gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 19 May 2011 11:20 PM PDT

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat

Posted: 19 May 2011 05:49 PM PDT

Pelancaran produk baru. Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat.

Setelah 5 tahun Beautee mengeluarkan produk kosmetik yang menarik dan berkualiti tinggi, kali ini Beautee memperkenalkan dua jenis sabun yang pasti memikat hati anda. Sabun pencerah (lightening soap) mampu mencerahkan wajah anda, manakala Sabun Jerawat membantu anda menghilangkan jerawat dan membunuh bakteria punca jerawat (acne soap).

maLightening Soap

Sabun ini mengeluarkan kotoran, kulit mati dan sisa make-up, ia mengandungan gliserin yang membantu melembutkan tekstur kulit. Selepas penggunaan masa panjang, kulit akan kelihatan lebih cerah dan halus.Sabun ini adalah 100% berasal dari minyak sawit tulin, tidak mengandungi pengawet, kandungan haiwan, alkohol dan minyak mineral. Sabun ini sangat berkesan untuk bintik-bintik hitam penuaan dan pembaharuan sel kulit secara keseluruhan.

Sabun pencerah lebih fokus dalam mencerahkan kulit wajah manakala sabun jerawat menjurus kepada menghilangkan jerawat agar kulit lebih halus dan licin.

maAcne Soap

Perbezaan sabun Beautee dengan sabun yang lain adalah anda akan terasa lebih lembab dan halus berbanding sabun jenama lain yang membuat kulit anda lebih kering.

Cara mengunakannya mudah cuma gosok sabun dengan sedikit dan cuci wajah anda sehingga bersih. Sabun ini dijual dengan harga RM 30/70gram sahaja. Dapatkan sekarang.

Hubungi Mas 016-6224506
Layari blog: masbeautee.blogspot.com
Layari Fanpage Kami: Fanpage Beautee

www.reamas.com
Beauty & Health store.
13 Ground Floor ,pandan kapital,pandan indah
55100 Cheras Kuala Lumpur.
Siti Masturah Rodzman 016-6224506.

Kami merupakan pengedar bagi produk pelangsingan SIY (slim it yourself) dan produk kecantikan jenama Beautee dan Ceutical. Sila berkunjung ke website kami.
Terima kasih.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Dapatkan Sabun Mandian Mangezkin PERCUMA
  • Gambar Amy Mastura di Majlis Penutup Malaysia Jom Lebih Sihat
  • Tips & Trick Cara Mengunakan Facial Scrub
  • Serikan Wajah dengan Beautee Face Ampoule Series
  • Amy Mastura Berkempen Roadshow Lifebuoy & Giant
  • Tips & Trick Cara Paling Berkesan Menggunakan Pelembab
  • Guna Ampoule dan 24k Gold Serum Masa Photo Shoot
  • ADV: Facial Mask BEAUTEE Lebih Berkesan
  • Amy Mastura Dilantik Menjadi Duta Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat
  • Tips & Trick Memilih Vitamin C Paling Berkesan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Teater Bangsawan Mestika Bumi

    Posted: 18 May 2011 11:38 PM PDT

    TEATER BANGSAWAN MESTIKA BUMI akan dipersembahkan pada 20, 21 dan 22 Mei 2011

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan "Teater Bangsawan Mestika Bumi" akan dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur jam 8.30 malam pada 20, 21 dan 22 Mei 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

    Teater Bangsawan ini akan dipentaskan oleh Kumpulan Seri Bangsawan Universiti Sains Malaysia dengan penampilan istimewa Prof. Madya A. Rahman Mohamed, YBhg. Dato' Professor Emeritus Mohamed Ghouse Nusuruddin dan menampilkan penyanyi jemputan seperti Azmeer dan Arja Lee.

    Diarahkan oleh Abdul Samat Salleh, antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Nurhelmi Othman, Andy Siti Nurhidayah Rahim dan Ali Abd Rahman.

    Poster Bangsawan Mestika Bumi

    Sinopsis BANGSAWAN MESTIKA BUMI
    Cerita ini diambil berdasarkan cerita bangsawan Jula –Juli Bintang 3. Setelah Maharaja Darsa Alam ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, baginda telah mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah pemerintahannya.

    Bagi mendampingi hamba rakyat baginda sanggup bermain bersama-sama permainan yang dikenali sebagai Yapolo. Sedang asyik bermain tiba-tiba baginda tertanduk bola hingga jatuh ke dalam tasik.

    Baginda sendiri pergi mengambil bola, malangnya cincin Mestika Bumi lambang kekuasaan Kerajaan Zamin Tauran terjatuh ke dalam tasik. Segala hamba rakyat dikerahkan untuk menyelam dan mencari tetapi tidak berjumpa. Baginda tidak mahu pulang ke Istana sekiranya cincin tidak ditemui.

    Baginda ditemani Khadam Lapok dan Kering bersama-sama menunggu di tepi tasik. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang cantik jelita keluar dari tasik dan memakai cincin Mestika Bumi. Baginda amat tertarik dan jatuh cinta dengan wanita itu, cincin diserahkan kembali kepada Maharaja Darsa Alam dan berjanji akan mengambil wanita itu sebagai Permaisuri. Wanita jelita memberikan syarat supaya dipatuhi bagi memenuhi permintaan Maharaja, iaitu tidak bertanya siapa namanya, nama bapanya serta dari mana ia datang. Akhirnya mereka berkahwin dan hidup di dalam rukun damai.

    Sewaktu acara menabalkan Putera Mahkota baginda berdua, dua orang kampong telah mengadap Maharaja Darsa Alam. Mereka menceritakan telah bergaduh dengan orang luar yang berlagak pahlawan sewaktu berniaga di pasar.

    Pergaduhan berpunca apabila orang yang berlagak pahlawan itu bertanyakan tentang nama permaisuri Zamin Tauran. Malang sekali kedua orang kampung itu tidak mengetahui dan berlakulah pergaduhan kerana orang yang bertanya itu mengatakan Maharaja Darsa Alam berkahwin dengan orang yang tidak di ketahui asal usulnya dan berkemungkinan permaisuri itu berketurunan hantu.

    Hal ini menjadikan maharaja murka dan sanggup melanggar sumpah kerana mendesak Permaisuri memberi tahu nama yang sebenar dan berasal dari mana. Permaisuri menyempurnakan permintaan Maharaja dan kemudian kembali semula ke kayangan.

    Maharaja Darsa Alam merasa bersalah dan cuba menuruti Permaisuri yang bernama Mestika Bumi tetapi gagal. Diakhirnya baginda terserempak dengan seekor gergasi di dalam hutan dan telah disumpah menjadi seekor gergasi.

    Setelah berbagai dugaan ditempuhi, genap dua puluh tahun mereka kembali bertemu semula.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL
  • Isu Penganiayaan Penganjur Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Biodata, Profile & Gambar Serina Redzuawan
  • Deejay Radio Ditangkap Hisap di Pesta Ganja?
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Penganjur Teater Siti Zulaikha Tubuh Kumpulan Baru
  • ABDUL MUTALIF ABU BAKAR KAREOGRAFER
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Teater Bangsawan Siti Zubaidah Di Panggung Bandaraya
  • Bengkel Usahawan Seni, Puteri Maharani, Kuliah Budaya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 19 May 2011 09:38 PM PDT

    borak kosong


    Lelaki mengaku nabi tuhan tak suka manusia

    Posted: 19 May 2011 09:25 PM PDT

    TENERIFE: Lelaki yang dituduh memenggal seorang wanita Britain di pulau percutian Tenerife, Jumaat lalu, suka menonton filem sains fiksyen Predator khususnya aksi pertumpahan darah.

    Deyan Deyanov, 28, gemar melihat makhluk asing dalam filem itu memburu dan mencantas mangsanya.
    Deyanov memancung Jennifer Mills-Westley, 60, di sebuah pasar raya selepas pihak berkuasa perundangan Sepanyol membebaskannya daripada unit psikiatrik. Dia sebelum itu dibenarkan ikat jamin, meskipun polis memberi amaran dia masih mengancam keselamatan awam.

    Selepas menyerang pengawal keselamatan, waran tangkap dikeluarkan ke atasnya tetapi Deyanov sempat membunuh lagi sebelum ditahan.

    Lelaki dari Bulgaria itu yang tidak berumah dan suka menghisap kanabis selain menyimpan video aksi ganas dalam telefon yang dirakam empat tahun lalu dan berkata: "Saya tidak suka manusia."

    Selepas memotong kepala mangsa, Deyanov dilaporkan membawa dan menunjukkannya di khalayak ramai.

    Pada 10 Mei lalu, hakim Nelson Diaz Frias mengeluarkan waran tangkap terhadap Deyanov kerana gagal memenuhi syarat ikat jamin selepas menyerang dan mematahkan gigi depan mangsanya menggunakan batu.
    Serangan terhadap pengawal keselamatan berlaku di pantai pusat peranginan Los Cristianos, 4 Januari lalu.

    Apabila Deyanov ditahan, dia mendabik dada dan memberitahu polis dia 'nabi tuhan di Bumi' dan merancang 'sesuatu yang besar.'

    Warga Bulgaria itu sepatutnya melaporkan diri kepada mahkamah setiap dua minggu menyebabkan hakim mengeluarkan waran tangkap pada 10 Mei lalu.

    Mayat Mills-Westley dijangka dihantar ke Britain minggu ini. Beliau mempunyai dua anak perempuan dan lima cucu. –
    Agensi
    saya petik dari Berita Harian

    Hebat...remaja 17 tahun cipta motosikal ala transformer

    Posted: 19 May 2011 08:46 PM PDT

    Harap ada remaja kita mencipta sesuatu ...
    saya petik dari kosmo

    MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

    Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

    Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

    Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi

    Kesian..bayi hanya hidup 14 hari kerana tersedak susu

    Posted: 19 May 2011 07:30 PM PDT

    Bila ajal dah sampai..
    saya petik dari myMetro


    TUMPAT: "Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya," kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

    Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.

    Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.

    "Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.

    "Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


    Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

    Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.

    "Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.

    "Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu," katanya.

    Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.

    "Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.

    "Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda," katanya.

    Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit.

    Pelik..kucing bermata satu,tak ada hidung dan lidah sentiasa keluar

    Posted: 19 May 2011 06:50 PM PDT

    Lagi kejadian aneh....
    saya petik dari myMetro


    TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
    Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

    Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

    "Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

    "Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja," katanya ketika Harian Metro, semalam.

    Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

    Sakit Aneh, Wanita Ini Nekad Gugurkan Anak 3 Kali

    Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT


    VIVAnews - Selama bertahun-tahun, Suzanne Henke mendamba seorang anak dari pernikahannya. Namun, sebuah kelainan yang menyerang rahim ketika hamil membuatnya nekad menggugurkan janinnya tiga kali.

    Tanpa sepengetahuan sang suami, Suzanne selalu berfantasi kehilangan bayi akibat keguguran .

    Wanita 29 tahun ini menderita kelainan Hyperemesis gravidarum, atau dikenal dengan HG. Gangguan kehamilan parah ini hanya diderita satu wanita dari 100 kehamilan. Pakar medik pun belum mengetahui pasti penyebabnya.

    Keadaan itu membuat kehamilannya seperti neraka. Tak seperti wanita yang tengah hamil muda dengan mual dan muntah. Morning sickness yang dialami Suzanne derita sangat ekstrim, bahkan melumpuhkan tubuhnya.

    Ia bercerita bagaimana kehamilan pertamanya seperti penderitaan tak berhujung. Morning sickness parah di bulan awal kehamilannya membuat dia tak mampu berfikir secara normal.

    Suzanne, yang kala itu berumur 22, mengetahui menderita HG setelah kehamilan pertamanya berumur 18 minggu. Enam minggu pertamanya dilalui dengan gelombang rasa sakit.

    Selama kehamilan, Suzanne sangat sulit untul makan, bahkan air. Dalam sehari, ia dapat muntah hingga 40 kali. Tak hairan ia mengalami dehidrasi parah.

    Selama dirawat di hospital, keadaan tak berubah. Bahkan perawatan doktor dan tambahan cairan tak membuat keadaannya membaik.

    "Kerana sangat sakit, saya terjatuh dari katil ke lantai dan meringkuk seperti bola. Kepala serasa dipukul-pukul, tenggorokan saya penuh asam lambung dan saya terus muntah hingga tubuh saya basah," ia bercerita.

    Suzanne pun menganggap keadaan itu membahayakan jiwanya,ketimbang janin di kandungannya. Ia lantas menggugurkan bayinya di usia 11 minggu. Dia sembuh tapi dengan rasa bersalah.

    "Tiba-tiba saya boleh berfikir dan sangat menyesali pilihan saya. Saya cuba hamil lagi dengan harapan kehamilan kedua akan berbeza atau setidaknya tidak terlalu parah," ujarnya.

    Enam minggu pertama pada kehamilan kedua ternyata sama menyiksa. Penderitaan membuatnya memilih menggugurkan kembali janinnya. Suzanne bersumpah tidak akan cuba hamil lagi.

    Namun, dua tahun berselang, dia kembali hamil. "Rasa sakit mulai sangat menyiksa di minggu kelima. Kali ini jauh lebih buruk dari sebelumnya. Saya muntah hingga 50 kali sehari yang membuatmu frustasi."

    Pada usia kehamilan tujuh minggu, iagugurkan lagi bayinya yang ketiga kali. Hubungannya dengan suaminya pun semakin sulit dan bercerai.

    Di tengah kehancuran dan hidup dengan anti depresan, Suzanne kembali menemukan kekasih, Dion Henke, 37, di dunia maya pada 2005. September 2006, pasangan ini menikah.

    Meski tak mahu, dia mengiyakan keinginan sang suami yang sangat menginginkan buah hati. Tiga minggu setelah hamil, Suzanne menyesali keputusannya. April 2007, ia kembali menginap di hospital dan harus ditahan.

    Kerana tak tahan, ia meminta agar mahu menggugurkan janin. Suaminya yang juga doktor menolak keinginannya . "Aku mengatakan padanya menbenci dia dan bayi kami. Namun Dion mengatakan aku akan menyesal seumur hidup jika menggugurkannya."

    Suzanne pun menjalani kehamilan sulitnya dengan lebih banyak dirawat di hospital. Seringkali, ia membayangkan mengalami keguguran. "Rasa sakit yang saya alami sangat parah. Sampai-sampai saat melihat bayi saya untuk pertama kali lewat pindai USG, saya berfikir agar dia mati saja."

    Minggu demi minggu kehamilan ia habiskan di tempat tidur hospital. Merasa tak kuasa menahan rasa sakit, Suzanne nekad. Pada minggu ke-34, meminum sebotol minyak jarak dengan harapan dapat membebaskannya dari rasa sakit.

    Sembunyi-sembunyi, ia mencampur minyak jarak dengan minuman ringan. Tindakan ini ia ambil agar sang bayi lahir enam minggu sebelum lahir normal.

    Enam jam kemudian Suzanne kesakitan dan dibawa ke hospital di dekat rumahnya di Sutton Coldfield. Buah hatinya, yang namai Stephen lahir dengan berat 1,8 kilogram.

    "Setelah lahir, saya melihatnya begitu kecil dan tak berdaya. Saya berkata pada diri saya, yang saya lakukan boleh membunuh Stephen. Saya merasa jahat."

    Stephen, kini berusia tiga tahun, tumbuh sihat dan bahagia. "Saya katakan pada Stephen berulang betapa saya mencintainya. Saya tidak percaya saya pernah tak menginginkannya. Dia adalah anak yang sangat tampan. Dan, kami bertiga sangat bahagia sekarang."

    Pasangan ini cuba untuk memiliki anak lain, namun Suzanne mengalami keguguran saat kehamilannya berusia empat bulan. "Mungkin itu cara tubuh saya untuk melindungi saya dari kehamilan yang lain."

    Sang suami, Dion menyatakan dukungannya pada sang istri. "Saya sangat mencintai isteri saya. Dan saya bangga padanya melihat keadaannya melalui kehamilannya yang terakhir."

    Menurutnya, kehamilan akan membuat sang istri merasakan kesakitan parah. "Kehamilan membuatnya trauma dan sakit hati membawa. Saya tidak ingin cuba mendapatkan anak lain lagi."

    Sementara Suzanne masih merasa bersalah atas tindakannya di masa lalu. "Saya sangat malu dengan tindakan saya dahulu. Saya selalu memikirkan ketiga bayi yang saya gugurkan. Saya membayangkan memeluk mereka," katanya seperti dikutip dariPeople.

    Audi A7 Paper Car

    Posted: 19 May 2011 11:01 AM PDT

    Consists of 750 unique parts on 285 sheets of paper, this Audi A7 is an amazing art.





    Topi Puteri Beatrice Termahal di Dunia

    Posted: 19 May 2011 10:01 AM PDT

    Liputan6.com, London: Topi Beatrice Elizabeth Mary yang ia kenakanketika pernikahan Putera William dan Kate Middleton tak luput dari kacamata fashion. Topi berbentuk pita dengan rekaan liukan di kiri kanannya sempat menuai kritik lantaran terlihat seperti ubur-ubur tak diundang dalam The Royal Wedding.

    Pemilik tahkta Her Royal Highness (HRH) dalam Kerajaan Inggris ini, melelong topinya dalam jejaring eBay. Dan hingga berita ini ditulis, Khamis (19/5), harganya sudah mencapai 20.200 poundsterling. Topi ini sekaligus menjadi topi termahal di dunia.

    Bukan tanpa alasan Beatrice melelong topinya. "Dia menaruh topinya di dalam pelelongan di eBay untuk disumbangkan ke Badan PBB untuk Urusan Anak (UNICEF)," ujar sang bunda, Sarah Ferguson dalam acara Oprah Winfrey .

    Topi Putri Beatrice sempat menjadi perbincangan hangat di facebook dan twitter dengan judul "Topi Buruk Puteri Beatrice dalam The royal Wedding" beberapa jam setelah The Royal Wedding dilangsungkan. Ketika itu, halaman tersebut mendapat kunjungan dari 135 ribu pengguna facebook.

    Inilah Hotel Untuk Orang Yang Suka Bogel Yang Pertama di Britain

    Posted: 19 May 2011 09:30 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Birmingham - Sejak Januari lalu, Britain memiliki hotel pertama buat kaum yang suak telanjang. Tempatnya di Erdington, pinggiran Kota Birmingham.

    Fasiliti di hotel dengan tujuh bilik ini mewah dan lengkap. Ada spa, kolam air panas, ruang sauna dan kafe. Bahkan, bangunan yang awalnya rumah tinggal buatan 1920-an itu layak di tabik. Biliknya bertarif 120-150 pound sterling.

    Meski terhitung baru, pemilik hotel, Tim Higgs, mengaku hotelnya selalu penuh. Bahkan, ia mengatakan ada tamu yang sudah beberap kali menginap. "Tamu yang datang memberi kami penilaian mengagumkan," kata lelaki 55 tahun ini seraya menambahkan perlu waktu satu-dua tahun untuk menilai apakah bisnisnya boleh berkembang atau tidak.

    Namanya juga hotel buat kaum yang suka berbogel maka mereka harus bertelanjang setelah masuk ke bilik hingga pulang. Di sini, minuman beralkohol dilarang. Namun, tamu boleh membawa sendiri. Aturan lainnya, tidak boleh merokok, diharamkan berpakaian renang, dan tidak boleh membawa kamera.

    Hotel ini terbuka buat tamu mana saja, orang yang baru pertama berbogel atau kaum tekstil–sebutan bagi orang berpakaian. Kalau masih merasa malu selama di hotel mereka boleh mengenakan tuala atau jubah mandi.

    Meski mendukung, isteri Higgs dan keempat anak mereka yang berusia berusia 15-30 tahun tidak mahu menjadi kaum bogel. "Mereka benci melihat foto-foto telanjang saya di media," kata Higgs.

    Ritual Voodoo, Ibu Sanggup Bakar Anaknya

    Posted: 19 May 2011 08:00 AM PDT

    NEW YORK - Seorang ibu mengaku bersalah atas tuduhan penyerangan terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun, ibu tersebut dengan sanggup membakar anaknya hidup-hidup demi upacara ritual voodoo.

     Marie Lauradin (31), kini dijatuhi hukuman 17 tahun penjara kerana pembakaran terhadap anaknya, Frantzcia Saintil. Kini anaknya itu memiliki bekas luka bakar permanen.

     "Meskipun anaknya meraung meminta pertolongan dan luka bakarnya yang cukup parah, dia tidak segera mencari bantuan medik," ujar Jaksa Penuntut Richard Brown, seperti dilansir Reuters, Khamis (19/5/2011).

     "Ini merupakan kes tragis, di mana seorang anak seharusnya merasakan aman, tapi ini malah ibunya yang menyebabkan penderitaannya," lanjutnya.

     Lauradin sebelumnya berdalih di hadapan polis bahawa luka bakar yang dialami anaknya pada bahagian wajah dan tangan diakibatkan kecelakaan di dapur. Ibu tersebut berkata sebuah periuk berisi nasi yang tengah mendidih mengenainya. Namun ketika berada di hospital, Frantzcia mengatakan kepada jururawat mengenai ritual yang dijalankan oleh sang ibu.

     Lauradin membuat lingkaran api dan menempatkan anaknya tersebut di tengah lingkaran, pada ketika tubuhnya terbakar sang nenek dan seorang teman keluarga melihatnya terbakar.

     Sang nenek, Sylvenie Thessier (72), juga dihukum selama tiga tahun penjara, kerana tindakan cerobohnya yang membahayakan jiwa.(rhs)

    Wow...ATM (Automated Teller Machines) dilengkapi video conference

    Posted: 19 May 2011 07:05 AM PDT

     Perkembangan fungsi mesin ATM (Automated Teller Machines) semakin canggih. Kini, mesin ATM terbaru yang dilengkapi teknologi video conference memungkinkan penggunanya boleh berbicara dengan teller bank dari jarak jauh.



    Ya, terkadang kita ingin menanyakan beberapa hal berkaitan dengan layanan bank yang bersangkutan. Nah, mesin ATM ini cuba memenuhi keperluan tersebut, membuat ATM nampak 'hidup' dengan kehadiran teller bank.

    SelfServ ATM, demikian mesin yang diproduksi perusahaan asal Amerika Syarikat, NCR ini, memungkinkan institusi perbankan secara terpusat menempatkan teller di lokasi dari jarak jauh untuk menyediakan akses layanan ke teller selama 24 jam.

    Dikutip detikINET dari Gizmag, Khamis (18/5/2011), mesin  ini juga disebutkan juru bicara NCR, memungkinkan institusi perbankan seperti membangun cawang pejabat baru dan membuat layanan teller tersedia di wilayah yang sebelumnya tidak terjangkau.

    "Pelanggan tidak selalu bolehmengikuti jam operasional bank. Mereka menginginkan layanan setiap masa  di manapun yang nyaman bagi mereka," kata Michael O'Laughlin, Senior Vice President NCR Financial Services.

    SelfServ ATM menggunakan teknologi yang dikembangkan uGenius Technology, sebuah perusahaan teknologi yang berpusat di Utah. Untuk saat ini, SelfServ ATM masih dalam tahap uji cuba di beberapa lokasi di AS.


    sumber: Vivaforum

    Inilah Persahabatan Seekor Kucing dan Burung Hantu Sungguh Menakjubkan

    Posted: 19 May 2011 06:00 AM PDT

     SEBUAH klip video dari Youtube, ramai menjadi perhatian publik. Klip itu menggambarkan sebuah persahabatan dari seekor kucing bernama Fum dan seekor burung hantu bernama Gebra.

    Seperti sebuh judul lagu yang dibawakan oleh seorang penyanyi Edward Lear yang berjudul "The Owl and the Pussycat", Gebra dan Fum tampak begitu akrab bermain bersama.

    Di dalam video tersebut, Fum tampak senang menyambut kedatangan sahabatnya Gebra. Fum memberikan raungannya ketika menyambut sahabatnya yang hendak mendarat. Gebra pun mendapatkan sambutan hangat lainnya dari Fum. Fum menggosokan kepalanya ke badan Gebra ketika burung hantu itu mendarat.

    Masyarakat menduga persahabatan dua hewan tersebut terjalin sejak kedua haiwan itu masih kecil. Demikian seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (19/5/2011).

    Persahabatan di antara keduanya juga kemungkinan kerana persamaan insting berburu tikus.

    Tidak jelas darimana video ini berasal, namun pemandangan sekitar menggambarkan lokasi tersebut berada di Sepanyol.

    Yang jelas, Gebra dan Fum terlihat sangat akrab. Gebra seakan menenangkan Fum yang terlihat sangat gembira menyambut kedatangannya dengan mematuk Fum.

    Bahkan di video tersebut mereka bermain  bersama dan saling mencium di masing-masing pipi.

    Sumber :http://www.okezone.com/



    Kepala mirip ikan pari,ekor mirip ikan yu

    Posted: 19 May 2011 05:00 AM PDT

    SINJAI- Warga di Pulau Leang-Leang Kabupaten Sinjai, Sulawesi Selatan dikejutkan dengan penemuan sebuah ikan aneh dan unik. Ikan sepanjang 2 meter lebih itu memiliki kepala mirip ikan pari, sementara bahagian ekornya mirip ikan yu.

    Warga berkumpul di darmaga Pantai Leang-Leang, Kecamatan Pulau Sembilan, hanya untuk menyaksikan bentuk ikan unik  yang terdampar pada Selasa, 17 Mei kelmarin.

    Panjangnya berkisar 2 meter. Bahagian kepala menyerupai ikan pari sementara sirip dan ekornya sangat mirip ikan yu.

    Menurut warga Pulau Leang-Leang, ikan jenis ini sangat langka bahkan ikan yang diberi nama lontar ini hanya boleh didapat sekali dalam setahun. Ikan lontar sebenarnya jenis ikan yang hidupnya di laut dalam, mungkin keraa terbawa arus laut sehingga terdampar di pantai.

    Anwar, warga Pulau Leang-Leang, mengaku ikan ini sangat sulit ditemukan di perairan Sinjai, kerana itu harganya sangat mahal. "Satu sirip saja harganya  Rp3 juta-an bila dijual dalam keadaan kering," terang Anwar.

    Keraa ditemukan dalam keadaan sudah mati, warga menjual ikan tersebut di ibu kota Sinjai.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Penangkapan "GENG" Secara Besar-besaran Di China

    Posted: 19 May 2011 04:00 AM PDT

    Ada penangkapan secara beramai-ramai anggota geng di China, sekitar 200 orang telah ditahan. Untuk menunujukkan kejayaan, polis memutuskan untuk mengadakan demonstrasi. Acara ini ternyata sangat besar dan mengesankan. Sekarang kumpulan geng China akan berpikir dua kali sebelum melakukan kejahatan.
















    Mengapa Madonna Tergila-Gila Air Kelapa?

    Posted: 19 May 2011 03:00 AM PDT

    Populariti air kelapa membuat Madonna melabur US$1,5 juta untuk sebuah perusahaan yang memproduksi air kelapa muda.

    Sang penyanyi sangat tergila-gila dengan air kelapa hijau demi kesihatan hingga rela mengeluarkan wang yang banyak.

    Benarkah semua kataterhadap khasiat air kelapa muda seperti menurunkan kolesterol, meningkatkan metabolisme, dan mencegah diabetes? Benarkah air kelapa muda dapat menggantikan cairan tubuh yang hilang?

    Ahli diet dan juru bicara untuk Asosiasi Diet Amerika Andrea Giancoli, menyebutkan, air kelapa memang memiliki beberapa khasiat dan kandungan vitamin. Namun tak semua kata yang beredar benar.

    Air kelapa terutama kelapa hijau memiliki kandungan kalium tinggi. "Kebanyakan orang tidak mendapatkan cukup kalium karena tidak memakan buah dan sayuran yang cukup. Air kelapa memiliki kandungan kalium lebih tinggi daripada pisang," ujarnya. Pisang berukuran sedang memiliki 451 miligram kalium. Sementara satu ons air kelapa memiliki kalium 660 miligram.

    Selain itu, air kelapa hijau mampu menggantikan cairan tubuh akibat dehidrasi setelah olahraga. Giancoli menyebut, paling baik bila air kelapa diperoleh langsung dari buah segar.

    Namun, bila membeli produk ini, ia memeringatkan agar memperhatikan label pada bungkusan minuman air kelapa sebelum membeli. Beberapa produk air kelapa telah ditambahkan gula dan kalori.

    Sumber : http://takunik.blogspot.com/

    Inilah Orang Pertama Dunia Sembuh dari AIDS

    Posted: 19 May 2011 02:20 AM PDT

    INILAH.COM, San Fransisco – Doktor mengatakan, lelaki 45 tahun di California ini mungkin menjadi orang pertama yang sembuh dari AIDS. Ini diketahui dari gen kebal HIV miliknya. Seperti apa?

    Timothy Ray Brown diketahui positif HIV (human immunodeficiency virus) pada 1995. Kini, ia masuk jurnal ilmiah sebagai orang pertama yang berhasil 'menghapus' virus HIV dari tubuhnya secara sepenuhnya. Doktor menyebut keadaan ini 'penyembuhan fungsional'.

    Pada 2008, Brown tinggal di Berlin dan mengidap HIV dan leukemia. Di sana, ilmuwan melakukan pembedahan tulang sumsum untuk mengubati leukemianya. Ilmuwan mengatakan, Brown mendapat sumsum dari penderma yang termasuk dalam 1% Caucasia kebal HIV.

    "Saya berhenti berubat HIV di hari saya mendapat transplan itu," kata lelaki yang dijgelar'Pesakit Berlin' itu.

    Peneliti AIDS Dr Jay Levy dari University of California, San Fransisco (UCSF) mengatakan, kes Brown membuka pintu 'cara penyembuhan'.

    Namun, doktor menekankan, prosedur radikal Brown mungkin tak sesuai dengan penderita HIV lain kerana sulitnya pembedahan sumsum dan menemukan penderma yang sesuai.

    "Tentunya Anda tak mahu melakukan pembedahan sumsum ini kerana risiko kematiannya," ungkap Paul Volberding dari UCSF.

    Banyak pertanyaan mengenai pengubatan Brown tak terjawab, lanjutnya. "Satu elemen pengubatannya nampaknya memungkinkan virus keluar dari tubuhnya," lanjutnya lagi.Hal ini akan menjadi satu kajian yang menarik,katanya

    Nama baru Yamaha jika jadi dibeli penguasaha Arab

    Posted: 19 May 2011 01:35 AM PDT

    Setelah mengadakan pertemuan seluruh pemegang saham akhirnya nama YAMAHA di ganti dengan nama baru, agar seluruh dunia tahu bahwa perusahaan sekarang beralih ke Arab.

    ini LOGO LAMA
    di Bawah adalah logo baru
    setelah dibeli oleh orang Arab


    ok tak dengan nama ini....


    Cheesy Smile Pictures, Images and Photos
    just kidding

    Wanita ditahan kerana bercakap di telefon selama 16 jam dengan suara yang kuat di keretapi

    Posted: 19 May 2011 12:00 AM PDT

    Oregon - Jika anda sedang menerima telefon sebaiknya berbicaralah dengan etika yang benar. Seorang wanita di Amerika Syarikat ditahan pihak polis setelah bercakap dengan suara yang kuat selama 16 jam.

     Seperti dilansir Dailymail, kejadian ini terjadi dalam perjalanan sebuah keretapi yang meluncur di Oregon, AS. Lakeysha Beard melakukan hal tersebut ketika dirinya t menerima telefon.

     Penumpang kereta lain yang kesal dengan tingkah laku Beard yang menyebalkan akhirnya menelefon polis setempat. Beard berasal dari Tigard, Oregon, akhirnya ditahan oleh polis dan didakwa melakukan kekacauan.

     Polisi mengatakan, wanita 39 tahun ini menjadi agresif dan terlibat dalam sebuah perkelahian ketika dia diminta untuk diam oleh penumpang lain selama perjalanan dari Oakland, California ke Salem, Oregon.

     Seorang pelancong, Fellow mengatakan, Beard menolak untuk menutup telefonnya ketika diberi peringatan, bahkan setelah staf kereta membuat pengumuman berulang kali bagi para penumpang untuk tidak menggunakan telefon di dalam keretapi.

     Kesal dengan penahanan dirinya, Beard mengatakan dirinya tidak dihargai dengan perlakuan yang ditujukan kepadanya.

     Keretapi tersebut melakukan perjalanan dari stesen di Oakland pada pukul 10 Sabtu malam dan berhenti di sebuah persimpangan sekitar dua kilometer dari stesen Salem pada pukul dua  pada hari Minggu.

     Akibat kejadian tersebut, kereta dihentikan selama sekitar 20 minit sebelum melanjutkan perjalanan ke Portland.




    Fotografer dan 25 orang model bogelnya ditahan

    Posted: 18 May 2011 11:30 PM PDT


    Pihak Polis South Carolina menahan seorang fotografer dan 25 model yang berpose bogel di bawah pohon di taman awam. Polis menahan mereka selama dua jam tanpa denda.

    Fotografer Jack Gescheidt mengatakan, ia dan kru dokumenterinya sedang mengambil gambar sekelompok orang bogel di bawah pohon Angel Oak yang dikhabarkan telah berusia 1.400 tahun di Johns Island Park.

    Ia mengaku, tindakannya dilakukan guna meningkatkan kesedaran bahawa rencana pembangunan di lingkungan itu boleh mengancam pohon yang ada. Pihak polis telah di hubungi oleh pihak taman.

    Fotografer dan modelnya ditahan selama dua jam. Namun kemudian mereka dibebaskan tanpa denda. Leftenan Chip Searson mengatakan, ia menyarankan agar kumpulan itu tak melakukan hal serupa di kemudian hari.

    Gescheidt mengatakan, pengambilan foto itu merupakan sebahagian projek TeenSpirit yang melibatkan berfoto bogel di bawah pohon-pohon penting di beberapa negara.

    "Saya menangis saat melihat pohon itu. Menakjubkan sekali. Menjaga pohon itu sangat penting," ungkap fotografer itu.
    __________________


    Di Arizona, Orang Gemuk Didenda 50 Dolar Jika Tidak Berdiet

    Posted: 18 May 2011 10:00 PM PDT

    Arizona, AS-Pemerintahan di Arizona  AS punya satu undang-undang terhadap orang gemuk yang malas berdiet. Orang gemuk yang punya masalah kesihatan wajib diet kalau tidak akan dikenakan denda 50 dolar AS.

    Pemerintah Arizona punya alasan kenapa orang gemuk yang malas diet akan dikenakan denda. Hal ini kerana ukuran lingkar pinggang semakin berkembang yang tentu saja akan berpengaruh terhadap peningkatan kos anggaran yang terkait dengan masalah tersebut.

    Peraturan ini diungkapkan oleh para pejabat dari Medicaid Arizona, iaitu suatu program yang menyediakan layanan kesihatan bagi masyarakat miskin di Amerika Syarikat.
     Pemerintah memaksakan denda tahunan sebesar 50 dolar AS bagi masyarakat yang menerima Medicaid tapi kelebihan berat badan dan tidak mahu mengikuti anjuran doktor untuk melakukan diet.

    Selain itu perokok dan penderita diabetes yang mengabaikan nasihat medik dari dokter juga harus membayar denda tersebut. Tapi anak-anak dan orang yang kelebihan berat badan akibat keadaan medik tertentu akan dibebaskan dari denda ini.

    Minoca Coury selaku assistant direktor program Medicaid Arizona mengungkapkan tujuan dari denda ini adalah untuk mengubah perilaku dengan menggunakan pendekatan. Cara ini juga diharapkan boleh mengurangi jumlah rokok yang dihisap.

    "Tidak dapat disangkal bahawa ada hubungan antara obesiti dan meningkatnya biaya kesihatan di Amerika. Kami terus mengeluh tentang meningkatnya biaya perawatan yang tidak terkendali," ujar Coury, seperti dikutip dari BBCNews, Rabu (18/5/2011).

    Coury mengatakan bagi masyarakat dengan kelebihan berat badan yang telah berhasil memenuhi target untuk menurunkan berat badannya akan dibuatkan video atau diberikan jenis insentif lainnya.

    Pemberlakuan sistem denda ini kerana Arizona memiliki proporsi tertinggi kedua dalam hal penerima Medicaid di AS dan suku daripada penghuninya diklasifikasikan sebagai obesiti.

    Salah satu masyarakat yang melakukan diet ketat ini adalah Kevin Woodman, sebelumnya ia memiliki berat badan 120 kg, tapi setelah melakukan diet  ketat serta mengurangi karbohidrat selama 9 bulan kini berat badannya menjadi 73 kg.

    Ahli kesihatan Lisa Johnson mengungkapkan bahwa denda 50 dolar AS saja mungkin tidak cukup untuk mengubah perilaku, tapi boleh membantu mendorong para doktor untuk membicarakan masalah berat badan dengan pesakitnya.

    "Sebuah kajian di Harvard baru-baru ini mengungkapkan bahwa 61 peratus doktor tidak memiliki waktu untuk berbicara dengan pesakitnya mengenai berat badan, jadi denda ini mungkin boleh memiliki kesan yang lebih dramatis," ungkap Johnson.

    Meski begitu tidak semua orang menyetujui gagasan ini. Senator Kyrsten Sinema berfikir bahawa hal ini tidak adil, misalnya pada nenek yang terkena diabetes dan dikenakan denda.

    "Jika ingin menjimatkan perbelanjaan negara maka Medicaid harus diberlakukan untuk siapa saja, tapi tidak memilih orang dengan kelebihan berat badan dan perokok saja," ujar Wes Benedict dari Partai Liberal.

    Sumber :http://www.detik.com/

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 19 May 2011 03:20 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Sukar Ani lari daripada Fareez

    Posted:

    Sukar Ani lari daripada Fareez

    Sukar Ani lari daripada Fareez

    Oleh HASNURUL MOHAMED
    gambar Noor Asrekuzairey


    NORANIZA tetap meneruskan langkahnya dalam memartabatkan irama pop tradisonal di hati peminat muzik tanah air.


    RATU Pop Tradisional, Noraniza Idris, 43, dilihat amat sukar mengekang air mata dari gugur membasahi pipi tatkala bercerita kepada Hits tentang liku-liku kehidupan yang ditempuhinya hari ini.

    Dia yang mesra disapa sebagai Ani enggan menoleh ke belakang untuk mengimbau pengalaman hidup bersama bekas suaminya, Mohamad Fauzi Ahmad Tajuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Fareez yang berakhir dengan perceraian.

    Selama 18 tahun satu bulan berkongsi hidup dengan Fareez, Ani melahirkan dua zuriat untuk lelaki itu dan jika diselami rahsia di sebalik perkahwinan mereka, cerita yang keluar akan disalah anggap oleh masyarakat.

    Ani sendiri memberitahu, dia bukannya mahu diadili atau mahu orang luar memihak kepada dirinya apabila rumah tangga bersama Fareez hancur.

    Memadai jika dia sahaja yang tahu perkara sebenar dalam kehidupan rumah tangganya suatu ketika dahulu.

    "Sukar untuk Ani 'lari' daripada Fareez kerana bukan sahaja pengurusan Taman Mini Malaysia di Melaka yang membabitkan Ani dengan Farez tetapi juga langkah dalam karier seni sentiasa dibayangi dia.

    "Ini kerana kami berkongsi karier seni dalam seribu kepayahan yang terpaksa dilalui, Ani akan cuba 'lari' untuk berdiri atas kaki sendiri," katanya ketika ditemui di Studio Utusan, baru-baru ini.

    Tidak mungkin sejarah dapat diubah, jauh sekali untuk Ani memadamkannya namun ibu tunggal kepada dua orang anak itu tekad untuk meneruskan hidupnya dengan petunjuk daripada Allah SWT.

    Ani melontarkan pandangannya jauh-jauh seolah-olah mahu menjerit sekuat-kuat hatinya bahawa dia mampu untuk hidup sendiri.

    "Hidup sendiri ini memang berat... memang susah kerana setiap manusia pasti mahu mencapai sesuatu dalam hidup, mahu ada keluarga dan kerjaya.

    "Apakah itu semua boleh diseimbangkan? Entah. Bagi diri Ani, kehidupan yang Ani dambakan ialah satu kehidupan yang tidak membebankan orang lain.

    "Berbelas tahun hidup bersama Fareez, dan 45 hari berkahwin buat kali kedua, itu semua membuatkan Ani muhasabah diri.

    "Itu adalah dugaan daripada Allah ke atas diri Ani. Apabila berpisah dengan Fareez pada tahun 2007, setelah dua tahun hidup bersendiri Ani berkahwin buat kali kedua pada tahun 2009.

    "Berkahwin kali kedua dalam tempoh 45 hari... itu adalah perkahwinan yang membingungkan.

    "Perceraian juga mengajar Ani mengenal siapa kawan, siapa lawan. Hidup sendiri membuatkan kita pasrah tetapi penuh kecamuk.

    "Biarpun Ani dan Fareez cuba mengubah banyak perkara tetapi sampai satu tahap, itulah dia (bercerai)," kata Ani.

    Dicabar untuk bangkit

    melayari kehidupan di kala ada rasa sayang, segalanya dilihat umpama bulan dan bintang tetapi apabila berakhir dengan perceraian, semuanya buruk semata-mata.

    "Macam-macam kata-kata nista dilemparkan kepada Ani, alhamdulillah Ani masih kuat untuk berdiri dengan segala kebenaran dan kekuatan.

    "Ani bersyukur kerana kekuatan diri membuatkan Ani berani untuk melangkah mengusahakan perniagaan sendiri," kata Ani.

    Menerusi syarikatnya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd., dia dapat memberi pendedahan tentang bidang seni kepada masyarakat di luar sana.

    "Untuk promote produk seni, dalam industri, kita tidak boleh berebut-rebut tetapi ada cara untuk mengekalkan muzik kita.

    "Maka itulah, Ani berusaha untuk tampil dengan kertas kerja untuk menggerakkan Akademi Tatih Seni iaitu satu program terapi jati diri anak-anak muda kita.

    "Akademi Tatih Seni ini ada misi dan visi iaitu untuk menyemarakkan semangat cintakan seni budaya bangsa di kalangan generasi pelapis seawal umur lima tahun," jelasnya.

    Katanya, kesenian akan membuka minda masyarakat bahawa seni boleh menjadi satu kerjaya cemerlang dan mampu menjadi punca pendapatan.

    "Perlu dibuang persepsi masyarakat Melayu yang memandang seni sebagai satu hobi suka-suka.

    "Sebaliknya ia adalah satu kerja yang serius. Walaupun terbabit dalam industri muzik membuatkan kita mudah leka dan berada di awang-awangan, perasaan itu boleh diatasi dengan pendekatan Islam.

    "Usaha yang Ani lakukan ini adalah di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang juga disokong Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara," jelasnya.

    Selain itu, kata Ani lagi, Akademi Tatih Seni yang bertindak sebagai pemangkin untuk membantu mengembangkan lagi identiti seni dan budaya, akan mengadakan Jelajah Masyhur 1Malaysia pada 28 dan 29 Mei ini.

    "Untuk dua hari tersebut yang dinamakan sebagai Hari Penilaian Peserta Tatih Seni diadakan di Kluang Parade, Johor mulai 10 pagi hingga 6 petang. Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Nurul Huda di talian 016-2918066," katanya.

    Teruskan perjuangan

    Bercerita tentang usahanya untuk terus memartabatkan lagu-lagu bercorak etnik, Noraniza berkata, dia tidak pernah merasa letih mahupun penat untuk mengetengahkan elemen etnik menerusi lagu dendangannya.

    "Bermula dengan album bercorak eksperimental, Awala Dondang sekitar tahun 1996, Ani cuba untuk menemukan unsur etnik bersama elemen muzik semasa.

    "Ketika mula-mula muzik etnik diperdengarkan, ia meletup dan dapat diterima halwa telinga peminat.

    "Walaupun sebelum kemunculan album Awala Dondang, Jay Jay tampil dengan genre yang serupa tetapi berentak zapin. Cuma ia tidak kehadapan secara konsisten," ujar Ani.

    Katanya lagi, bukan senang untuk sesuatu yang baru itu diterima pendengar kerana lagu berunsur etnik memerlukan masa untuk mempengaruhi industri muzik tanah air.

    Bagaimanapun, kata Ani, dengan bantuan dan sokongan daripada media massa, tidak kira sama ada media elektronik atau pun cetak, akhirnya irama etnik mesra telinga.

    "Selepas lagu-lagu bercorak etnik diperkemaskan, platform untuk mendidik pendengar supaya dapat menerima lagu-lagu seperti ini dilakukan oleh rakan-rakan media.

    "Menerusi radio, televisyen, akhbar dan majalah, masyarakat lebih mengenali lagu-lagu etnik yang moden, digabungkan dengan pop sehingga ke tahap dapat diterima peminat sebagai lagu-lagu pop tradisional," katanya.

    Noraniza mengakui, adalah menjadi hasratnya untuk mendidik generasi muda hari ini yang berbakat dalam bidang seni, berjaya mengangkat martabat seni Melayu ke tahap yang tinggi.

    "Kalau boleh, Ani nak anak-anak yang berumur lima tahun ke atas, didedahkan dengan seni dan budaya kita.

    "Mereka inilah yang bakal mewarisi dan penyambung seni yang kita tinggalkan kelak," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Akhirnya Amir disingkirkan

    Posted:

    Akhirnya Amir disingkirkan

    Akhirnya Amir disingkirkan

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


    PESERTA Maharaja Lawak yang masih lagi bertahan akan meneruskan perjuangan mereka malam ini.


    PENANTIAN untuk melihat peserta dari Kelantan, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir disingkirkan sejak Maharaja Lawak membuka gelanggangnya akhirnya menjadi kenyataan minggu lalu.

    Ternyata, Amir gagal memberikan persembahan yang meninggalkan kesan menerusi tema komedi senyap yang dipertaruhkan pada minggu ketujuh.

    Lebih malang lagi, persembahannya itu juga tidak mampu memikat hati ketiga-tiga juri Maharaja Lawak iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek.

    "Memang tidak dinafikan peminat memang sukakan Amir dan kerana itu mereka akan tetap ketawa melihat Amir di atas pentas waima apa jua persembahan yang Amir lakukan.

    "Amir harus ingat ini adalah Maharaja Lawak dan bukan Raja Lawak di mana Amir harus mempersembahkan lawak yang memiliki standard jauh lebih tinggi.

    "Saya hargai kesungguhan Amir tetapi minta maaf, saya melihat persembahan Amir kali ini hanyalah untuk diri Amir sendiri sahaja kerana saya tidak faham apa yang Amir cuba persembahkan," ulas Ahmad Idham sewaktu memberikan komennya selepas Amir membuat persembahan.

    Ternyata memang ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Amir kerana persembahannya pada minggu lalu benar-benar mengecewakan.

    Bayangkan, tiada siapa yang menunjukkan keikhlasan mereka untuk ketawa sewaktu peserta berusia 23 tahun itu sedang gigih membuat persembahan di atas pentas.

    Apa yang dapat didengar dari sudut lain dalam studio itu hanyalah ketawa sinis segelintir penonton yang barangkali kasihankan Amir.

    Walaupun persembahannya mendapat kritikan juri dan mengundang kebosanan di kalangan penonton, hakikatnya Amir tetap optimis dengan keputusan yang tidak berpihak kepadanya untuk meneruskan perjuangan.

    "Saya tidak pernah memikirkan soal penyingkiran kerana ini adalah peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya di pentas Maharaja Lawak ini.

    "Setidak-tidaknya saya dapat bertahan sehingga ke minggu ketujuh dan itu satu pencapaian yang memuaskan buat saya.

    "Mengenai orang yang tidak faham dengan lawak saya untuk minggu silent comedy ini, ia terpulang kepada masing-masing untuk ketawa atau tidak. Saya memang buat persiapan rapi untuk minggu ketujuh ini.

    "Apa yang saya nampak bukannya tidak ada orang ketawa. Masih lagi ada yang ketawa dan menerima lawak saya," katanya dalam nada yang cukup yakin.

    Siapa tahu dengan kejutan terbaru yang diperkenalkan iaitu Maharaja Lawak Masuk yang hanya boleh diundi menerusi laman rasmi Maharaja Lawak di Facebook, membolehkan Amir meneruskan perjuangannya pada minggu ini.

    Mengulas mengenai kejutan terbaru itu pula, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani menjelaskan ia merupakan perancangan yang telah dilakukan lebih awal.

    Katanya lagi, seiring dengan prestij Maharaja Lawak, pihaknya mahu mempersembahkan sesuatu yang luar biasa bagi memastikan perjalanan program realiti itu cukup menarik untuk ditonton.

    "Pihak kami membuat keputusan untuk melakukan pelbagai kejutan bermula daripada minggu keenam selaras dengan strategi kami untuk meletakkan program ini di tahap paling tinggi.

    "Begitu juga dengan tema silent comedy ini yang berjaya memberikan pendekatan yang berbeza untuk program ini dan juga kepada para peserta.

    "Dengan adanya tema seperti ini, ia dapat mencungkil lagi bakat dan kreativiti peserta untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu," kata Nizam lagi.

    Dalam perkembangan lain, Nizam juga melahirkan rasa gembiranya apabila langganan untuk pakej Mustika terus meningkat sehingga 60 peratus sebaik sahaja Maharaja Lawak mula bersiaran bulan lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 19 May 2011 11:42 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Jangan pisahkan

    Posted: 18 May 2011 06:07 PM PDT

    Hip

    Penulis Nur Kasih lebih rela bekerja bersama suami

    BARANGKALI ada yang tertanya, siapa wanita yang muncul di muka depan ruangan Hip hari ini. Pada ketika wajahnya mungkin tidak begitu dikenali, namun karya sentuhannya menjadi ikutan ramai serta berjaya meruntun jutaan jiwa.

    Dialah insan kreatif di sebalik kejayaan Nur Kasih, drama rantaian yang berjaya mencetuskan fenomena sehingga disaksikan lebih 19 juta penonton. Mulai hari ini, Mira Mustafa tampil pula bersama karya terbaru tulisannya, Nur Kasih The Movie (NKTM). Wanita berusia 40 tahun ini juga pernah menyalurkan ideanya untuk filem Cinta dan Sepi. Ketiga-tiga filem berkenaan diarahkan suaminya, Kabir Bhatia.
    Pasangan ini pada hakikatnya umpama sebuah pakej lengkap. Lazimnya, di mana ada Kabir, di situ juga ada Mira.

    Mira yang mendapat pendidikan rasmi dari Universiti Washington dalam Ijazah Perniagaan mengakui lebih selesa berkerja bersama dengan suaminya. Pernah dia mendapat tawaran daripada syarikat lain, tetapi terpaksa ditolak kerana lebih senang bekerja dengan lelaki yang sudah dikahwininya sejak 10 tahun lalu itu.

    Kata wanita lemah lembut ini, sebagai suami, Kabir memahami isi hatinya, lantaran dia tahu apa yang ingin disampaikannya menerusi skrip dihasilkan.
    "Mungkin sukar sedikit agaknya untuk saya bekerja dengan pengarah lain kerana bimbang apa yang ingin saya sampaikan dalam skrip tidak dipersembahkan mengikut kehendak saya. Lagipun, saya lebih senang bekerja dengan Kabir kerana dia faham dialog saya. Dia juga tahu bagaimana dialog itu sepatutnya disampaikan pelakon.

    "Selepas filem Cinta, memang pernah ada penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi saya menolaknya dengan baik. Sejak itu, tiada lagi yang bertanya.

    Mungkin mereka faham saya tidak selesa bekerja dengan orang lain. Terus terang, memang saya tidak bersedia dan berdebar jika bekerja dengan pengarah lain," katanya yang hadir ke sesi fotografi ditemani suami tercinta.

    Kekok dan malu-malu ketika diminta memberikan 'pose' menarik, pasangan suami-isteri ini mula berkenalan ketika sama-sama berkhidmat di Antah UTV. Dua tahun memadu kasih, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

    Dalam membicarakan soal kerjaya, pasangan ini mengaku sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Biasanya, usai menghasilkan skrip, Mira akan segera merujuk kepada suaminya. Sesekali memang terjadi percanggahan pendapat atau pertentangan idea, namun lazimnya mereka cuba mempertahankan hak masing-masing.

    Bagaimanapun pada akhirnya mereka akan melihat idea mana lebih relevan digunakan.

    "Saya memang merujuk kepada Kabir apabila menghasilkan skrip untuk NKTM. Dia yang memberikan idea supaya memasukkan adegan kereta api meletup di Jordan dalam sebuah babak filem ini.

    "Babak itu amat penting kerana ia menjadi pencetus kepada apa yang bakal berlaku seterusnya. Kalau diikutkan, babak itu memang boleh dilakukan di sini saja. Tetapi bagi kami, untuk sebuah filem, lebih elok jika babak penting seperti itu dibuat di luar.

    "Agak sukar juga untuk menghasilkan skrip NKTM, hampir dua bulan baru saya dapat menyelesaikannya. Saya mempunyai ruang yang mencukupi ketika menghasilkan skrip drama rantaian, tetapi untuk filem pula, segala-galanya perlu disumbat untuk tempoh waktu yang singkat. Jadi ia memberikan sedikit cabaran kepada saya memilih cerita yang menarik," kata Mira lagi.

    Sukar dapat peluang berkarya

    Gemar berbaju kurung, Mira terlebih dulu mengasah bakatnya dalam bidang penulisan menerusi teater Inggeris bersama Datuk Zahim Al Bakri, sebelum berkhidmat bersama Antah UTV. Selama berkhidmat dengan syarikat berasal dari India itu, dia pernah menulis skrip untuk drama Idaman dan Jodoh. Ketika itu, Kabir turut berkhidmat sebagai pengarah.

    Kabir yang berasal dari Mumbai, India, berhijrah ke Malaysia pada 1996 selepas syarikat dinaungi UTV India membuka cawangannya di sini. Pada mulanya dia terbabit sebagai pengarah dalaman sebelum melebarkan sayapnya ke skop lebih luas.

    Pada awalnya ujar Kabir, sukar untuk mendapatkan peluang di sini kerana industri hiburan di Malaysia tidak terlalu besar. Bagaimanapun selepas melihat hasil kerjanya, dia akhirnya mendapat kepercayaan syarikat penerbitan tempatan.

    "Sebagai orang asing, memang sukar untuk mendapatkan peluang daripada syarikat penerbitan di sini. Saya diberikan kepercayaan oleh Alternate Studio, anak syarikat kepada Grand Brilliance untuk mengarahkan Cinta selepas mereka melihat hasil kerja saya. Sejak dari itu, barulah penerbit lain mula mempercayai kerja saya.

    "Saya tidak kisah jika cara pengarahan saya ditiru pengarah lain. Malah saya sendiri kini sedang menggilap lima pengarah muda, saya juga tidak kisah berkongsi ilmu atau ada orang yang cuba mencedok idea saya, kerana ilmu itu tidak datang dengan sendiri. Sebaliknya saya juga belajar daripada orang lain," kata Kabir.

    Sementara itu, ketika diusik pertanyaan apakah peminat akan dapat menyaksikan sambungan drama Nur Kasih selepas versi filemnya menemui penonton di pawagam, Kabir mahupun Mira tidak berasakan sedemikian.

    Kata pengarah terbabit, mereka lebih suka menghasilkan cerita yang baru dan berbeza, daripada menyambung drama berkenaan.

    "Cukuplah dengan apa yang kami persembahkan menerusi filem Nur Kasih ini. Rasanya kami tidak lagi akan membuat musim kedua ataupun filem susulannya," kata Kabir bersulam senyuman penuh makna, sambil disokong isterinya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Elak lawak kosong

    Posted: 18 May 2011 05:54 PM PDT

    Hip

    HARITH Iskander (kiri) dan Dougles Lim.

    HARITH Iskander (kiri) dan Dougles Lim.

    Harith, Douglas berganding tenaga jayakan sketsa komedi

    MEMANG sukar untuk membuatkan penonton terhibur dengan persembahan berbentuk sketsa komedi, tetapi itulah yang perlu dihadapi Harith Iskander dan Douglas Lim.

    Sebagai penghibur, sesukar mana pun tugas dipikul, mereka berusaha memastikan setiap jenaka yang dipersembahkan bukan saja membuatkan penonton ketawa, malah persembahan berkenaan harus mempunyai mesej supaya ia tidak dilihat lawak kosong. Hanya menerusi pembacaan mereka berasakan matlamat itu dapat dicapai. Dengan membaca, mereka bukan saja boleh membentuk penceritaan, sebaliknya elemen jenaka juga dapat disuntik sama.

    Bagi Douglas, gandingannya bersama Harith dalam persembahan HD Stand Up Comedy di Petaling Jaya Live Arts (PJLA) yang bermula 17 hingga 19 Mei menyajikan persembahan menarik dengan sketsa yang mampu mencuit hati.

    Walaupun hanya berbentuk penceritaan, namun dia yakin gandingan mereka dapat memberikan persembahan luar biasa di samping menyampaikan mesej terkini sebagai hiburan.

    "Memang lawak begini lebih sukar berbanding sitkom atau drama komedi sebab ia tidak mempunyai skrip. Kita kena reka sendiri. Justeru, melalui bacaan, dengan mengambil cerita atau berita yang ada dalam akhbar, dapat juga kita membentuk satu komedi.
    "Bagaimanapun tidak semua yang kita rancang akan berlaku dalam persembahan. Kadang-kadang penggunaan ayat yang tidak sepatutnya juga akan terkeluar secara spontan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Sebelum ini, katanya, Harith menjayakan persembahan itu seorang diri. Kali ini, dia dipilih untuk bergandingan dengannya, yang membuatkan pemuda ini berbesar hati.

    "Kami sudah kenal lama, jadi ia tentunya sedikit sebanyak memudah kerja. Pembabitan saya dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) baru-baru ini pun atas usaha Harith dan Hans," katanya.

    Keserasian kedua-dua mereka diakui sejak terbabit dalam sitkom Jangan Ketawa suatu ketika dulu, malah gandingan ini juga dijangka mampu membuatkan penonton tidak kering gusi.

    Harith sendiri mengakui pemilihan Douglas dalam sketsa itu nanti dapat membantunya menghidupkan suasana yang mencuit hati serta meninggalkan memori buat penonton yang hadir.

    "Tahun lalu saya berseorangan di pentas, namun sambutan sangat luar biasa diberikan peminat sampaikan tiket habis dijual. Diharapkan, dengan adanya Douglas, persembahan ini akan lebih mendapat sambutan. Maklum balas daripada penonton yang pernah menonton saya pada tahun lalu juga sangat menggalakkan," katanya.

    Bagi Harith, sketsa sebegini tidak memerlukan skrip. Bagaimanapun menerusi pembacaan, mereka dapat tahu apa yang berlaku seharian dan perkara itu membantu dalam menyampaikan persembahan.

    Bahkan, setiap sketsa akan jadi lebih menarik dan kelakar apabila menyentuh isu semasa.

    "Persembahan kita akan jadi kelakar kalau menyentuh isu semasa seperti isu pilihan raya di Sarawak yang kita adun menjadi lebih menarik.

    "Isu peribadi juga akan terkeluar walaupun kita cuba mengelak, tetapi kita akan cuba kawal dan jadikannya lebih menghiburkan. Maklumlah inikan stand up comedy, tak ada skrip," katanya.

    Setelah 20 tahun terbabit dalam bidang komedi, Harith mengakui banyak yang perlu diperbaiki dalam persembahannya supaya sentiasa mengikut cita rasa penonton dan tidak hambar.

    Menunggu cahaya mata

    MESKIPUN agak sibuk selepas berkahwin, namun Harith mengaku dia berusaha memastikan dirinya mempunyai masa buat isteri tercinta. Ketika yang sama dia mengaku masih menanti cahaya mata yang dianggapnya penyeri sesebuah rumah tangga.

    Walaupun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga, Harith tidak sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, malah melihat telatah kanak-kanak membuatkan dirinya keriangan.

    "Siapa yang tak mahu anak dan sehingga kini saya masih lagi menanti, tetapi nak buat macam mana belum ada rezeki.

    "Insya-Allah rezeki saya akan ada, cuma tak tahu bila. Paling penting, saya sekarang bertambah bahagia sejak berkahwin dan semakin sibuk," katanya.
    Jika sebelum ini dirinya sibuk dengan pementasan LKBSM, Jun ini Harith, 44, dan isteri, Jezzamine Lim, 27, akan berbulan madu kali kedua. Kali ini mereka memilih Mauritius sebagai destinasi percutian.

    Tentunya dia ingin menggunakan kesempatan itu untuk berehat sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi, tugasnya semakin sibuk selepas ini dengan persiapan mengadakan muzikal Cuci musim ketiga pada tahun hadapan, bersama Hans.

    "Melihat kejayaan LKBSM yang pecah rekod, dengan hampir setiap hari dewan dipenuhi peminat, membuatkan kami seronok untuk mengadakan persembahan lain," katanya.

    Ketawa selama sebulan di PJLA

    DENGAN adanya PJLA, penghibur ini berasakan ruang untuknya bergiat dalam persembahan komedi semakin besar. Malah sejak dibuka dua tahun lalu, PJLA menjadi platform terbaik untuk mengangkat persembahan komedi ke tahap lebih baik.

    Bukan saja Harith, malah barisan penghibur komedi tempatan turut diberi peluang untuk mengadakan persembahan di lokasi ini, di samping mempromosikan komedi sebagai hiburan santai buat masyarakat.

    Malah, bagi peminat sketsa komedi atau pementasan berunsurkan komedi, mereka berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan di PJLA selama sebulan bermula 28 April lalu hingga 5 Jun ini.

    PJLA membuka pentasnya kepada penonton dengan pelbagai sajian sketsa komedi menarik dengan harga tiket berpatutan.

    Selain HD Stand Up Comedy, persembahan yang dijangka mendapat sambutan hangat penggemar komedi adalah Projek Disko Baldi, Actorlympics dan Kuah Jenhan: Tall, Dark & Comedian.

    Actorlympics dijangka mencuri perhatian peminat kerana menampilkan pelakon seperti Afdlin Shauki, Harith Iskander, Nell Ng, Rashid Salleh, Ida Nerina, Patrick Teoh, Kuah Jenhan, Douglas Lim dan Reza Zainal Abidin.

    Maklumat lanjut boleh didapati di www.pjla.com.my atau hubungi talian Box Office 03-7960 0439 untuk mendapat tiket persembahan.

    Persembahan komedi di Petaling Jaya Live Arts (PJLA):

    1. Sticks, Stones, Broken Bones (Kanada) - 10-15 Mei
    2. HD Stand Up Comedy - 17-19 Mei
    3. KAM... Fully Loaded! - 20 - 22 Mei
    4. Jumping Jellybeans Party! - 24-27 Mei
    5. Comedy Court - 24-25 Mei
    6. The Comedy Club Asia - 26 Mei
    7. Kuah Jenhan: Tall, Dark & Comedian - 27-28 Mei
    8. Projek Disko Baldi - 28-29 Mei
    9. Actorlympics - 31 Mei-2 Jun
    10. Shelah Says Life's A Drag - 3-5 Jun


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    Posted: 19 May 2011 09:41 AM PDT

    :: MYARTIS.COM ::


    GAMBAR KAHWIN YASSIN & FARAH...

    Posted: 19 May 2011 04:51 AM PDT

    Senyap-senyap... Pelawak dan pelakon Yassin selamat bernikah dengan pasangannya Farah, baru-baru ini. Moga selepas ini, Farah dapat membimbing Yassin menjadi suami yang tidak lagi diselubungi kontroversi dadah dan sebagainya.

    Bak kata pepatah... buang yang keruh, ambil yang jernih.!



    Klik untuk imej besar...







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

    Posted: 19 May 2011 09:23 AM PDT

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


    Gambar Panas Syahrini Dan Glen

    Posted: 19 May 2011 02:29 AM PDT

    gambar panas syahrini dengan glenn

    Ni la gambar yang tengah hot kat internet sekarang ni, Mungkin ada antara korang tak kenal sebab gambar ni gambar artis indonesia iaitu penyanyi Syahrini dan Glenn. Memang nampak mesra sangat diorang ni kan. Kalau rasa dah serasi tu kahwin je la.. :D

    Syahrini merupakan penyanyi dari Indonesia yang sebelum ni hangat di gosipkan dengan Anang iaitu bekas suami Kris Dayanti. Mungkin kerana di tinggalkan Anang membuatkan dia jadi sunyi dan mencari peneman.  Syahrini pun umurnya baru 29 tahun je. :D Memang cantik orangnya tapi lebih cantik kalau tidak bergambar macam ni kan.

    gambar panas syahrini dengan glenn

    gambar syahrini

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , , , , , , , , ,

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    Posted: 19 May 2011 07:17 AM PDT

    - Blog Hanz -


    (GAMBAR) Rozita Che Wan & Shahir

    Posted: 18 May 2011 07:11 AM PDT




    Akhirnya terkantoi sudah yang Shahir dan Rozita Che Wan keluar bersama-sama. Kali ini ada manusia yang hebat berjaya menangkap gambar mereka berdua di LCCT. Untuk pengetahuan anda, Rozita sememangnya mengakui yang dia sedang bercinta dengan Shahir tetapi Shahir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Malu-malu lembu ke Shahir?

    Kalau aku dapat awek macam Rozita Che Wan, bukan setakat malu malu lembu, esok terus ajak kahwin. Hehehehe. Tapi tak apalah, mungkin Shahir tak mahu popularitinya jatuh merudum. Mana tahu ramai peminat yang tak suka hubungan Shahir dengan RCW. Tak gitu?

    Lagi gambar Shahir dan RCW di LCCT dengan membaca entri ini sepenuhnya.
















    Kredit gambar kepada Forum Cari.

    (GAMBAR) kaki Jasmin Hamid melecur!

    Posted: 18 May 2011 07:05 AM PDT



    Kaki kanan dan kiri Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.


    "Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena. Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin. Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 19 May 2011 01:24 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Teruja dampingi Penelope Cruz

    Posted:

    Teruja dampingi Penelope Cruz

    Teruja dampingi Penelope Cruz



    "KALAU nak tahu, kali ini Jack Sparrow bertukar jantina," ujar Johnny Depp selamba dalam nada bergurau apabila ditebak tentang karakter lakonannya, Kapten Jack Sparrow yang kini muncul menerusi filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.

    Namun sepantas kilat, nada bicara Depp terus sahaja serius dan bicaranya lantas berbunyi: "Saya maksudkan secara jujurnya, semua ini tentang karakter dan bagaimana dia 'mencari dirinya'.

    "Saya rasa, Kapten Jack Sparrow sudah menemui siapakah dirinya sejak lama dahulu. Saya tidak fikir masih ada ruang buat dirinya untuk pergi lebih jauh."

    Daripada jawapan Depp itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa karakter Jack Sparrow kali ini tidak banyak berubah sepertimana dalam trilogi Pirates of the Caribbean sebelum ini.


    SAHABAT baik. Sepuluh tahun lalu, Depp dan Cruz pernah bergandingan menerusi filem Blow.


    Namun, siri keempat filem Pirates of the Caribbean itu dijangka berbeza berbanding trilogi filem itu yang kesemuanya diarahkan Gore Verbinski. Ini kerana Rob Marshall pula diberi tanggungjawab sebagai pengarah siri terbaharu Pirates of the Caribbean.

    Filem terbitan Jerry Brukheimer yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada hari ini tersebut juga tidak lagi menampilkan dua karakter penting yang memberi impak kuat terhadap trilogi filem itu sebelum ini iaitu Will Turner (lakonan Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightley).

    Plot Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides juga tidak terlalu kompleks dengan pelbagai karakter dan subplot seperti sebelum ini tetapi lebih memfokus terhadap pengembaraan Jack Sparrow untuk mencari telaga keabadian yang mampu memberikan hayat yang kekal abadi buat individu pertama yang berjaya meminum air dari telaga tersebut.

    Kedengarannya seperti suatu isyarat untuk sebuah lagi sekuel Pirates of the Caribbean.

    Namun selepas ketiadaan karakter Elizabeth Swann, adakah Jack Sparrow berseorangan kali ini?

    Jawapannya sudah tentu tidak kerana muncul karakter baharu yang lebih 'dekat' dengan dirinya. Memperkenalkan bekas kekasih Sparrow, Angelica yang direalisasikan di layar perak oleh bintang jelita, Penelope Cruz!

    Ditanya apakah perasaannya dapat bergandingan dengan Cruz, ujar Depp: "Dia merupakan suatu 'kuasa' yang serius. Kami pernah bergandingan dalam filem Blow pada tahun 2001 dan saya boleh kata kami pernah 'meniup' bersama dahulu (ketawa).

    "Pengalaman berlakon dalam Blow bersama Penelope sangat menyeronokkan. Maksud saya, dia seorang yang hebat dan boleh menyuntik apa sahaja ke dalam atmosfera lakonan.


    GEROMBOLAN duyung jelita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, (dari kiri), Sanya Hughes, Brea Berrett, Gemma Ward, Jorgelina Airaldi, Antoinette Nikprelaj, Toni Busker dan Daphney Joy.



    "Dia merupakan seseorang yang saya sanjungi, salah seorang sahabat saya dan ya, saya rasa seronok dia menyertai saya pada kali ini."

    Menyentuh mengenai Rob Marshall pula, Depp menjelaskan: "Setiap pengarah mempunyai pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi bagi saya, Rob Marshall merupakan suatu hadiah sejati.

    "Maksud saya, dia seorang lelaki hebat, sangat budiman dan mudah untuk berkolaborasi dengannya, seorang lelaki yang sarat dengan idea-idea yang hebat. Dan dia seorang yang bijaksana dalam menangani babak dan cerita. Ya, dia seorang yang sangat istimewa."

    Satu lagi perbezaan menerusi karya kali ini ialah Depp banyak menyumbang kepada penulisan skripnya atau dalam kata lain dia kali ini turut menyuntik jiwanya bagi mencetus kelainan terhadap Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.

    "Ia seperti memasuki ke dalam jentera pemikiran," luah Depp.

    Tambahnya: "Ia lebih kepada melemparkan idea-idea. Jika ia menyinar, maka menyinarlah ia. Dan jika idea itu diterima (penonton), saya sangat bersyukur.

    "Apatah lagi karya kali ini merupakan sekuel ketiga Pirates of the Caribbean, jadi tanggapan penonton ialah, 'ahh...satu lagi filem sekuel', ia merupakan sesuatu yang sangat menentang terhadap apa yang perlu kami berusaha dan hasilkan untuk skripnya.

    "Namun, kami cuba untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza kali ini."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Penjara cinta Nora Elena

    Posted:

    Penjara cinta Nora Elena

    Penjara cinta Nora Elena

    Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR

    LAMBAKAN drama dan filem yang diangkat daripada naskhah novel kian bertali arus di kaca televisyen mahupun di layar perak.

    Kejayaan formula sedemikian menarik penonton telah membuka mata ramai penggiat drama dan filem bagi menghasilkan lebih banyak karya yang diolah daripada novel.

    Nora Elena, adaptasi sebuah novel berjudul Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha mengisi slot Akasia di TV3 menggantikan drama Cinta Antara Kita.

    Mempertaruhkan genre cinta bagi menambat hati penonton setia slot tersebut, drama 24 episod itu membariskan bintang-bintang ternama seperti Aaron Aziz, Siti Saleha dan Wan Sharmila.

    Pendukung watak utama, Siti Saleha mengakui memainkan peranan sebagai Nora Elena bukan tugas mudah kerana jalan cerita drama itu menuntutnya bermain dengan pelbagai emosi.

    "Nora Elena satu karakter penuh kejujuran dan kelembutan, hatinya juga rapuh kerana sejarah silam yang dialami.

    "Saya teruja melakonkan watak tersebut memandangkan ini pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel," jelas aktres yang semakin meningkat naik itu.

    Berbeza pula dengan Aaron Aziz yang tidak mengalami masalah melakonkan watak Seth Tan dalam drama bersiri terbitan Asian Media Content (AMC) itu.

    "Watak Seth Tan tidak sukar untuk dimainkan namun masih ada sedikit kesulitan bagi menunjukkan keberkesanan watak tersebut.

    "Saya mengalami sedikit kesukaran bagi menunjukkan emosi sebagai seorang lelaki yang dianggap sebagai perampas walaupun pada hakikat dia bukan seorang perampas," kata Aaron.

    Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.

    Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).

    Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).

    Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.

    Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh.

    Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas.

    Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.

    Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu.

    Jangan lupa menyaksikan drama Nora Elena yang kini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelakon Tyickoouns dirahsiakan

    Posted:

    Pelakon Tyickoouns dirahsiakan

    Pelakon Tyickoouns dirahsiakan


    NOOR ISMAHANUM (dua dari kanan) dan Izan (tengah) pada sidang akhbar filem Tyickoouns baru-baru ini.


    MENGETEPIKAN risiko pesaing dan penerimaan penonton filem tempatan, buat pertama kalinya syarikat multinasional, Worldwide Far East Berhad (WFEB) menghasilkan filem sulungnya berjudul Tyickoouns.

    Bakal memulakan penggambarannya pada Jun nanti, Tyickoouns yang merupakan filem pertama arahan pengarah dokumentari dan filem iklan bebas, Izan Hailmey Mokhtar mempertaruhkan konsep filem drama paparan kehidupan dan aksi.

    Menurut Izan, filem yang akan menjalani penggambaran di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Endau Rompin itu bakal memaparkan latar sebuah perkampungan desa dan pekan yang tidak wujud iaitu bukan di Malaysia bagi mengelakkan kontroversi kerana memaparkan adegan negatif.

    "Bagi mengelakkan disamakan dengan suasana negara ini, saya memaparkan sebuah kawasan khayalan yang tidak terdapat di dunia ini melalui prop dan busana yang berbeza.

    "Contohnya, saya menggunakan kenderaan bukan keluaran tempatan dan plat kenderaan yang tidak wujud di dunia bagi menggambarkan suasana latar yang lain," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbarnya baru-baru ini.

    Menariknya filem itu bakal dihasilkan menggunakan kaedah konvensional secara keseluruhan tanpa menggunakan apa-apa teknik janaan komputer.

    Izham yang buat julung-julung kalinya menghasilkan sebuah filem tersebut percaya bahawa kaedah itu lebih realistik untuk memaparkan kehidupan masyarakat.

    "Saya akan menggunakan seratus peratus kaedah penghasilan filem seperti biasa. Tiada suntikan imej janaan komputer (CGI), mahupun apa-apa kaedah lain tetapi cara biasa yang digunakan seperti 10 hingga 15 tahun dahulu.

    "Saya lebih selesa menggunakan kaedah biasa seperti susunan sudut pencahayaan dan rakaman kamera yang tersusun bagi menghasilkan sebuah filem yang baik," kata Izham.

    Bagaimanapun, filem yang diterbitkan oleh Datuk Noor Ismahanum Mohd. Ismail itu masih dirahsiakan barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon popular dan muka-muka baharu. - SYALMIZI HAMID

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 18 May 2011 11:20 PM PDT

    OHBULAN!


    Khairul Fahmi & Elia Kini Sudah Bertunang, Tahniah!

    Posted: 18 May 2011 07:57 PM PDT

    Khairul Fahmi, pemain bola pasukan Malaysia yang mengharumkan nama negara ketika Piala AFF Suzuki dikatakan telah mengikat tali pertunangannya bersama pasangan hati, Elia.

    Kami terbaca persiapan majlis pertunangan di blog Elia, JejariRuncing. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun satu Malaysia sudah tahu siapakah gerangan lelaki tersebut. Aha, kami yakin peminat Khairul Fahmi yang berjantina wanita gigit jari.

    Mereka sepatutnya mengikat tali pertunangan lebih awal, namun atas sebab-sebab peribadi, ditangguhkan terlebih dahulu. Secara diam-diam, rupanya Khairul Fahmi sudah pun menghantar rombongan meminang untuk menyunting Elia, si kekasih hati.

    OHBULAN! mengucapkan tahniah buat Khairul Fahmi & Elia, harap dapat langsungkan perkahwinan secepat mungkin. Bukan apa, ramai sangat yang minat Khairul Fahmi ni.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Peserta Rancangan Realiti Bela Saka?

    Posted: 18 May 2011 07:34 PM PDT

    Nak percaya atau tidak, itu terpulang. OHBULAN! tak sangka ada yang sanggup menggunakan khidmat pembantu halus ini untuk menempah nama di atas pentas rancangan realiti. Malah, peserta yang lain turut terkena tempiasnya. Ada yang muntah darah keluar rambut, sakit secara drastik & nyanyi sumbang.

    Kisah mandrem ini bukanlah perkara yang pelik, namun ia jarang diperkatakan. Apa yang kami dengar, peserta ini mendapat 'hadiah' istimewa daripada ahli keluarganya. Kononnya, saka ini akan menjaga dirinya selain boleh mensabotaj mana-mana orang yang dilihat berupaya mencabar tuannya.

    Terkini, pihak produksi sudah dapat membau niat peserta rancangan realiti ini dan mereka sedang mencari jalan penyelesaian terbaik. Bukan apa, risau juga kalau diapa-apakan, mereka turut terkena tempiasnya.

    Tak sangka, peserta ini belum menjadi artis lagi, namun sudah pandai menunjukkan belangnya. Mungkin, peserta ini kurang didikan agama, atau terlampau taksub nak jadi popular.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Posted: 18 May 2011 11:14 PM PDT

    Zon Artis


    Ahmad Fedtri Yahya Akan Tamatkan Zaman Bujang

    Posted: 18 May 2011 07:23 PM PDT

    GAMBAR PERNIKAHAN AHMAD FEDTRI YAHYA, GAMBAR BAKAL ISTERI AHMAD FEDTRI YAHYA

    Straight to the point. Pengacara Malaysia Hari Ini dan juga penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang guru pada 28 Mei ini. Nama bakal isteri Fedtri Yahya tu ialah Nurul Anati Ismail, berumur 26 tahun.

    Mengikut perancangan, majlis akad nikah mereka akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

    Tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Fedtri Yahya. Kami doakan agar apa yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

    P/s: Kes macam ni pun nak buat laporan polis. lol

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Posted: 18 May 2011 11:09 PM PDT

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Airasia X Firms Up Engine Supplier For The Newly Purchased Airbus A330-200S

    Posted: 18 May 2011 06:53 PM PDT

    AIRASIA X FIRMS UP ENGINE SUPPLIER FOR THE NEWLY PURCHASED AIRBUS A330-200s

    NEW YORK, USA, 18 MAY 2011 : AirAsia X, the long haul, low fare affiliate of Malaysian based AirAsia Group signed a firm contract with GE for the purchase of CF6-80E1 engines to power the new aircraft order of the three new A330-200s (with the option of two additional aircraft). The aircraft which is scheduled for delivery from 2012, will be operated on the carrier's expanding network, offering low fare service to destinations in Europe, Asia and the Pacific.

    In addition, AirAsia X has also signed a 20 year On-Point solutions agreement with GE for the maintenance, repair and overhaul of the CF6-80E1 engines. The CF6-80E1 engines supplied by GE will enhance AirAsia X's long-haul operations as it provides greater range, improved fuel burn and proven stall-free reliability. The A330-200, which is capable of flying non-stop from Kuala Lumpur to Europe will be configured in a two class layout with 24 Premium flatbeds and 264 Economy seats.

    200dpi_28792

    The agreements valued at over USD600 million was signed by Azran Osman-Rani, the Chief Executive Officer of AirAsia X and Kevin McAllister, Vice President and General Manager of Global Sales, GE Aviation. The honourable Prime Minister of Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak witnessed the signing ceremony with Thomas Wygle, Vice President, Asia Pacific Sales, GE Aviation, YB Tan Sri Rafidah Aziz, Chairman of AirAsia X, Datuk Seri Dr. Tony Fernandes, Co-Founder of AirAsia X and Dato' Kamarudin Meranun, Co-Founder and Director of AirAsia X. The signing ceremony took place today at the Ritz Carlton, Central Park, New York with the attendance of AirAsia X and GE's senior management and members of the media.

    The CF6-80E1 engine will provide AirAsiaX with unmatched fuel efficiency, reliability and will help AirAsiaX maintain one of the youngest and fuel efficient fleets in the sky.

    YB Tan Sri Rafidah Aziz, Chairman of AirAsia X said "AirAsiaX's acquisition of the new technologically more advanced and fuel-efficient GE engines would help us accentuate our network expansion while holding true to our business model."

    "AirAsia X's near to long term expansion plans has made it all the more important for us to be at the forefront of innovation. As we grow our network, fleet and operations, AirAsiaX remains steadfast to its commitment of having a young, fuel efficient and environmentally friendly fleet that would help us optimise our resources and provide better value for our guests and other stakeholders".

    "GE is proud to play an integral part in AirAsiaX's ambitious long-term expansion plans," said Kevin McAllister, Vice President and General Manager of Global Sales, GE Aviation. "GE has incorporated the latest technology advances in the compressor, combustor and turbine section of the CF6-80E1 engine to improve fuel efficient, reduce emissions, and increase engine time-on-wing, which will greatly benefit AirAsiaX's operations."

    AirAsia is the largest low cost airline group in the Asia-Pacific region and operates an all-Airbus fleet. In 2010 AirAsia X achieved best-in-class technical reliability rates for its fleet of A330s, surpassing established long-haul carriers in the region, and its continued purchase of top-of-the-line aircraft and engine technology underpins its on-going pursuit of operational quality excellence with its world's best cost performance.

    200dpi_28872

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Airasia X Firms Up New Orders For Airbus A330-200S
  • Malaysia Airlines New Airbus A330-300
  • AirAsia The Fastest Growing Foreign Airline for Cargo
  • AirAsia adds Direct Flight for Kuala Lumpur – Chennai
  • Another AirAsia Mission Flight Arrives at LCCT
  • Airasia Named Asias Best Low Cost Cargo Carrier
  • Photo Tony Fernandes Dressed up as God of Prosperity
  • AirAsia Celebrates an AllStar Wedding!
  • AirAsia X Celebrates 1st Flight to Tokyo
  • Airasia X To Appoint Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz As Chairman
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 18 May 2011 09:25 PM PDT

    borak kosong


    Wanita ini hilangkan kegelisahan dengan bermasturbasi dan dibenarkan lakukannya di pejabat

    Posted: 18 May 2011 09:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Hakim akhirnya memperbolehkan seorang perempuan yang bekerja sebagai akuntan untuk bermasturbasi dan menonton video porno di pejabat. Demikian dilansir AOL, Selasa (17/5/2011).

    Perempuan berasal daripada Brazil dan berusia 36 tahun bernama Ana Catarian Bezerra mengalami gangguan ketidakseimbangan cairan kimia dalam tubuh dan membuat terjadinya kebingungan dan hiperseksual. Pekerjaannya kemudian mengalami masalah kerana untuk menghindari rasa kegelisahan itu maka dia harus bermasturbasi berulang kali.

    "Jika situasi sangat buruk maka saya boleh bermasturbasi hingga 47 kali setiap hari. Kerana itu saya meminta pertolongan dan saya tahu ini bukan sesuatu yang normal,' jelasnya.

    Setelah berhasil memenangkan kes di pengadilan dan mencari pertolongan, Bezerra dibolehkan bekerja dan menonton video porno serta bermasturbasi. Doktor peribadinya pun memberikan ubat yang boleh mengurangi keinginan masturbasi dan kini sekitar 18 kali setiap hari.

    Pening...kereta lomborghini RM1.1 juta dirosakkkan kawan

    Posted: 18 May 2011 08:40 PM PDT

    ooo..parah
    saya petik dari kosmo online

    SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.

    Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.

    Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.

    Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.

    "Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.

    Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.

    Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.

    Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.

    Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.

    Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

    Budak tersepit di celah dinding selama 3 jam kerana main sembunyi-sembunyi

    Posted: 18 May 2011 07:37 PM PDT

    Kesian budak ni..
    saya petik dari kosmo online

    BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.

    Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

    Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

    Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agens

    Kelar adik,serang polis kerana taksub dengan komik

    Posted: 18 May 2011 06:00 PM PDT

    Macam ni punya kes pun ada..
    saya petik dari myMetro

    KUALA TERENGGANU: Taksub terhadap komik berciri pertarungan yang menjadi kegemarannya, seorang lelaki bagaikan hilang ingatan apabila cuba menyembelih adiknya dan mencederakan seorang anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 10, Kawasan Perindustrian Gong Badak, kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 36 tahun dan sudah beristeri serta mempunyai dua anak, bertindak mengelar tapak tangan adiknya menggunakan parang.
    "Dia kelar lengan dan tangan saya sebelum meletakkan parang sepanjang 15 sentimeter ke leher saya. Ketika itu saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana melihat dia bagaikan tidak sedarkan diri.

    "Mujur ada rakan dan orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian menyelamatkan saya," kata adik lelaki itu yang enggan dikenali.


    Mangsa yang berusia 20 tahun mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum membuat laporan polis.

    Wanita Ini Terpaksa ‘Bertapa’ Di Rumah Kerana Alergik Dengan Elektrik

    Posted: 18 May 2011 05:36 PM PDT

    London, Alergik elektrik adalah salah satu alergik aneh yang masih menjadi pro kontra di kalangan medik untuk mengakui apakah ini penyakit atau bukan. Alergik elektrik telah membuat penderitanya harus 'bertapa' menjauhi kehidupan sosial dan selalu mengurung diri di rumah.

    Janice Tunnicliffe, wanita 55 tahun berasal dari Britain harus tinggal di perkampungan sepi agar hidupnya tak diganggu alergik elektrik dan beraktiviti di rumah saja.

    Bahkan agar tidak terganggu medan magnet dari tetangganya, seluruh pintu dan jendela di rumah Janice di Wellow, Nottinghamshire, dilapisi insulator metalik.

    Bagi Janice, mesin cuci, handphone atau bahkan sekadar lampu picit sekalipun boleh menjadi malapetaka meski bagi kebanyakan orang sangat besar manfaatnya. Bagi ibu 2 anak ini, berbagai perangkat elektronik adalah sumber penyakit.

    Setiap kali dia berada dalam jangkauan medan elektromagnet yang dipancarkan perangkat-perangkat tersebut, ia akan merasakan sakit kepala dan ngilu dada. Pada keadaan paling parah, dia juga mengalami gatal-gatal di kedua lengan dan kaki.

    "Keadaan ini benar-benar melumpuhkan kehidupan saya. Bahkan kadang-kadang saya tidak boleh menggerakkan kaki dan tangan," ungkap Janice seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (18/5/2011).

    Keadaan ini dialaminya sejak 3 tahun terakhir, sejak didiagnosis menderita kanser lambung dan harus menjalani kemoterapi. Diduga, ubat-ubatan yang dipakai dalam kemoterapi telah memicu alergi terhadap elektrik atau sering disebut electrosensitivity.

    Awalnya ia sendiri tidak tahu penyakitnya, hingga akhirnya menemukan sendiri di internet. Perempuan yang dulunya bekerja sebagai account manager sebuah perusahaan kosmetik ini mulai menyedari keadaannya ketika sering merasa gatal ketika menggunakan mesin fotostat di pejabatnya.

    Pengamat elektrik di Britain, Graham Lamburn dari Powerwatch mengatakan 3-4 peratus warga Britain diduga mengalami keadaan seperti Janice meski tidak pernah diketahui apa sebabnya. Apalagi reaksi alergiknya tidak se-ekstrem yang dialami Janice, sehingga sering tidak disedari.

    "Keadaan seperti ini sangat aneh, namun kenyataannya ada yang harus meninggalkan pekerjaannya kerana tidak nyaman bekerja dengan perangkat elektronik. Bahkan signal handphone dan internet nirkabel sekalipun boleh menjadi masalah bagi mereka," ungkap Lamburn.

    Demikian juga di kalangan dokoter, electrosensitivity masih merupakan kontroversi dan hanya di beberapa negara seperti Switzerland dan Sweden yang mengakuinya sebagai penyakit. Sementara di Britain kebanyakan doktor menilainya hanya sebagai psikosomatis atau gejala yang disebabkan oleh faktor kejiwaan.

    Kerana itu Janice harus pasrah ketika pemerintah setempat menolak memberikan bantuan pengubatan untuk menyembuhkannya. Badan perlindungan kesihatan Britain, Health Protection Agency berdalih bahawa berbagai penelitian belum berhasil membuktikan bahawa elektrik boleh menyebabkan alergik.

    Sumber :http://www.detik.com/

    Lihat cara tikus ini disiksa

    Posted: 18 May 2011 11:01 AM PDT





    Dahsyat..hadang rumah yang disewakan dengan tong sampah kerana penyewa tak bayar sewa

    Posted: 18 May 2011 10:01 AM PDT

    SEORANG pemilik rumah menghadang rumahnya dengan mesin, batu, tong sampah, bahkan tilam yang usang, agar orang yang tinggal di rumahnya tersebut tidak lari.

    Pemilik rumah mengaku bahawa keluarga berkewarganegaraan Amerika tersebut masih menunggak pembayaran rumah dan dia terpaksa melakukannya kerana takut keluarga tersebut melarikan diri.

    Simon Everingham mengatakan bahawa Dan dan Christina Herring, menunggak pembayaran dan telah menyalahi perjanjian sewa selama 30 bulan yang ditandatangani November lalu.

    Dan Herring yang bekerja di bidang bisnis teknologi di pangkalan AS, Menwith Hill, Britain, harus kembali ke Amerika Syarikat.

    Everingham khuatir bahawa keluarga tersebut akan melarikan diri dan ia tidak mendapatkan wang sewa yang belum dibayar sebesar tiga ribu poundsterling.

    "Saya sudah menghadang jalan keluar sehingga mereka tidak boleh pergi sebelum membayar wangnya. Setiap pembayaran telat, perusahaan pengembang mengenakan denda yang kini jumlahnya mencapai enam ribu poundsterling," ujarnya seperti dilapor Telegraph, Rabu (18/5/2011).

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Wanita Nekad Lakukan Cubaan Bunuh Diri dengan Gaun Pengantin Kerana Kecewa

    Posted: 18 May 2011 09:01 AM PDT

    Changchun - Kecewa ditinggal kekasih, seorang wanita di China berusaha melakukan cubaan bunuh diri. Wanita tersebut berusaha mengakhiri hidupnya dengan melompat dari tingkat tujuh bangunan perumahan dengan mengenakan gaun pengantinnya.

    Beruntung wanita tersebut berhasil diselamatkan seorang warga dengan memegang gaun pengantin yang dikenakannya ketika akan melompat dari tingkat tujuh tersebut. Seperti dikutip dari Reuters.com, Rabu (18/5/2011) wanita berusia 22 tahun tersebut nampak tergantung di jendela bangunan sesaat sebelum usaha mengakhiri hidupnya digagalkan Guo Zhongfan. Zhongfan dibantu warga lainnya lalu menarik gaun pengantin warna putih itu untuk menyelamatkannya.

    Kejadian tersebut terjadi di sebuah bangunan perumahan di Changchun, daerah Jilin, China. Media tempatan setempat memberitakan, wanita itu kecewa kerana hubungannya dengan sang kekasih yang telah berjalan selama empat tahun kandas di tengah jalan. Padahal pasangan ini telah merancang akan segera mengadakan pernikahan esok harinya.

    "Dia tidak boleh hidup kerana tunangannya meninggalkannya dan akan menikah dengan wanita lain hanya beberapa hari sebelum pernikahan mereka," ujar TV lokal.

    Wanita yang tidak disebutkan namanya itu tidak mengalami cedera dalam usahanya bunuh diri. Gaun pengantin putih pun menjadi saksi peritiswa tragik ini.

    Sumber :http://www.detik.com/







    Inilah Manusia Pertama yang Sakit Jantung

    Posted: 18 May 2011 08:00 AM PDT

    Kompas.com - Seorang puteri dari Mesir yang hidup sekitar 3.500 tahun lalu dikirakan menjadi orang pertama yang diketahui menderita sakit jantung. Para doktor yakin jika puteri itu hidup di zaman moden ini dia pasti mendapat tindakan pembedahan pintas jantung (heart bypass).

    Dalam pemindaian terhadap mumi sang puteri diketahui adanya sumbatan pada pembuluh darah yang menuju bahagian jantung, otak, perut dan kakinya. Para ilmuwan yang menyebutkan kes ini menunjukkan penyakit jantung sudah ada sebelum gaya hidup moden.

    Ilmuwan jantung dari Amerika bekerja sama dengan pasukan dari Universiti Al Azhar di Cairo, Mesir, menganalisa 52 mumi, termasuk mumi sang putri. Para mumi itu discan seluruh tubuh di National Museum of Antiguities, Cairo. Hasilnya ditemukan pengerasan arteri pada separuh mumi yang discan.

    Puteri Ahmose-Meryet-Amon, mumi yang sakit jantung tersebut, berasal dari keluarga Mesir yang tersohor. Ia hidup dalam kemewahan sekitar tahun 1580 SM dan mati di usia 40 tahun.

    Dr.Gregory Thomas dari Universiti California mengatakan, pada masa Puteri Ahmose hidup belum ada gas atau elektrik, sehingga diasumsikan dia memiliki gaya hidup aktif.

    "Pola makan mereka juga lebih sihat dari manusia moden. Di masa itu mereka makan lebih banyak buah dan sayuran serta ikan banyak ditemukan di sungai Nil. Selain itu pertanian diolah secara organik dan belum ada minyak trans fat dan rokok," katanya.

    Akan tetapi, kata Thomas, tetap saja terjadi penyumbatan pembuluh darah. "Ini membuktikan ada link yang hilang pada faktor risiko penyakit jantung, sesuatu yang belum terungkap," katanya.

    Ia menambahkan, mumi Mesir itu menunjukkan bahawa penyakit jantung boleh menjadi bahagian dari hidup manusia. "Meski kita sudah melakukan segala hal untuk mencegah sakit jantung, tapi pada satu titik kita tidak perlu menyalahkan diri sendiri jika ternyata kita tetap perlu pembedahan jantung," katanya.

    Aksi kanak -kanak yang tak sanggup kita lihat

    Posted: 18 May 2011 07:45 AM PDT




    Berdasarkan gambar kedua remaja baru berusia belasan tahun..
    bayangkan jika ini terjadi kepada kaum keluarga kita..
    dan menurut jurugambar yang mengambil gambar ini kedua remaja menuju ke
    tandas dan setengah jam kemudian baru mereka keluar...

    Monyet paling kurang ajar,pasti kena bunuh kalau di luar kandang

    Posted: 18 May 2011 06:35 AM PDT


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Wow...Comelnya kucing berwarna pink ini

    Posted: 18 May 2011 05:00 AM PDT

    The Pink Panther: It is expected that she will keep her hue for a few months before it grows out completely.The kitten is being looked after by the Cats Protection charity until it is old and strong enough to be rehomed.Too cute! The kitten was found in a cement factory with two sisters and a brother.She was found at the Ladds concrete factory in Redruth, Cornwall, living between some pallets.





    Toilet trumpet yang pertama di dunia

    Posted: 18 May 2011 04:00 AM PDT

    Inilah design toilet paling unik dan aneh dengan konsep yang luar biasa iaitu konsep trumpet


    Kurang ajar tengok video porno di McDonald's yang dipenuhi kanak-kanak

    Posted: 18 May 2011 03:00 AM PDT




    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer Tina was disgusted to see a man watching pornography at a McDonald's outlet in Admiralty yesterday (May 17). The fastfood joint was crowded with children and their parents, said the STOMPer.

    It appears that some men cannot keep their private activities out of the public eye. STOMPers have caught them watching porn openly in a school computer lab, at a cyber cafe and even on a crowded bus.

    The STOMPer said:

    "I saw a young man watching pornography in public. It is such a disgrace.

    "Of all places, he was watching pornography at Admiralty's McDonalds.

    "At that point of time, there were even parents and children around!

    "This incident should be taken seriously. It's so inappropriate.

    "I think he is a Chinese national."

    Gila..pesakit enggan tinggalkan hospital kerana punggungnya di tato selepas pembedahan

    Posted: 18 May 2011 02:32 AM PDT

    Seorang pesakit menolak meninggalkan hospital kerana mengaku punggungtnya telah ditato selesai pembedahan mengeluarkan batu hempedu.

    Sheng Xianhui (34), dari Kunming, daerah Yunan, China, mengaku bahawa punggungnya bahagian kanan telah di tato dengan dua huruf karakter China.

    Dia mengatakan bahawa tato yang artinya adalah "Penyakit Batu" dilakukan oleh staf Hospital Penyakit Batu di Yunnan ketika pembedahan mengeluarkan batu hempedu yang dideritanya.

    Pihak hospital pun memanggil polisi untuk mengusir Sheng, namun dia malah menyambut kedatangan polis dengan harapan bahawa polis mahu menyelidikinya.

    "Saya tidak akan pergi. Saya khuatir begitu saya keluar dari hospital walaupun satu minit, pihak hospital nanti akan mengatakan bahawa tato saya dibuat di luar," ujar Sheng seperti dilporkan Orange, Rabu (18/5/2011).

    "Meskipun saya ingin ditato, saya sudah pasti tidak akan menggunakan kata-kata tersebut dan tidak dibahagian tubuh itu," lanjutnya.

    Sheng tidak menyedari adanya tato tersebut hingga isterinya melihatnya ketika dia selesai mandi satu minggu selesai pembedahan.

    "Setelah pembedahan, saya memang merasakan punggung sebelah kanan saya memang sakit. Tapi saya fikir itu hal yang normal setelah pembedahan" imbuhnya.

    Pihak hospital sendiri membantah telah membuat tato tersebut dan mengatakan bahawa hal tersebut boleh saja disebabkan alergi kerana tempat tidur di hospital.

    Gila..Wanita ini jual anak melalui eBay

    Posted: 18 May 2011 01:48 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Michigan - Polis mengatakan seorang wanita menjual anak berusia dua tahun melalui web jual-beli eBay. Wanita itu menjual anaknya kepada seorang lelaki.

    The Holland Sentinel mengabarkan polis berhasil menjejaki tempat tinggal wanita berusia 20 tahun itu di Ottawa County. Wanita tersebut merawat anak perempuan yang memiliki hubungan keluarga dengannya.

    Anak itu khabarnya ketika ini sudah diambil ibunya di Kent County.

    Sheriff Ottawa County, Letnan Mark Bennett, mengatakan polis menerima telefon mengenai penjualan anak di internet pada Isnin. Penjualan anak tersebut diduga dari tempat yang jauh.

    Bennett mengatakan salah satu penawar mengira penjualan bayi itu palsu. Namun, tawaran lelaki tersebut ternyata diterima. Sang penawar pun segera menelefon polis.

    Berkat petunjuk sang penawar, polis menemukan wanita tersebut. Menurut Bennett, wanita tersebut diduga terpaksa menjual anak itu karena sedang memerlukan wang.

    Pihak eBay sendiri belum memberi keterangan mengenai kejadian tersebut

    Tayang payudara untuk minta wang dari pelancung

    Posted: 18 May 2011 12:35 AM PDT



    Wanita ini dikatakan bernama Xian.Dia sanggup menunjukkan payudaranya kepada pelancung semata-mata untuk mendapatkan wang.Walaupun dilarang di masih lagi menunjukkan aksinya.Beginilah jadinya bila wang dijadikan tujuan utama dalam hidup.Tanpa ada perasaan malu ,dia sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri kerana wang.

    Hebat..kasut tinggi dibuat daripada rambut manusia

    Posted: 17 May 2011 11:45 PM PDT

    Pemilik sebuah salon rambut kecil di kota kecil Taichung Taiwan, Tsai Shiou-ying baru-baru ini menarik perhatian media dengan serangkaian karya seni yang asli dibuat dengan rambut manusia.


    Setelah memenangkan berbagai penghargaan dan hadiah untuk keahlian rambut, wanita yang berusia 54 tahun memutuskan untuk mengeksplorasi sisi artistik dengan menggunakan rambut dibuang untuk membuat berbagai karya seni. Dia baru-baru ini mempamerkan beberapa kreasi, termasuk brooch indah, nenas terbuat dari rambut, patung tikus, dan kebanggaan dan sukacita - sepasang kasut tumit tinggi. "Saya peribadi suka kasut tinggi ini. Aku hanya boleh melihat mereka dan mencubanya, tetapi jika saya membeli mereka, mereka hanya akan disimpan jauh . Saya tidak oleh memakainya, jadi saya ingin membuat sepasang kasut yang aku suka. Dengan cara ini, jika aku tidak boleh memakainya, setidaknya saya membuat sebuah karya seni, "kata Tsai Reuters.

    Sepasang kasut tinggi ini mengambil masa sebulan penuh untuk membuat, dan Tsai Shiou-ying memerlukan rambut dari tiga orang, biasanya teman dan tetangga. Dia mengatakan hanya rambut asli dapat digunakan untuk menciptakan karya seni yang tidak luar biasa ini, sebagai artifcial rambut dia menggunakan gam super. Tsai kini merancang untuk membuat gaun rambut dan korset. videonya klik SINI

    Gambar hantu main laptop di pejabat tertangkap

    Posted: 17 May 2011 10:45 PM PDT

    Dalam foto tersebut, nampak hantu wanita berambut panjang dengan mengenakan pakaian putih sedang duduk di depan laptop. Namun dia hanya terdiam membisu di tempat duduknya, sambil memandang penuh dengan wajah penasaran terhadap laptop itu.

    Berdasar data yang dihimpun, foto sosok hantu itu diambil menggunakan kamera Samsung GT-S5830, Khamis (5/5/2011) pukul 12:22:41 WIB. Hingga kini belum dikatahui siapa yang merakam sosok hantu tersebut. Semua pegawai yang ditemui wartawan pun mengaku tidak mengetahui.

    Banyak dari pengawai yang mengaitkan kemunculan hantu perempuan tersebut dengan gedung Darmoyuda, yakni bekas bangunan penyimpanan fail bahagian kewangan di komplek pejabat pemkab. Sejak terbakar 9 March 2009 lalu, bangunan tersebut masih dibiarkan kosong.

    Celebrity News

    Posted: 18 May 2011 03:38 PM PDT

    Celebrity News


    Cerita Lawak : Orang Gila Naik Pesawat Hercules

    Posted: 18 May 2011 01:28 AM PDT

    Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

    Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

    "Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
    "HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

    "Kan kami nie pemain simpanan...". 
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Cerita Lawak : Kisah Cikgu Tadika

    Posted: 18 May 2011 12:55 AM PDT

    Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

    Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
    Murid-murid : Nampak cikgu.
    Guru tadika : Pen ada kan?
    Murid-murid : Ada cikgu.

    Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
    ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

    Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
    Murid-murid : tak nampak cikgu.
    Guru tadika : pen ada tak?
    Murid-murid : tak ada cikgu.
    Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
    Murid-murid : tak nampak cikgu.
    Guru tadika : Tuhan ada tak?
    Murid-murid : tak ada cikgu.

    Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun
    mengangkat tangan...

    Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
    Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
    Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
    Murid-murid : nampak.
    Amin : cikgu ada kan?
    Murid-murid : ada.
    Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
    Murid-murid : tak nampak.
    Amin : cikgu ada otak tak?
    Murid-murid : tak ada. 

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    [ Story ] Orang Asli vs Orang Bandar

    Posted: 18 May 2011 12:50 AM PDT

    Al-kisah Dua orang pemudasedang menikmati makanan disebuah Restoran, kerana
    menghadiri seminar Kebudayaan.
    Seorang Pemuda Bandar danseorang wakil dari Pemuda orang Asli.
    Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan Pemuda Orang Asli ini.


    P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!


    P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?

    P.Asli : Yelah,

    1.Orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka makan sepatu manusia,

    2.Orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh
    merata-rata bercampur dgnsegala macam najis dan dipijak-pijak manusia.tengok
    kita Orang asli, makan semua jenis yang'terbang' sahaja. jadi, kebersihannya
    terjamin.

    Contohnya; Orang Asli suka makan monyet,monyet makan buah-buahan,Orang Asli
    suka makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung,
    Burung pun suka makan buah-buahan.

    P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan
    Pemuda Asli yg angkuh itu.
    Lalu Pemuda Bandar pun bertanya,"Oh!orang-orang awak suka makan jenis yg
    'terbang'ajelah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER'makan tak?".

    P.Asli : Terbang tak?

    P.Bandar : Oh terbang....

    P.Asli : Makan sikit-sikit!




    ps : Kalau dah bodoh jangan sombong

    hahahahah!!!!....

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Promosi di McD | McChicken Beli 1 Percuma 1 di McDonalds

    Posted: 18 May 2011 12:30 AM PDT

    Kepada peminat dan pengemar burger McD hari ini ada berita gembira untuk anda sehingga 12 tengah malam 18 Mei 2011. Bermula 11 pagi sehingga 12 malam ini anda berpeluang mendapat durian runtuh ( Jika Minat Burger ) dengan membeli 1 burger McChicken anda akan mendapat 1 burger FREE.

    Cara-caranya :

    1. Print gambar/coupon ni
    2. Pergi ke cawangan McD yang berdekatan
    3. Order burger McChiken dan bayar.
    4. FREE Burger McChiken 1 kepada anda .

    ZoOM : Apa tunggu lagi...pergi la McD berdekatan selepas kerja...!!

    Notes : Click Sini Jika nak print kupon beresolusi tinggi 
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

    Gossip Shahir Dan Rozita Che Wan Kantoi di LCCT

    Posted: 17 May 2011 09:57 PM PDT

    Wow !!! memang panas dan kantoi sebab siap dengan bukti yang sahih memperlihatkan kemesraan pasangan ini ketika si kaki gossip ternampak kelibat mereka. Walaupun jika sekali rambang ramai pihak diluar sana tidak perasaan kehadiran mereka.

    Menurut sumber gambar ini diambil pada 5 Mei 2011 di LCCT sepang ketika Shahir dan RCW menunggu penerbangan ke Alor Star. Berdasarkan gambar pasangan ini nak cover dengan memakai topi MJ je Cik RCW kita ni.

    Nampaknya sudah terang bersuluh pula, lepas ni abang shahir dan Cik RCW kita kenalah jawap dekat Press yang suka mensensasikan cerita ini yer...



     Ada pula peminat yang sempat ambil gambar
     memang Sah hanya mereka berdua !!!!

    ZoOM : Apa Komen Anda ?
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 18 May 2011 03:24 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Siti kembali ke Indonesia

    Posted:

    Siti kembali ke Indonesia

    Siti kembali ke Indonesia

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar ihsan SIMPLYSITI


    SITI Nurhaliza akan kembali ke Indonesia bagi mengubat kerinduan peminatnya.


    SEJAK penyanyi bersuara emas ini mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, ramai yang mengandaikan popularitinya akan jatuh merudum.

    Malah, tidak kurang juga yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak berupaya lagi mengekalkan kehebatannya sebagai seorang bintang ternama negara.

    Namun, hampir lima tahun memegang status sebagai seorang isteri, nampaknya masih lagi tiada sebarang tanda yang membuktikan gelaran penyanyi nombor satu negara yang dipegangnya itu akan berpindah milik.

    Tidak keterlaluan dikatakan, popularitinya terus memuncak dan kekal berada di tangga teratas biarpun Siti sendiri mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

    Apa jua yang diperkatakan tentang dirinya memang tidak dapat dinafikan lagi, Siti tetap menjadi pujaan peminatnya yang masih lagi mempercayai bakat istimewa yang dimilikinya itu.

    Buktinya, Siti akan kembali ke Indonesia untuk mengadakan konsert bergerak di lima buah bandar untuk mengubat kerinduan peminatnya di bumi jajahan Belanda itu.

    Lima destinasi yang akan dikunjungi Siti kelak adalah Bandung, Jogjakarta, Banjarmasin, Padang dan Jakarta.

    Sudah pasti, ia merupakan khabar gembira buat peminatnya di Indonesia yang sekian lama mendambakan persembahan daripadanya.

    Jika tiada aral melintang, Siti akan berlepas ke Indonesia menjelang pertengahan bulan Jun ini bagi memulakan konsert jelajah itu.

    "Tawaran untuk konsert ini sebenarnya datang daripada penganjur dari Indonesia yang mahukan saya membuat persembahan di sana. Apabila melihat kesungguhan mereka itu membuatkan saya terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut.

    "Kebetulan pula, jadual saya tidak begitu padat buat masa ini dan memang sudah lama saya tidak membuat persembahan sebegini di Indonesia.

    "Bukan itu sahaja, sewaktu berkunjung ke Bandung beberapa bulan lalu, peminat di sana memberitahu kehadiran saya telah mengubat kerinduan mereka.

    "Jadi, daripada situ, saya fikir inilah masa terbaik untuk saya kembali ke Indonesia dan menghiburkan peminat saya," jelasnya yang kali terakhir mengadakan persembahan di Makasar pada tahun 2007.

    Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata demikian usai sidang akhbar Malam Gala SimplySiti yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

    Turut hadir Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Dekan Teknologi Kreatif dan Artistik selaku Pengurus Acara Malam Gala SimplySiti, Profesor Madya A. Razak Mohaideen.

    Sepanjang 16 tahun menjadi seorang penghibur, populariti Siti bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

    Sehinggakan peminat Siti di Indonesia terutamanya, begitu taksub dan sayangkan Siti yang berjaya memukau mereka dengan suara emasnya.

    Malah, sewaktu Siti berada di puncak kegemilangan sebelum berkahwin dulu, dia sudah berjaya mengadakan konsert jelajah di Indonesia dan mencatatkan kejayaan yang cukup sukses.

    Untuk konsert jelajah itu kelak, Siti akan bertindak sebagai artis utama dan menampilkan artis undangan seperti Opick dan beberapa nama yang masih belum diputuskan.

    Untuk konsertnya di Jakarta pula, berkemungkinan besar Siti akan bekerjasama dengan penerbit, komposer dan maestro muzik tersohor negara itu, Erwin Gutawa.

    Bakal sibuk dengan persiapan konsertnya itu, apakah Siti akan melupakan niat untuk mengadakan konsertnya di negara ini seperti mana yang diimpikannya sejak tahun lalu?

    "Sudah pasti saya masih lagi menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert solo. Insya Allah, kita tunggu selepas sambutan Aidilfitri kelak," ujar pelantun lagu Bila Harus Memilih dan Kau Kekasihku ini penuh optimis.

    Dalam perkembangan lain, Siti juga berdebar menantikan reaksi peminat dan masyarakat terhadap album Inggeris pertamanya yang dijangka akan berada di pasaran bulan depan.

    Ujar pemegang rekod untuk Vokal Wanita Terbaik AIM sebanyak 11 kali ini lagi, album berentak pop moden dengan suntikan muzik R&B itu memuatkan 10 buah lagu itu sudah pun siap menjalani proses mixing dan kini hanya tinggal untuk mastering di Australia.

    Kerjasama dengan UiTM

    BAGI meraikan sambutan ulang tahun pertama SimplySiti, Siti akan mengadakan persembahan istimewa dalam majlis gilang-gemilang yang akan berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM pada 9 Julai ini.

    Diberi nama Malam Gala SimplySiti, acara yang berkonsepkan warna hitam dan emas itu turut menampilkan tiga artis popular negara iaitu Amy Search, Aizat dan Ana Raffali.

    Istimewanya tentang malam gala ini apabila ia menyaksikan kolaborasi SimplySiti dengan UiTM dan akan menggunakan kepakaran tenaga pengajar serta pelajar dari empat fakulti seni kreatif di UiTM.

    Empat fakulti itu adalah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Seni Lukis dan Seni Reka, Muzik serta Teknologi Kreatif dan Artistik.

    "SimplySiti sepakat memilih UiTM kerana percaya dengan kebolehan dan kredibiliti mereka yang telah melahirkan ramai bakat yang sudah terbukti kehebatan mereka dalam bidang masing-masing.

    "Bukan itu sahaja, pengguna SimplySiti juga kebanyakannya adalah dari kalangan remaja dan pelajar. Jadi, saya fikir kolaborasi ini adalah tepat," kata Siti yang akan menyarungkan busana rekaan pelajar jurusan fesyen pada acara yang akan dihoskan oleh penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail itu nanti.

    Dalam masa yang sama juga, Malam Gala SimplySiti diadakan untuk mengumpul dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang diwujudkan bagi membiayai pelajar berpotensi yang kurang untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.

    Sebagai tanda sokongan, SimplySiti juga telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk tabung berkenaan pada sidang akhbar itu.

    Bagi pihak dan pengguna tegar SimplySiti yang berminat untuk menghadiri malam gala ini, bolehlah menghubungi talian 03-5544 4860 atau melayari laman web, www.simplysiti.com.my.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berkongsi pelbagai rasa

    Posted:

    Berkongsi pelbagai rasa

    Berkongsi pelbagai rasa

    Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
    syazwan_zakariah@astro.com.my

    FILEM Kongsi memungut RM1.08 juta pada hari pertama tayangan. Satu lagi rekod baru yang dicipta penerbit David Teo untuk industri filem tempatan.

    Kejayaan ini secara tidak langsung menjadi satu gimik semulajadi untuk terus menarik penonton ke pawagam (termasuk saya yang gigih beratur membeli tiket).

    Penonton berhak membuat keputusan sendiri kerana tujuan utama rebiu ditulis bukanlah untuk menjatuhkan atau menyekat keuntungan sesiapa. Sebaliknya, sekadar berkongsi pandangan kerana saya juga sebahagian daripada penonton.

    Kongsi mengisahkan Tumulak, seorang pembunuh dari Thailand yang diupah ketua samseng, Kempedu untuk menimbulkan huru-hara di kalangan kumpulan kongsi gelap di Malaysia.

    Huru-hara ialah kata kunci untuk filem ini kerana Farid Kamil selaku pengarah berjaya mencapai objektifnya dengan mencipta suasana yang serba kacau dan kelam kabut. Bagaimanapun, kekacauan itu membuatkan saya sedikit 'tersesat' dalam memahami jalan cerita.

    Saya terpaksa membuat andaian sendiri (atau mungkin Farid memang sengaja ingin membiarkan penonton berfikir) sebab Kempedu melakukan sedemikian adalah untuk memasuki dan menguasai pasaran kongsi gelap di sini.

    Berbekalkan sinopsis seringkas itu, Farid cuba mengisi durasi satu setengah jam dengan pelbagai aksi lagak ngeri dan jenaka. Bagi peminat setia Shaheizy Sam, Kongsi adalah satu pengalaman tontonan yang menyeronokkan kerana bintang paling popular itu mendominasi hampir setiap babak.

    Sam membuktikan popularitinya bukan satu gelaran kosong apabila berjaya mewarnakan peranan Tumulak. Sebagai seorang pembunuh upahan, dia digeruni kerana jeling mata dan imejnya yang misterius. Namun, dalam masa yang sama dia ditertawakan kerana sikap cemerkap dan cepat gugup.

    Sebenarnya karakter Tumulak boleh dikupas dengan lebih terperinci. Babak-babak imbas semula menunjukkan sisi sedih lelaki itu bagaimana dia terjebak menjadi orang suruhan Kempedu. Emosi rapuhnya tidak dimanipulasikan ketika Tumulak berdepan dengan ASP Sharif yang mengetahui sejarah hidupnya.

    Konflik peribadi di antara Tumulak dan ASP Sharif sepatutnya mampu menjadi nilai tambah kepada plot penceritaan. Begitupun, Farid memilih untuk tidak memperbesar-besarkannya, sama ada bimbang ia menjadi terlalu dramatik ataupun membayangi label filem ini yakni aksi komedi.

    Seperti mana filem pertama arahannya, V3: Samseng Jalanan (2010), Farid mempamerkan kepakaran dalam menghasilkan adegan-adegan pertarungan dan perkelahian.

    Babak di Jalan Petaling boleh diperkemaskan lagi (kerana aksi melompat Sam dan Yana Samsuddin kelihatan jelas dibantu tali). Babak kejar-mengejar di antara Tumulak dan polis di jalan-jalan utama Kuala Lumpur patut diberi pujian.

    Gerak kerja kamera yang pantas dan kelicikan Tumulak menimbulkan perasaan lucu dan debar dalam masa yang sama. Kelebihan babak kemuncak ini menutup beberapa kelemahan sinematografi pada awal filem, di mana terdapat adegan yang out of focus dan gambar kabur.

    Jenaka yang dicetuskan agak menjadi walaupun Azad Jasmin nampak terlalu mencuba. Kemunculan pelawak veteran, Pie sebagai ketua kongsi gelap Melayu, walaupun sekejap tetapi mampu mencetuskan ketawa.

    Dengan rencah lengkap seperti pelakon terkenal dan genre yang popular, Kongsi dengan mudahnya menang di pawagam. Dari aspek teknikal, ya, filem ini menampakkan kemajuan pengarah dan penerbit kita yang semakin berani serta berkemampuan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 18 May 2011 11:02 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Semakin tenang

    Posted: 17 May 2011 06:11 PM PDT

    Hip

    Farawahida

    Farawahida

    Dugaan jadikan Farawahida lebih tabah, matang

    DIA pernah berdepan dugaan yang bukan calang-calang insan mampu menghadapinya. Apatah lagi rantaian cerita sudah ditokok tambah hingga menyentuh soal maruah. Namun, Farawahida masih mampu tersenyum kerana yakin di luar sana ramai yang mengetahui perihal sebenar.

    Dua tahun berlalu, gadis berjiwa kental itu semakin tabah melayari arus kehidupan. Akuinya, pengalaman perit mengajarnya untuk lebih berhati batu, sekali gus terus kekar melangkah. Walau dalam hidup mahupun kerjaya, dirinya kini semakin berdikari. "Pengalaman cukup mendewasakan. Ia mengajar saya menjadi individu tabah, lebih bersemangat dan paling utama, percaya kepada kemampuan diri sendiri. Apabila menyelak semula episod lama, saat getir itu saya cuba tinggalkan kerana yakin kemanisan akan hadir juga.

    "Syukur saya berjaya mengharungi semua kedukaan dengan bertawakal kepada-Nya. Perjalanan seni saya juga semakin dipermudahkan. Boleh dikatakan hari ini saya bertambah matang dan 'masak' dengan persekitaran," katanya yang baru menginjak usia 26 tahun.

    Berdepan dengan penyanyi ini, terserlah keyakinan, malah sesekali tawanya memecah kesunyian bagai tiada gelora bersarang di hatinya. Benar bagai dikata, gadis ini sedang melalui fasa bahagia baik dalam kerjaya, kehidupan mahupun dunia percintaan.

    Akui pemilik nama Farawahida Razali itu lagi, siapa yang mahu terus diulit sengsara semetelah selepas mendepani badai dunia yang cukup menusuk rasa, malah kala ini mulutnya bagai mahu menjerit kepada seluruh isi alam betapa kini dirinya tenang.
    Manakan tidak, single berjudul Jangan Tanya Aku Lagi gubahan Manusia Putih yang dihasilkan selepas dua tahun, sepi tanpa sebarang produk mula memancing perhatian pendengar, ditambah populariti lagu berkenaan yang turut dijadikan lagu tema drama bersiri Mata Ayer di slot Legenda TV3.

    Penerimaan itu melegakannya, malah ia akan disusuli rakaman single seterusnya kerana sebagai penyanyi, lagu baru cukup penting sebagai sandaran dalam setiap persembahan pentas.

    "Memang saya banyak membawakan lagu orang terutama artis seberang. Namun peminat menyukainya, cuma mereka masih bertanyakan dendangan terbaru. Kebetulan ketika saya berjumpa Manusia Putih, dia bertanyakan apa judul yang mahu saya berikan dan secara kebetulan saya jawab 'Jangan Tanya Aku Lagi'.

    "Seminggu kemudian dia memperdengarkan keseluruhan lagu itu. Memang tepat sekali dengan selera saya. Ketika rakaman, saya diberi kebebasan mencorakkan melodi dan seni katanya semula. Boleh dikatakan, dari awal pencarian bahan hingga proses rakaman, ia berdasarkan usaha sendiri," katanya yang menggunakan wang saku untuk menyiapkan lagu itu.

    Tidak hairan pengalaman itu membawa makna mendalam buat Farawahida, malah menguji kesabarannya yang sanggup mengumpul duit berdikit-dikit hasil persembahan demi merealisasikan impian, sekali gus tidak bergantung kepada album terdahulu.

    Kekasih beri dorongan

    Katanya, semangat jitu yang meresap ke dalam diri adalah hasil sokongan insan sekeliling terutama keluarga, peminat dan tidak ketinggalan insan tersayang, yang awalnya cuba dirahsiakan, kerana berasakan perhubungan mereka masih terlalu awal untuk diperkatakan.

    Akuinya, perkenalan ketika zaman sekolah kemudian membibitkan rasa tatkala mereka bertemu semula, bahkan hubungan yang mendapat restu seisi keluarga mula mekar sejak setahun lalu dan semakin dibaja supaya terus segar mengharum.

    "Biasalah dalam hubungan, ada pasang surutnya. Sifatnya yang begitu memahami dan menghormati orang tua cukup saya kagumi. Dia tidak mudah melatah apabila membaca desas-desus mengenai diri saya. Malah dialah sebenarnya antara penguat semangat untuk terus melangkah.

    "Soal jodoh saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Siapa kita untuk menentukan masa depan. Kalau saatnya tiba nanti, ia akan datang juga. Sebagai gadis, tidak manis jika saya pula yang beriya-iya bercerita soal jodoh," katanya penuh bermakna.

    Berkongsi lebih lanjut berkaitan kerjaya seni, katanya, debaran di hati semakin berganda apabila hujung tahun ini lakonan sulung, menerusi filem Baik Giler! dijadualkan menemui khalayak. Filem itu diterbitkan Layar Dimensi Sdn Bhd.
    Membawakan watak utama, Suraya, penyanyi yang pernah tampil dalam pementasan Sinbad pada 2009 bergandingan dengan Zizan Raja Lawak itu berharap percubaan pertamanya mampu meninggalkan impak kepada khalayak.

    "Dalam filem itu saya menjadi teman wanita Zizan (watak Afik). Agak kekok apatah lagi saya sukar menahan ketawa melihat aksinya. Apa pun dia dan ramai lagi pelakon senior memberikan tunjuk ajar termasuk Esma Daniel, Awie dan Kenchana Dewi," ulasnya mengenai filem yang menggunakan Melaka sebagai lokasi utama itu.

    Begitupun, katanya nyanyian tetap berada di tangga teratas. Selepas ini, sama ada dia akan melangkah lagi ke arena lakonan tetap bergantung kepada maklum balas khalayak, sekali gus menjadikan Baik Giler sebagai penentu keputusan itu.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tak pernah ragui Fauzi

    Posted: 17 May 2011 06:01 PM PDT

    Hip

    FAUZI bertukar-tukar dokumen bersama Abdul Wahab sambil diperhatikan Lisdawati.

    FAUZI bertukar-tukar dokumen bersama Abdul Wahab sambil diperhatikan Lisdawati.

    Lisdawati anggap gosip timbul kerana ada pihak tidak puas hati

    SEJAK mengambil keputusan untuk berkahwin sehinggalah menimang dua cahaya mata, pasangan suami isteri terkenal, Lisdawati dan Fauzi Nawawi tak habis-habis dilanda gosip. Paling kerap ditimbulkan adalah kisah kenakalan si lelaki. Khabarnya, walaupun sudah bergelar suami, Fauzi belum dapat meninggalkan tabiat hidung belangnya.

    Ada saja cerita kurang enak mengenai Fauzi singgah di telinga media sehingga menimbulkan tanda tanya, apakah pasangan ini sedang menghadapi krisis peribadi? Tidak cukupkah apa yang dikurniakan kepadanya sehingga lelaki ini sanggup berfoya-foya dan mahu menduakan isterinya. Ataupun cerita kenakalan Fauzi itu hanyalah sekadar gosip yang disebarkan semata-mata kerana ada yang tidak senang dengan kejayaan dan kebahagiaan mereka.
    Bertemu pasangan ini pada majlis pelantikan mereka sebagai jurucakap produk keluaran Vianco Natura di Restoran Puteri, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, persoalan itu turut diajukan kepada mereka.

    Mahu juga mendengar sendiri apakah komen Lisdawati dan Fauzi mengenai gosip yang jika terbukti kebenarannya, tidak mustahil mampu menggoyahkan kebahagiaan rumah tangga. Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi negatif yang ditunjukkan pasangan ini sebaik saja soalan panas itu dikemukakan.

    Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, kedua-duanya mengakui mereka saling percaya- mempercayai antara satu sama lain. Tegas Lisdawati atau lebih akrab disapa Lisda, sedikit pun dia tidak pernah meragui kesetiaan suaminya.
    "Memang sebelum ini saya pernah mendengar tuduhan yang sama dilemparkan kepada suami saya yang kononnya dia bersikap nakal apabila tidak bersama saya. Terus terang, saya tidak pernah meragui dirinya kerana bagi saya, Fauzi seorang suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarga.

    "Saya tidak tahu gosip apa pula kali ini yang melanda rumah tangga kami, tapi apa yang boleh saya katakan, semua cerita seperti ini timbul disebabkan ada pihak tidak senang dengan kejayaan suami saya. Saya bukan bercakap kosong, sebaliknya apa yang saya katakan ini saya memang nampak sendiri dengan mata dan kepala saya," luah Lisdawati.

    Katanya, sepanjang mendirikan rumah tangga, Fauzi baginya masih sama seperti dulu dan tidak pernah berubah walau sekelumit pun.

    "Dia tidak pernah mengabaikan rumah tangga dan anak-anak. Sehingga kini kami sebenarnya masih menikmati zaman bulan madu, sama seperti zaman awal pernikahan. Saya tahu, ramai yang menganggap Fauzi nakal berdasarkan karakternya dalam setiap drama atau filem lakonannya, walhal di luar, dia sama seperti lelaki lain yang penyayang terhadap isteri dan anak," puji Lisda.

    Tidak persiakan kepercayaan isteri

    LELAKI ini hanya tertawa apabila kisah 'kenakalannya' itu menjadi bahan bualan ramai. Begitupun, jauh di sudut hatinya terselit juga rasa terkilan apabila masyarakat begitu mudah membuat penilaian tanpa cuba mengetahui duduk bangun perkara sebenar.

    Tegas Fauzi, walaupun ramai yang melihat dirinya lebih kepada sisi negatif, hanya dia yang mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Kebebasan yang diberikan si isteri tidak pernah disalahgunakan.

    "Orang melihat saya berdasarkan watak yang saya lakonkan di layar kaca ataupun di layar perak. Saya sedar, watak antagonis itu sebenarnya banyak mempengaruhi pandangan orang terhadap saya sehingga ada yang menyangka, bagaimana saya dalam TV, begitulah juga saya di luar.

    "Jangan mudah memberi tanggapan melulu. Sejak berkahwin, saya tidak pernah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan isteri, selama ini. Orang boleh berkata apa saja terhadap saya, asalkan isteri saya tahu apa yang saya lakukan dan tidak pernah mempersoalkan kejujuran saya itu, sudah memadai," katanya.
    Beralih kepada perkembangan kerjaya lakonannya, Fauzi berkata, dia kini berjinak-jinak dalam drama genre komedi.

    "Sejak awal tahun sehinggalah sekarang, saya sering ditawarkan watak komedi. Ia bagaikan perkembangan baru dalam kerjaya lakonan saya. Mungkin ada yang melihat mudah sebenarnya untuk membawakan watak komedi ini. Tapi bagi saya, nak bawa watak komedi sebenarnya lebih susah daripada watak antagonis. Nak buat orang benci memang mudah, tapi sukar untuk membuat orang ketawa," kata Fauzi yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama komedi berjudul Mat Latah.

    Mengulas tanggungjawab sebagai duta produk Vianco Natura pula Lisda berkata, tugas mereka adalah untuk memberi penerangan mengenai keistimewaan produk keluaran Bumiputera itu.

    "Kami akan terbabit dalam beberapa siri jelajah promosi yang sudah diatur penganjur. Dalam siri promosi ini, kami akan bercerita mengenai pengalaman menggunakan produk keluaran jenama itu. Macam saya, saya lebih kepada penggunaan produk pencuci bio detergent dan juga minuman kolagen, manakala suami adalah untuk produk Coffee Premix dan Teh Jus Lemon.

    "Sebelum bersetuju untuk menjadi duta, kami menggunakan produk berkenaan selama dua bulan dan ternyata produk ini memang banyak keistimewaan," katanya yang mengikat kontrak selama setahun bersama LS Associates (SEA) Sdn Bhd (LSA), pengeluar produk Vianco Natura.

    Terdahulu, Lisdawati dan Fauzi menandatangani perjanjian sebagai duta produk itu. Hadir sama, Ketua pegawai Operasi LSA, Datuk Abdul Wahab Abdul Hamid.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

    Posted: 18 May 2011 09:46 AM PDT

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


    Gambar Hot & Seksi Naib Juara Dewi Remaja 2010 Izara Aishah @ Ixara

    Posted: 17 May 2011 10:17 AM PDT

    Naib Juara Dewi Remaja 2010, Izara Aishah atau lebih di kenali dengan nama Ixara kini sedang membina nama di dunia seni sebagai artis baru. Sekarang Ixara muncul di kaca TV di dalam drama Keranamu Laila.

    Bagi yang tak mengenali Ixara ni korang boleh la tengok gambar hot Ixara kat bawah ni dan boleh follow Ixara dalam Keranamu Laila di slot zehra TV3.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    Posted: 18 May 2011 03:06 AM PDT

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Filem Nur Kasih The Movie

    Posted: 17 May 2011 11:39 AM PDT

    nur kasih the movieSinopsis Nur Kasih The Movie:- Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

    Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

    Tajuk Filem:
    Nur Kasih The Movie

    Pengarah:
    Kabir Bhatia

    Penerbit:
    Primeworks Studios Sdn Bhd

    Dipawagam:
    19 Mei 2011

    Pelakon Nur Kasih The Movie:
    Remy Ishak
    Fizz Fairuz
    Tiz Zaqyah
    Ayu Raudhah
    Liza Othman
    Munif Isa
    Sara Ali
    Mia Sara Nasuha
    Ilyas Suhaimi

    Trailer Nur Kasih The Movie:

    Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 18 May 2011 01:07 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Enggan nama jadi buruk

    Posted:

    Enggan nama jadi buruk

    Enggan nama jadi buruk


    SEMAKIN anggun dan jelita pada usia 43 tahun, nama Ziana Zain masih relevan di persada seni tanah air.


    SELAMA 20 tahun menceburi bidang seni, jarang sekali nama Ziana Zain dicalit dengan kontroversi. Namun, sehebat mana dirinya cuba menepis kontroversi dia akhirnya tewas.

    Pemilik sebenar nama Siti Roziana Zain ini tiba-tiba sahaja dilabel sebagai tidak profesional dan berlagak diva.

    Semuanya gara-gara pelantun lagu Puncak Kasih itu enggan mengayakan baju 'bareback' rekaan Christian Dior yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya untuk muka depan sebuah majalah fesyen terkenal.

    Ziana juga dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi yang menggandingkan dirinya bersama Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latiff itu kerana terlalu marah.

    Akibatnya, sesi fotografi untuk muka depan majalah itu terpaksa diteruskan hanya dengan Fauziah Latiff yang kemudian disertai oleh Dayang Nurfaezah, Misha Omar dan Mizz Nina yang menggantikan Ziana, Erra dan Ning.

    Malah, impak daripada tindakan Ziana itu, majalah tersebut telah menyiarkan artikel susulan tentang kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.

    Berikut antara sedutan daripada artikel dalam majalah tersebut yang tertulis: 'Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar priofesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya, Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja kami berbuat demikian.

    'Ada yang bertanya antara keempat-empat diva ini siapa yang paling 'kertu' (tua), tetapi kami tidak menganggap diri Ziana yang sudah berumur 43 tahun itu 'kertu' (kecuali dia anggap dirinya kertu). Justeru, kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri)'.

    Kosmo! berpeluang mendapatkan jawapan Ziana berhubung perkara tersebut pada pertemuan sempena sambutan hari lahirnya yang dilangsungkan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mengenakan persalinan ungu rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini, Ziana yang masih anggun dan jelita pada usia 43 tahun itu melahirkan rasa sedih dan menganggap perkara tersebut merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya.

    "Selama 20 tahun berada dalam industri hiburan, saya tidak pernah dilanda kontroversi seperti ini. Saya tidak mahu nama saya buruk disebabkan mengenakan pakaian sedemikian.

    "Saya kena pakai pakaian mengikut usia saya. Saya kena tahu jaga hati peminat saya. Bagaimanapun, perkara seperti itu terjadi juga sehinggakan ada segelintir pihak mengatakan saya berlagak diva.

    "Namun begitu, ramai peminat masih pertahankan diri saya" kata Ziana yang masih tidak dapat melupakan indiden yang berlaku pada bulan Mac tahun ini tersebut.

    Insiden memalukan itu turut mendapat reaksi daripada ayah Ziana, Zain Abdullah.

    "Dia tidak tahu ke yang dia kutuk itu anak siapa? Orang ini betul-betul kurang ajar," kata Ziana mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh ayahnya.

    Pak Zain turut menasihatkan anak sulung daripada lima beradik itu agar tidak terlalu tunduk kepada orang. Ada masanya dia perlu bertindak.

    Ditebak sama ada dia mahu menyaman majalah tersebut, kata Ziana, dia tidak sampai ke tahap untuk menyaman majalah tersebut.

    Impikan konsert hebat

    Terlalu lama Ziana Zain tidak mengadakan konsert. Kali terakhir, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengadakan konsert pada tahun 1996.

    Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Consert yang berlangsung di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu telah dihadiri ribuan peminat Ziana.

    Ziana dalam pada itu mengakui sememangnya dia mengimpikan sebuah konsert yang eksklusif.

    Namun begitu, impiannya itu tidak tercapai disebabkan tidak mendapat tawaran yang bersesuaian.

    "Ziana mengimpikan sebuah konsert yang hebat dan eksklusif, jadi Ziana kena fikir bayaran untuk pemuzik dan prop yang hebat. Belum termasuk bayaran untuk penari-penari, kostum dan sebagainya.

    "Bukan bermaksud Ziana demand tetapi bayaran yang diminta adalah bersesuaian dengan peruntukan yang perlu saya salurkan," katanya yang baru sahaja tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Pawana.

    Selepas 20 tahun menjadi selebriti, Ziana telah dilantik sebagai jurucakap pelbagai produk antaranya Avon, NutriBeauty, Omega , Head & Shoulders, B&H, L'Oréal, Vono dan Brilliant Rose.

    Malah, pada tahun lepas dia telah diterbangkan khas ke Australia untuk menjalani sesi fotografi dengan produk jenama Louis Vuitton.

    Masih jelita dan memiliki bentuk tubuh yang menawan, Ziana bertuah kerana kontrak bersama Slim World masih disambung.

    Bukan itu sahaja, Ziana juga kini merupakan duta produk Dutch Lady dan Antabax.

    "Berat badan saya sekarang 51 kilogram. Umur dah masuk 40-an memang kena jaga berat badan.

    "Tidak boleh terlalu kurus dan nampak cengkung dan tidak boleh terlalu gemuk," kata mentor kepada protege Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. ini.

    Menyentuh mengenai perjalanan karier Mohd. pula, Ziana menegaskan Mohd. bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.

    "Mohd. kini bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone. Saya cuma menjaga Mohd. semasa dalam program Mentor sahaja. Buat masa ini, saya sekadar memberi nasihat kepadanya," ungkap Ziana.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ziana sebak dirai peminat

    Posted:

    Ziana sebak dirai peminat

    Ziana sebak dirai peminat


    TUMPUAN. Ziana bergambar kenangan bersama ahli kelab peminatnya, Zianafolks.


    ZIANA tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipinya saat dia diraikan oleh kelab peminatnya Zianafolks di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, sempena kelahirannya yang ke-43 tahun.

    Malah, Ziana mengaku peminat merupakan nadi untuk dirinya terus bertahan dalam bidang seni sejak 20 tahun lalu.

    "Saya tidak sangka peminat masih setia menyokong saya sehingga ke hari ini.

    "Alhamdulillah, kerana Tuhan masih memanjangkan usia saya sehingga kini," katanya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi.

    Ziana juga tidak dapat menahan sebak ketika dia dihadiahkan dengan sebuah lukisan keluarga daripada peminat-peminatnya.

    Menurutnya, industri hiburan kini sudah terlalu ramai dengan artis. Ziana tidak tahu sampai bila dia masih bertahan dan berapa tahun lagi dia akan berada di bidang seni.

    "Saya serahkan segala-galanya kepada Allah. Mungkin inilah perjalanan hidup dan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan untuk saya," luahnya mengenai pembabitan dalam dunia seni yang kini sudah menginjak usia 20 tahun.

    Peminat-peminat yang hadir pada sambutan hari jadinya terdiri daripada peminat-peminat setianya dan juga peminat-peminat dari Singapura dan Brunei.

    Mengenakan tema ungu sempena sambutan hari jadinya kali ini, Ziana diraikan dengan pelbagai persembahan daripada peminat dan media.

    Selama ini dirinya menghiburkan peminat. Sempena sambutan hari jadinya yang ke-43 tahun, kelab peminatnya Zianafolks menganjurkan persembahan buat Ziana Zain.

    Setiap meja perlu membuat membuat persembahan lagu-lagu Ziana Zain yang terpilih dan media turut tidak terkecuali.

    Ziana memberitahu, bukan senang untuk dirinya membina karier seni dari mula sehingga kini. Katanya, dia ada tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

    Disebabkan itu, dia sentiasa memastikan dirinya untuk tampilkan benda-benda positif.

    "Saya mahu tinggalkan industri ini dengan buku yang bersih dan kenangan-kenangan yang indah.

    "Kalau ikutkan anak sudah empat saya nak settle down daripada bidang seni. Tetapi, saya tidak mahu hampakan peminat yang masih setia mencari khabar baru tentang diri saya. Saya masih ingin berada dalam bidang seni," ujarnya yang sememangnya masih relevan dalam industri hiburan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gaji Seacrest RM171 juta

    Posted:

    Gaji Seacrest RM171 juta

    Gaji Seacrest RM171 juta

    DALAM dua tahun kebelakangan ini, kerjaya hos American Idol, Ryan Seacrest memang cukup 'panas'. Seiring dengan kepanasan itu, Seacrest dilaporkan telah menerima kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda daripada penerbit program realiti TV itu, Fox Television.

    Jika dihitung, gaji hos yang cukup berkaliber mengendali program tersebut sejak musim pertama hingga sepuluh sekarang ini dikatakan mencecah AS$55 juta setahun (RM171 juta)!

    Menurut Splash News, pada tahun 2009, hos tersebut menerima gaji kira-kira RM15 juta sahaja setahun. Namun selepas namanya semakin berpengaruh, ia dinaikkan mencecah RM47 juta setahun dan terkini, dalam tempoh dua tahun sahaja, Seacest memperoleh gaji sebanyak RM171 juta setahun!.

    Pendapatan Seacrest itu sebenarnya turut disumbangkan daripada kerjayanya sebagai deejay radio KISS-FM dan penerbit program realiti TV, Keep Up With The Kardashians, selain memperoleh gaji sebagai penerbit eksekutif program masakan yang dihoskan oleh Jamie Oliver, Food Revotion.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 17 May 2011 11:25 PM PDT

    OHBULAN!


    MTV World Stage 2011, 30 Seconds To Mars Live In Kuala Lumpur.

    Posted: 17 May 2011 10:21 PM PDT

    MTV World Stage 2011, 30 Seconds To Mars Live In Kuala Lumpur.

    Tahun lepas, MTV World Stage membariskan selebriti antarabangsa seperti Katy Perry, Tokio Hotel & Wonder Girls di hadapan lebih 15 000 pengunjung di Sunway Lagoon.

    Tahun ini, MTV World Stage akan mengegarkan tanah Kuala Lumpur pada 24 Julai 2011 dengan persembahan hebat daripada band 30 Seconds To Mars yang popular dengan single-single mereka berjudul The Kill & The Beautiful Lie (youtube).

    Ini berita yang baik buat peminat 30 Seconds To Mars untuk melepaskan geram secara live bersama mereka. Buat pembaca OHBULAN! yang tidak pernah meminati 30 Seconds To Mars, boleh cuba untuk berminat dengan melayan lagu mereka selepas ini. Enjoice!

    P/s: Aku selalu bengang sebab redbox tak letak subtitle lagu depa ni!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hafiz AF7 Tolak Floor Manager, Terkehel Kaki Kerana Adira?

    Posted: 17 May 2011 09:58 PM PDT

    Cerita panas minggu ini, Hafiz AF7 diperkatakan telah menolak jatuh seorang floor manager sebuah program talk show di tangga sehingga terkehel kaki disebabkan Adira. Apa yang kami dengar, floor manager, berjantina wanita itu telah menganggu Adira dan menyebabkan Hafiz hilang sabar.

    Insiden ini menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya.

    Imbas kembali, B*Pop pernah melaporkan bahawa Adira mempunyai hubungan sejenis dengan seorang tomboi, yang dikenali sebagai Zack, juga bekerja sebagai floor manager. Walau bagaimanapun, Adira menafikan dakwaan hubungan songsang tersebut. Kami tidak menuduh, cuma mengaitkan insiden tolak menolak ini dengan gosip pengkid yang pernah melanda Adira sebelum ini.

    Sayangnya, Hafiz AF7 gagal mempertahankan rekod bersihnya kerana insiden ini. OHBULAN! nak nasihatkan, Hafiz perlu kekal profesional, jangan campur adukkan masalah peribadi. Bukan apa, awak tu selebriti yang dikenali, banyak mata yang memandang. Jadi faham-faham je lah.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Posted: 17 May 2011 11:15 PM PDT

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Diana Danielle Pembuka Tirai Konsert Kenny G

    Posted: 17 May 2011 10:37 PM PDT

    DIANA DANIELLE MEMBUAT KEJUTAN…TERPILIH MENJADI PENYANYI PEMBUKA TIRAI KONSERT KENNY G MAY 24 INI

    Pelakon & penyanyi Diana Danielle yang amat dikenali di persada seni melalui kebolehan lakonon beliau bakal mencipta kejutan dan sejarah tersendiri dengan terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai di Konsert Kenny G yang akan berlangsung di Plenary Hall. KLCC pada Selasa May 24 ini.

    Budiey rasa ramai penyanyi tempatan yang ingin mendapat peluang untuk menjadi penyanyi pembuka tirai kepada mana-mana artis antarabangsa apatah lagi seorang legenda instrumental saksofon seperti Kenny G. Namun, nasib memihak kepada Diana Danielle. Macamana Diana boleh terpilih, itu kena tanya dengan Diana. Apa-apa pun, tahniah Dee.

    Diana Danielle

    Diana Danielle yang akan melahirkan single pertama beliau hasil ciptaan beliau sendiri "TAK PERNAH ADA" akan menghadapi cabaran untuk membuktikan keupayaan beliau untuk berjaya di dalam industri seni suara di persada dengan ujian yang paling getir yang mana pentas pembuka tirai artis antarabangsa menjadi daya pengukur beliau sebagai penyanyi yang berkaliber. Keberanian Diana Danielle menyahut cabaran ini sudah pasti akan menjadi tumpuan para peminat industri hiburan pada May 24 nanti.

    Kelainan dan daya penarik konsert Kenny G kali ini ialah sikap sayang peminat Kenny G yang akan meluangkan masa sebelum dan selepas Konsert beliau untuk menandatangani setiap CD dan barangan Kenny G di luar dewan persembahan. Ini jarang-jarang sekali berlaku dan menunjukkan sikap rendah diri dan menghargai para peminat Kenny G yang harus dicontohi oleh mana-mana artis tempatan dan antarabangsa yang datang berkunjung untuk konsert di tanah air kita.

    Juga persembahan Kenny G juga mementingkan kepuasan para peminat dengan menghidangkan persembahan selama 2 jam 10 minit. Sudah pasti memberi nilai maksiima kepada harga tiket yang dibayar.

    Persembahan Diana Danielle dan Kenny G pada May 24 di Plenary Hall, KL Convention Centre akan bermula pada 8.30pm. Tiket berharga RM888 (Platinum), RM498 (Gold), RM298 (Silver) and RM198 (Bronze) masih ada terjual. Tiket juga boleh ditempah melalui online di www.airasiaredtix.com and www.ticketpro.com.my. Mereka yang membeli tiket Platinum akan dapat secara PERCUMA album terbaru Heart and Soul. Kenny G Live In Malaysia dibawa khas oleh JS Concert Productions.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fesyen Diana Danielle di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza
  • Diana Danielle Tak Sabar Ikuti Kursus PLKN 19 Mac Ini
  • Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23
  • Gambar Diana Danielle @ Sidang Media Lelong Amal Suria FM
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil
  • Jemputan Pembaca Ke Pelancaran Public Jewellery Bersama Duta – Diana Danielle
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pengalaman Luar Biasa Ke Konsert Katy Perry Brisbane Australia

    Posted: 17 May 2011 09:54 PM PDT

    Baru-baru ini, Budiey menerima pelawaan dari Hotmail untuk menjadi satu-satunya wakil blogger dari Malaysia untuk ke Konsert Katy Perry (Katy Perry – The California Dreams Tour 2011) yang berlangsung di Brisbane Entertainment Centre, Australia. Rasanya, ramai pembaca yang follow akaun twitter Budiey (follow me @budiey) ni dah tahu yang Budiey mahu ke Brisbane semata-mata nak jumpa dengan Katy Perry.

    Terima kasih Hotmail kerana sudi menaja Budiey ke Brisbane, Australia.

    Siapa tak minat Katy Perry. Giler tak, macam dah jadi satu kegilaan anak-anak muda sekarang ni. Sebut je nama Katy Perry, akan terbayang di mata betapa seksi, hillarious dan mantapnya persembahan Katy Perry di pentas. Patutlah susah sangat nak masuk Malaysia nak buat konsert. Kalau nak masuk jugak, kena ikut etika pemakaian. Bukan itu sahaja, banyak lagu-lagu Katy ada unsur-unsur sensual dan bahasa yang double meaning. Contohnya, lagu Peacock. Memang kelas lagu ni! Korang yang tahu lirik-lirik lagu Katy akan faham dengan apa yang Budiey maksudkan.

    Masih ingat lagi, Katy Perry pernah datang ke Malaysia untuk perform di MTV World Stage 2010. Masa tu, Budiey tak dijemput oleh penganjur di Malaysia. Ironinya, Budiey telah dijemput oleh penganjur dari luar negara untuk ke Brisbane menyaksikan persembahan LIVE Katy Perry di sana. Terima kasih, Hotmail & Warner Music.

    Sorry, gambar yang diambil ini tak berapa lawa sebab hanya menggunakan iPhone4 aje.

    Sebelum terbang ke Brisbane, Budiey ada anjurkan peraduan untuk korang semua menang 2 buah CD album Katy Perry Teenage Dream. Tarikh untuk join dah tamat y'all dan kepada yang join tu, Budiey rasa korang tak sabar nak tahu siapa pemenangnya. Sabar ya, Budiey akan pilih tak lama je lagi. Album dah pun ada di tangan Budiey sekarang ni.

    Katy Perry Brisbane

    Kalau Katy Perry sanggup travel 14 jam dari California untuk turun buat konsert tour di Asia, Budiey pula sanggup memanaskan punggung untuk terbang ke Brisbane selama 7 jam 20 minit. Walaupun letih giler, tapi memang worth it la sebab ya… korang pun tahu, Katy Perry memang happening giler kan!

    Katy Perry Brisbane

    Pagi yang cerah 4 Mei lalu, Budiey bertolak ke Brisbane, Australia. Dari rumah, dah tentu kena naik teksi untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kena ambik ERL untuk ke KLIA. Dari KLIA terbang ke Singapura dengan MAS. Transit di situ untuk terbang terus ke Brisbane dengan menaiki flight The Emirates.

    Nasib baik tak lupa nak bawa tentatif yang diberikan oleh Hotmail. Kalau tak habis naya, tak tahu mana direction trip ni.

    Katy Perry Brisbane

    Jam 11 pagi, Budiey selamat sampai di KLIA. Perjalanan dengan ERL mengambil masa hanya 30 minit sahaja. Pantas. Sesuai dengan harganya RM35 sekali naik bagi dewasa.

    Sampai di KLIA, berhenti breakfast di Harrots Café. Wah! Perasan diriku ini sedang berada di London, uall! Tengoklah, harga sekeping roti pun RM8.00 sama teanya RM9.00. Giler tak mahal!

    Katy Perry Brisbane

    Selepas breakfast di Harrots Café KLIA, sempat ambil masa lagi untuk update blog. Sekarang rasa macam masa tu dah singkat, banyak sangat event tapi takde masa nak kemas kini blog. Jadi, kalau ada masa luang tu, pandai-pandailah nak jenguk-jenguk blog. Asalkan jangan bersawang sudah.

    Katy Perry Brisbane

    Dari KLIA, naik MAS selama 1 jam. Sampai di Changi Singapura Terminal 1 pada jam 1 tengahari. Wakil dari Hotmail, Amy dan Tamara janji nak berkumpul dengan semua blogger dan pemenang peraduan di Terminal 2 pada jam 2 petang.

    Sampai di Terminal 2, terus ke Burger King di mana di situ Budiey dapat jumpa buat kali pertama dan berkenalan dengan Amy & Tamara wakil dari Hotmail. Mereka sangat mesra, peramah dan ceria. Memang sesuai dengan kerja mereka la kan.

    Skytrain

    Asyik borak dengan diorang, sampai aku terlupa yang aku masih belum check in untuk terbang ke Brisbane. Aku perasan masa nama aku dipanggil dari PA system di airport. Gila aku panic, lagi 30 minit lagi nak terbang ni. Takut terlepas flight je uall. Nasib baik kaunter untuk check in tu dekat je dengan tempat kitorang lepak. So, moral of the story, walaupun transit je, jangan lupa untuk check in. Hahah, sangat jakun diriku.

    Katy Perry Brisbane

    Dari Singapura, kami menaiki pesawat The Emirates selama 7 jam 20 minit. Lama jugak tu, tapi nasib baik dalam flight ni ada disediakan Emirate's In Flight Entertainment yang diberi nama ICE, siap dengan panel TV untuk menonton filem, drama atau nak dengar lagu pun boleh. Jadi, takdelah Budiey rasa boring sangat. Walhasilnya, sempat aku layan 4 movie secara marathon masa kat dalam flight ni. Memang selesa dan makanan yang disajikannya pun not bad lah!

    Katy Perry Brisbane

    Sesampai di Brisbane, sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai untuk bergambar. Ini dia, gambar yang sempat Budiey ambil bersama dengan pemenang peraduan Hotmail dan wakil blogger dari Singapura & Filipina.

    Sangat bertuah mereka ni. Dapat terbang tengok Konsert Katy Perry sambil melancong dengan ditaja sepenuhnya oleh Hotmail. Dalam peraduan tu, mereka hanya perlu menulis dalam 20 perkataan kenapa mereka layak untuk menonton Konsert Katy Perry. Tahniah untuk pemenang dari Malaysia iaitu Sunny Loh! Dia datang dengan isterinya, terpaksa meninggalkan dua orang anaknya di Malaysia semata-mata tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

    Katy Perry Brisbane

    Di Brisbane, kami tinggal di Hotel Novotel Brisbane Airport. Tak jauh dengan airport. Tak sampai pun 20 minit dari airport. Sangat dekat. Tapi jauh juga la nanti kalau nak gi jalan-jalan di bandar Brisbane. Ada la dekat 1 jam jugak untuk naik bas ke sana.

    Katy Perry Brisbane

    Tapi baru aku tahu kenapa penganjur pilih hotel ni, sebab utamanya dekat dengan Brisbane Entertainment Centre di mana berlangsungnya konsert Katy Perry ni pada 5 Mei 2011. Hanya 5 minit je dari airport.

    Pada pagi 5 Mei 2011, seusai sarapan, kami berkumpul untuk mendengar taklimat dari wakil Hotmail berkenaan dengan produk terbaru dari Hotmail iaitu Office Web Apps dan juga Save Social Energy. Budiey akan terangkan secara lebih detail tentang kedua-dua produk Hotmail ini di entry akan datang ya.

    Katy Perry Brisbane

    Wakil dari Hotmail, Amy sedang memberi taklimat secara ringkas kepada semua pemenang dan blogger.

    Video Hotmail Katy Perry Product Briefing at Hotel Novotel:

    Katy Perry Brisbane

    Masa yang terluang di hotel hanya dihabiskan untuk berehat sementara yang lain sanggup ke bandar Brisbane untuk shopping dan jalan-jalan.

    Pada jam 6.30 petang waktu Australia, kami berkumpul di ruang lobby untuk ke Brisbane Entertainment Centre. Waktu ni suasana kat luar dah gelap. Kalau kat Malaysia, waktu ni dah jam 4.30 petang.

    Kami diberikan tiket konsert yang bernila AUS100.00. Lebih kurang RM320 duit kita. Memang best sebab tiket ni adalah yang paling mahal dijual. Free seat betul-betul depan pentas.

    Katy Perry Brisbane

    Berbaloi-baloi.

    Katy Perry Brisbane

    Wajah-wajah berekspresi ceria dari pemenang peraduan Hotmail, Sunny Loh bersama isteri Cheng Cheng.

    Korang memang bertuah. Menurut kata Sunny, ini adalah hadiah yang paling besar pernah diorang menang. Lucky betul.

    brisbane

    Bersama rakan blogger dari Singapura, Adrian Seet Superadrianme, Tamara Yee wakil dari Hotmail. It was a pleasure meeting you all guys! Kredit photo dari blog Annalyn.net.

    brisbane-01

    Yang seronoknya boleh tengok macam-macam stail dan fesyen peminat Katy Perry. Macam-macam ada. Diorang ni dress up memang tak ingat. Ada yang pakai bra cam cupcakes, candy dress, blue wigs dan semua tu kan macam trademark Katy Perry.

    Katy Perry Brisbane

    Keseronokan terpancar dari wajah dan gelagat pemenang peraduan.

    Video Kegilaan Katy Perry di Brisbane Entertainment Centre

    Katy Perry Brisbane

    Sementara menunggu kemunculan Katy Perry, kami sempat borak-borak dan lepak depan pentas. Suasana masa tu dah riuh rendah dan makin lama, orang makin ramai.

    Konsert bermula jam 8 malam tatkala kerusi dan juga ruang dewan ini penuh dengan peminat Katy Perry. Memang full house.

    Budiey diberitahu, konsert ini akan dibuka dengan persembahan dari artis bernama Zowie. Lihat video ni:

    Katy Perry membuka pentas dengan lagu Teenage Dreams. Jom tonton video:

    Budiey suka dengan pentas konsert ni. Memang ianya meriah dengan prop berupa replica gula-gula lollipop tu dan kiri kanan ada replika cupcakes besar, tangga yang warna warni. Warna tema untuk stage kebanyakan berwarna pink.

    Di atas ada 3 buah skrin besar, tak lupa ada disediakan skrin besar di kiri kanan pentas untuk penonton.

    Katy Perry Brisbane

    Tak banyak gambar yang Budiey ambil masa Katy Perry nyanyi, sampai tak sempat nak ambil gambar sebab excited giler duk nyanyi sama-sama.

    Katy Perry ni memang kelakar, pandai berkomunikasi dengan peminat dan gaya dia layan peminat pun sangat menghiburkan. Ada sekali tu, Katy cium peminatnya. Tengok video ni:

    Budiey sempat ambil beberapa video masa Katy Perry perform:

    Apa yang boleh Budiey katakan, pengalaman menonton konsert Katy Perry ni adalah satu pengalaman yang extraordinary. Energi dan tenaga Katy bikin ramai yang histeria. Teringat dengan gaya Lady Gaga, tapi Katy ni tak la sama 100% ni. Cuma kadang-kadang tu rasa macam Lady Gaga sebab Katy Perry ni suka berketrampilan seksi dan hot di pentas.

    Vokal lantang Katy tak perlu lah nak cakap kat sini. Memang hebat. Semua lagu-lagunya pun best. Layan habis.

    Konsert ni bukan sekadar konsert biasa, malah Katy ada storyline atau jalan ceritanya tersendiri. Dari awal hingga habis konsert, ada narator yang membawa penonton mengembara melihat satu kisah percintaan. Konsepnya lebih kurang seperti kisah Katy yang mencari lelaki pujaan hatinya. Persembahan ini menjadikan konsert tak boring. Superb!

    Paling kelakar masa Katy nyanyi lagu Peacock. Kelakar giler tengok gaya dia nyanyi "I wanna see your peacock-cock-cock" sambil bermain dengan mikrofon. Funny giler.

    Tak ketinggalan lagu-lagu Katy yang popular dimainkan di radio sekarang ni, antaranya ET, Fireworks, I Kissed a Girl dan banyak lagi, turut didendangkan dengan iringan band serta pekikan dan teriakan dari peminat. Selain lagu asal, Katy juga nyanyi lagu Rebecca Black (Friday), Whip My Hair (Willow Smith) dan Whitney Houston ( I Wanna Dance with Somebody).

    Katy Perry meninggalkan kenangan terindah buat peminatnya di Brisbane dengan lagu California Gurls. Masa ni memang meriah giler sebab ada gingerbread men di pentas serta bola pantai yang berwarna-warni dilontar sana-sini.

    Fun dan fantatik. Dua perkataan ini sangat tepat untuk menggambarkan rasa yang terpahat di hati peminat. Cuma rasa tak puas hati mestilah ada, rasa nak tonton lagi konsert macam ni di lain kali. Harap Katy Perry sudi datang ke Malaysia pulak.

    Terima kasih kepada Warner Music dan Hotmail kerana menjemput dan memberi peluang kepada Budiey merasai kemeriahan konsert Katy Perry. Sangat enjoy!

    Till we meet again, Katy!

    katy

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Menangi Album Katy Perry Teenage Dreams
  • Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • KATY PERRY DEBUTS AS HOST FOR 2008 MTV EUROPE MUSIC AWARDS
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Biodata DYNDA ELLY
  • Paul McDonald is Eliminated On American Idol
  • Lirik Lagu Luar Biasa Shahir
  • Wonder Girls Perform at MTV World Stage Live in Malaysia 2010
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Tunang Gurutari Adam Corrie Lee Abdullah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    Posted: 17 May 2011 09:25 PM PDT

    aReaL&Celebrity


    Suami kepada Allahyarham Datin Orchid Abdullah,Datuk Mokhtar Omar Meninggal Dunia Awal Pagi Hari Ini

    Posted: 16 May 2011 11:53 PM PDT

    Salam Buat Semua,Baru 4 Hari Allahyarham Datin Orchid Abdullah Kembali Ke Rahmatullah, Awal Pagi Hari Ini, Suaminya,Datuk Mokhtar Omar Turut Menghembuskan Nafas Terakhir Pada 6.10 Pagi Tadi Di Hospital Ampang Akibat Menderita Kompilasi Pelbagai Penyakit, Termasuklah Jantung..


    Al-Fatihah Buat Mereka Berdua, Sesungguhnya ALLAH Menyangi Mereka Berdua.. Dan, Kematian Itu Suatu Yang Pasti.. Semoga Mereka Ditempatkan Dengan Mereka-Mereka Yang Beriman.. Amin...!!!

    Sumber Asal Di mStar...

    PETALING JAYA: Suami kepada Allahyarham Datin Orchid Abdullah,64, Datuk Mokhtar Omar, 70, selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

    Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.

    Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar,31, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.

    "Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius,"

    "Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa..

    Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

    Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.

    Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.






    Churp1 Churp2 Churp3 Churp4 Churp5 Churp6
    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    (Gambar) Paha Jasmin Hamid Melecur Teruk Akibat Tertumpah Air Panas

    Posted: 16 May 2011 09:46 PM PDT

    Salam Guys, Lagi Berita Panas....!!! Pelakon Drama Popular, Jasmin Hamid Dilaporkan Mengalami Melecur Teruk Di Bahagian Paha Dan Betis Akibat Kelalaian Pihak "Handyman" Produksi Filem Yang Meletakan Air Panas Di Meja Berhampiran Para Pelakon Ditempatkan...


    Dia Yang Ketika Ini Masih Lagi Meneruskan Sesi Lakonan Drama "Buaian Kasih" Mengatakan Ini Merupakan Malapetaka Paling Teruk Sepanjang 20 Tahun Dia Bergiat Aktif Di Dunia Hiburan.. Adaiyai... Pedih Beb Tengok Gambar Paha Dia Melecur Kat Atas Ni... Slalu Tengok Gambar Paha Seksi Dia Jer...

    Berita Penuh Kat Gambar Bawah Ni.. Klik Kat Gambo Untuk Pembesaran...

    P/s:Ada Hikmah Di Setiap Kejadian...!!!!


    Churp1 Churp2 Churp3 Churp4 Churp5 Churp6
    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    borak kosong

    Posted: 17 May 2011 09:11 PM PDT

    borak kosong


    Gila...kerat dan makan hati rakan

    Posted: 17 May 2011 09:00 PM PDT

    gilalah lelaki ni..
    saya petik dari myMetro

    MOSCOW: Polis di bandar raya ini menahan seorang lelaki yang mengerat rakannya dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk sebelum memakan hatinya, kata pegawai penyiasat, semalam.

    Nikolai Shadrin ditahan selepas polis mengesan apartmen tempat dia membunuh warga Moscow berusia 40 tahun, Ilya Yegorov pada awal Mei lalu. "Ketika menggeledah apartmen itu, alat digunakan untuk mengerat mangsa dan hati manusia ditemui. Shadrin mengaku melakukan jenayah berkenaan dan memakan sebahagian hati temannya itu," kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan. Yegorov dibunuh pada 2 Mei lalu dan polis menemui organ tubuh manusia termasuk kaki, tangan dan sebahagian lengan di Sungai Moscow dan beberapa ruang bawah tanah di barat Moscow, kata polis, Aleksei Saveliev.

     Menurutnya, ketika ditahan, Shadrin sedang memakan stew hati manusia. Dia meremukkan tubuh mangsa dengan penyodok di mana terdapat kesan cap jarinya. Shadrin adalah pesakit hospital jiwa. - AFP

    Terkejut kekasih tolak lamaran ditempat awam

    Posted: 17 May 2011 08:41 PM PDT

    Kesian lelaki ni..
    saya petik dari kosmo online

    LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

    Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

    Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

    Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

    Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.

    Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi

    Jijik..penghuni flat di Singapura minum air mayat

    Posted: 17 May 2011 07:26 PM PDT

    Bagaimana perasaan mereka yang meminumnya?
    saya petik dari kosmo online


    SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

    Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

    Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

    Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

    Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

    "Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

    Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

    Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

    Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agens

    Patah kaki kali kedua kerana ditendang guru

    Posted: 17 May 2011 06:00 PM PDT

    Kesian murid ni..
    saya petik dari myMetro

    TELUK INTAN: Selepas tujuh bulan patah kaki akibat kemalangan jalan raya dan ketika kecederaan itu semakin pulih, seorang pelajar bernasib malang apabila kaki kanannya patah sekali lagi akibat ditendang seorang guru sekolahnya.

    Dalam kejadian Khamis lalu, A Pavithran, 15, terpaksa menempuh kesengsaraan apabila kaki kanannya patah ditendang seorang guru dalam kelasnya. 

    Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Saint Anthony di sini, mendakwa kejadian berlaku Khamis lalu apabila guru berkenaan dikatakan bengang dengan perbuatannya meletakkan kaki di atas bangku ketika peperiksaan pertengahan tahun. 

    Ketika ditemui di rumahnya di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini, Pavithran yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi berkata, dia patah kaki kanan akibat kemalangan jalan raya berdekatan rumahnya pada 24 Oktober tahun lalu dan sejak itu tidak dapat bersekolah tujuh bulan. 

    Dia kembali bersekolah pada 13 April lalu kerana tidak mahu banyak ketinggalan pembelajaran di sekolah walaupun kaki masih sakit.

    Melancung dan boleh bunuh diri di Switzerland

    Posted: 17 May 2011 05:32 PM PDT

    PERJALANAN melancung lumrahnya adalah untuk bersenang-senang menghabiskan waktu terluang. Namun, jika melancung untuk bunuh diri?

    Meski terdengar aneh, namun melancung untuk melakukan bunuh diri benar-benar ada. Dan kota Zurich, Switzerland menjadi salah satu kota tujuan pelancung bunuh diri itu.

    Ternyata, assisted suicide (bunuh diri dengan bantuan) membuat warga kota Zurich terkejut. Sebab, ramai warga asing datang ke kota itu untuk bunuh diri kerana adanya jasa layanan assisted sucide di negara mereka.

    Padahal di sisi lain pemerintah Switzeerland sangat menghargai hak asasi manusia termasuk hak untuk bunuh diri.

    Sehingga, praktik bunuh diri dengan bantuan di Switzerland sudah menjadi kebiasaan selama berpuluh tahun.

    Untuk itu, pada Minggu (15/5) warga kota Zurich akan mengikuti referendum berkaitan dengan wisata bunuh diri ini.

    Pilihan pertama adalah melarang secara penuh praktik melancung bunuh diri ini. Kedua, melegalkannya khusus untuk warga kota Zurich.

    Nampaknya pilihan kedua ini yang bakal memenangkan banyak suara.

    Sebuah survey menunjukkan sebahagian besar warga Switzerland masih mendukung adanya praktik assisted suicide.

    "Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia."

    Namun, sebahagian warga Switzerland juga menolak jika negerinya dijadikan tujuan pelancung bunuh diri.

    Bernhard Sutter, pengelola organisasi bantuan bunuh diri terbesar di Switzerland Exit menuding Eropah menularkan dilema moral mereka ke negeri yang dikenal juga dengan produk coklatnya itu.

    "Kami tak boleh menyelesaikan masalah bunuh diri di Eropah. Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia," kata Sutter.

    "Negara-negara itu harus menyelesaikan problemnya sendiri. Jadi kami sangat bahagia jika Jerman atau Britain mengubah hukum mereka," tambah Sutter.

    Saat ini Exit hanya melayani warga Switzerland atau mereka yang sudah tinggal lama di negeri itu.

    Exit mengatakan proses melakukan bunuh diri dengan bantuan ini cukup lama kerana harus mempersiapkan diri si pesakit dan keluarganya.

    Para pelaku bunuh diri ini sebagian besar adalah mereka yang menderita sakit parah yang tak boleh diubati lagi.

    Di beberapa negara Eropah, proses bantuan bunuh diri atau euthanasia masih dianggap ilegal. Sehingga sebahagian dari mereka pergi ke negara yang melegalkan euthanasia seperti Switzerland.

    Exercise lidah

    Posted: 17 May 2011 11:01 AM PDT

    agaknya boleh tak kita buat...

    Rekod dunia..5 saat main dah kena kad merah

    Posted: 17 May 2011 10:01 AM PDT

    Takahiro Masukawa mungkin memang benar-benar telah berhasil memasukkan namanya dalam buku sejarah bola sepak dunia, namun sayangnya untuk sebuah alasan yang salah.

    Bek dari kelab Nagoya Grampus tersebut mendapatkan salah satu kad merah tercepat di liga J-League hari Sabtu lalu melawan Shimizu S-Pulse, dia diberikan kad setelah menghadang lawannya yang berpeluang menjaringkan gol .

    Satu-satunya alasan yang mungkin sedikit .membuat Masukawa terhibur adalah keputusan akhir tersebut, dengan bermain 10 pemain iaitu 1-1.



    Namakan anak 'Like' kerana terinspirasi daripada facebook

    Posted: 17 May 2011 09:01 AM PDT

    VIVAnews - Laman jejaring sosial, Facebook sudah jadi sebagian hidup ramai orang. Mulai jadi laman pertemanan sampai temu jodoh, menyuarakan perubahan, protes, bahkan inspirasi nama.

    Ada seorang lelaki Mesir memberi nama anaknya yang baru lahir dengan Facebook Jamal Ibrahim. Ini bahagian dari euforia kemenangan warga Mesir melawan rejim Hosni Mubarak, untuk menghormati peranan Facebook dalam menggulingkan rejim.

    Kini, seperti dimuat laman CNN, giliran pasangan Israel menamai anaknya 'Like' — terispirasi tombol 'Like' di Facebook. Seperti dimuat media Israel, Galgalatz, adalah Lior dan Vardit Adler yang menamai anak perempuannya dengan nama itu. Kini, bayi mungil bernama Like itu baru saja merayakan ulang tahun pertamanya.

    Apa yang membuat orang tuanya memberi nama aneh itu? Lior dan Vardit Adler berkata, mereka mencari nama yang modern dan inovatif. Apalagi, setelah mengecek tak ada satu orang pun di Israel yang punya nama 'Like'. Menurut media Israel, Haaretz, nama paling popular di Israel adalah Noa, Maya, dan Tamar.

    "Pendapat kami, itu (Like) adalah persamaan yang modern dari nama Ahava yang berarti cinta," kata Lior seperti dimuat BBC. "Ini adalah cara kami memanggil putri kami tersayang, cinta."

    Saat memperkenalkan 'Like' di Facebook, ia langsung mendapat 40 tombol likes. "Mengingat aku punya 100 lebih sedikit teman di Facebook.."

    Keluarga Adler bukan yang pertama. Seorang ayah berniat menamai anaknya Batman jika ia mendapat 500.000 fans di laman Facebook-nya.

    Macam ni punya pakaian kahwin pun ada

    Posted: 17 May 2011 08:30 AM PDT

    agaknya ni ciri-ciri suami kena Queen control..
    dah macam anjing pun ada....
    jenis manusia yang dah hilang fikiran waras..
    hilang maruah dan harga diri

    Heboh! Kambing Ada 4 Biji Kemaluan

    Posted: 17 May 2011 07:00 AM PDT

    Ada seekor anak kambing yang terlahir unik lantaran memiliki biji buah kemaluan sebanyak 4 (empat) buah. Berbeza dengan  kambing yang biasa hanya mempunyai dua buah.

     Anak kambing dilahir normal . Tak ada keanehan sebelum mahupun sesudah proses kelahirannya. Sang pemiliknya Sukarto (70) waga Dusun Timbangan pun tidak merasakan firasat apapun perihal bakal anehnya peliharaannya.

     "Saya sama sekali tidak merasa mendapat firasat ataupun mimpi  biasa saja lahirnyapun normal sekarangpun tingkah lakunya juga normal, lincah," katanya

     Kali pertama keanehan kambing ini diketahui oleh  isterinya. Kala itu ketika hendak membersihkan tubuh si kambing ternyata didapati pada buah kemaluannya terlihat besar. Merasa penasaran  isterinya lantas merabanya.Saat itulah baru diketahui bahawa ternak peliharaannya memiliki biji kemaluan sebanyak empat buah. Masing - masing dua buah pada sisikiri dan dua lagi di bahagian kanan.

     Keanehan ini menyebabkan kembing ini menjadi perhatian penduduk setempat.

    Hebat...burung unta dapat cari lokasi tuannya selepas dapat melarikan diri dari penculiknya

    Posted: 17 May 2011 06:00 AM PDT

    Burung unta yang satu ini memang hebat. Burung unta yang baru saja dicuri dari sebuah peternakan di Romania ini mampu menunjukkan keterampilannya untuk kembali ke rumah seperti halnya seekor merpati setelah berhasil lari dari pengawasan sang pencuri. Burung raksasa tersebut melarikan diri dan menjalani semua perjalanan pulang menuju peternakan dengan kecepatan 40 mph atau setara dengan kecepatan 64,37 km/ jam dengan selamat.

     Burung-burung besar asli ke Afrika tersebut sebenarnya memang terkenal kerana kemampuan mereka untuk berjalan atau berlari dengan kecepatan tinggi tetapi dianggap bukan burung yang memiliki kemampuan navigasi yang baik.

     Tapi satu burung unta di Romania ini memang berbeza dengan saudara-saudaranya itu.Peternakan yang menjadi asal burung unta pintar tersebut berada di kota Pitesti.

     Sang pemilik peternakan tersebut Florin Diaconescu (47) mengaku sangat lega melihat kembali si burung unta itu ke peternakannya. Bahkan Florin masih takjub melihat bagaimana dia telah berhasil menemukan lokasi peternakan tersebut sekalipun telah dibawa cukup jauh oleh sang pencuri.

     "Aku telah menganggapnya sebagai hilang selamanya," katanya.

     "Tapi saya terkejut melihat tiba-tiba ada kepulan awan debu sedang bergerak menuju peternakan dan ia berlari ke halaman secepat kakinya boleh membawanya. Luar biasa", kata Florin masih takjub dengan si burung raksasa yang pintar ini.

    Pelari 100 meter tergemuk didunia

    Posted: 17 May 2011 05:00 AM PDT

    American Samoa 'sprinter' Savannah Sanitoa memanaskan pagi hari Minggu pada kejuaraan dunia di Berlin – meskipun menyelesaikan lebih dari tiga saat di belakang pemenang  100 meter. Berat badannya adalah £ 210 (95 kg) dan dia menjadi seorang selebriti di Kejuaraan Atletik Dunia di Berlin.




    Aiskrim kek terbesar di dunia

    Posted: 17 May 2011 04:00 AM PDT

    Kelmarin, perusahaan Kanada Dairy Queen mencipta rekod dunia baru dengan membuat kek aiskrim terbesar di dunia  di Yonge dan Dundas Square, Toronto.

     Perlu 100 orang lebih dan setahun untuk merancangkan acara tersebut, tapi setelah 30 tahun dan 52 juta aiskrim kek yang dijual, ini adalah cara sempurna untuk merayakan, menurut Denise Hutton, wakil presiden pemasaran di Dairy Queen Kanada. Menggunakan lebih dari 9.000 kg aiskrim, 91 kg kek bolu, sekitar 136 kg icing dan Oreo hancur, untuk mengalahkan rekod dunia sebelumnya, yang hampir 8.000 kg aiskrim kek yang dibuat oleh China, pada tahun 2006.

     Setelah kek selesai dan diakui oleh Guinness Book of Records, potongan itu dihidangkan kepada orang ramai yang berkumpul di Yonge dan Dundas Square, dengan 100% dari sumbangan akan pergi ke Children's Miracle Network. "Bila lagi yang boleh makan aiskrim kek membantu untuk mendanai perawatan medik, penelitian dan program-program pendidikan sehingga anak-anak Kanada memiliki akses ke perawatan kelas dunia? Itu yang terbaik dari seluruh dunia  "kata Paul amal Lethbridge.





    Lukisan dari orang buta yang sangat mengkagumkan

    Posted: 17 May 2011 03:00 AM PDT

    Dmitri tidak buta sejak lahir, dia kehilangan penglihatannya dalam misi penggalian di sebuah hutan di Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat tentera Rusia korban perang dunia ke-2. Dia terkena lletupan periuk api yang dipasang NAZI Jerman 50 tahun yang lalu yang mengakibatkan kebutaannya.



     Sebelum kecelakaan tersebut, lukisan Dmitri sudah cukup dikenal di kalangan seniman tempatan. Begitu kehilangan penglihatannya Dmitri menjadi tertekan hingga suatu ketika seorang kawan lamanya datang dan cuba membangkitkan lagi semangat Dmitri dengan mengadakan pameran karya-karya Dmitri.Semangat Dmitri pun mulai bangkit, bahkan sebelum pameran dia mulai mencuba melukis lagi untuk membuktikan bahawa walaupun tidak boleh melihat dia masih boleh berkarya. "Setiap hasil yang besar dimulai dengan satu langkah kecil" katanya.

    Dia mula melukis lagi, tentu saja pada awalnya dia banyak mengalami kesulitan tetapi berkat ketekunannya akhirnya lahirlah karya pertamanya sebagai seorang seniman buta. Hingga sekarang sudah sekitar 250 lukisan karyanya yang mendapat pujian dari para pengkritik seni.



    Cara menentukkan anda seorang gay atau macho???

    Posted: 17 May 2011 02:00 AM PDT


    Menentukan seseorang Gay atau Macho tidak hanya dilihat dari bentuk fizik dan tingkahlakunya saja.Ada cara untuk mengetahui seseorang itu apakah orang tersebut Gay atau Macho iaitu dengan melihat jari-jari tangannya. Entahlah cara ini benar atau tidak tapi patut dijadikan acuan dalam menentukan keperibadian anda.Believe or Not…..

    sumber : http://tegarmuhammadsakti.blogspot.com

    Big buff man takes the train -- with a Chanel bag and Hello Kitty purse

    Posted: 17 May 2011 01:25 AM PDT




    This large man was spotted on the MRT bearing a hot pink Chanel purse and a Hello Kitty wallet, says STOMPer Li Ying. She says he was behaving in an effeminate manner, and later sashayed off the train.

    STOMPer Li Ying described the man's antics:

    "I was on the train on the way to Pasir Ris Station when I saw this man acting very sissy in front of everyone onboard the train.

    "Worse still, he was carrying a Chanel bag and a Hello Kitty wallet.

    "He was cat-walking as he was about to get off the train."

    Ajaib...Mr P Tumbuh di Antara Miss V

    Posted: 17 May 2011 12:00 AM PDT

    TASIKMALAYA- Seorang perempuan warga Kampung Sindanggalih,, Jawa Barat, hidup dengan keadaan fizik berbeza.

    Perempuan yang kemudian menjadi laki-laki itu, hidup normal bahkan memiliki seorang isteri dan hubungan mereka sudah menghasilkan anak berusia 1.5 tahun.

    Yayan Syahdan, perempuan berambut pendek dengan perawakan seperti laki-laki ini tinggal bersama Risyeu Rismawati (19), isteri yang sudah 3 tahun dinikahinya, serta anaknya Risya.

    Jika dilihat secara sepintas, Yayan terlihat seperti laki-laki dengan bahagian dada rata, tumbuh bulu di kaki, serta rambutnya pendek Namun Yayan tidak memiliki tonjolan di leher atau halkum, seperti laki-laki pada umumnya.

    Ketika dilahirkan, Yayan merupakan seorang perempuan asli dan memiliki alat kelamin perempuan. Ketika berumur 14 tahun dia pernah mengalami kedatangan haid yang pertama sekaligus yang terakhir.

    Ketika berusia 18 tahun perubahan mulai terjadi. Selain alat kelamin perempuan, juga muncul alat kelamin laki-laki. Yayan pun mulai menyukai perempuan seperti laki-laki normal.

    Saat itu dirinya merasa terangsang dan ingin berhubungan badan dengan perempuan disertai rasa pusing dan mual-mual.

    Saat usianya 30 tahun, Yayan akhirnya bertemu Risyeu hingga akhirnya mereka menikah.

    Tak hanya itu, beberapa waktu lalu Yayan hampir memiliki anak keduanya. Namun ketika usia kandungan 3 bulan, sang isteri mengalami keguguran.

    Sementara itu Risyeu mengaku menerima suaminya apa adanya. Ketika berpacaran pun suaminya berterus terang kepadanya. Awalnya, Risyeu sempat terkejut, namun dia boleh  menerima keadaan suaminya. Cinta, perhatian, dan tanggung jawab dibuktikan Yayan sehingga tidak ada keraguan sedikit pun dari Risyeu saat menerima lamaran.

    Meski memiliki kelamin ganda, namun tidak membuat Yayan dan Risyeu malu. Bahkan mereka berencana akan terus memiliki anak yang banyak untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dirinya boleh memiliki anak meski berkelamin ganda.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ais tangkai paling mahal di dunia

    Posted: 16 May 2011 11:00 PM PDT

    MEXICO CITY - Sebuah hotel di Mexico membuat ais paling mahal di dunia. Ais tangkai tersebut dijual dengan harga USD1,000.
    Ais popsicle itu disajikan dengan tangkai plastik. Namun yang membuat ais ini jauh lebih mahal dari ais lainnya adalah bahan baku pembuat ais tersebut. Demikian diberitakan News.com.au.
    Ais itu dibuat dari tequila atau minuman keras khas Mexico yang dijual 900 poundsterling . Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ini, juga disertai serpihan emas seberat 24 karat.
    Pemilik resort Marquis Los Cabos di Baja California Sur mengatakan, mereka mengharapkan ais ini dapat dikenal luas dikalangan warga kaya di dunia.
    Menurut General Manager Marquis Los Cabos Ella Messerli, pembuatan ais popsicle termahal di dunia ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan mereka. Selain juga menjadi bentuk pendekatan baru untuk melayani para pengunjung yang mengunjungi resort tersebut.
    Sumber :http://www.okezone.com/

    Aneh..cicak berkepala seperti ikan lohan

    Posted: 16 May 2011 10:00 PM PDT

    SIDOARJO - Sekilas tak ada yang aneh dari seekor cicak berkulit burik itu. Yang sedikit mencolok adalah kepalanya yang menonjol layaknya ikan Lohan dan makannya nasi atau roti seperti manusia.

    Cicak "Lohan" ini pertama kali ditemukan oleh Retno Purwaningsih, warga Jawa Timur. Retno menemukan cicak berkepala aneh itu merayap di dinding rumahnya.

    Selain berkepala menojol, di tengah kepalanya juga terdapat lobang berwarna putih dan keempat kakinya memiliki lima jari layaknya jari manusia.

    Menurut pemiliknya, setelah ditemukan, cicak aneh itu sempat hilang selama seminggu namun kembali lagi muncul di dinding rumahnya. Dia pun memelihara haiwan melata itu hingga sekarang.

    "Cicak  ini juga tak nak makan nyamuk tapi saya beri makan nasi dan roti. Tapi dia doyan," kata Retno. Yang lebih menghairankan, cicak ini kini mengalami pergantian kulit seperti  ular.

    Kerana dianggap unik, cicak itu kini dipelihara oleh Retno dan menjadi bahan tontotan warga di sekitar rumahnya.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 17 May 2011 03:35 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Kemuncak adrenalin lelaki perkasa

    Posted:

    Kemuncak adrenalin lelaki perkasa

    Kemuncak adrenalin lelaki perkasa

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar UNIVERSAL PICTURES


    DWAYNE Johnson (tengah) dalam salah satu adegan filem Fast Five yang kini sedang ditayangkan.


    KALI pertama ditayangkan pada tahun 2001, filem The Fast and the Furious telah mencetus ledakan yang cukup hebat di setiap panggung di seluruh dunia.

    Apatah lagi, filem yang menampilkan kisah perlumbaan kereta jalanan itu telah dianggap sebagai pencetus revolusi baru dalam pembikinan filem di Hollywood.

    Mana tidaknya. Jika sebahagian besar pembikin filem di sana lebih selesa memilih genre seram, komedi mahupun drama, Universal Pictures selaku penerbit begitu yakin dengan konsep penceritaan The Fast and the Furious.

    Ditambah pula pada waktu itu kegilaan masyarakat khususnya kaum Adam terhadap perlumbaan kereta jalanan dan tidak dilupakan kereta berkuasa tinggi yang menjadi faktor mengapa filem itu mendapat sambutan hangat.

    The Fast and the Furious berjaya mencatatkan kutipan sebanyak AS$207.2 juta (RM627.8 juta) di seluruh dunia. Sesungguhnya rekod itu dianggap sesuatu yang mengejutkan Universal Pictures kerana mereka tidak menyangka ia mendapat kutipan sebanyak itu.

    Kejayaan itu juga telah mendorong mereka untuk menerbitkan empat sekuel selepas itu termasuk 2 Fast 2 Furious (2003), The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006), Fast & Furious (2009) dan terbaru, Fast Five yang kini sedang hangat ditayangkan.

    Ia sekali gus meletakkan siri filem ini sebagai salah sebuah francais filem terlaris di dunia bersama-sama siri Harry Potter, Spider-Man, Shrek dan James Bond apabila mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak AS$1.4 billion (RM4.24 billion) di seluruh dunia.

    Populariti filem itu juga secara tidak langsung berjaya melonjakkan lagi nama dua aktor utamanya, Vin Diesel dan Paul Walker yang menjadi tunjang utama kepada kekuatan francais filem ini.

    Gandingan mereka berdua yang memegang watak sebagai Dominic "Dom" Toretto dan Brian O'Conner telah dilihat sebagai pasangan layar perak yang cukup serasi dan diminati ramai.

    Selain Vin dan Paul, barisan pelakon asal yang kembali untuk Fast Five termasuklah Jordana Brewster, Tyrese Gibson dan Matt Schulze selain muka-muka baru, Dwayne Johnson, Luis Da Silva, Elsa Pataky dan Joaquim de Almeida.

    Kembali bersatu untuk sekuel kelimanya, Fast Five (di Malaysia, tajuknya adalah The Fast and the Furious 5), baik Vin mahupun Paul, masing-masing melahirkan rasa teruja untuk siri kelima ini.

    Tugas mencabar Vin Diesel

    MEMANG diakui, sebelum membintangi siri filem The Fast and the Furious, nama Vin Diesel tidak begitu dikenali ramai melainkan mereka yang menonton filem Pitch Black (2000).

    Namun, sebaik sahaja dia mempamerkan kehebatan lakonannya dalam filem pertama The Fast and the Furious, dengan sekelip mata popularitinya terus memuncak.

    Malah, Vin sendiri mengakui akan kebenaran itu dan atas faktor itu, dia mempunyai alasan sendiri untuk kembali ke filem kelima ini.

    Untuk pengetahuan, hanya filem 2 Fast 2 Furious sahaja yang tidak melibatkan Vin kerana pada ketika itu dia sibuk dengan penggambaran filem xXx.

    "Saya harus akui memang saya cukup teruja dengan filem kelima ini atas pelbagai faktor. Pertamanya, saya dapat kembali berlakon dan terus meneraju filem ini (ketawa).

    "Dan, sudah pasti, sebagai produser juga, saya dapat membentangkan idea saya bagi memastikan filem kelima ini tidak akan menjadi klise dan senang diduga oleh para peminat serta penonton," ujar Vin atau nama sebenarnya, Mark Sinclair Vincent ini bersungguh.

    Bagi Vin, walaupun empat filem The Fast and the Furious sebelum ini mendapat kejayaan yang membanggakan, namun, dia tidak mahu filem Fast Five dibuat sambil lewa.

    Sekadar berkongsi cerita, pelakon berusia 43 tahun ini memberitahu idea untuk menghasilkan Fast Five timbul selepas filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.

    "Mereka mahukan saya kembali sebagai produser dan membawa sekuel terbaru ini ke arah yang berbeza. Kami tidak mahu mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum ini.

    "Kerana itu, filem keempat, Fast & Furious dianggap sebagai pembikinan semula siri ini dan seterusnya, Fast Five. Begitu juga dengan perkembangan kesemua watak yang saya mahukan ia lebih kuat berbanding sebelumnya.

    "Jika semuanya berjalan lancar, saya berani mengatakan pra produksi filem keenamnya akan bermula tidak lama lagi," kata Vin yang merupakan anak jati New York, tanpa selindung.

    Sengaja mahu memberi persekitaran baru untuk Fast Five, Vin menjelaskan lokasi seperti Puerto Rico, Atlanta dan Brazil sengaja dipilih selain merasakan ketiga-tiga lokasi itu sesuai dengan jalan filem Fast Five.

    Begitu juga dengan wataknya dalam filem kelima ini yang disifatkan Vin telah melalui fasa baru dalam hidupnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mentor 5 semakin sengit

    Posted:

    Mentor 5 semakin sengit

    Mentor 5 semakin sengit

    Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
    ifqdar.rahman@utusan.com.my


    MANTAP... Biarpun menampilkan persembahan bertenaga, Iqa gagal memikat juri awam apabila berada di tangga terendah.


    AHAD lalu, tirai separuh akhir bahagian pertama Mentor musim kelima (Mentor 5) dibuka untuk memberi laluan kepada protege yang masih mempertahankan kedudukan masing-masing bagi merebut dua slot terakhir untuk bergelar juara Mentor 5.

    Pertarungan antara Shiha, protege kepada Datuk Sharifah Aini, Salma (Erra Fazira), Ratnah (Afdlin Shauki) dan Iqa (Edry Abd. Halim) masih lagi berlarutan di pentas keramat program terbitan TV3 itu apabila mereka diberi peluang sekali lagi pada minggu ini untuk menebus kesilapan yang dilakukan dalam persembahan minggu lalu.

    Justeru, peringkat separuh akhir bahagian kedua Mentor 5 pada Ahad ini nanti dijangka semakin sengit, apatah lagi tanda-tanda awal itu telah pun ditunjukkan minggu lalu.

    Ditambah pula dengan komen pengkritik tetap Datuk Ramli M.S, keempat-empat protege dilihat begitu kompetitif pada malam separuh akhir bahagian pertama yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

    Ramli berkata, masing-masing menunjukkan usaha untuk memenangi hati juri bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam program ini.

    "Dari aspek vokal, saya tidak mahu komen banyak kerana mereka telah menunjukkan respons terhadap kritikan saya sebelum ini.

    "Ia dibuktikan pada malam ini apabila mereka mempamerkan persembahan yang menarik. Saya tidak mahu membuat perbandingan antara keempat-empat protege ini kerana setiap seorang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

    "Secara amnya, saya berpuas hati kerana mereka membuat homework terlebih dahulu sebelum tampil dengan persembahan pada malam ini," komen Ramli ringkas mengenai persembahan keempat-empat protege wanita berkenaan.

    Pada Ahad lalu, selaku peserta pertama membuat persembahan, Shiha dilihat gah dalam persalinan gaun kuning keemasannya tatkala menyampaikan lagu hit nyanyian Shila Amzah, Memori Tercipta dengan penuh penghayatan walaupun tampil dengan konsep ala-klip video.

    Bukan itu sahaja, Shiha seharusnya berbangga apabila juri jemputan pada malam itu, Marcell memberi tabik hormat kepadanya atas lontaran vokalnya yang begitu memukau.

    Bagaimanapun, kemunculan Salma selepas itu mendapat kritikan negatif daripada Ramli walaupun protege Erra Fazira itu tampil dengan persembahan bertenaga yang mendapat tepukan gemuruh peminatnya.

    Komen Ramli, lagu popular Safura, Sedalam Mana Cintamu yang dinyanyikan Salma pada malam itu tidak bersesuaian dengan kelantangan vokalnya.

    "Walaupun ia sedap didengar, saya yakin Salma mampu membawakan lagu lain yang lebih hebat berbanding lagu itu.

    "Pada peringkat ini, setiap protege seharusnya berani mengambil risiko dan jangan memilih untuk berada di zon selamat," kritik Ramli di akhir persembahan Salma.

    Pemilihan lagu Khatimah Cinta yang dipopularkan 6ixth Sense oleh Iqa untuk persembahan solonya menarik perhatian Ramli.

    Ujar Ramli, Iqa dan mentornya, Edry Abd. Halim bijak memanupulasi audiens dengan aura segar yang menyelitkan bunyian instrumen tradisional seperti caklempong, seruling dan rebana dalam lagu tersebut.

    "Standard persembahan seperti inilah yang diperlukan pada peringkat sebegini. Ia adalah satu persembahan intelektual," puji Ramli terhadap persembahan Iqa.

    Dalam pada itu, Ratnah yang dilihat mempunyai kelebihan dari aspek tarian tampil dengan sebuah lagu rancak, Bukannya Aku Takut, dendangan Mulan Jameela.

    Walaupun pada awalnya dijangka protege Afdlin Shauki itu akan memilih sebuah lagu berentak catchy, ia nyata tidak mengecewakan penonton dan juga juri dengan koreografi tari yang mempersonakan.

    Mengikut kata Ramli, gunakan kekuatan yang ada untuk memberi saingan kepada peserta lain.

    "Dengan cara itu yang membuatkan setiap peserta berbeza dan mempunyai personaliti tersendiri," ujarnya.

    Di samping itu, walaupun Salma mengungguli markah daripada juri awam sebanyak 20 mata, berbanding Shiha (19), Ratnah (18) dan Iqa (17), ia belum pasti menjanjikan laluan selesa untuk ke peringkat akhir.

    Ini kerana pemarkahan juri profesional dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada malam itu tidak didedahkan kepada umum.

    Rasional di sebalik tindakan itu ialah TV3 tidak mahu para peserta berasa selamat sekiranya mereka berjaya mengumpulkan markah tertinggi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Celebrity News

    Posted: 17 May 2011 03:12 PM PDT

    Celebrity News


    Gambar Jasmin Hamid Melecur Kena Air Panas

    Posted: 17 May 2011 04:30 AM PDT

    Huh.....habis asset panas Jasmin Hamid kerana air panas terkena paha dan betis beliau, semoga ia akan menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan samada yang terkena ataupun pihak produksi. Menurut Jasmin selama 20 tahun ini merupakan pengalaman pertama tubuh beliau terkena air panas.

    Nak buat macam mana sebab benda dah terjadi, namun persoalannya adakah Jasmin akan saman pihak produksi  iaitu Summit Treasure Production kerana dikatakan cuai ketika penggambaran. Dan kesan atau parut yang akan kekal di kaki Jasmin Hamid membuatkan ramai pihak diluar sana terpaksa membatalkan kontrak yang menjadi rezeki Jasmin ?

    Gambar Kaki Jasmin Hamid Melecur :

    Betis Melecur
    Peha Kanan Melecur


    Namun itu semua akan berlaku tidak lama lagi jika Jasmin Hamid ingin mengambil tindakan kerana bidang lakonan merupakan periuk nasi utama beliau.

    ZoOM : Apa Komen Anda ?
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Berita Harian: Hip

    Posted: 17 May 2011 11:07 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Puas watak jahat

    Posted: 16 May 2011 06:32 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    Bakat baru ini ingin pelbagaikan kebolehan, idam genggam anugerah

    MENGENALI keperibadian diri bintang baru yang semakin menyerlah namanya, Tasha Shilla secara lebih dekat, tidaklah menggambarkan yang dirinya seperti karektor Cikgu Ruhana dalam drama bersiri Gemilang mahupun Tina menerusi drama Sahara, kedua-duanya disiarkan TV3.

    Jika dalam drama terbabit dirinya digambarkan sebagai wanita jahat, di luar lokasi, Tasha pada hakikatnya seperti kebanyakan wanita muda lain. Dia cepat mesra dan mudah didekati. Malah sesi fotografi ini turut berlangsung dalam suasana cukup menyenangkan dek sikapnya yang cukup positif. Kemunculannya dalam dunia seni semakin dirasai sejak bakat baru ini menjayakan dua watak yang cukup melekat di jiwa penonton itu. Begitupun, Tasha nyata tidak mahu terikat dengan watak sedemikian kerana dia sendiri semakin meyakini, jiwa seninya masih boleh dipelbagaikan.

    "Saya sering mendapat watak antagonis sejak akhir-akhir ini, mungkin kerana impak daripada drama Gemilang dan Sahara yang pernah disiarkan tidak lama dulu. Pengarah atau produser juga mengenali saya mungkin kerana dua watak itu.

    "Ada yang beranggapan, wajah saya persis watak antagonis selepas melakonkan peranan sedemikian buat kali pertama dalam Gemilang. Sebelum ini saya pernah membawa watak gadis bertudung yang baik di dalam Mencari Jannah dan Penggali, namun ia masih terlalu baru sehingga ramai yang tidak menyedarinya.

    "Saya pernah berhadapan dengan situasi agak kelakar apabila ada mak cik yang cukup membenci saya kerana drama Gemilang dan Sahara. Dia memberitahu kepada seorang kru yang dia cukup benci dengan saya, lalu saya terus berjumpa dengannya.
    "Pada mulanya dia malas untuk memandang saya, lalu saya bertanya kepadanya secara baik apa yang membuatkan dia tidak suka dengan saya. Rupa-rupanya karektor saya yang membuatkan dia berasa begitu, lalu saya menerangkan ia hanyalah sekadar lakonan dan keperibadian saya tidak begitu," katanya yang turut dilemparkan perkataan yang kurang manis menerusi laman maya peribadi di internet.

    Begitupun, Tasha mengaku dia mendapat kepuasan yang dicari menerusi watak itu, sejak mula membabitkan diri secara aktif dua tahun lalu di dalam dunia lakonan.

    Gadis cantik yang sebelum pekerja sepenuh masa di butik terkemuka di ibu negara tidak menyangka kepuasan hidup yang dicari sebenarnya lahir di dalam dunia seni.

    "Kepuasan hidup saya adalah bekerja dan menerima maklum balas daripada masyarakat daripada hasil kerja saya. Puas apabila sesuatu yang kita lakukan itu meninggalkan kesan buat penonton. Bukan mahu membanggakan diri, namun alhamdulillah kini penonton semakin mengenali saya dan ada yang memuji lakonan saya sekiranya saya menjalani penggambaran di luar.

    "Dulu saya ingat, berlakon ini sekadar menghafal skrip dan melakonkan watak yang diberikan pengarah. Begitupun kini saya lebih memahami bahawa lakonan itu lebih daripada itu. Kita harus ada jiwa. Walaupun kita seorang pelakon, namun sebaiknya jangan anggap diri kita sedang berlakon, malah jadikan ia seperti benar-benar berlaku kepada kita.

    "Saya mahu kekal lama di dalam bidang ini dan lebih baik lagi andai impian saya untuk merangkul satu anugerah tercapai. Setidak-tidaknya ia sebagai ukuran sejauh mana bakat saya. Biarlah anugerah itu diukur daripada bakat saya dan bukan sekadar populariti," katanya yang tidak mahu memilih watak dan tidak kisah dengan apa saja watak, asalkan ia bukan dirinya yang sebenar.

    Walaupun Tasha memulakan kariernya sejak berusia 17 tahun bermula dengan watak sampingan dalam KL Menjerit 1, namun dia kini semakin dikenali kerana drama yang dilakonkan.

    Selain filem itu, Tasha juga membintangi Ratu The Movie dan kini rezekinya bertambah apabila ditawarkan berlakon watak utama menerusi filem Tyickoouns yang akan menjalani penggambaran pada pertengahan Jun.

    Bercerita mengenai hala tujunya dalam lakonan, Tasha mengharapkan pengarah dan produser tidak memandangnya kerana watak antagonis yang menaikkan namanya di dalam bidang ini, malah dirinya bersedia untuk melakonkan pelbagai karektor, atas tanggungjawabnya sebagai anak seni.

    "Saya suka melakonkan sesuatu karektor yang bukan diri saya yang sebenar, itulah kepuasannya. Jika kita melakonkan watak diri kita, bagi saya ia lebih susah kerana bukan mudah bagi seseorang untuk mengenali diri sendiri," katanya yang lebih gemar melakukan aktiviti lasak pada waktu senggang.

    Tidak perlu orang kaya

    SELEPAS bergerak secara aktif dalam bidang lakonan, Tasha mengakui hidupnya kini dilimpahi kebahagiaan kerana kerjayanya itu, malah menolak ketepi perihal cinta yang pernah mengecewakan dirinya suatu masa lalu.

    "Dulu, saya pernah berasakan alam percintaan, walaupun perkenalan itu boleh dikatakan baru pada peringkat mengenali hati budi masing-masing. Namun nampaknya jodoh kami tidak panjang.

    "Keperibadian saya ini lain, mungkin orang susah mengenali saya, berkawan dan bercinta juga berlainan tanggapannya. Jadi, kebahagiaan dan kepuasan yang dapat menceriakan hidup saya kini adalah kerjaya lakonan saya," katanya.

    Meskipun begitu, Tasha akan tetap akur dengan kehendak Tuhan sekiranya sudah tiba masanya dipertemukan jodoh dalam masa terdekat.

    "Saya reda sekiranya jodoh itu sudah sampai awal, malah tidak akan menolaknya. Tetapi, jika boleh biarlah saya mencari pasangan yang bukan dari dunia seni seperti saya.

    "Ramai yang beranggapan artis akan mencari orang yang kaya sebagai teman hidup. Saya sendiri mengakui memang semua orang mahukan kesenangan, namun apa yang penting adalah keserasian di dalam perhubungan.

    "Saya tidak memerlukan orang yang kaya untuk membahagiakan saya. Alasannya, saya memang suka bekerja. Mungkin sudah tertulis, sebagai anak sulung, saya memiliki sifat bertanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri. Malah keluarga saya juga dari dulu cukup mengenali yang saya tidak boleh duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa," katanya.

    Sejauh mana dia cuba menghindari, kecantikan wanita muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak terlepas daripada menjadi perhatian, seterusnya didekati kenalan daripada golongan VIP.

    "Dulu ketika saya bekerja di butik, memang saya ramai kenalan di kalangan VIP, namun saya melayan mereka tidak lebih sebagai pelanggan saja. Sudah tugas saya mendekati pelanggan dan melayan mereka sebaiknya. Bukan saja golongan VIP, malah semua orang saya perlu layan.

    "Walaupun kini saya sudah bergelar artis, saya juga tidak terlepas didekati golongan ini yang mahu mengenali saya lebih dekat lagi. Perkara seperti ini tidak membimbangkan saya kerana saya tahu apa yang saya buat dan keluarga tahu siapa saya.

    "Saya cukup tidak setuju apabila ada yang beranggapan artis baru sering kali dikaitkan dengan isu memburu golongan VIP untuk cepat naik. Bagi saya kedua-duanya tidak ada kena mengena," katanya.

    INFO

    Natashasheila Abdul Razak

    Panggilan: Tasha Shilla
    Asal: Kuala Lumpur
    Tarikh Lahir: 25 Januari 1987
    Umur:24 tahun
    Drama/Telefilem: Mila Kejar Cinta (RTM), Sahara (TV3), Panggilan Arwah (Astro Citra), Gemilang (TV3), Penggali (TV3), Mencari Jannah (Astro Oasis), Ku Yakin Berlaku (Astro Oasis), Dottie (Astro Ria),
    Filem: Ratu the Movie (2011), Spanar Jaya (Sitkom), KL Menjerit 1 (2004).


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Saingan seimbang

    Posted: 16 May 2011 06:25 PM PDT

    Hip

    Marcell puji suara Shiha, juri awam suka Salma

    KETIKA diminta pandangannya, juri profesional Mentor musim lima (Mentor), Datuk Ramli MS, menegaskan keempat-empat protege yang mara ke Separuh Akhir layak bertarung pada peringkat akhir nanti, sekali pun dikhabarkan hanya dua finalis akan mara ke konsert akhir musim ini.

    Namun entah di mana silapnya, sama ada tersalah memilih lagu atau barangkali terlalu memberi tumpuan terhadap jalinan persembahan membuatkan mutu vokal masing-masing agak merosot berbanding persembahan minggu terdahulu. Daripada komen Ramli yang menilai vokal, Iqa yang juga anak didik Edry Abdul Halim dikatakan punya tahap IQ yang bagus, malah Datuk Sharifah Aini yang juga mentor Shiha juga meraih pujian, cuma perlu lebih menitikberatkan perkara halus.

    Erra Fazira selaku mentor Salma yang sebelum ini sentiasa meraih pungutan markah menakjubkan turut ditegur supaya berhati-hati memilih dendangan, manakala Ratnah pula dikatakan kurang sesuai menyanyi lagu rancak walaupun moodnya bagus.

    "Pada tahap ini baik Shiha, Salma, Ratnah dan Iqa sudah tahu di mana kekuatan mereka. Walaupun persembahan bagus, saya melihat dari arah berlainan kerana kadang kala kita tidak sedar wujudnya kesilapan remeh yang boleh mencacatkan nyanyian.

    "Mereka memang bagus. Contohnya seperti Salma, dia punya semua kualiti dalam nyanyian, tetapi lagu itu kurang mesra dengannya. Malah, usahanya kosong. Ada banyak lagi lagu yang mampu mencabar vokal," katanya pada sesi sidang media selepas Pusingan Separuh Akhir Pertama di Auditorium MBSA, kelmarin.

    Pada pusingan berkenaan, setiap protege menyampaikan sebuah lagu solo selain berpadu suara dengan mentor masing-masing, dengan segmen nyanyian solo Shiha bersama Memori Tercipta dendangan asal Shila OIAM menyerlahkan tona vokalnya.

    Bagai dijangka anak didik Kak Pah itu penuh dengan penghayatan namun sesekali tampak tergelincir seperti diluahkan Ramli, tetapi momentum persembahannya mendadak naik apabila berduet bersama mentornya membawa lagu Hapuslah Air Mata Mu dan Sabar Menanti.

    Tidak hairan juri jemputan dari seberang, Marcell, memujinya dengan menyatakan bulu romanya meremang sebaik saja gadis itu membuka mulut, malah menyifatkan secara simbolik kostum yang dibawakan mampu dimanifestasikan sebaik mungkin dalam memantapkan persembahan.

    Perlu lebih menonjol pada separuh akhir kedua

    SALMA yang tidak pernah mengecewakan pula memilih dendangan Safura, Sedalam Mana Cintamu, yang tentu saja mencabar kemampuan vokalnya, tetapi sesekali nadanya kedengaran sedikit sumbang, manakala segmen bersama mentor menyaksikan mereka menyampaikan lagu Penipu bersama konsep ala kabaret.

    Sekali pun meraih mata tertinggi, dengan 20 markah daripada juri awam, Ramli melihat Salma seakan menjadi penyanyi pengiring Erra sekali gus meminta mentor anak jati Sabah itu lebih teliti membuat pemilihan lagu yang seharusnya mampu menyerlahkan lagi kelantangan vokalnya.

    Bukan hanya juri, penonton juga boleh nampak kejanggalan Iqa tatkala menyampaikan Khatimah Cinta lagu asal 6ixth Sense yang diberi sentuhan nusantara apabila dilihat terlalu mahu mencuba. Namun kekurangan itu dilindungi segmen kolaborasi bersama Edry, ketika menyampaikan lagu Kitalah Bintang (Ella) yang mengundang sorakan ramai.

    Edry turut mengakui sudah menjumpai arah paling jitu untuk protegenya, bahkan Ramli juga berpuashati dengan persembahannya namun meminta gadis itu dapat menonjolkan peningkatan lebih baik pada pusingan kedua nanti.

    Apa pun berbanding peserta lain, Ratnah dilihat kurang meyakinkan kali ini sekali pun persembahan berkonsepkan drama rompakan bank 'menjadi', terutama ketika membawakan lagu yang dipopularkan Anita Sarawak, Seksis, disusuli Bukannya Aku Takut (Mulan Jameela) yang kedengaran tenggelam timbul.

    Jika melihat keseluruhan persembahan, sudah pasti penonton juga mengakui barisan empat protege itu punya kekuatan tersendiri.

    Begitupun, pungutan jumlah mata kali ini tidak diumumkan manakala juri awam memberikan 20 markah untuk Salma, 19 mata buat Shiha, 17 markah untuk Iqa dan 18 mata buat Ratnah.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List