Sabtu, 2 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Feminin

Posted: 02 Apr 2011 09:10 AM PDT

Utusan Online - Feminin


DJ Lin gila karaoke

Posted:

DJ Lin gila karaoke

DJ Lin gila karaoke

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


DJ Lin bersama peminat-peminatnya yang setia.


Lin memberitahu, dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di pusat karaoke terutamanya di Red Box, Sogo, Kuala Lumpur.

Lin berkata, dia ke pusat tersebut sendirian tanpa teman asalkan dapat meredakan segala ketegangan bekerja.

"Menyanyi memberi saya kepuasan. Lagu-lagu pilihan saya pula terdiri daripada lagu-lagu sewaktu saya membesar sehinggalah ke zaman persekolahan.

"Lagu jiwang seperti Keluhan Perantau dendangan Jamal Abdillah, Hari-Hari Aku Rindu (Kumpulan Scorr), Rindu Di Puncak Mahligai (Lestari) dan Kenangan Terindah (Samsons) inilah yang menghiburkan hati saya," kata pemenang kategori DJ Radio Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Restoran Carlos Food Heaven, Kenangan International Building, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Lin lagi, bagi dirinya, karaoke dapat melampiaskan otak selain daripada menghilangkan segala masalah.

"Ada ketikanya, saya akan lepak dengan para peminat dari kelab peminat saya iaitu Fan DJ Lin Cinta Mania.

"Mereka ini sanggup datang dari Negeri Sembilan dan Perak. Peminat- peminat saya pula saya anggap seperti keluarga.

"Ada juga peminat dari Klang, Selangor yang akan menemani saya berkaraoke," katanya.

Selepas tamat segmen Suria Cinta yang ke udara setiap hari Ahad hingga Jumaat (11 malam-2 pagi) Lin, ibu tunggal kepada dua orang anak, Nureen Areesya, 10, dan Nazreen Asyran, 8, berjalan-jalan di KLCC atau Pavillion.

Dengan cara itu, Lin yang hidup sebagai ibu tunggal sejak lima tahun berkata, dia dapat menghabiskan masa dengan anak-anaknya sambil melayan kerenah mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaya selesa NYC

Posted:

Gaya selesa NYC

Gaya selesa NYC

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my


PEMAKAI yang berbadan tinggi juga disediakan pilihan koleksi kasut NYC.


KEBANYAKAN wanita mementingkan kesempurnaan dalam penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Justeru bukan sesuatu yang di luar kebiasaan apabila mereka memiliki sehingga puluhan pasang kasut untuk dipadankan dengan gaya seharian.

Terkini, mereka mungkin mahu menjengah butik NYC yang tampil dengan koleksi sempena musim bunga dan panas. Ia sesuai digayakan ke acara kasual, pejabat serta majlis makan malam.

NYC sememangnya dikenali sebagai jenama kasut pilihan. Setiap produk keluarannya menampilkan keselesaan, rekaan dan gaya yang memenuhi cita rasa wanita.

Dengan rekaan sofistikated dan menarik, ia membuatkan langkah pemakai nampak elegan.

Penggunaan kulit pada rekaan kasut itu menjadikan koleksi tapak ratanya lebih menonjol dan kelihatan eksklusif.

Kasut tapak rata itu dikeluarkan dalam warna kelabu dan hitam bagi memudahkan pembeli memadankannya dengan pakaian.

Bagi mereka yang memerlukan kasut rata atau tumit tinggi untuk acara dalam tempoh lama, NYC membariskan koleksi kasut ditambah pad dalam lebih selesa.

Tapak dalam dan luarannya pula dijahit lebih kemas bagi memberi kekukuhan ekstra untuk kasut berkenaan.

Bagi individu yang tinggi tetapi ingin mengenakan kasut tinggi, NYC memperkenalkan koleksi kasut tingginya berwarna hitam dan putih. Ia lebih tinggi sedikit daripada tapak rata supaya tidak terlalu menonjolkan ketinggian pemakainya.

Selain itu, koleksi kasut tinggi untuk wanita yang gemarkan rekaan klasik didatangkan dalam warna kuning air, coklat dan hitam suede.

Koleksi itu boleh dibeli melalui semua butik utama NYC pada tawaran harga menarik antara RM49.90 hingga RM109.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 02 Apr 2011 09:08 AM PDT

Utusan Online - Johor


72 petani dapat wang ihsan

Posted:

72 petani dapat wang ihsan

72 petani dapat wang ihsan

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
pengarang@utusan.com.my

PONTIAN 1 April – Seramai 72 petani yang menjadi mangsa banjir di Mukim Serkat, di sini Julai tahun lalu menerima sumbangan wang ihsan berjumlah RM46,500 daripada kerajaan Pusat.

Menurut Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A. Karim, sumbangan tersebut diharap dapat membantu petani memulihkan semula tanaman yang telah rosak akibat bencana berkenaan.

Beliau berkata, bantuan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerosakan tanaman atau kediaman.

"Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberikan perhatian mengenai tuntutan yang dikemukakan itu," katanya pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan Serbaguna Kampung Perpat Timbul, di sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof.

Mohamed berkata, memang menjadi komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir menerima pembelaan walaupun mengambil sedikit masa untuk tujuan kelulusan.

"Pada kejadian banjir di tempat-tempat lain sebelum ini, mereka juga menerima bantuan wang ihsan bergantung kepada kerosakan rumah kediaman dan sebagainya," katanya.

Bagi membantu petani yang mengalami kerosakan pada tanaman, Pejabat Pertanian Daerah akan memberikan nasihat untuk memulihkan semula tanaman tersebut.

Pihaknya juga sedang berusaha bagi mengatasi masalah banjir supaya ia tidak berulang pada masa depan dengan meningkatkan sistem perparitan di kawasan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Datuk Sulaiman langgan 10,000 Utusan Malaysia

Posted:

SMK Datuk Sulaiman langgan 10,000 Utusan Malaysia

SMK Datuk Sulaiman langgan 10,000 Utusan Malaysia


Misli Rosbadi (bersalaman, kiri) menyerahkan replika penajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Mohd. Shahrulazhar Ya'acob di SMK Datuk Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 1 April - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sulaiman Parit Sulong di sini merupakan sekolah pertama di daerah ini melanggan 10,000 naskhah Utusan Malaysia sempena Program Perkongsian Pintar Skim Sekolah Zon Selatan 2011 yang dilancarkan di Dewan Bestari sekolah itu baru-baru ini.

Pengetuanya, Misli Rosbadi berkata, program berkenaan memberi banyak manfaat kepada semua pelajar sekolah tersebut.

Menurutnya, kesemua 10,000 naskhah itu adalah untuk kegunaan pelajarnya sepanjang tahun ini kerana percaya dengan kualiti sisipan pendidikan akhbar itu.

"Sekolah ini mempunyai 1,400 pelajar dan mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Saya yakin sisipan pendidikan seperti ADaP akan menjadi sumber rujukan untuk mereka menambah ilmu terutamanya calon yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),'' katanya.

Beliau kemudiannya menyerahkan replika cek langganan berkenaan kepada Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Malaysia, Mohd. Asri Jantan dan Eksekutif Jualan Utusan Malaysia, Mohd. Shahrulazhar Ya'acob.

Misli berharap, pelajar dapat memanfaatkan semua bahan pendidikan di dalam akhbar Utusan Malaysia untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal tempuhi.

"Saya amat menghargai kerjasama dengan Utusan Malaysia dan tanggungjawab sosial yang dimainkan untuk sekolah ini membuatkan kami rasa terharu," katanya.

Sementara itu, Mohd. Asri berkata, program anjuran Utusan Malaysia itu bertujuan membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan pelajar.

"Sekolah-sekolah yang menyertai program ini mendapat sisipan pendidikan seperti ADaP, majalah Estidotmy dan akhbar Utusan Melayu Mingguan serta majalah terpilih bagi diletakkan di sudut bacaan sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, program itu mampu menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar dan sedia bekerjasama dalam aktiviti yang dianjurkan sekolah terbabit.

Bagi sekolah yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh menghubungi pihak pemasaran Utusan Malaysia cawangan Johor melalui talian 07-3335738 atau 019-4491606.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 02 Apr 2011 01:03 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Strok jejas kehidupan

Posted: 01 Apr 2011 08:04 PM PDT

Ratu

Kes meningkat membabitkan wanita

Kes 1: DIA tidak pernah terfikir atau membayangkan, akan melalui satu perjalanan amat payah dalam hidupnya iaitu ketika usia masih muda dan sewaktu jiwa keibuan baru berputik dalam diri. Takdir mengatasi segala-galanya dan barangkali inilah ujian getir yang harus diterima Emilzunnur Elis, 30, apabila disahkan mengalami strok selepas melahirkan anak pertama.

Hampa dan luluh hatinya apabila tanggungjawab sebagai ibu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Berbanding wanita lain yang pertama kali bergelar ibu, perasaan gembira berbunga mekar terutama setiap kali dapat mendukung bayi baru dilahirkan.

Ini tidak pernah berlaku pada Emilzunnur kerana serangan strok menyebabkan bahagian sebelah kirinya lumpuh dari atas hingga ke kaki, sekali gus menyukarkannya menguruskan diri sendiri, apatah lagi bayi yang baru dilahirkan.

"Saya bersalin secara normal tetapi terpaksa menggunakan vakum. Malam hari pertama bersalin, saya mengalami demam panas yang kuat sehingga tidak boleh mengangkat tangan sebelah kiri. Saya dimaklumkan, saya diserang strok kerana ada darah beku pada otak dan percayai berlaku ketika saya tidur," cerita Emilzunnur.
Luluh hatinya mendengar berita itu. Tidak pernah terlintas di fikirannya strok berlaku pada wanita selepas bersalin.

Eksekutif di syarikat swasta itu mengakui tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih dan kecewa, Emilzunur yang terpaksa duduk di atas kerusi roda menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Namun, Emilzunnur tidak boleh hanyut mengikut kata hati dan perasaan negatif. Atas nasihat doktor, ibu muda ini cuba belajar berjalan. Bermula dengan bantuan tongkat, dia berlatih berjalan tanpa bantuan sebarang peralatan.

Cuti bersalin dua bulan, disambung dengan tiga bulan cuti sakit bagi membolehkannya menjalani rawatan terapi.

"Mula-mula terapi, saya memang cepat marah dan setiap kali tiada perubahan saya akan berasa malas sekali untuk meneruskan rawatan. Ada ketikanya, saya berfikir mengapa perkara ini terjadi kepada saya, saya bukanlah jahat sangat.

"Hinggalah satu hari, saya menonton televisyen rancangan agama mengenai dugaan hidup yang diberikan Allah kepada hamba-Nya. Mendengarnya, saya berasa insaf dan cuba mencari kekuatan diri," kata Emilzunnur yang semakin tabah menjalani terapi pemulihan.

Ibu muda ini beruntung kerana suami, Rudy Idris dan keluarga sentiasa memberi sokongan, membuatkan dia kini lebih menghargai orang di sekeliling dan menyedari, kehidupan ini singkat.

Emilzunnur juga cuba menyusun semula keutamaan hidupnya terutama masa bersama keluarga dan kerjaya. Dia kini sudah boleh berjalan tetapi agak perlahan dan bersyukur kerana sudah pun dapat bekerja semula.

"Sejak sakit saya memang mudah tersinggung tetapi kini semakin berkurangan. Semua kerja di rumah, suami yang buat dan dia amat memahami keadaan saya. Anak kami, El-Rizqy sudah pun berusia berusia 9 bulan tetapi hingga kini saya masih tidak berpeluang mendukungnya.

"Sesekali memang berasa terkilan. Kadang-kadang, sedang saya bersiap hendak ke kerja dan anak menangis, rasa tertekan juga kerana tidak mampu mendukungnya. Namun, saya yakin, saya akan pulih," katanya.

Kes 2:

MELIHAT kepayahan Soo Mai Wah, 36, berjalan dan keadaannya yang sedang mengandung lima bulan anak kedua, hati tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya jika kandungannya semakin sarat?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah juga dengan Mai Wah, perit atau tidak, dia perlu kuat mengharungi keadaan dihadapi kini dan tidak perlu terus menangisi, sebaliknya perlu menjaga kesihatan dengan baik supaya apabila genap tempohnya, dia selamat bersalin dan melahirkan anak comel.

Bekas jurujual itu berkata, ini adalah pengalaman keduanya hamil dalam keadaan seperti itu. Katanya, walaupun kehamilan kedua itu tidak dirancang, dia tetap menerimanya dan berharap segala-galanya berjalan lancar.

Mai Wah mula diserang strok ketika mengandungkan anak pertama, Neow Jian Jiong, 1 tahun. Gaya hidup yang tidak sihat, termasuk tekanan kerja, waktu tidur tidak menentu, penat bekerja dan kerap balik lewat dipercayai antara punca diserang strok.

"Ketika pertama kali diserang strok, saya mendapati diri hamil. Memang saya takut sangat berdepan dengan keadaan itu. Tetapi sebelum mengandungkan Jian Jiong, saya kerap tidak boleh tidur dan asyik fikirkan hal kerja. Pendapatan sebagai promoter tidak banyak tetapi saya perlu kerja kuat untuk dapat duit lebih.

"Setiap hari, saya keluar jam 6 pagi dan balik ke rumah hanya selepas jam 10 malam. Pada waktu malam pula, sukar hendak tidur mungkin sebab terlalu penat dan tertekan. Akhirnya, saya diserang strok separuh badan di sebelah kiri dan pada masa, didapati mengandung," cerita Mai Wah yang terpaksa berhenti kerja apabila diserang strok.

Katanya, sepanjang kehamilan anak pertama tiada banyak masalah dihadapi cuma sukar bernafas disebabkan berat badan yang semakin bertambah selain tidak boleh berjalan selama setahun.

Keadaan itu juga menyebabkannya terpaksa bersalin secara pembedahan. Selepas berpantang, beliau menjalani terapi dan mampu berjalan semula.

Beliau kemudian disahkan hamil. Berita itu membimbangkan Mai Wah dan suami, anak sedia ada juga tidak mampu dijaga dengan sempurna, bagaimana pula jika ada anak kedua. Namun, kehamilan diteruskan selepas menerima nasihat doktor.

Mai Wah berharap, beliau akan kembali sihat selepas bersalin nanti dan dapat memberi perhatian sebaiknya kepada dua cahaya mata.

Kes 3:

PENYAKIT kencing manis yang dihidapi Rozita Man, 39, sejak melahirkan anak pertama, ternyata membawa ujian berpanjangan dalam diari kehidupannya. Ibu kepada empat cahaya mata itu reda dengan ketentuan Allah apabila kini diuji dengan ujian lain apabila diserang strok pada April 2010.

Bagaimanapun, Rozita tidak menafikan ada ketikanya perasaan sedih menyelubungi diri, terutama apabila mengenangkan suami dan anak yang berusia 11 tahun hingga 17 tahun turut berkongsi kepayahan dilaluinya.

"Saya tidak berapa ingat apa yang sebenarnya berlaku. Cuma saya ingat suatu hari, tiba-tiba saya pengsan di rumah dan sedar-sedar, saya sudah pun berada di hospital. Saya kemudian diberitahu mendapat serangan strok yang membuatkan bahagian sebelah kanan lumpuh. Saya tahu, risiko penyakit diabetes yang dihidapi tetapi tidak pernah terfikir suatu hari saya akan mengalami nasib seperti ini," katanya dengan wajah tenang.

Rozita yang bekerja di kedai optometri terlantar sebulan di hospital selepas kejadian itu dan kemudian diberikan cuti sakit selama setahun. Sepanjang tempoh itu dan sehingga ke hari ini, Rozita masih berusaha untuk memulihkan keadaan dirinya.

"Mula-mula dulu, hendak berjalan bahagian belah kanan sakit sangat tetapi kini agak berkurangan. Kalau berjalan, saya perlu pegang seseorang takut jatuh dan sebab itulah ketika di rumah atau keluar, sentiasa dipastikan ditemani anak atau suami.

"Separuh daripada kehidupan saya kini amat memerlukan pertolongan orang tetapi kini saya sudah boleh buat kerja rumah yang ringan," katanya menceritakan keadaan dulu dan kemajuan dirinya kini.

Rozita memberitahu, selain menjalani rawatan terapi di hospital dan mengambil ubat-ubatan, rawatan mengurut seminggu dua kali juga dilakukan bagi mengurangkan kesakitan..

Katanya, walaupun dilanda ujian seperti itu ada hikmah tersirat yang amat dihargainya. Antaranya, Rozita melihat pengorbanan dan kasih sayang suami dan anak yang tidak sedikit pun luntur terhadapnya, malah membuatkan hubungan mereka sekeluarga semakin erat.

"Suami dan anak-anak tidak pernah melihat serta menganggap saya membebankan mereka. Malah, mereka tidak pernah mengenepi dan sanggup bersusah payah kerana saya. Contohnya, ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia dulu, mereka tidak membiarkan saya berseorangan diri di rumah, sebaliknya turut membawa saya bersama ke stadium walaupun ia menyukarkan mereka," katanya yang berharap supaya cepat sembuh.

SENARIO serangan penyakit strok hari ini semakin membimbangkan apabila didapati semakin ramai golongan muda yang diserang penyakit itu. Jika dulu, strok dianggap sebagai penyakit orang tua kerana risikonya meningkat dengan pertambahan usia, keadaan kini berbeza. Golongan muda tidak terkecuali, malah menyerang mereka seawal usia belasan tahun.

Perangkaan menunjukkan 15 peratus daripada 480 kes serangan strok terdiri membabitkan golongan muda di bawah usia 50 tahun. Lebih membimbangkan, dalam satu kajian perbandingan dengan penduduk Australia, didapati lebih ramai penduduk Malaysia diserang strok pada usia lebih muda iaitu 25 peratus berbanding hanya 12 peratus untuk penduduk negara berkenaan.

Strok atau angin ahmar turut dikenal pasti punca ketiga paling lazim kematian dan penyebab utama ketidakupayaan di negara kita. Bagi setiap 100,000 penduduk, kadar serangan strok ialah 200 kes dengan jumlah kematian antara 100 kes dan 200 kes.

Pakar Perubatan Pemulihan Neuro Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Lydia Abdul Latif, berkata strok menyebabkan mangsanya lemah dan lumpuh sama ada sebelah badan atau keseluruhannya serta boleh menjadi penyebab kepada kematian.

Dr Lydia berkata, statistik menunjukkan pengidap penyakit strok di Malaysia, lelaki adalah lebih ramai berbanding wanita. Antara risiko tinggi dan lazim yang menyebabkan lelaki diserang strok ialah tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan menghisap rokok.

"Wanita dilihat lebih berhati-hati dan ambil berat dalam penjagaan kesihatan berbanding lelaki. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita boleh berasa lega kerana strok boleh berlaku disebabkan beberapa faktor yang mungkin tidak dijangka.

"Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini didapati seolah-olah ada aliran menunjukkan ada peningkatan serangan strok di kalangan wanita muda berusia bawah 50 tahun," katanya.

Katanya, antara punca utama kebanyakan wanita diserang strok ialah saluran darah tersumbat, berkaitan masalah jantung dan salur darah pecah manakala dalam sesetengah kes tidak diketahui punca sebenarnya.

Dr Lydia berkata, gangguan aliran darah berlaku apabila salur darah tersumbat atau pendarahan di otak akibat salur darah pecah. Sama seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan `makanan' otak, yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

"Apabila pembuluh darah di otak pecah, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya. Begitu juga halangan arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat.

"Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolisme manakala thrombosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri," jelasnya.

Dr Lydia berkata, cabaran pesakit strok muda adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang sudah berusia terutama dari segi kualiti kehidupan.

Bagi pesakit strok yang sudah berusia, cabarannya adalah lebih untuk menyelamatkan nyawa tetapi pesakit strok muda, mendapatkan rawatan pemulihan dan perubatan.

"Apabila seseorang diserang strok, seluruh aspek kehidupan akan berubah kerana kehilangan keupayaan. Bagi yang muda, tentu akan lebih dirasai misalnya, jika masih belajar, pelajaran akan terganggu dan yang berkerjaya boleh menjejas kerjanya. Begitu juga wanita yang sudah berkahwin, peranan sebagai isteri dan ibu tidak mungkin boleh dipenuhi dengan sempurna," katanya.

Berbincang lanjut serangan stok yang dialami wanita, Dr Lydia berkata, kes serangan strok selepas bersalin amat jarang sekali berlaku. Namun, tidak dinafikan apabila wanita itu hamil, fisiologi berubah dan memudahkan darah dalam tubuh menjadi pekat dan bergumpal sehingga menyebabkan saluran tersumbat.

Selain itu, jelasnya, punca lain serangan strok selepas bersalin dipengaruhi faktor genetik.

Mengenai wanita strok yang hamil, katanya, ia tidak memberikan masalah pada wanita dan kandungan. Namun, menasihatkan wanita terbabit mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu jika merancang untuk hamil. "Sepanjang kehamilan, wanita itu perlu mengambil ubat-ubatan tertentu. Jika berlaku sebarang komplikasi ketika hamil, dalam perubatan lazimnya keselamatan ibu lebih diutamakan berbanding janin yang dikandungnya.

"Satu lagi yang menjadi kebimbangan ialah ketika hendak bersalin kerana biasanya wanita terbabit tiada keupayaan melahirkan anak secara normal. Proses meneran, boleh memberikan masalah kepadanya yang mengalami masalah lumpuh," katanya.

Dr Lydia berkata, pemulihan awal teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin tetapi untuk pulih lazimnya, bergantung jenis strok dialami dan juga rawatan terapi yang diikutinya.

Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan, lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih. Begitu juga kadar penyembuhan, ada yang boleh sembuh sehingga 90 peratus dan perlu diingat penyembuhan untuk pesakit strok adalah proses berterusan sepanjang hayat.

"Matlamat pemulihan adalah untuk memperbaiki fungsi dan mendapat sebanyak mungkin kemandirian yang boleh. Seperti juga setiap strok memberi kesan yang berbeza kepada seseorang, jenis pemulihan yang diperlukan juga berbeza antara individu. Pemulihan merangkumi pelbagai aspek, termasuk terapi pertuturan, fizikal, cara kerja dan rekreasi serta aktiviti berkumpulan.

"Pakar akan membantu mangsa strok bercakap semula, berjalan semula dan mendapatkan kembali kemahiran lain yang dimiliki sebelum mengalami strok. Mereka juga membantu mangsa strok mempelajari cara baru berbuat sesuatu untuk mengimbangi kemahiran yang hilang," katanya.

Tambahnya, kini wujud pelbagai kaedah rawatan pemulihan neuro seperti "Non Invasive Brain Stimulation" dan "Robotic Therapy" yang bersandarkan kepada konsep 'Neuroplasticity' iaitu keupayaan otak "menyusun semula" untuk menyesuaikan fungsi bahagian otak yang tercedera.

INFO: Tanda amaran awal strok

  • Penglihatan sebelah atau kedua-dua mata menjadi kabur secara tiba-tiba.
  • Kebas, lemah atau lumpuh pada muka, tangan atau kaki. Boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah badan.
  • Pertuturan menjadi sukar dan susah memahami percakapan orang lain.
  • Pening, hilang keseimbangan dan koordinasi.
  • Sukar berjalan atau jatuh tanpa sebab.
  • Sakit kepala (biasanya sangat teruk dan secara mendadak) tanpa sebab.
  • Berlaku perubahan jenis sakit kepala yang tidak dapat dikenal pasti.

    Kerosakan akibat strok:

  • Kehilangan deria rasa dan kekuatan.
  • Gangguan kemampuan membaca dan melihat.
  • Hilang upaya fizikal, terutama muka dan tangan.
  • Gangguan pada pertuturan.
  • Susah menelan makanan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Horizon

    Posted: 01 Apr 2011 09:14 PM PDT

    Kosmo Online - Horizon


    Laksana simbiosis manusia dan alam

    Posted:

    Laksana simbiosis manusia dan alam

    Laksana simbiosis manusia dan alam

    Oleh NORAIDAH ABD. KARIM



    TERLETAK di tengah-tengah hutan Raub, Pahang menjadikan Casabrina Vacation Villa & Spa sebuah destinasi percutian yang sesuai kepada pencinta alam yang inginkan ketenangan.

    Kedudukannya bersempadan di antara Selangor dan Pahang, hanya mengambil masa satu jam perjalanan dari ibu negara.

    Merangkumi keluasan 10.9 hektar, resort itu dikelilingi hutan asli berusia 130 juta tahun yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna.

    Kawasan lereng bukit serta pemandangan hijau gunung dan hutan yang disajikan memberikan suasana santai, segar dan tenang serta membuatkan pengunjung terlupa sebentar hiruk-pikuk kota kosmopolitan.

    Pengalaman yang sama turut dirasai penulis tatkala berpeluang berkunjung ke villa itu baru-baru ini.

    Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung pasti teruja apabila disambut kakitangan yang segak berpakaian tradisional Bali.

    Melangkah jauh ke dalamnya pasti membuatkan pengunjung terpesona. Pemilihan perabot, dekorasi, rekaan dan seni binanya menerapkan elemen Bali yang menjadi signatur utamanya.

    Itu tidak menghairankan kerana Bali amat istimewa di hati pemiliknya, Felix Tee.

    Menurut Felix, sebelum ini dia sering berkunjung ke pulau yang terkenal dengan aktiviti pelancongan itu atas urusan perniagaan.

    Katanya, sepanjang berulang-alik menguruskan perniagaan di sana, dia terpesona dengan keindahan pantai, budaya dan seni bina Bali yang disifatkan unik dan tersendiri.

    Keunikan nama

    Bagi merealisasikan impiannya, Felix memulakan pembinaan Casabrina dengan mendapat sentuhan arkitek terkenal Bali, AA Yoka Sara.

    Kreativiti Yoka dan kecintaannya terhadap alam semula jadi digabungkan sekali gus menghasilkan karya seni yang begitu mengagumkan.

    Cerita Felix, pada peringkat awal, pembinaan villa itu lebih tertumpu sebagai kediaman peribadi untuk dia dan keluarganya bersantai pada hujung minggu.

    "Bagaimanapun, saya mula terfikir untuk menjadikannya sebagai sebuah resort pelancongan.

    "Lagi pun saya memang gemar apa sahaja yang berkaitan dengan Bali termasuk perabotnya serta mahukan sesuatu yang ecogreen dan baik untuk kesihatan," katanya mula mengkomersialkan resort itu sejak hujung tahun lalu.

    Tambah Felix, ketika ini terdapat dua pilihan penginapan yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.

    Setiap villa yang mempunyai dua suite dan empat suite itu dibina daripada kayu belian dengan kos sekitar RM7 juta sebuah.

    "Pengunjung boleh menempah keseluruhan villa secara eksklusif atau memilih untuk menginap di setiap suite yang disediakan," jelasnya yang menamakan resort itu sempena nama anaknya, Sabrina.

    Villa enam bintang


    KEINDAHAN Casabrina membolehkan resort itu menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.


    Biarpun terletak jauh di belantara, namun pengunjung pasti tidak akan berasa bosan sepanjang menginap di sini.

    Terdapat pelbagai aktiviti lasak dan mencabar yang boleh dilakukan dengan tambahan bayaran yang dikenakan oleh pihak pengurusan.

    Antaranya, aktiviti meredah hutan dan air sungai yang masih belum diterokai atau dicemari oleh orang ramai di Tanah Aina Farrah Soraya yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari Casabrina.

    Setelah meredah hutan kira-kira 10 minit pengunjung akan dapat menikmati kesejukan serta kejernihan air terjun yang dikelilingi pokok-pokok yang sukar untuk ditemui di tempat lain.

    Terdapat dua lagi air terjun yang mengambil masa perjalanan hanya 15 minit iaitu Jeram Besu dan Lata Berembun.

    Selain Tanah Aina Farrah Soraya terdapat dua lagi Tanah Aina yang berada dekat kawasan itu iaitu Azareena yang kaya dengan dengan alam semula jadi dan buah-buahan tempatan. Sementara di Farouq pula mempunyai kolam ikan yang sesuai bagi kaki pancing.

    Jika pengunjung tidak gemarkan sesuatu yang mencabar fizikal, mereka juga boleh ke Bukit Tinggi Fraser yang terletak kira-kira 40 km dari villa dan hanya mengambil masa setengah jam.

    Satu lagi tempat yang boleh dituju adalah puncak bukit villa di mana pengunjung dapat melihat panorama bukit yang menghijau serta melawat perkampungan Orang Asli yang terdapat di sekitarnya.

    Bagi kaki golf pula ia turut menawarkan kemudahan itu di Kelab Golf Bentong atau di mana-mana kelab golf berdekatan seperti di Raub, Bukit Tinggi dan Awana Genting Highlands.

    Villa yang mendapat status enam bintang itu juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, jakuzi dan sauna, selain pantri yang boleh diguna 24 jam sehari.

    Di samping itu ia juga turut dilengkapi kemudahan televisyen satelit, kemudahan membuat kopi, bilik makan, bilik persidangan untuk mesyuarat dan seminar dan kemudahan internet.

    Semasa bersantai di tepi kolam renang pengunjung akan diperdengarkan dengan alunan lembut muzik tradisional Bali yang mengasyikkan.

    Lebih menarik, pemandangan landskap hijau hutan asli dan gunung-ganang sambil ditemani kicauan unggas liar yang berterbangan di sekelilingnya pasti mendamaikan jiwa.

    Salah satu tarikan yang sukar ditemui di tempat lain adalah pengalaman melihat kabus terbentuk di sekeliling villa bermula seawal pukul 6.30 hingga 7 pagi. Ia membuatkan pengunjung seakan berada di atas awan.

    Pada masa yang sama pengunjung mendapatkan perkhidmatan spa dan refleksologi kaki daripada tukang urut profesional yang didatangkan khas dari China.


    LUPAKAN hiruk-pikuk kota saat menjadi tetamu di sebuah resort indah di tengah-tengah hutan Raub.


    Jika perut terasa lapar, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tukang masak yang bersedia menghidangkan pelbagai hidangan Barat dan Asia mengikut selera masing-masing.

    Di samping itu, terdapat perkhidmatan pengasuh kanak-kanak dan perkhidmatan jurukemas yang sentiasa memastikan keselesaan anda.

    Pakej dan rancangan masa hadapan

    Pakej yang ditawarkan untuk satu malam adalah serendah RM1,600 sehingga RM3,500 untuk setiap suite. Tambahan bayaran akan dikenakan bagi sajian makan makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam.

    Bagi yang datang secara berkumpulan dan mahu merasai sesuatu yang lebih mewah harga yang ditawarkan bermula dari RM4,100 hingga RM8,875 semalam.

    Sementara itu, Casabrina juga menawarkan pakej dua hari satu malam dan tiga hari dua malam. Harga yang ditawarkan bermula dari RM6,500 sehingga RM31,000.

    Sebagai rancangan masa hadapan, Casabrina Villa akan membina sembilan buah lagi villa yang mempunyai keunikan masing-masing iaitu Villa Melayu, Villa Atas Awan, Villa Air, Villa Mayomaya, Villa Kacapuri, Villa Agra, Villa Plava, Villa Gita Giri dan Villa Ulul Thani.

    Kesemua villa itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan dengan tambahan padang helikopter mendarat selain pelbagai lagi landskap yang sedang dalam pembinaan.

    Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut dan pakej yang ditawarkan di Casabrina Vacation Villa boleh melayari laman web www.casabrina.net.

    – Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Nilai pesona pantai sepi

    Posted:

    Nilai pesona pantai sepi

    Nilai pesona pantai sepi



    OMBAK putih menghempas pantai. Barisan pokok-pokok palma menyaring sinaran matahari. Suasana itu nyata memberi kedamaian yang diselang-selikan dengan kehadiran kereta lembu yang melewati jalan-jalan kampung di antaranya.

    Selamat datang ke syurga pelancongan di sebuah negara yang sangat terasing daripada arus hubungan antarabangsa - Myanmar!

    "Saya pernah berkunjung ke banyak pantai sebelum ini, namun suasana di sini amat menakjubkan," kata Hugh Minielly, seorang pesara dari Kanada.

    Dia dan isterinya Mary leka menyaksikan panorama matahari terbenam berlatarbelakangkan lautan Teluk Bengal yang membiru di pusat peranginan Ngapali.

    Di pantai sepanjang kira-kira tiga kilometer itu, terdapat lebih sedozen hotel yang tersembunyi di sebalik barisan pokok-pokok kelapa, termasuk beberapa buah vila mewah mengadap pantai yang kadar penginapannya ratusan dolar semalam.

    Walaupun mempunyai tarikan pantai yang luar biasa, kesuraman landskap politik di Myanmar menyebabkan ia seakan terpinggir dalam kalangan peminat-peminat aktiviti pantai. Lazimnya, mereka lebih selesa memilih pantai-pantai lain yang lebih terkenal di serata Asia sebagai destinasi percutian.

    Kunjungan Hugh dan Mary ke negara miskin itu, yang merupakan antara negara paling mundur di dunia akibat pemerintahan tentera selama lebih 50 tahun, hanya kerana mereka mendapat khabar mengenai keramahan penduduknya, keenakan makanan laut dan tidak sesak dengan pelancong.

    "Saya mencari sebuah pantai mirip di Goa dan ia boleh ditemui di sini. Tanpa kehadiran pelancong-pelancong yang membawa beg galas, suasananya sangat asli," kata lelaki berusia 69 tahun itu.

    Pesona pantai

    Pencarian pesona pantai seperti itu diterjemahkan melalui filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. Aktor itu membawa watak seorang pelancong muda yang menemui sekumpulan komuniti misteri di sebuah teluk terpencil, yang kemudiannya berpecah-belah akibat keganasan dan sifat paranoid.

    Tempat-tempat terpencil namun berpotensi seperti itu kini semakin sukar ditemui. Begitupun, jiran Myanmar, Thailand membuktikannya. Menurut Pacific Asia Travel Association (PATA) yang berpangkalan di Bangkok, kira-kira 16 juta pelancong melawat Thailand pada 2010 berbanding hanya 300,000 di Myanmar.

    Teluk Maya di Pulau Phi-Phi, yang menjadi lokasi penggambaran filem berkenaan pada tahun 1999, kini menjadi 'Pulau Impian DiCaprio'. Setiap hari ia dikunjungi berdozen-dozen bot dan feri yang membawa ratusan pelancong yang mahu mengikut jejak langkah aktor itu.

    "Nama Thailand sangat kukuh dalam industri ini, terutamanya jika kamu melawat ke Phuket, Krabi atau Koh Samui. Pantai-pantainya sentiasa dipenuhi pengunjung," kata wakil PATA, Kris Lim, merujuk kepada resort-resort popular di Thailand.

    Senario yang sama boleh ditemui di kebanyakan pantai di rantau Asia yang akhirnya menjadi mangsa akibat popularitinya sendiri.


    PARA pelancong menikmati jamuan makan malam yang tenang di kawasan terbuka dekat pantai.


    Selama bertahun-tahun, kewujudan pantai yang paling mesra pelancong di India hanya boleh ditemui di pinggir wilayah Goa. Di sana, pengunjung gila meneguk bir dingin dan menikmati makanan laut segar dan suasana santai di sekelilingnya.

    'Ia merupakan satu-satunya lokasi bagi mereka yang tahu nikmat berehat tanpa sebarang gangguan, jauh menandingi lokasi-lokasi lain di dunia'. Begitulah kata-kata yang dipetik dari laman web rasmi pelancongan Goa.

    Bagaimanapun, di sebalik pengkomersialannya, tuduhan-tuduhan terhadap pembabitan polis dalam melindungi perniagaan dadah yang dikuasai kumpulan-kumpulan Rusia dan kes berprofil tinggi hingga menyebabkan keganasan terhadap rakyat asing telah mencalar imejnya.

    Pada tahun 2009, ia telah tersingkir daripada senarai 10 destinasi pelancongan popular di India. Kebanyakan pelancong memilih menuju ke bahagian selatan Kerala yang menawarkan rumah bot mewah dan pengalaman berlayar mengelilingi kawasan sawah padi yang mendamaikan.

    Jauh di timur Filipina iaitu di kepulauan yang terletak di tengah-tengah Boracay, pernah terdapat kawasan pantai yang sebelum ini menjadi tarikan utama kepada pelancong. Bagaimanapun kumpulan-kumpulan pencinta alam dan pihak berwajib memberitahu keindahan pasirnya yang memutih satu ketika dahulu kini semakin tercemar.

    "Ia sentiasa sesak, hari ini ia terlalu dikormesialkan. Ia telah menjadi seperti Phuket," kata setiausaha pelancongan Alberto Lim tahun lalu. Beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan agar para pelancong melawat ke pulau-pulau yang kurang membangun.

    Tidak merosakkan aset

    Pelancong-pelancong lazimnya menaiki kapal terbang kecil dan bot untuk tiba di resort-resort mewah sekali gus memastikan ia terus eksklusif. Penduduk tempatan dan pelabur juga sentiasa berwaspada untuk tidak merosakkan aset utama di pulau itu, yakni keindahan semula jadinya.

    "Perancangan teliti amat penting bagi memastikan pantai dan apa sahaja di sekeliling resort-resort di sini sentiasa dilindungi," kata wakil PATA, Lim.

    "Kami mahu 20 tahun dari sekarang, keadaan pulau-pulau di sini masih sama seperti sebelumnya."


    BEBERAPA orang pelancong leka bermandi-manda di pantai Ngapali sewaktu matahari terbenam.


    Di Ngapali, penduduk tempatan dan pelancong asing bersemangat untuk mempertahankan ciri-ciri asal pedalamannya, namun Myanmar kini pantas berkembang dan jumlah pelancong juga semakin meningkat. Pada tahun lalu sahaja jumlah pelancong meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2009.

    Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi yang ditahan dan dibebaskan dalam tahanan dalam rumah selepas terlibat dalam satu pilihan raya yang kontroversi, masih menentang kehadiran pelancong-pelancong ke negara itu. Baginya perkembangan itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kewangan negara.

    Bagaimanapun, partinya, 'tidak sesekali melarang pelancong yang datang secara individu' bagi melakukan kajian berkenaan situasi politik yang berlaku di negara bergolak itu.

    Ada yang berkata, terdapat kebimbangan sekiranya Myanmar mengamalkan dasar buka pintu kepada pengembara. Ia pastinya bersangkut-paut dengan proses ketibaan visa.

    Majalah Wandelust yang berpangkalan di United Kingdom telah menakrifkan Myanmar sebagai 'destinasi yang paling menonjol' pada tahun 2011.

    Pengurus resort mewah San Doway dari Itali, Antonio Dappozzo memberi amaran bahawa sangat sukar untuknya mengekalkan suasana damai di Ngapali.

    "Satu-satunya bunyi yang kedengaran di tepi tingkap resort saya sejak setahun lalu hanyalah bunyi kereta lembu. Kini hanya selepas setahun, terdapat bunyi-bunyi bising dari kenderaan, dan jentera," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berlumpur dek cabaran ekstrem Guchil

    Posted:

    Berlumpur dek cabaran ekstrem Guchil

    Berlumpur dek cabaran ekstrem Guchil

    Oleh KAMARUDIN HAMZAH
    rencana@kosmo.com.my


    LOKASI yang dahulunya sebuah tapak laluan jentera berat kini berubah menjadi sebuah pesta meriah.


    BAYANGKAN anda perlu memandu kenderaan besar di laluan berbukit yang licin. Dengan hanya bermodalkan stering dan kepakaran, pemanduan itu menjadi terlalu sukar ketika melewati kawasan berlumpur.

    Itulah antara 'seksaan' yang terpaksa ditempuh para peserta Cabaran Gong Guchil Extreme yang padat dengan aksi lasak, mencabar dan adakalanya mendebarkan.

    Selama dua hari, para peserta perlu berdepan tahap kesukaran maksimum ketika memandu kenderaan pacuan empat roda (4X4) untuk melepasi halangan-halangan yang dicipta sepanjang trek di kawasan Bukit Guchil, Besut.

    Jalan becak, lopak air, lubang kering dan halangan berbukit memaksa setiap peserta menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam misi melepasi halangan bersama kenderaan yang dilengkapi pelbagai peralatan bantuan.

    Sebanyak 11 pasukan dari negeri Kelantan dan Terengganu menyertai kejohanan anjuran Kelab Geduut 4x4 Adventure Team yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Guchil serta Komuniti Bestari Kampung Gong Guchil baru-baru ini.

    Tapak pesta

    Paling menarik, Bukit Guchil yang sebelum itu hanya menjadi tempat kunjungan lori pengangkut tanah dan jentera berat tiba-tiba menjadi tapak pesta dengan kehadiran ratusan peminat sukan lasak sejak awal pagi.

    Pengerusi JKKK Gong Guchil, Zahari Mat Din berkata, tujuan utama penganjuran kejohanan itu adalah untuk membentuk semangat setiakawan dalam kalangan para penggemar aktiviti sukan lasak dengan masyarakat kampung.

    "Selain itu, kita juga mahu menjadikan Bukit Guchil sebagai destinasi bagi pelbagai aktiviti lasak terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Sebelum ini, kita telah menganjurkan Kejohanan Motocross yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan belia," jelasnya.

    Tujuan utama kejohanan itu bukan setakat merebut Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh, bahkan, para peserta teruja untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan baru dalam acara lasak.


    AKSI melepakan diri dan kenderaan daripada 'perangkap' seperti ini sangat mengujakan penonton.


    Malah, kehadiran dan penantian para peminat sukan lasak ternyata berbaloi apabila mereka disajikan aksi penuh berbahaya oleh peserta yang dianggap pakar dalam mengendalikan kenderaan pacuan empat roda itu.

    Patah tangan

    Kenderaan peserta yang sememangnya telah diubah suai khusus untuk mengharungi aktiviti lasak itu dilengkapi peralatan canggih bagi membantu mereka menghadapi situasi di trek mencabar.

    Pada hari pertama, salah seorang pemandu telah patah tangan apabila kenderaan yang dipandunya terbalik ketika melalui lubang berair, manakala hari kedua seorang pembantu mengalami kecederaan di kaki selepas tertindih oleh kenderaan yang terbalik.

    Namun, insiden itu sedikit pun tidak menjadi penghalang kepada para peserta lain untuk terus beraksi kerana ia dianggap sebagai asam garam dalam aktiviti sukan lasak tersebut.

    Zahari menjelaskan, Cabaran Gong Guchil Extreme memang merupakan cabaran yang berbahaya, namun para peserta yang mengikuti program itu adalah dari kalangan mereka yang profesional dan berpengalaman.

    "Jika kita lihat kepada cara pengendalian kenderaan ini, ia memerlukan kemahiran yang tinggi. Soal kemalangan dan kecederaan adalah perkara biasa," katanya.

    Pada hari kedua, kejohanan diserikan dengan pertandingan membawa jentera pembajak sawah (kerbau besi) dalam lumpur yang dianggap sebagai salah satu acara selingan.

    Acara yang jarang dipertontonkan itu ternyata menarik perhatian penonton untuk menyaksikan kehebatan dan ketangkasan pemandu memecut kerbau besi dengan gaya tersendiri.

    Acara selingan kedua yang paling menghiburkan penonton adalah bermain bola sepak dalam lumpur antara penduduk Kampung Gong Guchil dengan peserta program.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 01 Apr 2011 07:15 PM PDT

    Harian Metro: Hati


    Ada cerita tersendiri

    Posted: 01 Apr 2011 10:10 AM PDT

    JENAMA barang kemas antarabangsa, dari Eropah pula. Ia kedengaran agak mahal namun mereka yang sudah mengenali jenama Pandora memang mudah jatuh cinta.

    Bukan saja jatuh cinta pada deretan koleksinya yang cukup pelbagai, malah peragaan harganya yang rata-rata mampu dimiliki kebanyakan kita.

    Apa tidaknya, barang kemas Pandora terutama gelang tangan daripada koleksi Moments yang juga aksesori paling terkenalnya boleh 'dicipta' sendiri.

    Selepas memperoleh bahagian asas iaitu gelang yang terdiri daripada perak atau kulit, keseluruhan gelang kemudian diisi dengan pilihan butiran hiasan kecil yang tampil dalam pelbagai reka bentuk cukup unik dan menarik.


    "Saya sendiri gemarkan butiran hiasan dengan reka bentuk kek cawan. Bagi saya, kombinasi perak dan emas pada hiasan itu sesuai digayakan untuk pelbagai acara," kata Pengarah Eksekutif Habib Jewels Franchise Sdn Bhd, Datin Zarida Noordin.


    Berbicara dengan penuh minat dan rasa teruja, Zarida membawa perhatian penulis pada reka bentuk kecil yang boleh dipasang pada gelang seperti bentuk hati, mahkota, ikan, bunga dan kasut.

    "Istimewanya, setiap butiran itu mungkin membawa sesuatu maksud kepada si pemakai, justeru, gelang itu tidak sekadar hiasan sebaliknya sesuatu yang ada cerita tersendiri dan sangat dekat di hati.

    "Setiap gelang pula dibahagikan kepada tiga bahagian yang setiap bahagian boleh dimuatkan dengan butiran hiasan kecil itu mengikut cita rasa masing-masing. Ia begitu peribadi lantas tiada sesiapa akan memakai gelang serupa," katanya.

    Ada lebih daripada 800 jenis butiran hiasan kecil disediakan menerusi rekaan berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada perak, emas dan batuan berharga itu.

    Pilihannya yang warna-warni tampak menarik untuk wanita dalam pelbagai peringkat usia, sama ada si kecil mahupun dewasa. Selain gelang tangan, ia turut mengetengahkan himpunan cincin, anting-anting dan rantai.

    Pandora, jenama barang kemas nombor dua di dunia bermula di Copenhagen, Denmark, pada 1982 hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di Eropah.

    Ia kemudian dibawa ke Australia oleh seorang wanita Denmark dan meraih nama di sana. Begitu juga di Amerika Syarikat (AS) yang turut diperkenalkan warga Denmark yang mengembangkan lagi sayap perniagaannya dan kini, jenama terbabit berada di lebih 40 negara.

    "Ketika mengembara ke luar negara, saya lihat jenama ini memang menarik dan berbeza. Ketika satu persidangan di Amerika Syarikat, ramai yang memperkatakan barang kemas jenama ini yang mampu bertahan meskipun ketika krisis ekonomi di AS.

    "Kami kemudian menghubungi Pandora awal tahun lalu dan secara kebetulan, syarikat berkenaan merancang untuk mengembangkan perniagaannya di Asia termasuk Malaysia," katanya.

    Ruang pameran Pandora pertama di negara ini dibuka pada 30 September 2010
    di pusat beli-belah Bangsar Village II, diikuti dengan pembukaan di Empire Shopping Gallery pada bulan berikutnya.

    Kedua-dua ruang pameran ini menempatkan rangkaian aksesori Pandora paling besar manakala bilik pameran lain sehingga kini berada di Ampang Point, Suria KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur.

    Menjelang akhir tahun ini, dijangka ada dua atau tiga lagi bilik pameran barang kemas itu bakal menjengah pasaran.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Beg bersulam emas

    Posted: 01 Apr 2011 09:49 AM PDT

    BEG tangan sememangnya menjadi aksesori penting bagi wanita sekiranya keluar rumah ataupun menghadiri majlis keramaian.

    Bagi mereka yang gemarkan sulaman, Mughal Art's menyediakan pilihan beg tangan menarik dihasilkan daripada sulaman benang emas.

    Pengusahanya, Naushad yang menjalankan perniagaan keluarga secara turun temurun di Agra, India berkata, sulaman yang dilakukan secara manual dan buatan tangan ini menjadi pilihan ramai kerana kualitinya yang memuaskan hati.

    "Pengguna kini amat mementingkan kesempurnaan dan mereka juga menilai produk berdasarkan kualiti bukan lagi kuantiti.


    "Setiap satu daripada corak dihasilkan memang berbeza dan pengguna boleh memilih untuk mendapatkan corak ringkas ataupun sarat bergantung kepada minat masing-masing.


    "Kebanyakan motif ataupun corak digunakan lebih kepada keindahan flora ataupun bunga-bungaan yang bersesuaian dengan naluri wanita yang menggunakannya," katanya.

    Menggunakan baldu sebagai bahan utama untuk menghasilkan beg tangan comel ini bersama gabungan sulaman benang emas, manik dan batuan, kombinasinya sungguh berpadanan.

    Gandingan warna baldu hitam dan benang emas juga mampu menaikkan seri serta gaya pengguna beg tangan comel berkenaan.

    Setiap beg tangan yang dihasilkan pula memerlukan masa empat hari untuk disiapkan. Ia bukan satu proses mudah kerana kualiti barangan sentiasa dijaga agar penghasilan produk terjamin dan memenuhi kehendak pengguna.

    Naushad berkata, proses menyulam bentuk itu sememangnya memerlukan ketelitian.

    "Malah, kreativiti dalam mempelbagaikan corak sulaman hiasan pada beg tangan juga penting kerana pengguna pasti inginkan kelainan dalam setiap koleksi pilihan mereka," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 01 Apr 2011 03:28 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Konvoi motosikal meriahkan sambutan Hari Polis

    Posted:

    Konvoi motosikal meriahkan sambutan Hari Polis

    Konvoi motosikal meriahkan sambutan Hari Polis


    SEBAHAGIAN pegawai polis yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi bergambar sebelum memulakan perjalanan di Kuantan baru-baru ini.


    KONVOI. Bagi memeriahkan sambutan Ulang Tahun Hari Polis ke-204 kali ini, pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengadakan konvoi motosikal berkuasa tinggi sejauh 1,429 kilometer bermula di Kuantan baru-baru ini.

    Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, seramai 40 orang terdiri daripada ketua polis daerah dan ketua jabatan memulakan perjalanan dari Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

    Konvoi tersebut diketuai Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani.

    Fatimah memberitahu, sepanjang perjalanan tersebut mereka menziarahi pesara polis yang sebelum ini pernah berkhidmat di negeri Pahang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Penduduk bergotong-royong bersih tanah perkuburan

    Posted:

    Penduduk bergotong-royong bersih tanah perkuburan

    Penduduk bergotong-royong bersih tanah perkuburan


    DALI (dua diri kiri) bersama penduduk bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Kasar, Pengkalan Chepa baru-baru ini.



    SUMBANG TENAGA. Lebih 200 penduduk Kampung Pasir Kasar, Pengkalan Chepa, Kota Bharu bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam kampung tersebut baru-baru ini.

    Program anjuran UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dengan kerjasama penduduk kampung itu turut disertai oleh seramai 40 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa.

    Ketua UMNO Pengkalan Chepa, Dali Hussain melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penduduk dalam menjayakan program tersebut.

    "Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung, walaupun hujan sejak awal pagi, mereka tetap datang beramai-ramai memberikan sokong terhadap program ini yang pertama kali diadakan pada tahun ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wartawan Kosmo! antara pemenang 'Cabaran Sapu Bersih' Tesco

    Posted:

    Wartawan Kosmo! antara pemenang 'Cabaran Sapu Bersih' Tesco

    Wartawan Kosmo! antara pemenang 'Cabaran Sapu Bersih' Tesco


    ISMAIL (kiri) menyampaikan hadiah kepada Johanna (kanan) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Tjeerd Jegen (tengah) pada pelancaran Kempen Penurunan Harga Tesco di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.



    TUAH BADAN. Wartawan Meja Ekonomi Kosmo!, Johanna Azrey Sobrey muncul naib juara 'Cabaran Sapu Bersih' sempena Kempen Turun Harga Barang anjuran Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) di Tesco Mutiara Damansara dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Bergandingan dengan kakitangan Tesco, Holisah Dahlan, Johanna berjaya menyempurnakan cabaran mencari 50 barangan yang telah diturunkan harga barang di Tesco, sekali gus membawa pulang baucar wang tunai Tesco sebanyak RM2,000.

    Juara yang menawarkan hadiah baucar wang tunai RM3,000 pula dimenangi oleh wartawan Bernama TV, Liana Salbiah Elias yang bergandingan dengan kakitangan Tesco, S. Guna, manakala pemegang kad Tesco, Evonne Cheah yang bergandingan dengan J. Meena pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang baucar RM1,000.

    Hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan