Selasa, 22 Mac 2011

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 22 Mar 2011 11:24 PM PDT

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Posted: 22 Mar 2011 08:45 AM PDT

Pementasan The Secret Life of Nora yang akan berlangsung di Istana Budaya pada bulan September ini sedang mencari pelakon dan artis untuk diketengahkan dalam teater ini. Jadi, ini masanya untuk artis dan pelakon yang mahu bekerja di bawah pengarah antarabangsa, Steven Dexter.

Yang paling grand, teater ini bakal dipersembahkan dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Tak pernah berlaku dalam sejarah teater di Malaysia. Teater ini memerlukan pelakon yang berbakat dalam bidang nyanyian dan juga tarian kerana ia menampilkan lagu-lagu dan tarian yang dicipta khas untuk muzikal ini. Termasuklah lagiu-lagu retro dan juga lagu-lagu lama. Namun demikian, tenaga kreatif seperti pengarah muzik, komposer, koreografer dan lain-lain hanya akan diumumkan dalam waktu yang terdekat.

Bagi penggiat seni, pelakon dan penari yang ingin turut serta dalam pementasan "The Secret Life of Nora" (NORA), sesi ujibakat bakal berlangsung di Enfiniti Vision Media pada 25 hingga 27 Mac ini. Manakala satu lagi sesi ujibakat akan diadakan di Singapura pada 29 hingga 30 Mac ini.

Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tiara Jacquelina Nafi Suami Bercinta Dengan Maya Karin
  • Tiara Jacquelina Lancar The Secret Life of Nora
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Keputusan Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Ashraf Muslim di Malam Gala Teater Muzikal Patriot
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 22 Mar 2011 11:16 PM PDT

    OHBULAN!


    “Tuhan Sahaja Yang Layak Judge Saya” – Miera Liyana

    Posted: 22 Mar 2011 09:33 PM PDT

    Tergelak Ai apabila membaca kenyataan artis kontroversi ini memberikan kenyataannya kepada pihak media. Bukan apa, terlampau banyak sangat kenyataan bersifat perangkap diri sendiri, sampai satu masa boleh disalah tafsir oleh pembaca-pembaca yang lain.

    Apabila Ai membaca kenyataan Miera Liyana di Murai, Ai tak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh artis ini. Memang benar, Miera Liyana sudah pun meminta maaf atas keterlanjuran berpakaian tempoh hari. Kebiasaannya, artis-artis lain akan mengambil sikap mendiamkan diri selepas meminta maaf. Tapi, Ai lihat, rutin itu tidak ada pada Miera.

    Ai agak tersentak apabila Miera berkata, "Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya." Atas tiket apakah yang Miera boleh berkata-kata sedemikian? Logik akalnya, Ai mendapati Miera yang masih belum terbuka untuk menerima kritikan serta cemuhan orang ramai.

    Biasalah, banyak artis-artis baru yang belum bersedia dengan kritikan orang ramai sudah tentu cepat mengelabah apabila satu-satu isu dipanaskan. Ai pun, bukan sekali dua pernah diserang oleh artis-artis baru di laman twitter, banyak kali juga. Tapi, Ai mengambil sikap profesional, tak perlu cerita panjang lebar.

    Mungkin, artis baru seperti Miera ini perlu belajar dengan artis senior berkenaan teknik-teknik menjawab soalan. Kan?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Pertunangan Danny X- Factor & Leen.

    Posted: 22 Mar 2011 08:52 PM PDT

    (Gambar) Pertunangan Danny X- Factor & Leen.

    Ya ya, we know it's not a-so-new story. Apa pun, kami nak ucapkan jutaan tahniah buat Danny X-Factor yang telah mengikat tali pertunangan bersama Leen, seorang pramugari AirAsia pada 20 Mac 2011. Layankan beberapa keping gambar pertunangan Danny selepas ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Posted: 22 Mar 2011 11:16 PM PDT

    Zon Artis


    Jodoh Sein & Nana Masih Panjang, Kembali Bersama

    Posted: 22 Mar 2011 07:19 PM PDT

    GAMBAR ANAK SEIN DAN NANA

    Syukur alhamdulillah dan kami tumpang gembira kerana jodoh pasangan yang pernah menjadi juara Sehati Berdansa musim ke-3, Sein dan Nana masih panjang apabila rumahtangga mereka bersatu kembali selepas bercerai talak satu pada 8 Disember tahun lalu.

    Mereka rujuk semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama lebih kurang tiga bulan. Oleh itu, kami doakan semoga jodoh mereka akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Jadikan apa yang pernah berlaku sebagai satu pengajaran dalam menjalani rumahtangga.

    TWITTER DIRA ABU ZAHAR

    P/s: Sebenarnya sudah beberapa hari lepas kami ingin kongsikan mengenai khabar gembira ini setelah terbaca status Twitter Dira Abu Zahar seperti kat atas tu. Namun, disebabkan sibuk dengan kerja yang menimbun, terlupa plak nak update. Huhu..

    Update kat mStar: Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Irma Hasmie Bertudung, Serius Cantik Daripada Biasa

    Posted: 22 Mar 2011 06:39 AM PDT

    GAMBAR TERBARU IRMA HASMIE BERTUDUNG

    Setelah pulang dari mengerjakan Umrah, Irma Hasmie kini sudahpun bertudung. Alhamdulillah, satu perubahan yang positif dan kami harap Irma Hasmie dapat mengekalkannya untuk selamanya. Tak nak la macam beberapa artis tu, balik dari mengerjakan Haji atau Umrah, pakai penuh, tapi tak lama lepas tu tinggal sket kemudian hilang terus.

    Lagi gambar Irma Hasmie bertudung yang serius cantik kat bawah ni.

    GAMBAR TERBARU IRMA HASMIE BERTUDUNG

    GAMBAR TERBARU IRMA HASMIE BERTUDUNG

    Psstt: Jom terjah www.zonbebas.com

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 22 Mar 2011 09:46 PM PDT

    borak kosong


    [Gila] Bakar Al Quran kerana didakwa bersalah lakukan jenayah

    Posted: 22 Mar 2011 09:46 PM PDT

    Manusai ini manusia tak tahu menggunakan akal dan fikiran...
    saya petik dari Sinar Harian

    GAINESVILLE - Sebuah salinan kitab suci Islam dibakar dalam sebuah gereja kecil di Florida selepas al-Quran itu didakwa bersalah melakukan jenayah, kelmarin. 

    Pembakaran itu dilakukan di bawah pengawasan Terry Jones, yang merancang untuk membakar timbunan al-Quran sempena ulang tahun serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pada 11 September 2001. 

    Menurut sumber, upacara itu diadakan sebagai perbicaraan buku di mana al-Quran terbabit dikatakan bersalah menyebabkan berlaku serangan pengganas dan ia patut dijatuhkan hukuman yang setimpal. 

    Jones menerima pelbagai ancaman keras daripada orang ramai termasuk Presiden AS dan Barack Obama, Setiausaha Tertinggi AS, Hillary Clinton atas rancangannya untuk membakar kitab suci Islam itu, September lalu. 

    Jones tidak meneruskan rancangan itu dan tetapi sebaliknya kali ini dia cuba memberi peluang kepada semua rakyat Islam untuk mempertahankan kitab suci mereka tetapi tidak mendapat sebarang respons.

    Hebat ..lelaki ini ubahsuai keretanya jadi padang golf mini

    Posted: 22 Mar 2011 08:25 PM PDT

    Lainorang lain kegemaran ,lain idea..
    saya petik dari kosmo online

    CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam.

    McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic.

    "Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini.

    "Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya.

    Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi

    Comel..kucing duduk seperti manusia

    Posted: 22 Mar 2011 07:20 PM PDT

    omel betul kucing ni..
    saya petik dari kosmo online

    LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.

    Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

    [Gila] Belasah suami hanya kerana minta urut dan hidangkan makanan

    Posted: 22 Mar 2011 06:26 PM PDT

    Agaknya dia terlupa tanggungjawab sebagai isteri...
    saya petik dari myMetro

    AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.


    Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.


    Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.


    "Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas," katanya.


    Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.



    "Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.


    "Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya," katanya.



    Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.


    "Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.


    "Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.


    "Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit," katanya.


    Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.


    "Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan," katanya.


    Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

    Komputer khas untuk datuk dan nenek

    Posted: 22 Mar 2011 05:50 PM PDT

    Kiwi PC
    TEMPO Interaktif, – Setiap orang berhak menikmati kemajuan teknologi, tak terkecuali manusia lanjut usia alias orang tua.

    Keterbatasan pandangan kerana penglihatan yang mulai kabur, tubuh yang mulai renta, dan daya ingat menurun sering kali membuat mereka tertinggal dalam mengenal teknologi baru. Tapi Linux mencoba menafikan stigma tadi.

    Linux membuat Kiwi PC yang khusus ditujukan bagi datuk nenek. Designn Kiwi PC ini  unik kerana layarnya cukup besar, yakni seluas 19 inci dan keyboard warna-warni.

    Melalui "My Menu", mereka yang menggunakan Kiwi PC dapat langsung terhubung ke web-web yang sering mereka kunjungi. Ikon dan teks yang tampil pada monitor juga lebih besar dari biasanya.

    Sebelumnya, Linux juga telah membuat PC khusus untuk anak-anak, yakni PeeWee PC. Adapun komputer untuk orang tua ini berjalan dengan prosesor Intel Atom D510, RAM 2 gigabita, dan hard drive 250 gigabita. Satu unit komputer Kiwi dijual dengan harga US$ 499,99.

    Manusia Aneh Yang Membuat Sarang Seperti Burung

    Posted: 22 Mar 2011 11:01 AM PDT

    Mungkin begini cara mereka menemukan kehangatan di siang dan malam hari. Atau, dia fikir dirinya burung!

    Posted: 22 Mar 2011 10:01 AM PDT

    VIVAnews – Tak hanya memudahkan berkomunikasi, Blackberry dapat membantu penurunan berat badan. Melalui  aplikasi yang ada di Blackberry, Shelli Handerson berjaya mengurangi berat badannya sebanyak 48 kg

    Sebelum menggunakan aplikasi ini, Shelli memiliki berat badan 114 kg. Wanita berumur 22 tahun ini telah bertahan dengan kelebihan berat badannya sejak usia 16 tahun dan merasa sangat tidak bahagia.

    Hingga akhirnya Shelli menggunakan aplikasi penghitungan kalori seharga £1.99 pada smartphone miliknya. Ia menggunakan aplikasi ini untuk menghitung kalori yang dimakannya dengan cara memasukkan nama makanan yang dia makan setiap harinya.

    Keinginan untuk langsing, membuat Shelli dengan cepat merasakan ketergantungan pada aplikasi ini. Dengan mengombinasikan informasi yang ada di dalamnya dan bersenam secara teratur, berat badan yang semula menghantuinya mulai turun.

    "Awalnya saya men-download aplikasi ini sekadar suka-suka Tapi, setelah satu minggu berat badan saya turun, jadi saya lanjutkan," ujarnya seperti telah dikutip laman The Sun.

    Shelli pun menambahkan bahawa dia melakukan diet disertai dengan bersenam, serta mengganti asupannya dengan makanan lebih sihat jika dia ingin merasa kenyang namun tetap menjaga berat badannya.

    "Saya pun memulai hari dengan sepingan penuh English breakfast, dan memakan kueh kering yang mengandung sayuran," ujarnya. English breakfast terdiri dari daging babi asap, telur, tomat, jamur goreng, roti panggang, dan sosis.

    Setelah beberapa bulan menjalani diet dengan aplikasi ini, berat badan Shelli kini 66 kg. Perubahan bentuk badannya membuat hidup Shelli berubah. Wanita asal St Albans yang pernah berprofesi sebagai pelayan ini mendapatkan promosi sebagai manager bar di restoran tempat dia bekerja.

    Shelli mengaku lebih percaya diri dengan tubuhnya. "Saya merancang memakai bikini untuk pertama kalinya pada lcuti nanti," ujarnya.

    Aplikasi pada Blackberry tersebut ternyata dapat mengubah kebiasaan makannya. Shelli juga mendorong teman-temannya menggunakan aplikasi yang sama. "Hasilnya pun luar biasa," ujarnya.

    [Gila] Isteri presiden Guatemala ini sanggup bercerai kerana nak jadi calon presiden

    Posted: 22 Mar 2011 09:30 AM PDT


    GUATEMALA – Isteri presiden Guatemala, Torres de Colom mengakhiri pernikahannya yang berusia lapan tahun, demi menggantikan suaminya sebagai calon Presiden Guatemala.

    Langkah ini dilakukan oleh Torres de Colom, setelah  suaminya, Alvaro Colom tidak lagi diperbolehkan untuk mencalonkan diri sebagai presiden. Rencananya Torres akan mencalonkan diri pada pemilihan presiden September datang. Demikian diberitakan Telegraph, Selasa (22/3/2011).

    Perceraian akhirnya menjadi pilihannya, kerana undang-undang Pemilihan Guatemala melarang anggota keluarga Presiden yang sedang dalam perkhdmatan, menjadi sebagai calon dalam pemilihan presiden.Pernikahan yang telah berusia lapan tahun itu pun terpaksa dikorbankan.

    Menurut Torres, pencalonan dirinya adalah desakan rakyat Guatemala. Proses perceraian itu sendiri akan selesai dari waktu satu bulan.
    Torres mengumumkan dirinya akan menjadi calon Presiden Guatemala dari parti National Unity for Hope yang ketika ini sedang berkuasa di Guatemala. Meski dianggap cukup berani, pencalonan yang dilakukan Torres ini mengundang kontroversi kerana harus mengorbankan perkahwinannya

    Semut Boleh Memakan Otak Manusia Hingga Meninggal Dunia

    Posted: 22 Mar 2011 08:25 AM PDT



    Kejadian pertama : Seorang anak kecil meninggal kerana  ahli bedah yang menemukan semut di otaknya !

    Rupanya anak ini tertidur dengan beberapa gula-gula di mulutnya atau di samping tempat tidurnya .Semut itu merangkak ke telinganya dan akhirnya berhasil masuk ke otaknya.

    Ketika dia terbangun ,dia tidak menyedari bahawa semut telah berada di dalam kepalanya.

    Setelah itu , dia terus menerus mengeluh tentang gatal di sekitar wajahnya.Ibunya membawanya ke doktor, tapi doktor tidak tahu apa yang salah dengan dia. Ia mengambil sebuah X-ray dari anak itu dan ngeri, dia menemukan sekelompok semut hidup di tengkoraknya. Kerana semut masih hidup, doktor tidak boleh membedah anak tersebut kerana semut terus-menerus bergerak.

    Anak itu akhirnya mati. Jadi harap berhati-hati ketika meninggalkan bahan makanan di dekat tempat tidur Anda atau ketika makan di tempat tidur. Ini mungkin menarik semut. Yang terpenting, JANGAN PERNAH anda atau anak anda makan gula-gula sebelum tidur. Anda atau anak anda mungkin tanpa disedari telah menarik semut ketika anda tertidur.


    Kejadian kedua : Kejadian serupa terjadi di sebuah hospital di Taiwan. Orang di rawat di hospital  dan selalu di peringatkan olehjururawat  untuk tidak meninggalkan bahan makanan di dekat tempat tidur kerana ada semut. Dia tidak mengindahkan nasihat mereka.

    Semut akhirnya sampai ke kepalanya.Anggota keluarganya mengatakan bahawa orang itu terus menerus mengeluh sakit kepala. Dia meninggal dan diotopsi.

    Dokter menemukan sekelompok semut hidup di kepalanya. Ternyata, semut telah makan sebahagian kecil dari otaknya.

    Inilah hukuman brutal seorang ibu kerana anaknya tak pandai belajar

    Posted: 22 Mar 2011 07:00 AM PDT


    Di negara kita, sudah biasa jika anak murid yang nakal dihukum berdiri di depan kelas atau di luar pintu kelas. Tapi, di Amerika lebih parah lagi. Baru-baru ini seorang ibu di Florida, Rhonda Holder, menghukum anaknya, James Mond III, berdiri di pinggir jalan setiap hari. Tidak hanya berdiri, Rhonda juga menyuruh James Mond III, membawa kad manila yang telah ditulis olehnya.

    Tulisan itu sendiri berbunyi "I DID 4 Questions on my F-Cat AND Said I Wasn't Going to Do it!GPA 1.22... Honk if I NEED [an] Education". Kekesalan Rhonda kerana nilai pelajaran sekolah anaknya yang tidak pernah bagus. Parahnya, Rhonda akan memaksa anaknya yang baru berumur 15 tahun itu untuk terus berdiri di jalan sampai prestasi akademiknya membaik. "Sampai dia berfikir pendidikan itu penting baru dia boleh meninggalkan jalan tersebut," ujarnya.

    Sementara, James Mond III kepada Nydailynews.com mengatakan nilai sekolahnya memburuk kerana guru-guru tempat dia bersekolah tidak peduli pada dirinya.

    Inilah Jalan Paling Sempit di Dunia

    Posted: 22 Mar 2011 06:00 AM PDT

    Menurut Guinness Book of Records, jalan tersempit di dunia terletak di Reutlingen, Jerman. Pada kenyataannya, itu hanya lorong, keluar dari halaman belakang. Pada abad kelapan belas, daerah ini benar-benar hancur dalam kebakaran besar. Untuk memastikan bahawa di masa depan, kebakaran tidak oleh menyebar dengan mudah dari rumah ke rumah, sebuah ruang sempit yang tersisa di antara mereka. Ukurannya hanya 31cm lebar, dengan cepat masuk ke buku rekod sebagai jalan tersempit di dunia, meskipun tidak banyak jalan.





    [Kesian] 18 Tahun Menderita Penyakit Membusuk

    Posted: 22 Mar 2011 05:35 AM PDT

    Seorang pemuda di Ponorogo, Jawa Timur, menderita penyakit aneh. Hampir seluruh tubuhnya membusuk. Suroso yang tinggal bersama dengan Tukijah, neneknya, juga hidup di lingkungan miskin. Sudah 18 tahun pemuda lulusan sekolah menengah pertama ini terjangkit penyakit aneh yang terus menerus membiak ditubuhnya.

    Awalnya penyakit ini hanya benjolan hitam. Namun benjolan itu terus membesar dan kemudian pecah dan membusuk. Di beberapa bahgian tubuhnya, luka itu mengakibatkan lubang hingga tembus ke organ lain.

    Suroso tidak memiliki wang untuk berubat. Jangankan ke doktor untuk makan sehari-haripun mereka hanya  mengharap belas kasihan tetangganya. Dan yang lebih memprihatinkan hingga saat ini belum pernah sekalipun ada perhatian apalagi pertolongan dari Dinas Kesihatan mahupun pemerintah daerah setempat. Sumber : Liputan6

    Parfume antik berharga jutaan ringgit

    Posted: 22 Mar 2011 04:47 AM PDT



    Bulgaria adalah negeri penghasil minyak mawar terbaik di dunia, di sebuah tempat bernama Kazanlik inilah minyak mawar ini di produksi. Kazanlik memiliki luas 100KmX10 Km2. Merupakan sebuah lembah yang indah. Dipenuhi dengan perkebunan mawar.

    Mahasiswa buat laman seks

    Posted: 22 Mar 2011 03:00 AM PDT


    INILAH.COM, Filem The Social Network nampaknya menginspirasi mahasiswa di University of Chicago memperoleh kekayaan dari situs kontroversi Inilah jejaring sosial promosi seks.

    Mahasiswa University of Chicago yang tidak disebutkan namanya, berdasarkan keterangan Huffington Post melancarkan situs.www.UChicagoHookups.com yang memungkinkan mahasiswa University of Chicago menemukan hiburan di acara kampus atau sekadar perkumpulan santai.

    "Saya yakin ramai siswa yang telah mendengar stereotipe bahawa jika kita tidak menemukan acara untuk bersenang-senang, maka kita akan mati dengan putus asa," ujar pencipta situs di suratkhabar kampus The Maroon.

    "Saya tidak akan mengungkapkan secara spesifik, namun saya menegaskan kami sudah memiliki beberapa pengguna yang berhasil mendapatkan yang diinginkan," katanya.

    Situs itu juga mencantumkan kutipan Victor Lownes, "Seseorang yang berbeza adalah orang yang mendapatkan seks lebih banyak daripada Anda."

    CBS Chicago melaporkan lebih dari 200 orang sudah endaftar di laman itu untuk mendapatkan layanan seksual 'tanpa pamrih'. "

    "ni merupakan langkah penting yang memungkinkan seseorang merasa bebas untuk berhubungan seksual dengan cara mereka sendiri dan bebas," kata mahasiswa arkeologi Jon Clindaniel kepada CBS.

    Laman  itu mirip dengan fitur 'Casual Encounters' di web Craigslist namun saman dari mahasiswa University of Chicago itu memungkinkan siswa melakukan sesama siswa, bukan sembarangan orang.

    Pejabat kampus, di sisi lain, tidak memberikan komen.

    Penyanyi atau peminat yang salah?

    Posted: 22 Mar 2011 02:00 AM PDT

    Siapa yang harus dipersalahkan peminat atau penyanyi?

    Siapa suruh penyanyi tu pakai seksi sangat?
    Bila dah kena raba salah peminat...sendiri pun tak pandai nak jaga maruah...

    [Gila] Kerana nak nikah free pasangan ini sanggup berbogel

    Posted: 22 Mar 2011 01:00 AM PDT

    Macam -macm hal manusia ini .Pasangan ini sanggup berkahwin dalam keadaan bogel semata-mata mahu perkahwinan mereka dibiayai sepenuhnya oelh sebuah stesn radio di UK.Stesen radio itu akan membiayai segala kos perkahwina kepad pasangan yang sanggup berbogel pada hari perkahwinan mereka.





    Satu-Satunya Surat Khabar Di Dunia yang Masih Menggunakan Tulisan Tangan

    Posted: 22 Mar 2011 12:00 AM PDT


    Satu-Satunya Surat Khabar Di Dunia yang Masih Menggunakan Tulisan Tangan

    Hanya orang-orang yang punya seni menulis indah yang boleh melakukannya. Ini adalah salah satu proses dimana sebuah surat khabar akan diterbitkan. Wanita ini menulis naskah berita yang nantinya akan masuk pada proses pencetakan.

    Kegiatan ini berlangsung di sebuah surat khabar "The Musalman" di India. Nampaknya ini adalah satu-satunya surat khabar di dunia yang masih menggunakan tulisan tangan.

    Sperma para mahasiswa dicari

    Posted: 21 Mar 2011 11:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM – Bagi para mahasiswa yang sihat sedang dicari-cari. Kerana sperma mereka boleh dijual dan bernilai 3,000 yuan. Demikian diberitakan The China Daily.

    Sperma diminta begitu banyak kerana 10 peratus dari sejumlah kota besar di China tidak subur. Sejumlah mahasiswa di Guandong, China, rela memberikan sperma mereka. Menurut Kementerian Kesihatan China, diperlukankan lelaki berusia 22-45 tahun untuk memberikan sperma mereka sekali seumur hidup.

    Tetapi plelaki gay dan warga asing dilarang mendaftar. Lelaki yang berminat harus berkunjung ke bank sperma sebanyak tiga kali untuk ujian dan pemeriksaan darah sebelum datang memberikan derma sperma sebanyak 10 kali.

    Bagi penderma  yang memenuhi kelayakkan mereka boleh menerima 3.000 yuan setelah proses registrasi pendermaan selesai.

    "Ini bukan bererti mereka menjual sperma.. Kami menyediakan makanan, pengangkutan, dan kompensasi keraa waktu mereka tersekat," demikian disampaikan pengarah bank sperma,Tang Lixin.

    Bank sperma di Guandong adalah satu dari 10 bank sperma di China dan sudah menerima lebih dari 900 penderma tahun lalu dan meningkat sebanyak 100 peratus.

    "Mahasiswa dengan gelar master dan doktor datang mendermakan sperma dan sperma mereka lebih bernilai," kata Tang, lagi.

    Ajaib… Nenek Melahirkan Kembar Tiga dengan Normal

    Posted: 21 Mar 2011 10:00 PM PDT

    SAMPANG- Meski terbilang sudah berusia lanjut seorang nenek di Sampang, Madura, ternyata masih boleh melahirkan anak. Yang lebih mengejutkan, sang nenek mampu melahirkan anak kembar tiga.

    Iya ini memang terjadi di warga dusun Bulabuh Desa Malakah, Kecamatan Jrengik-Sampang. Abdul Basit awalnya tidak menyangka jika mempunyai anak di usia sang isteri.

    Nenek bercucu satu dari anak perempuan pertamanya, melahirkan bayi kembarnya secara normal dalam usia kandungan sembilan bulan. Bayi-bayi ini satu laki-laki dan dua perempuan dengan bobot dua kilogram masing-masing bayi.

    Sebelum melahirkan bayi kembar tiga ini, Misnati telah memiliki enam anak dan satu meninggal dunia dengan kelahiran tanpa ada yang kembar sebelum nya.

    Abdul Basit, ayah sang bayi, mengatakan sebelum melahirkan bayi kembarnya pasangan keluarga sederhana ini tidak ada firasat apapun. Sehingga kelahiran bayi dengan kembar tiga ini pun tak disangka sebelumnya.

    Ketika diperiksakan ke bidan desa pun, sang bidan juga tidak menyebutkan bahawa isteri nya akan melahirkan anak kembar. Kerana wajah ketiga bayi kembar ini sangat mirip, kedua orangtuanya memberikan nama yang mirip pula yakni Rena, Reni, dan Rendi.

    Bayi kembar dengan usia genap satu minggu ini pun setiap hari dikunjungi warga mahupun pihak keluargat untuk menimangnya. Hal ini dipercayai warga sebagai peristiwa kelahiran bayi kembar unik dan tidak pernah terjadi di desanya.

    Selain penasaran dengan keadaan sang bayi, warga yang datang berharap ketularan boleh memiliki bayi kembar yang dipercayai akan mendapatkan rezeki melimpah.

    Bayi yang dilahirkan secara normal inipun mendapatkan air susu ibu bantuan dengan susu formula untuk memenuhi keperluan bayi terhadap gizi. Selain itu pemberian susu tersebut guna meringankan beban ibu sang bayi saat ketiganya haus mendapatkan susu.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    aReaL&Celebrity

    Posted: 22 Mar 2011 09:16 PM PDT

    aReaL&Celebrity


    Gambar Pertunangan Danny X-Factor Dan Leen

    Posted: 21 Mar 2011 09:48 PM PDT

    Salam Guys,Tahniah Diucapkan Kepada Pelakon,Penyanyi Dan Pengacara Serba Boleh, Danny X-Factor Dengan Pasangan Nya, Saidatul Fazlin Zakaria A.K.A Leen, 25 Tahun Yang Merupakan Seorang Pramugari Air Asia Yang Sweet N Hot's.. Khabornye, Mereka Cuma Mengambil Masa 3 Bulan Untuk Mengenal Hati Budi Masing-Masing Sebelum Membuat Keputusan Untuk Bertunang..



    WoW... 3 Bulan Jer Tu... Aku Masa Nak Goda Mengorat Pasangan Aku Dulu Bukan Main Lama.. Setahun Lebih Baru Dia Sangkut Kat Aku... Hehehe... Apa Bleh Buat Beb... Muka Pecah Rumah La Katakan... Kuikuikui.... Apapun, Tahniah Skali Lagi Diucapkan Kepada Pasangan Awesome Nih.. Diharap Semoga Mereka Berkekalan Di Dunia Dan Di Akhirat Sana... Aminnn...!!! Layan Gambar Lain Kat Bawah Ni Jom...!!!






    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 22 Mar 2011 03:28 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Watak baru Tiara Jacquelina

    Posted:

    Watak baru Tiara Jacquelina

    Watak baru Tiara Jacquelina

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan ihsan ENFINITI VISION MEDIA


    TIARA JACQUELINA


    SEBETULNYA berita tentang penerbitan teater muzikal ketiga terbitan Datin Seri Tiara Jacquelina yang mahu mengangkat watak agen penyiasat wanita, Nora Zain ke pentas teater memang sudah lama kedengaran.

    Malah, perancangan itu juga dikatakan telah bermula sebelum Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) musim ketiga melabuhkan tirainya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, hampir dua tahun lalu.

    Sebelum ini pun, apabila ditanya kepada tuan empunya diri, Tiara lebih selesa untuk mendiamkan diri dan hanya mengukir senyuman bagai memberi jawapan untuk bersabar sehingga waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

    Namun, segala misteri yang sering menjadi perbualan pihak media akhirnya terbongkar apabila dengan secara rasminya, Tiara mengumumkan pengesahan tentang teater muzikal terbaru terbitannya, The Secret Life of Nora (TSLN), baru-baru ini.

    Ujar Tiara, idea untuk menghasilkan TSLN mula ditimbulkan hanya dengan perbualan kosong antara dirinya dengan pereka set terkenal, Raja Maliq dan beberapa individu lain yang terlibat dengan PGLM ketika itu.

    "Mendengarkan mereka berbicara dengan idea yang cukup bernas dari jalan cerita sehinggalah ke kostum dan rekaan set untuk merealisasikan kisah seorang agen penyiasat wanita itu, benar-benar membuatkan saya kagum.

    "Lalu, saya fikir ia merupakan idea yang menarik untuk dipersembahkan di pentas teater, kisah seorang agen penyiasat wanita sebagai subjek utama untuk teater terbaru saya ini.

    "Selepas beberapa siri perbincangan dan berfikir semasak-masaknya, akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan TSLN yang kami percaya dapat memberikan santapan hiburan baru kepada masyarakat tempatan," jelas Tiara dalam nada yang penuh teruja.

    Tiara yang juga seorang aktres terkenal berkata demikian dalam sidang akhbar usai pelancaran TSLN di Red Carpet Boulevard, The Encorp Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Turut hadir, Naib Presiden Operasi Kumpulan Enfiniti, Izan Satrina Mohd. Sallehuddin; Naib Presiden Kandungan dan Strategi Kumpulan Enfiniti yang juga penulis TSLN, Raymond Miranda dan Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani.

    Dalam majlis itu juga, Tiara turut mengumumkan dia akan kembali ke pentas teater dengan memegang watak agen penyiasat bernama Nora dalam pementasan yang akan dipentaskan di IB bermula penghujung September ini selama tiga minggu.

    TSLN merupakan teater ketiga terbitan Enfiniti Vision Media selepas PGLM selama tiga musim iaitu pada tahun 2006 dan 2009 serta P. Ramlee the Musical (dua musim - 2007 dan 2008).

    Jika diselak kembali trek rekod Tiara dalam menerbitkan teater muzikal di negara ini, memang jarang sekali dia mengecewakan penonton. Mengenali Tiara juga, dia bukanlah anak seni yang melakukan sesuatu perkara sambil lewa atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

    Baginya, apa sahaja yang dilakukan waima perkara kecil sekalipun, dia akan usahakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga menampakkan hasilnya.

    Sememangnya ujar Tiara, peminat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepadanya dan Enfiniti untuk melihat produk baru terbitannya dan atas alasan itu, katanya, dia akan melakukan yang terbaik menerusi TSLN.

    Dalam hal ini, Tiara mengambil contoh figura unggul teater muzikal dunia, Andrew Lloyd Webber yang sering tampil dengan idea-idea baru untuk memberikan variasi kepada penerbitan teater muzikal sehingga mencatatkan kejayaan yang cukup memberangsangkan.

    "Hasil karya beliau (Andrew Lloyd Webber) sentiasa diterima dengan baik dan pernah dipentaskan sehingga bertahun-tahun baik di West End, London mahupun Broadway, New York, Amerika Syarikat.

    "Kami di Enfiniti juga mahu begitu iaitu sentiasa melahirkan idea-idea baru agar penonton tidak melihatnya sebagai sesuatu yang statik dan hanya di takuk yang lama sahaja.

    "Saya juga sentiasa mencabar diri saya untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya dalam setiap hasil karya yang saya terbitkan kerana saya percaya dengan kesungguhan, mereka di luar sana akan nampak hasilnya.

    "Menerusi TSLN, sudah pasti saya menyimpan harapan yang tinggi untuk melihatnya diterima dengan baik oleh pencinta dunia seni hiburan dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kami sejak munculnya PGLM pada tahun 2006," kata aktres yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada 2005 ini lagi.

    Bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan memberikan impak yang luar biasa untuk TSLN, Tiara sanggup terbang ke London semata-mata untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran pengarah serta aktivis teater terkenal, Steven Dexter.

    Mungkin akan ada pihak yang cuba mempertikaikan keputusan Tiara itu, namun dia mempunyai alasan tersendiri mengapa Dexter menjadi pilihannya untuk mengarahkan TSLN.

    "Saya memilihnya kerana dia sememangnya pakar dalam pengarahan teater muzikal seiring dengan apa yang mahu saya tonjolkan dalam TSLN.

    "Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Saya percaya, sentuhannya nanti akan dapat memberikan dimensi baru dalam penerbitan teater muzikal di negara ini.

    "Dengan penglibatan Dexter untuk teater ini, ia merupakan peluang dan strategi terbaik untuk orang kita belajar serta memperolehi ilmu daripada orang luar yang pengalamannya begitu luas dalam bidang teater muzikal ini.

    "Bukankah ia satu sinergi yang bagus apabila semuanya bergabung tenaga dan idea dalam melahirkan produk yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak," kata Tiara yang juga merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-12 (1995) menerusi filem Ringgit Kasorrga ini lagi.

    Dexter sebelum ini pernah mengarahkan beberapa teater seperti Peter Pan, Loserville, Forbidden City dan Moby Dick.

    Tiara juga memberitahu akan ada beberapa muka lama yang sebelum ini terlibat dengan dua pementasan terdahulu akan kembali bekerja dengannya selain tenaga kerja baru.

    Bagi watak-watak lain dan barisan ensemble pula, Tiara memberitahu uji bakat akan dijalankan untuk mencari mereka yang benar-benar layak serta berbakat termasuk di Singapura.

    Dalam masa yang sama, Tiara tidak menafikan pihaknya ada keinginan untuk membawa pementasan itu ke luar negara.

    "Siapa yang tidak mahu melihat teater muzikal kita dipentaskan di West End atau London tetapi semuanya itu masih di peringkat awal.

    "Kita akan melihat dulu sambutan TSLN di sini terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk ke fasa seterusnya," ujarnya tersenyum menyimpul seribu makna.

    Begitu juga dengan soal kos apabila Tiara dengan penuh diplomasi enggan mendedahkan bajet keseluruhan walaupun Hits difahamkan ia akan menelan belanja lebih daripada RM5 juta sekali gus menjadikannya sebagai teater muzikal paling mahal dalam sejarah.

    Selepas mengabdikan diri dalam hidup Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang, Tiara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan transisi baru dalam hidupnya dengan watak Nora pula.

    Baginya, watak Nora bukan calang-calang kerana ia menuntut cabaran yang cukup tinggi dan atas alasan itu, Tiara kini menjalani rejim senaman bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan terbaik untuk tempoh tujuh bulan akan datang.

    "Saya kini mengamalkan diet yang seimbang serta bersenam lima hari seminggu di gimnasium. Semuanya kerana TSLN dan saya sudah bersedia untuk menjadi Nora," kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini bersungguh-sungguh.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jaguh Kampung bukan sembarangan

    Posted:

    Jaguh Kampung bukan sembarangan

    Jaguh Kampung bukan sembarangan

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar JEFFRI IRAN dan ihsan ASTRO


    KELETAH Ogy dan Jaafar Onn sudah pasti akan menghidupkan program Jaguh Kampung yang akan ditayangkan bermula 26 Mac ini.


    MULA menakluk pasaran televisyen tempatan sejak lebih sedekad yang lalu, stesen berbayar terulung negara, Astro tidak pernah ketandusan idea untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan setia mereka.

    Jika disingkap senarai program yang telah disiarkan menerusi saluran yang ditawarkan, memang tidak terhitung jumlahnya dan menariknya, semuanya mempunyai pendekatan yang berbeza.

    Mahu atau tidak, memang harus diakui, Astro merupakan perintis kepada perkembangan penerbitan program realiti di negara ini dan semuanya bermula dengan Akademi Fantasia pada tahun 2003.

    Dengan munculnya beberapa saluran baru, Astro dengan pantas menerbitkan pelbagai program realiti demi mendekatkan mereka dengan penonton seperti Sehati Berdansa, Mari Menari, Raja Lawak dan Imam Muda.

    Menyedari kehendak dan keinginan penonton yang sentiasa dahagakan sesuatu yang baru serta segar, Astro tidak berfikir lama untuk melahirkan sebuah lagi program realiti terbaru iaitu Jaguh Kampung.

    Bukan calang-calang program, Jaguh Kampung boleh dikatakan sebuah rancangan yang unik di mana ia mempamerkan kehebatan masyarakat luar bandar memasak masakan tradisional yang barangkali sudah hampir dilupakan khususnya generasi muda hari ini.

    Ditambah dengan keghairahan penonton tempatan yang begitu meminati program realiti masakan dari Barat seperti Top Chef, MasterChef US dan Junior MasterChef Australia, nampaknya kehadiran Jaguh Kampung tepat pada waktunya.

    Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani memberitahu, pihaknya telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh.

    Hasilnya memang agak mengejutkan apabila program masakan merupakan antara rancangan yang cukup diminati oleh penonton tempatan tanpa mengira latar belakang dan usia.

    "Kalau diperhatikan rancangan realiti masakan yang ada sekarang ini semuanya adalah dari Barat yang ada kalanya tidak begitu menepati selera kita sebagai rakyat Malaysia.

    "Bagaimanpun, ia memberi kami ilham dan idea untuk menerbitkan Jaguh Kampung yang bukan hanya sekadar sebuah program masakan biasa tetapi dalam masa yang sama memartabatkan masakan tradisional yang sememangnya tidak lapuk dek hujan.

    "Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dengan sambutan daripada mereka yang hadir ketika uji bakat. Sebanyak 16 pasukan telah terpilih untuk musim pertama ini dan mereka merupakan antara yang terbaik serta menepati kriteria seperti mana yang dicari," ujarnya pada sidang akhbar yang berlangsung di Restoran Felda D'Saji, Jalan Maktab, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dalam majlis itu juga, Nizam turut memperkenalkan hos dan juri tetap Jaguh Kampung iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dan Jaafar Onn.

    Sebelum ini, Astro Prima pernah menerbitkan program realiti masakan iaitu Perang Kuali yang menampilkan penghibur terkenal, Anita Sarawak sebagai pengacaranya.

    Mengulas lanjut tentang Jaguh Kampung, Nizam menjelaskan, pihaknya memfokuskan pencarian bakat dari kampung-kampung di Semenanjung Malaysia yang mewakili empat zon iaitu zon utara, selatan, barat dan timur.

    "Astro telah menjelajah ke setiap zon untuk mencari calon yang layak untuk Jaguh Kampung dan apa yang kami mahukan ialah mereka yang bukan hanya pakar memasak dalam memikat hati serta selera juri semata-mata dengan juadah unik yang disediakan.

    "Tetapi, mereka juga mampu menghidupkan suasana ketika rakaman dengan celoteh yang menghiburkan sambil memasak.

    "Apa yang boleh saya katakan, rancangan ini berjaya menampilkan keunikan yang tersendiri dan saya sendiri kagum dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan sehingga ada sebahagiannya tidak pernah didengar sebelum ini," jelasnya lagi.

    Dalam masa yang sama, Nizam memberitahu Jaguh Kampung juga tidak terlepas daripada cabaran dan rintangan dalam menyempurnakan setiap episod terutama aspek cuaca serta kepantasan peserta sewaktu memasak dalam tempoh 1 jam.

    Ketika ditanya tentang fokus Jaguh Kampung yang hanya tertumpu kepada kampungkampung di Semenanjung sahaja dan tidak menyeluruh sehingga ke seluruh pelosok negara, Nizam menjelaskan ia adalah strategi Astro untuk melihat sambutannya terlebih dahulu.

    Seandainya musim pertama Jaguh Kampung diterima dengan baik oleh penonton, tidak mustahil untuk Astro mencari bakat baru di Sabah dan Sarawak untuk musim seterusnya.

    Mengulas tentang pemilihan Ogy dan Jaafar, Nizam tanpa ragu memberitahu kedua-dua personaliti popular itu memiliki karisma tersendiri dalam mengendalikan sesebuah rancangan.

    Atas alasan itu, kata Nizam, Astro memang tidak teragak-agak mengambil mereka berdua sebagai teraju Jaguh Kampung selain mampu menghidupkan rancangan tersebut dengan keletah mereka.

    "Kalau kita perhatikan, Ogy sendiri memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen sebagai hos dan Jaafar pula memiliki kredibiliti yang tidak boleh dipertikaikan apabila memperkatakan tentang masakan.

    "Jadi, pilihan Astro adalah tepat sekali untuk menggandingkan mereka berdua dalam program masakan ini," jelasnya bersungguh-sungguh.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 22 Mar 2011 11:02 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Riuh di Pasir Gudang

    Posted: 21 Mar 2011 05:13 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    Peminat terhibur dengan kemunculan lebih 20 finalis ABPBH 2010 di selatan tanah air

    PELBAGAI telatah peminat dapat dilihat sebaik saja lebih 20 artis popular yang juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 bergilir-gilir naik ke pentas utama pusat beli-belah Kompleks Pasir Gudang Johor, Ahad lalu.

    Siri jelajah kelima yang diadakan semata-mata untuk mendekati penyokong setia mereka itu sememangnya cukup bermakna kerana memberi peluang kepada Top 5 menyatakan penghargaan dengan cara tersendiri.

    Malah kehadiran rombongan ABPBH 2010 yang sudah berkampung di pusat beli-belah itu sejak Sabtu untuk saringan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) disambut mesra peminat dan pengurusan kompleks berkenaan. Nyata peminat di selatan juga sama hebatnya dengan zon lain. Sebaik saja bas Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd yang membawa rombongan dari Kuala Lumpur tiba di pintu masuk kompleks, semakin ramai pengunjung datang.

    Hingga jam 7 malam apabila persembahan berakhir, kira-kira 5,000 penonton tidak berganjak daripada tempat masing-masing dan ada yang menyaksikan persembahan dari aras atas untuk melihat aksi artis kesayangan mereka dengan lebih jelas.

    Mana mungkin mereka mahu melepaskan peluang melihat aksi gandingan empat Raja Lawak iaitu Nabil, Zizan, Along dan Johan secara langsung? Ia peluang yang jarang diperoleh. Hanya pada siri jelajah ini peminat dapat berbuat begitu.

    Bukan hanya menyanyi, anak muda yang semakin mendominasi dunia hiburan itu tidak ketinggalan mengusik penonton. Bersama Didie Alias yang juga finalis kategori Artis Komedi Wanita Popular pula, 'gila-gila' mereka makin berganda.
    Semua yang berada di bawah pentas tidak mampu menahan ketawa melihat kelucuan mereka ditambah wajah selamba masing-masing yang cukup gemar 'mengenakan' sesama sendiri.

    Terdahulu, barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fizz Fairuz, Ady Putra, Sharnaaz Ahmad, Lisa Surihani dan Aaron Aziz berkongsi pentas dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, yang tentu saja membabitkan pengunjung bertuah.

    Lebih gamat apabila penyampai Hot FM, Faizal Ismail yang terkenal dengan panggilan hangitnya bergilir mengendalikan acara bersama Sharifah Aleya, Chad serta hos utama majlis berkenaan, siapa lagi kalau bukan Along.

    Ada saja gelagat dan jenaka mencuit hati hingga penonton tidak kering gusi. Peluang sebegini tentu saja tidak mahu dilepaskan pengunjung terutama apabila mereka dapat berdiri sebaris dengan wajah yang ketika ini 'meletup' di radio, televisyen dan pawagam.

    Apatah lagi barisan artis turut membawa buah tangan khusus untuk diagihkan kepada peminat, hingga ramai yang terus bergegas mengangkat tangan atau bangun menuju ke pentas setiap kali kuiz atau permainan dimulakan.

    Peminat teruja Altimet, Zizan berduet

    PERSEMBAHAN barisan penyanyi juga tidak kurang hebatnya malah penonton di Pasir Gudang bertuah apabila berpeluang menyaksikan padu suara antara Altimet dan Zizan membawakan lagu Anggun.

    Bakat muda, Elfira Loy juga tampil dengan persembahan mengejutkan apabila mengundang lima penari kecil yang menamakan diri mereka Leeleesm dari Sekolah Puncak Alam menarikan lagu Superjunior.

    Sorakan terus gemuruh sebaik saja deretan nama besar lain menghangatkan pentas termasuk Anuar Zain, Meet Uncle Hussain bersama Hazama, Azlan & The Typewriter, Black, Alyah dan Mirwana.

    Seperti biasa, selain persembahan pentas, peminat bertuah juga diberikan kesempatan menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis kegemaran masing-masing.

    Kereta terbabit ialah ganjaran utama untuk pembaca bertuah dan pemenang Bintang Paling Popular ABPBH musim ke-24.

    Selain persembahan, pelbagai acara sampingan turut berlangsung pada siri jelajah dua hari itu malah penaja ABPBH siri ke-24 ini seperti Celcom, Orang Kampung dan Sinarmas turut merancakkan acara bersama promosi hebat.

    Selepas Pasir Gudang, rombongan jelajah akan berkampung di Klang Parade, Klang, Selangor selama tiga hari bermula 25 Mac, sebelum malam kemuncak anugerah berprestij itu berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 3 April.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Konsert kelas pertama

    Posted: 21 Mar 2011 05:11 PM PDT

    Hip

    Michael Buble berjaya hiburkan lebih 8,000 peminatnya di Shah Alam

    PERSEMBAHAN kelas pertama penuh berprestij! Itulah gambaran paling tepat buat konsert penyanyi jazz Kanada, Michael Buble, Crazy Love World Tour yang berakhir di Malaysia baru-baru ini, selepas menjelajah ke empat negara sejak November lalu.

    Konsert yang menggamit kehadiran lebih 8,000 penonton itu memukau dan mempesonakan, bukan saja kerana lagu yang dipersembahkan, malah penggunaan sistem pencahayaan dan reka bentuk pentas yang unik dengan panel skrin boleh digerakkan mengujakan peminat yang memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam.

    Pemuzik orkestra yang dibawa khas dari Amerika Syarikat turut menyemarakkan lagi mood penonton. "Saya tidak mahu anda berasa seperti berada di konsert sebaliknya saya mahu anda berparti dengan saya dan nikmati keseronokan seperti menghadiri parti penuh gilang gemilang," kata Michael selepas mempersembahkan lagu pembukaan Cry Me A River yang turut disusuli dengan percikan bunga api.

    Sebelum itu, penyanyi tempatan, Najwa memulakan persembahan dengan menyampaikan empat lagu termasuk Ibu, Jealousy dan You Got To Go.

    Penggunaan tirai putih yang menutupi separuh pentas bagaimanapun menjadi tanda tanya kepada penonton yang mula membanjiri stadium seawal jam 7 malam. Apa agaknya yang bakal ditonjolkan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.

    Sebaik lampu limpah yang menerangi ruang dalam stadium dipadamkan, tumpuan tertumpu pada tirai di pentas tatkala lampu sorot dihalakan ke arah kain putih itu. Ketika muzik dialunkan, kelihatan bayangan pemuzik orkestra pada kain terbabit serta kerdipan pelbagai warna lampu, menyemarakkan lagi pentas yang ditutupi tirai itu.
    Setelah tirai ditarik, kedengaran suara Michael yang lunak dari atas pentas yang direka bentuk condong ke bawah bagi membolehkannya menggelungsur ke bawah.
    Selain itu, penggunaan cahaya lampu pelbagai warna menghidupkan lagi konsert artis yang memenangi anugerah Artis Kontemporari Paling Diminati pada Anugerah Muzik Amerika tahun lalu itu.

    Konsert selama dua jam setengah itu dihiasi 20 lagu daripada album terbarunya, Crazy Love seperti All Of Me, At This Moment, Mack The Knife, Everything dan Save The Last Dance.

    Aksi jenaka dan memek muka Michael ketika memperkenalkan barisan pemain muzik iringan turut mencuit hati. Malah, aksi Michael yang meniru gaya Michael Jackson turut menarik perhatian. Gaya dan suaranya yang menyerupai mendiang Raja Pop itu ketika menyampaikan lagu MJ Guy - Twist & Shout, memukau peminat.

    Telatahnya itu menarik minat penonton yang duduk di bahagian bawah stadium untuk sama-sama berdiri sambil menari dan bertepuk tangan dengannya, seperti berada di sebuah parti keramaian.

    Penonton wanita pula kedengaran menjerit ketika Michael turun dari pentas dan berjalan menuju ke pantas kecil yang dipasang di hadapan tempat duduk media sambil menyanyikan lagu All I Do. Memang gamat jadinya.

    Pandai berjenaka

    PERSEMBAHAN penuh bertenaga itu tidak menghampakan penonton. Meskipun sut yang dipakai Michael basah bermandi peluh, namun dia masih mampu melemparkan senyuman buat peminatnya.

    Sambil bergurau dia berkata: "Anda semua memang sporting dan saya mungkin akan kembali ke sini lagi jika stadium di sini dipasang penghawa dingin, atau saya terpaksa membuat persembahan ala Lady Gaga."

    Dengan mempersembahkan tiga lagu bonus, Feeling Good, Me & Mrs Jones dan Song For You, Michael nyata tidak menghampakan peminat yang hadir, malah dia menghargai peminat yang sanggup membeli tiket yang mahal untuk menyaksikan konsertnya itu.

    Walaupun tanpa mikrofon, Michael menunjukkan kemantapan suaranya menyanyikan bait terakhir lagu Song For You yang bergema di seluruh stadium, yang tiba-tiba sunyi sebelum tirai konsert dilabuhkan.

    "Malaysia sebuah negara yang cantik dan menyajikan pelbagai jenis makanan enak. Ia tidak menghampakan saya untuk ke sini lagi. Saya datang dengan penerbangan bertaraf dunia, Malaysia Airlines dan bertemu dengan Jimmy Choo di dalam penerbangan saya.

    "Pertemuan ini mengujakan saya. Mungkin kalau saya tidak menyanyi lagi, saya akan membuat kasut dengan Jimmy Choo yang diberikan nama Jimmy Bu," katanya sambil ketawa.

    Selain pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo, turut menyaksikan konsert itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan pelakon, Adlin Aman Ramli bersama isterinya, Emelda Rosmila.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Blog Sensasi Ohbayu

    Posted: 22 Mar 2011 03:35 AM PDT

    Blog Sensasi Ohbayu


    Cara kerja Malaikat Maut

    Posted: 21 Mar 2011 05:45 AM PDT

    Nabi berkata kepada Malaikat Maut. "Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?"

    Malaikat itu menjawab. "Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukan kah aku telah memberimu banyak tanda-tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " (HR imam qurthubi)

    Cara kerja Malaikat Maut

    Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. "Wahai malaikat Maut, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?"

    Malaikat Maut berkata:" Aku akan panggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bekas yang besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku "(HR abu Nu'aim)

    Orang Mati Mendengar Tapi Tidak boleh Menjawab

    Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah perigi tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu: "Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti."

    Umar lalu bertanya kepada Rasulullah. "Wahai Rasul, mengapa engkau berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?"

    Rasulullah menjawab. "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawaban mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya tidak dapat menjawab" (HR Bukhari Muslim)

    sumber : isuhangat

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Posted: 22 Mar 2011 03:16 AM PDT

    Himpunan Kisah Sensasi


    Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

    Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    du 05.1 Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

    CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki.Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah.


    SOUTHAMPTON, Britain – Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

    Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

    Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

    "Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

    Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.

    Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

    Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

    Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. – Agensi

    /// kosmo ///

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    macam macam hiburan terkini

    Posted: 22 Mar 2011 03:03 AM PDT

    macam macam hiburan terkini


    Mizz Nina menghitung hari bahagia

    Posted: 21 Mar 2011 08:51 PM PDT

    TANGGAL 1 Julai nanti akan termeterai cinta dua hati di antara Mizz Nina dan Mohammad Noh Salleh atau Noh Hujan apabila mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dan akan melayari bahtera rumah tangga.

    Segala persiapan menjelang hari bahagia Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 31, berjalan lancar.

    Sebagai anak seorang tokoh korporat dalam institusi perbankan, tidak hairanlah jika majlis resepsi diadakan dua kali secara berasingan.

    Itu mungkin untuk memastikan tidak ada yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis bersejarah dalam hidup Mizz Nina dan bakal suaminya itu.

    Pada hari berlangsungnya pernikahan yang diadakan di kediaman Tan Sri Azman Hashim di Ampang, Selangor, majlis diadakan secara tertutup iaitu hanya dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan klien yang diundang sahaja.

    Bagaimanapun, kata Mizz Nina, pihak media akan diberikan gambar sekitar majlis pernikahannya nanti.

    Persiapan majlis pernikahan yang diceritakan oleh Mizz Nina yang popular menerusi single pertamanya, What You Waiting For memberikan gambaran bahawa majlis itu akan berlangsung dalam suasana meriah, unik lagi mahal.

    Tidak seperti kebanyakan artis yang impikan majlis dalam taman, Mizz Nina pula akan berjalan di atas jambatan yang dibina merentasi kolam renang di kediaman keluarganya.

    Di tengah-tengah jambatan itu nanti, kata Mizz Nina, akan tertera namanya dan Noh manakala hiasannya pula bercirikan gabungan Melayu dan moden.

    Namun apabila ditanya berapakah anggaran kos keseluruhan majlisnya nanti, katanya, "private and confidential (rahsia)."

    "Untuk majlis itu, saya akan mengenakan pakaian elegan berwarna ungu dan perak iaitu gabungan tradisi Melayu.

    "Ia rekaan Lady Jane untuk disesuaikan dengan tema vintaj hitam putih," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan plak daripada syarikat telekomunikasi, Maxis di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini baru-baru ini.

    Majlis tersebut diadakan kerana lagu What You Waiting For berjaya mencatat capaian muat turun sebanyak 600,000 bagi kategori lagu Inggeris tempatan pada tahun lalu.

    Turut hadir, Pengarah Pengurusan Digital Trinity Entertainment, Rahul Kukreja, Pengarah Operasinya, Kok Wing Meng dan Pengurus Muzik dan Rakan Kongsi Maxis, Melissa Chai.

    Dari riak wajahnya, penyanyi itu tidak dapat menghindari perasaan gembira dan berdebar apabila mengenangkan tarikh pernikahannya dengan vokalis kumpulan Hujan yang semakin hampir.

    Katanya, dia tidak suka menyerahkan segala urusan persiapan pernikahan dan majlis resepsi di tangan ibu bapanya.

    "Saya akan rasa berkali ganda panik jika saya tidak ambil kisah tentang perkembangan persiapan majlis.

    "Sekarang ini, walaupun sibuk dengan karier, saya masih tahu apakah perkembangan persiapan kerana setiap hari, akan ada penerangan daripada pasukan bertugas.

    "Setakat ini 40 peratus persiapan majlis ini berjalan lancar. Baju nikah dan bersanding dari butik Lady Jane sudah siap. Selain itu lokasi pun sudah pasti. Sekarang ini tunggu untuk edarkan kad undangan sahaja," katanya yang seolah menarik nafas lega.

    Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu memilih tarikh lahir Mizz Nina sebagai tarikh untuk dinikahkan.

    Bercerita lanjut mengenai majlis resepsi selepas dinikahkan, kata Mizz Nina, pada 3 Julai nanti, satu majlis akan berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

    Katanya, jemputan ke majlis itu nanti dianggarkan kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga dan klien ayahnya.

    Sementara itu, pada 6 Julai, satu lagi majlis akan diadakan di Hotel Doubletree by Hilton, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Katanya lagi, majlis pada 6 Julai nanti berkonsepkan budaya Jepun.

    "Saya dan Noh memang suka budaya dan muzik Jepun. Penyambut tetamu wanita dan lelaki pada hari itu akan mengenakan kimono dan berpakaian ala Ninja.

    "Untuk majlis yang dihadiri oleh pihak media dan rakan-rakan, saya turut mengundang kumpulan muzik dari Indonesia untuk mengadakan persembahan," katanya.

    Seterusnya, majlis resepsi akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada 15 Julai, di Miri, Sarawak.

    Man cuti tiga bulan demi Raja Lawak

    Posted: 21 Mar 2011 08:50 PM PDT

    IKHLAS, yakin diri dan buat persembahan yang terbaik demi keluarga, majikan dan orang ramai yang menyokongnya selama ini agar mereka tidak malu.

    Itulah kata-kata jujur daripada Man, juara program realiti Raja Lawak Astro musim kelima yang berakhir pada Jumaat lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

    Man atau Abdul Rahman Kassim, 34, berkata, niatnya hanya satu sewaktu melangkah ke pentas akhir pertandingan Raja Lawak musim ini, iaitu untuk hibur orang ramai.

    "Bagi saya nombor satu, dua atau tiga adalah pemenang. Kalau dapat nombor satu adalah bonus. Apa yang penting bila berada di pentas, lakukan yang terbaik biar orang Malaysia menilai persembahan saya.

    "Saya percaya kalau kita buat yang terbaik dan penonton terhibur pasti mereka akan pilih orang itu. Alhamdulillah, malam ini rezeki saya," katanya merendah diri.

    Man berjaya mencuri hati penonton dengan gayanya yang selama sewaktu membuat persembahan komedi muzikal dengan menampilkan topik mat rempit.

    Katanya, dia memang suka menunggang motor dan kenderaan itu memang sinonim dengan tugas posmen yang merupakan tanggungjawabnya sebelum ini.

    Menurut suami kepada Azlina Awaluddin, 34, topik itu menjadi pilihan kerana selain menghibur, dia ingin memberi nasihat kepada anak muda yang gemar menunggang motosikal tanpa menghirau nyawa orang ramai.

    "Bab-bab menukar lirik lagu, serah pada saya kerana itu memang hobi. Rakan-rakan di tempat kerja, sudah tahu perangai saya yang sesuka hati tukar lirik lagu.

    "Saya memang suka bergurau senda dengan rakan-rakan setugas tapi kalau ada kerja yang tak betul, saya tegur juga dengan cara berhemah. Lagipun kita nak kerja dalam suasana gembira," katanya yang bertugas sebagai Penyelia Operasi Kanan di unit pembungkusan dan surat menyurat, di pejabat pos Shah Alam.

    Man yang mendapat wang kemenangan sebanyak RM100,000 berserta barangan elektrik dan trofi berkata, selain menyimpan untuk masa depan dia akan guna wang tersebut untuk membayar hutang.

    Menurut ayah kepada dua orang anak itu, dia amat berterima kasih kepada pihak atasan kerana telah menaja 50 helai kemeja-T yang menampilkan wajahnya untuk promosi.

    "Saya juga dimaklumkan, bos besar telah menghantar e-mel ke seluruh pejabat pos memaklumkan supaya menyokong saya. Bukan setakat itu sahaja, cuti saya yang dimohon dua bulan juga dilanjutkan menjadi tiga bulan.

    "Memang mengharukan kerana majikan menyokong perjuangan saya. Bagi saya kemenangan ini juga sekali gus menaikkan nama Pos Malaysia," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

    Man yang berminat untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan itu berkata, setakat ini beliau belum membuat sebarang perancangan kerana semua itu bergantung kepada pihak Astro.

    Dia yang bakal menyertai pertandingan Maharaja Lawak bermula 1 April ini turut mendapat pujian daripada pengkritik tetap Sathiya dan Afdlin Shauki.

    Sathiya antara lain berkata, "persembahan yang hebat, kita tukar nama awak dari Man kepada 'Seniman'. You're magic man. Harap jadi juara."

    Sementara komen Afdlin pula, "dalam ramai-ramai orang yang buat komedi muzikal, ini yang terbaik. Saya menaruh harapan setinggi gunung terhadap awak. Pada saya, awak sudah menjadi juara,".

    Komen-komen itu dilontarkan sewaktu Man membuat persembahan dengan tema gaya bebas (isu kongsi gelap) dan komedi muzikal (mat rempit).

    Ternyata Man yang mendapat undian 45 peratus bukan sahaja berjaya mencuri hati penonton, malah para juri juga sudah dapat menilai bakatnya.

    Sementara itu, Kumpulan Balas yang dianggotai oleh Mohammad Shukri Mohamed Sahar (Shuk), 24, dan Fandi Muhammad (Fendi), 25, dari Pulau Pinang yang menduduk tempat ketiga, turut mengakui kehebatan Man.

    Kata Shuk, Kumpulan Balas sudah buat yang terbaik tapi apakan daya bukan rezeki dan mereka hanya mampu membawa pulang wang kemenangan RM30,000 serta barangan elektrik dan trofi untuk tempat ketiga.

    "Melihat pada persembahan Man, kami akui dia lebih hebat. Kalau Man tidak hebat, mana mungkin oran ramai memilihnya," katanya yang mendapat undian sebanyak 22.6 peratus.

    Antara komen yang diberikan oleh David Teo untuk persembahan pertama Kumpulan Balas adalah, "kalau persembahan seperti ini, pasti awak boleh jadi nombor satu."

    Manakala untuk persembahan komedi muzikal Kumpulan Balas, Sathiya mengungkap sebagai persembahan cun (menarik).

    Dalam pada itu kumpulan adik-beradik, R2, Rahim Mat Ali (Aim) 40, dan Ridhzuan (Lopez), 21, dari Klang yang menduduki tempat kedua menganggap kejayaan itu adalah kemenangan bersama.

    Mereka yang memperoleh wang tunai RM50,000 beserta barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro berkata, sebelum ini hanya Rahim yang sering menyertai uji bakat Raja Lawak.

    "Ini semua atas cadangan adik saya. Sebelum ini saya sahaja yang suka menyertai uji bakat, kali ini adik cadangkan kami bergabung.

    "Tak sangka gandingan ini membawa tuah kepada kami. Walaupun tempat kedua, R2 tetap gembira kerana ia merupakan satu pengalaman paling indah untuk kami," kata Rahim.

    Sementara itu Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, sambutan yang diberikan oleh penonton untuk program kali ini amat memberangsangkan.

    Katanya, persembahan bertenaga daripada para peserta sekali gus membuatkan penonton tidak jemu mengikuti program tersebut daripada awal hingga akhir.

    "Kita tahu, Raja Lawak ini mendapat sambutan berdasarkan sokongan yang diberi oleh orang ramai yang bermula daripada uji bakat sehinggalah persembahan gelanggang raja lawak.

    "Penonton yang mengikuti persembahan para peserta tahu siapa yang layak untuk dipilih sebagai juara. Dari situ membuktikan bahawa program ini mendapat perhatian ramai," katanya.

    Turut diundang pada malam itu adalah Raja Pop, Jamal Abdillah, Joe Flizow dan pelawak Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasit Yahya yang turut menyampaikan hadiah di samping Nizam.

    Pertandingan akhir itu juga dimeriahkan oleh gelagat pengacara bersama Johan dan Zizan.

    Aznil terharu sokongan peminat

    Posted: 21 Mar 2011 08:48 PM PDT

    SELAMA 21 tahun menjadi seorang personaliti paling berjaya di negara ini, Aznil Nawawi sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert.

    Mungkin kedengaran agak mustahil bagi seorang pengacara untuk mengadakan konsert tetapi apabila memperkatakan tentang Aznil, tiada yang mustahil dapat dilakukan oleh anak jati Kuala Lumpur itu.

    Aura dan karisma pengacara nombor satu negara ini setiap kali berada di atas pentas memang tidak dapat dinafikan lagi dan Aznil sudah membuktikan bahawa tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempatnya sehingga kini.

    Sekali lagi, Aznil telah membuktikan kehebatannya sebagai pengacara unggul negara apabila dia berjaya menghiburkan hampir 8,000 orang peminat yang sanggup meredah hujan dan becak semata-mata mahu menonton konsert sulungnya, Konsert Hore! Hore! yang berlangsung di Padang Bola, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sepanjang dua jam menikmati persembahan Aznil pada malam tersebut, ternyata penonton tidak sedikit pun berganjak daripada tempat duduk masing-masing malah sabar menanti sehingga ke akhir konsert.

    Terus-terang dikatakan, Aznil bukanlah seorang penyanyi yang hebat seperti penyanyi lelaki lain saat mendendangkan lagu-lagu sepanjang konsert berkenaan.

    Malah, Aznil juga sebelum ini pernah memberitahu dan meminta peminatnya untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi jika mereka hadir mahu menikmati nyanyiannya.

    Tetapi, persona Aznil itu sendiri sebenarnya telah banyak menghidupkan perjalanan konsert berkenaan yang dianjurkan oleh RYE Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Astro selaku stesen penyiar rasmi.

    Memulakan persembahan tepat pukul 8.45 malam, Aznil muncul di atas pentas dengan sekumpulan penari diketuai oleh Ahmad Kassan dengan berpakaian penuh warna-warni dengan lagu Hore Hore.

    Walaupun sudah 21 tahun bergelar anak seni, namun wajah Aznil tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dan gugup sehingga dia kelihatan sedikit keras di atas pentas.

    Meneruskan persembahan, Aznil kemudiannya menjemput pelakon cilik, Haziq yang pernah menjadi pasangan pengacara dalam rancangan Tom Tom Bak untuk menyampaikan lagu popular kanak-kanak, Papaku Pulang.

    Kejutan pertama pada malam itu muncul apabila Aznil mengundang Azlan & The Typewriter untuk berduet dengannya menerusi lagu yang sama dengan susunan muzik yang lebih moden dan disuntik dengan nuansa rock.

    Azlan & The Typewriter juga tidak menghampakan peminat dan audiens yang membanjiri lokasi tersebut dengan lagu klasik, Jeritan Batinku dengan gayanya yang tersendiri.

    Seperti mana yang dijanjikan Aznil sebelum ini, lagu-lagu yang dipersembahkan untuk konsertnya itu mempunyai signifikan tersendiri dalam perkembangan kariernya.

    Kali ini, dengan gaya tersendiri, Aznil menyampaikan empat buah lagu rock popular tahun 90-an secara medley iaitu Isabella, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sejati dan Masih Aku Terasa.

    Aznil turut menyampaikan lagu popular Ratu Rock Negara, Ella iaitu Dua Insan Bercinta yang merupakan lagu kegemaran Aznil dengan meniru gaya penyampaian Ella sehingga mendapat tepukan gemuruh.

    Sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nama Saiful Apek ke persada seni tanah air, Aznil tidak melupakan anak didiknya itu dengan mengundangnya ke atas pentas.

    Nampaknya, aura pelawak itu masih belum pudar kerana dia masih memiliki pengaruh yang kuat apabila mendapat tepukan gemuruh daripada audiens.

    Cuma, ketika Saiful Apek mengendalikan segmen bersama penari hip hop kanak-kanak, ia sedikit menghambarkan dan merencatkan perjalanan konsert yang baru hendak mencapai momentumnya.

    Seperti mana yang diketahui ramai, Allahyarham Sudirman Arshad merupakan individu yang paling berpengaruh dalam hidup Aznil dan sebagai penghormatan, Aznil telah menyampaikan lima buah lagu popular seniman kreatif itu.

    Apa yang mengharukan Aznil apabila kakak arwah Sudirman, Datin Rodziah Arshad dan keluarga sudi hadir menonton konsertnya pada malam itu dan membuatkan Aznil sedikit sebak.

    Walaupun membawakan lagu-lagu seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, Aku Penganggur dan Salam Terakhir, namun penyampaian Aznil tetap tersendiri dan tidak cuba hendak meniru penyanyi pujaannya itu.

    Cuma, konsep persembahan Aznil sahaja mengambil inspirasi Penghibur Nombor Satu Asia itu yang menjadi tunjang kekuatan persembahan Aznil untuk segmen tribute itu.

    Sebagai seorang penghibur dan seorang yang tidak pernah ketandusan idea dalam mempelbagaikan persembahannya, Aznil menjemput lima orang wanita ke atas pentas bagi menyempurnakan segmen lagu-lagu untuk wanita.

    Lima lagu yang dipilih Aznil adalah Azura, Carol, Oh Fatimah, Azizah dan Kerana Percayakan Siti dan untuk menghangatkan persembahan menerusi segmen itu, Aznil telah menawarkan hadiah lumayan berupa barangan kemas tajaan Habib Jewels.

    Mengambil kesempatan di atas populariti lagu Kalau Berpacaran, Aznil menjemput Ana Raffali dan Altimet untuk menyanyikan lagu itu dengan gaya mereka sendiri sebelum Ana membuat persembahan solo menerusi lagu popularnya, Tolong Ingatkan Aku.

    Malam terus hangat apabila Aznil mengundang juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid untuk menyampaikan lagu Cik Mek Molek dan Gila Judi yang pernah dipopularkan oleh Datuk M. Daud Kilau.

    Lebih menggamatkan apabila dua wanita dalam lingkungan 40-an diundang untuk menari mengiringi dua lagu berkenaan dan aksi mereka telah membuatkan penonton tidak kering gusi.

    Jika sebelum ini, Aznil sering menampilkan kejutan dalam Akademi Fantasia, namun malam itu dia pula diberi kejutan oleh dua penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff apabila perlu memegang seekor ular albino yang merupakan haiwan yang tidak digemarinya.

    Dalam berhibur, Aznil sempat membuat amal jariah dengan menyampaikan cek berjumlah RM30,000 kepada seorang kanak-kanak, Ahmad Nazeef Ahmad Sabri yang menghidap jantung berlubang.

    Semuanya adalah menerusi projek Hero Malaya yang diinisiatifkan oleh Aznil bersama beberapa artis lelaki popular negara lain.

    Air mata Aznil tidak dapat dibendung lagi apabila Ray dan Haniff menjemput seluruh ahli keluarganya naik ke pentas bersama rakan-rakan seperjuangan Aznil serta mereka yang telah menjadi tulang belakang kejayaan selama ini dan menyanyikan lagu popular kumpulan Samsons, Kenangan Terindah.

    Mengakhiri persembahan, Aznil menyampaikan lagu Toyol dan Profesor Klon yang merupakan pilihan terbaik untuk melengkapkan perjalanan Konsert Hore! Hore! yang cukup menghiburkan itu.

    Bertemu dengan Aznil pada pertemuan singkat selepas berakhirnya konsert tersebut, sekali lagi air matanya tumpah dan dalam menahan sebak, Aznil memberitahu dia cukup terharu melihat sokongan yang diberikan oleh peminatnya.

    Baginya, pengorbanan peminat yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar dan menonton konsertnya merupakan sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

    "Lebih-lebih lagi ada yang datang dari Sabah dan Sarawak, membuatkan saya tergamam dan hilang kata-kata. Mereka sanggup menonton persembahan saya walaupun saya ini bukan seorang penyanyi yang memiliki mutu vokal yang mantap seperti penyanyi lain.

    "Alhamdulillah, saya bersyukur konsert sulung saya ini berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Saya pernah berkata ini merupakan konsert pertama dan terakhir saya tetapi nampaknya kejayaan ini mendorong saya untuk meneruskannya di masa hadapan," katanya.

    Liyana Jasmay Buat Praktikal Di Tayangan Unggul

    Posted: 21 Mar 2011 07:34 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay (gambar) sedang melakukan latihan praktikal di syarikat penerbitan filem Tayangan Unggul Sdn Bhd bermula Isnin.

    Liyana yang sedang menuntut peringkat diploma jurusan Seni Persembahan & Media di Kolej Sunway, turut tidak sabar untuk menjalani latihan amali di produksi milik penerbit Gayatri Su-Lin Pillai itu.

    Menurut Liyana, dia memilih untuk membuat praktikal syarikat tersebut kerana telah lama bekerjasama di bawah Tayangan Unggul menerusi filem Castello, Maut, Duhai Si Pari-Pari, Histeria dan Papadom.

    "Saya tidak sabar untuk memulakan latihan itu kerana selepas ini saya bakal menempuhi pelbagai cabaran dan sudah tentu saya gemarkan sesuatu yang mencabar.

    "Saya juga tidak sabar untuk bekerja dalam suasana yang baru kerana sebelum ini saya hanya menjadi pelakon di bawah syarikat itu tetapi berlainan pula kali ini apabila saya bekerja di belakang tabir dan belajar cara-cara untuk membikin sebuah filem," ujarnya kepada mStar Online.

    Sementara sibuk dengan latihan amali selama tiga bulan ini, Liyana terpaksa menolak mana-mana tawaran lakonan buat sementara waktu kerana menjadi kesalahan sekiranya dia bekerja dalam tempoh tersebut.

    Selain itu, dia juga berkobar-kobar untuk menamatkan pengajiannya sebelum hujung tahun ini selain berhasrat menyambung pengajiannya peringkat lebih tinggi dalam bidang seni.

    Liyana pernah memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Sydney, Australia dalam bidang persembahan muzikal.

    Masih Belum Muflis, Linda Jasmine Anggap Ada Orang Dengki

    Posted: 21 Mar 2011 07:34 PM PDT

    PETALING JAYA: Pereka tari Linda Jasmine yang juga isteri pelakon Que Haidar menjelaskan studio miliknya iaitu Linda Jasmine Studio belum muflis seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar, Ahad lalu.

    Linda mengakui studio miliknya yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu itu masih beroperasi seperti biasa.

    Malah, koreografer itu juga menafikan dakwaan tidak membayar gaji pekerja sehingga beberapa bulan.

    "Kadangkala pelanggan saya membayar lambat, jadi kami perlu menunggu sehingga wang tersebut diberikan kepada kami. Ada juga sehingga setahun kami terpaksa menunggu bayaran tersebut dilunaskan.

    "Tetapi lambat bagaimanapun, kami tetap akan mendahulukan pembayaran gaji kepada pekerja. Lagipun, kebanyakan pekerja saya di situ merupakan pekerja sambilan dan tidak mengikat apa-apa kontrak dengan kami," kata Linda kepada mStar Online.

    Linda akui memang perniagaannya mempunyai pendapatan turun dan naik dan musim-musim tertentu mereka mendapat keuntungan yang lebih dan kadangkala agak kurang.

    "Cerita tentang saya tidak membayar gaji pekerja itu tidak betul. Saya agak terkejut apabila membaca cerita seperti itu kerana saya tidak pernah mempunyai musuh sepanjang bekerja lebih 20 tahun dalam industri ini.

    "Mungkin ada orang dengki dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti ini tetapi saya enggan menuduh sesiapa," tambahnya lagi yang sedang sibuk mengendalikan dua projek besar dengan Astro.

    Bukan Salah Ezany, Produksi Gagal Susun Jadual

    Posted: 21 Mar 2011 07:33 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nazariff menjelaskan tuduhan mengatakan dia tidak memberi komitmen dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini adalah disebabkan kesilapan pihak produksi yang tidak menyusun jadual dengan betul.

    Katanya, ia bukan kerana watak kecil menyebabkan dia mengambil mudah penggambaran tersebut tetapi jadual penggambaran yang sering berubah menyebabkan dia tidak dapat memberi kerjasama kerana mempunyai komitmen lain.

    "Isunya kecil saja dan saya tidak anggap ia perkara besar sebab itu adalah masalah dalaman produksi.

    "Mereka yang tidak menyusun jadual dengan betul sehingga banyak babak yang terpaksa ditunda dan babak saya bertindih-tindih dengan penggambaran lain.

    "Ya, memang saya ada komitmen dengan drama lain sebab watak drama ini kecil sahaja dan sebagai pelakon sudah tentu kita ada menerima tawaran lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

    Pelakon itu menjawab tuduhan yang dilaporkan sebuah akhbar Ahad lalu mengatakan dia tidak berdisiplin dan sanggup menabur pasir dalam periuk nasi sendiri kerana gagal hadir dalam pembikinan sebuah drama.

    Bagaimanapun, jelas Ezany dia terkejut apabila perkara ini dibesarkan oleh pihak tertentu, walhal baginya ia hanyalah asam garam yang biasa dilalui di setiap penggambaran.

    "Orang di luar tidak tahu situasi sebenar di lokasi penggambaran, bagaimana kami tiada tempat berehat dan terpaksa menunggu, tapi bagi saya itu adalah asal garam sebagai pelakon.

    "Untuk drama tersebut, saya berlakon hanya sebagai cikgu dan pelakon utama adalah budak-budak sekolah yang mana mereka lagi banyak masalah dan sukar untuk dikawal.

    "Hal tunggu menunggu di lokasi bukan saya seorang sahaja malah beberapa pelakon lain turut menerima nasib yang sama disebabkan masalah jadual itu," katanya.

    Dalam pada itu, sebagai usahawan belacan dan kicap, Ezany turut memberitahu dia terpaksa membahagikan masanya sebaik mungkin bagi memastikan semua yang dilakukan berjalan lancar.

    "Setiap hari memang saya sibuk, selepas habis penggambaran saya akan bergegas ke pejabat dan kilang untuk lihat semua berjalan lancar.

    "Tapi ia boleh dilakukan dengan profesional jika semuanya diatur dengan baik dan mempunyai jadual yang betul," katanya yang turut membintangi drama Kemboja Putih.

    Selain itu, Ezany bakal muncul dengan drama terbaru pada 8 April ini berjudul Jubah Emas Buat Su arahan Bada Haji Azmi di saluran Astro Oasis.

    Zizan Nin Selami Watak Nelayan Dalam 'Teratak Mahligai'

    Posted: 21 Mar 2011 07:33 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin akan melakonkan watak pemuda berada yang cuba mneyesuaikan diri dengan kehidupan nelayan dalam drama terbaru berjudul Teratak Mahligai di TV2.

    Drama 24 episod ini menyaksikan gelagat Nikmat lakonan Zizan yang canggung dan kekok ketika proses penyesuaian diri sebagai nelayan mampu mencuit perasaan penonton.

    Bagiamanapun Nikmat mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu untuk memajukan industri penangkapan ikan di kampung nelayan itu.

    Drama terbaru menghiasi slot Galeri Famili ini bakal bersiaran bermula Isnin (semalam).

    Ia menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pukul 3.30 petang menerusi saluran TV2.

    Selain menampilkan Zizan Nin sebagai watak utama, drama ini turut di bintangi oleh Zed Zaidi, Nisha Dirr, Zarynn Min, Rahim Jailani, Sidek Hussain, Arash Mohamad, Dian P Ramlee, Nabila Huda, Watie Elite, Normah Damanhuri, Fazilah Mansor, Azman Ahmad dan Roslan Salleh.

    Teratak Mahligai antara lain mengisahkan Nikmat (Zizan) dan Syukri lakonan Zed Zaidi, dua pemuda berlainan latar keluarga mula akrab di ruangan blog.

    Nikmat yang berjaya dalam perniagaan Internet cuba menyelami hati anak nelayan yang berkelulusan tinggi, Syukri.

    Syukri pemuda yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya tetapi terpaksa meneruskan kerjaya bapa sebagai nelayan atas desakan hidup.

    Plot dan naratif mula memuncak apabila Nikmat dan Syukri bersetuju untuk bertukar tempat.

    Nikmat menjadi nelayan manakala Syukri pula menerajui syarikat milik Nikmat, Uncang Emas dengan bayaran RM5,000 sebulan.

    Drama arahan Zul R'Shad yang cukup dikenali menerusi hasil sentuhannya seperti Sephia, Spa Q, telefilem Sirah, Syurga Di Mana dan Seberat Zarah.

    Selain cuba menyelitkan kepincangan dalam kehidupan berkeluarga juga hidup bermasyarakat, Zul cuba menyelitkan elemen komedi yang tidak keterlaluan namun mampu membuat penonton ketawa.

    Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

    Posted: 21 Mar 2011 07:32 PM PDT

    PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

    Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

    "Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

    "Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

    Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

    "Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

    "Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

    Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

    "Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

    "Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

    Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

    "Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

    "Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

    Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

    Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 22 Mar 2011 01:06 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Dapatkan tip daripada ibu

    Posted: 21 Mar 2011 01:10 PM PDT

    [unable to retrieve full-text content]BERGELAR ibu memang detik terindah buat pelakon dan pengacara jelita, The Breakfast Show di Saluran Ceria Anda, ntv7, Aishah Sinclair.

    ‘Pinda akta demi hak karyawan’

    Posted: 21 Mar 2011 08:28 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]PERSATUAN Performers & Artistes Rights (Malaysia) Sdn Bhd (Prism) mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminda akta hak pelaku (artis dan pemuzik).

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 22 Mar 2011 01:05 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    KD, Raul mohon restu kekal

    Posted:

    KD, Raul mohon restu kekal

    KD, Raul mohon restu kekal



    ENAKNYA menjadi orang yang sabar adalah ia akan berakhir dengan sebuah kemanisan. Bukan sedikit halangan, cercaan, cacian serta pandangan skeptikal yang terpaksa ditempuh oleh Kris Dayanti sepanjang dia menjanda sejak 2009.

    Waktu terbongkar kisah dia sudah bercerai dengan suami yang telah hidup bersamanya selama lebih 15 tahun, Anang Hermansyah, angin liar yang ikut bertebaran pada waktu itu adalah penyanyi yang senang disapa KD ini curang dengan lelaki lain.

    Berita liar itu juga turut diakui mantan suaminya, Anang dan dua orang anak mereka, Titania Aurelie, 13, dan Azriel Akbar, 11. Kononnya KD sudah mempunyai kekasih baru (secara terlarang) dengan seorang usahawan daripada Timor Leste. Lantas, nama Raul Lemos, yang sebelum ini tidak pernah dikenal umum dikaitkan sebagai lelaki baru yang telah membuat cinta KD mekar semula.

    Untuk setahun pertama hubungan mereka cuba dicungkil media, KD bertahan untuk tidak membocorkannya begitu sahaja. Rapi ia menyimpan cerita duka dan menelan segala tohmahan dengan senyum tawar yang sentiasa terukir di bibir.

    Namun hari demi hari, KD mula membuka cerita cintanya dengan lelaki tersebut, Raul Lemos atau nama sebenarnya, Raul Dos Ries Lemos, itulah lelaki yang telah membuat dia gila bayang dan jatuh cinta untuk kali kedua selepas usia 30 tahun.

    Memang ia nampak 'kurang manis' apabila jatuh cinta saat diri sudah terikat dengan pasangan lain. Namun sebagai hal yang bukan tabu, dan kuasa Tuhan, cinta KD dan Raul bukan cinta sembarangan. Cinta mereka, cinta duka yang kini berakhir bahagia.


    PASANGAN mempelai memohon doa agar jodoh berkekalan sehingga ke hujung nyawa.


    "Untuk hal yang satu ini (berkahwin), saya tidak memerlukan pandangan orang lain. Apa yang penting, saya gembira dan mudah-mudahan kehidupan kami diberkati," ujar KD sewaktu pertemuan dengan Kosmo! minggu lalu.

    Kata-kata itu adalah semangat yang dipupuk KD dengan jitu agar dia tidak kalah dengan peluru-peluru jahat yang tidak merestui hubungannya dengan KD. Malah tepat pukul 9.05 pagi Ahad lalu, semangat cinta KD disimpul dengan ikatan yang sah apabila Raul melafazkan akad memperisterikan dirinya.

    Tampak sedikit berdebar sebelum bernikah dalam persalinan kebaya tradisional Indonesia, KD bagaimanapun tidak putus senyuman sebaik sah menjadi isteri Raul dengan hanya sekali lafaz.

    Majlis pernikahan mereka berjalan dengan sederhana seperti yang diberitahu Raul sebelum ini. Diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, ia hanya dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada keluar, saudara dan sahabat terdekat mereka.

    Keluarga KD diwakili oleh ayahnya, Trenggono yang juga bertanggungjawab telah menikahkannya dan ibunya, Rachma Widadiningsih, kakaknya, Yuni Shara dua anaknya, Titania Aurelie dan Azriel Akbar serta sanak saudara yang lain.

    Sementara Raul diwakili oleh abangnya, Leopold Lemos dan ibunya, Esmeralda serta saudara-mara yang diterbangkan daripada Timor Leste.

    Raul yang memberi sepersalinan kelengkapan solat sebagai mas kahwin buat isterinya itu melafazkan: "Kepada isteriku tercinta, mas kahwin ini merupakan sepersalinan alat solat. Semoga ia memberi manfaat kelak buatmu."


    PASANGAN Kris Dayanti dan Raul Lemos menunjukkan kad pernikahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia.


    Ia kemudian dijawab KD dengan lafaz: "Suamiku tercinta Raul Lemos, Alhamdulillah, saya terima mas kahwin ini. Semoga Allah merestui kita."

    Lantas sebaik sah menjadi suami isteri KD mengaku biar ini adalah perkahwinan kali kedua baginya, namun ia umpama satu pengalaman baru bagi dirinya. Menurut KD dia kini akan kembali masuk ke dalam fasa lama iaitu rumah tangga, namun semuanya serba baru.

    "Saya berasa perkahwinan ini seperti satu pengalaman baru kerana selepas lebih setahun, saya kini akan kembali berperanan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami," katanya.

    Ditanya apa yang membuat cintanya begitu utuh terhadap dua beranak dua itu, KD menjelaskan dengan penuh puitis: "Semua nilai seorang Raul itu tidak dapat saya jelaskan dengan fizikalnya sahaja, tetapi saya mencintai dia zahir dan batin.

    Sementara Raul yang terlihat cukup romantik apabila tidak segan-segan menzahirkan rasa kasihnya dengan mengucup bibir isteri tercinta itu pula memohon semua pihak agar mendoakan keberkatan perkahwinan mereka.

    Katanya: "Biarlah kali ini perkahwinan saya dan Kris kekal hingga ke akhir hayat kerana pengalaman kami berdua yang lalu (bercerai) benar-benar menjadi pedoman."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Konsert Melda bersama idola

    Posted:

    Konsert Melda bersama idola

    Konsert Melda bersama idola

    Oleh SAHLIZAH MOHAMED


    MELDA dan Ella bakal bergabung di pentas persembahan konsert yang sama.


    ELLA, Hujan, Yuna dan One Nation Emcess! Itu semua adalah 'habuan' kepada siri 13 episod yang telah dijayakan oleh gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sejak 11 Januari lalu.

    Semakin hampir kepada penghujung perjalanan Melda Gadis Semasa Sunsilk, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi disuakan dengan satu peluang untuk melempiaskan bakat nyanyiannya untuk tatapan umum.

    Sebagai penutup tirai drama realiti tersebut, sebuah konsert akan diadakan pada 16 April ini. Melda yang terkenal menerusi lagu Putus yang dimuat turun melalui laman YouTube akan berganding dengan idola-idolanya itu dalam konsert tersebut.

    Menurut Pengurus Jenama (Sunsilk), Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Emily Chong, penganjuran sebuah konsert merupakan satu bukti bahawa seseorang itu benar-benar merupakan seorang penyanyi.

    "Konsert itu adalah sebahagian daripada tanda bahawa Melda merupakan seorang penyanyi. Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah tahap keyakinan yang ada dalam dirinya dan persediaan untuk dia membuat persembahan.

    "Bagaimanapun, selepas berakhirnya konsert itu dan drama tersebut, ia terpulang kepada Melda untuk meneruskan apa yang telah dikutip selama ini memandangkan kami bukan sebuah syarikat rakaman," ujar Emily.

    Menjawab persoalan itu, Melda tidak segan mengaku dia bercita-cita untuk memiliki sebuah album untuk mencurahkan kreativitinya mencipta lirik dengan bantuan beberapa pakar muzik termasuk Ajai yang telah membimbingnya sepanjang terlibat dalam Gadis Semasa Sunsilk.

    Berbicara lanjut mengenai konsert sulungnya yang akan dijalankan secara rakaman di sebuah tanah lapang berhampiran Kelab Orange, Kuala Lumpur, Melda tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila diberi peluang sedemikian.

    "Saya tidak sangka akan menerajui konsert sendiri kerana inilah satu-satunya peluang untuk orang ramai mengenali diri saya. Saya akan cuba yang terbaik.

    "Tidak dinafikan saya memang gementar, tetapi dengan masa yang ada, saya akan lakukan persiapan dengan sebaik mungkin," tuturnya yang kini sedang mengikuti pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

    Selain lagu Putus yang telah disuntik dengan elemen baru oleh Ajai, Melda akan melantunkan lagu terbarunya berjudul Aku Adalah Aku semasa berlangsungnya konsert itu nanti.

    Bagi yang ingin menyaksikan Melda dalam konsert pertamanya itu, mereka boleh mendapatkan tiket di jelajah Gadis Semasa Sunsilk yang akan diadakan di empat lokasi iaitu di Pantai Timur Hype, Kota Bharu, Kelantan (18 dan 19 Mac), Tunas Manja, Kuantan, Pahang (26 dan 27 Mac), Mydin, Kuala Terengganu (1 dan 2 April) dan Giant Batu Caves (2 dan 3 April).

    Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk mengikuti perkembangan drama tersebut dan maklumat tiket konsert.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Shahid rayu Priyanka

    Posted:

    Shahid rayu Priyanka

    Shahid rayu Priyanka


    PRIYANKA tidak menghadiri majlis hari jadi ke-25 Shahid, tetapi dia sebaliknya bercuti di Amerika Syarikat sebelum terbang ke Malaysia.


    AKTOR Shahid Kapoor sejak kebelakangan ini dilihat cuba untuk berbaik semula dengan bekas kekasihnya Priyanka Chopra.

    Dia telah cuba melakukan pelbagai perkara supaya aktres jelita itu kembali ke pangkuannya.

    Disahkan oleh sumber terdekat Shahid, selepas Priyanka kembali dari Malaysia kerana penggambaran filem Don 2, aktor itu tidak berhenti menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menulis, 'rindu kamu' dan 'kita boleh jayakan hubungan ini'.

    Ketiadaan Priyanka pada majlis hari lahir Shahid yang berlangsung pada 25 Februari lalu dikatakan benar-benar telah mengguris hatinya. Namun, Shahid tetap terus menghantar bunga dan SMS kepada Priyanka.

    "Disebabkan pergaduhan yang kerap serta berbeza pendapat mengenai beberapa perkara telah menyebabkan hubungan mereka terputus.

    "Priyanka tidak mahu berada di Mumbai ketika majlis hari lahir Shahid berlangsung. Sebab itu, Priyanka membuat perancangan untuk bercuti di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama.

    "Malah, dia pergi bercuti dengan rakan-rakan yang langsung tiada kaitan dengan industri hiburan," ujar sumber terdekat pasangan itu.

    Selepas percutian itu, Priyanka terus terbang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran Don 2. Priyanka berbuat demikian kerana dia mahu putus cinta secara bersih dengan Shahid.

    Shahid pula tidak dapat menerima keputusan bahawa hubungannya dengan Priyanka telah berakhir. Sedar, hubungan mereka putus disebabkan oleh kesalahannya sendiri, Shahid bersedia untuk meminta maaf tetapi Priyanka belum bersedia untuk memaafkan bekas kekasihnya itu.

    "Apabila dia dilamun cinta, dia tidak pernah menoleh ke belakang. Dengan Shahid, dia membuat keputusan untuk membawa hubungan itu lebih jauh dan menjayakannya, tetapi nampaknya, apa diharapkan tidak menjadi kenyataan," kata sumber itu lagi.

    Menurut teman-teman rapat Shahid dan Priyanka, ini bukanlah perpisahan mereka yang pertama kali, tetapi kali ini yang paling menyakitkan buat mereka berdua.

    Sehingga kini, Priyanka tidak memberi sebarang respons terhadap panggilan dan mesej. Meskipun begitu, ramai teman-teman rapat mereka cuba untuk menyatukan mereka kembali.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 21 Mar 2011 11:15 PM PDT

    OHBULAN!


    Rain Selebriti Korea, Live 2011 Malaysia Grand Prix F1 Concert.

    Posted: 21 Mar 2011 08:22 PM PDT

    Yeah, it's Rain. Definitely not musim tengkujuh. Sempena acara terbesar Formula 1 (F1), Petronas Malaysia Grand Prix 2011, pihak penganjur akan membawa selebriti Korea kegilaan ramai, pelakon drama Full House datang ke Malaysia untuk konsert secara Live!

    Konsert Rain yang berlangsung pada 10 April akan dibuka secara percuma untuk semua pemegang tiket Grandstand, tetapi pemilik tiket Hillstand perlu menambah RM138 untuk menonton persembahan superstar Rain.

    Menurut Razlan, pengarah acara Petronas Malaysian Grand Prix ini berkata, "tiada tiket yang akan dijual semata-mata untuk konsert." Ini bermaksud, anda perlu membeli tiket perlumbaan F1, baru boleh mendapat akses ke konsert Rain.

    Tiket C2 cuma berharga RM120, memberikan pemandangan terbaik di bahagian selatan, dimana anda boleh lihat dengan jelas kereta-kereta F1 mengambil selekoh. Manakala, tempat duduk di kawasan Hillstand – K1, C1  dan C3 cuma berharga RM60, dan merupakan tiket F1 termurah kalau dibanding dengan litar-litar F1 di seluruh dunia.

    Untuk keterangan lanjut mengenai tiket, halakan kursor anda ke Sepang Circuit. Sebelum itu, layankan music video Sad Tango – Rain selepas ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sein & Nana Rujuk Semula, Buat Kenduri Kesyukuran.

    Posted: 21 Mar 2011 07:32 PM PDT

    Pertama kali Ai dapat tahu yang Sein & Nana akan rujuk semula, Ai sangat happy. Memang jarang sekali Ai dengar pasangan bercerai dapat berbaik semula, tapi tidak pada Sein & Nana. Dan, Sein & Nana akan mengadakan kenduri kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri.

    Bukan senang sebenarnya nak hidup single selepas bertahun-tahun hidup bersama. Ai dapat tahu yang kehidupan Nana agak terumbang-ambing sepanjang tempoh 3 bulan bergelar janda. Sein pun lebih kurang macam itu juga. Pada Ai, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setelah menyedari yang mereka sebenarnya memerlukan satu sama lain, akhirnya keputusan untuk merujuk dibuat.

    Kadang-kadang, Ai terbaca juga pasangan selebriti yang bercerai sampai tarik muka, anak-anak jadi pula yang jadi mangsa. Sepatutnya, mereka kena ikut jejak langkah Sein & Nana yang bersikap matang, mendahulukan nasib & perasaan anak-anak. Ini tidak, Ai tengok pasangan selebriti itu tidak kisah langsung dengan perasaan anak-anak. Bekas suami sibuk berkepit dengan tunang, yang bekas isteri pula syok angau dengan pelakon lelaki muda. Sesuai sangat dua-dua!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Posted: 21 Mar 2011 11:13 PM PDT

    Sensasi


    Panas... Video Seks dengan pelacur oleh Pemimpin Tertinggi Parti pembangkang ditemui dan dipertontonkan kepada media

    Posted: 21 Mar 2011 09:21 AM PDT

    Ahh,sudah..biar betul..kalau sebelum nie,skandal seks dan liwat hanya menjadi satu tanda tanya bahkan dianggap satu cara politik kotor,kerana tiada bukti kukuh..

    Namun kali ini seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang ,kantoi apabila,Video seks nya dengan seorang pelacur luar negara ditemui di dalam bilik hotel.

    Difahamkan Video ini ditemui oleh Datuk T,yang ketika itu disuruh oleh ketua pembangkang itu utk mengambil jam tangannya dibilik berkenaan.tetapi lain yang dijumpai...Dia menemui pita rakaman 4 CCTV yang dipasang di tempat yang betul betul tersembunyi.

    Datuk T nie terus panggil media untuk menonton Video tersebut namun enggan memberi salinan kepada sesiapa kerana dikhuatiri tersebar.

    Video tersebut dikatakan mempunyai kualiti dan jelas.

    Namun apabila perkara ini dibangkitkan kepada pengarah komunikasi PKR iaitu Nik Nazmi,dia cakap nie suma adalah palsu dan video tersebut telah diubah.

    Perkara ini dikatakan telah dirakam pada 21 February 2011.baru lagi..
    Pelik,takkan la lepas dah berprojek boleh pulak suruh org lain tlg ambilkan jam tangan kat bilik tersebut?Entahla mungkin pemimpin itu sendiri tak sedar dirinya dirakam? atau mungkin rakaman aadalah palsu?atau mungkin akhirnya sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah??

    Well,benda nie kene lah wait and see..panasss panaas....

    pemimpin dan isterinya yang juga ahli politik digesa meletakkan jawatan oleh Datuk T berikutan penemuan Video tersebut.

    Kat bawah nie adalah berita dari The Star:


    A video showing a man, resembling a top Opposition leader having sex with a woman, believed to be a foreign prostitute, has emerged.

    The 30-minute video, which showed the supposedly high profile Member of Parliament in various compromising positions, is set to rock the Malaysian political arena.

    The video recorded on Feb 21 was found in a hotel room in Kuala Lumpur.

    Press representatives were taken to a hotel room individually to view the video footage by a group of unknown people led by a person, who only wanted to be known as Datuk T.

    Datuk T said he wanted the media to watch the footage showing the politician before sending the copy to him and his wife "to identify the person in the video" a week from now.

    He said if the individual in the video was the politician he had identified to the media, "then he and his wife must step down from politics."

    Datuk T said he was not "the pious person with high moral values and integrity as portrayed, and therefore is not fit to be leader."

    Datuk T said if the two did not quit politics, "I will call on several NGOs (non-government organisations) to set up an independent panel to investigate and seek professional forensic services to study the authenticity of the recordings."

    Datuk T claimed he had stumbled upon the video after he was asked by the politician to search for his watch in the room where the sexual encounter had taken place.

    "As I could not find the watch on the table, I searched for it behind the dresser. I was shocked to find many strands of wires behind the dresser.

    "On close inspection, I found four well-hidden CCTV cameras, I tried to open the two dresser drawers and found one was locked.

    "I prised open the locked drawer using a sharp object. I found an active CCTV recorder. I disconnected the wiring and took the recorder out of the hotel,'' he said, adding that no one had the recording except him.

    "I will not hand over copies to any quarters for fear of reproduction and distribution,'' he said.

    Members of the media including The Star viewed the video clip on a computer at the hotel room, where Datuk T was heavily guarded. The Star journalist was searched and had his mobile phone taken away before being allowed to view the video. The other members of the media included those from Bernama, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, the Internet portals, foreign news agencies and at least one opposition organ.

    The video clip had sharp images and the woman appeared to be a fair-skinned foreigner, possibly an East Asian.

    Meanwhile, with talk of the video having surfaced, PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad tweeted, saying the video was doctored.

    Selamat Bertunang Danny X-Factor dan Leen

    Posted: 21 Mar 2011 09:07 AM PDT

    t
    Akhirnya Danny X-Factor sudah bertunang dengan kekasih hatinya Leen yang juga merupakan seorang pramugari Air Asia.Maklumlah sebelum nie kan Danny pernah bekerja sebagai pramugara Air Asia selepas tak aktif dalam dunia nyanyian.Mungkin perkenalan pasangan nie aalah sewaktu bertugas bersama...

    Tahniah Sensasi ucapkan kepada Danny dan Leen,semoga jodoh mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin...

    Tapi Majlis pertunangan Danny nie dah mcm majlis kahwin dah,aha bukan apa,pasangan bertunang nie pakai pakaian pengantin,selalunya kalau bertunang,lelaki tak pakai sedondon kot dgn wanita,bahkan selalunya si lelaki tak dibenarkan hadir sekali waktu bertunang,..

    Tapi sume tue adat je,adat nie bila-bila pun boleh berubah ikut peredaran masa asalkan tak membatasi agama.

    Mungkin Danny kena hadir sama sebab jemputan majlis tunang nak tengok la artis kan..hehe...apa pun semoga mereka berbahagia...








    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Posted: 21 Mar 2011 11:04 PM PDT

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Jom Meriahkan Kempen BIAR BETUL Harian Metro

    Posted: 21 Mar 2011 05:32 PM PDT

    Sabtu lalu, Budiey jalan-jalan di sekitar Sogo KL. Saje bersiar-siar sambil shopping. Maklumlah sekarang ni kan musim jualan murah. Hari minggu adalah peluang yang sesuai untuk bersantai-santai selepas sibuk seminggu dengan menghadiri events.

    Selepas makan tengahari, Budiey jalan-jalan sekitar jalan Tunku Abdul Rahman yang sibuk. Hujung minggu macam ni, selalunya memang sibuk dan sesak.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Di tengah kesibukan tu, tiba-tiba Budiey terdengar ada kanak-kanak menjerit. Ada pula yang lari bertempiaran. Suasana agak panik seketika. Budiey terus meluru melihat apa yang sebenarnya berlaku…

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Laa… sesampainya di kaki lima gedung membeli belah tu, Budiey terkejut melihat dua lembaga yang menyerupai Pocong dan Pontianak! Patutlah semua orang takut dan terkejut. Tak kurang yang nak tahu apa diorang ni buat kat sini tengahari macam ni. Biasanya, hantu kan keluar di tengah malam.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Dileher pontianak tu digantung dengan board berwarna putih dengan tulisan putih – BIAR BETUL.

    Alang-alang terserempak dengan pocong dan pontianak ni, Budiey ambil peluang untuk bergambar. Bukan senang nak jumpa diorang ni kan? Hehe.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Dah agak dah, ni mesti gimmick untuk kempen terbaru dari Harian Metro yang akan meraikan ulangtahun ke-20 tahun! Alang-alang dah ada kat situ, Budiey pun apa lagi, terus lah bergambar kenangan dengan pontianak dan pocong ni. Macam real je diorang ni.

    Dengan bersolek dan pakai kostum hantu, memang nampak hantu betul. Tak hairanlah, ada kanak-kanak menangis dan tak kurang je yang menjerit ketakutan. Selain ada yang panik, ada juga yang ketawa sebab diorang dah tahu, mesti ada yang nak kena prank ke atau macam wakenabeb!

    Kalau korang nak tahu gambaran sebenar, sila tonton video yang Budiey sediakan ni.

    VIDEO FLASHMOB KEMPEN BIAR BETUL – HARIAN METRO

    Sebenarnya, masa Budiey kat situ, ramai tertanya-tanya apa motif sebenar pocong dan pontianak ni berkeliaran kat situ. Untuk info pembaca, sebenarnya flashmob ini dirancang oleh suratkhabar terkenal iaitu Harian Metro. Sekarang ini, Harian Metro sedang galak untuk mempromosikan kempen Biar Betul.

    'Biar Betul' – satu ayat yang biasanya keluar dari mulut kita bila membaca atau mengetahui berita-berita pelik atau hal-hal yang mengejutkan. Jadi, sesuai dengan tagline ni, berita-berita yang disiarkan dalam Harian Metro secara tak langsung menjadi bahan bualan orang ramai. Tak kira di mana sahaja kita berada, peristiwa dan kejadian sekeliling kita ini menjadi topik utama. Dan yang pasti, Harian Metro menjadi bahan utama untuk kita mengetahui berita terkini lagi sensasi. Mmm… tak hairanlah, akhbar Harian Metro menjadi akhbar harian No. 1 di Malaysia.

    Okay, ini ada satu benda budiey nak kasi tahu kat semua. Sempena dengan perayaan ulangtahun ke-20 Harian Metro, semua orang boleh masuk akhbar ini dengan menjadi front cover secara virtually (maya). Dalam erti kata lain, Harian Metro memberi peluang kepada anda untuk menjadi popular! Ha, siapa tak nak jadi cover Harian Metro kan? Budiey gerenti semua orang nak. Tapi ada caranya…

    Caranya senang sahaja. Budiey buat tak sampai 5 minit pun. Ada 5 langkah yang mudah untuk anda ikuti:

    1. Terlebih dulu kenalah LIKE Facebook Fanpage Harian Metro. Kalau tak macamana nak sokong Kempen Biar Betul ni kan? Korang hanya perlu menyertai Facebook Harian Metro. Dan join avatar application yang ada di Facebook Harian Metro. Klik: SINI

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    2. Anda perlu upload gambar anda yang paling kacak dan cun tu menggunakan application tu. Carilah gambar yang pelik-pelik pun tak apa, sesuai dengan headlines atau tagline yang anda pilih nanti.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    3. Pilih headlines yang sesuai untuk menggambarkan citarasa anda. Ada 5 template kesemuanya yang disediakan. Budiey pilih headlines: Terlepas dari rumah sakit jiwa. Hahaha… sewel!

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    4. Selepas semuanya sukses dihantar, anda bolehlah 'share' di Facebook. Jangan lupa kongsikan gambar avatar anda itu dengan kawan-kawan dan famili.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    p/s: Jangan lupa nantikan ada peraduan yang menarik pada 30 Mac ini. Segalanya akan diumumkan di Facebook Harian Metro.

    Okay, selamat mencuba.

    Di peluang ini, Budiey ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-20 tahun buat Harian Metro. Semoga akhbar yang popular ini terus memberikan info terkini kepada masyarakat dan terus sukses di masa yang akan datang.

    Untuk korang, nak Budiey letak beberapa gambar semasa flashmob ini berlangsung.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Pontianak dan Pocong ni turut menarik perhatian Mat Bangla

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Motif bawak kerangka motor? Ni mesti mat rempit yang meninggal masa merempit nih.

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Kempen Biar Betul Harian Metro

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip Selebriti – Misteri Adam Lupa Daratan?
  • Gambar Eizlan Yusoof Bersama Isteri di Anugerah Skrin 2007
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!
  • Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan
  • Lirik Lagu Persis Mutiara – Mila AF5
  • Latifah Omar Sakit Dalam Perut
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Lirik Hanya Padamu – Dayang Nurfaizah 2007
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak

    Posted: 21 Mar 2011 09:03 AM PDT

    Pada hari ini, Kru Studios telah upload sebuah video clip lagu tema filem Karak di Youtube. Budiey dah tonton video klip ni tapi sebenarnya idea boneka puppet diikat ni rasanya dah ada dalam video klip artis antarabangsa sebelum ini. Kalau tak silap video klip N'sync pernah buat konsep puppet macam ni. Tapi yang pasti, lagu ni memang best untuk sape-sape yang suka dengar lagu metal dan suka tonton filem seram.

    Tonton klip video MTV Kerek, sebuah OST Filem Karak yang dihasilkan oleh Kru Studios. Lagu tema ini dinyanyikan oleh Bandi Amuk.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura
  • Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella
  • Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Video klip MTV lagu Teman Sejati versi Rock
  • Video Klip Lagu Pengharapan Ini – Azyza
  • Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban
  • Saksikan Nitrus di Konsert Jom Heboh Bukit Jalil
  • Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia
  • Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan