gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 10 May 2011 07:50 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


13 lelaki ditahan bantu siasatan kebakaran pondok polis

Posted: 10 May 2011 06:10 AM PDT

NIBONG TEBAL: Polis menahan 13 lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian kebakaran pondok polis dan pusat operasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Taman Merak di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang ditahan di sekitar Taman Merak itu berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dalam satu operasi besar-besaran mengesan suspek. Katanya, pada kejadian kebakaran pukul 11.10 malam tadi itu, pondok polis yang terletak dalam pusat operasi JKKK itu turut terbakar. Beliau berkata, perbuatan khianat membakar pusat operasi JKKK itu dipercayai berpunca dari kes membalas dendam terhadap seorang lelaki yang parah kerana diserang oleh anak salah seorang anggota JKKK di kawasan itu minggu lepas. "Akibat tidak puas hati ekoran insiden serangan tempoh hari, sekumpulan lelaki dipercayai anggota keluarga dan rakan mangsa itu bertindak membakar pusat operasi termasuk pondok polis yang berada dalam pusat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah panjang musnah dalam kebakaran

Posted: 10 May 2011 06:08 AM PDT

KANOWIT: Sebuah rumah panjang 40-pintu, Rh.Umpang, di kawasan pedalaman Sungai Menyan dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini menyebabkan enam keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, seorang lelaki berusia 50an mengalami kecederaan ringan apabila cuba menyelamatkan seorang anggota keluarga.


Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit, Douglas Graji, berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.03 petang dan sebaik tiba di lokasi 45 minit kemudian, keseluruhan rumah panjang itu musnah.

Katanya pihak berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5 petang dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Katanya kebanyakan penghuni tidak tinggal di rumah panjang tersebut kerana bekerja di Sibu dan bandar lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 10 May 2011 07:29 AM PDT

Kosmo Online


Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

Posted:

Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

10/05/2011 9:25pm

NIBONG TEBAL — Polis menahan 13 lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian kebakaran pondok polis dan pusat operasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Taman Merak di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mereka yang ditahan di sekitar Taman Merak itu berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dalam satu operasi besar-besaran mengesan suspek.

Katanya, pada kejadian kebakaran pukul 11.10 malam tadi itu, pondok polis yang terletak dalam pusat operasi JKKK itu turut terbakar.

Beliau berkata, perbuatan khianat membakar pusat operasi JKKK itu dipercayai berpunca dari kes membalas dendam terhadap seorang lelaki yang parah kerana diserang oleh anak salah seorang anggota JKKK di kawasan itu minggu lepas.

"Akibat tidak puas hati ekoran insiden serangan tempoh hari, sekumpulan lelaki dipercayai anggota keluarga dan rakan mangsa itu bertindak membakar pusat operasi termasuk pondok polis yang berada dalam pusat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka yang terbabit kini ditahan reman di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang dikenali sebagai Tan Choon Wei atau dikenali Ah Wei, 26, dan M.Jeganathan, 30, bagi membantu siasatan.

Tan mempunyai alamat terakhir di No 2, Lorong 44, Taman Merak, Simpang Ampat dekat sini manakala Jeganathan di No 36, Lorong 33 di taman perumahan yang sama. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

Posted:

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

10/05/2011 8:05pm

KUALA LUMPUR — Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.

Romy Jarr berkata, bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

Posted:

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

10/05/2011 7:55pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa sebidang tanah milik seorang kerabat diraja Johor ditebus secara sah oleh kerajaan negeri itu 115 tahun lepas.

Tanah seluas enam ekar yang kini menempatkan sebuah jabatan telekomunikasi di pusat bandar Johor Baharu, dikatakan bernilai beberapa ratus juta ringgit serta menjadi pertikaian antara waris Almarhum Ungku Abdullah Temenggong Daeng Ibrahim dan kerajaan negeri.

Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Seri Md Raus Shariff dan Datuk Abdull Hamid Embong berkata, Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa pemerolehan hartanah tersebut oleh kerajaan negeri Johor adalah terbatal.

Mereka membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ungku Sulaiman Abd Majid dan Ungku Ahmad Othamn, yang merupakan cicit serta pentadbir bersama harta pusaka milik Almarhum Ungku Abdullah, adik Sultan Johor, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.

Mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM100,000 sebagai kos perundangan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 10 May 2011 03:37 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Naoto Kan enggan terima gaji PM sehingga krisis nuklear selesai

Posted: 10 May 2011 03:26 AM PDT

Mutakhir

TOKYO: Naoto Kan berkata, beliau tidak akan mengambil gajinya sebagai perdana menteri Jepun sehingga krisis loji jana kuasa nuklear Fukushima, kesan daripada tsunami selesai.

Bagaimanapun, beliau akan mengambil gajinya sebagai wakil rakyat.

"Bersama-sama dengan operator loji itu, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), kerajaan turut memikul tanggungjawab kesan daripada kemalangan nuklear selepas pentadbirannya meneruskan dasar tenaga nuklear," katanya di sini, sebentar tadi. "Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab melaksanakan dasar itu, saya meminta maaf kepada semua pihak. Keputusan tidak mengambil elaun tahunan perdana menteri bermula Jun depan dan sehingga kita dapat lihat jalan penyelesaian kepada insiden nuklear," katanya. - AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah Indonesia ketepi hukuman mati warga Australia

Posted: 10 May 2011 03:09 AM PDT

Mutakhir

JAKARTA: Penyeludup dadah warga Australia yang lebih dikenali ahli kumpulan Bali Nine, Scott Rush, berjaya mengenepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Indonesia sebelum ini, apabila rayuannya diterima, hari ini.

"Semakan penghakiman diterima Mahkamah Tinggi Indonesia. Hukuman mati ke atasnya diketepikan dan ia ditukar kepada penjara seumur hidup.

"Sebab ia diketepikan adalah anak guam saya masih muda dan dia menyesali atas tindakannya dan memberi jaminan tidak mengulangi sebarang perbuatan jenayah. Yang paling utama, dia hanya orang utusan dan bukan dalang di sebalik jenayah itu," kata peguamnya, Frans Hendra Winata di sini, hari ini. Scott yang berusia 24 tahun didapati bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati atas peranannya menyeludup 8 kilogram heroin ke Australia menerusi pusat peranginan Indonesia, Bali pada 2005. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 10 May 2011 03:32 AM PDT

Utusan Online - Utara


Keunikan Kedai Dobi e-Wash

Posted:

Keunikan Kedai Dobi e-Wash

Keunikan Kedai Dobi e-Wash

Oleh AIN SAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my


Kedai Dobi e-Wash mula mendapat tempat daripada pelanggan bukan beragama Islam.


TELUK INTAN 9 Mei – Impiannya untuk membuka kedai dobi tidak pernah luntur meskipun mengetahui ramai telah tewas dan gagal meneruskan perjuangan dalam perniagaan mencabar itu.

Malah, ketika menceburi dunia perniagaan itu tiga tahun lalu, dia hampir menjadi sebahagian statistik usahawan bumiputera yang tersungkur kerana gagal mengharungi cabaran perniagaan sukar, tetapi mempunyai potensi besar berkembang dan menguntungkan.

Namun, kini Azhani Jalaluddin, 29, boleh menarik nafas lega kerana pengorbanan yang didasari usaha gigih dan doa membuahkan hasil apabila perkhidmatan Kedai Dobi e-Wash sudah mendapat hati di kalangan masyarakat setempat.

Hasil promosi secara berterusan, perniagaan ibu kepada seorang anak itu mula meyakinkan syarikat-syarikat seperti katering, hotel dan restoran untuk mendapatkan perkhidmatan Kedai Dobi w-Wash yang beroperasi No 23, Lorong 1, Jalan Merbok, Taman Impiana di sini.

Pemegang diploma perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan dobi ketika menceburi bidang tersebut tiga tahun lalu.

"Saya hanya mempunyai pengalaman bekerja di dua buah bank selama beberapa tahun sebelum berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.

"Perkhidmatan dobi dipilih kerana minat dan yakin akan potensi bidang ini, selain ingin membuktikan keupayaan usahawan Melayu untuk berjaya dalam bidang yang masih kurang disertai orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang mendapat sokongan dan bantuan pengurusan perniagaan daripada suami, Mohammed Irfan, 35, menambah, cabaran awal yang dihadapi adalah untuk mengumpul modal RM200,000.

Katanya, usaha beliau mahu menceburi perniagaan itu hampir gagal di peringkat awal lagi apabila permohonan mendapatkan pinjaman daripada agensi kerajaan ditolak.

Tidak mahu mengalah dengan halangan itu, beliau mendapat idea daripada kenalan suami seorang pengurus bank yang menasihatkannya membuat pembiayaan semula kedai milik suami bagi mendapatkan wang untuk dijadikan modal perniagaan dobi.

Ditambah dengan wang simpanan, dia akhirnya berjaya membuka kedai dobi dengan menggunakan teknologi terkini syarikat elektronik Electrolux yang masih belum digunakan secara meluas di daerah ini dan sekitarnya.

"Cabaran awal adalah mencari pelanggan kerana kawasan premis perniagaan tidak terletak di jalan utama, sebaliknya jalan mati. Persaingan harga dengan kedai lain yang lebih dulu menceburi bidang ini menjadikan tugas menjadi lebih sukar.

"Kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti dan setia juga merupakan antara cabaran besar," katanya.

Justeru bagi mengatasi masalah itu, tanpa mengira penat dan lelah apatah lagi rasa malu beliau melakukan semua kerja termasuk mencuci, mengering dan menggosok bagi memastikan perniagaannya terus beroperasi.

Beliau juga memperuntukkan masa setiap hari melakukan promosi dengan mengedar risalah, bertemu orang ramai dan kenalan bagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan dan keunikan perkhidmatan Kedai Dobi e-Wash.

"Walau sibuk sekali mana pun, saya tetap tidak akan mengabaikan tugas menjaga anak yang ketika itu berusia setahun. Suami hanya dapat membantu selepas dia selesai bekerja," ujarnya lagi.

Azhani berkata, kelainan yang ditawarkan oleh kedai dobinya adalah teknologi terkini hasil inovatif Electrolux yang membolehkan pakaian bukan sahaja bersih tetapi selamat diguna dan tidak menjejaskan kualiti sedia ada.

Bagi membolehkan mengoperasikan teknologi tersebut, dia telah menyertai program Advance Lagoon selama empat hari anjuran Electrolux di Pattaya,Thailand yang turut disertai peserta dari Indonesia, Filipina dan Thailand.

Selain itu, katanya, Kedai Dobi e-Wash mengutamakan konsep Islam bagi memastikan semua pakaian dibasuh dan dibersihkan menepati hukum syarak.

"Ini merupakan salah satu faktor mengapa kita hanya mengambil pekerja Islam," katanya sambil menambah konsep tersebut telah diterima oleh pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Sebab itu juga, pelanggan saya tidak rasa was-was menghantar telekung untuk dicuci di kedai ini," katanya lagi.

Beliau berkata, harga yang ditetapkan berbeza mengikut kaedah cucian.

"Jika mengggunakan Wet Clean harga ditetapkan berdasarkan bilangan setiap pakaian tetapi jika cucian biasa ditetapkan pada harga antara RM3 hingga RM5 sekilogram," katanya.

Azhani berkata, sehingga kini Kedai Dobi e-Wash bukan sahaja mendapat perhatian daripada pelanggan beragama Islam tetapi sudah sebati dengan kaum lain termasuk India dan Cina.

Malah katanya, keunikan kaedah cucian serta konsep Islam yang diterapkan menyebabkan pelanggannya bukan sahaja datang dari daerah ini, sebaliknya menjangkau sehingga Sitiawan.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Azhani berkata, dia bercadang membuka cawangan baru sama ada di Ipoh atau Sitiawan.

"Selain itu saya berhasrat memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menambahkan lagi keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Kedai Dobi e-Wash," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelanggan pelbagai kaum puas hati

Posted:

Pelanggan pelbagai kaum puas hati

Pelanggan pelbagai kaum puas hati


Azhani Jalaluddin sentiasa mendapat sokongan dan bantuan suaminya, Mohammed Irfan memajukan kedai dobi mereka di Taman Impiana, Teluk Intan, Perak, semalam.


TELUK INTAN 9 Mei - Layanan baik, harga berpatutan dan kualiti cucian bermutu berpandukan kepada amalan Islam merupakan antara faktor utama mendorong pelanggan setia bersama Kedai Dobi e-Wash milik Azhani Jalaluddin, 29.

Seorang pelanggan Mohd. Said Mansor, 46, berkata, sejak mengetahui dobi tersebut mengutamakan amalan Islam, dia tidak pernah bertukar ke kedai lain.

"Saya amat berpuas hati dan sebab itu tidak kisah untuk datang ke sini walaupun tinggal di Sitiawan," katanya.

Seorang lagi pelanggan, Fadilah Mohd. Awali, 56, berkata, dahulu dia keberatan untuk menghantar telekung dicuci di kedai dobi kerana tidak yakin dengan kebersihan cuciannya.

"Selepas mengetahui kaedah yang digunakan Kedai Dobi e-Wash saya tidak menghadapi masalah untuk mencuci telekung dengan lebih kerap lagi," ujarnya.

Kee Mini Tan, 52, berkata, terdapat kelainan jika soal kualiti kebersihan setiap cucian diambil kira.

"Saya difahamkan teknologi yang digunakan lebih mesra alam iaitu tidak menggunakan bahan bertoksik," katanya.

K. Sentiveloo Mohandass, 48, memberitahu dia telah menggunakan perkhidmatan di kedai dobi tersebut sejak 2009.

"Setakat ini saya tidak mempunyai rungutan, semuanya baik dan puas hati," katanya.

Chuan Chan, 34, yang tinggal berhampiran kedai tersebut berkata, selain bersih dan harga berpatutan, kedai tersebut menawarkan perkhidmatan yang cepat.

"Sudah dua tahun saya menjadi pelanggan tetap kedai dobi ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesanan buat graduan politeknik

Posted:

Pesanan buat graduan politeknik

Pesanan buat graduan politeknik

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyampaikan sijil dan diploma kepada salah seorang graduan di Ulu Pauh, Arau, semalam. Turut hadir, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. - UTUSAN/FAIZAL ABU HASSAN


ARAU 9 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) supaya memanfaatkan ilmu untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Baginda bertitah, para graduan kini mengalas tanggungjawab baru dalam memacu kemajuan negara namun ia perlu diperkukuhkan dengan ketahanan rohani dan jasmani.

"Perjalanan para graduan masih jauh lagi malah kamu semua perlu menyumbang kembali kepada pembangunan negara dan masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan perasmian Majlis Konvokesyen PTSS ke-5 yang turut dihadiri Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Pengarah PTSS, Md. Noor Baharom di sini, hari ini.

Titah baginda, para graduan juga perlu menjauhkan diri daripada gejala tidak sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan dalam komuniti.

Dalam pada itu, baginda bertitah, kualiti sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tidak diukur daripada jumlah graduan yang dihasilkan tetapi ia dilihat kepada sumbangan yang bakal dicurahkan oleh para graduan kepada negara.

"PTSS sebagai sebuah IPT, merupakan wadah untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berhemah tinggi bahkan mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat," titah baginda.

Sementara itu, seramai 1,503 graduan PTSS menerima diploma dan sijil masing-masing hari ini iaitu seramai 988 graduan menerima diploma dan 515 graduan menerima sijil.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 10 May 2011 03:21 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012

Posted:

Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012

Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012


Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan sejawatnya Prawit Wongsuwon ketika melawat Kompleks Imegresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra dan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin (CIQS) Ban Prakob di Durian Burung, semalam.


PADANG TERAP 9 Mei - Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung dekat sini dijangka beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan sebagai laluan keluar masuk Malaysia-Thailand yang kedua di negeri ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi laluan itu akan dipertingkatkan setelah ICQS Ban Prakob, Thailand siap sepenuhnya November tahun ini.

"Pada amnya, ICQS Kota Putra telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada 20 Januari 2010, manakala ICQS Ban Prakob yang masih dalam pembinaan dijangka siap penghujung tahun ini.

"Malaysia hanya menunggu isyarat daripada kerajaan Thailand dan apabila siap sepenuhnya ICQS Ban Prakob, laluan ini akan dibuka kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Malaysia-Thailand ke ICQS Kota Putra dan ICQS Ban Prakob Thailand hari ini.

Lawatan turut disertai oleh 20 delegasi Thailand diketuai Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiflee Mohd. Zin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai semasa Mesyuarat ke-50 GBC Malthai pada 8 Ogos tahun lalu untuk meninjau perkembangan pembangunan serta mengenal pasti permasalahan di kawasan itu.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan Thailand bersetuju pengoperasian ICQS Kota Putra dan Ban Prakob mampu mengembangkan lagi taraf sosioekonomi penduduk kedua-dua pihak terutama di sekitar sempadan.

"Selain itu, operasi di laluan ini juga dijangka mengekang jenayah lintas sempadan melibatkan kedua-dua negara," katanya.

Sementara itu kata Prawit, Thailand memberi jaminan ICQS Ban Prakob yang 50 peratus pembinaannya akan disiapkan mengikut jadual walaupun ia mengalami sedikit kelewatan ketika ini.

"Ia mungkin mengalami kelewatan sebanyak lima peratus ketika ini tetapi pada bulan depan kita akan atasi masalah kelewatan ini dan pastikan ia berjaya disiapkan ikut jadual," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kematian Osama tidak selesai masalah

Posted:

Kematian Osama tidak selesai masalah

Kematian Osama tidak selesai masalah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu serangan di lokasi persembunyiannya di Pakistan baru-baru ini, tidak menjamin masalah keganasan antarabangsa turut berakhir.

Setiausaha Negara Bagi Hal Ehwal Politik, Kementerian Luar Negara dan Integrasi Eropah Republik Croatia, Dr. Mario Nobilo berkata, walaupun Osama terbunuh dalam operasi yang digerakkan oleh Amerika Syarikat, namun kumpulan itu tetap wujud walaupun tidak sekukuh dahulu.

Beliau bagaimanapun turut menafikan dakwaan menyatakan pergolakan politik yang berlaku di negara-negara Arab dari Maghribi hingga ke Bahrain pada masa ini digerakkan oleh anggota kumpulan itu.

"Pergolakan di negara-negara Arab berlaku berikutan generasi muda mahukan kemakmuran diagihkan dengan seimbang kepada rakyat, selain kehadiran pekerja asing yang ramai di negara-negara terlibat," katanya selepas menyampaikan syarahan awam bertajuk 'Daripada Mengawasi Keamanan Kepada Membentuk Keamanan-Sebuah Cerita Transformasi di Bawah Bekas Yugoslavia' di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli perniagaan Singapura ditahan ISA

Posted:

Ahli perniagaan Singapura ditahan ISA

Ahli perniagaan Singapura ditahan ISA

KUALA LUMPUR 9 Mei - Seorang ahli perniagaan Singapura yang diburu pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan.

Difahamkan, Abdul Majid Kunji yang berusia lewat 50-an itu telah 'bersembunyi' di Malaysia sejak beberapa tahun lalu sebelum ditahan sekitar ibu negara semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, suspek dipercayai menyalurkan dana dan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang beroperasi di selatan Filipina.

"Penahanan Abdul Majid dibuat atas sebab-sebab mempercayai penglibatannya boleh memudaratkan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Turut difahamkan, Abdul Majid menguruskan perniagaan agensi pelancongan dan tekstil ketika berada di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 10 May 2011 03:14 AM PDT

Harian Metro: Setempat


‘Kalau nak nikah ikut cara’

Posted: 09 May 2011 11:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga, Rahman Abdul Razak, 46, merayu anaknya, Nur Illyana, 23, dikembalikan selepas didakwa dilarikan teman lelakinya sejak Februari lalu.

"Semuanya boleh dibawa berbincang. Jangan lakukan anak saya sedemikian, jika betul mahu menikahi Nur Illyana ikutlah cara adat Melayu kita.


"Malah, saya juga berharap keluarga lelaki terbabit sedar dan insaf dengan tindakan mahu mengahwinkan Nur Illyana di Siam (Thailand) dan dapat menghubungi saya jika tahu di mana kedudukan mereka," katanya dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kehilangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nur Illyana dipercayai dilarikan teman lelakinya berusia 26 tahun yang berasal dari Pengkalan Kubor, Kelantan selepas Rahman menghantarnya ke kelas pada 28 Februari lalu.


Menurut Rahman, selepas akhbar ini menyiarkan kisah anaknya Sabtu lalu, ramai yang bersimpati dan berharap teman lelakinya sedar dan menghantar pulang anaknya.


"Abah tidak putus asa berdoa Along (panggilan Nur Illyana) segera pulang. Ibu dan adik-adik amat rindukan Along.

"Saya tidak tahu di mana lelaki itu menyembunyikan Nur Illyana. Kami sekeluarga cukup bimbang keselamatannya kerana semua rakan-rakannya juga tidak mengetahui kedudukannya," katanya.


Rahman berkata, nalurinya kuat menyatakan perasaan dan hati Nur Illyana ketika ini meronta mahu pulang, tetapi dihalang lelaki terbabit yang banyak mengawal tingkah laku Nur Illyana melalui pelbagai ugutan.

Menurut Rahman, dia mendakwa Nur Illyana mungkin menjadi mangsa ubat guna-guna lelaki itu kerana anak sulungnya itu berubah dan berani meninggikan suara selepas mengenali suspek.


Rahman berharap orang ramai yang melihat Nur Illyana menghubunginya talian 014-2692912/012-6191701 atau isterinya, Kartini Ismail, 43 (013-3147538) atau balai polis berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baring mayat atas landasan

Posted: 09 May 2011 11:00 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang pemandu komuter panik dan terpaksa memberhentikan tren itu secara mengejut selepas terpandang sekujur tubuh terbaring di landasan di Kilometer 12.87 berhampiran Stesen Komuter Batu tiga Shah Alam, di sini, malam kelmarin, yang kemudian disahkan polis sebagai mayat lelaki mati dibunuh.

Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan operasi komuter antara laluan Shah Alam ke Pelabuhan Klang, dekat sini, tergendala lebih tiga jam.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, laluan komuter berkenaan hanya dibuka semula jam 1.38 pagi semalam.

"Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan itu kerana terpaksa memberi laluan kepada polis yang menjalankan siasatan kes berkenaan.


"Kami membuat laporan polis berhubung kemungkinan mayat itu mangsa yang dilanggar komuter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 10 May 2011 03:04 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Peronda larut malam digeruni

Posted:

Peronda larut malam digeruni

Peronda larut malam digeruni

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


Anggota Skim Rondaan Sukarela sentiasa komited menjalankan tugas walaupun terpaksa berjaga tengah malam bagi memastikan keselamatan di taman perumahan Lavender Heights, Senawang. – UTUSAN/Abd Razak Aid


SEREMBAN 9 Mei – Mereka bukan anggota komando dalam mana-mana pasukan tentera, malahan kumpulan ini juga bukanlah skuad elit dalam pasukan keselamatan.

Namun kehadiran mereka dengan berbekalkan vest, wisel, cota dan lampu picit itu di taman perumahan Lavender Heights, Senawang, dekat sini sudah cukup digeruni penjenayah sehingga ada yang menggelarkan kumpulan ini sebagai 'peronda larut malam'.

Ketua Keselamatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, Mohamad Hanniff Mohd. Yusof, 63, berkata, operasi yang dijalankan itu akan dibuat tanpa mengira hari tertentu.

"Dalam tempoh seminggu itu, ada satu hari yang telah kita tetapkan jadualnya, tetapi dalam tempoh itu juga akan ada operasi mengejut bagi mengekang jenayah di kawasan Lavender Heights," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Katanya, mereka bukan 'kumpulan gangster' tetapi kumpulan yang dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), pindaan 1988 iaitu menjalankan tugas secara sukarela mencegah jenayah.

"Kita jalankan prosedur mengikut standard operasi yang ditetapkan supaya semua anggota SRS dilindungi keselamatan mereka.

"Apa yang kita harapkan sekarang adalah pembabitan lebih ramai penduduk di taman perumahan ini menyertai SRS kerana dengan bilangan yang bertambah itu, kita akan dapat menjalankan operasi mencegah dengan lebih efektif," katanya.

Konsep program KRT itu, termasuklah SRS hampir sama peranannya seperti Neighbourhood Watch yang diamalkan di United Kingdom.

KRT telah ditubuhkan oleh kerajaan pada 1975 yang asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat dan satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975, telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di negara ini dan pada tahun 2001, fokus program itu tertumpu pada pembangunan masyarakat setempat.

Di taman ini sahaja, terdapat lebih 60 anggota SRS yang ditugaskan di tujuh lokasi strategik melibatkan pengawasan hampir 1,000 buah rumah yang terdapat di situ.

Mohamad Hanniff berkata, dalam menabur bakti sebagai anggota SRS, ia tidak mengambil kira kedudukan, pangkat mahupun jawatan seseorang kerana apa yang lebih penting adalah memikirkan cara mereka boleh bekerjasama mencegah jenayah di taman perumahan ini.

"Kita mempunyai golongan profesional, pesara, guru, wartawan, polis, akauntan, jurutera, ahli perniagaan, tentera dan sebagainya yang menyertai SRS. Mereka ada kedudukan dalam kerjaya masing-masing, tetapi bersama-sama membantu mengawal keselamatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SRS perlu wujud di semua kawasan KRT

Posted:

SRS perlu wujud di semua kawasan KRT

SRS perlu wujud di semua kawasan KRT

SEREMBAN 9 Mei - Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diwujudkan di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini terutama di taman perumahan dalam usaha membantu pihak berkuasa membanteras jenayah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rekod menunjukkan SRS dan KRT sangat berperanan dalam mengurangkan jenayah terutama membabitkan kes pecah rumah.

"Jangan bagi kesempatan kepada penjenayah kerana apabila ada yang ingin melakukan jenayah di tempat kita, SRS mungkin dapat menghalang jenayah tersebut," katanya di sini baru-baru ini.

Tambahnya, KRT dan SRS perlu diadakan di setiap kawasan perumahan khususnya di bandar yang mempunyai indeks jenayah tinggi.

"Tugas menjaga keselamatan penduduk yang juga merupakan jiran-jiran kita adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh mengharapkan polis sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, melalui aktiviti perpaduan komuniti di KRT, ia menjadi landasan untuk menyatukan rakyat serta membentuk negara bangsa yang berjaya.

"KRT terbukti sebagai satu lagi nadi penting perpaduan dengan penganjuran aktiviti seperti sukaneka, rekreasi, keagamaan, perayaan kaum, ramah-mesra bersama pemimpin dan sebagainya.

"Sejak beberapa tahun lalu, sebanyak 2,000 aktiviti yang dianjurkan KRT di negeri ini telah memperkasakan bangsa Malaysia dengan sempurna dengan satu peradaban perpaduan yang jitu," katanya..

Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah KRT serta Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan mengenal pasti kawasan di pinggir bandar dan bandar selain menerusi perbincangan dengan pemimpin setempat.

"Kerajaan akan menyediakan insentif untuk mereka yang menyertai SRS seperti dibekalkan peralatan meronda, baju hujan, peti ubat, lampu suluh, topi dan wisel," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lavender Heights, Mohammed Sharif, 67, berkata, kesungguhan anggota SRS di taman berkenaan dibuktikan melalui kerjasama erat, bukan sahaja mencegah jenayah tetapi hal kebajikan, kebersihan dan penyediaan kabin pusat operasi utama.

"Kita masih memerlukan peralatan bagi menyelaraskan operasi seperti komputer, walkie-talkie, siren kecemasan serta kelengkapan kabin pusat utama ini, yang sebelum ini menggunakan dana ahli SRS dan sumbangan orang ramai.

"Kita berharap perkara ini mendapat perhatian kerajaan untuk membantu SRS yang aktif bagi meningkatkan moral mereka dalam meneruskan operasi mencegah jenayah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah curi air Sains

Posted:

Padah curi air Sains

Padah curi air Sains

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

RASAH 9 Mei – Gara-gara membuat penyambungan secara haram untuk mencuri air, seorang pemilik rumah di Taman Tuanku Jaafar dekat sini menerima padah selepas dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), di sini hari ini.

Serbuan yang dilakukan hasil dari intipan beberapa hari dilakukan sepasukan pegawai dan anggota kedua-dua jabatan berkenaan diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan SPAN, Mohadir Hid, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Jurucakap Sains menjelaskan, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati kawasan kediaman itu berkenaan sememangnya membuat penyambungan air secara haram dari paip utama di bahagian luar.

"Pemeriksaan di pusat itu mendapati berlaku penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 25 milimeter daripada paip utama milik Sains.

"Selain itu, ujian klorin dijalankan untuk memastikan sama ada bekalan air premis berkenaan adalah air terawat milik Sains atau sebaliknya," kata jurucakap itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu notis memaklumkan kesalahan dikeluarkan terhadap pemilik premis berkenaan dan paip yang digunakan turut disita sebagai bahan bukti.

Jelasnya, pemilik rumah berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 dan semua paip penyambungan itu disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

"Jika sabit kesalahan, hukuman denda diperuntukkan mengikut seksyen itu ialah RM50,000 atau penjara lebih enam bulan atau kedua-dua sekali," katanya

Katanya, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan berterusan bagi mengesan kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira sama ada ia membabitkan pengguna komersial atau domestik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 10 May 2011 01:46 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Penangan gelek seksi

Posted: 09 May 2011 11:45 AM PDT

ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi 'kelab dangdut rimba' dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.

Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.

Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru sunyi noda pelajar

Posted: 09 May 2011 11:39 AM PDT

KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.


"Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 10 May 2011 01:42 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Tuntut hak tengah laut

Posted: 09 May 2011 01:42 PM PDT

Wilayah

100  bot nelayan membuat bantahan secara  aman di tengah Sungai Langat terhadap kapal  dagang  yang menyebabkan pencemaran hingga menjejaskan pendapatan.

100 bot nelayan membuat bantahan secara aman di tengah Sungai Langat terhadap kapal dagang yang menyebabkan pencemaran hingga menjejaskan pendapatan.

400 nelayan Sungai Langat bantah kapal dagang, pontun sekat rezeki

BANTING: Lebih 400 nelayan Sungai Langat mengadakan demonstrasi samudera semalam, bagi menghalang kapal dagang dan pontun daripada terus menggunakan perairan itu yang mengakibatkan mereka hilang punca rezeki sejak 11 tahun lalu.

Mereka bersatu hati berpakat membariskan 94 bot dan 216 sampan di tengah lautan untuk menagih simpati kerajaan supaya segera menyelesaikan penderitaan dialami akibat aduan sebelum ini tidak dipedulikan. Pelbagai usaha dilakukan sepanjang 11 tahun termasuk berunding dengan wakil rakyat, kementerian dan beberapa agensi berkaitan tetapi masih tiada penyelesaian, sedangkan Sungai Langat terus dikuasai kapal dagang yang menjerat mata pencarian nelayan.

Walaupun panas terik, nelayan dari lima pangkalan berdekatan sanggup membawa anak serta isteri ke tengah Sungai Kelanang selebar lebih satu kilometer untuk menghalang kemasukan lebih 20 pontun dan kapal dagang ke Sungai Langat.

Pada masa sama, beberapa pontun yang sedang berusaha keluar ke muara terpaksa berpatah balik berikutan demonstrasi menyekat sungai dilakukan nelayan Pengkalan Tongkah, Bandar, Permatang Pasir dan Pulau Carey itu.

Ketua Persatuan Nelayan Sungai Kelanang, Zanizam Ismail, berkata demonstrasi itu adalah ikhtiar akhir bagi mendapat penyelesaian lebih serius daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
"Kami tak sanggup lagi menanggung derita dengan kemusnahan sumber rezeki nelayan akibat kezaliman pengusaha kapal kargo dan pontun menggunakan perairan secara tidak berjadual.

"Pada 1990-an kebanyakan nelayan di sini hidup selesa kerana Sungai Langat kaya dengan sumber ikan. Namun, sejak perairan itu disewa kepada pengusaha industri perkapalan pada 2000, pendapatan kami terjejas teruk," katanya.

Beliau berkata, keadaan bertambah parah apabila pengusaha perkapalan menggunakan perairan itu secara tidak berjadual sehingga mengganggu nelayan mencari rezeki.

Katanya, sebelum ini mereka berjanji menggunakan perairan itu empat jam sehari bagi membolehkan nelayan mencari rezeki, tetapi kini mereka menggunakannya hampir setiap jam.

"Setiap hari, lebih 20 kapal dan pontun berulang-alik dari Selat Melaka ke jeti swasta di sepanjang Sungai Langat, menyebabkan nelayan pukat hanyut tidak berpeluang langsung menangkap ikan di situ," katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kuala Langat, Wan Abu Bakar Wan Soh, 40, berkata banyak pukat hanyut musnah dilanggar kapal dagang dan pontun menyebabkan nelayan kerugian beribu ringgit setiap bulan.

"Pengusaha perkapalan juga melabuhkan kapal dan pontun mereka sesuka hati terutama di kawasan lubuk ikan di sepanjang Sungai Langat tanpa mempedulikan nasib nelayan tempatan," katanya.

Timbalan Ketua Persatuan Nelayan Pengkalan Tongkah, T Murali, berkata nelayan berdemonstrasi di Sungai Kelanang sejak jam 8.30 pagi dan akan terus berkawal di situ secara bergilir selama 24 jam.

"Kami tidak berganjak seinci pun dari perairan ini walaupun terpaksa bermalam selama seminggu. Isteri dan anak kami menyediakan keperluan makanan dan minuman sepanjang hari sebagai tanda sokongan perjuangan nelayan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hutan Lipur Ulu Bendul masih selamat

Posted: 09 May 2011 01:42 PM PDT

Wilayah

KUALA PILAH: Orang ramai masih boleh mengunjungi Hutan Lipur Ulu Bendul kerana tempat rekreasi berkenaan masih selamat untuk pelbagai aktiviti perkelahan dan riadah bersama rakan dan keluarga, walaupun ia dikaitkan dengan tragedi `kepala air' yang mengorbankan tiga beradik Selasa lalu.

Pengarah Tourism Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa, berkata selain tarikan riadah termasuk berkhemah, pengunjung juga boleh melawat Taman Ular Sawa yang mempamerkan lebih 25 ekor ular sawa pelbagai spesies.

"Hutan Lipur Ulu Bendul adalah destinasi pilihan orang ramai termasuk dari Kuala Lumpur untuk berkelah serta melakukan pelbagai aktiviti lain. "Malah, dengan kemudahan lengkap seperti gerai makan, surau dan tandas, pengunjung juga tidak perlu bimbang untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuk perkhemahan kerana lebih 10 pegawai renjer sentiasa berada di kawasan ini sepanjang masa," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini.

Mengulas tragedi tiga beradik dihanyutkan arus deras Sungai Ulu Bendul itu, Hishamuddin berkata, tragedi alam itu memang tidak dapat diduga tetapi boleh dielakkan dengan meningkatkan kesedaran.

"Apabila cuaca mendung atau hujan, orang ramai perlu mengelak daripada berada dalam sungai kerana fenomena berkenaan mungkin berlaku pada bila-bila masa.
"Jadi, tiada apa perlu dibimbangkan selagi kita mementingkan keselamatan dan sentiasa peka terhadap perubahan cuaca," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 10 May 2011 01:35 AM PDT

Utusan Online - Timur


Keistimewaan burung candik

Posted:

Keistimewaan burung candik

Keistimewaan burung candik

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Selain burung candik, sangkar diukir cantik turut menarik perhatian pengunjung pada sesuatu pertandingan bunyi unggas.


KOTA BHARU 9 Mei - Kelunakan kicauan serta aksi 'galak' yang ditunjukkan oleh seekor burung candik di dalam sangkarnya, mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang yang tidak tahu keistimewaan unggas itu.

Namun bagi penggemar burung candik, suara dilontarkan serta aksi galak yang ditunjukkan oleh burung itu, dianggap terlalu istimewa dan mempunyai harga tidak ternilai.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Abdullah Ismail, 60, salah seorang pengadil berpengalaman luas dalam mengadili serta menilai kehalusan seni suara dan aksi galak yang dipamerkan oleh burung candik setiap kali beraksi dalam satu-satu pertandingan.

Menceritakan pengalamannya lebih 25 tahun mengadili pertandingan seni suara burung candik, Abdullah berkata, proses untuk menilai dan mengadili kehalusan seni suara dan aksi burung itu memerlukan pengamatan serta fokus yang tinggi.

"Dalam menilai seni suara burung candik ini, terdapat sedikit perbezaan dengan seni suara burung-burung lain kerana burung ini mempunyai pelbagai 'air suara' dan disebabkan itulah, para pengadil perlu memberikan tumpuan penuh dalam proses pengadilan.

"Selain suara, turut diambil kira dalam proses penilaian ialah aksi galak yang ditonjolkan oleh burung tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdullah memberitahu, burung yang mendapat markah tinggi akan diumum pemenang dan jika terdapat markah yang sama, tiga burung terbaik akan dipilih dan diadili semula untuk menentukan juara.

Sejak kebelakangan ini, seni suara burung candik kembali mendapat tempat di kalangan peminatnya, buktinya Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 di Arena Candik, Jalan Seri Cemerlang dekat sini baru-baru ini telah merekodkan penyertaan tertinggi iaitu lebih 1,000 ekor burung candik.

Presiden Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan, Mohd. Arif Mohamad Yaacob berkata, berdasarkan jumlah penyertaan, ia menunjukkan seni suara burung kembali mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat amnya.

Katanya, berdasarkan sokongan padu itu, pihaknya telah dan akan menjalankan lima pertandingan utama pada tahun ini, selain pertandingan pada hujung minggu, untuk menyemarakkan lagi seni suara burung candik.

"Selepas Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011, akan berlangsung pula pertandingan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Yang di-Pertuan Agong, Hari Kemerdekaan dan bagi merebut Piala Presiden persatuan," ujarnya.

Tambahnya, keunikan yang ada pada burung candik menyebabkan aktiviti membela burung itu yang suatu ketika dahulu hanya untuk mengisi masa lapang di kalangan penduduk kampung, kini menjadi hobi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan elit.

"Biarpun harga seekor burung ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, ia bukan alasan bagi peminat setia burung candik untuk memilikinya," katanya.

Sementara itu, seorang peminat, Rashid Sallon, 42, berkata, proses membela seekor burung candik tidak mudah terutama ketika hendak menyertai sesuatu pertandingan.

Jelasnya, pelbagai langkah perlu dilakukan ke atas burung terbabit antaranya faktor pemakanan yang teratur termasuk pengambilan ubat-ubatan dan vitamin untuk menjamin burung mampu mengeluarkan bunyi yang merdu dan lunak serta meningkatkan kesihatan unggas itu.

"Selain itu, burung-burung perlu dimandikan setiap dua kali sehari untuk memastikan ia sentiasa segar dan sihat serta bebas daripada sebarang penyakit," katanya.

Menurutnya, tidak semua burung mampu menghasilkan suara yang baik kerana ia turut ditentukan oleh faktor genetik.

"Selain itu, burung juga perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan lenggok, getaran suara dan sebagainya mengikut kriteria pertandingan," jelasnya.

Rashid memberitahu, dia mula berjinak-jinak dengan seni suara burung candik selepas tertarik dengan kelunakan suara serta aksi galak burung itu.

"Pada mulanya, saya hanya menyertai pertandingan di peringkat kampung. Baru-baru ini, saya telah menyertai Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 bagi kategori burung candik. Alhamdulillah burung saya telah muncul naib juara.

"Kemenangan ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan saya," katanya yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam seni suara burung candik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hapuskan budaya 'cincai'

Posted:

Hapuskan budaya 'cincai'

Hapuskan budaya 'cincai'

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu.com.my


TENGKU Mustafa Kamel Sultan Mahmud memeriksa barisan Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu pada Istiadat Perasmian Sidang DUN Terengganu Penggal Ke-Empat di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA TERENGGANU 9 Mei - Penjawat awam yang menjadi cerminan sifat kerajaan perlu berada di barisan hadapan dalam usaha menterjemahkan agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud berkata, pada masa sama komitmen diberikan dapat menghapuskan budaya 'cincai' yang mengambil sikap endah tidak endah dengan tugas dilaksanakan.

Katanya, agenda negeri bertujuan memastikan kesejahteraan rakyat tidak terabai dalam arus kemajuan yang digerakkan.

"Bagi seseorang penjawat awam, walau apa pun kedudukannya, dia hendaklah sentiasa taat dan memberikan sumpah setianya kepada aspirasi baik yang dibawa oleh kerajaan dan bukan sebaliknya.

''Tugasan dipertanggungjawabkan ke atas mereka hendaklah dilaksanakan secara ikhlas, berhemah dan penuh tawaduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini hari ini.

Katanya, mereka juga perlu menjadi penyampai maklumat berkaitan ilmu dan perubahan yang dilaksanakan kerajaan kepada masyarakat supaya dapat memahami dasar secara lebih mendalam.

Di samping itu, beliau mengharapkan mereka agar berfikiran kritis dan kondusif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

"Peranan pantas bertindak dan membuat keputusan itu pula penting kerana tindakan sedemikian akan meningkatkan kitaran wang dalam sistem ekonomi negeri.

"Berfikir secara konvensional hendaklah dielakkan dalam melakukan tugasan. Laksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa," ujar beliau.

Katanya, agenda kerajaan negeri yang digariskan melalui Hala Tuju Pembangunan Terengganu dan pada masa sama menyasarkan pencapaian negeri maju menjelang 2020 adalah suatu yang sangat mencabar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras

Posted:

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras


Bung Mokhtar Radin (tiga dari kanan) bersama isterinya, Zizie Izaty (tiga dari kiri), Dali Hussin (dua dari kanan) dan wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa melaungkan "Hidup UMNO" sewaktu perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa 2011 yang diadakan di SMK Pengkalan Chepa 1, baru-baru ini.


KOTA BHARU 9 Mei - Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berikrar akan terus bekerja keras untuk memastikan parti mendapat sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Zarina Eusop turut menyuarakan sokongan padu sayap parti itu kepada Ketua UMNO bahagian itu, Dali Hussin bagi memastikan hasrat merampas Kelantan daripada Pas dapat dicapai.

"Kita di sini tidak pernah berpecah malah sokongan terhadap pemimpin kita tidak berbelah-bahagi kerana matlamat kita cuma satu iaitu menang dalam pilihan raya.

"Inilah keistimewaan yang ada pada Wanita UMNO di sini yang sangat membanggakan saya," katanya berucap pada mesyuarat Wanita UMNO bahagian itu di sini kelmarin.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin dan turut dihadiri Dali yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri.

Sementara itu, Bung Moktar ketika berucap menjelaskan bahawa Wanita UMNO telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya sebelum ini.

Katanya, usaha UMNO untuk merampas semula Kelantan daripada Pas pasti akan berjaya jika teknik yang digunakan betul dan melalui peranan besar sayap parti itu.

"Kita sudah ada Skuad Sayang, kita sudah ada gagasan Gelombang Merah dan macam-macam bantuan kebajikan kita berikan, jadi kalau kena dengan caranya kita pasti boleh," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 10 May 2011 01:35 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


MEB: Malaysia lebih kukuh

Posted:

MEB: Malaysia lebih kukuh

MEB: Malaysia lebih kukuh


Najib Tun Razak bersama anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) pada majlis jamuan tengah hari di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama Amirsham Abdul Aziz, Idris Jala dan Mohd. Sidek Hassan. - BERNAMA


PUTRAJAYA 9 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan-cadangan yang terkandung dalam laporan Model Baru Ekonomi (MEB), untuk merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif, sedang ditransformasikan sebagai pelan tindakan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata, MEB yang memberi tumpuan terhadap lapan inisiatif reformasi strategik (SRI), akan dilaksanakan sepenuhnya bagi menjadikan Malaysia lebih kukuh dan kompetitif di dunia.

"Semua prinsip yang anda dimuatkan dalam MEB merupakan garis panduan yang sangat penting untuk kami.

"Ia merupakan semua reformasi yang akan menjadikan Malaysia lebih kukuh dan bersaing secara lebih kompetitif di dunia," kata Najib pada jamuan tengah hari untuk anggota Majlis Penasihat Ekonomi (NEAC), di pejabat beliau di sini.

Turut hadir Pengerusi NEAC Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

NEAC diwujudkan dua tahun lepas bagi menjalankan kajian dan mengenal pasti usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi.

Hasil kajian dan cadangan oleh NEAC terkandung dalam dua laporan MEB yang diumumkan masing-masing pada Mac dan Disember 2010.

NEAC dalam laporan keduanya, menetapkan 53 dasar penting untuk menangani halangan pengurangan kos untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif menjelang 2020.

Ia menetapkan lapan SRI yang dikenal pasti dalam bahagian satu laproan yang menekankan modal insan berkemahiran tinggi, perkhidmatan awam yang cekap, mencergaskan sektor swasta dan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia.

MEB dirangka bersama-sama program lain seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Belanjawan 2011, bagi menyokong objektif kerajaan mencapai status negara maju.

Najib berkata, setiap inisiatif itu kini diselaraskan, dengan setiap cadangan dikaji dan akan dilaksanakan.

Beliau berkata, lapan SRI itu merupakan bahagian yang sangat penting dalam Model Baru Ekonomi.

"Ramai rakyat memberi tumpuan terhadap ETP kerana ia lebih menarik dan mereka boleh melihat angka dan peluang. Orang ramai boleh melihat pelaburan berimpak tinggi dan pekerjaan baharu yang diwujudkan.

"Namun tanpa SRI, anda tidak dapat bergerak pada tahap yang dikehendaki," kata Najib.

Beliau berterima kasih kepada anggota NEAC atas perkhidmatan dan sumbangan mereka dalam menyediakan laporan MEB itu.

"Meskipun mereka akan memuktamadkan kerja pada akhir bulan ini dan hari ini menghadiri mesyuarat terakhir mereka, saya mahu anggota majlis trus menyumbang kepada masa depan Malaysia.

"Saya mahu anda merasakan bahawa anda sebahagian daripada Malaysia.

"Dan, walaupun tugas anda sudah berakhir, anda merupakan sebahagian daripada projek ini dan terus sumbangan masa depan untuk Malaysia," katanya.

Sementara itu, Amirsham mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan mereka peluang untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia pada masa depan.

Beliau menyuarakan rasa puas hatinya terhadap respons segera kerajaan terhadap cadangan-cadangan oleh NEAC dan yakin dasar yang relevan akan dilaksanakan secara progresif. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka’

Posted:

'Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka'

'Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka'


Hanif Zolkefle bercakap melalui telefon bimbit dengan Najib Tun Razak diperhatikan P. Kamalanathan (kanan) di Bukit Beruntung, Selangor, malam tadi.


HULU SELANGOR 9 Mei – Penghidap kanser tulang, Hanif Zolkeflee tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya sebagai tegas rupa- rupanya seorang yang suka berjenaka.

Remaja berusia 14 tahun yang mula dijangkiti penyakit tersebut tahun lalu turut menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat.

"Saya ingatkan beliau (Perdana Menteri) seorang yang tegas, apabila bercakap dengannya malam ini, beliau seorang yang suka berjenaka dan baik hati.

"Perasaan yang pada mulanya cukup berdebar bertukar gembira apabila mendengar celoteh Perdana Menteri malam ini," katanya ketika ditemui selepas berbual dengan Perdana Menteri selama kira-kira 10 minit menerusi telefon di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Hulu Selangor di sini malam ini.

Remaja itu ditemani adiknya Hafiz, 10, dan bapa, Zolkeflee Zakaria serta ibu, Salisah Ibrahim, masing-masing berusia 44 tahun. Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Perbualan yang sepatutnya melalui laman Twitter bermula pukul 8 malam, terpaksa dibatalkan akibat gangguan talian menyebabkan Perdana Menteri yang berada di kediamannya di Putrajaya menghubungi Hanif melalui telefon.

Dalam perbualan itu, Hanif sempat bertanya beberapa soalan kepada Perdana Menteri, antaranya mengenai tanggungjawab pelajar dalam menjayakan konsep 1Malaysia.

"Perdana Menteri memberitahu saya, 1Malaysia merupakan konsep yang dicipta untuk mengukuhkan hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Ia perlu difahami oleh semua kerana merupakan proses terbaik ke arah membina negara yang lebih kukuh," katanya.

Berhubung soalan mengenai makanan kegemaran, kata Hanif, Perdana Menteri memberitahunya beliau suka makan ikan patin masak tempoyak yang popular di Temerloh, Pahang.

Kata remaja itu, kenangan manis bagi Perdana Menteri adalah kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan kemenangan setiap kali diadakan pilihan raya.

Hanif dalam pada itu berkata, pemimpin nombor satu negara itu turut berpesan kepadanya supaya kuat semangat dan selalu berdoa kepada Allah.

"Saya berharap dapat bersua muka dengan Perdana Menteri selepas ini, dapat bersalam dengannya pun sudah memadai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Posted:

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Rosni Hassan


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pelajar Malaysia pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Copenhagen, Denmark, semalam. – Bernama


COPENHAGEN 9 Mei – Kerajaan bersedia meneliti cadangan untuk melatih dan menghantar guru Bahasa Melayu mengajar anak-anak warga Malaysia yang berada di luar negara bagi membantu mereka mempelajari dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, pelbagai aspek perlu dikaji terlebih dahulu termasuk dari segi penyediaan tenaga pengajar, buku teks serta silibus pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa Melayu jelas beliau, tidak sukar untuk dipelajari justeru, mungkin boleh diwujudkan kelas untuk mengajar bahasa itu selama satu atau dua jam sehari.

''Kita boleh hantar guru ke sini atau rakyat Malaysia yang berada di sini boleh ke Malaysia untuk belajar bahasa Melayu dan kembali ke Denmark untuk mengajar, kita perlu teliti mana yang sesuai.

''Kita juga sedia hantar buku teks serta teliti silibus yang perlu diikuti untuk belajar bahasa Melayu selain melatih tenaga pengajar," katanya ketika menjawab soalan Pengerusi Persatuan Rakyat Malaysia-Danish, Poo Chu Chua pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di Denmark pada majlis makan malam di sini malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran kini berada di Denmark bagi menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (Asem) Ketiga dan akan menyampaikan ucaptama pada sesi pertama sidang pleno persidangan itu.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya menekankan pentingnya rakyat Malaysia memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan walau di mana mereka berada.

Beliau kagum dengan sikap rakyat Denmark yang kebanyakannya boleh bercakap bahasa Inggeris tetapi mengutamakan bahasa Danish dalam percakapan dan urusan harian mereka.

Di Malaysia jelas beliau, bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sentiasa dimartabatkan tetapi kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tetap diberi perhatian.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kehadirannya pada persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asem penting bagi menjalin hubungan strategik dalam bidang pendidikan dengan negara-negara Eropah.

Sehubungan itu, katanya, sempena persidangan kali ini, beliau akan bertemu rakan-rakan sejawatnya untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan pelbagai aspek melibatkan bidang pendidikan bagi faedah bersama.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia khususnya para profesional yang berada di luar negara supaya pulang bekerja di tanah air dan Talent Corporation (Talent Corp) memperkenalkan program untuk membawa balik profesional dari luar negara.

Katanya, pelbagai insentif disediakan seperti insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun diberikan bagi menggalakkan mereka pulang ke tanah air untuk menjayakan program transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 10 May 2011 01:33 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib: Kata-kata kesat tak ganggu tidur saya

Posted: 10 May 2011 12:42 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya dipetik Bernama Online.

Najib menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

"Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika.

"Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai mana-mana orang politik berbuat sedemikian. Saya tak perlu membuat ulasan lebih lanjut daripada itu," katan beliau selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan militan di negara ini, Najib berkata keharmonian dan keamanan dalam negara harus diutamakan.

"Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana. Saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita."

"Kita telah mengalami keadaan di Malaysia yang begitu tenteram dan aman sekian lama. Kita tidak boleh melakukan apa saja yang boleh mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan negara."

Kerajaan, tegasnya, tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes tuntutan royalti Anuar Zain 19 Mei

Posted: 10 May 2011 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Mei untuk mendengar hujahan kes tuntutan royalti oleh penyanyi popular Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound).

Penolong Kanan Pendaftar Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Aizul Rohan yang mewakili Anuar dan S. Malar dari Syncrosound.

Hari ini, seorang akauntan dari syarikat rakaman tersebut K. Kaan Deepan memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita Aizul Rohan berkata pada tarikh tersebut dua perkara akan dibangkitkan iaitu mengenai penambahan muka surat dalam dokumen yang difailkan Syncrosound dan sama ada syarikat tersebut berhak membuat penolakan kos.

Pada 14 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berhak mendapatkan royalti daripada Syncrosound.

Sebelum ini, Syncrosound memfailkan saman terhadap Anuar kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga album lagi dengan syarikat itu.

Dalam tuntutan balas terhadap syarikat rakaman itu, penyanyi tersebut memohon diberikan butiran atau penyata mengenai penjualan kesemua album yang diterbitkan Syncrosound, dan bayaran royalti seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 09 May 2011 11:28 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Penjahit kulit tanah tinggi

Posted:

Penjahit kulit tanah tinggi

Penjahit kulit tanah tinggi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



TANGAN lelaki itu kelihatan berkematu. Telapak tangannya keras dan kasar. Kuku dan jari-jemarinya kotor serta kehitaman.

Namun, perkara itu langsung tidak diendahkan. Dia tekun menyiapkan jahitan pada sekeping kulit lembu yang telah dikeringkan. Sesekali dia mengetuk pahat kecil untuk membuat lubang di atas kulit tersebut.

Raut wajahnya berubah-ubah. Sekejap berkerut, sekejap tidak. Selang beberapa ketika, dia berhenti sementara. Sebatang rokok dinyalakan. Sedutannya panjang sebelum kembali menghembuskan asap rokok yang berkepul-kepul.

Belum pun habis sebatang rokok, dia kembali menyambung tugasnya untuk menyiapkan dompet yang diperbuat daripada kulit itu.

"Inilah sumber pendapatan saya. Menjahit barang-barang kulit. Perniagaan Gil's Leather Craft ini sudah beroperasi sejak 19 tahun lalu," ujar Gilbert Rozells, lelaki berketurunan Portugis yang berasal dari Pulau Pinang.

Menurut Gilbert atau lebih mesra disapa Gil, kemahiran menjahit barangan kulit dipelajari sendiri tanpa mengikuti sebarang kursus berkaitan.

Semua itu bermula disebabkan kegilaannya terhadap barangan kulit sejak muda. Malah, keterujaan lelaki berusia 54 tahun itu terhadap produk kulit semakin membuak-buak apabila dia melihat rakan-rakan yang balik dari Eropah memakai topi kulit koboi dan sebagainya.

"Memang seronok melihat gaya pemakaian rakan-rakan ketika itu. Saya hanya mampu memegang barangan tersebut dan mencubanya sesekali.

"Namun, untuk memilikinya jauh sekali lantaran harganya yang terlalu tinggi," tutur Gilbert sambil tangannya ligat meneruskan jahitan untuk menghasilkan dompet.

Bagaimanapun, peristiwa dia menemui sebuah karung tinju yang tidak digunakan di tepi jalan mengubah hidup Gilbert. Secara tiba-tiba dia mendapat ilham untuk memanfaatkan karung tinju yang masih elok rupanya itu.

Sebaik sahaja dibawa pulang ke rumah, dia terus memotong karung tinju tersebut dan membuang isi di dalamnya. Kulit karung itulah yang kemudian dijahit untuk dibuat topi.

"Waktu itu saya baru berusia 17 tahun. Walaupun tidak tahu teknik menjahit dengan betul, saya melakukannya mengikut gerak hati.

"Selepas melihat hasil jahitan pertama saya, perasaan puas dan seronok menguasai hati. Maka, bermulalah kehidupan saya sebagai penjahit dan pembuat barangan kulit," cerita Gilbert yang sanggup mengeluarkan duit simpanan sebanyak RM800 sebagai modal memulakan perniagaan kreatifnya.


MENJAHIT dan menjual barangan kulit adalah sumber pendapatan kepada Gilbert.


Semua itu bermula disebabkan kegilaannya terhadap barangan kulit sejak muda. Malah, keterujaan lelaki berusia 54 tahun itu terhadap produk daripada kulit semakin membuak-buak apabila melihat rakan-rakan yang balik dari Eropah bergaya sambil memakai topi kulit koboi dan sebagainya.

"Ketika itu, saya hanya mampu memegang barangan tersebut dan mencubanya sekali dua. Namun, untuk memilikinya jauh sekali lantaran harganya yang terlalu tinggi," tutur Gilbert sambil tangannya ligat meneruskan jahitan untuk menghasilkan dompet.

Obses barang kulit

Sebagai lelaki yang dilahirkan pada era 1950-an, Gilbert mengetahui populariti topi koboi yang dianggap ikon Amerika dan sering dikaitkan dengan dataran luas Wild Wild West. Malah, penampilan seseorang koboi pasti akan terasa kekurangan tanpa topi mereka.

"Topi koboi ibarat pelengkap kepada gaya maskulin yang tahan lasak. Kepentingan aksesori tersebut sukar dinafikan seperti pepatah koboi lama, 'ia adalah benda yang terakhir ditanggalkan dan perkara pertama yang akan dilihat'," ungkap lelaki ini yang turut mempraktikkan hal serupa hingga tidak lekang memakai topi koboinya ketika melakukan rutin harian menjahit kulit.

Selepas hampir setahun menjalankan bisnes barangan kulit, ternyata sambutan daripada pelanggan sangat memberangsangkan.

Keadaan itu menguatkan lagi semangat Gilbert untuk terus menjadi penjahit kulit yang dikenali dengan jenama tersendiri.

Menggunakan kulit kerbau, lembu dan biri-biri, bekalan tersebut diperoleh dari merata tempat seperti Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Malah, ada juga kulit yang diimport dari Sepanyol.

Antara barangan kulit yang dihasilkan ialah tali pinggang, beg tangan, dompet, topi dan gelang tangan. Setiap barangan dijahit dengan penuh teliti dan mengambil sedikit masa.

Bagi jahitan sebuah beg duit atau dompet kecil, Gilbert boleh menyiapkannya dalam tempoh satu hingga dua jam. Begitu juga dengan topi dan tali pinggang.

Cuma, untuk barangan bersaiz besar seperti jaket atau beg tangan wanita, dia mengambil masa selama satu hingga dua minggu untuk menyudahkannya.

Kini, Gilbert menjalankan perniagaan di sebuah gerai kecil di kaki lima bangunan kedai di pekan Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Sudah empat tahun dia beroperasi di situ.

Sebelum ini, dia sering merantau dan berniaga di serata tempat seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Biasanya, Gilbert memilih lokasi seperti stesen bas atau kaki lima untuk membuka gerai kecilnya bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Ditanya cabaran dan risiko sebagai penjahit barangan kulit, bapa kepada seorang cahaya mata ini memberitahu, tangan dan jari-jemari akan luka-luka dan pecah dek kerana proses menjahit yang lama.

Lebih teruk lagi apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mencuri barangan yang dijual ketika Gilbert tekun menjahit.

Bagaimanapun, perkara itu bukan penghalang untuk Gilbert meneruskan minatnya. Kepuasan yang diperoleh apabila melihat sesuatu barangan kulit siap dihasilkan melebihi segala-galanya.

"Kecurian itu perkara biasa. Walaupun geram juga dengan situasi tersebut, saya tidak boleh melakukan apa-apa. Biarlah orang yang mencuri itu sedar sendiri kesilapannya.


PULUHAN gelang tangan kulit yang berwarna-warni menyukarkan pelanggan membuat pilihan.


"Mungkin juga mereka mencuri sebab terdesak," jujur bicara lelaki ini sekali gus menimbulkan rasa kagum dalam diri penulis. Harga barangan yang dijual Gilbert bermula daripada RM15 hingga RM600. Untuk gelang kulit pelbagai warna hanya RM15, dompet (RM65-RM80), beg tangan (RM160-RM600), dan topi (RM170-RM220).

Hantar pesanan

Barangan yang paling digemari pelanggan adalah beg, tali pinggang dan topi. Lebih mengagumkan, barangan Gilbert dihantar sampai ke luar negara seperti Jerman, Sweden, England, Australia dan Jepun.

Kebanyakan pelancong asing yang membuat pesanan kepada Gilbert terus membayar harga barang yang diingini. Setelah siap, dia akan mengirimkannya berdasarkan alamat yang ditulis di dalam buku pesanan yang sudah bertukar warna kepada kekuningan.

Apa yang pasti, sejak mula membuat barangan kulit pada usia 17 tahun, Gilbert sudah berjaya menyiapkan ribuan produk kulit yang memikat hati pelanggan.

Seorang pelanggan, Ward Jennet dari Australia mengakui produk kulit yang dihasilkan Gilbert bermutu tinggi dan kemas jahitannya.

"Kali pertama saya melihat pelbagai barangan kulit di gerai ini, saya terus berminat untuk menempahnya. Dia memang penjahit kulit yang bagus," kata Jennet yang datang bercuti ke Cameron Highlands selama seminggu.

Di sebelah gerai Gilbert, terdapat juga gerai yang menjual barangan kulit iaitu Sally Lai Craft. Pemiliknya, Rizal Mohamad, 35, ketika ditemui berkata dia baru setahun menjual barangan kulit di pusat pelancongan tanah tinggi itu.

Berbanding Gilbert yang menjahit kulit sendiri, Rizal pula menjual barangan kulit siap yang diambil dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Dulu saya ada juga mengambil tempahan secara kecil-kecilan, tetapi sekarang tidak lagi. Saya lebih selesa menjual barangan kulit siap seperti ini.

"Sambutan yang diterima sangat baik. Pelanggan pula terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Malah, ketika musim cuti persekolahan atau cuti umum, hasil jualan sangat tinggi.

"Paling kurang, saya boleh memperoleh RM400 sehari," ungkap Rizal yang segak memakai jaket kulit rona coklat cair dilengkapi topi hitam.

Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Gil's Leather Craft sila hubungi Gilbert di talian 017-550 8326 atau Rizal 019-527 3773.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 09 May 2011 11:23 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Polis diarah siasat menyeluruh - Hishammuddin

Posted:

Polis diarah siasat menyeluruh - Hishammuddin

Polis diarah siasat menyeluruh - Hishammuddin

PUTRAJAYA 9 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil mereka yang terlibat berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan supaya siasatan menyeluruh dilakukan berhubung perkara itu yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Setakat ini sembilan laporan polis telah diterima iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar (Kedah) dan masing-masing satu di Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Sepang (Selangor).

''Saya mendapat makluman daripada semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan. Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik penafian Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi, mengenai penglibatannya dalam penganjuran pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Ia merupakan susulan kepada entri laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com yang menyentuh tentang pertemuan itu.

Tegas Hishammuddin, perkara yang dilaporkan amat sensitif dan semua pihak mesti memahami bahawa ia tidak wajar dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana perkara seumpama itu boleh membawa kepada kacau bilau dan kegusaran dalam kalangan rakyat.

''Pada peringkat ini kita masih belum boleh membuat sebarang rumusan atau menuduh mana-mana pihak berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pihak akhbar.

''Perdana Menteri sendiri dalam maklum balas kepada pihak media semalam telah meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeksploit dakwaan tersebut kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau meminta semua pengamal media mengambil pendekatan yang lebih sensitif dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam negara majmuk seperti Malaysia.

''Tidak ada sesiapa pun yang wajar dan berhak membuat apa-apa kesimpulan pada ketika ini kerana siasatan masih diteruskan, saya mahu pihak polis mendapatkan maklumat sebenar dan sahih tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan ia perlu dilakukan dengan telus dan tegas," katanya.

Hishammuddin berkata, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.

Justeru tegas beliau, semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu merasa risau dengan apa yang dilaporkan kerana kerajaan memberi jaminan bahawa setiap daripada rakyat di negara ini bebas melakukan apa sahaja seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan dan keselamatan mereka juga terjamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa simbah asid trauma keluar rumah

Posted:

Mangsa simbah asid trauma keluar rumah

Mangsa simbah asid trauma keluar rumah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Meskipun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata akibat disimbah cecair jenis 'thinner' oleh seorang lelaki, seorang ibu yang kini sarat mengandung trauma untuk keluar rumah seorang diri.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yati, 30, masih tidak dapat melupakan kejadian bagaimana suspek yang menaiki motosikal tiba-tiba muncul dari arah belakang dan menyimbah cecair itu mengenai muka dan badannya.

Kejadian itu, menurut Yati, berlaku di hadapan sebuah vila yang disewa keluarganya untuk menjalankan aktiviti riadah di Persiaran Titiwangsa di sini, pada pukul 3 petang, Sabtu lalu.

"Ketika itu, semua ahli keluarga berkumpul di dalam rumah. Saya keluar sekejap ke tempat letak kereta untuk mengambil lampin pakai buang anak saya.

"Sebaik sahaja saya membuka pintu kereta, datang seorang lelaki bermotosikal dari belakang dan menyimbah cecair itu menyebabkan muka dan badan saya basah.

"Saya kini takut untuk keluar rumah kerana masih terbayang kehadiran lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampang, hari ini.

Yati ialah salah seorang mangsa simbahan cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' yang dilaporkan berlaku di ibu negara sejak kebelakangan ini.

Polis sedang mengesan dua lelaki bermotosikal yang dipercayai menyasarkan golongan wanita di daerah Dang Wangi, Sentul dan Brickfields sebagai mangsa simbahan cecair itu.

Yati memberitahu, simbahan cecair tersebut mengenai bahagian matanya dan amat memedihkan sehingga tidak dapat membukanya.

"Saya menjerit meminta tolong dan segera masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Suaminya yang terkejut melihat keadaannya segera keluar rumah untuk menangkap suspek, bagaimanapun lelaki itu sempat menghilangkan diri.

Katanya, dia dihantar ke Pusat Rawatan Pusrawi sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 09 May 2011 11:13 PM PDT

Utusan Online - Politik


Pandi kutty: Anwar kian panik

Posted:

Pandi kutty: Anwar kian panik

Pandi kutty: Anwar kian panik

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

"Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

"Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

"Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara," katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

"Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS," katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

"Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun," katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

"Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain," katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

"Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain," katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

"Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar biadab, kurang ajar, tidak layak jadi pemimpin

Posted:

Anwar biadab, kurang ajar, tidak layak jadi pemimpin

Anwar biadab, kurang ajar, tidak layak jadi pemimpin

KUALA LUMPUR 9 Mei - Sikap biadab Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup secara celupar menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty membuktikan ketua pembangkang itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, cercaan tersebut sangat kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bercita-cita besar seperti Anwar.

Sehubungan itu, beliau mendesak Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Ini satu perbuatan cukup biadab dan kurang ajar. Kenyataan itu menggambarkan keperibadian buruk Anwar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah di Dewan Hamzah, Klang, Selangor, Sabtu lalu, didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Mengulas lanjut, Khairy percaya kenyataan biadab dan celupar yang keluar dari mulut Anwar sejak kebelakangan ini adalah kerana ketua pembangkang itu berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, tekanan itu berpunca daripada pelbagai siri pendedahan mengenai masalah moralnya termasuk dikaitkan dengan aksi seks dalam rakaman video bersama seorang pelacur dari China.

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam sidang akhbar di sini berkata, Anwar perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menggelar Perdana Menteri dengan panggilan yang tidak masuk akal serta tidak bertamadun itu.

"Masalahnya dia (Anwar) tidak tengok dirinya dalam cermin. Dialah pandi kutty, bukan Perdana Menteri. Saya harap mereka (pembangkang) akan jadi semakin bertamadun. Tolonglah jadi matang. Kita matang bukan gila, jadi tidak payah layan dia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 09 May 2011 11:12 PM PDT

Berita Harian: Nasional


'PM baik hati, kelakar'

Posted: 09 May 2011 02:58 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BUKIT BERUNTUNG: "Saya tidak sangka Perdana Menteri seorang yang baik hati dan suka berjenaka," kata Hanif Zolkeflee, 14, selepas berpeluang berbual dengan Datuk Seri Najib Razak, selama kira-kira 10 minit, semalam.

Laporan MBE ditransformasi jadi pelan tindakan

Posted: 09 May 2011 02:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata cadangan yang terkandung dalam laporan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif, sedang ditransformasikan sebagai pelan tindakan.

Utusan Online - Rencana

Posted: 09 May 2011 03:44 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Jakim mesti luar biasa

Posted:

Jakim mesti luar biasa

Jakim mesti luar biasa




SEJAK ditubuhkan 43 tahun lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi antara 'benteng pertahanan' paling kental bagi umat Islam di negara ini dalam mendepani pelbagai isu agama.

Dalam melaksanakan tugas itu, Jakim tidak terlepas daripada kritikan dan tohmahan. Antaranya tidak cukup tegas, lambat bertindak dan memihak kepada kerajaan.

Ada di kalangan para agamawan di negara ini yang sekali sekala mempolemikkan hal-hal yang disifatkan sebagai ranting sehingga kelihatan Jakim tidak 'mampu' berbuat apa-apa untuk menghalangnya.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Pengarah (KP) Jakim, OTHMAN MUSTAPHA yang dilantik memegang jawatan itu sejak 24 April 2011.

UTUSAN: Melihat kepada ucapan sulung sebagai KP, tuan memberi tumpuan kepada meningkatkan tahap efisien Jakim di semua peringkat. Mengapa ini diberi penekanan?

OTHMAN: Saya memandang jawatan ini adalah taklif yang amat berat, dan pastinya saya akan menggalasnya dengan penuh rasa tanggungjawab.

Dalam ucapan itu, saya memberi isyarat kepada warga Jakim bahawa 2011 ini adalah tempoh kritikal bagi Jakim meneruskan bahtera yang dikemudi sejak 43 tahun lalu.

Ini kerana dalam konteks Jakim, kami berusaha melunaskan segala janji dalam dokumen Pelan Strategik Jakim 2009- 2014. Pada saya, pelan strategik itu adalah wawasan dan hala tuju perdana Jakim yang amat komprehensif dan mesti digerakkan dalam memastikan Islam terus diperkasakan di negara ini. Keduanya, Pelan Strategik itu juga akan memastikan Jakim tidak karam di lautan.

Sebagai jabatan yang dianggotai dan digerakkan oleh orang Islam sepenuhnya (ustaz, ustazah), Jakim sepatutnya menjadi jabatan terbaik dan dicontohi oleh jabatan lain. Malangnya, insiden seperti penyalahgunaan kuasa, kurangnya diplomasi semasa berurusan dengan masyarakat dan budaya menghukum sedikit sebanyak mencalarkan imej Jakim. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

Ini juga satu cabaran besar yang mahu tidak mahu mesti diterima. Memegang imej Islam adalah suatu amanah yang besar. Kerana apabila pelakunya membuat silap, sudah pasti kesannya akan terpalit kepada organisasi yang membawa payung Islam.

Oleh itu, saya sentiasa berpesan kepada diri saya dan seluruh warga Jakim, tidak kira walau apa jua gred jawatan disandang, walau apa jua skim perkhidmatan, apabila berada di bawah bumbung Jakim, kita semua adalah generasi pembela Islam.

Oleh itu, saya menggariskan beberapa perkara. Pertama, 'orang Jakim' mesti memiliki personaliti unggul dan kedua, mesti menjadi pekerja yang ada nilai di 'luar kebiasaan'. Saya kira kedua-dua elemen ini mesti disatukan.

Sebagai pihak berkuasa tertinggi agama di Malaysia, Jakim adakalanya menjadi sasaran kemarahan masyarakat apabila dilihat gagal menyeragamkan hal berkaitan fatwa. Contohnya, pengharaman ESQ oleh Mufti Wilayah Persekutuan tetapi tidak di negeri-negeri lain. Apakah kedudukan sebenar Jakim dalam hal begini?

Saya kira semua pihak perlu memahami sejarah dan bidang tugas institusi agama di Malaysia. Di negara kita, perkara berkaitan agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri-negeri. Dasar ini adalah jelas termaktub dalam Jadual Kesembilan, Senarai 2, Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, di peringkat Persekutuan, memang tersedia platform yang menghimpunkan mufti-mufti seluruh Malaysia melalui forum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK).

Sebenarnya isu ESQ hanyalah kes terpencil yang menunjukkan perbezaan keputusan hukum di negeri-negeri. Namun, tanpa kita sedari, banyak keputusan MJFK yang diterima baik oleh seluruh Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri sehingga difatwakan di semua negeri dalam nada sama dengan keputusan MJFK.

Kedua, Jakim melipatgandakan usaha dengan mengadakan banyak program turun padang ke negeri-negeri untuk menjelaskan keputusan fatwa.

Yang berlaku kadang kala perbezaan keputusan fatwa antara negeri disebabkan perbezaan sumber rujukan oleh AJK Fatwa Negeri. Masing-masing ada nas dan hujah mantap. Lagi pun, dalam keadaan tertentu, isu di negeri 'A' misalnya tidak sama dengan apa yang berlaku di negeri 'B'. Ini yang menyebabkan seolah-olah kita kelihatan tidak seragam.

Kita selalu dilihat mengalah dan sering bertolak ansur dalam isu-isu membabitkan perpaduan kaum. Ini termasuk dalam percetakan injil (al-kitab) dalam bahasa Melayu. Ini menyebabkan, sebahagian umat Islam mengaitkannya dengan lemahnya kerajaan dan Jakim dalam mempertahankan hak kedudukan agama Islam sebagai mana termaktub dalam Perkara 3 (1) dan Perkara 11 Perlembagaan.

Jakim menyambut baik pelbagai usaha dan strategi bagi mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Namun, dalam soal yang menyentuh sensitiviti dan kesucian agama Islam, Jakim tetap berpegang kepada prinsip yang jelas termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang memelihara dan menjaga kesucian agama Islam sebagai agama rasmi.

Dalam soal penerbitan Injil dalam bahasa Melayu, Jakim berpegang kepada prinsip pengeluaran kitab Injil berbahasa Melayu hanya di Kuching dan Pelabuhan Klang secara terhad dan terkawal sahaja selaras dengan warta 1982 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mana ia mesti dicap dengan tag "untuk penganut Kristian sahaja".

Jakim tetap berpegang kepada Warta 1982 bahawa kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam penerbitan itu selaras dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Di negara ini, hanya orang Islam yang menggunakan perkataan Allah. Oleh itu, jika kitab injil tersebut menggunakan kalimah Allah, kekeliruan akan timbul di kalangan masyarakat Islam khususnya golongan muda yang belum mantap akidahnya.

Perkara ini juga selaras dengan kehendak Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan amalan sesuatu agama yang bertentangan dengan ketenteraman awam, sosial dan moral. Dalam hal ini, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain akan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Dakwah adalah aspek utama menjadikan umat terbaik. Apakah strategi Jakim melatih kader-kader dakwah yang bukan sahaja mengamalkan pendekatan menggembirakan tetapi juga mewah?

Saya amat bersetuju. Dakwah adalah antara aspek utama mencorakkan umat Islam baik dalam aspek rohani, mental dan fizikal. Oleh itu, bermula tahun ini, Jakim semestinya melaksanakan agenda rekayasa dakwah.

Saya nyatakan kepada warga Jakim, program-program kita tidaklah perlu bersifat upacara dan popular semata-mata. Saya amat bimbang jika trend program dakwah semata-mata dalam dewan seminar atau bilik kuliah, khalayak sasaran dakwah kita tidak besar. Kita mesti agresif dan turun padang bertemu masyarakat.

Aspek kedua, saya akan melaksanakan Indeks Prestasi Utama (KPI) dakwah. Saya tidak mahu para pendakwah Jakim hanya syok sendiri, sebaliknya saya mahu ada sasaran.

Jadi selepas ini, program dakwah Jakim mesti fokus dan terarah. Ketiga, saya juga tetap berpegang kepada prinsip, tugas dakwah bukan milik Jakim sahaja. Sebaliknya amanah dakwah ini adalah milik semua pihak.

Bagaimana Jakim mahu menangkis penyebaran fahaman selain Ahli Sunnah wal Jamaah dalam media baru dan apakah strategi untuk memperbanyakkan bahan rujukan yang berkaitan?

Saya akui akan kuasa media baru pada hari ini. Media baru mampu merubah landskap dunia dalam pelbagai aspek. Ini antara cabaran besar kita semua. Hari ini kalau kita taip sahaja perkataan 'Islam' di web yang menawarkan ensiklopedia percuma, kita akan dapati banyak artikel yang akan muncul.

Tetapi lebih menggusarkan kita, artikel itu menghuraikan Islam dalam huraian yang tidak tepat bahkan adakalanya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Ini amat membimbangkan kita. Kerana itu tidak pelik, pada hari ini, masyarakat Barat terus mempopularkan slogan Islamofobia untuk menakut-nakutkan masyarakat dunia. Pada saya ini merupakan fitnah besar yang sengaja dirangka.

Sudah tiba masanya kita memperhebatkan usaha memperbanyakkan artikel dan tulisan berkenaan Islam di media baru sama ada melalui laman sosial Facebook, Twitter, blog, laman web dan sebagainya.

Saya berpendapat, para agamawan di Malaysia hari ini, wajib mempelajari ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Apa pendekatan untuk memastikan adab ikhtilaf ini tidak sehingga menjejaskan perpaduan umat. Contoh terbaru, kedatangan Sheikh Sudais menimbulkan polemik kononnya menyebar luas fahaman wahhabi?

Pada hemat saya telahan itu sangat tidak tepat. Sheikh Sudais adalah tokoh agama yang disegani. Kedatangan beliau ke Malaysia tempoh hari adalah sebagai tetamu negara.

Sheikh Sudais adalah orang yang sentiasa kita ingati suaranya apabila kita pergi ke Mekah. Jadi semasa di sini, selain memberi ceramah, ramai yang minta beliau membaca al-Quran untuk mengubat kerinduan mendengar suaranya di Masjidil Haram.

Kita boleh berbeza pendapat tetapi janganlah sampai melanggar prinsip usul dalam agama. Perpaduan, persepakatan, keharmonian adalah kewajipan yang mesti dijaga.

Saya lihat, semasa di sini, Sheikh Sudais tidak ada berkempen mengembangkan fahaman wahhabi di Malaysia. Dalam khutbah Jumaat yang disampaikan pun tidak menyebut pun hal itu. Sebab itu, jangan kita suka label melabel orang. Walaupun kita ada ilmu, kita tidak boleh menuduh orang sembarangan walaupun orang itu katakan salah, daripada segi adabnya tidak boleh menuduh.

Saya tidak setuju orang Jakim yang begitu, suka menuduh. Soalnya, adakah kita orang yang amat sempurna? Kita perlu mengambil iktibar daripada akhlak para sahabat dan fuqaha silam yang amat memahami dan mengamal adab dalam berbeza pendapat.

Allah SWT juga telah memberikan formula persepakatan kepada kita semua seperti firman-Nya dalam surah an-Nisa' ayat 59.

Ayat ini memberi satu iktibar yang besar kepada kita semua, iaitu sebarang pertikaian mestilah kita membuat rujukan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Saya suka menyebut begini, jika orang bukan Islam pun kita boleh hormat, apatah lagi orang Islam seperti Sheikh Sudais yang dihormati di seluruh dunia.

Umat Islam hari ini mesti memperkemaskan barisan kesepakatan. Kita punya agenda yang lebih besar, iaitu berfikir dan bertindak untuk membangunkan umat.

Oleh itu, apa saja tindakan yang kita mahu lakukan, pastikan ia dapat menjulang tinggi prinsip Maqasid Syariah yang digariskan oleh Islam.

Baru-baru ini timbul gesaan agar diwujudkan garis panduan dalam masjid. Ia ekoran berlakunya tindakan pencemaran kesucian masjid di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini. Perlukah garis panduan sedemikian?

Saya berpendapat semua pihak sepatutnya memahami fungsi masjid. Masjid adalah tempat ibadah umat Islam kepada Allah SWT. Institusi masjid adalah institusi mulia yang perlu diimarah dengan program menyuburkan iman, mengeratkan perpaduan dan mengekalkan ukhuwah islamiah.

Sepatutnya semua pihak menjadi golongan yang memakmurkan masjid. Dasar ini jelas dalam firman Allah dalam ayat 18 surah at-Taubah. Pedoman sunnah juga menunjukkan kepada kita ketika peristiwa hijrah, masjid adalah lambang perpaduan yang menyatukan kaum muhajirin dan ansar.

Dalam hal ini, Jakim telah menerbitkan buku berjudul Tatatertib di Masjid pada 2009 dan semua pihak boleh merujuk buku tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar terus 'putar alam'

Posted:

Anwar terus 'putar alam'

Anwar terus 'putar alam'

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ceramah politik di Klang, pada Ahad lalu bukanlah satu kejutan.

Sebaliknya, ia semakin mendedahkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semakin tidak mampu mengawal diri berikutan dakwaan rakaman video seks yang dikatakan melibatkan dirinya.

Itu bukanlah kali pertama Anwar kehilangan pertimbangan sehingga sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya daripada seorang bergelar pemimpin.

Pada awal Mac lalu, apabila rakaman video seks itu didedahkan Anwar yang berceramah di Ampang, Selangor turut mengeluarkan perkataan seperti 'haram jadah' dan beberapa perkataan lain.

Sebelum di Klang, Anwar yang sedang berusaha meraih sokongan rakyat konon dirinya teraniaya turut berceramah di Terengganu, di situ perkataan 'bengong' dan beberapa perkataan tidak elok lain turut dilafazkan.

Walaupun memulakan ucapan dengan ayat-ayat suci al-Quran memandangkan para hadirin terdiri daripada majoritinya penyokong Pas, namun Anwar mengambil kesempatan menabur fiitnah dan pembohongan mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) serta memaki hamun UMNO.

Turut menjadi sasaran ialah Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang digambarkan oleh Anwar menjadikan jawatan itu untuk mengayakan kaum kerabat mereka.

Apa yang cuba digambarkan oleh Anwar dalam ceramah-ceramahnya ialah beliaulah sebaik-baik insan, pemimpin yang bersih, bermoral dan berakhlak tinggi serta insan paling teraniaya di muka bumi Malaysia ini.

Tetapi apa yang berlaku dalam perjalanan politiknya sudah membuktikan bahawa Anwar bukanlah seperti mana yang beliau gambarkan namun segalanya mampu dilindungi dengan watak 'Raja Putar Alam' seperti mana digelarkan oleh bekas kawan karibnya, Datuk Nallakarupan.

Ceramah-ceramah yang diadakan hanyalah sekadar untuk melepaskan geram selepas segala tembelangnya semakin terbongkar.

Begitulah sikap Anwar yang dilihat semakin tenggelam punca dalam berhadapan tuduhan terbaru terhadap dirinya. Anwar bukannya berusaha menerangkan sama ada dakwaan itu benar atau tidak tetapi sebaliknya mengalih isu dengan menyerang UMNO, BN dan kepimpinan negara.

Dalam ceramahnya, Anwar bagaikan seseorang yang masuk pusat karaoke yang akan menyanyi apa sahaja lagu biarpun suara sumbang bagi melepaskan tekanan perasaannya.

Beberapa teman penulis di dalam pembangkang mengakui bahawa Anwar semakin tidak mampu menghadapi tekanan memandangkan bukti-bukti yang diketengahkan melibatkan dirinya terlalu kukuh.

''Selain itu kami juga perhatikan bukan sahaja jumlah kehadiran orang ramai ke ceramah semakin berkurangan malahan hujah-hujah Anwar juga semakin rapuh.

''Anwar hanya menafikan semata-mata dan mengalih isu sedangkan pokok persoalan utama tidak dijawab sebab itu semakin ramai termasuk di kalangan penyokong pembangkang sendiri sudah tidak begitu percaya kepada beliau," kata seorang pemimpin muda pembangkang ketika dihubungi penulis.

Sebenarnya, Anwar amat menyedari bahawa harapannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin pudar, bukan sahaja kerana masalah yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah pembangkang tetapi juga masalah peribadinya.

Walaupun media-media pro pembangkang cuba untuk mempertahankan Anwar tetapi mereka pun sudah tidak mampu bertahan dan melihat bahawa harapan pembangkang ke Putrajaya semakin tipis.

Namun Anwar tetap Anwar yang penuh dengan nafsu untuk berkuasa dan selagi Putrajaya tidak berada dalam genggamannya selagi itu beliau akan terpekik telolong di seluruh negara.

Tetapi setakat ini usaha Anwar boleh dikatakan sia-sia, apabila rakyat lebih memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada respons yang diberikan oleh rakyat setakat ini adalah jelas usaha kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib semakin mendapat sambutan.

Mereka sudah tidak ada masa lagi melayan propaganda politik Anwar apatah lagi menggadaikan masa depan hanya semata-mata untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Bagi mereka, kalau betul Anwar tidak bersalah, beliau perlu menggunakan saluran perundangan yang sedia ada bagi membuktikannya dan bukan cuba menyeret rakyat turun ke jalanan bagi membela nasibnya.

Senario tahun 1998 tidak akan berulang kerana rakyat sudah semakin mengenali siapa Anwar sebenarnya. Yang kekal menyokongnya ialah mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin dan ahli pembangkang yang sudah diserap politik kebencian.

Bagi golongan ini, apa pun kebenaran yang cuba ditengahkan mereka tidak akan terima, sebaliknya mereka tetap menyanjungi Anwar sebagai insan anugerah tuhan seperti mana dikatakan oleh isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Namun berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin pembangkang, mereka mengakui Anwar kini bukan lagi idola sebaliknya hanya liabiliti yang jika dibiarkan akan merosakkan pakatan pembangkang.

''Pada masa ini kita seolah-olah tidak ada kerja lain, selain menafikan masalah moral yang dihadapi oleh Anwar dan ini menjejaskan masa kita untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum," kata seorang lagi pemimpin pembangkang kepada penulis.

Ditanya mengenai kemunculan 'Buku Jingga' yang dikatakan mampu menarik sokongan rakyat, pemimpin berkenaan enggan mengulas lanjut sebaliknya penuh kiasan berkata, 'pelanduk tidak akan masuk perangkap yang sama'.

Jelaslah, Anwar kini semakin memberikan bebanan kepada pembangkang dan kehadirannya jika suatu ketika dulu dianggap sebagai wira penyelamat tetapi kini beliau boleh dianggap bagaikan 'anai-anai' yang semakin memusnahkan pembangkang dari dalam kerana masalah peribadinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 09 May 2011 01:24 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Anak Kartika ditemui mati lemas

Posted:

Anak Kartika ditemui mati lemas

Anak Kartika ditemui mati lemas

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


MOHAMAD HATTA menunjukkan tempat dia menjumpai mayat Mohd. Azfar di Sungai Perak, Kampung Jawang, Karai, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT - Harapan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor untuk menemui semula anaknya, Mohd. Azfar Mohamad Afandi yang hilang pada tengah hari Sabtu lalu berakhir dengan berita duka apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Perak awal pagi semalam.

Mayat Mohd. Azfar, 9, ditemui dalam keadaan terapung di tebing Sungai Perak kira-kira-kira satu kilometer dari tempat ia dipercayai terjatuh di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, di Kampung Jawang, Karai dekat sini.

Menurut Kartika, 34, mayat Mohd. Azfar yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) kerana menghidap sindrom cerebral palsy, ditemui abang sulungnya, Mohamad Hatta, 37.

"Menggigil badan saya terdengar panggilan telefon abang menerusi telefon bimbit ayah yang memberitahu mayat anak sulung saya sudah ditemui.

"Menurut abang saya, mayat Mohd. Azfar ditemui dengan bahagian atas tubuhnya hingga ke paras dada terapung di permukaan sungai sementara bahagian bawahnya terbenam akibat tersangkut pada tunggul kayu," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sungai Siput di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kami dilayan macam mafia'

Posted:

'Kami dilayan macam mafia'

'Kami dilayan macam mafia'

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


AKTIVITI jualan kereta mewah oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) terjejas akibat serbuan pihak berkuasa. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Operasi perniagaan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang mencecah ratusan juta ringgit setahun kini terjejas berikutan serbuan oleh pihak berkuasa ke atas lebih 20 ahli persatuan itu baru-baru ini.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun syarikat-syarikat itu bagi membolehkan siasatan dilakukan atas dakwaan mengikrar kenderaan di bawah harga sebenar dan membabitkan cukai tertunggak yang belum dibayar.

Empat agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja dan Bank Negara Malaysia terlibat dalam serbuan pada 5 Mei itu.

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman mempertikaikan operasi tersebut yang disifatkannya keterlaluan apabila akaun syarikat-syarikat tersebut turut dibekukan.

"Ada ahli-ahli kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit bahawa mereka disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

"Jika benar, Pekema amat kesal kerana peniaga Bumiputera seperti kami dilayan bagaikan pengganas dan mafia.

"Operasi tersebut memberi kesan negatif kepada ahli-ahli kami yang ada di antara mereka sudah pun menjalankan perniagaan sejak 30 tahun lalu.

"Mereka akan berhadapan dengan masalah operasi termasuk sukar membayar gaji para pekerja," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau menjelaskan, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya dimaklumkan mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga gula naik 20 sen

Posted:

Harga gula naik 20 sen

Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 09 May 2011 11:50 AM PDT

Utusan Online - Kota


Bahaya di Kuala Selangor

Posted:

Bahaya di Kuala Selangor

Bahaya di Kuala Selangor

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusangroup.com.my


Pengguna kenderaan dapat mengelak lubang longkang yang terbuka pada waktu siang tetapi pada waktu malam risiko untuk terjerumus ke dalamnya lebih tinggi.


KUALA SELANGOR 9 Mei - Para pengguna yang melalui Jalan Haji Idris, Pekan Lama Kuala Selangor di sini bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kehilangan beberapa penutup lubang longkang di laluan tersebut.

Setiap kali melalui jalan terbabit mereka terpaksa memandu dengan berhati-hati bagi mengelak daripada terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa penutup longkang lesap, dipercayai angkara pengutip barangan besi terpakai, hingga mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan.

Khuatir terdapat kenderaan yang terjunam ke dalam longkang berkenaan, orang ramai terpaksa meletakkan dahan-dahan pokok sebagai tanda amaran kepada para pengguna agar berhati-hati.

Seorang kontraktor pembinaan, Azlan Adnan, 45, berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) menggantikan penutup longkang yang diperbuat daripada besi itu dengan bahan konkrit supaya ia tidak dicuri lagi.

"Saya khuatir pengguna yang arif dengan laluan tersebut tidak menyedari lubang longkang di situ sudah tidak mempunyai penutup. Ini amat bahaya terutama ketika waktu malam.

"Biasanya penunggang motosikal yang terdedah kepada risiko kemalangan kerana tidak sempat mengelak lubang longkang tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penunggang motosikal, Azman Alias, 24, berkata, PBT perlu memastikan kemudahan yang disediakan adalah berkualiti dan tidak mendedahkan risiko bahaya kepada para pengguna jalan raya.

Bagi Zarina Zainal, 29 berkata, PBT berkenaan perlu segera menggantikan penutup lubang longkang tersebut supaya dapat menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan imej pekan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembeli Apartmen Fadason tarik nafas lega

Posted:

Pembeli Apartmen Fadason tarik nafas lega

Pembeli Apartmen Fadason tarik nafas lega


Nor Azmi Mat Ludin (kanan) memberi penerangan kepada wakil KPKT, DBKL dan wartawan mengenai kelewatan projek pembinaan apartmen Taman Fadason Fasa 4A2 di Kepong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 9 Mei - Pembeli unit Apartmen Fadason Fasa 4A2, Kepong, kini boleh menarik nafas lega apabila projek pembinaan pembangunan bercampur yang telah tergendala sejak empat tahun lalu itu akan disiapkan selewat-lewatnya pada pertengahan September ini.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, melalui perjumpaan bersama pemaju Fadason Holdings Sdn. Bhd. serta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 29 April lalu, pemaju berjanji untuk meneruskan projek berkenaan.

Katanya, pemaju bukan sahaja perlu menyiapkan baki lima peratus projek itu dalam tempoh tiga bulan, tetapi turut diberi tempoh lanjutan satu bulan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan melaksanakan pemeriksaan kerja-kerja bangunan.

Selain itu pemaju turut berjanji akan memenuhi beberapa tuntutan pembeli termasuk membayar pampasan berjumlah RM20,000.

"Bagaimanapun wang pampasan hanya akan diserahkan kepada pembeli enam bulan selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki (CF)," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Fadason Holdings, Nor Azmi Mat Ludin.

Poh Ping berkata, sekiranya pihak pemaju gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan, pembeli boleh membuat tuntutan kelewatan (LAD) mengikut perjanjian jual dan beli yang telah ditandatangani sebelum ini.

"Saya berharap projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kegagalan pemaju menyiapkan projek berkenaan menyebabkan beban kos yang terpaksa ditanggung pembeli," ujarnya.

Beliau menambah, keputusan itu memberi situasi menang-menang kepada pembeli dan pemaju yang turut berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga menyebabkan projek berkenaan terbengkalai.

Sementara itu Nor Azmi berkata, pihaknya berusaha keras untuk menyiapkan projek berkenaan dan berjanji menyerahkannya kepada pembeli pada tempoh yang ditetapkan.

"Kami juga berterima kasih dan mengharapkan kerjasama semua pihak agar hasrat ini tercapai, pada masa sama berharap pembeli dapat bersabar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

M4P perkasa suara rakyat

Posted:

M4P perkasa suara rakyat

M4P perkasa suara rakyat


Ahmad Fuad Ismail (kanan) dan Zulhasnan Rafique (dua dari kanan) bersama-sama melancarkan Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk dan Penghuni (M4P) Parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 9 Mei – Parlimen Setiawangsa mencatat satu lagi sejarah dalam usahanya untuk memperkasakan suara penduduk melalui pelancaran Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk dan Penghuni Parlimen Setiawangsa (M4P) yang dilancarkan kelmarin.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail menyempurnakan majlis pelancaran tersebut yang turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang mengilhamkan penubuhan majlis tersebut.

Zulhasnan yang juga Pengerusi BN Parlimen Setiawangsa berkata, penubuhan majlis itu adalah usaha untuk memperkuatkan lagi 'suara masyarakat' selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Katanya, M4P yang merupakan gabungan bukan kerajaan yang menyatupadukan kesemua 62 buah persatuan penduduk dan penghuni di Parlimen Setiawangsa adalah satu mercu tanda baru di dalam usaha pembangunan visi Setiawangsa Gemilang.

"Asas kepada kejayaan kita selama ini ialah kesanggupan kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan latar belakang untuk sama-sama bekerja dalam satu pasukan yang besar menggunakan ideologi Bersama-Bersatu-Berjaya (3B)," katanya.

Penubuhan M4P yang dirancang sejak lapan bulan lalu adalah bertujuan memastikan suara dan pandangan warga dan persatuan di kawasan Parlimen Setiawangsa dapat disalurkan secara efektif dan berkesan menerusi satu medium yang mewakili kepentingan mereka.

"Saya yakin dengan pembentukan majlis ini, masalah penduduk setempat akan dapat disampaikan terus kepada persatuan yang menggunakan platform M4P untuk berkomunikasi secara terus dan dekat sama ada dengan wakil rakyat ataupun dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," kata Zulhasnan.

Beliau yang juga Penaung M4P turut mencadangkan majlis itu merencanakan pertemuan berkala dengan DBKL dan agensi-agensi kerajaan yang lain setiap tiga bulan.

Langkah itu bagi memastikan segala isu yang dibangkitkan khususnya mengenai pembangunan dan kesejahteraan warga dan penduduk setempat dapat diperhalusi seterusnya dibawa ke perhatian pihak berkenaan dan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu Ahmad Fuad dalam ucapannya berkata, pembentukan M4P ini merupakan inisiatif yang baik dan efisien untuk merapatkan lagi hubungan bersama persatuan penduduk yang bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan malah dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih sistematik lagi.

"Ini satu pendekatan yang terbaik untuk merakyatkan Parlimen melalui satu bentuk kerjasama yang rapat antara Ahli Parlimen dan juga persatuan-persatuan penduduk," katanya lagi.

Pada majlis tersebut, Zulhasnan turut menyampaikan sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa sebanyak RM1,000 kepada setiap 62 persatuan penduduk yang menaungi M4P untuk memantapkan pengurusan dan mengatur strategi dan perancangan aktiviti di kawasan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 09 May 2011 09:24 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Eksklusif: 360 darjah ganti PTK

Posted: 08 May 2011 02:33 PM PDT

MukaDepan

Prestasi kakitangan awam turut dinilai rakan sejawat

PUTRAJAYA: Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Konsep baru yang nama khususnya sedang dikenal pasti, akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada 1 Januari lalu, selepas digunakan selama lapan tahun sejak 1 November 2002. Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List