Khamis, 10 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 10 Mar 2011 09:05 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Pertumbuhan terus kukuh

Posted: 09 Mar 2011 01:12 PM PST

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto Aizuddin Saad

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto Aizuddin Saad

Dua pendekatan pastikan ekonomi berkembang 6 peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus berkembang sekurang-kurangnya pada kadar lima hingga enam peratus tahun ini, walaupun terpaksa menghadapi risiko baru ekonomi akibat kenaikan harga minyak global.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua pendekatan akan diambil menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) secara tersusun serta memastikan permintaan domestik kekal pada paras kukuh menerusi beberapa langkah yang akan diumumkan secara berterusan. "Kita akan mengambil segala langkah supaya sasaran pertumbuhan itu dapat dicapai, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding 2010 dan kenaikan harga minyak mentah serta komoditi," katanya selepas majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan harga minyak berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, selain jangkaan sebelum ini bahawa pertumbuhan sederhana ekonomi negara maju yang memperlahankan pertumbuhan eksport negara perlahan, terutama barangan perkilangan.

Katanya, kerajaan kini berusaha memastikan permintaan domestik kekal kukuh khususnya dari segi penggunaan dan pelaburan swasta menerusi pelaksanaan projek di bawah ETP.

Ditanya risiko terbesar kepada ekonomi Malaysia, Najib berkata: "Sudah tentu kenaikan harga minyak (akibat ketegangan politik di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara). Keduanya isu krisis hutang kedaulatan (di beberapa negara Eropah).
"Namun kami rasakan perkara itu adalah terurus dan ketiganya, kenaikan kadar inflasi berterusan yang memberi kesan kepada pengguna."

Mengenai defisit kerajaan yang dijangka meningkat, Najib berkata, ia akan bergantung kepada jumlah pendapatan kerajaan berbanding berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel bersubsidi serta perkara lain.

Katanya, berdasarkan harga minyak mentah semasa, ia akan memberikan tambahan perbelanjaan subsidi sebanyak RM4 bilion tahun ini, sekali gus menjadikan keseluruhan perbelanjaan subsidi boleh mencecah RM14 bilion.

Harga minyak mentah pasaran New York kekal pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun, iaitu AS$104 satu tong semalam berbanding sekitar AS$80 hingga AS$85 satu tong pertengahan tahun lalu.

Sementara itu, penganalisis yakin pelaksanaan (ETP) akan berupaya meningkatkan permintaan domestik dan pelaburan akan menjadi kuasa penggerak utama untuk mengelakkan kelembapan selanjutnya dalam pasaran domestik.

"ETP memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi Malaysia," kata Ahli Ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mat cikaro

pertumbuhan yang amat tinggi..tapisayang benihnya tak baik..pokok tidak dapat membesar apabila dibajai dan disirami dengan rasuah dan kroni... kalau begini lah pertumbuhan ekonomi kita...saya percaya..kehidupan dan peluang pekerjaan tidak akan merundum begitu teruk sekali sekarang....itu lah sebab pertumbuhan tinggi tapi sayang pokok itu tidak subur dan kita tidak dapat makan buahnya..fikir-fikirkan lah wahai kamuuuuuuuuuuuu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PULAPOL ditutup angkara 'Adenovirus'

Posted: 09 Mar 2011 01:11 PM PST

MukaDepan

Mohd Azizan Azirid

Mohd Azizan Azirid

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti, termasuk program latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini dihentikan serta-merta berikutan penularan jangkitan 'Adenovirus' di premis itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan sehingga jam 10 pagi semalam, seorang pelatih Konstabel Mohd Azizan Azirid, 25, dari Kuala Kangsar, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan itu, manakala dua lagi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Seramai 28 pelatih turut menerima rawatan di HKL, selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan wabak itu, termasuk batuk dan demam. "PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Seramai 1,945 pelatih mengikuti latihan asas kepolisan, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel di pusat itu.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-26882009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.

"Setakat ini, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu," katanya.
Selain pelatih, PULAPOL Kuala Lumpur turut mempunyai 854 pegawai dan kakitangan bertugas.

"PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbarnya berkata, 210 pelatih didapati mengalami gejala 'Influenza Like Illness' (ILI) di mana dua pelatih masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 pelatih wad biasa dan 182 pelatih diasingkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pelatih yang meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin mengalami gejala ILI sejak dua minggu lalu.

"Dua kes yang kini dirawat di ICU didapati positif jangkitan 'Adenovirus' manakala pelatih yang lain dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan lapangan menunjukkan terdapat jangkitan 'Adenovirus' di kalangan pelatih di PULAPOL berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel dari tekak diambil mendapati 90 peratus adalah positif.

"Disamping itu, tiga daripada empat sampel najis juga positif 'Adenovirus'. Sehubungan itu, kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari," katanya.

Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.

"Kementerian sudah mengambil tindakan kawalan termasuk mengasingkan kes tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ateh

bersabar wahai anak2...kami di luar sentisa mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kelian..agar ALLAH sentiasa melindungi dari penyakit berbahaya...aminnn

ALINAH BINTI MASRIN

Salam, Saya tumpang simpati kepada mangsa yang terlibat dan ucapan takziah kepada keluarga arwah Mohd. Azizan Azirid. Di harap perkara seumpa ini di kaji dan di beri perhatian yang sewajarnya, di samping itu kita semua hendaklah menjaga kebersihan diri mahupun tempat sekeliling kita, jangan anggap perkara remeh temeh tidak boleh membawa bahaya yang serius. Harap semua Pelatih tidak patah semangat untuk meneruskan latihan selepas kejadian ini. Sekian Yang Ikhlas Alinah Masrin Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

din

Bersabar lah wahai kawan-kawanku....sesungguhnya ujian itu semuanya datang dari Allah.Tetapkan hatimu dan sentiasa berdoa kerna setiap yang berlaku ada hikmahnya.

mat cikaro

ini bukan apa..inilah kesan kalau kita tidak malaksanakan sikap pembersih, jangan buang samapah meratax, saya pun hairan sikap kita kalau peergi kawasan perkilahan...suka sangat dok tempat sunyix..bawa makanan...lepas tu buang meratax...duduk lah ditempat yang disediakan..disitu ada tempat membuang sampah yang akan dipungut oleh PBT...tak kira lah dimana anda berada...amalkan sikap bersih...dan kepada PBT semua..pastikan kawasan anda mesti bersih...sebab semua rakyat ada membayar pelbagai cukai untuk anda melakukan dan memastikan tahap kebersihan pada tahap yang tinggi.....jangan biar tikus hidup sekiranya mahu rakyat hidup...kalau biarkan tikus hidup....rakyat akan mati...fikir-fikirkan lah wahai PBT......


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 10 Mar 2011 07:45 AM PST

Kosmo Online


Dicekup 8 jam lepas samun

Posted:

Dicekup 8 jam lepas samun

Dicekup 8 jam lepas samun

10/03/2011 8:26pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai menyamun jirannya kira-kira lapan jam sebelum itu, berjaya ditahan di rumah sewanya di Taman Seri Merpati di Jalan Kuala Kedah, dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, turut dirampas dari rumah lelaki berusia 33 tahun itu ialah sepucuk pistol, beberapa butir peluru serta gari.

"Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi di rumah sewanya selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

"Sebelum itu suspek dipercayai menyamun rumah mangsa yang terletak di kawasan kejiranan yang sama kira-kira pukul 7.30 malam dan melarikan wang tunai RM400 serta barang kemas yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya juga menemui barang kemas dan wang tunai yang dipercayai hasil samun di rumah lelaki tersebut.

Katanya polis juga menyiasat sama ada lelaki itu bergerak secara bersendirian atau mempunyai rakan subahat.

"Suspek kini ditahan reman dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," kata Adzaman.

Beliau berkata polis juga percaya penangkapan lelaki itu dapat menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar Kota Setar termasuk cubaan samun bersenjata api di Taman Sinaran pada Isnin lepas.

Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu seorang wanita, Low Sau Kiow, 46, bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bas sekolah, menyebabkan seorang lelaki bertopeng yang cuba menyamun kediamannya melepaskan tembakan ke arah bas terbabit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat warga emas di ladang getah

Posted:

Mayat warga emas di ladang getah

Mayat warga emas di ladang getah

10/03/2011 8:24pm

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui di sebuah ladang getah di Jalan Rawang-Batu Arang, dekat dengan Taman Tasik Puteri, Rawang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, mayat wanita berumur lingkungan 70-an itu ditemui oleh orang awam yang melintasi ladang berkenaan pada kira-kira pukul 10.35 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu pernah dilaporkan hilang sejak 5 Januari lepas, dan kes diklasifikasikan di bawah kes orang hilang, namun menurutnya polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

Posted:

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

10/03/2011 7:12pm

TAIPING – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini diminta mengkaji kemungkinan menjadikan Stesen Kereta Api Taiping sebagai muzium bagi menjadi tarikan kepada orang ramai dan pelancong melawat bangunan stesen kereta api pertama negara itu.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, usaha menjadikan bangunan warisan berkenaan sebagai muzium bertepatan dengan pembangunan Taiping sebagai bandar warisan.

Beliau berkata demikian sebagai susulan kepada cadangannya sebelum ini supaya KTMB memindahkan stesen kereta api Taiping ke lokasi baru di Pondok Tanjung yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Raja Ahmad Zainuddin berkata, pembinaan stesen baru dan usaha menjadikan bangunan warisan itu sebagai sebuah muzium sejajar dengan proses pembangunan Taiping sebagai pusat pelancongan.

"Sebelum ini, pemindahan stesen bas Taiping ke Kamunting pernah mendapat bantahan tetapi hari ini kawasan Kamunting sudah membangun sebagai pusat perbandaran yang baru," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 10 Mar 2011 07:12 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Polis Pulau Pinang kutip saman RM24 juta

Posted: 10 Mar 2011 12:27 AM PST

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengutip RM24 juta bayaran saman daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan insentif 50 peratus diskaun sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya turut mencatatkan pertambahan luar biasa mereka yang ingin membayar saman iaitu dengan purata 500 hingga 600 orang sehari pada waktu bekerja.


"Sepanjang tempoh itu jumlah paling banyak kutipan bayaran saman ialah pada 1 Mac hingga semalam iaitu sebanyak RM6.13 juta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan hari terakhir orang ramai membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Ayub berkata, sejak 2001 hingga 2010, hanya 57 peratus daripada 3.7 juta saman yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang telah dijelaskan.


Katanya sebanyak 1.5 juta saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh 10 tahun itu masih belum dibayar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki bebas tuduhan dadah dinasihat taubat

Posted: 09 Mar 2011 11:38 PM PST

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang bekerja sendiri dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan mengedar dadah, tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Muhamad Aizat Abdul Manab, 26.


Dalam penghakimannya, Mohtaruddin berkata meskipun tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai dalam sebuah almari yang terletak di dalam bilik stornya, namun pendakwaan gagal membuktikan beliau (Muhamad Aizat) mempunyai kawalan dan milikan ke atas dadah tersebut.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan boleh menuduh kedua-dua ibu bapa awak tetapi tidak berbuat demikian. Maka itu, awak bernasib baik dan perlu bertaubat," katanya ketika memberikan keputusannya.


Muhamad Aizat didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 479.02gram di No 10, Desa Al-Amin, Sungai Tangkas, Kajang di Daerah Hulu Langat, Selangor, kira-kira pukul 1.15 pagi, 23 April 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhamad Aizat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 10 Mar 2011 03:36 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprima

Posted:

Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprima

Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprima

KUALA LUMPUR 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pelancaran Skim Rumah Pertamaku tidak akan menyebabkan krisis subprima di negara ini seperti yang berlaku ke atas banyak institusi perbankan di Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu.

Perdana Menteri menjelaskan, ini kerana skim pinjaman buat para pembeli rumah di bawah skim itu akan diluluskan secara sistematik dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dengan rapi.

Katanya, kaedah itu amat berbeza dengan syarat-syarat longgar yang diamalkan oleh institusi perbankan di negara kuasa besar berkenaan.

"Mereka (institusi perbankan di AS) tidak mengambil kira kemampuan para peminjam untuk membayar balik dan meluluskannya (pinjaman) secara berlebihan dengan cara tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Skim Rumah Pertamaku bagi memberi peluang kepada golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk membeli kediaman pertama mereka berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Di bawah skim itu, para pembeli tidak perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti amalan institusi perbankan tempatan selama ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihak yang terlibat dalam projek penggalian kuari (rare earth-nadir bumi) di Kuantan telah memastikan semua aspek keselamatan diambil kira.

Hari ini, portal propembangkang iaitu The Malaysian Insider melaporkan pendedahan akhbar New York Times mengenai hasrat sebuah syarikat perlombongan Australia untuk melombong di Kuantan untuk hasil besi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaran

Posted:

SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaran

SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaran

PUTRAJAYA 9 Mac - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) komited untuk memastikan Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri tercapai sebelum hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) itu mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga RM200,000 ke bawah yang siap dibina di seluruh negara.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga kini sedang membina lebih 3,000 unit rumah yang sama di seluruh negara dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Justeru, katanya, SPNB akan mewujudkan pusat sehenti bagi memudahkan bakal pembeli berurusan dengan bank yang terbabit tidak lama lagi.

"Kita akan wujudkan di setiap kempen beli rumah SPNB dan juga pejabat cawangan di seluruh negara.

"SPNB sedia menjadi pelengkap kepada niat murni kerajaan untuk memastikan golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah memiliki harta kekal.

"Ia juga sejajar dengan usaha SPNB selama ini yang mahu golongan muda atau pasangan baru kahwin memiliki rumah sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ubah syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku

Posted:

Ubah syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku

Ubah syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pelancaran Skim Rumah Pertamaku oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianggap sebagai bukti bahawa kerajaan sangat peka tentang keperluan rakyat.

Bagaimanapun, ramai yang mencadangkan agar had umur dan harga rumah yang ditawarkan itu diperluaskan supaya skim tersebut dapat dinikmati oleh lebih ramai orang.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati rata-rata mereka yang ditemui berasa gembira terhadap keprihatinan kerajaan itu tetapi berharap agar syarat kelayakan untuk menyertai skim itu diperluaskan lagi.

Pekerja swasta, Shahruddin Hashim, 54, berpendapat, kerajaan perlu mengkaji semula skim tersebut terutamanya pada syarat umur yang layak menerimanya kerana ramai di antara rakyat negara ini tidak memiliki rumah walaupun sudah berumur lebih 35 tahun.

"Golongan yang berumur di atas 35 tahun kebanyakannya sudah mempunyai keluarga dan amat memerlukan sebuah rumah sendiri.

"Jika syarat kelayakan ini dipinda untuk mereka berumur 45 ke bawah, insya-Allah ia akan memberi makna yang besar kepada mereka," katanya.

Jelas Shahruddin, golongan di atas umur 35 tahun itu merupakan golongan yang memikul tanggungjawab paling besar bagi memastikan institusi kekeluargaan mereka kukuh terutamanya dalam menyediakan keperluan terbaik untuk keluarga.

Katanya, antara keperluan itu adalah untuk memberi anak-anak mereka pelajaran yang berkualiti, menyediakan tempat tinggal yang selesa dan lain-lain.

Pekerja bank, Nurul Syuhada Mohd. Zohdi, 25, pula mencadangkan supaya tawaran skim tersebut untuk rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 dinaikkan kerana harga rumah di negara ini terutamanya di ibu kota adalah sangat mahal.

"Harga rumah di Kuala Lumpur adalah tinggi. Saya cadangkan supaya syarat lingkungan harga rumah itu dinaikkan ke RM250,000 bagi membuka peluang kepada orang ramai memiliki rumah di sini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 10 Mar 2011 03:34 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


AZRB akan siapkan baki projek Lebuh Raya Pantai Timur

Posted: 10 Mar 2011 03:16 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) menerima surat penerimaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan baki kerja Fasa 2 projek Lebuh raya Pantai Timur, Terengganu, bernilai RM145.38 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, AZRB berkata, kerja berkenaan dijangka siap pada 26 Ogos, 2012.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih bagi tahun kewangan berakhir 2011 dan 2012. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 orang Asli Kampung Pasu boleh mengukir senyuman

Posted: 10 Mar 2011 03:12 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Seramai 600 orang Asli dari suku Jahut di Kampung Pasu, Pahang kini boleh tersenyum lebar.

Ini berikutan bekalan air dan elektrik bagi dewan serbaguna di kampung mereka disambung semula selepas mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan kerajaan negeri.

Penyelesaian yang mengandungi syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak itu direkodkan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Mohamad Apandi Ali dan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof. Dengan penyelesaian itu, perayu, Wet Ket, 60, dan anaknya Yaman Ket, 34, bersetuju menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menolak permohonan mereka untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh memotong bekalan air dan elektrik kepada dewan itu.

Masyarakat di kampung itu menggunakan dewan serba guna itu sebagai dewan komuniti, pusat jagaan harian dan pusat tuisyen untuk anak-anak mereka.

Ia juga berfungsi sebagai sebuah gereja kepada 70 penganut Kristian.

Perayu, Pejabat Daerah dan kerajaan negeri bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah selepas mereka diminta berbuat demikian oleh Hakim Apandi yang menyatakan abahwa perkara itu boleh diselesaikan kerana ia membabitkan kemudahan asas.
Peguam Steven Thiru memberitahu panel berkenaan beliau dimaklumkan oleh anak guamnya bahawa Tenaga Nasional Bhd dan Jabatan Bekalan Air, masing-masing, mengembalikan semula bekalan elektrik dan air.

Thiru juga berkata, syarat lain yang dipersetujui oleh suku kaum itu dan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang adalah berhubung status tanah mereka dikekalkan.

Suku kaum itu mempertahankan bahawa ia adalah tanah adat tetapi Pejabat Tanah dan Jajahan Temerloh menegaskan bahawa ia adalah tanah negeri.

Mahkamah Tinggi Temerloh semasa menolak semakan semula permohonan Wet Ket dan Saman Ket, memutuskan bahawa ia merupakan tanah kerajaan negeri.

Thiru juga memaklumkan mahkamah bahawa jika satu pertikaian berbangkit berhubung status tanah itu, perkara itu akan dibawa dalam prosiding berasingan.

Beliau juga berkata, anak guamnnya akan memohon dengan Pejabat Daerah untuk menetapkan bekalan air dan elektrik kerana wujud keperluan untuk mereka mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk kemudahan bekalan itu.

Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Datuk Mat Zaraai Alias berkata, beliau akan melihat dalam aspek formaliti berhubung bekalan air dan elektrik.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengetepikan kos perundangan dalam prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Wet Ket dan anaknya Yaman Wet, menamakan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada Disember 2007.

Pada Julai 2003, perayu membina dewan itu tetapi mereka kemudiannya menerima notis daripada Pejabat Daerah menyatakan bahawa ia dibina secara haram atas tanah kerajaan negeri.

Pada Dis 2006, kedua-duanya membuat laporan polis dan mengadu kepada kerajaan.

Berikutan rundingan, mereka diberi pampasan RM35,000 untuk membina semula tempat itu.

Selepas dewan itu siap pada April 2007, mereka mendakwa, Pejabat Daerah enggan memasukkan bekalan air dan elektrik ke dewan itu atas alasan bahawa ia dibina atas tanah yang tidak diwartakan manakala bangunan itu dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 10 Mar 2011 03:19 AM PST

Utusan Online - Selatan


Pusat Internet Desa lesu

Posted:

Pusat Internet Desa lesu

Pusat Internet Desa lesu

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Penolong Pengurus Pusat Internet Desa, Zamila Omar Mohammad menampal notis rosak pada komputer di pusat itu di Tanjung Kling, Melaka, semalam.


MELAKA 9 Mac – Lapan tahun lalu Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling yang diwujudkan kerajaan bertujuan mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan penduduk di sekitarnya.

Ketika itu, semua golongan seperti warga emas, pendidik, usahawan, belia, pelajar dan suri rumah berlumba-lumba menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan secara percuma di pusat itu.

Bagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak kekal lama apabila hari ini pusat itu hampir tidak dapat berfungsi gara-gara segala kemudahan itu tidak diselenggara dengan baik.

Jika dahulu PID itu mempunyai enam komputer, kini yang tinggal hanya dua komputer, itu pun dalam keadaan daif dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Agak mengejutkan tinjauan Utusan Malaysia di pusat itu hari ini mendapati dua komputer itu terpaksa dikongsi oleh kira-kira 2,442 ahli PID Tanjung Kling sejak kira-kira dua tahun lalu.

"Keadaan ini menimbulkan kemarahan ahli kerana mereka selalu tidak dapat menggunakan komputer sedangkan mereka memang layak menggunakan kemudahan ini secara percuma.

"Walaupun selalu dikutuk dan dimarahi ahli, kami hanya mampu meminta mereka supaya bersabar," kata Pengurus PID Tanjung Kling, Nor Arifah Che Wahab.

Menurut Nor Arifah, PID itu mula dilanda masalah sejak tiga tahun lalu apabila kerja-kerja penyelenggaraan enam unit komputer tidak dilakukan dengan sempurna.

Beliau berkata, pada masa itu PID berkenaan yang turut menawarkan kelas komputer mempunyai 60 pelajar iaitu 12 pelajar pada empat sesi pembelajaran sehari selama lima hari.

"Namun, lama kelamaan semakin banyak komputer rosak akibat tidak diselenggara dengan baik sehingga akhirnya hanya satu komputer boleh digunakan pada Januari tahun lalu sehingga November lalu.

"Akibatnya, bukan sahaja pembelajaran pelajar terganggu, malah pekerja di sini puas dimarahi penduduk kerana mereka tidak dapat menggunakan komputer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga hari ini hanya dua komputer meja dapat digunakan di PID tersebut manakala tujuh lagi dibiarkan berlonggok akibat rosak.

Pelajar kelas komputer di pusat itu, Siti Nur Shafiqah As Saad, 18, berkata, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kelas kerana ketiadaan komputer.

"Saya simpati apabila melihat penduduk hampa kerana tidak dapat menggunakan komputer di sini setiap kali saya menggunakannya pada kelas dua kali seminggu, selama dua jam bermula pukul 9 pagi," katanya.

Bagi Normah Abdul Yasin, 52, dia kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan di pusat itu setiap kali berkunjung ke situ.

"Jika masalah ini berlarutan, sia-sia sahaja usaha kerajaan selama ini mahu membuka minda masyarakat luar bandar terhadap dunia Internet.

"Sebagai peniaga makanan, saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya memperluaskan perniagaan secara dalam talian tetapi bagaimana saya hendak melakukannya sekiranya kemudahan ini tidak dapat digunakan sebaiknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

Posted:

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

JELEBU 9 Mac - Negeri Sembilan bakal menjadi pusat penghasilan tenaga solar terbesar negara apabila tapak pelupusan sampah seluas 26 hektar di Pajam, Nilai dibangunkan sebagai kawasan tenaga elektrik berteknologi baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek berkenaan yang merupakan sebahagian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga akan memperlihatkan pembangunan loji janakuasa biogas 2-Megawatt (MW), selain kemudahan tenaga solar berkuasa 8-MW.

''Projek ini sebenarnya di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana (Pemandu) yang dibuat di satu tapak pelupusan sampah di Pajam yang kini telah pun ditutup sebahagian bagi pelaksanaan projek tersebut.

''Oleh kerana ia menjadi satu kawasan pelupusan sampah, tiada projek pembangunan dapat dibuat di situ untuk tempoh 20 tahun akan datang, selain ia dibangunkan untuk tujuan tenaga elektrik dan elektronik yang baru," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditemui pemberita selepas mengadakan majlis pemimpin bersama kepimpinan masyarakat di sini.

Tambahnya, hasil tenaga berkenaan akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk disalurkan kepada pengguna.

''Ini merupakan satu konsep hijau yang menyaksikan penggunaan teknologi tinggi. Kita percaya lebih 100 panel solar dapat didirikan di kawasan tersebut, selain satu logi janakuasa biogas dibina di situ," tegasnya.

Projek berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Semalam Najib mengumumkan, syarikat Cypark Resources Bhd. melabur RM94.29 juta untuk membina kawasan tenaga diperbaharui di Pajam, Nilai.

Apabila siap kelak, kawasan berkenaan dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM12.16 juta pada tahun 2020.

Projek perintis yang dijalankan di Pajam ini akan dijadikan pemangkin kepada projek sama di 31 tapak pelupusan sampah lain di negara ini.

Mohamad juga memberitahu, kawasan di Pajam itu akan ditutup sepenuhnya selepas tapak pelupusan baru di Jimah dekat Bukit Nenas, Seremban dibuka sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, selain Pajam, tapak di Bukit Palong dekat Port Dickson, juga akan ditutup supaya ia dapat diselaraskan di kawasan baru pelupusan sampah di Jimah.

''Tapak pelupusan sampah dengan sistem teknologi pelupusan yang efisien seluas 40.5 hektar di Jimah itu akan menampung kepadatan sampah di kawasan Seremban, Port Dickson serta Nilai," katanya.

Kata Mohamad, kawasan itu nanti akan mempunyai mesin pembakaran bertutup bersaiz sederhana atau insinerator bagi tujuan melupuskan sisa pepejal dengan lebih cekap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tugas pertama ADUN Merlimau

Posted:

Tugas pertama ADUN Merlimau

Tugas pertama ADUN Merlimau

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.mu


MOHD. Ali Rustam bersama Roslan Ahmad (tengah) bermesra dengan orang ramai di Pekan Merlimau, Jasin, kelmarin.


JASIN 9 Mac - Projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN itu Isnin lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Roslan bertanggungjawab memantau projek yang dimulakan sejak semalam itu melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Selepas ini, beliau akan melawat projek-projek pembangunan yang sedang berjalan termasuk hentian teksi ini.

"Saya jangkakan, kerja-kerja menaik taraf hentian teksi ini boleh siap dalam tempoh dua bulan," kata beliau selepas mengetuai aktiviti turun padang bersama Roslan untuk menemui rakyat pada Program Walkabout sekitar Pekan Merlimau di sini semalam.

Turut menyertai program itu, Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal dan ADUN Serkam, Datuk Ghazale Muhammad.

Mohd. Ali menambah, antara kemudahan yang akan dinaik taraf di hentian teksi itu ialah tempat letak teksi, tempat rehat dan surau.

"Projek ini akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin," katanya sambil menambah peruntukkan di bawah bajet 2011 itu telah diluluskan KPKT pada awal tahun ini.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Ahad lalu, Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 10 Mar 2011 03:12 AM PST

Harian Metro: Setempat


Kelindan lori mati dalam bilik tidur

Posted: 09 Mar 2011 10:13 AM PST

PETALING JAYA: "Saya terbau seperti bangkai binatang dari arah tingkat atas ketika menyidai baju di luar rumah sebelum menyuruh anak lelaki saya memeriksa apa yang berlaku," kata saksi penemuan mayat lelaki, Jamiah Ahmad Leong, 65, di Blok A Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Jamiah yang tinggal di tingkat 11 menyidai baju sebelum terbau busuk dari sebuah unit di tingkat 12.


Dia yang berasa pelik menyuruh anak lelakinya yang baru selesai mandi pergi memeriksa.

Jamiah berkata, anaknya ditemani beberapa jiran ke sebuah unit di tingkat berkenaan selepas memaklumkan penghuni unit itu kali terakhir dilihat pada Isnin lalu.


"Selepas itu, anak saya menghubungi adik mangsa," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata mangsa dikenali sebagai L Manamohan, 49, ditemui dalam keadaan bogel dan telentang di atas tilam di dalam bilik tidurnya.

Katanya, adik mangsa memecahkan pintu rumah yang berkunci dari dalam sebelum masuk dan menemui mayat abangnya yang juga seorang pekerja kelindan lori.


"Menurut adik mangsa yang tinggal di kawasan sama, dia gagal menghubungi abangnya sebelum datang ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.

"Setakat ini, kami mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah," katanya dalam sidang media majlis pelupusan barang kes di sini, semalam.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua suspek kena tahan

Posted: 09 Mar 2011 10:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai suspek kejadian menyimbah asid di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Bangsar, baru-baru ini, hingga menyebabkan lapan murid tahun enam cedera dicekup, petang kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 30-an ditahan di Bangsar ketika mereka menunggang motosikal. Ketika ditahan, sebuah botol berisi cecair dipercayai klorin dijumpai dalam raga motosikal mereka.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penahanan suspek hasil siasatan pihaknya sejak hari kejadian dan pemantauan secara kerap di kawasan berkenaan.

"Kedua-dua lelaki warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 2 petang dan seorang daripada suspek mempunyai enam kesalahan jenayah lampau," katanya.


Menurutnya, motif serangan masih dalam siasatan dan pihaknya juga menjalankan tugas statik di kawasan berkenaan bagi mengelak insiden terbabit berulang.


Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 2 Mac lalu, lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan cedera pada muka dan badan apabila terkena cecair dipercayai asid yang dibaling seorang individu tidak dikenali ketika mereka menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah.


Suspek menunggang motosikal Yamaha Lagenda melempar bungkusan plastik berisi cecair itu sebelum melarikan diri.

Difahamkan, kejadian khianat itu kes kedua berlaku di sekolah berkenaan manakala kes pertama pada dua minggu lalu mengakibatkan tiga individu cedera termasuk seorang murid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 10 Mar 2011 03:10 AM PST

Utusan Online - Utara


Perak guna pendekatan dua hala

Posted:

Perak guna pendekatan dua hala

Perak guna pendekatan dua hala

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Mac – Kerajaan negeri akan mengambil pendekatan dua hala dalam menyokong sembilan projek baru yang diumumkan di bawah Projek Permulaan (EPP) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) khususnya bagi sektor perlancongan di negeri ini.

Exco Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pendekatan terbaru itu merupakan langkah yang diambil kerajaan negeri bagi mempercepatkan lagi kemajuan sesuatu projek.

Menurutnya, jika sebelum ini Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) mengunakan pendekatan sehala dengan mencari program-program ekonomi yang bersesuaian untuk dimajukan, kini kerajaan negeri pula akan melakukan perkara yang sama.

"Kita mahu memberikan pendekatan yang berbeza daripada sebelum ini. Oleh itu, kita akan mencadangkan beberapa program-program ekonomi yang berpotensi untuk diberikan kepada kerajaan pusat," katanya selepas merasmikan Festival Seni Persembahan Perak (PPAF) 2011, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan projek baru yang bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion serta menjana RM11.71 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020 iaitu tambahan kepada 14 projek yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, projek itu merangkumi beberapa bidang pelaburan di bawah aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu pelancongan, pertanian, kelapa sawit dan getah, elektrikal dan elektronik serta minyak, gas dan tenaga.

Sementara itu, Hamidah menyambut baik keputusan kerajaan yang akan meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor melalui salah satu projek yang diumumkan di bawah NKEA pelancongan.

Katanya, pemilihan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi kedua negeri itu.

"Apa yang diumumkan Perdana Menteri semalam memang amat bersesuaian dan pemilihan Pulau Pangkor sememangnya pemilihan yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri sendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut

Posted:

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut


Norshakinah Shaari bersama penduduk kampung membersih kawasan kedai makan miliknya selepas dipukul ribut di Kampung Titi Tok Diah, Kubang Pasu, kelmarin.


KUBANG PASU 9 Mac - Lima rumah dan sebuah kedai makan di Kampung Titi Tok Diah dan Kampung Permatang Bonglai Kecil di sini rosak teruk akibat dilanda ribut, semalam.

Peniaga kedai makan, Norshakinah Shaari, 34, berkata, bahagian bumbung di kedai makan miliknya diterbangkan angin selepas ribut melanda kawasan Kampung Titi Tok Diah, kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Sewaktu ribut melanda kampung ini, saya dan anak saya berusia tujuh tahun berada di dalam rumah kami yang terletak kira-kira 200 meter dari kedai makan milik saya.

"Tidak sampai 10 minit saya dengar bunyi bumbung runtuh dan ketika itu saya sangat takut dan tidak berani keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Titi Tok Diah, di sini hari ini.

Menurutnya, selepas ribut itu reda, barulah dia keluar untuk melihat apa yang berlaku di luar rumahnya itu.

"Bumbung kedai makan saya roboh dan sebuah kerusi tersangkut di atas pokok mangga yang terletak kira-kira lapan meter dari kedai makan saya.

"Ribut ini berlaku dalam tempoh 10 minit sahaja dan saya kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian ini," ujarnya.

Seorang mangsa, Mariah Omar, 44, berkata, anak perempuannya yang berusia enam tahun, Syafiqah Che Omar nyaris cedera apabila atap asbestos di bilik utama rumahnya di Kampung Titi Tok Diah runtuh dalam kejadian itu.

"Anak saya sedang tidur terus terjaga selepas terdengar bunyi benda jatuh dan mendapati atap asbestos dan serpihan konkrit di sekeliling kepalanya.

"Dia kemudiannya berlari mendapatkan saya yang ketika itu berada di dapur dan saya terus menjerit meminta suami mengambil seorang lagi anak saya yang ketika itu berada di ruang tamu," katanya.

Tambahnya, kejadian ribut yang pertama kali merosakkan rumahnya itu dianggarkan melibatkan kerugian melebihi RM4,000.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Mohd. Shabberi Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan bantuan diberikan mengikut nilai kerugian dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

Posted:

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

KULIM 9 Mac - Sebuah keluarga hidup dalam kebimbangan apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Terap Batu 11 dekat sini sejak lebih 30 tahun lalu terletak berhampiran lokasi tebing runtuh.

Kejadian tanah runtuh di tebing Sungai Terap itu meresahkan Shamsiah Jaafar, 43, kerana ia terletak di belakang rumahnya.

Keadaan menjadi lebih teruk jika kawasan itu kerap hujan lebat yang menghakis tebing sungai tersebut.

Dia yang tinggal bersama anak dan menantu serta cucu-cucunya yang kesemuanya 12 orang bimbang apabila melihat tebing sungai berhampiran dapur rumahnya semakin terhakis.

Shamsiah berkata, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pemimpin tempatan dan menunggu tindak balas pihak berkenaan.

"Masalah ini berlarutan lebih dua tahun lalu. Dulu tebing sungai berada kira-kira 10 meter dari belakang rumah.

"Kini ia semakin hampir iaitu kira-kira lima meter. Saya takut kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Shamsiah berkata, selain rumahnya, hakisan tebing terbabit turut melibatkan kediaman beberapa jirannya.

"Sekarang masuk musim hujan. Saya dan anak-anak tidak dapat tidur nyenyak kerana bimbang rumah musnah akibat runtuhan tebing ini.

"Setiap kali hujan lebat, keadaan aliran air sungai sangat deras malah melimpah masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Sulaiman Ibrahim yang melawat tempat kejadian memberitahu, pihaknya akan memanjangkan kes tersebut kepada JPS dan agensi berkaitan untuk diselesaikan segera.

"Kita juga akan berusaha mendapatkan peruntukan khas untuk membaiki dan mendalamkan sungai ini yang sering menimbulkan kesulitan kepada penduduk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 10 Mar 2011 01:50 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga pelajar samseng

Posted: 09 Mar 2011 10:05 AM PST

HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.


Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.


"Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

"Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar," katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

"Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka," katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

"Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima," katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
masalah student dan guru pasti akan berlaku..tp student tak boleh dengan suke hati mengugut guru dengan membunuh guru...sbelum bertindak konon2nya samseng itu,student kne fkir masa dpn..tanpa guru2,kite tak kan d gelar student dan manusia..krn guru,kte jdi mnusia yg berjaya...sye harap sume student d malaysia hormat guru..guru2 ada lah ibu dan bapa ke-2 kte..

dewiayu saputri

remaja zaman skarang tidak seperti dahulu,mungkin kerana disebabkan pengaruh sosial yang berleluasa sekarang ini,memang wajar diambil tindakan terhadap remaja tersebut,nak jadi samseng tak da faedahnya lebih baik belajar rajin-rajin menambah ilmu kalau tidak masa yang akan datang menysal tak ada gunanya.

akmal

simpati dengan tugas guru..terpaksa tanggung tugas berat dan masalah masalam macam ni..nenabur bakti, dibalas dengan ugutan, bukan penghargaan..bersabarlah para guru..

Masyarakat Malaysia

SIKAP PELAJAR KINI LEBIH TERPENGARUH DGN GEJALA-GEJALA KURANG SIHAT DAN SUKA BERTINDAK MENGIKUT HATI MUDA..TIDAK MENGHORMATI ORG YG LEBIH TUA DRPD MEREKA TERUTAMA GURU-GURU YG BERPENDIDIKAN TINGGI..DIKERUHKAN LAGI DGN SOKONGAN IBUBAPA SERTA ABG MURID TERSEBUT..PADA PENDAPAT SAYA..HANTAR JE KAT SEKOLAH JAHAT ATAU KT SUATU PULAU..BIAR DIA RASA LANGIT TU TINGGI RENDAHNYA..

ujang

Budak-budak sekolah semakin kurang ajar kerana kurang pengetahuan dalam agama.Semua masalah ini bermula dari rumah. Di manakah tanggungjswab ibubapa dalam mendidik anak2?

Nor han

Pelajar-pelajar tersebut harus di ambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan sekolah yang sedia ada. Guru berkenaan telah bertindak bijak dengan membuat laporan polis dan tidak bertindak mengikut perasan. Syabas cikgu.

AnakBumiKenyalang

pelajar-pelajar tu xwajar bersikap demikian...tp pelajar-pelajar skunk pun xmcm pelajar-pelajar dulu yang hormati guru mereka.

princess

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh kali gugur bayi

Posted: 09 Mar 2011 09:52 AM PST

IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.


"Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.


"Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali 'cuci'. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

"Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim," katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

"Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya 'lekat' mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

"Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

"Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

"Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 10 Mar 2011 01:39 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Berasmara di pondok awam

Posted: 09 Mar 2011 02:00 PM PST

Wilayah

PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2.

PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2.

Segelintir pasangan, termasuk sesama jenis berkelakuan tak senonoh di tempat awam

SEREMBAN 2: Suasana lengang di Taman Awam Seremban City Park di sini pada waktu tengah hari, dipergunakan segelintir pasangan kemaruk bercinta untuk memadu kasih sambil melakukan perbuatan tidak bermoral.

Tinjauan Sentral mendapati, lokasi berkenaan strategik kerana mempunyai banyak pondok wakaf dan bangku di bawah pokok redup, sekali gus membolehkan pasangan kekasih bermesra dengan selesa. Beberapa pengawal keselamatan kawasan itu mendakwa, kebanyakan pasangan berusia dalam lingkungan 20-an termasuk pelajar kolej swasta berhampiran, selalu datang ke situ antara jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Pengawal keselamatan, Noorfadzli Mustapha, 32, mendakwa pada waktu berkenaan, kawasan itu kurang dikunjungi orang ramai.

"Mereka selalunya duduk berdua-duaan sambil berpelukan dan ada yang bercium tanpa rasa malu serta tidak mempedulikan kehadiran pengawal keselamatan yang membuat rondaan dari semasa ke semasa.

"Apabila pengawal menegur, mereka akan beredar tetapi ada pasangan yang bersikap kurang sopan dengan memarahi dan mempertikaikan tindakan kami meminta mereka menghentikan kelakuan tidak senonoh itu.
"Mereka beredar apabila pengunjung lain, terutama yang membawa keluarga mula datang ke taman pada jam 5 petang," katanya.

Noorfadzli mendakwa, selain pasangan kekasih, beliau juga pernah terserempak dengan pasangan sesama jenis yang berkelakuan tidak senonoh.

Katanya, pengawal keselamatan kawasan itu tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mempunyai kuasa mengikut undang-undang, sebaliknya hanya meminta mereka terbabit beredar.

Katanya, perbuatan pasangan terbabit memberi gambaran buruk terhadap pengawal keselamatan di kawasan berkenaan kerana pengunjung menyangka mereka sengaja membiarkan perlakuan memalukan itu berlaku.

Pengunjung, Fauzi Salim, 28, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) perlu kerap melakukan rondaan dan operasi di kawasan itu.

"Jika dibiarkan, kawasan itu akan menjadi lokasi pasangan kekasih melepak dan akan menarik lebih ramai pasangan melakukan maksiat," katanya.

Fauzi yang sering mengisi minyak keretanya di stesen minyak berhampiran, mendakwa sering melihat kereta yang mencurigakan berhenti di kawasan berkenaan pada waktu malam.

"Saya pernah berhenti di tepi sebuah kereta yang tidak dimatikan enjin dan terkejut apabila mendapati pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dan pemandu lelaki itu segera memecut kereta sebaik menyedari perlakuannya diperhatikan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bangunan haram di Kampung Air

Posted: 09 Mar 2011 01:58 PM PST

Wilayah

ANGGOTA penguat kuasa DBKK merobohkan dinding bilik haram yang dibina di premis di Kampung Air.

ANGGOTA penguat kuasa DBKK merobohkan dinding bilik haram yang dibina di premis di Kampung Air.

Pemilik premis tidak takut hadapi tindakan tegas DBKK roboh rumah

KOTA KINABALU: Ibarat `alah bisa tegal biasa', pemilik atau penyewa bangunan haram di Kampung Air di tengah bandar raya ini seakan-akan mahu mencabar pihak berkuasa kerana terus beroperasi walaupun sudah beberapa kali operasi meroboh dilakukan.

Jika hari ini dirobohkan, esok kembali didirikan. Malah, ada yang lebih berani apabila dipercayai sengaja tidak menghiraukan notis dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya pemilik menepati pelan ditetapkan. Ketua Unit Struktur Tanpa Kelulusan Jabatan Perancangan Bandaraya DBKK, Rakee Eddris, berkata daripada lima lot premis yang dikesan membina bilik haram dalam operasi kelmarin, tiga daripada lot terbabit pernah dirobohkan menerusi pemeriksaan pihak berkuasa.

"Kita dapati mereka membina semula bilik haram dan tidak mempedulikan notis DBKK, malah menganggapnya perkara remeh yang tidak perlu dipatuhi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Kelmarin, DBKK melaksanakan operasi meroboh bilik haram di premis perniagaan Kampung Air bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi lain termasuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Operasi kira-kira tiga jam mulai jam 10 pagi itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Ramli Alimat.
Anggota penguat kuasa DBKK terpaksa menggunakan gergaji dan tukul untuk merobohkan dinding di beberapa premis yang dijadikan bilik sewa tanpa permit.

Sebanyak 35 bilik daripada lima lot premis di Kampung Air dirobohkan dalam operasi berkenaan.

Rakee berkata, kesalahan direkodkan sebagai membina bilik haram tanpa mendapat kelulusan pelan bangunan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan DBKK 1951.

"Kita sudah memberi notis tahun lalu dan kita mengeluarkan notis semula dua minggu lalu. Ada di kalangan pemilik bangunan itu mengemukakan pelan seperti diminta DBKK dan ada juga yang tidak menepati peraturan ditetapkan," katanya.

Dalam operasi itu, polis turut menahan lima individu atas pelbagai kesalahan, selain turut menemui sebuah bilik yang dijadikan tempat menyimpan pelbagai jenis ubat dan minuman kolagen.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 10 Mar 2011 01:33 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


308 pelatih Pulapol dikuarantin

Posted: 10 Mar 2011 01:10 AM PST

BENTONG, 10 Mac — Seramai 308 pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kini dikuarantin berikutan kematian seorang rakan mereka dua hari lepas akibat virus Adenovirus, sejenis jangkitan pada pernafasan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiga pelatih masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 23 lagi kini ditempatkan di wad biasa.

"Kementerian belum menemui punca sebenar bagaimana virus tersebut wujud dan boleh merebak di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Kasih 1Malaysia bagi penghuni di Penjara Bentong dekat sini, hari ini. Liow adalah juga Anggota Parlimen Bentong.

Beliau meminta pengurusan pusat latihan polis, penjara, tentera dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya meningkatkan penjagaan kebersihan di kawasan mereka.

Liow juga berkata Kementerian Kesihatan akan membawa masuk 200 doktor pakar dari Mesir, India dan Bangladesh bagi mengisi kekosongan jawatan doktor pakar di negara tahun ini.

Katanya, setakat ini hanya terdapat 2,500 doktor pakar yang ditempatkan di hospital-hospital utama di seluruh negara.

"Sekarang ini hospital utama seperti Kuantan, Temerloh, HKL dan beberapa hospital di ibu negeri mengalami kesesakan kerana ramai pesakit ingin mendapatkan rawatan daripada doktor pakar," katanya.

Beliau berkata dengan adanya doktor pakar di hospital daerah, masalah kesesakan yang berlaku di hospital-hospital utama akan dapat diatasi. — Bernama 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MP Pakatan ibarat anak ayam hilang ibu, kata Nazri

Posted: 09 Mar 2011 11:57 PM PST

PUTRAJAYA, 10 Mac — Tanpa ketua sementara untuk mengetuai pembangkang di persidangan Dewan Rakyat, pembangkang boleh diibaratkan seperti 'anak ayam kehilangan ibu', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau (gambar) berkata mereka tidak perlu mengisi kekosongan itu tetapi tidak ada ketua pembangkang pada sesi ini.

"Jadi, tidak ada sesiapa yang akan bertindak sebagai ketua. Jadi mereka ibarat seperti anak ayam kehilangan ibu, saya umpamakan sedemikian kerana pembangkang tiada ketua sementara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, di sini hari ini.

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Disember lepas, empat Ahli Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR-Gombak), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

"Jelas menunjukkan tiada persetujuan pada sesi ini siapa yang patut bertindak sebagai ketua pembangkang, kerana mereka tidak boleh bersetuju untuk satu jawapan," katanya.

Ditanya sama ada pembangkang akan melantik seseorang menggantikan Anwar, Nazri berkata beliau tidak tahu tetapi yang jelas katanya terdapat kesukaran untuk berbuat demikian.

"Jika tidak, mudah jika mereka ada Hadi (Datuk seri Abdul Hadi Awang) atau Kit Siang (Lim Kit Siang), tetapi kenyataannya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan, membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 10 Mar 2011 01:26 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Tambahan RM4b subsidi minyak

Posted:

Tambahan RM4b subsidi minyak

Tambahan RM4b subsidi minyak

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SARAH NADLIN ROHIM
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak (tiga dari kiri) mendengar taklimat yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kanan) pada majlis Taklimat Lembaga Pengarah kepada Perdana Menteri di Bank Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan dijangka menambah RM4 bilion lagi untuk subsidi minyak tahun ini sekiranya harga pasaran minyak mentah global kekal tinggi melepasi paras AS$100 (RM302) setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tambahan tersebut terpaksa dibuat sekiranya negara tidak menyelaraskan semula harga minyak petrol (RON95) dan diesel.

"Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu.

"Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, kerajaan amat komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras enam peratus pada tahun ini walaupun bakal berhadapan beberapa cabaran.

Menurutnya, antara cabaran itu termasuk pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding 2010, pengurangan permintaan eksport Malaysia terutama ke atas produk pembuatan dan peningkatan harga minyak mentah global serta komoditi.

"Peningkatan harga minyak mentah dan komoditi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia bergerak perlahan. Kerajaan akan pantau perkembangan ini dengan sangat teliti dan akan mengambil apa jua langkah yang perlu.

"Antara langkah yang akan kerajaan ambil seperti menggerakkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta memastikan permintaan domestik terus berada pada tahap yang kukuh," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saiful dakwa dada diramas – Dr. Razuin

Posted:

Saiful dakwa dada diramas – Dr. Razuin

Saiful dakwa dada diramas – Dr. Razuin

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mac – Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang pakar patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia enggan melakukannya.

Dalam kejadian pada 26 Jun 2008 yang berlaku selama kira-kira 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mengakui berlakunya penetrasi dan ejakulasi selain mendakwa dadanya diramas oleh Anwar.

Dr. Razuin Rahimi (gambar) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh memberitahu, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian itu daripada Mohd. Saiful Bukhari.

''Pada dasarnya, dia memberitahu saya tentang kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 bahawa dia telah dipanggil oleh Anwar dan walaupun tidak merelakannya tetapi ia tetap berlaku.

''Saya tanya tentang perhubungan jenis tersebut dan daripada pemeriksaan sama ada berlaku penetrasi, seks oral dan cecair pelincir digunakan,'' kata saksi pendakwa ke-23 itu semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Razuin yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semasa kejadian terdahulunya menyatakan, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu kejadian itu berlaku tanpa kerelaannya.

MOHD. YUSOF (MY): Ada berlaku penetrasi?

RAZUIN RAHIMI(RR): Ya.

MY: Ada berlaku ejakulasi?

RR: Ya.

MY: Ada cecair pelincir digunakan?

RR: Ya.

MY: Selepas itu?

RR: Selepas itu, dia memberitahu Datuk Seri Anwar meramas dadanya. Kejadian berlaku kira-kira setengah jam.

MY: Ada berlaku seks oral?

RR: Mengikut Mohd. Saiful Bukhari, ada cubaan tetapi tidak berlaku.

MY: Apa maksud tidak berlaku?

RR: Menurut Mohd. Saiful, dia telah diminta untuk melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Razuin, 37, memberitahu, temu bualnya dengan Mohd. Saiful Bukhari berlangsung selama 20 minit sehingga pukul 9 malam.

Terdahulu, saksi itu memberitahu, pada 28 Jun 2008, beliau yang berada di rumah ketika itu telah menerima panggilan telefon pada pukul 3.30 petang dan 7.30 malam daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan HKL berhubung dakwaan kes liwat membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai di negara ini.

Jelasnya, semasa menerima panggilan telefon pada pukul 3.30 petang, beliau telah menasihatkan kakitangan terbabit agar meminta pengadu membuat laporan polis.

Menurutnya, beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada doktor pakar yang bertugas ketika itu, Dr. Siew Sheue Feng yang kemudian memintanya datang ke hospital.

Razuin berkata, dia tiba di Pusat Sehenti Khidmat Krisis (OSCC), Jabatan Kecemasan HKL kira-kira pukul 8.30 malam dan menemui pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira yang kemudian memberi taklimat kepadanya mengenai kes itu.

Menurutnya, Judy kemudian memperkenalkan Mohd. Saiful Bukhari kepadanya dan beliau memberitahu pegawai penyiasat tersebut bahawa beliau ingin mengambil latar belakang kejadian daripada mangsa di OSCC.

Selepas selesai mengambil latar belakang kejadian, kata Ruzain, Sheue Feng datang bersama pakar bedah, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan pakar unit kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Menurutnya, beliau kemudian memberi taklimat pula kepada ketiga-tiga doktor tersebut dan memaklumkan mengenai borang protokol perubatan (pro-forma) sebelum ketiga-tiga doktor berkenaan menemu bual pemuda itu sekali lagi.

Ujarnya, tiada perbezaan tentang butiran kejadian yang diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari kepadanya dengan yang diberitahu kepada doktor-doktor terbabit sebelum mereka menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mangsa.

''Peranan saya adalah untuk membantu Dr. Siew dalam mengambil nota dan latar belakang kejadian termasuk hasil pemeriksaan fizikal tersebut,'' katanya.

Razuin memberitahu, pada awalnya beliau mengisi beberapa maklumat di tiga muka surat pada borang pro-forma itu tetapi setelah Sheue Feng menyatakan borang tersebut tidak sesuai digunakan dalam kes tersebut, beliau bertukar menggunakan kertas kosong.

Berdasarkan borang pro-forma tersebut, katanya, beliau ada membulatkan kepada jawapan 'Tidak' mengikut apa yang diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari bagi soalan sama ada paksaan/keganasan dilakukan.

Menurutnya, dia membulatkan jawapan 'Ya' bagi soalan berkaitan mangsa ada melawan kerana Mohd. Saiful memberitahu bahawa dia tidak rela dan badannya menjadi kejang.

Saksi itu turut menjelaskan beliau menyatakan 'cubaan rektal' pada borang pro-forma memandangkan beliau tidak pasti sekiranya kemasukan (penetrasi) berlaku sehingga ke rektum.

''Saya diberitahu berlakunya liwat (anal intercourse). Bagaimanapun rektum (bahagian akhir usus besar) terletak di atas anus (dubur) dan perkataan yang tercatat adalah mengelirukan kerana saya tidak tahu sekiranya penetrasi sampai sehingga ke rektum,'' katanya.

MY: Bagaimana pula mengenai ejakulasi?

RR: Menurut Mohd. Saiful, dia (Anwar) ejakulasi di dalam anus.

MY: Cubaan rektal (rektal attempted)?

RR: Ya.

MY: (Ruangan) Apa yang digunakan, adakah (berlaku) penetrasi penuh?

RR: Ya.

Katanya, beliau tidak menyatakan tentang penggunaan cecair pelincir dalam borang pro-forma kerana borang itu sebenarnya adalah bagi pemeriksaan mangsa rogol.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Karpal Singh, Razuin bersetuju bahawa untuk sampai ke rektum, ia harus melalui anus, sama seperti yang berlaku dalam kes liwat.

Ujar beliau lagi, meskipun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektal (bahagian antara anus dan rektum), ia tetap merupakan kejadian liwat.

Karpal Singh (KS): Kamu kata 'Cubaan rektal', ada berlaku sebarang pendarahan?

RR: Ya.

KS: Pada 26 Jun, ada pendarahan atau tidak?

RR: Mengikut (Mohd.) Saiful, pendarahan pada kali pertama dan kedua.

Mohd. Yusof kemudian mencelah bahawa pihaknya tidak mahu jawapan tersebut direkodkan tetapi Karpal bertegas hendak meneruskan soalan berkenaan.

''Kamu (Mohd. Yusof) tidak mahu (keterangan tersebut) tetapi mereka (pembelaan) inginkannya,'' kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

KS: Awak nyatakan ada pendarahan pada borang?

RR: Ya.

KS: Bila awak isi borang?

RR: Saya isi pada 28 (Jun)

KS: Jadi, ada pendarahan pada 26 Jun?

RR: Tidak.

KS: Tapi ada direkodkan ada pendarahan pada 28 Jun?

RR: Ya.

Perbicaraan bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayar ansuran 2 kereta pengawal Anwar

Posted:

Bayar ansuran 2 kereta pengawal Anwar

Bayar ansuran 2 kereta pengawal Anwar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mac - Dewan Rakyat hari ini gamat dengan pendedahan N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) apabila diberitahu yang beliau membayar ansuran bulanan untuk dua buah kereta bagi kegunaan pengawal peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin.

Sehingga kini, katanya, ansuran dua kereta itu masih dibayar olehnya tetapi beliau telah mengambil salah satu kereta tersebut selepas pejabat Ketua Pembangkang gagal mengambil tindakan sewajarnya.

''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat.

''Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti apa yang saya lakukan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing.

Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam PKR.

''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan.

''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan.

''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya mengusahakan kebun sayur," ujarnya.

Beliau sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 10 Mar 2011 01:05 AM PST

Utusan Online - Timur


Kantin asrama Perkaya diarah tutup

Posted:

Kantin asrama Perkaya diarah tutup

Kantin asrama Perkaya diarah tutup

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGANU 9 Mac - Kantin asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) Marang diarah menghentikan operasi dua minggu ekoran tahap kebersihan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Difahamkan, kantin itu diarahkan tutup semalam setelah sembilan pelajar perempuan dikatakan mengalami keracunan makanan ketika berada di sekolah pagi kelmarin.

Mereka mengadu sakit perut dan muntah selepas mengambil sarapan dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kesihatan Mercang.

Bagaimanapun pelajar berkenaan belum dikenal pasti sama ada mengalami keracunan makanan kerana penyiasatan masih dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang.

Yang Dipertua Perkaya, Datuk Tengku Mahmud Mansor ketika dihubungi berkata, maklumat awal belum dipastikan sama ada pelajar itu mengalami keracunan makanan akibat makanan di asrama.

''Namun begitu, kes itu mungkin terpencil kerana pada masa ini kira-kira 300 pelajar menghuni di asrama berkenaan," katanya.

Menurut beliau, Perkaya amat mengambil berat mengenai masalah kebersihan ketika mengendalikan makanan untuk memastikan sajian yang disediakan tidak tercemar.

Bagaimanapun, katanya, ada juga sesetengah pelajar yang melengahkan waktu makan yang telah ditetapkan dan menyebabkan makanan yang disediakan sejuk.

Sementara itu, Pengetua Asrama Perkaya, Wan Kamal Wan Mokhtar berkata, beliau akan menghantar surat kepada Pejabat Kesihatan Daerah Marang bagi membolehkan pihak mereka menjalankan pemeriksaan semula terhadap kantin itu yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Katanya, untuk tempoh kantin ditutup dan pemeriksaan semula itu, pihaknya telah melantik kontraktor luar bagi menyediakan makanan kepada para pelajar.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr. Faizan Ghazali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melihat wajah Terengganu dari sungai

Posted:

Melihat wajah Terengganu dari sungai

Melihat wajah Terengganu dari sungai

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Peserta mengharungi pokok tumbang di Sungai Terengganu ketika aktiviti berkayak anjuran Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud dari Dataran Budaya, Kuala Berang ke Kampung Pulau Manis, Serada, baru-baru ini. - utusan/ AZLAN BAHRUM


HULU TERENGGANU 9 Mac - Sungai Terengganu yang bermula dari sini masih mengalir tenang dan tidak banyak terusik oleh perubahan masa selain warnanya tidaklah sejernih dahulu lagi.

Sungai yang turut menyimpan sejarah silam kerajaan purba di sini dan mencorakkan peradaban Melayu sepanjang tebing laluannya, menghilir ke Kuala Terengganu.

Catatan pengembara silam menunjukkan Kuala Berang dipercayai menjadi kota satelit pada Kuala Terengganu dan kedudukan kedua-duanya yang disatukan oleh sungai ini merupakan pusat perdagangan maritim utama sejak abad ke-12.

Ketika itu, Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing dengan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.

Penduduk di sepanjang tebingnya membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka.

Pengarah Muzium Negeri, Mohd, Yusoff Yusof Abdullah ketika ditemui berpendapat, mereka yang melalui sungai ini bagaikan mudik atau menghilir sejarah negeri dan bangsanya.

Katanya, sungai ini yang sepi kini, bukan sekadar sumber bekalan air tetapi boleh memberi makna dan manfaat lebih besar melalui industri pelancongan berasaskan sejarah dan alam semula jadinya.

Media baru-baru ini dibawa menyusuri sungai itu sejauh 33 kilometer dari Kuala Berang melalui program Cintai Sungai Kita anjuran Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud.

Melalui program itu juga, kegiatan berkayak diadakan melibatkan 1,200 peserta termasuk kalangan pegawai dan kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Menyusuri Sungai Terengganu bermula dari Kuala Berang di mana Batu Bersurat yang memaparkan perundangan Islam terawal ditemui.

Ia memberikan kesempatan melihat sisi lain wajah negeri ini dalam persekitaran alam tenang dan menghijau.

Satu demi satu kampung dilewati termasuk beberapa penempatan ulama terkenal silam yang ditandai dengan makam mereka.

Pandangan juga turut disajikan dengan kegiatan seharian penduduk di pinggirnya yang bertani, menternak atau mengail ikan manakala ada yang mandi manda atau turun membasuh kain.

Cuma wajah alamnya dan ketenangan dengan pokok-pokok merimbun meredupkan suasana dan bunyi unggas, sedikit terganggu dengan beberapa kegiatan menyedut pasir di beberapa tempat.

Walaupun mengambil masa lebih lima jam dalam perjalanan dengan beberapa destinasi untuk disinggahi, bunyi kocakan, pantulan kilauan airnya dan keindahan flora serta fauna sepanjang sungai tidak meresah.

Burung bangau, helang dan pelbagai unggas masih mudah kelihatan menebar ruang, meneruskan kitaran hidup di sepanjang laluan di samping kelibat kera di hujung dahan dan biawak yang berenang mencari makan.

Menurut Pengerusi bersama program tersebut, Sarjan Mohamad Che Embong, program tersebut turut mendekatkan TNB dengan masyarakat di perkampungan tradisi di samping menyemai kecintaan dan apresiasi terhadap sungai warisan.

Persinggahan pertama di Kampung Tapu dan disusuli Kampung Pasir Tinggi, Telemong di mana para peserta turut melakukan projek amal membersihkan kawasan sungai bersama penduduk.

Perjalanan diteruskan dan persinggahan terakhir di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu yang dimeriahkan dengan pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna.

Selain itu, pihak TNB turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada 20 keluarga miskin di beberapa buah kampung sekitar kawasan itu.

"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat dan dalam masa sama memastikan keindahan alam sekitar tetap terjaga.

"Sebab itu kita adakan program menyusur sungai ini kerana dari sini kita boleh lihat betapa indahnya negeri Terengganu dan permulaan sejarah negeri ini yang banyak berlaku sekitar sungai ini," katanya.

Jelasnya, oleh sebab itu semua pihak perlu berganding bahu dan terus menjaga keindahan sungai tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cuba tertarik sektor pelancongan Terengganu

Posted:

Cuba tertarik sektor pelancongan Terengganu

Cuba tertarik sektor pelancongan Terengganu

KUALA TERENGGANU 9 Mac - Negara Cuba akan terus meningkatkan kerjasama dengan Malaysia, terutama dalam membangunkan sektor pelancongan dan bioteknologi demi manfaat bersama.

Duta Cuba ke Malaysia, Carlos A. Mores berkata, Cuba sememangnya memerlukan pelabur asing untuk menjalin usahasama dalam bidang tersebut berdasarkan peluang serta kemudahan yang terdapat di negara berkenaan.

Beliau juga menarik perhatian, Cuba turut berminat mengadakan kerjasama dengan Terengganu dalam usaha membangunkan industri pelancongan dan bioteknologi untuk kepentingan bersama.

"Cuba dan Malaysia sentiasa menjalinkan kerjasama, dan hubungan ini akan terus dipertingkatkan khususnya dalam bidang pelancongan serta bioteknologi," katanya sambil menambah, Cuba turut menawarkan kepakaran dalam bidang perubatan dan teknologi tinggi kepada pelabur asing.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Carlos turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang mengundangnya mengadakan kunjungan tersebut dan beliau turut berpuas hati dengan jaminan Menteri Besar untuk membuat lawatan balas ke Cuba tidak lama lagi.

Jelasnya, Cuba sedang berusaha meningkatkan kemudahan dalam bidang pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing ke negara tersebut.

Buat masa ini, ujar beliau, kira-kira 2.5 juta orang pelancong asing mengunjungi Cuba pada setiap tahun.

"Negara kami mempunyai pelbagai fasiliti untuk kemudahan pelabur asing termasuk Malaysia dan pada masa ini, selain kunjungan pelancong, Cuba juga mempunyai 30,000 pelajar asing dari 70 negara yang menuntut di sana," katanya.

Sementara itu, Ahmad mengesahkan beliau akan mengetuai lawatan ke Cuba pada Mei atau Jun ini dalam meningkatkan usahasama khususnya dalam bidang bioteknologi.

Bagi tujuan itu, kata beliau, kunjungan itu juga akan disertai beberapa profesor daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjalankan kajian dalam bidang berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 09 Mar 2011 11:24 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Melayu jangan pupuskan jawi

Posted:

Melayu jangan pupuskan jawi

Melayu jangan pupuskan jawi

Oleh SAHLIZAH MOHAMED



LEBIH 700 tahun lalu sejak penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada kurun ke-13, tulisan jawi pernah mengalami pasang surutnya. meskipun ia pernah menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.

Pada zaman lampau, tulisan jawi memainkan peranan penting sebagai pengantara dalam semua urusan pentadbiran, perdagangan dan adat istiadat.

Namun, peredaran zaman menjadikan tulisan jawi yang merupakan salah satu tradisi dalam tamadun Melayu Islam semakin terpinggir sedangkan ia sepatutnya menjadi skrip budaya dan skrip diraja.

Menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan jawi dan tidak mahu tulisan keramat orang Melayu itu pupus begitu sahaja dengan mengambil inisiatif bagi memastikan ia terus subur selari dengan arus pemodenan.

Merungkai lanjut tentang itu, Pensyarah Usuluddin, Hubungan Muslim/Bukan Muslim Pemikiran Islam dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amini Amir Abdullah tidak terkecuali daripada melontarkan sokongan tatkala topik memartabat tulisan jawi diajukan kepadanya.

"Bagi saya, kita perlukan satu peruntukan undang-undang. Contoh mudah ialah menerusi pengiklanan iaitu papan-papan iklan yang hendak dipasang mesti disertakan dengan tulisan jawi.

"Memanglah Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan, jadi ia termasuklah dengan tulisan jawi," katanya ketika ditemui di UPM, baru-baru ini.


ATAS: Yayasan Restu memainkan peranan dalam penulisan pantun dan gurindam dengan tulisan jawi.


Dr. Amini turut melahirkan rasa hairan kerana sebagai seorang pensyarah yang sering melakukan pelbagai kajian, dia melihat pada zaman lampau, bahasa Cina datang dengan tulisannya. Begitu juga bahasa tamil, tetapi mengapa aliran yang sebaliknya pula berlaku kepada tulisan Melayu?

"Masyarakat Cina amat berbangga dengan kaligrafi mereka, tetapi mengapa kita tidak? Kaligrafi Cina sudah berusia hampir 2000 tahun sedangkan jawi pula baru sekitar 700 ke 800 tahun lalu," ungkapnya.

Meneruskan bicara, Dr. Amini turut menyelitkan pendekatan top down yang menyaksikan pergerakan daripada golongan atasan sehingga ke peringkat akar umbi.

Baginya, pendekatan sedemikian mampu merealisasikan undang-undang, peraturan atau perancangan yang membawa kepada kejayaan jika sesebuah perundangan diimplementasikan.

"Kita jadikan konsep 1Malaysia sebagai contoh. Ia bermula dari atas iaitu daripada Perdana Menteri kita dan lihat sahaja kepada keberkesanannya," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, masyarakat sering melaungkan mahu warisan melayu dipertahankan, ironinya mereka tidak menyedari bahawa tulisan jawi itu adalah sebahagian daripada warisan.

Dr. Amini turut mencadangkan agar tulisan jawi dimasukkan ke dalam peperiksaan besar seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan bersifat wajib lulus.

Kuasai tulisan jawi


MENGGUNAKAN tulisan jawi pada papan iklan salah satu cara mendedahkan orang ramai terhadap kepentingan tulisan tersebut. - Gambar hiasan


Tidak hanya tertumpu kepada satu arah sahaja, pendekatan bermotifkan down top juga perlu diberi penekanan bermula daripada sikap pelajar terutamanya yang sudah matang untuk memperkasa tulisan jawi.

"Jangan hanya terarah kepada satu bahagian iaitu guru menyampaikan dan murid pula hanya menerima. Tenaga pengajar perlu kreatif sambil menerapkan ciri-ciri pemahaman, ingatan dan praktikal.

"Perlu ada perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian, penambahbaikan dan tindakan pembetulan baru boleh berjaya," jelasnya sambil memberitahu sistem pembelajaran Program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) merupakan satu langkah yang terbaik untuk terus menghidupkan tulisan jawi.

Sementara itu, Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff ketika mengulas mengenai penubuhan j-QAF memberitahu, semakin ramai yang sudah boleh menguasai tulisan jawi berbanding generasinya empat dekad lalu.

"Saya berada dalam darjah satu pada tahun 1971 dan pada tahun itu, sistem pendidikan negara dirombak dengan mengetepikan jawi.

"Selepas itu, jawi tidak lagi diajar sebagai satu subjek wajib, sebaliknya ia hanya sekadar subjek serpihan dalam subjek lain seperti bahasa Melayu," katanya.

Mohd. Kamil menekankan salah satu daripada punca kelemahan penguasaan tulisan dan bacaan dalam jawi kerana sikap seseorang itu sendiri.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr. Hassan Ahmad ketika dihubungi turut berkongsi rasa gusar ekoran tahap penggunaan tulisan jawi yang digunapakai pada ketika ini.

"Satu ketika dulu, tulisan jawi sangat berpengaruh, namun kini seperti dipandang sepi sedangkan ia merupakan 'peralatan' yang sangat penting dalam proses pembinaan tamadun Melayu Islam di rantau ini.

"Bagi saya, salah satu daripada cara untuk menyebarkan tulisan jawi ialah melalui bahan bacaan seperti akhbar dan buku bacaan yang wajib dipelajari oleh pelajar Melayu dalam mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sastera Melayu.



"Sekurang-kurangnya terdapat keseimbangan antara tulisan jawi dan tulisan rumi. Jika boleh, saya mahu pelajar universiti yang mengikuti pengajian bahasa Melayu atau Sastera diwajibkan membaca satu naskhah atau manuskrip lama mungkin pada abad ke-17 atau 18 yang ditulis dalam tulisan jawi," jelasnya.

Memelihara tulisan jawi

Dr. Hassan turut meluahkan kebimbangan kerana dia enggan Malaysia menjadi seperti Turki yang sudah tidak lagi mementingkan tulisan jawi.

"Saya takut kita menjadi seperti Turki. Mereka sudah tidak tahu membaca tulisan jawi dan membaca al-Quran pula menerusi terjemahan dalam bahasa Inggeris.

"Bagi saya, apa yang penting buat masa ini ialah memiliki sebuah dasar yang tegas untuk terus memelihara tulisan jawi. Pada pandangan saya, dasar kita tidak tegas dan selalu berubah-ubah, bukan hanya dalam konteks ini, tetapi hampir dalam semua bidang. Mungkin ia disebabkan oleh desakan atau dipengaruhi orang lain," katanya ketika hubungi.

Pada masa yang sama, Dr. Hassan turut meletakkan peranan tulisan jawi sebagai sebuah tapak atau asas kepada seseorang Islam untuk sembahyang, mengaji dan membaca doa-doa menerusi tulisan arab.

"Bagaimana hendak membaca al-Quran jika tidak tahu tulisan jawi? Tidak mustahil pada masa akan datang al-Quran hanya dibaca melalui terjemahan tulisan rumi yang belum tentu sebutan dan cara bacaannya serupa.

"Tidak mustahil dalam masa 20 atau 30 tahun lagi, kita tidak akan mempunyai pengkaji atau sarjana yang mampu mengkaji naskhah Melayu lama yang ditulis dalam tulisan jawi untuk diterbitkan dalam sebagai karya klasik Melayu yang hebat," ungkapnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 09 Mar 2011 11:12 PM PST

Berita Harian: Nasional


Program francais latih belia

Posted: 09 Mar 2011 02:40 PM PST

Nasional

NAJIB meluangkan masa bersama remaja yang hadir ke program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB meluangkan masa bersama remaja yang hadir ke program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Usahawan patut sedia berubah dalam perniagaan: Najib

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,800 pelajar dari institusi pengajian tinggi, kolej komuniti, pertubuhan belia dan politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), francaisor dan francaisi induk serta institusi kewangan menyertai program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, semalam.

Program dua hari anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) itu untuk membangunkan industri francais negara dan memberi kefahaman kepada mereka mengenai perniagaan francais. Program dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata, belia termasuk usahawan perlu berani melakukan perubahan dan adaptasi sesuai dengan perkembangan semasa untuk berjaya dalam perniagaan.

"Kita perlu berani melakukan perubahan kepada keadaan yang boleh memberi keuntungan kepada perniagaan kita. Jika bersedia melakukannya, kita boleh berjaya dalam perniagaan," katanya.

Najib berkata, belia negara bertuah kerana PNS memberikan bantuan padanan perniagaan kepada francaisor dan francaisi serta menyediakan pinjaman serendah RM50,000 hingga RM2 juta untuk mereka yang ingin membabitkan diri dalam perniagaan francais.
Sementara itu, Ismail Sabri menggesa belia dan graduan menjadikan perniagaan francais yang berupaya menjadi pemangkin bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) sebagai kerjaya pilihan selepas menamatkan pengajian.

Beliau berkata, langkah itu mampu menjayakan hasrat kerajaan untuk mentransformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dan seterusnya mencapai taraf negara membangun.

Katanya, perniagaan francais yang diperkenalkan di negara ini pada awal 1990-an adalah salah satu mekanisme paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan tempatan.

Sehingga 22 Februari lalu, seramai 499 francaisor berdaftar dengan Pendaftar Francais membabitkan seramai 6,323 francaisi. Peningkatan membuktikan perniagaan francais mendapat tempat di kalangan usahawan sebagai salah satu cabang keusahawanan berdaya maju.

Ismail Sabri berkata, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Program Pembangunan Francais yang dijalankan antara 2006 hingga 2008 menunjukkan nilai jualan sebanyak RM10.2 bilion.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, 270 usahawan berjaya menjadi francaisi melalui skim pembiayaan yang ditawarkan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk melahirkan usahawan francais.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

farhana

Graduan seharusnya tidak terlalu mengharap pekerjaan makan gaji semata-mata, mereka perlu bijak & kretif mempelbagaikan pendapatan. Berniaga secara kecil/besar bukan pengukur kejayaan ttp kepuasan & keuntungan diutamakan...majulah francais utk negara!!

robyah

Saya bersetuju dengan komen KARAMUDIN agar program ini diperluaskan secara menyeluruh termasuk di Sabah dan Sarawak berdasarkan slogan "1Malaysia". Pihak yang terbabit perlu memberi peluang sama rata kepada pelajar IPT tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak.

Silip, J. J.

Jangan lupa SME peringkat luar bandar, di kampung-kampung. Konsep dan sistem yang sesuai?

iceman

Usaha kerajaan untuk membantu bekas2 IPT adalah baik, tapi berapa ramai yang boleh dibantu. jika 20 ribu orang bekas IPT,maka akan lahir lebih ramai lagi usahawan2 yang muflis, jika kerana ada wang,anda baru nak mula berlajar berniaga.....kami yang dah 15 tahun pengelaman masih lagi ada kekurangan. kami tidak pernah diberi bantuan atau pimjaman dari mana2 pihak hingga kini.janganlah kerana kelulusan yang ada anda kira boleh berniaga,carilah pengalaman dulu.

Karamudin

Usaha yang sangat baik bagi membangun negara,
diharap agar program ini bukan hanya dibangunkan di malaysia barat tetapi hendaklah menyeluruh ke Malaysia timur, "1 MALAYSIA"

mat cikaro

saya sangat kesian kepada pelajar IPT... kamu jangan jadi orang yang terlalu rajin..jadilah oarang yang tekun...sebenarnya dalam masa ini kamu perlu menumpukan pendidikan..jangan memikirkan tentang hal lain..tak usah bebankan fikiran anda selain dari pelajara...sebab apabila anda menghadiri sesuatu program..fikiran anda akan berbelah bagi..pada ketika ini lah anda akan merasakan pelajaran kurang penting sebab program francais ini memerlukan modal yang besar..dan anda usahlah percaya..mereka akan bagi kepada kenalan mereka sahaja....yang pasti kamu tetap lapar...usahawan perlu berani...

Samsudin Bin Oli Oli Mohamed

harapan saya lepasan Institut kemahiran belia Negara juga akan merebut peluang ini.

Samsudin Oli Mohd, Pegawai Komunikasi Korporat Alumni AIKBN, Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia larang sebar Syiah

Posted: 09 Mar 2011 02:39 PM PST

Nasional

Tindakan tegas diambil elak fahaman menular, pengaruhi umat Islam

KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini boleh mengamalkan fahaman itu tetapi tidak dibenar menyebarkannya kepada pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, pengamalan fahaman itu tidak disekat selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa rakyat bebas mengamalkan ajaran agama di negara ini. Beliau berkata, larangan juga dilakukan secara berhati-hati kerana bukan semua ajaran Syiah bertentangan pegangan mazhab ahli sunnah.

"Bagaimanapun, pada masa sama, mereka (pengikut fahaman Syiah) tidak dibenar menyebarkan ajaran ini kepada orang lain," katanya menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Setakat ini, Jamil Khir berkata, enam negeri sudah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah, iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, pengikut fahaman Syiah bukan hanya membabitkan ahli akademik, malah meliputi ahli politik termasuk difahamkan ada yang dari parti pembangkang.
Justeru, beliau berkata, kerajaan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang pertentangan atau pertembungan tanpa disedari.

Terdahulu menjawab soalan asal Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Jamil Khir berkata dalam menjaga keharmonian dan sensitiviti beragama di kalangan rakyat majmuk di negara ini, kerajaan mengambil pendekatan berhemah melalui semangat Perlembagaan di mana pengikut agama Islam dan agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.

"Namun bagi memastikan ajaran selain ahli sunnah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, kerajaan membuat pencegahan awal dengan membendung penyebarannya daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

"Di samping itu, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal-ehwal agama sudah membuat usaha menjaga kesucian ahli sunnah supaya tidak tergugat," katanya.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan ialah menyebarluaskan fatwa mengenai larangan penyebaran fahaman Syiah kepada masyarakat, dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar peruntukan undang-undang, khususnya di negeri yang sudah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 09 Mar 2011 11:05 PM PST

Utusan Online - Politik


Jangan jadikan hari konvokesyen pentas politik

Posted:

Jangan jadikan hari konvokesyen pentas politik

Jangan jadikan hari konvokesyen pentas politik


Mohd. Shafie Apdal menyampaikan diploma kepada graduan, Muhammad Zharif Mohd. Yusof sambil diperhati oleh Rosli Mat Hassan di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 9 Mac - Hari konvokesyen tidak seharusnya dijadikan pentas untuk berpolitik sebaliknya hari tersebut perlu menjadi upacara yang mulia bagi meraikan kejayaan anak bangsa negara ini dalam pelajaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, graduan yang baru menamatkan pelajaran seharusnya dibimbing supaya pemikiran dan hala tuju mereka akan terus diberi tumpuan ke arah menguasai ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.

"Itulah hikmahnya bila diturunkan ayat pertama Iqra' yang membawa maksud 'bacalah'. Bacalah itu bermakna bukan hanya membaca al-Quran tetapi turut membaca dalam mencari ilmu pengetahuan supaya ia ada kemuliaan kepada setiap umat manusia.

"Kalau kita gagal menguasai ilmu pengetahuan, maknanya kita akan gagal mengharungi segala cabaran di dunia. Saya lihat adalah tidak bertepatan kita menggunakan hari konvokesyen sebagai gelanggang untuk kita menguar-uarkan kepentingan politik kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen untuk Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD) kerjasama antara Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Universiti Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama Canselor Universiti Selangor, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda; Pengerusi YPM, Datuk Rosli Mat Hassan dan wakil Duta Jepun, Koici Ito.

Mohd. Shafie mengulas ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada majlis konvokesyen itu yang mana isi kandungan didakwa mempunyai unsur politik.

Abdul Khalid dalam ucapannya yang dibacakan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, lihat sahaja perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin dan orang berkedudukan terus berleluasa.

Projek bernilai jutaan ringgit katanya, masih hanya diberikan kepada rakan dan keluarga serta penyalahgunaan harta awam yang berleluasa dalam kalangan pemimpin parti dan ketua-ketua jabatan misalnya masih berlaku semasa pilihan raya.

Menteri Besar Selangor itu turut berkata, pemberian bantuan ketika banjir pun nampaknya berbeza-beza menurut fahaman politik dan banyak lagi perbuatan ketidakadilan serta kebatilan yang sedang menular dalam masyarakat Malaysia.

Abdul Khalid juga berkata, Parti Liberal Demokratik (LDP) yang sudah 54 tahun berkuasa di Jepun juga dipinggirkan oleh rakyatnya dalam Pilihan Raya 2009, mengapa terjadi demikian, tunggu perubahan yang bakal berlaku di Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie yang kecewa dengan kandungan ucapan Abdul Khalid itu berkata, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak seharusnya menjadikan hari konvokesyen sebagai pentas untuk mereka berpolitik.

"Jangan kita adun dan cemari hari konvokesyen dengan ideologi yang boleh merosakkan bukan hanya pemikiran setiap graduan bahkan juga proses kejayaan untuk mereka terus cemerlang dalam pelajaran.

"Perkara ini tidak pernah berlaku dalam setiap upacara konvokesyen sebelum ini, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) saya selaku Naib Canselor pun tidak pernah sentuh soal politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak boleh gabung secara rasmi

Posted:

Tidak boleh gabung secara rasmi

Tidak boleh gabung secara rasmi

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 Mac - Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

"Undang-undang cakap syarat nak wujudkan sebuah pertubuhan ialah perlu ada tujuh anggota.

"Jika ada andaian seperti itu (cukup dengan tiga anggota), dikhuatiri nanti akan timbul kekeliruan dan banyak orang tafsirkan macam-macam ke arah kita (ROS), dalam hal ini biar mahkamah putuskan.

"Bagaimanapun sama ada ROS sudah menerima permohonan rasmi daripada pakatan pembangkang untuk menubuhkan gabungan rasmi, itu saya tidak pasti, kena semak dulu. Tapi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah kena ada tujuh anggota, barulah boleh tubuh pertubuhan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau ditanya tentang gesaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac lalu supaya parti-parti dalam pakatan pembangkang mengusahakan dengan serius rancangan mereka untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN).

Ini bagi mengelakkan masalah kepada SPR dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil kerana Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen. Ini adalah juga disebabkan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

Md. Alias dalam kenyataan ROS sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu ialah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.

Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 09 Mar 2011 11:03 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Bekas pramugara dalang geng culik

Posted:

Bekas pramugara dalang geng culik

Bekas pramugara dalang geng culik

Oleh AZIAN AZIZ dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my


Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan satu daripada sepuluh kepingan emas yang dirampas daripada kumpulan penculik dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.

Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.

Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.

"Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.

"Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.

"Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.

Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan 'teaser gun'.

Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.

"Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik," katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.

Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan tujuh lelaki rompak kapal dagang gagal

Posted:

Cubaan tujuh lelaki rompak kapal dagang gagal

Cubaan tujuh lelaki rompak kapal dagang gagal

JOHOR BAHRU 9 Mac - Kecekapan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan berjaya menggagalkan cubaan tujuh lelaki warga asing untuk merompak sebuah kapal dagang yang sedang berlabuh di perairan Pengerang, Kota Tinggi, awal pagi ini.

Kejadian pukul 3.15 pagi itu melibatkan kapal MT Front Queen ketika berlabuh di kedudukan 2.8 batu nautika (5 kilometer) dari Pulau Mungging.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, semasa insiden, bot Kilat pasukan itu sedang meronda di perairan berdekatan sebelum mendengar siren kecemasan dari kapal berkenaan.

Katanya, bot Kilat itu lalu bergegas ke kapal tersebut dan melihat tujuh lelaki di dalam sebuah bot kayu sedang membuang dua batang galah panjang serta sejumlah barangan di dalam plastik ke dalam laut.

Tambahnya, kesemua mereka dipercayai berbuat demikian untuk menghilangkan bukti.

"Anggota bot Kilat kemudian meminta bantuan sebuah lagi bot laju, bot Petir, sebelum kesemua sembilan anggota tersebut menahan tujuh lelaki itu yang disyaki baru selesai melakukan rompakan.

"Pemeriksaan awal menemui sebilah kapak, pisau, beberapa batang sepana, dompet, topeng dan barangan lain," katanya pada sidang akhbar di Jeti Tanjung Puteri, di sini hari ini.

Difahamkan, motif utama rompakan tersebut adalah untuk mendapatkan alat ganti kapal selain barangan berharga milik anak kapal.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati, seorang anak kapal MT Front Queen berjaya melarikan diri ke anjung kapal sebelum bertindak menghubungi pegawai bertugas untuk membunyikan siren kecemasan.

Menurutnya, kesemua 20 anak kapal MT Front Queen yang berdaftar di Pulau Majuro dan kaptennya, warganegara Rusia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Suspek-suspek yang berusia 28 hingga 33 tahun dari negara jiran itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan kami juga akan mendapatkan kerjasama daripada pihak polis.

"Kita masih menyiasat sama ada kesemua suspek turut terlibat dalam kejadian rompakan terhadap kapal dagang lain di kawasan tersebut," katanya.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, sepanjang Januari hingga kini, sebanyak 11 kes rompakan termasuk tiga kes cubaan merompak kapal dilaporkan di sekitar perairan Johor.

Pihaknya akan terus menggiatkan usaha termasuk meningkatkan jaringan komunikasi bersama komuniti maritim di sekitar perairan selatan tanah air bagi membendung kegiatan jenayah itu daripada terus berleluasa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah seumpama itu boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Selatan di talian 07-2199401.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 09 Mar 2011 07:27 PM PST

Utusan Online - Pahang


Pantai Chempaka berubah wajah

Posted:

Pantai Chempaka berubah wajah

Pantai Chempaka berubah wajah

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Antara produk kraf tangan yang terdapat di Pantai Chempaka, Kampung Pantai Sepat, Kuantan.


KUANTAN 9 Mac – Pantai Chempaka di Kampung Pantai Sepat dekat sini bakal berubah wajah apabila kerajaan negeri mempromosikan kawasan itu sebagai produk pelancongan baru di negeri ini.

Promosi destinasi baru itu turut disertai Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pahang yang melihat pantai tersebut boleh dimajukan sebagai produk pelancongan baru.

Pengerusi MATTA Pahang, Mohd. Almizat Abu Halip berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan selain mendapat layanan istimewa dan sokongan masyarakat setempat.

Menurutnya, aktiviti bersama agensi pelancongan itu dalam memperkenalkan produk pelancongan baru di sini memberi sedikit kelainan dan keunikan tersendiri.

"Istimewanya di sini, pengunjung diberi pilihan memilih pakej-pakej yang disediakan mengikut cita rasa masing-masing.

"Selama sehari di sini mereka pasti terhibur dengan jadual yang padat dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan mengikut pilihan pakej," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Almizat memberitahu, pihaknya mengetengahkan produk tempatan serta penglibatan penduduk kampung yang mesra untuk mendorong pelancong berkunjung ke kawasan itu.

"Kita juga menambah jenis-jenis produk yang boleh dijual kepada orang luar, selain memberi manfaat kepada penduduk menambah pendapatan.

"Ia salah satu strategi MATTA menarik minat pengunjung luar dan kemungkinan pada Mei ini kita akan melakukan promosi besar-besaran khusus untuk pelancong dari luar Pahang," katanya.

Tambahnya, antara aktiviti yang bakal menarik minat pengunjung ialah demonstrasi beruk memanjat pokok kelapa dan memukat pantai.

Katanya, ramai di antara penduduk terutama golongan muda tidak pernah melihat cara beruk dilatih memanjat pokok kelapa.

Beliau memberitahu, beberapa proses dilakukan sebelum seekor beruk itu menjadi mahir dan mampu memanjat berpuluh batang pokok kelapa sehari.

Selain itu, Mohd. Almizat berkata, pakej memukat pantai bakal menjadi tarikan pelancong agar mereka memahami kehidupan seorang nelayan menangkap ikan.

"Nelayan di sini masih menjalankan aktiviti memukat sebagai pendapatan sampingan dan untuk kegunaan sendiri. Aktiviti itu menarik dan boleh dijadikan daya tarikan pelancong," katanya.

Katanya, untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan terkenal, semua yang terlibat perlu berusaha dengan lebih gigih bagi menjayakan rancangan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM277,000 bina pasar di Merapoh

Posted:

RM277,000 bina pasar di Merapoh

RM277,000 bina pasar di Merapoh

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 9 Mac – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM277,000 untuk projek pembinaan pasar baru dan premis perniagaan di Merapoh, dekat sini tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, kemudahan itu terdiri daripada pasar, enam ruang perniagaan dan kedai makan yang akan memulakan pembinaannya tidak lama lagi.

Menurut beliau, projek tersebut dilaksanakan di bawah penyelenggaraan Majlis Daerah Lipis (MDL) yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

Beliau berkata, premis itu bakal menjadi pusat jualan hasil kampung di kalangan penduduk kawasan Merapoh dan kampung berdekatan di sini.

"Projek itu antara usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memajukan sektor pertanian menerusi pemasaran secara sistematik di samping mewujudkan golongan usahawan di kawasan itu.

"Premis tersebut akan menjadi persinggahan kenderaan dari Lembah Klang melalui Kuala Lipis ke Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melakukan majlis pecah tanah projek Pasar Merapoh, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha MDL, Mohd. Pauzi Abu Hussaini, Penghulu Mukim Gua, Zarizal Zah Hamri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Merapoh, Tengku Othman Tengku Daud.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Lipis menjelaskan, kemudahan situ akan memberi keselesaan kepada penduduk tempatan berbelanja kerana terdapat pelbagai hasil kampung dijual dan peluang peniaga memasarkan buah-buahan segar serta makanan tempatan.

Dalam pada itu, Tengku Othman berkata, kemudahan itu bakal menjadi pusat pertumbuhan baru di Merapoh kerana kawasan itu berdekatan dengan jalan utama antara Kuala Lipis ke Merapoh.

Beliau berkata, projek tersebut akan menjimatkan masa penduduk kerana mereka tidak perlu pergi ke bandar Kuala Lipis dan Gua Musang, Kelantan untuk mendapatkan keperluan dapur.

Selain itu, Mohd. Pauzi berkata, projek tersebut merupakan tanggungjawab sosial pihaknya bagi menyediakan kemudahan kepada penduduk Merapoh berbelanja barang keperluan dapur.

"Sememangnya hasrat MDL mewujudkan premis tersusun merupakan antara agenda pembangunan kerajaan negeri membangunkan Merapoh sebagai pusat pertumbuhan baru berasaskan sektor pertanian dan pelancongan," katanya.

Katanya, Merapoh juga sebagai tempat rawat dan rehat (R&R) terhadap kenderaan yang singgah di situ sekali gus menambah pendapatan penduduk melalui aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk terkejut banjir kilat di Matau, Felda Jengka 1

Posted:

Penduduk terkejut banjir kilat di Matau, Felda Jengka 1

Penduduk terkejut banjir kilat di Matau, Felda Jengka 1

KUALA KRAU 9 Mac - Penduduk di Matau dan Felda Jengka 1 dekat sini terkejut apabila kawasan rumah mereka ditenggelami air setinggi kira-kira tiga meter berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu sejak pukul 11 malam semalam.

Seorang penduduk, Fauzi Awang Besar, 50, berkata, penghuni di situ yang dianggarkan lebih 100 orang tidak menyangka hujan lebat tersebut memberi kesan banjir kilat di kawasan itu.

Tambahnya, sebelum itu kira-kira pukul 7 pagi, dia menghantar anak ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat di sini seperti biasa walaupun hujan lebat masih berterusan.

"Apabila pulang ke rumah sejam kemudian, saya terkejut kerana kawasan kampung di Matau itu ditenggelami air," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Utusan Malaysia turut melakukan tinjauan ke tanah rancangan Felda Jengka 1 mendapati terdapat beberapa rumah peneroka yang berada di kawasan rendah turut dinaiki air.

Kejadian itu kemungkinan berpunca keadaan longkang yang tersumbat kerana aliran air tidak bergerak lancar selain sistem perparitan tidak sempurna.

Menurutnya, kejadian itu kemungkinan berpunca dari Sungai Cenderai yang melimpah, sistem perparitan tidak sempurna dan penebangan hutan secara tidak terkawal.

"Kawasan itu juga merupakan kawasan rendah dan pernah ditenggelami air dalam banjir pada tahun 2007," katanya.

Seorang penduduk, Roslan Hasan, 40, berkata, segelintir peniaga tidak dapat menyelamatkan barangan mereka di pekan kecil di situ kerana air naik terlalu cepat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Katanya, sehingga pukul 5 petang, air belum surut sepenuhnya walaupun hujan berhenti dan cuaca panas selepas itu.

Menurutnya, banjir tersebut terburuk selepas 2007 itu menyebabkan peniaga termasuk kedai runcit mengalami kerugian besar.

Roslan juga mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya membina longkang lebih besar bagi membolehkan air mengalir dengan baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 09 Mar 2011 07:21 PM PST

Malaysiakini :: Berita


Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!

Posted: 09 Mar 2011 06:55 PM PST

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini,.

NONEHarakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.

Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.

2 Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Posted: 09 Mar 2011 06:44 PM PST

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama semalam yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

nasharuddin mat isa parliament pc 160609Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagisemalam, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya kepada Harakahdaily.

NONESehubungan itu, beliau yang juga ahli parlimen Bachok melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Semalam, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 09 Mar 2011 07:11 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai SPRM tiada kuasa soal siasat Beng Hock

Posted:

Pegawai SPRM tiada kuasa soal siasat Beng Hock

Pegawai SPRM tiada kuasa soal siasat Beng Hock

KUALA LUMPUR 9 Mac - Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Ashraf Mohd. Yunus yang ditugaskan membantu menyoal siasat Teoh Beng Hock pada malam 15 Julai 2009 disahkan tidak mempunyai kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk berbuat demikian.

Perkara itu didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu oleh peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, Edmund Bon berdasarkan hasil siasatan dalaman oleh Jawatankuasa Aduan SPRM.

Beliau yang membacakan laporan bertulis jawatankuasa itu berkata, Mohd. Ashraf dan seorang lagi pegawai penyiasat, Arman Alies tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Seksyen 30(8) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

''Mengikut Seksyen 30 Akta SPRM seorang pegawai penyiasat yang melakukan soal siasat perlu juga merekodkan kenyataan daripada saksi yang sama.

''Hasil siasatan, Jawatankuasa Aduan SPRM memutuskan Mohd. Ashraf dan Arman tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat Beng Hock,'' jelas beliau.

Mohd. Ashraf yang mengaku tidak mengetahui hasil siasatan itu bagaimanapun tidak bersetuju bahawa dia tidak mempunyai kuasa selain menganggap tindakannya itu tidak menyalahi undang-undang.

Saksi ke-20 itu bagaimanapun memberitahu, dia tidak akan patuh pada arahan pegawai atasan sekiranya disuruh melakukan perkara yang sama selepas mengetahui dia tidak mempunyai kuasa.

Terdahulu, Mohd. Ashraf mengaku terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadapnya oleh suspek yang pernah disoal siasat, tetapi tidak dapat mengingati jumlah sebenar.

Mendengar jawapan itu, Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengingatkan saksi supaya tidak menyembunyikan jumlah sebenar atau beliau akan mendedahkannya.

Cheng Yuen kemudiannya memberitahu, terdapat sembilan laporan polis dibuat terhadap Mohd. Ashraf sambil bertanya sama ada saksi itu menyedari bahawa dia merupakan pegawai SPRM yang menerima aduan paling tinggi berbanding pegawai lain.

Ditanya oleh Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili SPRM, Mohd. Ashraf memberitahu, kesemua laporan itu mendakwa dia menggunakan kekerasan dengan tangan dan objek semasa menyoal siasat suspek.

Dia bagaimanapun menafikan pernah mendera suspek-suspek dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan terhadap Beng Hock atau menyuruh lelaki itu duduk di atas bongkah ais.

Walaupun telah disoal siasat oleh pihak polis serta dibuat pengecaman oleh pengadu, Mohd. Asraf mengaku tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau dituduh di mahkamah.

Sementara itu, berikutan kematian Beng Hock, Mohd. Ashraf memberitahu, dia dan pegawai-pegawai yang terlibat telah disiasat sebagai suspek oleh pihak polis pada malam 17 Julai 2009.

''Sebelum beri keterangan, saya ditemu bual secara berasingan, dirakam percakapan, diberi kertas A4 dan ditunjukkan gambar Beng Hock kerana polis cuba kaitkan saya yang bunuh Beng Hock.

''Selepas itu, saya diminta duduk di bilik mesyuarat dengan pegawai lain pada pukul 5 pagi. Hanya pada pukul 7 pagi, ada pegawai polis datang dan beritahu yang kami dibenarkan pulang,'' jelasnya.

Pada prosiding hari ini, Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Nazri Ibrahim yang bertanggungjawab merakamkan kenyataan Beng Hock turut memberi keterangan.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Mahkamah Koroner pada 5 Januari lalu memutuskan hasil inkues menyiasat kematian lelaki itu sebagai keputusan terbuka (open verdict).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saman fitnah RM100 juta dibatal

Posted:

Saman fitnah RM100 juta dibatal

Saman fitnah RM100 juta dibatal

PUTRAJAYA 9 Mac - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman fitnah RM100 juta oleh Penasihat Undang-Undang Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia.

Keputusan majoriti 2-1 yang dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk KN Segara turut memerintahkan Uthayakumar membayar kos RM20,000.

Hakim Segara yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sepakat membatalkan saman itu setelah membenarkan rayuan pihak kerajaan manakala Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus menolaknya.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Hakim Segara secara ringkas menyatakan, kenyataan-kenyataan yang didakwa berbau fitnah itu tidak merujuk kepada Uthayakumar, tetapi terhadap Hindraf sebagai sebuah organisasi.

Mahkamah berpendapat, oleh kerana Hindraf merupakan sebuah pertubuhan haram, tindakan saman itu tidak dapat dipertahankan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Hishamudin pula berlainan pendapat bahawa Uthayakumar, 48, selaku plaintif dalam saman itu mempunyai hak mengemukakan kes dan tuntutannya di Mahkamah Tinggi.

Pada 4 Januari 2008, Uthayakumar yang ketika itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memfailkan saman terhadap Musa, Abdul Gani serta Kerajaan Malaysia bagi menuntut gantirugi RM100 juta.

Bagaimanapun, pada 8 April 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak dengan kos permohonan pihak kerajaan bagi membatalkan saman tersebut.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof ketika itu turut mengarahkan agar perbicaraan didengar secepat mungkin. Ketiga-tiganya merayu di Mahkamah Rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Dalam pernyataan samannya, Uthayakumar mendakwa, Musa dan Abdul Gani berniat jahat mengeluarkan kenyataan mengaitkan dirinya dengan pertubuhan pengganas antarabangsa dan ia kemudian diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan.

Dakwa peguam itu, kenyataan tersebut rekaan semata-mata dan bermotif politik kerana perhimpunan itu yang disertai oleh 50,000 kaum India di ibu negara pada 25 November 2007 dianjurkan secara aman.

Bagaimanapun, pernyataan pembelaan pihak defendan menyatakan, Uthayakumar tidak berhak menuntut ganti rugi RM100 juta kerana kenyataan Musa dibuat untuk mengelakkan tercetusnya perasaan benci terhadap kerajaan dan perbalahan kaum.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Uthayakumar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menyatakan, pihaknya akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Menurutnya, beliau turut menimbang untuk mengemukakan kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda jika kebenaran untuk merayu ditolak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 09 Mar 2011 03:10 PM PST

Utusan Online - Rencana


Pakatan pembangkang berkongsi nafsu

Posted:

Pakatan pembangkang berkongsi nafsu

Pakatan pembangkang berkongsi nafsu

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SUATU ketika dulu, kita pernah mendengar apa yang dipanggil Barisan Alternatif, kita juga pernah disogokkan dengan satu kerjasama atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan kini wujud pula apa yang dipanggil Pakatan Rakyat.

Sama ada Barisan Alternatif, APU mahupun Pakatan Rakyat, ia bukanlah sebuah gerakan politik yang sah seperti mana gabungan parti-parti dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, pakatan berkenaan melibatkan parti-parti pembangkang yang nampaknya secara zahir sahaja sepakat tetapi mempunyai ideologi dan perjuangan berbeza-beza.

Sebab itulah mereka terlalu sukar untuk mendaftar sebagai satu gerakan secara sah bagi membolehkan mereka bertanding dalam pilihan raya menggunakan satu lambang sahaja seperti mana dilakukan oleh BN.

Bagaimanapun sehingga kini mereka tidak boleh berbuat demikian kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak mempunyai perjuangan yang sama. Mereka hanya berkongsi 'nafsu' mahukan kuasa dengan berpakat menumbangkan kerajaan BN.

Mereka tidak ada matlamat lain sebab itulah mereka sampai sekarang gagal mencapai kesepakatan untuk berjuang menggunakan satu lambang dalam pilihan raya.

Hakikatnya, bukan rahsia lagi bahawa PKR, DAP dan Pas mempunyai ideologi perjuangan yang cukup berbeza. PKR ditubuhkan demi untuk memperjuangkan nasib pemimpin utamanya, DAP masih kental dengan hasrat Malaysian Malaysia manakala Pas pula yang pada mulanya ingin memperjuangkan Islam semakin lari daripada matlamat itu.

Berikutan kekeliruan ini, terlalu sukar untuk mereka mencapai kesepakatan bagi mengarak panji-panji yang sama. Justeru istilah Pakatan Rakyat hanyalah sekadar mainan politik bagi mengaburi rakyat kononnya mereka memperjuangkan nasib golongan itu.

Walaupun pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas cuba menunjukkan bahawa mereka mempunyai kesepakatan dan persefahaman tetapi fakta sebenar tidak begitu.

PKR dan DAP dilihat terlalu kukuh mendominasi kerjasama pembangkang manakala Pas pula hanya menjadi pengikut. Kejayaan pada 8 Mac 2008 yang diraikan bersama-sama kini dikatakan semakin hambar.

Terlalu banyak kepincangan di dalam kerjasama tersebut yang cuba disembunyikan sama ada di Kedah, Pulau Pinang, Selangor mahupun pusat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti itu.

Berikutan sikap hipokrit itulah, ia menyebabkan semakin ramai pemimpin dan ahli PKR dan Pas meninggalkan parti itu. Mereka semakin melihat bagaimana kerjasama antara ketiga-tiga parti berkenaan hanyalah satu retorik dan tidak akan mampu membawa apa-apa kesejahteraan rakyat.

Semua ini sudah tentu bukanlah petanda yang baik untuk pemimpin PKR, DAP dan Pas mencapai kesepakatan bagi mendaftarkan pakatan mereka.

Selain masalah ideologi dan matlamat yang berbeza, halangan terbesar ialah siapakah yang bakal menjadi 'korban'.

Ia kerana ketiga-tiga parti sudah tentu mahu menjadi dominan. PKR pastinya tidak akan membiarkan Pas bertanding lebih kerusi berbanding DAP kerana bagi PKR, mereka lebih yakin kerjasama dengan DAP berbanding dengan Pas.

Keadaan itu berlaku kerana PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim amat mengharapkan sokongan pengundi bukan Melayu, sedangkan Pas tidak mungkin dapat melunaskan harapan ini.

Biarpun dari segi sejarah politik negara, Pas jauh lebih hebat berbanding PKR yang berusia setahun jagung atau DAP yang boleh dikatakan hanya mendapat sokongan sebahagian masyarakat Cina tetapi Pas tidak berdaya melakukan apa-apa.

'Baiah' yang dibuat untuk setia bersama-sama perjuangan PKR dan DAP tidak memungkinkan Pas berundur lagi.

Mahu tidak mahu, sama ada untung atau rugi, Pas perlu bersama-sama kedua-dua parti itu bagi menempuh pilihan raya umum akan datang biarpun akan dilayan sebagai parti 'kelas ketiga' dalam pakatan pembangkang.

Kesetiaan Pas yang sanggup tunduk kepada PKR dan DAP semata-mata demi mencapai cita-cita untuk meraih kuasa bersama membolehkan kedua-dua parti itu memperkotak-katikkan Pas sewenang-wenangnya.

Dalam tindak-tanduk mereka, tiada perhitungan yang diambil kira mengenai pendirian atau perasaan Pas, apa yang penting PKR dan DAP melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu demi mengukuhkan kuasa mereka.

Sebab itulah, mereka sengaja melambat-lambatkan usaha mendaftar pakatan pembangkang secara rasmi. Ini sama dengan keadaan yang berlaku dalam kerjasama Barisan Alternatif yang melibatkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) dengan DAP dan kerjasama S46 dengan Pas melalui Angkatan Perpaduan Ummah.

Sama ada ia Barisan Alternatif atau Angkatan Perpaduan Ummah, ia hanyalah sebutan sahaja bagi menyedapkan panggilan terhadap kerjasama antara parti-parti pembangkang bagi meraih kuasa. Apabila cita-cita itu sudah dicapai maka 'berkuburlah' kerjasama mereka.

Namun begitu jika pada tahun awal 1990-an dulu, wujud dua blok pembangkang yang berbeza biarpun berhadapan dengan 'musuh' yang sama tetapi sekarang hanya tinggal satu blok sahaja iaitu pakatan pembangkang.

Pas yang dulu agak 'malu-malu' untuk bekerjasama dengan DAP berikutan penentangan keras parti itu terhadap penubuhan negara Islam tetapi kini sudah tidak segan silu lagi, malah ada pengikut mereka yang setia mengibarkan bendera DAP di majlis-majlis politik termasuk ketika kempen pilihan raya sambil melaungkan 'takbir'!.

Apapun semua itu bukanlah alasan bagi ketiga-tiga parti mendaftar pakatan mereka secara rasmi. Sikap curiga-mencurigai sama ada hendak diakui atau tidak masih tebal di kalangan mereka.

Ia berbeza dengan kesepakatan di dalam BN yang sejarah telah membuktikan melalui kerjasama mereka, negara ini bukan sahaja sudah mencapai kemerdekaan tetapi juga kemakmuran dan kesejahteraan.

Pakatan pembangkang hanya boleh bermimpi untuk memiliki kekuatan dan kekukuhan seperti BN kerana kerjasama PKR, DAP dan Pas bukan atas dasar keikhlasan demi membela nasib rakyat dan membangunkan negara tetapi semata-mata untuk meraih kuasa serta memenuhi impian seorang insan menjadi Perdana Menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hindraf: Serpihan atau demokrasi terpimpin?

Posted:

Hindraf: Serpihan atau demokrasi terpimpin?

Hindraf: Serpihan atau demokrasi terpimpin?

HINDRAF atau Hindu Rights Action Force yang membawa slogan Makkal Sakthi (People's Power) merupakan gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu yang bermatlamatkan memelihara hak dan warisan komuniti masyarakat Hindu di Malaysia. Landskap politik tempatan berubah setelah demonstrasi dianjurkan Hindraf pada 2007. Peristiwa beberapa kuil dirobohkan di seluruh negara sekitar April hingga Mei 2006 masih segar dalam sejarah politik negara dan merupakan permulaan kepada pergerakan kumpulan ini.

Isu yang dibangkitkan pada waktu itu adalah 'temple cleansing' di Malaysia menyemarakkan kemarahan dan sensitiviti kaum dan agama. Di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kumpulan Hindraf telah ditahan pada 12 Disember 2007 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun kerana mereka dikaitkan dengan LTTE dan organisasi militan RSS di India.

Secara rasminya, Hindraf diisytiharkan sebuah pertubuhan haram pada 15 Oktober 2008. Pelbagai siri demonstrasi dan bantahan yang dilakukan oleh kumpulan ini sentiasa mendapat perhatian sama ada dari pihak nasional mahupun antarabangsa. Jika dapat disingkap sejarah Hindraf, empat felo mereka ditangkap pada Oktober 2007, manakala pada 23 November 2007, tiga orang diletakkan di bawah Akta Hasutan. Petisyen dan demonstrasi disebarkan sehingga ke United Kingdom, dan terkini pada 27 Februari 2011, mereka melakukan protes terhadap novel Interlok yang membawa kepada penahanan seramai 109 orang. Adakah demonstrasi Hindraf boleh dianggap sebagai sebuah perjuangan atau sekadar merencatkan sistem politik negara?

Seperti mana yang diketahui, isu yang dibawa oleh Hindraf tidak mewakili masyarakat India secara keseluruhan. Banyak isu-isu yang disensasikan seperti agama dan kaum dijadikan bahan utama terhadap serangan psikologi kepada masyarakat Malaysia sehinggakan ia menimbulkan keresahan etnik dan terdapat sesetengah pihak berpandangan bahawa hubungan kaum di Malaysia pada ketika ini berada dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal.

Dengan slogan yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk perlu dikekalkan dan diperkukuhkan pada setiap masa. Walaupun begitu, hubungan etnik di kalangan orang Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah, Sarawak dan etnik-etnik yang lain masih dibayangi sejarah lalu.

Kedudukan hubungan kepelbagaian kaum ini agak rapuh dan perlu dikawal sebaik mungkin supaya tidak tercetus konflik kaum yang lebih besar. Isu yang dimainkan oleh Hindraf tentang kaum dan agama mempunyai keupayaan untuk merencatkan hubungan antara kaum apabila isu tentang ketuanan Melayu, rumah ibadat, tukar agama, Perlembagaan dan lain-lain dipersoalkan secara terbuka.

Namun begitu, kebebasan untuk berhimpun dan bersuara perlu diberikan kepada semua organisasi, pihak dan individu dengan menggunakan saluran yang tidak membelakangkan prosedur dan undang-undang. Tuntutan yang dikemukakan oleh Hindraf perlu pantas ditangani oleh kerajaan yang mentadbir negara dan tidak diambil sambil lewa. Tidak salah jika Hindraf dilihat sebagai kumpulan 'serpihan' yang hanya mahu mempropagandakan sesebuah isu demi mempertahankan agama Hindu.

Tetapi selagi mereka disekat, pada masa akan datang lebih banyak bantahan akan dikemukakan kerana pergerakan kumpulan ini sentiasa mendapat sokongan dan perhatian daripada umum dan orang luar. Isu seperti ini boleh dibawa ke meja perbincangan demi menyelesaikan dan mencari jalan keluar kepada masalah Hindraf.

Hindraf mendapati demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang paling ideal, di samping petisyen yang pernah dilakukan oleh mereka sebagai sebuah usaha untuk memartabatkan demokrasi negara Malaysia dan hak asasi yang diperjuangkan supaya suara mereka terus didengar. Inilah yang menjadi salah satu penyebab mengapa Hindraf memilih untuk mengadakan perhimpunan haram pada hari cuti atau Ahad di tempat-tempat awam.

Senario yang semakin berleluasa seperti demonstrasi, bantahan dan desakan-desakan tertentu hingga membawa kepada perhimpunan di jalanan pada masa kini cuba membawa perubahan dalam konteks perjuangan demokrasi tempatan. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada akhir-akhir ini di negara-negara seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Timur Tengah, negara Eropah serta kebanyakan negara yang merdeka.

Sebelum ini, negara sudahpun dikejutkan dengan demonstrasi-demonstrasi seperti sewaktu Reformasi Anwar, Perkasa yang memperjuangkan hak raja, orang Melayu dan lain-lain. Apa yang membimbangkan adalah demonstrasi yang melibatkan keganasan dan kekerasan serta campur tangan pihak luar. Ini bukan budaya masyarakat Malaysia tetapi anasir-anasir luar yang cuba disebatikan dalam masyarakat kita sebagai langkah memperjuangkan demokrasi.

Adakah Malaysia sudah tidak demokrasi sehingga ramai pihak membuat bantahan, tuntutan dan mendesak supaya pihak pentadbiran negara melakukan perubahan atau Malaysia masih mengamalkan demokrasi yang bersifat terpimpin sehingga terlalu sesak dengan undang-undang, prosedur, polisi serta akta-akta yang mencengkam kebebasan masyarakat dan hak asasi manusia?

Semuanya terhasil daripada amalan demokrasi itu sendiri dan kedua-dua pihak yang terlibat perlu mengamalkan demokrasi dalam diri, keluarga dan negara dalam skop yang lebih besar.

Sehubungan itu, kelahiran Hindraf tidak sekali-kali memeriahkan landskap politik negara tetapi kewujudan mereka adalah untuk menuntut hak perlu dilihat sebagai sebuah orientasi demokrasi yang perlu diatasi. Walaupun hanya sekadar 'serpihan', saki-baki daripada serpihan-serpihan ini juga akan membentuk sebuah kristal yang lebih besar dan kuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 09 Mar 2011 01:04 PM PST

Kosmo Online - Negara


Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa

Posted:

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa


BUKU A Doctor In The House: Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mendapat sambutan para peminat buku di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penculik terperangkap

Posted:

Penculik terperangkap

Penculik terperangkap


Tun Hisan menunjukkan kenderaan yang mempunyai logo K9 yang dirampas daripada kumpulan penculik di Klang semalam.


KLANG - Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes culik.

Sebelum ditahan pada pukul 1 pagi semalam, suspek-suspek yang berusia 30-an itu telah menculik seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu.

Difahamkan, kesemua suspek diketuai seorang pramugara warga tempatan itu menyamar sebagai polis selain menggunakan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa yang berusia 62 tahun sebelum membawa lari lelaki itu menaiki kereta Proton Iswara.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu juga tidak berani membantu mangsa kerana penculik turut mengugut untuk mencederakan mereka menggunakan alat renjatan elektrik tersebut.

Kesemua suspek itu kemudian membawa mangsa ke satu lokasi yang dirahsiakan dan dikurung selama dua hari.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia niaga perlu buat adaptasi

Posted:

Belia niaga perlu buat adaptasi

Belia niaga perlu buat adaptasi


NAJIB (kiri) bersalaman dengan peserta Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia-PNS di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Warga belia yang melibatkan diri dalam perniagaan harus bersedia melakukan adaptasi dan perubahan yang sesuai dengan perkembangan semasa sekiranya ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia niaga harus bijak menilai dan melihat apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik perniagaan mereka memandangkan skop perniagaan amat luas.

"Bila sebut mengenai perniagaan, jangan terima sesuatu tanpa melihat bagaimana kita boleh melaksanakannya, sesuaikan dengan masa kini dan akan datang.

"Lakukan program adaptasi, di mana program adaptasi ini mengingatkan kita untuk melakukan perubahan dan perubahan ini boleh memberi keuntungan kepada perniagaan kita," katanya ketika berucap melancarkan program Francais Usahawan Muda 1Malaysia-Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini semalam.

Mengambil contoh dua peruncit di Kerdau yang kini semakin berjaya selepas mengikuti projek tranformasi kedai runcit (Tukar) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Najib berkata, ia menunjukkan jika peniaga berani melakukan adaptasi dan berubah, mereka akan lebih berjaya dalam sektor perniagaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 09 Mar 2011 11:02 AM PST

Utusan Online - Kota


Peniaga bimbang diketepikan

Posted:

Peniaga bimbang diketepikan

Peniaga bimbang diketepikan

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


KAWASAN Pasar Baru Bukit Bintang antara yang akan dibangunkan di bawah Rancangan Pembangunan Greater Kuala Lumpur, untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur International Financial District. – UTUSAN/Nooradzrene Mohd. Noor


KUALA LUMPUR 9 Mac – Peniaga di Pasar Baru Bukit Bintang tertanya-tanya akan nasib mereka berikutan terdapat laporan yang menyatakan bahawa kawasan tersebut sudah diambil alih dan akan dimajukan.

Kata mereka, peniaga di situ tidak menghalang pembangunan yang mahu dilaksanakan tetapi biarlah mereka diberikan penjelasan dan mendapat pembelaan sewajarnya.

Seorang peniaga, Rumiyah Abdul Rahim, 59, yang sudah lebih 20 tahun berniaga nasi lemak di situ berkata, persoalannya adalah mereka akan kekal di situ atau dipindahkan.

"Sebagai antara peniaga paling lama di sini, perasaan sedih tentu ada jika perkara itu benar-benar terjadi.

"Ramai peniaga mencari makan di sini dan kami juga ada pelanggan tetap yang sudah tentu memberi kesan tersendiri kepada kami," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Di bawah Rancangan Pembangunan Greater Kuala Lumpur, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memperoleh tanah seluas 105 ekar di Jalan Imbi pada harga RM2,000 sekaki persegi untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur International Financial District.

Selain Pasar Baru Bukit Bintang, kawasan-kawasan lain yang terlibat termasuk Pasar Rakyat, sebuah stesen bas, Village Food Court, tempat letak kereta serta pinggiran Jalan Barat dan Jalan Davis.

Pandangan sama turut dilontarkan oleh Sanjit Singh, 42, yang mengakui desas-desus mengenai kawasan itu bakal dibangunkan sudah kedengaran sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia juga tidak menolak sebarang pembangunan di situ tetapi berharap pihak bertanggungjawab tidak meminggirkan mereka.

"Pihak bertanggungjawab perlu memberi penjelasan tentang perkara ini bagi mengelakkan perkara ini terus menjadi bualan dan pelbagai spekulasi dibuat oleh banyak pihak," ujarnya.

Dalam pada itu, pemilikan tanah tersebut telah mengundang beberapa kontroversi termasuk dakwaan pengusiran peniaga di gerai makan di Pasar Rakyat yang terletak bersebelahan Pasar Baru Bukit Bintang.

Peniaga mendakwa mereka cuba ditipu apabila diberikan notis pengusiran dalam bulan sama mereka menandatangani satu perjanjian pajakan dengan pihak pengurusan gerai itu.

Notis yang dikeluarkan pada akhir Januari lalu itu mengarahkan 30 penjaja keluar sebelum 30 April tanpa ditawarkan sebarang pampasan atau rancangan penempatan semula.

Lebih mengecewakan, penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga mendakwa didesak agar membayar sewa bagi bulan Mac dan April sedangkan notis yang diterima mereka mengecualikan sewaan selama dua bulan tersebut.

Dalam pertemuan antara peniaga dan penjaja yang terlibat itu, mereka mendesak pihak yang bertanggungjawab menjelaskan status kawasan tersebut.

Mereka juga sudah mengatur strategi sebagai persediaan sebelum perkara itu benar-benar berlaku terutama meminta tiga perkara utama dipertimbangkan.

Pertama, kekalkan lokasi asal pasar tersebut jika keadaan mengizinkan dan jika perlu ditempatkan semula, lokasinya hendaklah di kawasan berhampiran.

Kedua, jika peniaga diarah berpindah, pihak pemaju perlu menanggung kos keseluruhan berpindah dan ketiga, meminta pihak pemaju menyediakan lebih banyak tempat letak kereta kepada pelanggan pasar berkenaan.

Pada pertemuan itu, lima peniaga dan penjaja dilantik bagi mewakili Pasar Baru Bukit Bintang dan Pasar Rakyat dalam memperjuangkan hak dan nasib peniaga.

Sementara itu, jurucakap 1MDB ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi tujuan penempatan semula penduduk dan perniagaan di tapak yang bakal dibangunkan itu.

"Ini termasuklah dengan pihak pengurusan Pasar Rakyat dan juga dengan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik,'' ujar jurucakap itu.

Tambahnya, pihak 1MDB sentiasa komited dalam memastikan penempatan semula penduduk dan peniaga dilaksanakan dengan adil dan saksama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KDN guna khutbah Jumaat

Posted:

KDN guna khutbah Jumaat

KDN guna khutbah Jumaat

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mac - Khutbah Jumaat akan dijadikan pendekatan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendidik masyarakat terhadap bahaya menonton filem yang belum mendapat kelulusan.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Filem KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noraziah Abdullah memberitahu, kesemua masjid di sekitar ibu negara, Labuan serta Putrajaya akan memasukkan unsur pendidikan itu dalam khutbah Jumaat pada 1 April depan.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyediakan teks khutbah Jumaat itu yang akan dibaca pada bulan depan.

"Pendekatan ini merupakan antara kesungguhan pihak berkuasa bagi mendidik masyarakat tentang bahaya filem yang mampu merosakkan moral dan agama mereka," katanya ketika sidang akhbar operasi rampasan filem tanpa penapisan sepanjang tahun 2010 di sini hari ini.

Tambah beliau, KDN turut bekerjasama dengan Pertubuhan Belia Kristian (YMCA) bagi tujuan tersebut malah pendekatan itu diperluaskan lagi kepada persatuan Hindu Sanggam serta persatuan Buddha.

Dalam perkembangan sama, Noraziah memaklumkan, sejumlah 472,806 tajuk filem dirampas oleh bahagian itu tahun lalu kerana tidak mempunyai Sijil Perakuan B iaitu filem tidak ditapis sebelum dipasarkan.

Awal tahun ini sahaja, sebanyak 48,190 barangan kes telah dirampas termasuk filem lucah di empat zon Kuala Lumpur iaitu di Dang Wangi, Sentul, Brickfields serta Cheras.

"Dang Wangi jelas mempunyai premis paling banyak menjalankan kegiatan ini tetapi zon Cheras merupakan kawasan paling membimbangkan," jelasnya.

Oleh itu, usaha pemutihan kawasan di sekitar Kuala Lumpur sedang giat dijalankan dengan sasaran lima peratus berjaya dilakukan tahun ini.

"Program pemutihan akan dijalankan dengan lebih serius di setiap kawasan yang membimbangkan kerana penyebaran filem tanpa penapisan amat berbahaya dan perlu ditangani sebelum ia bertambah serius," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk buat laporan polis

Posted:

Penduduk buat laporan polis

Penduduk buat laporan polis

AMPANG 9 Mac - Akibat tidak tahan lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah, penduduk Pangsapuri Pandan Perdana 700 bertindak membuat laporan polis terhadap pihak pengurusan pangsapuri tersebut, semalam.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk dan Kebajikan Pandan Perdana 700, S. Thiruchelvan, mewakili penduduk Blok B dan C yang mengalami masalah kerosakan lif dan ketiadaan bekalan air sejak empat hari lalu.

Menurut Thiruchelvan, penduduk telah pun memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pengurusan sejak Ahad lalu, namun tiada tindakan diambil.

Sebaliknya, kata beliau, pihak pengurusan memberi pelbagai alasan apabila ditanya bila masalah tersebut akan diselesaikan.

"Mereka mendakwa bahawa kerja-kerja penyelenggaraan akan dibuat, namun sehingga kini tidak ada sesiapa pun daripada pihak pengurusan yang datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pangsapuri Pandan Perdana 700, Pandan Perdana di sini hari ini.

Thiruchelvan berkata, penduduk yang sudah tidak tahan lagi telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul duit sebanyak RM20 daripada penghuni blok itu bagi membaiki kerosakan tersebut.

"Kami membayar yuran penyelenggaraan sebanyak RM40 setiap bulan tetapi apabila masalah begini timbul, mereka tidak ambil peduli," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan dan Kebajikan kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, R. Chandran berkata, penduduk pangsapuri itu telah datang untuk meminta bantuan.

Katanya, beliau akan berusaha mencari penyelesaian termasuk membawa penduduk berjumpa dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pagi ini.

"Dalam perjumpaan itu, MPAJ meminta masa satu hari untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya yang berharap MPAJ akan mengotakan janjinya.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Umar Abdul Rahman, 47, berkata, masalah tiada bekalan air dan kerosakan pada lif telah menyukarkan kehidupan harian penduduk di situ.

"Sudahlah terpaksa menggunakan tangga, mereka juga terpaksa mengangkut air naik ke rumah. Kalau tidak ada air, bagaimana hendak meneruskan aktiviti harian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan