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) peringkat Parlimen Kuala Krau di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di sini semalam.

    Sementara itu, beliau berkata, PTPTN memungut hutang sejumlah RM600 juta daripada peminjam yang disenarai hitam dan tidak dibenar keluar negara sejak langkah itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada tahun lepas.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mahathir dirawat di IJN

    Posted:

    Mahathir dirawat di IJN

    Mahathir dirawat di IJN

    KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

    Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

    "Dr. Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya, Sufi Yusoff dalam satu kenyataan semalam.

    Dr. Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

    Sufi berkata, doktor menasihati Dr. Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Penyamun diberkas

    Posted:

    Penyamun diberkas

    Penyamun diberkas

    Oleh NUR AISHAH AMIN
    nuraishah.amin@kosmo.com.my


    ZAKARIA menunjukkan pistol dan senjata berbahaya yang dirampas daripada enam individu pada sidang akhbar di Sentul semalam.


    KUALA LUMPUR - Rahsia sekumpulan enam penjenayah tegar termasuk dua wanita yang menjadikan sebuah rumah untuk menyimpan barang curi dan pelbagai senjata berbahaya terbongkar apabila diserbu polis di sebuah kondominium dekat Jalan Dutamas Raya di sini semalam.

    Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, polis merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, parang, pisau dan alat pemedih mata daripada suspek yang berusia di antara 26 dan 40 tahun terbabit.

    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan mengenai kes menyamar polis untuk menyamun menggunakan senjata pedang samurai dan pistol di sekitar daerah tersebut.

    Katanya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dan dua wanita sedang berehat di dalam rumah itu.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 18 May 2011 11:40 AM PDT

    Utusan Online - Kota


    Keramat Mall terus sepi

    Posted:

    Keramat Mall terus sepi

    Keramat Mall terus sepi

    Oleh ROSLAH OTHMAN
    kota@utusangroup.com.my


    WALAUPUN banyak kemudahan disediakan tetapi peniaga masih tidak yakin untuk memulakan perniagaan di Keramat Mall menyebabkan terdapat kemudahan yang mulai rosak dan kawasan sekitar mulai kotor.


    KUALA LUMPUR 18 Mei - Kegagalan 74 peniaga Pasar Datuk Keramat mematuhi notis berpindah ke Keramat Mall yang tamat pada 15 dan 18 Mei lalu membuktikan bahawa kemelut kompleks baru pasar berkenaan masih belum berakhir.

    Dakwaan pintu utama ditutup dan peniaga tidak dibenarkan memunggah barang sebenarnya hanya alasan kecil, sebaliknya ada sebab lain yang lebih 'besar' yang membuat mereka berat hati untuk berpindah.

    Utusan Malaysia difahamkan, kebimbangan peniaga terhadap sambutan orang ramai terhadap perniagaan mereka apabila berpindah ke tempat baru itu terus menghantui peniaga.

    Disebabkan itu juga, peniaga mahu mengadakan satu lagi perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya beberapa permohonan mereka dapat dipertimbangkan.

    Antaranya, memberi tempoh sehingga Jun ini bagi mereka menyelesaikan urusan berpindah ke tempat baru, meminta agar DBKL membenarkan mereka terus berniaga di pasar lama sehingga selepas hari raya nanti dan meminta premis berhampiran Keramat Mall turut dikosongkan.

    Tinjauan Utusan Malaysia di Keramat Mall mendapati, ruang niaga yang sepatutnya dipenuhi 74 peniaga termasuk sembilan pemilik tanah lot di kawasan berhampiran sehingga ke hari ini terus kosong dan sepi.

    Semasa tinjauan, tiada seorang pun peniaga yang berada di lot kedai mereka sama ada melakukan kerja-kerja pengubahsuaian atau pemunggahan barang-barang.

    Menurut seorang pengawal keselamatan di situ, sejak 1 Mei lalu, telah ada beberapa peniaga datang dan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di kedai masing-masing tetapi tiada yang membawa masuk barangan perniagaan mereka.

    Sementara itu, tinjauan di pasar lama Datuk Keramat mendapati, kebanyakan peniaga barangan kering masih meneruskan perniagaan mereka di situ seperti biasa.

    Pemilik tanah mahupun penyewa lot kedai di kawasan berhampiran Keramat Mall juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka akan mengosongkan tapak perniagaan mereka dalam masa terdekat ini.

    Seorang peniaga kedai emas, Noor Amira Basri, 26, berkata, dia bersedia untuk berpindah ke tempat baru tetapi terpaksa menangguhkannya kerana perlu menunggu suara ramai.

    Katanya, dia tidak berani mengambil risiko dengan berpindah awal kerana ada kemungkinan dia akan kehilangan pelanggan kerana peniaga lain masih tidak berpindah.

    Seorang pengusaha bengkel, Careen Cheong, 28, mengakui telah menerima notis mengosongkan kedai tetapi masih meneruskan perniagaan di situ selagi pemilik tanah tidak mengarahkannya berpindah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

    Posted:

    Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

    Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

    KUALA LUMPUR 18 Mei - Peniaga Pasar Datuk Keramat boleh menggunakan pintu belakang untuk membawa masuk barangan mereka atau untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian jika pintu depan Keramat Mall ditutup.

    Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibrahim Yusof berkata, pintu utama ditutup tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak berpindah ke kompleks tersebut kerana notis sudah dikeluarkan.

    "Ia mungkin salah faham. Peniaga sebenarnya boleh menggunakan pintu belakang berhampiran dengan Dewan Perdana dengan memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas bagi memudahkan urusan pemunggahan barang atau kerja-kerja pengubahsuaian," ujarnya.

    Beliau diminta mengulas kegagalan 74 peniaga di Pasar Datuk Keramat berpindah ke Keramat Mall walaupun mereka sepatutnya berpindah ke situ selewat-lewatnya hari ini.

    Mengenai kegagalan peniaga mematuhi notis tawaran berpindah itu, beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang keputusan diambil sama ada mengenakan sebarang tindakan atau sebaliknya kepada peniaga yang gagal berbuat demikian.

    Katanya, perkara itu akan ditentukan oleh pengurusan tertinggi DBKL selepas masalah itu dibincangkan tidak lama lagi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    NGO minta wang perlindungan

    Posted:

    NGO minta wang perlindungan

    NGO minta wang perlindungan

    Oleh NUR NAZLINA NADZARI
    kota@utusangroup.com.my

    KUALA LUMPUR 18 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi sesebuah komuniti seharusnya menjadi pembela kepada nasib golongan yang mereka wakili itu daripada ditindas, selain sebagai tempat mengadu.

    Namun begitu, lain pula yang berlaku pada beberapa orang cacat penglihatan di ibu negara yang mendakwa terdapat sebuah pertubuhan yang meminta bayaran bulanan daripada mereka sebagai jaminan bahawa pertubuhan tersebut akan menjaga ahlinya.

    Seorang daripada mereka, Abdul Kadir Sidek, 44, berkata, pertubuhan tersebut yang dikenali sebagai Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) bertindak mengutip wang daripada orang buta yang bekerja sendiri seperti menjual tisu.

    Katanya, setiap ahli akan diberi kad keahlian dan wang itu dikutip dikatakan kos untuk 'menyelamatkan' golongan itu sekiranya ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    "Saya sudah pun bertanyakan mengenai hal ini dengan pihak JKM dan mereka memaklumkan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pertubuhan itu tidak boleh mengutip wang daripada orang kurang upaya (OKU).

    "Lagipun, JKM bukannya mengadakan operasi setiap bulan dan kutipan bayaran bulanan sebanyak RM10 itu agak keterlaluan.

    "Mereka ini adalah NGO yang berdaftar dan bukannya koperasi yang menyimpan duit sebagai tabungan kepada OKU," katanya ketika ditemui di Brickfields di sini.

    Sementara itu, rakannya, Jamaludin Rashid, 45, berkata, pertubuhan tersebut telah mula meminta bayaran bulanan sejak bulan Mac lalu tetapi dia enggan membayar walaupun sudah menjadi ahli.

    "Memang tidak patut mereka meminta bayaran. Ada juga sesetengah OKU yang telah membuat bayaran tetapi ada juga yang tidak mendapat resit," katanya.

    Dalam pada itu, seorang lagi OKU, Mohamad Nor, 57, berharap pihak berkuasa memandang serius perkara berkenaan dan menyiasat apa yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List