gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 28 Feb 2011 09:05 AM PST

Utusan Online - Johor


Impian 666 keluarga tidak kesampaian

Posted:

Impian 666 keluarga tidak kesampaian

Impian 666 keluarga tidak kesampaian

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Osman Sapian (kiri) berbual bersama pembeli projek perumahan yang terbengkalai di Taman Desa Kempas Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 27 Feb. – Impian 666 keluarga untuk mendiami kediaman baru sehingga kini tidak kesampaian ekoran projek perumahan Taman Desa Kempas fasa tiga, empat dan lima di sini, terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Lebih mengecewakan apabila mereka terpaksa menjelaskan bayaran ansuran pinjaman rumah tersebut kepada bank sejak 2003 sebanyak RM600 dan pada masa sama terpaksa menyewa rumah lain pada harga sekitar RM400 sebulan akibat masalah tersebut.

Seorang pembeli, Yong Yeok Sheng, 39, berkata, dia terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan sebanyak RM600 sebulan untuk rumah yang dibeli pada harga RM95,000 tetapi sehingga hari ini, masih belum siap.

Katanya, pihak pemaju hanya memberi jawapan rumah yang dibeli itu akan siap dalam tempoh terdekat tetapi tiada sebarang perubahan berlaku terhadap pembinaan rumah tersebut.

"Saya sudah bayar pinjaman rumah ini selama sembilan tahun dan terpaksa sewa rumah lain pada harga RM400 sebab rumah masih tidak siap. Ini satu bebanan buat keluarga saya dan harap pihak berkuasa dapat membantu kami," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Projek Pangsapuri Taman Desa Kempas yang dibangunkan pada 2001 itu dijual pada harga RM88,000 hingga RM100,000 bagi setiap unit dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 2004 tetapi sehingga hari ini hanya fasa satu dan dua berjaya disempurnakan.

Seorang penduduk, Faridah Ban, 45, berkata, dia membeli rumah di Fasa 3 berharga RM88,000 pada sekitar 1999 dan menandatangani perjanjian pembelian rumah berkenaan sejak 2001.

Katanya, meskipun sudah beberapa kali membawa perkara itu kepada pemaju, masalah itu seolah-olah dipandang sepi tanpa sebarang tindakan lanjut daripada pihak terbabit.

Dia yang kini menyewa di kawasan Kempas berkata, mereka sekeluarga sudah melabur hampir RM30,000 bagi pembayaran faedah bulanan dan sewa beli semata-mata mahu memiliki rumah idaman.

"Kami kecewa dan kesal, sudahlah berhabis puluhan ribu ringgit malah terpaksa pula membayar sewa rumah yang diduduki sekarang. Kami mahu rumah kami siap, itu sahaja permintaan kami," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meminta kerajaan segera campur tangan dalam masalah tersebut kerana ia sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya pernah mengajukan perkara tersebut kepada pemaju, namun tiada sebarang jawapan diberikan.

"Saya meminta pemaju bertemu dengan penduduk selain berharap kerajaan campur tangan untuk menyelesaikan masalah itu kerana ia semakin serius," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Batu Pahat beri ganjaran RM15,000

Posted:

UMNO Batu Pahat beri ganjaran RM15,000

UMNO Batu Pahat beri ganjaran RM15,000

BATU PAHAT 27 Feb. - UMNO akan memberi ganjaran RM15,000 kepada ahlinya di daerah ini yang berjaya mendaftarkan seramai 1,500 pengundi baru.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ganjaran sebanyak RM10 diberikan iaitu masing-masing RM5 oleh UMNO Pusat dan UMNO Bahagian Batu Pahat bagi setiap pengundi baru yang berjaya didaftarkan.

"Kita sebenarnya mendaftarkan seramai 5,000 pengundi baru tetapi hanya 1,500 telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Dalam Bahagian Batu Pahat, di sini hari ini.

Ganjaran tersebut disampaikan pada majlis itu oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Ayub Jamil bagi menggalakkan lebih ramai pengundi baru didaftarkan oleh ahli UMNO.

Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 3,500 pengundi baru disahkan oleh SPR daripada keseluruhan 5,000 yang didaftarkan oleh UMNO Batu Pahat.

Beliau berkata, antara faktor yang menyebabkan SPR tidak dapat mengesahkan pendaftaran itu termasuk masalah belum cukup umur untuk mengundi dan pertukaran alamat.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, UMNO mesti berusaha lebih gigih untuk mendaftarkan pengundi 'atas pagar' kerana berdasarkan maklumat diterimanya, jumlah golongan itu masih besar di negara ini.

Menurutnya, golongan tersebut berpotensi menjadi faktor penentu dalam menjamin kemenangan dalam pilihan raya.

Beliau turut menggesa ahli UMNO supaya tidak leka dan berusaha lebih gigih mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru termasuk dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.

"Kadang kala kita leka atau terlupa, isteri sendiri pun belum kita tolong daftarkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 27 Feb 2011 11:18 PM PST

Utusan Online - Pendidikan


Utamakan penyelenggaraan elak musibah

Posted:

Utamakan penyelenggaraan elak musibah

Utamakan penyelenggaraan elak musibah

Oleh AZMY MOHAMEDpendidikan@utusan.com.my



Penyelenggaraan secara berkala amat penting untuk memastikan bangunan sekolah dan kuarters kediaman guru sentiasa selamat untuk diduduki.

Lazimnya, aspek penyelenggaraan dan baik pulih hanya dilakukan apabila pentadbir sekolah atau penghuni kuarters mengesan kerosakan fizikal yang mencolok mata seperti pintu atau tingkap pecah, tandas tersumbat dan rekahan pada bangunan.

Malangnya ada juga kerosakan yang terbiar tidak diselenggara walaupun kerosakan telah dilaporkan. Salah siapa?

Menuding jari memang mudah tetapi sebaiknya adalah mencari jalan penyelesaian untuk keselamatan dan keselesaan bersama.

Sebagai contoh, tangki air bocor atau lantai marmar pecah di kuarters guru tidak dibaik pulih kerana berlaku tarik-tali antara penghuni dan pemilik premis.

Kedua-dua pihak tidak mahu bertanggungjawab untuk memperbaikinya. Sepatutnya Kementerian Pelajaran selaku pemilik perlu bertanggungjawab dengan mengarahkan kontraktor yang diberi tender membina bangunan itu untuk membaiki segala kerosakan sekiranya ia masih dalam tempoh jaminan.

Jika tempoh itu telah tamat, maka satu mekanisme lain perlu dilaksanakan. Apa pun penghuni kuarters iaitu guru tidak boleh dibebankan untuk membaikinya kerana mereka adalah penyewa. Secara teknikalnya, mereka membayar sewa melalui potongan elaun perumahan dan sebahagian daripada elaun COLA.

Selain itu, aspek penyelenggaraan yang lebih penting dan perlu diberi perhatian ialah pendawaian wayar elektrik dan kawalan serangga perosak.

Mengikut piawaian standard antarabangsa, pendawaian dalam bangunan yang melebihi 15 tahun perlu diperiksa atau dibuat semula.

Hal ini kerana ia berisiko tinggi untuk berlaku lintar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastinya bila ini terjadi, nasi sudah menjadi bubur.

Begitu juga dalam bab mengawal ancaman serangga perosak khususnya anai-anai. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana natijahnya parah.

Serangga kecil ini boleh menyebabkan bumbung dan siling runtuh. Bayangkan jika ia berlaku ketika anak-anak kita sedang tekun mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah. Aduh, sungguh memilukan!

Sebelum musibah ini berlaku, Kementerian Pelajaran perlu proaktif untuk membuat langkah-langkah pencegahan.

Bagaimanapun, keutamaan harus diberi kepada 600 buah sekolah yang berada dalam keadaan amat daif dan hampir sujud ke bumi seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sarawak, baru-baru ini.

Semua sekolah ini telah dalam pengetahuan Kementerian Pelajaran dan tindakan untuk membaik pulih atau membina semula sedang dirancang serta akan segera dilaksanakan termasuk dengan menggunakan pembiayaan pihak swasta jika perlu.

Apa yang membimbangkan adalah keadaan di sekolah-sekolah lain yang telah berusia lebih 15 tahun. Walaupun nampak kukuh fizikalnya, dikhuatiri tanpa penyelenggaraan yang sempurna akan menyebabkan kejadian tidak diingini.

Kebimbangan ini berasas. Sedikit masa dahulu, ada bangunan makmal komputer sekolah runtuh sebelum sempat digunakan.

Malah baru-baru ini, dilaporkan ada sekolah baru yang dibina melibatkan kos jutaan ringgit dan belum pun satu dekad usianya telah berlaku keretakan pada struktur bangunannya.

Keadaan ini amat mendukacitakan dan perlu perhatian serius. Sewajarnya satu kajian dibuat agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk pembinaan sekolah dan kuarters guru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dalam konteks ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyarankan supaya bangunan sekolah dibuat secara lebih teliti dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak berlakunya masalah seperti retakan kepada struktur bangunan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sains teknologi tingkat prestasi akademik

Posted:

Sains teknologi tingkat prestasi akademik

Sains teknologi tingkat prestasi akademik


Sebahagian murid menyiapkan rekaan masing-masing pada Minggu Sains dan Teknologi di SMS Hulu Selangor,baru-baru ini.


Penguasaan dalam bidang sains dan teknologi mampu melonjakkan prestasi akademik pelajar, kata Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Selangor, Rafiei Mustapa.

Justeru, baru-baru ini sekolah itu telah mengadakan Minggu Sains dan Teknologi 2011 untuk memberi peluang pembelajaran secara hands-on kepada para pelajarnya.

Menurut Rafiei, pembelajaran seperti itu amat perlu bagi seseorang pelajar dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman mereka selain merasai sendiri pengalaman tersebut seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, ujarnya, program selama empat hari itu juga bertujuan memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar daripada pelbagai peringkat umur.

"Nilai kreatif dan inovatif amat diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah kerana ia mampu memberi kesan-kesan positif yang baik terhadap perkembangan minda pelajar," katanya.

Minggu Sains dan Teknologi anjuran SMS Hulu Selangor ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak tiga sekolah rendah dan empat sekolah menengah sekitar Hulu Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut termasuklah kuiz sains, pertandingan reka bot lumba anjuran RA3 Edu Science Corporation Sdn. Bhd., pertandingan bercerita, pertandingan memasak, mereka model sains dan pertandingan mewarna bagi murid-murid tadika.

Sementara itu, Ketua Panitia Sains, Norazrina Abdul Aziz berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran sains dan kemahiran hidup.

"Ia juga dianjurkan untuk sekolah berkongsi pengetahuan dengan sekolah-sekolah berhampiran, selain menimbulkan minat di kalangan pelajar tersebut terhadap bidang sains dan inovasi.

"Sebagai sekolah kluster kecemerlangan, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan sekolah-sekolah berhampiran yang lain turut cemerlang," katanya yang juga Pengarah Minggu Sains dan Teknologi.

Tambahnya, program ini turut memberi faedah serta pengalaman baru kepada pelajar SMS Hulu Selangor itu sendiri kerana sumbangan dan penglibatan mereka dalam mengurus dan memastikan kelancaran program.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 27 Feb 2011 03:21 PM PST

Utusan Online - Agrobiz


Inovasi untuk petani

Posted:

Inovasi untuk petani

Inovasi untuk petani

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar HAYAT SUEET


Hasmin Hakim Abdullah menunjukkan isi rambutan dalam air gula sama seperti longan dan laici.


Perkembangan industri pertanian menyebabkan permintaan tenaga buruh tinggi dan pada masa sama kosnya membimbangkan pengusaha.

Pelbagai langkah perlu diambil bagi menghadapi masalah pengambilan tenaga buruh asing.

Pada masa sama, pelbagai agensi kerajaan mula membangunkan program berasaskan mekanikal dan automasi selaras dengan perkembangan industri pertanian.

Berdasarkan laporan beberapa tahun lepas, penggunaan jentera dan mesin pertanian hanya 14 peratus dan wajar ditingkatkan memandangkan banyak inovasi pertanian telah dibangunkan bagi membantu golongan usahawantani.

Di negara ini, peneraju pembangunan teknologi pertanian ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

MARDI ditubuhkan sejak empat dekad lalu telah menghasilkan pelbagai mesin bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) .

Lebih membanggakan, banyak mesin ciptaan MARDI bukan saja mendapat pengiktirafan pada pertandingan reka cipta dan inovasi di dalam dan luar negara malah telah dipaten, dikomersial dengan lesen dan digunakan oleh usahawantani.

* Sistem penggredan automatik bagi buah-buahan tropika

Mesin yang mendapat sentuhan pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Automasi dan Mekanisasi MARDI, Dr. Teoh Chin Chuang berupaya menggredkan empat jenis buah iaitu belimbing, mangga, betik dan nanas.

Dr. Chin Chuang berkata, idea membina sistem penggredan buah-buahan bermula apabila melihat kesulitan pusat pengumpulan menggred buah-buahan.

"Pekerja yang mahir diperlukan bagi meneliti warna buah selain mesin penimbang bagi menimbang berat buah seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

"Bagaimanapun masalah timbul apabila tiada keseragaman dalam penggredan semasa pemeriksaan FAMA," katanya.

Mesin yang dibangunkan oleh Dr. Chin Chuang menepati piawaian FAMA bagi tujuan eksport dengan ketepatan 98 peratus bagi warna dan hampir 100 peratus bagi berat.

Menggunakan mesin ini, pengusaha boleh menggred buah-buahan sebanyak 800 biji sejam hanya dengan dua tenaga kerja yang tidak berpengalaman.

"Seorang pekerja diperlukan bagi meletakkan buah-buahan ke mesin dan seorang lagi bagi pembungkusan buah-buahan," katanya.

Berbanding dengan kaedah manual, 10 orang pekerja hanya dapat menggredkan tidak sampai satu tan buah-buahan dalam masa lapan jam.

Menjalinkan kerjasama dengan Dynatex Solution Sdn. Bhd., MARDI telah memohon paten bagi mesin berkenaan dan memberikan lesen kepada syarikat berkenaan untuk mengkomersialkannya.

Mengambil masa tiga tahun membangunkan mesin berkenaan, rekaan Dr. Chin Chuang berjaya memikat hati juri apabila dianugerahkan Pingat Emas dan Anugerah Produk Malaysia Paling Inovatif semasa dipertandingkan di ITEX 2010 baru-baru ini.

* Pemutar Dorong Diri Kuasa MADOX

Industri sawit di negara ini menjana pendapatan kira-kira 17.4 juta tan tandan kosong sawit sepanjang tahun.

Ini merupakan sumbangan besar bahan mentah bagi menghasilkan baja organik.

Pihak RISDA, Sime Darby serta beberapa pengeluar berpotensi menghasilkan kira-kira 100 tan sejam tandan kosong sawit dan 100 tan sehari kompos.

Kompos dihasilkan menerusi proses aerobik dan pengeringan sisa pertanian yang memerlukan penggunaan mesin pembancuh.

Dalam proses kompos, mikrob perlu digaul sekata bagi memastikan taburan mikrob sekata dengan menggaul sekata sisa pertanian.

Justeru Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Automasi dan Mekanisasi, MARDI, Muhammad Isa Othman membangunkan jentera membancuh yang dapat membantu usahawan baja organik.

Istimewanya jentera yang dinamakan MADOX mudah diselaraskan pada ketinggian berbeza dengan lebih berkesan.

"MADOX dapat membantu usahawan dalam proses penghasilan bahan kompos dengan menjadikan campuran mikrob, air dan mineral lebih sekata," katanya.

Pembancuh yang direka khusus bagi kotak gear tork tinggi MADOX menggunakan sistem motor hidraulik tunggal berkuasa rendah.

Teknologi berkenaan dibangunkan berdasarkan rekaan model tiga dimensi (3D) melibatkan pembuatan

pembancuh besar dan berat serta kotak gear.

"Jentera ini mudah digunakan sama ada di dalam bangunan atau tempat tertutup tanpa perlu mengubah struktur bangunan," katanya.

Jentera yang mendapat tiga anugerah iaitu Pingat Emas, Anugerah Malaysia Innovative Product dan Best Invention Research Institute/Organisations Category dalam proses pendaftaran paten manakala pengkomersialan sedang dijalankan bersama-sama syarikat Malift Sdn Bhd - Puchong Jentera.

* Mesin Mengasing Biji Rambutan

Rambutan merupakan salah satu buah-buahan tropika yang menghadapi masalah lambakan setiap musim.

Salah satu kaedah bagi mengatasi masalah berkenaan adalah dengan memproses rambutan dengan memberikan nilai tambah.

Bagaimanapun proses mengasing kulit dan biji rambutan adalah rumit, memakan masa dan memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Bagi mengembangkan industri pemprosesan rambutan, pengeluaran perlu banyak dan berterusan.

Bagaimanapun kos tenaga kerja yang tinggi sedikit sebanyak melumpuhkan industri pemprosesan rambutan.

Bagi mengatasi masalah berkenaan Pegawai Penyelidik MARDI, Hasmin Hakim Abdullah telah mereka mesin mengasing biji dan kulit rambutan bagi kegunaan industri kecil dan sederhana.

"Mesin yang digunakan adalah unik, ringkas tetapi amat sesuai bagi mengasing biji dan kulit rambutan serentak," katanya.

* Mesin berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu

*komponen mengasingkan biji rambutan yang boleh disesuaikan dengan biji rambutan

*konsep menghiris kulit rambutan tanpa merosakkan isi

*saiz acuan yang boleh diubah bergantung kepada saiz buah

Hasmin berkata, mesin berkenaan mudah digunakan walaupun oleh pekerja tidak mahir manakala saiz acuan boleh diubah bergantung kepada varieti buah.

Mesin berkenaan boleh digunakan bagi membangunkan produk tambah nilai bagi pasaran tempatan dan eksport.

Selain itu ia dapat mengurangkan kos dengan memproses sehingga 360 biji rambutan sejam berbanding manual.

"Bagaimanapun lebih banyak rambutan boleh diproses apabila empat hingga enam pengasing biji rambutan digunakan serentak," katanya.

Mesin berkenaan sesuai digunakan bagi industri kecil dan sederhana (IKS) bagi menghasilkan produk koktel, produk kaleng, jus, produk vakum kering dan produk beku kering.

* Sistem mengasingkan biji benih cili tanpa air

Kesedaran mengenai kepentingan mengeluarkan tanaman makanan dan biji benih sendiri semakin meningkat.

Bagaimanapun sehingga kini negara masih lagi mengimport biji benih tanaman dan sayur-sayuran dari luar negara.

Terdapat pelbagai peringkat dalam industri menghasilkan biji benih dan peringkat yang kritikal adalah sistem mengasingkan biji benih.

Terdapat pelbagai masalah berkaitan dengan pengasingan biji benih terutamanya cili dan biasanya petani menggunakan pisau bagi membelah cili dan mengasingkan biji benih cili.

Proses berkenaan biasanya menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pekerja.

Justeru pegawai penyelidik Pusat Penyelidikan Automasi dan Mekanisasi, Yahaya Sahari membangunkan satu sistem bagi mengasingkan biji benih cili tanpa menggunakan air.

Sistem berkenaan terdiri daripada dua buah mesin iaitu mesin mengekstrak dan mesin mengasing biji benih tanpa menggunakan air.

"Hanya biji benih yang masak sepenuhnya akan digunakan untuk mendapatkan biji benih yang berkualiti.

"Sistem ini mengekstrak dan memisahkan biji benih cili yang segar dan sebaik saja dituai di ladang," katanya.

Mesin mengekstrak berfungsi menghancurkan dan membahagikan dua buah cili agar biji benih dapat dikeluarkan daripada bahagian dalam isinya.

Manakala mesin mengasing pula berfungsi untuk memisahkan biji benih cili daripada isinya dengan mudah.

Sistem berkenaan, jelas Yahaya boleh memproses sehingga 30 kg buah cili sejam berbanding 4 kg berbanding konvensional.

Menggunakan sistem berkenaan kadar kehilangan biji dapat dikurangkan malah dapat kadar percambahan meningkat sehingga 90 peratus.

"Sistem ini dijangka dapat menyelesaikan banyak masalah seperti tenaga kerja, mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan industri biji benih lebih berdaya saing," katanya.

Inovasi berkenaan jelas Yahaya dapat meningkatkan produktiviti kerana tidak memerlukan tenaga mahir dan

berpengalaman.

Apa yang lebih menarik, sistem berkenaan mudah dikendalikan dan diselenggarakan telah digunakan di MARDI, Jalan Kebun, Kelang, Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

741 teknologi MARDI

Posted:

741 teknologi MARDI

741 teknologi MARDI


MARDI sentiasa menjana teknologi untuk dikomersialkan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan serta IKS.


Setakat ini sebanyak 741 teknologi telah dihasilkan oleh MARDI sejak tahun 1972 sehingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 110 teknologi telah berjaya dikomersialkan melalui perlesenan, perundingan, inkubator, TechnoFund dan public goods.

Jumlah teknologi produk makanan yang telah diguna pakai oleh usahawan IKS adalah sebanyak 240 jenis daripada pelbagai kluster produk makanan. Ia merangkumi lebih kurang 21 peratus daripada teknologi produk yang ada di MARDI.

Jumlah setiap kluster produk adalah berbeza. Contohnya hasilan ikan ialah 12.5 peratus dan makanan ringan atau snek 28 peratus.

Sebanyak 76 teknologi dijana dalam setahun (tahun 2010) dan tidak kurang 14 peratus dikomersialkan.

Selain inovasi-inovasi terbaru MARDI, satu lagi teknologi yang tidak kurang pentingnya ialah Mesin Penabur Baris Padi Jenis Traktor Untuk Bendang .

Kaedah menanam padi terus berkembang daripada menggunakan kuku kambing bagi mengubah anak benih padi kepada kaedah tabur serak dan terkini mesin tabur dalam baris.

Bagaimanapun teknik tanaman dalam baris yang dahulunya menggunakan tenaga manusia yang mana mesin tersebut perlu dipikul.

Perekanya - Pegawai Penyelidik Prinsipal, Sistem Elektronik dan Bangunan Persekitaran, Pusat Penyelidikan Automasi dan Mekanisasi, MARDI, Dr. Chan Chee Wan telah menaiktaraf mesin berkenaan.

Membandingkan tiga kaedah yang digunakan, Dr. Chan Chee Wan berkata, tabur serak walaupun murah tetapi mempunyai banyak masalah.

Dr. Chan berkata, kaedah tanam secara terus dalam baris banyak digunakan tetapi tidak menggunakan mesin.

"Teknik konvensional memerlukan kos yang tinggi kerana penggunaan tenaga buruh yang banyak.

"Misalnya mencerung memerlukan kos yang tinggi sekitar RM1,000 sehektar manakala tabur serak hanya RM350 sehektar, sementara tabur baris pula memakan belanja RM350 hingga RM400 sehektar," katanya.

Teknik tabur baris menggunakan traktor kecil yang diubahsuai dengan berat antara 350 hingga 500 kg dan ia tidak mudah terbenam di sawah.

Teknik tabur baris menggunakan traktor boleh menanam sehingga enam hektar sehari dengan seorang pekerja.

Manakala teknik mencerung hanya boleh menanam 1.2 hingga 1.5 hektar sehari dengan seorang pekerja.

"Teknik tabur baris juga lebih cepat dan menepati jadual penanaman padi sekarang yang lebih cepat," katanya.

Beliau menjangka penggunaan mesin tabur baris menggunakan traktor yang lebih cepat dengan kos yang rendah membolehkan pesawah mendapat keuntungan yang lebih besar.

Anggaran kos bagi teknik mencerung termasuk pusat semaian seluas 10.11 hektar bagi kawasan sawah 1,600 hektar dengan kapasiti semai tikar sebanyak 500,000 setahun dengan 20 unit mesin memerlukan kos RM8.1 juta.

Jika dibandingkan dengan teknik tabur baris menggunakan traktor bagi kawasan sawah padi seluas 1,600 hektar menggunakan tujuh buah mesin dengan 40 hari bekerja semusim. Ia hanya memerlukan kos antara RM 280,000 dan RM 400,000.

"Ini bergantung kepada kos mesin sekitar RM35,000 hingga RM55,000 seunit oleh syarikat Oryza Mechanique Sdn. Bhd. yang dilesenkan untuk mengkomersialkan mesin tabur baris menggunakan traktor," katanya.

Mesin yang telah diguna pakai di sawah padi di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah pada musim yang lalu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan petani.

Chee Wan berkata, penggunaan mesin tersebut dapat mengurangkan penggunaan biji benih sehingga 40 hingga 50 peratus.

Selain itu, kaedah tersebut dapat mengurangkan masalah pokok rebah sehingga 80 peratus berbanding tabur serak.

"Keistimewaan kaedah ini dapat dilihat dengan dua petak bersebelahan di mana satu petak ditanam secara tabur serak dan sebelah lagi secara tabur baris menggunakan traktor.

"Padi yang ditanam dengan teknik tabur baris menggunakan traktor hanya lima peratus dijangkiti bena perang berbanding 40 peratus pada petak tabur serak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 27 Feb 2011 03:18 PM PST

Utusan Online - Megabait


Bebaskan komputer daripada virus

Posted:

Bebaskan komputer daripada virus

Bebaskan komputer daripada virus

Soalan 1

Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk memastikan komputer bebas daripada virus?.

Ini kerana sering berlaku keadaan membabitkan sesebuah komputer yang telah dilengkapi perisian anti virus tetapi masih berhadapan dengan masalah serangan virus. — Mohd. Faliq

Beberapa langkah yang boleh diambil

* Pastikan anda menggunakan filem, lagu, permainan, perisian atau program komputer yang tulen.

Ini termasuk bahan yang mengandunginya seperti DVD, CD dan lain-lain.

Berkemungkinan besar bahan-bahan yang tidak tulen tersebut juga mempunyai virus komputer.

* Sentiasa mengemaskini Windows dengan Windows Update pada laman web Microsoft.

* Sentiasa mengemas kini enjin atau program kemas kini perisian anti virus yang digunakan.

* Buat salinan pendua konfigurasi Windows menggunakan Systems Restore.

Namun ia tidak kebal kepada virus tetapi hanya beroperasi seperti biasa dalam masa tertentu sebelum kembali kepada keadaan yang di serang virus komputer.

* Tidak memuat turun program-program komputer yang dicurigai di Internet atau dalam e-mel. Sekiranya mahu memuat turun program komputer itu juga, ia perlu diimbas terlebih dahulu menggunakan perisian anti virus yang telah dikemas kini. Elakkan daripada program-program perkongsian fail P2P seperti Torrent dan Kazaa kecuali anda tahu dari mana fail tersebut di muat turun

* Melayari Internet dengan selamat. Pelayar web yang digunakan seperti Mozilla, IE dan sebagainya perlu dikonfigurasikan dengan selamat dan betul di bahagian fungsi sekuriti seperti sentiasa tidak membenarkan pop-up Windows atau tetingkap terbuka.

* Sentiasa mengimbas program atau fail komputer yang diperolehi daripada luar dengan perisian anti virus yang telah dikemas kini seperti cakera Flash USB, disket, CD, DVD dan sebagainya .

* Pasang program firewalls persendirian atau personal firewall untuk menambah baik sistem perlindungan komputer anda tetapi ia perlu dikonfigurasikan dengan baik.

Dalam Windows sudah terdapat program tembok api ini yang dikenali sebagai Windows Firewall. Program-program yang lain adalah seperti Zone Alarn, Sygate dan lain-lain.

Inilah antara langkah awal yang boleh diambil.

Soalan 2

Boleh terangkan apa perbezaan antara RAM dengan ROM.

Persamaan antara RAM dan ROM adalah kedua-duanya merupakan sejenis memori komputer.

RAM adalah singkatan untuk Random Access Memory dan ROM adalah singkatan untuk Read Only Memory.

RAM, simpanan data di dalamnya bersifat sementara manakala ROM pula simpanan data dalamnya adalah bersifat kekal.

Sebagai contoh, RAM akan digunakan untuk menyimpan segala maklumat atau data yang sedang dilarikan dalam komputer seperti membuka pelayar web untuk melayari Internet, membuka fail, bermain komputer dan sebagainya.

Sekiranya berlaku gangguan elektrik, komputer akan terpadam. Apabila komputer ini dibuka semula, segala maklumat atau data yang dibuka sebelum ini akan terpadam sekiranya ia tidak disimpan dalam cakera keras. Ini kerana ia disimpan secara sementara di dalam RAM.

Manakala ROM pula, biasanya ia digunakan untuk menyimpan maklumat atau data berkenaan dengan spesifikasi dan konfigurasi komputer seperti maklumat berkenaan dengan perkakasan dan sistem komputer seperti yang terdapat dalam BIOS (Basic Input Output System) dan sebagainya.

Apabila dibuka, data dan maklumatnya tetap sama kerana ia disimpan secara kekal dalam ROM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projektor interaktif pelbagai fungsi

Posted:

Projektor interaktif pelbagai fungsi

Projektor interaktif pelbagai fungsi

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


Eileen Soh menunjukkan kelengkapan projektor terbaru syarikatnya.


MEMPERLUAS rangkaian produk elektronik keluaran syarikatnya, ViewSonic baru-baru ini tampil dengan siri projektor berteknologi tinggi sesuai untuk operasi di rumah atau pun bagi tujuan profesional.

Kehadiran semua projektor untuk siri PJD7 dan Pro8 itu dilihat bakal menawarkan pengalaman tayangan menerusi platform pemprosesan cahaya digital ke peringkat lebih cemerlang dari segi kualiti dan interaktiviti.

Untuk siri PDJ7, ia ditampilkan dalam dua model iaitu PJD7383i dan PJD7583wi dengan sasaran operasi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kedua-dua model berkenaan diintegrasikan bersama ciri mesra pengguna, paparan tiga dimensi tersedia (3D ready), 3,000 lampu lumen, resolusi 1,024 x 768 dan proses pemasangan mudah.

Apa yang unik, model-model itu turut dilengkapi keupayaan interaktif yang membenarkan pengguna menulis secara terus pada imej yang dipaparkan menerusi pen khas dikenali sebagai PointBlank Pen.

Selain itu, ia turut disempurnakan bersama teknologi lontaran imej berjarak pendek iaitu kurang daripada satu meter dari skrin bersaiz 80 inci serta mempunyai mikrofon binaan dalam dan sambungan USB.

Ia juga tersedia bersama sokongan sambungan LAN untuk membolehkan operasinya dapat dipantau, dirus dan diselenggara oleh pihak tertentu sebagai contoh bahagian teknologi maklumat (IT).

Menurut Pengurus Negara ViewSonic, Eileen Soh, dengan semua kelebihan itu, ia akan memudahkan perjalanan aktiviti pengajaran di dalam kelas.

"Produk inovatif ini bakal membantu para pengajar berkomunikasi dengan pelajar secara lebih efektif sekali gus dapat menarik perhatian mereka," katanya.

Melihat siri Pro8 pula, antara model-model yang ditampilkan adalah seperti Pro8200, Pro8500 dan Pro8450w.

Kesemuanya didatangkan bersama kelebihan teknologi BrilliantColor untuk meningkatkan kesan kualiti pada paparan.

Model Pro8200 dibangunkan secara eksklusif untuk menyokong operasi bersama sistem teater rumah dengan kelebihan seperti resolusi 1920x1080, warna bertenaga, paparan video berdefinisi tinggi (HD) dan kualiti pencerahan tinggi.

Untuk Pro8500 pula, ia merupakan projektor profesional untuk kegunaan komersial dengan dilengkapi 5,000 lampu lumen, resolusi 1024x768 XGA dan mampu beroperasi dalam apa juga situasi pencahayaan.

Sementara untuk model Pro8450w, ia dibangunkan dengan teknologi pencerahan tinggi yang menawarkan paparan warna lebih jelas selain mempunyai 4,500 lampu lumen dan beresolusi 1280x800 WXGA.

Model ViewSonic PJD7383i dan PJD7583wi masing-masing dijual pada harga pasaran RM5,999 dan RM6,999.

Bagi model Pro8200 pula, harganya RM5,099, Pro8500 (RM7,999) dan Pro8450 (RM6,999)

Untuk maklumat spesifikasi dan teknikal lebih terperinci, sila layari laman web www.viwsonic.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List