gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 09 May 2011 11:29 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Kanvas seni Nando’s

Posted:

Kanvas seni Nando's

Kanvas seni Nando's

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


FAIZ yang menjadi juara pertandingan lukisan anjuran Nando's bergambar dengan hasil karyanya.


MENTERJEMAH mesej tentang makanan menerusi lukisan bukan satu tugas mudah. Bukan calang-calang individu memiliki bakat mencontengkan idea pemakanan yang sihat di atas kanvas.

Jika tidak mempunyai kepakaran, lukisan yang dihasilkan bukan saja mengelirukan mata yang memandang, malah mesej yang ingin disampaikan juga tidak dapat dihadam orang ramai.

Saban tahun Nando's mengangkat karya pelukis-pelukis muda tempatan buat tatapan umum sebagai medium mempromosikan menu sihat restoran mereka.

Buat kali keempat, Nando's dengan kerjasama Galeri NN sekali lagi menganjurkan pertandingan Peri-fy Your Art iaitu satu landasan buat anak seni tempatan mempamerkan karya kreatif mereka.

Bertemakan Health is...Body, Art and Soul, peserta-peserta diberi peluang menginterpretasikan tafsiran mereka tentang hubung kait kesihatan dengan tubuh badan, seni dan jiwa.

Juara pertandingan, Faiz Mohamed Yunus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, beliau mengambil masa seminggu untuk menghasilkan lukisan yang menggabungkan pelbagai warna itu.

"Saya banyak bermain dengan warna-warna yang kelihatan 'sedap' untuk dimakan.

"Warna seperti kuning, hijau dan merah memang sinonim dengan makanan, jadi apabila menghasilkan karya ini saya lebih fokus kepada elemen warna," jelasnya yang berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan baucar RM200 daripada Nando's.


PEMENANG tempat kedua, Muhamad Nizar Mohamat Salleh (kanan), dan Muhammad Fadhli masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.


Pelukis muda berusia 23 tahun itu memberitahu, kelas-kelas yang diambil di universiti banyak membentuk dan mengasah bakat melukis dirinya.

Pemenang tempat ketiga, Muhammad Fadhli Mohd. Ariffin yang merupakan pelajar UiTM pula menyatakan idea menghasilkan karya yang dihasilkannya datang selepas membelek-belek beberapa buah buku kesihatan.

"Memandangkan tema yang ditetapkan berkisar tentang kesihatan dalam pemakanan, jadi saya banyak merujuk kepada bahan-bahan berkaitan kesihatan.

"Selepas mendapat gambaran tersebut, saya mula menghasilkan lukisan itu. Ia memakan masa hampir sebulan bagi menyiapkannya," ujar pelajar semester tiga jurusan Seni Cetak itu.

UiTM memonopoli pertandingan itu apabila enam pelajarnya berjaya mengungguli senarai 10 lukisan terbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nando's, Mac Chung Lynn, mereka yang berminat untuk membeli hasil seni peserta-peserta tersebut diberi peluang bagi membida harga terbaik ketika lelongan dijalankan.

"Separuh daripada hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada peserta terbabit, manakala separuh lagi akan dikongsi oleh tiga pemenang utama tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bebaskan anak daripada malnutrisi

Posted:

Bebaskan anak daripada malnutrisi

Bebaskan anak daripada malnutrisi


SEORANG kanak-kanak asyik membaca maklumat mengenai makanan berkhasiat semasa pelancaran program Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal.


MASALAH malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh segelintir ibu bapa. Walaupun masih ramai yang mempunyai persepsi malnutrisi merujuk kepada kekurangan makanan yang menyebabkan tubuh menjadi kurus kering, hakikatnya ia perlu diperbetulkan.

Ini kerana malnutrisi juga merangkumi kanak-kanak yang dibelenggu dengan masalah obesiti apabila pengambilan diet yang tidak berkhasiat.

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006, sebanyak 15 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan atau terbantut manakala, 5.4 peratus lagi didapati berlebihan berat badan.

Kajian lain turut melaporkan peningkatan ketara bilangan kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes.

Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM), Dr. Tee E Siong, statistik tersebut agak membimbangkan kerana walaupun dilihat kecil tetapi, masalah malnutrisi tidak boleh dipandang ringan.

Jejaskan tumbesaran

"Kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah merupakan golongan paling berisiko terhadap kesan malnutrisi kerana mereka sedang membesar serta mengalami perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pada peringkat ini.

"Berlebihan atau kekurangan pemakanan boleh menjejaskan tumbesaran, perkembangan dan kesihatan kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka yang mengalami obesiti. Ini kerana mereka terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, diabetes dan kardiovaskular pada usia muda," katanya pada majlis pelancaran NMM bertemakan Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal baru-baru ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia memberitahu, NMM merangka pelan tiga tahun yang menumpu kepada usaha meningkatkan status pemakanan kanak-kanak Malaysia yang memberi fokus kepada kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun.


ANJLI (tiga dari kanan) mendengar penjelasan daripada E.Siong (dua dari kiri) mengenai makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran kanak-kanak.


"Kami percaya bahawa mesej mengenai pemakanan secara sihat perlu disampaikan kepada kanak-kanak sejak usia muda," katanya sambil menggesa para ibu bapa untuk meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan sihat dan mengubah tabiat pemakanan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi-Gandhi, Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Profesor Dr. Mohd. Ismail Noor dan Presiden Persatuan Dietitian Malaysia, Tan Yoke Hwa.

NMM turut melancarkan dua penerbitan utama NMM bagi tahun 2011 iaitu buku resipi Hidangan Berkhasiat - Resepi Mudah Untuk Si Manja Yang Sedang Membesar untuk ibu bapa dan buku kerja Ceria Dengan Gaya Hidup Sihat untuk kanak-kanak.

Menurut Anjli, kesihatan dan kebahagiaan adalah seiring kerana tanpa kesihatan sukar mencapai kebahagiaan. Justeru, status pemakanan mampu mempengaruhi kesejahteraan sesebuah keluarga.

"Bulan Pemakanan Sihat Malaysia adalah pelengkap kepada usaha kami untuk memperkasakan ibu bapa muda untuk membina keluarga yang lebih sihat," katanya.

Ujar Anjli, pengabaian gaya hidup sihat turut disumbangkan oleh perubahan gaya hidup dan kekurangan masa berkualiti yang dihabiskan bersama keluarga.


PADA pelancaran program Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal, ujian saringan kesihatan turut disediakan.


"Masa berkualiti merupakan cabaran getir yang dilalui oleh semua keluarga ketika ini. Kita tidak dapat menafikan bahawa masa berkualiti bersama keluarga mampu meningkatkan kestabilan dan kebahagiaan keluarga.

"Contoh masa berkualiti yang dihabiskan dapat dilihat dengan duduk bersama untuk makan sekurang-kurangnya sekali sehari atau membawa anak-anak anda ke taman permainan untuk beriadah," katanya.

NMM merupakan program pemakanan ulung yang disambut setiap bulan April sejak tahun 2002. Ia dianjurkan bersama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 09 May 2011 09:26 AM PDT

Utusan Online - Johor


Karnival Tg. Leman meriah

Posted:

Karnival Tg. Leman meriah

Karnival Tg. Leman meriah

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Karnival Tanjung Leman, Mersing, kelmarin.


MERSING 8 Mei - Seramai 10,000 pengunjung tidak melepaskan peluang bersama-sama memeriahkan Karnival Tanjung Leman yang berlangsung di pesisiran Tanjung Leman di sini selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Karnival yang julung kali anjuran Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Damansara Assets Sdn. Bhd., dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Johor itu diadakan sempena sambutan 40 tahun Jcorp.

Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, karnival tersebut juga bertujuan mempromosikan Tanjung Leman sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

"Diharap usaha penganjuran karnival ini dapat meningkatkan lagi produk pelancongan yang terdapat di Tanjung Leman ini," katanya pada majlis perasmian karnival itu semalam.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti persembahan artis terkenal tanah air, pertunjukan perahu layar, pertandingan karaoke, mini zoo dan cabutan nombor bertuah.

Karnival dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendidikan sentiasa diberi perhatian

Posted:

Pendidikan sentiasa diberi perhatian

Pendidikan sentiasa diberi perhatian

KOTA TINGGI 8 Mei – Sektor pendidikan tetap menjadi perhatian utama kerajaan ke arah melahirkan modal insan seimbang dari segi jasmani dan rohani demi pembangunan mapan yang berterusan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki, kerajaan akan terus menyediakan kemudahan pendidikan sejak dari peringkat awal bagi memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, pembangunan holistik serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Sesungguhnya kejayaan negara banyak bergantung kepada generasi muda yang berilmu serta berkemahiran tinggi," katanya selepas Program Teknik Menjawab Soalan dan Bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang (SKBL) di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada program yang disertai 101 murid tahun enam sebagai persediaan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu ialah Guru Besar SKBL, Nurlia Mohamad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jumaat Aman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 09 May 2011 01:05 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Pembedahan kosmetik ada risiko

Posted: 08 May 2011 06:22 PM PDT

Ratu

WAJAH bersinar bak bulan purnama.
Putih kulit bak kapas dipusar.
Rambut ikal mayang mengurai. Hidung mancung bak seludang. Pipi licin bak pauh dilayangPinggang ramping bak kerengga. Bibir cantik bak delima merkah.
Mulut mungil bak seulas limau.
Betis berisi bagaikan bunting padi.
Lenggang menawan bak itik pulang petang.

BEGITULAH ideal dan sempurnanya kecantikan seorang wanita yang sering digambarkan dalam tradisi masyarakat Melayu zaman dulu. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya ingin tampak cantik dan sempurna.
Bagi wanita pula, naluri untuk kelihatan cantik sememangnya tidak pernah luput dalam diri, bahkan ada berkata bukan wanita namanya jika enggan kelihatan sentiasa cantik, muda atau bergaya. Sekalipun bukan untuk tatapan orang lain, sekurang-kurangnya untuk kepuasan diri sendiri.

Namun, dalam memenuhi dan merealisasikan keinginan serta kepuasan diri, yang mana satukah menjadi pilihan wanita untuk menyerlahkan kecantikan dimilikinya - kecantikan semula jadi atau pun melalui suntikan dan pembedahan kosmetik?

Ada berpendapat, kecantikan diri tidak akan lengkap dengan hanya mewarisi penggunaan jamu, mandi lulur atau perubatan tradisional selain mengamalkan beberapa amalan petua kecantikan.

Justeru, tidak hairanlah dengan kepesatan teknologi selain memiliki kemampuan untuk berbelanja demi memastikan penampilan diri menawan dan anggun, ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu ringgit kepada doktor pakar bedah estetik dan kosmetik.

Jika suatu ketika dulu pembedahan plastik dan suntikan kosmetik cuma laris di dunia Barat, kini ia sudah pun menembusi seluruh rantau dunia, termasuk negara Teluk dan Asia, termasuklah di Malaysia. Malah, di sesetengah negara, pembedahan kosmetik menjadi satu industri gah yang mampu menarik kunjungan ramai wanita dari seluruh dunia.

Hakikatnya, ada wanita sanggup melakukan apa saja, termasuk mengetepikan rasa takut atau sakit semata-mata untuk memiliki wajah menawan. Ini termasuklah melakukan pembedahan kosmetik mengubah bentuk dan struktur wajah serta hidung, memasukkan silikon bagi membesarkan payu dara; membuat penegangan pada wajah melalui suntikan kolagen dan vitamin C atau pun menyuntik Botulinum Toxin (botox) bagi membuang kedutan selain sebagai jalan singkat dan cepat untuk kelihatan muda, menawan, menarik.

Keinginan melakukan pembedahan kosmetik bukan saja ada pada wanita dewasa tetapi juga remaja. Di Itali misalnya, pembedahan membesarkan payudara terbukti menjadi pilihan utama sebagai hadiah kepada gadis yang lulus dan tamat pengajian peringkat sekolah menengah.

Begitu juga di Amerika Syarikat, semakin ramai remaja perempuan yang lebih senang hati memilih membuat implan payudara sebagai hadiah hari jadi berbanding pemberian hadiah mewah yang lain.

Bagaimanapun, mereka yang ingin membuat suntikan dan pembedahan kosmetik perlu berhati-hati dan memikirkan semasak-masaknya sebelum berbuat demikian. Ini kerana setiap pembedahan yang dilakukan tidak kira untuk tujuan apa, kesan sampingan tetap ada.

Kesan sampingan akibat pembedahan plastik juga dikatakan tinggi kerana setiap pembedahan plastik yang dilakukan belum 100 peratus akan berjaya seperti mana yang diimpikan. Lebih menakutkan, ia juga boleh mengakibatkan maut akibat kompilasi yang dihadapi ketika pembedahan. Misalnya, pesakit boleh mendapat maut ketika pembedahan berlaku akibat pendarahan yang tidak berhenti.

Selain itu, pembedahan plastik juga boleh mengakibatkan kecacatan pada bahagian yang dibedah. Misalnya, doktor melakukan kecuaian ketika pembedahan dilakukan. Hal ini sering terjadi jika doktor yang melakukan pembedahan itu kurang mahir untuk membuat pembedahan plastik pada bahagian yang bukan dalam
kepakarannya.

Pembedahan plastik juga boleh menimbulkan kesan sampingan jangka panjang akibat penggunaan ubat semasa dan selepas pembedahan.

Banyak kisah tragis kegagalan pembedahan plastik sudah dilaporkan. Satu kes paling terkenal membabitkan Hang Mioku, seorang wanita dari Korea Selatan.

Hang Mioku dikatakan begitu kecanduan melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian wajahnya selepas pertama kali melakukannya ketika berusia 28 tahun. Pembedahan demi pembedahan dilakukan dan bentuk wajahnya semakin membesar sehinggakan doktor bedah nekad tidak lagi mahu melakukan pembedahan plastik di wajahnya sebaliknya menyarankan Hang Mioku menemui pakar jiwa.

Wajah Mioku berubah keseluruhannya hingga ibu bapanya sendiri tidak mengenalinya. Menyedari wajah anak mereka semakin membengkak, ibu bapa Mioku menghantarnya berjumpa doktor untuk memperbaiki wajah Mioku. Namun, paling teruk wanita itu sanggup menyuntik sendiri dengan minyak masak apabila kehabisan silikon yang mengakibatkan wajahnya semakin membengkak.

Di Florida pula, gara-gara mengidamkan punggung seperti dimiliki penyanyi dan pelakon berdarah latin, Jennifer Lopez, dua wanita terpaksa berjuang untuk hidup selepas suntikan kosmetik mencantikkan punggung mereka, tidak bertindak seperti diharapkan.

Andrea Lee, 30, mengalami kegagalan buah pinggang selepas `diracun' dengan apa yang dipercayai silikon industri manakala rakannya, Zakiya Teagle, 33, juga kritikal selepas organ dalamannya berhenti berfungsi.

Selepas disiasat, prosedur kosmetik dijalani kedua-dua wanita berkenaan dilakukan oleh doktor palsu, yang tiada lesen perubatan atau pengalaman melakukan pembedahan kosmetik.

Di Shanghai, seorang wanita China yang tidak sabar menunjukkan hasil pembedahan menegangkan wajah di Korea Selatan kepada anggota keluarga terpaksa menunggu lebih lama selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong kerana kelihatan berbeza daripada gambar pasportnya. Wanita berkenaan terpaksa menjelaskan dia membuat pembedahan kosmetik di Korea selepas polis menegaskan dia membawa pasport orang lain.

Begitu juga di Malaysia, hasrat seorang isteri ahli politik mahu kelihatan lebih cantik tidak kesampaian apabila meninggal dunia selepas 10 bulan koma akibat dikatakan membuat pembedahan kosmetik membuang lingkaran gelap di bawah mata, mengempiskan perut dan menyedut lemak.

Namun, kisah sebegitu tidak mampu melenyapkan keinginan wanita tampil lebih menawan menerusi pembedahan kosmetik. Memang tidak dinafikan, ada pembedahan dan suntikan kosmetik membuahkan hasil lumayan, malah ada ketikanya, lebih baik daripada apa yang diimpikan sehingga mengagumkan banyak mata yang memandang.

Bagaimana pula dengan pandangan sinis ramai? Kalau taksub untuk sentiasa tampil muda, cantik, menawan, ada pula kemampuan menghabiskan duit yang banyak untuk rawatan sedemikian, pandangan orang bukanlah sesuatu yang mereka takutkan. Tepuk dada tanya selera!

Belanja RM20,000 untuk cantik

"DI mana ada kekurangan, saya akan membuatnya. Sejak dulu, saya memang sukakan kecantikan, gemar melaram dan ingin sentiasa kelihatan cantik. Bagi saya kecantikan dapat memberikan keyakinan," cerita Hana Hussin, 45.

Tanpa menyembunyikan apa yang sudah dilakukan pada wajahnya, Hani Hussin berkata, tidak perlu menipu kerana sebelum ini sudah ramai tahu, bagaimana rupa wajahnya sebenar. Malah, ibu kepada empat anak ini berkali-kali menyatakan tidak begitu berpuas hati dengan rupa parasnya sebelum ini terutama bahagian hidung yang nampak pesek.

Katanya, disebabkan memiliki hidung pesek sejak kecil, ramai suka memperli dan mengejek sehingga ada yang mengumpamakan hidungnya seperti 'terpatuk' serta dilanggar 'stim roll'.

Sehinggalah suatu hari dengan keizinan suami, Hana mengambil keputusan nekad untuk membuat suntikan silikon bagi menaikkan batang hidungnya. Hasilnya, memang cukup mengujakan.

"Saya buat suntikan silikon pada hidung pada 1997. Melalui kawan, saya diperkenalkan kepada doktor dari Indonesia, yang melakukan rawatan itu di bilik hotel di ibu negara. Memang sakit tetapi tidak berpanjangan dan saya puas hati dengan hasilnya. Sekali suntikan RM300 ke atas dan ia bertahan sehingga enam bulan. Selepas itu, perlu suntik lagi supaya tidak 'jatuh'.

"Tetapi akhirnya saya penat untuk pergi suntik lagi dan kebetulan pada 2000, saya menemani kawan membuat pembedahan kosmetik di Thailand. Tertarik dengan hasilnya dan selepas pasti ia selamat, saya pun membuat keputusan membuat pembedahan plastik pada hidung. Prosedurnya hanya mengambil masa setengah jam dan tidak memerlukan suntikan pelali dengan kos RM1,200. Sejak itu saya tidak perlu risau lagi mengenai hidung saya kerana hingga hari ini ia kekal dan jelas nampak mancung," katanya.

Selain hidung, akui Hana, beliau juga mengubah pipi dan dagu. Beliau turut menyuntik kolagen supaya kelihatan muda dan vitamin C untuk mendapatkan kulit wajah lebih cerah. Tidak cukup dengan itu, beliau melakukan suntikan botox di dahi bagi menghilangkan garis halus dan kedutan.

Untuk rawatan suntikan penegangan wajah bagi menampakkan bentuk wajah runcing, katanya, tiga fasa rawatan perlu dilalui. Suntikan jarum bagi rawatan itu seperti pergerakan jarum pada mesin jahit tetapi langsung tidak meninggalkan kesan atau tanda.

"Boleh dikatakan semua rawatan ada kesan sakit dan paling sakit ialah melakukan pembedahan. Sehingga kini, saya sudah habiskan lebih RM20,000 untuk melakukan rawatan kecantikan tetapi saya tidak kisah, sebaliknya berasa amat puas hati.

"Kini saya cuma mengamalkan rutin penjagaan kulit dan menggunakan produk tambahan seperti pengambilan kolagen dan vitamin. Untuk tubuh setakat ini saya tidak pernah buat apa-apa kerana puas hati dan tidak pernah ada masalah," katanya mengakui ada yang memandang sinis dan tidak bersetuju dengan caranya untuk tampil cantik.

Puas hati dengan kecantikan semula jadi

"HIDUNG ini bukan palsu tapi 'ori' (asli) tau. Saya tidak pernah pun melakukan pembedahan kosmetik dan tidak pernah pun terfikir untuk berbuat demikian kerana rasa-rasanya sudah cukup cantik serta sempurna dengan apa yang saya ada," katanya.

Rosmaniza Abdul Rahman, 31, pereka dan pengaturcara komputer serta peragawati sambilan sejak tiga tahun lalu ternyata berpuas hati dengan aset raut wajah dan bentuk tubuhnya.

Memiliki hidung mancung dan bentuk tubuh yang langsing, sememangnya tidak memerlukan Rosmaniza untuk melakukan sesuatu pada penampilan diri. Malah, mungkin ada cemburu melihat kesempurnaan kecantikan semula jadi yang ada padanya.

"Hidung ini mancung mungkin genetik kerana keluarga sebelah bapa saya berasal dari Pulau Pinang. Lagipun, kebanyakan Anak Mami memang mempunyai hidung mancung. Untuk penampilan yang lain pula terutama pada wajah, saya tidak pernah 'membetulkan' atau mengubah apa-apa, semuanya semula jadi.

"Cuma, saya amalkan penggunaan penjagaan wajah setiap hari. Ini penting bagi saya kerana sebagai peragawati saya perlu sentiasa jaga penampilan," katanya.

Rosmaniza yang pernah merangkul gelaran sampingan Lensa Terbaik Wanita Pilihan Berita Harian bagi pertandingan Wanita Pilihan Berita Harian 2010, berkata selain menggunakan produk kecantikan, dia juga bersenam untuk mendapatkan bentuk tubuh menarik, memastikan pengambilan diet yang sihat dan tidur secukupnya.

Baginya, tampil cantik, anggun dan bergaya sememangnya fitrah semula jadi seorang wanita. Pelbagai fesyen pakaian, produk kecantikan dan kaedah perubatan wujud bagi memenuhi keperluan wanita.

"Saban tahun, ribuan ringgit sanggup dilaburkan oleh wanita kini semata-mata untuk sentiasa tampil cantik dan anggun. Aliran Brat yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kecantikan fizikal kadangkala menjadikan wanita semakin keliru dalam meneliti neraca kecantikan sebenar," ujarnya.

Mengenai kesanggupan wanita menderita kesakitan dan menghabiskan wang beribu-ribu ringgit melakukan pembedahan plastik dan suntikan kosmetik, Rosmaniza berpendapat, mereka mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

"Mungkin ada yang tidak puas hati dengan apa dimiliki sehingga hilang keyakinan diri dan mungkin juga ada yang mahu orang lain melihat dirinya sentiasa cantik. Ada juga yang melakukannya demi kerjaya, khususnya bagi yang sentiasa berdepan pelanggan dan memerlukan penampilan diri sentiasa terserlah.

"Walau apa pun kita buat, kita mesti berhati-hati kerana bimbang kesan buruknya. Jika saya ditawarkan melakukan pembedahan kosmetik, saya tidaklah terus menolaknya mentah-mentah, sebaliknya akan menelitinya terlebih dulu dan paling penting akan berbincang dengan suami terlebih dulu," katanya.

INFO

Selebriti dan pembedahan plastik

  • Di Lubnan, selebriti popular yang menjadi pilihan wanita sebagai contoh pembedahan plastik ialah bintang pop, Haifa Wahbi dan menyebabkan ramai wanita muda meninggalkan hospital dengan rupa seiras simbol seks Lubnan yang berambut hitam dan menggiurkan itu.
  • Di Indonesia, sejak pengakuan secara terbuka penyanyi Titi DJ membuang lemak pada 2004 hingga 2005, ia mengundang kepada peningkatan minat wanita untuk sama-sama bertemu doktor yang boleh membantu mereka kekal jelita. Pengakuan Titi kepada media turut menyebabkan industri pembedahan plastik di Indonesia meningkat secara mendadak.
  • Aktres terkenal, Demi Moore dilaporkan menghabiskan lebih USD400 juta (lebih RM1 bilion) untuk pembedahan plastik. Hasilnya, beliau nampak jauh lebih muda daripada usia sebenar dan berjaya memiliki Ashton Kutcher yang jauh lebih muda!
  • Selebriti sering menjadi rujukan dan contoh untuk membuat pembedahan plastik. Misalnya, payu dara pilihan jelas ialah Pamela Anderson, diikuti oleh wanita cantik, Brazil Gisele Bundche dan penyanyi pop terkenal Amerika Britney Spears.
  • Untuk bibir, pelakon, Angelina Jolie dan Julia Robert sering dijadikan rujukan; hidung, Nicole Kidman dan bahagian lain, Jennifer Lopez, Halle Berry dan Sandra Bullock.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kerja dari rumah

    Posted: 08 May 2011 06:14 PM PDT

    Ratu

    Wanita sebagai pekerja, isteri dan ibu cemerlang

    DI NEGARA maju, bekerja dari rumah atau konsep Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing. Ia semakin diterima masyarakat, lebih-lebih lagi dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

    Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Begitu juga di Kanada (2.5 juta); United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000). Di Malaysia pula, konsep berkenaan masih dianggap baru. Namun, ia semakin mendapat perhatian. Kementerian Kerjaya umpamanya, menjadi perintis program bekerja dari rumah yang pada awalnya membabitkan kakitangan bertugas di cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Arkitek dan Ukur Bahan.

    Kemudian, Kementerian Sumber Manusia pula menyusul, menyediakan program sama berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955, bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

    Apa yang penting, program seumpama itu memberi peluang kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertainya dan terus bekerja menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

    Bagi wanita bekerja dari rumah banyak keuntungannya kerana mereka boleh merancang secara fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih berkualiti menguruskan rumah tangga, menumpukan perhatian kepada kebajikan suami dan anak.
    Hak mereka sebagai sebahagian daripada sumber tenaga manusia negara juga tidak terjejas, selain dapat menikmati faedah seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cuti umum, cuti sakit jika berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

    Kecekapan dan kemudahan akses kepada dunia siber tanpa sempadan, iaitu e-mel, blog, telepersidangan serta jaringan sosial lain umpamanya Facebook dan twitter membuka peluang lebih luas kepada warga kerja untuk melakukan sesuatu bidang tugas mereka secara lebih efektif, tanpa mengabaikan keluarga.

    Konsep bekerja dari rumah yang diwujudkan Kementerian Sumber Manusia, antara lain bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan suri rumah serta mereka yang tidak mempunyai pekerjaan bagi melakukan kerja dalam bidang kraftangan atau berkaitan industri kecil sederhana (SMI).

    Sejak dilancarkan pada 7 Oktober 2008, program itu sudah memberi manfaat kepada 2,319 suri rumah dan 435 ibu tunggal.

    Dengan kejayaan itu, Kementerian Sumber Manusia juga bercadang memperluaskan program itu ke seluruh negara menerusi promosi dengan kerjasama majikan dan persatuan seperti Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Perniagaan supaya lebih banyak majikan boleh menawarkan pekerjaan dari rumah.

    Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, program bekerja dari rumah atau bekerja separuh masa memberi banyak keuntungan kepada wanita bagi mengelak tekanan antara tugas di pejabat dan mengurus rumah tangga.

    Bagi CUEPACS, program seumpama itu amat diterima baik dan ia diharap dapat menggalakkan wanita untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

    "Saya rasa wanita akan lebih tekun dan menjadi pekerja lebih bagus bagus kerana dapat memberi tumpuan kepada kerja dilakukan. Cuma, mereka yang terbabit dengan kerja dari rumah perlu melapor diri atau datang ke pejabat dua hari seminggu untuk berjumpa majikan.

    "Interaksi antara pekerja dan majikan perlu untuk melihat perkembangan kerja mereka berjalan lancar," katanya.

    Keluarga dulu, kerjaya nombor dua

    RAMAI wanita hari ini lebih mementingkan keluarga selepas mempunyai anak. Tinjauan syarikat laman pekerjaan dalam talian, JobStreet.com menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata.

    Kajian yang dijalankan April lalu itu membabitkan 550 pekerja wanita, berusia antara 18 tahun dan 35 tahun dengan 42 peratus belum berkahwin dan 41 peratus sudah berkahwin serta mempunyai anak. Ia bertujuan mendapatkan pandangan wanita mengenai kerjaya mereka dan ciri pekerjaan yang diingini selepas bergelar ibu.

    Ditanya mengenai keutamaan dalam kerja, lebih daripada 61 peratus responden mengatakan waktu kerja yang lebih fleksibel akan menjadi keutamaan, 16 peratus mahukan waktu kerja yang lebih pendek dan konsisten sementara tujuh peratus wanita mahu mengurangkan waktu perjalanan ke tempat kerja dan untuk pulang ke rumah manakala 15 peratus wanita mengutamakan gaji yang lebih tinggi.

    Tinjauan yang sama juga mendapati, wanita di negara ini kembali kepada adat tradisional peranan wanita di rumah. Lebih kurang 44 peratus wanita merancang untuk berhenti kerja selepas mempunyai anak. Pilihan yang paling popular adalah untuk bekerja separuh masa, secara sambilan atau pekerjaan yang tidak terikat dengan masa atau berhenti kerja sementara waktu sebelum menyambung kerjaya semula. Tiga puluh lapan peratus wanita berpendapat meninggalkan kerja selama setahun selepas melahirkan anak adalah sesuai.

    Berdasarkan maklumat ini, aliran pekerjaan ibu di Malaysia dijangka berubah di masa depan kepada pekerjaan yang lebih fleksibel. Bagaimanapun, hakikatnya, lebih daripada 80 peratus ibu yang menyertai kajian ini tidak berhenti kerja selepas mendapat anak.

    Lebih daripada separuh menyatakan isu kewangan sebagai sebab tidak dapat berhenti kerja. Hanya 20 peratus wanita tidak berhenti kerja demi meneruskan perkembangan kerjaya. Ini menunjukkan berlaku konflik antara apa yang dikehendaki mereka dan apa yang boleh dikecapi.

    Apabila disoal mengenai majikan pula, tinjauan menunjukkan ada jurang antara apa yang diberi majikan dan apa yang dikehendaki pekerja wanita. Lima puluh satu peratus wanita berasakan majikan tidak peka kepada keperluan ibu yang bekerja; majikan tidak memberi pilihan kerja separuh masa atau waktu kerja yang fleksibel (74 peratus) dan 66 peratus berpendapat majikan harus menyediakan kemudahan tempat penjagaan anak.

    INFO

    Objektif bekerja dari rumah Kementerian Sumber Manusia

  • Membantu golongan sasar termasuk OKU, ibu tunggal, suri rumah dan keluarga miskin tegar yang belum ada pekerjaan, bekerja secara sambilan atau tetap melalui peluang kerja secara 'home working' ditawarkan oleh syarikat berdekatan.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat korporat mengenai tanggungjawab sosial terhadap golongan sasar dan seterusnya menggiatkan usaha untuk menaikkan taraf hidup mereka.
  • Memberi alternatif kepada pihak syarikat untuk mendapatkan pekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing

    Tiga kaedah kerja dari rumah

  • Kerja secara individu

    Kerja yang dijalankan di rumah peserta, yang mana peserta itu sendiri mengambil bahan dan peralatan daripada syarikat serta berurusan terus dengan pihak syarikat bagi segala urusan, termasuk pembayaran upah.

  • Kerja secara berkumpulan

    Kerja yang dijalankan di premis tertentu secara berkumpulan dan diselia ketua yang dilantik untuk mengurus, menyelia dan seterusnya berurusan dengan syarikat berkaitan dengan pekerjaan mereka, termasuk urusan pembayaran upah.

  • Kerja secara individu atau kumpulan melalui pihak ketiga

    Kerja dijalankan di premis tertentu, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pihak ketiga, yang menjadi orang tengah kepada syarikat. Segala urusan berkaitan dengan pekerjaan mereka, termasuk pembayaran upah adalah di bawah tanggungjawab pihak ketiga.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pendidikan

    Posted: 08 May 2011 11:37 PM PDT

    Utusan Online - Pendidikan


    Unisel mahu tingkat bilangan penuntut Sasaran Sarawak, Sabah

    Posted:

    Unisel mahu tingkat bilangan penuntut <br />Sasaran Sarawak, Sabah

    Unisel mahu tingkat bilangan penuntut
    Sasaran Sarawak, Sabah

    Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
    pendidikan@utusan.com.my


    Halid Hasbullah Boestamam


    Universiti Selangor (Unisel) bercadang meningkatkan lagi penglibatan pelajar-pelajar dari Sarawak dan Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.

    Pengarah Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporatnya, Halid Hasbullah Boestamam berkata, setakat ini Unisel hanya mempunyai kira-kira 18 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajarnya yang berasal dari dua negeri Malaysia Timur itu.

    "Jumlah ini masih kecil dan Unisel menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus para pelajar dari kedua-dua negeri itu bagi sesi kemasukan akan datang," katanya ketika ditemui di Unisel Kampus Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

    Oleh yang demikian katanya, pihak Unisel akan turun padang pada Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak bagi bersemuka dengan lebih dekat dan memberi maklumat kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah mengenai Unisel.

    "Unisel juga mengambil peluang dalam Festival Hari Guru ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang program yang ditawarkan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan.

    "Ia seterusnya membantu pihak universiti untuk mencungkil bakat pelajar setempat yang kurang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas alasan tidak mahu berjauhan dengan keluarga serta kekangan ekonomi," jelas beliau.

    Katanya lagi, Unisel mahu memberikan maklumat yang tepat kepada masyarakat tentang program ditawarkan serta penerangan mengenai kemudahan pinjaman kewangan yang disediakan bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

    "Unisel juga akan memperkenalkan tawaran insentif penajaan bagi pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian dengan mempunyai pelepasan pengecualian yuran pengajian.

    "Tawaran ini dibuka kepada tiga kategori iaitu bagi program Asasi, Diploma dan Ijazah kepada pelajar-pelajar yang layak bagi tempoh satu tahun pengajian sahaja dalam semua bidang yang ditawarkan oleh Unisel," terang beliau.

    Bagi Program Asasi dan Diploma, ujarnya, kelayakan untuk mendapat tawaran ini adalah para pelajar yang mendapat keputusan 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    "Bagi Program Ijazah pula, para pelajar mestilah mempunyai keputusan nilai gred purata (CGPA) 3.0 ke atas dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma bidang berkaitan.

    "Tawaran ini adalah untuk 500 pelajar bagi program Asasi, manakala masing-masing 300 bagi program diploma dan ijazah," ujarnya.

    Menurutnya lagi, antara aktiviti yang bakal dianjurkan pada festival berkenaan ialah seminar kepada kumpulan guru-guru kaunseling dan guru tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah di Kuching, Sarawak.

    "Unisel turut mengadakan seminar bagi pelajar pra universiti atau lepasan STPM dari enam buah sekolah sekitar Kuching.

    "Pihak Unisel juga akan mengadakan sesi kaunseling untuk membantu para pelajar memilih bidang yang bersesuaian dengan minat dan keputusan peperiksaan mereka.

    "Diharap para pelajar dapat ambil peluang untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang perlu mengenai Unisel dan menanam minat meneruskan pengajian di peringkat universiti," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajar ikuti kem kepimpinan 1Malaysia

    Posted:

    Pelajar ikuti kem kepimpinan 1Malaysia

    Pelajar ikuti kem kepimpinan 1Malaysia


    SEBAHAGIAN peserta Kem Kepimpinan dan Bina Insan 1Malaysia tekun mendengar ceramah di Lipis, Pahang, baru-baru ini.


    Seramai 240 pelajar sekolah menengah daerah Lipis menyertai Kem Kepimpinan dan Bina Insan 1Malaysia untuk menjadi pemimpin yang mempunyai keterampilan dan disegani sejak di bangku sekolah lagi.

    Ketua Unit, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lipis, Shahrom Othman berkata, kem itu diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada para pelajar asas-asas kepimpinan agar dapat menjadi pemimpin di peringkat sekolah secara berkesan.

    "Sebagai pemimpin pelajar di peringkat sekolah, mereka merupakan mata dan telinga guru-guru. Maka, mereka perlu diberi pendedahan ciri-ciri dan asas-asas untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan berketerampilan di peringkat sekolah," katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kem empat hari tiga malam itu di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang, PPD Lipis, Pahang, baru-baru ini.

    Shahrom menambah, melalui program seperti ini, ia dapat merapatkan hubungan antara pemimpin pelajar sekolah yang berlainan.

    "Mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman untuk dijadikan panduan sebagai pemimpin di sekolah," ujarnya.

    Program ini melibatkan ketua pelajar, pengawas, ketua kelas, pengerusi persatuan dan kelab di sekolah masing-masing.

    Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar, SMK Kerambit, SMK Clifford, SMK Sg Koyan, SMK Seri Lipis, SMK Setia Wangsa dan SMK Orang Kaya Haji.

    Sepanjang kem tersebut, semua pelajar tidur dalam khemah yang didirikan sendiri di kawasan padang bertujuan memupuk amalan gotong-royong dan kesepakatan dalam sesuatu aktiviti.

    Pengisian program ialah ceramah ikhtiar hidup dan pengurusan diri; pengurusan persatuan dan kelab; pengurusan unit beruniform dan ceramah motivasi.

    Seorang peserta, Muhammad Idham Najmi, 13, dari SMK Kerambit berkata, program ini banyak membantu dirinya dan para peserta untuk lebih memahami tugas serta peranan sebagai pemimpin pelajar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 08 May 2011 03:31 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

    Posted:

    Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis

    Polis Perlis anjur kempen derma darah sempena Hari Polis


    TAJUDIN (berdiri dua dari kanan) melihat Zull Aznam menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat, Kangar baru-baru ini.


    DERMA. Seramai 127 pegawai dan anggota polis kontinjen Perlis menyertai kempen menderma darah di Mes Pegawai Kanan Polis Sungai Batu Pahat di Kangar baru-baru ini.

    Kempen yang berlangsung sehari itu merupakan acara tahunan yang turut diadakan serentak di seluruh negara sempena Hari Polis ke-204.

    Aktiviti derma darah itu dikendalikan oleh Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi mengisi bekalan tabung darah hospital tersebut.

    Kempen tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa dan timbalannya, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah

    Posted:

    Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah

    Sambutan ulang tahun ke-5 Uptown Shah ALam meriah


    SEBAHAGIAN pengunjung menikmati karipap percuma yang disediakan oleh penganjur pada sambutan ulang tahun ke-5 Uptown di Shah Alam baru-baru ini.


    MERIAH. Majlis ulang tahun ke-5 Uptown, Seksyen 24, Shah Alam disambut meriah apabila kira-kira 200 pengunjung diraikan dengan 5,000 biji karipap percuma baru-baru ini.

    Lebih menarik lagi, lima daripada karipap itu bukan sahaja berintikan kentang tetapi pengunjung yang bertuah itu turut disediakan dengan inti istimewa.

    Pengurus Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd., Aizul Hisham Mohd. Dom berkata, pihaknya telah membungkus nota hadiah bertuah dengan plastik gula-gula dan dimasukkan dalam lima karipap tersebut.

    Katanya, pengunjung bertuah itu bukan sahaja dapat menikmati karipap percuma dan bergembira sempena sambutan ulang tahun tersebut tetapi turut menerima hadiah telefon bimbit sumbangan DiGi Telecomunications Sdn. Bhd.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan

    Posted:

    Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan

    Kontraktor kelas F Baling hadiri mesyuarat tahunan


    SEBAHAGIAN daripada ahli BKP yang menghadiri mesyuarat agung di Baling, Kedah baru-baru ini.


    BERTEMU. Kira-kira 100 ahli Badan Kebajikan Kontraktor dan Pembekal (BKP) Daerah Baling menghadiri mesyuarat agung kali ke-3 yang diadakan di Hotel Bayu, Jalan Baling, Kedah baru-baru ini.

    Pada mesyuarat tersebut, kesemua yang hadir sebulat suara mengekalkan Pengerusi BKP, Harun Zulkifli Abdullah manakala dua ahli jawatankuasa, Ishak Mokhtar dan Mahmud Abdullah dipilih sebagai Timbalan dan Naib Pengerusi.

    Mesyuarat itu turut meluluskan usul agar kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya mengutamakan kontraktor kelas F bagi kerja-kerja pembinaan dan menyelenggara berskala kecil.

    Majlis penutup mesyuarat tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Baling, Ahmad Fisol Md. Nor.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 08 May 2011 03:31 PM PDT

    Utusan Online - Megabait


    Cara guna enjin carian

    Posted:

    Cara guna enjin carian

    Cara guna enjin carian



    APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

    Heri, Alor Setar

    Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

    Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

    Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

    Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.

    Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

    Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.

    Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.

    Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

    Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

    1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.

    Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

    2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

    3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.

    Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

    4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.

    Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.

    *Perpaduan

    *perpaduan

    *PERPADUAN

    nPerpaduan

    nperpaduan

    5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

    6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

    7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.

    Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

    8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

    Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.

    Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.

    Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.

    Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

    9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

    nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.

    nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.

    nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.

    nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.

    nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

    10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

    nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

    nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

    nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

    nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

    nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

    nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

    nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.

    Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.

    Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.

    Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

    Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.

    Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.

    Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

    Posted:

    Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

    Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

    SIRI Inovasi bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pemasangan sistem paip jaringan rumah walit.

    Dalam penternakan walit, sistem paip jaringan adalah sangat penting kerana ia berfungsi mengawal kelembapan rumah walit tersebut.

    Ini penting supaya ia berada dalam kelembapan semula jadi atau seperti di dalam gua yang sama dengan habitatnya yang sebenar.

    Sistem paip jaringan adalah sangat penting untuk menarik minat burung walit.

    Sistem ini diletakkan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.

    Untuk mendapatkan percikan air yang sempurna dalam sistem harus memilih nozel yang tepat dan yang terbaik.

    Nozel mempunyai pelbagai jenis iaitu halus, sederhana dan kasar. Jika mengunakan halus,air yang dikeluarkan seperti kabus.

    Jika menggunakan yang kasar ia boleh membasahkan pakaian. Nozel tersebut boleh didapati dari pasaran yang berhampiran.

    Apa yang perlu dibuat pada sistem ini adalah menyambungkan sebatang paip PVC ke pam dan pada paip tersebut harus ditebuk dan dipasangkan dengan nozel.

    Untuk mendapatkan kejituan pada sistem harus menambahkan kelembapan (humidity) sensor yang disambung pada geganti (relay).

    Pada para pembaca dan peminat MEGA, inovasi yang kurang memahami cara-cara penyambungan boleh rujuk pada inovasi-inovasi sebelum ini yang telah dibincangkan.

    Sila dapatkan maklumat-maklumat inovasi tersebut rujuk pada Utusan Online.(www.utusan.com.my)

    Harus diingat penggunaan penyukat suhu dan kelembapan satu set mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung walit dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan.

    Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung tersebut.

    Bersambung pada minggu hadapan dengan sistem kawalan keselamatan walit. Selamat mencuba!

    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

    Alat-alat yang digunakan

    nNozel

    nPaip PVC ½"

    nPum

    nTangki air

    nTimer

    nPengesan kelembapan (humidity sensor)

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 08 May 2011 03:21 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Kebun rempah di laman sekolah

    Posted:

    Kebun rempah di laman sekolah

    Kebun rempah di laman sekolah

    Rencana dan gambar AZMAN MD.NOOR


    para pelajar turut terbabit memastikan landskap berasaskan sayur dan herba di smk chepir diuruskan dengan baik.


    SEBAIK memasuki kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chepir, Sik, Kedah deretan pasu yang menghiasi kawasan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja.

    Deretan pasu itu agak istimewa kerana ia dipenuhi bunga kubis dan landskap menghijau dengan tumbuhan segar.

    Kebiasaannya sudut kawasan sekolah dihiasi indah dengan bunga-bungaan pelbagai warna sebaliknya warga kerja sekolah ini menjanjikan kelainan dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekolahnya.

    Buah tomato, terung dan bendi bergantungan hasil kerja kuat pihak sekolah cukup membanggakan manakala sayuran kubis, bayam dan beberapa sayuran lain sudah mampu dipetik membuatkan hati yang melihat menjadi semakin tertarik.

    Itulah sedikit gambaran untuk tatapan pembaca terutama mereka yang mempunyai minat terhadap berkebun.

    Sekolah Menengah itu ada kelainan tersendiri yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah berasrama ini dalam menjadikan kawasan sekolah tidak hambar dan membosankan.

    Gabungan tanaman ulam-ulaman, sayuran sayurandan herba menjadi fokus kepada menggalakkan semua guru, pelajar dan warga kerjanya terus menjadikan sekolah ini lebih ceria dan mempunyai imej tersendiri.

    ''Kami mahu jadikan sekolah ini indah dan segar dan memberikan banyak manfaat bukan sahaja kepada guru malah pelajar,'' kata Zahara Ismail, Pengetua SMK Chepir.

    Menurutnya, mata pelajaran elektif menengah atas, Sains Pertanian, MPV-Lanskap dan Nurseri akan menjadi lebih bermakna apabila guru mengajar pelajar menerima dan melihat sendiri pembelajaran itu di hadapan mata mereka.

    Lantaran kebun kebun dapur yang diwujudkan ini memberi pengertian yang lebih bermakna dalam menggalakkan kecintaan kepada sesiapa sahaja untuk menjadikan kawasan tanah dihargai dengan memaksimumkan penggunaanya dengan tanaman berfaedah.

    Menurut Zahara, idea menghidupkan suasana sekolah dengan landskap atau taman yang boleh dimanfaatkan itu menggalakkan guru dan pelajar dengan menanam tanaman berfaedah untuk diri bukan sahaja hanya untuk dilihat cantik dan tontonan sahaja.

    Cabang aktiviti landskap itu menggabungkan tanaman ulaman, sayuran, herba dan lain-lain untuk membentuk sebuah taman yang indah dan menarik.

    Katanya, di SMK Chepir kebun dapur itu dibina sejak beberapa tahun lalu selaras dengan pembelajaran pelajarnya yang turut tertumpu kepada mata pelajaran berasaskan pertanian.

    ''Secara tidak langsung pembelajaran dapat dihayati bagi membantu pelajar dalam menimbulkan suasana ceria dan kondusif di persekitaran sekolah," katanya kepada Mega baru-baru ini.

    Zahara menambah, fokus untuk mewujudkan sudut taman khas itu adalah kelangsungan dari pelawaan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk sekolah ini menyertai pertandingan taman dapur atau kitchen garden kategori sekolah menengah.

    Hasil pelawaan dan penyertaan sekolah itui maka terbentuklah sebuah kawasan taman dapur yang menarik bertemakan dari laman dapur bonda diambil sempena merujuk kepada panggilan mesra semua warga SMK Chepir kepada Zahara sebagai bonda.

    Walaupun penyertaan pertama mendapat tempat kedua, ia telah membuka minat yang cukup mendalam kepada warga sekolah berkenaan bekerja kuat untuk terus berusaha dalam mempertingkatkan keupayaan dan menanam minat di kalangan pelajar dan guru.

    Sudut kebun dapur itu dilatari dengan lebih 60 jenis tanaman yang terdiri dari sayuran, herba, ulaman dan lain-lain lagi.

    Antara tanaman ialah stevia, bayam, serai, lengkuas, buluh madu, kangkung dan yang paling menyerlah adalah tanaman kubis yang mengeluarkan hasil yang baik.

    Di bahagian belakang bangunan utama satu kawasan milik sekolah telah dijadikan kawasan tanaman nanas menunjukkan pihak pengurusan sekolah telah memanfaatkan kawasan yang ada untuk kebaikan bersama.

    Menariknya, pihak sekolah turut menyediakan sudut maklumat mengenai tanaman yang terdapat di kawasan landskap bagi membolehkan pelajar atau sesiapa sahaja mengetahui lebih dekat khasiat atau kebaikan sesuatu tanaman.

    Kesungguhan meletakkan nama sains dan tradisional pada tumbuhan yang terdapat di situ membuktikan pihak berkenaan amat menitikberatkan projek ini tidak terbiar.

    Idea menarik itu lebih bermakna dan perlu dicontohi oleh semua pihak apabila pengurusan skolah ini akan menjadikan tanaman kobis sebagai hadiah kepada tetamu rasmi yang berkunjung ke sekolah ini.

    ''Kami jadikan kubis sebagai ole-ole untuk dibawa pulang oleh setiap pelawat rasmi yang hadir ke sekolah ini," kata Zahara.

    Bagi guru sains pertanian dan aliran MPV-Lanskap, Zunaizah Ahmad untuk melaksanakan sudut kebun dapur itu memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama semua pihak.

    ''Kaedah yang kami gunakan sesiapa sahaja warga SMK Chepir yang mendapat tumbuhan baharu akan dibawa balik ke sini untuk ditanam atau dicambah, supaya diperbanyakkan variasinya," ujarnya.

    Guru Kanan Teknik dan Vokasional, Nor Zaidi Nordin pula berkata, dengan adanya taman atau kebun dapur ini menjadikan pelajar lebih banyak mengetahui tanaman yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

    Katanya, kesedaran sudah mulai timbul di kalangan pelajar yang sudah bersedia dan mengambil peluang belajar.

    Kini sudut taman dapur ini telah menjadi satu mercu atau sudut pandang utama oleh setiap pelawat yang hadir ke SMK Chepir.

    Penat lelah menghasilkan idea terbaik ini mencetuskan satu perasaan sayang pelajar kepada suasana sekolah yang damai dan cantik.

    Sekalipun kedudukan sekolah ini agak jauh dari pusat bandar namun sikap terpuji ini wajar diberikan tahniah buat semua warga SMK Chepir.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ternak burung unta lumayan

    Posted:

    Ternak burung unta lumayan

    Ternak burung unta lumayan

    BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang.

    Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi.

    Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu.

    Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang.

    Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri.

    Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara.

    Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama.

    Baka burung unta

    Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn.

    Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia.

    Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.

    Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan.

    Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha.

    Sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks.

    Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah.

    Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit.

    Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.

    Sifat burung unta

    Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia.

    Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan.

    Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari.

    Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

    Pembiakan

    Pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.

    Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan.

    Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun.

    Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman, tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari.

    Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai.

    Pengurusan

    Pengurusan bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas.

    Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar).

    Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta.

    Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan.

    Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust.

    Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana.

    Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi.

    Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut.

    Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka.

    Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna.

    Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka.

    Kawalan dan Kesihatan

    Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh.

    Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini.

    Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung.

    Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List